1 00:00:07,080 --> 00:00:10,160 Dalam episod lepas, kita lihat cara Zaman Pembaharuan mengubah Eropah 2 00:00:10,240 --> 00:00:14,360 daripada kotoran menjadi tempat yang penuh dengan lukisan 3 00:00:15,120 --> 00:00:19,480 dan hal ini menyedarkan ramai orang yang berkuasa 4 00:00:19,560 --> 00:00:21,800 untuk mengukuhkan kedudukan mereka. 5 00:00:22,760 --> 00:00:24,360 Namun revolusi cuma permulaan. 6 00:00:24,440 --> 00:00:27,560 Manusia akan maju 7 00:00:27,640 --> 00:00:30,240 dengan menggunakan besi dan elektrik. 8 00:00:30,320 --> 00:00:34,400 Kemajuan akan mula dalam era baru yang mudah dan menghiburkan, 9 00:00:34,480 --> 00:00:37,479 namun juga mengugut kewujudan semua hidupan di bumi. 10 00:00:37,560 --> 00:00:39,360 Jadi, kosong-kosong. 11 00:00:39,440 --> 00:00:42,000 Minggu ini tentang kebangkitan mesin di bumi… 12 00:00:42,080 --> 00:00:43,760 PENYAMPAI DOKUMENTARI LANDMARK 13 00:00:43,840 --> 00:00:46,560 dan juga di Cunk On Earth. 14 00:00:59,200 --> 00:01:01,920 EPISOD EMPAT: KEBANGKITAN TEKNOLOGI 15 00:01:02,000 --> 00:01:06,160 Selama berabad, semua alam semula jadi daripada manusia kepada lembu, 16 00:01:06,240 --> 00:01:07,960 hidup dengan ini, 17 00:01:08,600 --> 00:01:09,560 iaitu udara segar. 18 00:01:10,280 --> 00:01:12,000 Jika tidak pernah dengar tentang udara, 19 00:01:12,080 --> 00:01:15,320 ia sejenis campuran gas halimunan yang menagihkan 20 00:01:15,400 --> 00:01:17,400 sehinggalah kita mengalami gejala penarikan 21 00:01:17,480 --> 00:01:20,040 dalam beberapa minit sekiranya bekalan terputus. 22 00:01:21,520 --> 00:01:25,480 Kebergantungan ini buat pesaing udara iaitu air, cemburu. 23 00:01:26,000 --> 00:01:27,920 Air perlu tingkatkan permainannya. 24 00:01:28,000 --> 00:01:30,520 Ia perlu menjadi lebih diperlukan oleh kita, 25 00:01:30,600 --> 00:01:32,360 iaitu tuan semula jadinya. 26 00:01:32,440 --> 00:01:34,000 Ia rasa hangat, 27 00:01:34,080 --> 00:01:36,760 kehangatan yang mengubahnya menjadi sesuatu berguna. 28 00:01:36,840 --> 00:01:37,880 Wap. 29 00:01:38,560 --> 00:01:42,240 Wap boleh digunakan untuk menggerakkan pelbagai jenis mesin. 30 00:01:42,320 --> 00:01:45,840 Tiada tempat yang berminat dengan wap seperti di Amerika, 31 00:01:45,920 --> 00:01:49,400 tempat ia akan mengubah keadaan negara itu selamanya. 32 00:01:49,480 --> 00:01:52,440 Untuk memahami sebabnya, kita perlu melihat peta. 33 00:01:52,520 --> 00:01:55,160 Pada mulanya, peneroka terkandas di pinggir Amerika, 34 00:01:55,240 --> 00:01:59,360 dan meninggalkan bahagian tengah seperti pai beku dalam ketuhar gelombang. 35 00:01:59,440 --> 00:02:02,240 Namun orang Amerika ketika itu bukan orang yang merendah diri 36 00:02:02,320 --> 00:02:04,000 sama juga macam hari ini. 37 00:02:04,080 --> 00:02:07,040 Mereka percayakan sesuatu dipanggil Takdir Nyata, 38 00:02:07,120 --> 00:02:09,960 kepercayaan bahawa semua tanah milik mereka 39 00:02:10,040 --> 00:02:12,360 dan Tuhan mahu mereka pergi ke Barat 40 00:02:12,440 --> 00:02:14,199 dan menuntut semula daripada orang Asli Amerika 41 00:02:14,280 --> 00:02:16,240 yang Dia sudah silap letak. 42 00:02:16,920 --> 00:02:19,680 Apa itu Takdir Nyata? 43 00:02:19,760 --> 00:02:23,120 Takdir Nyata ialah sebuah ideologi pada tahun 1840 dan 1850-an… 44 00:02:23,200 --> 00:02:25,000 PROFESOR MADYA DALAM POLITIK GLOBAL 45 00:02:25,080 --> 00:02:26,280 …di Amerika Syarikat, 46 00:02:26,360 --> 00:02:29,640 bahawa Amerika diberi hak oleh Tuhan untuk ambil alih benua yang selebihnya 47 00:02:29,720 --> 00:02:33,680 dan menyebarkan nilai serta kebaikannya dari Lautan Atlantik ke Pasifik. 48 00:02:33,760 --> 00:02:35,080 Ya. Jadi, itu rancangan Tuhan? 49 00:02:35,160 --> 00:02:36,320 Ya, itulah ideanya. 50 00:02:36,400 --> 00:02:39,120 Maksudnya kita hamba Tuhan? 51 00:02:39,200 --> 00:02:41,880 Saya rasa orang pada ketika itu akan kata 52 00:02:41,960 --> 00:02:44,320 mereka mubaligh Tuhan di bumi 53 00:02:44,400 --> 00:02:48,360 jadi mereka rasa mereka rela hati menggubal dasar itu 54 00:02:48,440 --> 00:02:50,040 dan bukannya dipaksa berbuat begitu. 55 00:02:50,120 --> 00:02:52,640 Namun setidaknya, awak hamba Tuhan. 56 00:02:52,720 --> 00:02:56,000 Menunjukkan takdir kita itu bahaya. 57 00:02:56,080 --> 00:02:59,240 Kita perlu meredah kawasan berbahaya dengan gerabak yang goyah 58 00:02:59,320 --> 00:03:00,520 ketika kelaparan 59 00:03:00,600 --> 00:03:02,400 atau sakit perut akibat disenteri, 60 00:03:02,480 --> 00:03:05,560 digigit oleh ular atau dipenggal oleh Apache. 61 00:03:05,640 --> 00:03:08,520 Ia seolah-olah Tuhan langsung tak mahu mereka buat begini. 62 00:03:09,160 --> 00:03:12,360 Namun ciptaan kereta api wap mengubah semua itu. 63 00:03:12,440 --> 00:03:15,120 Kereta api wap mengejek gerabak. 64 00:03:15,200 --> 00:03:17,400 Bukan betul-betul. Ini bukan buku cerita kanak-kanak. 65 00:03:17,480 --> 00:03:20,840 Orang Amerika mengeluarkan enjin wap 66 00:03:21,760 --> 00:03:25,320 memulakan laluan daratan dan mengubah keseimbangan kuasa. 67 00:03:26,320 --> 00:03:30,600 Sekarang, perang dengan orang Asli Amerika boleh dilakukan dengan cepat 68 00:03:30,680 --> 00:03:33,120 dengan adanya khidmat kereta bufet. 69 00:03:33,880 --> 00:03:37,720 Dengan adanya landasan, bandar kecil terbentuk di seluruh Barat. 70 00:03:37,800 --> 00:03:40,520 Ia tempat yang bahaya dan tiada undang-undang, 71 00:03:40,600 --> 00:03:43,600 tempat keadilan ditegakkan dengan hujung pistol saja 72 00:03:43,680 --> 00:03:47,880 seperti koboi yang buat apa-apa saja untuk lindungi lembu dan orang mereka. 73 00:03:48,440 --> 00:03:51,080 Boleh awak terangkan tentang benda ini? 74 00:03:51,160 --> 00:03:55,960 Jadi ini revolver tentera Colt Single Action, Colt .45. 75 00:03:56,040 --> 00:03:57,440 Masukkan peluru di sini. 76 00:03:57,520 --> 00:03:58,920 PENJAGA SENJATA DAN ARTILERI 77 00:03:59,000 --> 00:04:01,560 Kita perlu naikkan pemicu untuk setiap tembakan. 78 00:04:02,240 --> 00:04:05,360 Adakah ini akan membunuh orang pada zaman dahulu, 79 00:04:05,440 --> 00:04:07,680 atau boleh membunuh orang zaman sekarang juga? 80 00:04:07,760 --> 00:04:09,840 Ia semestinya boleh membunuh orang zaman sekarang. 81 00:04:09,920 --> 00:04:13,400 Ia sangat lama. Nampak macam sawat jam, bukan? 82 00:04:13,480 --> 00:04:15,400 - Ya. - Pelurunya keluar perlahan-lahan? 83 00:04:15,480 --> 00:04:17,560 Boleh kita lari lebih laju daripada peluru itu? 84 00:04:17,640 --> 00:04:19,880 Tak boleh. 85 00:04:19,960 --> 00:04:21,600 Awak boleh kata rupanya macam sawat jam. 86 00:04:21,680 --> 00:04:24,600 Ia sama seperti mekanisme jam dengan ratchet di dalam. 87 00:04:25,200 --> 00:04:27,120 - "Rat shit"? - Ratchet. 88 00:04:27,200 --> 00:04:30,360 Dari mana peluru itu keluar? Daripada lubang kecil itu? 89 00:04:30,440 --> 00:04:32,360 Ya. Itulah larasnya. 90 00:04:32,440 --> 00:04:36,880 Boleh saya pegang itu dan tengok di hujungnya? 91 00:04:36,960 --> 00:04:38,560 Atau nanti boleh tertembak mata? 92 00:04:38,640 --> 00:04:40,400 Selalunya tak boleh. 93 00:04:40,480 --> 00:04:43,800 Jadi sakit tak kalau tertembak di mata? 94 00:04:43,880 --> 00:04:47,160 Sebab itu cuma kantung bawah mata, bukan? 95 00:04:47,240 --> 00:04:49,160 Mungkin ia cuma terkeluar dan sakit sedikit 96 00:04:49,240 --> 00:04:51,760 tapi kita boleh saja buat kerja macam biasa. 97 00:04:51,840 --> 00:04:54,360 Entahlah. Saya rasa tiada tempat yang bagus untuk ditembak. 98 00:04:54,440 --> 00:04:59,520 Kenapa manusia rasa perlu untuk cipta mesin membunuh macam ini? 99 00:04:59,600 --> 00:05:03,480 Boleh awak beri jawapan yang ringkas dan padat? 100 00:05:04,360 --> 00:05:05,760 Sebab kita manusia. 101 00:05:05,840 --> 00:05:11,280 Nampaknya kita dicipta untuk berjuang demi sumber… 102 00:05:11,960 --> 00:05:14,440 - Ya. - manusia lain. 103 00:05:14,520 --> 00:05:15,840 Kita tak boleh lari daripada itu. 104 00:05:15,920 --> 00:05:18,040 Saya tahu. Saya cuma rasa kita gila. 105 00:05:19,040 --> 00:05:23,160 Senjata memainkan peranan besar dalam membentuk Amerika dan bunuh orang. 106 00:05:23,800 --> 00:05:28,040 Sekarang pun, penggunaan senjata adalah penting untuk identiti negara mereka. 107 00:05:28,680 --> 00:05:31,960 Kenapa orang Amerika ada hak untuk bunuh sesiapa dengan senjata? 108 00:05:32,640 --> 00:05:33,600 Taklah. 109 00:05:33,680 --> 00:05:38,120 Pembunuhan itu salah di Amerika Syarikat, namun mereka ada hak untuk miliki senjata. 110 00:05:38,200 --> 00:05:40,640 - Mereka ada hak untuk simpan senjata. - Betul. 111 00:05:40,720 --> 00:05:43,040 - Tetapi beruang tiada lengan. - Sebenarnya ada. 112 00:05:43,120 --> 00:05:45,240 - Yakah? Ingatkan itu kaki. - Ya. 113 00:05:45,320 --> 00:05:48,760 Saya bukan ahli biologi, tapi saya rasa apabila beruang berdiri, 114 00:05:48,840 --> 00:05:49,960 itu mungkin lengan. 115 00:05:52,360 --> 00:05:55,200 Dengan koboi, senjata dan kereta api berwapnya, 116 00:05:55,280 --> 00:05:58,120 Amerika dikenali sebagai negara bebas 117 00:05:58,200 --> 00:06:01,240 yang mungkin mengejutkan semua hamba. 118 00:06:01,320 --> 00:06:04,640 Amalan perhambaan yang kejam masih tersebar luas di Amerika, 119 00:06:04,720 --> 00:06:07,280 terutamanya di negeri Selatan. 120 00:06:07,360 --> 00:06:10,160 Dengan fikir masak-masak tentang subjek itu, 121 00:06:10,240 --> 00:06:13,520 orang di negeri Utara membuat penemuan menggerunkan, 122 00:06:14,080 --> 00:06:17,440 bahawa dalam diri setiap hamba ialah manusia sebenar. 123 00:06:18,040 --> 00:06:21,600 Negeri Utara tanya negeri Selatan Amerika apa yang mereka mahu diami, 124 00:06:21,680 --> 00:06:24,040 jenis orang putih yang menumpang dengan bangsa lain 125 00:06:24,120 --> 00:06:26,120 sambil layan mereka dengan teruk, 126 00:06:26,200 --> 00:06:28,320 atau jenis yang berpura-pura tak buat begitu. 127 00:06:29,120 --> 00:06:31,720 Perbalahan itu menjadi perang saudara, 128 00:06:31,800 --> 00:06:35,280 zaman ketika Amerika hampir berpecah seperti hati ini. 129 00:06:36,160 --> 00:06:38,760 Perang Saudara memecahbelahkan Amerika, bukan? 130 00:06:38,840 --> 00:06:40,200 Saudara menyerang saudara. 131 00:06:40,280 --> 00:06:44,120 Adakah semuanya berkonflik sampai mereka saling berperang? 132 00:06:44,200 --> 00:06:46,040 Saya tak rasa begitu. 133 00:06:46,120 --> 00:06:50,400 Mungkin ada perdebatan yang kuat dalam diri individu 134 00:06:50,480 --> 00:06:51,800 tentang nak sertai pihak mana, 135 00:06:51,880 --> 00:06:54,280 dan saya rasa mungkin itu yang awak maksudkan. 136 00:06:54,360 --> 00:06:57,600 Kenapa orang kata itu perang moden pertama 137 00:06:57,680 --> 00:07:01,240 sedangkan gambarnya dah bertahun-tahun lamanya? 138 00:07:01,320 --> 00:07:02,800 Menarik yang awak rujuk gambar itu 139 00:07:02,880 --> 00:07:05,880 sebab itu perang pertama yang ada fotografi sebenar. 140 00:07:06,920 --> 00:07:09,240 Ketika itu, gambar sebahagian daripada konflik 141 00:07:09,320 --> 00:07:11,520 dan mendokumenkan keganasan. 142 00:07:11,600 --> 00:07:14,720 Mesti teruja untuk pergi ke Snappy Snaps selepas itu 143 00:07:14,800 --> 00:07:17,400 dan tengok gambar yang menjadi dan yang tak. 144 00:07:18,960 --> 00:07:22,240 Selepas empat tahun mengalami keganasan berkaitan perang, 145 00:07:22,320 --> 00:07:25,480 negeri Utara menang dan memang begitu. 146 00:07:25,560 --> 00:07:30,760 Ia satu kemenangan untuk Raja Utara, Abraham Lincoln. 147 00:07:31,480 --> 00:07:33,240 Siapa Abraham Lincoln? 148 00:07:33,320 --> 00:07:37,200 Kenapa dia ada banyak tatu pelik di perutnya? 149 00:07:37,280 --> 00:07:39,960 Saya tak tahu maksud awak dengan tatu itu, 150 00:07:40,040 --> 00:07:45,120 tetapi dia presiden AS, mungkin presiden AS yang terbaik. 151 00:07:45,200 --> 00:07:49,720 Kononnya, dia ada tatu orang salji dan Robin di perutnya, 152 00:07:50,240 --> 00:07:52,360 dan Robin itu ada misai. 153 00:07:53,920 --> 00:07:56,480 Saya betul-betul tak tahu maksud awak. 154 00:07:57,560 --> 00:08:01,480 Apabila Lincoln menjadi presiden, akhirnya perhambaan dimansuhkan 155 00:08:01,560 --> 00:08:04,160 dan digantikan dengan prasangka bangsa. 156 00:08:04,720 --> 00:08:08,040 Namun kisah Abraham Lincoln tiada penamat gembira. 157 00:08:08,120 --> 00:08:12,040 Lima hari selepas Utara menang, takdir yang dahsyat menimpanya. 158 00:08:12,120 --> 00:08:15,000 Dia dipaksa pergi ke teater untuk menonton drama. 159 00:08:15,840 --> 00:08:18,600 Dia dibunuh oleh penjenayah yang baik, 160 00:08:18,680 --> 00:08:21,600 namun yang zalimnya, selepas babak ketiga. 161 00:08:21,680 --> 00:08:24,920 Abraham Lincoln ditembak di panggung teater, bukan? 162 00:08:25,000 --> 00:08:26,800 Dia ditembak di bahagian mana? 163 00:08:26,880 --> 00:08:29,160 Saya rasa maksud awak lokasi fizikal 164 00:08:29,240 --> 00:08:30,280 dia ditembak, 165 00:08:30,360 --> 00:08:34,160 iaitu di tempat duduk presiden di Ford's Theatre, Washington, DC. 166 00:08:34,240 --> 00:08:35,240 Kenapa dia ditembak? 167 00:08:35,320 --> 00:08:37,640 Adakah kerana dia tak nak tanggalkan topi? 168 00:08:37,720 --> 00:08:39,559 Sebab dalam teater, ia akan menjengkelkan 169 00:08:39,640 --> 00:08:41,559 apabila seseorang di depan kita pakai topi? 170 00:08:41,640 --> 00:08:42,960 Dia di tempat duduk presiden 171 00:08:43,039 --> 00:08:45,360 jadi setahu saya, tiada sesiapa di belakang dia. 172 00:08:45,440 --> 00:08:47,880 Namun dia dibunuh oleh lelaki bernama John Wilkes Booth, 173 00:08:47,960 --> 00:08:50,040 yang percaya dengan Negeri-negeri Gabungan. 174 00:08:50,120 --> 00:08:55,080 Macam mana tembakan di kepala menjejaskan kemampuan Lincoln untuk memimpin? 175 00:08:56,000 --> 00:08:59,560 Ia berakhir sebab dia mati 12 jam selepas ditembak. 176 00:08:59,640 --> 00:09:00,840 Jadi dia tak boleh teruskan? 177 00:09:00,920 --> 00:09:03,160 Tak boleh. Tidak sebagai mayat. 178 00:09:04,080 --> 00:09:06,640 Zaman Lincoln mungkin berakhir, 179 00:09:06,720 --> 00:09:09,120 tetapi Amerika mahu buat perkara yang sebaliknya. 180 00:09:09,200 --> 00:09:11,560 Amerika mempertimbangkan elektrik 181 00:09:11,640 --> 00:09:14,440 sejak Benjamin Franklin letak kunci pada tali layang-layang 182 00:09:14,520 --> 00:09:16,320 daripada petir dari langit. 183 00:09:17,000 --> 00:09:22,200 Pada tahun 1878, Thomas Edison mengusahakan cara untuk guna kuasa itu 184 00:09:22,280 --> 00:09:24,120 untuk buat sesuatu yang luar biasa. 185 00:09:25,200 --> 00:09:28,680 Sukar untuk bayangkan dunia jika Edison tak cipta mentol 186 00:09:28,760 --> 00:09:30,080 dan kalau kita bayangkan pun, 187 00:09:30,160 --> 00:09:32,360 pasti terlalu gelap untuk lihat benda di dalamnya. 188 00:09:32,440 --> 00:09:37,320 Macam mana orang lihat ketika siang sebelum Edison cipta lampu? 189 00:09:37,400 --> 00:09:38,960 Cahaya datang daripada matahari, 190 00:09:39,040 --> 00:09:41,480 jadi orang boleh melihat di waktu siang kerana matahari. 191 00:09:41,560 --> 00:09:42,680 AHLI SEJARAH SAINS 192 00:09:42,760 --> 00:09:45,720 Mereka perlukan mentol pada waktu malam, 193 00:09:45,800 --> 00:09:48,920 di tempat tiada matahari dan ketika kita tak nampak. 194 00:09:49,000 --> 00:09:52,400 Jadi apa yang orang guna sebelum adanya mentol? 195 00:09:52,480 --> 00:09:55,160 Mereka guna lilin atau minyak. 196 00:09:55,240 --> 00:09:59,680 Jadi ada cahaya pada waktu siang dan lilin pada waktu malam. 197 00:09:59,760 --> 00:10:02,640 - Ya. - Jadi, kita tak perlukan mentol. 198 00:10:02,720 --> 00:10:04,920 Karya sepanjang hayatnya tak bermakna. 199 00:10:05,840 --> 00:10:09,480 Satu lagi ciptaan Edison yang mengagumkan ialah fonografi. 200 00:10:22,440 --> 00:10:27,120 RAKAN PENYELIDIK MUZIUM SAINS, LONDON 201 00:10:29,240 --> 00:10:30,840 Boleh awak hentikan? 202 00:10:30,920 --> 00:10:31,840 Ya, boleh. 203 00:10:33,760 --> 00:10:36,760 Mengagumkan yang kita berada di sini 204 00:10:36,840 --> 00:10:40,120 tetapi suara itu datang daripada zaman dahulu? 205 00:10:40,200 --> 00:10:42,600 Jika saya bercakap ke dalam trumpet ini, 206 00:10:43,280 --> 00:10:48,000 boleh saya tanya seseorang tentang keadaan mereka di sana? 207 00:10:48,080 --> 00:10:52,280 Tak boleh sebab rakaman itu dibuat lebih 100 tahun yang lalu. 208 00:10:52,360 --> 00:10:55,280 Tapi ini fonografi. Bukankah fungsinya sama macam telefon? 209 00:10:55,360 --> 00:11:02,120 Fonografi bermaksud "tulisan bunyi" dalam Yunani, 210 00:11:02,200 --> 00:11:04,520 jadi ia tak bermaksud telefon. 211 00:11:04,600 --> 00:11:07,080 Jadi mereka boleh dengar kita tapi tak boleh balas. 212 00:11:08,240 --> 00:11:09,480 Saya tak rasa mereka… 213 00:11:09,560 --> 00:11:12,520 Mereka tak boleh dengar. Kita yang boleh dengar rakaman mereka. 214 00:11:12,600 --> 00:11:15,280 Mereka tak boleh dengar dan balas suara kita. 215 00:11:15,360 --> 00:11:16,840 Tak boleh. 216 00:11:16,920 --> 00:11:18,640 Jadi apa gunanya? 217 00:11:18,720 --> 00:11:23,160 Supaya kita boleh dengar muzik, suara dan bunyi. 218 00:11:23,240 --> 00:11:26,800 Bolehkah ia rakam bunyi yang belum berlaku lagi? 219 00:11:29,320 --> 00:11:30,760 Tidak. 220 00:11:30,840 --> 00:11:33,040 Macam mana dengan bunyi yang berlaku lebih awal? 221 00:11:33,960 --> 00:11:37,840 Jika bunyi itu dirakam pada waktu itu. 222 00:11:37,920 --> 00:11:40,400 Ia tak boleh merakam sesuatu yang dah berlaku. 223 00:11:40,960 --> 00:11:43,520 Sejujurnya, ia agak terhad. 224 00:11:43,600 --> 00:11:46,200 Disebabkan fonografi Edison, 225 00:11:46,280 --> 00:11:50,280 muzik klasik mampu membosankan berjuta-juta pendengar. 226 00:11:51,000 --> 00:11:53,480 Kita perlu mainkan muzik klasik di orkestra. 227 00:11:53,560 --> 00:11:55,920 Macam mana nak mainkan orkestra? 228 00:11:56,000 --> 00:11:57,240 Adakah ia perlu ditiup, 229 00:11:57,320 --> 00:12:01,040 atau salah satu alatan yang talinya perlu digesek dengan kayu? 230 00:12:01,120 --> 00:12:04,560 Ya. Sebenarnya, orkestra bukan alatan tertentu. 231 00:12:04,640 --> 00:12:05,880 Ya. 232 00:12:05,960 --> 00:12:10,200 Jadi orkestra ialah gabungan pelbagai alatan muzik yang dimainkan bersama. 233 00:12:10,280 --> 00:12:12,880 - Ya. Lebih daripada satu alatan. - Lebih daripada satu alatan. 234 00:12:12,960 --> 00:12:17,280 Jadi perlu kedua-dua tangan dan mulut untuk mainkan orkestra? 235 00:12:18,360 --> 00:12:22,920 Pemimpin yang perlu buat semua itu. 236 00:12:23,000 --> 00:12:24,920 Namun orkestra itu sendiri 237 00:12:25,000 --> 00:12:29,000 ialah entiti yang dibuat daripada alatan muzik yang berbeza. 238 00:12:29,080 --> 00:12:31,440 Jadi tak boleh tiup seluruh orkestra? 239 00:12:33,960 --> 00:12:36,800 Kerana Edison, dunia cahaya dan bunyi 240 00:12:36,880 --> 00:12:38,840 telah dikuasai, 241 00:12:38,920 --> 00:12:41,680 tetapi satu lagi sempadan belum lagi dikuasai, 242 00:12:41,760 --> 00:12:43,320 iaitu dunia langit. 243 00:12:44,040 --> 00:12:47,360 Manusia cuba bertahun-tahun untuk bina mesin terbang, 244 00:12:47,440 --> 00:12:50,160 tapi perintis awal mendapati sukar untuk mara 245 00:12:50,240 --> 00:12:53,000 selepas eksperimen terjunan pertama mereka. 246 00:12:53,880 --> 00:12:56,680 Namun semua itu berubah apabila Orville and Wilbur Wright bersaudara 247 00:12:56,760 --> 00:13:01,240 mengusahakan cabaran sah yang berjaya terhadap hukum graviti. 248 00:13:01,920 --> 00:13:04,600 Jadi sejauh mana penerbangan pertama? 249 00:13:04,680 --> 00:13:09,240 Pada hari Wright bersaudara jalankan beberapa penerbangan, 250 00:13:09,320 --> 00:13:11,040 jauhnya cuma beberapa kaki. 251 00:13:11,120 --> 00:13:12,680 PROFESOR SERANTA AWAM DALAM SAINS 252 00:13:12,760 --> 00:13:14,280 Mereka boleh jalan saja. 253 00:13:15,720 --> 00:13:18,680 Memang boleh, tapi bukan itu tujuannya. 254 00:13:18,760 --> 00:13:22,280 Bila penerbangan pertama yang cukup lama untuk kita perlukan bilik air? 255 00:13:22,360 --> 00:13:27,320 Apabila penerbangan komersial berkembang, jarak penerbangan akan jadi semakin jauh 256 00:13:27,400 --> 00:13:30,840 dan penumpang ketika itu perlukan keselesaan 257 00:13:30,920 --> 00:13:32,680 dengan adanya bilik air. 258 00:13:32,760 --> 00:13:34,280 Pasti itu saat yang nyata 259 00:13:34,360 --> 00:13:37,600 apabila pertama kali seseorang menyedari pesawat perlukan bilik air. 260 00:13:38,280 --> 00:13:40,600 Itu lebih mengagumkan daripada Wright bersaudara. 261 00:13:42,360 --> 00:13:46,600 Saya tak pernah fikir itu sebagai dramatik 262 00:13:46,680 --> 00:13:49,320 atau perkembangan yang mengujakan. 263 00:13:49,400 --> 00:13:51,720 Kenapa basikal tiada bilik air? 264 00:13:53,120 --> 00:13:55,480 Jimat masa untuk kita. 265 00:13:56,240 --> 00:13:58,440 Saya mungkin akan tulis dan letakkan hak cipta. 266 00:13:58,520 --> 00:14:01,880 Tanpa bilik air pun, penerbangan bersejarah Wright bersaudara 267 00:14:01,960 --> 00:14:04,120 mengubah pengangkutan selamanya, 268 00:14:04,200 --> 00:14:06,760 dari segi yang masih belum difahami sepenuhnya. 269 00:14:06,840 --> 00:14:11,080 Wright bersaudara melakukan penerbangan pertama lebih 100 tahun lalu. 270 00:14:11,160 --> 00:14:15,680 Kenapa kita masih tak faham cara pesawat berfungsi? 271 00:14:16,680 --> 00:14:19,520 Kita faham. Kita tahu fungsinya hari ini. 272 00:14:19,600 --> 00:14:21,960 Namun realitinya, bagaimana ia berfungsi? 273 00:14:22,040 --> 00:14:25,800 Kita ada persamaan matematik 274 00:14:25,880 --> 00:14:29,800 yang menggambarkan cara udara bergerak di atas sayap pesawat. 275 00:14:29,880 --> 00:14:33,880 Boleh awak terangkan cara ia berfungsi tanpa melibatkan sains? 276 00:14:36,520 --> 00:14:39,600 Sukar untuk tak jelaskan sains di sebaliknya, 277 00:14:39,680 --> 00:14:43,840 tepi kerana bentuk sayapnya, 278 00:14:43,920 --> 00:14:46,440 daya di atas lebih besar daripada daya di bawah 279 00:14:46,520 --> 00:14:49,000 jadi ia menolak pesawat ke udara. 280 00:14:49,080 --> 00:14:52,200 Itu teori awak. Awak nak dengar teori saya? 281 00:14:52,280 --> 00:14:54,720 - Okey. - Saya rasa itu disebabkan kepercayaan. 282 00:14:55,760 --> 00:14:58,680 Ia kerana kita percaya pesawat boleh terbang. 283 00:14:58,760 --> 00:15:01,400 Jadi media perlu terus berpura-pura, 284 00:15:01,480 --> 00:15:03,520 kalau tak, ia akan jatuh dari langit. 285 00:15:03,600 --> 00:15:06,400 Sama dengan Wi-Fi. Tak mungkin itu benar. 286 00:15:06,920 --> 00:15:09,040 Kita cuma perlu ikut pantomim ini, 287 00:15:09,120 --> 00:15:10,520 kalau tak, sia-sia saja. 288 00:15:11,920 --> 00:15:13,800 Langit telah dikuasai. 289 00:15:13,880 --> 00:15:16,080 Seterusnya, giliran jalan. 290 00:15:17,520 --> 00:15:20,480 Sukar untuk kata orang cipta kereta pertama. 291 00:15:20,560 --> 00:15:22,160 Oleh sebab ramai yang cuba, 292 00:15:22,240 --> 00:15:25,320 halaman Wikipedia terlalu panjang untuk dibaca. 293 00:15:25,400 --> 00:15:27,960 Mujurlah, ia tak penting kerana akhirnya, 294 00:15:28,040 --> 00:15:30,720 seorang saja yang menjadi sinonim dengan kereta, 295 00:15:31,640 --> 00:15:34,760 lelaki yang cipta kereta blokbuster pertama. 296 00:15:34,840 --> 00:15:37,720 Namanya Henry Model T Ford, 297 00:15:37,800 --> 00:15:40,520 dalam kebetulan, ini kereta dia. 298 00:15:41,800 --> 00:15:44,480 Dengan enjin empat silinder, 2.9 liter 299 00:15:44,560 --> 00:15:49,200 mengepam 20 kuasa kuda dan kelajuan 45 batu per jam, 300 00:15:49,280 --> 00:15:52,040 Model T Ford memang kereta yang teruk, 301 00:15:52,120 --> 00:15:54,880 lebih teruk daripada mana-mana kereta yang ibu anda pandu. 302 00:15:56,920 --> 00:15:58,920 Tiada tempat untuk cas telefon anda, 303 00:15:59,000 --> 00:16:01,200 tiada navigasi satelit atau sistem muzik. 304 00:16:01,800 --> 00:16:03,720 Ia juga tak ada tempat letak cawan. 305 00:16:05,440 --> 00:16:08,520 Walau bagaimanapun, ia lebih baik daripada kuda, 306 00:16:08,600 --> 00:16:11,200 sebab ia tak menendang kalau anda pergi ke belakang. 307 00:16:11,280 --> 00:16:13,920 Anda sukar nak jumpa psikopat duduk di sebelah, 308 00:16:14,000 --> 00:16:16,080 tak macam kereta api. 309 00:16:16,160 --> 00:16:19,920 Melainkan anda berhenti untuk tumpangkan seseorang yang bawa pemutar skru. 310 00:16:23,760 --> 00:16:27,960 Namun ciptaan paling bijak Henry Model T Ford bukanlah kereta, 311 00:16:28,040 --> 00:16:29,560 tapi cara ia dibuat. 312 00:16:30,640 --> 00:16:34,840 Daripada mengerahkan seseorang untuk buat seluruh kereta seorang diri, 313 00:16:34,920 --> 00:16:36,840 Ford mengerahkan ramai orang 314 00:16:36,920 --> 00:16:40,120 untuk buat bahagian kecil kereta setiap seorang, berulang kali. 315 00:16:40,720 --> 00:16:44,480 Ia satu revolusi di tempat kerja yang bosan dan tiada makna. 316 00:16:45,080 --> 00:16:48,520 Pengeluaran besar-besaran memerlukan tenaga kerja yang banyak. 317 00:16:48,600 --> 00:16:52,240 Berjuta-juta pergi ke AS untuk mencapai Impian Amerika. 318 00:16:52,320 --> 00:16:56,360 Keperluan untuk kapal yang lebih besar membawa kepada ciptaan Titan 1C, 319 00:16:56,440 --> 00:16:58,840 kapal selam sekali guna yang pertama di dunia. 320 00:16:59,680 --> 00:17:02,320 Selama bertahun-tahun, manusia cuma memandang laut, 321 00:17:02,400 --> 00:17:04,360 teringin untuk tenggelam macam batu, 322 00:17:04,440 --> 00:17:07,600 dan Titan 1C akan merealisasikan impian itu. 323 00:17:08,840 --> 00:17:10,960 Ia satu kejayaan besar. 324 00:17:11,040 --> 00:17:15,440 Dalam pelayaran sulungnya, Titan 1C berlayar dari Southampton 325 00:17:15,520 --> 00:17:17,000 ke dasar laut, 326 00:17:17,079 --> 00:17:19,880 tempat peneroka yang berani boleh hidup dalam kemewahan 327 00:17:19,960 --> 00:17:21,920 selama beberapa ketika, mereka mendapati 328 00:17:22,000 --> 00:17:25,160 bahawa suasana di dasar laut tidak dapat didiami. 329 00:17:27,160 --> 00:17:30,240 Setelah menguasai cahaya, bunyi, langit, jalan, 330 00:17:30,319 --> 00:17:31,720 dan dasar laut, 331 00:17:31,800 --> 00:17:36,080 manusia akan menemui sesuatu yang tak pernah didengari sebelum ini, 332 00:17:36,160 --> 00:17:39,800 atas jasa ahli sains wanita, Marie Curie, 333 00:17:39,880 --> 00:17:42,000 pengasas radiasi. 334 00:17:42,640 --> 00:17:46,920 Macam mana Marie Curie sedar dia telah menemui 335 00:17:47,520 --> 00:17:50,080 keradioaktifan jika ia tidak dapat dilihat? 336 00:17:50,160 --> 00:17:53,920 Marie Curie mencipta perkataan keradioaktifan. 337 00:17:54,000 --> 00:17:59,520 Keradioaktifan adalah ketika bahan seperti radium, polonium, plutonium 338 00:17:59,600 --> 00:18:02,520 berikan banyak tenaga dan luluh secara semula jadi. 339 00:18:02,600 --> 00:18:05,280 Jadi ia benda yang nyata walaupun tak dapat dilihat. 340 00:18:06,200 --> 00:18:09,360 Ya, banyak benda nyata yang tak dapat dilihat. 341 00:18:09,440 --> 00:18:13,600 Jadi ia seperti chakra dan medan tenaga. 342 00:18:13,680 --> 00:18:15,760 Macam yang dalaman wajah kita 343 00:18:15,840 --> 00:18:20,880 yang menghubungkan horoskop kita dan mempengaruhi cara kita hadam gluten. 344 00:18:20,960 --> 00:18:21,920 Ia nyata, bukan? 345 00:18:22,000 --> 00:18:24,080 Saya tak rasa itu nyata. 346 00:18:24,160 --> 00:18:25,120 Saya rasa itu nyata. 347 00:18:25,200 --> 00:18:29,640 - Banyak… - Mak Cik Carol saya padankan chakra. 348 00:18:29,720 --> 00:18:31,040 Upahnya 80 pound sejam. 349 00:18:31,120 --> 00:18:33,360 Saya rasa kalau dia jana wang sebanyak itu, 350 00:18:34,120 --> 00:18:35,600 ia tak mengarut, bukan? 351 00:18:36,400 --> 00:18:40,080 Secara tragisnya, sifat ingin tahu Curie membawa maut. 352 00:18:40,160 --> 00:18:44,280 Pendedahan jangka panjang kepada radiasi dikatakan penyebab kepada kematiannya. 353 00:18:45,480 --> 00:18:46,600 Ia tak adil, bukan? 354 00:18:46,680 --> 00:18:52,080 Kalau ahli sains lelaki macam Bruce Banner terdedah dengan radiasi gama, 355 00:18:52,160 --> 00:18:55,200 dia dapat jadi adiwira, bukan? 356 00:18:55,280 --> 00:18:59,080 Dia ada buku komik sendiri dan francais filem. 357 00:18:59,160 --> 00:19:01,080 Marie Curie pula terbunuh begitu saja. 358 00:19:01,160 --> 00:19:03,080 Bruce pula boleh jadi Hulk. 359 00:19:03,760 --> 00:19:05,160 Itu tak adil, bukan? 360 00:19:05,240 --> 00:19:07,520 Bukankah ini salah patriarki? 361 00:19:07,600 --> 00:19:11,200 Juga, apa itu patriarki? 362 00:19:11,280 --> 00:19:14,640 Sementara itu, ahli sains wanita yang lain 363 00:19:14,720 --> 00:19:16,920 mengusahakan teori sendiri. 364 00:19:17,000 --> 00:19:19,880 Ahli fizik dan model lidah profesional, Albert Einstein, 365 00:19:19,960 --> 00:19:23,440 muncul dengan teori relativiti, persamaan E = MC kuasa dua, 366 00:19:23,520 --> 00:19:25,320 yang tiada sesiapa faham sehingga hari ini. 367 00:19:25,400 --> 00:19:28,560 Saya cuma sebut sebab ia akan jadi penting nanti. 368 00:19:29,320 --> 00:19:33,480 Einstein berpendapat tiada apa yang lebih cepat daripada kelajuan cahaya. 369 00:19:33,560 --> 00:19:35,480 Tetapi bayang-bayang lebih cepat daripada cahaya. 370 00:19:35,560 --> 00:19:39,040 Kalau saya suluh lampu ke dinding itu, 371 00:19:39,120 --> 00:19:41,560 - tapi saya letakkan di belakang, - Ya. 372 00:19:41,640 --> 00:19:44,320 bayang-bayang saya dulu muncul sebelum cahaya. 373 00:19:44,400 --> 00:19:46,600 Macam mana Einstein nak jelaskan itu? 374 00:19:46,680 --> 00:19:50,480 Saya rasa dia akan kata semuanya berlaku dengan cepat 375 00:19:50,560 --> 00:19:51,920 sampai tak nampak betul-betul. 376 00:19:52,000 --> 00:19:53,640 Dia selalu ada jawapan, bukan? 377 00:19:54,720 --> 00:19:57,880 Abad ke-20 bermula dengan cepat, 378 00:19:57,960 --> 00:20:02,080 dengan sains yang muncul dengan ciptaan demi ciptaan, 379 00:20:02,160 --> 00:20:03,640 sampai tak boleh sunting semuanya bersama. 380 00:20:04,200 --> 00:20:06,320 Ada beberapa ciptaan ini mempunyai sisi gelap. 381 00:20:06,400 --> 00:20:08,400 Mereka boleh digunakan untuk bunuh orang 382 00:20:08,480 --> 00:20:09,920 dan bukan dengan cara yang bagus. 383 00:20:10,000 --> 00:20:13,520 Perang Dunia Pertama dikenali sebagai perang untuk menamatkan semua perang 384 00:20:14,160 --> 00:20:16,680 walaupun ada ahli sejarah yang mempertikaikannya. 385 00:20:17,400 --> 00:20:19,680 Namun ia perang berteknologi tinggi pertama, 386 00:20:19,760 --> 00:20:23,600 dengan pesawat, mesingan dan kereta kebal 387 00:20:23,680 --> 00:20:26,960 semuanya keluar untuk melawan manusia yang menciptanya. 388 00:20:27,040 --> 00:20:30,840 Walaupun tiada kepercayaan, ideologi, hati atau jiwa, 389 00:20:30,920 --> 00:20:33,080 mesin membunuh ini menang. 390 00:20:33,160 --> 00:20:37,480 Skor akhir ialah senjata 20 juta, manusia kosong. 391 00:20:38,240 --> 00:20:41,800 Apabila manusia pergi berperang, keadaan selalunya kucar-kacir. 392 00:20:41,880 --> 00:20:44,080 Ada banyak jeritan berlaku? 393 00:20:44,160 --> 00:20:46,400 Mestilah banyak jeritan teruk yang berlaku. 394 00:20:46,480 --> 00:20:48,520 Ia mungkin arahan yang dikeluarkan, 395 00:20:48,600 --> 00:20:52,080 atau juga jeritan orang hampir mati. 396 00:20:52,160 --> 00:20:55,880 Jadi ada risiko tinitus bagi sesiapa yang berdekatan. 397 00:20:55,960 --> 00:20:58,360 Kalau kita terus buat begitu, kasihanlah. 398 00:20:59,040 --> 00:21:01,720 Saya bukan nak jadi kontroversi 399 00:21:01,800 --> 00:21:06,120 tapi sejujurnya, perang itu nampak macam sia-sia. 400 00:21:07,000 --> 00:21:11,080 Ia memang aktiviti manusia tertentu yang popular. 401 00:21:11,160 --> 00:21:13,040 Mungkin itu cuma sifat kita. 402 00:21:13,120 --> 00:21:16,080 Apa yang buat kita sebagai makhluk saling berperang macam itu? 403 00:21:16,160 --> 00:21:19,760 Boleh awak beri jawapan dalam satu ayat ringkas? 404 00:21:19,840 --> 00:21:22,400 Sebab kalau tak, penyunting akan rasa jengkel. 405 00:21:22,960 --> 00:21:25,800 Takut, hormat dan minat. 406 00:21:25,880 --> 00:21:28,040 Yakah? Tiga perkara itu… 407 00:21:28,120 --> 00:21:29,240 Itu kesimpulannya. 408 00:21:31,200 --> 00:21:32,080 Baiklah. 409 00:21:33,640 --> 00:21:36,120 Saya tak tahu penyunting ini, tapi itu saja jawapannya. 410 00:21:38,000 --> 00:21:41,520 Perang Dunia Pertama yang kejam beri ilham kepada 411 00:21:41,600 --> 00:21:44,800 banyak puisi perang mengganggu jiwa dan kesusasteraan pencipta damai, 412 00:21:44,880 --> 00:21:48,960 yang disiarkan beberapa dekad sebelum keluaran lagu tekno Belgium, 413 00:21:49,040 --> 00:21:50,320 "Pump Up The Jam." 414 00:21:57,720 --> 00:22:01,160 PERSEMBAHAN MUZIK LAIN YANG NAMA MULA DENGAN "T" 415 00:22:01,240 --> 00:22:04,680 TERMASUK THE CURE, THE ISLEY BROTHERS DAN THE VELVET UNDERGROUND 416 00:22:07,480 --> 00:22:11,280 APABILA VIDEO INI DISIARKAN PERTAMA KALI PENONTON TAKUT IA NYATA 417 00:22:11,360 --> 00:22:14,480 DAN LAGU ITU AKAN DIPAM KE RUMAH MEREKA MELALUI SKRIN 418 00:22:24,440 --> 00:22:28,880 JIKA ANDA KELUAR, BOLEH BELIKAN COKE ZERO DAN TWIX? 419 00:22:30,240 --> 00:22:32,840 MAAF - ITU MESEJ KEPADA UTUSAN 420 00:22:36,760 --> 00:22:38,880 Berjuta orang muda mati ketika perang, 421 00:22:38,960 --> 00:22:42,560 tapi mujurlah manusia telah menemui sejenis manusia baru, 422 00:22:42,640 --> 00:22:43,720 iaitu wanita. 423 00:22:43,800 --> 00:22:46,920 Wanita selalu wujud dalam sejarah latar belakang, 424 00:22:47,000 --> 00:22:49,840 selalunya digunakan sebagai manusia bela untuk lelaki, 425 00:22:49,920 --> 00:22:53,320 yang bertahan kerana kemampuan sakti untuk melahirkan manusia 426 00:22:53,400 --> 00:22:54,720 dengan alat sulit mereka. 427 00:22:55,520 --> 00:22:57,320 Namun pada awal abad ke-20, 428 00:22:57,400 --> 00:23:00,600 ahli sains sosial menemui sesuatu yang mengagumkan, 429 00:23:00,680 --> 00:23:03,000 yang wanita boleh buat semua yang lelaki buat 430 00:23:03,080 --> 00:23:04,840 tanpa perlu bercakap tentangnya. 431 00:23:06,080 --> 00:23:07,680 Mereka juga dapat mengundi. 432 00:23:07,760 --> 00:23:10,640 Akhirnya, wanita boleh memilih orang mana yang boleh beri mereka arahan. 433 00:23:10,720 --> 00:23:11,760 UNDIAN UNTUK WANITA 434 00:23:11,840 --> 00:23:14,920 Wanita mula bebas daripada pakaian seragam tradisional, 435 00:23:15,000 --> 00:23:19,240 berpakaian kurang macam perabot lama dan lebih kepada pekhemah muda. 436 00:23:20,200 --> 00:23:22,520 Mereka minum, merokok dan menari dengan kelajuan penuh, 437 00:23:22,600 --> 00:23:24,360 pada kadar bingkai yang dahsyat. 438 00:23:25,160 --> 00:23:26,520 Sementara itu, di Hollywood, 439 00:23:26,600 --> 00:23:29,720 sejenis hiburan yang baru dicipta, 440 00:23:29,800 --> 00:23:30,880 iaitu filem. 441 00:23:31,560 --> 00:23:34,360 Kita tak perlu fokus atau guna imaginasi 442 00:23:34,440 --> 00:23:37,120 untuk menonton filem, tak seperti buku. 443 00:23:37,200 --> 00:23:41,360 Sesiapa termasuklah orang malas atau dungu pun boleh berseronok 444 00:23:41,440 --> 00:23:44,520 dengan duduk saja dan pandang skrin, 445 00:23:44,600 --> 00:23:46,080 macam yang anda buat sekarang. 446 00:23:46,160 --> 00:23:50,200 Walaupun demikian, filem awal semuanya teruk, seperti yang ini. 447 00:23:50,280 --> 00:23:52,360 Namun disebabkan filem awal seperti inilah 448 00:23:52,440 --> 00:23:55,280 kita dapat lihat kehidupan sebenar pada zaman dahulu. 449 00:23:55,360 --> 00:23:58,240 Semua orang bergerak dengan cepat dan kerap jatuh. 450 00:23:58,920 --> 00:24:01,520 Kenapa orang dalam filem lama bergerak terlalu cepat? 451 00:24:01,600 --> 00:24:04,840 Adakah kerana itu pertama kali mereka muncul di kamera dan gementar 452 00:24:04,920 --> 00:24:08,320 atau kerana itu filem senyap jadi mereka tak boleh dengar pengarah 453 00:24:08,400 --> 00:24:09,960 menjerit dan suruh mereka perlahankan? 454 00:24:10,040 --> 00:24:12,920 Ia ada kaitan dengan kadar bingkai kamera 455 00:24:13,000 --> 00:24:15,200 yang berbeza dengan kamera sekarang. 456 00:24:15,280 --> 00:24:16,520 Jadi, itu salah kita. 457 00:24:16,600 --> 00:24:18,000 Kita mainkan dengan terlalu cepat 458 00:24:18,080 --> 00:24:20,240 dan para pelakon terpaksa cepatkan untuk memastikan 459 00:24:20,320 --> 00:24:22,840 mereka dapat padatkan semua cerita sebelum kredit akhir. 460 00:24:23,520 --> 00:24:26,520 Mesti mereka panik. Apa berlaku jika mereka tak boleh kejar? 461 00:24:26,600 --> 00:24:29,480 Adakah filem itu dirakam dengan pelakon yang belum muncul? 462 00:24:29,560 --> 00:24:31,640 Cuma rakaman bilik kosong. 463 00:24:31,720 --> 00:24:35,000 Pelakon cuma buat pada kelajuan biasa. Cuma… 464 00:24:35,080 --> 00:24:37,120 Cuma kelajuan main semula 465 00:24:37,200 --> 00:24:39,640 yang buat mereka nampak macam bergerak dengan sangat cepat. 466 00:24:39,720 --> 00:24:42,000 Bolehkah kita berkomunikasi dengan pelakon dalam filem 467 00:24:42,080 --> 00:24:45,480 dan beritahu tak apa dan mereka boleh bertenang? 468 00:24:45,560 --> 00:24:47,640 Tak, sekarang mereka dah mati. 469 00:24:49,280 --> 00:24:51,080 Filem awal ada sari kata 470 00:24:51,160 --> 00:24:54,440 jadi orang oleh tonton di telefon dengan suara dimatikan. 471 00:24:54,520 --> 00:24:58,040 Namun tidak lama selepas itu, mereka juga jumpa cara untuk buat bunyi. 472 00:24:58,120 --> 00:25:01,600 Apa yang lebih memuaskan awak? 473 00:25:02,280 --> 00:25:04,240 Bacaan itu akhirnya tak diperlukan. 474 00:25:04,320 --> 00:25:08,360 Era kezaliman tulisan yang berabad lamanya akhirnya tamat. 475 00:25:09,520 --> 00:25:13,400 Namun ketika manusia memulakan era baru yang penuh harapan, 476 00:25:13,480 --> 00:25:15,360 ia menjadi sia-sia. 477 00:25:16,240 --> 00:25:18,400 Kegelapan menyelubungi seluruh Eropah, 478 00:25:18,480 --> 00:25:22,120 dengan francais Perang Dunia yang akan berlaku lagi. 479 00:25:23,560 --> 00:25:26,520 Tak lama lagi, dunia akan terlibat dengan satu lagi perang dunia. 480 00:25:27,520 --> 00:25:31,120 Memandangkan perang ini diteruskan dengan mesin yang lebih dahsyat daripada dulu, 481 00:25:31,200 --> 00:25:33,680 nampaknya tiada penamat bagi pembunuhan beramai-ramai ini. 482 00:25:34,800 --> 00:25:37,480 Kemudian, orang Amerika muncul dengan idea. 483 00:25:37,560 --> 00:25:41,920 Daripada jatuhkan banyak bom kecil di Jepun macam mereka buat di Jerman, 484 00:25:42,000 --> 00:25:44,000 apa kata mereka jatuhkan bom yang besar? 485 00:25:44,840 --> 00:25:48,520 Dengan menggunakan teori Einstein, yang saya sebut awal tadi, 486 00:25:48,600 --> 00:25:51,840 mereka mulakan Projek Manhattan yang dilakukan oleh lelaki bertopi, 487 00:25:51,920 --> 00:25:53,960 yang muncul dengan sesuatu yang menakutkan, 488 00:25:54,040 --> 00:25:56,640 bom atom dipanggil Little Boy, 489 00:25:56,720 --> 00:26:00,960 senjata paling berkuasa dengan nama paling salah pernah digunakan. 490 00:26:01,040 --> 00:26:02,560 Sekuat mana Little Boy itu? 491 00:26:03,200 --> 00:26:04,440 Mari anggap begini. 492 00:26:04,520 --> 00:26:08,760 Jika bom itu dijatuhkan di rumah Sean, bekas kekasih saya di Westhoughton, 493 00:26:08,840 --> 00:26:12,120 semua benda dari bulatan Chequerbent di A58 494 00:26:12,200 --> 00:26:14,840 sehingga kedai bunga di sebelah Kelab Golf Common 495 00:26:14,920 --> 00:26:16,600 pasti musnah semuanya. 496 00:26:17,120 --> 00:26:19,760 Letupan pertama pasti akan buat Sean lesap, 497 00:26:19,840 --> 00:26:21,880 sementara kabinet arked Pac-Man yang lama 498 00:26:21,960 --> 00:26:25,000 yang dia pernah baiki ketika hari jadi saya 499 00:26:25,080 --> 00:26:27,440 pasti tak boleh dimainkan 500 00:26:27,520 --> 00:26:29,840 akibat ribut api yang berlaku. 501 00:26:30,440 --> 00:26:33,400 Semua dari Wigan ke Bolton akan musnah menjadi abu. 502 00:26:33,480 --> 00:26:35,320 Middlebrook, hilang. 503 00:26:35,400 --> 00:26:36,840 Bickershaw, hilang. 504 00:26:36,920 --> 00:26:39,040 Hindley Green? Lupakan saja. 505 00:26:39,120 --> 00:26:40,440 KEMENANGAN! JEPUN MENYERAH 506 00:26:40,520 --> 00:26:43,600 Ketakutan bom atom menamatkan Perang Dunia Kedua. 507 00:26:43,680 --> 00:26:45,120 Semua orang sudah muak, 508 00:26:45,200 --> 00:26:47,800 dan dunia setuju untuk kali kedua dalam episod ini 509 00:26:47,880 --> 00:26:49,080 untuk tidak berperang lagi. 510 00:26:49,600 --> 00:26:51,280 Janji yang tidak dimungkiri 511 00:26:51,360 --> 00:26:54,560 selama 52 saat dalam episod 5. 512 00:26:55,120 --> 00:26:57,600 Tenang rasanya apabila menyedari 513 00:26:57,680 --> 00:27:00,400 sekarang, kita tak ada senjata nuklear? 514 00:27:00,480 --> 00:27:03,160 Bergantung pada orang yang awak rujuk sebagai "kita". 515 00:27:03,240 --> 00:27:05,040 Orang British ada senjata nuklear 516 00:27:05,120 --> 00:27:08,520 dan baru-baru ini mereka putuskan untuk tingkatkan… 517 00:27:09,120 --> 00:27:11,440 jumlah kepala peledak yang mereka miliki. 518 00:27:11,520 --> 00:27:15,080 Tapi, tapi pelurunya kosong, bukan? Semuanya kosong. 519 00:27:15,160 --> 00:27:16,480 Taklah. Langsung tidak. 520 00:27:16,560 --> 00:27:20,600 Ia sistem misil yang berupaya penuh dengan kepala peledak nuklear. 521 00:27:20,680 --> 00:27:22,280 Banyak negara yang memilikinya. 522 00:27:23,280 --> 00:27:25,960 Saya rasa perang nuklear dan ancaman kemusnahan nuklear 523 00:27:26,040 --> 00:27:27,360 kekal bersama kita. 524 00:27:37,480 --> 00:27:40,440 Baiklah. Boleh kita cakap tentang sesuatu yang lebih ceria? 525 00:27:40,520 --> 00:27:41,880 Boleh saja. 526 00:27:45,440 --> 00:27:46,640 Awak suka Abba? 527 00:27:46,720 --> 00:27:47,920 - Saya suka Abba. - Ya. 528 00:27:48,000 --> 00:27:49,720 - Yakah? - Ya. 529 00:27:49,800 --> 00:27:51,280 Apa lagu kegemaran Abba awak? 530 00:27:51,360 --> 00:27:53,600 - "Dancing Queen". - Ya, "Dancing Queen". 531 00:27:55,160 --> 00:27:56,360 Ia hebat, bukan? 532 00:27:58,000 --> 00:28:01,560 Episod seterusnya, kita akan lihat Perang Dingin antara Tidur dan Barat 533 00:28:01,640 --> 00:28:03,880 membuka jalan untuk rock n' roll, 534 00:28:03,960 --> 00:28:05,720 yang membuka jalan untuk hippie yang berlawanan budaya, 535 00:28:05,800 --> 00:28:09,600 yang membuka jalan untuk Steve Jobs mencipta komputer dan telefon pintar, 536 00:28:09,680 --> 00:28:11,720 yang membuka jalan untuk sosial media, 537 00:28:11,800 --> 00:28:14,680 yang membuka jalan untuk membatalkan semua kemajuan 538 00:28:14,760 --> 00:28:16,600 yang manusia telah buat setakat ini. 539 00:28:18,000 --> 00:28:20,840 Media sosial telah memecahbelahkan manusia, bukan? 540 00:28:20,920 --> 00:28:23,040 Seperti hal yang berlaku pada beruang. 541 00:28:23,120 --> 00:28:24,320 Beruang apa? 542 00:28:24,400 --> 00:28:25,280 Beruang kutub. 543 00:28:47,320 --> 00:28:50,000 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida