1 00:00:14,160 --> 00:00:15,120 Waktu senja… 2 00:00:15,200 --> 00:00:17,720 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 3 00:00:19,240 --> 00:00:22,880 …mendedahkan hubungan planet kita dengan alam semesta. 4 00:00:28,160 --> 00:00:29,560 Tahi bintang. 5 00:00:31,200 --> 00:00:34,480 Batu purba dari kedalaman angkasa… 6 00:00:38,680 --> 00:00:39,880 jatuh ke Bumi. 7 00:00:50,320 --> 00:00:54,880 Ia mengandungi unsur kimia yang membina alam semesta kita. 8 00:01:10,480 --> 00:01:12,160 Sudah sekian lama, 9 00:01:13,000 --> 00:01:16,160 penyu berenang di lautan, 10 00:01:16,760 --> 00:01:20,480 mengumpul unsur kosmos dalam makanan yang ia makan. 11 00:01:24,160 --> 00:01:27,720 Ia telah melakukan hal ini selama beratus juta tahun. 12 00:01:33,880 --> 00:01:35,560 Setiap generasi baharu 13 00:01:37,520 --> 00:01:40,360 mengitar semula debu bintang yang sama… 14 00:01:43,320 --> 00:01:45,200 untuk menghasilkan penyu. 15 00:01:53,800 --> 00:01:55,400 Lahir semasa Letupan Besar 16 00:01:56,840 --> 00:01:59,400 dan terbentuk dalam jantung bintang, 17 00:02:01,640 --> 00:02:05,600 sembilan puluh unsur kimia telah mencipta segalanya. 18 00:02:08,120 --> 00:02:10,680 Dikitar dan disusun semula tanpa henti 19 00:02:11,680 --> 00:02:15,160 sepanjang seluruh sejarah alam semesta. 20 00:02:18,240 --> 00:02:19,480 Sekarang, 21 00:02:21,640 --> 00:02:23,440 menggunakan unsur yang sama, 22 00:02:24,760 --> 00:02:27,400 setiap penyu baharu memulakan kitaran hidup… 23 00:02:33,960 --> 00:02:37,600 yang mencerminkan kehidupan bintang. 24 00:03:05,840 --> 00:03:12,800 KEUNSURAN 25 00:03:18,400 --> 00:03:20,960 Di Terumbu Sawar Besar Australia, 26 00:03:28,680 --> 00:03:31,120 sesuatu yang ajaib telah berlaku. 27 00:03:37,880 --> 00:03:40,280 Selepas 50 hari ditimbus pasir, 28 00:03:41,480 --> 00:03:46,640 unsur kimia dari seluruh kosmos telah mencipta kehidupan. 29 00:03:49,280 --> 00:03:54,960 Bergabung untuk membentuk generasi penyu hijau yang seterusnya. 30 00:04:18,400 --> 00:04:22,520 Telur-telur itu sudah kehabisan sumber unsur yang menghidupkannya. 31 00:04:39,760 --> 00:04:45,160 Hari ini, anak penyu akan menghirup udara buat kali pertama. 32 00:04:59,080 --> 00:05:03,000 Sementara adik-beradiknya bergegas untuk menuju ke lautan, 33 00:05:08,600 --> 00:05:09,800 penyu betina kecil… 34 00:05:12,560 --> 00:05:14,400 yang terakhir keluar. 35 00:05:20,120 --> 00:05:22,160 Untuk membesar menjadi dewasa, 36 00:05:23,880 --> 00:05:27,720 ia perlu mengumpul unsur kimia dari seluruh lautan. 37 00:05:36,760 --> 00:05:38,480 Ia perjalanan yang berbahaya… 38 00:05:41,120 --> 00:05:43,280 dengan ancaman yang berterusan. 39 00:05:50,400 --> 00:05:51,880 Tapi bagi anak penyu, 40 00:05:53,200 --> 00:05:56,360 ia tidak mampu melawan seruan lautan. 41 00:06:09,840 --> 00:06:11,200 Daripada 100 telur, 42 00:06:12,320 --> 00:06:14,880 kadangkala hanya seekor bertahan. 43 00:06:18,680 --> 00:06:20,840 Kadangkala langsung tiada. 44 00:07:13,520 --> 00:07:15,080 Walaupun ia berisiko, 45 00:07:17,240 --> 00:07:21,880 penyu betina kecil itu tahu bahawa ia perlu berenang di lautan. 46 00:07:59,880 --> 00:08:01,320 Ia nampak jalan selamat… 47 00:08:04,680 --> 00:08:05,920 dan ia ambil peluang. 48 00:08:20,880 --> 00:08:21,720 Hari ini, 49 00:08:24,400 --> 00:08:25,720 ia penyu yang bertuah. 50 00:08:29,080 --> 00:08:34,400 Anak penyu itu tidak berhenti berenang sehingga ia jauh dari terumbu. 51 00:08:47,080 --> 00:08:51,520 Setelah selamat melepasi pemangsa yang berkumpul di pinggir laut yang cetek, 52 00:08:52,720 --> 00:08:55,920 ia akan menghilang dalam kekosongan lautan terbuka… 53 00:09:03,200 --> 00:09:07,600 untuk menghabiskan masa muda memakan atom. 54 00:09:14,240 --> 00:09:20,920 Atom yang berasal dari seluruh kehidupan kosmos. 55 00:09:27,120 --> 00:09:32,440 Semasa alam semesta kita masih muda. 56 00:09:34,280 --> 00:09:38,880 LETUPAN BESAR 57 00:09:48,000 --> 00:09:53,080 Berkembang daripada kekosongan kepada segalanya dalam sekelip mata. 58 00:09:56,280 --> 00:09:59,800 Alam semesta kita lahir semasa Letupan Besar. 59 00:10:07,400 --> 00:10:08,280 Pada mulanya, 60 00:10:09,040 --> 00:10:11,440 ia hanya kabus tebal yang panas. 61 00:10:19,080 --> 00:10:21,480 Tapi apabila ia terus berkembang, 62 00:10:24,360 --> 00:10:26,000 kabus mula menyejuk. 63 00:10:29,400 --> 00:10:32,360 Pada skala terkecil yang dapat dibayangkan, 64 00:10:33,600 --> 00:10:36,040 sesuatu yang mengejutkan mula berlaku. 65 00:10:42,000 --> 00:10:45,440 Atom pertama terpeluwap keluar dari kabus. 66 00:10:50,120 --> 00:10:52,400 Atom hidrogen. 67 00:10:56,040 --> 00:10:59,600 Unsur pertama dalam alam semesta. 68 00:11:06,640 --> 00:11:07,800 Di lautan, 69 00:11:08,680 --> 00:11:11,920 penyu yang masih muda memburunya. 70 00:11:15,160 --> 00:11:17,480 Ia keluar dari lautan, 71 00:11:17,560 --> 00:11:20,120 untuk mencari makanan di perairan cetek. 72 00:11:24,920 --> 00:11:26,560 Ini Stella. 73 00:11:27,760 --> 00:11:32,520 Salah seekor penyu yang selamat beransur dari pantai dan menuju ke lautan. 74 00:11:41,480 --> 00:11:44,680 Ia dah melebihi 2,000 kali ganda berat penetasan 75 00:11:45,840 --> 00:11:46,960 dan membesar dengan cepat. 76 00:11:51,840 --> 00:11:55,360 Memakan makhluk yang berenang di lautan terbuka. 77 00:11:56,840 --> 00:11:59,880 Ia mengumpul satu unsur, lebih daripada unsur lain. 78 00:12:08,640 --> 00:12:09,480 Hidrogen. 79 00:12:12,560 --> 00:12:16,800 Ia membentuk lebih daripada separuh atom dalam makanan yang ia makan. 80 00:12:20,800 --> 00:12:24,480 Unsur paling banyak dalam semua makhluk hidup. 81 00:12:28,600 --> 00:12:29,680 Termasuk ikan 82 00:12:30,960 --> 00:12:32,200 dan invertebrat. 83 00:12:38,960 --> 00:12:41,320 Anemone dan batu karang. 84 00:12:54,440 --> 00:12:58,560 Atom hidrogen terbentuk semasa usia muda alam semesta 85 00:12:59,520 --> 00:13:03,200 telah berpindah dari bintang ke planet, 86 00:13:04,320 --> 00:13:05,920 planet kepada haiwan, 87 00:13:08,320 --> 00:13:11,280 dan daripada mangsa kepada pemangsa. 88 00:13:22,080 --> 00:13:23,480 Maksudnya, bagi Stella, 89 00:13:24,280 --> 00:13:27,000 kawasan di sekitar terumbu penuh ancaman. 90 00:13:30,880 --> 00:13:33,920 Yu tenggiri, yang mengejar atom yang sama, 91 00:13:34,000 --> 00:13:37,000 memburu penyu sepanjang usia dewasanya. 92 00:13:45,280 --> 00:13:49,000 Pertahanan utama Stella ialah perisai yang boleh dipercayai. 93 00:13:52,280 --> 00:13:55,280 Tulangnya mengeras dengan kalsium dan fosforus. 94 00:14:02,320 --> 00:14:05,320 Unsur yang datang dari detik penting lain… 95 00:14:09,400 --> 00:14:11,280 dalam kehidupan alam semesta. 96 00:14:13,040 --> 00:14:17,440 13.5 BILION TAHUN LALU 97 00:14:21,920 --> 00:14:25,680 Selama 300 juta tahun pertama selepas Letupan Besar, 98 00:14:28,080 --> 00:14:31,000 tiada planet dan tiada bintang. 99 00:14:34,080 --> 00:14:36,600 Ia zaman gelap alam semesta. 100 00:14:42,360 --> 00:14:44,120 Terlindung dalam kekelaman, 101 00:14:44,640 --> 00:14:48,600 banyak sulur gas hidrogen menyilangi kosmos. 102 00:14:53,280 --> 00:14:55,560 Kemudian, secara luar biasa, 103 00:14:56,200 --> 00:14:58,680 ia ditarik bersama oleh graviti, 104 00:15:02,400 --> 00:15:04,520 dan lahirlah bintang pertama. 105 00:15:11,120 --> 00:15:13,000 Inilah fajar kosmos. 106 00:15:16,720 --> 00:15:20,880 Saat cahaya itu bersinar. 107 00:15:28,000 --> 00:15:30,680 Jauh di dalam bintang-bintang pertama, 108 00:15:34,880 --> 00:15:37,080 proses yang mengagumkan bermula. 109 00:15:42,800 --> 00:15:46,080 Suhu dan tekanan sangat ekstrem… 110 00:15:48,080 --> 00:15:50,360 sehingga unsur baharu tercipta. 111 00:15:52,520 --> 00:15:56,400 Atom hidrogen bergabung menjadi helium. 112 00:15:58,800 --> 00:16:01,880 Apabila ia bergabung, ia melepaskan tenaga. 113 00:16:04,520 --> 00:16:09,200 Mencipta tindak balas berantai yang menghasilkan unsur lebih berat. 114 00:16:12,320 --> 00:16:15,640 Termasuk unsur yang penting untuk kehidupan. 115 00:16:17,640 --> 00:16:21,360 Tiga atom helium bergabung menjadi karbon. 116 00:16:26,800 --> 00:16:29,480 Unsur asas semua makhluk hidup. 117 00:16:31,760 --> 00:16:34,560 Karbon dan helium menghasilkan oksigen. 118 00:16:36,040 --> 00:16:37,400 Udara pernafasan kita. 119 00:16:39,680 --> 00:16:42,880 Atom oksigen bergabung menjadi fosforus. 120 00:16:44,920 --> 00:16:47,160 Kemudian silikon dan kalsium. 121 00:16:50,200 --> 00:16:52,800 Unsur yang membentuk semua makhluk hidup 122 00:16:54,320 --> 00:16:58,800 telah tercipta dalam jantung bintang-bintang pertama. 123 00:17:31,000 --> 00:17:31,880 Bagi Stella, 124 00:17:33,120 --> 00:17:35,040 sesetengah unsur sangat penting, 125 00:17:38,600 --> 00:17:41,080 ia sanggup mengembara untuk mencarinya. 126 00:17:47,240 --> 00:17:49,000 SELAT TORRES 127 00:17:49,080 --> 00:17:51,520 300 KILOMETER DARI RUMAH 128 00:17:51,600 --> 00:17:56,000 Air laut yang hangat dan cetek antara Australia dan Papua New Guinea 129 00:17:57,360 --> 00:17:59,800 merupakan syurga rumput laut yang indah. 130 00:18:04,200 --> 00:18:06,680 Kawasan rumput di lautan. 131 00:18:16,120 --> 00:18:21,960 Stella mengembara sampai sini untuk mendapat kandungan ajaib rumput ini. 132 00:18:32,560 --> 00:18:34,000 Apabila ia tumbuh, 133 00:18:34,080 --> 00:18:37,200 rumput laut menyerap unsur dari angkasa lepas 134 00:18:37,920 --> 00:18:40,680 yang terjatuh di dasar lautan. 135 00:18:43,880 --> 00:18:48,040 Fron bertunas yang kaya dengan kalsium dan fosforus 136 00:18:49,760 --> 00:18:53,280 memberi Stella mineral yang ia perlu 137 00:18:55,080 --> 00:18:58,320 untuk membina dan menjaga cangkerang perlindungannya. 138 00:19:01,880 --> 00:19:06,000 Mengeraskan perisai untuk berdepan cabaran yang mendatang. 139 00:19:14,400 --> 00:19:16,960 Stella akan menghabiskan masa remaja 140 00:19:17,680 --> 00:19:19,200 mengembara di lautan 141 00:19:20,920 --> 00:19:24,240 mencari atom yang lahir di dalam bintang. 142 00:19:33,240 --> 00:19:35,080 Perjalanan menuju kematangan… 143 00:19:37,320 --> 00:19:40,800 selari dengan kisah alam semesta kita. 144 00:19:45,240 --> 00:19:48,920 Tiga bilion tahun selepas Letupan Besar, 145 00:19:53,880 --> 00:19:56,680 alam semesta mencapai usia matang. 146 00:20:02,640 --> 00:20:08,440 Ia memasuki fasa sangat aktif dalam pembentukan bintang. 147 00:20:12,200 --> 00:20:13,240 Saat ia membesar, 148 00:20:13,960 --> 00:20:17,280 bintang bergabung menjadi galaksi yang luas. 149 00:20:20,080 --> 00:20:21,800 Macam Bima Sakti kita. 150 00:20:25,000 --> 00:20:26,880 Dalam galaksi itu, 151 00:20:28,160 --> 00:20:30,840 unsur kimia yang dihasilkan setiap bintang, 152 00:20:34,520 --> 00:20:40,960 berubah menjadi planet dan bulan. 153 00:20:49,920 --> 00:20:51,480 Selepas berbilion tahun, 154 00:20:53,320 --> 00:20:58,880 unsur kimia menjadi matang, menjadi Bumi yang kita kenal hari ini. 155 00:21:07,520 --> 00:21:09,280 VANUATU 156 00:21:09,360 --> 00:21:13,320 2000 KILOMETER DARI RUMAH 157 00:21:23,080 --> 00:21:25,800 Stella telah membesar sepenuhnya. 158 00:21:29,880 --> 00:21:31,400 Lebih satu meter panjang, 159 00:21:32,280 --> 00:21:35,600 ia memiliki cangkerang tebal yang diliputi alga hijau. 160 00:21:39,240 --> 00:21:42,520 Penyamaran yang ideal semasa berenang di terumbu karang. 161 00:21:46,600 --> 00:21:49,120 Ia sebati dengan lautan. 162 00:21:55,800 --> 00:21:57,440 Atom dari bintang… 163 00:21:59,320 --> 00:22:02,600 bergabung dengan hidupan di laut. 164 00:22:11,000 --> 00:22:13,120 Satu contoh kehidupan di Bumi… 165 00:22:15,280 --> 00:22:18,320 yang terbentuk indah daripada kosmos. 166 00:22:35,720 --> 00:22:39,120 Stella dah bersedia untuk peringkat hidup seterusnya. 167 00:22:43,680 --> 00:22:47,000 Ia bakal menjadi ibu. 168 00:22:50,200 --> 00:22:51,320 Di dalam badannya, 169 00:22:53,960 --> 00:22:56,480 ia membawa sangkak yang berisi 100 telur. 170 00:22:58,280 --> 00:23:01,080 Sangkak pertama dalam hidupnya. 171 00:23:03,680 --> 00:23:07,640 Muatan debu bintang yang berharga baginya. 172 00:23:15,760 --> 00:23:17,120 Di seluruh terumbu, 173 00:23:18,360 --> 00:23:20,720 atom bergabung menjadi hidupan baru. 174 00:23:25,480 --> 00:23:30,160 Mencipta salah satu ekosistem terkaya di Bumi. 175 00:23:35,920 --> 00:23:37,640 Tapi planet kita… 176 00:23:41,320 --> 00:23:42,680 berbeza. 177 00:23:44,960 --> 00:23:47,120 Di planet lain dalam sistem suria, 178 00:23:47,200 --> 00:23:49,160 unsur yang sama 179 00:23:49,240 --> 00:23:54,000 telah mencipta dunia yang kurang sesuai untuk menampung kehidupan. 180 00:23:58,480 --> 00:23:59,840 UTARID 181 00:23:59,920 --> 00:24:01,560 Paling dekat dengan Matahari, 182 00:24:02,080 --> 00:24:05,000 Utarid kaya dengan karbon. 183 00:24:07,880 --> 00:24:09,680 Ia tidak mencipta hidupan. 184 00:24:10,200 --> 00:24:11,480 430 DARJAH CELSIUS 185 00:24:11,560 --> 00:24:13,800 Karbon itu terbakar menjadi kerak. 186 00:24:16,160 --> 00:24:19,920 Dunia yang hangus disebabkan cahaya bintang. 187 00:24:22,520 --> 00:24:26,440 Jauh di hujung sistem suria, 188 00:24:26,520 --> 00:24:28,560 suhu takat beku Neptun 189 00:24:29,480 --> 00:24:33,520 menyebabkan karbon dan hidrogen membentuk awan metana. 190 00:24:36,680 --> 00:24:40,880 Gas melemaskan yang buat ia berwarna biru terang. 191 00:24:46,640 --> 00:24:47,960 Di Marikh, 192 00:24:49,120 --> 00:24:52,120 planet yang mengandungi bahan yang sama dengan Bumi, 193 00:24:54,320 --> 00:24:56,880 kekurangan atmosfera yang kaya oksigen 194 00:24:57,520 --> 00:25:00,880 bermaksud makhluk kompleks tidak boleh hidup di sini. 195 00:25:07,800 --> 00:25:12,080 Hanya keadaan di Bumi sesuai. 196 00:25:18,320 --> 00:25:19,320 Tapi di sini, 197 00:25:20,120 --> 00:25:22,280 persaingan untuk unsur sengit. 198 00:25:24,200 --> 00:25:25,040 Ancaman… 199 00:25:27,560 --> 00:25:29,040 tidak pernah jauh. 200 00:25:44,880 --> 00:25:48,400 Nasib baik, Stella mahir menyorok. 201 00:26:29,840 --> 00:26:31,640 Ia selamat buat masa sekarang, 202 00:26:34,320 --> 00:26:37,320 Stella berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya. 203 00:26:39,520 --> 00:26:42,280 Untuk kembali ke Terumbu Sawar Besar, 204 00:26:43,880 --> 00:26:45,840 iaitu pulau tempat kelahirannya, 205 00:26:49,480 --> 00:26:51,880 untuk bertelur di dalam pasir. 206 00:26:58,880 --> 00:27:01,440 Sudah seumur hidup ia mengembara di laut, 207 00:27:02,200 --> 00:27:05,600 bermakna ia dah mengembara sejauh 2,000 kilometer. 208 00:27:09,840 --> 00:27:12,000 Cara Stella mencari jalan pulang 209 00:27:12,080 --> 00:27:14,760 merupakan satu keajaiban alam semula jadi. 210 00:27:21,400 --> 00:27:22,760 Jauh di dalam Bumi, 211 00:27:23,600 --> 00:27:26,600 teras planet kita menjana medan magnet… 212 00:27:28,840 --> 00:27:33,880 yang memberi setiap tempat di permukaannya tanda magnet yang unik. 213 00:27:37,560 --> 00:27:39,120 Apabila ia menetas, 214 00:27:39,200 --> 00:27:43,520 tanda pulaunya tertera dalam otak Stella. 215 00:27:46,200 --> 00:27:48,200 Untuk mencari jalan pulang, 216 00:27:48,280 --> 00:27:51,600 ia bergantung pada satu unsur kimia. 217 00:27:53,760 --> 00:27:56,880 Unsur yang menghubungkan Stella dengan teras planet. 218 00:28:00,400 --> 00:28:05,080 Unsur yang hanya tercipta apabila bintang mati. 219 00:28:10,680 --> 00:28:12,720 Di bahagian galaksi berdekatan, 220 00:28:13,720 --> 00:28:15,680 dua setengah juta tahun lalu, 221 00:28:16,720 --> 00:28:20,520 perubahan dramatik berlaku dalam teras bintang raksasa. 222 00:28:25,280 --> 00:28:29,360 Sepanjang hidupnya, ia mendapat tenaga pelakuran nuklear. 223 00:28:35,880 --> 00:28:37,200 Tenaga yang dilepaskan 224 00:28:39,040 --> 00:28:41,440 menghasilkan unsur yang lebih berat. 225 00:28:45,200 --> 00:28:47,760 Sehingga teras menjadi sangat panas, 226 00:28:48,640 --> 00:28:49,880 ia mula menghasilkan 227 00:28:51,640 --> 00:28:52,480 ferum, 228 00:28:55,360 --> 00:28:58,200 yang menyebabkan perubahan asas berlaku. 229 00:29:03,080 --> 00:29:06,040 Penghasilan ferum tidak melepaskan tenaga. 230 00:29:08,120 --> 00:29:09,160 Ia memakan tenaga. 231 00:29:15,880 --> 00:29:18,360 Semakin banyak logam itu dihasilkan, 232 00:29:19,240 --> 00:29:22,840 ia merebak di seluruh teras ibarat penyakit. 233 00:29:27,160 --> 00:29:29,160 Menghabiskan haba bintang. 234 00:29:33,880 --> 00:29:34,960 Menyerang bintang. 235 00:29:46,280 --> 00:29:48,760 Ia kehabisan sumber haba untuk terus hidup. 236 00:29:52,840 --> 00:29:54,400 Oleh itu, 237 00:29:57,480 --> 00:29:59,680 bintang itu musnah. 238 00:30:11,600 --> 00:30:16,200 Letupan yang terhasil bersinar dengan kecerahan 10 bilion matahari. 239 00:30:22,000 --> 00:30:27,080 Supernova yang menyebarkan debu yang kaya ferum di seluruh galaksi. 240 00:30:35,120 --> 00:30:38,120 Sehingga sampai planet kita. 241 00:30:43,160 --> 00:30:44,280 Sampai sekarang, 242 00:30:45,280 --> 00:30:50,280 100 tan debu bintang masuk atmosfera Bumi setiap hari. 243 00:30:53,080 --> 00:30:56,800 Debu daripada pembentukan sistem suria. 244 00:31:00,600 --> 00:31:04,480 Debu yang datang dari supernova yang jauh. 245 00:31:08,400 --> 00:31:13,600 Hubungan terus planet kita dengan bintang. 246 00:31:19,680 --> 00:31:21,960 Ferum dalam debu ini 247 00:31:22,520 --> 00:31:25,400 yang membantu Stella mencari jalan pulang. 248 00:31:33,520 --> 00:31:35,200 Jauh di dalam otak Stella… 249 00:31:38,280 --> 00:31:43,600 sel khas mengandungi kristal magnetit. 250 00:31:44,520 --> 00:31:48,760 Mineral yang kaya ferum yang selari dengan medan magnet Bumi. 251 00:31:52,760 --> 00:31:53,680 Kompas, 252 00:31:55,560 --> 00:31:57,680 membawa ia ke arah yang benar. 253 00:32:05,440 --> 00:32:11,680 Membantu Stella untuk mencari cap magnetik yang unik milik rumahnya. 254 00:32:19,480 --> 00:32:22,680 Elemen yang terbentuk dalam supernova… 255 00:32:30,360 --> 00:32:34,280 akan membawa ia merentasi laut yang kosong sejauh berkilometer. 256 00:32:48,600 --> 00:32:49,920 Kembali ke pulau… 257 00:32:53,800 --> 00:32:55,480 tempat ia lahir. 258 00:33:08,120 --> 00:33:12,040 Terdapat makhluk lain yang memiliki keupayaan pandu tuju magnetik. 259 00:33:14,680 --> 00:33:16,480 Termasuk yu tenggiri. 260 00:33:19,600 --> 00:33:22,280 Ia membawa yu pulang ke pulau yang sama. 261 00:33:26,560 --> 00:33:28,920 Selama beberapa bulan setiap tahun, 262 00:33:29,000 --> 00:33:32,600 beribu penyu betina datang untuk bertelur. 263 00:33:34,600 --> 00:33:37,880 Ia perhimpunan terbesar penyu hijau 264 00:33:37,960 --> 00:33:39,960 di serata planet. 265 00:33:45,600 --> 00:33:47,400 Apabila ia menghampiri pantai, 266 00:33:49,080 --> 00:33:50,320 ia diserang. 267 00:34:03,800 --> 00:34:06,160 Stella perlu menunggu masa yang tepat… 268 00:34:08,840 --> 00:34:10,200 untuk mencari jalan 269 00:34:12,160 --> 00:34:14,080 untuk mengelak serangan hebat. 270 00:34:32,080 --> 00:34:33,800 Apabila ancaman berlalu, 271 00:34:37,440 --> 00:34:39,080 ia berenang ke darat. 272 00:34:52,280 --> 00:34:53,880 Selepas perjalanan epik, 273 00:34:57,080 --> 00:34:59,240 Stella muncul di daratan. 274 00:35:00,840 --> 00:35:03,440 Kali terakhir di sini, ia hanya anak penyu. 275 00:35:28,040 --> 00:35:30,920 Unsur yang ia kumpul selama seumur hidup… 276 00:35:36,600 --> 00:35:39,160 telah selamat ditimbus di dalam pasir. 277 00:35:45,240 --> 00:35:46,960 Misi Stella telah selesai, 278 00:35:47,520 --> 00:35:49,240 dan ia kembali ke lautan… 279 00:35:52,880 --> 00:35:56,600 untuk mula mengumpul debu bintang lagi. 280 00:36:00,480 --> 00:36:01,800 Kitaran hidup Stella 281 00:36:03,640 --> 00:36:06,520 mencerminkan kitaran paling hebat. 282 00:36:08,440 --> 00:36:11,920 Kehidupan dan kematian bintang. 283 00:36:22,480 --> 00:36:25,600 Jauh di seberang galaksi, 284 00:36:27,000 --> 00:36:29,680 abu banyak supernova 285 00:36:29,760 --> 00:36:34,480 telah bergabung untuk membentuk nebula gergasi. 286 00:36:41,280 --> 00:36:44,480 Awan debu bintang selama puluhan tahun cahaya. 287 00:36:48,120 --> 00:36:52,600 Di dalamnya, terdapat tempat untuk generasi bintang seterusnya 288 00:36:53,840 --> 00:36:55,280 mula terbentuk. 289 00:37:06,800 --> 00:37:08,560 Digelar cakera planet proto. 290 00:37:10,400 --> 00:37:12,880 Ibarat telur kosmos yang banyak. 291 00:37:15,000 --> 00:37:17,680 Setiap satu lebih besar daripada sistem suria. 292 00:37:23,720 --> 00:37:26,640 Dalam cangkerang terkandung gas terion, 293 00:37:28,560 --> 00:37:31,480 kuasa graviti yang menarik debu bintang. 294 00:37:38,880 --> 00:37:42,400 Debu bintang dalam telur Stella… 295 00:37:45,440 --> 00:37:47,560 mula terbentuk. 296 00:37:56,200 --> 00:38:01,800 Unsur yang ia kumpul mula berubah… 297 00:38:08,280 --> 00:38:11,800 menjadi sesuatu yang macam makhluk kecil. 298 00:38:24,280 --> 00:38:25,840 Dalam cakera planet proto, 299 00:38:27,840 --> 00:38:30,240 gas macam hidrogen dan helium… 300 00:38:33,120 --> 00:38:35,680 memberi makan bintang embrionik. 301 00:38:44,880 --> 00:38:46,680 Dulu ia embrio… 302 00:38:49,080 --> 00:38:51,080 kini ia penyu kecil 303 00:38:55,200 --> 00:38:58,880 dengan cangkerang, kaki sirip dan muncung penyu. 304 00:39:02,880 --> 00:39:04,680 Unsur dibentuk semula… 305 00:39:08,080 --> 00:39:10,280 untuk kehidupan di laut. 306 00:39:15,160 --> 00:39:16,520 Dalam cakera planet proto, 307 00:39:17,000 --> 00:39:20,200 perkembangan bintang baru hampir lengkap. 308 00:39:21,480 --> 00:39:24,800 Dilahirkan semula daripada abu generasi sebelum ini, 309 00:39:26,080 --> 00:39:30,080 cahayanya mendedahkan sekeluarga planet yang membesar di dalam orbit. 310 00:39:34,200 --> 00:39:35,320 Dunia baharu. 311 00:39:36,240 --> 00:39:40,280 Mungkin, kemungkinan baru untuk kehidupan. 312 00:39:48,280 --> 00:39:49,920 Di bawah timbunan pasir, 313 00:39:51,240 --> 00:39:52,760 debu bintang yang sama. 314 00:39:54,080 --> 00:39:58,800 Waris kepada banyak generasi bintang dan penyu… 315 00:40:00,880 --> 00:40:03,200 akan memulakan perjalanan lain. 316 00:40:08,160 --> 00:40:09,560 Setiap kehidupan baru 317 00:40:11,080 --> 00:40:15,400 berhubung secara langsung dengan asal usul alam semesta. 318 00:40:20,840 --> 00:40:26,200 Setiap kisah baharu yang bermula di penghujung kisah lama. 319 00:40:34,880 --> 00:40:38,880 Kisah alam semesta kita bersambung 320 00:40:40,680 --> 00:40:43,040 dengan sumber Bumi yang paling berharga, 321 00:40:46,280 --> 00:40:47,120 air. 322 00:40:48,920 --> 00:40:52,800 Sekawan gajah dalam misi bahaya untuk mencari air. 323 00:40:57,000 --> 00:40:59,360 Perjalanan yang luar biasa 324 00:41:01,680 --> 00:41:06,440 macam perjalanan air yang merentas keluasan angkasa untuk ke planet kita. 325 00:41:10,640 --> 00:41:13,840 Tapi mengapa Bumi satu-satunya dunia dalam sistem suria 326 00:41:14,840 --> 00:41:17,240 yang permukaannya dilitupi air cecair? 327 00:41:18,600 --> 00:41:21,960 Kenapa air sangat penting untuk kehidupan? 328 00:42:06,800 --> 00:42:11,160 Terjemahan sari kata oleh Zarifah Kamarulhisham