1 00:00:21,438 --> 00:00:23,773 Wahai pembaca yang dikasihi. 2 00:00:23,773 --> 00:00:27,819 Ini kisah Ratu Charlotte daripada siri Bridgerton. 3 00:00:27,819 --> 00:00:29,738 Ini bukan kisah sejarah. 4 00:00:29,738 --> 00:00:32,949 Ini kisah cereka yang diilhamkan daripada fakta. 5 00:00:32,949 --> 00:00:37,954 Semua perubahan yang dibuat oleh penulis memang disengajakan. 6 00:00:38,580 --> 00:00:39,622 Selamat menonton. 7 00:00:47,213 --> 00:00:51,676 MIROW (UTARA JERMAN) 8 00:04:52,458 --> 00:04:54,127 Kamu pegun macam tugu. 9 00:04:54,127 --> 00:04:55,962 Tugu karya seni. 10 00:04:56,546 --> 00:04:57,547 Karya seni indah. 11 00:04:58,131 --> 00:05:02,260 Ia indah dipandang, tapi kamu nampak mengarut. 12 00:05:02,260 --> 00:05:03,469 Apa abang nak kata? 13 00:05:03,469 --> 00:05:06,264 Kamu tak bergerak langsung selama enam jam. 14 00:05:06,264 --> 00:05:07,974 Ini gaun sutera Lyonnais 15 00:05:07,974 --> 00:05:09,976 yang bertatahkan nilam India, 16 00:05:09,976 --> 00:05:12,979 dengan berlapikkan renda berusia 200 tahun. 17 00:05:14,272 --> 00:05:18,484 Malangnya, pergerakan yang keterlaluan boleh mencarikkan kain renda ini. 18 00:05:18,484 --> 00:05:19,485 Tambahan pula, 19 00:05:19,485 --> 00:05:22,196 gaun ini berangka tulang ikan paus. 20 00:05:22,196 --> 00:05:23,281 Tulang ikan paus? 21 00:05:23,281 --> 00:05:27,285 Ya, abang, tulang ikan paus. 22 00:05:27,285 --> 00:05:30,455 Ikan paus mati agar saya kelihatan begini. 23 00:05:30,455 --> 00:05:34,000 Semua korset terbaik guna tulang ini. Abang bukan tahu pun. 24 00:05:34,500 --> 00:05:37,045 Kalau abang lebih fokus, abang tentu tahu 25 00:05:37,045 --> 00:05:41,341 yang tulang ikan paus agak halus dan tajam. 26 00:05:41,341 --> 00:05:45,053 Tambahan pula, ini fesyen terkini, jadi korset ini agak ketat. 27 00:05:45,053 --> 00:05:49,682 Jadi, saya pegun dan nampak mengarut, tapi itu kerana saya tak boleh bergerak 28 00:05:49,682 --> 00:05:53,853 dan kerana saya harus nampak cantik, saya dipaksa memakai gaun bodoh. 29 00:05:53,853 --> 00:05:58,566 Bergaya, tapi jika banyak bergerak, saya mungkin mati ditikam pakaian dalam. 30 00:05:59,108 --> 00:06:01,652 Seronoknya jadi wanita. 31 00:06:04,155 --> 00:06:05,239 Kamu geram. 32 00:06:06,657 --> 00:06:08,493 Saya mungkin akan buat begini. 33 00:06:10,620 --> 00:06:13,873 Bergerak dan dibunuh oleh pakaian dalam. 34 00:06:13,873 --> 00:06:16,751 - Charlotte. - Berapa lama lagi? Sejam? 35 00:06:16,751 --> 00:06:18,795 Kalau saya cukup lincah, 36 00:06:18,795 --> 00:06:21,923 saya boleh berdarah dan mati sebelum tiba di London. 37 00:06:21,923 --> 00:06:25,676 Seperti kata abang tadi, kamu geram dan mengikut perasaan. 38 00:06:25,676 --> 00:06:28,554 - Abang faham... - Betulkah abang faham? 39 00:06:29,138 --> 00:06:32,225 Menariknya kerana saya tak geram atau ikut perasaan. 40 00:06:32,225 --> 00:06:34,352 Saya marah dan sukar bernafas. 41 00:06:34,352 --> 00:06:37,063 - Semuanya kerana abang. - Charlotte. 42 00:06:37,980 --> 00:06:38,856 Kamu dipilih. 43 00:06:40,149 --> 00:06:43,444 - Ini satu penghormatan. - Susah sangatkah untuk dipilih? 44 00:06:44,028 --> 00:06:46,656 Mereka mahu gadis subur dan boleh membaca. 45 00:06:46,656 --> 00:06:49,158 Pandai bergaul dan kerabat diraja. 46 00:06:49,158 --> 00:06:51,536 Itu yang mereka cari. Ini bukan satu penghormatan. 47 00:06:51,536 --> 00:06:54,705 Mereka boleh pilih orang lain yang cukup bodoh untuk menerimanya. 48 00:06:54,705 --> 00:06:56,999 Mereka tak mahu orang bodoh. Mereka mahukan kamu. 49 00:06:56,999 --> 00:06:58,084 Adolphus, cuba fikir! 50 00:06:58,084 --> 00:06:59,085 Kenapa saya? 51 00:06:59,836 --> 00:07:01,170 Dia boleh pilih sesiapa saja! 52 00:07:01,170 --> 00:07:04,132 Tapi mereka merentas benua hanya untuk saya. 53 00:07:05,508 --> 00:07:07,593 - Ada sebabnya. - Kamu istimewa. 54 00:07:07,593 --> 00:07:08,719 Istimewa. 55 00:07:09,429 --> 00:07:11,013 Mereka tak kenal saya. 56 00:07:11,013 --> 00:07:13,850 Saya tak kenal mereka. Saya tak sejahil itu. 57 00:07:14,434 --> 00:07:17,061 Ada sebab mereka pilih orang yang mereka tak kenal, 58 00:07:17,562 --> 00:07:19,105 tapi sebabnya tentu teruk. 59 00:07:19,105 --> 00:07:23,443 Saya tahu kerana abang tak berani pandang mata saya 60 00:07:23,443 --> 00:07:24,735 sejak abang beritahu saya. 61 00:07:24,735 --> 00:07:25,653 Tolonglah... 62 00:07:28,781 --> 00:07:30,116 Baguslah kamu dipilih. 63 00:07:30,616 --> 00:07:31,909 Kamu akan gembira. 64 00:07:35,246 --> 00:07:37,081 Mari kita balik. Saya tak mahu pergi. 65 00:07:37,081 --> 00:07:38,875 Abang dah tandatangan kontrak tunang. 66 00:07:38,875 --> 00:07:39,834 - Tipu. - Ya. 67 00:07:39,834 --> 00:07:43,421 Abang, patah balik sekarang atau saya lompat 68 00:07:43,421 --> 00:07:46,466 hingga ditusuk korset ini dan berdarah sampai mati. 69 00:07:46,466 --> 00:07:47,550 Charlotte! 70 00:07:50,720 --> 00:07:53,806 Abang sepatutnya lebih tegas selepas ibu dan ayah tiada. 71 00:07:53,806 --> 00:07:55,475 Abang biar kamu membaca 72 00:07:55,475 --> 00:07:57,560 dan layan kehendak mengarut kamu, 73 00:07:57,560 --> 00:08:02,148 jadi abang bertanggungjawab atas kedegilan kamu 74 00:08:02,148 --> 00:08:04,650 dan sangkaan bahawa kamu boleh memilih. 75 00:08:05,234 --> 00:08:07,862 Kamu tak boleh pilih. Ini keputusan abang. 76 00:08:07,862 --> 00:08:09,822 - Ini serius. - Saya tak faham... 77 00:08:09,822 --> 00:08:12,867 Mereka Empayar British, 78 00:08:13,868 --> 00:08:16,245 dan kita cuma wilayah kecil di Jerman. 79 00:08:17,997 --> 00:08:19,874 Kita terpaksa. 80 00:08:21,334 --> 00:08:22,627 Abang terpaksa. 81 00:08:28,925 --> 00:08:30,343 Memang tiada sebab baik. 82 00:08:32,261 --> 00:08:35,890 Malah, sebabnya mungkin teruk. 83 00:08:37,850 --> 00:08:40,686 Abang tahu belum pernah ada orang seperti kita 84 00:08:40,686 --> 00:08:43,481 yang mengahwini kerabat diraja British, 85 00:08:43,481 --> 00:08:45,942 tapi abang tak boleh mempersoalkannya 86 00:08:45,942 --> 00:08:50,988 kerana abang tak mahu bergaduh dengan negara terkuat di dunia. 87 00:08:50,988 --> 00:08:52,365 Benda dah jadi. 88 00:08:52,365 --> 00:08:54,367 Jadi, diam sajalah 89 00:08:54,367 --> 00:08:58,246 dan buatlah tugas kamu untuk negara dengan senang hati. 90 00:09:08,798 --> 00:09:09,757 Liebchen. 91 00:09:16,764 --> 00:09:18,182 Maafkan abang, 92 00:09:18,182 --> 00:09:22,478 tapi mengahwini raja England taklah seteruk mana. 93 00:09:27,108 --> 00:09:28,067 Duduk elok-elok. 94 00:09:28,859 --> 00:09:30,528 Abang menjejaskan gaun saya. 95 00:09:34,991 --> 00:09:37,785 Saya perlu nampak sempurna, bukan? 96 00:10:36,802 --> 00:10:37,637 Ada apa? 97 00:10:44,560 --> 00:10:45,436 Tuanku. 98 00:10:46,062 --> 00:10:48,856 Ampunkan patik kerana mengganggu pada waktu ini. 99 00:10:48,856 --> 00:10:51,859 - Diamlah. Dia dah mangkat? - Dia? 100 00:10:52,693 --> 00:10:53,527 Raja. 101 00:10:54,445 --> 00:10:55,696 - Dia dah mangkat? - Tidak. 102 00:10:56,322 --> 00:11:00,451 Tidak, suami tuanku sihat wal afiat. Semoga baginda panjang umur. 103 00:11:04,455 --> 00:11:05,539 Kamu tak fikirkah? 104 00:11:06,540 --> 00:11:09,335 Kamu menderhaka kerana mengganggu beta beradu. 105 00:11:09,335 --> 00:11:11,962 - Mujurlah beta cantik jelita. - Tuanku. 106 00:11:11,962 --> 00:11:15,007 Kalau beta boleh pancung orang, beta akan pancung kamu. 107 00:11:15,007 --> 00:11:15,925 Tuanku. 108 00:11:23,849 --> 00:11:25,810 Doktor, jika raja belum mangkat... 109 00:11:28,604 --> 00:11:29,563 siapa yang mati? 110 00:11:36,070 --> 00:11:38,906 Wahai pembaca yang dikasihi. 111 00:11:41,200 --> 00:11:43,744 Musim paling sejuk 112 00:11:43,744 --> 00:11:46,288 kini menjadi jauh lebih sejuk 113 00:11:46,288 --> 00:11:50,251 dengan berita kemangkatan puteri diraja. 114 00:11:54,088 --> 00:11:59,176 Cucunda Raja George III dan Ratu Charlotte 115 00:11:59,176 --> 00:12:03,055 mangkat bersama anaknya ketika melahirkan bayi itu. 116 00:12:07,601 --> 00:12:10,604 Duka, duka. Doa. 117 00:12:26,120 --> 00:12:28,247 Sementara kita bersedih 118 00:12:28,247 --> 00:12:30,624 meratapi pemergian puteri diraja... 119 00:12:34,003 --> 00:12:36,088 kita lebih sedih apabila memikirkan 120 00:12:36,088 --> 00:12:39,049 masa depan monarki ini. 121 00:12:51,020 --> 00:12:54,440 Kerana kerajaan kini terancam. 122 00:12:57,443 --> 00:13:02,323 Ancaman yang tentu menjengkelkan Ratu Charlotte 123 00:13:02,323 --> 00:13:05,659 memandangkan baginda memantau urusan pencarian jodoh 124 00:13:05,659 --> 00:13:09,455 dan perkahwinan dengan amat tegas. 125 00:13:13,042 --> 00:13:17,171 Penulis ini dan semua rakyat England hanya mampu berharap 126 00:13:17,171 --> 00:13:21,258 semoga Ratu Charlotte menumpukan semua usahanya 127 00:13:21,258 --> 00:13:23,177 terhadap keluarganya sendiri. 128 00:13:26,931 --> 00:13:31,185 Apatah lagi kerana tuanku memiliki 13 anak, 129 00:13:31,185 --> 00:13:35,272 tapi tiada seorang pun yang mempunyai cahaya mata. 130 00:13:36,607 --> 00:13:40,402 Setidak-tidaknya, cahaya mata yang sah. 131 00:14:05,469 --> 00:14:07,805 Ini buat kita terfikir. 132 00:14:08,597 --> 00:14:12,601 Adakah pengetahuan ratu tentang rahsia perkahwinan bahagia 133 00:14:12,601 --> 00:14:14,353 cuma omong kosong? 134 00:14:41,839 --> 00:14:44,592 Tolonglah jaga adab. 135 00:15:13,120 --> 00:15:13,954 Gigi. 136 00:15:15,331 --> 00:15:16,206 Gigi. 137 00:15:21,462 --> 00:15:22,338 Tangan. 138 00:15:27,343 --> 00:15:28,469 Pinggul kamu lebar. 139 00:15:30,095 --> 00:15:31,805 Boleh kandungkan banyak anak. 140 00:15:32,514 --> 00:15:33,849 Baguslah. 141 00:15:34,433 --> 00:15:36,477 Itu tugas kamu. 142 00:15:37,061 --> 00:15:39,605 Anak seramai mungkin untuk anakanda beta. 143 00:15:39,605 --> 00:15:40,814 Baik, tuanku. 144 00:15:42,524 --> 00:15:45,319 Adakah saya akan diperkenal kepada putera atau... 145 00:15:52,409 --> 00:15:53,285 Brimsley. 146 00:15:54,536 --> 00:15:57,456 Bawa Charlotte jumpa tukang jahit supaya gaun boleh disedangkan. 147 00:15:57,456 --> 00:16:00,167 Itu tak perlu. Saya bawa gaun sendiri. 148 00:16:00,167 --> 00:16:01,502 Ia padan dengan saya. 149 00:16:01,502 --> 00:16:03,963 Tapi kami dah sediakan gaun untuk kamu. 150 00:16:03,963 --> 00:16:07,216 Gaun saya direka khas untuk perkahwinan ini di Paris. 151 00:16:07,216 --> 00:16:09,927 Rendanya ialah buatan tangan rahib. 152 00:16:09,927 --> 00:16:12,054 Tukang jahit kata ia bergaya. 153 00:16:12,596 --> 00:16:15,724 Gaun kami bersifat tradisional. Ringkas. 154 00:16:16,433 --> 00:16:17,518 Ia lebih baik. 155 00:16:18,769 --> 00:16:19,770 Lebih baik? 156 00:16:19,770 --> 00:16:24,066 Beta belum lihat gaun perkahwinan kamu itu, 157 00:16:24,650 --> 00:16:27,569 tapi gaun tradisional Inggeris 158 00:16:27,569 --> 00:16:30,280 tak sarat dan semak 159 00:16:30,280 --> 00:16:35,035 seperti gaun Eropah yang kamu pakai sekarang. 160 00:16:35,035 --> 00:16:36,996 Gaun tradisional lebih sesuai 161 00:16:36,996 --> 00:16:40,499 dengan fesyen dan keluarga kami. 162 00:16:45,212 --> 00:16:47,089 Ya, sudah tentu. 163 00:16:59,101 --> 00:17:00,269 Syabas. 164 00:17:00,269 --> 00:17:02,604 Kita jumpa lagi di majlis itu. 165 00:17:42,186 --> 00:17:44,354 - Tuanku. - Mari. Beta ada soalan. 166 00:17:44,354 --> 00:17:47,232 - Bukan itu caranya, tuanku. - Apa maksud kamu? 167 00:17:47,232 --> 00:17:49,526 Tuanku jalan di situ, patik di sini. 168 00:17:49,526 --> 00:17:50,694 Tak boleh seiringan? 169 00:17:50,694 --> 00:17:53,530 Patik sentiasa lima langkah di belakang tuanku. 170 00:17:53,530 --> 00:17:55,407 - Lima langkah di belakang? - Ya. 171 00:17:55,407 --> 00:17:56,909 - Sentiasa? - Ya, tuanku. 172 00:17:56,909 --> 00:18:00,496 Kamu sentiasa di belakang beta sepanjang masa? 173 00:18:00,496 --> 00:18:01,997 Ya, pada bila-bila masa. 174 00:18:01,997 --> 00:18:04,291 - Siapa nama kamu? - Brimsley, tuanku. 175 00:18:04,291 --> 00:18:06,668 Brimsley. Ceritakan tentang raja. 176 00:18:07,336 --> 00:18:08,837 Baginda raja, tuanku. 177 00:18:08,837 --> 00:18:10,506 Ya, lagi? 178 00:18:10,506 --> 00:18:13,634 Baginda pemerintah Great Britain, Ireland dan tanah jajahannya. 179 00:18:13,634 --> 00:18:16,553 Baginda raja sejak kemangkatan nendanya pada bulan Oktober. 180 00:18:16,553 --> 00:18:20,432 Brimsley, kamu asyik kata dia pemerintah, raja dan ketua negara. 181 00:18:21,016 --> 00:18:24,019 - Semuanya sama saja. - Itu hakikatnya, tuanku. 182 00:18:35,114 --> 00:18:36,448 Dia sangat gelap. 183 00:18:37,282 --> 00:18:41,286 - Patik dah kata dia berdarah Moor. - Kamu tak kata segelap itu. 184 00:18:41,286 --> 00:18:44,289 - Tapi patik kata dia berdarah... - Sangat gelap. 185 00:18:47,960 --> 00:18:49,044 Jadi, bagaimana? 186 00:18:49,044 --> 00:18:51,505 Ini satu masalah. Orang akan mengumpat. 187 00:18:51,505 --> 00:18:53,966 Memang benar. Ini satu masalah. 188 00:18:53,966 --> 00:18:56,802 - Perjanjian dah dibuat. - Boleh ia dibatalkan? 189 00:18:56,802 --> 00:18:59,304 Kita tak boleh batalkan perkahwinan pada harinya. 190 00:18:59,304 --> 00:19:01,765 Ia mungkin perlu. Ini satu masalah. 191 00:19:06,728 --> 00:19:08,564 Kita pihak istana. 192 00:19:09,398 --> 00:19:12,985 Ia masalah jika pihak istana kata begitu. 193 00:19:12,985 --> 00:19:14,611 Ini hakikatnya, bukan? 194 00:19:16,613 --> 00:19:17,823 Ya. 195 00:19:17,823 --> 00:19:20,742 Raja ialah ketua Church of England yang berdaulat 196 00:19:20,742 --> 00:19:23,078 dan pemerintah negara ini. 197 00:19:23,078 --> 00:19:26,582 Maka, semua perbuatannya bukan masalah bagi istana. 198 00:19:26,582 --> 00:19:27,916 Bukan begitu, Lord Bute? 199 00:19:31,587 --> 00:19:32,462 Betul. 200 00:19:32,462 --> 00:19:36,175 Jadi, ini tentu sudah mendapat izin istana. 201 00:19:36,175 --> 00:19:37,718 Bukan begitu, Lord Bute? 202 00:19:43,348 --> 00:19:45,726 - Ya, betul. - Bagus. 203 00:19:47,019 --> 00:19:50,105 Jadi, pilihan raja tentu disengajakan. 204 00:19:51,732 --> 00:19:53,442 Supaya ia nampak lebih jelas, 205 00:19:55,194 --> 00:19:59,489 kembangkan senarai tetamu perkahwinan itu dan tambah orang istananya. 206 00:19:59,489 --> 00:20:02,075 - Maksud tuanku... - Raja yang suruh. 207 00:20:02,743 --> 00:20:04,870 Beta cuma bondanya. Beta tak buat keputusan. 208 00:20:05,913 --> 00:20:09,166 Raja mahu kembangkan senarai tetamu perkahwinan 209 00:20:09,166 --> 00:20:11,126 dan tambah orang istananya. 210 00:20:11,126 --> 00:20:13,128 Baik, tuanku. Cuma... 211 00:20:13,754 --> 00:20:17,090 Raja tahukah majlis akan berlangsung dalam enam jam? 212 00:20:17,090 --> 00:20:19,468 Siapa yang tak mahu hadiri majlis kahwin diraja? 213 00:21:16,775 --> 00:21:20,195 Itu... seronoknya. 214 00:21:33,750 --> 00:21:36,795 Sayang boleh tidur sekarang. 215 00:21:38,255 --> 00:21:41,425 Kemudian, saya nak buat kejutan. 216 00:21:44,636 --> 00:21:45,512 Ya. 217 00:21:46,430 --> 00:21:48,432 Baik, terima kasih. 218 00:22:24,468 --> 00:22:27,387 - Air mandian dah siap. - Kenapa tak beritahu lebih awal? 219 00:22:27,387 --> 00:22:29,389 - Saya tak tahu. - Selalunya ada. 220 00:22:29,389 --> 00:22:30,557 Kali ini tak. 221 00:22:30,557 --> 00:22:33,852 Saya tak tahu kerana butler tak beritahu awal. 222 00:22:33,852 --> 00:22:36,688 Ini tak dirancang. 223 00:22:36,688 --> 00:22:37,856 Tak dirancang? 224 00:22:37,856 --> 00:22:42,736 Dahlah kena tahan dienjut, tapi perlukah saya tahan tanpa diberitahu lebih awal? 225 00:22:42,736 --> 00:22:44,446 Bila-bila masa saja! 226 00:22:44,946 --> 00:22:48,158 Dia kata ada kejutan. Perlukah ada dua kejutan sehari? 227 00:22:49,076 --> 00:22:53,330 Mungkin kejutan itu yang buat dia teruja. 228 00:22:53,330 --> 00:22:56,833 Butler kata dia terima surat daripada pihak istana. 229 00:22:57,417 --> 00:22:58,710 Istana? 230 00:22:59,544 --> 00:23:00,837 Istana raja? 231 00:23:00,837 --> 00:23:02,422 Itulah kejutannya. 232 00:23:02,422 --> 00:23:05,675 Puan diundang ke majlis perkahwinan diraja. 233 00:23:06,635 --> 00:23:08,762 Coral. Awak dah gila? 234 00:23:08,762 --> 00:23:11,807 Betul. Ada kad jemputan untuk tuan dan puan. 235 00:23:11,807 --> 00:23:14,351 Tukang jahit dah dalam perjalanan. 236 00:23:14,351 --> 00:23:16,353 Dia tak sempat buat gaun baru... 237 00:23:16,353 --> 00:23:20,399 Awak silap. Kaum mereka dan kaum kami tak pernah bergaul. 238 00:23:20,399 --> 00:23:22,150 Saya pasti! 239 00:23:22,150 --> 00:23:25,195 Keluarga Basset pun dah terima jemputan. 240 00:23:25,195 --> 00:23:29,241 Tapi Puteri Balu undang kaum kita. Maaf, kaum puan. 241 00:23:29,241 --> 00:23:32,327 - Kenapa? - Saya tak tahu, tapi bukan itu saja. 242 00:23:33,245 --> 00:23:37,249 Puan dijemput menjadi sebahagian daripada orang istana ratu baru. 243 00:23:40,335 --> 00:23:42,212 Saya nak tengok surat itu. 244 00:23:44,631 --> 00:23:45,465 Sekarang. 245 00:23:48,176 --> 00:23:49,177 Dia kacak tak? 246 00:23:49,845 --> 00:23:53,807 Baik? Kelakar? Peramah? Berpengetahuan? Berseni? Cergas? 247 00:23:53,807 --> 00:23:56,518 Kita boleh bincangkan upacara majlis tuanku. 248 00:23:56,518 --> 00:23:57,561 Dia hodohkah? 249 00:23:57,561 --> 00:24:00,272 Mungkin dia cacat kerana kecantikan dalaman lebih penting. 250 00:24:00,272 --> 00:24:04,192 Mungkin tidak, tapi beta baik dan beta boleh menghadapinya. 251 00:24:04,192 --> 00:24:06,778 Ketua Biskop hantar beberapa ayat untuk tuanku... 252 00:24:06,778 --> 00:24:10,907 Dia membosankan? Kurang pintar? Lembam? Itu beta boleh hadapi. 253 00:24:11,741 --> 00:24:12,742 Beritahulah beta. 254 00:24:12,742 --> 00:24:13,994 Adakah dia kejam? 255 00:24:16,913 --> 00:24:19,833 Tuanku berdua akan menimang anak-anak yang comel. 256 00:24:22,502 --> 00:24:25,005 Kamu akan sentiasa dengan beta, Brimsley. 257 00:24:25,005 --> 00:24:28,091 Ya, tuanku. Jangan risau, patik sentiasa di sini. 258 00:24:30,635 --> 00:24:34,097 Beta mahu buang air kecil. 259 00:24:34,973 --> 00:24:36,391 Kamu nak tengok jugakah? 260 00:24:38,018 --> 00:24:40,270 Semua keluar. Tuanku perlu bersendirian. 261 00:25:43,959 --> 00:25:46,211 Jangan tenung macam orang hulu. 262 00:25:46,211 --> 00:25:48,713 Berlagaklah macam kita biasa datang. 263 00:26:20,620 --> 00:26:22,330 Mereka semua sudah tiba. 264 00:26:22,330 --> 00:26:23,957 Beta mahu jumpa mereka 265 00:26:23,957 --> 00:26:27,210 supaya mereka tahu kedudukan mereka dan niat raja. 266 00:27:12,464 --> 00:27:15,425 Ayah kamu rapat dengan mantan raja, 267 00:27:15,425 --> 00:27:17,427 yakni nenda raja, bukan? 268 00:27:18,345 --> 00:27:20,555 Beta gembira kerana kalian datang 269 00:27:20,555 --> 00:27:23,933 ke upacara keluarga kami ini, Lord Danbury. 270 00:27:25,101 --> 00:27:26,478 Lord, patik... 271 00:27:26,478 --> 00:27:30,231 Kamu akan terima perisytiharan rasmi daripada raja. 272 00:27:31,232 --> 00:27:35,904 Kamu kini diberikan gelaran Lord dan Lady Danbury. 273 00:27:36,863 --> 00:27:39,616 Semua ahli masyarakat ini perlu ada gelaran. 274 00:27:39,616 --> 00:27:41,826 Masyarakat, tuanku? 275 00:27:41,826 --> 00:27:46,873 Sudah tiba masanya kita bersatu, bukan? 276 00:27:49,042 --> 00:27:51,211 Lord dan Lady Smythe-Smith. 277 00:27:52,629 --> 00:27:53,838 Lord Danbury. 278 00:27:54,673 --> 00:27:55,715 Cuba bayangkan. 279 00:27:56,299 --> 00:27:58,259 Saya sedang membayangkannya. 280 00:28:20,615 --> 00:28:21,449 Ada masalah. 281 00:28:23,576 --> 00:28:26,496 - Apa awak dah buat? - Pengantin perempuan hilang. 282 00:29:51,122 --> 00:29:52,290 Helo, cik puan. 283 00:29:52,290 --> 00:29:54,584 Cik perlukan bantuan? 284 00:29:55,168 --> 00:29:56,836 Tak perlu, terima kasih. 285 00:29:56,836 --> 00:29:59,756 Awak boleh masuk dan tunggu dengan tetamu lain. 286 00:29:59,756 --> 00:30:01,966 Baiklah. Tapi saya hairan. 287 00:30:01,966 --> 00:30:04,010 - Cik buat apa? - Tak ada apa-apa. 288 00:30:04,010 --> 00:30:05,637 Cik buat sesuatu. 289 00:30:05,637 --> 00:30:08,014 - Tak adalah. - Ada. 290 00:30:11,810 --> 00:30:15,396 Baiklah. Saya cari jalan terbaik untuk panjat tembok ini. 291 00:30:16,731 --> 00:30:17,774 Panjat... 292 00:30:18,483 --> 00:30:19,359 Untuk apa? 293 00:30:19,859 --> 00:30:21,110 Kerana dia mungkin hodoh. 294 00:30:21,110 --> 00:30:22,362 - Hodoh? - Atau jelik. 295 00:30:23,822 --> 00:30:24,823 Siapa, cik? 296 00:30:24,823 --> 00:30:27,575 Itu tak penting. Ia bukan urusan awak. 297 00:30:30,995 --> 00:30:31,913 Raja. 298 00:30:32,664 --> 00:30:36,084 Tiada sesiapa mahu cakap tentangnya. Jadi, dia tentu ganas dan hodoh. 299 00:30:36,084 --> 00:30:37,293 Baik. 300 00:30:37,293 --> 00:30:41,297 Mungkin jika saya berpaut di situ... Ya! Awak boleh angkat saya. 301 00:30:41,297 --> 00:30:42,382 Saya nak tanya. 302 00:30:42,382 --> 00:30:45,760 Cik tak suka orang hodoh atau jelik? Rupa pentingkah? 303 00:30:45,760 --> 00:30:47,387 Saya tak pedulikan rupa. 304 00:30:47,387 --> 00:30:50,598 Saya cuma tak suka kalau tak tahu. Tolong angkat saya. 305 00:30:50,598 --> 00:30:53,726 Mungkin saya boleh panjat ke seberang tembok. 306 00:30:53,726 --> 00:30:56,229 Cik mahu saya bantu cik lari? 307 00:30:56,229 --> 00:30:58,940 - Ya. - Orang akan sedar kehilangan cik. 308 00:30:58,940 --> 00:31:01,818 Itu masalah kemudian. Mari, tolong saya. 309 00:31:01,818 --> 00:31:04,028 Saya perlukan bantuan. Cepat. 310 00:31:05,363 --> 00:31:07,282 Saya tak mahu tolong cik. 311 00:31:10,743 --> 00:31:12,120 Saya dalam kesusahan. 312 00:31:12,704 --> 00:31:14,455 Awak tak mahu tolong? 313 00:31:15,290 --> 00:31:18,209 Saya tak mahu tolong jika wanita itu cuba mengelak 314 00:31:18,209 --> 00:31:20,253 daripada mengahwini saya. 315 00:31:25,925 --> 00:31:26,926 Helo, Charlotte. 316 00:31:30,638 --> 00:31:31,472 Saya George. 317 00:31:33,224 --> 00:31:34,434 Saya amat... 318 00:31:35,476 --> 00:31:36,311 Tuanku. 319 00:31:42,317 --> 00:31:43,443 Bukan tuanku. 320 00:31:45,153 --> 00:31:45,987 George. 321 00:31:49,407 --> 00:31:52,911 Saya memang "tuanku", tapi awak boleh panggil saya George. 322 00:31:52,911 --> 00:31:53,995 Saya... 323 00:31:54,996 --> 00:31:58,124 Maafkan saya. Kalau saya tahu awak... 324 00:31:58,124 --> 00:32:01,586 Awak nak buat apa? Tak cakap yang awak nak lari? 325 00:32:01,586 --> 00:32:02,754 Ya. Maksud saya... 326 00:32:03,588 --> 00:32:05,298 Ampunkan saya, tuanku. 327 00:32:05,298 --> 00:32:06,257 George. 328 00:32:08,259 --> 00:32:09,218 George saja. 329 00:32:13,056 --> 00:32:14,557 Masalah raja itu. 330 00:32:14,557 --> 00:32:16,267 Ia lebih penting daripada kita. 331 00:32:16,768 --> 00:32:18,728 Saya tak minta dilahirkan begini, 332 00:32:19,270 --> 00:32:22,190 tapi mungkin dengan awak sebagai isteri, 333 00:32:22,190 --> 00:32:24,734 abaikan saja dan panggil saya George. 334 00:32:24,734 --> 00:32:28,613 Tapi itu sebelum saya tahu yang awak tak mahu mengahwini saya. 335 00:32:28,613 --> 00:32:29,864 Saya tak kata begitu. 336 00:32:29,864 --> 00:32:31,199 - Awak kata. - Taklah. 337 00:32:31,199 --> 00:32:32,408 - Awak kata. - Bukan... 338 00:32:34,535 --> 00:32:35,870 Saya tak kenal awak. 339 00:32:36,537 --> 00:32:38,039 Saya pun tak kenal awak. 340 00:32:39,082 --> 00:32:42,627 Saya cuma tahu awak tak pandai panjat tembok. 341 00:32:43,336 --> 00:32:46,214 Cubalah panjat dengan gaun ini. 342 00:32:53,888 --> 00:32:54,973 Apa? 343 00:32:59,602 --> 00:33:00,853 Awak berbeza. 344 00:33:04,315 --> 00:33:07,026 Tiada sesiapa kata yang awak terlalu cantik untuk saya. 345 00:33:07,026 --> 00:33:09,654 Orang akan mengumpat, lagipun, saya jelik. 346 00:33:09,654 --> 00:33:10,697 Tuanku. 347 00:33:10,697 --> 00:33:11,614 George. 348 00:33:13,366 --> 00:33:15,284 - George. - Apa yang awak mahu tahu? 349 00:33:15,284 --> 00:33:16,202 Apa? 350 00:33:17,036 --> 00:33:20,123 Awak tak kenal saya. Apa awak mahu tahu tentang saya? 351 00:33:20,873 --> 00:33:21,708 Itu agak... 352 00:33:24,711 --> 00:33:25,628 Saya tak... 353 00:33:30,133 --> 00:33:30,967 Semuanya. 354 00:33:32,802 --> 00:33:33,678 Baiklah. 355 00:33:35,888 --> 00:33:36,973 Semuanya? 356 00:33:38,725 --> 00:33:40,101 Saya lahir tak cukup bulan. 357 00:33:40,101 --> 00:33:42,729 Orang fikir saya akan mati, tapi saya tak mati. 358 00:33:42,729 --> 00:33:45,565 Saya tahu bermain pedang, tapi lagi handal menembak. 359 00:33:45,565 --> 00:33:49,360 Saya suka daging kambing. Saya tak makan ikan. Tak sedap. 360 00:33:49,944 --> 00:33:53,448 Saya suka buku, karya seni dan perbualan yang menarik. 361 00:33:54,657 --> 00:33:57,452 - Saya paling suka sains. - Sains? 362 00:33:57,452 --> 00:34:00,872 Kimia, fizik, botani dan terutamanya astronomi. 363 00:34:00,872 --> 00:34:03,416 Bintang-bintang di langit. 364 00:34:03,416 --> 00:34:04,834 Saya tahu tanam pokok. 365 00:34:05,376 --> 00:34:07,211 Saya mungkin jadi petani kalau 366 00:34:08,296 --> 00:34:09,922 saya tiada tugas lain. 367 00:34:09,922 --> 00:34:12,800 Saya ada parut di sini kerana jatuh dari kuda. 368 00:34:12,800 --> 00:34:14,343 Saya ada parut di sini 369 00:34:15,470 --> 00:34:18,931 kerana cuai semasa guna pisau dan saya gementar 370 00:34:19,557 --> 00:34:23,394 kerana akan mengahwini gadis yang saya baru jumpa. 371 00:34:24,270 --> 00:34:26,939 Tapi saya perlu tunjuk berani dan tak panjat tembok 372 00:34:27,607 --> 00:34:30,234 kerana saya raja Great Britain dan Ireland, dan itu 373 00:34:30,777 --> 00:34:34,197 akan menggemparkan semua orang, tapi percayalah, 374 00:34:34,864 --> 00:34:38,409 saya tak jelik atau hodoh. 375 00:34:39,994 --> 00:34:41,204 Saya cuma George. 376 00:34:46,375 --> 00:34:48,878 Liebchen, kami cari kamu di merata tempat. 377 00:34:48,878 --> 00:34:50,129 Apa yang kamu... 378 00:34:51,339 --> 00:34:52,757 Tuanku. 379 00:34:54,092 --> 00:34:56,594 Kamulah pembawa suri hidup beta. 380 00:34:56,594 --> 00:34:59,764 Ya. Ampun, tuanku. Ya. Tidak... 381 00:34:59,764 --> 00:35:02,350 Kamu tiba tepat pada masanya. 382 00:35:02,350 --> 00:35:06,813 Charlotte perlu pilih sama ada dia mahu mengahwini beta atau tidak. 383 00:35:09,190 --> 00:35:12,985 - Charlotte teruja untuk... - Tidak, dia masih mempertimbangkannya. 384 00:35:13,903 --> 00:35:17,365 Dia mungkin mahu panjat ke seberang tembok. 385 00:35:18,533 --> 00:35:21,786 Apa-apa pun, pilihan di tangannya. 386 00:35:25,373 --> 00:35:28,501 Sekarang, beta perlu pergi kerana beta pasti 387 00:35:28,501 --> 00:35:31,420 pengawal dah mula fikir beta telah diculik. 388 00:35:32,922 --> 00:35:33,756 Charlotte. 389 00:35:41,556 --> 00:35:42,932 Saya harap awak datang. 390 00:35:45,726 --> 00:35:49,355 Saya akan berdiri di sebelah Ketua Biskop Canterbury. 391 00:36:02,243 --> 00:36:04,036 Jangan kata yang kamu belum pasti. 392 00:36:06,205 --> 00:36:07,456 Sebelum itu... 393 00:36:09,333 --> 00:36:10,668 Saya perlu salin gaun. 394 00:37:26,369 --> 00:37:28,788 Semuanya berlaku seperti yang sepatutnya. 395 00:37:28,788 --> 00:37:31,499 - Apa? - Saya kata dia nampak cantik. 396 00:38:29,724 --> 00:38:30,641 Awak dah sedia? 397 00:42:04,271 --> 00:42:06,232 - Jaga diri, tuanku. - Adolphus. 398 00:42:06,232 --> 00:42:09,693 Abang doakan kamu dapat anak secepat mungkin. 399 00:42:20,788 --> 00:42:22,164 Tuanku. 400 00:42:22,164 --> 00:42:25,000 Patik berbesar hati. Patik Lady Agatha Danbury. 401 00:42:25,000 --> 00:42:26,710 Patik orang istana tuanku. 402 00:42:26,710 --> 00:42:28,879 - Bolehlah kita berkawan baik. - Ya. 403 00:42:31,215 --> 00:42:33,092 Hati-hati, tuanku. 404 00:42:33,092 --> 00:42:35,886 Jika tuanku panggil patik, patik akan datang. 405 00:42:38,222 --> 00:42:39,932 Agatha, cepatlah. 406 00:42:39,932 --> 00:42:41,767 Sebentar, sayang. 407 00:42:52,861 --> 00:42:54,113 Ada kejutan untuk awak. 408 00:42:55,489 --> 00:42:56,407 Kejutan? 409 00:42:57,408 --> 00:43:00,786 Sebenarnya, hadiah. Awak perlu pakai jubah. 410 00:43:05,499 --> 00:43:07,418 - Tahniah. - Terima kasih. 411 00:43:21,515 --> 00:43:24,059 Apa kejutannya? Awak nak bawa saya ke mana? 412 00:43:24,059 --> 00:43:25,728 Tunggu dan lihat. 413 00:44:00,387 --> 00:44:01,513 Apa pendapat awak? 414 00:44:01,513 --> 00:44:03,682 Cantiknya. Siapa tinggal di sini? 415 00:44:04,767 --> 00:44:06,810 Saya reka semula untuk awak. 416 00:44:07,978 --> 00:44:10,397 Ini istana kita? George. 417 00:44:10,397 --> 00:44:11,774 Ini istana awak. 418 00:44:13,817 --> 00:44:15,944 Istana saya. Apa maksud awak? 419 00:44:15,944 --> 00:44:17,363 Awak tinggal di sini. 420 00:44:17,363 --> 00:44:19,782 Barang awak dah dipindahkan ke sini. 421 00:44:19,782 --> 00:44:21,408 Saya tak faham. 422 00:44:21,408 --> 00:44:24,411 Kalau ini istana saya, bukankah ia istana kita? 423 00:44:25,663 --> 00:44:28,290 Secara rasminya, kediaman kita Istana Sir James, 424 00:44:28,290 --> 00:44:29,917 tapi awak tinggal di sini. 425 00:44:30,501 --> 00:44:32,044 Awak pula tinggal... 426 00:44:32,044 --> 00:44:34,046 Saya ada istana di Kew. 427 00:44:35,798 --> 00:44:38,133 - Jadi, awak akan tinggal di Kew? - Ya. 428 00:44:38,133 --> 00:44:40,302 - Saya akan tinggal di sini? - Ya. 429 00:44:40,302 --> 00:44:41,679 Ini malam pertama kita. 430 00:44:41,679 --> 00:44:44,682 Malam dah lewat. Awak pun dah berjalan jauh. 431 00:44:44,682 --> 00:44:47,643 Jadi, masuklah. Awak perlu jumpa pekerja istana. 432 00:44:47,643 --> 00:44:51,271 - Awak perlu tidur. - Tidak, George. Ini malam pertama kita. 433 00:44:52,356 --> 00:44:53,357 Kita sepatutnya... 434 00:44:56,985 --> 00:44:57,945 Kita dah kahwin. 435 00:44:58,445 --> 00:45:01,115 Bukankah kita patut buat apa yang orang kahwin buat? 436 00:45:03,659 --> 00:45:06,328 Awak paksa saya jalankan tanggungjawab saya? 437 00:45:06,328 --> 00:45:08,497 Saya tak paksa. Saya... 438 00:45:08,497 --> 00:45:11,834 Saya pun tak tahu tanggungjawab kita. Saya cuma tahu... 439 00:45:11,834 --> 00:45:14,044 Takkah kita patut bersama malam ini? 440 00:45:14,878 --> 00:45:17,464 Pengasuh saya kata itulah yang berlaku. 441 00:45:25,514 --> 00:45:26,932 Baiklah. Saya tak balik. 442 00:45:26,932 --> 00:45:29,059 - George. - Betul. Tunggu apa lagi? 443 00:45:36,775 --> 00:45:38,944 George. 444 00:45:39,695 --> 00:45:43,532 - George, tunggulah dulu. - Tapi awak mahukan saya di bilik tidur. 445 00:45:43,532 --> 00:45:44,742 - Tidak. - Apa? 446 00:45:44,742 --> 00:45:46,452 Memanglah kalau sikap awak... 447 00:45:48,036 --> 00:45:50,789 Awak marah. Kenapa? Apa yang saya dah buat? 448 00:45:50,789 --> 00:45:52,541 Kalau saya salah, maaflah. 449 00:45:52,541 --> 00:45:54,710 Awak tak buat salah pun. Saya cuma... 450 00:45:55,335 --> 00:45:56,670 Saya cuma nak ke Kew. 451 00:45:56,670 --> 00:45:58,922 - Kita pergi bersama. - Tidak, saya... 452 00:45:59,506 --> 00:46:01,341 Awak tak mahu saya ikut awak. 453 00:46:01,925 --> 00:46:02,801 Ini istana awak. 454 00:46:02,801 --> 00:46:04,803 - Kew istana awak. - Ya. 455 00:46:05,637 --> 00:46:07,473 - Begitu, ya? - Awak faham pun. 456 00:46:08,223 --> 00:46:09,308 Jadi, awak tak apa-apa. 457 00:46:12,519 --> 00:46:14,104 Kita jumpa lagi nanti. 458 00:46:14,104 --> 00:46:15,939 Saya bukan tak apa-apa, saya... 459 00:46:16,857 --> 00:46:18,525 George, inikah caranya? 460 00:46:19,067 --> 00:46:21,153 Inikah perkahwinan kita? Kita hidup berasingan? 461 00:46:21,987 --> 00:46:22,905 Ya. 462 00:46:22,905 --> 00:46:23,989 Kenapa? 463 00:46:23,989 --> 00:46:25,949 Saya fikir ia... 464 00:46:28,118 --> 00:46:29,036 lebih mudah. 465 00:46:30,621 --> 00:46:31,497 Untuk siapa? 466 00:46:32,956 --> 00:46:33,791 Apa? 467 00:46:34,583 --> 00:46:36,001 Lebih mudah untuk siapa? 468 00:46:36,502 --> 00:46:38,629 - Saya atau awak? - Saya tak mahu bergaduh. 469 00:46:38,629 --> 00:46:40,672 Saya nak faham. Beritahulah saya... 470 00:46:40,672 --> 00:46:44,468 Saya tak perlu buat apa-apa. Ini keputusan saya. Saya raja awak! 471 00:46:51,308 --> 00:46:52,267 Maafkan saya. 472 00:46:53,018 --> 00:46:54,895 Saya ingat awak cuma George. 473 00:46:54,895 --> 00:46:56,480 Ampunkan saya, tuanku. 474 00:46:58,315 --> 00:46:59,191 Charlotte. 475 00:46:59,983 --> 00:47:01,401 Boleh saya minta diri 476 00:47:01,401 --> 00:47:03,403 atau tuanku ada perintah lain? 477 00:47:12,830 --> 00:47:14,331 Charlotte, ia lebih baik begini. 478 00:47:15,457 --> 00:47:16,917 Sudah tentu, tuanku. 479 00:47:18,418 --> 00:47:19,628 Saya akur. 480 00:47:48,282 --> 00:47:49,992 - Brimsley. - Ya, tuanku. 481 00:47:49,992 --> 00:47:52,995 - Kamu di sini juga. - Di mana jua tuanku berada. 482 00:47:54,621 --> 00:47:55,455 Beta tak apa-apa. 483 00:47:55,455 --> 00:47:57,541 - Ya, tuanku. - Jangan ikut beta. 484 00:47:57,541 --> 00:48:00,127 - Itu perlu. - Jangan panggil beta tuanku. 485 00:48:00,127 --> 00:48:03,380 Tuanku ratu. Tiada panggilan lain untuk tuanku. 486 00:48:03,380 --> 00:48:05,299 - Tapi janganlah ikut beta. - Tak boleh. 487 00:48:05,299 --> 00:48:08,093 Beta perintahkan kamu supaya jangan ikut beta. 488 00:48:08,093 --> 00:48:11,221 Patik bersumpah untuk menjaga tuanku sepanjang masa. 489 00:48:11,221 --> 00:48:12,431 Pergi dari sini. 490 00:48:14,016 --> 00:48:16,852 Lama-kelamaan tuan akan biasa dengan kehadiran patik. 491 00:48:19,479 --> 00:48:20,314 Baguslah. 492 00:48:22,399 --> 00:48:24,693 Kita boleh hidup bersama sampai mati. 493 00:48:27,237 --> 00:48:28,530 Mereka tak mabuk? 494 00:48:28,530 --> 00:48:31,325 Patik tak dapat jawab, tuanku. 495 00:48:31,325 --> 00:48:33,368 Sekarang belum pun pukul 11 pagi. 496 00:48:33,368 --> 00:48:34,536 Melampau betul. 497 00:48:40,542 --> 00:48:44,087 Yang Mulia Charlotte, Ratu United Kingdom. 498 00:48:44,796 --> 00:48:45,839 Helo, anak-anak. 499 00:48:50,636 --> 00:48:53,931 - Bonda, sekarang masih awal. - Janganlah panggil kami begini. 500 00:48:53,931 --> 00:48:56,266 Ini tak adil. Saya tak setuju. 501 00:48:56,266 --> 00:49:00,062 - Kami ada hidup sendiri. - Kami ada urusan kerja. 502 00:49:00,062 --> 00:49:03,065 Maksud kamu, bersetubuh dengan perempuan simpanan 503 00:49:03,065 --> 00:49:05,525 atau mendapatkan lagi anak luar nikah? 504 00:49:05,525 --> 00:49:08,195 Ada wanita yang mudah terpengaruh di sini. 505 00:49:08,862 --> 00:49:09,988 Mudah terpengaruh? 506 00:49:09,988 --> 00:49:11,365 Percayalah, Edward. 507 00:49:11,365 --> 00:49:14,201 Adik-beradik perempuan kamu takkan terpengaruh. 508 00:49:15,077 --> 00:49:18,747 Bonda harap mereka terpengaruh dan mula bersetubuh. 509 00:49:18,747 --> 00:49:22,751 Bolehlah bonda dapatkan cucu-cucu yang sah. 510 00:49:23,335 --> 00:49:27,464 Sebaliknya, anak dara di sebelah kiri, pelacur di sebelah kanan. 511 00:49:27,464 --> 00:49:29,257 Saya dah berkahwin. 512 00:49:29,841 --> 00:49:30,759 Ya. 513 00:49:30,759 --> 00:49:33,136 Mana anak-anak kamu? 514 00:49:33,637 --> 00:49:35,764 Kamu belum hasilkan waris diraja. 515 00:49:35,764 --> 00:49:37,057 Saya masih mencuba. 516 00:49:37,057 --> 00:49:39,101 Yakah? Betulkah? 517 00:49:39,726 --> 00:49:42,896 Sayang, bonda dah terangkan semuanya. 518 00:49:42,896 --> 00:49:44,606 Bonda dah lukis gambar. 519 00:49:45,524 --> 00:49:48,986 Betulkah cara kamu? Dia masukkan di tempatnya, bukan? 520 00:49:48,986 --> 00:49:50,278 Bonda! 521 00:49:50,278 --> 00:49:53,156 Satu-satunya waris takhta dah mangkat. 522 00:49:58,620 --> 00:50:01,748 Duka, duka. Doa. 523 00:50:03,000 --> 00:50:04,710 Itu hakikatnya. 524 00:50:04,710 --> 00:50:06,878 Anak perempuan bonda tiada anak. 525 00:50:06,878 --> 00:50:10,007 Anak lelaki bonda ada berdozen-dozen anak. 526 00:50:10,007 --> 00:50:12,467 Anak pelacur tak sah taraf. 527 00:50:12,467 --> 00:50:15,554 Kita ada seorang waris diraja, tapi dia dah tiada. 528 00:50:16,638 --> 00:50:18,265 Duka. Doa. 529 00:50:19,975 --> 00:50:21,768 Anak-anak, ini satu krisis. 530 00:50:22,352 --> 00:50:25,147 Bendahara dah bercakap tentangnya. 531 00:50:25,147 --> 00:50:29,526 Malah, Lady Whistledown pun sama, jadi semua orang pun turut serta. 532 00:50:29,526 --> 00:50:32,487 Bonda saja yang melebih-lebih. 533 00:50:32,487 --> 00:50:34,239 - Mungkin kesedihan... - Tidak! 534 00:50:34,865 --> 00:50:37,117 Sekarang, kamu perlu cari suami. 535 00:50:37,117 --> 00:50:40,495 Kamu pula perlu cari isteri daripada keluarga baik-baik. 536 00:50:41,079 --> 00:50:42,164 Buat sekarang. 537 00:50:42,873 --> 00:50:46,835 Salah seorang daripada kamu perlu dapatkan waris kerajaan, 538 00:50:46,835 --> 00:50:49,838 jika tidak, keturunan ayahanda kamu akan berakhir. 539 00:50:51,089 --> 00:50:52,966 Bonda mahu waris. 540 00:50:54,009 --> 00:50:55,677 Bonda, takkanlah bonda... 541 00:50:59,639 --> 00:51:02,350 Tugas ini tak sukar. 542 00:51:03,351 --> 00:51:07,856 Bonda dan ayahanda berjaya menimang 15 orang anak. 543 00:51:08,482 --> 00:51:11,902 Susah sangatkah untuk kamu semua dapatkan seorang? 544 00:51:35,217 --> 00:51:37,177 Saya sepatutnya panjat tembok. 545 00:51:56,571 --> 00:52:02,410 JACQUELINE AVANT DALAM KENANGAN 546 00:53:33,084 --> 00:53:37,464 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin