1 00:00:18,435 --> 00:00:22,064 Gadis yang Sukakan Kuda 2 00:00:59,977 --> 00:01:01,186 Kamu bangun awal. 3 00:01:01,270 --> 00:01:05,399 Ya. Lottie rasa tak selesa jadi saya perlu menunggangnya keluar. 4 00:01:05,983 --> 00:01:06,984 Kenapa dengan Lottie? 5 00:01:08,527 --> 00:01:09,528 Sediakan makanan. 6 00:01:10,404 --> 00:01:11,446 Ya, saya tahu. 7 00:01:25,127 --> 00:01:27,796 - Hei, ayah nak tanya… - Ayah patut ketuk pintu. 8 00:01:27,880 --> 00:01:29,590 Maaf. Ayah asyik lupa. 9 00:01:29,673 --> 00:01:33,093 Saya perlu ruang sendiri. Semua orang asyik masuk sesuka hati mereka. 10 00:01:33,177 --> 00:01:34,428 Cuma ada kita berdua. 11 00:01:34,511 --> 00:01:36,972 Ada sebab saya pasang langsir. Saya ada kehidupan sendiri. 12 00:01:37,055 --> 00:01:39,349 Saya tak perlukan ayah dalam ruang saya sepanjang masa. 13 00:01:39,933 --> 00:01:41,810 Kamu asyik marah ayah sekarang, budak. 14 00:01:41,894 --> 00:01:44,104 Saya tak marah. Lagi satu, saya bukan budak. 15 00:01:48,901 --> 00:01:52,821 Jika ibu kamu ada, dia pasti tahu cara untuk bercakap tentang 16 00:01:52,905 --> 00:01:55,282 - perubahan yang kamu lalui. - Tolonglah. 17 00:01:55,365 --> 00:01:58,660 Bukan… Maksud saya, ya, memang itu pun sama. 18 00:01:59,244 --> 00:02:01,038 Tapi maksud ayah semua perasaan itu. 19 00:02:02,122 --> 00:02:04,499 Semasa ayah sebaya kamu, sama ada ayah kenyang atau lapar. 20 00:02:04,583 --> 00:02:08,711 Okey. Ibu dah lama mati, 21 00:02:08,794 --> 00:02:10,756 jadi mungkin dah sampai masanya untuk ayah teruskan hidup. 22 00:02:13,926 --> 00:02:14,927 Betul cakap kamu. 23 00:02:18,305 --> 00:02:22,601 Ayah ada urusan di bandar. Nak ikut? Seperti waktu dulu. 24 00:02:22,684 --> 00:02:26,688 - Tak nak, saya lebih suka duduk di rumah. - Sendirian? 25 00:02:26,772 --> 00:02:28,857 Saya bukan sendirian. Saya ada Lottie. 26 00:02:29,858 --> 00:02:32,945 Tapi bagaimana dengan gadis, dari hujung jalan? 27 00:02:33,612 --> 00:02:35,280 Anak pengkhutbah itu? 28 00:02:35,364 --> 00:02:36,865 Bukankah dia kawan kamu? 29 00:02:37,366 --> 00:02:39,618 Kami lari di ladang semasa kecil, 30 00:02:39,701 --> 00:02:41,161 tapi ia tak jadikan kami kawan. 31 00:02:41,245 --> 00:02:44,039 Mungkin dia juga sukakan kuda. Kamu boleh menunggang bersama. 32 00:02:44,122 --> 00:02:47,501 Saya yakin Millie tak tahu maksud pelana sisi. 33 00:02:47,584 --> 00:02:49,086 Ayah memang suka dia. 34 00:02:49,670 --> 00:02:51,588 Dia selalu ikut gerak hatinya, 35 00:02:51,672 --> 00:02:54,258 sesuatu yang lebih daripada kebanyakan gadis di sini. 36 00:02:58,971 --> 00:03:01,056 Jumpa malam nanti. Sayang kamu. 37 00:03:02,516 --> 00:03:03,517 Jumpa nanti. 38 00:03:15,028 --> 00:03:16,029 Siap. 39 00:03:17,823 --> 00:03:18,824 Awak sangat cantik. 40 00:04:19,551 --> 00:04:21,553 BAR 41 00:04:41,532 --> 00:04:43,200 Saya simpati atas kehilangan awak, cik. 42 00:04:44,451 --> 00:04:47,621 Saya takkan buat awak marah dengan semua perincian, 43 00:04:47,704 --> 00:04:51,750 tapi ayah awak berhutang banyak duit dengan En. Silas McCall. 