1
00:00:10,844 --> 00:00:12,054
Petey, awak okey?
2
00:00:17,768 --> 00:00:19,019
Petey?
3
00:00:19,102 --> 00:00:25,025
Ya, saya okey. Saya cuma tergelincir.
Awak mungkin patut beli alas bilik mandi.
4
00:00:25,108 --> 00:00:29,655
Ya, okey. Jubah itu
hadiah daripada adik ipar saya.
5
00:00:29,738 --> 00:00:32,824
Saya tak pernah pakainya. Maaf, ia pelik.
6
00:00:34,743 --> 00:00:36,620
Saya ada bantal.
Awak perlukan apa-apa lagi?
7
00:00:37,538 --> 00:00:40,290
Ya, saya mahu awak
berhenti mengutuk jubah yang hebat ini.
8
00:00:41,792 --> 00:00:43,293
Awak boleh ambil.
9
00:00:43,377 --> 00:00:44,670
Saya akan ambil.
10
00:00:44,753 --> 00:00:49,341
Hei. Awak pasti orang tak boleh nampak
melalui ambang ini?
11
00:00:49,424 --> 00:00:50,509
Ya.
12
00:00:50,592 --> 00:00:52,261
Di atas juga dikunci sepenuhnya.
13
00:00:53,679 --> 00:00:55,931
Ada sesiapa tinggal di rumah sebelah?
14
00:00:56,014 --> 00:00:58,892
Tidak, hanya Pn. Selvig di sebelah sana.
15
00:00:58,976 --> 00:01:04,188
Kejiranan ini tak pernah penuh,
jadi ia bagus. Sunyi.
16
00:01:06,066 --> 00:01:07,860
Kubu keterpencilan.
17
00:01:08,652 --> 00:01:11,738
Saya tetap fikir yang berjumpa
sekali-sekala takkan beri kesan buruk.
18
00:01:11,822 --> 00:01:15,200
Saya sudah periksa
dan tak ada larangan di dalam manual.
19
00:01:15,284 --> 00:01:16,285
Ya, sudah tentu!
20
00:01:16,368 --> 00:01:19,538
Saya dah desak Cobel untuk perjumpaan
semua tingkat pada suku lepas.
21
00:01:19,621 --> 00:01:22,416
Dia cakap kita boleh dapat apabila layak
terimanya, saya tak faham maksud dia.
22
00:01:22,499 --> 00:01:25,043
- Cobel?
- Saya tak rasa kerja empat peratus Dylan
23
00:01:25,127 --> 00:01:26,879
untuk Sunset Park akan membantu…
24
00:01:28,505 --> 00:01:29,798
Petey?
25
00:01:31,216 --> 00:01:32,384
Awak okey?
26
00:01:35,971 --> 00:01:37,723
Maafkan saya. Ya.
27
00:01:39,725 --> 00:01:43,896
Saya jadi keliru sebab penyakit ini.
28
00:01:44,855 --> 00:01:45,856
Ia sementara saja.
29
00:01:47,858 --> 00:01:49,234
Apa itu Sunset Park?
30
00:01:52,404 --> 00:01:53,447
Saya tak tahu.
31
00:04:13,128 --> 00:04:16,464
Dua kehidupan saya
seperti tiba-tiba bercantum bersama.
32
00:04:17,632 --> 00:04:19,551
Tapi kerelatifannya terganggu.
33
00:04:19,635 --> 00:04:23,639
Hari pertama saya di Lumon
dan seawal hari jadi kelima saya.
34
00:04:23,722 --> 00:04:26,808
Dua masa lampau itu juga
memudarkan masa sekarang.
35
00:04:28,227 --> 00:04:29,937
Tapi mereka kata ia akan jadi lebih baik.
36
00:04:33,148 --> 00:04:34,149
Siapa "mereka"?
37
00:04:37,611 --> 00:04:40,614
"Mereka" ialah sekumpulan orang
yang tahu pemisahan merosakkan manusia.
38
00:04:41,114 --> 00:04:42,741
Mereka akan buat sesuatu tentangnya.
39
00:04:45,285 --> 00:04:47,162
Whole Mind Collective?
40
00:04:47,829 --> 00:04:51,583
Budak yang mengganggu untuk
tandatangan di bandar? Tidak, bukan WMC.
41
00:04:53,001 --> 00:04:54,002
Kumpulan lain.
42
00:04:55,087 --> 00:04:56,380
Baiklah. Jadi…
43
00:04:59,258 --> 00:05:02,970
Apa awak mahu daripada saya?
44
00:05:05,722 --> 00:05:07,766
Awak tak mahu tahu
apa kerja awak di bawah sana?
45
00:05:12,479 --> 00:05:16,149
Okey, dengar.
Saya takkan buat sambung pemisahan.
46
00:05:16,733 --> 00:05:19,945
Saya tak mahu awak buat sambung pemisahan
sebab bukan itu namanya.
47
00:05:20,988 --> 00:05:23,073
- Pemaduan kembali.
- Baik. Tak kisahlah.
48
00:05:23,156 --> 00:05:26,118
Ia tak merosakkan saya.
49
00:05:26,201 --> 00:05:27,703
Ia membantu saya.
50
00:05:29,204 --> 00:05:32,332
Okey. Bagaimana jika kesan bantuan itu
51
00:05:34,042 --> 00:05:35,919
ialah awak membunuh orang
selama lapan jam sehari
52
00:05:36,003 --> 00:05:37,045
dan awak langsung tak tahu?
53
00:05:38,755 --> 00:05:39,882
Saya membunuh orang?
54
00:05:42,885 --> 00:05:47,848
Saya jumpa satu jabatan
yang mereka rahsiakan daripada kita.
55
00:05:47,931 --> 00:05:49,600
Jabatan yang mereka tak boleh keluar.
56
00:05:51,268 --> 00:05:53,562
Kita semua tak boleh keluar, bukan?
57
00:05:53,645 --> 00:05:58,233
Tidak, maksud saya, mereka langsung
tak keluar. Mereka ada di sana sekarang.
58
00:05:58,317 --> 00:06:00,444
Bagaimana? Mereka digari atau…
59
00:06:03,530 --> 00:06:04,823
Apa?
60
00:06:09,953 --> 00:06:11,705
Saya takkan cakap tentangnya di sini.
61
00:06:12,873 --> 00:06:17,211
Saya tak tahu kalau monitor ada pepijat.
Atau jika Irving tiba-tiba masuk.
62
00:06:25,844 --> 00:06:27,888
Petey, kita bukan di Lumon.
63
00:06:34,061 --> 00:06:35,395
Jadi mana June?
64
00:06:47,157 --> 00:06:48,492
Maaf, Mark.
65
00:06:58,210 --> 00:06:59,211
Siapa June?
66
00:07:02,548 --> 00:07:07,469
June anak saya. Budak terbaik
dan pemain gitar yang bagus.
67
00:07:13,600 --> 00:07:16,019
Awak begitu gembira
ajak saya tinggal di sini?
68
00:07:46,550 --> 00:07:48,135
Mark.
69
00:07:50,888 --> 00:07:52,598
Awak tak apa-apa?
70
00:07:54,850 --> 00:07:58,937
Tapi apa awak akan beritahu, Natalie,
kepada wanita yang hamil di tempat kerja
71
00:07:59,021 --> 00:08:01,356
kurang daripada sebulan
selepas syarikatnya dipisahkan?
72
00:08:01,440 --> 00:08:03,859
Pertama sekali,
saya akan suruh dia dedahkan identitinya
73
00:08:03,942 --> 00:08:05,569
jika dia mahu perbualan yang jujur
74
00:08:05,652 --> 00:08:07,696
- tentang pengalamannya.
- Bagaimana dia mahu adakan perbualan itu
75
00:08:07,779 --> 00:08:10,699
- apabila diri kerjanya yang terbabit…
- Okey, pertama sekali, diri kerja?
76
00:08:11,325 --> 00:08:13,410
Saya difahamkan itu gelaran
yang digunakan oleh…
77
00:08:13,493 --> 00:08:16,246
Rasanya itu perkataan menghina
yang saya jangka
78
00:08:16,330 --> 00:08:18,874
daripada kumpulan yang cuba selamatkan
orang daripada pilihannya sendiri.
79
00:08:18,957 --> 00:08:20,667
Pilihan? Diri dalamannya ada…
80
00:08:20,751 --> 00:08:22,711
Diri dalaman?
Mana awak dapat semua gelaran ini?
81
00:08:22,794 --> 00:08:25,797
Baiklah. Kita panggilnya
seseorang yang bahagikan separuh otaknya…
82
00:08:25,881 --> 00:08:28,050
Itu tiada kaitan
dengan apa kami buat di Lumon
83
00:08:28,133 --> 00:08:29,635
atau apa-apa prosedur pemisahan.
84
00:08:29,718 --> 00:08:31,386
Saya faham
awak tak mahu jawab soalan saya…
85
00:08:31,470 --> 00:08:33,722
- Saya sedang jawab soalan awak.
- …sebab ia akan dedahkan awak
86
00:08:33,804 --> 00:08:36,683
- bersubahat dalam sesuatu tak bermoral.
- Perkara tak bermoral ialah…
87
00:08:41,395 --> 00:08:42,438
Cakap ia tak benar.
88
00:08:44,525 --> 00:08:47,027
Saya mahu cakap begitu,
tapi tak boleh. Nampak?
89
00:08:48,153 --> 00:08:50,030
…bersambung melalui lembangan besar itu,
90
00:08:50,113 --> 00:08:54,535
mungkin sehingga tengah hari,
seperti kita ramal semalam.
91
00:08:54,618 --> 00:08:58,997
Berita baiknya, awan itu akan hilang
di atas kawasan Gans…
92
00:08:59,081 --> 00:09:03,001
…memberikan hari yang cerah
bagi penduduk di sekitar Kier.
93
00:09:03,085 --> 00:09:05,796
Namun begitu, suhu masih lagi sejuk.
94
00:09:05,879 --> 00:09:08,674
Jalan juga akan kekal berais
sepanjang minggu ini
95
00:09:08,757 --> 00:09:10,175
sehingga hujung minggu.
96
00:09:10,259 --> 00:09:12,761
Jadi berhati-hati ke mana saja anda tuju.
97
00:09:20,227 --> 00:09:21,228
Petey.
98
00:09:24,189 --> 00:09:27,442
Bangunlah, Petey. Petey?
99
00:09:33,615 --> 00:09:34,616
Hei.
100
00:09:35,325 --> 00:09:37,703
Sekarang pagi.
Awak di bilik bawah tanah saya.
101
00:09:40,038 --> 00:09:41,248
Ya.
102
00:09:41,915 --> 00:09:46,128
Saya akan pergi kerja seperti awak cakap.
Awak boleh tinggal sini jika mahu.
103
00:09:47,921 --> 00:09:49,590
Saya cuma mahu beritahu awak,
104
00:09:50,966 --> 00:09:54,052
saya takkan lakukan pemaduan kembali.
105
00:09:57,347 --> 00:09:58,348
Okey.
106
00:09:59,057 --> 00:10:02,060
Saya kehilangan isteri saya beberapa
tahun lalu sebab kemalangan kereta.
107
00:10:02,769 --> 00:10:06,023
Ini… Ia membantu saya.
108
00:10:06,106 --> 00:10:08,483
- Saya bersimpati, Mark.
- Tak mengapa.
109
00:10:10,777 --> 00:10:11,862
Di tempat kerja…
110
00:10:14,781 --> 00:10:18,994
kadangkala awak datang
dengan mata yang merah.
111
00:10:20,495 --> 00:10:23,874
Kita bergurau yang awak ada alahan lif.
112
00:10:25,584 --> 00:10:27,085
Kita ada lagu untuknya.
113
00:10:29,421 --> 00:10:30,797
Tapi saya sentiasa berfikir tentangnya.
114
00:10:32,716 --> 00:10:34,635
Perasaan itu sentiasa ada dengan awak.
115
00:10:35,427 --> 00:10:38,847
Awak rasanya di bawah sana,
cuma awak tak tahu apa perasaan itu.
116
00:10:42,184 --> 00:10:43,268
Okey.
117
00:10:44,311 --> 00:10:47,231
Ambil apa saja awak mahu dalam peti ais.
118
00:10:47,314 --> 00:10:48,607
Saya akan balik dalam pukul 6:00.
119
00:11:04,706 --> 00:11:05,541
Hai!
120
00:11:06,291 --> 00:11:09,878
- Hei.
- Mark, maaf sebab bunyi bising ini!
121
00:11:10,379 --> 00:11:13,257
Saya cuma cairkan ais di anjung.
122
00:11:13,340 --> 00:11:17,177
Tak mengapa. Terima kasih
sekali lagi untuk biskut itu.
123
00:11:17,261 --> 00:11:18,762
Saya akan bawa lagi!
124
00:11:20,097 --> 00:11:21,139
Silakan.
125
00:11:55,299 --> 00:11:57,301
- En. Scout, apa khabar?
- Hei, Judd.
126
00:12:38,008 --> 00:12:41,595
Saya buat sesuatu.
Saya padam nombor menakutkan itu.
127
00:12:41,678 --> 00:12:42,679
Bila?
128
00:12:42,763 --> 00:12:45,766
- Semalam. Awak tak ada.
- Saya tak ada?
129
00:12:45,849 --> 00:12:49,645
Ya. Dylan ambil alih latihan
menggantikan awak dan berjaya.
130
00:12:49,728 --> 00:12:53,106
Awak nampak kurus, Mark.
Awak keracunan makanan?
131
00:12:53,190 --> 00:12:55,317
Selamat kembali, bos.
Gambar baharu dah sampai?
132
00:12:55,400 --> 00:12:58,195
Bagus. Sekarang
awak boleh buang yang lama.
133
00:13:02,574 --> 00:13:05,953
Lebih baik awak tak letaknya sebab
saya dah hantar permohonan berhenti kerja.
134
00:13:06,787 --> 00:13:08,580
- Awak dah hantar?
- Ya.
135
00:13:09,915 --> 00:13:12,793
Bagus begini. Jadi awak takkan dihantar
ke bilik rehat lagi.
136
00:13:14,461 --> 00:13:15,921
Helo, jurutapis.
137
00:13:16,004 --> 00:13:17,047
Helo, En. Milchick.
138
00:13:17,130 --> 00:13:18,841
Mark, saya bercakap
dengan Luaran awak semalam.
139
00:13:18,924 --> 00:13:20,968
Dia kedengaran sangat kecewa
sebab tak datang kerja.
140
00:13:21,051 --> 00:13:22,469
Tapi sebab awak sudah datang,
141
00:13:22,553 --> 00:13:25,597
boleh bacakan pengumuman pagi pertama awak
sebagai ketua jabatan?
142
00:13:27,140 --> 00:13:28,141
Boleh.
143
00:13:28,976 --> 00:13:32,104
Pasti lebih senang
tanpa saya sebagai pendengarnya.
144
00:13:34,106 --> 00:13:37,317
Mark fikir kelakar
kalau ganggu pengumuman Petey.
145
00:13:37,401 --> 00:13:38,986
Meniru bunyi angin.
146
00:13:40,988 --> 00:13:45,868
Okey, diam. Saya Mark,
pembaca pengumuman baharu kamu.
147
00:13:50,330 --> 00:13:51,665
Cuma ada beberapa perkara.
148
00:13:51,748 --> 00:13:54,501
Kenapa cara awak berdiri pelik?
Berdiri seperti biasa.
149
00:13:55,544 --> 00:13:57,421
Cara berdiri saya bagus.
150
00:13:57,921 --> 00:14:00,507
Awak rasa tak selesa?
Kami boleh pandang ke arah lain.
151
00:14:00,591 --> 00:14:03,844
Okey, ada beberapa sampah
dalam bekas kitar semula.
152
00:14:03,927 --> 00:14:06,597
Tolong jangan buat begitu.
153
00:14:08,056 --> 00:14:12,811
Sebagai peringatan,
Nota Post-It bukan untuk muka.
154
00:14:12,895 --> 00:14:14,521
Ia menyumbat pori Luaran kamu.
155
00:14:15,230 --> 00:14:18,817
Itu tentang saya.
Saya buat watak disayangi, Kepala Melekit.
156
00:14:18,901 --> 00:14:22,905
Serta tolong jangan bercakap besar tentang
parti wafel yang kamu pernah dapat?
157
00:14:22,988 --> 00:14:23,989
Saya terasa.
158
00:14:25,365 --> 00:14:26,366
Akhir sekali…
159
00:14:31,079 --> 00:14:34,249
Saya tak pernah lihat permohonan berhenti
dibalas dengan begitu cepat.
160
00:14:36,418 --> 00:14:39,129
Saya perlu habiskan kerja hari ini
atau saya boleh pergi sekarang?
161
00:14:44,885 --> 00:14:47,804
Akhir sekali, permohonan berhenti Helly…
162
00:14:49,723 --> 00:14:50,724
telah ditolak.
163
00:14:53,519 --> 00:14:54,770
Itu tak mungkin.
164
00:14:55,854 --> 00:14:56,980
Luaran saya takkan buat begitu.
165
00:15:01,777 --> 00:15:03,737
Petey pernah cakap…
166
00:15:22,923 --> 00:15:24,049
Ini sangat menyeronokkan.
167
00:15:25,342 --> 00:15:30,055
Saya perlu berjingkit
dan menyelinap ke pintu?
168
00:15:30,138 --> 00:15:32,307
- Dia sedang bekerja. Tak perlu.
- Bagaimana awak tahu?
169
00:15:32,391 --> 00:15:34,393
- Sebab kereta dia tiada di sana.
- Mungkin dia ponteng.
170
00:15:34,977 --> 00:15:36,395
Boleh cepat sikit?
Saya mahu buang air kecil.
171
00:15:36,895 --> 00:15:37,980
Ya.
172
00:15:51,326 --> 00:15:54,204
Pada pintu atau di tepi?
173
00:15:54,288 --> 00:15:55,956
Kedua-duanya bagus.
174
00:15:58,083 --> 00:16:00,043
- Awak rasa dia akan terkejut?
- Ya.
175
00:16:00,711 --> 00:16:03,297
Saya akan letaknya di tepi.
176
00:16:03,380 --> 00:16:04,381
Hebat.
177
00:16:14,183 --> 00:16:15,184
- Terbaik.
- Bagus.
178
00:16:15,267 --> 00:16:17,060
- Ia terbaik.
- Ya.
179
00:16:24,318 --> 00:16:25,652
Dia pasti sangat teruja.
180
00:16:25,736 --> 00:16:27,196
- Ya.
- Saya harap dia pulang awal.
181
00:16:27,279 --> 00:16:28,405
Dia takkan pulang awal.
182
00:17:28,799 --> 00:17:30,759
Hei. Apa itu? Sudoku?
183
00:17:31,385 --> 00:17:32,386
Tiada apa-apa.
184
00:17:33,053 --> 00:17:34,179
Apa yang awak lukis?
185
00:17:34,263 --> 00:17:36,890
Awak kembali bekerja dalam bentuk kubisme.
186
00:17:36,974 --> 00:17:40,143
Okey, dua perkara.
Bagaimana awak tahu bentuk kubisme?
187
00:17:40,227 --> 00:17:42,437
Apa yang awak pakai?
188
00:17:45,607 --> 00:17:46,733
Tak guna!
189
00:18:55,886 --> 00:18:56,887
Tidak.
190
00:19:06,522 --> 00:19:08,440
BARANGAN SENI GEMMA
191
00:19:22,621 --> 00:19:23,622
Ya?
192
00:19:29,503 --> 00:19:32,256
Apa dia beritahunya
selepas pengumuman itu?
193
00:19:44,184 --> 00:19:45,644
Ia tak begitu teruk.
194
00:19:52,693 --> 00:19:55,529
Sedikit agresif.
195
00:19:58,073 --> 00:20:00,033
Awak ada beri dia pujian?
196
00:20:02,077 --> 00:20:04,496
Ya.
197
00:20:05,497 --> 00:20:06,498
Saya datang.
198
00:21:09,853 --> 00:21:11,188
Hei, Helly?
199
00:21:11,271 --> 00:21:12,272
Pergilah.
200
00:21:12,773 --> 00:21:14,733
- Awak okey?
- Ya.
201
00:21:14,816 --> 00:21:16,485
Awak di tandas selama 45 minit.
202
00:21:21,740 --> 00:21:23,116
Saya sedang guna tandas.
203
00:21:23,784 --> 00:21:27,538
Okey. Cuma… Awak sudah agak lama.
204
00:21:27,621 --> 00:21:30,249
- Saya okey, Mark.
- Rasanya saya perlu masuk.
205
00:21:30,916 --> 00:21:32,543
- Boleh?
- Tak.
206
00:21:33,126 --> 00:21:36,171
Saya akan masuk jadi bersedia.
207
00:21:36,255 --> 00:21:38,298
Selesaikan hal awak sebab saya akan masuk.
208
00:21:38,382 --> 00:21:39,383
Tidak!
209
00:21:39,466 --> 00:21:41,552
- Okey, saya masuk. Maafkan saya.
- Mark, jangan! Pakaian saya terbuka!
210
00:21:41,635 --> 00:21:42,845
- Jangan… Tak guna!
- Maafkan saya. Saya…
211
00:21:46,390 --> 00:21:47,975
Menulis nota pada kulit.
212
00:21:48,475 --> 00:21:51,812
Malangnya pengesan itu
boleh kesan huruf di mana saja.
213
00:21:51,895 --> 00:21:53,897
Ini nampak seperti huruf?
214
00:21:53,981 --> 00:21:55,941
Kalau awak rapatkan lengan awak.
215
00:21:58,110 --> 00:21:58,944
BENARKAN SAYA KELUAR
216
00:21:59,027 --> 00:21:59,862
Boleh tahan.
217
00:22:01,905 --> 00:22:04,867
Saya sangka awak semakin okey di sini.
218
00:22:04,950 --> 00:22:06,451
Sebab saya asingkan nombor?
219
00:22:06,535 --> 00:22:09,705
Awak berjaya. Ramai gembira tentangnya.
220
00:22:09,788 --> 00:22:11,665
Ia buat kita rasa takut.
221
00:22:11,748 --> 00:22:14,376
itu cuma satu subset nombor.
Subset lain lebih menyelesakan…
222
00:22:14,459 --> 00:22:16,170
Mark, saya tak mahu kerja di sini
dengan awak.
223
00:22:16,253 --> 00:22:19,006
Jadi jangan masuk meluru ke bilik air
dengan suara bos yang menyedihkan
224
00:22:19,089 --> 00:22:20,382
dan cuba yakinkan saya.
225
00:22:24,720 --> 00:22:26,763
Okey, saya beri awak lima minit
untuk bersihkan lengan awak.
226
00:22:26,847 --> 00:22:28,098
Jika tidak?
227
00:22:29,391 --> 00:22:31,602
Awak mahu Graner guna sabun yang teruk?
228
00:22:33,478 --> 00:22:34,646
Sabun yang teruk?
229
00:22:39,776 --> 00:22:40,986
Terima kasih, bos.
230
00:22:42,029 --> 00:22:43,697
Ya, saya sangat suka kerja di sini.
231
00:22:44,198 --> 00:22:45,324
- Mark.
- Irv.
232
00:22:45,407 --> 00:22:47,576
Saya dengar dari luar pintu.
Saya dengar semuanya.
233
00:22:47,659 --> 00:22:49,661
- Okey.
- Saya risau awak hadapi
234
00:22:49,745 --> 00:22:53,290
pertengkaran begitu selepas baru sihat
dari keracunan makanan.
235
00:22:53,373 --> 00:22:54,583
Tak mengapa.
236
00:22:54,666 --> 00:22:56,919
Dia bercakap dengan awak
menggunakan nada benci.
237
00:22:57,002 --> 00:22:58,462
Ambil masa untuk sesuaikan diri.
238
00:22:58,545 --> 00:22:59,796
Serta panduan.
239
00:23:01,507 --> 00:23:02,674
Awak mahu cakap apa, Irving?
240
00:23:05,761 --> 00:23:08,805
Dylan asyik bercakap
tentang insentif semalam.
241
00:23:08,889 --> 00:23:12,518
Pemadam pensel dan parti wafel,
seolah-olah itu sebab kita kerja di sini.
242
00:23:12,601 --> 00:23:14,228
Kita bukan di sini sebab itu.
243
00:23:15,395 --> 00:23:21,318
Jika dia mahukan perasaan mendalam,
dia patut lihat sayap kekekalan.
244
00:23:21,401 --> 00:23:23,570
Dia boleh baca semua itu
dalam buku panduan.
245
00:23:23,654 --> 00:23:27,199
Ia berbeza apabila berada di sana
dan melihatnya.
246
00:23:29,284 --> 00:23:31,703
Saya rasa masih terlalu awal.
Tempat itu agak kuat.
247
00:23:31,787 --> 00:23:36,208
Betul. Tempat itulah segalanya.
248
00:23:41,004 --> 00:23:42,005
Bagaimana dengan pemeriksaan itu?
249
00:23:42,548 --> 00:23:46,176
Ada bungkusan ditinggalkan di pintunya.
Boleh awak buka?
250
00:23:47,302 --> 00:23:48,887
DIRI SEBENAR ANDA
BIOGRAFI KEROHANIAN TENTANG ANDA
251
00:23:49,596 --> 00:23:51,890
- Ya Tuhan.
- Ini adik ipar Mark?
252
00:23:51,974 --> 00:23:53,684
Ricken. Buku kelimanya.
253
00:23:57,187 --> 00:24:01,066
"Bab 12: Belajar Menjadi Telus
Secara Emosi Di Hadapan Isteri Saya."
254
00:24:01,149 --> 00:24:04,069
Periksa jika ada pesanan
sebagai langkah berhati-hati.
255
00:24:04,653 --> 00:24:05,779
Mark.
256
00:24:07,197 --> 00:24:09,157
- Boleh saya tolong?
- Boleh saya jumpa dia?
257
00:24:09,241 --> 00:24:13,036
Awak sudah isi permohonan rasmi
untuk interaksi penyeliaan?
258
00:24:14,538 --> 00:24:16,748
- Tidak, saya…
- Tak mengapa. Masuklah.
259
00:24:16,832 --> 00:24:18,709
Maaf. Saya boleh isi borang itu.
260
00:24:19,418 --> 00:24:20,419
Ada apa?
261
00:24:23,088 --> 00:24:24,089
Tutup pintu.
262
00:24:28,093 --> 00:24:31,597
Irving fikir kami patut bawa Helly
ke sayap kekekalan hari ini.
263
00:24:31,680 --> 00:24:34,516
Mujurlah saya jadikan Irving
ketua jabatan.
264
00:24:34,600 --> 00:24:40,898
Maaf. Saya patut bawa Helly
dan jabatan kami ke sayap kekekalan.
265
00:24:40,981 --> 00:24:44,443
Awak sudah isi slip menempah ruang sama?
266
00:24:46,236 --> 00:24:48,822
- Tidak, saya…
- Mark.
267
00:24:48,906 --> 00:24:52,284
Maaf. Saya… Entahlah.
268
00:24:52,367 --> 00:24:55,037
Keadaan jadi berbeza sejak Petey berhenti.
269
00:24:56,663 --> 00:25:00,751
Dia yang berikan perasaan selesa.
270
00:25:02,836 --> 00:25:06,924
Kalau Petey buat tempat ini selesa
seperti yang awak gambarkan,
271
00:25:07,799 --> 00:25:09,426
dia pasti masih di sini.
272
00:25:12,054 --> 00:25:13,055
Apa maksud awak?
273
00:25:14,848 --> 00:25:17,518
Awak mahu saya baling koleh pada awak?
274
00:25:19,061 --> 00:25:20,812
Saya… Kenapa awak…
275
00:25:22,898 --> 00:25:25,442
- Pastikan PDM membuat kerjanya.
- Okey.
276
00:25:28,612 --> 00:25:29,613
Mark?
277
00:25:31,240 --> 00:25:35,869
Saya baru buat sesuatu yang saya tahu
awak boleh hadapi dan menjadi matang.
278
00:25:37,037 --> 00:25:39,373
Ia sangat menyakitkan hati saya.
279
00:25:41,333 --> 00:25:43,460
Saya harap awak akan biarkan
ia membantu awak.
280
00:25:50,968 --> 00:25:52,261
Buka atau tutup?
281
00:25:58,183 --> 00:25:59,351
Kedua-dua sekali.
282
00:26:03,605 --> 00:26:04,606
Saya akan…
283
00:26:09,903 --> 00:26:14,950
Deltoid saya hebat hari ini. Luaran saya
pasti sertai pertunjukan bina badan.
284
00:26:15,033 --> 00:26:17,911
Kalau Luaran awak sertai pertunjukan
bina badan, awak pasti tak kerja di sini.
285
00:26:17,995 --> 00:26:19,872
Maaf, awak tahu bayaran
pertunjukan bina badan?
286
00:26:19,955 --> 00:26:21,456
Tidak, kita semua tak tahu.
