1
00:00:17,560 --> 00:00:21,960
SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX
2
00:00:27,000 --> 00:00:29,000
Jauh di utara planet kita
3
00:00:30,640 --> 00:00:32,800
terletak tanah paling ekstrem.
4
00:00:37,840 --> 00:00:39,440
Menjelang musim sejuk…
5
00:00:43,160 --> 00:00:46,160
angin Artik menyebabkan
suhu jatuh menjunam.
6
00:00:49,800 --> 00:00:54,080
Beruang Perang Alaska perlu berlindung.
7
00:01:02,520 --> 00:01:05,160
Ia tidak mampu menahan cuaca sejuk beku,
8
00:01:07,040 --> 00:01:10,280
ia terpaksa memulakan perjalanan
yang sangat luar biasa.
9
00:01:15,040 --> 00:01:18,800
Apabila Kutub Utara berpaling
ke arah kegelapan dan kesejukan,
10
00:01:24,000 --> 00:01:28,680
beruang mula memanjat gunung yang tinggi.
11
00:01:32,960 --> 00:01:35,400
Mencari perlindungan di gua atau jerumun
12
00:01:36,600 --> 00:01:38,480
di dalam cerun yang curam.
13
00:01:41,640 --> 00:01:43,160
Beratus meter di puncak.
14
00:02:12,760 --> 00:02:14,880
Beruang yang tinggal di hujung bumi
15
00:02:16,760 --> 00:02:20,880
perlu bersaing dengan cabaran
yang luar biasa pada setiap musim.
16
00:02:23,920 --> 00:02:24,800
Oleh itu,
17
00:02:26,320 --> 00:02:30,240
ia bergantung pada hubungan
sangat istimewa dengan alam semesta.
18
00:02:31,240 --> 00:02:34,680
Dalam biologi beruang
19
00:02:34,760 --> 00:02:36,840
tertulis setiap saat penting
20
00:02:38,400 --> 00:02:41,960
dalam sejarah Bumi
selama empat setengah bilion tahun.
21
00:02:45,040 --> 00:02:49,760
Peristiwa di luar jangkaan dan kemusnahan
22
00:02:51,480 --> 00:02:56,560
yang mencipta sebuah dunia yang berbeza
daripada tempat lain di alam semesta kita.
23
00:03:21,680 --> 00:03:26,440
PERTUKARAN MUSIM
24
00:03:33,320 --> 00:03:36,480
Ini Luna, beruang betina
berusia enam tahun.
25
00:03:41,480 --> 00:03:43,880
Ia telah selamat sampai di jerumun
26
00:03:46,720 --> 00:03:50,080
yang akan menjadi rumahnya
selama enam bulan akan datang.
27
00:03:57,960 --> 00:03:59,120
Tempat yang selesa
28
00:04:00,560 --> 00:04:04,400
untuk melihat musim sejuk
semasa hibernasi.
29
00:04:06,480 --> 00:04:09,600
HIBERNASI HARI PERTAMA
30
00:04:22,640 --> 00:04:24,520
Apabila siang semakin pendek,
31
00:04:27,200 --> 00:04:29,880
tubuhnya mengikut rentak planet kita.
32
00:04:36,360 --> 00:04:38,480
Jantung mula berdegup perlahan.
33
00:04:48,280 --> 00:04:50,280
Hanya lapan denyutan seminit.
34
00:05:04,880 --> 00:05:06,520
Apabila ia berehat,
35
00:05:08,600 --> 00:05:10,600
suhu badannya menurun.
36
00:05:30,800 --> 00:05:35,880
Ia tidur lena dan bermimpi.
37
00:05:52,280 --> 00:05:56,760
Hubungan kuat
antara beruang dan alam semesta…
38
00:05:59,880 --> 00:06:03,520
memaksa beruang untuk menghabiskan
musim sejuk di bawah tanah.
39
00:06:07,960 --> 00:06:12,080
Ia tidak sedar
tentang perjalanan yang menanti.
40
00:06:17,160 --> 00:06:19,120
Di luar jerumun,
41
00:06:22,480 --> 00:06:24,240
Bumi berputar.
42
00:06:33,360 --> 00:06:34,200
HARI PERTAMA
43
00:06:34,280 --> 00:06:38,400
Setiap hari,
planet ini berputar sekali pada paksinya.
44
00:06:39,760 --> 00:06:44,280
HARI KEDUA
45
00:06:44,360 --> 00:06:47,680
HARI KETIGA
46
00:06:47,760 --> 00:06:51,040
HARI KEEMPAT
47
00:06:51,120 --> 00:06:54,440
HARI KELIMA
48
00:06:55,320 --> 00:07:00,080
Setiap bulan, Bulan melengkapkan
satu kitaran penuh mengelilingi Bumi.
49
00:07:07,040 --> 00:07:08,680
Apabila berbulan berlalu,
50
00:07:09,720 --> 00:07:13,320
Bumi dan Bulan mengelilingi Matahari.
51
00:07:19,200 --> 00:07:21,320
Sepanjang masa ia akan tidur,
52
00:07:22,320 --> 00:07:26,520
Luna akan mengembara
sejauh 470 juta kilometer.
53
00:07:27,920 --> 00:07:30,280
MAC
54
00:07:32,960 --> 00:07:34,920
Pelayaran kosmos yang epik
55
00:07:36,640 --> 00:07:39,080
separuh jalan mengelilingi Matahari.
56
00:07:47,560 --> 00:07:48,680
Tahun ini,
57
00:07:49,560 --> 00:07:51,840
ia memiliki beberapa teman baharu.
58
00:07:51,920 --> 00:07:55,480
HIBERNASI HARI 122
59
00:07:55,560 --> 00:07:58,200
Dalam ia bangun dan tidur,
60
00:07:59,520 --> 00:08:01,640
Luna melahirkan…
61
00:08:04,040 --> 00:08:05,880
dua ekor anak beruang.
62
00:08:12,320 --> 00:08:16,760
Anak-anak itu akan makan dan tidur
di dalam jerumun sehingga musim bunga.
63
00:08:19,600 --> 00:08:21,400
Dengan dua ekor anak,
64
00:08:23,320 --> 00:08:26,000
badan Luna semakin lemah.
65
00:08:33,120 --> 00:08:35,800
Sel lemak di bawah kulit mula mengecut
66
00:08:37,440 --> 00:08:40,800
apabila tenaga simpanan
digunakan untuk menghasilkan susu.
67
00:08:46,160 --> 00:08:48,840
HIBERNASI HARI 154
68
00:08:48,920 --> 00:08:50,960
Selepas lima bulan di bawah tanah,
69
00:08:51,840 --> 00:08:55,400
Luna telah kehilangan
lebih satu perempat berat badannya.
70
00:09:01,120 --> 00:09:04,440
Dengan suhu di luar
masih di bawah tahap air beku,
71
00:09:06,560 --> 00:09:09,800
Luna perlu musim bunga
datang dengan lebih cepat
72
00:09:10,640 --> 00:09:14,000
jika ia mahu memberi makan
anak-anaknya yang baru lahir.
73
00:09:22,080 --> 00:09:22,960
Nasib baik,
74
00:09:24,880 --> 00:09:26,360
Bumi agak ganjil.
75
00:09:29,800 --> 00:09:31,480
Ia condong di sisi.
76
00:09:31,560 --> 00:09:35,840
CONDONG
23 DARJAH
77
00:09:35,920 --> 00:09:38,800
Jadi, apabila ia bergerak di angkasa,
78
00:09:39,720 --> 00:09:42,240
pada masa yang berbeza dalam setahun,
79
00:09:42,320 --> 00:09:45,400
bahagian yang berbeza
condong ke arah Matahari,
80
00:09:47,280 --> 00:09:49,640
menyebabkan musim bertukar.
81
00:10:00,360 --> 00:10:02,000
Maksudnya di Alaska,
82
00:10:03,200 --> 00:10:05,200
perkara luar biasa sedang berlaku.
83
00:10:12,880 --> 00:10:14,360
Hari demi hari,
84
00:10:14,840 --> 00:10:17,000
matahari semakin memuncak di langit.
85
00:10:20,840 --> 00:10:23,680
Sinaran matahari mengubah landskap.
86
00:10:34,080 --> 00:10:37,920
Tepat pada masanya
untuk Luna dan anak-anaknya.
87
00:10:42,520 --> 00:10:46,080
Hujung saraf di bawah lapisan kulit
mengesan panas matahari.
88
00:10:53,760 --> 00:10:55,560
Apabila siang semakin panjang,
89
00:11:01,120 --> 00:11:04,000
sel khas di sebalik matanya
90
00:11:05,480 --> 00:11:09,000
mengesan peningkatan kadar cahaya.
91
00:11:14,680 --> 00:11:16,960
Isyarat rahsia ini,
92
00:11:17,040 --> 00:11:19,200
terus dari bintang terdekat kita,
93
00:11:22,400 --> 00:11:26,280
beritahu Luna bahawa ini masanya
untuk keluar dari hibernasi.
94
00:11:40,720 --> 00:11:45,160
Ia sedar akan pertukaran musim di planet.
95
00:11:54,320 --> 00:11:56,000
Tapi di dalam sistem suria,
96
00:11:58,200 --> 00:12:00,040
musim macam musim di Bumi
97
00:12:01,880 --> 00:12:03,200
jauh berbeza.
98
00:12:09,640 --> 00:12:12,160
Jiran terdekat kita, Zuhrah,
99
00:12:14,920 --> 00:12:16,680
lebih dekat dengan Matahari
100
00:12:17,640 --> 00:12:20,360
dan lebih panas berbanding Bumi.
101
00:12:25,160 --> 00:12:28,120
Planet ini tiada kecondongan,
102
00:12:28,960 --> 00:12:31,080
jadi ia tiada musim.
103
00:12:35,480 --> 00:12:39,400
Suhu panas yang membakar sepanjang tahun.
104
00:12:44,280 --> 00:12:45,560
Lebih jauh,
105
00:12:46,080 --> 00:12:47,480
jauh melepasi Bumi,
106
00:12:49,600 --> 00:12:50,920
ialah Marikh.
107
00:12:52,880 --> 00:12:56,120
Orbit menyebabkan jaraknya dengan Matahari
108
00:12:56,200 --> 00:12:58,600
berubah secara dramatik sepanjang tahun.
109
00:13:00,160 --> 00:13:01,960
Menjadikan musim di Marikh
110
00:13:03,600 --> 00:13:06,440
jauh lebih ekstrem berbanding musim kita.
111
00:13:06,520 --> 00:13:09,120
-125 DARJAH CELSIUS
112
00:13:09,200 --> 00:13:13,880
Semasa musim sejuk, lebih satu perempat
atmosfera planet itu membeku.
113
00:13:15,880 --> 00:13:17,040
Semasa musim panas,
114
00:13:18,120 --> 00:13:20,440
apabila Marikh dekat dengan Matahari,
115
00:13:21,240 --> 00:13:24,280
peningkatan haba menyebabkan ribut debu
116
00:13:24,360 --> 00:13:29,280
yang sangat teruk
yang menelan seluruh planet.
117
00:13:33,360 --> 00:13:34,800
Tapi jauh dari Marikh,
118
00:13:35,440 --> 00:13:36,400
MUSYTARI
119
00:13:36,480 --> 00:13:37,680
Jauh dari Musytari,
120
00:13:39,680 --> 00:13:41,000
ZUHAL
121
00:13:41,080 --> 00:13:42,000
dan Zuhal.
122
00:13:48,080 --> 00:13:51,000
Tiga bilion kilometer dari Matahari,
123
00:13:52,600 --> 00:13:57,200
Uranus memiliki musim paling ekstrem
dalam sistem suria.
124
00:13:59,840 --> 00:14:03,240
Planet berputar pada sisi.
125
00:14:04,280 --> 00:14:06,240
Semasa ia berputar,
126
00:14:06,320 --> 00:14:08,480
musim panas menghadap Matahari,
127
00:14:12,040 --> 00:14:17,080
sementara musim sejuk tidak melihat
cahaya siang selama 42 tahun.
128
00:14:29,400 --> 00:14:32,800
Hanya Bumi memiliki musim,
129
00:14:34,440 --> 00:14:37,440
walaupun ia ekstrem,
130
00:14:38,200 --> 00:14:40,800
ia masih memberi peluang
untuk makhluk hidup.
131
00:14:54,520 --> 00:14:56,200
Dengan ketibaan musim bunga,
132
00:14:57,280 --> 00:14:59,600
keluarga Luna keluar dari jerumun.
133
00:15:06,280 --> 00:15:11,000
Anak-anak boleh merasa sinaran
cahaya matahari buat kali pertama.
134
00:15:35,880 --> 00:15:40,360
Apabila musim bertukar, anak beruang
perlu memulakan perjalanan menggerunkan.
135
00:15:48,280 --> 00:15:49,760
Untuk mencari makanan,
136
00:15:50,840 --> 00:15:53,480
Luna perlu membawa anak-anak
ke tanah rendah
137
00:15:54,760 --> 00:15:56,760
di seberang gunung.
138
00:16:13,720 --> 00:16:16,040
Pendakian yang sukar bagi anak beruang.
139
00:16:23,840 --> 00:16:27,320
Ia perlu mendaki
beratus meter ais dan batu.
140
00:17:21,040 --> 00:17:25,280
Sebaik melepasi puncak,
laluan paling sukar pun tamat.
141
00:17:36,760 --> 00:17:39,920
Tapi ia masih belum selamat.
142
00:17:43,560 --> 00:17:45,920
Untuk kekal bertahan sepanjang tahun,
143
00:17:47,240 --> 00:17:52,000
nasib keluarga itu bergantung
pada pemahaman naluri hati Luna
144
00:17:53,200 --> 00:17:54,640
tentang musim depan.
145
00:17:58,920 --> 00:18:00,280
Setiap satu…
146
00:18:02,640 --> 00:18:05,480
hasil perjalanan tahunan Bumi
melalui angkasa.
147
00:18:12,440 --> 00:18:13,880
Perjalanan yang bermula…
148
00:18:15,920 --> 00:18:18,960
sebelum Bumi wujud.
149
00:18:24,600 --> 00:18:30,720
SISTEM SURIA
4.6 BILION TAHUN LALU
150
00:18:33,640 --> 00:18:39,600
Semasa sistem suria kita
hanya sekadar debu-debuan.
151
00:18:43,120 --> 00:18:47,600
Tiada Matahari, planet atau bulan.
152
00:18:50,360 --> 00:18:53,920
Hanya awan gas dan debu.
153
00:19:07,320 --> 00:19:10,960
Kemudian, jauh di dalam sistem suria,
154
00:19:13,400 --> 00:19:14,920
sebutir bintang meletup.
155
00:19:16,920 --> 00:19:21,800
Supernova yang menghantar
gelombang kejutan ke serata galaksi.
156
00:19:41,280 --> 00:19:46,280
Semasa impak, gelombang kejutan
menyebabkan awan runtuh ke dalam,
157
00:19:51,680 --> 00:19:53,440
dan mula berpusing.
158
00:20:00,440 --> 00:20:02,640
Apabila ia berpusing lebih laju,
159
00:20:04,040 --> 00:20:08,080
awan menjadi rata macam bentuk cakera.
160
00:20:10,200 --> 00:20:13,200
Lubuk pusar gas dan batu.
161
00:20:16,600 --> 00:20:19,400
Di tengah, di bawah tekanan yang kuat,
162
00:20:23,040 --> 00:20:24,480
Matahari terbentuk.
163
00:20:28,080 --> 00:20:31,840
Nun jauh di sana,
batu-batuan saling bertembung,
164
00:20:34,080 --> 00:20:36,200
dan planet kita mula membesar.
165
00:20:41,080 --> 00:20:43,480
Selepas 20 juta tahun,
166
00:20:44,880 --> 00:20:46,760
Bumi terbentuk sepenuhnya.
167
00:20:49,360 --> 00:20:52,720
Masih mengelilingi Matahari
macam awan yang asal.
168
00:20:58,920 --> 00:21:02,280
Mengelilingi sekali setiap 365 hari.
169
00:21:05,520 --> 00:21:07,440
Itulah cara Bumi mendapat tahun.
170
00:21:14,240 --> 00:21:16,600
Pada tahap ini dalam kisah planet ini,
171
00:21:17,760 --> 00:21:19,520
ia masih tiada musim.
172
00:21:24,080 --> 00:21:26,720
Kerana kecamukan yang mencipta musim…
173
00:21:29,200 --> 00:21:31,080
masih belum tiba.
174
00:21:41,560 --> 00:21:45,360
Di Alaska, keindahan musim bunga
175
00:21:46,600 --> 00:21:49,280
berubah kepada musim panas yang malas.
176
00:22:01,480 --> 00:22:03,880
Anak-anak berusia lima bulan sekarang.
177
00:22:06,600 --> 00:22:08,120
Ia masih belajar…
178
00:22:10,400 --> 00:22:11,680
cara menjadi beruang.
179
00:22:25,000 --> 00:22:27,200
Ia membesar dengan sangat cepat,
180
00:22:28,000 --> 00:22:30,160
anak-anak beruang sentiasa lapar.
181
00:22:36,520 --> 00:22:38,800
Walaupun ia nampak menyenangkan,
182
00:22:41,040 --> 00:22:44,480
musim panas di Alaska
merupakan masa yang sukar.
183
00:22:54,680 --> 00:22:57,360
Tanpa makanan yang sesuai
di padang rumput,
184
00:22:58,040 --> 00:23:00,200
beruang hanya boleh makan rumput.
185
00:23:11,240 --> 00:23:16,240
Maknanya anak beruang
masih bergantung pada susu ibu
186
00:23:16,320 --> 00:23:17,920
untuk cukup kenyang.
187
00:23:35,520 --> 00:23:39,800
Luna tidak makan dengan teratur
sejak sebelum ia berhibernasi,
188
00:23:41,560 --> 00:23:44,040
jadi ia semakin kepenatan.
189
00:23:53,080 --> 00:23:56,040
Tapi berdekatan, di angkasa,
190
00:23:57,520 --> 00:23:59,160
bantuan dalam perjalanan.
191
00:24:05,880 --> 00:24:10,400
Sebab hari ini,
planet kita ada peneman setia.
192
00:24:13,000 --> 00:24:14,040
Bulan.
193
00:24:16,320 --> 00:24:18,280
Sentiasa mengelilingi Bumi,
194
00:24:19,720 --> 00:24:22,320
ia jiran cakerawala terdekat kita.
195
00:24:23,920 --> 00:24:27,960
Objek paling besar dan paling cerah
di langit malam.
196
00:24:32,120 --> 00:24:35,520
Bulan sangat besar dan sangat dekat,
197
00:24:37,760 --> 00:24:40,480
menyebabkan tarikan graviti
yang sangat kuat.
198
00:24:47,880 --> 00:24:51,480
Cukup kuat untuk mempengaruhi dunia kita.
199
00:24:56,080 --> 00:24:59,160
Ia menjauhkan lautan
dari permukaan planet…
200
00:25:07,520 --> 00:25:09,680
mencipta pasang surut Bumi.
201
00:25:15,960 --> 00:25:18,680
Beberapa hari
di sekitar Bulan penuh dan baru,
202
00:25:20,800 --> 00:25:25,400
pasang surut musim panas paling rendah
mendedahkan landskap baru.
203
00:25:29,760 --> 00:25:32,800
Dataran lumpur beratus meter dari pantai.
204
00:25:39,120 --> 00:25:42,800
Membolehkan beruang yang kelaparan
untuk memperoleh makanan.
205
00:25:50,560 --> 00:25:54,480
Tepat pada masanya
untuk Luna dan anak-anaknya.
206
00:26:02,480 --> 00:26:08,200
Mencari makanan di dalam lumpur
merupakan kemahiran beruang dewasa.
207
00:26:17,080 --> 00:26:21,680
Deria bau Luna
2,000 kali jauh lebih baik daripada kita.
208
00:26:24,480 --> 00:26:27,000
Sesuai untuk mencari secebis makanan enak.
209
00:26:31,200 --> 00:26:32,680
Kepah berkulit lembut.
210
00:26:53,680 --> 00:26:56,200
Ia sangat mahir membuka kulit kepah,
211
00:26:57,400 --> 00:27:00,200
satu kepah dalam masa seminit.
212
00:27:20,440 --> 00:27:24,320
Kepah merupakan hidangan tambahan kepada
diet musim panas yang tidak seberapa.
213
00:27:31,760 --> 00:27:34,760
Tenaga vital
yang boleh disalurkan kepada anak-anak.
214
00:27:39,800 --> 00:27:43,360
Hadiah ini, yang dihantar oleh Bulan,
215
00:27:43,880 --> 00:27:46,760
membantu Luna memberi makan
anak-anaknya sepanjang musim panas.
216
00:27:49,880 --> 00:27:52,480
Tapi hubungan beruang dengan Bulan…
217
00:27:55,440 --> 00:27:58,440
jauh lebih mendalam.
218
00:28:03,240 --> 00:28:08,280
Bumi mendapat musim
semasa pembentukan Bulan.
219
00:28:11,200 --> 00:28:13,800
SISTEM SURIA
4.4 BILION TAHUN LALU
220
00:28:13,880 --> 00:28:16,040
Tidak lama selepas Bumi terbentuk,
221
00:28:17,080 --> 00:28:18,760
planet kita mendapat teman.
222
00:28:31,000 --> 00:28:32,800
Tapi ia bukan Bulan.
223
00:28:34,920 --> 00:28:39,080
Ia planet lain
yang terbentuk dalam orbit Bumi.
224
00:28:44,520 --> 00:28:46,880
Saudara bernama Theia.
225
00:28:48,680 --> 00:28:50,800
Ia lebih kurang saiz Marikh.
226
00:28:53,480 --> 00:28:56,680
Bebola batu dan lahar yang luas.
227
00:28:59,440 --> 00:29:01,200
Sepanjang zaman muda,
228
00:29:03,000 --> 00:29:05,120
Bumi dan Theia hidup dengan harmoni.
229
00:29:11,320 --> 00:29:16,280
Sehingga gangguan graviti
dalam sistem suria yang masih muda…
230
00:29:19,680 --> 00:29:23,400
menyebabkan dua planet
dalam arah pandu perlanggaran.
231
00:29:28,880 --> 00:29:30,040
Pada ketika ini,
232
00:29:32,040 --> 00:29:35,040
masa depan Bumi tidak terjamin.
233
00:29:54,000 --> 00:29:56,040
Theia hancur berkecai…
234
00:29:59,480 --> 00:30:02,400
apabila impak mencairkan kedua-dua dunia.
235
00:30:29,120 --> 00:30:31,400
Buat seketika dalam masa kosmos,
236
00:30:34,560 --> 00:30:36,480
planet kita memiliki dua bulan.
237
00:30:46,360 --> 00:30:53,160
Namun graviti mengheret salah satu bulan
untuk dimamah oleh Bumi.
238
00:31:06,720 --> 00:31:10,040
Meninggalkan satu-satunya bulan
yang kita lihat sekarang.
239
00:31:17,040 --> 00:31:21,200
Perlanggaran itu
mengubah planet kita selamanya.
240
00:31:27,080 --> 00:31:28,200
CONDONG
23 DARJAH
241
00:31:28,280 --> 00:31:30,600
Impak itu buat ia condong,
242
00:31:31,600 --> 00:31:35,040
kini ia berputar
pada kecondongan 23 darjah.
243
00:31:40,960 --> 00:31:43,760
Apabila ia mengelilingi orbit,
244
00:31:45,600 --> 00:31:47,040
dengan dua hemisfera,
245
00:31:47,720 --> 00:31:51,640
satu hemisfera menghadap Matahari,
246
00:31:55,000 --> 00:31:57,880
memberi Bumi musim.
247
00:32:19,600 --> 00:32:21,920
Apabila musim panas hampir tamat,
248
00:32:22,680 --> 00:32:25,200
malam yang lebih panjang merupakan tanda
249
00:32:25,280 --> 00:32:28,280
bahawa musim sejuk Alaska
yang ganas akan tiba.
250
00:32:32,560 --> 00:32:35,200
Anak-anak berusia tujuh bulan sekarang.
251
00:32:41,120 --> 00:32:45,640
Luna tahu jika ia mahu bertahan
semasa musim sejuk yang panjang,
252
00:32:46,360 --> 00:32:49,400
ia perlu menambah simpanan lemak.
253
00:33:06,000 --> 00:33:08,320
Tapi Bulan ialah peringatan berterusan…
254
00:33:12,920 --> 00:33:14,400
bahawa bantuan akan tiba.
255
00:33:19,800 --> 00:33:22,960
Seribu kilometer dari pantai Alaska,
256
00:33:24,960 --> 00:33:28,520
terdapat makhluk lain
yang berpandu pada ritma bermusim Bumi.
257
00:33:32,200 --> 00:33:33,960
salmon merah.
258
00:33:36,760 --> 00:33:39,680
Selepas dua tahun berenang
di Lautan Pasifik,
259
00:33:42,760 --> 00:33:44,720
ia mencapai usia matang.
260
00:33:46,080 --> 00:33:48,400
Sekarang, perubahan jangka siang
261
00:33:49,680 --> 00:33:52,680
mencetuskan hormon
untuk dirembeskan ke dalam darah.
262
00:33:55,720 --> 00:33:59,080
Isyarat kimia yang mengubah perangainya.
263
00:34:08,080 --> 00:34:13,800
Memanggilnya pulang untuk membiak
di sungai tempat kelahirannya.
264
00:34:34,280 --> 00:34:36,080
Luna kepenatan dan kelaparan,
265
00:34:37,120 --> 00:34:41,600
tapi ia masih membawa
anak-anaknya ke tepi sungai.
266
00:34:54,080 --> 00:34:59,000
Ia rasa sesuatu yang ajaib bakal berlaku.
267
00:35:04,080 --> 00:35:08,960
Hari ini, kebiasaan unik musim ini
268
00:35:09,040 --> 00:35:12,400
akan membantu beruang untuk terus hidup.
269
00:35:33,520 --> 00:35:37,680
Bumi tiba di kedudukan penting
dalam perjalanan mengelilingi Matahari.
270
00:35:41,720 --> 00:35:44,240
Sekarang Bulan menaikkan paras air.
271
00:35:50,000 --> 00:35:55,280
Menyediakan persiapan terakhir
untuk salmon kembali ke sungai.
272
00:36:40,480 --> 00:36:45,680
Akhirnya, anak-anak beruang
dapat makan salmon buat kali pertama.
273
00:36:51,160 --> 00:36:54,960
Seekor ikan tidak cukup
untuk bertahan sepanjang musim sejuk,
274
00:36:55,920 --> 00:37:01,400
namun itulah hidangan sebenar pertama
setelah lapan bulan ia lahir di dunia.
275
00:37:18,040 --> 00:37:21,880
Ketibaan salmon pertama
buat Luna berasa lega.
276
00:37:24,720 --> 00:37:26,600
Pengalaman memberitahu Luna
277
00:37:27,720 --> 00:37:31,200
bahawa lebih banyak salmon akan datang.
278
00:37:50,720 --> 00:37:52,720
Apabila hari siang semakin pendek,
279
00:37:54,400 --> 00:37:58,280
hormon yang sama
yang membuat salmon memulakan perjalanan
280
00:37:59,200 --> 00:38:01,400
mengubah salmon secara dramatik.
281
00:38:08,960 --> 00:38:10,680
Kepala salmon berubah bentuk.
282
00:38:13,000 --> 00:38:15,680
Badan salmon menjadi merah terang.
283
00:38:19,040 --> 00:38:20,960
Berjuta ekor
284
00:38:21,480 --> 00:38:25,920
meluru ke dasar sungai yang berkerikil,
iaitu kawasan peneluran.
285
00:38:36,120 --> 00:38:40,400
Babak terakhir kisah beruang berlaku.
286
00:38:49,120 --> 00:38:52,520
Kisah yang setua planet ini.
287
00:39:02,680 --> 00:39:04,280
Pembentukan Bumi,
288
00:39:09,760 --> 00:39:12,040
perlanggaran yang mencipta Bulan,
289
00:39:15,000 --> 00:39:18,840
dan hubungan unik planet kita
dengan bulan dan bintang…
290
00:39:25,400 --> 00:39:31,520
telah bergabung untuk mencipta dunia
yang tidak wujud di tempat lain.
291
00:39:33,920 --> 00:39:35,600
Planet yang boleh didiami.
292
00:39:38,600 --> 00:39:42,680
Satu-satunya tempat yang kita tahu
yang sesuai untuk makhluk hidup.
293
00:40:04,320 --> 00:40:05,360
Bagi Luna,
294
00:40:06,000 --> 00:40:09,000
sejarah kosmos
selama empat setengah bilion tahun
295
00:40:10,920 --> 00:40:14,000
menemukannya dengan detik ini.
296
00:40:21,760 --> 00:40:27,200
Pertemuan tahunan salmon dan beruang.
297
00:40:38,160 --> 00:40:40,400
Peluang berharga
298
00:40:42,160 --> 00:40:43,440
untuk memberi makan keluarganya.
299
00:40:51,120 --> 00:40:55,080
Luna dan anak-anak cukup kenyang
untuk bertahan semasa musim sejuk.
300
00:40:57,400 --> 00:41:01,960
Walaupun masa depannya di planet
yang kian berubah tidak terjamin,
301
00:41:03,320 --> 00:41:06,480
tapi tahun ini,
salmon akan buat ia bertahan…
302
00:41:10,400 --> 00:41:16,720
sementara planet kita meneruskan pelayaran
tanpa henti mengelilingi Matahari.
303
00:41:26,640 --> 00:41:29,720
Seterusnya dalam kisah alam semesta kita,
304
00:41:31,160 --> 00:41:34,720
pengembara lautan
yang kitaran hidup mendedahkan
305
00:41:35,400 --> 00:41:39,320
segala penciptaan di alam semesta ini.
306
00:41:41,120 --> 00:41:46,680
Dalam setiap telur penyu,
terdapat atom daripada Letupan Besar…
307
00:41:49,000 --> 00:41:52,560
yang tercipta apabila bintang mati.
308
00:41:56,160 --> 00:41:59,000
Tapi bagaimana bintang
dan planet tercipta?
309
00:42:00,840 --> 00:42:07,080
Bagaimana bahan yang sama
berubah menjadi makhluk hidup?
310
00:42:56,440 --> 00:43:00,640
Terjemahan sari kata oleh
Zarifah Kamarulhisham