44 00:04:51,834 --> 00:04:54,253 Apabila En. McCall cuba dapatkan duit itu semula, 45 00:04:54,336 --> 00:04:56,004 ayah awak acukan pistol. 46 00:04:57,256 --> 00:05:01,552 En. McCall tembak dia. Untuk pertahankan diri, memang itu yang sepatutnya. 47 00:05:05,973 --> 00:05:07,808 Mana kudanya? 48 00:05:08,600 --> 00:05:09,852 Dia tunggang kuda ke bandar, bukan? 49 00:05:09,935 --> 00:05:14,189 Kuda selalu lari, cik. Tapi saya akan keluarkan notis. 50 00:05:15,399 --> 00:05:17,860 Beritahu saya jika awak perlukan bantuan untuk bawa pulang mayatnya. 51 00:06:46,281 --> 00:06:49,493 Rahmatilah merkea yang berduka, kerana mereka akan ditenangkan. 52 00:06:49,576 --> 00:06:51,203 Bukan masa yang tepat, Millie. 53 00:06:52,663 --> 00:06:54,248 Saya bersimpati tentang ayah awak. 54 00:06:54,331 --> 00:06:55,832 Saya pun sama. 55 00:06:55,916 --> 00:07:00,629 Saya tak sabar nak bersatu semula dengan dia di syurga nanti. 56 00:07:00,712 --> 00:07:01,547 Biar betul? 57 00:07:02,548 --> 00:07:05,092 Awak teruja untuk melepak dengan ayah saya di syurga? 58 00:07:05,175 --> 00:07:06,176 Ya. 59 00:07:06,552 --> 00:07:08,679 Walaupun awak tak pernah melepak dengan dia di Bumi? 60 00:07:09,179 --> 00:07:10,556 Dia lebih tua. 61 00:07:12,307 --> 00:07:14,226 - Nampaknya awak pakai baju dia. - Ya. 62 00:07:15,018 --> 00:07:17,145 Ia sebahagian daripada proses berkabung? 63 00:07:17,229 --> 00:07:19,731 Tak. Saya nak ke bandar untuk uruskan sesuatu. 64 00:07:21,817 --> 00:07:23,861 Jadi, awak menyamar? 65 00:07:25,279 --> 00:07:26,280 Sesuatu seperti itu. 66 00:07:27,406 --> 00:07:29,992 Setiap kali saya sedih, saya akan singgah di Apotekari Virgil. 67 00:07:30,075 --> 00:07:31,827 Sentiasa buat saya lebih gembira. 68 00:07:31,910 --> 00:07:33,579 Saya bukan nak ke Virgil. 69 00:07:33,662 --> 00:07:36,540 Saya nak ke bar untuk tembak Silas McCall yang pengecut. 70 00:07:39,001 --> 00:07:41,879 - Sekejap, apa… Sekarang? - Ya. 71 00:07:41,962 --> 00:07:43,922 Awak pasti awak tahu Silas yang mana? 72 00:07:44,006 --> 00:07:46,717 Sebab ada Silas M., ayah Mary, 73 00:07:46,800 --> 00:07:50,679 - kemudian Silas F., ayah Pearl… - Millie. Diam. 74 00:07:52,264 --> 00:07:54,725 Ayuh, Lottie. Mari pergi. Ayuh. 75 00:07:56,518 --> 00:07:57,519 - Bagus. - Jane. 76 00:07:58,645 --> 00:07:59,646 Jane, tunggu. 77 00:08:01,565 --> 00:08:02,649 Tunggu, Jane! 78 00:08:10,616 --> 00:08:13,577 - Awak campak biskut pada saya? - Saya nak ikut awak. 79 00:08:13,660 --> 00:08:15,412 Kenapa? 80 00:08:15,495 --> 00:08:18,290 Sebab nampaknya awak perlukan kawan sekarang. 81 00:08:18,373 --> 00:08:19,833 Kita bukan kawan. 82 00:08:19,917 --> 00:08:21,043 Kita pernah jadi kawan. 83 00:08:21,752 --> 00:08:25,714 Awak nampak sangat keliru dengan rambut dan rompi itu. 84 00:08:25,797 --> 00:08:28,592 Awak nak balas dendam seperti lelaki, awak perlu berpakaian seperti lelaki. 85 00:08:28,675 --> 00:08:31,512 Atau jangan balas dendam, itu satu lagi pilihan. 86 00:08:32,221 --> 00:08:35,015 Millie, saya tak nak awak ikut, cuba halang saya, 87 00:08:35,097 --> 00:08:36,850 membaca petikan Bible sepanjang hari. 88 00:08:37,643 --> 00:08:40,979 Bible. Apa itu? Ia buku? 89 00:09:00,582 --> 00:09:02,584 Bagaimana awak belajar menunggang begini? 90 00:09:04,211 --> 00:09:05,963 Kita patut maklumkan kepada syerif. 91 00:09:06,046 --> 00:09:07,714 Dia dah tahu dan tak peduli. 92 00:09:08,215 --> 00:09:10,926 Seseorang hanya perlu jelaskan kepada dia kisah sebenarnya. 93 00:09:11,009 --> 00:09:13,554 Ayah Mary jadi gila dan perlu dipenjarakan 94 00:09:13,637 --> 00:09:15,305 supaya dia boleh bertaubat atas dosanya. 95 00:09:15,389 --> 00:09:18,934 Kemudian kita boleh ke gereja dan berdoa minta keampunan 96 00:09:19,017 --> 00:09:21,812 untuk fikirkan semula apa yang awak rancang. 97 00:09:21,895 --> 00:09:23,230 Jika awak masih nak fikirkannya semula. 98 00:09:23,313 --> 00:09:24,982 Awak memang banyak mulut? 99 00:09:25,065 --> 00:09:28,902 Ya. Awak pula orang pendiam dan kuat. 100 00:09:28,986 --> 00:09:31,613 Awak ingat pelajar di sekolah fikir awak bisu? 101 00:09:33,866 --> 00:09:35,284 - Menyapalah. - Okey. 102 00:09:36,910 --> 00:09:38,120 Selamat pagi, Millie. 103 00:09:38,203 --> 00:09:39,538 Saya suka cermin mata awak. 104 00:09:40,289 --> 00:09:41,498 Terima kasih, Eleanor. 105 00:09:41,582 --> 00:09:44,042 - Ia teknologi terbaru untuk… - Mereka mengejek awak. 106 00:09:45,836 --> 00:09:48,380 Sekejap, Jane, jangan. Tolong jangan lakukannya. 107 00:09:48,964 --> 00:09:50,757 Awak akan menyesal sepanjang hayat. 108 00:09:50,841 --> 00:09:53,427 Ia akan kotorkan jiwa awak. 109 00:09:53,510 --> 00:09:56,138 Ia dungu dan jahat, dan awak takkan dapat masuk syurga 110 00:09:56,221 --> 00:09:57,931 bersama saya dan semua orang yang kita kenal. 111 00:09:58,765 --> 00:10:00,225 Saya rasa mereka juga akan gantung awak. 112 00:10:03,312 --> 00:10:05,397 Tunggu di sini. Jaga kuda saya. 113 00:10:10,903 --> 00:10:14,031 Saya mencari Silas McCall. Dia pemilik tempat ini, bukan? 114 00:10:17,075 --> 00:10:19,995 - Ya, tapi dia tiada di sini. - Di mana dia? 115 00:10:20,078 --> 00:10:22,539 Entahlah. Saya tak jaga jadual dia. 116 00:10:28,003 --> 00:10:31,006 Dia tak maksudkan begitu. Maafkan dia! Maafkan kami semua! 117 00:10:34,635 --> 00:10:37,095 - Apa yang berlaku? - Saya suruh awak tunggu di luar. 118 00:10:37,971 --> 00:10:39,890 Bukankah awak anak pengkhutbah? 119 00:10:41,141 --> 00:10:42,226 Betul. 120 00:10:44,311 --> 00:10:47,606 Beritahu ayah awak saya minta maaf sebab asyik ponteng pergi gereja. 121 00:10:47,689 --> 00:10:49,650 Saya sangat sibuk sejak kebelakangan ini, dan saya… 122 00:10:49,733 --> 00:10:51,902 Saya akan sampaikan mesej itu apabila kami beredar. 123 00:10:51,985 --> 00:10:53,487 Kami akan beredar sekarang. 124 00:10:53,570 --> 00:10:54,947 Sebelum itu, mana Silas? 125 00:10:55,989 --> 00:10:57,115 Awak tak perlu dedahkan maklumat itu. 126 00:10:57,199 --> 00:10:58,408 Beritahu saya. 127 00:10:58,492 --> 00:11:02,329 Dia dalam ekspedisi memburu, kira-kira 32.2 kilometer utara dari sini. 128 00:11:02,913 --> 00:11:04,331 Di sepanjang Sungai Menyusahkan. 129 00:11:05,040 --> 00:11:06,917 Tapi saya takkan buru dia sendirian. 130 00:11:07,000 --> 00:11:09,586 Dia pantas keluarkan senjata dan dia juga panas baran. 131 00:11:10,379 --> 00:11:13,257 - Dia boleh tembak dari jarak 73.2 meter. - Kenapa? 132 00:11:13,757 --> 00:11:14,758 "Kenapa," apa? 133 00:11:14,842 --> 00:11:17,511 Kenapa dia buat begitu? Tembak lalat. 134 00:11:18,136 --> 00:11:19,137 Kami akan ambil ini. 135 00:11:19,221 --> 00:11:21,682 Sebagai penebusan kerana dedahkan maklumat itu. 136 00:11:41,952 --> 00:11:43,620 Apa kita nak buat? 137 00:11:44,621 --> 00:11:47,207 Kita tak boleh balik rumah. Kita penjahat sekarang. 138 00:11:48,083 --> 00:11:51,170 Awak boleh balik. Saya yakin ibu bapa awak akan faham. 139 00:11:51,837 --> 00:11:52,963 Awak bergurau? 140 00:11:53,589 --> 00:11:57,301 Awak tahu apa mereka akan buat jika tahu saya rompak bar sambil acukan senjata? 141 00:11:57,801 --> 00:12:01,555 Saya rompak bar sambil acukan senjata. Awak rakan subahat tanpa sedar saya. 142 00:12:05,100 --> 00:12:07,853 Jika saya balik rumah, 143 00:12:07,936 --> 00:12:11,356 saya perlu jaga tujuh orang adik-adik saya. 144 00:12:11,440 --> 00:12:14,526 Saya perlu bantu memasak dan mengemas 145 00:12:14,610 --> 00:12:16,278 dan sediakan gereja. 146 00:12:17,988 --> 00:12:19,656 Saya perlu cari suami. 147 00:12:19,740 --> 00:12:21,366 Saya fikir awak dah kahwini Jesus. 148 00:12:23,243 --> 00:12:25,329 Okey. Baiklah. 149 00:12:26,580 --> 00:12:28,874 Kita tidur di sini malam ini. Kita berkhemah, ambil masa berfikir. 150 00:12:28,957 --> 00:12:30,501 Kemudian waktu pagi, 151 00:12:30,584 --> 00:12:33,253 kita cakap kita diculik dan/atau dirasuk. 152 00:12:34,129 --> 00:12:35,756 Awak boleh cakap apa awak nak. 153 00:12:36,256 --> 00:12:38,759 Saya akan menunggang ke Sungai Menyusahkan dan akan bunuh si tak guna itu. 154 00:12:38,842 --> 00:12:41,178 Awak tak dengar apa pelayan itu cakap tentang kemahiran menembak Silas? 155 00:12:41,261 --> 00:12:43,013 Mujurlah saya bukan lalat. 156 00:12:48,977 --> 00:12:51,146 Jane. Itu alkohol. 157 00:12:53,190 --> 00:12:54,566 Alamak, biar betul? 158 00:12:55,859 --> 00:12:57,152 Saya fikir ia punch. 159 00:12:57,778 --> 00:12:59,238 Awak pernah rasa? 160 00:12:59,947 --> 00:13:00,948 Tak. 161 00:13:02,157 --> 00:13:03,158 - Awak? - Sudah tentu tak pernah. 162 00:13:04,451 --> 00:13:08,372 Roh jadikan awak wanita murahan atau ahli sihir. Kadangkala kedua-duanya. 163 00:13:08,956 --> 00:13:10,541 - Awak tak nak tahu? - Tak nak. 164 00:13:35,399 --> 00:13:39,486 Bukankah pelik apabila gadis masih kecil, 165 00:13:39,570 --> 00:13:42,614 mereka taasub dengan kuda? 166 00:13:45,325 --> 00:13:47,578 Kemudian apabila dewasa dan mereka perlu berada 167 00:13:47,661 --> 00:13:49,746 di dapur dengan anak-anak. 168 00:13:50,956 --> 00:13:53,500 Ya, ia aneh. 169 00:13:57,296 --> 00:14:00,007 Tapi bukan untuk awak. Awak masih suka kuda. 170 00:14:01,049 --> 00:14:02,384 Betul. 171 00:14:05,345 --> 00:14:08,974 Saya rasa ia menakutkan. 172 00:14:09,975 --> 00:14:12,227 Perlu belajar cara berhubung dengannya. 173 00:14:16,315 --> 00:14:17,316 Awak nak menari? 174 00:14:18,275 --> 00:14:20,027 Tak nak. 175 00:14:23,697 --> 00:14:26,950 Betul, awak masih berkabung. 176 00:14:27,951 --> 00:14:29,828 Awak terlalu sedih untuk menari? 177 00:14:30,746 --> 00:14:33,874 Saya tak suka menari. Suka menunggang. 178 00:14:35,375 --> 00:14:36,376 Itu saja. 179 00:14:42,049 --> 00:14:45,427 Saya tak sepatutnya menari. 180 00:14:46,303 --> 00:14:47,804 Sebab… 181 00:14:53,143 --> 00:14:54,645 Sesuatu tentang syaitan. 182 00:14:54,728 --> 00:14:56,271 Saya tak ingat. 183 00:14:58,440 --> 00:15:01,235 Tapi, kadangkala, 184 00:15:01,902 --> 00:15:04,655 saya pakai kain gegelung ibu saya. 185 00:15:04,738 --> 00:15:08,867 Saya buat tendangan tinggi dan pura-pura jadi gadis dewan tarian. 186 00:15:10,536 --> 00:15:14,248 Seperti wanita baik yang tak buat apa-apa kerja jahat. 187 00:15:14,331 --> 00:15:16,250 Marilah, awak patut cuba. 188 00:15:16,333 --> 00:15:17,668 Marilah. 189 00:15:20,629 --> 00:15:21,839 Tendang tinggi. 190 00:15:25,217 --> 00:15:29,388 Atau ada juga, tarian menari. 191 00:15:30,055 --> 00:15:31,640 Saya rasa awak akan suka. 192 00:16:19,396 --> 00:16:21,273 Tak guna! 193 00:16:50,302 --> 00:16:51,553 Ayuh, Lottie. 194 00:17:22,542 --> 00:17:24,127 Saya tahu awak ada di dalam, McCall! 195 00:18:09,173 --> 00:18:10,716 Saya ada senjata. 196 00:18:10,799 --> 00:18:12,342 Jangan tembak. Kami tak berbahaya. 197 00:18:13,969 --> 00:18:14,970 Itu dia. 198 00:18:17,181 --> 00:18:20,184 Millie? Apa awak buat di sini? 199 00:18:20,267 --> 00:18:21,768 Apa saya buat di sini? 200 00:18:22,561 --> 00:18:24,104 Awak yang tinggalkan saya dan fikir saya akan mati. 201 00:18:24,188 --> 00:18:26,481 Mujurlah saya terserempak dengan Doktor Henry tua ini. 202 00:18:26,565 --> 00:18:29,318 Saya lakukan rawatan perubatan di sepanjang sungai. 203 00:18:29,401 --> 00:18:31,862 Kadangkala saya dan ayah mengembara dengan dia naik kereta kuda ini 204 00:18:31,945 --> 00:18:34,781 - untuk sebarkan agama. - Ingat dia ayam belanda. 205 00:18:34,865 --> 00:18:35,866 Sekejap. 206 00:18:37,534 --> 00:18:39,578 - Awak tinggalkan saya begitu saja. - Saya nak datang balik jemput awak. 207 00:18:39,661 --> 00:18:40,787 Tipu. 208 00:18:40,871 --> 00:18:42,873 Ia sama seperti sewaktu awak tinggalkan saya selepas sekolah 209 00:18:42,956 --> 00:18:44,291 untuk hisap cerut dengan Lyle Thomas. 210 00:18:44,374 --> 00:18:45,417 Ini bukan tentang awak. 211 00:18:45,501 --> 00:18:48,420 Itulah masalahnya. Saya risikokan nyawa untuk awak, 212 00:18:48,504 --> 00:18:50,797 dan awak terlalu pentingkan diri untuk peduli tentangnya. 213 00:18:51,882 --> 00:18:53,884 - Awak yang nak ikut. - Sebab awak seperti orang gila. 214 00:18:53,967 --> 00:18:55,385 - Saya marah. - Jadi? 215 00:18:56,345 --> 00:18:58,639 Semua orang yang marah perlu keluar tembak orang sesuka hati? 216 00:18:59,556 --> 00:19:02,017 - Mungkin. - Awak tak pernah berterima kasih. 217 00:19:02,100 --> 00:19:04,728 Awak takkan tahu lokasi McCall jika bukan sebab saya. 218 00:19:04,811 --> 00:19:08,190 Jadi itulah masalahnya. Awak nak saya ucap terima kasih? 219 00:19:08,774 --> 00:19:10,108 - Bukannya susah. - Baiklah. 220 00:19:11,318 --> 00:19:12,528 Terima kasih, Millie. 221 00:19:12,611 --> 00:19:15,489 Terima kasih kerana begitu sunyi dan bosan dengan hidup sendiri 222 00:19:15,572 --> 00:19:17,074 sehingga awak nak campuri urusan hidup saya. 223 00:19:17,783 --> 00:19:20,786 - Awak teruk. - Saya tiada masa nak bersopan. 224 00:19:20,869 --> 00:19:23,997 Kuda ayah saya ada di sana. Nampak? 225 00:19:24,081 --> 00:19:26,667 Ada pelana padanya yang ayah nak berikan pada saya. 226 00:19:27,167 --> 00:19:28,544 Jadi saya akan ambil semula kudanya, 227 00:19:28,627 --> 00:19:31,213 ambil semula pelana itu dan akan tunggu di sini 228 00:19:31,296 --> 00:19:32,339 sehinggalah Silas McCall kembali, 229 00:19:32,422 --> 00:19:34,383 dan saya akan tembak kepala dia. 230 00:19:34,883 --> 00:19:36,051 Jadi awak boleh lihat… 231 00:19:37,386 --> 00:19:39,346 atau kejutkan dia dan beredar. 232 00:19:39,930 --> 00:19:40,931 Kejutkan dia? 233 00:19:47,896 --> 00:19:52,025 Baiklah, doktor. Dia tak nak ikut. Ayuh. 234 00:19:57,239 --> 00:19:59,074 - Apa yang berlaku? - Entahlah. 235 00:20:06,206 --> 00:20:07,374 Dia dah mati. 236 00:20:08,625 --> 00:20:09,960 Apa yang kita dah buat? 237 00:20:11,003 --> 00:20:14,006 Tiada apa. Si tua itu mati secara semula jadi. 238 00:20:14,089 --> 00:20:16,550 Dia penganut Kristian yang baik. Dia perlu dikebumikan dengan sempurna. 239 00:20:17,050 --> 00:20:18,886 - Tolong saya alihkan dia. - Saya tiada masa. 240 00:20:18,969 --> 00:20:20,429 Bantu saya alihkan dia atau saya akan menjerit! 241 00:20:27,728 --> 00:20:30,397 Wanita lebih gila daripada bertih jagung dalam kuali panas. 242 00:20:31,607 --> 00:20:33,150 - Pergi sembunyi. - Bagaimana dengan mayatnya? 243 00:20:33,233 --> 00:20:35,444 Ya, tapi saya akan tetap berasmara dengan dia. 244 00:20:37,237 --> 00:20:38,280 Siapa kamu? 245 00:20:43,535 --> 00:20:44,620 Jelaskan urusan kamu. 246 00:20:50,626 --> 00:20:55,255 Mujurlah awak ada. Oh Tuhan. Syukurlah. 247 00:20:55,339 --> 00:20:58,175 Kami ketakutan sehinggalah lelaki berani dan kuat seperti kamu muncul. 248 00:20:59,301 --> 00:21:00,552 Saya kenal kamu berdua? 249 00:21:01,637 --> 00:21:05,307 Tak. Nama saya Sadie. Itu abang saya, Clayton. 250 00:21:06,099 --> 00:21:09,770 Kami berjalan pulang dari gereja semasa kami diculik oleh perompak. 251 00:21:12,189 --> 00:21:13,273 Betulkah? 252 00:21:17,569 --> 00:21:18,570 Ya. 253 00:21:19,655 --> 00:21:20,656 Siapa mayat itu? 254 00:21:21,657 --> 00:21:22,950 Salah seorang daripada perompak. 255 00:21:23,951 --> 00:21:25,160 Nampak dah tua. 256 00:21:27,287 --> 00:21:29,081 Saya rasa kemunculan kamu buat dia terkejut. 257 00:21:29,164 --> 00:21:31,041 Dia mati sejurus selepas terdengar suara kamu. 258 00:21:31,124 --> 00:21:33,710 Kemudian perompak lain lari ke dalam hutan. 259 00:21:43,512 --> 00:21:44,888 Lebih baik kamu masuk. 260 00:22:23,177 --> 00:22:26,680 Maaf. Saya tak sedar saya lapar. 261 00:22:28,849 --> 00:22:30,517 Kenapa dia diam? 262 00:22:30,601 --> 00:22:33,854 Awak tahulah lelaki. Mereka suka memendam perasaan. 263 00:22:33,937 --> 00:22:38,483 Saya selalu cakap, "Awak patut luahkan segalanya. Tak kira apa dalam hati awak. 264 00:22:38,567 --> 00:22:41,904 Tak kira betapa teruknya ia. Jika tidak awak akan meletup." 265 00:22:42,613 --> 00:22:46,450 Ada lelaki yang guna diam membisu untuk sampaikan kuasa dan tekad. 266 00:22:47,034 --> 00:22:49,870 Tak. Saya suka meluahkan. 267 00:22:54,583 --> 00:22:57,336 Itu kuda awak di luar? Kuda coklat itu? 268 00:22:57,836 --> 00:23:00,297 Ya. Kenapa? 269 00:23:01,215 --> 00:23:02,883 Kuda itu nampak tua. 270 00:23:02,966 --> 00:23:04,510 Ia kuda yang teruk. 271 00:23:05,010 --> 00:23:09,223 Rasanya saya akan beri pada anak saya. Dia suka kuda. 272 00:23:15,145 --> 00:23:17,356 - Maksud awak, Mary? - Tolonglah, Millie. Diam. 273 00:23:18,899 --> 00:23:19,900 Awak kenal dia? 274 00:23:21,068 --> 00:23:24,321 Kami belajar di sekolah sama. Sebab itulah kami datang ke sini. 275 00:23:25,072 --> 00:23:26,114 Dia yang hantar kamu? 276 00:23:26,865 --> 00:23:29,451 Ya. Dia nak kami sampaikan pesan. 277 00:23:30,577 --> 00:23:33,080 Dah lama kami tak berhubung. 278 00:23:36,542 --> 00:23:38,919 Kami tahu. Ia menyakitkan dia. 279 00:23:56,061 --> 00:23:58,146 Dia salahkan saya atas kerenggangan ini? 280 00:23:59,606 --> 00:24:00,941 Ya. 281 00:24:01,567 --> 00:24:03,527 Dia cakap dia boleh maafkan awak sebab akhlak awak teruk, 282 00:24:03,610 --> 00:24:07,906 tapi bukan sebab jadi ayah yang cuai. 283 00:24:10,701 --> 00:24:13,412 Awak rasa sebab itu dia masih bekerja di Diddlin Dora's? 284 00:24:13,495 --> 00:24:16,206 Mungkin. Dia juga cakap… 285 00:24:17,708 --> 00:24:19,751 dia kecewa dengan awak. 286 00:24:20,878 --> 00:24:22,838 Bunuh orang sesuka hati. 287 00:24:22,921 --> 00:24:26,258 Lebih peduli tentang buat orang takut pada awak berbanding jadi ayah yang baik. 288 00:24:27,843 --> 00:24:30,846 Itu cuma saya jadi lelaki. 289 00:24:33,140 --> 00:24:34,516 Itulah yang lelaki buat. 290 00:24:37,060 --> 00:24:39,938 Semua lelaki tidur dengan isteri adik mereka? 291 00:24:43,483 --> 00:24:44,693 Bagaimana awak tahu tentangnya? 292 00:24:46,987 --> 00:24:50,032 Jangan salahkan saya. Saya cuma utusan. 293 00:24:51,200 --> 00:24:53,911 Mary… saya ingat dia. 294 00:24:55,913 --> 00:24:57,873 Bukankah dia yang berasmara dengan anak hakim 295 00:24:57,956 --> 00:25:01,084 - setiap Jumaat di belakang sekolah? - Ya, rasanya. 296 00:25:01,585 --> 00:25:06,089 Klimaksnya terlalu kuat. Seluruh kelas akan dengar. 297 00:25:06,673 --> 00:25:10,302 Dia pandai matematik, dia patut uruskan perniagaan sendiri. 298 00:25:10,385 --> 00:25:12,638 - Rasanya. - Sudahlah! 299 00:25:13,847 --> 00:25:16,767 Tolong… Hentikan. 300 00:25:21,897 --> 00:25:23,190 Beritahu Mary saya minta maaf. 301 00:25:25,234 --> 00:25:26,985 Saya tahu saya tak guna. 302 00:25:29,321 --> 00:25:31,698 Tapi tolonglah, saya merayu, suruh dia balik. 303 00:25:34,868 --> 00:25:35,869 Saya merayu. 304 00:25:37,996 --> 00:25:39,373 Kesakitan ini… 305 00:25:41,750 --> 00:25:42,876 Oh Tuhan. 306 00:25:42,960 --> 00:25:45,796 Saya harap seseorang akan bunuh saya. 307 00:25:51,802 --> 00:25:52,845 Maaf. 308 00:25:53,762 --> 00:25:54,930 Kami tak boleh buat begitu. 309 00:25:55,013 --> 00:25:56,056 Tolonglah. 310 00:25:58,141 --> 00:25:59,184 Tolonglah, awak perlu lakukannya. 311 00:26:03,522 --> 00:26:08,318 Mary tak berminat dengan permohonan maaf. Ia tak bermakna. 312 00:26:10,487 --> 00:26:13,240 Penderitaan awak yang tak berkesudahan dah cukup sebagai tanda kesal. 313 00:26:16,910 --> 00:26:20,747 Tapi kami boleh ambil kuda awak di luar. Kuda coklat itu. 314 00:26:22,916 --> 00:26:26,962 Saya tak tahu jika dia akan terima, tapi kami boleh cuba. 315 00:26:31,592 --> 00:26:34,303 Bagaimana awak tahu tentang dia tiduri isteri adiknya? 316 00:26:35,053 --> 00:26:36,471 Ayah saya pengkhutbah. 317 00:26:36,555 --> 00:26:38,640 Orang berkongsi banyak maklumat dengan dia. 318 00:26:39,808 --> 00:26:41,435 Terima kasih kerana membantu, Millie. 319 00:26:42,686 --> 00:26:44,271 - Awak nak dia melutut. - Betul. 320 00:26:44,354 --> 00:26:46,356 Saya yakin dia boleh bunuh awak. 321 00:26:46,857 --> 00:26:48,525 Awak kawan baik saya. 322 00:26:54,865 --> 00:26:56,033 Saya akan tunggang Lottie. 323 00:26:58,327 --> 00:26:59,494 Awak boleh tunggang kuda ayah saya. 324 00:27:02,456 --> 00:27:05,125 Tak boleh. Jane, saya tak pandai menunggang. 325 00:27:05,209 --> 00:27:07,294 Mudah saja. Saya boleh ajar. 326 00:27:14,676 --> 00:27:15,677 Sedia? 327 00:27:27,773 --> 00:27:29,483 Ia lebih mudah dengan pelana. 328 00:27:29,566 --> 00:27:30,567 Betul. 329 00:27:30,651 --> 00:27:32,402 Saya boleh berbual dan menunggang pada masa yang sama. 330 00:27:32,486 --> 00:27:34,530 Ya, kata gadis yang pernah takutkan kuda. 331 00:27:34,613 --> 00:27:37,324 - Marilah, laju lagi. - Saya masih takut. 332 00:27:37,866 --> 00:27:39,910 Kita patut cari lebih ramai lelaki untuk seksa emosi mereka. 333 00:27:39,993 --> 00:27:41,537 Ayuh, Millie. Cuba tunggang laju lagi. 334 00:27:41,620 --> 00:27:45,165 Saya sedang cuba. Bagaimana jika saya jatuh? Boleh terjatuh dari kuda? 335 00:27:51,421 --> 00:27:53,340 BERDASARKAN BUKU OLEH CECELIA AHERN 336 00:28:57,446 --> 00:28:59,448 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid