1 00:00:53,262 --> 00:00:55,473 അന്തിമ യുദ്ധം 2 00:01:13,365 --> 00:01:15,242 -Saya jumpa satu. -Apa dia? 3 00:01:17,161 --> 00:01:18,788 -Rusa jantan. -Macam mana tahu? 4 00:01:21,832 --> 00:01:22,792 Kuku embun. 5 00:01:23,667 --> 00:01:27,046 Bagus. Okey, kita dah tahu sumber airnya. 6 00:01:29,006 --> 00:01:30,633 Nampak denai haiwan itu? 7 00:01:30,716 --> 00:01:34,136 Jom ikut situ. Kini, kita tahu coraknya. 8 00:01:35,513 --> 00:01:38,891 Kita dah tahu sumber air, sumber makanan dan tempat tidurnya. 9 00:01:41,936 --> 00:01:45,189 Kini kita tahu laluannya, 10 00:01:45,272 --> 00:01:49,151 jadi kita pergi ke tempat tinggi dan tunggu haiwan itu lalu. 11 00:01:49,401 --> 00:01:50,903 Okey, teruskan berjalan. 12 00:01:57,743 --> 00:02:01,372 Begitulah. Jalan terus. Gazel comel ayah. 13 00:02:17,012 --> 00:02:19,640 Ayuh. Kita berehat di puncak. 14 00:02:34,864 --> 00:02:36,156 Ayah. 15 00:02:36,991 --> 00:02:38,200 Saya sayangkan ayah. 16 00:02:38,826 --> 00:02:40,202 Ayah nak datang jumpa saya? 17 00:03:04,977 --> 00:03:06,270 CARTA HARGA MINYAK 18 00:03:40,638 --> 00:03:43,766 Bida awal kaut $$$... Nak pergi mengopi. 19 00:06:01,779 --> 00:06:03,405 Telefon rahsia. 20 00:06:06,700 --> 00:06:08,577 Apa yang awak sorokkan, Marcus? 21 00:06:28,305 --> 00:06:30,015 Nak datang jumpa saya? 22 00:06:30,557 --> 00:06:32,351 -Kita tahu sumber makanannya. -Ya. 23 00:06:32,434 --> 00:06:34,228 Kita tahu tempat berteduhnya. 24 00:06:34,770 --> 00:06:37,314 Kini, kita tahu laluannya, 25 00:06:37,397 --> 00:06:40,109 jadi kita pergi ke tempat tinggi dan tunggu ia lalu. 26 00:06:41,735 --> 00:06:45,948 Jika kita pandai menjejak dan tahu apa yang nak dicari, 27 00:06:47,032 --> 00:06:49,409 rusa mana pun tak boleh menyorok. 28 00:07:03,257 --> 00:07:04,842 Ayuh, bodoh. 29 00:07:05,425 --> 00:07:07,761 Kita perlu halang. Sekali saja. 30 00:07:09,930 --> 00:07:12,975 Ya! Ya Tuhan! 31 00:07:13,350 --> 00:07:15,269 Ya Tuhan. Ya, ambil! 32 00:07:16,770 --> 00:07:21,650 Ya! Begitulah! Ya! 33 00:07:22,776 --> 00:07:23,861 Roll tide. 34 00:07:23,944 --> 00:07:27,239 Ya, betul! Awak terlepas permainan hebat. 35 00:07:30,033 --> 00:07:31,368 -Hei. -Hei. 36 00:07:34,204 --> 00:07:36,874 -Dah bersedia untuk ke Mexico? -Ya. 37 00:07:36,957 --> 00:07:41,670 Dengar sini. Masalah yang akan melanda sangat teruk. 38 00:07:42,212 --> 00:07:44,089 Selepas saya turun, pergi dari sini. 39 00:07:44,173 --> 00:07:48,051 Kenapa? Awak nak bolot semua arak meskalina Marco? Mana boleh. 40 00:07:48,677 --> 00:07:50,596 Saya serius. Keadaan akan jadi teruk. 41 00:07:53,307 --> 00:07:55,559 Lucy anak pembaptisan saya, Reece. 42 00:07:57,102 --> 00:08:00,564 Sebesar mana pun gunungnya, 43 00:08:01,398 --> 00:08:04,776 saya tetap akan tempuhi untuk balas dendam terhadap mereka. 44 00:08:08,739 --> 00:08:10,407 Selamat datang ke Riley Air. 45 00:08:38,018 --> 00:08:40,145 Awak dapat keparat itu di Wyoming? 46 00:08:40,229 --> 00:08:42,940 Ya. Dia tayangkan hidupnya dalam talian. 47 00:08:43,315 --> 00:08:45,067 Jumpa apa-apa yang bernilai? 48 00:08:45,400 --> 00:08:47,444 Saya baru hantar awak hadiah Krismas. 49 00:08:47,653 --> 00:08:48,737 Sasaran seterusnya? 50 00:08:49,029 --> 00:08:51,615 Awak beritahu nanti. Pesawat nak berlepas. 51 00:08:52,741 --> 00:08:56,453 Ada sesuatu apabila awak mendarat. Selamat memburu! 52 00:09:06,338 --> 00:09:07,381 Dah bersedia? 53 00:10:07,107 --> 00:10:10,235 -Apa yang awak faham? -Dia habiskan satu magazin. 54 00:10:10,319 --> 00:10:11,945 Itu dah melampau. 55 00:10:12,070 --> 00:10:15,407 Fail perubatannya kata ada tumor otak. Mungkin dia tak stabil. 56 00:10:15,490 --> 00:10:18,869 Dia tahu kaca akan pesongkan peluru. Dia pastikan mangsa mati. 57 00:10:19,036 --> 00:10:20,912 Itu bukan tak stabil, itu pengalaman. 58 00:10:20,996 --> 00:10:22,372 Ya, dia berpengalaman. 59 00:10:22,831 --> 00:10:24,416 Lapan kali dikerah bertempur. 60 00:10:24,916 --> 00:10:26,960 Iraq, Afghanistan dan Libya. 61 00:10:27,336 --> 00:10:29,963 Bintang Perak dan banyak Bintang Gangsa. 62 00:10:30,505 --> 00:10:33,592 Termasuk Pingat Pujian Tentera dengan lambang V. 63 00:10:37,387 --> 00:10:41,058 Jangan seronok sangat. Orang atasan macam nak ambil alih. 64 00:10:41,558 --> 00:10:44,102 -Kes besar selalu diambil pejabat LA. -Ya. 65 00:10:44,853 --> 00:10:46,980 Mungkin Ramsay takkan mengalah. 66 00:10:47,481 --> 00:10:49,483 Beri satu contoh dia tak mengalah. 67 00:10:57,199 --> 00:10:59,284 Awak buang masa saja. 68 00:10:59,368 --> 00:11:01,578 Jangan putus asa sama sekali, Mac. 69 00:11:01,703 --> 00:11:03,163 Saya faham, Terry. 70 00:11:03,413 --> 00:11:06,416 Saya perlu lebih daripada laporan, setidaknya sidang media. 71 00:11:06,500 --> 00:11:07,667 Pasang pembesar suara. 72 00:11:08,043 --> 00:11:11,129 Saya bersedia untuk patuh... Hei. 73 00:11:11,755 --> 00:11:13,799 Anthony Layun ada di sini. 74 00:11:13,882 --> 00:11:17,260 Dia baru ambil alih sebagai ketua Pasukan Petugas Buronan. 75 00:11:17,511 --> 00:11:19,221 Saya kenal Tony. Apa khabar? 76 00:11:19,304 --> 00:11:22,391 Tak baik. Saya faham yang awak nak rampas kes ini. 77 00:11:22,474 --> 00:11:26,603 Bukan rampas. Okey? Ada mayat. Kami lebih berupaya. 78 00:11:26,686 --> 00:11:30,482 Semasa awak di Chicago, pernah biar kes besar pada Milwaukee? 79 00:11:30,565 --> 00:11:32,943 Milwaukee tak cekap. 80 00:11:33,026 --> 00:11:35,320 -Ya, Tony. -Dah ada lima mayat. 81 00:11:35,445 --> 00:11:37,114 Sebab itu ia kes kami. 82 00:11:37,864 --> 00:11:41,410 Atau nak hubungi ibu pejabat? Apa kata DC agaknya? 83 00:11:45,914 --> 00:11:49,126 Deptula, berikan alamat semua waris 84 00:11:49,376 --> 00:11:52,462 dan kenalannya. Berkhidmat 20 tahun. Tentu ramai. 85 00:11:52,546 --> 00:11:55,257 -Baiklah. -Junior, dapatkan rakaman CCTV 86 00:11:55,549 --> 00:11:59,594 -untuk saya buat pengecaman wajah. -Kita dah tahu orangnya. 87 00:11:59,678 --> 00:12:01,972 Saya tak peduli tentang James Reece. 88 00:12:02,055 --> 00:12:05,058 Saya nak tahu orang di dalam keretanya. 89 00:12:07,644 --> 00:12:11,982 Dalam rangkaian Capstone ada projek bernama RD4895. 90 00:12:12,065 --> 00:12:15,277 Rangkaian mereka besar. Ada 100 lebih pelaburan diskret. 91 00:12:15,652 --> 00:12:19,656 Saya dapati ada 27 syarikat yang berkaitan dengan aset Pentagon 92 00:12:19,781 --> 00:12:21,992 atau termasuk dalam kawasan konflik. 93 00:12:22,075 --> 00:12:25,370 Ada rekod perubatan keluarga platun. Perlu lebih lagi. 94 00:12:25,579 --> 00:12:27,247 Guna Akta Kebebasan Maklumat. 95 00:12:27,414 --> 00:12:28,582 Kenapa kami? 96 00:12:28,832 --> 00:12:30,876 Berita ini sangat sensasi. 97 00:12:31,376 --> 00:12:35,255 Lebih besar daripada laman web artikel biasa yang mengulas mainan video. 98 00:12:35,589 --> 00:12:38,884 -Hantar apa yang ada. Saya periksa. -Dah. Tengok peti mel. 99 00:12:39,342 --> 00:12:41,136 Berlagaknya. 100 00:12:42,596 --> 00:12:45,515 Alamak. Pergi dulu. Saya perlukan maklumat itu. 101 00:12:45,599 --> 00:12:46,683 Katie. 102 00:13:01,531 --> 00:13:02,532 Helo? 103 00:13:06,077 --> 00:13:07,829 -Brian? -Katie. 104 00:13:08,163 --> 00:13:11,875 Hei, semua! Hei, Deb! 105 00:13:11,958 --> 00:13:14,794 -Katie! -Maaf, tak dapat kunci pintu. 106 00:13:14,878 --> 00:13:16,755 Kenapa awak di sini? 107 00:13:16,880 --> 00:13:18,840 Awak tak dapat e-mel saya? 108 00:13:18,924 --> 00:13:23,678 Saya dah balik dari Syria. Saya ingat bagus jika ke sini dulu. 109 00:13:25,514 --> 00:13:27,140 Okey, ya... 110 00:13:28,391 --> 00:13:30,352 Saya sangka hujung minggu depan. 111 00:13:30,519 --> 00:13:32,979 Ini kejutan bagus. Boleh berbual panjang. 112 00:13:33,063 --> 00:13:36,191 Boleh bermain dengan Teddy apabila dia bangun. 113 00:13:36,525 --> 00:13:39,027 Oh tidak. Saya berlengas, belum mandi. 114 00:13:39,110 --> 00:13:42,155 Masih berbaju tidur. Sekejap, ya. 115 00:13:43,156 --> 00:13:44,074 Okey. 116 00:13:58,046 --> 00:14:01,758 Saya akan berterus terang. Situasi ini tak ideal langsung. 117 00:14:02,300 --> 00:14:05,595 Belanjawan baru Pentagon menunjukkan anjakan paradigma 118 00:14:05,720 --> 00:14:08,682 dengan potongan di hampir semua sektor. 119 00:14:09,349 --> 00:14:14,062 Jika ia diluluskan, kontrak kita takkan diperbaharui dalam masa 18 bulan. 120 00:14:15,522 --> 00:14:19,192 Elias Ryberg menunda lawatannya. Ini boleh bermakna 121 00:14:19,276 --> 00:14:21,611 dia rasa kita bukan pelaburan baik. 122 00:14:22,946 --> 00:14:27,409 Capstone tetap menasihatkan agar ahli lembaga Newbellum bersabar 123 00:14:27,993 --> 00:14:29,536 dan teruskan jualan. 124 00:14:30,620 --> 00:14:32,789 Kamu kenal saya dan tahu nilai saya. 125 00:14:33,123 --> 00:14:35,834 Jika saya kata dah uruskan sesuatu, ia dah terurus. 126 00:14:35,917 --> 00:14:39,462 Tahu betapa malunya kami dengan kejadian di Santa Barbara? 127 00:14:40,046 --> 00:14:41,673 Melihat mayat bogel VP 128 00:14:41,756 --> 00:14:44,426 dibawa oleh polis dengan jarum pada lengannya. 129 00:14:44,509 --> 00:14:46,970 Ryberg pun nampak, Steve. 130 00:14:47,512 --> 00:14:52,392 Jadi, jangan hairanlah kami jadi kurang yakin dengan awak. 131 00:14:52,475 --> 00:14:55,020 Jika nak tarik diri, tentu dia cakap. Tak ke mana. 132 00:14:55,103 --> 00:14:59,107 Tentang Washington pula, ia mesin dinamik, tapi ia boleh dijangka. 133 00:14:59,316 --> 00:15:01,359 Kita perlu tahu cara nak guna. 134 00:15:01,443 --> 00:15:03,778 Perang bukan matlamat perniagaan Newbellum. 135 00:15:03,862 --> 00:15:06,573 Saya ikut cara awak kerana awak sokong saya 136 00:15:06,656 --> 00:15:11,494 semasa saya perlu. Saya diam saja apabila awak nak jual kerana... 137 00:15:12,662 --> 00:15:16,541 Pulangannya tinggi, tapi saya takkan jual perniagaan saya 138 00:15:16,916 --> 00:15:18,293 jika saya akan rugi. 139 00:15:18,376 --> 00:15:22,797 Saya takkan lagi membangunkan projek awak jika tiada pasaran. 140 00:15:23,173 --> 00:15:25,300 Sentiasa ada pasaran untuk kerja kita. 141 00:15:27,260 --> 00:15:28,470 Kita akan tahu nanti. 142 00:15:28,553 --> 00:15:31,431 Jawatankuasa kecil akan bincangkan belanjawan Hartley. 143 00:15:31,556 --> 00:15:34,601 Sebelum itu, selamat mencari VP. 144 00:16:18,770 --> 00:16:22,148 Hei, pakai tali pinggang keledar. Kita akan mendarat. 145 00:17:18,538 --> 00:17:22,584 Hei, Carlos. Alex. Apa khabar? 146 00:17:24,961 --> 00:17:26,838 Biar saya ambil beg ini. 147 00:17:30,800 --> 00:17:31,843 Terima kasih. 148 00:17:34,012 --> 00:17:37,474 -Seronok awak datang balik ke sini. -Saya pun. Helo, Paola. 149 00:17:37,557 --> 00:17:39,601 -Gembira dapat jumpa, James. -Samalah. 150 00:17:42,729 --> 00:17:44,022 Bagaimana perjalanan? 151 00:17:44,230 --> 00:17:47,233 Hebat. Langit cerah saja. 152 00:17:47,442 --> 00:17:51,196 Jangan tertipu. Dia bawa pesawat macam dia masih di Najaf. 153 00:17:51,696 --> 00:17:54,824 Ayuh, semua. Saya cup rumah kolam. 154 00:17:54,908 --> 00:17:56,826 -Jom. -Ayuh. 155 00:18:04,959 --> 00:18:08,087 Ayah awak datang ke Baja semasa nak buat keputusan penting. 156 00:18:09,214 --> 00:18:11,257 Air mukanya sama macam awak. 157 00:18:12,634 --> 00:18:13,676 Jadi? 158 00:18:16,346 --> 00:18:19,015 Dia dapat matlamat hidup baru. 159 00:18:19,974 --> 00:18:21,142 Awak pun akan dapat. 160 00:18:23,561 --> 00:18:25,063 Terima kasih. Okey. 161 00:18:27,065 --> 00:18:29,984 Peristiwa di Los Angeles dirakam kamera trafik. 162 00:18:30,068 --> 00:18:31,945 Ejen NCIS yang meninggal? 163 00:18:32,111 --> 00:18:33,947 Ejen hartanah bangunan cam Reece. 164 00:18:34,072 --> 00:18:36,366 Katanya dia guna nama samaran. 165 00:18:37,742 --> 00:18:40,912 Jika pernah meragui Reece dan keluarganya, 166 00:18:41,246 --> 00:18:42,539 dah tak perlu lagi. 167 00:18:42,747 --> 00:18:44,290 Kita lambat bertindak, Rich. 168 00:18:46,876 --> 00:18:48,461 -Puan, Senator Pryor. -Ya. 169 00:18:48,920 --> 00:18:50,922 Ada ahli jawatankuasa berpaling tadah. 170 00:18:51,089 --> 00:18:55,134 -Siapa? -Holbrooke. Conviser juga. 171 00:18:55,593 --> 00:18:57,095 Ada orang ugut mereka? 172 00:18:57,345 --> 00:19:00,098 Siapa pun mereka, mereka tak nak dikenali. 173 00:19:00,181 --> 00:19:03,768 Belanjawan baru awak menutup banyak sumber kewangan orang. 174 00:19:05,019 --> 00:19:07,021 Jadi, apa kita nak buat? 175 00:19:07,772 --> 00:19:09,399 Tiada margin untuk silap. 176 00:19:09,941 --> 00:19:13,027 Jika kurang satu undi, awak takkan dapat apa-apa. 177 00:19:13,486 --> 00:19:15,196 Keuntungan pun tiada. 178 00:19:15,655 --> 00:19:18,491 Bolehkah kita guna rekod kredit 179 00:19:18,575 --> 00:19:21,160 dan lengahkan masa apabila ia pulang dari Dewan? 180 00:19:21,244 --> 00:19:23,037 James Reece orang baik. 181 00:19:23,162 --> 00:19:27,333 Dia berkhidmat kepada negara seumur hidupnya, tapi kini dah berubah. 182 00:19:27,917 --> 00:19:31,004 Kita takkan jumpa penyelesaian dalam margin. 183 00:19:31,212 --> 00:19:35,300 Kita perlukan perubahan, bukan usaha perdamaian, kita perlu... 184 00:19:43,641 --> 00:19:45,226 Siarkan sidang itu di TV. 185 00:19:45,393 --> 00:19:48,104 Puan, ia sidang jawatankuasa tertutup. 186 00:19:48,187 --> 00:19:50,773 Buat secara terbuka semasa undian akhir. 187 00:19:51,399 --> 00:19:53,902 Biar para senator dilihat sokong secara rasmi 188 00:19:53,985 --> 00:19:57,488 yang kepentingan khas lebih penting daripada operator khas. 189 00:20:00,491 --> 00:20:02,994 Saya nak lihat itu. 190 00:20:20,845 --> 00:20:23,306 -Amin. -Amin. 191 00:20:24,349 --> 00:20:28,770 Marco, Paola, terima kasih. Hebat sungguh layanan kamu. 192 00:20:28,853 --> 00:20:30,939 Kami akan hidangkan barbacoa esok. 193 00:20:31,564 --> 00:20:35,151 Apabila penembak macam Reece datang, kami berikannya tugas. 194 00:20:35,234 --> 00:20:37,695 Awak tak perlu saya untuk tembak bebiri jantan. 195 00:20:37,779 --> 00:20:41,491 Ayah saya lebih banyak belajar tentang menembak daripada Marco 196 00:20:41,574 --> 00:20:42,742 berbanding di tentera. 197 00:20:42,825 --> 00:20:45,453 Thomas memang suka memuji. 198 00:20:45,536 --> 00:20:48,373 Adakah kita bercakap tentang orang yang sama? 199 00:20:50,041 --> 00:20:52,543 Walau berapa kali pun saya ke sini, 200 00:20:52,627 --> 00:20:54,796 saya selalu terlupa betapa indahnya di sini. 201 00:20:55,004 --> 00:20:59,884 Aduhai. Rasanya kali terakhir saya ke sini ketika ulang tahun perkahwinan saya. 202 00:21:05,473 --> 00:21:09,811 Saya ingat anak-anak tangkap pepatung dan kumpul di dalam balang. 203 00:21:12,146 --> 00:21:16,109 Ya. Rumah ladang ini suci bagi kami. 204 00:21:17,110 --> 00:21:20,405 Tempat perlindungan daripada huru-hara dunia luar. 205 00:21:29,038 --> 00:21:33,001 En. Reece, saya dah beritahu mak yang saya nak ke pengebumiannya. 206 00:21:33,126 --> 00:21:34,168 Antonia. 207 00:21:35,128 --> 00:21:38,589 Saya tak tahu Lucy sakit. Jika tahu, saya akan hantar surat. 208 00:21:40,717 --> 00:21:44,595 Tentu dia suka, sayang. Tentu dia seronok sangat. 209 00:21:49,434 --> 00:21:51,853 Saya bersimpati, James. 210 00:21:52,812 --> 00:21:53,855 Ya. 211 00:21:55,231 --> 00:22:00,194 Kepada tuan rumah, yang beri minuman, dan tanah yang beri makanan. 212 00:22:20,840 --> 00:22:22,675 Persoalannya. 213 00:22:23,134 --> 00:22:27,013 Apa saya perlu buat untuk rampas awak dari ladang Paul? 214 00:22:29,640 --> 00:22:32,018 Entah. Dalam hal bos ini, 215 00:22:32,101 --> 00:22:34,604 saya lebih pentingkan ketidakhadiran. 216 00:22:38,024 --> 00:22:40,943 Wah! Sangat cantik, bukan? 217 00:22:41,027 --> 00:22:42,987 Mak, jom tunjukkan kepada ayah. 218 00:22:43,529 --> 00:22:45,615 ...tak patut saya teringin sangat. 219 00:22:45,698 --> 00:22:48,117 Selain itu, awak jauh lebih hebat. 220 00:22:48,618 --> 00:22:50,203 Baguslah kalau begitu. 221 00:23:06,302 --> 00:23:07,303 REECE - MESEJ 222 00:23:08,221 --> 00:23:13,768 RD4895 ADA PERKEMBANGAN? 223 00:23:21,359 --> 00:23:24,487 SAYA RASA AHLI PLATUN LAIN ADA TUMOR. MASIH MENYIASAT. 224 00:23:39,669 --> 00:23:40,545 Hei. 225 00:23:41,170 --> 00:23:45,341 Hei, saya boleh bantu kemas. Saya cuma nak tengok matahari terbenam. 226 00:23:48,219 --> 00:23:49,637 Berapa teruk masalah awak? 227 00:23:49,720 --> 00:23:51,430 Mana ada. Tolonglah, Brian. 228 00:23:51,681 --> 00:23:53,266 Saya nampak kajian awak. 229 00:23:54,851 --> 00:23:59,480 Biasalah, berita untuk artikel. Saya cuma perlukan beberapa hari. 230 00:24:15,037 --> 00:24:21,043 AWAK DI MANA? 231 00:24:27,633 --> 00:24:29,468 Saya rasa tentu awak nak minum. 232 00:24:32,346 --> 00:24:33,931 Memang kuat firasat awak. 233 00:24:46,694 --> 00:24:47,820 Ben telefon. 234 00:24:50,239 --> 00:24:53,910 Dia jejak bayaran dari telefon lelaki itu ke bank di Ensenada. 235 00:24:53,993 --> 00:24:55,661 Orang saya sedang siasat. 236 00:25:04,086 --> 00:25:05,922 Saya asyik tertanya-tanya... 237 00:25:09,091 --> 00:25:13,012 "Apa tujuan-Nya? Apa rancangan-Nya? 238 00:25:13,304 --> 00:25:18,976 "Apa sebab Dia mahu awak buat begini?" 239 00:25:21,854 --> 00:25:26,776 Saya teringat kisah Nabi Ayyub dan terfikir jika ini mungkin 240 00:25:28,277 --> 00:25:31,572 suatu taruhan dengan Iblis. 241 00:25:33,241 --> 00:25:35,076 Nak lihat jika awak boleh bertahan. 242 00:25:43,876 --> 00:25:45,336 Nabi Ayyub tahan. 243 00:25:50,091 --> 00:25:52,635 Saya hampir nak putus asa. 244 00:26:37,847 --> 00:26:42,101 Lucy, tunggu! Lucy, mari sini! 245 00:26:48,274 --> 00:26:50,609 Saya dah agak awak ada urusan d Ensenada. 246 00:26:50,693 --> 00:26:54,363 Yalah, selepas dapat akaun itu, tunggu masa saja. 247 00:26:54,447 --> 00:26:55,614 James. 248 00:26:56,532 --> 00:26:58,617 Helo. Wah. 249 00:26:59,160 --> 00:27:03,164 Rupa awak teruk betul. 250 00:27:03,414 --> 00:27:04,790 Hei, bila awak sampai? 251 00:27:05,374 --> 00:27:07,710 Setengah jam lalu. Dapat cuti dua hari. 252 00:27:08,210 --> 00:27:12,340 Awak ingat saya akan biar awak hapuskan dia seorang diri? 253 00:27:12,506 --> 00:27:13,507 Hapuskan? 254 00:27:13,758 --> 00:27:15,384 Marco baru beritahu kami. 255 00:27:17,053 --> 00:27:21,390 Ketua pasukan sekuriti saya kata dia dah jumpa pembunuh Lauren dan Lucy. 256 00:27:27,396 --> 00:27:29,565 -Selamat pagi. -Selamat pagi. 257 00:27:32,026 --> 00:27:34,862 Boleh saya pinjam kereta? Saya nak beli kopi. 258 00:27:35,154 --> 00:27:37,865 Saya boleh beli. Brian dan Teddy ke pantai. 259 00:27:38,157 --> 00:27:40,117 -Pergilah. -Tak, awak sedang bercuti. 260 00:27:40,201 --> 00:27:42,370 Pesan saja apa awak nak. Saya belanja. 261 00:27:42,453 --> 00:27:45,289 Dua kopi susu flat. Kunci di tepi pintu depan. 262 00:27:45,373 --> 00:27:46,415 Terima kasih. 263 00:28:04,183 --> 00:28:05,434 Katie Buranek? 264 00:28:17,696 --> 00:28:19,490 Saya dah baca tentang awak. 265 00:28:20,616 --> 00:28:23,744 Portland, Kenosha, wilayah Hubei... 266 00:28:24,745 --> 00:28:27,123 Awak selalu terlibat dalam perkara rumit. 267 00:28:27,206 --> 00:28:30,042 Itu cara terbaik untuk tahu kebenaran. 268 00:28:31,627 --> 00:28:32,628 Baguslah. 269 00:28:34,713 --> 00:28:36,006 Di mana James Reece? 270 00:28:36,799 --> 00:28:38,509 -Entah. -Saya tak percaya. 271 00:28:38,592 --> 00:28:39,593 Okey. 272 00:28:40,928 --> 00:28:44,265 Berdasarkan kerja awak di atas, awak orang yang bijak. 273 00:28:44,432 --> 00:28:46,684 Jadi, kenapa nak bersubahat dalam pembunuhan? 274 00:28:46,767 --> 00:28:48,727 Tak, dia mempertahankan diri. 275 00:28:48,811 --> 00:28:50,396 Bukan Los Angeles. 276 00:28:50,479 --> 00:28:52,690 James Reece tak bunuh keluarganya. 277 00:28:53,691 --> 00:28:55,526 Kenapa tak tanya Saul Agnon? 278 00:28:55,609 --> 00:29:00,030 Tanya dia tentang Syarikat Capstone, punca seplatun Tentera Laut ada tumor. 279 00:29:00,156 --> 00:29:01,490 Itu kisah benarnya. 280 00:29:02,032 --> 00:29:05,286 Saya nak tanya Saul Agnon, tapi dia dah mati. 281 00:29:06,829 --> 00:29:08,038 Saya dah siasat. 282 00:29:08,456 --> 00:29:11,000 Agnon terlebih dos di Santa Barbara, 283 00:29:11,292 --> 00:29:13,294 sehari selepas awak dan Reece di LA. 284 00:29:13,711 --> 00:29:15,588 Ada jarum di lengannya. 285 00:29:15,671 --> 00:29:19,091 Tiada sejarah guna opioid. Pelik, bukan? 286 00:29:20,509 --> 00:29:22,511 Seorang ejen NCIS, Josh Holder, 287 00:29:23,179 --> 00:29:25,598 mukanya ditembak dengan pistol orang lain 288 00:29:25,681 --> 00:29:29,894 pada malam sebelum Reece melarikan diri. Itu pun pelik. 289 00:29:40,696 --> 00:29:42,865 Ini berita eksklusif. Saya faham. 290 00:29:46,118 --> 00:29:49,205 Tapi tentu awak tak nak lihat orang terkorban lagi. 291 00:29:50,539 --> 00:29:54,335 Saya juga yakin awak tak nak dikenakan tuduhan jenayah berat. 292 00:30:03,344 --> 00:30:05,804 Saya tak tahu dia di mana. Betul. 293 00:30:08,766 --> 00:30:13,020 Tapi... jika saya dapat tahu, saya akan beritahu awak. 294 00:30:14,480 --> 00:30:16,023 Begitulah, Cik Buranek. 295 00:30:25,658 --> 00:30:27,117 Nikmati masa dengan keluarga. 296 00:31:17,084 --> 00:31:18,460 Boleh saya bantu? 297 00:31:26,510 --> 00:31:27,845 Apa semua ini? 298 00:31:29,430 --> 00:31:30,347 Jom berbincang. 299 00:31:31,307 --> 00:31:33,767 Awak tahu tentang Perang Messines? 300 00:31:34,226 --> 00:31:35,394 Tak. 301 00:31:35,811 --> 00:31:39,732 Perang Dunia Pertama. British dan Jerman temui jalan buntu di Flanders. 302 00:31:40,858 --> 00:31:45,029 Jeneral Plumer di pihak Inggeris. Amat penyabar orangnya. 303 00:31:45,362 --> 00:31:49,783 Ambil masa lima bulan membina terowong sepanjang 8 kilometer di bawah musuh. 304 00:31:49,867 --> 00:31:54,997 Pasang hampir 300 kilogram letupan. Tiba-tiba, meletup! 305 00:31:56,915 --> 00:32:00,127 Letupan itu bunuh 10,000 askar Jerman. Kebuntuan tamat. 306 00:32:02,838 --> 00:32:04,798 Tentera Jerman tak duga langsung. 307 00:32:04,882 --> 00:32:08,052 Menarik kisahnya. Apa kita buat ini, Steve? 308 00:32:09,011 --> 00:32:11,764 Saya bekerja keras untuk menyusup kawasan musuh. 309 00:32:12,806 --> 00:32:13,807 Ya. 310 00:32:14,391 --> 00:32:17,603 Kita pun tahu Hartley akan dipaksa bersara dalam setahun. 311 00:32:17,686 --> 00:32:19,104 Dia takkan dirindui. 312 00:32:19,271 --> 00:32:23,942 Sekarang, awak kena buat keputusan sama ada nak jadi orang biasa 313 00:32:24,568 --> 00:32:25,903 atau orang penting. 314 00:32:26,362 --> 00:32:28,864 Perjanjian kita adalah maklumat. 315 00:32:28,947 --> 00:32:30,074 Betul. 316 00:32:30,949 --> 00:32:34,203 Saya ubah perjanjian untuk melindungi pelaburan saya, faham? 317 00:32:34,286 --> 00:32:36,997 -Perniagaan saya terjejas. -Undian dah tutup. 318 00:32:37,164 --> 00:32:38,207 Pryor belum undi. 319 00:32:41,377 --> 00:32:45,589 Pryor yang menganjurkan pembaharuan dual jenis ini. 320 00:32:45,881 --> 00:32:47,633 Awak tak perlu pujuk dia. 321 00:32:49,718 --> 00:32:51,261 Cuma bawa dia jumpa saya. 322 00:32:59,395 --> 00:33:04,817 Ini bagus untuk awak nanti, Richard. Awak cuma belum tahu lagi. 323 00:33:23,711 --> 00:33:26,714 Navajas dan konconya ada kontrak dengan banyak kartel. 324 00:33:26,797 --> 00:33:30,676 Dia kejam, bercita-cita tinggi. Dia akan bunuh siapa saja jika berbaloi. 325 00:33:30,926 --> 00:33:32,428 Pasti dia orangnya? 326 00:33:32,511 --> 00:33:34,680 Menurut sumber kita, tiga minggu lalu, 327 00:33:34,763 --> 00:33:38,475 Navajas dan leftenannya keluar kawasan. Navajas saja yang balik. 328 00:33:38,934 --> 00:33:41,270 Lengan kirinya luka. 329 00:33:48,569 --> 00:33:49,570 Dia orangnya. 330 00:33:51,155 --> 00:33:56,910 Navajas dan konconya melatih pembunuh muda di sebuah kilang lama di luar Ensenada. 331 00:33:56,994 --> 00:34:00,122 -Berapa ramai? -Kadangkala 12. Kadangkala lebih. 332 00:34:00,831 --> 00:34:02,875 Tak termasuk mereka yang dilatih. 333 00:34:02,958 --> 00:34:06,503 Ribut akan melanda dan ia boleh lindungi kita. 334 00:34:06,587 --> 00:34:10,132 Boleh nampak 200 meter dari bukit ini. 335 00:34:10,549 --> 00:34:14,052 Awak hendap dan tunggu. Mungkin tembakan yang mudah. 336 00:34:14,136 --> 00:34:15,262 Tak. 337 00:34:15,679 --> 00:34:18,348 -James? -Tak, tembakan itu tak bagus. 338 00:34:18,474 --> 00:34:20,058 Garis penglihatannya jelas. 339 00:34:20,142 --> 00:34:22,227 Aaron bekas ahli Gerak Khas. 340 00:34:23,437 --> 00:34:24,813 Taktiknya bagus. 341 00:34:24,897 --> 00:34:28,150 Saya bukan mempersoalkan taktik awak. Bukan isu taktik. 342 00:34:28,233 --> 00:34:30,360 Kita perlu masuk. Berdepan. 343 00:34:30,694 --> 00:34:33,405 Serang secara langsung. Itu saja cara berkesan. 344 00:34:36,492 --> 00:34:38,494 Hei, boleh kita bincang sekejap? 345 00:34:46,543 --> 00:34:48,045 Saya faham. 346 00:34:48,504 --> 00:34:51,715 Saya pun nak belasah dan seksa dia cukup-cukup. 347 00:34:52,591 --> 00:34:53,842 Tapi dia ini... 348 00:34:54,635 --> 00:34:57,221 Dia takkan bawa kita kepada dalang utama. 349 00:34:57,638 --> 00:34:59,014 Steve Horn boleh. 350 00:34:59,556 --> 00:35:01,892 Serang hendap saja. Pergi ke utara. 351 00:35:04,311 --> 00:35:08,482 Semasa diserang, Lauren guna badannya untuk melindungi Lucy. 352 00:35:09,441 --> 00:35:10,901 Ada saya beritahu? 353 00:35:11,026 --> 00:35:15,531 Jadi, detik akhir Lucy ialah ibunya menjerit, menangis, melindungi dia 354 00:35:15,697 --> 00:35:17,574 sementara Navajas tengok mereka. 355 00:35:21,411 --> 00:35:25,249 Saya nak dia tahu siapa yang bunuh dia. Tak boleh cara lain. 356 00:35:35,217 --> 00:35:36,385 Okey. 357 00:35:39,680 --> 00:35:41,014 Okey. Jom. 358 00:35:51,650 --> 00:35:54,570 Kami tak nak orang awak membahayakan diri. 359 00:35:54,653 --> 00:35:56,572 Kami boleh buat. Saya dan Ben. 360 00:35:56,780 --> 00:35:57,781 Tak. 361 00:35:58,824 --> 00:36:01,952 Ini peluang untuk hapuskan kejahatan ini sama sekali. 362 00:36:03,370 --> 00:36:07,249 Ini tindakan yang betul. Tindakan kita akan membantu dunia. 363 00:36:11,628 --> 00:36:12,629 Betul... 364 00:36:14,548 --> 00:36:18,135 Kita guna tempat tinggi untuk memerhati. Utara dan selatan. 365 00:36:20,178 --> 00:36:21,305 Reece. 366 00:36:22,097 --> 00:36:23,348 Tak, tak apa. 367 00:36:26,101 --> 00:36:29,313 Yang lain datang berjalan kaki. 368 00:36:30,230 --> 00:36:31,481 Reece? 369 00:36:31,607 --> 00:36:33,275 Tiada apa-apa, saya okey. 370 00:36:39,239 --> 00:36:43,493 Berdasarkan garis masa awak, nampaknya tumor tumbuh dengan cepat. 371 00:36:43,577 --> 00:36:47,456 Jika ia glioblastoma, tak baguslah. Ia juga jarang berlaku. 372 00:36:48,206 --> 00:36:51,501 -Saya tak pasti tanpa... -Tanpa biopsi. Saya tahu. 373 00:36:52,336 --> 00:36:54,922 Ada pakar bedah hebat di Bandar Mexico. 374 00:36:55,547 --> 00:37:00,344 Awak akan sihat balik dengan rawatan betul dalam enam hingga sembilan bulan. 375 00:37:02,888 --> 00:37:04,473 Ada pilihan lain? 376 00:37:07,768 --> 00:37:10,228 Menderita dan mati. 377 00:37:22,824 --> 00:37:25,494 Ada sesuatu untuk kawal gejalanya? 378 00:37:26,536 --> 00:37:29,414 Kortikosteroid boleh kurangkan bengkak. 379 00:37:29,498 --> 00:37:34,419 Propranolol dan topiramate bantu kurangkan menggeletar dan migrain. 380 00:37:36,630 --> 00:37:38,173 Dadah takkan selamatkan awak. 381 00:37:45,681 --> 00:37:48,266 -Awak patut beritahu kami. -Dia tak tahu. 382 00:37:48,350 --> 00:37:50,852 Mengarut. Tanya dia. 383 00:37:59,361 --> 00:38:03,991 Beginilah. Suka hati awak nak buat apa pada diri sendiri. 384 00:38:06,952 --> 00:38:09,329 Awak tak salah kerana merahsiakannya. 385 00:38:09,871 --> 00:38:12,082 Saya faham. Siapa saya nak menghukum? 386 00:38:13,542 --> 00:38:15,210 Cuma saya ada satu soalan. 387 00:38:17,004 --> 00:38:18,547 Bolehkah awak bertempur? 388 00:38:20,007 --> 00:38:22,217 Aaron dan orangnya boleh selesaikan. 389 00:38:24,177 --> 00:38:27,305 Mereka akan bawa anggota badan Navajas jika awak minta. 390 00:38:31,268 --> 00:38:35,147 Apa awak akan buat? Jika Paola dan Antonia yang kena. 391 00:38:36,189 --> 00:38:38,400 Awak nak lihat ke dalam matanya? 392 00:38:44,573 --> 00:38:46,158 Saya tiada apa-apa. 393 00:38:49,202 --> 00:38:51,580 Saya takkan rugi, saya cuma ada ini. 394 00:38:55,625 --> 00:38:57,544 Dia rampas segalanya daripada saya. 395 00:38:59,296 --> 00:39:03,091 Baiklah. Saya akan beritahu Aaron. 396 00:39:59,481 --> 00:40:01,817 Entah macam mana awak masih mampu berdiri. 397 00:40:02,651 --> 00:40:05,153 Jika saya, tentu saya kemurungan teruk. 398 00:40:07,906 --> 00:40:11,034 Ada orang lain yang patut terima padahnya. 399 00:40:20,293 --> 00:40:24,339 Awak, Lauren dan Lucy, 400 00:40:25,465 --> 00:40:26,967 keluarga kami. 401 00:40:29,594 --> 00:40:32,264 Selepas esok, jika awak masih hidup, 402 00:40:33,598 --> 00:40:34,975 tolong jangan datang lagi. 403 00:40:35,851 --> 00:40:38,103 Awak bersedia untuk mati membalas dendam. 404 00:40:38,979 --> 00:40:42,232 Tapi awak tak patut melibatkan kawan-kawan. 405 00:42:29,547 --> 00:42:30,674 Alejandro. 406 00:42:40,016 --> 00:42:42,769 Ada empat pembunuh menuju kotak sasaran. 407 00:42:42,852 --> 00:42:43,812 Dua belas meter. 408 00:42:46,147 --> 00:42:47,232 Enam meter. 409 00:42:48,400 --> 00:42:49,567 Tiga meter. 410 00:43:05,917 --> 00:43:07,502 -Sedia! -Gerak. 411 00:43:19,639 --> 00:43:20,724 Letupkan! 412 00:43:39,993 --> 00:43:41,077 Tak guna! 413 00:43:42,370 --> 00:43:43,330 Dinding! 414 00:44:06,770 --> 00:44:07,687 Tak guna! 415 00:44:07,812 --> 00:44:10,482 Bantu tembak musuh di bangunan kedua. Sekarang! 416 00:44:20,367 --> 00:44:24,162 -Periksa dia. Adakah dia sasaran kita? -Mengisi peluru. 417 00:44:24,245 --> 00:44:26,289 -Bukan. -Berapa lama awak perlu? 418 00:44:26,748 --> 00:44:27,791 Sepuluh saat. 419 00:44:34,381 --> 00:44:35,632 -Sedia. -Bergerak. 420 00:45:01,491 --> 00:45:02,617 Ben? 421 00:45:05,328 --> 00:45:06,579 Ke tepi! 422 00:45:22,637 --> 00:45:24,806 Saya akan sembunyikan kanak-kanak. Pergi! 423 00:45:41,114 --> 00:45:43,450 Itu Navajas! Dia milik saya. Tangkap dia. 424 00:45:47,287 --> 00:45:48,913 Trak biru. Tembak! 425 00:45:51,458 --> 00:45:52,709 -Gerak! -Bergerak. 426 00:46:08,641 --> 00:46:09,642 Ayuh. 427 00:46:13,271 --> 00:46:14,272 Awak okey? 428 00:46:14,606 --> 00:46:16,316 -Ya! -Tunggu di sini. 429 00:46:39,130 --> 00:46:40,173 Pergi mampus! 430 00:47:33,560 --> 00:47:35,645 Letakkannya! 431 00:48:20,231 --> 00:48:21,316 Awak tahu siapa saya? 432 00:48:24,527 --> 00:48:25,987 Pergi mampus, tentera laut. 433 00:48:33,911 --> 00:48:35,580 Dia akan okey tak, ayah? 434 00:48:50,428 --> 00:48:53,222 Tidak! 435 00:49:48,444 --> 00:49:49,487 Jalan. 436 00:50:42,874 --> 00:50:44,167 Maaf, Brian. 437 00:50:48,045 --> 00:50:52,592 Betul. Saya tak sangka kalian akan datang ke sini. 438 00:50:52,842 --> 00:50:55,970 Saya tak tahu mereka ada di sini. 439 00:51:00,433 --> 00:51:04,270 Semasa awak 17 tahun, ibu kata kepada saya, 440 00:51:05,480 --> 00:51:10,193 "Jangan beri dia tenaga awak. Dia cuma akan meletihkan awak." 441 00:51:12,028 --> 00:51:15,823 Dah lama saya janji pada diri yang saya takkan risau pasal awak lagi. 442 00:51:17,408 --> 00:51:21,454 Ya. Awak juga berjanji kepada saya, takkan kahwin wanita berambut perang. 443 00:51:21,537 --> 00:51:24,749 Nampaknya, kita saling mengecewakan. 444 00:51:31,881 --> 00:51:37,261 Kami akan balik malam nanti, tapi jika awak nak duduk di sini, boleh. 445 00:51:40,765 --> 00:51:42,141 Awak baik sangat. 446 00:51:44,560 --> 00:51:46,979 -Saya tahu. -Saya menyusahkan orang. 447 00:51:50,107 --> 00:51:51,192 Betul. 448 00:51:52,276 --> 00:51:53,444 Tapi saya sayang awak. 449 00:51:58,157 --> 00:52:01,661 Hebatnya! Ya Tuhan! 450 00:52:02,954 --> 00:52:03,955 Helo? 451 00:52:04,288 --> 00:52:05,873 Farmaseutikal Newbellum. 452 00:52:06,123 --> 00:52:09,168 Steve Horn beli saham utama enam tahun lalu, 453 00:52:09,252 --> 00:52:12,588 ubah seluruh operasi syarikat menjadi dadah nutropik tentera. 454 00:52:13,756 --> 00:52:15,383 Kontraktor tentera utama. 455 00:52:16,509 --> 00:52:19,011 Ubat mereka dibekalkan ke semua enam cawangan. 456 00:52:19,303 --> 00:52:23,891 Khabarnya Newbellum akan diperoleh secara langsung 457 00:52:23,975 --> 00:52:25,560 dengan harga 70 bilion lebih. 458 00:52:29,689 --> 00:52:32,358 -Katie? -Terima kasih. 459 00:52:32,859 --> 00:52:34,527 Bayar saya dengan sebuah artikel. 460 00:52:40,616 --> 00:52:41,659 Semuanya okey? 461 00:52:42,118 --> 00:52:45,246 Telepemasar telefon. Nak tambah margarita? 462 00:52:45,413 --> 00:52:46,539 Tak nak, terima kasih. 463 00:52:47,748 --> 00:52:51,002 -Saya nak satu. Ya. Terima kasih. -Okey. Sekejap. 464 00:52:51,294 --> 00:52:52,336 Ya. 465 00:53:00,261 --> 00:53:02,513 CEO Newbellum Bincang Peralihan Tentera 466 00:53:52,480 --> 00:53:53,731 Betul kata awak. 467 00:53:55,191 --> 00:53:56,776 Saya sentiasa betul. 468 00:53:59,362 --> 00:54:01,864 Hei, Mac. Ya. Dia dah gerak. 469 00:54:04,033 --> 00:54:07,161 Reece. Ini maklumat saya jumpa tentang Steve Horn. 470 00:54:09,038 --> 00:54:11,415 Saya nak tahu apa dia buat kepada awak. 471 00:54:16,963 --> 00:54:18,214 Betul tak boleh ikut? 472 00:54:18,297 --> 00:54:20,967 Saya nak, tapi pegawai operasi dah tanya 473 00:54:21,050 --> 00:54:23,052 tentang masa kerja saya yang tak tetap. 474 00:54:23,219 --> 00:54:25,096 Kalau saya, dah lama pecat awak. 475 00:54:25,179 --> 00:54:28,432 Jaga dia baik-baik. 476 00:54:44,407 --> 00:54:45,533 Sekejap. 477 00:54:51,414 --> 00:54:54,875 Daripada habiskan duit untuk pesawat, sumbangan untuk memburu. 478 00:54:54,959 --> 00:54:58,212 Marco, awak dah banyak bantu. Terima kasih. 479 00:55:07,763 --> 00:55:10,558 Ia memburu dengan baik di ladang ini. 480 00:55:10,641 --> 00:55:12,643 Saya rasa ini tempatnya. 481 00:55:13,477 --> 00:55:17,690 Ini kepunyaan ayah awak. Saya tak boleh terima. 482 00:55:18,983 --> 00:55:21,527 Awak tolong simpankan sampai saya pulang. 483 00:55:29,702 --> 00:55:30,745 James. 484 00:55:39,378 --> 00:55:40,796 Antonia. 485 00:55:43,299 --> 00:55:45,468 -Paola. -James. 486 00:55:46,969 --> 00:55:48,971 -Jaga mereka. -Dah tentu. 487 00:56:01,776 --> 00:56:03,194 Nah. Satu lagi. 488 00:57:28,112 --> 00:57:32,658 ARTURO MORENO DALAM KENANGAN 1980-2022 489 00:59:14,969 --> 00:59:16,971 Terjemahan sari kata oleh H. Segara 490 00:59:17,054 --> 00:59:19,056 Penyelia Kreatif GASENDO