1
00:00:08,800 --> 00:00:12,760
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX
2
00:00:14,200 --> 00:00:17,600
Setiap tahun, hanya selama beberapa bulan,
3
00:00:19,240 --> 00:00:23,160
air tawar mengalir ke Delta Okavango.
4
00:00:27,680 --> 00:00:29,360
Mencipta tempat yang sesuai…
5
00:00:31,360 --> 00:00:33,480
untuk sekeluarga kecil gajah,
6
00:00:38,000 --> 00:00:41,840
dan taman permainan
untuk dua ekor anak gajah yang muda,
7
00:00:44,520 --> 00:00:45,600
Bosigo…
8
00:00:47,680 --> 00:00:50,760
dan sepupu Bosigo yang masih bayi, Metsi.
9
00:00:59,440 --> 00:01:05,400
Bosigo dan Metsi baru mula
bermanja-manjaan dengan air.
10
00:01:09,000 --> 00:01:10,320
Tapi dari sekarang,
11
00:01:11,200 --> 00:01:13,720
nyawa gajah itu akan ditentukan oleh air.
12
00:01:15,960 --> 00:01:19,000
Molekul yang berharga ini…
13
00:01:21,400 --> 00:01:22,720
dihantar ke Bumi…
14
00:01:25,400 --> 00:01:29,640
oleh kuasa mengagumkan
di alam semesta kita.
15
00:01:36,200 --> 00:01:38,520
Ia telah mengubah planet ini…
16
00:01:41,760 --> 00:01:43,200
menjadi tempat perlindungan…
17
00:01:48,600 --> 00:01:49,560
untuk hidupan.
18
00:02:11,640 --> 00:02:18,640
DUNIA AIR
19
00:02:22,080 --> 00:02:26,120
DELTA OKAVANGO, BOTSWANA
20
00:02:26,200 --> 00:02:27,720
Musim panas telah tiba.
21
00:02:30,360 --> 00:02:34,200
Tempat yang dulunya
seindah syurga telah tiada.
22
00:02:37,360 --> 00:02:39,840
Air tawar yang membanjiri delta…
23
00:02:42,800 --> 00:02:45,360
hanya bertahan selama beberapa bulan.
24
00:02:46,720 --> 00:02:48,800
Lopak air semakin mengering.
25
00:02:50,520 --> 00:02:51,360
dengan pantas.
26
00:02:58,520 --> 00:03:00,320
Hanya satu maksud
27
00:03:00,400 --> 00:03:03,640
bagi beribu gajah yang tinggal di sini.
28
00:03:06,240 --> 00:03:08,200
Masa untuk meneruskan perjalanan.
29
00:03:21,960 --> 00:03:26,400
Metsi dan Bosigo hanya tahu
tentang tempat ini.
30
00:03:28,720 --> 00:03:32,080
Tapi dalam masa beberapa minggu,
air akan hilang.
31
00:03:36,160 --> 00:03:40,000
Keluarga itu perlu meninggalkan delta
dengan ahli keluarga lain.
32
00:03:41,160 --> 00:03:43,120
Sekawan gajah betina,
33
00:03:43,200 --> 00:03:46,200
kakak, mak cik, dan sepupu.
34
00:03:48,080 --> 00:03:49,680
Dipimpin oleh neneknya,
35
00:03:50,760 --> 00:03:53,520
ketua kawanan yang hebat, Pula.
36
00:03:58,360 --> 00:04:02,440
Ia memulakan perjalanan
dengan beribu keluarga gajah lain.
37
00:04:05,160 --> 00:04:06,400
Keluar ke gurun,
38
00:04:10,280 --> 00:04:11,600
untuk mencari air.
39
00:04:18,800 --> 00:04:20,480
Selama lapan bulan seterusnya,
40
00:04:20,560 --> 00:04:24,840
ia akan berhijrah
dari satu lopak air ke lopak air lain
41
00:04:27,320 --> 00:04:30,160
dan melalui laluan gajah purba
42
00:04:31,200 --> 00:04:33,920
menggunakan ilmu ketua kawanan, Pula,
43
00:04:35,320 --> 00:04:37,720
yang turun-temurun selama bergenerasi.
44
00:04:40,480 --> 00:04:43,040
Laluan ini akan merisikokan nyawa gajah.
45
00:04:45,080 --> 00:04:50,560
Ia memerlukan setiap deria luar biasa
untuk berdepan dengan bahaya.
46
00:04:55,640 --> 00:04:58,840
Perjalanan ini bukan satu pilihan.
47
00:05:04,640 --> 00:05:07,080
Tanpa air, gajah akan mati.
48
00:05:11,320 --> 00:05:13,320
Di planet biru kita,
49
00:05:13,960 --> 00:05:16,960
air cecair tawar tidak banyak.
50
00:05:20,160 --> 00:05:23,400
Jika kita mencari
di luar sempadan planet kita,
51
00:05:25,480 --> 00:05:27,000
ia masih tidak banyak.
52
00:05:30,320 --> 00:05:32,880
Gurun yang paling gersang di Bumi pun
53
00:05:33,640 --> 00:05:38,080
tidak mampu menandingi kegersangan
yang wujud di dalam sistem suria kita.
54
00:05:41,560 --> 00:05:44,080
Di bahagian luar yang sejuk,
55
00:05:48,880 --> 00:05:50,280
ZUHAL
56
00:05:50,360 --> 00:05:52,720
satu-satunya air permukaan ialah ais.
57
00:05:56,880 --> 00:05:59,320
Macam bulan beku Zuhal,
58
00:06:01,640 --> 00:06:07,400
tempat pancuran ais
memancur keluar berkilometer ke angkasa.
59
00:06:14,520 --> 00:06:17,800
Lebih dekat dengan Matahari, di Marikh,
60
00:06:18,720 --> 00:06:21,840
air mengering
disebabkan angin suria yang ganas.
61
00:06:32,640 --> 00:06:34,240
Di Zuhrah,
62
00:06:34,320 --> 00:06:36,040
air terus mendidih.
63
00:06:45,560 --> 00:06:47,760
Hanya ada satu dunia yang kita tahu
64
00:06:48,440 --> 00:06:51,840
yang memiliki air cecair
pada permukaannya.
65
00:06:57,120 --> 00:06:59,000
Planet biru yang samar.
66
00:07:00,920 --> 00:07:02,000
Rumah kita.
67
00:07:08,160 --> 00:07:09,960
Di tempat tinggal kita,
68
00:07:10,800 --> 00:07:16,840
air mendorong sebuah keluarga
untuk mencari air demi ketahanan hidup.
69
00:07:24,600 --> 00:07:26,840
Sebulan selepas meninggalkan delta,
70
00:07:27,920 --> 00:07:30,920
yang tinggal hanya kolam lumpur
yang berselerakan.
71
00:07:34,840 --> 00:07:40,120
Semakin hari ia semakin kurang dan jauh.
72
00:07:43,840 --> 00:07:48,480
Pula menggunakan ingatan yang kuat
untuk membawa keluarganya ke lopak air.
73
00:07:55,040 --> 00:07:57,120
Ia boleh ingat laluan yang betul,
74
00:07:57,880 --> 00:07:59,480
walaupun selepas berdekad.
75
00:08:03,680 --> 00:08:05,760
Sudah seharian ia berjalan,
76
00:08:06,480 --> 00:08:09,640
dan sekawan gajah itu sangat dahaga.
77
00:08:13,800 --> 00:08:19,600
Termasuklah seratus tiga puluh ribu
gajah lain yang tinggal di Botswana.
78
00:08:31,240 --> 00:08:34,800
Musim kering membawa kawanan
dari pelbagai tempat…
79
00:08:39,840 --> 00:08:42,000
untuk berkumpul di lopak air ini.
80
00:08:52,160 --> 00:08:56,360
Semua kawanan bersaing
untuk sumber yang semakin berkurangan.
81
00:09:15,120 --> 00:09:19,240
Gajah dewasa mengajar gajah muda
helah ketahanan hidup yang pintar,
82
00:09:20,000 --> 00:09:23,920
cara mencari air tawar dalam kolam lumpur.
83
00:09:29,240 --> 00:09:34,000
Cara mengguna air berlumpur
sebagai pelindung yang menyegarkan.
84
00:09:36,880 --> 00:09:40,880
Kulit yang berkedut sesuai
untuk menyimpan air dan menyejukkan badan.
85
00:09:49,480 --> 00:09:53,080
Tapi Metsi dan Bosigo sedar…
86
00:09:56,120 --> 00:09:58,520
kolam lumpur bukan hanya untuk diminum.
87
00:10:00,080 --> 00:10:01,640
Ia taman air.
88
00:10:15,000 --> 00:10:16,960
Banyak ekor gajah yang dahaga,
89
00:10:17,480 --> 00:10:19,720
kini lopak air telah kering.
90
00:10:26,160 --> 00:10:28,000
Keluarga Pula perlu bertahan
91
00:10:31,840 --> 00:10:37,600
dan cuba sampai ke lopak air seterusnya
sebelum matahari terik buat ia kering.
92
00:10:40,720 --> 00:10:44,080
Pertarungan antara matahari
dengan bumi yang hangat
93
00:10:44,160 --> 00:10:47,280
telah berlaku sejak dunia kita lahir.
94
00:10:52,040 --> 00:10:56,000
Sebelum planet kita berwarna biru.
95
00:11:04,160 --> 00:11:06,840
Empat setengah bilion tahun lalu,
96
00:11:12,600 --> 00:11:15,160
Bumi masih muda.
97
00:11:16,640 --> 00:11:18,920
Bebola batu lebur.
98
00:11:23,440 --> 00:11:27,360
Ditakdirkan menjadi dunia
yang kering dan tandus.
99
00:11:31,440 --> 00:11:35,880
Namun, berjuta kilometer
di bahagian paling sejuk sistem suria,
100
00:11:41,040 --> 00:11:42,720
air hablur terbentuk
101
00:11:43,680 --> 00:11:46,760
pada permukaan zarah debu.
102
00:11:54,480 --> 00:11:59,760
Lama-kelamaan, bijian debu ini
bergumpal bersama menjadi asteroid.
103
00:12:01,520 --> 00:12:03,920
Berjuta-juta asteroid.
104
00:12:06,080 --> 00:12:09,600
Kemudian ia menjadi jaluran asteroid.
105
00:12:11,240 --> 00:12:14,440
Hamparan batu berais yang luas.
106
00:12:17,640 --> 00:12:21,880
Ia terletak jauh dari capaian Bumi.
107
00:12:25,840 --> 00:12:27,680
Namun nasib telah menentukan,
108
00:12:28,400 --> 00:12:30,280
planet raksasa sedang bergerak.
109
00:12:34,720 --> 00:12:39,000
MUSYTARI
4.5 BILION TAHUN LALU
110
00:12:39,080 --> 00:12:40,160
Musytari muda.
111
00:12:41,160 --> 00:12:43,120
Raksasa planet.
112
00:12:48,040 --> 00:12:51,040
Kuasa dalam sistem suria dalaman
yang kuat bergelora
113
00:12:51,640 --> 00:12:55,520
perlahan-lahan menariknya
ke arah Matahari.
114
00:13:00,760 --> 00:13:04,040
Laluan pelayaran yang membawa
ke arah pandu perlanggaran
115
00:13:04,760 --> 00:13:06,440
dengan jaluran asteroid.
116
00:13:22,080 --> 00:13:24,560
Apabila ia berlanggar dengan asteroid,
117
00:13:28,480 --> 00:13:33,560
kuasa graviti yang kuat menyebabkan
batu berterbangan ke seluruh arah.
118
00:13:41,880 --> 00:13:46,160
Namun, dalam kecamukan dan kemusnahan ini,
119
00:13:46,240 --> 00:13:49,040
lahirlah anugerah kosmos terhebat.
120
00:13:55,120 --> 00:14:00,760
Batu berais yang penuh dengan air
berterbangan ke arah Bumi.
121
00:14:06,360 --> 00:14:11,360
Membantu hidupan untuk terus hidup.
122
00:14:15,720 --> 00:14:17,280
Selama berbilion tahun,
123
00:14:17,360 --> 00:14:21,480
asteroid sudah sebati
dengan Bumi semasa pembentukannya.
124
00:14:25,680 --> 00:14:29,240
Terperangkap dalam kegawatan
yang berpunca daripada Musytari,
125
00:14:30,920 --> 00:14:34,120
dihantar jauh ke Bumi oleh asteroid,
126
00:14:35,800 --> 00:14:39,800
perjalanan molekul air
untuk sampai ke sini tidak mudah.
127
00:14:42,760 --> 00:14:45,160
Perjalanan air masih jauh.
128
00:14:46,320 --> 00:14:49,320
Terpenjara selama berjuta tahun,
129
00:14:50,200 --> 00:14:52,640
terkunci dalam teras lebur Bumi,
130
00:14:55,640 --> 00:14:57,400
menunggu keajaiban lain…
131
00:15:00,600 --> 00:15:01,960
untuk pembebasan.
132
00:15:12,040 --> 00:15:15,960
Hari ini, kebanyakan air Bumi
masih terperangkap di bawah tanah.
133
00:15:23,880 --> 00:15:29,000
Gajah memiliki kemahiran istimewa
untuk mencari air bawah tanah.
134
00:15:39,400 --> 00:15:41,960
Kolam lumpur pun telah kering.
135
00:15:43,240 --> 00:15:46,120
Musim kering menjadi musim kemarau penuh.
136
00:15:49,560 --> 00:15:51,880
Namun, Pula memiliki kuasa terbesar.
137
00:15:54,200 --> 00:15:55,720
Belalai Pula yang hebat,
138
00:15:57,240 --> 00:15:59,880
penuh dengan berjuta penerima deria,
139
00:16:02,000 --> 00:16:04,440
boleh menghidu air sejauh berkilometer,
140
00:16:09,040 --> 00:16:12,880
dan menunjuk tepat sumber air bawah tanah.
141
00:16:23,720 --> 00:16:25,480
Tapi tanah itu perlu digali.
142
00:16:33,880 --> 00:16:35,720
Metsi tidak mahir menggali,
143
00:16:40,840 --> 00:16:43,080
tapi Bosigo sangat mahir.
144
00:16:51,520 --> 00:16:54,680
Metsi diberi tawaran untuk minum.
145
00:17:00,360 --> 00:17:02,640
Namun air itu tetap tidak cukup.
146
00:17:07,280 --> 00:17:10,040
Tapi jika air terus terperangkap
di dalam Bumi,
147
00:17:11,520 --> 00:17:13,240
maka tiada air untuk diminum.
148
00:17:17,800 --> 00:17:19,680
Tiada gajah yang hidup.
149
00:17:23,200 --> 00:17:25,280
Tiada hidupan yang hidup.
150
00:17:37,800 --> 00:17:41,160
Selepas air dihantar oleh asteroid,
151
00:17:41,240 --> 00:17:43,480
dan dimamah oleh Bumi,
152
00:17:45,640 --> 00:17:48,280
ia terperangkap dalam batu sebagai hablur
153
00:17:50,200 --> 00:17:51,800
jauh di dalam planet.
154
00:17:57,560 --> 00:18:00,160
Ia terkubur selama berjuta tahun,
155
00:18:01,160 --> 00:18:04,280
di bawah lautan magma yang luas.
156
00:18:12,920 --> 00:18:17,880
Sehingga perlahan-lahan, Bumi menyejuk.
157
00:18:21,360 --> 00:18:25,880
Permukaannya mengeras
menjadi kerak yang tebal.
158
00:18:29,680 --> 00:18:34,000
Akhirnya, bahagian dalaman
yang mendidih itu pecah.
159
00:18:43,720 --> 00:18:45,600
Gunung berapi yang besar
160
00:18:47,080 --> 00:18:50,880
melepaskan gas dan wap
berkilometer ke langit.
161
00:18:58,720 --> 00:19:04,000
Akhirnya, molekul air bebas,
162
00:19:11,080 --> 00:19:13,800
maka terbentuk awan pertama.
163
00:19:18,480 --> 00:19:21,080
Membesar dan berkembang
selama berjuta tahun,
164
00:19:21,760 --> 00:19:23,400
penuh dengan air.
165
00:19:28,320 --> 00:19:31,120
Sehingga suhu turun cukup rendah…
166
00:19:38,920 --> 00:19:41,480
untuk titisan hujan pertama…
167
00:19:46,920 --> 00:19:50,560
terbentuk dan turun.
168
00:20:08,800 --> 00:20:11,000
Seterusnya, berlaku empohan…
169
00:20:16,240 --> 00:20:18,640
yang berkekalan selama beribu tahun.
170
00:20:30,040 --> 00:20:32,080
Lopak bertukar menjadi sungai.
171
00:20:41,520 --> 00:20:45,760
Tasik menjadi lautan,
172
00:20:53,480 --> 00:20:57,560
dan lautan yang luas
membanjiri permukaan Bumi.
173
00:21:15,920 --> 00:21:20,120
Di sini, air mencipta satu keajaiban.
174
00:21:25,320 --> 00:21:26,840
Hidupan pertama.
175
00:21:31,080 --> 00:21:33,680
Daripada sel-sel pertama,
176
00:21:35,000 --> 00:21:38,040
terbentuk semua benda hidup.
177
00:21:40,640 --> 00:21:43,960
Air merupakan bahan asas
178
00:21:44,040 --> 00:21:48,000
setiap sel dalam setiap makhluk di Bumi.
179
00:21:57,360 --> 00:21:58,440
Hari ini,
180
00:22:01,320 --> 00:22:06,400
kawanan ini masih membawa
air purba yang terkandung dalam badan.
181
00:22:18,040 --> 00:22:20,320
Ia mengangkut zat makanan dan oksigen.
182
00:22:30,200 --> 00:22:32,000
Buat setiap jantung berdenyut.
183
00:22:38,920 --> 00:22:41,160
Mendorong setiap nafas.
184
00:22:46,640 --> 00:22:49,240
Hidupan berkembang disebabkan air.
185
00:22:51,000 --> 00:22:54,960
Jadi tiada hidupan boleh hidup tanpa air.
186
00:23:01,920 --> 00:23:05,480
Di Botswana, musim kemarau semakin teruk.
187
00:23:11,080 --> 00:23:13,880
Tempat tinggal gajah terbakar.
188
00:23:22,600 --> 00:23:25,520
Kawanan ini berjaya melarikan diri
189
00:23:29,040 --> 00:23:31,240
tapi ia bertemu ancaman baharu.
190
00:23:37,560 --> 00:23:40,320
Dalam kemarau ini, semua makhluk merana…
191
00:23:43,680 --> 00:23:46,160
kerana dahaga dan lapar.
192
00:23:52,600 --> 00:23:56,960
Bagi singa, anak gajah cukup
untuk menghilangkan dahaga dan lapar.
193
00:24:14,200 --> 00:24:17,320
Gajah dewasa mengepung Metsi dan Bosigo.
194
00:24:24,720 --> 00:24:26,960
Sekadar untuk mengelak ancaman.
195
00:24:30,680 --> 00:24:33,080
Tapi singa ialah makhluk yang penyabar.
196
00:24:36,880 --> 00:24:40,560
Kawanan itu masih perlu menyeberangi
tanah terbiar yang bahaya…
197
00:24:42,600 --> 00:24:44,400
untuk tiba di lopak air seterusnya.
198
00:24:48,520 --> 00:24:50,680
Ia memerlukan tali keselamatan.
199
00:24:53,760 --> 00:24:56,040
Bumi menyediakan tali keselamatan
200
00:24:57,720 --> 00:25:00,120
di tempat yang langsung tidak terjangka.
201
00:25:05,320 --> 00:25:08,000
Pokok akasia merupakan satu harapan.
202
00:25:13,880 --> 00:25:16,800
Tempat perlindungan
untuk pelbagai jenis makhluk.
203
00:25:24,880 --> 00:25:28,320
Akar akasia tertanam jauh di bawah tanah.
204
00:25:28,400 --> 00:25:30,440
Gajah tidak mampu menggali sedalam itu.
205
00:25:41,240 --> 00:25:43,360
Air bawah tanah yang diserap dahan…
206
00:25:47,360 --> 00:25:48,520
dan daun.
207
00:26:01,000 --> 00:26:04,480
Air yang cukup untuk meneruskan hidup.
208
00:26:08,280 --> 00:26:10,840
Ia sangat penting bagi ibu Metsi,
209
00:26:12,680 --> 00:26:14,480
yang masih menyusukan anaknya.
210
00:26:18,320 --> 00:26:21,800
Namun ia bukan sekadar oasis tempatan.
211
00:26:25,360 --> 00:26:28,480
Ia pautan penting
dalam kitaran air yang kekal.
212
00:26:32,720 --> 00:26:36,800
Pokok akasia menghubungkan
tanah dengan langit.
213
00:26:43,600 --> 00:26:46,080
Melepaskan oksigen dan wap.
214
00:26:55,000 --> 00:26:59,320
Memberi makan awan dan membantu
perjalanan air di sekeliling planet.
215
00:27:07,400 --> 00:27:12,400
Sejak hujan memberi khasiat
kepada pucuk hijau pertama…
216
00:27:16,320 --> 00:27:18,840
dan memberi nyawa kepada pokok pertama,
217
00:27:24,120 --> 00:27:27,720
tumbuhan buat planet
menjadi planet yang boleh didiami.
218
00:27:35,280 --> 00:27:40,040
Menghidupkan bebola batu yang tandus.
219
00:27:45,880 --> 00:27:48,760
Namun kurniaan alam semesta
220
00:27:50,320 --> 00:27:52,760
tetap boleh dirampas.
221
00:28:01,280 --> 00:28:02,760
Suatu masa dahulu,
222
00:28:04,080 --> 00:28:09,480
terdapat planet lain
yang permukaannya dilitupi air cecair.
223
00:28:12,680 --> 00:28:17,280
MARIKH
3.5 BILION TAHUN LALU
224
00:28:18,080 --> 00:28:20,600
Dunia air, sama macam dunia kita.
225
00:28:25,720 --> 00:28:28,440
Kuasa sama yang menghantar air ke Bumi
226
00:28:29,440 --> 00:28:32,000
menghantar air ke Marikh.
227
00:28:35,200 --> 00:28:37,440
Dengan kehadiran atmosfera,
228
00:28:37,520 --> 00:28:38,640
awan terbentuk.
229
00:28:40,480 --> 00:28:41,480
Hujan turun.
230
00:28:43,000 --> 00:28:44,440
Sungai mengalir.
231
00:28:48,800 --> 00:28:52,160
Lautan yang menggunung.
232
00:28:57,240 --> 00:28:59,960
Sebuah dunia yang penuh kemungkinan.
233
00:29:00,040 --> 00:29:02,320
Memiliki potensi untuk hidupan,
234
00:29:06,600 --> 00:29:08,080
namun ia tidak bertahan.
235
00:29:13,720 --> 00:29:19,080
Sebab tidak jauh dari situ
ialah neraka nuklear yang membara.
236
00:29:21,040 --> 00:29:22,040
Matahari kita.
237
00:29:24,120 --> 00:29:29,800
Curahan zarah bertenaga tinggi
yang sangat berkuasa dan berbahaya,
238
00:29:32,480 --> 00:29:34,480
yang mampu memusnahkan planet.
239
00:29:43,960 --> 00:29:47,840
Angin suria ini bertiupan di angkasa…
240
00:29:52,320 --> 00:29:55,640
pada kelajuan
empat ratus kilometer per saat.
241
00:30:00,480 --> 00:30:03,160
Ia menembusi atmosfera Marikh,
242
00:30:04,640 --> 00:30:06,800
dan memisahkan molekul air.
243
00:30:15,040 --> 00:30:16,520
Sedikit demi sedikit,
244
00:30:16,600 --> 00:30:18,160
selama berjuta tahun,
245
00:30:19,600 --> 00:30:24,480
lapisan pelindung planet terhakis
akibat keganasan Matahari.
246
00:30:29,680 --> 00:30:31,640
Sehingga lautan Marikh tersejat,
247
00:30:37,640 --> 00:30:41,040
dan air Marikh menghilang di angkasa.
248
00:30:48,600 --> 00:30:54,160
Marikh menjadi gersang dan tandus,
berbeza daripada sebelum ini.
249
00:31:03,360 --> 00:31:05,920
Dimamah ribut debu.
250
00:31:12,520 --> 00:31:18,280
Peluang untuk makhluk kompleks hidup
di dunia ini hilang selamanya.
251
00:31:27,560 --> 00:31:29,640
Ia mungkin menjadi kisah kita juga.
252
00:31:44,360 --> 00:31:46,640
Namun, di Bumi,
253
00:31:47,560 --> 00:31:51,560
air dan hidupan jumpa cara
untuk bergantung dengan satu sama lain.
254
00:32:06,320 --> 00:32:07,960
Di Botswana,
255
00:32:08,040 --> 00:32:11,080
selepas dua ratus hari
di bawah terik matahari,
256
00:32:12,840 --> 00:32:15,000
tiada air yang tinggal.
257
00:32:23,680 --> 00:32:27,600
Angin kuat buat bumi yang hangat
penuh dengan debu-debuan.
258
00:32:45,320 --> 00:32:49,440
Perjuangan gajah masih panjang.
259
00:33:02,920 --> 00:33:06,800
Pada waktu siang, biasanya
gajah dewasa boleh menjaga gajah muda.
260
00:33:18,240 --> 00:33:19,800
Tapi menjelang malam,
261
00:33:25,480 --> 00:33:26,920
ia kisah yang berbeza.
262
00:33:37,520 --> 00:33:40,400
Singa suka buat kekacauan dan kekeliruan.
263
00:33:53,440 --> 00:33:55,880
Ia pilih sasaran paling lemah.
264
00:34:00,800 --> 00:34:02,120
Berburu dalam kawanan.
265
00:34:08,200 --> 00:34:10,280
Sehingga tiada tempat untuk lari.
266
00:34:27,240 --> 00:34:29,800
Tanpa perlindungan seluruh kawanan gajah,
267
00:34:30,960 --> 00:34:34,080
singa menyerang mangsa.
268
00:34:36,880 --> 00:34:40,600
Kemarau dan pencarian tanpa henti
untuk makanan dan air
269
00:34:41,440 --> 00:34:44,880
telah memberi kesan buruk kepada Bosigo.
270
00:34:55,040 --> 00:34:58,240
Gajah membentuk ikatan emosi mendalam.
271
00:35:09,920 --> 00:35:13,080
Seluruh keluarga menangisi
pemergian Bosigo.
272
00:35:30,400 --> 00:35:33,280
Kawanan itu berkumpul untuk memujuk Metsi,
273
00:35:34,680 --> 00:35:36,960
ia yang paling terkesan.
274
00:35:48,480 --> 00:35:52,480
Perjuangan tanpa kesudahan
untuk bertahan berlaku setiap tahun.
275
00:35:54,280 --> 00:35:55,720
Di seluruh Okavango,
276
00:35:58,000 --> 00:35:59,360
di seluruh planet kita,
277
00:36:01,960 --> 00:36:03,040
dan jauh lagi.
278
00:36:07,080 --> 00:36:09,560
Namun dalam perjuangan untuk hidup,
279
00:36:10,440 --> 00:36:12,000
Bumi benar-benar bertuah,
280
00:36:14,000 --> 00:36:17,440
dengan kehadiran penjaga rahsia
yang melindungi Bumi.
281
00:36:24,360 --> 00:36:25,480
Jauh di dalam,
282
00:36:28,520 --> 00:36:33,880
planet memiliki genahar lebur
yang membara dan membuak-buak,
283
00:36:37,840 --> 00:36:40,240
menjana medan magnet yang berkuasa
284
00:36:41,920 --> 00:36:44,360
yang merebak dari bahagian tengah planet
285
00:36:46,160 --> 00:36:50,680
sejauh 65 ribu kilometer ke arah Matahari.
286
00:36:52,600 --> 00:36:55,880
Medan tenaga penting yang melindungi Bumi
287
00:36:58,320 --> 00:37:01,040
daripada angin suria ganas yang sama
288
00:37:02,080 --> 00:37:04,040
yang mengeringkan air di Marikh.
289
00:37:10,480 --> 00:37:13,960
Mengalahkan angin suria
sebelum ia menembusi atmosfera kita.
290
00:37:26,520 --> 00:37:28,760
Melindungi air yang penting bagi kita.
291
00:37:30,520 --> 00:37:34,160
Memastikan setiap titisan selamat.
292
00:37:41,040 --> 00:37:46,160
Ia buat planet berwarna biru muda kita
berbeza daripada planet lain.
293
00:37:49,520 --> 00:37:52,920
Tempat untuk hidupan berkembang.
294
00:37:56,960 --> 00:37:59,080
Memberi kelegaan kepada gajah.
295
00:38:01,600 --> 00:38:04,880
Hujan tetap akan kembali setiap tahun.
296
00:38:09,680 --> 00:38:14,000
Di kejauhan, awan ribut terbentuk.
297
00:38:29,200 --> 00:38:33,800
Gajah boleh mengesan
bunyi guruh yang berfrekuensi rendah
298
00:38:33,880 --> 00:38:36,680
sejauh 240 kilometer.
299
00:38:43,400 --> 00:38:47,880
Isyarat untuk ia pulang ke Okavango.
300
00:38:56,600 --> 00:38:58,440
Dari tanah tinggi Angola,
301
00:39:00,200 --> 00:39:03,080
air mengalir di serata Botswana.
302
00:39:12,000 --> 00:39:14,280
Untuk menghidupkan semula delta…
303
00:39:22,640 --> 00:39:24,720
dengan ciuman kehidupan.
304
00:39:34,480 --> 00:39:37,720
Setiap langkah
yang membawa kawanan itu kembali…
305
00:39:40,760 --> 00:39:45,280
merupakan kesinambungan kepada
pengembaraan kosmos yang lebih besar.
306
00:39:51,640 --> 00:39:57,280
Daripada molekul kecil
yang menumpang debu di luar Musytari,
307
00:40:03,000 --> 00:40:05,800
terselamat daripada haba
semasa zaman awal Bumi.
308
00:40:13,680 --> 00:40:16,160
Terperangkap dalam teras planet,
309
00:40:18,200 --> 00:40:23,080
dan dibebaskan untuk menyemai kehidupan.
310
00:40:27,360 --> 00:40:31,880
Setiap titisan air
memiliki kisah yang menakjubkan.
311
00:40:34,640 --> 00:40:39,120
Setiap molekul ada kaitan
dalam rantaian yang tidak terpisah,
312
00:40:40,440 --> 00:40:43,400
kitaran yang melebihi berpuluh ribu tahun.
313
00:40:46,480 --> 00:40:47,800
Melalui udara,
314
00:40:50,840 --> 00:40:51,800
lautan,
315
00:40:55,680 --> 00:40:56,560
batu,
316
00:41:04,800 --> 00:41:05,960
dan gajah.
317
00:41:11,680 --> 00:41:16,040
Selepas lapan bulan dan beratus kilometer,
318
00:41:17,720 --> 00:41:19,520
Metsi dan keluarganya
319
00:41:19,600 --> 00:41:24,520
telah tiba di delta yang penuh dengan air.
320
00:41:38,040 --> 00:41:41,640
Tiba masanya untuk ia minum…
321
00:41:43,880 --> 00:41:45,080
dan main.
322
00:41:47,360 --> 00:41:50,160
Kemudian, minum lagi.
323
00:41:59,560 --> 00:42:02,040
Tunjuk kepada ahli keluarga baharu…
324
00:42:06,360 --> 00:42:09,200
cara untuk hidup di delta.
325
00:42:22,360 --> 00:42:25,360
Metsi dan sepupunya yang baru lahir
326
00:42:25,440 --> 00:42:28,240
merupakan generasi terkini yang telah lama
327
00:42:28,320 --> 00:42:33,800
mendapat manfaat
daripada ketibaan ajaib air di planet ini.
328
00:42:44,480 --> 00:42:47,600
Ia akan sentiasa terhubung
dengan alam semesta
329
00:42:48,800 --> 00:42:52,280
yang memberi planet kita bahan ajaib ini.
330
00:42:54,040 --> 00:42:59,920
Memberi kita kemampuan
untuk memelihara dan menghargai air.
331
00:43:10,840 --> 00:43:15,120
Seterusnya,
kisah alam semesta kita berakhir
332
00:43:16,280 --> 00:43:22,160
dengan kuasa yang menghubungkan
segala peristiwa yang kita telah lihat.
333
00:43:23,560 --> 00:43:26,320
Pengukir hebat kosmos,
334
00:43:26,960 --> 00:43:27,800
graviti.
335
00:43:29,160 --> 00:43:32,560
Ia daya tarikan yang membina planet kita.
336
00:43:35,560 --> 00:43:39,240
Kita akan menyatukan dua penguin
di kutub selatan Bumi.
337
00:43:41,040 --> 00:43:44,120
Tapi bilakah graviti mula berpengaruh?
338
00:43:45,680 --> 00:43:50,080
Bagaimana ia mampu mencipta
keteraturan dan kecamukan?
339
00:43:52,920 --> 00:43:57,640
Kenapa ia menjadikan planet kita
planet yang sempurna untuk kehidupan…
340
00:43:59,920 --> 00:44:00,920
dan cinta?
341
00:44:32,120 --> 00:44:37,120
Terjemahan sari kata oleh
Zarifah Kamarulhisham