1 00:00:22,320 --> 00:00:25,200 Pesawat Penerbangan Malaysia, hampir 300 orang dalam pesawat, 2 00:00:25,200 --> 00:00:27,640 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 3 00:00:27,640 --> 00:00:32,040 {\an8}Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam tengah hari waktu tempatan. 4 00:00:32,040 --> 00:00:34,160 {\an8}Pesawat menuju ke Kuala Lumpur. 5 00:00:36,360 --> 00:00:38,720 17 JULAI, 2014 6 00:00:38,720 --> 00:00:40,520 EMPAT BULAN SEJAK KOMUNIKASI TERAKHIR 7 00:00:40,520 --> 00:00:42,400 Saya terjaga satu pagi dan 8 00:00:42,400 --> 00:00:47,000 dan berita pesawat Malaysia di seluruh televisyen. 9 00:00:47,000 --> 00:00:50,120 Serta-merta, saya ingat MH370 10 00:00:50,120 --> 00:00:52,680 dan kemudian saya nampak MH17, saya fikir, 11 00:00:52,680 --> 00:00:55,760 "Sekejap, tak mungkin sebuah lagi pesawat Malaysia." 12 00:00:56,520 --> 00:01:01,640 Perisikan Amerika Syarikat menyimpulkan ia ditembak oleh peluru berpandu ke udara. 13 00:01:01,640 --> 00:01:06,040 Tak pernah terjadi dua pesawat hilang dalam tempoh enam bulan. 14 00:01:06,040 --> 00:01:07,720 Kedua-duanya juga 777. 15 00:01:08,800 --> 00:01:11,840 Sekali lagi, ia terjadi kepada Penerbangan Malaysia. 16 00:01:11,840 --> 00:01:14,040 Terjadi lagi kepada rakan sekerja saya. 17 00:01:14,800 --> 00:01:15,760 Dan 18 00:01:16,560 --> 00:01:21,000 kali ini, mereka dapat kebumikan orang yang mereka sayang. 19 00:01:23,360 --> 00:01:24,720 Sebab kami juga... 20 00:01:24,720 --> 00:01:27,640 INTAN OTHMAN ISTERI KRU KABIN MH370 21 00:01:27,640 --> 00:01:28,560 Ya. 22 00:01:29,880 --> 00:01:32,520 Kami juga mahu mengebumikan orang tersayang. 23 00:01:37,840 --> 00:01:40,160 {\an8}Saya jadi kaku. Betul-betul kaku. 24 00:01:40,800 --> 00:01:42,000 {\an8}Dan 25 00:01:42,000 --> 00:01:43,800 saya tak percaya. 26 00:01:44,760 --> 00:01:48,280 Kami fikir, "Mungkin ada rancangan 27 00:01:48,280 --> 00:01:51,520 untuk musnahkan kredibiliti kami." 28 00:01:51,520 --> 00:01:54,720 Beberapa tindakan yang cuba menjatuhkan kami. 29 00:01:54,720 --> 00:01:56,000 PEMBERONTAK LETUPKAN PESAWAT 30 00:01:56,000 --> 00:01:58,720 Presiden Ukraine kata tembakan ke atas penerbangan Malaysia 31 00:01:58,720 --> 00:02:01,080 yang membawa penumpang adalah perbuatan pengganas. 32 00:02:01,080 --> 00:02:03,480 Rupa-rupanya satu unit tentera Rusia 33 00:02:03,480 --> 00:02:06,520 di bawah arahan perisikan tentera Rusia. 34 00:02:09,400 --> 00:02:12,880 Penerbangan Malaysia tiada kemalangan besar sejak 90-an 35 00:02:12,880 --> 00:02:17,320 dan kini mereka hilang dua pesawat 777 dalam tempoh empat setengah bulan. 36 00:02:18,000 --> 00:02:19,680 Saya tertanya-tanya, 37 00:02:19,680 --> 00:02:21,840 "Adakah ini cuma kebetulan?" 38 00:02:21,840 --> 00:02:25,520 Jika ada kaitan antara kedua-duanya, 39 00:02:27,120 --> 00:02:29,440 {\an8}kebenarannya pasti lebih gelap 40 00:02:29,440 --> 00:02:31,480 {\an8}daripada jangkaan sesiapa. 41 00:02:35,440 --> 00:02:36,680 Kita tiada jawapan. 42 00:02:37,600 --> 00:02:41,360 Ini salah satu misteri terhebat dalam sejarah penerbangan. 43 00:02:51,960 --> 00:02:54,720 Australia akan ketuai pencarian di Laut Hindi 44 00:02:54,720 --> 00:02:57,280 untuk jet Penerbangan Malaysia yang hilang. 45 00:02:57,280 --> 00:03:00,320 Beberapa bulan selepas penembakan jatuh MH17... 46 00:03:01,440 --> 00:03:02,720 Semasa saya terfikir 47 00:03:02,720 --> 00:03:06,720 yang mungkin Rusia punca kedua-dua kejadian ini, 48 00:03:06,720 --> 00:03:09,280 pencarian MH370 telah dijalankan. 49 00:03:10,160 --> 00:03:13,480 Pakar mendakwa jet jatuh di Lautan Hindi, 50 00:03:13,480 --> 00:03:15,400 lebih 1,800 kilometer 51 00:03:15,400 --> 00:03:17,440 dari pantai Australia Barat. 52 00:03:17,440 --> 00:03:19,840 Kawasan yang luas, tanggungjawab besar 53 00:03:19,840 --> 00:03:23,480 untuk Australia apabila mereka cuba menjejak pesawat 370. 54 00:03:24,640 --> 00:03:26,960 Malam ini, 43 kapal, 55 00:03:26,960 --> 00:03:28,400 58 pesawat, 56 00:03:28,400 --> 00:03:33,080 dari 14 negara berbeza, bekerjasama untuk mencari petunjuk. 57 00:03:33,080 --> 00:03:35,720 {\an8}Kawasan pencarian mereka jauh lebih besar 58 00:03:35,720 --> 00:03:37,880 daripada benua Amerika Syarikat. 59 00:03:38,440 --> 00:03:42,480 Kami bukan cari jarum dalam jerami, tapi masih tentukan lokasi jerami itu. 60 00:03:47,160 --> 00:03:51,240 Pasukan pencari masih menegaskan medan serpihan berada di dasar laut, 61 00:03:51,240 --> 00:03:54,120 lokasi yang ditunjukkan data satelit. 62 00:03:55,400 --> 00:03:57,200 Akaun rasmi 63 00:03:57,200 --> 00:04:01,120 ialah pesawat terbang ke selatan terjunam di selatan Lautan Hindi. 64 00:04:01,120 --> 00:04:04,120 Di situlah isyarat elektronik terakhir dikesan. 65 00:04:04,960 --> 00:04:08,120 Data Inmarsat kata pesawat itu ke selatan. 66 00:04:12,000 --> 00:04:14,960 Saya tak boleh bayangkan orang tersayang 67 00:04:15,560 --> 00:04:17,520 hilang di selatan Lautan Hindi 68 00:04:17,520 --> 00:04:20,200 kedalaman air 4,000 meter. Maksud saya, 69 00:04:20,720 --> 00:04:22,040 tak boleh dibayangkan. 70 00:04:23,440 --> 00:04:26,280 Sejumlah 239 keluarga 71 00:04:27,200 --> 00:04:29,120 terdesak mahukan jawapan, dan 72 00:04:29,760 --> 00:04:32,600 saya berjanji ketika itu 73 00:04:32,600 --> 00:04:36,280 yang saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa pulang orang tersayang. 74 00:04:39,120 --> 00:04:42,000 Tapi sangat sukar mencari di kawasan itu. 75 00:04:45,920 --> 00:04:49,480 {\an8}Kita harapkan penerbangan yang baik di kawasan rata 76 00:04:50,920 --> 00:04:52,280 {\an8}Tapi terdapat 77 00:04:52,280 --> 00:04:54,320 gunung api, gunung di bawah air, 78 00:04:54,320 --> 00:04:57,960 semuanya besar dan luas seperti Grand Canyon. 79 00:04:59,800 --> 00:05:02,400 Cuaca kadang-kadang sangat teruk. 80 00:05:05,160 --> 00:05:07,800 Ombak berukuran 24 meter. 81 00:05:09,160 --> 00:05:11,720 Bukan untuk orang yang lemah semangat. 82 00:05:14,720 --> 00:05:17,760 Kami tahu kemungkinannya akan ambil masa yang lama. 83 00:05:27,200 --> 00:05:29,360 8 MAC, 2015 84 00:05:29,360 --> 00:05:31,000 SETAHUN SELEPAS KOMUNIKASI TERAKHIR 85 00:05:37,600 --> 00:05:40,440 Inilah wajah sayu selama setahun. 86 00:05:43,160 --> 00:05:47,840 Saudara-mara pesawat yang hilang menafikan, marah dan sedih. 87 00:05:47,840 --> 00:05:50,360 Namun tanpa satu jejak pesawat, 88 00:05:50,360 --> 00:05:52,520 masih terlalu sukar menerimanya. 89 00:05:53,200 --> 00:05:55,640 Ini tujuan saya bercakap dengan kamu hari ini. 90 00:05:55,640 --> 00:05:59,400 Inilah tujuan saya di sini melalui episod yang menyedihkan ini, 91 00:05:59,400 --> 00:06:01,720 bercakap tentang perasaan saya. Bukan mudah. 92 00:06:01,720 --> 00:06:07,360 {\an8}Saya rasa, bagi semua orang, itu tahun paling sukar bagi waris keluarga. 93 00:06:07,360 --> 00:06:10,600 Semasa saya bercakap depan orang ramai hari itu, 94 00:06:10,600 --> 00:06:14,000 saya bercakap depan mereka sebagai anak yang hilang ibu. 95 00:06:14,720 --> 00:06:19,240 Saya perlu tahu yang saya dah buat segalanya untuk mak saya. 96 00:06:20,080 --> 00:06:21,680 Walaupun dia tiada di sini. 97 00:06:21,680 --> 00:06:25,640 Hari-hari saya fikir, dia akan keluar dari pintu bila-bila masa. 98 00:06:26,640 --> 00:06:30,840 Kerana kita tak jumpa serpihan, tiada apa-apa. 99 00:06:32,640 --> 00:06:34,560 Anak saya tanya saya, 100 00:06:35,960 --> 00:06:37,280 "Mana ayah?" 101 00:06:39,360 --> 00:06:40,520 "Jika ayah mati, 102 00:06:41,280 --> 00:06:42,840 di mana kuburnya?" 103 00:06:44,080 --> 00:06:46,560 Dia tanya saya berulang kali. 104 00:06:48,440 --> 00:06:50,560 "Kenapa ayah kerja di atas pesawat? 105 00:06:50,560 --> 00:06:53,080 Kenapa ayah tak kerja di tempat lain? 106 00:06:53,080 --> 00:06:56,960 Jika ayah bekerja di tempat lain, ayah takkan hilang." 107 00:06:58,360 --> 00:07:00,600 #DOAUNTUKMH370 108 00:07:02,000 --> 00:07:03,200 Setahun 109 00:07:03,840 --> 00:07:05,280 telah berlalu 110 00:07:05,880 --> 00:07:10,080 dan masih tiada perkembangan lagi 111 00:07:10,680 --> 00:07:12,800 sejak 8 Mac. 112 00:07:14,120 --> 00:07:19,480 Terasa pelik masih tak berganjak selama 12 bulan. 113 00:07:21,160 --> 00:07:23,360 Saya cuma ada 114 00:07:24,640 --> 00:07:25,520 memori dia 115 00:07:26,440 --> 00:07:29,920 keluar dari pintu itu dan beri ciuman selamat tinggal. 116 00:07:31,920 --> 00:07:33,080 Itu masih kekal, 117 00:07:33,960 --> 00:07:35,520 masih ada selepas setahun. 118 00:07:42,400 --> 00:07:48,680 NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT 119 00:07:50,680 --> 00:07:51,520 Pesawat naik. 120 00:07:52,200 --> 00:07:53,120 Pesawat turun. 121 00:07:55,680 --> 00:07:59,600 Apa yang pesawat tak buat adalah lenyap dari muka bumi. 122 00:08:01,240 --> 00:08:05,440 Saya masih ingat masa ia hilang seminggu dan kami semua tak percaya. 123 00:08:05,440 --> 00:08:06,720 Kami kata sesama sendiri, 124 00:08:06,720 --> 00:08:10,440 "Saya tak sangka dah seminggu dan kita masih belum jumpa pesawat ini." 125 00:08:10,440 --> 00:08:13,600 Selepas sebulan, "Kita masih belum jumpa pesawat ini." 126 00:08:13,600 --> 00:08:15,040 Setahun kemudian... 127 00:08:16,920 --> 00:08:19,000 "Kita masih mencari pesawat ini?" 128 00:08:19,520 --> 00:08:21,640 Besarnya misteri ini, 129 00:08:22,320 --> 00:08:25,720 dan ketidakcekapan pihak berkuasa Malaysia 130 00:08:25,720 --> 00:08:27,960 untuk menjawab soalan sesiapa, 131 00:08:28,640 --> 00:08:30,520 telah menunjukkan kekosongan. 132 00:08:31,480 --> 00:08:34,560 Ada ramai orang di luar sana 133 00:08:34,560 --> 00:08:37,320 mendakwa mereka berjaya selesaikannya. 134 00:08:39,280 --> 00:08:43,840 {\an8}Dalam media sosial, teori konspirasi tentang pesawat hilang sedang menular. 135 00:08:44,600 --> 00:08:47,560 {\an8}Penerbangan Malaysia sebenar dirampas 136 00:08:47,560 --> 00:08:49,640 {\an8}dan terbang ke Iran 137 00:08:49,640 --> 00:08:52,480 {\an8}sebagai persediaan untuk serangan keganasan. 138 00:08:53,040 --> 00:08:56,640 {\an8}Ada bermacam-macam teori. Semua orang ada idea. 139 00:08:56,640 --> 00:09:00,400 {\an8}Api daripada bateri litium di dalam kargo itu punca pesawat jatuh. 140 00:09:00,400 --> 00:09:02,600 Spekulasi huru-hara. 141 00:09:02,600 --> 00:09:04,960 Berita tersebar yang nelayan Indonesia 142 00:09:04,960 --> 00:09:09,040 mendakwa dia nampak pesawat rosak diselubungi asap ketika terbang. 143 00:09:09,040 --> 00:09:10,920 Satu lagi konspirasi: 144 00:09:10,920 --> 00:09:13,240 penipuan insurans yang mengarut. 145 00:09:13,240 --> 00:09:15,800 Orang muncul di luar pejabat saya. 146 00:09:15,800 --> 00:09:17,200 Kejar saya di parkir. 147 00:09:17,200 --> 00:09:20,320 Menakutkan. Buku lali saya pernah terseliuh kerana cuba lari 148 00:09:20,320 --> 00:09:23,880 daripada mereka yang mahu tunjuk teori mereka kepada saya. 149 00:09:23,880 --> 00:09:25,920 Empat hari selepas pesawat hilang, 150 00:09:25,920 --> 00:09:29,840 ada paten dikeluarkan untuk teknologi semikonduktor baru. 151 00:09:29,840 --> 00:09:30,880 Yang lain tertanya, 152 00:09:30,880 --> 00:09:35,000 "Adakah ia mendarat di pangkalan tentera Amerika dikenali sebagai Diego Garcia?" 153 00:09:35,600 --> 00:09:38,640 Kami cuba teliti limpahan 154 00:09:38,640 --> 00:09:41,840 maklumat salah dan spekulasi 155 00:09:41,840 --> 00:09:42,920 dan mengarut. 156 00:09:42,920 --> 00:09:45,640 Sangat pelik. Hentaman meteroit. 157 00:09:46,760 --> 00:09:50,440 Mungkin ada yang cadangkan Korea Utara rampas pesawat. 158 00:09:50,440 --> 00:09:52,760 {\an8}Makhluk asing di dalam pesawat? 159 00:09:52,760 --> 00:09:54,960 {\an8}Culik semua orang di dalam pesawat. 160 00:09:54,960 --> 00:09:56,920 Ia semakin pelik. 161 00:10:00,200 --> 00:10:02,280 Kita rasa lemas dalam kekarutan. 162 00:10:03,280 --> 00:10:06,000 Sebab banyak idea yang tak berasas. 163 00:10:07,080 --> 00:10:08,840 Jika kamu mahu percaya teori, 164 00:10:08,840 --> 00:10:12,440 pastikan ia selari dengan data Inmarsat 165 00:10:13,080 --> 00:10:15,440 yang memberitahu saintis jarak 166 00:10:15,440 --> 00:10:17,720 pesawat itu dari satelit. 167 00:10:18,560 --> 00:10:22,360 Ini petunjuk utama seluruh misteri 168 00:10:22,360 --> 00:10:26,000 dan orang pilih untuk kata, "Tak guna." 169 00:10:31,240 --> 00:10:34,440 Namun, pesawat itu tiada di tempat 170 00:10:34,440 --> 00:10:36,760 yang data tunjuk ia sepatutnya berada, 171 00:10:36,760 --> 00:10:38,560 di selatan Lautan Hindi. 172 00:10:39,840 --> 00:10:43,040 Itu juga sesuatu yang saya masih sukar fahami. 173 00:10:43,040 --> 00:10:44,960 Kita perlu tumpukan isu 174 00:10:44,960 --> 00:10:48,040 kenapa pesawat tak berada di tempat yang sepatutnya? 175 00:10:48,040 --> 00:10:49,560 Di mana silap kita? 176 00:10:52,920 --> 00:10:57,200 PARIS, PERANCIS 177 00:11:02,080 --> 00:11:05,360 Kisah ini sangat hebat. 178 00:11:05,360 --> 00:11:08,640 Saya mahu cadangkan kepada Le Monde, 179 00:11:08,640 --> 00:11:10,560 akhbar harian Perancis, 180 00:11:10,560 --> 00:11:14,480 untuk ulang kisah ini sempena ulang tahun satu tahun. 181 00:11:14,480 --> 00:11:21,320 Sekadar berkata, "Genap setahun pesawat ini hilang." 182 00:11:22,960 --> 00:11:25,480 Saya penulis dan wartawan 183 00:11:25,480 --> 00:11:28,400 Asia Pasifik selama 30 tahun. 184 00:11:29,760 --> 00:11:33,320 Tiada satu serpihan pun ditemui 185 00:11:33,320 --> 00:11:35,120 menjadi isu terbesar. 186 00:11:36,440 --> 00:11:40,440 Tiada apa-apa yang nyata, boleh dipercayai, 187 00:11:40,440 --> 00:11:43,200 yang ahli keluarga boleh fahami. 188 00:11:44,760 --> 00:11:48,800 Kapten dijadikan penjahat. 189 00:11:50,120 --> 00:11:53,800 Saya sedar, kami harus mula dari awal semula 190 00:11:54,640 --> 00:11:57,280 dan saya sendiri harus 191 00:11:57,280 --> 00:12:00,360 kenal lelaki itu. 192 00:12:00,360 --> 00:12:02,760 JURUTERBANG MH370 TAASUB DENGAN MODEL & CUAI 193 00:12:02,760 --> 00:12:05,080 Terdapat kempen yang konsisten 194 00:12:05,080 --> 00:12:08,880 dan bermusuhan berkait dengan 195 00:12:08,880 --> 00:12:11,480 kehidupan peribadi, kesihatan mentalnya. 196 00:12:12,240 --> 00:12:15,960 Ada juga tuduhan yang dia mungkin ada motivasi politik 197 00:12:17,840 --> 00:12:20,560 untuk menghilangkan pesawat. 198 00:12:21,560 --> 00:12:24,960 Dia peminat Anwar Ibrahim, 199 00:12:24,960 --> 00:12:27,840 yang merupakan ketua parti pembangkang. 200 00:12:27,840 --> 00:12:31,480 Zaharie menghadiri perhimpunan dan perjumpaan prodemokrasi. 201 00:12:31,480 --> 00:12:33,800 Akhbar tempatan bertanya, 202 00:12:33,800 --> 00:12:38,320 "Adakah Zaharie sengaja jatuhkan pesawat untuk membuat kenyataan politik?" 203 00:12:38,320 --> 00:12:39,720 JURUTERBANG MARAH PILIHAN RAYA? 204 00:12:39,720 --> 00:12:42,600 Tapi dia tak tinggalkan mesej, 205 00:12:42,600 --> 00:12:45,240 apa-apa, politik, 206 00:12:45,240 --> 00:12:50,000 selamat tinggal kepada keluarganya atau nota bunuh diri. 207 00:12:50,000 --> 00:12:51,280 Tiada langsung. 208 00:12:51,960 --> 00:12:54,600 Semakin saya melihat kehidupannya, 209 00:12:54,600 --> 00:12:58,680 semakin kurang saya nampak alasan untuk dia 210 00:12:58,680 --> 00:13:01,880 rasa marah atau tak gembira. 211 00:13:02,480 --> 00:13:04,320 Hai, semua. 212 00:13:04,320 --> 00:13:07,840 Ini video YouTube yang saya buat sebagai 213 00:13:08,360 --> 00:13:10,360 khidmat masyarakat. 214 00:13:10,360 --> 00:13:11,560 Ini lelaki 215 00:13:11,560 --> 00:13:14,640 yang buat video YouTube untuk bantu 216 00:13:15,360 --> 00:13:17,120 merekatkan tingkap 217 00:13:17,120 --> 00:13:19,480 atau baiki penyaman udara. 218 00:13:19,480 --> 00:13:22,360 Ini penyelesaian termurah yang anda boleh buat. 219 00:13:22,360 --> 00:13:23,720 Ia sangat berkesan. 220 00:13:23,720 --> 00:13:24,720 Bagi saya, 221 00:13:24,720 --> 00:13:27,720 dia bukan ekstremis. 222 00:13:29,160 --> 00:13:34,160 Saya menemu bual ahli keluarganya. 223 00:13:35,920 --> 00:13:37,720 Pertemuan pertama saya 224 00:13:37,720 --> 00:13:41,120 adalah dengan kakaknya, Sakinab. 225 00:13:42,720 --> 00:13:45,440 Dia sangat lembut 226 00:13:47,000 --> 00:13:47,840 dan penyayang. 227 00:13:47,840 --> 00:13:51,960 Sakinab, semasa saya jumpa dia, jelas sangat kecewa. 228 00:13:51,960 --> 00:13:57,200 Pertama, kerana dia kehilangan adik yang amat dia sayangi, 229 00:13:57,200 --> 00:14:01,680 tapi dia juga harus menahan 230 00:14:01,680 --> 00:14:08,400 sindiran yang adiknya bertanggungjawab atas bencana ini. 231 00:14:08,400 --> 00:14:11,160 KAPTEN YANG LAKUKANNYA 232 00:14:11,160 --> 00:14:13,120 Kapten Zaharie 233 00:14:14,960 --> 00:14:19,040 antara juruterbang Penerbangan Malaysia yang terbaik. 234 00:14:19,040 --> 00:14:20,960 Dan semua kru 235 00:14:21,840 --> 00:14:27,560 tak setuju dengan tuduhan sebegitu terhadap Kapten Zaharie. 236 00:14:29,920 --> 00:14:32,760 Apabila tumpuan tertumpu ke arah Kapten Zaharie, 237 00:14:32,760 --> 00:14:35,000 saya tersinggung. 238 00:14:35,000 --> 00:14:39,160 {\an8}Sebab saya kenal dia. Saya kenal dia sangat. 239 00:14:39,160 --> 00:14:41,640 {\an8}Dia seorang yang sangat profesional. 240 00:14:41,640 --> 00:14:44,320 Tak mungkin dia lakukannya. 241 00:14:46,040 --> 00:14:49,880 Jika tiada bukti, jangan anggap seseorang lakukannya. 242 00:14:49,880 --> 00:14:55,080 Saya peguam jenayah dan bersalah hingga terbukti bersalah itu penting. 243 00:14:58,440 --> 00:15:01,520 Orang kata semua orang mungkin ada sisi gelap. 244 00:15:02,280 --> 00:15:03,560 Okey. Mungkin. 245 00:15:03,560 --> 00:15:05,920 Tapi, setakat yang saya tahu, 246 00:15:06,560 --> 00:15:10,400 berdasarkan semua maklumat yang saya kumpul dan baca, 247 00:15:11,640 --> 00:15:13,320 jawapan saya, "Tidak." 248 00:15:14,960 --> 00:15:16,280 Dia tak bersalah. 249 00:15:19,840 --> 00:15:22,880 NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT 250 00:15:26,160 --> 00:15:27,640 Jadi, sudah setahun. 251 00:15:27,640 --> 00:15:30,040 Bagi saya, masalah makin rumit 252 00:15:30,040 --> 00:15:33,640 apabila pesawat dan serpihan pesawat tak ditemui. 253 00:15:33,640 --> 00:15:36,240 Seluruh usaha pencarian setakat ini 254 00:15:36,920 --> 00:15:39,400 adalah berdasarkan data satelit. 255 00:15:41,880 --> 00:15:42,720 Tapi 256 00:15:43,320 --> 00:15:46,720 kapal dan pesawat dari 12 negara telah mencari 257 00:15:47,400 --> 00:15:51,720 berjuta-juta batu persegi lautan dan tak jumpa apa-apa. 258 00:15:52,760 --> 00:15:57,360 Jadi seluruh kepercayaan bergantung pada 259 00:15:57,360 --> 00:16:00,600 set isyarat elektronik 260 00:16:00,600 --> 00:16:04,800 dan perkiraan lanjut yang digunakan untuk memahaminya 261 00:16:04,800 --> 00:16:06,320 oleh syarikat Inmarsat. 262 00:16:08,040 --> 00:16:11,840 Ketika itu, saya masih bekerja bersama The Independent Group. 263 00:16:12,720 --> 00:16:16,520 Mereka kumpulan amatur pakar yang dibentuk sendiri, 264 00:16:16,520 --> 00:16:19,720 yang taasub dengan data dan fakta. 265 00:16:20,640 --> 00:16:22,280 Kami bertukar maklumat, 266 00:16:23,000 --> 00:16:27,160 {\an8}kira-kira 18 orang, kami bekerja sepanjang masa. 267 00:16:28,120 --> 00:16:31,880 Saya terlibat setiap hari, 268 00:16:31,880 --> 00:16:34,920 bersama dengan orang The Independent Group. 269 00:16:35,520 --> 00:16:39,760 Serta mereka di CNN dan komuniti berita lain. 270 00:16:39,760 --> 00:16:43,200 Saya tahu rumit, tapi awak rasa apa masalah terbesar? 271 00:16:43,200 --> 00:16:46,800 {\an8}Masalah terbesar ialah Inmarsat belum beri cukup butiran 272 00:16:46,800 --> 00:16:51,080 {\an8}untuk membenarkan orang luar mengesahkan analisis mereka. 273 00:16:51,080 --> 00:16:53,880 {\an8}Betul, semua kepercayaan berdasarkan data ini. 274 00:16:58,360 --> 00:17:02,320 Akhirnya, Malaysia keluarkan semua data 275 00:17:03,120 --> 00:17:05,240 daripada syarikat Inmarsat. 276 00:17:07,320 --> 00:17:10,440 Dalam laporan itu ada perenggan yang mengatakan, 277 00:17:11,000 --> 00:17:13,160 ada satu alat 278 00:17:13,160 --> 00:17:16,720 yang mengawal komunikasi pesawat dengan satelit 279 00:17:17,240 --> 00:17:20,440 telah dimatikan apabila semua yang lain dimatikan 280 00:17:20,960 --> 00:17:22,800 dan kemudian ia hidup semula. 281 00:17:24,600 --> 00:17:28,760 Itu bagi saya mengubah seluruh haluan subjek. 282 00:17:29,600 --> 00:17:33,680 Sebab jika awak mahu lari dengan pesawat, 283 00:17:33,680 --> 00:17:37,520 padamkannya dan buat ia hilang dari skrin... 284 00:17:39,000 --> 00:17:41,480 kenapa hidupkan semula sistem? 285 00:17:42,760 --> 00:17:46,120 Mungkin ada sesuatu yang tak kena 286 00:17:47,840 --> 00:17:49,400 dengan data Inmarsat itu. 287 00:17:50,160 --> 00:17:51,800 Mungkin ia telah diubah. 288 00:17:55,720 --> 00:17:58,640 Jadi, saya habiskan banyak masa memikirkannya, 289 00:17:58,640 --> 00:18:01,720 kenapa padamkan kotak dan hidupkan semula? 290 00:18:03,160 --> 00:18:05,200 Saya segera mendapati yang 291 00:18:05,200 --> 00:18:08,000 kebanyakan juruterbang tak dilatih buat begitu. 292 00:18:08,000 --> 00:18:10,440 Syarikat penerbangan tak mahu mereka lakukannya. 293 00:18:10,440 --> 00:18:13,840 Jadi, tak ada suis hidup dan padamkan di dalam kokpit. 294 00:18:15,800 --> 00:18:19,560 Jadi ini pusat peralatan utama pesawat komersil. 295 00:18:19,560 --> 00:18:23,280 Di sinilah semua otak dan elektronik... 296 00:18:23,280 --> 00:18:26,720 Pesawat 777 guna elektronik untuk buat semuanya. 297 00:18:26,720 --> 00:18:31,400 Semua ini ada dalam ruang elektronik. 298 00:18:31,400 --> 00:18:35,520 Secara efektif, otak elektronik seluruh pesawat. 299 00:18:35,520 --> 00:18:37,520 ...rak peralatan di mana... 300 00:18:37,520 --> 00:18:41,040 Di dalam sana, awak boleh matikan peralatan ini. 301 00:18:43,440 --> 00:18:47,800 Sistem boleh dinyahaktif dengan menarik ini. Awak dapat siaran. 302 00:18:47,800 --> 00:18:52,080 Jadi, soalannya, "Bagaimana awak mengakses ruang elektronik?" 303 00:18:52,760 --> 00:18:54,880 Bahagian ini yang saya pelik. 304 00:18:57,360 --> 00:19:00,520 Ruang elektronik berada di bawah hac tak berkunci, 305 00:19:01,320 --> 00:19:05,200 di bawah karpet di depan kabin kelas pertama. 306 00:19:07,520 --> 00:19:11,600 Sebenarnya, sesiapa di dalam pesawat itu boleh angkat karpet... 307 00:19:13,360 --> 00:19:15,000 dan kawal pesawat. 308 00:19:22,760 --> 00:19:25,800 Ada hac yang menuju ke bahagian avionik, 309 00:19:25,800 --> 00:19:28,600 atau kita panggil ruang E&E. 310 00:19:32,080 --> 00:19:35,640 Hac itu di antara kelas pertama dan kokpit. 311 00:19:38,720 --> 00:19:41,360 Jadi, ada kemungkinan 312 00:19:41,360 --> 00:19:44,560 seseorang boleh masuk ke bahagian avionik. 313 00:19:45,600 --> 00:19:49,040 Mereka boleh matikan sistem komunikasi. 314 00:19:52,280 --> 00:19:55,800 Tiba-tiba, tak begitu jelas ini perbuatan juruterbang. 315 00:19:55,800 --> 00:19:58,880 Ini umpama misteri Agatha Christie. 316 00:19:58,880 --> 00:20:02,120 Semua orang di rumah manor kini menjadi suspek. 317 00:20:15,040 --> 00:20:16,520 Kami mula berfikir, 318 00:20:16,520 --> 00:20:19,640 "Bagaimana mereka boleh kata tak tahu? Mustahil." 319 00:20:20,120 --> 00:20:22,360 SUAMI DAN AYAH PENUMPANG MH370 320 00:20:23,040 --> 00:20:25,480 Apabila kisah ini diikut dengan rapat, 321 00:20:25,480 --> 00:20:27,880 kesimpulannya semua tak masuk akal. 322 00:20:27,880 --> 00:20:30,400 Kami tak ditunjukkan bukti penglihatan radar. 323 00:20:30,400 --> 00:20:33,520 "Kita tak jumpa pesawat. Kita tak jumpa serpihan." 324 00:20:33,520 --> 00:20:35,800 Kami tak ditunjukkan apa-apa. Tiada. 325 00:20:36,360 --> 00:20:39,240 Kami diminta percaya benda karut. 326 00:20:46,320 --> 00:20:49,240 Seorang kenalan beritahu saya, 327 00:20:50,000 --> 00:20:52,120 "Encik B nak jumpa awak." 328 00:20:53,240 --> 00:20:54,920 Orang ini ada maklumat. 329 00:20:55,640 --> 00:20:57,920 Dia seorang yang banyak hubungan. 330 00:20:59,200 --> 00:21:01,160 Hubungan dengan perkhidmatan rahsia. 331 00:21:06,400 --> 00:21:08,120 Pertama kali saya bertemunya. 332 00:21:09,760 --> 00:21:11,480 benda pertama dia beritahu... 333 00:21:16,000 --> 00:21:18,720 "Amerika tahu apa yang berlaku." 334 00:21:21,520 --> 00:21:25,440 "Sebab ada dua AWACS Amerika 335 00:21:26,040 --> 00:21:29,840 yang memantau kawasan ketika pesawat itu hilang." 336 00:21:31,800 --> 00:21:37,400 AWACS ialah pesawat Boeing dengan radar besar bentuk cendawan di atas. 337 00:21:38,040 --> 00:21:43,400 Radar ini memantau semuanya di bawah Boeing. 338 00:21:45,120 --> 00:21:47,680 Ia seperti satelit kecil di atas 339 00:21:47,680 --> 00:21:51,000 Bumi yang melihat semua kejadian dalam radius 600km. 340 00:21:51,000 --> 00:21:53,920 En. B kata kedua-dua pesawat ini mesti telah 341 00:21:53,920 --> 00:21:59,120 menjejaki pesawat itu dengan tepat tak kira apa-apa keadaannya. 342 00:21:59,120 --> 00:22:02,000 Mereka tahu tempat ia terhempas dan lokasinya. 343 00:22:05,280 --> 00:22:07,680 Sukar apabila awak dapat maklumat 344 00:22:07,680 --> 00:22:10,760 mengatakan Amerika terlibat. 345 00:22:10,760 --> 00:22:13,520 Saya tahu jika saya cakap, orang takkan percaya. 346 00:22:14,120 --> 00:22:17,000 Tapi apabila saya tahu ada "perjanjian senyap," 347 00:22:17,000 --> 00:22:19,800 yang kita ditipu dan kita perlu buat sesuatu, 348 00:22:19,800 --> 00:22:22,120 Saya kata, "Masa untuk berkomunikasi." 349 00:22:23,920 --> 00:22:25,920 {\an8}Ghyslain Wattrelos, selamat pagi. 350 00:22:25,920 --> 00:22:28,680 {\an8}Awak berjuang untuk fahami apa yang berlaku... 351 00:22:28,680 --> 00:22:30,880 {\an8}Saya terima setiap wawancara 352 00:22:30,880 --> 00:22:34,840 untuk kata "Kita ditipu. Wartawan mesti turut serta." 353 00:22:34,840 --> 00:22:37,760 Jelas sekali, dengan maklumat yang saya terima, 354 00:22:37,760 --> 00:22:40,600 ada orang ditugaskan menghalang saya daripada kebenaran. 355 00:22:40,600 --> 00:22:41,880 {\an8}DI MANA ANAK SAYA HADRIEN? 356 00:22:41,880 --> 00:22:43,480 {\an8}DI MANA AMBRE, ANAK SAYA? 357 00:22:43,480 --> 00:22:45,120 {\an8}Sehingga suatu hari saya fikir, 358 00:22:45,120 --> 00:22:50,480 "Prestasi kerja saya merosot, jadi baik berhenti dan teruskan siasatan." 359 00:22:50,480 --> 00:22:51,600 Itu yang saya buat. 360 00:22:51,600 --> 00:22:53,400 Selamat petang, Ghyslain Wattrelos. 361 00:22:53,400 --> 00:22:56,880 Awak kehilangan isteri dan dua anak kecil awak... 362 00:22:56,880 --> 00:22:58,480 Kami diberi cerita karut. 363 00:22:59,320 --> 00:23:01,320 Kami tak dapat maklumat. 364 00:23:01,320 --> 00:23:04,400 Kami perlu berkumpul bersama untuk buat sesuatu. 365 00:23:04,400 --> 00:23:08,000 Jadi ketika itulah kami mula bekerjasama dengan keluarga. 366 00:23:08,000 --> 00:23:10,120 {\an8}ISTERI SAYA KRANTI MENAIKI PESAWAT 367 00:23:10,120 --> 00:23:12,240 {\an8}PASANGAN SAYA PATUT PULANG! 368 00:23:12,240 --> 00:23:13,760 {\an8}KEBENARAN ADA DI LUAR SANA. 369 00:23:13,760 --> 00:23:14,880 {\an8}Keluarga 370 00:23:16,120 --> 00:23:19,360 dari negara-negara lain berkumpul, 371 00:23:19,360 --> 00:23:22,320 itu sangat penting. 372 00:23:22,320 --> 00:23:24,880 Dengan berbuat begitu, kami boleh betulkan 373 00:23:25,640 --> 00:23:30,480 kekurangan dalam siasatan yang tak telus 374 00:23:31,360 --> 00:23:33,720 dan maklumat dari Malaysia. 375 00:23:33,720 --> 00:23:35,360 Ia agak berisiko. 376 00:23:35,360 --> 00:23:36,920 Ia satu siasatan. 377 00:23:36,920 --> 00:23:39,520 Tapi kami melawan kuasa yang lebih kuat daripada kami. 378 00:23:39,520 --> 00:23:42,000 Kami mahu serah petisyen kepada presiden 379 00:23:42,000 --> 00:23:46,040 kerana sudah setahun dan mereka tak cakap atau buat apa-apa. 380 00:23:54,280 --> 00:23:57,720 Kami mendakwa ini "tindakan keganasan". 381 00:24:00,080 --> 00:24:01,440 Kenapa "tindakan keganasan"? 382 00:24:01,440 --> 00:24:04,480 Sebab keganasan berada di tahap tertinggi 383 00:24:05,760 --> 00:24:07,720 dalam hierarki hal kehakiman. 384 00:24:09,240 --> 00:24:12,960 Di Perancis, sebaik saja ada pendakwaan, hakim ditugaskan 385 00:24:12,960 --> 00:24:15,760 dan hakim perlu menjalankan siasatan. 386 00:24:24,720 --> 00:24:28,480 {\an8}MARIE DOSÉ PEGUAM GHYSLAIN 387 00:24:28,480 --> 00:24:30,680 Perkara yang awak perlu sedar adalah 388 00:24:30,680 --> 00:24:34,120 di seluruh dunia, cuma ada satu sumber maklumat kehakiman. 389 00:24:34,120 --> 00:24:35,040 Di sini. 390 00:24:35,800 --> 00:24:38,520 Ada kebenaran yang harus dirungkai. Ia bukan misteri. 391 00:24:40,480 --> 00:24:42,400 Kita berhutang dengan semua. 392 00:24:42,920 --> 00:24:45,280 Bukan hanya kepada Ghyslain, tapi juga 393 00:24:46,280 --> 00:24:49,840 mereka yang tiada majistret penyiasat 394 00:24:49,840 --> 00:24:52,160 di negara mereka. Kita berhutang kepada semua. 395 00:24:54,280 --> 00:24:56,320 Saya dapati saya sedang berjuang, 396 00:24:56,320 --> 00:24:58,640 dan perjuangan ini buat saya teruskan. 397 00:24:58,640 --> 00:25:02,840 Saya cuma nak cari kebenaran, untuk diri saya dan orang lain. 398 00:25:09,920 --> 00:25:13,000 Banyak kali, nama Ghyslain Wattrelos, 399 00:25:13,000 --> 00:25:15,600 lelaki Perancis, lelaki Perancis yang marah 400 00:25:15,600 --> 00:25:17,600 ditujukan kepada saya. 401 00:25:17,600 --> 00:25:21,760 Akhirnya, saya putuskan untuk lihat apa yang dia nak cakap. 402 00:25:24,080 --> 00:25:25,720 Satu hari, 403 00:25:25,720 --> 00:25:29,680 seseorang daripada akhbar Le Monde hubungi saya dan beritahu saya, 404 00:25:30,200 --> 00:25:34,800 "Saya wartawan Le Monde. Saya harap kita boleh berbual." 405 00:25:35,560 --> 00:25:38,720 Ghyslain beritahu saya yang dia telah dihubungi 406 00:25:38,720 --> 00:25:42,880 ahli kanan perkhidmatan perisikan, 407 00:25:42,880 --> 00:25:46,960 yang beritahu dia bahawa Amerika tahu 408 00:25:46,960 --> 00:25:48,800 perkara yang berlaku. 409 00:25:48,800 --> 00:25:53,000 Dua pesawat AWACS AS terlibat. 410 00:25:54,280 --> 00:25:55,880 Apabila saya bertemu sumber ini, 411 00:25:56,480 --> 00:25:59,800 saya dapati dia boleh dipercayai, 412 00:25:59,800 --> 00:26:03,640 ahli sebenar komuniti perisikan. 413 00:26:05,840 --> 00:26:08,920 Dia cuma satu lagi suara 414 00:26:08,920 --> 00:26:10,240 yang beritahu saya 415 00:26:10,240 --> 00:26:12,720 kisah sebenar MH370 416 00:26:12,720 --> 00:26:16,560 sangat berbeza daripada naratif rasmi. 417 00:26:22,200 --> 00:26:25,440 NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT 418 00:26:25,440 --> 00:26:28,680 Ada beberapa watak pemerhati 419 00:26:28,680 --> 00:26:32,320 yang mengatakan mungkin Amerika selindungkannya. 420 00:26:33,000 --> 00:26:35,120 Tapi, terutamanya selepas kemalangan MH17, 421 00:26:35,120 --> 00:26:38,840 kemungkinan besar pihak Rusia terlibat. 422 00:26:40,760 --> 00:26:43,480 Pada asalnya, mengikut data Inmarsat, 423 00:26:43,480 --> 00:26:46,760 terdapat dua laluan, utara dan selatan. 424 00:26:47,560 --> 00:26:50,280 Saya mula risau tentang kemungkinan 425 00:26:50,280 --> 00:26:53,400 seseorang di dalam pesawat, 426 00:26:53,400 --> 00:26:56,440 yang sofistikated dan berniat jahat, 427 00:26:56,440 --> 00:27:01,200 mungkin mengubah data Inmarsat, 428 00:27:01,200 --> 00:27:04,240 untuk membuat pesawat kelihatan seperti ke selatan, 429 00:27:04,240 --> 00:27:05,880 tapi sebenarnya ke utara. 430 00:27:08,320 --> 00:27:09,680 Rupa-rupanya 431 00:27:10,360 --> 00:27:12,240 pada pesawat Boeing, 432 00:27:12,240 --> 00:27:16,040 data boleh diubah secara fizikal, 433 00:27:16,040 --> 00:27:19,920 yang membolehkan kamu menentukan laluan yang betul. 434 00:27:21,120 --> 00:27:23,120 Itu saat eureka. 435 00:27:26,200 --> 00:27:30,400 Sebab sekarang kami ada penjelasan lain 436 00:27:31,680 --> 00:27:33,240 tentang pesawat ini. 437 00:27:36,560 --> 00:27:38,560 Jika pesawat ke utara, 438 00:27:38,560 --> 00:27:43,280 ia tentu akan berada di ping terakhir di Kazakhstan. 439 00:27:44,680 --> 00:27:49,640 Negara miskin di Asia Tengah yang tak mampu buat serangan canggih 440 00:27:50,280 --> 00:27:53,040 tapi negara kliennya Rusia. 441 00:27:54,360 --> 00:27:58,400 Sekarang, ingat Rusia telah menembak MH17, 442 00:27:58,400 --> 00:28:01,120 pesawat kembar MH370. 443 00:28:01,120 --> 00:28:04,480 Ia meletup di langit timur Ukraine. 444 00:28:06,000 --> 00:28:09,760 Jadi, suspek utama saya 445 00:28:10,400 --> 00:28:15,400 ialah khidmat perisikan yang sama juga terlibat dalam MH17. 446 00:28:15,920 --> 00:28:18,360 Bahawa, sebenarnya mungkin ada kaitan 447 00:28:18,360 --> 00:28:21,560 di antara dua kemalangan serupa dua buah pesawat ini. 448 00:28:23,040 --> 00:28:24,160 Ketika itu, 449 00:28:24,920 --> 00:28:28,400 saya teliti manifes penumpang dan 450 00:28:28,400 --> 00:28:33,200 lihat tiga orang Rusia menaiki pesawat pada malam itu. 451 00:28:37,280 --> 00:28:39,480 Apabila melihat rajah tempat duduk, 452 00:28:40,120 --> 00:28:41,320 saya terkejut, 453 00:28:42,280 --> 00:28:43,240 kerana 454 00:28:43,240 --> 00:28:45,960 salah seorang daripada mereka duduk 15 meter 455 00:28:45,960 --> 00:28:48,840 dari hac yang tak berkunci ke ruang elektronik 456 00:28:48,840 --> 00:28:51,040 di depan kabin kelas pertama. 457 00:28:54,480 --> 00:28:59,400 Soalan seterusnya, "Apa motif Rusia untuk buat begini?" 458 00:29:00,000 --> 00:29:01,640 8 MAC, 2015 459 00:29:04,120 --> 00:29:06,480 28 FEBRUARI, 2014 460 00:29:06,480 --> 00:29:08,280 8 HARI SEBELUM HILANG 461 00:29:11,560 --> 00:29:16,760 Laporan melaporkan tentera Rusia mendarat di Crimea. 462 00:29:16,760 --> 00:29:20,080 Moscow membuat serangan bersenjata... 463 00:29:20,080 --> 00:29:22,960 MH370 terjadi dalam konteks 464 00:29:22,960 --> 00:29:27,320 serangan bersenjata Rusia pada 2014. 465 00:29:27,920 --> 00:29:32,040 {\an8}Krisis di Ukraine telah bertambah dan berubah pagi ini... 466 00:29:32,040 --> 00:29:35,480 Beberapa ratus tentera Rusia mendarat di wilayah Crimea. 467 00:29:35,480 --> 00:29:39,200 Rangkaian, surat khabar, media utama, semua orang 468 00:29:39,920 --> 00:29:42,680 heboh tentang ini. 469 00:29:43,200 --> 00:29:45,920 Apabila terjadi peristiwa MH370, 470 00:29:47,200 --> 00:29:51,760 kesannya tak mampu menghalang orang memperkatakannya. 471 00:29:52,360 --> 00:29:55,760 Tuan, di mana tumpuan pencarian sekarang? 472 00:29:55,760 --> 00:29:57,720 Boleh sahkan pesawat itu berpatah balik? 473 00:29:58,640 --> 00:30:00,280 Awak tak boleh nafikan 474 00:30:00,280 --> 00:30:02,440 bahawa kehilangan MH370 475 00:30:02,440 --> 00:30:06,960 pada masa yang tepat dan gangguan yang sangat sesuai 476 00:30:06,960 --> 00:30:11,040 untuk Rusia menerima kutukan dari seluruh dunia. 477 00:30:13,000 --> 00:30:15,320 Nampak macam gila, saya juga merasakan, 478 00:30:15,840 --> 00:30:17,440 saya terpaksa teruskan 479 00:30:18,040 --> 00:30:20,280 selagi kemungkinan ada. 480 00:30:20,280 --> 00:30:23,200 Jadi akhirnya, saya bentangkan semua. 481 00:30:24,080 --> 00:30:25,600 Saya rasa ini cara ia jatuh. 482 00:30:29,520 --> 00:30:34,200 TEORI DUA RAMPASAN 483 00:30:38,200 --> 00:30:41,560 8 MAC, 2014, 1:15 PAGI 484 00:30:42,440 --> 00:30:44,320 Pukul 1:15 pagi, 485 00:30:45,480 --> 00:30:50,440 malam gelap, yang sejuk dan tenang, Zaharie merentasi Laut China Selatan. 486 00:30:52,360 --> 00:30:54,840 Penumpang keletihan dan menjangka 487 00:30:54,840 --> 00:30:56,480 penerbangan yang membosankan. 488 00:31:00,160 --> 00:31:02,240 Tiga orang Rusia di atas pesawat 489 00:31:02,760 --> 00:31:04,400 memulakan operasi. 490 00:31:11,880 --> 00:31:13,960 Di suatu tempat di Laut China Selatan, 491 00:31:15,640 --> 00:31:17,160 ada orang buat kecoh 492 00:31:17,160 --> 00:31:19,200 dekat ruang kelas pertama. 493 00:31:19,880 --> 00:31:23,480 Pembantu penerbangan segera melihat apa berlaku. 494 00:31:24,880 --> 00:31:25,840 Ketika ini, 495 00:31:25,840 --> 00:31:28,360 orang Rusia dalam kelas pertama pergi ke depan. 496 00:31:40,280 --> 00:31:41,480 Dia selak karpet... 497 00:31:46,080 --> 00:31:47,080 angkat hac 498 00:31:48,960 --> 00:31:50,760 ke dalam ruang elektronik. 499 00:32:05,120 --> 00:32:06,320 Di dalam hac, 500 00:32:06,320 --> 00:32:09,200 orang Rusia dikelilingi banyak komputer. 501 00:32:10,960 --> 00:32:14,640 Dia berada di tengah saraf pesawat, otak elektronik. 502 00:32:16,480 --> 00:32:20,240 Dia pasang komputer sistem kawalan penerbangan. 503 00:32:27,040 --> 00:32:31,040 Pesawat bergerak semakin menghampiri ruang udara Malaysia. 504 00:32:34,880 --> 00:32:39,080 Malaysia 370 hubungi Ho Chi Minh, 120 perpuluhan 9. Selamat malam. 505 00:32:42,480 --> 00:32:44,400 Selamat malam, Malaysia 370. 506 00:32:52,080 --> 00:32:56,320 Mereka yang menaiki pesawat masih tak tahu apa yang berlaku atau kenapa. 507 00:32:58,800 --> 00:33:01,760 Kini pesawat terbang di tempat tak berpenghuni, 508 00:33:01,760 --> 00:33:03,560 yang tiada siapa melihat. 509 00:33:05,400 --> 00:33:08,000 Di dalam ruang elektronik, 510 00:33:09,080 --> 00:33:11,520 ejen Rusia menghidupkan peralatan. 511 00:33:20,080 --> 00:33:23,760 Pesawat hilang dari skrin radar pengawal trafik udara. 512 00:33:28,200 --> 00:33:30,760 Dia kini mengawal pesawat. 513 00:33:32,000 --> 00:33:36,600 Kapten dan juruterbang bersama keliru apabila lampu di paparan berkelip. 514 00:33:38,680 --> 00:33:41,800 Peralatan komunikasi mereka tak berfungsi. 515 00:33:43,360 --> 00:33:45,200 Kemudian lebih mengejutkan... 516 00:33:47,880 --> 00:33:49,480 pesawat tiba-tiba melencong 517 00:33:49,480 --> 00:33:51,200 ke kiri dengan kasar. 518 00:33:53,280 --> 00:33:56,240 Pesawat bergerak tanpa arahan salah seorang daripada mereka. 519 00:34:00,400 --> 00:34:01,760 Di ruang elektronik, 520 00:34:01,760 --> 00:34:02,920 ejen Rusia 521 00:34:02,920 --> 00:34:05,480 telah mula kurangkan tekanan pesawat, 522 00:34:05,480 --> 00:34:07,880 melepaskan udara dari kabin. 523 00:34:08,480 --> 00:34:12,840 Pada masa yang sama, dia hidupkan tombol oksigen di dinding 524 00:34:13,600 --> 00:34:18,440 yang memotong sistem oksigen kecemasan juruterbang dan juruterbang bersama guna. 525 00:34:21,080 --> 00:34:22,200 Di dalam kabin, 526 00:34:22,800 --> 00:34:25,160 topeng jatuh dari siling. 527 00:34:27,400 --> 00:34:31,040 Kru penerbangan tiba-tiba sedar mereka tak boleh bernafas. 528 00:34:35,680 --> 00:34:37,520 OKSIGEN KRU, OKSIGEN PENUMPANG: NORMAL 529 00:34:38,720 --> 00:34:40,160 Minit-minit seterusnya, 530 00:34:40,160 --> 00:34:43,320 kapten dan juruterbang bersama pengsan. 531 00:34:48,400 --> 00:34:49,960 Kabin itu terus senyap. 532 00:34:58,040 --> 00:35:02,600 Ejen Rusia di ruang elektronik melencongkan pesawat ke barat laut 533 00:35:02,600 --> 00:35:05,880 dan sengaja mengubah data Inmarsat. 534 00:35:06,400 --> 00:35:08,320 Sekarang, jika ada orang melihat 535 00:35:08,320 --> 00:35:11,720 jejak digital yang pesawat itu akan berlepas, 536 00:35:11,720 --> 00:35:15,640 mereka akan salah tafsir isyarat itu tunjuk pesawat ke selatan. 537 00:35:15,640 --> 00:35:18,640 Sedangkan sebenarnya, pesawat ke utara. 538 00:35:24,960 --> 00:35:28,120 MH370 teruskan perjalanan malam itu, 539 00:35:28,120 --> 00:35:31,000 semakin menghilang dalam kegelapan. 540 00:35:33,440 --> 00:35:35,000 Kemudian berakhir 541 00:35:36,880 --> 00:35:39,200 di gurun Kazakhstan tengah. 542 00:35:43,080 --> 00:35:45,680 Bagi perampas, misi tercapai. 543 00:35:52,360 --> 00:35:54,320 Saya tahu bunyinya gila. 544 00:35:54,320 --> 00:35:56,040 Saya tahu tak masuk akal. 545 00:35:56,040 --> 00:35:58,920 Saya tahu orang akan susah menerimanya, tapi... 546 00:35:58,920 --> 00:36:01,240 walaupun mungkin menjejaskan reputasi saya, 547 00:36:01,240 --> 00:36:02,840 saya harus beritahu juga. 548 00:36:02,840 --> 00:36:06,320 Saya perlu tarik perhatian orang tentang masalah 549 00:36:06,320 --> 00:36:09,680 yang pesawat ini ada kelemahan. 550 00:36:10,480 --> 00:36:14,560 {\an8}Dia fikir mungkin perampas Rusia bawa pesawat ke utara. 551 00:36:14,560 --> 00:36:17,000 {\an8}Awak percaya ia ke Kazakhstan? 552 00:36:17,000 --> 00:36:20,800 Ini bukan sesuatu yang saya percaya, tapi hipotesis yang saya kumpul. 553 00:36:20,800 --> 00:36:24,080 Saya menonton televisyen dan ia menakutkan. 554 00:36:24,720 --> 00:36:27,400 Saya rasa saya merisikokan diri saya. 555 00:36:27,400 --> 00:36:29,760 Apa reaksi awak daripada teori ini? 556 00:36:29,760 --> 00:36:32,920 Terlalu banyak untuk kita terima. 557 00:36:32,920 --> 00:36:36,520 {\an8}Awak dapat panggilan ramai orang mengatakan ini realistik? 558 00:36:36,520 --> 00:36:40,880 {\an8}Ramai orang marah dan bengang. Ada orang marah kepada saya. 559 00:36:40,880 --> 00:36:43,280 {\an8}Tiada siapa masuk ke ruang E&E, 560 00:36:43,280 --> 00:36:46,960 {\an8}program semula BFO, mendarat di Kazakhstan! 561 00:36:46,960 --> 00:36:49,560 Saya sangat arif 562 00:36:49,560 --> 00:36:53,760 cara sistem satelit berfungsi, begitu juga beberapa rakan sekerja saya, 563 00:36:53,760 --> 00:36:58,040 dan kami pasti pesawat melencong ke selatan dan bukan utara. 564 00:36:58,800 --> 00:37:02,000 Tak sangka Jeff buat keputusan 565 00:37:02,000 --> 00:37:03,600 untuk ikut haluan ini. 566 00:37:05,760 --> 00:37:08,240 Memang betul saya fikir 567 00:37:08,920 --> 00:37:11,200 beberapa pihak akan dingin dengan saya. 568 00:37:11,200 --> 00:37:13,600 The Independent Group, 569 00:37:13,600 --> 00:37:17,000 yang pertaruhkan reputasi menegaskan pesawat ke selatan, 570 00:37:17,000 --> 00:37:19,800 tak benarkan saya menentang. 571 00:37:20,480 --> 00:37:21,440 Mereka singkir saya. 572 00:37:24,600 --> 00:37:26,480 Kerja Jeff, pada pendapat saya, 573 00:37:26,480 --> 00:37:29,480 hanya fiksyen 574 00:37:29,480 --> 00:37:33,240 yang dia kait dan yakinkan dirinya itu boleh dilaksanakan. 575 00:37:33,240 --> 00:37:36,280 Tapi semuanya berdasarkan fantasi. 576 00:37:36,280 --> 00:37:38,640 Ia bukan berdasarkan realiti. 577 00:37:41,560 --> 00:37:44,000 Saya tahu kelemahan kes saya sendiri. 578 00:37:44,000 --> 00:37:48,440 Saya tahu kekuatan kes saya sendiri. Tapi usul yang saya buat 579 00:37:49,360 --> 00:37:50,600 mudah untuk dicemuh. 580 00:37:51,880 --> 00:37:55,080 Awak fikir ada orang ubah data satelit. 581 00:37:55,080 --> 00:37:57,480 {\an8}Syarikat di sebalik sistem ini... 582 00:37:57,480 --> 00:37:59,240 {\an8}Ia dipanggil Inmarsat? 583 00:37:59,240 --> 00:38:02,760 {\an8}...kata mereka tak pernah guna ini untuk mengesan pesawat. 584 00:38:02,760 --> 00:38:07,320 {\an8}Mereka langsung tak fikir ia diguna dan diusik. 585 00:38:08,040 --> 00:38:11,840 Idea yang seseorang meramalkan 586 00:38:11,840 --> 00:38:15,160 kami akan menganalisis data ini dengan cara ini, 587 00:38:16,640 --> 00:38:18,880 sedangkan kami tak pernah lakukannya sebelum ini, 588 00:38:18,880 --> 00:38:20,600 tak boleh dipercayai. 589 00:38:22,480 --> 00:38:24,720 Sesiapa yang masuk hac 590 00:38:24,720 --> 00:38:26,440 boleh lumpuhkan transponder 591 00:38:26,440 --> 00:38:29,600 dan sistem komunikasi. 592 00:38:30,120 --> 00:38:35,160 Tapi mustahil untuk terbangkan pesawat dari ruang avionik. 593 00:38:35,160 --> 00:38:36,680 Mustahil. 594 00:38:38,480 --> 00:38:39,880 Saya fikir begitu mendalam. 595 00:38:39,880 --> 00:38:41,000 Saya tahu. 596 00:38:41,760 --> 00:38:44,400 Saya tahu ia seperti novel Tom Clancy. 597 00:38:45,440 --> 00:38:47,600 Tapi hakikatnya, 598 00:38:47,600 --> 00:38:50,320 walaupun tak ada sesiapa pun 599 00:38:50,320 --> 00:38:52,960 boleh terbangkan pesawat dari ruang elektronik, 600 00:38:52,960 --> 00:38:56,360 kita tahu ia boleh dilakukan, 601 00:38:56,360 --> 00:38:59,880 dari dalam, untuk matikan semua elektronik 602 00:38:59,880 --> 00:39:02,800 yang membuat pesawat dilihat oleh dunia luar. 603 00:39:04,040 --> 00:39:05,320 Jadi senario saya, 604 00:39:05,320 --> 00:39:06,920 walaupun nampak gila, 605 00:39:06,920 --> 00:39:10,160 sekurang-kurangnya cuba menjelaskan 606 00:39:11,240 --> 00:39:12,960 kehilangan pesawat MH370. 607 00:39:15,000 --> 00:39:16,120 Semuanya hilang. 608 00:39:16,920 --> 00:39:20,240 Saya diletakkan bersama raksasa Loch Ness dan Bigfoot. 609 00:39:26,040 --> 00:39:28,880 Tapi hakikatnya, jika data itu betul 610 00:39:29,800 --> 00:39:32,160 dan beritahu arah pesawat itu pergi, 611 00:39:32,160 --> 00:39:35,480 kenapa mereka tak jumpa walau satu serpihan pun? 612 00:39:35,480 --> 00:39:38,640 Jika data awak betul, pesawat sepatutnya ada di sana. 613 00:39:38,640 --> 00:39:39,960 Di mana pesawat itu? 614 00:39:40,680 --> 00:39:43,320 Di mana bangkainya? Tunjukkan pesawat itu. 615 00:39:45,320 --> 00:39:48,080 Ini berita tergempar CNN. 616 00:39:50,120 --> 00:39:52,800 {\an8}Kami menyusul berita yang baru masuk ke CNN. 617 00:39:52,800 --> 00:39:56,480 {\an8}Terlalu awal untuk sahkan, tapi buat masa ini, kami boleh katakan 618 00:39:56,480 --> 00:39:59,520 {\an8}beberapa serpihan ditemui di La Réunion... 619 00:39:59,520 --> 00:40:02,600 {\an8}Pulau La Réunion diperiksa jika ada kaitan 620 00:40:02,600 --> 00:40:04,600 dengan kehilangan pesawat Malaysia 370. 621 00:40:04,600 --> 00:40:08,560 Kepingan itu ditemui di pantai di wilayah Perancis di Lautan Hindi. 622 00:40:08,560 --> 00:40:12,440 {\an8}Penyiasat Boeing percaya ia sebenarnya sebuah sayap. 623 00:40:12,440 --> 00:40:14,520 Mungkin sayap Boeing 777... 624 00:40:14,520 --> 00:40:16,480 Semua orang tertanya-tanya, 625 00:40:16,480 --> 00:40:21,040 "Adakah ini sisa Penerbangan Malaysia 370 yang hilang?" 626 00:40:22,600 --> 00:40:24,560 Apabila flaperon ditemui, 627 00:40:25,560 --> 00:40:26,960 saya tak terkejut. 628 00:40:27,600 --> 00:40:30,320 {\an8}Betul tekaan saya. 629 00:40:30,320 --> 00:40:34,760 {\an8}Kepingan pertama pesawat akan ditemui oleh pejalan kaki di pantai 630 00:40:34,760 --> 00:40:37,000 di Lautan Hindi. 631 00:40:38,200 --> 00:40:42,280 Perkembangan baru melibatkan satu serpihan ditemui di timur... 632 00:40:42,280 --> 00:40:46,480 Saya terus tahu saya nak jadi orang yang selesaikannya. 633 00:40:47,120 --> 00:40:49,720 Saya nak cari pesawat itu di mana saja. 634 00:41:57,040 --> 00:42:00,000 Terjemahan sari kata oleh Naiza