1 00:01:27,420 --> 00:01:28,922 - Brimsley. - Ya, tuanku. 2 00:01:28,922 --> 00:01:32,634 - Apa kandungan jadual beta minggu ini? - Jadual, tuanku? 3 00:01:32,634 --> 00:01:35,553 Lawatan ke rumah orang miskin atau anak yatim? 4 00:01:35,553 --> 00:01:38,765 Beta juga perlu jumpa dang perwara. Itu penting. 5 00:01:38,765 --> 00:01:42,477 Banyak yang perlu dilihat. Karya seni, galeri di London. 6 00:01:42,477 --> 00:01:44,646 Beta juga suka teater dan muzik. 7 00:01:44,646 --> 00:01:46,981 Konsert atau opera ada dijadualkan? 8 00:01:46,981 --> 00:01:49,275 Tuanku, jadual tuanku kosong. 9 00:01:50,193 --> 00:01:53,279 Mana mungkin... Jadual beta kosong? 10 00:01:53,279 --> 00:01:54,447 Betul, tuanku. 11 00:01:55,448 --> 00:01:57,158 Brimsley, beta ratu. 12 00:01:57,158 --> 00:01:59,828 Beta ada tugas rasmi, bukan? 13 00:01:59,828 --> 00:02:03,331 - Ya, ada banyak tugas. - Jadi, kenapa jadual beta kosong? 14 00:02:03,331 --> 00:02:07,502 Tuanku sedang menikmati alam perkahwinan tanpa sebarang gangguan. 15 00:02:10,421 --> 00:02:11,464 Ini bulan madu. 16 00:02:13,174 --> 00:02:14,259 Ya, tuanku. 17 00:02:19,514 --> 00:02:22,183 Parlimen menggelarnya Percubaan Penting. 18 00:02:22,183 --> 00:02:24,352 Ini memang percubaan penting. 19 00:02:24,352 --> 00:02:27,147 Beri gelaran kepada orang yang menyerupai ratu. 20 00:02:27,147 --> 00:02:30,483 Masalahnya, masyarakat dah kecoh. Kita tak boleh gagal. 21 00:02:30,483 --> 00:02:33,069 - Ia takkan gagal. - Apa statusnya? 22 00:02:33,069 --> 00:02:34,070 Mereka sepadan. 23 00:02:34,070 --> 00:02:36,322 Mestilah. Dia raja. 24 00:02:36,322 --> 00:02:38,783 Dia padan dengan sesiapa saja. 25 00:02:38,783 --> 00:02:41,619 - Gadis itu bertuah. - Bukan itu persoalannya. 26 00:02:41,619 --> 00:02:43,288 Apa persoalannya? 27 00:02:46,082 --> 00:02:48,251 Ada wanita. Patik tak boleh kata. 28 00:02:48,251 --> 00:02:50,128 Baiklah, perbincangan tamat. 29 00:02:50,128 --> 00:02:52,255 Mahu patik laporkan kepada Dewan Pertuanan? 30 00:02:55,091 --> 00:02:57,260 Semuanya sangat moden sekarang. 31 00:02:57,260 --> 00:03:01,139 Dulu, tujuh orang duduk di bilik tidur beta pada malam pertama 32 00:03:01,139 --> 00:03:04,350 untuk menyaksikan penyatuan kami 33 00:03:04,976 --> 00:03:08,229 supaya dapat mengesahkan yang beta dan ayahanda Georgie 34 00:03:08,229 --> 00:03:10,773 buat perkara yang perlu untuk mendapatkan Georgie. 35 00:03:10,773 --> 00:03:13,651 Sekarang, semua pasangan enggan diganggu. 36 00:03:14,194 --> 00:03:17,155 Bagi beta, itu tak jadi masalah. 37 00:03:17,155 --> 00:03:19,866 Lelaki, wanita, peluang... 38 00:03:20,742 --> 00:03:22,452 Tapi dia Georgie. 39 00:03:23,369 --> 00:03:24,871 Atau lebih tepat lagi, raja. 40 00:03:25,455 --> 00:03:30,251 Malah kita pun tahu Georgie, raja kita, kadangkala... 41 00:03:31,461 --> 00:03:33,922 Dia sempurna sepenuhnya. 42 00:03:33,922 --> 00:03:35,548 Kita semua pun dah setuju. 43 00:03:35,548 --> 00:03:38,551 - Raja sangat sempurna. - Raja paling gagah. 44 00:03:38,551 --> 00:03:41,971 - Dia cuma selalu ikut kepala sendiri. - Amat berdikari. 45 00:03:41,971 --> 00:03:44,307 Ahli fikir yang berdaya asal. 46 00:03:45,642 --> 00:03:51,481 Tapi jika penyatuan yang biasa dibuat pada malam pertama 47 00:03:52,023 --> 00:03:54,025 belum dilaksana, 48 00:03:54,025 --> 00:03:57,403 Percubaan Penting akan terjejas. 49 00:03:58,029 --> 00:04:00,782 Jangan persoalkannya. Faham? 50 00:04:00,782 --> 00:04:03,743 - Sudah tentu. - Sekali pun jangan. 51 00:04:08,790 --> 00:04:12,377 Ia percubaan yang indah. Semoga ia berlanjutan. 52 00:04:16,506 --> 00:04:18,341 Dia dah buat atau belum? 53 00:08:31,886 --> 00:08:35,264 Kadangkala, sabar bukan sifat yang mulia. 54 00:08:36,933 --> 00:08:41,354 Masa yang berlalu kadangkala tak menguntungkan, 55 00:08:41,354 --> 00:08:43,189 dan mungkin ganjaran 56 00:08:43,189 --> 00:08:46,859 {\an8}tak datang kepada mereka yang sabar. 57 00:08:48,986 --> 00:08:54,575 {\an8}Namun, ada sesetengah kegembiraan yang berbaloi untuk kita nantikan. 58 00:09:01,958 --> 00:09:04,627 Jangan sedih. 59 00:09:07,004 --> 00:09:08,506 - Tidak. - Tapi bonda... 60 00:09:08,506 --> 00:09:11,801 Bonda pasti akan menyukainya. Dia ceria orangnya. 61 00:09:11,801 --> 00:09:15,054 Dia pelakon. Putuskan hubungan dan cari wanita yang sesuai. 62 00:09:15,054 --> 00:09:16,889 Anak pun dah ada. 63 00:09:16,889 --> 00:09:18,558 - Memalukan. - Kalau dah cinta... 64 00:09:18,558 --> 00:09:20,434 - Kamu sama saja. - Terima kasih. 65 00:09:20,434 --> 00:09:22,311 Teman kamu dah kahwin. 66 00:09:22,311 --> 00:09:26,107 - Frederick, isteri kamu sihat? - Dah 20 tahun kami tak jumpa. 67 00:09:26,107 --> 00:09:28,734 Kalau saya jadi dia pun dah lama saya lari. 68 00:09:29,485 --> 00:09:33,155 Kenapalah kamu semua tiada hubungan yang membanggakan? 69 00:09:33,155 --> 00:09:36,951 Mungkin dah terlambat. Adik-beradik perempuan pula dah tua. 70 00:09:36,951 --> 00:09:39,412 - Kami dah cuba dan mungkin... - Tidak. 71 00:09:39,412 --> 00:09:41,831 Bonda dan ayahanda kamu menghasilkan keturunan 72 00:09:41,831 --> 00:09:43,874 yang mulia untuk Great Britain. 73 00:09:43,874 --> 00:09:48,212 Ia tak boleh berakhir dengan kamu. Keturunan kita harus diteruskan. 74 00:09:48,796 --> 00:09:51,549 - Kamu wajib meneruskannya. - Cakap senanglah. 75 00:09:51,549 --> 00:09:54,176 - Saya takkan... - ...takkan langsung hasilkan... 76 00:09:54,802 --> 00:09:58,472 Saya tiada tanggungjawab. Saya ada tugas, tapi saya tak boleh... 77 00:09:58,472 --> 00:10:00,057 Wanita-wanita itu... 78 00:10:00,057 --> 00:10:03,436 Kita tertanya-tanya, sementara England menunggu 79 00:10:03,436 --> 00:10:08,316 sekiranya salah seorang anak Raja George akan melahirkan waris raja, 80 00:10:08,316 --> 00:10:12,194 sama ada sabar itu sifat yang mulia atau beban 81 00:10:12,194 --> 00:10:15,031 bagi Ratu Charlotte kesayangan kita. 82 00:10:29,420 --> 00:10:30,421 Brimsley. 83 00:10:30,421 --> 00:10:31,589 Ya, tuanku. 84 00:10:32,298 --> 00:10:33,799 Sediakan kereta kuda. 85 00:10:33,799 --> 00:10:36,802 Baik, tuanku. Ke manakah destinasi kita? 86 00:10:37,470 --> 00:10:39,096 Kita akan jumpa suami beta. 87 00:11:19,261 --> 00:11:20,137 Mana dia? 88 00:11:20,137 --> 00:11:22,682 - Kami tak tahu tuanku datang. - Mana dia? 89 00:11:24,225 --> 00:11:26,018 Di balai cerap, tuanku. 90 00:11:28,896 --> 00:11:29,814 Tunggu di sini. 91 00:11:41,617 --> 00:11:42,827 Mungkin ada baiknya. 92 00:11:44,203 --> 00:11:45,079 Mungkin. 93 00:11:45,871 --> 00:11:47,164 Atau sebaliknya. 94 00:11:48,874 --> 00:11:51,460 Awak mahu masuk dulu sementara menunggu mereka? 95 00:11:52,461 --> 00:11:54,755 Boleh panaskan badan. Malam ini sejuk. 96 00:11:54,755 --> 00:11:58,175 Terima kasih. Awak sangat pemurah dan baik hati. 97 00:12:06,976 --> 00:12:08,728 Geramnya. Bilik biduanda raja 98 00:12:08,728 --> 00:12:11,063 selalu lagi cantik daripada bilik biduanda ratu. 99 00:12:11,647 --> 00:12:12,565 Mestilah. 100 00:12:13,357 --> 00:12:15,276 Saya lagi penting daripada awak. 101 00:12:29,206 --> 00:12:31,041 Pihak istana mahukan laporan. 102 00:12:31,542 --> 00:12:34,670 - Awak mahu beritahu apa? - Kenapa tanya saya pula? 103 00:12:34,670 --> 00:12:36,589 Baginda enggan melakukannya. 104 00:12:36,589 --> 00:12:38,174 Ratu patut menggodanya. 105 00:12:38,174 --> 00:12:40,634 Ratu sopan, suci dan beradab. 106 00:12:42,720 --> 00:12:46,056 - Awak seperti tuduh kami. - Awak mungkin buat sesuatu. 107 00:12:47,141 --> 00:12:49,143 Saya tak kawal raja. 108 00:12:49,143 --> 00:12:51,228 Awak berkhidmat dan kenal baginda. 109 00:12:52,229 --> 00:12:53,856 Ada masalahkah? 110 00:12:53,856 --> 00:12:57,651 Mungkin kecacatan? Ketaksempurnaan pada alat sulitnya? 111 00:12:58,486 --> 00:12:59,612 Awak dah melampau. 112 00:12:59,612 --> 00:13:01,322 Saya perlu tahu. 113 00:13:02,698 --> 00:13:03,824 Kita ada masalah. 114 00:13:05,075 --> 00:13:07,703 Saya percaya alat sulitnya sempurna. 115 00:13:08,829 --> 00:13:09,705 Besar. 116 00:13:09,705 --> 00:13:13,626 Daripada pemerhatian saya, alat sulitnya besar dan sihat. 117 00:13:16,086 --> 00:13:17,588 Tiada kecacatan. 118 00:13:21,425 --> 00:13:22,927 Dia cantik bak bidadari, 119 00:13:22,927 --> 00:13:25,554 tapi mungkin tak cantik di matanya. 120 00:13:25,554 --> 00:13:28,849 - Bukan cita rasanya. - Saya pun tak tahu cita rasanya. 121 00:13:30,267 --> 00:13:33,395 Wanita. Itu saja yang saya perasan. 122 00:13:33,395 --> 00:13:34,396 Apa pun... 123 00:13:35,314 --> 00:13:39,485 Mereka mungkin cuma perlu bersama seperti sekarang. 124 00:13:39,485 --> 00:13:42,029 Apa? Rasanya ada sampai 15 minit? 125 00:13:42,029 --> 00:13:43,697 Harap-harap 20 minit. 126 00:13:58,337 --> 00:13:59,296 Ini bilik apa? 127 00:13:59,296 --> 00:14:00,256 Charlotte. 128 00:14:01,257 --> 00:14:02,842 Helo. Awak datang pun. 129 00:14:02,842 --> 00:14:05,761 Ini? Balai cerap untuk kita memerhatikan bintang. 130 00:14:06,345 --> 00:14:08,973 Langit malam ini sangat cerah. 131 00:14:09,723 --> 00:14:11,684 Kita boleh nampak buruj, 132 00:14:11,684 --> 00:14:14,353 dan saya rasa... 133 00:14:16,897 --> 00:14:19,233 sebuah planet tapi hanya sepintas lalu. 134 00:14:21,318 --> 00:14:22,903 Mari. Tengoklah. 135 00:14:22,903 --> 00:14:25,281 - Ini yang awak buat? - Apa? 136 00:14:25,281 --> 00:14:26,657 Sejak kita berkahwin? 137 00:14:26,657 --> 00:14:29,618 Ini cara awak menghabiskan masa? 138 00:14:29,618 --> 00:14:32,288 Ya, ia sangat mengujakan. Ada penjajaran... 139 00:14:32,288 --> 00:14:34,331 - Di bilik ini? - Balai cerap, ya. 140 00:14:36,000 --> 00:14:37,835 George, apa salah saya? 141 00:14:37,835 --> 00:14:40,462 - Apa kesilapan saya? - Tak ada silap pun. 142 00:14:40,462 --> 00:14:42,172 - Saya ada tersalah cakap? - Tidak. 143 00:14:42,172 --> 00:14:44,258 - Buat awak tersinggung? - Tidak. 144 00:14:44,258 --> 00:14:46,051 Jadi, apa kekurangan saya? 145 00:14:48,304 --> 00:14:51,181 - Tak ada kekurangan pun. - Pasti ada. 146 00:14:51,181 --> 00:14:52,558 Jangan mengarutlah. 147 00:14:52,558 --> 00:14:55,436 Saya ingat awak kunjungi rumah pelacuran. 148 00:14:58,355 --> 00:15:00,107 Awak tahu maknanya? 149 00:15:00,608 --> 00:15:03,611 Saya tahu makna rumah pelacuran. Lebih kuranglah. 150 00:15:03,611 --> 00:15:05,905 Saya ada abang. Itu tak penting... 151 00:15:05,905 --> 00:15:09,199 Pokoknya, mungkin lebih baik jika awak mengunjunginya. 152 00:15:09,199 --> 00:15:13,746 Saya boleh faham, tapi sebaliknya, awak suka bintang berbanding saya. 153 00:15:13,746 --> 00:15:16,248 - Saya tak kata... - Awak terperuk di bilik... 154 00:15:16,248 --> 00:15:17,207 Balai cerap. 155 00:15:17,791 --> 00:15:19,877 Tiada yang sepertinya di England. 156 00:15:19,877 --> 00:15:22,796 Awak duduk di balai cerap yang unik ini, 157 00:15:22,796 --> 00:15:25,716 tidur, makan, memerhatikan langit 158 00:15:25,716 --> 00:15:28,844 dan teruja melihat buruj sejak malam pertama kita 159 00:15:28,844 --> 00:15:31,138 sementara saya terperangkap di rumah yang pengap, 160 00:15:31,138 --> 00:15:34,808 dipakaikan baju tiga kali sehari tapi bukan untuk keluar, 161 00:15:34,808 --> 00:15:36,685 tanpa teman berbual atau kegiatan. 162 00:15:36,685 --> 00:15:39,647 Awak ratu. Awak boleh buat apa-apa saja. 163 00:15:39,647 --> 00:15:41,690 - Kecuali berada bersama suami. - Sudahlah. 164 00:15:41,690 --> 00:15:42,900 George! 165 00:15:42,900 --> 00:15:45,027 Saya tak faham rungutan awak. 166 00:15:52,117 --> 00:15:56,330 Saya 17 tahun dan tiba-tiba menjadi ratu 167 00:15:56,330 --> 00:16:00,250 di negara asing dengan makanan dan budaya yang berbeza. 168 00:16:00,250 --> 00:16:04,004 Awak tak faham kerana awak dilahirkan begini. 169 00:16:04,004 --> 00:16:06,632 Saya tak boleh buat sesuka hati. 170 00:16:06,632 --> 00:16:10,177 Ratu tak boleh ke kedai tukang jahit, galeri atau kedai aiskrim. 171 00:16:10,177 --> 00:16:13,639 Tak boleh berkawan dan perlu jarakkan diri daripada orang. 172 00:16:14,431 --> 00:16:17,142 Saya tak kenal sesiapa di sini selain awak. 173 00:16:18,060 --> 00:16:21,647 Saya keseorangan, tapi awak lebih suka langit daripada saya. 174 00:16:24,984 --> 00:16:25,985 - George! - Apa? 175 00:16:25,985 --> 00:16:27,403 Katalah sesuatu! 176 00:16:29,571 --> 00:16:32,282 - Saya tak mahu bergaduh. - Saya mahu bergaduh! 177 00:16:32,282 --> 00:16:34,410 Bergaduhlah dengan saya! Buatlah untuk saya! 178 00:16:34,410 --> 00:16:36,245 Baliklah, Charlotte. 179 00:17:32,092 --> 00:17:33,552 Mereka nampak puas. 180 00:17:33,552 --> 00:17:35,262 Mereka nampak gembira. 181 00:17:35,262 --> 00:17:37,473 Beta bukan harapkan sekadar gambaran 182 00:17:37,473 --> 00:17:39,349 kepuasan dan kegembiraan. 183 00:17:39,349 --> 00:17:42,102 Mereka bahagia. Raja terpikat oleh kejelitaannya. 184 00:17:42,102 --> 00:17:43,312 Betulkah? 185 00:17:43,312 --> 00:17:45,022 Raja George terpikat? 186 00:17:47,649 --> 00:17:50,277 Patik tak berani menelah perasaan raja. 187 00:17:50,277 --> 00:17:51,570 Memanglah. 188 00:17:51,570 --> 00:17:53,614 Maksud patik, baginda nampak gembira. 189 00:17:55,532 --> 00:17:57,076 Apa buktinya? 190 00:17:58,577 --> 00:18:00,871 Mereka berbual dan bersiar-siar. 191 00:18:00,871 --> 00:18:04,374 Ketawa. Gembira hati semua yang mendengarnya. 192 00:18:08,545 --> 00:18:10,422 Hubungan mereka bagaimana? 193 00:18:12,007 --> 00:18:13,008 Hubungan? 194 00:18:13,801 --> 00:18:15,803 Ikatan perkahwinan mereka. 195 00:18:15,803 --> 00:18:17,096 Ikatan? 196 00:18:20,724 --> 00:18:23,519 Puteri Balu ingin mengesahkan 197 00:18:23,519 --> 00:18:25,979 yang perkahwinan itu dah disempurnakan. 198 00:18:25,979 --> 00:18:29,525 Dari segi hubungan kelamin. Tuanku tanya demi negara. 199 00:18:29,525 --> 00:18:30,609 Sudah tentu. 200 00:18:35,155 --> 00:18:36,281 Jadi, bagaimana? 201 00:18:39,910 --> 00:18:43,413 Menurut pemerhatian saya, ya, sudah. 202 00:18:45,040 --> 00:18:47,251 Jadi, ia bulan madu yang berjaya. 203 00:18:47,251 --> 00:18:50,087 Brimsley, awak setuju yang ia berjaya, bukan? 204 00:18:52,881 --> 00:18:54,091 Ia sangat berjaya. 205 00:18:55,300 --> 00:18:56,135 Ya. 206 00:18:58,220 --> 00:19:00,514 Baguslah. 207 00:19:00,514 --> 00:19:04,309 Kita mungkin akan ada waris dalam dua minggu akan datang. 208 00:19:33,338 --> 00:19:36,758 Pagi, malam, tengah malam dan sekarang, waktu petang pula. 209 00:19:36,758 --> 00:19:40,846 Saya sedang minum teh, Coral. Sambil menyulam bantal! 210 00:19:40,846 --> 00:19:43,807 Maafkan saya, puan. Apa puncanya? 211 00:19:43,807 --> 00:19:46,560 Dia cuba pergi ke Kelab White's di Mayfair. 212 00:19:46,560 --> 00:19:47,769 Kelab lelaki itu? 213 00:19:47,769 --> 00:19:50,814 Sebagai ahli masyarakat yang ada gelaran, 214 00:19:50,814 --> 00:19:54,610 dia berhak masuk, tapi mereka masih tak benarkan dia masuk. 215 00:19:54,610 --> 00:19:57,070 Aduhai. Sebenarnya, perkara sama berlaku 216 00:19:57,070 --> 00:19:59,072 kepada Lord Smythe-Smith dan pasangan Kent. 217 00:19:59,072 --> 00:20:02,367 Suami saya nekad untuk cuba buat mereka terima dia. 218 00:20:02,367 --> 00:20:05,871 Orang bangsawan memang teruk. Pembantu mereka pun berlagak. 219 00:20:05,871 --> 00:20:09,249 Apa salahnya dengan keadaan sebelum ini? Tapi manalah saya tahu. 220 00:20:09,249 --> 00:20:11,919 Gelarannya. Lord Danbury. 221 00:20:11,919 --> 00:20:15,714 Sekali dia dapat rasa, mestilah dia mahu semuanya. 222 00:20:15,714 --> 00:20:18,425 Dia mahu cuba memburu dengan mereka esok. 223 00:20:19,593 --> 00:20:23,096 Saya akan pastikan air mandian panas tersedia untuk puan bila-bila masa. 224 00:20:23,096 --> 00:20:24,431 Puan panggillah saya. 225 00:20:24,431 --> 00:20:27,601 Saya juga perlukan salap untuk celah kelengkang. 226 00:20:28,977 --> 00:20:29,895 Aduhai. 227 00:20:30,395 --> 00:20:33,523 Bagaimana kalau dia hamilkan saya lagi dengan bayi gergasinya? 228 00:21:03,011 --> 00:21:05,347 - Raja perlu bertindak. - Saya tak boleh paksa. 229 00:21:05,347 --> 00:21:08,558 Suruh dia jalankan tugasnya di depan Puteri Balu. 230 00:21:08,558 --> 00:21:10,060 Awak mahu raja buat apa? 231 00:21:11,770 --> 00:21:12,646 Luahkan isi hati. 232 00:21:12,646 --> 00:21:14,314 - Luahkan isi hati? - Ya. 233 00:21:19,361 --> 00:21:21,989 Saya akan cadangkan sesuatu. 234 00:21:45,762 --> 00:21:46,638 Buah limau. 235 00:21:51,226 --> 00:21:53,228 Bawa ke dapur untuk santapan ratu. 236 00:21:55,564 --> 00:21:57,357 Beta boleh petik sendiri. 237 00:21:57,357 --> 00:21:58,525 Baik, tuanku. 238 00:22:01,445 --> 00:22:02,654 Buah limau. 239 00:22:13,790 --> 00:22:15,334 Raja hantar hadiah. 240 00:22:15,334 --> 00:22:18,628 Ia di ruang legar dan disertakan satu nota, tuanku. 241 00:22:22,007 --> 00:22:26,386 KANDA TAK MAHU DINDA KESUNYIAN. - GEORGE R. 242 00:22:29,639 --> 00:22:30,891 Tunjukkan hadiah itu. 243 00:22:44,696 --> 00:22:45,572 Itu apa? 244 00:22:46,114 --> 00:22:48,825 - Hadiah daripada raja. - Tapi itu apa? 245 00:22:48,825 --> 00:22:51,370 Anjing, tuanku. 246 00:22:51,953 --> 00:22:52,788 Tidak. 247 00:22:52,788 --> 00:22:54,664 Anjing besar dan mengagumkan. 248 00:22:54,664 --> 00:22:58,126 Macam Pinscher, shepherd, schnauzer, Dane. Itu... 249 00:22:59,878 --> 00:23:01,046 Arnab cacat. 250 00:24:00,647 --> 00:24:02,691 Beta mahu jumpa dang perwara esok. 251 00:24:02,691 --> 00:24:04,776 Tuanku bermula madu dan tak... 252 00:24:04,776 --> 00:24:07,154 Itu kehendak beta. Jangan halang beta. 253 00:24:07,154 --> 00:24:10,824 Tuanku, patik takkan sesekali halang kehendak tuanku. 254 00:24:10,824 --> 00:24:15,620 Tapi patik akan nasihatkan tuanku cara untuk buat perkara yang dilarang. 255 00:24:19,374 --> 00:24:22,377 Beta tak boleh jumpa dang perwara semasa bulan madu? 256 00:24:22,377 --> 00:24:25,839 Tak bijak rasanya kalau tuanku berjumpa semuanya. 257 00:24:27,257 --> 00:24:30,635 Mungkin tuanku mahu lebih berhati-hati. 258 00:24:33,138 --> 00:24:35,182 Kalau begitu, 259 00:24:36,516 --> 00:24:39,060 bolehkah kita percayakan Lady Danbury? 260 00:25:18,725 --> 00:25:20,936 Sedap teh itu? Kamu sukakannya? 261 00:25:20,936 --> 00:25:23,230 Teh ini sedap, tuanku. 262 00:25:33,490 --> 00:25:35,909 Comelnya anjing itu, tuanku. 263 00:25:36,535 --> 00:25:37,619 Itu arnab cacat. 264 00:25:38,745 --> 00:25:40,580 Patik tersilap rupanya, tuanku. 265 00:25:43,124 --> 00:25:45,544 Terima kasih kerana undang patik ke sini. 266 00:25:46,086 --> 00:25:48,505 Tuanku akan jumpa semua dang perwara? 267 00:25:48,505 --> 00:25:49,422 Tidak. 268 00:25:50,131 --> 00:25:52,300 Brimsley kata kamu boleh dipercayai 269 00:25:52,300 --> 00:25:54,344 memandangkan beta sedang berbulan madu. 270 00:25:59,474 --> 00:26:02,352 Yang sangat seronok, buat pengetahuan kamu. 271 00:26:02,352 --> 00:26:04,604 Bulan madu beta sangat seronok. 272 00:26:04,604 --> 00:26:08,275 Kakanda beta suami yang sangat baik. 273 00:26:08,275 --> 00:26:10,777 Dialah yang hadiahkan arnab comel itu. 274 00:26:18,285 --> 00:26:20,120 Mohon patik bercakap, tuanku. 275 00:26:29,796 --> 00:26:32,257 Patik akan tunggu di depan pintu. 276 00:26:38,555 --> 00:26:42,100 Tolonglah. Semua orang di sini cakap berlapik. 277 00:26:43,101 --> 00:26:43,935 Ya. 278 00:26:44,519 --> 00:26:47,397 Pertama sekali, tuanku tak pandai menipu. 279 00:26:47,397 --> 00:26:51,151 Patik tak percaya pun cakap tuanku tentang bulan madu tuanku. 280 00:26:51,151 --> 00:26:55,071 Jangan cakap begitu depan orang ramai. Kecoh orang dibuatnya. 281 00:26:57,824 --> 00:27:00,035 Bulan madu patik teruk. 282 00:27:00,035 --> 00:27:02,162 Patik jahil tentang malam pertama. 283 00:27:02,162 --> 00:27:04,039 Dia tua dan tak sabar. 284 00:27:04,039 --> 00:27:07,167 Semuanya amat menyakitkan dan agak menakutkan. 285 00:27:07,834 --> 00:27:11,296 Tak apa kalau malam pertama tuanku tak hebat atau seronok. 286 00:27:15,008 --> 00:27:15,842 Tuanku. 287 00:27:16,801 --> 00:27:19,137 Tuanku dah lalui malam pertama? 288 00:27:24,351 --> 00:27:27,354 Dia kejam, biadab dan mementingkan diri. 289 00:27:27,354 --> 00:27:30,065 Dia cuma nak balik. Dia mungkin rasa bersalah 290 00:27:30,065 --> 00:27:33,777 dan macam tak faham sebab beta enggan dia tinggal di Kew 291 00:27:33,777 --> 00:27:36,321 sementara beta di sini tanpa teman. 292 00:27:36,321 --> 00:27:39,240 Kemudian, dia hadiahkan haiwan itu kononnya sebagai tanda maaf, 293 00:27:39,240 --> 00:27:40,867 tapi itu takkan dapat... 294 00:27:40,867 --> 00:27:43,286 Tuanku, patik masih boleh bercakap? 295 00:27:45,747 --> 00:27:49,626 Patik maksudkan penyempurnaan perkahwinan. 296 00:27:49,626 --> 00:27:54,005 Tuanku dan baginda dah sempurnakan perkahwinan ini, bukan? 297 00:27:54,005 --> 00:27:55,632 Tuanku perlu... 298 00:27:56,299 --> 00:28:00,220 Kalau tuanku tak sempurnakan perkahwinan tuanku, 299 00:28:00,220 --> 00:28:02,597 tuanku tak dianggap isteri raja. 300 00:28:02,597 --> 00:28:07,268 Kedudukan tuanku dalam bahaya. Percubaan Penting ini dalam bahaya. 301 00:28:07,268 --> 00:28:09,854 Aduhai. Tuanku dah sempurnakan perkahwinan? 302 00:28:12,524 --> 00:28:15,110 Tuanku fahamkah makna menyempurnakan perkahwinan? 303 00:28:16,820 --> 00:28:18,655 Hubungan kelamin? 304 00:28:19,656 --> 00:28:23,243 Ia ada kaitan dengan Percubaan Penting itu? 305 00:28:28,331 --> 00:28:30,333 Jom kita panggil Brimsley. 306 00:28:30,333 --> 00:28:33,878 Kita perlukan kertas dan arang. 307 00:28:42,887 --> 00:28:44,639 Berapa kali dia masukkannya? 308 00:28:44,639 --> 00:28:47,892 Sekerap yang perlu, tuanku. 309 00:28:48,476 --> 00:28:49,853 Berapa lama? 310 00:28:49,853 --> 00:28:52,147 Kadangkala, ia rasa terlalu lama. 311 00:28:52,147 --> 00:28:53,106 Seronokkah? 312 00:28:53,106 --> 00:28:58,570 Patik tak pernah rasa seronok, tapi saya tak rasa ia perlu dinikmati. 313 00:28:59,154 --> 00:29:00,530 Ia macam kerja biasa. 314 00:29:01,281 --> 00:29:04,993 Mungkin seronok jika dibuat dengan orang tersayang. Entahlah. 315 00:29:04,993 --> 00:29:06,494 Beta tak suka George, 316 00:29:06,494 --> 00:29:09,998 jadi tak ada sebab beta perlu beria-ia melakukan semua ini. 317 00:29:11,291 --> 00:29:12,375 Bukan itu... 318 00:29:14,043 --> 00:29:17,005 Tuanku, ini Britain. 319 00:29:17,714 --> 00:29:21,468 Tak lama dulu, ratu dipancung kerana tak melahirkan anak. 320 00:29:21,468 --> 00:29:22,844 Itu takkan berlaku. 321 00:29:22,844 --> 00:29:25,221 Itu bukan... 322 00:29:26,181 --> 00:29:27,015 Tuanku, 323 00:29:28,099 --> 00:29:29,809 ini isu penting. 324 00:29:29,809 --> 00:29:33,396 Belum ada ratu seperti tuanku. Kukuhkanlah kedudukan tuanku. 325 00:29:33,897 --> 00:29:36,399 Ya, tapi ini bukan salah beta. 326 00:29:39,319 --> 00:29:41,154 Dia yang tak mahukan beta. 327 00:29:41,154 --> 00:29:43,948 Takkanlah beta mahu paksa dia agar buat begini. 328 00:29:43,948 --> 00:29:47,660 Mungkin bagus juga jika beta bukan ratu dan kami berpisah. 329 00:29:47,660 --> 00:29:51,206 Bolehlah kita lupakan semua ini dan beta boleh pulang ke tanah air. 330 00:29:55,210 --> 00:29:56,628 Ia Pomeranian. 331 00:29:58,296 --> 00:29:59,589 Arnab cacat tuanku. 332 00:30:00,256 --> 00:30:01,883 Ia anjing. 333 00:30:02,550 --> 00:30:07,514 Anjing baka Pomeranian yang jarang-jarang ditemui. 334 00:30:34,415 --> 00:30:36,334 Mereka tak benarkan dia memburu? 335 00:30:36,334 --> 00:30:38,878 Ya, mereka tak mahu dia sertai mereka. 336 00:30:44,801 --> 00:30:47,136 Beta bukannya mahu penjarakan mereka. 337 00:30:47,136 --> 00:30:50,723 - Beta cuma suruh berkahwin. - Itu mungkin sukar dibuat. 338 00:30:50,723 --> 00:30:52,267 Itu mudah saja. 339 00:30:52,267 --> 00:30:55,603 Cari gadis sopan yang ada gelaran. Kahwin. Buat anak. 340 00:30:55,603 --> 00:30:58,857 Ia amalan sejak azali lagi. Semua orang pun buat. 341 00:30:59,607 --> 00:31:02,151 Viscountess Balu Violet Bridgerton, tuanku. 342 00:31:08,950 --> 00:31:10,535 Mari sertai kami. 343 00:31:11,536 --> 00:31:12,787 Tuanku. 344 00:31:13,746 --> 00:31:16,332 Terima kasih atas jemputan ini. 345 00:31:16,332 --> 00:31:17,917 Ini mengejutkan. 346 00:31:17,917 --> 00:31:20,086 Beta perlukan nasihat pakar. 347 00:31:20,086 --> 00:31:21,129 Pakar? 348 00:31:21,129 --> 00:31:23,214 Kamu ada ramai anak. 349 00:31:23,214 --> 00:31:24,632 Ya, betul. 350 00:31:26,050 --> 00:31:27,468 Beta ada ramai anak. 351 00:31:27,468 --> 00:31:28,720 Ya, benar. 352 00:31:28,720 --> 00:31:31,431 Kamu ada dua perkahwinan dalam dua tahun. 353 00:31:32,724 --> 00:31:33,641 Bagaimana kamu buat? 354 00:31:34,601 --> 00:31:35,685 Buat apa? 355 00:31:35,685 --> 00:31:38,021 Pujuk mereka supaya mahu berkahwin. 356 00:31:44,611 --> 00:31:45,445 Agaknya... 357 00:31:48,489 --> 00:31:50,408 Ia mudah jika dilamun cinta. 358 00:31:50,909 --> 00:31:52,076 - Cinta? - Ya. 359 00:31:52,076 --> 00:31:54,495 Cinta penyelesai semua masalah. 360 00:31:56,581 --> 00:32:00,001 Beta akan berterus terang kerana kita semua wanita matang. 361 00:32:00,877 --> 00:32:04,672 Anak-anak lelaki beta bercinta, tapi dengan orang kebanyakan. 362 00:32:04,672 --> 00:32:08,760 Mereka cintakan penganut Katolik, pelakon, 363 00:32:08,760 --> 00:32:12,221 malah isteri orang. 364 00:32:12,221 --> 00:32:13,848 Cinta bukan masalahnya. 365 00:32:14,349 --> 00:32:15,558 Cinta menghasilkan 366 00:32:15,558 --> 00:32:18,728 lebih 50 anak luar nikah untuk kerajaan kita. 367 00:32:18,728 --> 00:32:20,021 Aduhai. 368 00:32:20,605 --> 00:32:23,399 Lady Danbury juga ada ramai anak. Dia boleh beri nasihat. 369 00:32:23,399 --> 00:32:27,153 Keempat-empat anak patik 370 00:32:27,153 --> 00:32:29,656 telah berpindah ke seberang benua. 371 00:32:30,239 --> 00:32:34,494 Lagipun, perkahwinan ialah tugas, bukan kebahagiaan. 372 00:32:34,494 --> 00:32:36,746 Tapi ia boleh membahagiakan. 373 00:32:36,746 --> 00:32:39,958 Ia boleh jadi hukuman seumur hidup yang menyeksakan. 374 00:32:39,958 --> 00:32:42,418 Ada banyak manfaat perkahwinan. 375 00:32:42,418 --> 00:32:45,088 Teman. Tradisi. Keluarga. 376 00:32:45,088 --> 00:32:48,883 Kemesraan dan jika pasangan itu berusaha merapatkan hubungan, 377 00:32:48,883 --> 00:32:52,637 ia tak perlu bermula dengan cinta dan boleh berkembang. 378 00:32:52,637 --> 00:32:57,976 Cinta boleh mekar di taman yang berduri, bukan? 379 00:32:57,976 --> 00:33:00,436 Cinta mekar. 380 00:33:02,438 --> 00:33:05,149 Kiasan bunga kamu terlalu manis hingga memualkan beta, 381 00:33:05,149 --> 00:33:06,651 tapi beta menghargainya. 382 00:33:07,777 --> 00:33:10,488 Jadi, beta akan carikan isteri untuk mereka 383 00:33:10,488 --> 00:33:14,617 dan biar mereka uruskan bab cinta selepas waris dah dilahirkan. 384 00:33:14,617 --> 00:33:16,619 - Patik tak kata... - Brimsley. 385 00:33:18,287 --> 00:33:19,622 Suruh Lord Chamberlain 386 00:33:19,622 --> 00:33:22,583 senaraikan calon isteri dari seluruh Eropah. 387 00:33:23,710 --> 00:33:24,544 Terima kasih. 388 00:33:27,714 --> 00:33:29,340 Sama-sama, tuanku. 389 00:33:58,619 --> 00:34:00,038 Tidurlah, PomPom. 390 00:34:23,519 --> 00:34:25,938 Awak lambat. Tuanku akan bangun sebentar lagi. 391 00:34:25,938 --> 00:34:28,107 Kaki luahan hati awak pendek. 392 00:34:28,775 --> 00:34:31,652 - Ada apa? - Awak biar dia terima tetamu? 393 00:34:32,195 --> 00:34:33,863 - Seorang saja. - Dia berbulan madu. 394 00:34:33,863 --> 00:34:34,989 Dia Lady Danbury. 395 00:34:34,989 --> 00:34:37,450 Saya suka dia. Dia pandai simpan rahsia. 396 00:34:37,450 --> 00:34:39,035 Dia tak perlu berahsia. 397 00:34:39,035 --> 00:34:41,370 Seluruh istana tahu dia datang. 398 00:34:41,370 --> 00:34:43,956 Kalau begitu, berterus teranglah sajalah. 399 00:34:44,624 --> 00:34:46,000 Apa masalah tuan awak? 400 00:34:46,834 --> 00:34:48,920 Kenapa raja tak meniduri ratu? 401 00:34:50,922 --> 00:34:53,424 Jangan ambil tahu tepi kain tuan saya. 402 00:35:03,142 --> 00:35:04,227 PomPom. 403 00:35:23,871 --> 00:35:26,874 - Kenapa Puteri Balu mahu jumpa awak? - Entahlah! 404 00:35:26,874 --> 00:35:29,669 Yang ada hubungan dengan mendiang raja ialah keluarga saya. 405 00:35:29,669 --> 00:35:30,586 Betul. 406 00:35:30,586 --> 00:35:32,839 - Awak tak penting. - Betul. 407 00:35:32,839 --> 00:35:35,800 - Jadi, kenapa tuanku nak jumpa awak? - Entahlah. 408 00:35:35,800 --> 00:35:37,426 Saya tak kenal pun mereka. 409 00:35:41,055 --> 00:35:42,348 Sayang. 410 00:35:42,348 --> 00:35:47,812 Saya tentu dipanggil hanya disebabkan awak dan reputasi awak. 411 00:35:47,812 --> 00:35:51,983 Percayalah, saya akan ceritakan setiap butiran perbualan kami nanti. 412 00:35:53,693 --> 00:35:54,610 Setuju? 413 00:35:57,655 --> 00:35:59,574 Agaknya. 414 00:36:27,059 --> 00:36:29,228 Terangkan tentang pertemuan kamu dengan ratu. 415 00:36:29,812 --> 00:36:32,023 Patik kurang faham. 416 00:36:32,023 --> 00:36:34,358 - Kamu jumpa ratu? - Benar. 417 00:36:34,358 --> 00:36:36,444 Beta mahu kamu terangkannya. 418 00:36:39,405 --> 00:36:40,781 Kami minum teh. 419 00:36:41,908 --> 00:36:43,034 Kamu minum teh? 420 00:36:43,034 --> 00:36:44,410 - Ya. - Lagi? 421 00:36:45,036 --> 00:36:46,120 Patik jumpa anjingnya. 422 00:36:46,120 --> 00:36:48,873 - Anjing? - Ya. Anak anjing Pomeranian. 423 00:36:53,711 --> 00:36:55,713 Apa yang kamu bualkan dengannya? 424 00:36:56,631 --> 00:36:59,717 Penting sangatkah perbualan wanita semasa minum teh? 425 00:36:59,717 --> 00:37:02,511 Selalunya kita bualkan tentang gaun, gubahan bunga, 426 00:37:02,511 --> 00:37:06,015 sulaman dan bercerita tentang musim beramah mesra. 427 00:37:06,015 --> 00:37:08,267 Juga tentang gubahan muzik terbaru. 428 00:37:08,267 --> 00:37:10,478 - Dia mungkin tak tahu. - Dia tahu. 429 00:37:11,812 --> 00:37:12,813 Agatha. 430 00:37:14,148 --> 00:37:16,692 Kita semua tahu topik biasa waktu minum teh. 431 00:37:17,276 --> 00:37:19,862 Tapi apa perbualan kalian semasa minum teh? 432 00:37:20,571 --> 00:37:21,656 Pada tempoh hari? 433 00:37:21,656 --> 00:37:23,824 Kamu sengaja mengelak, Agatha. 434 00:37:23,824 --> 00:37:25,952 - Beta kurang berkenan. - Lady Danbury. 435 00:37:27,119 --> 00:37:28,037 Apa kamu kata? 436 00:37:30,706 --> 00:37:32,750 Lady Danbury. 437 00:37:33,668 --> 00:37:38,589 Itu gelaran patik, tuanku. Gelaran yang tuanku sendiri kurniakan. 438 00:37:39,257 --> 00:37:42,009 Lady Agatha Danbury. 439 00:37:43,469 --> 00:37:46,097 Patik teringat sesuatu tentang pertemuan itu. 440 00:37:46,722 --> 00:37:51,435 Patik sedar ratu baru kita tak sedar yang gelaran kami masih baru. 441 00:37:52,979 --> 00:37:56,691 Topik itu menarik untuk perbualan yang seterusnya, bukan? 442 00:37:58,567 --> 00:38:01,904 Mungkin kita perlu berterus terang. 443 00:38:03,030 --> 00:38:04,490 Biar patik uruskan. 444 00:38:04,490 --> 00:38:07,076 - Kalau Lord Bute... - Beta boleh uruskannya. 445 00:38:24,427 --> 00:38:25,678 Beta tak sangka. 446 00:38:26,345 --> 00:38:28,889 Beta ingat kamu pendiam. 447 00:38:28,889 --> 00:38:32,560 Patik nampak pendiam kerana suami patik sangat lantang. 448 00:38:38,441 --> 00:38:39,775 Lady Danbury. 449 00:38:41,777 --> 00:38:44,989 Beta perlu tahu situasi di Rumah Buckingham. 450 00:38:46,115 --> 00:38:48,617 Beta perlukan orang yang boleh dipercayai. 451 00:38:49,493 --> 00:38:50,703 Kamu faham? 452 00:38:50,703 --> 00:38:51,746 Ya. 453 00:38:51,746 --> 00:38:52,747 Bagus. 454 00:38:55,833 --> 00:38:59,628 Biasanya, apabila gelaran dikurniakan, 455 00:38:59,628 --> 00:39:02,173 ia disertakan elaun dan tanah. 456 00:39:02,923 --> 00:39:03,924 Sebuah estet. 457 00:39:04,425 --> 00:39:07,345 Tanpa semua itu, gelaran hanya tinggal gelaran. 458 00:39:08,179 --> 00:39:10,264 Tuanku, kita semua ada keperluan. 459 00:39:11,265 --> 00:39:12,558 Kamu mahu wang. 460 00:39:16,937 --> 00:39:21,650 Tuanku lupa bahawa mantan raja, yakni ayahanda mentua tuanku, 461 00:39:21,650 --> 00:39:23,027 kenal keluarga patik 462 00:39:23,027 --> 00:39:25,488 kerana bapa mentua patik juga raja. 463 00:39:26,030 --> 00:39:28,032 Sierra Leone negara yang kaya. 464 00:39:29,742 --> 00:39:33,371 Kami ada banyak wang, lebih daripada kebanyakan bangsawan. 465 00:39:33,371 --> 00:39:38,000 Sebaliknya, patik mahu suami patik diterima di White's. 466 00:39:38,584 --> 00:39:41,504 Patik mahu dia dijemput memburu. 467 00:39:42,004 --> 00:39:44,256 Patik mahu jumpa tukang jahit terbaik, 468 00:39:44,256 --> 00:39:47,093 beli tempat duduk terbaik di panggung opera. 469 00:39:47,093 --> 00:39:49,178 Kamu dah melampau. 470 00:39:50,137 --> 00:39:52,056 Permintaan kamu keterlaluan. 471 00:39:52,890 --> 00:39:54,016 Kamu patut bersyukur. 472 00:39:54,016 --> 00:39:57,186 Tuanku yang mahu tahu situasi di Rumah Buckingham. 473 00:39:57,186 --> 00:40:00,523 Tentu tuanku mahu tahu kerana Lord Bute percaya 474 00:40:00,523 --> 00:40:02,149 tuanku boleh kawal keadaan 475 00:40:02,149 --> 00:40:05,444 kerana jika tidak, kedudukan tuanku akan terjejas. 476 00:40:07,154 --> 00:40:08,489 Itu hakikatnya, bukan? 477 00:40:09,240 --> 00:40:12,159 Hati-hati, Lady Danbury. 478 00:40:12,868 --> 00:40:14,745 Patik kata saja. 479 00:40:15,329 --> 00:40:17,998 Tuanku perlu tahu keadaan di Rumah Buckingham. 480 00:40:18,499 --> 00:40:20,584 Kami mahu layanan bangsawan. 481 00:40:21,335 --> 00:40:23,212 Kita boleh saling membantu. 482 00:41:09,717 --> 00:41:10,801 Helo, Charlotte. 483 00:41:16,390 --> 00:41:17,308 Helo. 484 00:41:17,892 --> 00:41:20,102 Boleh kanda makan bersama dinda? 485 00:41:20,102 --> 00:41:21,270 Makan? 486 00:41:22,813 --> 00:41:24,190 Makan? Awak... 487 00:41:25,191 --> 00:41:26,108 Makan? 488 00:41:28,986 --> 00:41:29,862 Charlotte. 489 00:41:30,446 --> 00:41:32,406 Dinda nak ke mana? 490 00:41:32,406 --> 00:41:35,868 Entah, asalkan jauh daripada awak! 491 00:41:35,868 --> 00:41:37,369 Charlotte! 492 00:41:37,912 --> 00:41:40,831 Berikanlah kanda peluang... Berhenti sekarang juga! 493 00:41:48,964 --> 00:41:51,342 Dinda memang berhak membenci kanda 494 00:41:52,259 --> 00:41:53,511 dan mencurigai kanda. 495 00:41:53,511 --> 00:41:58,140 Selepas berkahwin, kanda berkurung dan tiba-tiba datang seolah-olah... 496 00:42:01,810 --> 00:42:05,606 Tapi jika dinda sudi meluangkan masa dengan kanda malam ini, 497 00:42:06,815 --> 00:42:08,442 bolehlah kanda kongsi minat kanda. 498 00:42:10,444 --> 00:42:14,782 Dinda mungkin tak maafkan kanda, tapi kebencian dinda mungkin akan pudar. 499 00:42:28,128 --> 00:42:30,422 - Nampak tak? - Tak nampak apa-apa pun. 500 00:42:31,006 --> 00:42:32,132 Tumpukan perhatian. 501 00:42:32,132 --> 00:42:35,636 Mana mungkin kalau awak berdiri di situ sambil membebel. 502 00:42:35,636 --> 00:42:39,098 - Biar kanda tumpukan kanta. - Boleh ke tepi dan biar... 503 00:42:40,015 --> 00:42:42,101 Cantiknya. Itu apa? 504 00:42:42,101 --> 00:42:43,060 Itulah Kejora. 505 00:42:44,061 --> 00:42:47,022 Planet Kejora. Benda yang saya tengok itu Kejora? 506 00:42:47,022 --> 00:42:49,316 Ya. Kanda sedang mengkajinya. 507 00:42:49,900 --> 00:42:51,735 Sesuatu yang unik akan berlaku. 508 00:42:51,735 --> 00:42:54,738 Kejora akan bergerak pada lengkok yang membolehkan 509 00:42:54,738 --> 00:42:56,574 kita mendapatkan kiraan tepat 510 00:42:56,574 --> 00:42:59,952 untuk jarak antara Bumi dengan matahari. 511 00:42:59,952 --> 00:43:02,037 Ia dipanggil Peralihan Kejora. 512 00:43:03,497 --> 00:43:04,957 Ia luar biasa. 513 00:43:06,333 --> 00:43:07,251 Ia... 514 00:43:09,128 --> 00:43:11,922 George, cantiknya. 515 00:43:13,674 --> 00:43:14,550 Memang cantik. 516 00:43:19,179 --> 00:43:21,015 Ini yang awak buat selama ini. 517 00:43:23,559 --> 00:43:25,686 Cakerawala memang menakjubkan. 518 00:43:26,270 --> 00:43:29,857 Di dunia yang melimpahi kanda dengan kuasa dan perhatian, 519 00:43:29,857 --> 00:43:32,109 kanda perlu diingatkan akan kekerdilan kanda. 520 00:43:32,109 --> 00:43:34,570 Yang kanda sebutir zarah di alam ini. 521 00:43:37,364 --> 00:43:38,616 Menundukkan ego kita. 522 00:43:44,038 --> 00:43:46,665 Tugas raja... memudaratkan. 523 00:43:49,293 --> 00:43:51,545 Dunia hanya berkisar tentang kanda 524 00:43:52,671 --> 00:43:55,007 dan akibatnya, kanda mementingkan diri. 525 00:43:58,344 --> 00:44:02,598 Remuk hati dinda kerana kanda musnahkan malam pertama dinda. 526 00:44:05,017 --> 00:44:06,810 Itu malam pertama awak juga. 527 00:44:08,896 --> 00:44:09,772 Maafkan kanda. 528 00:44:10,731 --> 00:44:13,942 Ya, tapi... saya tak maafkan awak. 529 00:44:18,238 --> 00:44:19,073 Buat masa ini. 530 00:44:21,992 --> 00:44:22,910 Buat masa ini. 531 00:44:25,537 --> 00:44:26,455 Itu dah cukup bagus. 532 00:44:30,000 --> 00:44:31,001 Ia beri harapan. 533 00:44:33,253 --> 00:44:34,213 Mungkin. 534 00:44:36,799 --> 00:44:37,633 Sebenarnya, 535 00:44:38,801 --> 00:44:43,263 malam itu tak patut dianggap malam pertama 536 00:44:44,515 --> 00:44:47,101 kerana kita tak bersama pada malam itu. 537 00:44:52,981 --> 00:44:54,650 Orang lain pun kata begitu. 538 00:44:55,234 --> 00:44:56,443 Kita boleh mula dari awal. 539 00:44:57,653 --> 00:44:58,654 Cuba sekali lagi. 540 00:44:59,863 --> 00:45:00,948 Kalau dinda rela. 541 00:45:02,366 --> 00:45:03,242 Rasanya... 542 00:45:05,035 --> 00:45:07,788 itu agak... 543 00:45:09,665 --> 00:45:12,668 Itu mungkin cadangan yang baik. 544 00:45:48,203 --> 00:45:51,206 Jadi, kanda akan pulang ke Rumah Buckingham? 545 00:45:54,209 --> 00:45:56,420 Ya, kanda akan pulang. 546 00:46:34,792 --> 00:46:36,794 "Kita dilarang melakukan perjalanan bersama." 547 00:46:36,794 --> 00:46:38,670 Kita buat sejurus selepas berkahwin. 548 00:46:38,670 --> 00:46:40,339 Ia untuk melindungi waris. 549 00:46:40,339 --> 00:46:43,801 Selepas upacara itu, mustahil dinda dah hamil. 550 00:46:43,801 --> 00:46:45,552 Sekarang pun mustahil juga. 551 00:46:45,552 --> 00:46:46,887 Mereka tak tahu. 552 00:46:46,887 --> 00:46:50,891 Tapi selepas malam ini, ia tak lagi mustahil. 553 00:46:53,227 --> 00:46:54,478 Kita jumpa nanti. 554 00:47:53,161 --> 00:47:55,581 Awak mahu segarkan badan selepas jauh berjalan? 555 00:47:55,581 --> 00:47:57,583 Boleh juga. Terima kasih. 556 00:48:03,171 --> 00:48:04,464 Dinda mempesonakan. 557 00:48:05,966 --> 00:48:07,009 Gaun ini cantik, 558 00:48:07,676 --> 00:48:10,554 tapi butangnya banyak tak terkira. 559 00:48:11,263 --> 00:48:14,099 Dinda khuatir kalau mungkin dayang sudah tersalah pilih. 560 00:48:15,976 --> 00:48:17,686 Kanda pandai buka butang. 561 00:49:28,715 --> 00:49:29,633 Charlotte. 562 00:49:30,842 --> 00:49:32,344 Dinda tahu apa akan berlaku? 563 00:49:32,928 --> 00:49:34,763 Ya. Dinda tahu semuanya. 564 00:49:34,763 --> 00:49:36,473 Dinda dah tengok lukisan 565 00:49:36,473 --> 00:49:39,768 dan penerangan terperinci tentang langkah seterusnya. 566 00:49:41,103 --> 00:49:42,437 Baguslah kalau begitu. 567 00:49:42,980 --> 00:49:46,400 Tapi dinda tak suka kalau kepala terhantuk pada dinding berulang kali. 568 00:49:47,025 --> 00:49:48,485 Boleh kita mengelaknya? 569 00:49:50,737 --> 00:49:52,781 Ya, ada cara untuk mengelaknya. 570 00:53:06,308 --> 00:53:07,559 Ini milik kita? 571 00:53:09,019 --> 00:53:09,936 Awak pasti? 572 00:53:09,936 --> 00:53:12,606 Apa kandungan surat dari istana itu? 573 00:53:12,606 --> 00:53:14,941 Katanya ia milik kita. 574 00:53:14,941 --> 00:53:17,277 Rumah ini, tanah ini, 575 00:53:17,903 --> 00:53:19,988 tempat di Eton untuk anak-anak kita 576 00:53:20,989 --> 00:53:23,825 dan lembu di suatu tempat. 577 00:53:23,825 --> 00:53:25,410 Saya dapat kunci. 578 00:53:29,372 --> 00:53:31,625 Saya tak sangka hari ini akan tiba. 579 00:53:33,585 --> 00:53:34,961 Awak tahu sebabnya? 580 00:53:34,961 --> 00:53:37,047 Saya langsung tak tahu. 581 00:53:37,589 --> 00:53:39,591 Saya tahu sebabnya. 582 00:53:40,258 --> 00:53:43,011 Raja akhirnya nampak diri saya yang sebenar. 583 00:53:43,720 --> 00:53:45,972 Harga dan nilai diri saya. 584 00:53:46,723 --> 00:53:50,936 Dia sedar bahawa zaman silam sudah berakhir 585 00:53:51,728 --> 00:53:53,855 dan kita berada dalam dunia baru, 586 00:53:55,607 --> 00:53:57,609 dan sesungguhnya manusia sama saja 587 00:54:00,612 --> 00:54:03,031 tak kira asal usul mereka. 588 00:54:08,703 --> 00:54:12,332 Mungkin inilah permulaan era baru. 589 00:54:13,416 --> 00:54:14,834 - Saya pasti... - Diamlah. 590 00:54:15,543 --> 00:54:16,962 Saya mahu cuba kuncinya. 591 00:54:33,186 --> 00:54:37,315 Dia mungkin keluar bersiar-siar. Kita akan sediakan sarapan untuknya. 592 00:54:37,315 --> 00:54:41,027 - Beta mahu makan dengannya. - Baginda tak keluar, tuanku. 593 00:54:41,027 --> 00:54:42,904 Ada tetamu datang. 594 00:54:43,697 --> 00:54:45,115 ...jadi, politiklah. 595 00:54:45,615 --> 00:54:49,244 - Jangan sampai bonda tanya. - Saya tak suruh pun bonda tanya. 596 00:54:49,786 --> 00:54:52,038 Ini bukan urusan bonda. Ini perkahwinan saya. 597 00:54:52,038 --> 00:54:54,332 Perkahwinan kamu urusan istana. 598 00:54:54,332 --> 00:54:56,209 Ia juga urusan parlimen. 599 00:54:56,209 --> 00:54:58,962 Perkahwinan kamu urusan negara ini! 600 00:54:58,962 --> 00:55:00,880 Usaha ini tak boleh silap. 601 00:55:03,967 --> 00:55:07,429 Sudahkah kamu menidurinya dengan cara yang betul? Kerajaan... 602 00:55:07,429 --> 00:55:09,931 Bonda suruh saya berkahwin demi kerajaan. 603 00:55:09,931 --> 00:55:10,849 Saya dah buat. 604 00:55:11,766 --> 00:55:14,728 Tawan hatinya untuk memudahkan kita. Saya dah cuba. 605 00:55:14,728 --> 00:55:16,521 Bonda tak mahu dia kenal saya 606 00:55:16,521 --> 00:55:18,356 kerana saya perlu simpan rahsia kita. 607 00:55:18,356 --> 00:55:19,274 Ya, saya buat. 608 00:55:19,274 --> 00:55:22,944 Bonda suruh saya tiduri dia. Saya dah buat! Saya faham! 609 00:55:22,944 --> 00:55:25,739 Sejak nafas pertama saya, saya sedar 610 00:55:25,739 --> 00:55:28,742 yang kebahagiaan atau kesengsaraan negara bergantung pada saya. 611 00:55:28,742 --> 00:55:32,245 Oleh sebab itu, saya harus membelakangkan kehendak saya. 612 00:55:33,204 --> 00:55:34,831 Saya lambang ketaatan. 613 00:55:35,665 --> 00:55:38,877 Takhta sebahagian diri saya, menusuk tajam bak belati. 614 00:55:38,877 --> 00:55:42,797 Bonda tak perlu jelaskan kepada saya. Sayalah kerajaan kita! 615 00:55:53,767 --> 00:55:55,143 Beta mahu bersarapan. 616 00:55:56,227 --> 00:55:57,979 Kita tak perlu tunggu raja. 617 00:56:20,251 --> 00:56:24,089 Ini calon isteri untuk anak-anak tuanku daripada Lord Chamberlain. 618 00:56:24,589 --> 00:56:25,423 Terima kasih. 619 00:56:31,471 --> 00:56:32,889 Menariknya sarapan ini. 620 00:57:00,708 --> 00:57:01,793 Dia dah pergi? 621 00:57:01,793 --> 00:57:04,546 Bonda tuanku sudah berangkat. Patik yang mengiringinya. 622 00:57:04,546 --> 00:57:05,839 Charlotte bagaimana? 623 00:57:05,839 --> 00:57:08,758 Ratu sedang bersarapan. Kalau tuanku mahu, patik... 624 00:57:10,760 --> 00:57:12,846 Mahu patik panggilkan doktor? 625 00:57:12,846 --> 00:57:13,763 Tidak. 626 00:57:14,347 --> 00:57:16,349 Beta sihat. Beta tak perlu doktor. 627 00:57:22,564 --> 00:57:24,190 Ya. Suruh dia datang. 628 00:57:26,443 --> 00:57:27,318 Charlotte. 629 00:57:28,570 --> 00:57:29,946 Ratu takkan tahu. 630 00:59:18,388 --> 00:59:22,809 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin