1 00:00:37,829 --> 00:00:39,956 - Hei. - Ayah buat bekal tengah hari. 2 00:00:39,956 --> 00:00:42,333 Tak mungkin! Bekas tengah hari lama saya. 3 00:00:42,834 --> 00:00:45,462 Susu coklat? Saya suka susu coklat. 4 00:00:45,462 --> 00:00:48,506 Ayah tahu kamu suka. Ini kemeja yang ayah belikan? 5 00:00:49,340 --> 00:00:52,927 Ya, dan betul kata ayah. Ia sesuai untuk tubuh saya. 6 00:00:52,927 --> 00:00:57,015 Ini bagus. Mak kamu pasti gembira jika dia boleh nampak. 7 00:00:57,015 --> 00:00:59,350 - Kemeja ini? - Luculah kamu. 8 00:00:59,350 --> 00:01:00,268 Ayahlah! 9 00:01:05,565 --> 00:01:07,484 - Pagi yang indah. - Ada masalah. 10 00:01:07,484 --> 00:01:10,195 Tunggu, saya dan Jackson main badminton. 11 00:01:10,195 --> 00:01:12,697 Kami seri 15 mata. Kita perlu menang dengan dua... 12 00:01:12,697 --> 00:01:16,117 - Lembaga adakan mesyuarat tergempar. - Siapa? Saya juga menang. 13 00:01:16,117 --> 00:01:18,078 Saya tak tahu. Saya tak peduli. 14 00:01:18,078 --> 00:01:20,580 - 20 berbalas 18. Okey, habis. - Bagus. 15 00:01:20,580 --> 00:01:23,041 Mereka tak beritahu kita, jadi mungkin tentang awak. 16 00:01:23,041 --> 00:01:26,920 Memandangkan ia tergempar, mungkin ia bukan upacara pingat badminton. 17 00:01:26,920 --> 00:01:29,547 Anna, saya takkan bergurau. Bunyinya serius. 18 00:01:29,547 --> 00:01:32,425 Memanglah. Seseorang berusaha keras untuk gulingkan awak. 19 00:01:32,425 --> 00:01:35,720 Kalaulah saya tak larang awak bergurau sebelum awak kata "berusaha keras". 20 00:01:35,720 --> 00:01:36,971 Habislah kita. 21 00:01:36,971 --> 00:01:39,307 Kita tak tahu dalangnya atau maklumat yang ada, 22 00:01:39,307 --> 00:01:43,061 tapi jika awak boleh tunjuk konkrit pada pukul 8.00 malam, 23 00:01:43,061 --> 00:01:45,605 kerja awak mungkin selamat, jadi jangan silap. 24 00:01:45,605 --> 00:01:47,357 Kerja awak menjadi taruhan. 25 00:01:47,357 --> 00:01:49,484 Jangan keras kepala. 26 00:01:49,484 --> 00:01:51,820 Awak guna "keras" dan "kepala" bersama? 27 00:01:51,820 --> 00:01:54,864 Saya nak ia melekat dalam otak remaja awak. 28 00:01:54,864 --> 00:01:58,701 Lihat, kami hampir dapat hasilkan prototaip konkrit 29 00:01:58,701 --> 00:02:02,080 yang dibuat daripada karbon dan saya masih ada sembilan jam. 30 00:02:02,080 --> 00:02:04,541 Kita akan menang kerana bumi perlukan kita, 31 00:02:04,541 --> 00:02:07,127 dan kita bijak dan tekad untuk berjaya. 32 00:02:07,627 --> 00:02:08,962 Saya percayakan awak. 33 00:02:10,338 --> 00:02:12,632 - Habislah kita. - Pagi ini bagus. 34 00:02:12,632 --> 00:02:15,677 Ada mesyuarat malam ini untuk gulingkan ayah awak. 35 00:02:15,677 --> 00:02:19,055 Kami ada kemajuan di makmal dan saya dah mula suka dia. 36 00:02:19,055 --> 00:02:20,223 Tak adil sungguh. 37 00:02:20,223 --> 00:02:24,060 Ya, lembaga korporat tak pedulikan keadilan. Saya pun terkejut. 38 00:02:24,060 --> 00:02:25,562 Untuk beri ayah awak masa, 39 00:02:25,562 --> 00:02:29,440 awak boleh minta Jean yang sayang awak, untuk tangguh mesyuarat. 40 00:02:29,440 --> 00:02:33,194 Entahlah. Saya suka asingkan kerja dan persahabatan saya. 41 00:02:33,194 --> 00:02:36,114 Okey, sangat sihat. Saya faham. 42 00:02:37,574 --> 00:02:38,491 Saya tak percaya. 43 00:02:38,491 --> 00:02:40,702 Jika kerja ayah awak musnah, 44 00:02:40,702 --> 00:02:43,621 awak boleh ajar budak-budak bermain flut semula. 45 00:02:43,621 --> 00:02:46,833 Lagipun, siapa yang peduli tentang ayah awak, bukan? 46 00:02:49,711 --> 00:02:50,670 Saya tanya dia. 47 00:02:52,088 --> 00:02:53,089 Begitulah. 48 00:02:53,798 --> 00:02:56,634 Awak mesti panik. Awak tak pernah tepuk belakang saya pun. 49 00:03:00,430 --> 00:03:04,017 Kita ada sembilan jam untuk jadikannya konkrit dan ada dua isu. 50 00:03:04,017 --> 00:03:05,602 Satu, ia tak mengeras. 51 00:03:05,602 --> 00:03:09,522 Kedua, baunya seperti tahi syaitan selepas makan makanan pedas. 52 00:03:09,522 --> 00:03:12,483 - Kenapa sembilan jam? - Usah risau tentang itu. 53 00:03:12,483 --> 00:03:14,569 - Alamak, apa jadi? - Tentu teruk. 54 00:03:14,569 --> 00:03:17,530 Tapi dia kata jangan risau. Dia tak tipu, betul? 55 00:03:17,530 --> 00:03:21,451 Okey, kita boleh terus buat spekulasi, tapi inilah rancangannya. 56 00:03:21,451 --> 00:03:24,871 Saya akan ke pejabat dan berusaha untuk mengeraskannya. 57 00:03:24,871 --> 00:03:27,707 Kamu berdua akan cuba meneutralkan baunya. 58 00:03:27,707 --> 00:03:29,834 Sembilan jam untuk selamatkan... 59 00:03:31,294 --> 00:03:35,173 Saya tak tahu apa saya nak cakap kerana semuanya okey. 60 00:03:36,007 --> 00:03:38,259 - Mungkin. - Apa pendapat awak? 61 00:03:38,259 --> 00:03:41,387 Saya rasa kita terdesak dan dia tak nak kita panik. 62 00:03:41,387 --> 00:03:42,805 Saya pun rasa begitu. 63 00:03:44,724 --> 00:03:47,393 KERETA SAYA LAGI SATU IALAH HAP 64 00:03:51,147 --> 00:03:51,981 Jackson. 65 00:03:52,607 --> 00:03:56,236 Kita ada latihan? Saya belum aiskan tangan atau sediakan Theodora. 66 00:03:56,236 --> 00:03:57,570 Saya suka Theodora. 67 00:03:57,570 --> 00:04:00,823 Saya nak namakan flut saya Adrien Brody kerana ia kurus dan panjang, 68 00:04:00,823 --> 00:04:03,868 tapi dia bongkok dan flut saya tidak, jadi ia tak sesuai. 69 00:04:03,868 --> 00:04:07,664 Tapi ini hal lain. Awak tahu ada mesyuarat lembaga tergempar? 70 00:04:07,664 --> 00:04:10,166 Saya baru tahu. Jackson, masa ini tak sesuai. 71 00:04:10,166 --> 00:04:11,709 Boleh awak tangguhkan? 72 00:04:11,709 --> 00:04:15,755 Ayah saya hampir dapat selesaikan projek tangkapan karbon ini. 73 00:04:15,755 --> 00:04:17,674 Hei, ada prosciutto lagi? 74 00:04:18,174 --> 00:04:20,510 Ada buah ara yang sedang nampak bogel. 75 00:04:21,094 --> 00:04:22,053 Saya mahu... 76 00:04:22,679 --> 00:04:24,555 Hei, Jackson. 77 00:04:24,555 --> 00:04:25,765 Apa awak buat di sini? 78 00:04:25,765 --> 00:04:28,559 Awak saintis. Fikirlah, genius. 79 00:04:28,559 --> 00:04:30,478 Tak mungkin awak jumpa dia untuk terapi. 80 00:04:30,478 --> 00:04:32,605 Tengoklah dia. Cuba meneka. 81 00:04:32,605 --> 00:04:36,859 Selepas ayah awak paksa saya keluar dari rumah kamu malam tadi, 82 00:04:36,859 --> 00:04:41,072 saya beri Jean pengesahan yang Ellis telah menculik saya. 83 00:04:41,572 --> 00:04:42,907 Karma! 84 00:04:43,950 --> 00:04:45,618 Pengesahan? Apa semua ini? 85 00:04:45,618 --> 00:04:49,580 Apabila awak cakap ayah awak melakukan feloni, saya hubungi Leslie. 86 00:04:49,580 --> 00:04:52,917 Dia beri saya bukti untuk memaksa Ellis berhenti. 87 00:04:53,668 --> 00:04:55,253 Awak nak gulingkan ayah saya? 88 00:04:55,253 --> 00:04:57,755 Sejak kematian mak awak, dia tak terkawal. 89 00:04:57,755 --> 00:05:00,925 Dia semakin elok. Saya ingat awak kawan kami. 90 00:05:00,925 --> 00:05:03,803 Jika saya uruskan syarikat, semuanya akan pulih. 91 00:05:03,803 --> 00:05:08,891 Masa untuk Jean. Pengalaman, kestabilan, pengkhianatan. 92 00:05:09,517 --> 00:05:10,476 Jean. 93 00:05:11,060 --> 00:05:13,563 Jadi? Awak nak bawa Leslie ke mesyuarat, 94 00:05:13,563 --> 00:05:16,316 dia beritahu ayah saya culik dia dan awak ambil alih? 95 00:05:17,025 --> 00:05:20,945 Oh, Tuhan. Persembahan di The Coffee Bean & Tea Leaf juga bohong? 96 00:05:23,698 --> 00:05:24,699 Awak jahat. 97 00:05:28,286 --> 00:05:31,497 Dahsyatnya. Saya benci perselisihan dua pihak. 98 00:05:31,497 --> 00:05:33,333 Awak tak patut jadi ahli terapi. 99 00:05:33,333 --> 00:05:36,044 Ibu bapa saya akan bunuh saya jika saya tukar kerjaya lagi. 100 00:05:39,589 --> 00:05:42,258 Fikir. 101 00:05:43,468 --> 00:05:45,303 Saya sedang fikir. Diamlah. 102 00:05:45,303 --> 00:05:48,264 Bertenang dan idea akan datang. 103 00:05:48,264 --> 00:05:52,518 Satu, dua, tiga. Idea, datang kepada saya. 104 00:05:54,562 --> 00:05:55,730 Satu, dua, tiga, satu... 105 00:05:57,648 --> 00:05:59,484 Idea datang kepada saya. 106 00:06:00,777 --> 00:06:03,738 Tolonglah. 107 00:06:03,738 --> 00:06:05,698 Bau macam genius di sini. 108 00:06:06,449 --> 00:06:07,325 Alamak. 109 00:06:08,701 --> 00:06:10,787 Ayuh. Kita boleh lakukannya. 110 00:06:11,329 --> 00:06:14,791 Ayuh. Ini dia. Perah sesuatu daripada otak awak. 111 00:06:14,791 --> 00:06:16,876 Awak boleh. Kami sokong awak. 112 00:06:16,876 --> 00:06:19,587 Satu lagi idea besar. Keluarkan. 113 00:06:20,088 --> 00:06:21,381 Ia dah berakhir. 114 00:06:21,881 --> 00:06:24,509 Okey. Mungkin awak patut berehat. 115 00:06:27,929 --> 00:06:30,807 Jika Ellis dipecat, mereka akan tukar kakitangan. 116 00:06:30,807 --> 00:06:33,935 - Kita dibuang kerja. - Saya tak nak cari kerja lain. 117 00:06:33,935 --> 00:06:35,978 Ya, saya tak nak rakan makmal baharu. 118 00:06:35,978 --> 00:06:39,774 Awak tak boleh diganti. Sebab itu saya larang awak memancing ketam gergasi. 119 00:06:39,774 --> 00:06:44,445 Betul. Sepupu saya kata ada ketam pegang janggutnya dan tarik dia ke laut. 120 00:06:47,573 --> 00:06:48,783 Saya akan rindu ini. 121 00:06:48,783 --> 00:06:51,244 Saya pun. Bagaimana dengan Jackson? 122 00:06:51,244 --> 00:06:52,203 Kenapa? 123 00:06:52,203 --> 00:06:55,206 - Bagaimana jika dia balik ke New York? - Jadi, bagaimana? 124 00:06:56,791 --> 00:06:57,750 Saya akan rindu dia. 125 00:06:59,127 --> 00:07:00,503 Awak akan rindu dia? 126 00:07:02,004 --> 00:07:04,507 Luna, saya nak jelas tentang perkara ini. 127 00:07:05,883 --> 00:07:09,303 Saya takkan merindui Jackson dan saya gembira untuk awak 128 00:07:09,303 --> 00:07:11,431 kerana awak akan merindui Jackson. 129 00:07:12,849 --> 00:07:15,268 - Awak pasti? - Hubungan kami takkan berjaya. 130 00:07:15,268 --> 00:07:16,686 Saya nak awak gembira. 131 00:07:17,687 --> 00:07:18,521 Terima kasih. 132 00:07:21,691 --> 00:07:25,486 Saya tak tahan. Kita perlu siasat. Kita perlukan fakta. 133 00:07:25,486 --> 00:07:29,740 Betul. Kita tak suka ketidakpastian. Sebab itu kita muntah di Vegas. 134 00:07:29,740 --> 00:07:31,576 Ya, itulah sebabnya. 135 00:07:32,118 --> 00:07:35,246 Orang guna saya untuk dekati ayah saya. Saya tak sangka Jean pun sama. 136 00:07:35,246 --> 00:07:38,499 Siapa sangka? Dia main hap, alat muzik paling murni. 137 00:07:38,499 --> 00:07:41,335 Ia dimainkan oleh bidadari. Tapi kini syaitan. 138 00:07:41,335 --> 00:07:44,547 Bodohnya saya. Saya baru serasi dengan ayah saya. 139 00:07:44,547 --> 00:07:47,300 Dia potong buah saya menjadi bintang kecil pagi tadi. 140 00:07:47,300 --> 00:07:49,635 Semua itu boleh musnah kerana mulut saya. 141 00:07:49,635 --> 00:07:52,972 Tentu teruk. Awak nak beritahu dia yang awak khianati dia? 142 00:07:53,639 --> 00:07:56,434 Maaf, bukan khianati. Maksud saya, perkataan lebih baik. 143 00:07:56,434 --> 00:08:01,481 Sabotaj? Tak. Musnah? Tak. Tak banyak perkataan yang baik. 144 00:08:01,481 --> 00:08:03,566 Saya harap saya tak perlu beritahu dia. 145 00:08:04,734 --> 00:08:06,569 Leslie satu-satunya bukti Jean. 146 00:08:06,569 --> 00:08:10,072 Semua ini selesai jika saya boleh halang dia ke mesyuarat. 147 00:08:10,072 --> 00:08:13,534 Ya. Pembunuhan. Ia perkataan yang hodoh, tapi begitulah. 148 00:08:13,534 --> 00:08:16,412 - Tidak. - Saya tahu. Saya cuma nak cakap begitu. 149 00:08:16,412 --> 00:08:19,415 - Semua orang boleh dengar. - Kami bukan nak bunuh. 150 00:08:19,415 --> 00:08:21,792 Bagus. Saya tonton Dateline, dan ini cuai. 151 00:08:21,792 --> 00:08:26,506 Saya ada mesyuarat. Jika awak mahu alih perhatian Leslie, beritahu saya. 152 00:08:26,506 --> 00:08:29,675 Jika ia membantu, saya boleh mengajuk Al Pacino. 153 00:08:29,675 --> 00:08:32,345 Ia tak bagus. Saya ajuk dia nampak kejam. 154 00:08:33,596 --> 00:08:34,430 Tepi! 155 00:08:35,598 --> 00:08:37,433 Hari ini sangat gila. 156 00:08:37,433 --> 00:08:40,311 Al Pacino, kita mungkin dipecat, susu habis. 157 00:08:40,311 --> 00:08:41,437 Tiada sesiapa dipecat. 158 00:08:41,437 --> 00:08:44,524 Saya cuma perlu halang Leslie ke mesyuarat. 159 00:08:44,524 --> 00:08:47,485 Okey. Apa yang kita tahu tentang dia? 160 00:08:47,485 --> 00:08:48,402 Tak banyak. 161 00:08:48,402 --> 00:08:51,948 Dia sunyi, ditinggalkan isteri dan dia suka koko panas. 162 00:08:51,948 --> 00:08:54,242 - Awak patut fokus pada bekas isterinya. - Ya. 163 00:08:54,242 --> 00:08:57,286 Awak boleh gunakan dia untuk alih perhatian Leslie. 164 00:08:57,286 --> 00:08:59,121 Saya suka. Bagaimana? 165 00:08:59,121 --> 00:09:02,458 Dengan sesuatu yang romantik. Sesuatu yang bererti. 166 00:09:02,458 --> 00:09:05,670 Mana-mana wanita suka. Dan wanita gembira jika mereka suka. 167 00:09:05,670 --> 00:09:08,297 Nasib baik saya seorang yang romantik. 168 00:09:09,382 --> 00:09:12,802 - Awak tahu saya sarkastik, bukan? - Ya, awak memang hebat. 169 00:09:12,802 --> 00:09:17,890 Awak juga hebat dalam mencari alternatif untuk koko. Dan lain-lain. 170 00:09:18,599 --> 00:09:19,559 Seperti apa? 171 00:09:20,184 --> 00:09:21,936 Diri awak dan perkara yang awak buat. 172 00:09:22,937 --> 00:09:25,565 Saya suka dengar awak puji saya secara kabur, 173 00:09:25,565 --> 00:09:28,568 tapi saya perlu cari cara untuk buang bau konkrit. 174 00:09:28,568 --> 00:09:30,486 Dan saya perlu jadi romantik. 175 00:09:31,320 --> 00:09:32,572 Untuk rancangan saya. 176 00:09:34,115 --> 00:09:38,119 Jika lembaga buang saya malam ini dan tempat ini musnah, apa awak buat? 177 00:09:38,119 --> 00:09:40,746 Saya dah lama mahu berehat. 178 00:09:41,414 --> 00:09:44,792 Keluar dari kesibukan, tinggal di khemah di sebelah sungai 179 00:09:44,792 --> 00:09:47,211 buru makanan sendiri di pasar kecil. 180 00:09:47,211 --> 00:09:49,714 Awak, pemilik tiga telefon, keluar dari kesibukan? 181 00:09:49,714 --> 00:09:51,716 Banyak yang awak tak tahu tentang saya. 182 00:09:51,716 --> 00:09:55,886 Di sini, kita hanya fokus pada kerja. Saya masukkan awak untuk jadi baik. 183 00:09:55,886 --> 00:09:58,973 Saya memang tak terkawal. Itu tak mudah untuk awak. 184 00:09:58,973 --> 00:10:01,058 Orang anggap saya menyusahkan? 185 00:10:01,058 --> 00:10:02,351 Oh, Tuhan, ya. 186 00:10:04,520 --> 00:10:06,939 Saya tak boleh buat semua ini tanpa awak. 187 00:10:06,939 --> 00:10:09,942 Saya pun tak boleh buat tanpa awak, jelas sekali, 188 00:10:09,942 --> 00:10:12,737 kerana tanpa awak, tak adalah benda nak dibuat. 189 00:10:12,737 --> 00:10:16,157 Maksud saya, saya hargai dapat bekerja dengan awak. 190 00:10:16,157 --> 00:10:18,618 Tak, lebih daripada itu. Seronok. 191 00:10:18,618 --> 00:10:23,164 - Tidak, lebih lagi. Nikmati? Oh, Tuhan. - Awak tak pandai dalam hal ini, bukan? 192 00:10:23,831 --> 00:10:27,251 Saya takkan ubah apa-apa dan saya akan rindu awak. 193 00:10:30,379 --> 00:10:33,007 Terima kasih kerana bawa Jackson. 194 00:10:33,007 --> 00:10:36,344 Saya tahu awak buat untuk syarikat, tapi awak pulihkan dunia saya. 195 00:10:36,344 --> 00:10:39,055 Mungkin jika semua ini musnah, kamu boleh pergi bersama. 196 00:10:39,055 --> 00:10:40,848 Awak selalu nak belayar ke Hawaii. 197 00:10:40,848 --> 00:10:44,644 Jika kami terperangkap dalam bot, kami akan saling menikam selepas seminggu. 198 00:10:45,144 --> 00:10:48,230 Kami macam ion natrium positif dan ion klorida positif. 199 00:10:48,230 --> 00:10:53,235 Tanpa Katie sebagai ejen ikatan, sukar untuk kami berada di tempat sama. 200 00:10:53,235 --> 00:10:57,114 Ya, saya pernah ada dua kenari, dan salah seekor, Ratu Elizabeth... 201 00:10:57,114 --> 00:10:59,950 Tunggu! Katie bukan ejen ikatan. 202 00:11:00,743 --> 00:11:03,371 Dia elektron yang menghalang kami mengion. 203 00:11:04,080 --> 00:11:06,957 Saya tak boleh guna ejen ikatan untuk keraskan konkrit, 204 00:11:06,957 --> 00:11:10,211 saya perlu cari cara untuk mengion strontium klorida. 205 00:11:10,211 --> 00:11:12,380 - Nak habiskan cerita burung awak? - Pergi. 206 00:11:15,466 --> 00:11:17,677 Malcolm. Saya perlukan bantuan awak. 207 00:11:17,677 --> 00:11:19,762 Kita umpan Leslie dari mesyuarat 208 00:11:19,762 --> 00:11:22,431 dengan memujuk bekas isterinya untuk makan malam dengannya. 209 00:11:22,431 --> 00:11:23,557 Jackson. 210 00:11:25,476 --> 00:11:27,812 Kita akan betulkannya. Jangan cakap tentang Jean. 211 00:11:27,812 --> 00:11:30,731 - Baiklah. - Dah minta Jean tangguhkan mesyuarat? 212 00:11:30,731 --> 00:11:31,982 - Sudah. - Bagus. 213 00:11:31,982 --> 00:11:35,778 Ellis dah jumpa jalan, tapi saya tak pasti dia cukup masa. 214 00:11:35,778 --> 00:11:38,989 - Kenapa dengan dia? - Dia cuba tahan wajahnya. 215 00:11:39,490 --> 00:11:42,243 Wajah ini tak berkesan. Mari. 216 00:11:46,706 --> 00:11:48,666 Jika isteri Leslie tak mahu, 217 00:11:48,666 --> 00:11:51,001 kita boleh ikat dia di radiator. 218 00:11:51,001 --> 00:11:54,213 Kita takkan selesaikan masalah penculikan dengan penculikan. 219 00:11:59,385 --> 00:12:01,429 Helo, pemuda-pemuda. 220 00:12:01,429 --> 00:12:04,974 Hai. Awak Barbara Clevenger? Isteri Leslie Clevenger? 221 00:12:05,558 --> 00:12:09,353 Isteri terpisah, tapi panggil saya Barbie, macam patung itu. 222 00:12:09,353 --> 00:12:11,230 Cuma semua ini asli. 223 00:12:11,981 --> 00:12:13,315 Baguslah. 224 00:12:13,315 --> 00:12:16,944 Kami kawan Leslie. Dia suruh kami tanya jika awak nak makan malam dengan dia. 225 00:12:18,112 --> 00:12:21,073 Entahlah. Saya rasa saya tak mahu... 226 00:12:21,073 --> 00:12:25,536 Sebelum awak habiskan jawapan itu, dia minta kami buat begini. 227 00:12:30,666 --> 00:12:32,251 Aku 228 00:12:33,043 --> 00:12:35,629 Aku sangat mencintaimu 229 00:12:36,672 --> 00:12:38,883 Apa saja yang kau mahu 230 00:12:39,759 --> 00:12:44,138 Aku akan setuju 231 00:12:44,138 --> 00:12:46,515 Kerana kau... 232 00:12:49,393 --> 00:12:50,895 Kami sempat berlatih itu saja. 233 00:12:50,895 --> 00:12:53,022 Oh, bagusnya. 234 00:12:53,606 --> 00:12:56,066 Semasa kami mula bercinta, Leslie sangat romantik. 235 00:12:56,066 --> 00:12:57,860 Kami berkelah di Taman Rustic. 236 00:12:57,860 --> 00:13:00,529 Dia susun lilin dan beli makanan dari Chateau Marmont. 237 00:13:00,529 --> 00:13:04,241 - Itu yang dia nak buat malam ini. - Betulkah? 238 00:13:04,241 --> 00:13:05,701 - Ya. - Ya. 239 00:13:06,327 --> 00:13:07,620 Jika dia bersusah payah... 240 00:13:07,620 --> 00:13:09,580 - Sangat bersusah payah. - Sangat. 241 00:13:09,580 --> 00:13:10,498 Okey. 242 00:13:11,332 --> 00:13:14,877 Sebenarnya saya tak boleh memandu, tapi masuklah sementara saya bersiap. 243 00:13:14,877 --> 00:13:16,754 Masih ada wain lagi. 244 00:13:18,672 --> 00:13:20,382 Tak mungkin masih ada wain. 245 00:13:20,382 --> 00:13:21,467 Ia akan berhasil. 246 00:13:21,467 --> 00:13:24,720 Saya akan beritahu Leslie isterinya mahu makan malam. 247 00:13:24,720 --> 00:13:26,680 Awak tunggu. Bawa dia ke taman. 248 00:13:35,064 --> 00:13:38,442 Maaf, saya panik. Saya perlu tahu jika kami akan hilang kerja. 249 00:13:38,442 --> 00:13:42,029 Jika ya, saya perlu cari kerja lain dan ia lebih sukar bagi saya. 250 00:13:42,029 --> 00:13:43,948 Jadi, saya perlukan masa. 251 00:13:43,948 --> 00:13:47,409 Mak saya masih tak percaya saya saintis yang bekerja di sini. 252 00:13:47,409 --> 00:13:49,245 Jika tidak, hatinya akan hancur. 253 00:13:49,245 --> 00:13:52,164 Lagipun, saya baru sewa kondo walaupun saya tak patut, 254 00:13:52,164 --> 00:13:55,626 tapi ia ada pemandangan kolam itik dan saya suka itik. 255 00:13:55,626 --> 00:13:58,420 Itik comel. Kini itik akan menjadi punca kemusnahan saya. 256 00:13:58,420 --> 00:14:00,422 Dan apa yang saya fikirkan? 257 00:14:01,715 --> 00:14:04,260 Terima kasih, John, saya telefon awak balik. 258 00:14:04,260 --> 00:14:07,012 Maaf, saya buat panggilan. Apa awak cakap? 259 00:14:09,098 --> 00:14:11,767 Saya cuma kata saya panik. 260 00:14:11,767 --> 00:14:13,811 Saya perlu tahu jika kami akan hilang kerja. 261 00:14:13,811 --> 00:14:17,439 Saya faham. Tiada keyakinan, kerja, mak, itik. 262 00:14:17,439 --> 00:14:19,191 Saya bukan macam orang lain. 263 00:14:19,191 --> 00:14:22,278 Saya tak tamat belajar di tangga teratas dengan kepujian. 264 00:14:22,278 --> 00:14:25,406 Saya bukan 30 ahli sains bawah 30 tahun untuk diberi perhatian. 265 00:14:26,615 --> 00:14:28,993 Saya tak tahu sebabnya kamu ambil saya kerja. 266 00:14:29,577 --> 00:14:33,038 Kerana dalam temu duga awak semasa ditanya soalan sukar, 267 00:14:33,038 --> 00:14:34,707 awak saja jawab, "Saya tak tahu," 268 00:14:34,707 --> 00:14:37,710 dan tak cuba nampak bijak atau pura-pura tahu jawapan. 269 00:14:37,710 --> 00:14:39,628 Pada pukul 3 pagi, awak e-mel jawapan 270 00:14:39,628 --> 00:14:42,631 yang lebih baik daripada orang yang terus selesaikannya. 271 00:14:43,966 --> 00:14:46,760 - Saya tak boleh tidur selagi tak jawab. - Ellis suka. 272 00:14:46,760 --> 00:14:50,723 Awak tak gembira dengan jawapan biasa. Awak perlu cari jawapan terbaik. 273 00:14:51,223 --> 00:14:53,142 Saya risau tentang perkara lain, 274 00:14:53,142 --> 00:14:56,687 tapi bukan tentang awak kerana awak saintis yang hebat. 275 00:14:58,981 --> 00:14:59,899 Terima kasih. 276 00:15:02,860 --> 00:15:05,863 - Boleh saya dinaikkan gaji? - Kami akan gantikan awak. 277 00:15:09,491 --> 00:15:12,202 Awak okey di luar sana? Awak dan Tina berkawan? 278 00:15:12,202 --> 00:15:13,203 Ya. 279 00:15:13,203 --> 00:15:16,040 Tak perlu gementar. Ekornya saja yang besar. 280 00:15:16,665 --> 00:15:18,292 Itu patut buat saya selesa? 281 00:15:21,587 --> 00:15:25,674 - Lain kali, awak tunggu dengan Barbie. - Semuanya sedia. Saya buat dengan baik. 282 00:15:25,674 --> 00:15:29,094 Saya patut goda lebih ramai wanita. Atau satu. Bagaimana di sana? 283 00:15:29,094 --> 00:15:30,930 Saya rasa Barbie hampir siap. 284 00:15:33,557 --> 00:15:34,475 Oh, Tuhan. 285 00:15:34,475 --> 00:15:36,727 - Apa yang berlaku? - Ada masalah. 286 00:15:37,978 --> 00:15:40,147 Tahu siapa lagi yang ekornya besar? 287 00:15:40,147 --> 00:15:43,776 - Siapa ekor besar? - Tukar rancangan, sayang. 288 00:15:43,776 --> 00:15:47,404 Awak seorang di sini, rasanya lebih sesuai bermalam di rumah. 289 00:15:47,988 --> 00:15:50,324 - Saya homoseksual. - Buktikan. 290 00:15:50,324 --> 00:15:53,077 Buktikan apa? Malcolm? Malcolm! 291 00:15:53,077 --> 00:15:54,453 - Hei. - Alamak. 292 00:15:54,453 --> 00:15:58,415 Saya kecilkan tuksedo dan tambah setagen berwarna. Jingga. 293 00:15:59,917 --> 00:16:03,837 - Mana Barbie? - Dia suruh mula dulu. 294 00:16:03,837 --> 00:16:05,589 Jadi, champagne? 295 00:16:06,298 --> 00:16:08,926 Saya dah agak. Barbie tak ada. 296 00:16:08,926 --> 00:16:12,012 Kenapa asyik seksa saya? Awak dah halau saya dari rumah saya. 297 00:16:12,012 --> 00:16:14,014 - Apa? - Bilik bawah tanah awak. 298 00:16:14,014 --> 00:16:16,517 Bagi saya, itu rumah. Kamu macam keluarga. 299 00:16:16,517 --> 00:16:19,645 Keluarga yang menyeksa ahli keluarga paling penyayang. 300 00:16:19,645 --> 00:16:22,523 Saya akan musnahkan ayah awak malam ini. 301 00:16:36,996 --> 00:16:41,083 Terion. Tidak terion. 302 00:16:41,834 --> 00:16:45,087 Saya tak faham, tapi awak nampak gembira, jadi hore? 303 00:16:45,087 --> 00:16:46,296 Hore! 304 00:16:47,172 --> 00:16:50,300 Bagus. Jackson! Mungkin sipi-sipi saja, tapi lihat. 305 00:16:50,300 --> 00:16:52,553 Pada pukul lapan, kita akan ada konkrit. 306 00:16:53,137 --> 00:16:54,596 - Itu tak penting. - Apa? 307 00:16:55,222 --> 00:16:56,640 Jean yang panggil mesyuarat. 308 00:16:56,640 --> 00:16:58,600 - Jean? - Kamu pasti? 309 00:16:58,600 --> 00:17:01,395 Ya. Saya beritahu dia yang ayah culik Leslie. 310 00:17:01,395 --> 00:17:03,355 Dia akan gunakannya untuk pecat ayah. 311 00:17:04,356 --> 00:17:05,357 Jean dalangnya? 312 00:17:06,108 --> 00:17:08,068 Kenapa beritahu dia tentang Leslie? 313 00:17:08,068 --> 00:17:10,195 Saya percayakan dia. Saya bodoh. 314 00:17:10,821 --> 00:17:14,074 Saya cuba baiki tapi gagal. Ayah akan hilang syarikat kerana saya. 315 00:17:16,535 --> 00:17:20,497 Okey. Jackson, awak akan ke makmal. Ayah awak akan hantar kerja. 316 00:17:20,497 --> 00:17:24,251 Kita ada satu lagi jalan. Siapkan projek ini. Itu rancangannya. 317 00:17:24,251 --> 00:17:25,753 Ini belum berakhir. 318 00:17:25,753 --> 00:17:26,879 Teruskan. 319 00:17:28,130 --> 00:17:28,964 Maafkan saya. 320 00:17:30,841 --> 00:17:33,719 Seumur hidup, dia risau tentang orang yang dia boleh percaya 321 00:17:33,719 --> 00:17:35,929 dan orang yang guna dia untuk dekati saya. 322 00:17:35,929 --> 00:17:38,015 Ellis, hantar kerja ke makmal. 323 00:17:38,015 --> 00:17:39,641 Jean kawan baik maknya. 324 00:17:39,641 --> 00:17:42,519 Dia tahu kelemahan Jackson dan ambil kesempatan. 325 00:17:42,519 --> 00:17:44,980 Tergamak dia buat begitu? Tidak. 326 00:17:46,023 --> 00:17:47,357 Tak boleh buat begitu. 327 00:17:48,108 --> 00:17:50,486 Ellis, apa saja yang awak fikir... 328 00:18:00,162 --> 00:18:03,957 Jean macam ular yang bercabang lidah. Orang sangat mengecewakan. 329 00:18:05,793 --> 00:18:09,463 Berat sebelah Ruby terhadap ular tidak berasas, tapi saya setuju. 330 00:18:11,340 --> 00:18:13,133 Sebulan lalu, saya tak mahu ke sini. 331 00:18:13,133 --> 00:18:17,096 Selepas rapat dengan ayah saya dan mengenali kamu, saya tak boleh pergi. 332 00:18:17,096 --> 00:18:20,015 - Saya pun. - Anna suruh kita teruskan. 333 00:18:20,015 --> 00:18:23,894 Betul. Kami dah selesaikan baunya. Ellis selesaikan masalah pengerasan. 334 00:18:23,894 --> 00:18:27,314 Mari buat konkrit. Kita boleh buat. Kita saintis hebat. 335 00:18:27,314 --> 00:18:29,691 Dia asyik cakap begitu sejak dia jumpa Anna. 336 00:18:29,691 --> 00:18:30,943 Tapi saya setuju. 337 00:18:30,943 --> 00:18:34,571 Ini rumah kita. Kalau mereka nak rampas, kita takkan berdiam diri. 338 00:18:35,864 --> 00:18:38,826 Saya tonton filem koboi semalam. Mereka pertahankan rumah mereka. 339 00:18:39,409 --> 00:18:42,788 Ya, orang tak suka kehilangan rumah mereka. 340 00:18:44,123 --> 00:18:46,125 Saya perlu buat sesuatu. 341 00:18:47,126 --> 00:18:49,670 Okey, dia pergi. Kita patut sambung kerja? 342 00:18:49,670 --> 00:18:51,255 - Mari lakukannya. - Wah! 343 00:18:51,255 --> 00:18:53,215 - Saya bersemangat. - Saya suka. 344 00:18:54,675 --> 00:18:56,260 Sila duduk, semua. 345 00:18:57,344 --> 00:18:59,721 - Mana Ellis? - Dia tak jawab telefon. 346 00:18:59,721 --> 00:19:02,683 Jika saya boleh masukkan cip ke dalam lehernya... 347 00:19:03,392 --> 00:19:07,563 Nampaknya Ellis tiada. Satu lagi contoh kelakuan dia yang tak menentu. 348 00:19:07,563 --> 00:19:09,982 Saya ada maklumat yang akan membuktikan 349 00:19:09,982 --> 00:19:12,359 bahawa syarikat ini memerlukan kepimpinan baharu. 350 00:19:13,193 --> 00:19:14,945 Kami akan jadi pemimpin itu. 351 00:19:14,945 --> 00:19:17,573 Saya teruja, saya boleh berasmara dengan sesiapa. 352 00:19:17,573 --> 00:19:19,741 - Kecuali awak. - Duduk. 353 00:19:19,741 --> 00:19:23,704 Kamu tahu lembaga mengupah ahli terapi untuk menilai Ellis. 354 00:19:23,704 --> 00:19:28,792 Tapi kamu tak tahu, ahli terapi itu diculik dan dikurung oleh Ellis Dragon. 355 00:19:29,960 --> 00:19:31,253 Ya, susah nak percaya. 356 00:19:31,253 --> 00:19:34,631 Jadi, saya akan biar mangsa itu ceritakannya. Leslie. 357 00:19:37,009 --> 00:19:38,302 Dia ahli silap mata? 358 00:19:38,302 --> 00:19:39,803 Saya harap. Saya suka magik. 359 00:19:39,803 --> 00:19:41,513 Selamat petang, semua. 360 00:19:41,513 --> 00:19:43,932 - Dia ahli silap mata. - Hebatnya. 361 00:19:44,433 --> 00:19:48,270 Dr. Clevenger, Ellis menawan awak di tingkat bawah tanah, bukan? 362 00:19:48,270 --> 00:19:50,939 Kami rapat, tapi dia tak menawan saya. 363 00:19:52,149 --> 00:19:53,192 Biar saya jelaskan. 364 00:19:53,192 --> 00:19:56,987 Dia menawan awak, bukan macam kekasih, tapi macam penawan jahat. 365 00:19:56,987 --> 00:19:58,488 - Betul? - Saya faham. 366 00:19:58,488 --> 00:19:59,781 Tidak sama sekali. 367 00:20:02,367 --> 00:20:04,828 Tapi awak kata dia culik awak. 368 00:20:04,828 --> 00:20:08,624 Awak tawarkan tempat tinggal, jadi saya cakap apa yang awak nak dengar. 369 00:20:08,624 --> 00:20:10,876 Orang yang tak tipu tentang penculikan 370 00:20:10,876 --> 00:20:13,962 untuk penginapan percuma saja yang boleh menghukum. 371 00:20:13,962 --> 00:20:15,756 Jean, apa semua ini? 372 00:20:15,756 --> 00:20:18,717 Seronok untuk tahu bukan kita saja yang keliru. 373 00:20:18,717 --> 00:20:20,844 - Itu yang berlaku? - Saya rasa. 374 00:20:20,844 --> 00:20:23,055 Apa ini? Kenapa dia tak cakap benar? 375 00:20:23,055 --> 00:20:27,851 Saya beritahu Leslie jika dia nafikan, dia boleh pindah semula ke rumah saya. 376 00:20:27,851 --> 00:20:32,147 Saya cakap dia boleh pilih bilik. Saya harap dia tak pilih bilik saya. 377 00:20:32,147 --> 00:20:34,274 Saya teruja. Kita jumpa di rumah. 378 00:20:34,274 --> 00:20:35,901 Ya. Dia akan pilih bilik saya. 379 00:20:36,526 --> 00:20:38,028 Saya beli bertih jagung. 380 00:20:40,489 --> 00:20:42,741 Bawa awak dari New York memang idea yang bagus. 381 00:20:42,741 --> 00:20:45,077 Saya nak cium awak, tapi saya dah buat hari ini. 382 00:20:45,077 --> 00:20:47,037 Okey, lupakan Dr. Clevenger. 383 00:20:47,037 --> 00:20:49,456 Ada banyak sebab Ellis tak sesuai memimpin. 384 00:20:49,456 --> 00:20:52,042 Hei, Jean, awak perlu berhenti. Maaf. 385 00:20:55,796 --> 00:20:57,881 Saya tak pandai berucap. 386 00:20:58,590 --> 00:21:01,260 Sebab itu saya nak jadi jurugambar hidupan liar. 387 00:21:02,135 --> 00:21:03,679 Saya nak cakap tentang ayah saya. 388 00:21:05,847 --> 00:21:08,642 Ya, dia aneh, tapi itu bagus. 389 00:21:08,642 --> 00:21:13,647 Otak peliknya itu yang menjadikan dia inovator yang bijak dan kreatif 390 00:21:13,647 --> 00:21:17,150 yang fikir manusia mampu melakukan perkara hebat. 391 00:21:17,150 --> 00:21:20,821 Saya teragak-agak untuk berpindah ke sini kerana sukar untuk dibayanginya. 392 00:21:21,571 --> 00:21:25,492 Tapi kini saya tahu, itu bayangan lelaki yang murah hati, 393 00:21:26,076 --> 00:21:29,621 baik dan bersemangat untuk melakukan perkara yang betul. 394 00:21:40,257 --> 00:21:42,759 Sebab itulah ayah saya patut mengetuai syarikat ini. 395 00:21:44,011 --> 00:21:46,221 Hakikatnya, Ellis tak terkawal 396 00:21:46,221 --> 00:21:48,640 dan tiada perkembangan dalam projek karbon, 397 00:21:48,640 --> 00:21:52,144 jadi undi untuk menamatkan khidmatnya adalah munasabah. 398 00:21:52,144 --> 00:21:57,232 Saya setuju. Tingkah laku Ellis seratus peratus tidak wajar. 399 00:22:00,027 --> 00:22:02,821 Ayuh, semua. Mereka di bilik persidangan. 400 00:22:03,322 --> 00:22:05,866 - Bagaimana? - Ia masih belum keras. 401 00:22:05,866 --> 00:22:09,328 Biar saya lihat. Pasti kekisi graphene tak terikat. 402 00:22:10,245 --> 00:22:12,164 Ya. Itu pun dia. 403 00:22:13,123 --> 00:22:14,333 Saya boleh baikinya. 404 00:22:14,833 --> 00:22:17,252 Itulah saintis yang hebat. 405 00:22:17,252 --> 00:22:18,712 Anna rosakkan awak. 406 00:22:18,712 --> 00:22:21,465 Jadi, patutkah kita tamatkan khidmat Ellis Dragon 407 00:22:21,465 --> 00:22:23,759 dan mencari CEO baharu? 408 00:22:23,759 --> 00:22:25,969 - Semua yang setuju... - Tunggu. 409 00:22:27,846 --> 00:22:29,973 Saya tak ada apa-apa kecuali "tunggu". 410 00:22:31,350 --> 00:22:32,225 Semua setuju? 411 00:22:32,225 --> 00:22:33,310 Tunggu. 412 00:22:35,729 --> 00:22:37,689 - Masih tiada apa-apa. - Kami berjaya! 413 00:22:38,357 --> 00:22:39,691 Kini saya ada sesuatu. 414 00:22:39,691 --> 00:22:41,443 Ruby, silakan. 415 00:22:41,443 --> 00:22:42,361 Kami buat 416 00:22:43,987 --> 00:22:45,364 konkrit! 417 00:22:45,364 --> 00:22:47,783 Dengan karbon dari langit tercemar. 418 00:22:47,783 --> 00:22:49,534 Panjang usia beruang kutub. 419 00:22:49,534 --> 00:22:53,955 Konkrit bukan saja industri global bernilai $4 trilion setahun, 420 00:22:53,955 --> 00:22:57,626 tapi kita boleh perangkap gas rumah hijau berkurun lamanya 421 00:22:57,626 --> 00:22:59,044 dan selamatkan planet. 422 00:23:04,508 --> 00:23:06,343 Oh, dan Jean, 423 00:23:07,177 --> 00:23:08,095 awak dipecat. 424 00:23:11,681 --> 00:23:12,516 Betul? 425 00:23:14,393 --> 00:23:17,187 Hei, maafkan saya kerana sebabkan semua itu. 426 00:23:17,687 --> 00:23:18,814 Kamu dengar. 427 00:23:18,814 --> 00:23:22,025 Kamu perkara terbaik dalam hidup ayah. Ini bukan salah kamu. 428 00:23:22,025 --> 00:23:24,236 - Saya gembira ayah berjaya. - Betul? 429 00:23:24,236 --> 00:23:26,446 Ayah terpaksa. Kamu tentu balik ke New York. 430 00:23:26,446 --> 00:23:28,740 Ayah perlu tinggal dengan Leslie sendirian. 431 00:23:28,740 --> 00:23:29,866 Apa? 432 00:23:31,451 --> 00:23:34,663 - Hei. Kita dapat terus bekerja bersama. - Baguslah. 433 00:23:37,207 --> 00:23:38,458 Saya akan rindu awak. 434 00:23:39,751 --> 00:23:41,128 Saya juga akan rindu awak. 435 00:23:54,724 --> 00:23:55,600 Mudah saja. 436 00:23:56,226 --> 00:24:00,230 Satu hari, saya nak ada mesyuarat lembaga tanpa berpeluh menembusi kot. 437 00:24:00,230 --> 00:24:02,399 Ayuh. Awak takkan suka cara lain. 438 00:24:02,399 --> 00:24:04,317 Saya tahu. Saya nak tipu siapa? 439 00:24:05,110 --> 00:24:07,654 Tentu seronok ada beberapa hari tanpa drama. 440 00:24:08,613 --> 00:24:10,949 Selesai. Mulai sekarang, tiada drama. 441 00:25:33,698 --> 00:25:37,118 Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir