1 00:00:16,375 --> 00:00:20,958 Di teras penciptaan alam semesta terletaknya planet Eternia, 2 00:00:21,041 --> 00:00:23,375 dunia kedualan menakjubkan. 3 00:00:23,875 --> 00:00:25,500 Manusia dan raksasa. 4 00:00:25,583 --> 00:00:27,875 Ahli sihir dan hulubalang. 5 00:00:27,958 --> 00:00:30,458 Sains dan ilmu sihir. 6 00:00:30,541 --> 00:00:35,625 Bagaikan sengketa adik-beradik, kuasa ini berperang berzaman-zaman, 7 00:00:35,708 --> 00:00:39,500 tapi jaguh berkuasa magis mengungguli pertempuran. 8 00:00:40,000 --> 00:00:42,958 Tapi selepas nujuman bencana dahsyat... 9 00:00:46,458 --> 00:00:48,875 rahsia terbongkar. 10 00:00:48,958 --> 00:00:50,791 Setiap nujuman 11 00:00:52,000 --> 00:00:54,958 menjanjikan revolusi. 12 00:00:56,541 --> 00:01:03,500 WALAUPUN UNTUK RAJA 13 00:01:58,250 --> 00:02:01,625 Lari sebelum kegilaan merasuki minda. 14 00:02:02,416 --> 00:02:05,791 Jangan percaya tipu daya Subternia. 15 00:02:07,958 --> 00:02:11,375 Kerana keganasan menyemarakkan api neraka 16 00:02:11,458 --> 00:02:14,125 yang diperintah... 17 00:02:18,208 --> 00:02:20,708 Saya tak kesan rasa gentar. 18 00:02:22,208 --> 00:02:24,416 Tidakkah kamu tahu, manusia, 19 00:02:24,500 --> 00:02:28,000 di sinilah putus asa mengganti impian, 20 00:02:28,083 --> 00:02:31,500 di sinilah harapan hancur musnah? 21 00:02:32,083 --> 00:02:37,125 Tapi di sini, di alam Chaos, kami percaya pada aturan. 22 00:02:37,208 --> 00:02:41,166 Penderitaan bermula hanya selepas kamu menawarkan 23 00:02:41,250 --> 00:02:47,041 pemilikan tunggal setiap roh di hujung nyawa. 24 00:02:47,125 --> 00:02:49,125 Nama kamu. 25 00:02:50,000 --> 00:02:51,958 Nama saya? 26 00:02:52,916 --> 00:02:54,333 Saya Adam, 27 00:02:54,416 --> 00:02:55,708 Putera Eternia 28 00:02:55,791 --> 00:02:58,375 dan pembela rahsia Istana Grayskull. 29 00:02:58,958 --> 00:03:00,375 Jaguh? 30 00:03:00,875 --> 00:03:02,833 Saya Orko, 31 00:03:02,916 --> 00:03:06,625 kawannya yang berani dengan tiket ke Subternia. 32 00:03:06,708 --> 00:03:08,416 Awak... 33 00:03:11,041 --> 00:03:13,083 Kami tak nak gaduh, Scareglow. 34 00:03:13,166 --> 00:03:17,625 Skeletor hantar rakan kami ke Subternia semasa dia curi kuasa. 35 00:03:17,708 --> 00:03:24,000 Benarkan kami tinggalkan Tanah Kematian bersama roh Clamp Champ dan Fisto. 36 00:03:24,083 --> 00:03:29,500 Raenius dan Malcolm mati sebagai wira, dan tak patut bersemadi di sini. 37 00:03:30,416 --> 00:03:31,916 Di mana? 38 00:03:32,000 --> 00:03:36,541 Syurga tumpas ketika Evil-Lyn memusnahkan Preternia. 39 00:03:37,250 --> 00:03:42,583 Lagipun, mereka sesuai untuk koleksi saya. 40 00:03:42,666 --> 00:03:45,416 Jika saya serahkan khazanah ini, 41 00:03:45,500 --> 00:03:49,416 saya kehilangan semua rasa gentar yang enak itu. 42 00:03:49,500 --> 00:03:54,583 Kegerunan yang sangat nyata, masih terdengar jeritan mereka. 43 00:03:57,166 --> 00:04:01,666 Tidak, biarlah mereka di sini. 44 00:04:01,750 --> 00:04:05,750 Apa yang lebih cantik tergantung di sebelah mereka? 45 00:04:06,791 --> 00:04:08,375 Awak. 46 00:04:11,458 --> 00:04:13,625 Diplomasi gagal. 47 00:04:13,708 --> 00:04:15,250 Masa untuk Pelan B? 48 00:04:16,541 --> 00:04:18,875 Dengan kuasa Grayskull! 49 00:04:27,125 --> 00:04:31,791 Aku ada kuasa! 50 00:04:46,166 --> 00:04:51,125 Kawan-kawan awak dijemput, tak salah panggil kawan-kawan saya. 51 00:04:54,000 --> 00:04:56,125 Sesiapa lagi rasa teruja? 52 00:04:56,833 --> 00:05:00,541 Saya rasa nak bersin. 53 00:05:04,000 --> 00:05:06,708 Koboi pun rindu menembak. 54 00:05:06,791 --> 00:05:08,500 Tembak! 55 00:05:08,583 --> 00:05:11,041 Yeehaw! 56 00:05:37,000 --> 00:05:40,375 Musuh terbang keluar menuju ke arah awak. 57 00:05:53,875 --> 00:05:55,083 Nampak tak? 58 00:05:55,166 --> 00:05:57,375 Bedilan pertama mengena! 59 00:05:57,458 --> 00:05:59,958 Raja pun boleh tahan. 60 00:06:04,833 --> 00:06:06,541 Tajam mata, askar! 61 00:06:07,125 --> 00:06:10,250 Man-At-Arms sentiasa membantu, tuanku. 62 00:06:10,333 --> 00:06:14,208 Harap tuanku suka Cloud Crusher. Saya bina sendiri. 63 00:06:15,375 --> 00:06:17,083 Sky Sled, ikut saya! 64 00:06:46,958 --> 00:06:50,083 - Ayah? - Pembuli ini ganggu kamu? 65 00:07:01,583 --> 00:07:03,250 Syabas, Adam! 66 00:07:03,333 --> 00:07:04,958 Syabas, nak. 67 00:07:11,291 --> 00:07:12,458 Pencuri! 68 00:07:12,541 --> 00:07:14,250 Perampas! 69 00:07:14,875 --> 00:07:20,875 Kamu semua akan jadi sebahagian daripada koleksi saya. 70 00:07:21,541 --> 00:07:22,958 Kalahkan dia, nak. 71 00:08:01,083 --> 00:08:01,958 Teela! 72 00:08:02,666 --> 00:08:06,500 Pejam mata. Saya akan menerangi kegelapan ini. 73 00:08:19,958 --> 00:08:22,875 Kemasukan menggemparkan, Ahli Sihir. 74 00:08:23,375 --> 00:08:25,833 Saya ikut awak, Jaguh. 75 00:08:26,333 --> 00:08:29,583 Sambung nanti. Mari keluar dari neraka ini. 76 00:08:29,666 --> 00:08:31,666 Cloud Crusher, kami gerak. 77 00:08:43,916 --> 00:08:45,666 Tutup sekarang! 78 00:08:49,416 --> 00:08:53,250 Kamu akan dibakar, dagingmu akan diratah, 79 00:08:53,333 --> 00:08:57,083 sementara roh kamu menderita tanpa harapan! 80 00:08:57,166 --> 00:09:00,583 Sayalah Pemerintah Sub... 81 00:09:02,250 --> 00:09:03,750 Maaf, Scareglow. 82 00:09:06,750 --> 00:09:09,333 Subternia ditutup secara rasmi. 83 00:09:21,166 --> 00:09:22,041 Ya! 84 00:09:23,000 --> 00:09:24,000 Ia berjaya! 85 00:09:24,083 --> 00:09:27,416 Sudah tentu. Ada teknologi, tentu menjadi. 86 00:09:27,916 --> 00:09:29,750 Magis juga membantu. 87 00:09:29,833 --> 00:09:31,625 Awak hebat tadi. 88 00:09:32,750 --> 00:09:34,333 Awak pula? 89 00:09:34,416 --> 00:09:37,541 Tiada siapa pecahkan pintu neraka. 90 00:09:37,625 --> 00:09:39,916 Saya rasa itu amat comel. 91 00:09:40,000 --> 00:09:43,916 Sekarang baru mereka tahu pengalaman kita dulu. 92 00:09:44,000 --> 00:09:46,458 Apa yang ayah cerita? 93 00:09:47,291 --> 00:09:48,333 Ayah? 94 00:09:48,416 --> 00:09:49,375 Tuanku! 95 00:09:49,458 --> 00:09:50,416 Ayah! 96 00:09:50,500 --> 00:09:51,416 Alamak! 97 00:10:03,083 --> 00:10:08,125 "Mari ke Gunung Ular," katanya. "Mereka sentiasa cari pekerja." 98 00:10:08,208 --> 00:10:11,541 Dua kepala tak semestinya lebih bagus. Diam! 99 00:10:11,625 --> 00:10:14,000 Sudah! Awak akan ditanduk! 100 00:10:14,083 --> 00:10:15,208 Awak bodoh! 101 00:10:15,708 --> 00:10:18,708 Para pengikut Motherboard perkasa! 102 00:10:20,416 --> 00:10:25,416 Dulu senjata pilihan saya ialah magis, bukan mesin. 103 00:10:25,500 --> 00:10:30,041 Apabila rancangan demi rancangan gagal, 104 00:10:30,125 --> 00:10:36,208 adakah saya salahkan jampi bodoh dan mantera mengarut? 105 00:10:36,708 --> 00:10:39,291 Tidak, anak-anak. 106 00:10:39,375 --> 00:10:42,750 Saya salahkan diri sendiri. 107 00:10:44,791 --> 00:10:47,375 Tapi sebaik saja saya menyerah 108 00:10:47,458 --> 00:10:51,875 kepada sentuhan teknologi ibu sejati, 109 00:10:51,958 --> 00:10:57,708 saya sedar kegagalan saya bukan salah saya. 110 00:10:57,791 --> 00:11:02,041 Ia bukan juga kebodohan mempercayai magis. 111 00:11:02,125 --> 00:11:05,625 Minda saya telah terbuka. 112 00:11:06,625 --> 00:11:09,958 Saya hanya percaya yang ada di depan mata. 113 00:11:10,041 --> 00:11:16,000 Saya cuma nampak Motherboard! 114 00:11:16,083 --> 00:11:21,500 Kegemilangan untuk Board Perkasa! 115 00:11:21,583 --> 00:11:23,666 Syabas, Skeletor. 116 00:11:23,750 --> 00:11:26,375 Kamu bawa penghormatan kepada ibu. 117 00:11:27,250 --> 00:11:30,625 Serta ayah kamu. 118 00:11:43,458 --> 00:11:47,541 Satu lagi roh diserap untuk Board, tuan. 119 00:11:48,583 --> 00:11:50,708 Macam mana dengan Skeletor? 120 00:11:51,208 --> 00:11:53,625 Selepas berdekad-dekad menyepi, 121 00:11:53,708 --> 00:11:56,250 dia sedar kesilapannya 122 00:11:56,333 --> 00:11:59,583 dan hanya berkhidmat kepada kita, tuan. 123 00:12:00,208 --> 00:12:04,250 Kini dia pengikut Horde yang layak. 124 00:12:05,125 --> 00:12:07,666 Syabas, Motherboard. 125 00:12:08,375 --> 00:12:12,458 Awak berjaya sedangkan yang lain gagal. 126 00:12:12,541 --> 00:12:16,291 Maka, penukaran rakyat Eternia diteruskan. 127 00:12:16,375 --> 00:12:19,750 Realisasikan komplot ini, pembantu setia. 128 00:12:20,333 --> 00:12:25,333 Ganjaran yang saya patut dapat dulu akan jadi milik saya. 129 00:12:26,000 --> 00:12:27,791 Pada hari itu, 130 00:12:27,875 --> 00:12:33,208 langit Grayskull akan dilimpahi Tentera Horde. 131 00:12:36,708 --> 00:12:39,333 Ayah tak cedera dalam pertempuran. 132 00:12:39,833 --> 00:12:41,416 Kenapa dengan ayah? 133 00:12:42,541 --> 00:12:46,541 Saya tak pernah lihat kegagalan organ seperti ini. 134 00:12:46,625 --> 00:12:49,125 Kami masih tak jumpa penawarnya. 135 00:12:49,208 --> 00:12:50,250 Masih? 136 00:12:50,833 --> 00:12:53,333 Kami tahu beberapa minggu lalu. 137 00:12:53,416 --> 00:12:58,333 Tuanku larang ia didedahkan kecuali kepada Ratu dan Lord Duncan. 138 00:12:59,000 --> 00:13:00,500 Bonda tahu? 139 00:13:00,583 --> 00:13:03,666 Kenapa biar ayah ikut saya ke Subternia? 140 00:13:04,166 --> 00:13:06,416 Tuanku bertegas. 141 00:13:06,958 --> 00:13:09,958 Adam, berjuang untuk roh kawan-kawannya 142 00:13:10,041 --> 00:13:13,458 di sisi anaknya, Jaguh Grayskull... 143 00:13:14,000 --> 00:13:16,416 Itu hajat terakhirnya. 144 00:13:16,500 --> 00:13:18,208 Hajat terakhir? Tidak! 145 00:13:18,708 --> 00:13:22,041 Selamatkan ayah, macam awak selamatkan saya. 146 00:13:27,958 --> 00:13:30,750 Walaupun boleh, ayah tak benarkan. 147 00:13:32,083 --> 00:13:34,458 Kematian menjemput semua, nak. 148 00:13:35,416 --> 00:13:38,791 Ya, walaupun untuk raja. 149 00:13:39,458 --> 00:13:41,541 Simpan tenaga, sayang. 150 00:13:41,625 --> 00:13:46,583 Saya nak luangkan masa yang ada bersama dua insan kesayangan. 151 00:13:49,916 --> 00:13:53,541 Saya nak bercakap dengan keluarga saja. 152 00:15:17,416 --> 00:15:21,541 Apa yang kita cuba buat, Teela? 153 00:15:22,916 --> 00:15:24,083 Preternia. 154 00:15:24,625 --> 00:15:27,208 Saya cuba bina semula Preternia 155 00:15:27,291 --> 00:15:31,291 untuk tempatkan roh wira seperti Raenius dan Malcolm. 156 00:15:31,875 --> 00:15:34,458 Tapi, Raja Randor sedang tenat. 157 00:15:34,541 --> 00:15:38,333 Jika tiada Preternia, ke mana rohnya akan pergi? 158 00:15:39,625 --> 00:15:42,750 Takkan nak biar ia hilang begitu saja. 159 00:15:42,833 --> 00:15:47,208 Adam perlu tahu ayahnya akan dapat ganjaran besar. 160 00:15:47,291 --> 00:15:49,750 Mungkin Ahli Sihir boleh bantu? 161 00:15:49,833 --> 00:15:51,791 Saya Ahli Sihir sekarang. 162 00:15:51,875 --> 00:15:54,541 Saya patut selesaikan sendiri. 163 00:15:54,625 --> 00:15:57,708 Saya tak nak asyik bergantung pada mak. 164 00:15:58,291 --> 00:16:02,666 Tapi tak salah minta bantuan insan yang sayang awak, 165 00:16:03,375 --> 00:16:06,791 memandangkan Raja Randor kesuntukan masa. 166 00:16:09,666 --> 00:16:12,416 Ratuku yang mulia dan jelita. 167 00:16:13,333 --> 00:16:17,000 Awak seperti bidadari yang turun dari syurga, 168 00:16:17,083 --> 00:16:20,291 membawa cinta dan gelak tawa kepada saya. 169 00:16:21,083 --> 00:16:25,916 Kembara terhebat saya sebagai pemerintah 170 00:16:26,000 --> 00:16:28,166 ialah kembara bersama awak. 171 00:16:30,791 --> 00:16:36,041 Terima kasih kerana jadikan saya layak terima wanita seperti awak. 172 00:16:36,916 --> 00:16:40,750 Terima kasih kerana memupuk anak kita. 173 00:16:41,875 --> 00:16:45,583 Adam, kebanggaan dan kegembiraan ayah. 174 00:16:46,125 --> 00:16:51,083 Ayah harap kamu rasai kegembiraan sebagai bapa seperti yang ayah rasa. 175 00:16:51,833 --> 00:16:56,208 Kamu seorang yang amat penyayang. 176 00:16:56,791 --> 00:16:59,250 Kongsilah kasih sayang itu. 177 00:17:00,250 --> 00:17:04,541 Jangan tunggu lama untuk luahkan perasaan kepada Teela. 178 00:17:15,875 --> 00:17:16,833 Hai, mak. 179 00:17:19,250 --> 00:17:21,000 Burung Kecil mak. 180 00:17:21,500 --> 00:17:24,375 Kamu Ahli Sihir yang hebat. 181 00:17:24,875 --> 00:17:28,375 Tapi mak tahu apabila anaknya dilanda masalah. 182 00:17:29,375 --> 00:17:31,583 Boleh mak bantu, Teela? 183 00:17:31,666 --> 00:17:35,791 Saya cuba pulihkan Preternia guna kuasa Grayskull 184 00:17:35,875 --> 00:17:38,166 dan magis Zoar saya. 185 00:17:39,000 --> 00:17:41,708 Tapi saya tak mampu, mak. 186 00:17:42,333 --> 00:17:47,916 Saya masih belajar menguasainya, tapi saya tak cukup kuat. 187 00:17:48,000 --> 00:17:50,916 Ia tiada kaitan dengan kekuatan. 188 00:17:51,875 --> 00:17:56,458 Hanya Ahli Sihir dianugerahkan kuasa Zoar. 189 00:17:56,541 --> 00:18:02,083 Preternia dicipta dengan magis tiga dewa purba, 190 00:18:02,166 --> 00:18:06,625 Zoar, Ka dan Ha'voc. 191 00:18:07,500 --> 00:18:10,125 {\an8}Jadi, untuk memulihkan Preternia, 192 00:18:10,208 --> 00:18:14,041 {\an8}kamu perlukan bantuan tiga kuasa yang menciptanya. 193 00:18:14,125 --> 00:18:15,166 Macam mana? 194 00:18:15,708 --> 00:18:19,291 Rahsia Magis Ular hilang berzaman lalu. 195 00:18:20,000 --> 00:18:24,208 Makhluk bukan manusia diperlukan untuk mencarinya. 196 00:18:24,750 --> 00:18:27,291 Ahli Sihir yang perlu mencarinya. 197 00:18:28,458 --> 00:18:30,458 Di mana saya patut mula? 198 00:18:30,541 --> 00:18:34,500 Sebagai Ahli Sihir, mak terikat selamanya di sini. 199 00:18:34,583 --> 00:18:36,583 Selepas Preternia hancur, 200 00:18:36,666 --> 00:18:39,750 roh mak terikat di tempat ini, 201 00:18:39,833 --> 00:18:42,541 tak berdaya selama-lamanya. 202 00:18:42,625 --> 00:18:48,833 Tapi kamu Ahli Sihir pertama yang boleh tinggalkan Grayskull. 203 00:18:48,916 --> 00:18:52,666 Cari magis Ka di tempat terakhir ia dilihat, 204 00:18:52,750 --> 00:18:56,083 dalam kabus ajaib Darksmoke. 205 00:18:56,583 --> 00:18:57,583 Darksmoke? 206 00:18:58,083 --> 00:19:02,083 Tempat itu lebih menakutkan daripada Subternia. 207 00:19:02,166 --> 00:19:06,875 - Sebab itu saya pergi sendiri. - Itu lagi bahaya. 208 00:19:07,791 --> 00:19:09,208 Terima kasih, mak. 209 00:19:10,166 --> 00:19:12,500 Kamu akan berjaya, Teela. 210 00:19:12,583 --> 00:19:17,583 Kamu sentiasa bersinar setiap kali hati kamu jadi taruhan. 211 00:19:20,875 --> 00:19:23,208 Kenapa tak cakap ayah tenat? 212 00:19:24,458 --> 00:19:30,291 Sebab kamu akan buat segalanya sebagai He-Man untuk selamatkan ayah. 213 00:19:30,958 --> 00:19:32,625 Ayah tak nak. 214 00:19:34,625 --> 00:19:39,291 Kini tempat kamu bukan di medan perang sebagai He-Man, 215 00:19:39,791 --> 00:19:43,208 tapi di istana sebagai Putera Adam. 216 00:19:43,916 --> 00:19:46,958 Sebaik saja ayah hembuskan nafas akhir, 217 00:19:48,208 --> 00:19:53,166 kamu akan jadi Raja Eternia. 218 00:19:53,250 --> 00:19:54,875 Ayah, tolonglah. 219 00:19:55,375 --> 00:19:58,958 Kamu akan memerintah sebagai Adam atau He-Man? 220 00:19:59,583 --> 00:20:01,000 Kamu kena pilih. 221 00:20:02,041 --> 00:20:05,750 Raja tak boleh tinggalkan rakyat untuk kembara. 222 00:20:06,291 --> 00:20:10,583 Menjadi Jaguh Grayskull satu beban yang berat. 223 00:20:11,208 --> 00:20:13,500 Menambah beban sebagai raja, 224 00:20:13,583 --> 00:20:17,458 boleh melemahkan malah manusia paling berkuasa. 225 00:20:20,916 --> 00:20:23,750 Kamu kena buat pilihan, nak. 226 00:20:24,333 --> 00:20:27,166 Pilihan yang ayah tak perlu buat dulu. 227 00:20:27,666 --> 00:20:31,791 Pilihan antara cogan alam atau pedang. 228 00:20:32,500 --> 00:20:33,750 Jangan menangis, 229 00:20:34,333 --> 00:20:36,166 kerana ayah hidup lama. 230 00:20:36,708 --> 00:20:41,250 Ayah merasai kejayaan, tapi sentiasa ada korbannya. 231 00:20:42,958 --> 00:20:47,458 Ayah kehilangan kawan, keluarga, malah abang. 232 00:20:48,041 --> 00:20:52,083 Tapi ayah mati lebih bertuah daripada insan biasa. 233 00:20:53,666 --> 00:20:59,041 Bukan sebab diri ini raja, tapi sebab saya suami awak, 234 00:20:59,625 --> 00:21:01,500 dan ayah kamu. 235 00:21:03,000 --> 00:21:07,541 Saya amat sayang kamu berdua... 236 00:21:25,000 --> 00:21:27,125 Hanya tuanku akan berucap. 237 00:21:27,625 --> 00:21:32,208 Selepas ucapan eulogi, Ratu Marlena akan mahkotakan tuanku. 238 00:21:32,791 --> 00:21:37,791 Perlukah pertabalan dibuat secepat ini? Baru sehari ayah mati. 239 00:21:37,875 --> 00:21:41,583 Maknanya Eternia dah sehari tanpa raja. 240 00:21:41,666 --> 00:21:45,083 Pertabalan sentiasa menyusuli pengebumian. 241 00:21:45,166 --> 00:21:47,500 Itu harga memakai mahkota. 242 00:21:48,041 --> 00:21:49,666 Sebagai raja baru, 243 00:21:49,750 --> 00:21:51,000 beritahu rakyat, 244 00:21:51,083 --> 00:21:52,625 kamu akan memimpin 245 00:21:52,708 --> 00:21:55,250 walaupun sedang berhiba. 246 00:21:56,416 --> 00:21:58,041 Apa saya patut cakap? 247 00:21:58,541 --> 00:22:00,708 Beritahu perkara sebenar. 248 00:22:01,416 --> 00:22:05,125 Kamu amat sayang ayah. 249 00:22:05,666 --> 00:22:07,750 Ayah kamu juga sayang kamu. 250 00:22:08,333 --> 00:22:11,416 Adam, masa dah tiba. 251 00:22:43,583 --> 00:22:47,208 Rakyat Eternia berhiba kerana kemangkatan raja. 252 00:22:48,333 --> 00:22:51,583 Kerana Raja Randor... 253 00:22:53,458 --> 00:22:54,875 Raja... 254 00:22:56,833 --> 00:22:58,416 Raja. 255 00:23:05,625 --> 00:23:07,875 Beta pernah inginkan basikal Billow. 256 00:23:08,791 --> 00:23:11,625 Semua kanak-kanak Eternos ada basikal Billow. 257 00:23:11,708 --> 00:23:13,666 Beta minta ayah beta beli. 258 00:23:14,250 --> 00:23:16,875 Tapi semua telah habis dijual. 259 00:23:16,958 --> 00:23:21,958 Ayah beta tak arahkan basikal baru dibina. Apa ayah beta buat? 260 00:23:22,041 --> 00:23:26,875 Ayah beta, raja, bina basikal Billow untuk beta. 261 00:23:27,416 --> 00:23:30,791 Ayah beta membega-bega basikal lama beta. 262 00:23:30,875 --> 00:23:35,250 Ayah beta bina basikal itu untuk beta selama empat malam. 263 00:23:35,333 --> 00:23:36,583 Sendirian. 264 00:23:36,666 --> 00:23:40,458 Ayah beta tak pernah guna tali pinggang peralatan, 265 00:23:40,541 --> 00:23:42,166 hinggalah minggu itu. 266 00:23:43,416 --> 00:23:48,041 Apabila ayah beta beri basikal Billow yang dibinanya sendiri, 267 00:23:48,625 --> 00:23:52,583 beta tak sampai hati untuk beritahu ia nampak buruk. 268 00:23:53,333 --> 00:23:54,500 Dibina sendiri. 269 00:23:55,041 --> 00:24:00,000 Beta tak boleh menunggangnya. Beta akan diketawakan di Eternia. 270 00:24:00,625 --> 00:24:03,958 Beta tak pernah tunggang basikal itu. 271 00:24:04,958 --> 00:24:06,166 Tapi kini... 272 00:24:07,083 --> 00:24:11,333 beta sanggup beri semua wang untuk tunggang basikal itu, 273 00:24:11,416 --> 00:24:12,583 sekali saja. 274 00:24:17,333 --> 00:24:20,541 Kita kehilangan raja terbaik Eternia. 275 00:24:21,333 --> 00:24:23,375 Beta menerima mahkota ini 276 00:24:23,958 --> 00:24:25,750 sambil memohon maaf 277 00:24:26,250 --> 00:24:29,916 kerana beta takkan dapat jadi 278 00:24:30,458 --> 00:24:31,875 sehebat ayah beta. 279 00:24:32,583 --> 00:24:35,083 Jadi jangan terima mahkota itu! 280 00:24:35,583 --> 00:24:38,333 - Siapa cakap? - Apa yang berlaku? 281 00:24:38,416 --> 00:24:39,875 Siapa yang cakap? 282 00:24:40,666 --> 00:24:43,333 Seseorang yang hak kelahirannya dirampas. 283 00:24:48,083 --> 00:24:50,958 Saya Keldor, abang Randor, 284 00:24:51,625 --> 00:24:54,833 dan pemerintah Eternos yang sah. 285 00:25:40,708 --> 00:25:43,958 Terjemahan sari kata oleh Fid