1 00:00:10,719 --> 00:00:16,725 Dua, empat, enam, lapan! Kami tak mahu radiasi! 2 00:00:16,725 --> 00:00:17,809 Berundur! 3 00:00:17,809 --> 00:00:18,727 GUNA KUASA MATAHARI 4 00:00:18,727 --> 00:00:20,020 HARAMKAN PERLOMBONGAN URANIUM 5 00:00:20,020 --> 00:00:21,730 BEBASKAN AUSTRALIA DARIPADA URANIUM 6 00:00:21,730 --> 00:00:23,148 KUASA MATAHARI 7 00:00:29,613 --> 00:00:31,823 Hai. Saya disengat. 8 00:00:32,616 --> 00:00:33,617 Sila duduk. 9 00:00:46,880 --> 00:00:49,466 Revolusi gagal sebab begini. 10 00:00:50,843 --> 00:00:52,177 Awak bergurau? 11 00:00:52,678 --> 00:00:53,679 Ya, sedikit. 12 00:00:54,263 --> 00:00:56,390 Ini tak seteruk Joan of Arc, bukan? 13 00:00:56,390 --> 00:00:58,392 Ya, tapi ia amat menyakitkan. 14 00:00:59,268 --> 00:01:02,604 Awak fikir mereka patut serang kami? 15 00:01:02,604 --> 00:01:04,940 Tanpa pedulikan hak kami untuk membantah secara aman. 16 00:01:04,940 --> 00:01:06,441 Awak fikir saya sokong mereka? 17 00:01:07,359 --> 00:01:11,405 Saya pelajar di sini. Ini kerja hujung minggu untuk bayar sewa. 18 00:01:11,405 --> 00:01:12,573 Awak belajar di sini? 19 00:01:13,574 --> 00:01:14,825 Mahasiswa jurusan falsafah. 20 00:01:15,325 --> 00:01:17,286 Mungkin tak mengubah dunia, tapi saya akan fikirkannya. 21 00:01:19,288 --> 00:01:22,708 Awak mahasiswa berusia? Berapa umur awak? 22 00:01:23,625 --> 00:01:26,211 Ada yang ambil masa lebih lama untuk sampai ke tempat sepatutnya. 23 00:01:26,211 --> 00:01:27,963 Kamu menyokong saya? 24 00:01:50,110 --> 00:01:51,445 Awak patut ada di sana, bukan? 25 00:01:55,157 --> 00:01:56,992 Siapa nama awak? - Gemma. 26 00:01:58,118 --> 00:01:59,828 Selamat berkenalan, Gemma. Saya Dale. 27 00:02:04,750 --> 00:02:05,834 Jadi, Dale... 28 00:02:07,085 --> 00:02:09,378 pasti awak ada banyak dadah menyeronokkan di sini. 29 00:02:11,089 --> 00:02:13,008 Saya ada aspirin kalau awak mahu. 30 00:02:13,675 --> 00:02:14,676 Membosankan. 31 00:02:16,178 --> 00:02:17,638 Awak memang membosankan, Dale? 32 00:02:19,723 --> 00:02:22,309 Jika awak biadab begini, mungkin saya perlu halau awak. 33 00:02:31,985 --> 00:02:34,279 Saya akan tunggu di sini bersama awak. 34 00:02:43,747 --> 00:02:44,915 Awak okey. 35 00:02:46,083 --> 00:02:47,543 Apa awak buat di sini? 36 00:02:48,836 --> 00:02:51,088 Saya mahu jumpa awak buat kali terakhir, sayang. 37 00:02:51,964 --> 00:02:53,257 Saya patut datang. 38 00:02:53,257 --> 00:02:54,633 Kali terakhir? 39 00:02:56,593 --> 00:02:58,554 Mereka hukum awak selama 19 tahun, Dale. 40 00:03:04,017 --> 00:03:05,811 Saya buat begitu untuk kita pergi India. 41 00:03:05,811 --> 00:03:09,189 Sayang, saya tak mahu awak risau tentang saya. 42 00:03:09,189 --> 00:03:10,774 Saya dah tak menagih. 43 00:03:10,774 --> 00:03:13,068 Ayah bayar pemulihan saya. 44 00:03:14,069 --> 00:03:15,320 Saya takkan apa-apa. 45 00:03:27,666 --> 00:03:29,042 Awak takkan apa-apa? 46 00:05:13,272 --> 00:05:17,651 Hei. Bertenang. 47 00:05:19,570 --> 00:05:21,530 Tidak. Awak tak boleh ada di sini. 48 00:05:21,530 --> 00:05:23,490 Baring saja. - Saya dijangkiti taun. 49 00:05:23,490 --> 00:05:24,908 Sini tak selamat. 50 00:05:25,534 --> 00:05:26,869 Tak mengapa. 51 00:05:35,377 --> 00:05:36,837 Siapa Gemma? 52 00:05:46,013 --> 00:05:47,264 Apa awak buat di sini? 53 00:05:48,807 --> 00:05:52,186 Mungkin bukan awak saja perlu menebus dosa. 54 00:05:55,272 --> 00:05:56,648 Awak boleh minum? 55 00:06:17,294 --> 00:06:19,338 Berdiri membelakangkan dinding. 56 00:06:59,336 --> 00:07:00,921 Awak pergi sebelah sana! 57 00:07:03,006 --> 00:07:05,133 Awak ikut saya. Cari dia! 58 00:07:08,178 --> 00:07:09,263 Pergi! 59 00:07:12,808 --> 00:07:14,101 Sini! 60 00:07:29,616 --> 00:07:30,659 Dia di sini. 61 00:07:32,619 --> 00:07:34,288 Bawa dia balik. 62 00:07:35,330 --> 00:07:38,584 Lepaskan saya. 63 00:07:40,711 --> 00:07:42,796 Lepaskan saya. 64 00:07:54,266 --> 00:07:58,645 Suruh ibu bapa awak jual flat enam tingkat ini 65 00:08:00,397 --> 00:08:04,568 dan beli bangunan baharu yang bagus 66 00:08:06,236 --> 00:08:07,362 yang ada lif. 67 00:08:08,197 --> 00:08:09,823 Tolong bawa ini ke dalam. 68 00:08:12,409 --> 00:08:13,869 Apa ini? 69 00:08:15,037 --> 00:08:16,079 Notis merah. 70 00:08:19,833 --> 00:08:22,753 Jika Lin pelarian, kita akan jumpa dia dalam fail ini. 71 00:08:22,753 --> 00:08:25,506 Saya perlu setuju supaya Pegawai Mishra ada di sini 72 00:08:25,506 --> 00:08:28,967 sebab dokumen CBI sepatutnya tak boleh dibawa keluar. 73 00:08:28,967 --> 00:08:33,304 Sekarang rumah awak pejabat CBI sementara 74 00:08:33,804 --> 00:08:35,390 dengan seorang pekerja. 75 00:08:35,390 --> 00:08:37,058 Ada syarat lain saya patut tahu? 76 00:08:37,768 --> 00:08:40,187 Ya, kita perlu maklumkan pak cik saya 77 00:08:40,187 --> 00:08:42,856 jika Lin terbabit dalam hal serius. 78 00:08:42,856 --> 00:08:46,318 Pasti hal serius jika dia ada dalam fail di sini. 79 00:08:57,788 --> 00:08:58,956 Saya rasa lebih lega. 80 00:09:03,001 --> 00:09:04,002 Awak buka pakaian saya? 81 00:09:04,002 --> 00:09:06,672 Saya tak boleh biarkan awak baring dengan pakaian kotor. 82 00:09:07,798 --> 00:09:09,299 Kenapa? Malu? 83 00:09:10,300 --> 00:09:12,094 Sebab saya cirit-birit. 84 00:09:13,428 --> 00:09:16,557 Saya tak bayangkan itu kali pertama awak nampak saya tak berpakaian. 85 00:09:16,557 --> 00:09:18,016 Awak bayangkannya? 86 00:09:23,313 --> 00:09:25,649 Awak teruk sebab ketawakan orang yang nazak. 87 00:09:25,649 --> 00:09:28,861 Awak tak nazak dan saya tak pernah cakap saya baik. 88 00:09:30,153 --> 00:09:31,154 Makanlah. 89 00:09:39,204 --> 00:09:40,205 Bagus. 90 00:09:43,959 --> 00:09:45,961 Apa maksud awak menebus dosa tadi? 91 00:09:47,504 --> 00:09:48,505 Apa? 92 00:09:51,008 --> 00:09:54,303 Awak cakap bukan saya saja perlu tebus dosa. 93 00:09:55,179 --> 00:09:58,432 Ada sebab awak ke sini, dengan risiko begini. 94 00:09:59,725 --> 00:10:01,894 Rasanya sebab awak rasa bersalah. 95 00:10:01,894 --> 00:10:03,562 Saya bersalah sebab apa? 96 00:10:03,562 --> 00:10:06,023 Pn. Zhou. Kejadian di The Palace. 97 00:10:08,192 --> 00:10:09,610 Zhou menyerang saya, 98 00:10:09,610 --> 00:10:12,613 jadi ia salah awak sebab saya dirompak 99 00:10:12,613 --> 00:10:17,367 dan berakhir di sini, dijangkiti taun dan hampir mati. 100 00:10:18,327 --> 00:10:19,661 Semuanya salah saya. 101 00:10:22,122 --> 00:10:23,123 Saya bergurau. 102 00:10:24,082 --> 00:10:25,834 Namun, awak tak salah. 103 00:10:25,834 --> 00:10:30,589 Saya tahu risikonya. Cuma dulu saya tak kenal awak. 104 00:10:31,965 --> 00:10:32,966 Jadi saya gunakan awak. 105 00:10:33,842 --> 00:10:37,221 Semasa di sana, Zhou sebut tentang Ahmed, lelaki pemilik sut saya pakai. 106 00:10:38,764 --> 00:10:41,725 Apa berlaku? Awak dan dia... - Bukan. 107 00:10:43,310 --> 00:10:44,478 Kami kawan. 108 00:10:45,020 --> 00:10:48,732 Ahmed jatuh cinta dengan salah seorang pelacur Zhou, Christina. 109 00:10:49,733 --> 00:10:53,570 Paksa Zhou lepaskan dia, tapi Zhou tak boleh biarkan. 110 00:10:53,570 --> 00:10:55,364 Dia suruh penyangaknya serang Ahmed? 111 00:10:56,281 --> 00:10:57,491 Christina. 112 00:10:59,368 --> 00:11:01,620 Seseorang baling asid pada mukanya. 113 00:11:02,412 --> 00:11:03,914 Ahmed mahu balas dendam. 114 00:11:04,498 --> 00:11:07,334 Saya sangka saya berjaya pujuknya, tapi saya salah. 115 00:11:08,585 --> 00:11:11,171 Mayatnya ditemui beberapa hari kemudian. 116 00:11:11,171 --> 00:11:13,215 Zhou yang bunuh dia, bukan awak. 117 00:11:13,215 --> 00:11:14,383 Ya. 118 00:11:16,218 --> 00:11:19,847 Ahmed cintakan Christina. Saya tak pernah percayakan Christina. 119 00:11:20,514 --> 00:11:22,349 Saya sangka dia pergunakan Ahmed. 120 00:11:23,851 --> 00:11:25,060 Ahmed tak mahu dengar. 121 00:11:25,060 --> 00:11:29,147 Kemudian Christina ditawarkan bekerja di The Palace. 122 00:11:29,147 --> 00:11:31,942 Dia tahu saya kerja dengan Zhou, jadi dia jumpa saya. 123 00:11:32,901 --> 00:11:35,195 Saya beritahu dia semuanya akan okey. 124 00:11:36,405 --> 00:11:38,156 Saya mahu dia pergi. 125 00:11:39,825 --> 00:11:41,577 Awak tak boleh salahkan diri awak. 126 00:11:41,577 --> 00:11:44,413 Ada orang serang awak dan mulakan kebakaran itu. 127 00:11:45,414 --> 00:11:47,958 Awak cakap ibu budak itu meninggal sebab awak. 128 00:11:49,001 --> 00:11:50,919 Kenapa itu salah awak, bukan salah mereka? 129 00:11:53,046 --> 00:11:55,465 Ahmed mati sebab saya. 130 00:12:22,409 --> 00:12:23,660 Sunita di sini? 131 00:12:24,912 --> 00:12:28,874 Saya tahu muka semua lelaki yang datang ke rumah saya. 132 00:12:30,125 --> 00:12:32,044 Saya tak pernah nampak awak. 133 00:12:32,044 --> 00:12:33,378 Saya boleh bayar awak. 134 00:12:41,011 --> 00:12:45,599 Dulu ada gadis bernama Sunita, tapi dia sudah pergi beberapa hari lalu. 135 00:12:45,599 --> 00:12:47,559 Itu tak cukup. 136 00:12:50,646 --> 00:12:53,106 Lebih baik jika saya tak ingat muka awak, bukan? 137 00:13:02,533 --> 00:13:04,660 Saya perlu pergi dari sini. 138 00:13:07,204 --> 00:13:08,580 Kavita menyiasat tentang saya 139 00:13:08,580 --> 00:13:11,250 sejak saya mabuk dan terlepas cakap di Reynaldo's. 140 00:13:13,377 --> 00:13:15,045 Dia mahu buat artikel tentang saya. 141 00:13:15,796 --> 00:13:18,715 Saya boleh cuba pujuk dia supaya hentikannya. 142 00:13:19,633 --> 00:13:23,554 Awak rasa dia akan dengar atau jadi lebih teruja? 143 00:13:25,430 --> 00:13:26,765 Saya tiada pilihan. 144 00:13:28,058 --> 00:13:31,270 Jika saya ditemui, saya akan kembali ke penjara atau mati. 145 00:13:34,439 --> 00:13:36,191 Saya tak mahu pergi sebab... 146 00:13:37,693 --> 00:13:39,111 Sebab saya cintakan awak. 147 00:13:47,160 --> 00:13:48,704 Saya sudah beritahu awak perasaan saya. 148 00:13:48,704 --> 00:13:51,164 Ya, saya tak percaya. 149 00:13:52,833 --> 00:13:56,336 Saya tak suruh awak membalasnya dan awak boleh anggap apa saja, 150 00:13:56,336 --> 00:14:00,132 tapi awak tak boleh menafikan... - Saya suka awak, Lin. 151 00:14:01,049 --> 00:14:03,677 Saya boleh jadi amat menyukai awak. 152 00:14:07,222 --> 00:14:09,641 Mungkin itu satu lagi sebab awak patut pergi. 153 00:14:14,271 --> 00:14:15,480 Kita perlukan air bersih. 154 00:15:51,076 --> 00:15:54,371 Pergi. Awak dibenarkan bercinta dengan anak saya. 155 00:16:15,225 --> 00:16:16,518 Sekarang pukul berapa? 156 00:16:23,942 --> 00:16:25,402 Karla? 157 00:16:41,919 --> 00:16:45,339 Lihat. Encik Lin sudah sihat. 158 00:16:59,061 --> 00:17:02,314 Aduhai, Encik Lin! 159 00:17:08,278 --> 00:17:11,198 Sudah tiga hari tak nampak awak. 160 00:17:11,198 --> 00:17:15,117 Saya sangat gembira awak masih hidup. Pagi yang bertuah! 161 00:17:15,117 --> 00:17:16,703 Saya ada berita baik. 162 00:17:16,703 --> 00:17:19,205 Tadi saya menolong di kedai teh Kumar, 163 00:17:19,205 --> 00:17:22,542 mereka cakap saya boleh bercinta dengan Parvati! 164 00:17:22,542 --> 00:17:25,212 Baguslah. Dengar, Prabhu. - Semua ini takkan berjaya tanpa... 165 00:17:25,212 --> 00:17:26,964 Ya? - Saya perlu buang air besar. 166 00:17:26,964 --> 00:17:28,966 Jika saya pergi, mereka akan ikut saya? 167 00:17:29,758 --> 00:17:32,344 Saya akan uruskan mereka. 168 00:17:32,344 --> 00:17:36,723 Dengar! Encik Lin mahu ke tandas. 169 00:17:38,225 --> 00:17:39,226 Bersendirian! 170 00:17:41,854 --> 00:17:43,981 Terima kasih. - Sama-sama. 171 00:17:48,527 --> 00:17:51,113 Mari. Awak tidur lena? 172 00:17:52,155 --> 00:17:53,156 Ya. 173 00:17:53,156 --> 00:17:55,993 Ya? Mana Pn. Karla? 174 00:17:55,993 --> 00:17:57,077 Saya pun mahu tahu. 175 00:18:11,091 --> 00:18:12,509 Dua ratus ribu. 176 00:18:16,972 --> 00:18:18,015 Jumlahnya cukup. 177 00:18:21,268 --> 00:18:22,394 Lisa, 178 00:18:23,312 --> 00:18:24,605 dia memang hebat, bukan? 179 00:18:30,444 --> 00:18:32,321 Kami hampir patahkan katil. 180 00:18:33,322 --> 00:18:35,365 Dia hampir patahkan kemaluan saya. 181 00:18:38,368 --> 00:18:40,621 Saya sangka dia kekasih awak, 182 00:18:40,621 --> 00:18:44,625 tapi tak mungkin awak akan kongsi wanita begitu, bukan? 183 00:18:47,586 --> 00:18:50,005 Awak betul. Jumlahnya cukup. 184 00:18:58,263 --> 00:19:00,098 Tolonglah. Ini mengarut. - Jangan risau. 185 00:19:00,098 --> 00:19:02,643 Teruskan saja urusan awak. 186 00:19:04,353 --> 00:19:07,147 Awak juga ikut sekali? - Sebab saya gembira. 187 00:19:11,527 --> 00:19:13,904 Dia tak seperti yang kamu sangka. 188 00:19:16,865 --> 00:19:17,991 Bangsat! 189 00:19:19,576 --> 00:19:20,827 Dia pembunuh! 190 00:19:21,912 --> 00:19:23,080 Kenapa dengan awak, Ravi? 191 00:19:23,080 --> 00:19:24,706 Dia bunuh ibu saya. 192 00:19:26,667 --> 00:19:29,086 Kita sudah bincang hal ini... - Dia bunuhnya. 193 00:19:29,086 --> 00:19:31,922 Dia cuba selamatkan ibu awak, Ravi... 194 00:19:31,922 --> 00:19:33,590 Dia penyebab kebakaran. 195 00:19:33,590 --> 00:19:38,387 Saya dengar dia dan wanita putih itu. Dia bunuh ibu saya! 196 00:19:39,847 --> 00:19:41,598 Dia penyebabnya! - Dengar cakap saya. 197 00:19:42,558 --> 00:19:44,059 Apa yang awak sangka awak dengar... 198 00:19:44,059 --> 00:19:46,854 Dengar, Ravi... 199 00:19:47,396 --> 00:19:51,191 awak akan buat orang panik jika tipu begini. 200 00:19:52,192 --> 00:19:54,862 Lin ada dengan saya semasa kebakaran bermula. 201 00:19:55,612 --> 00:19:57,906 Tak, dia dengan saya. 202 00:19:57,906 --> 00:19:59,825 Dia dengan saya. 203 00:20:01,410 --> 00:20:04,037 Jika saya dengar awak kata begini lagi, 204 00:20:04,037 --> 00:20:09,418 saya akan beritahu Qasimbhai awak sebarkan penipuan. Faham? 205 00:20:10,836 --> 00:20:12,838 Pergi. 206 00:20:23,599 --> 00:20:24,975 Itu duit kita? 207 00:20:39,656 --> 00:20:41,867 Raheem kata kamu bergembira. 208 00:20:43,994 --> 00:20:44,995 Ia berbaloi? 209 00:20:46,622 --> 00:20:48,498 Awak nikmatinya, Lisa? 210 00:20:49,917 --> 00:20:50,918 Saya nikmati apa? 211 00:20:52,544 --> 00:20:54,630 Dia berasmara dengan saya? 212 00:20:55,380 --> 00:20:57,966 Lihatlah saya. Awak yang mulakannya. 213 00:20:59,176 --> 00:21:02,346 Itu duit kita sebab saya. Sebab saya benarkan dia buat begitu. 214 00:21:03,722 --> 00:21:04,848 Saya berhak dapatnya. 215 00:21:05,516 --> 00:21:08,936 Saya lakukan tugas saya, dan saya boleh bangga kecuali awak anggap ia kotor. 216 00:21:16,193 --> 00:21:17,486 Awak mahu ke mana? 217 00:21:17,486 --> 00:21:18,654 Biar betul. 218 00:21:18,654 --> 00:21:21,156 Awak datang, mulakan pergaduhan dan sekarang awak pergi? 219 00:21:21,156 --> 00:21:22,783 Awak yang mahu begini. Ayuh. Mari bergaduh! 220 00:21:24,535 --> 00:21:25,702 Sebastian... 221 00:21:35,003 --> 00:21:36,338 AIR DHIBAR 222 00:22:01,196 --> 00:22:02,656 Apa dia buat di sini? 223 00:22:03,657 --> 00:22:07,035 Ini orang Walid Shah. - Apa mereka mahu, Encik Lin? 224 00:22:08,078 --> 00:22:10,914 Saya tahu ini salah saya. 225 00:22:11,415 --> 00:22:15,043 Saya sedang terima kesannya. - Walidbhai hantar pesanan. 226 00:22:15,043 --> 00:22:17,337 Kamu tak boleh berurusan dengan Khader Khan lagi. 227 00:22:17,337 --> 00:22:19,756 Kamu takkan dapat air lagi. 228 00:22:20,424 --> 00:22:23,093 Air sudah selesai. 229 00:22:47,451 --> 00:22:48,785 Tak, Lin, mereka terlalu ramai. 230 00:22:54,041 --> 00:22:56,460 Awak masih di pihak yang salah, doktor. 231 00:23:01,507 --> 00:23:03,091 Hei, apa awak buat? 232 00:23:08,805 --> 00:23:11,225 Kami akan melawat setiap hari. 233 00:23:11,225 --> 00:23:13,060 Kenapa buat begini? 234 00:23:23,820 --> 00:23:25,364 Gembira sekarang, En. Lin? 235 00:23:25,906 --> 00:23:28,575 Nampak apa berlaku jika berurusan dengan samseng? 236 00:23:32,579 --> 00:23:36,083 Kita berada dalam perang sekarang dan awak penyebabnya. 237 00:23:37,793 --> 00:23:39,419 Semua ini salah awak. 238 00:23:59,565 --> 00:24:02,067 Awak beritahu Khader saya dengan Lin? 239 00:24:02,734 --> 00:24:04,152 Tidak. 240 00:24:04,152 --> 00:24:07,281 Orang lain mungkin beritahu. Dia ada ramai kawan di Sagar Wada. 241 00:24:07,865 --> 00:24:09,074 Sebab Lin. 242 00:24:10,284 --> 00:24:12,119 Kononnya kita mahu jauhkan diri. 243 00:24:12,119 --> 00:24:13,412 Ya, Lin cari dia. 244 00:24:16,623 --> 00:24:18,500 Apa khabar dia? Lin? 245 00:24:18,500 --> 00:24:19,710 Dia okey. 246 00:24:21,503 --> 00:24:22,504 Apa khabar awak? 247 00:24:23,213 --> 00:24:24,298 Saya juga okey. 248 00:24:28,760 --> 00:24:32,222 Saya tahu awak tak suka, tapi ia akan berakhir nanti. 249 00:24:58,790 --> 00:25:00,417 Sunita? 250 00:25:02,419 --> 00:25:04,463 Maaf sebab buat awak tunggu lama. 251 00:25:05,088 --> 00:25:06,882 Saya tahu ini tak mudah. 252 00:25:10,010 --> 00:25:11,803 Maaf, saya akan berbahasa Hindi. 253 00:25:14,932 --> 00:25:16,099 Awak Pn. Zhou? 254 00:25:16,099 --> 00:25:19,853 Bukan, tapi saya minta awak dibawa ke sini. 255 00:25:19,853 --> 00:25:22,689 Padma beli hutang awak untuk saya. 256 00:25:22,689 --> 00:25:24,107 Kenapa? 257 00:25:24,107 --> 00:25:27,736 Kita berdua ada urusan. 258 00:25:27,736 --> 00:25:31,907 Saya tak faham maksud awak. 259 00:25:31,907 --> 00:25:35,160 Lupakan saja. Saya akan ambilkan duit. 260 00:25:35,160 --> 00:25:37,663 Saya ada kawan penting dan mereka... 261 00:25:37,663 --> 00:25:39,748 Saya mahu awak cakap tentang kawan awak. 262 00:25:42,167 --> 00:25:44,670 Kawan awak dari Khandala. 263 00:25:45,420 --> 00:25:47,965 Jangan sebut namanya, Sunita. 264 00:25:48,799 --> 00:25:50,926 Buat seperti saya suruh. 265 00:25:51,718 --> 00:25:53,846 Hutang awak akan dibayar. 266 00:25:55,180 --> 00:26:01,937 Awak boleh pergi untuk buat apa-apa saja. 267 00:26:01,937 --> 00:26:04,147 Apa saya perlu buat? 268 00:26:04,940 --> 00:26:06,692 Saya mahu awak hubungi kawan awak. 269 00:26:07,317 --> 00:26:11,154 Beritahu dia semuanya okey dan jemput dia ke sini. 270 00:26:12,281 --> 00:26:15,409 Satu panggilan telefon dan awak bebas. 271 00:26:19,955 --> 00:26:20,956 Tidak. 272 00:26:22,207 --> 00:26:26,795 Saya tahu dia baik dengan awak, tapi bayarannya berbaloi hidup begini? 273 00:26:27,921 --> 00:26:32,968 Dia tak bayar dan saya takkan sakiti dia. 274 00:26:34,261 --> 00:26:37,097 Bukan untuk perempuan seperti awak. 275 00:26:37,097 --> 00:26:41,018 Kami saling mencintai. Faham? 276 00:26:43,228 --> 00:26:44,271 Keluar. 277 00:26:45,105 --> 00:26:46,106 Keluar! 278 00:27:03,290 --> 00:27:04,333 Baiklah. 279 00:27:06,126 --> 00:27:08,337 Awak sudah siap, Johnny. - Terima kasih, Encik Lin. 280 00:27:17,554 --> 00:27:19,056 Awak perlukan sesuatu? 281 00:27:22,935 --> 00:27:26,021 Ravi cakap awak yang sebabkan kebakaran. 282 00:27:29,566 --> 00:27:30,776 Lebih kurang. 283 00:27:45,791 --> 00:27:47,376 Kawan tak berahsia. 284 00:27:49,169 --> 00:27:50,295 Bukan tentang perkara begitu. 285 00:27:50,295 --> 00:27:54,007 Bagaimana saya mahu tolong awak jika tak tahu masalah awak? 286 00:27:55,300 --> 00:27:58,512 Jangan risau. Saya beritahu Ravi saya bersama awak semasa kebakaran. 287 00:28:01,306 --> 00:28:02,599 Kenapa awak tipu? 288 00:28:02,599 --> 00:28:04,268 Ia sudah berlaku. 289 00:28:04,268 --> 00:28:06,144 Biar itu jadi kebenarannya jika itu lebih baik. 290 00:28:06,144 --> 00:28:07,312 Seperti ubatan awak. 291 00:28:08,647 --> 00:28:12,943 Saya nampak. Awak banyak buat perkara baik untuk tebus satu kesilapan. 292 00:28:14,403 --> 00:28:15,946 Awak akan pergi nanti, bukan? 293 00:28:16,530 --> 00:28:19,825 Sangat pentingkan diri jika khianati kepercayaan mereka sekarang. 294 00:28:19,825 --> 00:28:21,618 Saya pentingkan diri sejak dulu. 295 00:28:23,495 --> 00:28:24,872 Kenapa kata begitu? 296 00:28:24,872 --> 00:28:28,792 Semua yang awak buat untuk kami, hampir mati, bawakan air... 297 00:28:28,792 --> 00:28:30,919 Ia bukan tentang kamu, tapi saya. 298 00:28:32,045 --> 00:28:33,714 Qasim beri saya amaran tentang Khan. 299 00:28:33,714 --> 00:28:36,175 Saya tetap lakukannya supaya saya rasa lega. 300 00:28:37,926 --> 00:28:41,138 Saya mahu tebus kesilapan saya supaya saya boleh pergi. 301 00:28:41,722 --> 00:28:42,806 Jika awak tak lakukannya... 302 00:28:45,058 --> 00:28:46,977 mungkin Parvati saya sudah mati. 303 00:28:50,355 --> 00:28:52,274 Awak lelaki baik dan terlalu banyak berfikir. 304 00:29:07,956 --> 00:29:11,752 Dia cintakan orang yang awak cuba kawal. 305 00:29:12,920 --> 00:29:14,254 Dia percaya lelaki itu cintakannya. 306 00:29:14,254 --> 00:29:15,714 Awak curi dengar. 307 00:29:16,673 --> 00:29:17,799 Sudah tentu. 308 00:29:25,349 --> 00:29:30,103 Pelacur yang jatuh cinta amat dungu dan degil. 309 00:29:31,146 --> 00:29:32,648 Awak bercakap daripada pengalaman? 310 00:29:36,068 --> 00:29:37,486 Susah untuk awak percaya? 311 00:29:37,486 --> 00:29:39,905 Ada banyak kisah tentang awak. 312 00:29:39,905 --> 00:29:41,698 Mungkin juga. - Ya. 313 00:29:42,866 --> 00:29:45,327 Kebanyakannya saya reka sendiri. 314 00:29:46,828 --> 00:29:50,290 Namun, kisah terbaik sentiasa ada sedikit kebenaran. 315 00:29:51,875 --> 00:29:57,256 Saya pasti awak pernah dengar saya perempuan simpanan ketua perisik KGB. 316 00:30:00,175 --> 00:30:01,260 Mereka cakap... 317 00:30:04,638 --> 00:30:07,558 satu hari dia tinggalkan India, tinggalkan saya. 318 00:30:08,392 --> 00:30:11,812 Orang yang kejar dia tangkap saya. 319 00:30:12,813 --> 00:30:15,190 Guna saya untuk lepaskan kekecewaan mereka. 320 00:30:16,650 --> 00:30:22,698 Perkara yang lebih kuat daripada cinta ialah rasa benci selepas cinta itu hilang. 321 00:30:28,120 --> 00:30:31,456 Biar dia rasa semakin takut. Biar Sunita persoalkan cintanya. 322 00:30:33,166 --> 00:30:36,920 Jika cinta itu hilang, dia akan lakukan apa-apa saja awak mahu. 323 00:30:39,089 --> 00:30:42,092 Akhirnya, awak membantu dia. 324 00:30:44,386 --> 00:30:45,387 Awak gembira? 325 00:30:48,599 --> 00:30:51,185 Tempat ini dan perniagaan awak, 326 00:30:52,436 --> 00:30:53,854 ia buat awak gembira? 327 00:30:54,855 --> 00:30:58,734 Ia beri saya kuasa, kawalan. 328 00:30:58,734 --> 00:31:00,527 Itu buat awak gembira? 329 00:31:03,405 --> 00:31:06,825 Lebih gembira berbanding tanpanya. 330 00:31:08,535 --> 00:31:10,621 Awak tak pernah harap kehidupan awak berbeza? 331 00:31:10,621 --> 00:31:11,997 Berbeza bagaimana? 332 00:31:12,706 --> 00:31:16,210 Apakah kehidupan gembira selamanya untuk pelacur yang ditinggalkan? 333 00:31:17,419 --> 00:31:19,588 Mungkin kita boleh tanya Sunita. 334 00:31:33,810 --> 00:31:35,145 Saya dah balik. 335 00:31:40,567 --> 00:31:42,236 Awak mahu saya bawa ini kepada Raheem? 336 00:31:42,236 --> 00:31:43,320 Tidak. 337 00:31:45,197 --> 00:31:47,783 Abdullah Taheri ada jumpa saya. 338 00:31:47,783 --> 00:31:51,495 Suruh saya berhenti berurusan. - Selain itu... Awak tak beritahu saya? 339 00:31:51,495 --> 00:31:53,705 Dia mungkin nampak saya pergi ambil duit dari Raheem! 340 00:31:53,705 --> 00:31:56,583 Ya, bagaimana dia tahu? 341 00:31:57,417 --> 00:31:59,503 Awak beritahu siapa? - Tiada sesiapa. 342 00:32:00,128 --> 00:32:01,129 Tak guna! 343 00:32:05,759 --> 00:32:07,511 Bagaimana dengan Didier? - Didier. 344 00:32:07,511 --> 00:32:10,055 Didier, dia... Awak suruh dia bawakan kita klien. 345 00:32:10,055 --> 00:32:12,683 Didier banyak simpan rahsia Colaba. - Tak guna! 346 00:32:14,518 --> 00:32:16,478 Siapa mahu menyusahkan kita? 347 00:32:24,069 --> 00:32:25,404 Bagaimana dengan Lin? 348 00:32:27,281 --> 00:32:30,409 Dia berkawan dengan Abdullah dan Didier. 349 00:32:31,994 --> 00:32:33,412 Kamu berdua saling membenci. 350 00:32:35,247 --> 00:32:37,374 Saya baru nampak mereka bersama sebelum ini. 351 00:32:38,041 --> 00:32:39,877 Dia bercakap benda dungu, si tak guna. 352 00:32:39,877 --> 00:32:41,962 Saya patut kelar lehernya. 353 00:32:43,088 --> 00:32:44,089 Lin. 354 00:32:44,882 --> 00:32:47,176 Begini... Lupakan Lin. 355 00:32:48,594 --> 00:32:49,595 Lupakan Lin. 356 00:32:49,595 --> 00:32:54,850 Lupakan Lin, Khader Khan, Raheem dan Zhou. 357 00:32:56,894 --> 00:32:59,771 Kita simpan duit ini dan jual dadah yang masih ada pada harga diskaun... 358 00:32:59,771 --> 00:33:00,856 Tak boleh. 359 00:33:00,856 --> 00:33:03,901 ...dan keluar dari Bombay sebelum mereka tahu kita tipu mereka. Hei! 360 00:33:06,236 --> 00:33:08,155 Jika awak tak mahu pergi, saya akan pergi sendiri. 361 00:33:08,155 --> 00:33:10,240 Awak takkan dapat semua ini. - Tak guna! 362 00:33:10,240 --> 00:33:11,867 Tak guna! - Satu sen pun tak dapat. 363 00:33:12,618 --> 00:33:13,619 Pandang saya. 364 00:33:14,661 --> 00:33:16,496 Mari ambil risiko, Modena. 365 00:33:21,585 --> 00:33:24,129 Ayuh, Modena. Lupakan mereka. 366 00:33:25,047 --> 00:33:26,048 Okey. 367 00:33:26,757 --> 00:33:28,717 Okey. - Okey. Betul? 368 00:33:28,717 --> 00:33:30,135 Okey. Ya. - Betul? 369 00:33:31,470 --> 00:33:32,721 Okey. 370 00:33:32,721 --> 00:33:34,306 Ayuh. Mari pergi. 371 00:33:34,306 --> 00:33:37,309 Walid Shah mengetuai salah satu syarikat. 372 00:33:37,309 --> 00:33:38,644 Syarikat? 373 00:33:39,228 --> 00:33:40,437 Maksud awak geng? 374 00:33:41,688 --> 00:33:43,607 Kenapa dia peduli awak beri air? 375 00:33:43,607 --> 00:33:45,651 Dia tahu saya mahu beli Sagar Wada. 376 00:33:46,235 --> 00:33:47,319 Dia pun mahukannya. 377 00:33:48,237 --> 00:33:49,238 Lin. 378 00:33:50,322 --> 00:33:51,406 Duduklah dulu. 379 00:33:52,115 --> 00:33:53,367 Tolonglah. 380 00:34:03,377 --> 00:34:05,546 Minum dulu. - Tak perlu. 381 00:34:07,673 --> 00:34:09,466 Sagar Wada berada di kawasan besar 382 00:34:09,466 --> 00:34:12,261 salah satu hartanah paling berharga di dunia. 383 00:34:13,679 --> 00:34:17,683 Walid Shah sudah dapatkan kesetiaan menteri tanah, 384 00:34:17,683 --> 00:34:19,560 dia percaya dia akan berjaya. 385 00:34:20,310 --> 00:34:23,397 Namun, ada beribu orang tinggal di Sagar Wada, 386 00:34:23,397 --> 00:34:26,358 dan apabila ada orang, ada kuasa. 387 00:34:27,525 --> 00:34:31,196 Walid kawal menteri. Dia tak mahu saya kawal undi. 388 00:34:31,196 --> 00:34:32,947 Awak mahu mereka buat apa? 389 00:34:34,283 --> 00:34:36,827 Undi kemusnahan rumah mereka sendiri? 390 00:34:36,827 --> 00:34:41,123 Itu ironi unik bandar kita 391 00:34:41,123 --> 00:34:44,376 yang si miskin tiada hak jika mereka dihalau, 392 00:34:44,376 --> 00:34:48,213 tapi ada kuasa besar untuk tentukan penghalau mereka. 393 00:34:48,797 --> 00:34:51,592 Awak fikir saya tak faham apa saya rampas daripada mereka? 394 00:34:51,592 --> 00:34:52,676 Sampai hati awak. 395 00:34:53,302 --> 00:34:58,015 Rumah saya dirampas daripada saya semasa saya 15 tahun. 396 00:34:59,600 --> 00:35:01,977 Ini bukan kesakitan yang boleh hilang. 397 00:35:03,061 --> 00:35:05,147 Saya beri klinik awak dana. 398 00:35:05,147 --> 00:35:07,274 Dermakan ubat-ubatan, air. 399 00:35:07,816 --> 00:35:11,612 Saya mahu berusaha tolong mereka semasa rumah mereka masih ada, 400 00:35:11,612 --> 00:35:13,655 tapi Sagar Wada akan dijual. 401 00:35:14,198 --> 00:35:16,950 Ini mengarut. - Ini Bombay. 402 00:35:16,950 --> 00:35:18,785 Kenapa tak beritahu saya sebelum ini? 403 00:35:18,785 --> 00:35:20,954 Sebab awak mungkin tak terima air itu. 404 00:35:31,798 --> 00:35:33,675 Sekarang mereka dalam perang. 405 00:35:33,675 --> 00:35:35,761 Mereka akan lawan? - Saya tak tahu. 406 00:35:37,262 --> 00:35:38,805 Saya tak mahu jadi orang tengah lagi, Khaderbhai. 407 00:35:38,805 --> 00:35:41,391 Awak minta sendiri jika mahu sesuatu daripada mereka. 408 00:35:41,934 --> 00:35:42,935 Baiklah. 409 00:35:46,396 --> 00:35:47,397 Hei. 410 00:35:48,398 --> 00:35:50,400 Hei. 411 00:35:52,861 --> 00:35:54,154 Gembira dapat jumpa awak. 412 00:35:55,656 --> 00:35:56,657 Saya juga. 413 00:35:59,159 --> 00:36:01,495 Itu masalahnya. Tiada sesiapa kenal dia. 414 00:36:01,495 --> 00:36:03,830 Mungkin sebab dia tak pernah bercakap. 415 00:36:04,790 --> 00:36:07,084 Dia bongsu daripada sembilan beradik dan sangat miskin. 416 00:36:07,084 --> 00:36:10,087 Jadi tiada orang pedulikan dia dan itulah cara dia hidup. 417 00:36:11,713 --> 00:36:14,007 Dia berbeza apabila hanya kami berdua. 418 00:36:14,591 --> 00:36:15,717 Dia kelakar. 419 00:36:16,927 --> 00:36:18,053 Serta baik. 420 00:36:21,723 --> 00:36:24,059 Dia mahu saya gembira. 421 00:36:25,519 --> 00:36:27,187 Namun, dia sangat lemah. 422 00:36:31,316 --> 00:36:33,360 Saya tahu ia meragukan, tapi saya buat seperti awak suruh 423 00:36:33,360 --> 00:36:35,821 dan pikul tanggungjawab untuk kami. 424 00:36:35,821 --> 00:36:38,824 Ya, saya perlu berasmara dengan Raheem, tapi apa masalahnya? 425 00:36:40,200 --> 00:36:42,870 Sebab pagi ini, apabila Modena masuk dengan duit itu, 426 00:36:44,621 --> 00:36:46,164 buat kali pertama saya rasa... 427 00:36:47,833 --> 00:36:48,917 berkuasa. Mungkin. 428 00:36:51,545 --> 00:36:53,046 Ia mungkin kedengaran tak waras. 429 00:36:53,046 --> 00:36:56,466 Jika awak mahukan nasihat kehidupan, ya, awak tak waras. 430 00:36:59,928 --> 00:37:01,513 Walau apa pun awak mahu buat... 431 00:37:03,557 --> 00:37:07,019 awak sentiasa diterima di sini. 432 00:37:12,858 --> 00:37:15,485 Namun, awak patut pergi dengan Modena selagi sempat. 433 00:37:16,695 --> 00:37:21,950 Ambil semua yang kamu ada dan pergi dari Bombay. 434 00:38:17,089 --> 00:38:19,258 KAFE REYNALDO'S 435 00:38:51,456 --> 00:38:52,457 Sekarang sudah lewat. 436 00:38:53,375 --> 00:38:56,712 Awak boleh balik. Mishra ada. 437 00:38:58,839 --> 00:38:59,840 Atau... 438 00:39:01,508 --> 00:39:03,468 saya sangka dia ada. 439 00:39:09,099 --> 00:39:10,976 Setidaknya dia cabut kasut, bukan? 440 00:39:33,081 --> 00:39:36,543 Apa awak mahu tunjukkan saya yang akan ubah keadaan kita? 441 00:39:36,543 --> 00:39:38,879 Mesingan yang akan halau samseng ini? 442 00:39:38,879 --> 00:39:42,257 Awak tak dengar kata, tak faham, tapi mahu buat semua keputusan. 443 00:39:42,257 --> 00:39:43,967 Tak. Saya tak mahu teruskan. 444 00:39:46,470 --> 00:39:47,638 Sebab itu awak ke sini. 445 00:39:57,814 --> 00:39:58,982 Assalamualaikum. 446 00:39:58,982 --> 00:40:00,526 Waalaikumuassalam. 447 00:40:01,318 --> 00:40:04,071 Saya berterima kasih dengan kehadiran awak, Qasimbhai. 448 00:40:05,656 --> 00:40:07,533 Kita berdua tahu ia sebaliknya. 449 00:40:08,325 --> 00:40:10,494 Itulah maksud sebenarnya. 450 00:40:10,494 --> 00:40:13,622 Saya suruh Khader datang supaya dia boleh beritahu awak sendiri. 451 00:40:13,622 --> 00:40:15,582 Lin cakap awak bertimbang rasa. 452 00:40:15,582 --> 00:40:19,628 Walau apa pun dia fikir, En. Lin tak begitu kenal saya, 453 00:40:20,879 --> 00:40:24,258 awak dan apa-apa saja. 454 00:40:24,258 --> 00:40:27,219 Dia tahu kesetiaan tak boleh dibeli, tapi perlu didapati. 455 00:40:27,928 --> 00:40:30,138 Saya perlu ingat itu. 456 00:40:31,932 --> 00:40:33,642 Saya mahu bincang tindakan seterusnya. 457 00:40:34,434 --> 00:40:39,273 Tindakan awak akan kekalkan rumah saya? 458 00:40:39,273 --> 00:40:40,357 Tidak. 459 00:40:41,316 --> 00:40:42,317 Akhirnya, tidak. 460 00:40:44,862 --> 00:40:46,738 Setidaknya kita berterus-terang. 461 00:40:47,823 --> 00:40:48,824 Tolonglah. 462 00:40:54,371 --> 00:40:56,832 Pagi ini, ada lelaki beri saya ini. 463 00:40:59,251 --> 00:41:00,627 Dia mahu saya beri kepada awak. 464 00:41:01,461 --> 00:41:04,381 Ini emas, ia bukan asli, tapi... 465 00:41:05,174 --> 00:41:07,843 cincin ini sudah berada dengan keluarganya selama tiga generasi. 466 00:41:09,052 --> 00:41:10,220 Ia ada sejarah tersendiri. 467 00:41:11,763 --> 00:41:13,932 Itu buat sesuatu yang akan diberikan dengan mudah. 468 00:41:14,892 --> 00:41:18,604 "Jika kamu tahu kebaikan cincin itu, separuh nilainya yang beri cincin itu, 469 00:41:18,604 --> 00:41:20,647 atau maruah kamu untuk kekalkan cincin itu, 470 00:41:20,647 --> 00:41:22,983 kamu pasti takkan berpisah dengan cincin itu." 471 00:41:24,318 --> 00:41:26,403 Saya beri lelaki itu cincin dan dia beri saya teka-teki. 472 00:41:27,863 --> 00:41:28,947 Maafkan saya... 473 00:41:28,947 --> 00:41:30,240 Terima kasih, Khaderbhai, 474 00:41:30,240 --> 00:41:33,410 sebab buktikan saya kurang berilmu. - Qasim, bukan. 475 00:41:34,411 --> 00:41:36,079 Saya bukan tak hormati awak. 476 00:41:36,955 --> 00:41:39,249 Itu petikan daripada teater. 477 00:41:39,249 --> 00:41:42,711 Saya nampak cincin awak sebagai ujian yang sama. 478 00:41:44,713 --> 00:41:46,882 Jika saya menangi hak tanah kamu, 479 00:41:48,091 --> 00:41:50,052 akan ambil masa bertahun sebelum pembinaan bermula. 480 00:41:50,052 --> 00:41:52,804 Sementara itu, saya mahu tolong komuniti kamu. 481 00:41:52,804 --> 00:41:56,391 Pada permulaan, kawasan pembinaan akan perlukan elektrik, 482 00:41:56,391 --> 00:41:57,893 sistem paip yang bagus dan sebagainya. 483 00:41:57,893 --> 00:42:01,146 Kamu akan terima kelebihan ini sehingga kami pecah tanah. 484 00:42:01,146 --> 00:42:04,691 Saya juga akan tolong carikan pekerjaan sebenar. 485 00:42:04,691 --> 00:42:06,318 Jika awak rampas rumah kami, 486 00:42:06,318 --> 00:42:08,362 awak perlu beri kami peluang untuk jadi lebih bagus. 487 00:42:08,362 --> 00:42:10,113 Kita sependapat. 488 00:42:10,113 --> 00:42:12,991 Saya nampak beberapa meja semasa ke sini. 489 00:42:12,991 --> 00:42:17,204 Saya akan bina sekolah, bayar guru, buku. 490 00:42:17,955 --> 00:42:19,414 Selepas awak pecah tanah? 491 00:42:20,582 --> 00:42:21,875 Bagaimana dengan kami? 492 00:42:22,501 --> 00:42:25,671 Saya akan carikan tempat tinggal baharu, inshallah. 493 00:42:31,301 --> 00:42:32,511 Pulangkan cincin itu. 494 00:42:33,637 --> 00:42:36,431 Saya akan pulangkan kepada lelaki itu untuk beri kepada anaknya. 495 00:42:37,558 --> 00:42:40,978 Kemudian kepada anaknya dan semua generasi akan datang. 496 00:42:45,148 --> 00:42:47,609 Orang yang tulis teater itu seorang yang bijak. 497 00:42:47,609 --> 00:42:50,946 Saya percaya semua persoalan dan kebanyakan jawapan kehidupan 498 00:42:50,946 --> 00:42:52,364 ada dalam karya Shakespeare. 499 00:42:55,325 --> 00:43:00,205 Apa jawapan awak, Qasim? 500 00:43:14,011 --> 00:43:16,263 Ada 300,000 di sini. 501 00:43:16,263 --> 00:43:19,641 Cukup untuk kita pergi ke mana saja kita mahu. 502 00:43:19,641 --> 00:43:20,726 Saya mahu ke tandas. 503 00:43:20,726 --> 00:43:22,895 Kita akan pergi malam ini sebelum Raheem mula syak. 504 00:43:22,895 --> 00:43:24,229 Saya perlu ajak Lisa. 505 00:43:24,229 --> 00:43:26,940 Lisa. Lupakan Lisa. 506 00:43:26,940 --> 00:43:28,400 Dia takkan ikut kita. 507 00:43:28,984 --> 00:43:31,028 Dia sudah jalankan tugasnya. 508 00:43:31,028 --> 00:43:33,322 Saya takkan beri duit ini kepada pelacur. 509 00:43:34,448 --> 00:43:38,243 Awak perlu pilih, Modena. Duit itu dan saya, atau dia. 510 00:43:39,328 --> 00:43:40,579 Percayalah, dengan duit ini, 511 00:43:40,579 --> 00:43:43,207 kita boleh dapat perempuan di mana saja kita pergi. 512 00:43:43,707 --> 00:43:45,792 Lisa tak begitu istimewa, Modena. 513 00:43:46,793 --> 00:43:49,046 Kita akan carikan awak perempuan berbeza setiap malam 514 00:43:49,046 --> 00:43:50,547 di semua bandar kita pergi. 515 00:43:52,716 --> 00:43:53,967 Bagaimana, Modena? 516 00:43:53,967 --> 00:43:57,971 Awak mahu pergi mana? Itali? Sepanyol? Amerika Selatan... 517 00:44:09,525 --> 00:44:15,113 Awak perlu tunggu lama jika mahu saya merayu. 518 00:44:18,200 --> 00:44:21,828 Saya sudah penat merayu. 519 00:44:23,038 --> 00:44:26,458 Maaf tentang kata-kata saya tadi. 520 00:44:27,376 --> 00:44:29,294 Saya tak patut buat andaian. 521 00:44:29,878 --> 00:44:32,881 Saya tiada tempat di dunia ini. 522 00:44:35,342 --> 00:44:37,761 Ibu saya sendiri jual saya. 523 00:44:39,680 --> 00:44:42,140 Lelaki gunakan saya. 524 00:44:43,892 --> 00:44:46,395 Namun, Akash cintakan saya. 525 00:44:47,688 --> 00:44:52,192 Awak fikir mudah untuk orang sepertinya cintakan wanita seperti saya? 526 00:44:53,443 --> 00:44:55,988 Jika orang tahu tentang kami, 527 00:44:55,988 --> 00:45:00,701 dia akan kehilangan jawatan, keluarga, semuanya. 528 00:45:02,578 --> 00:45:07,541 Jika dia tak boleh tinggalkan jawatan atau keluarganya... 529 00:45:08,250 --> 00:45:10,669 Jika mereka lebih penting daripada awak, 530 00:45:11,628 --> 00:45:13,755 jadi cinta awak tak setanding itu. 531 00:45:14,715 --> 00:45:16,842 Cara lelaki bercinta tak sama seperti kita. 532 00:45:18,135 --> 00:45:21,263 Jarang lelaki tak mencintai diri sendiri akhirnya. 533 00:45:24,808 --> 00:45:27,394 Awak pelacur dari Kamathipura, Sunita. 534 00:45:28,604 --> 00:45:33,108 Dia pura-pura akan lari dengan awak, tapi takkan lari. 535 00:45:33,817 --> 00:45:36,445 Bukan untuk awak atau sesiapa. 536 00:45:37,196 --> 00:45:41,658 Mana awak mahu pergi selepas dia tinggalkan awak? 537 00:45:44,453 --> 00:45:48,290 Kemudian awak sedar kehidupan awak lebih bagus tanpanya. 538 00:45:49,875 --> 00:45:51,752 Apa awak mahu daripada dia? 539 00:45:53,337 --> 00:45:54,796 Supaya dia buat kerjanya. 540 00:45:56,131 --> 00:45:58,967 Saya tak mahu cederakan Akash. 541 00:46:00,177 --> 00:46:01,386 Saya janji. 542 00:46:02,054 --> 00:46:06,600 Saya janji jika awak buat panggilan itu, 543 00:46:08,268 --> 00:46:10,896 saya takkan cederakan dia. 544 00:46:13,565 --> 00:46:15,442 Pn. Zhou pemilik hutang awak sekarang. 545 00:46:16,902 --> 00:46:20,197 Dia akan suruh awak bekerja tak lama lagi. 546 00:46:20,197 --> 00:46:23,408 Pandey akan masih mahukan awak? 547 00:46:25,327 --> 00:46:29,790 Buat panggilan itu dan jika dia datang ambil awak, 548 00:46:29,790 --> 00:46:34,628 kita akan tahu dia cintai awak seperti yang awak kata. 549 00:46:42,010 --> 00:46:44,972 Awak tak pernah cintakan sesiapa. 550 00:48:51,640 --> 00:48:55,143 Berambus, lelaki tak guna! 551 00:48:55,727 --> 00:48:59,773 Awak mahu air kami? Langkah mayat saya! 552 00:51:04,648 --> 00:51:05,732 Encik Lin! 553 00:51:05,732 --> 00:51:07,901 Saya patut panggil awak Johnny Berbahaya? 554 00:51:08,902 --> 00:51:10,654 Arun's Life. Nikmatinya. 555 00:51:10,654 --> 00:51:13,031 Tidak. Jangan beri kepada saya. - Ambillah. 556 00:51:16,910 --> 00:51:20,914 Hati saya berasa sedih melihat mereka menikmati kemenangan. 557 00:51:21,456 --> 00:51:24,793 Walau apa jadi selepas ini, tiada orang boleh rampas hari ini daripada mereka. 558 00:51:25,752 --> 00:51:28,380 Saya tak pergi dulu sebab berhutang dengan mereka. 559 00:51:28,380 --> 00:51:31,258 Namun, sekarang saya tak mahu pergi. 560 00:51:54,698 --> 00:51:56,116 Aduhai, Encik Lin! 561 00:52:22,684 --> 00:52:23,769 Lastik. 562 00:52:30,108 --> 00:52:31,193 Awak tak pandai lastik. 563 00:52:32,444 --> 00:52:33,570 Saya yang kena. 564 00:52:35,614 --> 00:52:37,616 Apa salah saudara saya, Lin, pada awak? 565 00:52:39,201 --> 00:52:40,410 Dia bunuh ibu saya. 566 00:52:42,329 --> 00:52:44,915 Mereka menidakkan, tapi saya tahu itu benar. 567 00:52:47,543 --> 00:52:50,754 Ibu saya juga sudah mati. Kita ada persamaan. 568 00:52:53,048 --> 00:52:54,466 Apa awak buat? 569 00:52:55,092 --> 00:52:56,927 Saya temui tempat baharu. 570 00:52:59,721 --> 00:53:01,849 Abdel Khader Khan ialah jeneral. 571 00:53:01,849 --> 00:53:03,851 Jeneral sentiasa perlukan wira. 572 00:53:06,645 --> 00:53:09,273 Saya mahu motosikal seperti awak suatu hari nanti. 573 00:53:13,735 --> 00:53:14,903 Mungkin suatu hari nanti. 574 00:53:16,446 --> 00:53:19,950 Namun, wira perlu ikut arahan walaupun mereka tak sukakannya. 575 00:53:21,660 --> 00:53:24,246 Beritahu saja arahan awak. Saya boleh buat apa-apa saja. 576 00:53:24,246 --> 00:53:26,665 Lin penting untuk Khaderbhai. 577 00:53:27,291 --> 00:53:28,417 Dia juga wira. 578 00:53:29,376 --> 00:53:31,712 Kami akan sedih jika sesuatu berlaku padanya. 579 00:53:33,213 --> 00:53:35,340 Awak faham? - Ya. 580 00:53:40,679 --> 00:53:42,222 Wira perlukan senjata. 581 00:53:43,765 --> 00:53:46,185 Berlatihlah demi kita semua. 582 00:54:01,116 --> 00:54:02,868 Ada orang pernah tanya saya, 583 00:54:03,660 --> 00:54:05,954 "Jika awak boleh jadi sangat gembira, 584 00:54:05,954 --> 00:54:08,665 tapi tahu sejak mula ia akan berakhir dengan kesedihan, 585 00:54:09,917 --> 00:54:13,003 awak akan pilih kegembiraan itu atau mengelaknya?" 586 00:54:14,713 --> 00:54:18,133 Saya sedar jawapan saya pada waktu itu. 587 00:54:19,468 --> 00:54:23,263 Saya akan pilih kegembiraan itu. Walaupun akhirnya ia menyakitkan. 588 00:54:25,682 --> 00:54:27,518 Namun, saya masih perlu lari. 589 00:54:43,158 --> 00:54:45,077 BERDASARKAN NOVEL SHANTARAM OLEH GREGORY DAVID ROBERTS 590 00:56:05,157 --> 00:56:07,159 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman