1 00:00:06,000 --> 00:00:09,200 Dalam episod lepas peradaban manusia yang berkemungkinan besar 2 00:00:09,280 --> 00:00:11,120 akan menang anugerah, 3 00:00:11,200 --> 00:00:15,200 saya kongsikan cara nenek moyang kita jalani kesedaran spiritual yang mendadak 4 00:00:15,280 --> 00:00:16,400 seperti Mak Cik Carol saya. 5 00:00:16,480 --> 00:00:19,960 Mereka temui guru yang menarik untuk diikuti seperti Mak Cik Carol. 6 00:00:20,760 --> 00:00:23,560 Namun, mereka bukan macam dia, yang tinggalkan suami…. 7 00:00:23,640 --> 00:00:26,760 untuk tinggal di ladang di Wales bersama lapan wanita lagi, 8 00:00:26,840 --> 00:00:29,160 dalam keadaan yang saya tak boleh cerita lebih-lebih 9 00:00:29,240 --> 00:00:33,040 kerana ia disiasat Polis Wales Utara. 10 00:00:33,120 --> 00:00:34,920 Dunia kita berubah selamanya 11 00:00:35,000 --> 00:00:37,680 sebagai pesanan keagamaan tentang toleransi dan kemaafan 12 00:00:37,759 --> 00:00:42,200 memberi ilham kepada manusia untuk berjuang selama beratus tahun. 13 00:00:42,280 --> 00:00:44,800 Namun dunia perlu meluaskan mindanya 14 00:00:44,880 --> 00:00:48,280 kemudian musnah oleh kuasa lebih besar yang berbeza. 15 00:00:48,960 --> 00:00:52,320 Manusia hampir mengalami kelahiran semula 16 00:00:52,400 --> 00:00:54,320 dengan adanya Zaman Pembaharuan, 17 00:00:54,400 --> 00:00:58,120 di planet yang sama kita tinggal hari ini, 18 00:00:58,200 --> 00:01:01,120 batuan angkasa yang berkilauan yang bernama bumi. 19 00:01:14,400 --> 00:01:18,160 EPISOD TIGA: ZAMAN RENAISSANCE TIDAK AKAN DISIARKAN 20 00:01:19,600 --> 00:01:21,520 Pada tahun 1440, 21 00:01:21,600 --> 00:01:24,000 bukan sekarang, tetapi tahun 1440 dahulu, 22 00:01:24,520 --> 00:01:27,280 satu ciptaan akan mencetuskan cahaya 23 00:01:27,360 --> 00:01:29,200 dengan pelbagai kemungkinan. 24 00:01:30,400 --> 00:01:33,280 Beberapa abad yang lalu, orang China mencipta cetakan, 25 00:01:33,360 --> 00:01:35,240 namun tiada sesiapa di Eropah peduli 26 00:01:35,320 --> 00:01:37,360 sehinggalah media cetak dicipta lagi 27 00:01:37,440 --> 00:01:40,320 oleh orang Jerman bernama Johannes Steve Gutenberg. 28 00:01:40,400 --> 00:01:43,480 Media Gutenberg merupakan yang pertama dalam sejarah, 29 00:01:43,560 --> 00:01:45,240 kecuali sejarah China. 30 00:01:45,320 --> 00:01:50,200 Adakah media cetak mengubah apa-apa kepentingannya? 31 00:01:50,280 --> 00:01:52,000 Jika Gutenberg tak mencipta cetakan…. 32 00:01:52,080 --> 00:01:53,080 AHLI SEJARAH CETAKAN 33 00:01:53,160 --> 00:01:56,480 yang bermaksud idea itu boleh disampaikan ke seluruh dunia, 34 00:01:57,280 --> 00:02:00,680 budaya kita takkan berkembang dengan cara yang sama sekarang. 35 00:02:00,760 --> 00:02:04,640 Jadi dia telah banyak mengembangkan dunia moden hari ini. 36 00:02:04,720 --> 00:02:06,880 Jadi itu idea kepentingan awak? 37 00:02:08,520 --> 00:02:12,440 Buku pertama yang dicetak oleh media Gutenberg ialah Bible. 38 00:02:12,520 --> 00:02:14,720 Selain daripada menyebarkan kata-kata Tuhan, 39 00:02:14,800 --> 00:02:17,520 ia juga menyebarkan ilmu ahli sains, ahli falsafah, 40 00:02:17,600 --> 00:02:19,480 dan akhirnya Dan Brown. 41 00:02:19,560 --> 00:02:20,960 DAN BROWN KOD DA VINCI 42 00:02:22,240 --> 00:02:24,000 Menulis buku baru memerlukan masa yang lama. 43 00:02:24,080 --> 00:02:26,240 Jadi untuk beri tugas kepada media mereka, 44 00:02:26,320 --> 00:02:28,520 mereka kembali ke masa lalu 45 00:02:28,600 --> 00:02:31,240 dalam mencari bahan lama untuk ditulis semula. 46 00:02:32,000 --> 00:02:33,920 Begitulah falsafah Yunani purba 47 00:02:34,000 --> 00:02:37,280 tiba-tiba kembali gemilang dan mengagumkan manusia. 48 00:02:37,360 --> 00:02:40,880 Pada ketika itu, ramai hidup orang suram dan tidak menyeronokkan 49 00:02:40,960 --> 00:02:42,440 seperti Pak Cik Martin saya. 50 00:02:42,520 --> 00:02:44,720 Hobi mereka hanyalah membuat kerja berat, 51 00:02:44,800 --> 00:02:47,160 mati kerana wabak atau diseksa. 52 00:02:47,240 --> 00:02:50,440 Setahu mereka, beginilah kehidupan. 53 00:02:51,440 --> 00:02:54,640 Bagi mereka, apabila didedahkan dengan falsafah Yunani purba 54 00:02:54,720 --> 00:02:58,640 tak membosankan seperti sekarang, tetapi pengalaman yang membuka minda 55 00:02:58,720 --> 00:03:01,320 yang ubah cara pandangan mereka terhadap diri. 56 00:03:01,400 --> 00:03:03,880 Seperti kawan saya, Paul, yang makan brownie ketamin 57 00:03:03,960 --> 00:03:06,240 dan ingat dia boleh berhubung secara telepati 58 00:03:06,320 --> 00:03:08,360 dengan haiwan yang dia lihat di televisyen. 59 00:03:09,160 --> 00:03:12,760 Walaupun Paul akhirnya dikurung demi keselamatannya sendiri, 60 00:03:12,840 --> 00:03:16,040 nenek moyang kita memutuskan untuk mengubah dunia. 61 00:03:21,560 --> 00:03:22,920 Inilah Florence. 62 00:03:23,000 --> 00:03:26,760 Orang Itali menggelarnya Firenze untuk halang pelancong daripada mencarinya. 63 00:03:26,840 --> 00:03:27,960 Namun ia memang Florence 64 00:03:28,040 --> 00:03:30,080 sebab kami dah periksa berkali-kali di peta Britain. 65 00:03:31,240 --> 00:03:34,840 Florence mungkin kelihatan seperti kucar-kacir, 66 00:03:34,920 --> 00:03:37,720 namun pada abad ke-15, ia menjadi pusat 67 00:03:37,800 --> 00:03:41,880 artistik yang tidak pernah berlaku dan fenomena budaya. 68 00:03:41,960 --> 00:03:44,480 Apa itu "Renais' sauce"? 69 00:03:44,560 --> 00:03:47,120 Adakah itu sos tomato abad ke-16? 70 00:03:47,200 --> 00:03:49,600 Renaissance berasal daripada bahasa Perancis. 71 00:03:49,680 --> 00:03:53,240 Renaissance. "Naissance" ialah "kelahiran". 72 00:03:53,320 --> 00:03:55,440 Jadi ia ditafsirkan sebagai kelahiran semula. 73 00:03:55,520 --> 00:03:57,280 Jadi ia bukan sejenis perasa? 74 00:03:57,360 --> 00:03:59,560 - Setahu saya, bukan. - Okey. 75 00:03:59,640 --> 00:04:02,200 Sos apa yang mereka guna ketika itu? 76 00:04:02,280 --> 00:04:06,280 Jadi ini bidang sejarah yang saya kurang arif, 77 00:04:06,360 --> 00:04:08,080 iaitu sejarah sos. 78 00:04:08,160 --> 00:04:10,040 Jadi awak bukan pakar sos? 79 00:04:10,120 --> 00:04:12,400 Saya bukan pakar sos yang berpengaruh. 