1 00:00:06,464 --> 00:00:08,675 SEBUAH SIRI ANIME NETFLIX 2 00:01:50,819 --> 00:01:53,488 Muatan itu akan masuk ke Bandar Malam dari Timur. 3 00:01:53,571 --> 00:01:56,241 Kita akan ambil seluruh kenderaan betul-betul di luar bandar. 4 00:01:57,075 --> 00:01:58,910 Upahnya ialah dua juta setengah. 5 00:01:58,993 --> 00:02:01,704 Kita akan bahagikan macam upah biasa kita. 6 00:02:03,331 --> 00:02:07,502 Ini memang kerja paling besar saya pernah ambil. 7 00:02:08,211 --> 00:02:10,088 Sasarannya seorang korporat, betul? 8 00:02:10,171 --> 00:02:12,882 Saya dah tahu siapa sasaran kita. 9 00:02:13,675 --> 00:02:16,136 Dah tentu, Arasaka. 10 00:02:16,719 --> 00:02:19,973 Saya tak pasti 500 ribu itu berbaloi. 11 00:02:20,056 --> 00:02:23,059 Awak rasa kita cukup orang? 12 00:02:23,143 --> 00:02:26,146 Kawalan keselamatan yang mengiringi sasaran sangat kecil. 13 00:02:26,729 --> 00:02:31,484 Nampaknya Arasaka tak letak ramai orangnya supaya ia tak tarik perhatian. 14 00:02:31,568 --> 00:02:33,945 Masa itulah kita serang. 15 00:02:34,028 --> 00:02:36,030 Awak pasti tentang ini? 16 00:02:36,114 --> 00:02:38,158 Jangan fikir lebih tentangnya. 17 00:02:38,241 --> 00:02:41,286 Kita curi barang itu dan hantarkannya kepada pelanggan. 18 00:02:41,369 --> 00:02:43,037 Perniagaan seperti biasa. 19 00:02:43,121 --> 00:02:45,748 Perniagaan seperti biasa, ya? 20 00:02:46,416 --> 00:02:49,544 Awak rasa dia boleh bertahan dengan rangka siber itu? 21 00:02:51,379 --> 00:02:56,759 Arasaka fikir begitu selepas lihat keserasiannya dengan Sandevistan. 22 00:02:56,843 --> 00:03:03,308 Tanaka nak dia masuk Akademi semula supaya boleh uji rangka siber pada David. 23 00:03:03,391 --> 00:03:07,061 Perempuan ini cuba sembunyikan maklumat itu 24 00:03:07,145 --> 00:03:09,939 supaya tiada siapa datang cari David. 25 00:03:10,023 --> 00:03:13,860 Itu pendapat saya. Lucy juga orang yang bunuh Tanaka. 26 00:03:14,861 --> 00:03:18,990 Maine dan Dorio hanya sampingan dalam rancangan dia. 27 00:03:19,532 --> 00:03:21,284 Itulah akibatnya, ya… 28 00:03:21,367 --> 00:03:24,787 Begitu banyak pembunuhan untuk seorang yang sangat kecil. 29 00:03:24,871 --> 00:03:28,082 Berapa ramai yang dia bunuh hanya untuk selamatkan kekasih dia? 30 00:03:35,673 --> 00:03:40,803 Saya siasat lebih dan jumpa maklumat yang dia pernah dimiliki oleh Arasaka. 31 00:03:40,887 --> 00:03:43,890 Dia adalah tentera yang dihantar ke dalam Old Net. 32 00:03:44,807 --> 00:03:48,061 Itulah cara dia dapat lepasi ICE Arasaka. 33 00:03:49,687 --> 00:03:50,980 Ini sempurna. 34 00:03:51,064 --> 00:03:56,945 Kejutan yang bagus. Kita boleh jadikan dia umpan di depan Arasaka. 35 00:03:57,028 --> 00:04:00,240 Tiket laluan pantas kita untuk naik tangga korporat! 36 00:04:00,323 --> 00:04:03,201 Itu yang awak nak? 37 00:04:03,284 --> 00:04:05,203 Adakah itu terlalu pelik? 38 00:04:05,286 --> 00:04:07,580 Bukankah pengatur ini penjaga zoo diagungkan 39 00:04:07,664 --> 00:04:10,041 yang selalu pastikan siberpunk mereka cukup makan? 40 00:04:10,625 --> 00:04:15,922 Satu cara nak berjaya di Bandar Malam adalah berbaik dengan korporat. 41 00:04:16,005 --> 00:04:19,217 Saya perlukan bantuan berterusan daripada awak. 42 00:04:19,300 --> 00:04:22,136 Awak nak suruh saya khianati mereka lagi? 43 00:04:22,220 --> 00:04:25,265 Ini juga peluang yang baik untuk awak. 44 00:04:25,348 --> 00:04:29,811 Saya ada pengampunan korporat untuk kemalangan Tanaka. Awak pula? 45 00:04:29,894 --> 00:04:32,647 Awak memang licik. 46 00:04:32,730 --> 00:04:35,984 Mari buat dengan baik untuk mengenang masa lalu. 47 00:04:36,067 --> 00:04:42,407 Berapa kerap kita dapat kerja dengan Arasaka dan bantu Militech pada masa sama? 48 00:04:42,490 --> 00:04:45,285 Arasaka takkan membantah. 49 00:04:45,952 --> 00:04:49,455 Saya akan berunding untuk imuniti dan komisen awak. 50 00:04:51,082 --> 00:04:55,044 Jangan percayakan sesiapa di Bandar Malam. 51 00:04:55,837 --> 00:04:58,131 Salah awak jika awak percaya dan terluka. 52 00:05:00,508 --> 00:05:02,969 Adakah David dapat peluang tawar-menawar juga? 53 00:05:03,052 --> 00:05:07,348 Biasanya. Saya dah buat rancangan. 54 00:05:07,432 --> 00:05:10,435 Saya akan beri kedua-duanya pada Arasaka. 55 00:05:11,477 --> 00:05:12,478 PANGGILAN - FARADAY 56 00:05:14,105 --> 00:05:17,775 Ini saya. Saya ada kerja penting untuk awak. 57 00:05:23,406 --> 00:05:26,075 Kenapa ada mesyuarat tergempar? 58 00:05:27,035 --> 00:05:31,581 Faraday dah hubungi saya. Ini kerja terbesar kita. 59 00:05:32,165 --> 00:05:37,086 Risiko tinggi, pulangan tinggi. Berundur sekarang kalau tak sedia. 60 00:05:42,592 --> 00:05:44,177 Saya harapkan awak juga, Kiwi. 61 00:05:44,260 --> 00:05:45,094 Dah tentu. 62 00:05:45,178 --> 00:05:49,015 Hei, datuk dan nenek tak perlu sertai kerja kali ini. 63 00:05:49,098 --> 00:05:51,768 Saya rasa awak perlukan teman, budak. 64 00:05:51,851 --> 00:05:53,311 Saya akan bunuh awak. 65 00:05:54,187 --> 00:05:55,480 Beri kami ringkasannya. 66 00:05:56,272 --> 00:05:58,483 Keselamatannya kecil tapi bersenjata berat. 67 00:05:58,566 --> 00:06:03,279 Separuh akan ikut skuad lencongan yang diarahkan oleh Faraday. 68 00:06:05,073 --> 00:06:06,616 Skuad lencongan? 69 00:06:06,699 --> 00:06:11,370 Umpan, biasanya. Tapi itu mungkin tiada dalam taklimat Faraday beri pada mereka. 70 00:06:11,454 --> 00:06:12,497 Begitu. 71 00:06:12,580 --> 00:06:14,957 Faraday memang begitu. 72 00:06:15,041 --> 00:06:18,002 Dah tentu kita tak tahu sama ada kita juga umpan atau tak… 73 00:06:19,837 --> 00:06:21,089 Tak guna! 74 00:06:56,833 --> 00:07:00,211 Bagus. Kita dah buat mereka berpecah tiga. Apa kita nak buat? 75 00:07:00,294 --> 00:07:03,923 Sasaran utama di luar jalan. Ini dah membantu kita. 76 00:07:04,006 --> 00:07:05,842 Mari kita mulakan, Falco! 77 00:07:06,551 --> 00:07:07,426 Baik! 78 00:07:07,510 --> 00:07:08,678 Mari! 79 00:07:10,972 --> 00:07:15,476 Hei, David. Kereta dah dihidupkan dan sedia… 80 00:07:15,560 --> 00:07:16,769 David! 81 00:07:17,562 --> 00:07:20,148 Adakah semua ini imunosupresan? 82 00:07:20,231 --> 00:07:25,361 Ya. Boleh tolong ambilkan jaket ibu saya? 83 00:07:25,445 --> 00:07:27,488 Kita akan batalkan kerja ini! 84 00:07:27,572 --> 00:07:31,284 Rebecca… Saya nak minta tolong… 85 00:07:31,367 --> 00:07:32,869 Baik awak hentikannya… 86 00:07:32,952 --> 00:07:37,373 Rebecca, saya tak boleh minta orang lain… 87 00:07:48,092 --> 00:07:49,010 Rebecca? 88 00:07:49,093 --> 00:07:52,889 Kenapa awak jadi orang yang tak adil? 89 00:07:52,972 --> 00:07:56,350 Jangan pakai Sandevistan tak guna itu. Awak dengar tak? 90 00:07:56,434 --> 00:07:57,643 Saya tahu… 91 00:08:12,909 --> 00:08:14,619 Satu dah meletup! 92 00:08:14,702 --> 00:08:17,246 Okey, kita dah dekat dengan sasaran! 93 00:08:17,330 --> 00:08:18,664 Saya akan godam sistem mereka. 94 00:08:18,748 --> 00:08:20,374 Tunggu, ada orang ekori kita! 95 00:08:24,462 --> 00:08:26,756 Tak boleh nak jenguk keluar pun! 96 00:08:26,839 --> 00:08:27,965 Serahkan pada saya! 97 00:08:28,049 --> 00:08:31,719 Hei! Jangan guna Sandevistan awak… 98 00:08:38,726 --> 00:08:40,311 Van pengiring dah dirampas! 99 00:08:40,394 --> 00:08:42,104 Awak gunakannya! 100 00:08:43,105 --> 00:08:45,608 Kita akan terus bergerak ke sasaran. 101 00:08:45,691 --> 00:08:48,319 Rebecca, letak bom pada kontena itu! 102 00:08:49,070 --> 00:08:53,616 Biar betul! Ketua kita ini… 103 00:08:53,699 --> 00:08:57,745 memang psiko! 104 00:09:03,334 --> 00:09:04,794 Semua okey? 105 00:09:04,877 --> 00:09:07,213 Hei, Misai! Kami nampak okey pada awak? 106 00:09:07,296 --> 00:09:08,506 Lihat. 107 00:09:09,465 --> 00:09:11,092 Itu perisai yang hebat. 108 00:09:11,175 --> 00:09:13,344 Perisai ICE pun hebat. Tak boleh nak godam. 109 00:09:13,928 --> 00:09:15,555 Jadi saya akan langgar mereka dari depan. 110 00:09:15,638 --> 00:09:16,764 Serius, hentikannya… 111 00:09:17,890 --> 00:09:20,893 Saya dah penat diabaikan begini! 112 00:09:22,770 --> 00:09:25,106 - Tiada pemandu! - Apa? 113 00:09:25,189 --> 00:09:28,442 Benda ini dipandu auto! 114 00:09:31,028 --> 00:09:33,698 Serangan hendap berjalan seperti yang dirancang. 115 00:09:34,282 --> 00:09:37,076 Mereka bertindak seperti kita jangka. 116 00:09:37,159 --> 00:09:39,704 Kerja yang bagus, Faraday. 117 00:09:39,787 --> 00:09:42,290 Jadi, semuanya okey. 118 00:09:42,373 --> 00:09:44,959 Militech juga dah tahu tentang ini. 119 00:09:45,042 --> 00:09:48,713 Tak lama lagi, kita akan dapat data pertempuran rangka siber itu. 120 00:09:48,796 --> 00:09:54,343 Dah tentu, memandangkan David boleh kendalikan rangka siber itu. 121 00:09:54,427 --> 00:09:56,762 Kalau dia tak buat kerjanya, 122 00:09:56,846 --> 00:10:01,350 pasukan pemulihan kita akan berdepan dengan tentera Militech. 123 00:10:01,934 --> 00:10:04,103 Saya nak mereka saling menghancurkan. 124 00:10:04,186 --> 00:10:05,855 Tak perlu risau. 125 00:10:05,938 --> 00:10:09,859 Orang saya sedang bergerak macam yang saya nak. 126 00:10:10,735 --> 00:10:14,238 Tolong lihat mereka dari jarak yang selamat. 127 00:10:16,782 --> 00:10:17,617 Tak bagus. 128 00:10:18,200 --> 00:10:20,870 - Kita perlu hentikan sebelum ia jatuh. - Apa? 129 00:10:20,953 --> 00:10:22,038 David! 130 00:10:22,121 --> 00:10:24,248 Ya, saya dengar awak. 131 00:10:24,332 --> 00:10:26,751 Berundur. Kita akan berhenti sekarang. 132 00:10:30,046 --> 00:10:34,258 Baiklah… Apa awak nak buat, David? 133 00:10:35,009 --> 00:10:37,511 Kita dah berada di penghujung… 134 00:10:37,595 --> 00:10:39,472 Falco! Berhenti lebih rapat lagi! 135 00:10:39,555 --> 00:10:41,182 Senang cakap daripada buat… 136 00:10:41,265 --> 00:10:43,476 Tembak serampang itu ke arah saya! 137 00:10:43,559 --> 00:10:44,477 Apa? 138 00:10:44,560 --> 00:10:46,270 Kemudian tekan brek bila saya suruh! 139 00:10:46,354 --> 00:10:47,980 - Apa rancangannya? - Cepat! 140 00:10:48,064 --> 00:10:49,982 Apa kita patut buat? 141 00:10:50,066 --> 00:10:52,151 Baiklah! Saya akan tembak! 142 00:10:59,700 --> 00:11:03,746 Ya. Jangan begini, David. 143 00:11:03,829 --> 00:11:06,874 Adakah awak nak lari sekali lagi bila keadaan jadi sukar? 144 00:11:07,625 --> 00:11:09,835 Buat pilihan. 145 00:11:09,919 --> 00:11:13,589 Awak istimewa, ingat? 146 00:11:24,517 --> 00:11:25,518 Brek! 147 00:11:25,601 --> 00:11:26,852 Tekan cepat! 148 00:12:03,764 --> 00:12:04,932 Kita berjaya. 149 00:12:05,015 --> 00:12:06,767 Ya… 150 00:12:06,851 --> 00:12:08,352 Tergigit lidah saya… 151 00:12:17,903 --> 00:12:19,363 Bagusnya. 152 00:12:19,947 --> 00:12:24,743 Mereka hantar AV kelas eksekutif untuk pungut seorang perempuan… 153 00:12:25,327 --> 00:12:27,997 Awak ini perempuan yang mahal. 154 00:12:28,080 --> 00:12:32,001 PANGGILAN - LUCY 155 00:12:32,084 --> 00:12:35,212 Jadi? Masih tiada jawapan daripada Lucy? 156 00:12:35,296 --> 00:12:39,133 Aduhai. Apa yang seorang lagi runner boleh buat untuk kita sekarang? 157 00:12:39,216 --> 00:12:41,886 Makin kurang upah kita untuk kerja ini! 158 00:12:41,969 --> 00:12:43,387 Bagaimana keadaan di sana? 159 00:12:43,471 --> 00:12:46,348 Mungkin ambil masa sikit untuk buka! 160 00:12:46,432 --> 00:12:50,519 Adakah saya saja rasa atau awak pun terganggu kenderaan ini tiada pemandu? 161 00:12:50,603 --> 00:12:53,105 Awak pasti ini kenderaan Arasaka? 162 00:12:53,189 --> 00:12:56,901 Kalau awak risau sangat, ambil muatan itu dan pergi. 163 00:12:56,984 --> 00:12:59,653 Jadi, cepatlah buka. 164 00:12:59,737 --> 00:13:03,908 Berhenti membebel dan mari pergi ambil kereta kita. 165 00:13:03,991 --> 00:13:08,954 Saya tak terfikir semasa kita mengejar kenderaan ini, 166 00:13:09,038 --> 00:13:13,334 tapi kita akan mati kalau sesiapa cuba serang hendap kita di sini. 167 00:13:13,417 --> 00:13:16,253 Kenapa awak merengek dan gelisah pula? 168 00:13:16,337 --> 00:13:19,423 Misai awak sajakah yang tunjukkan awak ini lelaki? 169 00:13:19,507 --> 00:13:21,675 Kalau saya bercukur, awak akan jatuh cinta pada saya. 170 00:13:21,759 --> 00:13:24,011 Diam! Awak bodoh! 171 00:13:24,094 --> 00:13:28,432 Berhenti mengelak, lelaki tua! 172 00:13:29,141 --> 00:13:31,894 Nampaknya umpan itu gagal! Mereka datang semula! 173 00:13:33,854 --> 00:13:34,939 Apa? 174 00:13:42,988 --> 00:13:44,156 Basilisk? 175 00:13:44,865 --> 00:13:46,408 Kenderaan peluru berpandu! 176 00:13:46,492 --> 00:13:47,910 Itu… 177 00:13:47,993 --> 00:13:48,911 Militech! 178 00:14:05,219 --> 00:14:09,056 Apa ini? Kenapa kita diserang oleh Militech? 179 00:14:10,391 --> 00:14:13,561 Faraday berada di pihak Militech, bukan? 180 00:14:14,144 --> 00:14:16,397 Ini dah jadi semakin pelik! 181 00:14:19,858 --> 00:14:20,734 Dah buka! 182 00:14:20,818 --> 00:14:21,986 Cepat betul! 183 00:14:22,069 --> 00:14:24,321 Kita akan terbunuh di luar sini. Mari masuk. 184 00:14:25,114 --> 00:14:26,991 Apakah itu…? 185 00:14:27,074 --> 00:14:30,828 Ini yang Faraday bayar Maine untuk cari? 186 00:14:30,911 --> 00:14:33,122 Jadi, apa ini? 187 00:14:33,205 --> 00:14:36,834 Rangka siber. Implan tentera. 188 00:14:36,917 --> 00:14:41,005 Tentera… Maksud awak macam Sandevistan David? 189 00:14:41,088 --> 00:14:44,466 Daripada apa yang saya dengar, ia adalah kaliber yang berbeza. 190 00:14:44,550 --> 00:14:48,596 Hei. Sandevistan budak ini pun dah agak menakutkan. 191 00:14:48,679 --> 00:14:51,307 Ini pertama kali saya dengar tentangnya. 192 00:14:51,390 --> 00:14:53,309 Saya tak tahu sebanyak mana ia benar. 193 00:14:53,392 --> 00:15:00,107 Tapi Arasaka fikir mereka boleh kalahkan Militech kalau benda ini ada di pasaran. 194 00:15:00,190 --> 00:15:05,487 Mereka merahsiakan perkembangannya. 195 00:15:05,571 --> 00:15:08,616 Kebanyakan maklumatnya tertumpu di bawah pemerhatian Tanaka. 196 00:15:08,699 --> 00:15:12,912 Saya tak tahu bagaimana, tapi Faraday dapat tahu tentang ini 197 00:15:12,995 --> 00:15:17,374 dan berjanji nak bocorkan maklumat kepada Militech dan dapatkan nilai yang baik. 198 00:15:18,125 --> 00:15:22,129 Bukan selalu awak dapat terbang di Bandar Malam bila-bila awak nak. 199 00:15:22,212 --> 00:15:28,385 Pasti ini pemandangan yang bagus berbanding mandian ais awak. 200 00:15:28,469 --> 00:15:33,223 Apa pendapat awak? Nak bantu saya buat kekasih awak terbang? 201 00:15:36,477 --> 00:15:37,686 PANGGILAN - LUCY 202 00:15:37,770 --> 00:15:38,604 Apa? 203 00:15:38,687 --> 00:15:39,897 Panggilan daripada Lucy. 204 00:15:39,980 --> 00:15:42,816 Apa? Sekarang bukan masanya! 205 00:15:42,900 --> 00:15:43,817 David! 206 00:15:43,901 --> 00:15:45,819 Lucy! Ke mana awak… 207 00:15:45,903 --> 00:15:47,988 Pasang rangka siber itu. 208 00:15:48,072 --> 00:15:48,906 Apa? 209 00:15:48,989 --> 00:15:51,575 Tiada masa. Militech dah datang. 210 00:15:51,659 --> 00:15:54,328 Bagaimana awak tahu tentang itu? Awak di mana? 211 00:15:54,411 --> 00:15:55,663 Mereka mencari saya juga. 212 00:15:55,746 --> 00:15:56,705 Apa? 213 00:15:56,789 --> 00:15:59,041 Kalau awak tak pasang, semua orang akan mati. 214 00:16:01,877 --> 00:16:05,422 Gunakan rangka siber itu kalau awak nak selamat. 215 00:16:06,006 --> 00:16:08,842 Cepat David. Sebelum ia terlambat. 216 00:16:08,926 --> 00:16:11,929 Lucy… Saya… 217 00:16:12,012 --> 00:16:14,974 David, saya tahu awak boleh lakukannya. 218 00:16:16,892 --> 00:16:17,726 Lucy! 219 00:16:17,810 --> 00:16:18,811 Apa yang dia cakap? 220 00:16:18,894 --> 00:16:22,898 "Pasang rangka siber itu kalau awak nak selamat." 221 00:16:22,982 --> 00:16:23,983 Apa? 222 00:16:24,066 --> 00:16:25,693 Dia tak macam dirinya. 223 00:16:25,776 --> 00:16:26,735 Macamlah kita tahu! 224 00:16:26,819 --> 00:16:31,782 Ada orang mengejar dia juga. Saya kena pasangkannya. 225 00:16:31,865 --> 00:16:34,743 Seluruh trak ini ialah unit pemasangan bergerak. 226 00:16:35,452 --> 00:16:38,122 Dek itu sudah disediakan dengan pemasang. 227 00:16:38,205 --> 00:16:40,416 Awak tak boleh pasang benda itu! 228 00:16:40,499 --> 00:16:42,084 Saya kena selamatkan kita semua! 229 00:16:42,167 --> 00:16:46,672 Awak gila? Saya cakap jangan pasang benda ini! 230 00:16:47,256 --> 00:16:49,758 Kalau saya tak pasang, kita semua akan mati di sini. 231 00:16:49,842 --> 00:16:51,927 Saya dah hampir nak tumbuk awak sekarang. 232 00:16:52,011 --> 00:16:54,263 Saya pergi ambil kereta kita. 233 00:16:54,346 --> 00:16:55,180 Saya nak ikut. 234 00:16:55,264 --> 00:16:56,515 Terima kasih! 235 00:16:56,598 --> 00:17:01,061 Kali terakhir saya pasang sesuatu yang bukan milik saya, Maine tumbuk saya. 236 00:17:01,145 --> 00:17:02,438 RANGKA SIBER - MEMASANG 237 00:17:02,521 --> 00:17:04,189 Ada perkara yang tak berubah! 238 00:17:04,273 --> 00:17:08,110 Jangan! Tunggu… 239 00:17:10,904 --> 00:17:14,450 Awak buat juga, si bodoh tak guna! 240 00:17:17,202 --> 00:17:18,996 PERKEMBANGAN PEMASANGAN KAPASITI PERISIAN SIBER 241 00:17:21,957 --> 00:17:25,210 Kenapa Militech berhenti menembak? 242 00:17:25,294 --> 00:17:27,713 Hei, Kiwi. Adakah awak… 243 00:17:29,298 --> 00:17:30,799 Maaf. 244 00:17:31,842 --> 00:17:34,595 Saya dah buat bahagian saya. Saya nak pergi dari sini. 245 00:17:34,678 --> 00:17:38,807 Kerja yang bagus. Saya dah beritahu Militech untuk benarkan awak jalan. 246 00:17:38,891 --> 00:17:40,851 Kita jumpa di tempat pertemuan. 247 00:17:44,396 --> 00:17:45,522 Apa!? 248 00:17:47,191 --> 00:17:48,150 David? 249 00:17:48,233 --> 00:17:49,860 Lucy? 250 00:17:49,943 --> 00:17:53,739 David, jangan pasang rangka siber itu! Ia satu perangkap! 251 00:17:53,822 --> 00:17:56,617 Lucy? Apa yang berlaku? Awak okey? 252 00:17:56,700 --> 00:17:59,244 Ia Faraday. Dia yang rancang semua ini. 253 00:17:59,328 --> 00:18:00,746 Faraday? 254 00:18:01,330 --> 00:18:06,335 Faraday bekerja dengan Arasaka untuk cuba buat awak pasang rangka siber itu. 255 00:18:06,418 --> 00:18:08,587 Saya? Kenapa? 256 00:18:08,670 --> 00:18:11,048 Dia rancang untuk suruh awak lawan Militech. 257 00:18:11,131 --> 00:18:13,592 Selepas itu, pasukan pemulihan Arasaka akan tiba. 258 00:18:13,675 --> 00:18:17,679 Semuanya perangkap! Jangan pasang rangka siber itu! 259 00:18:17,763 --> 00:18:20,933 Awak fikir kami akan biar semua ini gagal tanpa rancangan sandaran? 260 00:18:21,016 --> 00:18:22,935 KE CHINA SELATAN KECIL 261 00:18:23,018 --> 00:18:25,813 Lucy? Apa yang berlaku? Lucy? 262 00:18:25,896 --> 00:18:29,733 Militech cuma nak rangka siber itu. 263 00:18:29,817 --> 00:18:32,694 Tinggalkannya dan lari… 264 00:18:36,198 --> 00:18:38,075 Lucy? 265 00:18:38,826 --> 00:18:42,579 Patutkah saya buka port saraf kedua di belakang tengkorak awak? 266 00:18:42,663 --> 00:18:44,957 Lucy? Apa yang berlaku? 267 00:18:45,040 --> 00:18:48,085 - Maaf, sekarang dia kurang sihat. - Faraday? 268 00:18:48,168 --> 00:18:50,587 Kerjanya berjalan dengan lancar? 269 00:18:50,671 --> 00:18:53,090 Tak guna, apa yang awak dah buat pada Lucy? 270 00:18:53,674 --> 00:18:58,428 Perempuan pengkhianat ini sedang mencium lantai di bawah kaki saya. 271 00:18:58,512 --> 00:19:01,306 Saya dah pastikan yang saya betul-betul dah hancurkan otak dia, 272 00:19:01,390 --> 00:19:02,891 tapi nampaknya masih tak cukup. 273 00:19:02,975 --> 00:19:05,185 Angkat kaki awak daripada badan dia! 274 00:19:05,269 --> 00:19:08,605 Nampaknya Arasaka akan beri bayaran yang banyak untuk urus niaga ini. 275 00:19:08,689 --> 00:19:13,110 Saya akan hantar dia sekarang. Dia akan berada di bawah jagaan mereka. 276 00:19:13,193 --> 00:19:14,862 Faraday! 277 00:19:14,945 --> 00:19:15,863 KAPASITI PERISIAN SIBER 278 00:19:16,446 --> 00:19:18,365 Keadaan awak dah semakin teruk! 279 00:19:18,448 --> 00:19:21,201 Pada tahap ini, awak akan jadi psiko sebelum dapat dipasang! 280 00:19:21,285 --> 00:19:25,831 Mereka yang menghampiri awak sekarang adalah pasukan elit Militech. 281 00:19:25,914 --> 00:19:30,210 Pasang rangka siber itu dan lihat jika awak boleh larikan diri. 282 00:19:30,294 --> 00:19:36,216 Secara peribadi, semua di luar kuasa awak. Jelas Arasaka nampak apa saya tak nampak. 283 00:19:36,800 --> 00:19:43,015 Kalau awak memang sangat istimewa, tunjukkan awak boleh selamat dari ini. 284 00:19:44,308 --> 00:19:45,225 KAPASITI PERISIAN SIBER 285 00:19:45,309 --> 00:19:49,354 Saya akan bunuh dia! Saya akan pergi bunuh dia! 286 00:19:50,189 --> 00:19:53,358 Saya akan bunuh dia… 287 00:19:53,942 --> 00:19:55,986 Saya akan… 288 00:19:57,571 --> 00:19:58,989 KAPASITI PERISIAN SIBER 289 00:19:59,072 --> 00:20:00,449 Awak okey? 290 00:20:00,532 --> 00:20:02,117 Saya nak pergi selamatkan Lucy. 291 00:20:02,201 --> 00:20:05,412 Apa? Awak dah jadi psiko? 292 00:20:05,495 --> 00:20:09,499 Faraday mengkhianati kita. Dia dah tangkap Lucy. 293 00:20:09,583 --> 00:20:11,418 Apa? Apa maksud awak? 294 00:20:11,501 --> 00:20:14,588 Pengkhianat tak guna. Saya takkan maafkan dia. 295 00:20:14,671 --> 00:20:16,715 Saya sumpah, dia akan mati… 296 00:20:16,798 --> 00:20:17,633 David… 297 00:20:19,551 --> 00:20:21,220 Falco! Apa yang berlaku? 298 00:20:21,303 --> 00:20:22,930 Kiwi serang saya. 299 00:20:23,013 --> 00:20:23,889 Apa? 300 00:20:23,972 --> 00:20:26,183 Dia bawa kita masuk perangkap. 301 00:20:26,266 --> 00:20:29,228 Perempuan tua itu. Dia terlibat juga? 302 00:20:29,311 --> 00:20:31,480 Saya takkan biarkan dia hidup! 303 00:20:37,903 --> 00:20:39,404 Mereka serang lagi! 304 00:20:41,698 --> 00:20:42,866 Tak guna! 305 00:20:42,950 --> 00:20:45,118 Tentera Militech itu dah gila! 306 00:20:45,786 --> 00:20:48,997 Saya tak pernah lihat sesuatu seperti ini. 307 00:20:49,081 --> 00:20:51,291 Bagaimana orang boleh berjalan dengan benda ini terpasang? 308 00:20:51,375 --> 00:20:56,129 Dua penujah AV padat terbina dalam. 309 00:20:56,213 --> 00:21:00,968 Selain itu, Arasaka ada buat prototaip pengubahsuaian graviti. 310 00:21:03,679 --> 00:21:08,350 Ia boleh menjana satu arah medan graviti, daya magnet juga… 311 00:21:09,017 --> 00:21:11,103 Itu penjana daya magnet? 312 00:21:15,983 --> 00:21:19,111 Hebat! Dia baru saja musnahkan mereka dalam sekelip mata! 313 00:21:19,194 --> 00:21:22,447 Dia gunakan Sandevistan juga. 314 00:21:44,886 --> 00:21:46,054 Dia terbang! 315 00:21:46,138 --> 00:21:47,806 Itu medan graviti? 316 00:21:54,313 --> 00:21:56,523 Tapi teknologi ini masih berada di peringkat ujian. 317 00:21:57,316 --> 00:21:59,151 Kawalannya terlalu rumit. 318 00:21:59,234 --> 00:22:03,822 Tiada jaminan saraf orang yang memakainya boleh bertahan. 319 00:22:03,905 --> 00:22:07,617 Ia memerlukan tahap ketabahan mental terhadap implan yang sangat tinggi. 320 00:22:07,701 --> 00:22:10,620 Tiket sehala untuk jadi siberpsikosis, maksud awak. 321 00:22:22,341 --> 00:22:23,884 Mereka dapat tembak dia? 322 00:22:24,509 --> 00:22:25,886 David… 323 00:22:34,352 --> 00:22:35,645 Dia okey! 324 00:22:35,729 --> 00:22:37,981 Badan dia okey, tapi… 325 00:22:38,065 --> 00:22:43,320 Lebih banyak dia gunakan, lebih dekat dia bebankan kapasiti perisian siber dia. 326 00:22:43,403 --> 00:22:48,200 Tapi sebagai pertukaran, kuasa jangka pendek yang dia jana… 327 00:22:48,909 --> 00:22:49,618 ANCAMAN DIHAPUSKAN 328 00:22:51,995 --> 00:22:55,415 …langsung tak sama dengan kuasa yang pernah ada sebelum ini. 329 00:23:05,008 --> 00:23:06,259 David? 330 00:23:12,307 --> 00:23:15,477 Kita akan cari Faraday yang dah mengkhianati kita. 331 00:23:15,560 --> 00:23:17,312 Kemudian, kita akan selamatkan Lucy. 332 00:23:17,938 --> 00:23:19,022 Awak cakap begitu tapi… 333 00:23:19,106 --> 00:23:20,982 Bahagi upah sama rata. 334 00:23:22,192 --> 00:23:24,444 Itu cara saya. 335 00:23:26,988 --> 00:23:28,865 Baiklah, kawan. Kami bersama awak. 336 00:23:29,658 --> 00:23:31,701 Sehingga kita ke neraka. 337 00:25:06,421 --> 00:25:11,426 Terjemahan sari kata oleh Izzati Idris