287
00:26:21,540 --> 00:26:23,333
Saya rasa ia sistem bertingkat.
288
00:26:23,417 --> 00:26:24,501
SAYA TAK MAHU BEKERJA DI SINI
289
00:26:24,585 --> 00:26:27,254
Mungkin ada wang hadiah
bagi emas, perak dan gangsa.
290
00:26:27,337 --> 00:26:31,508
Tidak, saya rasa ia mengikut otot. Jadi…
291
00:26:31,592 --> 00:26:33,969
- Saya tak rasa begitu.
- Deltoid terbaik, 30 dolar.
292
00:26:34,052 --> 00:26:38,140
Otot perut terbaik, 20 dolar.
Bisep lebih mengagumkan, 75 dolar.
293
00:26:38,223 --> 00:26:39,892
Rasanya latisimus lebih mahal.
294
00:26:39,975 --> 00:26:42,728
Ia dianggap sangat menarik
bagi golongan bina badan.
295
00:26:42,811 --> 00:26:44,605
Serta bagi masyarakat.
296
00:26:44,688 --> 00:26:46,190
Latisimus mengarut…
297
00:26:46,273 --> 00:26:49,359
- Ia pusat bentuk badan terbaik.
- Saya tak setuju kali ini, Irv…
298
00:26:49,443 --> 00:26:51,445
- Awak tak pernah nampak latisimus saya?
- Percayalah. Tak pernah.
299
00:26:51,528 --> 00:26:56,658
Awak tak faham sebab
postur saya sangat lurus. Awak nampak…
300
00:27:04,833 --> 00:27:05,959
Dahaga?
301
00:27:09,213 --> 00:27:12,466
Hei, jika ini relevan untuk awak,
302
00:27:12,549 --> 00:27:17,346
pengesan kod juga boleh baca mesej
tersorok dalam badan.
303
00:27:20,182 --> 00:27:25,979
Apabila itu berlaku, Milchick yang perlu
keluarkan mesej itu dari awak.
304
00:27:26,563 --> 00:27:31,235
Apabila dia tanya
berapa lama awak telannya,
305
00:27:31,318 --> 00:27:34,613
saya cadangkan baik awak berterus-terang.
306
00:27:36,782 --> 00:27:40,077
Lebih mudah untuk kamu berdua
jika dia tahu mahu mulakan dari mana.
307
00:27:50,254 --> 00:27:51,547
Tapi satu lagi cubaan yang bagus.
308
00:27:56,552 --> 00:27:58,846
Pergi tutup komputer awak.
Kita akan melawat.
309
00:27:58,929 --> 00:28:00,472
Betis awak yang beri tenaga.
310
00:28:00,556 --> 00:28:04,393
…ia begitu sejak dulu.
Saya boleh beritahu awak sekarang.
311
00:28:05,269 --> 00:28:07,729
Semua lapan CEO
adalah dari keturunan Eagan.
312
00:28:07,813 --> 00:28:09,690
Garis masa lurus yang kembali
kepada pengasasnya.
313
00:28:09,773 --> 00:28:12,860
Saya ada puisi nemonik
untuk bantu awak ingat nama mereka.
314
00:28:12,943 --> 00:28:16,363
Saya karangnya sendiri, sudah tentulah,
ia di luar peraturan syarikat.
315
00:28:16,446 --> 00:28:18,740
Ia juga tidak begitu puitis.
316
00:28:18,824 --> 00:28:22,828
Ada masalah rima pada rangkap kedua,
pada "Ambrose" kepada "haramkannya,"
317
00:28:22,911 --> 00:28:26,665
ia diperlukan untuk sambungkan
naratif itu, tapi saya menyesal gunanya.
318
00:28:26,748 --> 00:28:30,502
Ambrose kadangkala dianggap
sebagai ahli keluarga yang memalukan.
319
00:28:30,586 --> 00:28:31,587
Apa ini?
320
00:28:31,670 --> 00:28:34,590
Saya tak berniat
untuk burukkan lagi namanya,
321
00:28:34,673 --> 00:28:36,758
- tapi awak akan tahu…
- "Bingo Eagan"?
322
00:28:37,259 --> 00:28:38,677
Hei. Bingo Eagan.
323
00:28:38,760 --> 00:28:42,264
- Kita tak patut main, bukan? Ini…
- …apabila kita tiba…
324
00:28:42,347 --> 00:28:44,183
Apa itu bingo Eagan?
325
00:28:44,266 --> 00:28:46,810
Itu cara awak tak mati kebosanan
dalam sayap kekekalan.
326
00:28:46,894 --> 00:28:48,896
Ia juga peluang yang bagus
327
00:28:48,979 --> 00:28:50,689
untuk kita menjadi rapat, selain Irv.
328
00:29:02,284 --> 00:29:03,535
Optik dan Rekaan.
329
00:29:04,953 --> 00:29:06,705
Penapisan Data Makro.
330
00:29:08,624 --> 00:29:09,625
Burt.
331
00:29:09,708 --> 00:29:10,709
Hai.
332
00:29:11,418 --> 00:29:13,212
Saya pasti sesi awak bagus.
333
00:29:13,295 --> 00:29:15,005
Ya, sangat memulihkan.
334
00:29:15,088 --> 00:29:16,548
Kamu berdua saling mengenali?
335
00:29:16,632 --> 00:29:21,595
Kami cuma luangkan masa sebentar
mengagumi karya Lumon.
336
00:29:21,678 --> 00:29:24,431
Ingat, kita akan dapat
beg buku panduan baharu nanti.
337
00:29:24,515 --> 00:29:25,641
Sangat mengujakan.
338
00:29:25,724 --> 00:29:27,935
Terima kasih sebab beritahu. Kamu ada
urusan atau sedang berjalan-jalan?
339
00:29:28,018 --> 00:29:30,854
- Dylan.
- Apa? Saya rasa kamu mengagumkan
340
00:29:30,938 --> 00:29:34,358
dan saya cuma terfikir apa kamu buat.
Jarang nampak kamu di luar pejabat kamu.
341
00:29:34,441 --> 00:29:37,236
Cabaran jatuhkan telur
di ruang pembinaan pasukan.
342
00:29:38,153 --> 00:29:40,447
Jabatan yang bagus seperti kami
perlu tingkatkan sinergi kami.
343
00:29:40,531 --> 00:29:43,033
Cabaran jatuhkan telur.
Awak percaya mereka?
344
00:29:43,116 --> 00:29:44,785
- Kamu semua pula buat apa?
- Felicia.
345
00:29:44,868 --> 00:29:48,038
Lawatan ke sayap kekekalan.
Ini Helly, jurutapis baharu kami.
346
00:29:48,121 --> 00:29:49,456
- Ini…
- Selamat datang, Helly.
347
00:29:50,499 --> 00:29:55,671
Kami perlu kembali.
Tak boleh biarkan pejabat kami kosong.
348
00:29:56,713 --> 00:29:58,006
Gembira jumpa kamu, O&R.
349
00:30:00,175 --> 00:30:01,510
Telur itu nampak teruk.
350
00:30:07,599 --> 00:30:08,642
Irving, ayuh.
351
00:30:16,650 --> 00:30:17,651
Seth?
352
00:30:23,615 --> 00:30:24,783
Natalie.
353
00:30:24,867 --> 00:30:26,869
Harmony, helo.
354
00:30:27,494 --> 00:30:30,706
Saya tak tahu… Ini tentang Helena?
355
00:30:31,290 --> 00:30:33,417
Tidak, ini tentang Peter Kilmer.
356
00:30:33,500 --> 00:30:36,044
Lembaga menyertai kita.
357
00:31:03,614 --> 00:31:05,532
Lembaga mahu awak bercakap dahulu.
358
00:31:05,616 --> 00:31:07,117
Ya. Sudah tentu.
359
00:31:07,701 --> 00:31:09,036
Hai.
360
00:31:15,250 --> 00:31:17,669
Jadi pencarian Kilmer masih diteruskan.
361
00:31:24,426 --> 00:31:26,178
Begini.
362
00:31:26,261 --> 00:31:29,431
Saya tak mahu jadi pencemas,
tapi sebelum dia pergi,
363
00:31:29,515 --> 00:31:34,394
ada beberapa tanda yang dia mungkin
jalani pemaduan kembali.
364
00:31:47,908 --> 00:31:48,909
Okey.
365
00:31:48,992 --> 00:31:52,037
Lembaga bertegas
366
00:31:52,120 --> 00:31:55,374
yang prosedur pemisahan
sudah terbukti kekal.
367
00:31:56,291 --> 00:31:57,292
Ya…
368
00:31:57,376 --> 00:32:01,255
Pengurus tingkat pemisahan
patut tahu tentang perkara ini.
369
00:32:01,338 --> 00:32:02,506
Ya, sudah tentu.
370
00:32:02,589 --> 00:32:05,592
Semasa memastikan PDM
mencapai nombor mereka
371
00:32:05,676 --> 00:32:07,845
sebelum tarikh akhir suku ini
dalam tiga minggu lagi.
372
00:32:07,928 --> 00:32:09,596
Ya, sudah tentu.
373
00:32:10,514 --> 00:32:15,269
Kami sedang memujuk
jurutapis baharu kami yang licik.
374
00:32:15,853 --> 00:32:18,772
- Kalau boleh, saya mahu…
- Lembaga sudah tamatkan panggilan.
375
00:32:21,483 --> 00:32:24,069
Ya, okey. Terima kasih.
376
00:32:26,071 --> 00:32:28,282
- Boleh saya tanya…
- Selamat tinggal, Harmony.
377
00:32:34,454 --> 00:32:37,833
Ada jabatan dengan hanya dua pekerja?
Mereka hanya berjumpa mereka berdua?
378
00:32:37,916 --> 00:32:41,128
Kebanyakannya. Saya rasa ia sunyi.
379
00:32:41,211 --> 00:32:43,213
Ia pelik dan aneh.
380
00:32:43,297 --> 00:32:44,381
O&R baik.
381
00:32:44,464 --> 00:32:47,217
Tidak. Mereka tak sependapat dengan kita.
382
00:32:47,301 --> 00:32:49,261
Kier susun jabatan mengikut ciri-cirinya.
383
00:32:49,344 --> 00:32:53,056
Data Makro bijak dan jujur,
manakala O&R lebih kejam.
384
00:32:53,140 --> 00:32:54,266
Ada berapa jabatan?
385
00:32:54,349 --> 00:32:55,475
- Mungkin 30.
- Lebih kurang lima.
386
00:32:55,559 --> 00:32:56,935
Tiada siapa yang pasti.
387
00:32:57,019 --> 00:32:59,897
O&R pernah cuba merampas kuasa
jabatan lain berdekad dulu.
388
00:32:59,980 --> 00:33:01,773
Sebab itu mereka dikurangkan
sehingga dua orang.
389
00:33:01,857 --> 00:33:03,734
Sebab itu juga
jarak jabatan sekarang jauh.
390
00:33:03,817 --> 00:33:05,527
Itu cuma kisah rekaan.
391
00:33:05,611 --> 00:33:06,737
Mereka pernah bunuh sesiapa?
392
00:33:06,820 --> 00:33:09,448
Tidak. Mereka tak pernah rampas kuasa
atau bunuh sesiapa.
393
00:33:09,531 --> 00:33:11,617
Jadi kenapa kamu
tak luangkan masa bersama?
394
00:33:12,534 --> 00:33:14,870
Saya amat pasti tak ada rampasan kuasa.
395
00:33:17,247 --> 00:33:20,042
Kalau mereka kembali dan serang kita.
Rasanya kita patut bunuh Mark.
396
00:33:20,125 --> 00:33:21,251
- Ya?
- Ya.
397
00:33:21,752 --> 00:33:23,712
Supaya mereka fikir kita orang tak waras
yang takkan rugi apa-apa.
398
00:33:23,795 --> 00:33:25,005
Itu bijak.
399
00:33:25,088 --> 00:33:28,091
Saya bayangkan mereka dikepung
dan kita semua dibasahi darah.
400
00:33:28,175 --> 00:33:31,720
Saya pula pakai muka awak
dan mereka tertanya, "Itu muka siapa?"
401
00:33:31,803 --> 00:33:35,057
Saya jawab,
"Orang terakhir yang menyusahkan kami."
402
00:33:36,391 --> 00:33:38,769
Saya rasa itu satu bayangan
yang sangat hebat.
403
00:33:38,852 --> 00:33:42,272
Cuma… Rasanya mereka kenal muka saya.
404
00:33:42,356 --> 00:33:43,857
Mungkin awak patut pakai terbalik?
405
00:33:52,741 --> 00:33:53,784
SAYAP KEKEKALAN
406
00:33:53,867 --> 00:33:54,868
Kita dah sampai.
407
00:34:00,958 --> 00:34:03,043
LELAKI YANG DIINGATI TAKKAN MEREPUT.
KIER EAGAN
408
00:34:03,126 --> 00:34:05,921
SEJARAH ADA BERSAMA KITA, WALAUPUN
KITA PELAJARINYA ATAU TIDAK. - JAME EAGAN
409
00:34:10,676 --> 00:34:13,303
"Ayuh, anak-anak industriku,
410
00:34:13,846 --> 00:34:16,764
dan kenali anak-anak keturunanku."
411
00:34:21,478 --> 00:34:27,734
Itu Jame Eagan.
CEO sekarang. Lelaki hebat.
412
00:34:28,569 --> 00:34:31,530
Dia juga kacak. Awak nampak keningnya?
413
00:34:54,719 --> 00:34:58,307
Semua pameran bahagian tengah
untuk Eagan yang pernah jadi CEO.
414
00:34:59,057 --> 00:35:01,935
Tapi seluruh bahagian belakang
ialah untuk Kier.
415
00:35:25,209 --> 00:35:28,295
Saya tahu saya akan mati tak lama lagi,
416
00:35:28,378 --> 00:35:34,593
sebab orang mula tanya apa saya anggap
sebagai pencapaian terhebat saya.
417
00:35:35,177 --> 00:35:40,516
Mereka mahu tahu cara untuk ingati saya
semasa saya mereput.
418
00:35:41,266 --> 00:35:48,106
Seumur hidup saya, saya kenal pasti
empat komponen, yang saya panggil radang.
419
00:35:48,190 --> 00:35:52,236
Setiap jiwa manusia datang dari situ.
420
00:35:52,819 --> 00:35:58,242
Duka. Suka. Ketakutan. Kejahatan.
421
00:35:59,326 --> 00:36:06,333
Setiap perwatakan manusia ditentukan
oleh nisbah tepat dalam dirinya.
422
00:36:07,376 --> 00:36:12,464
Saya memasuki fikiran sendiri
dan menjinakkannya.
423
00:36:12,965 --> 00:36:19,221
Jika anda jinakkan radang anda
seperti saya, anda akan mempengaruhi
424
00:36:19,304 --> 00:36:21,306
dunia ini.
425
00:36:21,390 --> 00:36:25,102
Kuasa yang hebat dan suci ini
426
00:36:25,185 --> 00:36:30,482
yang saya harap dapat sampaikan
pada kamu semua, anak-anak.
427
00:36:32,693 --> 00:36:34,862
Saya rasa menjadi seorang Eagan,
428
00:36:34,945 --> 00:36:39,783
sama ada Eagan sebenar
atau sesiapa bekerja dengan Lumon,
429
00:36:39,867 --> 00:36:42,744
kamu adalah penjaga etos,
430
00:36:42,828 --> 00:36:47,583
nilai-nilai kompak yang sudah lama
kita jaga sebagai barang berharga,
431
00:36:47,666 --> 00:36:51,795
dan saya percaya satu hari nanti,
ia akan selamatkan dunia ini.
432
00:36:51,879 --> 00:36:54,298
Etos itu mengalir sepanjang
433
00:36:54,381 --> 00:36:56,091
- keturunan saya…
- Lihat, awak dapat satu.
434
00:36:56,175 --> 00:36:58,468
…sehingga ke tempat kita bermula,
dengan Kier.
435
00:36:58,552 --> 00:37:00,846
- Awak boleh menangis.
- Semasa saya kecil,
436
00:37:01,513 --> 00:37:03,140
ayah saya akan buat saya berbisik…
437
00:37:03,223 --> 00:37:05,726
Ada lima CEO selepas dia.
438
00:37:07,102 --> 00:37:08,729
Mereka tak pernah ada CEO wanita
sebelum dia.
439
00:37:09,479 --> 00:37:14,359
Dia beritahu ayahnya pada umur tujuh tahun
yang dia akan jadi yang pertama.
440
00:37:14,443 --> 00:37:16,069
Visi. Keghairahan.
441
00:37:16,153 --> 00:37:17,696
- Ia mengharukan, bukan?
- Kebijaksanaan.
442
00:37:17,779 --> 00:37:19,031
- Ia indah.
- Sorakan.
443
00:37:19,656 --> 00:37:22,910
Ia buat saya harap saya ingat
zaman kanak-kanak saya.
444
00:37:22,993 --> 00:37:27,789
Kelincahan.
Kejujuran tak diragui, Muslihat.
445
00:37:28,624 --> 00:37:33,962
Ia sesuatu yang tidak normal
jika seseorang tiada sejarah.
446
00:37:34,463 --> 00:37:40,010
Sejarah jadikan kita seseorang.
Beri kita konteks dan peribadi.
447
00:37:40,677 --> 00:37:44,932
Tapi semasa bangun di meja itu,
saya tiada peribadi sendiri.
448
00:37:47,017 --> 00:37:52,189
Kemudian saya dapat tahu
saya bekerja untuk syarikat
449
00:37:52,272 --> 00:37:58,278
yang sudah menjaga manusia
secara aktif sejak 1866.
450
00:37:59,029 --> 00:38:00,113
Lihat.
451
00:38:00,197 --> 00:38:05,536
Setiap satu ini ialah senyuman sebenar
seseorang yang berada di luar.
452
00:38:06,245 --> 00:38:09,414
Seseorang yang Industri Lumon dah tolong.
453
00:38:10,082 --> 00:38:12,417
Mereka memutarkannya.
454
00:38:12,501 --> 00:38:16,797
Mungkin jumlah sebenar
senyuman ini berjuta.
455
00:38:18,549 --> 00:38:20,342
Jadi kita syarikat pergigian?
456
00:38:20,425 --> 00:38:21,552
Bukan.
457
00:38:21,635 --> 00:38:24,638
Maksud saya,
sekarang awak sebahagian sejarah itu.
458
00:38:24,721 --> 00:38:27,266
- Sejarah yang mulia.
- Itu sangat bermakna…
459
00:38:27,349 --> 00:38:28,433
Mereka kemas kini dinding mulut?
460
00:38:28,934 --> 00:38:31,645
Ia tak diambil "dinding mulut."
461
00:38:31,728 --> 00:38:33,647
Tak guna, mereka alihkan gadis saya suka.
462
00:38:34,189 --> 00:38:36,275
- Kamu dah sedia nak pergi?
- Kita baru sampai.
463
00:38:38,193 --> 00:38:40,654
Dia belum lihat bahagian Kier.
464
00:38:44,867 --> 00:38:45,868
Gerhardt.
465
00:38:48,787 --> 00:38:51,790
LEGASI KEGEMBIRAAN LUMON
REPLIKA RUMAH KIER EAGAN
466
00:39:00,090 --> 00:39:02,718
- Aduhai!
- Bukan. Kier.
467
00:39:03,927 --> 00:39:04,970
Ini rumahnya?
468
00:39:05,053 --> 00:39:07,055
Replika sempurna.
469
00:39:07,139 --> 00:39:08,140
Hebat, bukan?
470
00:39:09,266 --> 00:39:11,268
Ya, hebat.
471
00:39:37,294 --> 00:39:40,047
JANGAN BERBARING ATAS KATIL KIER EAGAN
472
00:39:40,130 --> 00:39:45,219
Bilik tidur Kier,
dia mungkin tinggalkannya begini.
473
00:39:49,598 --> 00:39:50,974
Ini sangat teliti.
474
00:39:51,975 --> 00:39:55,687
Saya benci tempat ini.
Baunya seperti abad ke-19.
475
00:39:55,771 --> 00:39:59,274
Berhenti menghina tempat ini.
476
00:39:59,358 --> 00:40:01,568
Itu tak adil. Sebelum ini,
saya begitu menghormati.
477
00:40:03,487 --> 00:40:04,488
- Mark.
- Ya?
478
00:40:06,949 --> 00:40:10,744
Tadi awak nak duduk atas katil?
479
00:40:10,827 --> 00:40:13,497
Tidak.
480
00:40:15,874 --> 00:40:18,752
Apa dalam poket awak, Mark?
481
00:40:20,712 --> 00:40:21,713
Saya…
482
00:40:22,589 --> 00:40:26,218
Ya Tuhan, Mark. Masih lagi?
483
00:40:27,845 --> 00:40:29,680
Ini hanya untuk berseronok.
484
00:40:29,763 --> 00:40:31,265
Ini sayap kekekalan.
485
00:40:31,974 --> 00:40:33,684
Ini mengenai Eagan.
486
00:40:33,767 --> 00:40:38,105
Ia jiwa Lumon
dan semua yang Lumon pertahankan,
487
00:40:38,188 --> 00:40:39,565
bukan permainan bingo.
488
00:40:39,648 --> 00:40:43,277
Lihat, Kier cakap,
"Pastikan awak sentiasa berjenaka."
489
00:40:44,194 --> 00:40:45,863
Awak ada bagi pada pelatih itu?
490
00:40:47,447 --> 00:40:48,448
Sudah tentulah awak bagi.
491
00:40:49,867 --> 00:40:52,035
Dia perlukan sesuatu bermakna di sini.
492
00:40:52,119 --> 00:40:54,705
Jadi sudah tentu
awak rosakkan mesej pengasas kita
493
00:40:54,788 --> 00:40:57,207
dengan jenaka dan sikap biadab.
494
00:40:57,291 --> 00:41:01,253
Itu memang yang dia perlukan
daripada ketua jabatannya.
495
00:41:01,336 --> 00:41:03,172
Hei, saya tak mahu jadi ketua jabatan.
496
00:41:03,255 --> 00:41:05,924
Saya tak minta Petey hilang dan…
497
00:41:10,888 --> 00:41:11,889
Helly?
498
00:41:13,724 --> 00:41:14,725
Alamak!
499
00:41:15,517 --> 00:41:16,518
Helly?
500
00:41:17,269 --> 00:41:18,854
Tak guna!
501
00:41:47,090 --> 00:41:48,091
Helly!
502
00:41:52,596 --> 00:41:54,765
Ini… Aduhai!
503
00:42:15,869 --> 00:42:16,870
Helly!
504
00:42:30,175 --> 00:42:31,385
Helly!
505
00:42:36,640 --> 00:42:37,641
Helly!
506
00:42:39,726 --> 00:42:40,686
JANGAN KEMBALI KE SINI
507
00:42:40,769 --> 00:42:41,770
Tidak!
508
00:42:43,939 --> 00:42:45,816
Tak guna, Helly.
509
00:42:57,911 --> 00:42:59,663
Sila ke sini, Helly R.
510
00:43:03,876 --> 00:43:06,420
AMBANG SVR'D
KAWASAN LARANGAN
511
00:43:39,703 --> 00:43:40,704
Masuk.
512
00:44:14,947 --> 00:44:16,949
Saya bersimpati
sebab jumpa awak di sini, Helly.
513
00:44:21,745 --> 00:44:22,746
ANTIBIOTIK TIGA KALI GANDA
DISINFEKTAN
514
00:44:27,835 --> 00:44:29,503
Saya harap awak biasakan diri.
515
00:44:32,089 --> 00:44:35,342
Saya tahu Mark cuba sedaya upaya
untuk buat awak gembira.
516
00:44:43,934 --> 00:44:48,772
Awak seperti orang yang bijak,
tapi awak tak faham betapa ini bermasalah?
517
00:44:49,273 --> 00:44:50,691
- Awak tak boleh terus…
- Bukan sekarang, Helly.
518
00:44:53,110 --> 00:44:55,237
Sila duduk.
519
00:45:11,545 --> 00:45:13,088
Sila letak tangan atas meja.
520
00:45:52,461 --> 00:45:54,963
Saya bawa kenyataan rasa bersalah
untuk Helly R.
521
00:46:01,553 --> 00:46:02,554
Apa ini?
522
00:46:06,225 --> 00:46:07,226
Baca.
523
00:46:10,687 --> 00:46:11,688
Tak mahu.
524
00:46:13,273 --> 00:46:15,275
Tidak. Baca.
525
00:46:21,823 --> 00:46:25,369
"Maafkan saya untuk kerosakan
saya buat pada dunia ini.
526
00:46:26,411 --> 00:46:29,831
Saya saja yang boleh tebus kesalahan saya
527
00:46:29,915 --> 00:46:32,626
dan kesannya kekal dalam diri saya saja.
528
00:46:33,836 --> 00:46:36,505
Saya berterima kasih sebab tertangkap,
529
00:46:36,588 --> 00:46:38,966
kesalahan saya dihentikan
oleh mereka yang lebih berpengalaman.
530
00:46:39,633 --> 00:46:41,760
Saya hanya boleh rasa bersalah
dan itulah diri saya."
531
00:46:45,889 --> 00:46:47,391
Awak tak maksudkannya.
532
00:46:49,351 --> 00:46:50,352
Apa?
533
00:46:52,062 --> 00:46:53,230
Tolong baca sekali lagi.
534
00:46:56,024 --> 00:46:58,694
"Maafkan saya untuk kerosakan
saya buat pada dunia ini.
535
00:47:00,112 --> 00:47:02,990
Saya saja yang boleh tebus kesalahan saya
536
00:47:04,032 --> 00:47:07,327
dan kesannya kekal dalam diri saya saja.
537
00:47:07,911 --> 00:47:09,955
Saya berterima kasih sebab tertangkap,
538
00:47:10,539 --> 00:47:13,208
kesalahan saya dihentikan
oleh mereka yang lebih berpengalaman.
539
00:47:14,042 --> 00:47:16,879
Saya hanya boleh rasa bersalah
dan itulah diri saya."
540
00:47:23,260 --> 00:47:24,428
Lagi.
541
00:47:27,181 --> 00:47:28,182
Betul?
542
00:47:33,687 --> 00:47:34,688
Hari yang seronok.
543
00:47:36,648 --> 00:47:37,649
Jumpa awak esok.
544
00:47:39,651 --> 00:47:40,652
Ya.
545
00:47:42,362 --> 00:47:43,614
Awak mahu saya tutupkan lampu?
546
00:47:44,907 --> 00:47:45,908
Ya, silakan.
547
00:49:05,571 --> 00:49:07,030
KITA DI SINI SEBAB KITA
BUKAN DI SANA SEPENUHNYA
548
00:49:07,114 --> 00:49:08,115
LINGKARAN KEMATIAN
549
00:49:08,198 --> 00:49:09,241
SAYAP KEKEKALAN
550
00:49:09,324 --> 00:49:10,742
ADA ORANG MUNGKIN TINGGAL DI SINI
551
00:49:30,137 --> 00:49:34,057
BILIK REHAT
552
00:49:41,231 --> 00:49:44,109
FIKIRAN
553
00:50:02,169 --> 00:50:05,964
Saya tak ada token.
Saya tak boleh makan tanpa token.
554
00:50:13,639 --> 00:50:14,640
Hei!
555
00:50:15,724 --> 00:50:17,434
Saya perlukan token untuk makan!
556
00:50:27,152 --> 00:50:28,028
Ya Tuhan.
557
00:51:34,386 --> 00:51:35,387
Petey?
558
00:51:41,602 --> 00:51:42,603
Petey?
559
00:53:05,936 --> 00:53:07,354
Baiklah. Perlahan-lahan.
560
00:53:11,692 --> 00:53:13,652
Awak nampak dia datang dari arah mana?
561
00:53:15,737 --> 00:53:17,781
Saya akan ambil strecer
dan datang semula.
562
00:53:18,323 --> 00:53:19,616
Boleh awak kenal pasti lelaki ini?
563
00:53:23,245 --> 00:53:26,540
Rasanya dia dari sekitar sini.
Dia datang dengan jubah. Itu saja.
564
00:53:38,594 --> 00:53:39,803
Dia jatuh.
565
00:53:39,887 --> 00:53:42,014
Encik boleh dengar saya?
566
00:53:42,097 --> 00:53:43,682
Faham? Berdiri ke tepi.
567
00:53:43,765 --> 00:53:48,562
Ya, operator, saya ada 10-53
di kedai runcit pada jalan 42.
568
00:53:48,645 --> 00:53:49,897
Sila laporkannya.
569
00:53:51,523 --> 00:53:53,692
- Dia tak bernafas?
- Tidak.
570
00:53:53,775 --> 00:53:55,110
Ya. Beri saya denyutan nadinya.
571
00:53:56,820 --> 00:53:59,239
- Awak okey?
- Bawa dia naik ambulans.
572
00:56:32,351 --> 00:56:34,353
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman