1 00:00:06,080 --> 00:00:09,000 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:25,720 --> 00:00:29,400 Ibu saya pindahkan kami ke Indonesia selama beberapa tahun semasa kecil. 3 00:00:29,920 --> 00:00:33,480 Kami tinggal di rumah kecil yang ada alam semula jadi. 4 00:00:34,000 --> 00:00:37,800 Ada pokok mangga di depan, bau buah-buahan dan rempah. 5 00:00:38,880 --> 00:00:43,520 Sawah padi ada kerbau yang memandang ke atas dengan muncung bersalut lumpur. 6 00:00:44,040 --> 00:00:48,080 Indonesia ialah tempat asal beberapa hutan terpenting 7 00:00:48,160 --> 00:00:50,160 dan biodiversiti di dunia. 8 00:00:51,360 --> 00:00:55,000 Tiada yang seperti Ekosistem Leuser, 9 00:00:55,080 --> 00:00:58,560 tempat tinggal semula jadi bagi beberapa spesies terancam di dunia. 10 00:01:06,920 --> 00:01:09,840 Hutan hujan tropika Taman Negara Gunung Leuser 11 00:01:11,600 --> 00:01:14,080 melindungi banyak tumbuhan dan haiwan… 12 00:01:15,800 --> 00:01:18,320 setiap satu mempunyai peranan tersendiri. 13 00:01:31,800 --> 00:01:35,040 Leuser juga merupakan benteng terakhir 14 00:01:35,120 --> 00:01:38,200 bagi empat spesies paling terancam di planet ini. 15 00:01:41,440 --> 00:01:43,920 Harimau yang kuat dan sukar ditangkap… 16 00:01:48,720 --> 00:01:50,680 badak terkecil di dunia… 17 00:01:55,520 --> 00:01:57,360 gajah hutan yang unik… 18 00:02:00,520 --> 00:02:04,840 dan orang utan, antara beruk besar terbijak di dunia. 19 00:02:09,040 --> 00:02:12,680 Dulu, haiwan ini boleh ditemui bersama di seluruh Asia Tenggara. 20 00:02:14,680 --> 00:02:17,800 Namun, disebabkan pembasmian hutan dan pemburuan haram, hari ini 21 00:02:18,600 --> 00:02:22,800 Leuser ialah satu-satunya tempat haiwan-haiwan ini masih hidup bersama. 22 00:02:26,080 --> 00:02:29,880 Adakah kita akan biarkan sesuatu yang berharga pupus selamanya… 23 00:02:33,840 --> 00:02:36,360 atau ambil peluang terakhir untuk melindunginya 24 00:02:36,440 --> 00:02:38,960 untuk anak-anak dan cucu-cucu kita? 25 00:02:40,520 --> 00:02:44,640 Sertai saya meneroka alam semula jadi paling unik ini. 26 00:03:02,440 --> 00:03:07,200 Di pulau Sumatera, Indonesia terbentangnya hutan hujan tropika yang luas 27 00:03:07,720 --> 00:03:12,080 dan di terasnya, Taman Negara Gunung Leuser. 28 00:03:14,520 --> 00:03:17,400 Gunung-gunung dilitupi hutan mendominasi di sini 29 00:03:18,520 --> 00:03:20,880 dengan ketinggian mencecah 304 meter. 30 00:03:20,960 --> 00:03:24,440 Ia melindungi penghuninya seperti sebuah kubu. 31 00:03:26,160 --> 00:03:29,640 Namun, hidupan liarnya yang paling berharga boleh ditemui 32 00:03:29,720 --> 00:03:32,120 di hutan tanah rendah yang berbahang. 33 00:03:47,200 --> 00:03:51,800 Dalam bahasa Indonesia, "orang utan" bermaksud penghuni di hutan. 34 00:03:56,080 --> 00:04:01,800 Pokok-pokok ini tempat tinggal populasinya yang paling padat di dunia. 35 00:04:05,440 --> 00:04:06,760 Ini hutannya. 36 00:04:35,840 --> 00:04:38,040 Ada beberapa beruk jantan yang besar. 37 00:04:38,640 --> 00:04:42,480 Pad pipi besar dan bebibir menonjol membuatnya lebih menarik kepada pasangan. 38 00:04:48,680 --> 00:04:50,400 Orang utan jantan sangat kuat 39 00:04:51,680 --> 00:04:54,880 dengan daya gigitan yang lebih kuat daripada gigitan singa. 40 00:04:58,200 --> 00:05:02,320 Namun, ada si jantan muda yang tangkas dan bercita-cita tinggi mula menyerlah. 41 00:05:12,720 --> 00:05:13,720 Rakus. 42 00:05:20,400 --> 00:05:25,040 Namanya diberikan oleh saintis di sini dan bermaksud "gelojoh" 43 00:05:26,360 --> 00:05:29,840 sebab Rakus suka makan apa saja. 44 00:05:32,160 --> 00:05:33,000 Dedaun, 45 00:05:34,880 --> 00:05:35,800 kulit kayu, 46 00:05:37,880 --> 00:05:38,840 buah-buahan… 47 00:05:40,880 --> 00:05:42,480 anai-anai. 48 00:05:44,000 --> 00:05:45,440 Semuanya dalam menu. 49 00:05:47,720 --> 00:05:50,600 Jika beruk yang suka makan ini makan secukupnya, 50 00:05:50,680 --> 00:05:55,400 mungkin pad pipinya akan berkembang seperti beruk jantan yang paling tua. 51 00:06:00,760 --> 00:06:04,520 Ada satu makanan tertentu yang boleh membakar semangatnya. 52 00:06:05,840 --> 00:06:07,120 Buah Neesia. 53 00:06:08,560 --> 00:06:10,040 Kira-kira sebesar bola, 54 00:06:10,560 --> 00:06:13,880 buah ini penuh dengan biji yang besar dan enak. 55 00:06:22,080 --> 00:06:24,800 Sebelum masak, ia sekeras konkrit 56 00:06:25,320 --> 00:06:27,680 menjadikannya mustahil untuk dikupas. 57 00:06:36,480 --> 00:06:39,120 Buah Neesia yang masak terbelah sendiri. 58 00:06:41,800 --> 00:06:46,800 Namun, biji yang berjus dikelilingi beribu bulu yang tajam dan menyakitkan. 59 00:06:49,440 --> 00:06:52,480 Rakus perlu menguasai kemahiran paling sofistikated 60 00:06:52,560 --> 00:06:54,840 di hutan untuk memakannya. 61 00:06:58,960 --> 00:07:01,640 Banyak orang utan di sini menggunakan cara yang bijak 62 00:07:01,720 --> 00:07:04,400 untuk mengelak bulu buah Neesia. 63 00:07:09,560 --> 00:07:11,000 Mula-mula, kayu dipilih. 64 00:07:13,640 --> 00:07:17,720 Kemudian, si beruk mengendalikannya dengan bibir yang serba boleh 65 00:07:17,800 --> 00:07:21,080 dan menolaknya ke dalam rekahan buah Neesia. 66 00:07:26,800 --> 00:07:30,320 Pergerakan berulang kayu menggoncang jatuh biji 67 00:07:30,920 --> 00:07:33,640 dan mengorek keluar bulu pada masa yang sama… 68 00:07:37,920 --> 00:07:39,880 menjadikan buah itu sedia untuk dimakan. 69 00:07:44,640 --> 00:07:47,240 Biasanya orang utan haiwan yang bersendirian, 70 00:07:48,080 --> 00:07:51,440 tapi pokok Neesia jarang bermusim. 71 00:07:52,560 --> 00:07:57,080 Apabila musimnya tiba, ia menarik orang utan dari merata tempat. 72 00:08:00,520 --> 00:08:04,080 Apabila berkumpul, ada peluang untuk belajar daripada satu sama lain. 73 00:08:09,760 --> 00:08:11,960 Friska ialah beruk betina dewasa 74 00:08:13,200 --> 00:08:15,720 dan pakar dalam penyediaan buah itu. 75 00:08:18,160 --> 00:08:20,720 Rakus mendekati untuk belajar. 76 00:08:30,400 --> 00:08:33,160 Ada banyak makanan, jadi Rakus dibiarkan saja. 77 00:08:39,040 --> 00:08:41,240 Ini satu-satunya orang utan liar 78 00:08:41,320 --> 00:08:45,040 yang diketahui mencipta dan menggunakan alat dengan unik. 79 00:08:52,720 --> 00:08:55,240 Rakus nak mencuba juga. 80 00:09:01,280 --> 00:09:04,160 Rakus menukang alatnya dengan berhati-hati… 81 00:09:09,640 --> 00:09:12,640 dan memilih buah Neesia yang tepat. 82 00:09:16,000 --> 00:09:18,840 Seterusnya, percubaan. 83 00:09:26,440 --> 00:09:29,520 Akhirnya, dengan ketekunan… 84 00:09:32,080 --> 00:09:35,280 Rakus mendapat makanan enak yang diingininya. 85 00:09:42,800 --> 00:09:46,200 Semakin Rakus menguasai kemahiran yang luar biasa ini, 86 00:09:46,840 --> 00:09:48,640 semakin besar dan kuat dirinya nanti. 87 00:09:52,720 --> 00:09:55,200 Suatu hari nanti, si gelojoh ini, 88 00:09:56,600 --> 00:09:58,520 mungkin akan jadi yang terkuat. 89 00:10:06,240 --> 00:10:09,680 Kekayaan Leuser sebahagiannya adalah disebabkan tanahnya 90 00:10:11,240 --> 00:10:15,360 yang kira-kira enam kali lebih subur daripada hutan hujan lain di kawasan ini. 91 00:10:17,880 --> 00:10:20,000 Inilah sebabnya. 92 00:10:23,400 --> 00:10:26,440 Salah satu gunung berapi paling aktif di dunia. 93 00:10:27,640 --> 00:10:28,760 Gunung Sinabung. 94 00:10:29,680 --> 00:10:33,720 Selama beribu tahun, letusannya menghujani kawasan itu dengan abu gunung berapi… 95 00:10:37,280 --> 00:10:39,640 yang kaya dengan mineral dan nutrien. 96 00:10:48,200 --> 00:10:50,400 Abu bertindak sebagai baja, 97 00:10:50,480 --> 00:10:53,640 menyokong rimba yang amat kompleks. 98 00:10:56,680 --> 00:10:59,040 Dengan beribu spesies tumbuhan, 99 00:10:59,600 --> 00:11:02,520 ia antara hutan yang paling banyak kepelbagaian di dunia. 100 00:11:12,720 --> 00:11:14,360 Pokok bunga bangkai. 101 00:11:19,720 --> 00:11:23,800 Ini struktur berbunga terbesar di planet ini… 102 00:11:29,360 --> 00:11:34,000 yang boleh mencecah tiga meter iaitu ketinggian jaring bola keranjang. 103 00:11:39,560 --> 00:11:43,760 Ia hanya muncul setelah pokok ini membesar selama sedekad. 104 00:11:48,880 --> 00:11:51,960 Namun, menghasilkan bunga besar ini menggunakan banyak tenaga. 105 00:11:55,120 --> 00:11:57,760 Bunga hanya mekar selama dua malam. 106 00:11:59,680 --> 00:12:03,440 Jadi, ia ada cara yang bijak untuk menarik serangga yang diperlukan 107 00:12:03,520 --> 00:12:05,360 untuk pendebungaan dengan pantas. 108 00:12:18,760 --> 00:12:21,120 Ia menghasilkan bau yang kuat. 109 00:12:24,680 --> 00:12:26,800 Namun, ini bukan bunga yang harum. 110 00:12:28,800 --> 00:12:31,320 Baunya seperti bangkai. 111 00:12:33,960 --> 00:12:37,080 Putik merah yang besar itu berkembang sehingga 1.5 meter , 112 00:12:37,720 --> 00:12:41,320 menambahkan ilusi bangkai haiwan yang baru mati. 113 00:12:45,440 --> 00:12:50,000 Apabila malam menjelma, penipuan terhebatnya bermula. 114 00:12:55,440 --> 00:12:57,720 Dengan tenaga simpanan selama sepuluh tahun, 115 00:12:58,240 --> 00:13:01,440 pokok bunga bangkai memanaskan batang tengahnya 116 00:13:03,000 --> 00:13:05,480 menjadi sehangat darah. 117 00:13:08,000 --> 00:13:11,520 Seperti cerobong, haba yang meningkat membawa bau busuk naik 118 00:13:11,600 --> 00:13:13,360 ke udara malam yang sejuk. 119 00:13:22,040 --> 00:13:24,040 Bagi ratusan serangga pebangkai, 120 00:13:24,120 --> 00:13:26,880 tarikannya tak dapat ditolak. 121 00:13:49,880 --> 00:13:53,320 Serangga ditarik ke ruang dalam bunga bangkai… 122 00:13:56,360 --> 00:13:59,800 iaitu sebuah gua yang dipenuhi organ jantan dan betina. 123 00:14:07,160 --> 00:14:10,200 Sementara serangga mencari daging reput yang dijanjikan… 124 00:14:13,040 --> 00:14:16,480 si pebangkai ini akan diselaputi dengan debunya yang akan dibawanya 125 00:14:16,560 --> 00:14:18,120 ke bunga bangkai lain. 126 00:14:23,600 --> 00:14:26,760 Jika serangga ini telah melawat bunga gergasi yang lain, 127 00:14:26,920 --> 00:14:28,720 bunga ini pula akan didebungakan. 128 00:14:35,440 --> 00:14:38,840 Persediaan sepuluh tahun untuk persembahan dua malam. 129 00:14:41,400 --> 00:14:44,240 Bunga ini telah kehabisan tenaga. 130 00:14:47,480 --> 00:14:49,400 Serangga yang tertinggal keluar… 131 00:14:52,240 --> 00:14:53,400 sebelum akhirnya, 132 00:14:53,920 --> 00:14:55,600 dalam beberapa saat… 133 00:14:59,520 --> 00:15:02,000 seluruh struktur roboh. 134 00:15:06,400 --> 00:15:11,040 Pendebungaan berjaya dan satu lagi kitaran sepuluh tahun bermula 135 00:15:11,560 --> 00:15:14,320 untuk lebih banyak bunga mekar gergasi. 136 00:15:29,120 --> 00:15:31,480 Di dalam lingkungan tanah rendah Leuser, 137 00:15:31,560 --> 00:15:34,360 ada landskap yang jauh berbeza. 138 00:15:43,200 --> 00:15:48,280 Sungai di taman ini memindahkan tanah yang kaya dengan nutrien ke pantai… 139 00:15:50,840 --> 00:15:53,600 yang hutannya bertemu Lautan Hindi… 140 00:15:57,800 --> 00:16:00,640 dan menghasilkan paya bakau berlumpur. 141 00:16:09,600 --> 00:16:11,000 Ikan tembakul. 142 00:16:16,360 --> 00:16:20,800 Ikan ini tidak terikat dengan kehidupan dalam air. 143 00:16:25,400 --> 00:16:27,400 Dengan menarik nafas yang dalam… 144 00:16:30,280 --> 00:16:33,640 dan menggunakan sirip yang ada sendi bahu, 145 00:16:34,840 --> 00:16:37,360 ikan tembakul ini menggerakkan dirinya. 146 00:16:38,480 --> 00:16:41,720 Ikan yang boleh berjalan. 147 00:16:44,360 --> 00:16:47,680 Kebanyakan hidupnya dihabiskan di dataran lumpur. 148 00:16:50,040 --> 00:16:54,160 Mata ala periskopnya mempunyai kanta seperti haiwan darat 149 00:16:54,720 --> 00:16:59,320 dan membolehkannya melihat lebih baik di darat daripada di dalam air. 150 00:17:04,480 --> 00:17:09,560 Makanan kegemarannya ialah musuh berbahaya dengan penyepit setajam pisau. 151 00:17:12,280 --> 00:17:15,080 Itu pun kalau boleh tangkap tanpa dicubit. 152 00:17:37,520 --> 00:17:39,400 Mungkin sesuatu yang lebih lembut? 153 00:17:48,200 --> 00:17:50,000 Ketam-ketam ini sangat lincah… 154 00:17:52,360 --> 00:17:54,680 terutamanya untuk ikan yang keluar dari air. 155 00:18:09,360 --> 00:18:13,480 Akhirnya, hanya tinggal melucutkan senjata mangsa. 156 00:18:16,240 --> 00:18:19,520 Dengan mengepitnya di mulut, si tembakul menggunakan helah menarik. 157 00:18:21,640 --> 00:18:25,680 Goncang ketam sekuat hati sehingga penyepitnya ditanggalkan . 158 00:18:26,600 --> 00:18:28,320 Itu bahagian yang paling sedap. 159 00:18:32,800 --> 00:18:35,480 Kehilangan itu sekejap saja. 160 00:18:37,040 --> 00:18:40,640 Dalam masa sebulan, penyepit baru akan tumbuh. 161 00:18:43,840 --> 00:18:45,840 Mungkin lebih besar daripada sebelum ini. 162 00:18:53,400 --> 00:18:58,400 Hidup ini umpama bufet penyepit ketam tanpa henti bagi ikan pencinta darat ini. 163 00:19:12,520 --> 00:19:16,520 Rupa bumi Leuser menjadi pergunungan di kawasan pedalaman. 164 00:19:19,120 --> 00:19:22,440 Hutan di sini lebih sukar dimasuki. 165 00:19:23,560 --> 00:19:25,640 Bukit curam memberikan perlindungan terakhir 166 00:19:25,720 --> 00:19:28,160 kepada makhluk paling terancam di Leuser… 167 00:19:32,800 --> 00:19:36,040 makhluk yang jarang dilihat dan sangat kecil , 168 00:19:37,440 --> 00:19:39,680 badak sumatera. 169 00:19:42,880 --> 00:19:46,560 Walaupun ketinggiannya 1.2 meter, badak sumatera berat, 170 00:19:47,080 --> 00:19:51,400 menjadikannya sesuai untuk meradak belukar bagi mencari dedaun segar. 171 00:19:55,520 --> 00:19:59,040 Badak-badak ini membantu hutan dengan memangkas tumbuhan, 172 00:19:59,120 --> 00:20:01,160 memberi ruang untuk pokok baru tumbuh. 173 00:20:16,360 --> 00:20:20,760 Badak menggali kubang yang membantunya kekal sejuk ketika hari terik… 174 00:20:31,680 --> 00:20:33,840 dan memanfaatkan jiran-jiran. 175 00:20:41,600 --> 00:20:46,080 Lebih banyak badak, lebih sihat seisi hutan. 176 00:20:49,360 --> 00:20:52,840 Pemburuan haram dan kehilangan habitat telah mengurangkan 177 00:20:52,920 --> 00:20:55,160 populasi badak liar menjadi sedikit. 178 00:20:59,240 --> 00:21:03,400 Bagi menyelamatkannya daripada kepupusan, renjer sentiasa meronda, 179 00:21:03,920 --> 00:21:07,680 menghalang pemburu haram dan membawa sedikit badak yang tinggal 180 00:21:07,760 --> 00:21:10,360 ke tempat kurungan di luar taman. 181 00:21:15,960 --> 00:21:19,360 Kini badak-badak ini tinggal di dalam kawasan semula jadi berpagar 182 00:21:19,440 --> 00:21:20,280 yang luas… 183 00:21:24,560 --> 00:21:28,280 dan ada program pembiakan yang berharap dapat melepaskan semula zuriatnya 184 00:21:28,360 --> 00:21:29,360 ke Leuser… 185 00:21:32,320 --> 00:21:36,560 dan akhirnya mengembalikan keseimbangan kehidupan hutan hujan. 186 00:21:44,640 --> 00:21:48,880 Ada banyak hubungan luar biasa antara makhluk-makhluk yang hidup di sini. 187 00:21:49,840 --> 00:21:53,120 Ada yang kita baru temui. 188 00:21:59,440 --> 00:22:01,560 Jauh di kaki bukit Leuser, 189 00:22:01,640 --> 00:22:06,560 salah satu penghuninya yang terkecil dibantu secara tidak sengaja 190 00:22:06,640 --> 00:22:08,200 oleh yang terbesar. 191 00:22:18,000 --> 00:22:19,720 Gajah sumatera. 192 00:22:46,800 --> 00:22:52,000 Semasa mengembara, gajah membuat laluan sepanjang beratus-ratus kilometer. 193 00:23:10,320 --> 00:23:12,600 Banyak spesies bergantung kepada laluan ini 194 00:23:12,680 --> 00:23:14,560 untuk melalui hutan yang padat. 195 00:23:20,120 --> 00:23:24,000 Namun, satu penghuni bergantung kepada gajah lebih daripada yang lain… 196 00:23:26,400 --> 00:23:27,560 iaitu kodok. 197 00:23:30,200 --> 00:23:32,440 Saiznya sebesar telur ayam, 198 00:23:33,600 --> 00:23:36,000 tapi derianya sangat tajam. 199 00:23:37,680 --> 00:23:41,480 Ada yang berpendapat kodok mengesan getaran kawanan gajah 200 00:23:41,560 --> 00:23:44,440 menggunakan rongga istimewa di paru-parunya. 201 00:23:48,080 --> 00:23:50,360 Pasti anda sangka si kodok akan ke tepi. 202 00:23:51,920 --> 00:23:54,560 Sebaliknya, kodok menuju ke arah gajah. 203 00:24:04,400 --> 00:24:06,480 Terus ke zon hempap! 204 00:24:09,920 --> 00:24:12,880 Namun, bukan gajah yang menarik minat kodok. 205 00:24:16,800 --> 00:24:20,040 Kodok ini mempunyai perut yang penuh dengan telur 206 00:24:20,800 --> 00:24:24,360 dan perlu bertelur di air yang bertakung. 207 00:24:30,320 --> 00:24:34,240 Tapak kaki gajah menghasilkan tempat bertelur ekspres yang sempurna. 208 00:24:47,080 --> 00:24:50,400 Si kodok telah berikan telurnya permulaan hidup terbaik 209 00:24:51,520 --> 00:24:53,360 dan biarkannya menetas sendiri. 210 00:25:03,760 --> 00:25:06,360 Dalam dua minggu, telur telah menjadi berudu. 211 00:25:08,440 --> 00:25:11,200 Namun, sehingga menjadi katak kecil, 212 00:25:11,280 --> 00:25:15,040 kelangsungan hidup berudu di dalam takungan tapak kaki terancam. 213 00:25:18,040 --> 00:25:21,400 Mentari tropika boleh mengeringkan takungan dengan cepat. 214 00:25:26,360 --> 00:25:32,040 Jika paras air menurun, berudu ini perlu menyelamatkan diri… 215 00:25:36,160 --> 00:25:38,880 dengan mempercepatkan transformasi. 216 00:25:40,480 --> 00:25:41,840 Sebagai katak kecil, 217 00:25:41,920 --> 00:25:45,360 akhirnya berudu boleh keluar daripada kolam yang mengering. 218 00:25:53,160 --> 00:25:55,440 Selagi tak dihempap. 219 00:26:08,200 --> 00:26:11,640 Kehidupan lebih mencabar di atas pokok. 220 00:26:17,720 --> 00:26:20,720 Kebanyakan haiwan Leuser mahir hidup di atas pokok. 221 00:26:27,240 --> 00:26:31,960 Namun, tiada yang lebih berani daripada monyet Thomas leaf. 222 00:26:32,480 --> 00:26:34,600 Hanya ditemui di Sumatera Utara, 223 00:26:35,320 --> 00:26:38,040 monyet-monyet ini merayau dalam kumpulan sebanyak 20 ekor. 224 00:26:39,560 --> 00:26:41,200 Seekor monyet jantan mengetuai 225 00:26:42,360 --> 00:26:45,120 dan yang lain monyet betina dan anak monyet. 226 00:26:47,280 --> 00:26:49,760 Monyet dewasa sangat lincah. 227 00:27:06,880 --> 00:27:09,240 Mampu bergerak pantas di celah dahan, 228 00:27:09,800 --> 00:27:12,760 monyet-monyet ini boleh melompat jauh dengan mudah. 229 00:27:17,960 --> 00:27:21,800 Namun, kaki si kecil berumur dua tahun ini masih belum cukup kuat… 230 00:27:24,000 --> 00:27:27,840 dan tak boleh melalui sudur daun seyakin monyet dewasa. 231 00:27:29,960 --> 00:27:32,120 Dulu ibunya yang membawanya ke mana-mana, 232 00:27:33,720 --> 00:27:35,680 tapi si ibu ada anak baru. 233 00:27:37,480 --> 00:27:41,480 Monyet muda ini perlu mencari jalannya sendiri dalam kehidupan. 234 00:27:42,880 --> 00:27:46,160 Hari ini si monyet akan berdepan cabaran terbesar dalam hidupnya. 235 00:27:52,560 --> 00:27:55,840 Kawanan ini telah menghabiskan makanan di pokok ini, 236 00:27:57,080 --> 00:27:58,720 jadi pokok ini harus ditinggalkan. 237 00:28:00,480 --> 00:28:02,400 Namun, lompatan besar diperlukan 238 00:28:02,480 --> 00:28:05,440 untuk menyeberangi jurang sejauh lebih enam meter. 239 00:28:09,840 --> 00:28:11,640 Kejatuhan setinggi tiga tingkat. 240 00:28:13,040 --> 00:28:16,320 Satu kesilapan boleh membawa maut. 241 00:28:18,320 --> 00:28:22,080 Monyet yang lebih tua ambil masa bertahun menyempurnakan lompatan sejauh ini. 242 00:28:35,600 --> 00:28:39,960 Monyet memanjat ke dahan tertinggi dan mula melompat, 243 00:28:42,240 --> 00:28:45,440 menggerakkan anggota badan untuk mengawal penurunan. 244 00:28:57,160 --> 00:29:00,960 Si ibu juga, dengan anak baru di perutnya, 245 00:29:02,240 --> 00:29:04,520 menyeberangi jurang dengan mudah. 246 00:29:13,080 --> 00:29:15,400 Seterusnya giliran monyet dua tahun. 247 00:29:26,640 --> 00:29:28,320 Namun, ini terlalu sukar. 248 00:29:33,400 --> 00:29:36,120 Monyet-monyet lain sedang makan di seberang sana… 249 00:29:42,080 --> 00:29:43,280 si kecil ini terkandas. 250 00:29:48,680 --> 00:29:50,360 Ibu tak boleh menyelamatkannya. 251 00:29:55,720 --> 00:30:00,080 Ada satu cara saja untuk lihat sama ada si kecil ini mampu atau tidak. 252 00:30:53,440 --> 00:30:54,360 Berjaya. 253 00:31:01,200 --> 00:31:06,280 Lompatan jauh pertama dan banyak lagi yang akan dibuat menuju ke alam dewasa. 254 00:31:16,720 --> 00:31:19,080 Si kecil dapat ganjaran yang sewajarnya. 255 00:31:23,400 --> 00:31:25,200 Haiwan seperti monyet daun 256 00:31:26,560 --> 00:31:29,800 membantu mengekalkan kesihatan hutan hujan Leuser 257 00:31:30,400 --> 00:31:34,120 dengan menyebarkan benih dan baja semula jadi apabila bergerak. 258 00:31:40,320 --> 00:31:42,800 Setiap spesies di sini penting. 259 00:31:51,800 --> 00:31:57,920 Termasuk hidupan terkecil yang menyorok di dunia lantai hutan yang gelap. 260 00:32:12,920 --> 00:32:16,320 Kawasan gelap berdaun ialah tempat tinggal pemburu 261 00:32:16,920 --> 00:32:19,120 iaitu cacing hammerhead. 262 00:32:21,680 --> 00:32:25,440 Spesies cacing pipih dengan jalur yang tersendiri ini 263 00:32:25,520 --> 00:32:28,760 terlalu baru dan belum diberi nama. 264 00:32:30,880 --> 00:32:33,840 Berbanding pemangsa lain, cacing ini sangat kecil , 265 00:32:34,520 --> 00:32:36,280 sepanjang kuku jari. 266 00:32:37,440 --> 00:32:38,960 Namun, ia berbahaya. 267 00:32:41,040 --> 00:32:44,640 Cacing ini sedang memburu lintah atau siput yang berjus. 268 00:32:47,600 --> 00:32:52,800 Ada banyak siput dan lintah di Leuser, memakan tumbuhan dan organisma kecil… 269 00:32:54,800 --> 00:32:58,440 dan juga kulat yang penting untuk mengitar semula serpihan tumbuhan. 270 00:33:08,400 --> 00:33:11,320 Cacing hammerhead memainkan peranannya di sini. 271 00:33:12,840 --> 00:33:17,600 Mengawal populasi dan melindungi tumbuhan hijau. 272 00:33:20,440 --> 00:33:23,240 Menggunakan pengesan kimia di kepala tukulnya… 273 00:33:24,760 --> 00:33:27,920 cacing ini merasa tanah untuk mengesan mangsanya. 274 00:33:31,640 --> 00:33:36,520 Lintah dan siput meninggalkan jejak lendir yang ketara. 275 00:33:44,560 --> 00:33:47,120 Dengan cangkerang tipis di belakangnya, 276 00:33:47,640 --> 00:33:51,480 makhluk aneh ini dipanggil separuh lintah, 277 00:33:52,920 --> 00:33:54,640 mangsa yang sempurna. 278 00:34:34,760 --> 00:34:38,480 Dengan membalut mangsa, cacing pipih ini mengepam keluar lendir 279 00:34:38,560 --> 00:34:39,800 untuk memerangkapnya. 280 00:34:43,680 --> 00:34:45,400 Setelah mangsa terperangkap, 281 00:34:45,480 --> 00:34:49,920 cacing pipih menyerang separuh lintah dengan toksin dan jus pencernaan 282 00:34:50,720 --> 00:34:52,400 untuk meleraikan dagingnya… 283 00:34:56,840 --> 00:35:01,040 dan akhirnya menelannya melalui mulut di tengah badan. 284 00:35:06,400 --> 00:35:11,840 Dalam beberapa minit saja, hanya cangkerang lut cahaya yang tinggal. 285 00:35:26,840 --> 00:35:30,640 Ada pemangsa dalam pelbagai bentuk dan saiz di Leuser. 286 00:35:37,400 --> 00:35:41,840 Namun, yang paling penting berada di tempat teratas dalam rantaian makanan. 287 00:35:44,600 --> 00:35:48,400 Anda perlu mengembara lebih tinggi untuk mencarinya… 288 00:35:50,200 --> 00:35:53,080 ke puncak gunung seperti kubu 289 00:35:53,160 --> 00:35:55,360 yang memberi taman ini namanya… 290 00:35:56,880 --> 00:35:57,960 Gunung Leuser. 291 00:36:02,000 --> 00:36:05,200 Setinggi 3.3 kilometer di atas paras laut… 292 00:36:08,920 --> 00:36:10,720 dan selalu diselubungi kabus. 293 00:36:15,080 --> 00:36:16,960 Hutannya terbantut… 294 00:36:19,760 --> 00:36:21,960 dengan tompokan kawasan mur terbuka. 295 00:36:25,680 --> 00:36:28,560 Suhu boleh mencapai 60 darjah Fahrenheit lebih sejuk di sini 296 00:36:28,640 --> 00:36:31,040 berbanding hutan yang lembap di bawah. 297 00:36:38,360 --> 00:36:40,720 Hanya tumbuhan paling lasak boleh hidup. 298 00:36:46,720 --> 00:36:50,040 Berpaut pada batu, tumbuhan ini menstabilkan tanah… 299 00:36:51,840 --> 00:36:54,720 menghalang hakisan dan menyimpan air hujan 300 00:36:54,800 --> 00:36:58,160 yang seterusnya mengalir konsisten ke hutan jauh di bawah. 301 00:37:07,520 --> 00:37:08,960 Suasana sangat senyap. 302 00:37:13,840 --> 00:37:17,240 Beberapa haiwan saja yang sampai setinggi ini. 303 00:37:25,360 --> 00:37:31,080 Kijang ialah sejenis rusa yang makan tumbuhan di kawasan mur. 304 00:37:35,040 --> 00:37:39,640 Para saintis berharap kamera penyelidikan akhirnya dapat merakam pemangsa 305 00:37:39,720 --> 00:37:40,800 yang memburunya … 306 00:37:42,640 --> 00:37:45,480 di sini buat pertama kali. 307 00:37:53,880 --> 00:37:55,920 Pemangsa itu tak pernah dilihat. 308 00:38:00,960 --> 00:38:02,640 Jadi, perlu banyak bersabar. 309 00:38:23,880 --> 00:38:25,080 Akhirnya… 310 00:38:27,680 --> 00:38:29,840 di padang rumput yang tinggi… 311 00:38:32,480 --> 00:38:34,440 harimau sumatera. 312 00:38:40,960 --> 00:38:44,440 Harimau jantan dewasa ini memeriksa alat saintifik yang ditinggalkan 313 00:38:44,520 --> 00:38:45,680 untuk merakamnya. 314 00:38:50,040 --> 00:38:54,560 Rupa bumi ini sangat sukar dimasuki sehingga hampir tiada kajian dibuat 315 00:38:54,640 --> 00:38:57,160 tentang tingkah laku harimau sumatera. 316 00:39:05,920 --> 00:39:09,760 Namun, ada kepercayaan bahawa apabila harimau ini meronda puncak gunung, 317 00:39:10,440 --> 00:39:13,120 harimau ini menghalang rusa dan haiwan lain 318 00:39:13,200 --> 00:39:15,960 daripada meragut terlampau banyak tumbuhan. 319 00:39:28,360 --> 00:39:33,400 Rakaman berharga ini membuktikan harimau-harimau ini masih wujud di sini. 320 00:39:34,000 --> 00:39:36,400 Selagi kita melindungi taman ini, 321 00:39:36,480 --> 00:39:40,760 kucing terbesar Sumatera akan kekal menjadi raja rimba. 322 00:39:44,080 --> 00:39:47,840 Rupa bumi bergunung Leuser memberikan perlindungan semula jadi… 323 00:39:50,040 --> 00:39:54,400 tapi di pinggir taman, risiko kepada hidupan liar lebih tinggi. 324 00:39:56,600 --> 00:39:58,680 Ekosistem Leuser berterusan 325 00:39:58,760 --> 00:40:01,640 ke kawasan dua kali ganda lebih besar daripada taman itu. 326 00:40:03,400 --> 00:40:05,320 Kebanyakannya dilindungi… 327 00:40:07,520 --> 00:40:11,920 tapi berjuta orang tinggal di bandar dan kampung berdekatan hutan ini. 328 00:40:15,680 --> 00:40:19,000 Mendapatkan sokongan komuniti tempatan sangat penting 329 00:40:19,080 --> 00:40:21,320 bagi memastikan hidupan liar Leuser selamat. 330 00:40:31,280 --> 00:40:34,400 Tersembunyi di pokok di sempadan selatan Leuser 331 00:40:35,120 --> 00:40:38,640 ialah kongkang sumatera yang jarang dilihat. 332 00:40:43,600 --> 00:40:44,880 Matanya besar 333 00:40:45,720 --> 00:40:48,680 yang membantunya melihat dalam pekat malam. 334 00:40:52,040 --> 00:40:56,200 Ibu ini mempunyai anak yang berumur beberapa minggu, 335 00:40:57,400 --> 00:41:00,560 tapi anaknya sudah terlalu besar untuk dibawa ketika mencari makanan. 336 00:41:04,000 --> 00:41:06,160 Meninggalkannya terlalu berisiko. 337 00:41:09,680 --> 00:41:12,800 Kongkang pesaing agak ganas dalam mempertahankan kawasan. 338 00:41:16,080 --> 00:41:18,680 Hutan di sini juga penuh dengan ular. 339 00:41:22,640 --> 00:41:25,680 Namun, kongkang mempunyai senjata rahsia. 340 00:41:28,600 --> 00:41:31,440 Gigitannya mengandungi toksin yang berbahaya, 341 00:41:32,880 --> 00:41:36,800 menjadikannya satu-satunya mawas berbisa di planet ini. 342 00:41:39,240 --> 00:41:40,800 Si kecil ini pun berbisa. 343 00:41:43,000 --> 00:41:45,920 Jadi, si ibu boleh sorokkannya di sebalik daun 344 00:41:47,040 --> 00:41:49,360 dan pergi mencari makanan sendirian. 345 00:41:54,760 --> 00:41:59,000 Amat jarang untuk nampak kongkang turun ke tanah. 346 00:42:02,280 --> 00:42:06,040 Namun, si ibu perlu turun untuk dapatkan makanan kegemarannya, 347 00:42:06,560 --> 00:42:07,960 calliandra. 348 00:42:11,080 --> 00:42:12,960 Nektar berbau manisnya penuh 349 00:42:13,040 --> 00:42:15,840 dengan tenaga yang diperlukan untuk menyusukan anaknya. 350 00:42:19,200 --> 00:42:22,320 Namun, belukar berbunga ini ditanam oleh peladang 351 00:42:23,320 --> 00:42:25,560 untuk meneduhkan tanaman kopi. 352 00:42:26,760 --> 00:42:31,120 Jarak dekat kongkang dengan manusia memberikannya masalah. 353 00:42:32,480 --> 00:42:35,160 Pengedar haiwan peliharaan haram 354 00:42:35,960 --> 00:42:39,400 memburu haiwan comel ini sehingga spesies ini hampir pupus. 355 00:42:45,000 --> 00:42:49,840 Mujurlah komuniti ini sebahagian daripada projek baru yang melindunginya. 356 00:42:53,680 --> 00:42:56,040 Peladang mendapat harga kopi yang lebih tinggi 357 00:42:56,560 --> 00:42:58,720 kerana tidak mengganggu kongkang. 358 00:43:02,160 --> 00:43:06,920 Kongkang pula membantu peladang kerana apabila calliandra dimakan, 359 00:43:07,440 --> 00:43:09,040 kongkang mendebungakannya. 360 00:43:12,560 --> 00:43:16,200 Subuh hampir tiba dan si ibu perlu pulang ke pangkuan anaknya 361 00:43:17,120 --> 00:43:19,920 dan kembali melakukan tugas ibu. 362 00:43:29,400 --> 00:43:33,080 Komuniti tempatan juga boleh membantu menentang ancaman terbesar… 363 00:43:34,960 --> 00:43:36,440 iaitu pembasmian hutan. 364 00:43:39,640 --> 00:43:43,480 Leuser terlalu luas dan mustahil untuk buat rondaan. 365 00:43:46,000 --> 00:43:50,640 Setiap jam, ruang yang lebih besar daripada padang bola dicerang, 366 00:43:51,200 --> 00:43:56,080 kebanyakannya secara haram untuk membuat ruang bagi menanam sawit. 367 00:43:59,360 --> 00:44:02,560 Minyak sawit digunakan dalam hampir 50 peratus produk 368 00:44:02,640 --> 00:44:04,160 di pasar raya kita 369 00:44:04,680 --> 00:44:07,200 daripada biskut kepada syampu. 370 00:44:10,320 --> 00:44:13,360 Ladang-ladang ini tidak bernyawa 371 00:44:13,440 --> 00:44:16,240 berbanding kemewahan hutan hujan. 372 00:44:22,200 --> 00:44:26,600 Namun, beberapa komuniti mengambil bahagian dalam penentangan … 373 00:44:32,800 --> 00:44:36,120 dan bekerja dengan penyokong pemuliharaan untuk membasmi ladang. 374 00:44:41,360 --> 00:44:46,120 Sedikit subsidi dan peluang untuk menanam buah-buahan yang menguntungkan di hutan 375 00:44:46,200 --> 00:44:49,800 menjadi insentif dan membantu memelihara masa depannya. 376 00:45:09,600 --> 00:45:14,320 Di tanah yang dipulihkan, Leuser pantas menghasilkan keajaiban. 377 00:45:16,600 --> 00:45:20,520 Angin membawa benih dari hutan sihat berdekatan. 378 00:45:23,440 --> 00:45:26,480 Mikroorganisma membantu memulihkan tanah. 379 00:45:27,120 --> 00:45:32,360 Dalam beberapa bulan saja, paku-pakis dan tumbuhan lain menutupi tapak lama itu. 380 00:45:35,080 --> 00:45:37,160 Agen pendebungaan berpindah masuk. 381 00:45:38,440 --> 00:45:41,240 Mamalia dan burung menyebarkan lebih banyak benih. 382 00:45:46,760 --> 00:45:49,440 Dalam empat tahun saja, 383 00:45:49,520 --> 00:45:52,640 hutan yang subur muncul semula. 384 00:45:59,000 --> 00:46:02,080 Apabila itu berlaku, haiwan mula kembali. 385 00:46:10,000 --> 00:46:13,480 Lama-kelamaan pokok gergasi akan tumbuh. 386 00:46:15,200 --> 00:46:18,800 Ia akan menyerap lebih banyak karbon dioksida dari atmosfera, 387 00:46:19,320 --> 00:46:22,720 dan memperkayakannya dengan oksigen 388 00:46:23,800 --> 00:46:25,800 yang bermanfaat untuk kita semua. 389 00:46:31,240 --> 00:46:33,320 Dengan melindungi hutan ini, 390 00:46:33,400 --> 00:46:37,160 haiwan paling terancam di Asia masih mempunyai tempat tinggal. 391 00:46:43,200 --> 00:46:48,120 Orang utan sumatera ini diambil dari hutan semasa kecil 392 00:46:48,640 --> 00:46:50,840 dan dijual dalam perdagangan haram. 393 00:46:53,280 --> 00:46:56,760 Selepas bertahun-tahun dikurung, orang utan ini akhirnya diselamatkan 394 00:46:56,840 --> 00:47:01,360 dan dibawa pulang untuk hidup bebas di atas pokok. 395 00:47:07,360 --> 00:47:10,840 Kini orang utan ini ada anak untuk dijaga. 396 00:47:17,080 --> 00:47:18,680 Kurang dari dua minggu. 397 00:47:20,600 --> 00:47:24,480 Sangat kecil sehingga boleh muat di tapak tangan. 398 00:47:28,600 --> 00:47:30,960 Detik-detik manis ini ialah permulaan 399 00:47:31,040 --> 00:47:35,200 bagi ikatan ibu dan anak yang paling erat di alam semula jadi. 400 00:47:44,200 --> 00:47:49,080 Selama lapan tahun, si anak akan duduk dekat dengan ibunya, 401 00:47:50,600 --> 00:47:53,800 yang akan mengajarnya semua kemahiran untuk hidup. 402 00:47:56,960 --> 00:47:59,120 Taman Negara Gunung Leuser 403 00:47:59,680 --> 00:48:02,560 dan ekosistem luas yang mengelilinginya 404 00:48:03,320 --> 00:48:05,400 ialah tempat harapan 405 00:48:06,880 --> 00:48:11,240 dan peluang untuk melindungi hidupan liarnya yang unik 406 00:48:13,280 --> 00:48:17,400 di tempat perlindungan terakhirnya yang sangat berharga. 407 00:48:20,640 --> 00:48:23,960 Taman negara ialah pencapaian terbaik kita. 408 00:48:25,840 --> 00:48:30,040 Lama-kelamaan, kita mencipta kira-kira suku juta kawasan yang dilindungi 409 00:48:30,120 --> 00:48:32,000 di hampir semua negara di Bumi. 410 00:48:40,640 --> 00:48:45,160 Dalam dunia yang semakin panas dan sesak, kita perlu tingkatkan usaha. 411 00:48:49,960 --> 00:48:53,600 Jika kita mahu pertahankan lebih lagi alam semula jadi yang bermanfaat, 412 00:48:54,120 --> 00:48:56,000 kita semua ada peranan. 413 00:48:57,360 --> 00:48:59,840 Desak untuk melindungi alam semula jadi yang tinggal 414 00:49:01,040 --> 00:49:02,640 untuk generasi akan datang. 415 00:49:05,720 --> 00:49:08,840 Berkempen untuk tambah kawasan dilindungi di tempat anda 416 00:49:09,640 --> 00:49:12,960 dan desak supaya ia boleh dinikmati semua. 417 00:49:17,760 --> 00:49:21,800 Tuntut komuniti anda mengamalkan amalan yang lebih mesra iklim… 418 00:49:24,480 --> 00:49:27,840 dan pergi mengundi dengan serius. 419 00:49:30,960 --> 00:49:32,920 Tiada lagi masa untuk dibazirkan. 420 00:49:33,440 --> 00:49:36,760 Dunia yang kita tinggalkan untuk anak-anak kita terlalu penting. 421 00:49:37,360 --> 00:49:39,760 Bertindaklah sekarang. 422 00:51:02,440 --> 00:51:07,440 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S