1
00:00:11,160 --> 00:00:14,920
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX
2
00:00:17,640 --> 00:00:18,920
Alam semesta
3
00:00:20,160 --> 00:00:25,200
menyediakan planet kita dengan
bahan yang diperlukan untuk hidupan hidup
4
00:00:26,240 --> 00:00:27,360
dan membesar.
5
00:00:29,480 --> 00:00:31,440
Tenaga mengalir dalam badan kita.
6
00:00:36,480 --> 00:00:38,520
Ritma harian yang kita ikut.
7
00:00:41,400 --> 00:00:43,880
Unsur yang membentuk kita.
8
00:00:47,280 --> 00:00:49,960
Tapi di sebalik semua keajaiban ini,
9
00:00:50,920 --> 00:00:52,840
terdapat kuasa misteri…
10
00:00:56,040 --> 00:00:58,520
yang memungkinkan segala perkara.
11
00:01:01,040 --> 00:01:01,920
Graviti.
12
00:01:08,600 --> 00:01:10,880
Ia mengawal segala kedudukan.
13
00:01:15,760 --> 00:01:17,480
Ia membentuk setiap bintang…
14
00:01:20,600 --> 00:01:22,280
dan membentuk setiap planet.
15
00:01:26,480 --> 00:01:28,600
Membimbing setiap kehidupan.
16
00:01:31,000 --> 00:01:33,400
Ia daya tarikan utama.
17
00:01:35,480 --> 00:01:40,240
Sangat mendalam.
sehingga ia menyatukan dua jiwa muda…
18
00:01:42,680 --> 00:01:45,880
dalam pencarian pasangan sempurna.
19
00:02:08,920 --> 00:02:13,280
DAYA TARIKAN
20
00:02:13,720 --> 00:02:18,880
Di Lautan Selatan,
lebih 2,000 kilometer dari Antartika…
21
00:02:20,080 --> 00:02:21,600
GEORGIA SELATAN
22
00:02:21,680 --> 00:02:25,320
…terletak pulau yang terdedah
kepada angin di Georgia Selatan.
23
00:02:29,920 --> 00:02:31,440
Tempat tinggal koloni
24
00:02:32,840 --> 00:02:35,480
setengah juta penguin raja.
25
00:02:44,080 --> 00:02:47,080
Hari yang penting bagi dua penguin.
26
00:02:52,600 --> 00:02:53,600
Ibu bapa baharu.
27
00:02:59,040 --> 00:03:00,680
Selama lebih 50 hari,
28
00:03:03,400 --> 00:03:07,480
ia bergilir-gilir menjaga
telur yang berharga supaya selamat…
29
00:03:10,920 --> 00:03:12,240
dan hangat.
30
00:03:14,920 --> 00:03:19,520
Hari ini, tiba masanya untuk menjemput
ketibaan anak jantannya di dunia.
31
00:03:30,800 --> 00:03:31,880
Rocky yang kecil,
32
00:03:35,080 --> 00:03:36,960
inilah dunia yang luas.
33
00:03:44,920 --> 00:03:47,440
Di seberang pulau,
34
00:03:48,320 --> 00:03:50,880
seekor anak penguin menyapa dunia.
35
00:03:54,720 --> 00:03:55,880
Anak betina.
36
00:03:57,200 --> 00:03:58,120
Paloma.
37
00:04:04,920 --> 00:04:09,240
Rocky dan Paloma belum tahu,
tapi dua penguin itu ditakdirkan bersama.
38
00:04:20,800 --> 00:04:24,120
Daya tarikan di luar kawalan
39
00:04:25,520 --> 00:04:27,280
akan menyatukan dua penguin.
40
00:04:35,920 --> 00:04:40,600
Kuasa ini bukan sekadar buat
Rocky dan Paloma berdiri di atas tanah,
41
00:04:45,800 --> 00:04:48,680
ia mengekalkan atmosfera planet kita.
42
00:04:55,000 --> 00:04:57,280
Buat Bumi terus mengelilingi Matahari.
43
00:05:03,040 --> 00:05:08,160
Matahari mengelilingi pusat galaksi kita,
44
00:05:09,920 --> 00:05:14,200
dan galaksi menari dan berputar
di sekeliling satu sama lain
45
00:05:16,040 --> 00:05:18,280
pada skala paling besar.
46
00:05:21,720 --> 00:05:25,360
Graviti mengawal semua benda
di alam semesta kita,
47
00:05:26,600 --> 00:05:28,040
menghubungkan segalanya.
48
00:05:31,600 --> 00:05:33,960
Daripada bintang paling jauh,
49
00:05:41,600 --> 00:05:43,280
kepada penguin paling kecil.
50
00:05:47,680 --> 00:05:52,400
Tapi Rocky dan Paloma tidak terfikir
tentang kewujudannya di kosmos ini,
51
00:05:56,440 --> 00:05:57,920
hanya makanan seterusnya.
52
00:06:03,960 --> 00:06:07,160
Ia mengambil segala usaha
ibu bapa yang prihatin…
53
00:06:09,840 --> 00:06:12,400
untuk memenuhi selera makan
yang tidak pernah puas.
54
00:06:20,960 --> 00:06:22,280
Tugas yang sukar…
55
00:06:25,520 --> 00:06:27,040
dan tidak pernah selesai.
56
00:06:42,640 --> 00:06:47,120
Ia buat sehabis baik untuk
menggemukkan anak sebelum musim sejuk.
57
00:06:50,040 --> 00:06:53,120
Sebab semakin besar Rocky dan Paloma,
58
00:06:55,200 --> 00:06:58,440
semakin pendek jangka siang.
59
00:07:04,280 --> 00:07:07,000
Makanan semakin sukar dicari.
60
00:07:11,880 --> 00:07:14,400
Ibu bapa penguin perlu meninggalkan pulau…
61
00:07:18,320 --> 00:07:21,480
dan mengembara beratus kilometer di laut
62
00:07:23,840 --> 00:07:25,120
untuk mencari makanan
63
00:07:27,160 --> 00:07:32,360
dan meninggalkan anak-anak penguin
selama berbulan untuk berdikari.
64
00:07:43,440 --> 00:07:46,040
Tangisan Paloma tidak terjawab…
65
00:07:48,200 --> 00:07:50,880
apabila malam pertama yang sunyi menyapa.
66
00:07:54,080 --> 00:07:56,880
Saat paling gelap
dalam kehidupan anak penguin.
67
00:08:05,200 --> 00:08:09,680
Namun ia tidak boleh dibandingkan
dengan saat paling gelap alam semesta.
68
00:08:12,800 --> 00:08:15,480
Suatu masa dahulu, sebelum kewujudan Bumi,
69
00:08:17,280 --> 00:08:18,400
Matahari,
70
00:08:19,640 --> 00:08:20,880
atau bintang,
71
00:08:25,520 --> 00:08:27,400
cahaya langsung tidak wujud.
72
00:08:30,240 --> 00:08:33,480
13.5 BILION TAHUN LALU
73
00:08:37,200 --> 00:08:41,400
Alam semesta hanya jaringan gas
yang gelap dan padat.
74
00:08:49,280 --> 00:08:53,280
Namun, graviti mula menunjuk keajaibannya.
75
00:08:56,600 --> 00:09:01,000
Graviti merupakan asas kepada segalanya.
76
00:09:07,400 --> 00:09:09,640
Sebahagian jaringan ditarik bersama…
77
00:09:12,000 --> 00:09:13,640
menjadi segumpal jirim…
78
00:09:17,160 --> 00:09:19,640
yang terus membesar.
79
00:09:24,920 --> 00:09:29,840
Sehingga ia menjadi sangat besar,
ia runtuh ke dalam,
80
00:09:32,000 --> 00:09:33,480
menjadi hidupan…
81
00:09:38,680 --> 00:09:42,160
sebagai bintang pertama.
82
00:09:50,800 --> 00:09:52,160
Graviti terus bekerja,
83
00:09:52,880 --> 00:09:57,440
mengukir jaringan julung
menjadi lebih banyak bintang,
84
00:09:59,920 --> 00:10:02,000
menariknya ke arah satu sama lain
85
00:10:03,520 --> 00:10:06,280
dan menjadi galaksi yang luas.
86
00:10:13,800 --> 00:10:15,000
Daripada kekosongan,
87
00:10:15,680 --> 00:10:19,840
graviti membentuk seluruh alam semesta
yang penuh dengan kemungkinan
88
00:10:22,760 --> 00:10:25,800
yang masih menghiasi langit malam kita.
89
00:10:35,800 --> 00:10:40,480
Tapi cahaya dari bintang yang jauh
tidak boleh buat anak penguin rasa hangat.
90
00:10:43,680 --> 00:10:45,280
Ibu bapa di lautan,
91
00:10:46,160 --> 00:10:49,120
Rocky dan Paloma semakin kurus,
92
00:10:50,560 --> 00:10:53,800
menjadi semakin lemah.
93
00:11:10,400 --> 00:11:12,880
Pelindung anak penguin daripada kesejukan
94
00:11:13,480 --> 00:11:14,840
hanyalah bulu
95
00:11:16,480 --> 00:11:17,440
dan satu sama lain.
96
00:11:19,600 --> 00:11:25,480
Kelangsungan hidup bergantung pada
ketepatan tarian satu bintang
97
00:11:26,320 --> 00:11:27,440
dan satu planet,
98
00:11:29,320 --> 00:11:34,080
yang direka tari oleh graviti
selama empat setengah bilion tahun lalu.
99
00:11:43,800 --> 00:11:47,720
Daripada lebihan debu dan gas
semasa pembentukan Matahari,
100
00:11:51,240 --> 00:11:54,160
graviti menarik semua batu kasar bersama.
101
00:12:01,880 --> 00:12:05,080
Dari masa ke masa
membentuk ia menjadi sebuah planet.
102
00:12:15,920 --> 00:12:19,280
Ia berbeza
daripada tempat tinggal kita sekarang,
103
00:12:21,720 --> 00:12:24,240
tapi ia memiliki potensi untuk hidupan.
104
00:12:28,040 --> 00:12:31,800
Bermandikan sinaran cahaya
Matahari yang baru lahir.
105
00:12:36,520 --> 00:12:41,400
Matahari yang sama,
selepas berbilion tahun, kini terbit.
106
00:12:45,640 --> 00:12:49,080
Memberi isyarat
kepada ibu bapa Rocky dan Paloma,
107
00:12:49,960 --> 00:12:52,560
ia masa untuk kembali ke Georgia Selatan…
108
00:12:56,960 --> 00:13:01,080
dengan perut yang penuh dengan ikan.
109
00:13:08,600 --> 00:13:14,480
Apabila matahari menyinari pantai,
sekali lagi, pulau menjadi tempat tinggal.
110
00:13:19,600 --> 00:13:22,880
Perjalanan ke pantai sesuatu yang mudah.
111
00:13:25,320 --> 00:13:28,480
Ibu bapa Rocky perlu mencari anaknya
112
00:13:29,240 --> 00:13:31,760
dalam kalangan beribu penguin lain.
113
00:13:42,600 --> 00:13:47,680
Di pantai, ibu bapa Paloma
menerima isyarat istimewa Paloma
114
00:13:48,600 --> 00:13:50,720
dan terus menemui Paloma.
115
00:13:58,240 --> 00:14:01,320
Akhirnya, ibu bapa Rocky dengar
116
00:14:01,840 --> 00:14:03,440
tangisan yang sangat jelas…
117
00:14:05,600 --> 00:14:07,080
anak kecilnya.
118
00:14:13,480 --> 00:14:17,600
Suara Rocky memiliki tanda unik
yang hanya dikenali ibu bapanya.
119
00:14:21,600 --> 00:14:23,200
Penyatuan semula keluarga.
120
00:14:25,240 --> 00:14:27,240
Dua perut anak itu
121
00:14:28,280 --> 00:14:30,200
kenyang akhirnya.
122
00:14:36,440 --> 00:14:40,160
Daripada bintang pertama
sehinggalah kelahiran galaksi,
123
00:14:40,240 --> 00:14:42,040
Matahari, dan planet,
124
00:14:43,480 --> 00:14:46,720
graviti menetapkan peringkat kehidupan.
125
00:14:53,800 --> 00:14:56,120
Tapi untuk Bumi menjadi tempat tinggal,
126
00:14:57,840 --> 00:15:01,280
graviti perlu menghantar
sedikit kecamukan kepada kita,
127
00:15:07,320 --> 00:15:10,680
Supaya evolusi boleh bersemarak.
128
00:15:20,200 --> 00:15:22,000
Beberapa bulan telah berlalu.
129
00:15:23,680 --> 00:15:25,800
Rocky dua kali lebih besar
130
00:15:28,000 --> 00:15:29,480
dan bersedia untuk cinta.
131
00:15:30,920 --> 00:15:33,680
Tapi ia bukan bujang yang berkelayakan
132
00:15:35,720 --> 00:15:39,080
jika ia tidak cergas dan kacak.
133
00:15:43,320 --> 00:15:45,600
Pertama, pakaian baharu.
134
00:15:50,680 --> 00:15:53,360
Menukar bulu yang comel dan gebu
135
00:15:55,880 --> 00:15:58,200
kepada kot yang berkilat dan kalis air.
136
00:16:00,920 --> 00:16:03,040
Ia bersedia untuk renangan pertama.
137
00:16:16,160 --> 00:16:17,960
Di seberang pantai,
138
00:16:19,760 --> 00:16:21,800
Paloma pun sudah bersedia.
139
00:16:31,560 --> 00:16:34,800
Selepas seumur hidup bermain di darat,
140
00:16:36,080 --> 00:16:38,560
ia menakutkan bagi kedua-dua penguin.
141
00:16:43,000 --> 00:16:44,840
Rocky sangka ia berenang,
142
00:16:49,000 --> 00:16:51,760
tapi Paloma yang berenang.
143
00:17:03,480 --> 00:17:07,480
Akhirnya Rocky sedar ia perlu berada
di dalam air untuk berenang.
144
00:17:12,680 --> 00:17:16,360
Burung-burung muda ini
akan mengembara selama dua tahun…
145
00:17:18,960 --> 00:17:21,600
dalam perjalanan yang berasingan.
146
00:17:26,560 --> 00:17:29,360
Ada kekayaan agung menanti di lautan,
147
00:17:32,280 --> 00:17:33,400
atas ihsan graviti…
148
00:17:36,360 --> 00:17:38,280
dan jiran terdekat kita.
149
00:17:43,920 --> 00:17:48,080
4.4 BILION TAHUN LALU
150
00:17:49,440 --> 00:17:51,760
Sejurus selepas planet kita terbentuk,
151
00:17:55,120 --> 00:17:57,640
ia bertembung dengan dunia muda lain.
152
00:18:13,280 --> 00:18:15,200
Daripada serpihan yang bersepah,
153
00:18:20,960 --> 00:18:24,320
graviti membentuk teman pengembara Bumi…
154
00:18:29,000 --> 00:18:29,840
iaitu Bulan.
155
00:18:36,680 --> 00:18:40,240
Impak itu menghentam Bumi
yang masih muda sehingga ia senget…
156
00:18:42,320 --> 00:18:44,160
dan huru-hara,
157
00:18:46,040 --> 00:18:48,800
berputar dan berpusing dengan sangat laju.
158
00:18:52,280 --> 00:18:54,440
Tapi selama berbilion tahun,
159
00:18:54,520 --> 00:18:58,320
tarikan graviti Bulan menjinakkan Bumi.
160
00:18:59,640 --> 00:19:01,760
Bulan semakin jauh.
161
00:19:02,920 --> 00:19:05,000
Putaran Bumi semakin perlahan.
162
00:19:07,400 --> 00:19:10,400
Ia telah mengubah kisah Bumi.
163
00:19:15,200 --> 00:19:19,160
Putaran perlahan
bermaksud jangka siang lebih panjang,
164
00:19:22,000 --> 00:19:28,640
dan lebih banyak jam untuk cahaya matahari
menembusi lautan secara berterusan…
165
00:19:40,120 --> 00:19:45,400
mencipta keadaan yang sesuai
untuk hidupan pertama lahir.
166
00:19:52,000 --> 00:19:56,160
Langkah pertama
dalam labirin kehidupan bawah air
167
00:19:57,000 --> 00:19:59,320
yang semakin membesar.
168
00:20:05,360 --> 00:20:10,160
Akhirnya memenuhi lautan
dengan keajaiban di luar bayangan.
169
00:20:24,560 --> 00:20:28,000
Keajaiban ini menyediakan
ekosistem yang lengkap
170
00:20:29,000 --> 00:20:31,520
untuk dua penguin yang sangat lapar,
171
00:20:35,120 --> 00:20:39,280
terpisah beratus kilometer
di lautan terbuka.
172
00:20:44,040 --> 00:20:47,400
Paloma telah tiba di perenggan kutub…
173
00:20:52,240 --> 00:20:56,520
tempat Lautan Selatan
bertemu lautan lebih hangat Atlantik,
174
00:20:56,600 --> 00:20:59,600
Pasifik, dan Lautan Hindi.
175
00:21:04,480 --> 00:21:08,160
Di sini, khasiat berpusar di bawah,
176
00:21:09,320 --> 00:21:11,720
memberi makan beribu spesies.
177
00:21:17,000 --> 00:21:22,200
Termasuk ikan lantera,
ikan kegemaran penguin raja.
178
00:21:27,160 --> 00:21:29,040
Ia hidup jauh di dasar air.
179
00:21:32,760 --> 00:21:34,840
Namun ia bukan masalah bagi Paloma.
180
00:21:36,560 --> 00:21:40,400
Ia mampu memburu
sejauh 300 meter di bawah permukaan.
181
00:22:02,840 --> 00:22:06,840
Penguin mampu menyelam dan memburu
pada kedalaman yang dalam.
182
00:22:10,160 --> 00:22:14,320
Namun untuk memahami penyesuaian
yang mengagumkan ini,
183
00:22:16,280 --> 00:22:21,080
anda perlu tahu kegiatan graviti
semasa 66 juta tahun lalu.
184
00:22:31,680 --> 00:22:35,360
Di bahagian sejuk sistem suria,
185
00:22:36,040 --> 00:22:39,360
berjuta ketulan ais dan batu
mengelilingi Matahari.
186
00:22:42,880 --> 00:22:45,680
Selalunya asteroid ini tidak bermasalah.
187
00:22:54,280 --> 00:22:56,800
Tapi kadangkala ia mengganggu.
188
00:23:00,720 --> 00:23:03,560
Di kawasan luar jaluran asteroid,
189
00:23:04,840 --> 00:23:08,600
terdapat satu batu,
sejauh sepuluh kilometer,
190
00:23:09,360 --> 00:23:12,680
telah terdedah kepada Matahari
selama beribu tahun.
191
00:23:16,880 --> 00:23:18,160
Sedikit demi sedikit,
192
00:23:19,040 --> 00:23:25,200
pemanasan mula mengubah tempat asteroid,
digelar Chicxclub. Ia keluar dari orbit.
193
00:23:28,120 --> 00:23:29,640
Sehingga graviti muncul,
194
00:23:32,000 --> 00:23:33,840
menariknya ke arah Matahari…
195
00:23:38,040 --> 00:23:41,320
dan asteroid itu berlanggar dengan Bumi.
196
00:23:48,160 --> 00:23:51,600
Pada kelajuan 72 ribu kilometer sejam.
197
00:24:00,520 --> 00:24:04,840
Impak itu mencetuskan
gelombang plasma yang sangat panas,
198
00:24:08,360 --> 00:24:12,360
menyebabkan kebakaran hutan
dan kemusnahan di serata planet,
199
00:24:15,160 --> 00:24:16,800
dan menghalang Matahari.
200
00:24:19,520 --> 00:24:23,080
Tiga perempat spesies Bumi terhapus.
201
00:24:25,680 --> 00:24:28,200
Ia berita buruk bagi dinosaur,
202
00:24:30,200 --> 00:24:33,840
tapi berita baik bagi penguin raja.
203
00:24:39,840 --> 00:24:41,400
Lebih kecil dan ringan,
204
00:24:42,080 --> 00:24:44,720
burung terselamat daripada impak itu.
205
00:24:46,920 --> 00:24:50,280
Ia berterbangan ke merata tempat.
206
00:24:53,640 --> 00:24:55,640
Pemangsa besar telah pupus,
207
00:24:58,360 --> 00:25:01,120
lautan penuh dengan ikan.
208
00:25:05,200 --> 00:25:09,120
Leluhur penguin menjadi penyelam mahir.
209
00:25:10,960 --> 00:25:12,240
Menyelam lebih jauh
210
00:25:13,360 --> 00:25:15,160
dan lebih lama di bawah
211
00:25:16,720 --> 00:25:22,800
sehingga, lama-kelamaan,
ia hilang kemampuan untuk terbang.
212
00:25:28,880 --> 00:25:30,960
Dulu ia berterbangan di langit…
213
00:25:34,880 --> 00:25:37,000
kini ia berenang di lautan.
214
00:25:42,680 --> 00:25:48,800
Penyesuaian sangat berharga
yang dimanfaatkan oleh Rocky dan Paloma.
215
00:25:53,800 --> 00:25:56,320
Ia lebih cergas dan kuat,
216
00:25:56,400 --> 00:25:59,760
ia bersedia untuk kembali
ke pantai kelahiran
217
00:25:59,840 --> 00:26:01,200
untuk mencari pasangan.
218
00:26:05,200 --> 00:26:07,480
Tapi kepulangannya terganggu…
219
00:26:15,800 --> 00:26:17,040
oleh paus pembunuh.
220
00:26:18,280 --> 00:26:21,080
Satu-satunya paus yang makan penguin.
221
00:26:25,160 --> 00:26:27,880
Paloma bergerak lebih laju.
222
00:26:32,880 --> 00:26:35,400
Ia perlumbaan hingga ke garisan penamat.
223
00:26:41,040 --> 00:26:42,600
Paus pembunuh laju,
224
00:26:47,920 --> 00:26:51,080
tapi penguin raja lebih laju.
225
00:27:12,800 --> 00:27:15,800
Paloma terlalu pantas untuk dikejar.
226
00:27:19,920 --> 00:27:24,280
Tapi Rocky menyorok
di hutan kelpa berdekatan pantai.
227
00:27:38,680 --> 00:27:42,200
Paus pembunuh yang kelaparan
langsung tidak berganjak.
228
00:28:00,080 --> 00:28:01,640
Rocky nampak jalan selamat
229
00:28:06,280 --> 00:28:07,720
dan bergegas ke pantai.
230
00:28:11,760 --> 00:28:14,280
Ia memang dah mahir berenang sekarang.
231
00:28:20,000 --> 00:28:23,560
Dah dua tahun ia berenang di lautan.
232
00:28:24,280 --> 00:28:27,400
Segalanya untuk pencarian agung.
233
00:28:29,120 --> 00:28:31,400
Pencarian cinta.
234
00:28:34,320 --> 00:28:38,760
Graviti membentuk Matahari,
Bumi, dan Bulan,
235
00:28:41,320 --> 00:28:44,240
mencipta rumah yang stabil
untuk hidupan di planet
236
00:28:45,200 --> 00:28:48,480
dan memacu evolusi ke arah baharu.
237
00:28:56,680 --> 00:29:00,680
Tapi kisah Rocky dan Paloma
memerlukan satu babak lagi,
238
00:29:03,200 --> 00:29:04,600
dicipta oleh graviti
239
00:29:06,240 --> 00:29:08,440
dalam jantung Matahari yang membara.
240
00:29:12,040 --> 00:29:12,920
Cahaya.
241
00:29:17,240 --> 00:29:19,560
Bintang kita hanya bersinar kerana,
242
00:29:19,640 --> 00:29:23,680
di tengahnya, pertarungan sengit berlaku.
243
00:29:28,040 --> 00:29:29,720
Graviti ditarik ke dalam…
244
00:29:31,720 --> 00:29:35,200
sementara tekanan yang kuat menolak.
245
00:29:41,800 --> 00:29:43,600
Perang graviti ini…
246
00:29:48,480 --> 00:29:51,640
menyebabkan atom berlanggar dan berlakur.
247
00:29:58,000 --> 00:30:00,400
Melepaskan poket tenaga yang kecil
248
00:30:02,240 --> 00:30:05,080
dalam bentuk foton.
249
00:30:12,320 --> 00:30:15,880
Ia bukan saja membanjiri Bumi
dengan tenaga untuk kehidupan,
250
00:30:18,240 --> 00:30:22,280
malah ia memberi Bumi cahaya.
251
00:30:26,920 --> 00:30:29,960
Cahaya yang menyimpan
keajaiban yang tersembunyi.
252
00:30:33,000 --> 00:30:35,800
Dalam setiap pancaran cahaya,
253
00:30:36,920 --> 00:30:38,040
terdapat pelangi.
254
00:30:41,320 --> 00:30:44,160
Setiap foton memiliki
panjang gelombang yang unik
255
00:30:45,440 --> 00:30:48,600
dan berinteraksi dengan bahan
yang membentuk dunia
256
00:30:49,120 --> 00:30:50,320
dengan cara berbeza.
257
00:31:01,880 --> 00:31:04,640
Beberapa panjang gelombang diserap.
258
00:31:06,160 --> 00:31:08,680
Selebihnya terpantul.
259
00:31:12,760 --> 00:31:18,000
Cara gelombang cahaya menyentuh mata
menentukan warna yang kita lihat.
260
00:31:22,400 --> 00:31:24,840
Kebolehan untuk melihat warna
261
00:31:25,680 --> 00:31:29,680
memainkan peranan penting
dalam permainan cinta penguin.
262
00:31:39,200 --> 00:31:43,480
Setelah bertahun-tahun makan di laut,
Rocky cergas dan kuat.
263
00:31:48,120 --> 00:31:51,400
Sifat yang ia perlu
untuk menarik hati pasangan.
264
00:31:58,200 --> 00:32:01,200
Pigmen yang ia sintesis sendiri
265
00:32:02,360 --> 00:32:04,800
buat bulu ia berwarna kuning terang,
266
00:32:07,000 --> 00:32:09,480
sangat sesuai untuk menunjuk gaya
267
00:32:11,360 --> 00:32:16,800
dan menarik perhatian
seekor burung dalam kumpulan ini…
268
00:32:22,520 --> 00:32:25,600
yang hanya melihat Rocky.
269
00:32:29,800 --> 00:32:30,640
Paloma.
270
00:32:44,520 --> 00:32:48,680
Cahaya bintang memantul
pada retina di belakang mata Paloma.
271
00:32:55,000 --> 00:33:00,480
Di sini, berjuta sel kon bekerja
untuk menyahkod setiap panjang gelombang,
272
00:33:07,000 --> 00:33:12,200
membolehkan Paloma untuk membezakan
satu warna dengan warna lain.
273
00:33:16,480 --> 00:33:17,840
Dalam sekelip mata,
274
00:33:18,360 --> 00:33:22,600
pasangan mabuk cinta ini bukan sekadar
mampu melihat dunia yang dikongsi
275
00:33:23,640 --> 00:33:26,280
malah memahami dunia itu
276
00:33:27,800 --> 00:33:30,280
dan menemui teman sejiwa.
277
00:33:36,840 --> 00:33:40,840
Percintaan ini bertukar menjadi
tarian yang direka dengan cermat.
278
00:33:43,600 --> 00:33:46,920
Setiap penguin mempamerkan
bulu kuning yang mempesonakan…
279
00:33:50,920 --> 00:33:52,920
untuk mengagumi penguin lain.
280
00:34:03,600 --> 00:34:07,080
Penguin lain mencuba nasib,
tapi hajat tidak kesampaian.
281
00:34:12,600 --> 00:34:14,360
Bulu kuning Rocky
282
00:34:16,560 --> 00:34:18,280
bukan satu-satunya tarikan Rocky.
283
00:34:22,240 --> 00:34:24,160
Apabila ia geleng kepala,
284
00:34:26,280 --> 00:34:28,280
ia mengekod mesej rahsia…
285
00:34:30,680 --> 00:34:32,680
dalam sinar ultraungu.
286
00:34:35,120 --> 00:34:37,240
Paruh menangkap sinaran Matahari
287
00:34:39,000 --> 00:34:40,760
dan memantulkan sinaran.
288
00:34:47,200 --> 00:34:49,360
Disebabkan satu sel kon ekstra,
289
00:34:51,760 --> 00:34:56,640
Rocky dan Paloma mampu melihat warna
di luar jangkauan kita.
290
00:34:58,240 --> 00:35:02,120
Isyarat sinar ultraungu ini
menawan hati Paloma.
291
00:35:04,040 --> 00:35:05,880
Ia pasangan yang sepadan.
292
00:35:12,840 --> 00:35:16,000
Membesarkan anak penguin tidak mudah.
293
00:35:17,880 --> 00:35:21,480
Ibu bapa penguin perlu berada
dalam keadaan sangat cergas.
294
00:35:26,320 --> 00:35:29,760
Bulu kuning yang mengagumkan
dan paruh yang berkilau
295
00:35:29,840 --> 00:35:32,800
ialah bukti kekuatan dan kemampuan,
296
00:35:34,320 --> 00:35:38,040
sifat penting untuk membesarkan keluarga.
297
00:35:41,360 --> 00:35:44,120
Dalam beribu-ribu burung,
298
00:35:45,000 --> 00:35:46,840
Rocky dan Paloma…
299
00:35:49,640 --> 00:35:51,280
menemui satu sama lain.
300
00:36:00,760 --> 00:36:03,480
Daripada getaran pertama
dalam jaringan kosmos…
301
00:36:09,560 --> 00:36:11,680
sehinggalah kelahiran Matahari,
302
00:36:13,680 --> 00:36:14,560
planet,
303
00:36:15,840 --> 00:36:16,720
dan Bulan,
304
00:36:21,680 --> 00:36:25,000
impak yang telah menulis sejarah Bumi
305
00:36:27,800 --> 00:36:33,160
sehingga kuasa yang menghidupkan Matahari,
mewarnai dunia kita dengan warna,
306
00:36:35,280 --> 00:36:40,280
graviti memainkan peranan
dalam semua peristiwa ini.
307
00:36:44,200 --> 00:36:48,200
Menyatukan dua penguin ini
untuk menemui detik istimewa…
308
00:36:51,920 --> 00:36:54,080
di pulau istimewa ini.
309
00:36:58,240 --> 00:37:03,800
Sejurus sebelum sesuatu
yang lebih istimewa dihantar ke Bumi.
310
00:37:04,800 --> 00:37:09,760
Rocky dan Paloma
akan menimang cahaya mata.
311
00:37:13,680 --> 00:37:15,440
Membawa hidupan baharu,
312
00:37:16,160 --> 00:37:19,080
dan mungkin cinta baharu,
313
00:37:21,880 --> 00:37:25,720
dengan graviti sebagai pembimbing setia.
314
00:37:33,880 --> 00:37:35,440
Di serata bumi,
315
00:37:36,440 --> 00:37:38,920
kehidupan mempesona dalam kepelbagaian.
316
00:38:04,520 --> 00:38:10,880
Ia mengambil masa 13.8 bilion tahun
untuk tiba di detik berharga
317
00:38:10,960 --> 00:38:13,680
dalam masa dan ruang.
318
00:38:22,520 --> 00:38:25,720
Setiap haiwan dibuat daripada bintang,
319
00:38:27,720 --> 00:38:29,800
diselaraskan dengan planet,
320
00:38:31,440 --> 00:38:34,720
dan dikekalkan dengan hadiah dari kosmos
321
00:38:34,800 --> 00:38:38,400
yang tiba secara kebetulan.
322
00:38:52,320 --> 00:38:55,120
Semuanya terletak dengan teratur
323
00:38:56,040 --> 00:38:58,960
oleh daya tarikan asal yang muktamad.
324
00:39:07,320 --> 00:39:09,520
Kisah alam semesta kita
325
00:39:09,600 --> 00:39:14,440
merupakan kisah yang menceritakan
tentang kewujudan hidupan di planet ini…
326
00:39:17,880 --> 00:39:19,600
yang digelar rumah.
327
00:39:23,080 --> 00:39:27,240
Kisah yang masih ditulis.
328
00:39:57,720 --> 00:40:02,720
Terjemahan sari kata oleh
Zarifah Kamarulhisham