1 00:00:08,960 --> 00:00:13,200 Mengikut andaian saya, awak tak mahu pejabat suite pengurusan? 2 00:00:13,400 --> 00:00:17,540 Mungkin saya boleh bantu awak, Iain. Hanya sehingga semua ini berakhir. 3 00:00:17,740 --> 00:00:19,790 - Frank Florez? - Bagaimana awak kenal saya? 4 00:00:19,990 --> 00:00:20,890 Regus Patoff. 5 00:00:22,940 --> 00:00:24,960 Awak tak sama seperti yang dia gambarkan. 6 00:00:25,160 --> 00:00:28,680 Cukuplah tentang saya. Saya berminat dengan awak, Patricia. 7 00:00:28,870 --> 00:00:32,360 Regus Patoff mengupah awak untuk membuat rangka emas? 8 00:00:36,280 --> 00:00:37,120 Terima kasih. 9 00:00:41,450 --> 00:00:43,860 Saya rasa tak sihat, jadi saya pulang. 10 00:00:44,060 --> 00:00:45,420 Saya patut beritahu awak. 11 00:00:46,080 --> 00:00:47,420 NOMBOR PERIBADI HELO INI REGUS 12 00:00:48,590 --> 00:00:50,050 HEI 13 00:00:52,210 --> 00:00:53,530 Turun kepadaku, 14 00:00:53,730 --> 00:00:57,510 sucikan diriku, bentukkkan diriku, penuhi diriku dengan diri-Mu. 15 00:00:58,100 --> 00:01:01,460 Gunakan aku. Hapuskan segala kuasa jahat daripadaku. 16 00:01:01,660 --> 00:01:03,750 Hancurkan mereka, kalahkan mereka, 17 00:01:03,950 --> 00:01:06,520 agar aku boleh sihat dan membuat kebaikan. 18 00:01:06,980 --> 00:01:11,340 Hapuskan segala jampi, sihir, sumpahan dan pandangan iri syaitan, 19 00:01:11,540 --> 00:01:14,970 serangan jahat, penindasan, penaklukan, 20 00:01:15,170 --> 00:01:20,530 segala kejahatan dan dosa, iri hati, penipuan, cemburu. 21 00:01:21,120 --> 00:01:24,400 Fizikal, psikologi, moral, 22 00:01:24,600 --> 00:01:27,110 kerohanian, gejala jahat. 23 00:01:27,310 --> 00:01:30,990 Bakar semua unsur jahat di Neraka, supaya aku tak diganggu lagi. 24 00:01:31,190 --> 00:01:33,610 Aku menyeru semua kuasa yang mencabul aku, 25 00:01:33,810 --> 00:01:36,220 dengan kuasa Tuhan… 26 00:02:01,490 --> 00:02:05,440 Dengan kuasa Tuhan, dengan nama Jesus Christ, Penyelamat kita. 27 00:02:05,640 --> 00:02:07,820 Melalui syafaat Virgin Mary 28 00:02:08,020 --> 00:02:11,650 untuk meninggalkan aku selamanya dan dimasukkan ke dalam neraka abadi, 29 00:02:11,850 --> 00:02:14,160 tempat mereka akan diikat malaikat pelindung 30 00:02:14,350 --> 00:02:17,720 dan dihancurkan di bawah tumit Virgin Mary. 31 00:02:28,390 --> 00:02:29,810 Apakah itu? 32 00:02:31,360 --> 00:02:32,190 Siapa di sana? 33 00:02:39,740 --> 00:02:41,910 Helo? Apa... 34 00:02:43,280 --> 00:02:45,940 Jangan dekat. Ada gelas merata-rata. 35 00:02:46,140 --> 00:02:47,310 Ada apa-apa yang hilang? 36 00:02:47,510 --> 00:02:49,290 Ada barang berharga? 37 00:02:49,620 --> 00:02:50,710 Helo? 38 00:02:52,460 --> 00:02:53,880 Tak guna. 39 00:03:16,900 --> 00:03:18,610 SESI ANDA TELAH DITAMATKAN 40 00:03:36,210 --> 00:03:38,800 PERUNDING 41 00:03:55,230 --> 00:03:57,590 Sayang, awak akan lambat pergi kerja. 42 00:03:57,790 --> 00:04:00,320 Saya telefon Dr. Grant. Saya cakap saya demam. 43 00:04:02,740 --> 00:04:04,450 Kenapa dengan awak? 44 00:04:04,910 --> 00:04:07,120 Saya berpeluh, sakit tekak. 45 00:04:09,330 --> 00:04:11,460 Mungkin saya dijangkiti flu tiga hari awak. 46 00:04:13,290 --> 00:04:15,190 Berapa hari awak sakit? 47 00:04:15,390 --> 00:04:16,990 Selasa, Rabu, Khamis. 48 00:04:17,190 --> 00:04:20,340 Sebenarnya, saya rasa agak sihat hari ini. 49 00:04:22,510 --> 00:04:23,510 Bagus. 50 00:04:24,510 --> 00:04:26,800 Mungkin awak boleh buatkan teh panas. 51 00:04:34,480 --> 00:04:40,480 ELAINE HAYMAN PENGHUBUNG KREATIF 52 00:05:14,730 --> 00:05:18,210 En. Patoff? Kita ada analisis langsung daripada kelompok sasaran. 53 00:05:18,410 --> 00:05:19,880 Di mana Dana hari ini? 54 00:05:20,080 --> 00:05:21,940 Anaknya di hospital. 55 00:05:25,240 --> 00:05:28,490 Kita disukai oleh kelompok lelaki bawah 30 tahun. 56 00:05:29,320 --> 00:05:31,290 Apa maksud nombor ini? 57 00:05:32,370 --> 00:05:33,690 Nombor pengguna aktif. 58 00:05:33,890 --> 00:05:36,460 Masa yang digunakan untuk bermain dan tidak. 59 00:05:36,750 --> 00:05:38,070 Mereka suka permainan kita? 60 00:05:38,270 --> 00:05:41,360 Laporan kepuasan akan diterbitkan pada penghujung hari. 61 00:05:41,560 --> 00:05:43,550 Tammy dan Kai masih menyusun maklumat. 62 00:05:48,180 --> 00:05:51,040 Mereka telefon. Mungkin ada perkembangan. 63 00:05:51,240 --> 00:05:52,720 Jawablah. 64 00:05:54,680 --> 00:05:55,680 Hai. 65 00:06:08,610 --> 00:06:12,020 - Craig? Awak tak apa-apa? - Flu tiga hari. Boleh berjangkit. 66 00:06:12,220 --> 00:06:13,200 - Kasut. - Apa? 67 00:06:14,410 --> 00:06:16,500 Dasar baharu. Tiada pengecualian. 68 00:06:21,340 --> 00:06:24,960 Ini idea siapa? Tak apa. Tak usah cakap. 69 00:06:28,680 --> 00:06:30,140 Ini karya agung. 70 00:06:33,220 --> 00:06:34,640 Awak masih hidup. 71 00:06:36,100 --> 00:06:38,040 Ya. Hanya flu tiga hari. 72 00:06:38,240 --> 00:06:39,840 Bau macam kaki di sini. 73 00:06:40,040 --> 00:06:43,470 Kajian menyatakan bekerja sambil berkaki ayam meningkatkan kreativiti. 74 00:06:43,670 --> 00:06:46,640 Percayalah, dia buat begini bukan untuk menambah kerja kita. 75 00:06:46,840 --> 00:06:48,850 Dia mahu menunjukkan kuasa. 76 00:06:49,050 --> 00:06:51,070 Dia ada di atas sana memakai but ski. 77 00:06:56,370 --> 00:06:57,900 Kenapa tiada sesiapa bekerja? 78 00:06:58,100 --> 00:07:00,370 Kami sedang tunggu arahan. 79 00:07:00,750 --> 00:07:03,190 Apa? Tolonglah. Saya tak datang tiga hari. 80 00:07:03,390 --> 00:07:05,880 Kenapa tak siapkan Upskirt Jungle? 81 00:07:06,210 --> 00:07:07,210 Dah siap. 82 00:07:09,220 --> 00:07:10,870 Apa maksud awak? 83 00:07:11,070 --> 00:07:14,910 Dia suruh kami bekerja sampai siap. Dia dah luluskan malam tadi. 84 00:07:15,110 --> 00:07:18,290 Kami takkan terburu-buru, tapi kami sangka awak menghidap barah. 85 00:07:18,490 --> 00:07:20,420 Untuk apa lagi awak akan diingati? 86 00:07:20,620 --> 00:07:23,020 Awak siapkan Upskirt Jungle tanpa saya? 87 00:07:24,110 --> 00:07:26,230 Awak mungkin mahu melihatnya. 88 00:07:46,130 --> 00:07:49,760 PENGEMBARAAN HUTAN EN. SANG 89 00:08:38,970 --> 00:08:40,040 Hai, Craig. 90 00:08:40,240 --> 00:08:42,680 Awak tak apa-apa? Saya dengar awak sakit teruk. 91 00:08:45,730 --> 00:08:48,190 Apa yang sedang berlaku di sini? 92 00:08:53,070 --> 00:08:56,770 Awak berjaya. Awak berjaya mencuri pejabat. 93 00:08:56,970 --> 00:08:58,850 - Duduk. - Saya takkan duduk. 94 00:08:59,050 --> 00:09:01,790 Pembantu tak sepatutnya ada kerusi lebih. 95 00:09:04,080 --> 00:09:06,530 Kenapa tak beritahu dia tukar nama permainan saya? 96 00:09:06,730 --> 00:09:09,900 Kita tak boleh guna perkataan "Upskirt". 97 00:09:10,100 --> 00:09:11,240 Adakah ini idea dia? 98 00:09:11,440 --> 00:09:13,700 Saya tak ingat dari mana idea ini berasal. 99 00:09:13,900 --> 00:09:17,660 Bagaimana dengan "Hutan Sakit," "Gelas Pecah" atau tajuk lain. 100 00:09:17,860 --> 00:09:20,290 Tajuknya telah dihantar ke kelompok sasaran 101 00:09:20,490 --> 00:09:23,060 Yakah? Sudahkah awak mengujinya? 102 00:09:31,650 --> 00:09:33,970 Saya menonton berita setiap hari. 103 00:09:34,170 --> 00:09:36,950 Tiada berita tentang rompakan maut di Pomona. 104 00:09:49,000 --> 00:09:52,320 "Aku akan memasang urat pada dirimu, menumbuhkan daging 105 00:09:52,520 --> 00:09:54,070 dan menutupimu dengan kulit. 106 00:09:54,270 --> 00:09:56,910 Aku akan memberimu nafas dan kau akan hidup semula. 107 00:09:57,110 --> 00:09:59,970 Nanti kau akan tahu bahawa Akulah Tuhan." Ezekiel 37. 108 00:10:01,640 --> 00:10:03,920 Itu yang awak lakukan sepanjang minggu? 109 00:10:04,120 --> 00:10:06,440 Menghafal petikan Bible? 110 00:10:07,640 --> 00:10:12,070 Ya, saya memuat turun versi audio. Saya bangun saja saya dah hafal. 111 00:10:13,190 --> 00:10:15,570 Saya ingat awak takkan kembali. 112 00:10:16,030 --> 00:10:18,930 Ternyata di rumah sendiri pun saya tak selamat. 113 00:10:19,130 --> 00:10:21,620 Ada orang pecahkan gelas depan kami malam tadi. 114 00:10:22,870 --> 00:10:24,730 Kejiranan awak teruk. 115 00:10:24,930 --> 00:10:27,440 Bagaimana awak jelaskan tiga lelaki bertopeng itu? 116 00:10:27,640 --> 00:10:32,340 Entah. Mungkin mereka salah pilih kedai. 117 00:10:33,840 --> 00:10:37,010 Craig, saya tahu ini mengecewakan, 118 00:10:37,720 --> 00:10:39,890 tapi dia bukannya nak bunuh awak. 119 00:11:08,160 --> 00:11:10,730 Adakah awak mengubah toleransi beratnya? 120 00:11:10,930 --> 00:11:11,730 Tidak. 121 00:11:11,930 --> 00:11:14,740 Boleh awak beritahu bagaimana seekor ular dan monyet 122 00:11:14,940 --> 00:11:17,870 memecahkan kepingan kaca terbaja setebal tiga inci? 123 00:11:18,060 --> 00:11:20,160 Patoff mahukannya lebih rawak. 124 00:11:20,360 --> 00:11:22,140 - Rawak? - Seronok. 125 00:11:25,560 --> 00:11:29,230 Apa yang seronok dengan permainan tanpa strategi? 126 00:11:38,990 --> 00:11:40,140 Boleh cepat sikit? 127 00:11:40,340 --> 00:11:41,610 Kasut saya hilang. 128 00:11:48,950 --> 00:11:50,040 Lantaklah dia! 129 00:12:00,130 --> 00:12:02,410 Apa ini? Kasut badut? 130 00:12:02,610 --> 00:12:05,850 Ada tumit logam. Siapa yang pakai tumit logam? 131 00:12:08,770 --> 00:12:10,420 - Patti bagaimana? - Dia marah. 132 00:12:10,620 --> 00:12:12,500 Dia dapat tahu saya pergi ke Pomona. 133 00:12:12,700 --> 00:12:15,210 - Bagaimana? - Tentu dia baca e-mel saya. 134 00:12:15,410 --> 00:12:16,770 Dia nampak resit Uber saya. 135 00:12:17,770 --> 00:12:21,140 - Awak beritahu apa yang terjadi? - Tak, saya menyangkalnya. 136 00:12:21,340 --> 00:12:23,820 Saya cakap akaun Uber saya digodam. 137 00:12:24,780 --> 00:12:27,850 - Kenapa awak tak jujur? - Sebab ia kedengaran gila. 138 00:12:28,050 --> 00:12:31,770 Semasa melamar, saya telah berjanji saya akan cuba pergi kerja, 139 00:12:31,970 --> 00:12:33,900 menjadi Katolik, bukannya khayal 140 00:12:34,100 --> 00:12:36,840 dan semua benda mengarut ini yang dia suka. 141 00:12:37,710 --> 00:12:39,300 Untuk Craig! 142 00:12:39,840 --> 00:12:42,870 Boleh awak ambilkan atau awak terlalu penting sekarang? 143 00:12:43,070 --> 00:12:44,890 Saya nak periksa keadaan Patti. 144 00:13:14,460 --> 00:13:17,170 Laporan kepuasan daripada kelompok sasaran. 145 00:13:17,960 --> 00:13:19,610 Maaf kerana sangat lambat. 146 00:13:19,810 --> 00:13:21,570 Saya dah cetak untuk awak. 147 00:13:21,770 --> 00:13:23,090 Apa yang mereka kata? 148 00:13:23,670 --> 00:13:27,120 Daripada "seronok dan ketagih" kepada "bosan dan pergi mati." 149 00:13:27,320 --> 00:13:28,120 Itu normal. 150 00:13:28,320 --> 00:13:31,830 Mereka benci Escape From Leprechaun Island tapi ia paling laris. 151 00:13:32,030 --> 00:13:34,750 Tak boleh puaskan hati semua orang setiap masa. 152 00:13:34,950 --> 00:13:39,260 Saya perlu membuat panggilan esok sebelum awak meluluskannya ke Pemasaran. 153 00:13:39,460 --> 00:13:40,690 Esok hari Sabtu. 154 00:13:41,190 --> 00:13:44,010 Saya merancang untuk bekerja beberapa jam 155 00:13:44,210 --> 00:13:45,990 untuk memastikan semuanya lancar. 156 00:13:48,700 --> 00:13:51,080 Tentu Craig berasa lebih sihat. 157 00:13:54,660 --> 00:13:59,440 - Saya nampak dia di pejabat awak tadi. - Flu tiga hari. 158 00:13:59,640 --> 00:14:02,050 Ramai orang dijangkiti. 159 00:14:06,300 --> 00:14:08,010 Kenapa berbohong untuk dia? 160 00:14:17,230 --> 00:14:18,520 Mana ada. 161 00:14:19,940 --> 00:14:21,230 Maksud saya, saya tak... 162 00:14:26,860 --> 00:14:30,160 - Craig ada masalah di rumah. - Dengan Patti? 163 00:14:32,780 --> 00:14:35,190 Saya cuma berbual dengannya sebentar, 164 00:14:35,390 --> 00:14:40,000 tapi saya dah merasakan perkahwinan itu mungkin takkan berlangsung. 165 00:14:41,460 --> 00:14:43,000 Apa pendapat awak, Elaine? 166 00:14:44,840 --> 00:14:49,550 Saya rasa mereka sendiri yang perlu menyelesaikannya. 167 00:14:52,220 --> 00:14:53,470 Awak betul. 168 00:14:54,060 --> 00:14:57,390 Mungkin mereka perlu berjauhan untuk menganalisis perasaan mereka. 169 00:15:00,480 --> 00:15:03,760 Jadi, tak mengapa jika kita biarkan Craig buat seketika? 170 00:15:03,960 --> 00:15:07,820 Sudah tentu. Itu gunanya kawan. 171 00:15:08,650 --> 00:15:09,530 Okey. 172 00:15:14,910 --> 00:15:19,000 - Elaine? - Ya, En. Patoff? 173 00:15:22,380 --> 00:15:23,380 Komputer awak? 174 00:15:43,940 --> 00:15:46,570 - Tak pedas untuk awak. - Terima kasih. 175 00:15:54,200 --> 00:15:58,370 Berkatilah kami dan makanan yang kami bakal terima daripada ganjaran-Mu. 176 00:15:59,080 --> 00:16:02,000 Terima kasih memastikan kami selamat, bersatu dan kuat. 177 00:16:02,500 --> 00:16:03,500 Amin. 178 00:16:06,630 --> 00:16:07,670 Amin. 179 00:16:10,340 --> 00:16:12,130 Kenapa menghalau hantu? 180 00:16:12,680 --> 00:16:16,390 Adakah benar atau dibuat-buat untuk TV? 181 00:16:17,220 --> 00:16:22,230 Gereja kadang-kadang akan campur tangan dalam kes kerasukan syaitan. 182 00:16:23,230 --> 00:16:25,270 Sama ada benar atau khayalan. 183 00:16:26,060 --> 00:16:29,720 - Awak pernah menghalau hantu? - Maksud awak, secara peribadi? 184 00:16:29,920 --> 00:16:31,050 Ya. 185 00:16:31,250 --> 00:16:32,950 Saya tak pernah dipanggil. 186 00:16:34,780 --> 00:16:36,700 Kalau awak nak tahu, Craig, 187 00:16:37,740 --> 00:16:40,120 saya agak kecewa tentang itu. 188 00:16:41,870 --> 00:16:45,610 - Adakah awak rasa seperti... - Tak, bukan saya. 189 00:16:45,810 --> 00:16:48,460 Ada seorang lelaki di tempat kerja. 190 00:16:49,500 --> 00:16:52,170 Entah apa yang sedang berlaku kepada dia. 191 00:16:52,630 --> 00:16:58,350 Saya dah mula fikir yang bukan-bukan. 192 00:16:59,810 --> 00:17:04,270 Kadang-kadang kita mencipta musuh 193 00:17:04,810 --> 00:17:06,560 untuk mewajarkan kegagalan kita. 194 00:17:07,980 --> 00:17:10,650 Hal Katolik itu agak kejam, bukan? 195 00:17:12,440 --> 00:17:14,320 Kenapa awak ada di sini, Craig? 196 00:17:17,450 --> 00:17:21,750 Pada mulanya, agar saya boleh kahwini Patti. 197 00:17:23,330 --> 00:17:26,270 Sekarang. 198 00:17:26,470 --> 00:17:30,420 Rasanya saya di sini untuk kekal hidup. 199 00:17:33,090 --> 00:17:34,340 Siapa musuh awak? 200 00:17:36,890 --> 00:17:40,310 Dia Shao Kahn, dia Donkey Kong. 201 00:17:41,180 --> 00:17:45,230 Kadang-kadang dia Bowser. Maaf, saya tahu itu rujukan nerda. 202 00:17:57,860 --> 00:17:58,950 Dia bos. 203 00:18:00,070 --> 00:18:01,240 Itu saja. 204 00:18:03,580 --> 00:18:06,920 Saya tak patut membawanya pulang, 205 00:18:07,710 --> 00:18:12,050 tapi dia akan datang bila-bila dia suka. 206 00:18:14,130 --> 00:18:15,300 Apa awak nak buat? 207 00:18:19,260 --> 00:18:21,100 Dia berkuasa. 208 00:19:21,490 --> 00:19:22,910 Aduhai. 209 00:19:47,810 --> 00:19:49,060 Helo, anak muda. 210 00:19:53,770 --> 00:19:54,810 Boleh saya masuk? 211 00:20:02,910 --> 00:20:04,870 Saya mahu bermain dengan awak. 212 00:20:12,500 --> 00:20:14,000 Saya dilarang bermain telefon. 213 00:20:17,880 --> 00:20:20,590 Ia dipanggil Pengembaraan Hutan En. Sang. 214 00:20:23,380 --> 00:20:25,300 Tiada sesiapa akan marah. 215 00:20:33,100 --> 00:20:36,940 PENGEMBARAAN HUTAN EN. SANG 216 00:20:51,700 --> 00:20:53,370 Pada pendapat awak... 217 00:20:54,620 --> 00:20:57,790 beritahu apa perasaan awak terhadap permainan ini. 218 00:21:15,020 --> 00:21:16,020 TAHAP 300 SELESAI! 219 00:21:17,810 --> 00:21:18,590 MULAKAN TAHAP 301 220 00:21:18,790 --> 00:21:21,360 TAHAP 301 MULA 221 00:21:45,840 --> 00:21:48,410 Hai, ini Elaine dari CompWare. 222 00:21:48,610 --> 00:21:50,160 Awak Tan, bukan? 223 00:21:50,360 --> 00:21:51,680 Tang, macam rasa "tang". 224 00:21:52,720 --> 00:21:57,560 Maaf, saya tahu ini Sabtu pagi, jadi saya takkan ambil masa awak. 225 00:21:58,150 --> 00:22:02,840 Saya menelefon kerana kami mengesan corak luar biasa dalam permainan awak. 226 00:22:03,040 --> 00:22:05,930 Awak bermain Pengembaraan Hutan En. Sang 227 00:22:06,130 --> 00:22:08,600 sembilan kali selama tujuh jam dan 11 minit, 228 00:22:08,800 --> 00:22:11,600 data kami menunjukkan awak berhenti di tahap 316. 229 00:22:11,800 --> 00:22:15,160 Ya, tujuh jam dan 11 minit yang saya takkan dapat balik. 230 00:22:15,460 --> 00:22:17,830 Jadi, awak kecewa dengan tahap 316? 231 00:22:18,170 --> 00:22:21,320 Saya berlari untuk telur emas, gajah jatuh, 232 00:22:21,520 --> 00:22:24,660 setiap kali saya akan mati. 233 00:22:24,860 --> 00:22:27,830 Saya sangat marah, saya hempas muka di patio tingkap. 234 00:22:28,030 --> 00:22:28,870 Saya tak suka. 235 00:22:29,070 --> 00:22:29,840 PANGGILAN TAMAT 236 00:22:48,320 --> 00:22:51,520 Saya telah habiskan setiap permainan yang saya main. 237 00:22:51,720 --> 00:22:54,690 Jadi, awak berhenti di tahap 316? 238 00:22:54,890 --> 00:22:56,910 Saya tak berhenti. Ada kesilapan. 239 00:23:00,250 --> 00:23:02,210 Kyle, apa terjadi dengan tangan awak? 240 00:23:03,290 --> 00:23:04,710 Saya tumbuk tingkap. 241 00:23:09,090 --> 00:23:12,430 - Disebabkan permainan itu? - Disebabkan gajah celaka itu. 242 00:23:36,040 --> 00:23:37,620 REGUS IMEJ DITERIMA 243 00:24:14,370 --> 00:24:16,160 Celaka. 244 00:24:20,830 --> 00:24:22,020 Kenapa awak di sini? 245 00:24:22,220 --> 00:24:25,380 Dia kata dia nak kek rapuh dan mesti dibuat di rumah. 246 00:24:27,420 --> 00:24:30,340 Saya dah makan tiga semasa datang. Hentikan saya. 247 00:24:31,420 --> 00:24:33,550 Bagaimana anak awak? Terry? 248 00:24:33,970 --> 00:24:34,890 Timmy. 249 00:24:36,390 --> 00:24:39,000 Ya, dia kena jahit. Dia akan okey. 250 00:24:39,200 --> 00:24:41,600 Nasib baik tak kena arterinya. 251 00:24:43,850 --> 00:24:44,900 Apa yang terjadi? 252 00:24:46,980 --> 00:24:50,090 Dia naik angin dan kami tak dapat tenangkan dia. 253 00:24:50,290 --> 00:24:52,950 Dia menolak tangannya melalui tingkap bilik air. 254 00:24:54,860 --> 00:24:57,520 Saya tak tahu jika dia tak nampak tingkapnya tertutup. 255 00:24:57,720 --> 00:24:59,830 Tim tak secekap Darius. 256 00:25:00,910 --> 00:25:03,660 Dana, adakah Timmy main permainan di telefon awak? 257 00:25:04,870 --> 00:25:07,880 Itu saja perkara yang menghalangnya daripada menendang kami. 258 00:25:13,590 --> 00:25:15,050 Awak bukan kek rapuh. 259 00:25:22,680 --> 00:25:26,900 Saya lebihkan nisbah lemak kepada tepung, En. Patoff. 