1 00:00:06,080 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:19,400 --> 00:00:24,000 Semasa pertama kali saya melawat Kenya 30 tahun yang lalu, saya orang asing. 3 00:00:25,200 --> 00:00:27,160 Ini tempat asal ayah saya 4 00:00:27,240 --> 00:00:29,760 yang sudah meninggal dan tak sempat saya kenali. 5 00:00:30,280 --> 00:00:33,960 Namun, saya jumpa keluarga saya dan melawat kampung asal mereka. 6 00:00:34,480 --> 00:00:36,360 Saya rasa dialu-alukan. 7 00:00:36,880 --> 00:00:39,920 Semasa saya dan adik saya melawat taman safari selama beberapa hari, 8 00:00:40,000 --> 00:00:42,720 timbul pula perasaan lain iaitu kagum. 9 00:00:44,320 --> 00:00:46,760 Di pedalaman Afrika yang tak berpenghujung, 10 00:00:46,840 --> 00:00:48,480 langit yang luas terbentang 11 00:00:49,000 --> 00:00:51,920 dan hidupan liar yang putus-putus. 12 00:00:53,840 --> 00:00:56,360 Bertuahnya dapat melihat dunia dari sudut yang baru 13 00:00:56,880 --> 00:01:00,520 dan melihat tempat asal kita semua. 14 00:01:02,400 --> 00:01:05,840 Saya mahu bawa anda ke sebuah taman yang istimewa di Kenya 15 00:01:05,920 --> 00:01:08,720 untuk merasa sendiri denyutan Afrika. 16 00:01:09,240 --> 00:01:13,160 Belantara yang luas tanpa batas, keindahan yang menakjubkan 17 00:01:13,240 --> 00:01:15,720 dan hidupan liar yang teramat banyak. 18 00:01:16,240 --> 00:01:18,280 Taman Negara Tsavo. 19 00:01:26,040 --> 00:01:31,480 Sebuah tempat yang rajanya ialah gajah. Semua haiwan mengetahuinya. 20 00:01:35,520 --> 00:01:38,120 Di timur Afrika terletaknya Kenya, 21 00:01:38,200 --> 00:01:42,680 tempat tinggal pelbagai hidupan liar dan landskap yang menakjubkan. 22 00:01:43,280 --> 00:01:45,440 Tsavo terletak di bahagian selatan. 23 00:01:46,000 --> 00:01:49,400 Dengan keluasan hampir 22,014 kilometer persegi, 24 00:01:49,480 --> 00:01:54,360 saiznya seperti sebuah negara kecil dan merupakan taman negara terbesar Kenya. 25 00:01:57,360 --> 00:02:00,600 Di barat, matahari terbenam yang tak boleh dilupakan 26 00:02:00,680 --> 00:02:04,120 di sebalik gunung tertinggi Afrika, Kilimanjaro. 27 00:02:07,920 --> 00:02:10,720 Menjulang tinggi merentasi tanah purba lava , 28 00:02:11,280 --> 00:02:12,440 bukit gunung berapi 29 00:02:13,640 --> 00:02:15,920 dan oasis yang berkilau-kilauan. 30 00:02:23,080 --> 00:02:27,120 Di timur, belukar berduri yang tidak berpenghujung… 31 00:02:31,640 --> 00:02:34,400 direntasi sungai yang menyokong kehidupan. 32 00:02:37,160 --> 00:02:41,520 Bersebelahannya, dinding redup Penara Yatta, 33 00:02:42,200 --> 00:02:45,600 antara aliran lava terpanjang di dunia. 34 00:02:50,560 --> 00:02:52,160 Sejauh mata memandang, 35 00:02:52,240 --> 00:02:57,080 tanah merah terang Tsavo yang ikonik melekapkan personalitinya 36 00:02:57,160 --> 00:03:01,360 pada semua hidupan yang hidup di belantara yang luar biasa ini. 37 00:03:22,520 --> 00:03:27,000 Tsavo ialah tempat tinggal populasi gajah yang terbesar di Kenya. 38 00:03:29,080 --> 00:03:33,560 Lebih 13,000 ekor hidup bebas di persekitaran luas ini. 39 00:03:35,960 --> 00:03:39,720 Anda perlu tahu tempat yang betul untuk mencarinya. 40 00:04:15,240 --> 00:04:19,760 Gajah jantan muda menyejukkan badan dengan bermandi-manda… 41 00:04:30,360 --> 00:04:33,680 seperti perenang berirama di dalam coklat cair. 42 00:04:40,000 --> 00:04:42,920 Sekarang bulan April. Kolam air penuh. 43 00:04:49,480 --> 00:04:53,120 Hujan mungkin tidak akan turun selama enam bulan atau lebih. 44 00:04:57,680 --> 00:05:00,600 Apabila meningkat usia, gajah jantan lebih suka bersendirian. 45 00:05:04,080 --> 00:05:09,600 Beberapa ekor daripadanya akan menjadi gajah bergading terbesar di dunia. 46 00:05:15,080 --> 00:05:19,680 Ini Lugard, dinamakan oleh renjer yang mengawasinya. 47 00:05:21,680 --> 00:05:24,520 Gajah bergading besar berusia 50 tahun 48 00:05:24,600 --> 00:05:27,400 dan salah satu khazanah negara Kenya. 49 00:05:30,320 --> 00:05:34,520 Satu gading saja mempunyai berat melebihi 45 kilogram. 50 00:05:38,000 --> 00:05:42,960 Duta alam gajah ini perlu menghadapi cabaran yang sukar… 51 00:05:47,040 --> 00:05:50,520 hidup dalam kemarau yang berturut-turut, pembangunan moden 52 00:05:50,600 --> 00:05:53,520 dan pemburuan haram daripada perdagangan gading haram. 53 00:05:59,760 --> 00:06:04,880 Kini hanya 30 ekor gajah bergading gergasi yang tinggal di seluruh Afrika. 54 00:06:08,640 --> 00:06:11,600 Sepertiga daripadanya tinggal di Tsavo. 55 00:06:14,000 --> 00:06:17,200 Kebanyakannya telah mencapai usia tua. 56 00:06:22,120 --> 00:06:26,080 Taman negara memainkan peranan penting dalam perlindungannya. 57 00:06:37,160 --> 00:06:40,520 Beberapa bulan seterusnya, iklim melampau Tsavo 58 00:06:40,600 --> 00:06:43,040 akan menguji semua haiwan di sini. 59 00:06:47,040 --> 00:06:50,640 Hanya yang menyesuaikan diri dengan cuaca yang berubah pantas 60 00:06:50,720 --> 00:06:52,840 akan bertahan pada musim kemarau. 61 00:06:56,680 --> 00:06:59,880 Burung enggang yang lapar ini telah menemui cara yang bijak 62 00:06:59,960 --> 00:07:01,880 untuk mendapatkan sarapan yang lebih besar. 63 00:07:05,240 --> 00:07:06,680 Ia tak boleh dilakukan sendiri. 64 00:07:25,600 --> 00:07:28,440 Sekeluarga cerpelai kerdil. 65 00:07:37,800 --> 00:07:42,800 Burung enggang sudah bersedia, tapi cerpelai masih berleka-leka. 66 00:07:50,080 --> 00:07:54,840 Burung enggang hanya boleh menunggu sementara cerpelai bersiap sedia. 67 00:07:58,720 --> 00:08:03,000 Cerpelai takkan ke mana-mana sehingga isyarat diberikan. 68 00:08:06,640 --> 00:08:08,520 Akhirnya, cerpelai bergerak. 69 00:08:10,280 --> 00:08:12,640 Enggang yang kelaparan mengikut di belakang. 70 00:08:19,040 --> 00:08:22,720 Cerperai yang berlari melompat-lompat menyebabkan serangga di semak keluar 71 00:08:23,440 --> 00:08:26,680 dan apa yang tertinggal akan dimakan oleh enggang. 72 00:08:27,840 --> 00:08:30,960 Si enggang tak perlu mencari makanan sendiri. 73 00:08:31,960 --> 00:08:33,840 Cerpelai tak kisah pun. 74 00:08:40,040 --> 00:08:42,680 Mencari makanan bersama memanfaatkan semua. 75 00:08:43,480 --> 00:08:46,640 Terutamanya apabila persekitaran mengering 76 00:08:46,720 --> 00:08:49,080 dan tak banyak tempat berlindung. 77 00:08:54,800 --> 00:08:57,280 Burung enggang bertindak sebagai peninjau. 78 00:09:05,440 --> 00:09:08,720 Satu panggilan dan semua bertempiaran mencari perlindungan. 79 00:09:22,960 --> 00:09:24,440 Antara semua makanan, 80 00:09:25,600 --> 00:09:28,080 ini adalah yang paling digemari. 81 00:09:28,680 --> 00:09:31,120 Siput darat gergasi Afrika, 82 00:09:32,960 --> 00:09:34,920 setiap satu menjangkau 15 cm panjang 83 00:09:36,360 --> 00:09:39,560 dan merupakan siput terbesar dan terempuk di dunia. 84 00:09:44,880 --> 00:09:46,400 Serta mudah ditangkap. 85 00:09:47,120 --> 00:09:49,600 Siput-siput ini tak boleh bergerak pantas. 86 00:09:52,200 --> 00:09:55,200 Namun, cangkerangnya sukar dipecahkan. 87 00:09:58,160 --> 00:10:02,160 Cerpelai telah menghasilkan teknik yang istimewa. 88 00:10:09,680 --> 00:10:14,720 Kayu digunakan seperti andas untuk menghentak dan memecahkan siput. 89 00:10:17,560 --> 00:10:22,160 Tingkah laku ini hanya didapati di Tsavo dan beberapa tempat lagi. 90 00:10:28,960 --> 00:10:32,240 Burung enggang tahu isyarat makanan yang sudah sedia. 91 00:10:47,600 --> 00:10:52,320 Iklim kering di sini bermakna tak mudah untuk mencari makanan. 92 00:10:53,960 --> 00:10:58,280 Jadi, kerjasama memastikan kedua-duanya dapat makanan yang cukup 93 00:10:58,800 --> 00:11:01,120 sebelum makanan berkurangan. 94 00:11:10,840 --> 00:11:14,080 Musim kemarau semakin memuncak di taman ini, 95 00:11:14,880 --> 00:11:17,560 jadi bekalan yang paling diperlukan 96 00:11:18,960 --> 00:11:20,160 ialah air. 97 00:11:23,400 --> 00:11:27,200 Bagi melindungi salah satu haiwan paling terancam di Tsavo, 98 00:11:27,280 --> 00:11:30,640 lopak air terpencil ini diisi oleh renjer. 99 00:11:35,480 --> 00:11:38,640 Apabila senja menjelma, tibalah masa 100 00:11:38,720 --> 00:11:41,400 untuk makhluk pemalu ini memunculkan diri. 101 00:11:51,760 --> 00:11:53,640 Badak sumbu hitam, 102 00:11:54,240 --> 00:11:56,160 si ibu dan anaknya. 103 00:11:59,240 --> 00:12:01,840 Dengan menggunakan kamera nampak malam yang sensitif, 104 00:12:01,920 --> 00:12:04,440 kami berjaya melihatnya dengan berwarna. 105 00:12:09,560 --> 00:12:12,400 Si anak mengikut langkah ibunya dengan rapat. 106 00:12:13,760 --> 00:12:15,480 Ikatannya sangat kuat. 107 00:12:20,240 --> 00:12:22,840 Penglihatan jarak jauh badak sumbu teruk, 108 00:12:24,600 --> 00:12:27,920 tapi pendengaran dan deria baunya sangat peka. 109 00:12:33,360 --> 00:12:38,400 Badak mengherotkan bibir ke belakang untuk mengesan hidupan berdekatan. 110 00:12:43,160 --> 00:12:45,560 Semakin banyak keluarga datang untuk minum. 111 00:12:50,040 --> 00:12:53,440 Badak sumbu hitam yang dominan biasanya mempertahankan kawasannya. 112 00:12:58,960 --> 00:13:03,120 Namun, ada makhluk yang lebih berani daripada yang lain. 113 00:13:10,280 --> 00:13:14,480 Dahulu ada 8,000 ekor badak sumbu hitam di Tsavo. 114 00:13:18,320 --> 00:13:20,480 Pada tahun 90-an dan 80-an, 115 00:13:20,560 --> 00:13:23,840 penceroboh membunuh semua kecuali sepuluh ekor untuk tanduknya. 116 00:13:28,280 --> 00:13:32,800 Program pembiakan telah meningkatkan populasinya melebihi 100 ekor. 117 00:13:35,760 --> 00:13:40,000 Haiwan yang biasanya bersendiri ini datang untuk minum dan bermesra. 118 00:13:43,000 --> 00:13:44,800 Ibu-ibu menyapa kawan. 119 00:13:46,400 --> 00:13:48,040 Anak badak bertemu kawan… 120 00:13:52,000 --> 00:13:53,360 dan ayah. 121 00:13:58,400 --> 00:14:02,840 Namun, apabila lebih banyak jantan tiba, suasana berubah. 122 00:14:08,160 --> 00:14:12,240 Pada musim kemarau, bilangan badak sumbu yang luar biasa tinggi berkumpul di sini. 123 00:14:12,760 --> 00:14:15,240 Badak telah membiak dengan jayanya 124 00:14:15,320 --> 00:14:18,640 sehingga kini terpaksa bersaing untuk ruang 125 00:14:20,520 --> 00:14:21,560 dan pasangan. 126 00:15:10,280 --> 00:15:14,000 Salah satu jantan cuba mengawan dengan si ibu yang ada anak, 127 00:15:15,240 --> 00:15:17,440 tapi si ibu memberikan jawapan yang jelas. 128 00:15:23,280 --> 00:15:26,440 Jantan lebih tua yang dominan tiba di lopak air itu. 129 00:15:27,200 --> 00:15:29,560 Renjer memanggilnya Atoti. 130 00:15:34,800 --> 00:15:36,120 Badak betina muda. 131 00:15:37,400 --> 00:15:40,640 Si betina yang terlalu muda untuk mengawan tidak tertarik dengannya. 132 00:15:49,680 --> 00:15:53,000 Kekecewaan menyebabkan Atoti mengganas. 133 00:16:03,840 --> 00:16:05,360 Atoti menggunakan tanduknya 134 00:16:05,440 --> 00:16:08,960 untuk menangkap kaki belakang si betina dan menjatuhkannya. 135 00:16:26,560 --> 00:16:30,880 Badak betina lain dan anak-anak badak membuat keputusan untuk beredar. 136 00:16:45,920 --> 00:16:48,240 Si betina muda berjaya lari lebih laju. 137 00:16:58,680 --> 00:17:01,080 Atoti mula bertenang. 138 00:17:07,960 --> 00:17:09,720 Musim kemarau berterusan 139 00:17:10,240 --> 00:17:14,520 dan banyak sumber air semula jadi di taman itu kering perlahan-lahan. 140 00:17:19,800 --> 00:17:24,880 Namun, ada tempat istimewa di utara yang kekal sebagai oasis. 141 00:17:31,120 --> 00:17:33,920 Hutan awan tinggi di Chyulu Hill 142 00:17:34,000 --> 00:17:36,440 terbit daripada dataran Tsavo Barat. 143 00:17:40,320 --> 00:17:44,360 Terbentuk daripada batu gunung berapi yang berliang, ia menyerap air hujan 144 00:17:44,440 --> 00:17:46,840 dan mewujudkan takungan bawah tanah. 145 00:17:50,760 --> 00:17:52,400 Selama lebih 20 tahun diperlukan 146 00:17:52,480 --> 00:17:54,960 untuk air meresap dan turun ke dataran di bawah. 147 00:18:00,520 --> 00:18:03,040 Air itu muncul bertalu-talu sebagai… 148 00:18:06,760 --> 00:18:08,880 Mata Air Mzima… 149 00:18:11,160 --> 00:18:14,720 nama yang bermakna "hidup" dalam bahasa Swahili. 150 00:18:37,640 --> 00:18:40,880 Mengikut anggaran, lebih 50 juta gelen air 151 00:18:40,960 --> 00:18:42,960 terbit dari tanah setiap hari 152 00:18:43,760 --> 00:18:47,520 dan masuk ke dalam kolam jernih yang sibuk dengan aktiviti. 153 00:18:55,920 --> 00:18:59,560 Pokok buah tin membekalkan makanan kepada monyet vervet. 154 00:19:07,240 --> 00:19:10,680 Ikan sesungut menanti buah jatuh di bawah. 155 00:19:29,120 --> 00:19:30,880 Syurga yang melimpah-ruah 156 00:19:31,400 --> 00:19:34,240 dengan makanan yang cukup untuk semua. 157 00:19:44,480 --> 00:19:46,000 Namun, kolam ajaib ini 158 00:19:46,080 --> 00:19:50,040 dimiliki oleh sekawan badak air sebanyak 14 ekor 159 00:19:51,120 --> 00:19:55,000 dan dipertahankan oleh seekor jantan alfa yang besar. 160 00:20:01,360 --> 00:20:04,280 Si alfa ini boleh tahan nafas sehingga lima minit 161 00:20:04,800 --> 00:20:08,240 dan menghabiskan lebih separuh hayatnya di dalam air. 162 00:20:12,000 --> 00:20:14,200 Badak ini selalunya dijumpai di kolam berlumpur, 163 00:20:14,280 --> 00:20:18,480 jadi teramat jarang untuk melihat kehidupan peribadi 164 00:20:18,560 --> 00:20:20,200 makhluk pemalu ini. 165 00:20:29,000 --> 00:20:31,920 Setiap awal pagi, si ayah memimpin keluarganya 166 00:20:32,000 --> 00:20:34,320 ke air yang lebih dalam dan sejuk. 167 00:20:44,880 --> 00:20:47,280 Badak air boleh mencecah berat melebihi sebuah kereta, 168 00:20:48,160 --> 00:20:51,240 tapi dalam air, badak air begitu gemalai. 169 00:20:57,440 --> 00:21:00,000 Badak dewasa tidur pada waktu terhangat. 170 00:21:02,160 --> 00:21:04,560 Anak-anak badak pula bermain. 171 00:21:10,600 --> 00:21:14,840 Apabila keadaan terlalu riuh-rendah, badak dewasa akan mendisiplinkannya. 172 00:21:27,440 --> 00:21:31,360 Tanpa badak air, kepelbagaian hidupan di sini takkan wujud 173 00:21:33,360 --> 00:21:36,120 sebab badak air pembekal sesuatu yang penting di kolam ini. 174 00:21:40,280 --> 00:21:42,560 Baja semula jadi. 175 00:21:44,480 --> 00:21:48,280 Mungkin ini tidak berguna untuk kejernihan air… 176 00:21:50,160 --> 00:21:55,120 tapi inilah benda yang mengekalkan kelangsungan ekosistem Mzima. 177 00:21:57,640 --> 00:22:02,400 Ia membekalkan nutrien kepada tumbuhan dan makanan kepada serangga dan ikan… 178 00:22:06,400 --> 00:22:09,240 yang mengikut badak untuk bekalan paling segar. 179 00:22:14,560 --> 00:22:16,400 Bukan najis segar saja makanan 180 00:22:16,480 --> 00:22:19,000 yang badak air berikan kepada ikan di Mzima. 181 00:22:24,680 --> 00:22:28,280 Dengan membuka mulut, badak air menjemput ikan 182 00:22:28,360 --> 00:22:31,200 ke dalam rahangnya yang besar dan kuat. 183 00:22:34,080 --> 00:22:37,000 Ikan mencari sisa makanan yang melekat di celah gigi . 184 00:22:38,600 --> 00:22:41,440 Ini menunjukkan tahap kepercayaan yang sangat tinggi. 185 00:22:48,960 --> 00:22:52,960 Bahagian mulut yang bergesel juga membersihkan kulit, 186 00:22:53,960 --> 00:22:58,400 kuku kaki, kaki merekah dan banyak lagi bahagian badak air yang penting. 187 00:23:01,560 --> 00:23:06,240 Hidangan penuh sebagai pertukaran untuk rawatan kaki dan gilap. 188 00:23:18,680 --> 00:23:21,400 Oasis kecil dan subur di Mata Air Mzima 189 00:23:21,480 --> 00:23:23,880 membekalkan air kepada haiwan-haiwan bertuah 190 00:23:23,960 --> 00:23:25,960 yang tinggal di kawasan taman ini. 191 00:23:29,160 --> 00:23:34,040 Lain ceritanya buat haiwan yang hidup di kawasan tengah yang gersang. 192 00:23:38,760 --> 00:23:43,920 Gajah mempunyai ingatan tajam yang memimpinnya ke kawasan 193 00:23:44,000 --> 00:23:46,560 makanan dan minuman ditemui pada musim kemarau lepas. 194 00:23:49,000 --> 00:23:52,920 Namun, di tengah taman, gajah berdepan halangan yang menggentarkan. 195 00:23:56,600 --> 00:23:59,080 Tsavo terbahagi kepada dua bahagian 196 00:23:59,920 --> 00:24:01,600 iaitu Timur dan Barat, 197 00:24:02,640 --> 00:24:06,640 dipotong di tengah dengan jalan raya dan landasan kereta api. 198 00:24:10,200 --> 00:24:12,840 Jalan raya yang sibuk bahaya untuk hidupan liar 199 00:24:12,920 --> 00:24:15,120 yang bergerak antara dua taman ini. 200 00:24:19,480 --> 00:24:23,840 Pada tahun 2017, landasan kereta api baru disiapkan bersebelahan yang lama, 201 00:24:24,440 --> 00:24:29,360 menghubungkan pelabuhan terbesar Kenya, Mombasa, dengan ibu kotanya, Nairobi. 202 00:24:31,960 --> 00:24:36,960 Benteng yang curam dan pagar menghalang haiwan daripada merentasi landasan 203 00:24:37,040 --> 00:24:38,760 dan menyekat pergerakannya. 204 00:24:42,600 --> 00:24:47,560 Haiwan hanya boleh menyeberang melalui jalan bawah yang dibina khas. 205 00:24:56,640 --> 00:25:00,640 Beberapa ekor gajah cukup berani untuk merentasi halangan ini. 206 00:25:08,520 --> 00:25:11,400 Infrastruktur sedang membangun dengan pesat di seluruh Afrika 207 00:25:11,480 --> 00:25:13,840 dan ini memberi kesan kepada belantara. 208 00:25:17,280 --> 00:25:20,440 Sebab itu saiz Tsavo sangat penting. 209 00:25:22,160 --> 00:25:25,920 Ia cukup besar untuk memberikan kawasan makan alternatif. 210 00:25:27,760 --> 00:25:31,760 Namun, bukan haiwan besar saja yang mengembara jarak jauh 211 00:25:31,840 --> 00:25:33,000 pada waktu ini. 212 00:25:36,920 --> 00:25:40,120 Sekarang bulan Julai, bulan paling kering di Tsavo. 213 00:25:49,960 --> 00:25:52,080 Di dataran kering di sebelah barat, 214 00:25:52,600 --> 00:25:56,200 sandgrouse jantan dan pasangannya membesarkan keluarga. 215 00:26:01,920 --> 00:26:05,560 Sebagai burung yang bersarang di tanah, anak yang baru menetas ini 216 00:26:05,640 --> 00:26:08,680 akan bangun dan berjalan dalam beberapa jam lagi. 217 00:26:12,720 --> 00:26:16,040 Dengan suhu mencecah hampir 37.7 darjah Celsius, 218 00:26:16,120 --> 00:26:19,240 sandgrouse perlu mencari teduhan dan tempat menyorok yang selamat. 219 00:26:24,480 --> 00:26:27,240 Si ayah berdepan dengan masalah kritikal. 220 00:26:27,760 --> 00:26:31,360 Cari air minuman atau anaknya akan mati. 221 00:26:36,360 --> 00:26:39,120 Si ayah menyertai kawanan sandgrouse, 222 00:26:39,640 --> 00:26:42,720 semuanya terdesak mencari benda yang sama. 223 00:26:49,040 --> 00:26:52,200 Sandgrouse akan terbang sehingga 32 kilometer jauhnya… 224 00:26:56,880 --> 00:26:59,160 ke Sungai Galana yang gah. 225 00:27:15,800 --> 00:27:20,600 Ia penyelamat haiwan-haiwan ini kerana musim kemarau memang teruk. 226 00:27:26,400 --> 00:27:30,120 Sandgrouse datang berduyun-duyun pada waktu ini setiap tahun. 227 00:27:37,560 --> 00:27:39,960 Ada ancaman di tebing sungai. 228 00:27:44,680 --> 00:27:49,680 Duduk berdekatan kawanan bermakna ada ratusan mata yang mengawasi. 229 00:27:52,200 --> 00:27:55,240 Si ayah boleh menyimpan dua sudu besar air di kerongkongnya, 230 00:27:55,320 --> 00:27:57,560 tapi itu tak cukup untuk tiga anaknya. 231 00:28:04,520 --> 00:28:09,200 Si ayah meranduk lebih jauh untuk buat helah yang luar biasa. 232 00:28:12,080 --> 00:28:14,040 Berayun ke depan dan ke belakang, 233 00:28:14,560 --> 00:28:17,400 si ayah menyerap air ke dalam bulu pelepah dadanya. 234 00:28:18,800 --> 00:28:23,520 Bentuk lingkarannya yang disesuaikan menyerap air seperti span. 235 00:28:25,040 --> 00:28:27,680 Selepas isi air selama 15 minit, si ayah pun berlepas… 236 00:28:29,680 --> 00:28:32,440 pulang ke rumah penuh dengan air. 237 00:28:45,920 --> 00:28:49,640 Seekor demi seekor, burung-burung meninggalkan kawanan. 238 00:28:55,000 --> 00:28:56,560 Si ayah memanggil pasangannya. 239 00:29:00,920 --> 00:29:04,480 Si ayah dipimpin ke tempat persembunyian anak burung yang haus. 240 00:29:13,960 --> 00:29:15,640 Jangan risau, ayah datang. 241 00:29:26,080 --> 00:29:29,640 Anak burung mengerumuni si ayah untuk minum 242 00:29:29,720 --> 00:29:33,080 dan menghirup air daripada pelepahnya menggunakan paruh. 243 00:29:38,840 --> 00:29:42,120 Si ayah akan melakukan perjalanan yang sukar ini setiap hari 244 00:29:42,200 --> 00:29:43,880 selama dua bulan lagi… 245 00:29:46,840 --> 00:29:51,280 sehingga anak burung cukup besar untuk terbang mencari air sendiri. 246 00:30:03,400 --> 00:30:05,640 Baru-baru ini, iklim Kenya 247 00:30:05,720 --> 00:30:08,880 menjadi semakin sukar diramal dan semakin ekstrem. 248 00:30:15,640 --> 00:30:20,360 Sekarang kemuncak musim kemarau dan tak tahu bila ia akan berakhir. 249 00:30:24,880 --> 00:30:29,360 Ada haiwan yang menemui cara untuk mencari dedaun hijau yang tinggal. 250 00:30:30,000 --> 00:30:32,440 Gerenuk berjengket-jengket untuk makan. 251 00:30:33,560 --> 00:30:36,440 Gerenuk boleh hidup tanpa minum air sepanjang hayat. 252 00:30:39,120 --> 00:30:41,240 Digelar "zirafah gazel", 253 00:30:41,760 --> 00:30:45,360 gerenuk bergantung pada gerakan akrobatik dan leher panjangnya 254 00:30:45,440 --> 00:30:49,280 untuk mencapai dedaun sukulen yang haiwan lain tak dapat capai. 255 00:30:51,360 --> 00:30:54,240 Tak banyak pilihan pun untuk gerenuk. 256 00:30:59,680 --> 00:31:04,200 Tanah merah Tsavo berterbangan ke atas dalam pusaran habuk. 257 00:31:09,920 --> 00:31:12,360 Haiwan yang lebih besar, misalnya kerbau, 258 00:31:12,440 --> 00:31:15,320 perlu terus bergerak untuk mencari makanan dan air. 259 00:31:22,040 --> 00:31:25,440 Kawanan kerbau bergabung sehingga bilangannya melebihi seribu ekor. 260 00:31:32,880 --> 00:31:37,320 Kawanan kerbau menuju ke Sungai Galana yang mengalir sepanjang tahun. 261 00:31:47,440 --> 00:31:52,120 Kerbau yang terpisah akan ditangkap oleh pemangsa Tsavo yang paling terkenal. 262 00:32:05,000 --> 00:32:09,000 Semasa landasan lama dibina lebih 120 tahun lalu, 263 00:32:09,080 --> 00:32:12,520 kawasan ini digeruni disebabkan oleh dua ekor singa… 264 00:32:14,520 --> 00:32:17,240 yang digelar "Pemakan manusia Tsavo". 265 00:32:21,600 --> 00:32:27,000 Dengar khabar, singa-singa ini telah makan 135 orang pekerja landasan kereta api , 266 00:32:28,400 --> 00:32:30,800 tapi angka sebenar mungkin lebih rendah. 267 00:32:32,320 --> 00:32:35,040 Terkenal dengan mohawk, sifat yang diturunkan 268 00:32:35,120 --> 00:32:36,960 kepada keturunannya hari ini. 269 00:32:40,640 --> 00:32:45,080 Rupa singa ini dipercayai dibentuk oleh belukar tebal yang didiaminya. 270 00:32:48,000 --> 00:32:52,360 Surai yang lebih pendek kurang terjerat pada semak yang berduri. 271 00:32:53,680 --> 00:32:56,200 Ia juga memastikan singa ini kurang panas. 272 00:33:00,360 --> 00:33:04,200 Namun, pemangsa terkuat pun sukar mencari makanan pada waktu ini. 273 00:33:20,120 --> 00:33:24,560 Lopak air singa-singa ini telah menjadi kolam lumpur melekit. 274 00:33:29,800 --> 00:33:33,520 Kebanyakan mangsanya telah berpindah untuk mencari air di tempat lain. 275 00:33:35,040 --> 00:33:38,600 Cukuplah air yang ada untuk menghilangkan haus buat masa ini. 276 00:33:54,320 --> 00:33:56,800 Merentasi dataran kering Tsavo Timur, 277 00:33:57,400 --> 00:34:03,280 sekumpulan gajah jantan menuju ke kawasan utara taman yang terpencil. 278 00:34:11,720 --> 00:34:16,000 Ini kawasan yang paling tidak terusik dan paling sukar dimasuki. 279 00:34:24,080 --> 00:34:27,800 Monolit besar dan berbatu yang berusia berjuta-juta tahun 280 00:34:28,320 --> 00:34:31,000 timbul dari belukar yang kering dan berduri. 281 00:34:45,280 --> 00:34:49,280 Setiap gajah ingat laluan yang dilalui selama ini… 282 00:34:53,880 --> 00:34:56,040 diturunkan secara turun temurun. 283 00:35:00,240 --> 00:35:03,760 Laluan yang sering dilaluinya dapat dilihat dari udara 284 00:35:05,160 --> 00:35:08,120 dan ia mencipta rangkaian merentasi landskap gersang ini. 285 00:35:21,960 --> 00:35:24,760 Gajah jantan dewasa boleh bertahan beberapa hari tanpa air. 286 00:35:25,920 --> 00:35:31,200 Ini membolehkannya mengembara jauh di kawasan yang dilanda kemarau. 287 00:35:39,560 --> 00:35:44,320 Gajah-gajah ini yakin akan menemui air apabila tiba ke destinasi. 288 00:35:47,360 --> 00:35:50,160 Namun, Sungai Tiva sudah kering. 289 00:35:51,760 --> 00:35:54,360 Kini, ia hanya sungai pasir. 290 00:35:58,360 --> 00:36:00,720 Tiada setitik air pun. 291 00:36:04,200 --> 00:36:08,840 Namun, pokok sawit doum yang mengapit sungai bermusim ini masih hijau, 292 00:36:09,600 --> 00:36:12,680 menandakan ada air di suatu tempat. 293 00:36:24,160 --> 00:36:27,440 Gajah jantan yang bijak tahu bagaimana hendak mencarinya. 294 00:36:50,320 --> 00:36:53,520 Gajah mempunyai deria bau yang kuat. 295 00:36:54,000 --> 00:36:56,160 Berjuta saraf penerima pada belalainya 296 00:36:56,240 --> 00:36:59,120 membantu memimpinnya ke arah air berbatu jauhnya. 297 00:37:00,960 --> 00:37:05,360 Gajah juga boleh mengesannya walaupun tertanam jauh di bawah pasir. 298 00:37:14,880 --> 00:37:17,360 Gajah perlu menggali untuk mendapatkannya. 299 00:37:22,680 --> 00:37:26,720 Apabila lubang semakin dalam, air dalam tanah meresap masuk. 300 00:37:31,280 --> 00:37:34,040 Belalai gajah berfungsi sebagai straw yang fleksibel 301 00:37:34,560 --> 00:37:36,720 dan menyedut air berpasir itu. 302 00:37:40,800 --> 00:37:45,160 Nampaknya gajah membiarkan endapan turun ke bawah belalai, terpisah 303 00:37:47,080 --> 00:37:48,040 dan menghembuskannya. 304 00:38:03,440 --> 00:38:06,720 Gajah ini menikmati air bersih yang ditapis. 305 00:38:20,880 --> 00:38:24,720 Menggoda bagi haiwan-haiwan yang melihat dari tepi. 306 00:38:36,520 --> 00:38:40,840 Setelah gajah selesai minum, giliran penonton-penontonnya pula. 307 00:38:42,440 --> 00:38:45,880 Babun sentiasa yang pertama datang minum. 308 00:38:55,480 --> 00:38:59,880 Jauh di hujung Sungai Tiva terletaknya Air Terjun Bisadi. 309 00:39:01,040 --> 00:39:04,800 Hampir kering dan ada beberapa takungan saja. 310 00:39:07,200 --> 00:39:08,520 Suasana sangat sunyi… 311 00:39:12,600 --> 00:39:15,160 sehingga fajar menjelma. 312 00:39:32,120 --> 00:39:35,880 Bagaikan seluruh ngarai terpukau. 313 00:39:38,680 --> 00:39:44,400 Quelea paruh merah, spesies burung liar terbanyak di dunia. 314 00:39:49,440 --> 00:39:50,640 Sekarang bulan September. 315 00:39:50,720 --> 00:39:55,560 Apabila sumber air mengering, berjuta ekor burung dalam koloni gergasi 316 00:39:55,640 --> 00:39:57,880 yang nomad ini berkumpul di sini. 317 00:40:17,360 --> 00:40:19,120 Dengan ritma yang memukau, 318 00:40:19,720 --> 00:40:22,440 burung ini minum dari kolam air yang tinggal, 319 00:40:22,520 --> 00:40:24,320 satu paruh penuh setiap kali. 320 00:40:31,920 --> 00:40:34,960 Penghijrahan besar-besaran ini semakin bertambah 321 00:40:35,480 --> 00:40:37,800 pada penghujung musim kemarau. 322 00:40:46,400 --> 00:40:48,360 Dengan mencetuskan huru-hara, 323 00:40:49,320 --> 00:40:52,400 burung-burung ini menakutkan haiwan lain yang cuba minum di sini. 324 00:41:16,720 --> 00:41:21,240 Beratnya melenturkan dahan-dahan pokok di sekeliling. 325 00:41:27,000 --> 00:41:29,120 Burung-burung ini akan kekal di sini 326 00:41:30,000 --> 00:41:32,760 selagi air masih ada. 327 00:41:54,800 --> 00:41:58,600 Udara sarat dengan penantian. 328 00:42:03,960 --> 00:42:07,240 Kemudian, simbol harapan. 329 00:42:09,480 --> 00:42:14,360 Di kawasan yang kering ini, pokok baobab mengeluarkan dedaun hijau 330 00:42:14,440 --> 00:42:17,000 dan bunga-bunga putih yang menarik. 331 00:42:22,680 --> 00:42:24,440 Perubahan akan berlaku. 332 00:42:27,320 --> 00:42:29,000 Semua haiwan boleh merasakannya. 333 00:42:38,120 --> 00:42:40,240 Akhirnya, pada bulan Oktober, 334 00:42:40,320 --> 00:42:42,960 selepas tidak turun selama enam bulan, 335 00:42:44,240 --> 00:42:45,200 hujan… 336 00:42:47,400 --> 00:42:50,840 semakin lebat di bukit dan gunung Tsavo Barat 337 00:42:52,120 --> 00:42:55,160 dan di dataran Tsavo Timur. 338 00:43:19,200 --> 00:43:22,800 Sungai Tiva yang kering dan berpasir mengalir semula. 339 00:43:26,080 --> 00:43:30,000 Melata di atas ngarai Bisadi, tempat burung quelea minum, 340 00:43:30,520 --> 00:43:32,800 air terjun kembali semula. 341 00:44:14,120 --> 00:44:17,720 Sungai ini akan tetap mengalir untuk minggu-minggu berikutnya 342 00:44:18,240 --> 00:44:20,040 dan menghidupkan semula kawasan ini. 343 00:44:41,400 --> 00:44:43,840 Krisis menjadi kelegaan. 344 00:44:46,200 --> 00:44:49,840 Daripada gurun gersang menjadi syurga yang penuh warna. 345 00:44:51,680 --> 00:44:55,320 Keadaan ekstrem di Tsavo yang membuatkannya menakjubkan. 346 00:44:59,680 --> 00:45:01,600 Dibilas daripada habuk merah, 347 00:45:02,120 --> 00:45:06,160 bunga seri pagi memenuhi taman dengan hamparan bunganya. 348 00:45:12,200 --> 00:45:16,320 Berduyun-duyun kupu-kupu pioneer white tiba. 349 00:45:20,680 --> 00:45:24,760 Berjuta-juta memenuhi ruang udara dalam perjalanan menuju ke pantai. 350 00:45:31,120 --> 00:45:32,760 Seperti acara balapan bersayap, 351 00:45:32,840 --> 00:45:35,880 generasi baru muncul bersama pertumbuhan baru 352 00:45:35,960 --> 00:45:38,880 dan meneruskan perjalanan yang dimulakan ibu bapanya. 353 00:45:49,160 --> 00:45:51,200 Menari-nari di atas bunga-bungaan, 354 00:45:51,280 --> 00:45:53,840 kupu-kupu yang datang ketika musim basah ini 355 00:45:53,920 --> 00:45:56,440 penting untuk produktiviti taman ini… 356 00:46:01,080 --> 00:46:06,320 dengan mendebungakan dan menjadi makanan untuk pemakan serangga. 357 00:46:17,640 --> 00:46:19,040 Ada masa untuk bermain… 358 00:46:25,440 --> 00:46:28,440 dan membesarkan generasi seterusnya. 359 00:46:30,320 --> 00:46:31,560 Ledakan kelahiran. 360 00:46:34,200 --> 00:46:39,520 Ini membuktikan saiz taman penting untuk melindungi belantara. 361 00:46:45,800 --> 00:46:50,240 Lebih besar taman, lebih banyak spesies boleh tinggal di dalamnya. 362 00:46:52,000 --> 00:46:55,640 Lebih besar kolam gen, lebih sihat haiwan. 363 00:47:00,800 --> 00:47:04,600 Kebelakangan ini, pemilik tanah di sekitar Taman Negara Tsavo 364 00:47:04,680 --> 00:47:09,440 telah bekerjasama bagi mewujudkan Kawasan Perlindungan Tsavo yang lebih luas 365 00:47:09,520 --> 00:47:13,600 menggandakan ruang menjadi lebih besar dan membenarkan haiwan bergerak bebas 366 00:47:13,680 --> 00:47:16,080 dengan selamat di luar sempadannya. 367 00:47:25,440 --> 00:47:29,760 Hanya dengan terus melindungi belantara luas seperti Tsavo 368 00:47:29,840 --> 00:47:32,840 dan mewujudkan taman baru yang sama besar , 369 00:47:32,920 --> 00:47:37,240 barulah kita boleh menjamin masa depan alam semula jadi di planet ini. 370 00:49:06,920 --> 00:49:11,920 Terjemahan sari kata oleh Aisyah S