1
00:00:23,000 --> 00:00:26,040
LOANGO, GABON
2
00:00:26,600 --> 00:00:28,000
JAM 6.29
3
00:00:28,080 --> 00:00:29,440
JAM 6.30
4
00:00:29,520 --> 00:00:31,320
Ia pagi di hutan.
5
00:00:32,520 --> 00:00:35,120
Bagi sekumpulan cimpanzi ini,
6
00:00:35,200 --> 00:00:37,040
ia masa untuk bangun tidur
7
00:00:37,120 --> 00:00:39,000
dan melakukan tugasan harian.
8
00:00:45,960 --> 00:00:49,640
Tapi apabila anda tidur
di tempat setinggi 40 meter di udara,
9
00:00:51,080 --> 00:00:53,320
ia sesuatu yang agak mencabar.
10
00:01:12,880 --> 00:01:17,120
Upacara pagi ini menjadi kebiasaan
11
00:01:18,560 --> 00:01:20,320
bagi banyak generasi.
12
00:01:25,680 --> 00:01:30,240
Ritma yang didorong oleh salah satu
unsur paling misteri di alam semesta.
13
00:01:38,160 --> 00:01:39,000
Masa.
14
00:01:41,920 --> 00:01:46,800
Masa memainkan peranan lebih penting
bagi seekor cimpanzi betina.
15
00:01:49,360 --> 00:01:51,760
Celeste berusia pertengahan 30-an,
16
00:01:52,720 --> 00:01:55,160
dan ada jam yang berdetik dalam badannya.
17
00:01:59,840 --> 00:02:03,840
Jam yang ditetapkan
sejak 13.8 bilion tahun lalu.
18
00:02:14,720 --> 00:02:16,800
Atom dari Letupan Besar…
19
00:02:20,040 --> 00:02:21,000
dan tenaga,
20
00:02:22,440 --> 00:02:25,800
yang merentas ruang angkasa yang luas.
21
00:02:31,280 --> 00:02:32,760
Semua bahan
22
00:02:34,040 --> 00:02:35,720
bergabung…
23
00:02:38,520 --> 00:02:40,720
untuk mencipta kehidupan baharu.
24
00:02:44,600 --> 00:02:48,760
Dalam rahim Celeste,
cimpanzi kecil sedang membentuk.
25
00:02:52,960 --> 00:02:57,320
Dalam masa 150 hari,
bayi ini akan bertemu dunia.
26
00:02:59,960 --> 00:03:01,440
Itulah masa yang diambil.
27
00:03:04,320 --> 00:03:06,120
Tanpa masa,
28
00:03:06,200 --> 00:03:09,440
tiada apa di alam semesta akan dilahirkan.
29
00:03:12,720 --> 00:03:14,920
Dari cimpanzi paling muda…
30
00:03:16,920 --> 00:03:18,800
sehingga lohong hitam tertua.
31
00:03:23,680 --> 00:03:27,280
Tapi bagaimana masa bermula?
32
00:03:29,240 --> 00:03:32,480
Adakah segalanya berdepan masa
dengan cara yang sama?
33
00:03:35,000 --> 00:03:38,440
Adakah jam alam semesta kita
akan berhenti?
34
00:04:02,520 --> 00:04:07,000
JAM KOSMOS
35
00:04:09,440 --> 00:04:12,960
Permulaan hari cimpanzi
sama macam permulaan hari kita.
36
00:04:16,280 --> 00:04:17,200
Sarapan.
37
00:04:23,680 --> 00:04:27,360
Hidangan penting,
terutamanya jika anda hamil.
38
00:04:35,800 --> 00:04:38,760
Celeste ibu yang berpengalaman.
39
00:04:42,120 --> 00:04:46,560
Anak sulung, Apollo,
merupakan jantan dominan dalam kumpulan.
40
00:04:48,800 --> 00:04:51,960
Ia bangun agak malas pada waktu pagi.
41
00:04:59,120 --> 00:05:01,760
Usia setiap cimpanzi berbeza.
42
00:05:04,640 --> 00:05:06,960
Perwatakan setiap cimpanzi berbeza.
43
00:05:09,720 --> 00:05:13,120
Tapi ia makhluk yang patuh pada rutin.
44
00:05:17,520 --> 00:05:21,920
Hidupnya dikawal oleh peredaran masa.
45
00:05:24,520 --> 00:05:25,840
Kita tidak nampak
46
00:05:28,040 --> 00:05:29,040
atau dengar.
47
00:05:30,760 --> 00:05:33,400
Kita tidak boleh mempengaruhi masa.
48
00:05:34,240 --> 00:05:39,480
Namun, setiap degupan jantung,
setiap pilihan dan tindakan,
49
00:05:39,560 --> 00:05:45,800
setiap ketidakgiatan merupakan akibat
aliran masa yang tidak terhenti.
50
00:05:47,160 --> 00:05:50,400
Ia boleh menjadi cepat atau lambat.
51
00:05:51,480 --> 00:05:54,040
Tapi masa tidak pernah berundur.
52
00:05:55,320 --> 00:06:00,920
Bintang dan planet
membentuk, menua dan mati.
53
00:06:02,440 --> 00:06:04,960
Selepas itu, bintang baharu muncul.
54
00:06:05,480 --> 00:06:07,720
Dalam beberapa keajaiban,
55
00:06:07,800 --> 00:06:11,600
objek paling misteri
di alam semesta lahir.
56
00:06:13,120 --> 00:06:14,320
Lohong hitam.
57
00:06:22,040 --> 00:06:24,840
Masa merupakan pengalir kosmos.
58
00:06:27,600 --> 00:06:30,520
Tiada apa boleh lari daripada masa.
59
00:06:34,320 --> 00:06:37,520
JAM 9.46
60
00:06:37,600 --> 00:06:40,120
JAM 9.47
61
00:06:44,680 --> 00:06:49,240
Kita ada alat yang boleh menjejak
dan mengukur masa,
62
00:06:55,240 --> 00:06:56,440
tapi cimpanzi tiada.
63
00:07:04,280 --> 00:07:07,800
Celeste dan keluarga berpandukan matahari.
64
00:07:11,800 --> 00:07:14,760
Menaik dan melengkung merentasi langit.
65
00:07:19,120 --> 00:07:20,320
Apabila ia bergerak,
66
00:07:23,360 --> 00:07:24,680
cimpanzi bergerak.
67
00:07:31,960 --> 00:07:35,080
Cimpanzi jarang tidur
di tempat yang sama dua kali.
68
00:07:35,960 --> 00:07:39,040
Setiap pagi,
ia keluar mencari buah-buahan segar.
69
00:07:41,640 --> 00:07:45,280
Bergerak dari satu kawasan
ke kawasan lain.
70
00:07:49,120 --> 00:07:52,320
Tapi sekarang, buah paling ranum…
71
00:07:54,840 --> 00:07:57,640
terletak di seberang dataran terbuka.
72
00:08:02,480 --> 00:08:06,240
Apollo dan ahli terkuat memimpin di depan
73
00:08:07,160 --> 00:08:09,480
untuk menjamin keselamatan ahli lain.
74
00:08:12,280 --> 00:08:13,440
Di dataran terbuka,
75
00:08:13,520 --> 00:08:17,240
ia terdedah kepada pemangsa,
cimpanzi saingan,
76
00:08:18,160 --> 00:08:20,000
dan matahari yang panas terik.
77
00:08:24,160 --> 00:08:25,560
Ia perlu pantas.
78
00:08:26,840 --> 00:08:28,760
Masa berlalu.
79
00:08:33,720 --> 00:08:36,920
Matahari yang merentasi langit
80
00:08:37,000 --> 00:08:39,600
membentuk unit masa asas cimpanzi.
81
00:08:43,680 --> 00:08:47,440
Dari subuh ke senja, dan subuh semula.
82
00:08:49,520 --> 00:08:51,000
Sehari selama 24 jam.
83
00:08:54,200 --> 00:08:57,400
Tapi sehari bukan satu ukuran masa.
84
00:08:59,160 --> 00:09:02,200
Ia ukuran pergerakan.
85
00:09:08,640 --> 00:09:11,480
Apabila planet berputar pada paksinya,
86
00:09:11,560 --> 00:09:18,120
hutan itu bergerak melalui angkasa
pada kelajuan 1,600 kilometer sejam.
87
00:09:20,360 --> 00:09:25,400
Ia mengambil masa 24 jam
untuk Bumi buat putaran penuh.
88
00:09:28,280 --> 00:09:32,000
Beri cimpanzi masa 24 jam untuk bergerak.
89
00:09:33,120 --> 00:09:36,880
Dua belas jam terang
dan dua belas jam gelap.
90
00:09:38,560 --> 00:09:41,680
Berulang-ulang.
91
00:09:46,800 --> 00:09:52,080
Putaran stabil planet kita
yang menetapkan jam induk Bumi.
92
00:09:55,040 --> 00:09:58,200
Ia penjaga masa yang cimpanzi percaya.
93
00:10:02,480 --> 00:10:05,080
Tapi kitaran penting
yang kita ambil mudah…
94
00:10:07,320 --> 00:10:08,840
tidak sejagat.
95
00:10:15,840 --> 00:10:18,480
Sebaik saja anda tinggalkan planet kita,
96
00:10:20,280 --> 00:10:22,960
hari sepanjang 24 jam sudah tidak wujud.
97
00:10:27,960 --> 00:10:29,880
Planet terdekat dengan matahari…
98
00:10:32,080 --> 00:10:33,520
ialah planet Utarid.
99
00:10:33,600 --> 00:10:35,080
UTARID
100
00:10:35,160 --> 00:10:39,000
Berbanding planet kita,
ia berputar dengan sangat perlahan.
101
00:10:41,000 --> 00:10:44,200
1408 JAM DALAM SEHARI
102
00:10:44,520 --> 00:10:49,760
Jiran kita, Zuhrah berputar
dengan lebih perlahan.
103
00:10:51,400 --> 00:10:54,640
Ia ambil masa lebih lama
untuk berputar pada paksi
104
00:10:55,520 --> 00:10:57,760
berbanding mengelilingi matahari.
105
00:11:00,920 --> 00:11:06,040
Menjadikan hari Zuhrah
lebih panjang daripada tahunnya.
106
00:11:09,680 --> 00:11:12,640
Setiap planet memiliki
jangka siang yang unik.
107
00:11:15,880 --> 00:11:19,560
MARIKH 25 JAM DALAM SEHARI
108
00:11:21,520 --> 00:11:25,680
ZUHAL 11 JAM DALAM SEHARI
109
00:11:27,160 --> 00:11:30,600
NEPTUN 17 JAM DALAM SEHARI
110
00:11:32,320 --> 00:11:36,040
Termasuk planet yang jauh
melebihi sistem suria kita.
111
00:11:40,360 --> 00:11:42,440
Sejauh 63 tahun cahaya,
112
00:11:43,520 --> 00:11:45,080
mengelilingi bintang muda,
113
00:11:46,360 --> 00:11:48,640
ialah Beta Pictoris B.
114
00:11:52,520 --> 00:11:55,240
Ia berputar dengan sangat pantas.
115
00:11:58,720 --> 00:12:01,000
Ia terbonjol keluar di bahagian tepi.
116
00:12:04,720 --> 00:12:08,160
Ia dunia yang paling pantas berputar
yang kita tahu.
117
00:12:10,200 --> 00:12:13,120
Di sini, hanya lapan jam dalam sehari.
118
00:12:13,200 --> 00:12:17,160
8 JAM DALAM SEHARI
119
00:12:18,480 --> 00:12:23,120
Setiap planet di alam semesta kita
berputar pada kelajuan tertentu.
120
00:12:26,360 --> 00:12:27,760
Berbilion dunia.
121
00:12:28,880 --> 00:12:30,440
Dengan jam tersendiri
122
00:12:31,760 --> 00:12:33,840
yang berdetik dengan ritma berbeza.
123
00:12:35,360 --> 00:12:40,880
Tapi semuanya bergerak ke depan
berdasarkan garis masa kosmos sejagat.
124
00:12:50,200 --> 00:12:52,480
JAM 11.57
125
00:12:52,560 --> 00:12:54,120
JAM 11.58
126
00:12:58,560 --> 00:12:59,640
Di Bumi,
127
00:13:00,640 --> 00:13:03,120
matahari hampir terpacak di atas kepala,
128
00:13:05,080 --> 00:13:07,680
cimpanzi tahu tepat pukul berapa sekarang.
129
00:13:17,160 --> 00:13:18,520
Masa makan tengah hari.
130
00:13:31,160 --> 00:13:35,760
Penyeberangan ke Savanah
berlaku tepat pada masanya.
131
00:13:42,680 --> 00:13:44,400
Ia memang beruntung.
132
00:13:51,760 --> 00:13:54,680
Buah beri manis pokok anggur Afrika
133
00:13:56,400 --> 00:13:58,560
baru berbuah beberapa minggu.
134
00:14:05,080 --> 00:14:08,600
Hadiah bermusim
yang jarang diberi oleh hutan.
135
00:14:12,680 --> 00:14:16,280
Masa tengah hari
merupakan masa sangat produktif.
136
00:14:20,840 --> 00:14:24,640
Haiwan pelbagai saiz
menyempurnakan tugasan harian.
137
00:14:30,000 --> 00:14:32,880
Setiap haiwan mengikut masa berbeza.
138
00:14:37,120 --> 00:14:40,800
Bagi makhluk kecil
yang hidup pantas, pendek umur,
139
00:14:45,600 --> 00:14:48,960
makan tengah hari ibarat seumur hidup.
140
00:14:54,680 --> 00:14:57,440
Bagi makhluk yang perlahan, hidup lama,
141
00:14:58,120 --> 00:15:01,280
sejam berlalu dengan sekelip mata.
142
00:15:08,320 --> 00:15:11,360
Tapi sama ada anda hidup pantas
143
00:15:12,360 --> 00:15:14,120
atau perlahan,
144
00:15:15,960 --> 00:15:21,000
semua kehidupan di hutan
patuh pada 24 jam sehari yang sama.
145
00:15:23,720 --> 00:15:25,920
Ketika dunia terus berputar,
146
00:15:29,400 --> 00:15:31,560
hari berganti hari.
147
00:15:33,600 --> 00:15:37,720
Mengecam nyawa setiap cimpanzi.
148
00:15:41,440 --> 00:15:42,760
Khususnya seekor ini.
149
00:15:49,960 --> 00:15:51,920
Pada usia 15 minggu,
150
00:15:52,880 --> 00:15:56,960
seluruh badan bayi ini
muat dalam tangan ibunya.
151
00:16:00,560 --> 00:16:02,440
Untuk ia terbentuk sepenuhnya,
152
00:16:02,520 --> 00:16:05,760
satu turutan peristiwa termasa
perlu berlaku.
153
00:16:08,160 --> 00:16:10,360
Selama 130 hari seterusnya,
154
00:16:11,120 --> 00:16:15,480
setiap minit, setiap nanosaat berharga.
155
00:16:24,200 --> 00:16:30,160
Sel baru terpisah dan membesar
pada kelajuan dan ketepatan tinggi.
156
00:16:34,200 --> 00:16:35,200
Sekarang,
157
00:16:36,160 --> 00:16:41,680
sel otak membiak
pada kadar lebih kurang 15 juta sejam.
158
00:16:51,760 --> 00:16:54,800
Kesemua kita, dari detik pertama kita,
159
00:16:55,800 --> 00:17:00,160
menjalin hubungan biologi mendalam
dengan masa.
160
00:17:10,800 --> 00:17:13,080
JAM 17.42
161
00:17:13,160 --> 00:17:15,600
JAM 17.43
162
00:17:17,360 --> 00:17:19,120
Apabila matahari terbenam,
163
00:17:21,760 --> 00:17:24,280
cimpanzi bertukar gear secara naluriah.
164
00:17:27,840 --> 00:17:29,080
Ke mod petang.
165
00:17:39,120 --> 00:17:41,920
Isyarat untuk mencari tempat tidur.
166
00:17:44,400 --> 00:17:47,560
Masa untuk mencari tempat selamat
untuk bermalam.
167
00:18:01,400 --> 00:18:05,560
Ia memerlukan katil
yang lembut tetapi kukuh.
168
00:18:12,160 --> 00:18:14,640
Tiada salah jika ia dapat katil yang enak.
169
00:18:18,880 --> 00:18:21,320
Ritma setiap hari di hutan
170
00:18:21,880 --> 00:18:25,360
ditentukan oleh posisi matahari di langit.
171
00:18:34,560 --> 00:18:37,000
Tapi deria masa semula jadi cimpanzi
172
00:18:38,200 --> 00:18:40,920
datang dari sesuatu dalam badannya.
173
00:18:49,680 --> 00:18:53,680
Terdapat jam biologi dalam otak cimpanzi.
174
00:18:56,560 --> 00:18:59,520
Neuron bertindak sebagai ayunan buah jam…
175
00:19:01,840 --> 00:19:06,400
dikawal oleh gen yang hidup dan mati.
176
00:19:08,520 --> 00:19:12,960
Kitaran yang berulang setiap 24 jam.
177
00:19:16,240 --> 00:19:21,320
Gen jam ini mencipta
ritma sirkadian dalam badan
178
00:19:22,080 --> 00:19:28,200
yang turun dan naik selari
dengan putaran planet kita.
179
00:19:30,600 --> 00:19:32,040
Mengawal hormon,
180
00:19:36,520 --> 00:19:37,440
kadar jantung,
181
00:19:38,800 --> 00:19:40,640
dan tahap tenaga.
182
00:19:46,200 --> 00:19:50,760
Sekarang, jam badan cimpanzi
menghantar isyarat,
183
00:19:52,160 --> 00:19:54,720
"Masa untuk mengantuk."
184
00:19:57,960 --> 00:19:59,800
Tapi bukan semua boleh terima.
185
00:20:14,320 --> 00:20:17,240
Otak bayi Celeste masih membentuk.
186
00:20:20,640 --> 00:20:23,000
Tanpa jam dalaman tersendiri,
187
00:20:23,640 --> 00:20:27,240
ia bergantung pada hormon ibu
untuk mengekalkan rentak.
188
00:20:29,600 --> 00:20:33,360
Tapi bayi tidak sentiasa peka.
189
00:20:37,480 --> 00:20:39,120
Celeste bertuah.
190
00:20:39,200 --> 00:20:41,560
Bayi yang masih perlu membesar,
191
00:20:41,640 --> 00:20:44,520
tertidur akhirnya.
192
00:20:59,600 --> 00:21:03,520
Sementara cimpanzi tidur
tinggi di atas pokok,
193
00:21:07,280 --> 00:21:10,680
penghuni hutan lain terjaga.
194
00:21:22,720 --> 00:21:25,400
Jam badan berdetik
195
00:21:25,480 --> 00:21:29,760
dalam sel tumbuhan dan haiwan
di seluruh hutan.
196
00:21:38,320 --> 00:21:43,520
Gen jam berkembang
dua setengah bilion tahun lalu
197
00:21:43,600 --> 00:21:45,600
dalam sel hidup pertama.
198
00:21:48,080 --> 00:21:52,880
Makhluk yang boleh menjangkakan
siang dan malam dikira bertuah.
199
00:21:56,160 --> 00:21:57,920
Apabila kehidupan berkembang,
200
00:21:59,240 --> 00:22:01,840
ia mengikut rentak pergerakan Bumi.
201
00:22:02,880 --> 00:22:04,680
Jadi hari ini,
202
00:22:04,760 --> 00:22:09,400
jam ini wujud
dalam hampir setiap makhluk di Bumi.
203
00:22:13,640 --> 00:22:16,440
Walaupun ada makhluk
yang lebih suka siang berbanding malam,
204
00:22:22,320 --> 00:22:25,960
semua kehidupan hidup
pada rentak yang sama.
205
00:22:28,720 --> 00:22:30,960
Terima kasih kepada jam bersel
206
00:22:31,040 --> 00:22:36,240
yang berdetik dengan putaran Bumi.
207
00:22:48,440 --> 00:22:50,800
JAM 6.32
208
00:22:50,880 --> 00:22:51,800
JAM 6.33
209
00:22:53,000 --> 00:22:55,240
Tatkala semalam menjadi kenangan,
210
00:22:58,040 --> 00:23:00,440
hari baru bermula di hutan
211
00:23:09,560 --> 00:23:11,000
Satu kitaran baru,
212
00:23:12,760 --> 00:23:17,160
tapi tiada jam
yang boleh ditetap semula sepenuhnya.
213
00:23:24,720 --> 00:23:29,240
Ada petunjuk tidak ketara
di sekeliling hutan yang beri sebab.
214
00:23:32,440 --> 00:23:38,040
Hari ini dan semalam berbeza.
215
00:23:42,200 --> 00:23:44,640
Paling teruk Apollo,
216
00:23:45,720 --> 00:23:49,160
yang bangun dan murung sepanjang hari.
217
00:23:57,600 --> 00:23:59,320
Apabila anginnya tidak baik,
218
00:24:03,200 --> 00:24:07,840
ahli kumpulan lain perlu berdiam diri.
219
00:24:26,720 --> 00:24:29,560
Ia jumpa sasaran
untuk melepaskan kemarahan.
220
00:24:40,680 --> 00:24:44,120
Beberapa cimpanzi lebih muda
jumpa madu untuk sarapan.
221
00:24:56,680 --> 00:25:00,240
Ia lupa menjemput Apollo untuk makan.
222
00:25:14,640 --> 00:25:19,320
Ia akan tahu bahawa ia tidak patut
mencari pasal dengan ahli dominan.
223
00:25:26,880 --> 00:25:28,400
Gigitan dia berbisa.
224
00:25:32,280 --> 00:25:34,800
Nasib baik ia tidak terlalu serius.
225
00:25:43,200 --> 00:25:46,440
Dengan sedikit penjagaan,
luka ini akan sembuh.
226
00:25:49,360 --> 00:25:53,040
Tapi luka meninggalkan parut
227
00:25:54,160 --> 00:25:56,120
yang kekal pada badan cimpanzi.
228
00:25:57,400 --> 00:26:03,520
Tanda masa silam yang mendedahkan
satu kebenaran sejagat tentang masa.
229
00:26:07,280 --> 00:26:08,560
Masa memiliki arah.
230
00:26:10,640 --> 00:26:13,000
Anda tidak boleh mengundur masa,
231
00:26:14,640 --> 00:26:17,320
anda hanya boleh maju ke hadapan.
232
00:26:20,800 --> 00:26:22,920
Ini anak panah masa,
233
00:26:24,200 --> 00:26:27,840
dan ia meninggalkan parut pada segalanya
234
00:26:28,520 --> 00:26:29,480
di serata Bumi…
235
00:26:29,560 --> 00:26:31,160
JAM 19.45
236
00:26:31,240 --> 00:26:32,160
dan lebih lagi.
237
00:26:41,160 --> 00:26:46,520
Bulan kita penuh dengan parut pertempuran
yang menceritakan peristiwa purba.
238
00:26:56,480 --> 00:26:57,840
Termasuk planet lain.
239
00:26:59,520 --> 00:27:01,600
UTARID
240
00:27:01,680 --> 00:27:08,200
Permukaannya merupakan bukti
serangan asteroid dan komet.
241
00:27:08,280 --> 00:27:10,720
MARIKH
242
00:27:15,040 --> 00:27:19,120
Mungkin kawah impak
paling mengagumkan dalam sistem suria
243
00:27:20,680 --> 00:27:23,080
menjadi milik bulan Zuhal.
244
00:27:23,320 --> 00:27:24,400
MIMAS
245
00:27:24,480 --> 00:27:25,480
Mimas.
246
00:27:27,880 --> 00:27:32,560
Kawah Herschel seluas 130 kilometer.
247
00:27:38,280 --> 00:27:40,840
Benda yang mencipta parut yang luas ini…
248
00:27:43,000 --> 00:27:46,280
hampir menghancurkan bulan.
249
00:28:04,000 --> 00:28:06,080
Mimas merupakan bukti kejadian itu.
250
00:28:07,840 --> 00:28:10,520
Tapi peristiwa ini
tidak boleh berpatah balik.
251
00:28:15,320 --> 00:28:19,360
Ia membezakan masa lalu dengan masa kini.
252
00:28:22,160 --> 00:28:24,600
Kawah impak merupakan cap masa
253
00:28:26,360 --> 00:28:28,840
yang menandakan detik unik dalam sejarah.
254
00:28:28,920 --> 00:28:32,880
21 RIBU TAHUN
255
00:28:32,960 --> 00:28:36,720
AMERIKA SYARIKAT
256
00:28:37,400 --> 00:28:40,360
Kita tidak boleh kembali
ke masa ia tercipta.
257
00:28:40,440 --> 00:28:43,880
50 RIBU TAHUN
258
00:28:43,960 --> 00:28:47,640
Tapi kita boleh mencantum
peristiwa masa lalu
259
00:28:49,080 --> 00:28:51,480
dan melihat semula peristiwa lalu.
260
00:28:51,560 --> 00:28:53,680
142 JUTA TAHUN
261
00:28:56,640 --> 00:28:57,880
Sebelum kawah.
262
00:28:59,640 --> 00:29:00,920
Sebelum planet.
263
00:29:01,840 --> 00:29:03,080
Sebelum bintang.
264
00:29:05,000 --> 00:29:07,680
Kembali ke masa sebelum masa.
265
00:29:11,000 --> 00:29:14,320
13.8 BILION TAHUN
266
00:29:14,400 --> 00:29:17,400
Alam semesta kita memiliki permulaan.
267
00:29:21,840 --> 00:29:24,960
Letupan yang sangat besar…
268
00:29:27,360 --> 00:29:29,800
yang mencipta ruang tiga dimensi
269
00:29:31,280 --> 00:29:32,560
dan masa.
270
00:29:36,880 --> 00:29:40,240
Tapi ruang dan masa tidak terpisah.
271
00:29:41,800 --> 00:29:44,840
Masa sudah sebati dengan alam semesta.
272
00:29:49,000 --> 00:29:53,680
Terikat dengan angkasa
sebagai dimensi keempat alam semesta.
273
00:29:56,480 --> 00:29:59,560
Letupan Besar buat jam alam berdetik.
274
00:30:02,920 --> 00:30:05,280
Menarik segalanya ke masa depan.
275
00:30:09,040 --> 00:30:13,040
Ia mencipta anak panah masa.
276
00:30:18,640 --> 00:30:21,960
Dari detik pertama alam semesta kita…
277
00:30:22,560 --> 00:30:24,360
JAM 09.02
278
00:30:25,840 --> 00:30:27,640
JAM 10.32
279
00:30:29,080 --> 00:30:30,880
JAM 12.20
280
00:30:32,360 --> 00:30:34,640
ia membawa kita ke masa depan,
281
00:30:35,720 --> 00:30:38,200
menyebabkan segalanya membesar,
282
00:30:39,640 --> 00:30:40,480
menua,
283
00:30:42,440 --> 00:30:43,400
dan berubah.
284
00:30:45,560 --> 00:30:49,120
Dari kecil hingga dewasa,
285
00:30:50,400 --> 00:30:54,080
kita mengembara kehidupan
dalam arah yang sama.
286
00:30:55,640 --> 00:30:58,320
Semakin hari semakin tua.
287
00:30:59,960 --> 00:31:02,800
Semakin tua semakin pintar.
288
00:31:04,200 --> 00:31:07,640
Kenaifan masa muda
digantikan dengan pengalaman.
289
00:31:13,120 --> 00:31:17,520
Anak panah masa memimpin kita
melalui pelbagai peringkat hidup.
290
00:31:21,880 --> 00:31:23,080
Ia membentuk kita.
291
00:31:25,760 --> 00:31:27,440
Menentukan diri kita.
292
00:31:31,000 --> 00:31:32,520
Dari detik pertama kita,
293
00:31:34,680 --> 00:31:36,160
sehingga detik terakhir.
294
00:31:41,880 --> 00:31:44,480
Cimpanzi jarang hidup
melebihi umur 40 tahun.
295
00:31:49,200 --> 00:31:50,840
Tiada makhluk yang abadi.
296
00:31:58,480 --> 00:32:03,240
Semua yang wujud di alam semesta ini
memiliki jangka hayat yang terbatas.
297
00:32:08,680 --> 00:32:11,960
Termasuklah alam semesta ini.
298
00:32:19,600 --> 00:32:23,440
Hari ini, galaksi penuh dengan bintang.
299
00:32:27,280 --> 00:32:33,320
Tapi 95 peratus bintang
yang akan wujud telah lahir.
300
00:32:38,720 --> 00:32:41,400
Tatkala alam semesta
mengembara ke masa depan,
301
00:32:42,800 --> 00:32:47,680
satu demi satu bintang
akan berhenti berkelip,
302
00:32:50,320 --> 00:32:55,200
meninggalkan alam semesta
untuk berdepan masa depan yang gelap
303
00:32:56,880 --> 00:32:58,680
bertrilion tahun akan datang,
304
00:32:59,400 --> 00:33:02,920
iaitu beribu bilion tahun.
305
00:33:09,400 --> 00:33:11,640
Zaman cahaya bintang
306
00:33:11,720 --> 00:33:16,280
akan disusuli zaman gelap lohong hitam.
307
00:33:22,920 --> 00:33:27,840
Raksasa-raksasa ini memakan
saki-baki bintang dan planet yang mati.
308
00:33:29,560 --> 00:33:31,040
Disebabkan itu,
309
00:33:31,120 --> 00:33:36,280
graviti yang semakin meningkat
meninggalkan parut pada alam semesta.
310
00:33:43,080 --> 00:33:46,400
Mengganggu ruang dan masa.
311
00:33:48,760 --> 00:33:53,080
Pinggir lohong hitam
yang digelar Ufuk Peristiwa,
312
00:33:54,240 --> 00:33:57,400
kawasan dengan graviti yang sangat kuat
313
00:33:58,240 --> 00:34:03,880
yang menyebabkan masa
bergerak perlahan, hampir terhenti.
314
00:34:08,920 --> 00:34:12,400
Tapi lohong hitam pun
tidak mampu lari dari anak panah masa.
315
00:34:15,040 --> 00:34:16,920
Pada masa akan datang,
316
00:34:21,080 --> 00:34:24,360
apabila tiada bintang
atau planet untuk dimakan,
317
00:34:25,920 --> 00:34:27,600
ia akan mula kebuluran.
318
00:34:32,800 --> 00:34:34,000
Perlahan-lahan,
319
00:34:36,680 --> 00:34:37,920
sangat perlahan,
320
00:34:39,720 --> 00:34:40,840
ia akan mengecut.
321
00:34:46,360 --> 00:34:47,600
Apabila ia mati,
322
00:34:48,080 --> 00:34:50,600
tiada siapa tahu perkara
yang akan berlaku.
323
00:34:52,920 --> 00:34:57,960
Tapi ia mungkin menjadi
pengakhiran alam semesta kita.
324
00:35:07,400 --> 00:35:11,760
Di Bumi, tiada makhluk
yang boleh memperlahankan masa.
325
00:35:16,000 --> 00:35:20,280
Salah seekor mak cik Celeste
hampir mencapai penghujung hayat.
326
00:35:24,280 --> 00:35:28,040
Ia berundur daripada kumpulan
dan bersendirian di hutan.
327
00:35:35,800 --> 00:35:37,840
Dah lama ia hidup.
328
00:35:41,200 --> 00:35:44,080
Tapi hari ini hari terakhirnya.
329
00:36:03,760 --> 00:36:06,520
Tatkala dunia terus berputar,
330
00:36:07,920 --> 00:36:11,040
tubuhnya terbaring kaku.
331
00:36:23,320 --> 00:36:26,160
Tapi masa tidak hanya membawa kita
ke penghujung.
332
00:36:30,360 --> 00:36:32,400
Ia mencipta permulaan.
333
00:36:37,280 --> 00:36:40,760
Hari bertukar minggu
dan minggu bertukar bulan,
334
00:36:42,560 --> 00:36:45,600
ada perubahan besar
bagi seekor cimpanzi istimewa.
335
00:36:59,600 --> 00:37:01,480
Ucap helo kepada Cosmo.
336
00:37:06,040 --> 00:37:08,960
Otak dan anggota badannya telah terbentuk.
337
00:37:10,720 --> 00:37:13,400
Matanya sudah bersedia
untuk melihat dunia.
338
00:37:21,880 --> 00:37:24,960
Mustahil untuk mengetahui
masa kelahirannya.
339
00:37:26,560 --> 00:37:29,400
Tapi ia boleh lahir pada bila-bila masa.
340
00:37:36,000 --> 00:37:38,760
Sudah lapan bulan
ia berada dalam kandungan.
341
00:37:40,240 --> 00:37:43,480
Tapi perjalanannya bermula
suatu masa dahulu.
342
00:37:46,000 --> 00:37:50,600
Unsur yang menciptanya
datang dari bintang yang mati.
343
00:37:52,520 --> 00:37:58,320
Air yang mengalir dalam tubuhnya
datang dari dunia yang jauh.
344
00:38:00,400 --> 00:38:06,800
Tenaga yang menguatkan ototnya
datang dari jantung matahari kita.
345
00:38:09,720 --> 00:38:13,040
Tapi terdapat bahan paling misteri.
346
00:38:13,720 --> 00:38:18,200
Ia berdetik sejak 13.8 bilion tahun lalu.
347
00:38:22,280 --> 00:38:26,800
Ia mengumpulkan semua bahan
sehingga saat ini.
348
00:38:30,120 --> 00:38:31,240
Di tempat ini.
349
00:38:33,960 --> 00:38:35,200
Di planet ini.
350
00:38:44,720 --> 00:38:47,920
Matahari terbit, pagi menjelang.
351
00:38:53,240 --> 00:38:57,520
Pagi ini pagi yang lebih istimewa.
352
00:39:08,120 --> 00:39:10,520
Selamat datang ke Bumi, Cosmo.
353
00:39:15,440 --> 00:39:18,680
Detik berharga ini
tidak akan berulang bagi Celeste,
354
00:39:19,480 --> 00:39:22,760
tapi perjalanan Cosmo baru bermula.
355
00:39:26,000 --> 00:39:28,280
Ia mengambil masa sekitar tiga bulan
356
00:39:28,360 --> 00:39:32,040
untuk jam badannya
serentak dengan ritma planet,
357
00:39:33,840 --> 00:39:36,400
setahun sebelum ia boleh berkomunikasi,
358
00:39:38,080 --> 00:39:42,680
dan mungkin 15 tahun
sebelum ia membesar sepenuhnya.
359
00:39:45,760 --> 00:39:47,520
Banyak perkara akan berlaku.
360
00:39:56,320 --> 00:39:57,600
Macam Cosmo,
361
00:39:58,320 --> 00:40:01,360
alam semesta kita masih muda
362
00:40:02,400 --> 00:40:06,640
pada permulaan jangka hayat
yang tidak terkira panjangnya.
363
00:40:08,680 --> 00:40:11,920
Kita hidup dalam zaman cahaya bintang.
364
00:40:14,200 --> 00:40:19,160
Detik apabila anak panah masa
memenuhi alam semesta dengan keindahan…
365
00:40:22,440 --> 00:40:23,400
dan keajaiban.
366
00:40:32,360 --> 00:40:34,520
Tapi ia tempoh masa yang singkat
367
00:40:35,440 --> 00:40:39,200
yang tidak akan berulang
dalam sejarah alam semesta.
368
00:40:45,320 --> 00:40:47,720
Tiada siapa boleh memperlahankan masa,
369
00:40:49,080 --> 00:40:50,760
dan kita tidak patut cuba.
370
00:40:55,280 --> 00:40:56,920
Sebab, tanpa masa,
371
00:40:58,120 --> 00:40:59,720
masa kini tidak akan wujud.
372
00:41:06,720 --> 00:41:08,160
Tiada detik di matahari.
373
00:41:17,200 --> 00:41:18,920
Tiada detik, muktamad.
374
00:41:24,600 --> 00:41:25,720
Tanpa masa,
375
00:41:27,760 --> 00:41:29,160
tiada kehidupan.
376
00:41:41,320 --> 00:41:44,120
Seterusnya dalam kisah alam semesta,
377
00:41:45,800 --> 00:41:47,440
musim Bumi.
378
00:41:48,960 --> 00:41:51,760
Macam ibu beruang
yang membesarkan anak-anak,
379
00:41:53,120 --> 00:41:56,680
kita berdepan perubahan tahunan planet.
380
00:41:59,760 --> 00:42:02,280
Tapi apa yang mencipta musim Bumi?
381
00:42:05,760 --> 00:42:08,840
Bagaimana ia berkait
dengan pembentukan bulan kita?
382
00:42:09,880 --> 00:42:15,680
Mengapa hanya planet kita memiliki
persekitaran sesuai untuk makhluk hidup?
383
00:42:48,480 --> 00:42:51,240
Terjemahan sari kata oleh
Zarifah Kamarulhisham