260 00:25:27,270 --> 00:25:31,480 Awak mungkin mahu menjaga jantung awak jika awak nak makan semua. 261 00:25:33,190 --> 00:25:35,260 Ada apa-apa lagi hujung minggu ini? 262 00:25:35,460 --> 00:25:37,410 Awak tak diperlukan lagi. 263 00:25:40,530 --> 00:25:42,650 En. Patoff, kita ada masalah. 264 00:25:42,850 --> 00:25:44,980 Saya mengikuti perkembangan kelompok sasaran 265 00:25:45,180 --> 00:25:47,460 dan tiada sesiapa dapat melepasi tahap 316. 266 00:25:48,000 --> 00:25:49,420 Permainannya sukar. 267 00:25:49,960 --> 00:25:53,740 Saya rasa ada kesilapan dan kita perlukan masa untuk mengujinya. 268 00:25:53,940 --> 00:25:56,260 Mereka perlu terus mencuba... 269 00:25:57,390 --> 00:25:58,390 selamanya... 270 00:25:59,390 --> 00:26:01,080 jika perlu. 271 00:26:01,280 --> 00:26:03,420 Mereka dah mula geram, marah. 272 00:26:03,620 --> 00:26:06,600 Serta mendorong pengguna untuk mencederakan diri sendiri. 273 00:26:07,520 --> 00:26:10,970 Itu yang berlaku kepada anak Dana. Dia muat turun permainan itu, 274 00:26:11,170 --> 00:26:14,180 anaknya bermain permainan itu, dia berakhir di hospital. 275 00:26:14,380 --> 00:26:16,030 Mustahil. 276 00:26:17,410 --> 00:26:21,740 Awak melepasi pagar sesat, dapat ganjaran dan maju. 277 00:26:22,450 --> 00:26:25,450 Permainan ringkas dan lucu. Apa yang memudaratkan? 278 00:26:26,460 --> 00:26:28,210 Kita perlu menangguhkan pelancaran. 279 00:26:28,670 --> 00:26:34,240 Jika kita tak melancarkannya sekarang, En. Sang dan CompWare takkan wujud lagi. 280 00:26:34,440 --> 00:26:40,050 Saya menganalisis maklum balas pengguna dan maklum balasnya lebih ke arah positif. 281 00:26:43,060 --> 00:26:45,770 Beritahu Pemasaran, kita sedia untuk melancarkannya. 282 00:26:55,940 --> 00:27:01,200 "Pengembaraan hutan En. Sang merupakan permainan terbaik saya pernah main." 283 00:27:01,490 --> 00:27:03,740 Kata-kata Brionny dari Ohio, bukan saya. 284 00:27:19,930 --> 00:27:22,140 Celaka! Permainan tak guna! 285 00:27:26,520 --> 00:27:27,630 Awak nak keluar? 286 00:27:27,830 --> 00:27:32,440 - Saya ada hal. - Saya ingatkan awak tak sihat. 287 00:27:34,650 --> 00:27:35,690 Awak marah? 288 00:27:36,230 --> 00:27:40,490 - Saya perlukan udara. Saya perlu keluar. - Tunggu. Sayang? 289 00:27:41,660 --> 00:27:42,910 Saya ada buat salah? 290 00:27:45,030 --> 00:27:46,740 Entah, Craig. Awak ada buat salah? 291 00:27:50,370 --> 00:27:51,290 Patti. 292 00:28:05,550 --> 00:28:09,100 Tak cukup cahaya semula jadi di sini untuk pokok hidup. 293 00:28:09,980 --> 00:28:12,250 Pada hujung minggu, saya selalu mengumpul pokok 294 00:28:12,450 --> 00:28:14,550 dan letakkannya di tingkap jabatan Seni. 295 00:28:14,750 --> 00:28:17,190 Tempat Harriet dapat paling banyak cahaya. 296 00:28:22,910 --> 00:28:23,910 Terima kasih. 297 00:28:25,570 --> 00:28:28,870 Awak hanya boleh berkembang dalam cahaya, Elaine. 298 00:29:24,720 --> 00:29:27,550 ANDA KALAH! 299 00:31:24,710 --> 00:31:26,660 Terjemahan sari kata oleh Shazreena 300 00:31:26,860 --> 00:31:28,800 Penyelia Kreatif Vincent Lim