80 00:04:14,440 --> 00:04:16,720 Kita kena mula semula seluruh temu bual ini. 81 00:04:18,120 --> 00:04:19,760 Ketika zaman Pembaharuan, 82 00:04:19,840 --> 00:04:23,200 Florence menghasilkan artis yang pertama kalinya dalam sejarah 83 00:04:23,279 --> 00:04:26,839 cukup cekap untuk menghasilkan lukisan yang berbaloi dilihat. 84 00:04:26,920 --> 00:04:30,680 Salah satu tukang lukis yang cekap ialah Botticelli. 85 00:04:31,640 --> 00:04:33,280 Jadi ini lukisan apa? 86 00:04:33,360 --> 00:04:36,880 Jadi ini lukisan Alessandro Botticelli bernama Kelahiran Venus. 87 00:04:36,960 --> 00:04:39,840 Ini salah satu lukisan terhebat pada Zaman Pembaharuan. 88 00:04:39,920 --> 00:04:40,920 PENGARAH, V&A EAST 89 00:04:41,000 --> 00:04:44,160 Jadi kita boleh tahu beginilah kelahiran Venus? 90 00:04:44,240 --> 00:04:47,320 Ia menggambarkan watak mitos, 91 00:04:47,400 --> 00:04:49,280 jadi ia mengandungi metafora. 92 00:04:49,360 --> 00:04:51,800 - Jadi beginilah dewi…. - Ya. 93 00:04:51,880 --> 00:04:55,480 ….muncul menjadi manusia, bukannya dilahirkan. 94 00:04:55,560 --> 00:04:57,040 Lehernya sangat jenjang. 95 00:04:57,120 --> 00:05:01,080 Adakah Venus separuh zirafah atau dia tak pandai lukis leher? 96 00:05:04,400 --> 00:05:05,800 Lehernya…. 97 00:05:05,880 --> 00:05:10,240 menunjukkan tanda kecantikan, dan pelukis boleh panjangkan lagi leher…. 98 00:05:10,320 --> 00:05:11,840 Saya nampak kesilapan di sini. Tengok. 99 00:05:11,920 --> 00:05:14,240 Lelaki ini tiupkan angin dan rambut Venus menggerbang. 100 00:05:14,320 --> 00:05:16,120 Tapi lihat pokok di sebelah kanan. 101 00:05:16,200 --> 00:05:18,080 Langsung tak bergerak. Tiada angin. 102 00:05:18,160 --> 00:05:21,040 Saya rasa lukisan orang-orang ini telah disunting. 103 00:05:21,120 --> 00:05:22,760 Semuanya palsu. 104 00:05:23,440 --> 00:05:27,880 Artis terkenal yang lain menghasilkan lukisan 3D atau arca, 105 00:05:27,960 --> 00:05:31,520 contoh paling terkenal ialah lelaki tak berpakaian ini 106 00:05:31,600 --> 00:05:34,200 yang dikenali sebagai David Michelangelo. 107 00:05:34,720 --> 00:05:37,800 Jika anda dapat lihat bahagian sulitnya, 108 00:05:37,880 --> 00:05:40,440 anda akan perasan perincian yang mengagumkan 109 00:05:40,520 --> 00:05:42,680 di seluruh badan Michelangelo. 110 00:05:43,480 --> 00:05:46,520 Ia ada anak mata macam Furby. 111 00:05:46,600 --> 00:05:48,560 Ototnya sangat terperinci. 112 00:05:48,640 --> 00:05:49,920 Lihatlah perutnya. 113 00:05:50,000 --> 00:05:53,520 Ia membuktikan gim tak beguna sebab dulu tiada gim, 114 00:05:53,600 --> 00:05:55,200 tapi lihatlah betapa tegap badannya. 115 00:05:55,280 --> 00:05:58,360 Kemudian urat yang nampak nyata di belakang tangannya, 116 00:05:58,440 --> 00:06:01,000 dengan jarinya berlumuran darah. 117 00:06:01,520 --> 00:06:04,120 Walaupun dengan semua perincian ini, 118 00:06:04,200 --> 00:06:07,680 pemeriksaan segera pada belakang badannya mendedahkan dia tiada anus. 119 00:06:07,760 --> 00:06:09,880 Ia satu kekurangan yang tidak difahami. 120 00:06:09,960 --> 00:06:12,240 Mungkin pemahat arca itu malu 121 00:06:12,320 --> 00:06:15,600 atau model itu perlu balik awal pada hari itu atau memang tiada anus. 122 00:06:15,680 --> 00:06:17,240 Kita tak tahu. 123 00:06:19,080 --> 00:06:22,120 Pakar Zaman Pembaharuan yang tak dapat dipertikaikan 124 00:06:22,200 --> 00:06:25,440 ialah manusia bernama Leonardo da Vinci. 125 00:06:27,480 --> 00:06:29,480 Ini Lelaki Vitruvian. 126 00:06:29,560 --> 00:06:32,720 Ia sejenis lukisan oleh Leonardo pada tahun 1490. 127 00:06:32,800 --> 00:06:34,600 PAKAR DAN CENDEKIAWAN LEONARDO DA VINCI 128 00:06:34,680 --> 00:06:35,720 Ini untuk apa? 129 00:06:38,120 --> 00:06:39,680 Apa kegunaannya? 130 00:06:39,760 --> 00:06:44,360 Kegunaannya ialah Leonardo mahu tahu 131 00:06:44,440 --> 00:06:49,920 cara melukis perkadaran badan manusia. 132 00:06:50,000 --> 00:06:52,760 Saja nak tahu, awak boleh lihat ini juga? 133 00:06:52,840 --> 00:06:53,760 Saya tak bayangkannya? 134 00:06:54,760 --> 00:06:57,240 Ada tak versi dia pakai seluar dalam? 135 00:06:57,320 --> 00:06:59,000 Tidak…. 136 00:06:59,720 --> 00:07:01,480 Dia fikir tak apa, bukan? 137 00:07:01,560 --> 00:07:03,240 Ia agak biadab, bukan? 138 00:07:03,320 --> 00:07:05,040 Taklah. 139 00:07:05,120 --> 00:07:07,200 Sebab kecantikan…. 140 00:07:07,280 --> 00:07:11,200 Kecantikan badan manusia…. 141 00:07:11,280 --> 00:07:13,880 Lihat bahagian sulitnya. Tak cantik pun. 142 00:07:16,840 --> 00:07:17,680 Lihatlah. 143 00:07:18,440 --> 00:07:21,440 Leonardo juga mengisi banyak buku nota 144 00:07:21,520 --> 00:07:24,440 dengan lukisan ciptaan yang lebih maju pada zaman mereka. 145 00:07:25,120 --> 00:07:25,960 Apa itu? 146 00:07:26,720 --> 00:07:28,200 Ini mesin terbang. 147 00:07:28,280 --> 00:07:31,040 Ia seperti helikopter. 148 00:07:31,120 --> 00:07:33,080 Nampak tak meyakinkan. 149 00:07:33,160 --> 00:07:38,240 Macam kawan saya, Paul, cipta mesin injak untuk haiwan bela tunangnya, ular. 150 00:07:38,320 --> 00:07:41,520 Lukisan untuk itu lebih meyakinkan daripada yang ini. 151 00:07:41,600 --> 00:07:43,320 Dia pula tengah berkhayal. 152 00:07:43,400 --> 00:07:46,320 Namun, prototaipnya buat kepala ular itu putus. 153 00:07:47,360 --> 00:07:48,600 Ya. 154 00:07:48,680 --> 00:07:51,360 Penamat teruk untuk parti hari jadi yang saya hadiri. 155 00:07:52,840 --> 00:07:54,560 Ciptaannya memang hebat, 156 00:07:54,640 --> 00:07:58,280 tetapi yang paling utama ialah lukisannya. 157 00:07:58,360 --> 00:07:59,720 Ini Mona Lisa, 158 00:07:59,800 --> 00:08:03,960 lukisan sebenar yang wujud di dunia kita dan dinding ini. 159 00:08:04,040 --> 00:08:07,680 Watak Mona Lisa yang membingungkan buat orang tertarik. 160 00:08:07,760 --> 00:08:11,160 Kita tak dapat baca mindanya macam semua wanita. 161 00:08:11,960 --> 00:08:14,800 Dengan melihat saja dan menimbulkan banyak persoalan. 162 00:08:14,880 --> 00:08:17,200 Siapa dia? Apa yang dia senyumkan? 163 00:08:17,720 --> 00:08:19,720 Adakah dia tengah tahan belon di kelangkangnya? 164 00:08:19,800 --> 00:08:21,760 Kalau betul, warna apa? 165 00:08:22,360 --> 00:08:25,000 Dia ada teman lelaki? Siapa namanya? 166 00:08:25,080 --> 00:08:27,680 Apa ada di kelangkangnya dan macam mana nak tahu? 167 00:08:28,360 --> 00:08:30,240 Jawapannya, tak boleh. 168 00:08:30,320 --> 00:08:33,560 Sebab itulah orang asyik datang setiap tahun 169 00:08:33,640 --> 00:08:35,800 untuk melihat dia dan tertanya-tanya. 170 00:08:35,880 --> 00:08:37,520 Kemudian berhenti tertanya dan balik. 171 00:08:38,320 --> 00:08:40,159 Walaupun nampak elok, 172 00:08:40,240 --> 00:08:43,840 karya da Vinci menunjukkan kepakaran teknik yang pertama ketika itu 173 00:08:43,919 --> 00:08:45,240 seperti dinyatakan di sini. 174 00:08:45,320 --> 00:08:46,880 Sebelum Zaman Pembaharuan, 175 00:08:46,960 --> 00:08:51,480 lukisan orang lain bersifat 2D. 176 00:08:51,560 --> 00:08:54,400 Itu kerana artis tiada perspektif. 177 00:08:54,480 --> 00:08:57,520 Macam kawan saya, Paul, yang tumbuk seorang pelayan TGI Fridays 178 00:08:57,600 --> 00:08:59,120 kerana terjatuhkan pai banofeenya. 179 00:08:59,840 --> 00:09:02,640 Lihatlah lukisan Jesus dari abad ke-14 ini 180 00:09:02,720 --> 00:09:04,520 yang sedang minum petang. 181 00:09:05,120 --> 00:09:07,080 Dimensinya semua salah. 182 00:09:07,160 --> 00:09:09,600 Biliknya sempit jadi ia nampak seperti ia berlaku 183 00:09:09,680 --> 00:09:11,640 dalam penutup kotak kadbod. 184 00:09:12,440 --> 00:09:14,680 Jesus dua kali ganda lebih besar daripada yang lain 185 00:09:14,760 --> 00:09:17,680 jadi nampak macam dia menikmati makan malam dengan budak sekolah. 186 00:09:17,760 --> 00:09:19,160 Bukan rupa yang bagus. 187 00:09:19,240 --> 00:09:21,600 Apa itu? Mangkuk atau kerang? 188 00:09:21,680 --> 00:09:23,360 Ini hasil pertukangan yang teruk. 189 00:09:23,440 --> 00:09:25,440 Sangat memalukan. 190 00:09:25,520 --> 00:09:27,160 Tak patut ada di muzium. 191 00:09:27,240 --> 00:09:31,080 Namun berbeza dengan Vinci yang hasilkan semula lukisan sama. 192 00:09:31,160 --> 00:09:33,960 Dia tahu perspektif melihat sesuatu. 193 00:09:34,040 --> 00:09:36,480 Lihatlah sudut dinding Santapan Terakhir ini, 194 00:09:36,560 --> 00:09:37,720 dan meja di sana. 195 00:09:37,800 --> 00:09:42,240 Anda hampir rasa anda boleh merangkak ke dalamnya dan khianati Jesus. 196 00:09:42,320 --> 00:09:46,400 Perspektif itu satu langkah besar untuk seni manusia, 197 00:09:46,480 --> 00:09:50,120 setara dengan keluaran Crash Bandicoot berabad tahun kemudian. 198 00:09:50,200 --> 00:09:54,400 Tak syak lagi Zaman Pembaharian agak penting untuk peradaban. 199 00:09:54,480 --> 00:09:58,080 Ia sepenting untuk pakar menentukannya. 200 00:09:58,760 --> 00:10:01,600 Yang mana lebih penting dari segi budaya, 201 00:10:01,680 --> 00:10:06,080 Zaman Pembaharuan atau "Single Ladies" nyanyian Beyoncé? 202 00:10:07,280 --> 00:10:09,120 Kedua-duanya ada zaman sendiri. 203 00:10:09,200 --> 00:10:10,800 Dua-dua ada masa sendiri. 204 00:10:12,640 --> 00:10:13,880 Saya juga agak minat Beyoncé. 205 00:10:13,960 --> 00:10:18,360 Namun Zaman Pembaharuan membentuk semula keseluruhan budaya. 206 00:10:18,440 --> 00:10:19,720 Apa-apa saja Beyoncé lakukan, 207 00:10:19,800 --> 00:10:21,800 saya rasa dia tiada matlamat itu. 208 00:10:21,880 --> 00:10:24,880 Jadi tugas beberapa orang putih itu 209 00:10:24,960 --> 00:10:26,840 untuk kalahkan Beyoncé? 210 00:10:26,920 --> 00:10:28,720 Itu maksud awak? Depan kamera? 211 00:10:31,640 --> 00:10:34,880 Zaman Pembaharuan mungkin telah mengembangkan minda, 212 00:10:34,960 --> 00:10:37,800 namun tanpa program seperti ini untuk mendidik mereka, 213 00:10:38,560 --> 00:10:42,080 orang masih jahil tentang planet yang mereka duduki. 214 00:10:42,960 --> 00:10:46,600 Kalau tanya orang desa zaman pertengahan tentang Amerika, mesti mereka bingung. 215 00:10:46,680 --> 00:10:48,360 Atau lebih teruk, tentang wabak. 216 00:10:49,800 --> 00:10:52,600 Kerana bagi mereka, peta dunia kelihatan begini, 217 00:10:52,680 --> 00:10:55,920 peta negara serabut yang mereka temui setakat ini, 218 00:10:56,000 --> 00:10:59,720 semuanya padat dengan Amerika entah di mana. 219 00:11:00,680 --> 00:11:02,640 Namun seorang lelaki mengubah semua itu. 220 00:11:02,720 --> 00:11:05,760 Kelasi dan detektif Itali, Christopher Columbo. 221 00:11:05,840 --> 00:11:08,920 Columbo ingat jika dia berlayar ke hujung peta, 222 00:11:09,000 --> 00:11:11,480 dia akan muncul di sebelah lagi seperti Pacman. 223 00:11:11,560 --> 00:11:13,400 Ia mungkin jalan pintas ke India, 224 00:11:13,480 --> 00:11:15,640 dan ia akan tinggalkan hantu yang mengekorinya. 225 00:11:15,720 --> 00:11:17,360 Ia satu risiko besar. 226 00:11:17,440 --> 00:11:20,360 Jika betul tanggapan Columbo, dia akan jadi jutawan. 227 00:11:20,440 --> 00:11:22,960 Jika dia salah, dia akan jadi bahan ketawa, 228 00:11:23,040 --> 00:11:23,960 tapi yang dah mati. 229 00:11:24,640 --> 00:11:27,400 Dia boleh hidup dengan itu dan sebab itulah dia belayar. 230 00:11:27,480 --> 00:11:29,960 Columbu gagal mencari India, 231 00:11:30,040 --> 00:11:34,040 namun kapalnya berhenti di Dunia Baru, Planet Bumi bahagian dua, 232 00:11:34,120 --> 00:11:36,080 iaitu Amerika. 233 00:11:36,160 --> 00:11:39,240 Sebelum itu, ramai yang mengikuti jejak langkahnya. 234 00:11:41,320 --> 00:11:42,760 Ini Plymouth. 235 00:11:42,840 --> 00:11:47,160 Sekumpulan penziarah berkumpul di sini pada tahun 1620 untuk kehidupan baik, 236 00:11:47,240 --> 00:11:50,240 yang mana tak mengejutkan kerana macam saya kata, ini Plymouth. 237 00:11:50,840 --> 00:11:54,000 Penziarah itu masuk ke dalam bot mereka, 238 00:11:54,080 --> 00:11:55,760 Starship Mayflower, 239 00:11:56,520 --> 00:12:00,400 dan dengan beraninya berlayar merentasi Lautan Atlantik ini 240 00:12:00,480 --> 00:12:03,720 untuk tiba di sebelah sana, tetapi masih di Plymouth. 241 00:12:03,800 --> 00:12:05,640 Mesti mereka kecewa. 242 00:12:06,160 --> 00:12:09,560 Mujurlah, rupa-rupanya bukan Plymouth ini yang mereka tinggalkan. 243 00:12:09,640 --> 00:12:14,160 Pada mulanya, penjajah Eropah rasa sukar untuk hidup di Dunia Baru. 244 00:12:14,240 --> 00:12:17,120 Mujurlah, ada orang Asli Amerika ajar mereka tanam jagung 245 00:12:17,200 --> 00:12:18,520 dan memancing. 246 00:12:18,600 --> 00:12:23,480 Sebagai pertukaran, penjajah itu kenalkan penyakit cacar kepada orang Asli Amerika. 247 00:12:23,560 --> 00:12:27,360 Peneroka tak pernah lupa jasa orang Asli Amerika pada mereka, 248 00:12:27,440 --> 00:12:30,880 walaupun mereka abaikannya apabila orang Asli Amerika dibunuh bertahun kemudian. 249 00:12:30,960 --> 00:12:34,200 Sementara Dunia Baru mengalami perubahan mendadak, 250 00:12:34,280 --> 00:12:38,040 kejayaan kontroversi melanda Dunia Lama. 251 00:12:38,800 --> 00:12:42,440 Pada awal taun 1600-an, seorang ahli sains bergaya hodoh ini 252 00:12:42,520 --> 00:12:45,840 akan mengubah perspektif manusia buat selamanya. 253 00:12:45,920 --> 00:12:47,440 Namanya Galileo, 254 00:12:47,520 --> 00:12:50,360 salah seorang figura sejarah yang menjadi sangat terkenal, 255 00:12:50,440 --> 00:12:52,200 dan dikenali dengan satu nama, 256 00:12:52,280 --> 00:12:55,920 seperti Churchill, Pepsi atau Garfield. 257 00:12:56,000 --> 00:13:00,560 Nama penuh Galileo ialah Galileo Figao Magnifico, bukan? 258 00:13:00,640 --> 00:13:04,000 Tak pastilah kalau itu betul. Saya tak tahu…. 259 00:13:04,080 --> 00:13:06,000 Itulah yang dikatakan dalam "Dominican Rhapsody". 260 00:13:06,680 --> 00:13:08,480 Maksud awak, "Bohemian Rhapsody"? 261 00:13:08,560 --> 00:13:09,640 Jadi siapa namanya? 262 00:13:09,720 --> 00:13:13,360 Setahu saya, namanya Galileo Galilei. 263 00:13:13,440 --> 00:13:16,120 - Galileo Galilei? - Ya. 264 00:13:16,200 --> 00:13:19,640 Macam saya yang dipanggil Philomena Philomeni. 265 00:13:20,800 --> 00:13:22,040 Sebenarnya, saya suka juga. 266 00:13:22,600 --> 00:13:25,680 Galileo cipta teleskop yang sangat hebat, 267 00:13:25,760 --> 00:13:28,320 sampai boleh nampak orang salin pakaian di Matahari. 268 00:13:28,400 --> 00:13:31,560 Biar betul! Semuanya nampak besar! 269 00:13:31,640 --> 00:13:33,760 Awak dah cuba tak? Hebat betul. 270 00:13:35,080 --> 00:13:36,240 Macam mana awak buat? 271 00:13:36,320 --> 00:13:38,800 Ada Galileo sebenar atau pelakon saja? 272 00:13:40,720 --> 00:13:42,160 Yang sebenar sedang sibukkah? 273 00:13:42,920 --> 00:13:47,560 Ilmu astronomi Galileo membawa kepada penemuan mengejutkan 274 00:13:47,640 --> 00:13:49,280 sampai Paus pun memujinya. 275 00:13:50,080 --> 00:13:51,680 Menurut Old Testament, 276 00:13:51,760 --> 00:13:54,880 matahari mengelilingi bumi, bukannya sebaliknya. 277 00:13:54,960 --> 00:13:57,200 Setakat yang gereja tahu, 278 00:13:57,280 --> 00:13:59,960 Galileo menggelar Bible itu penipu. 279 00:14:00,040 --> 00:14:01,840 Daripada melebih-lebih, 280 00:14:01,920 --> 00:14:04,880 mereka jalani upacara Kristian dengan menuduh dia menyeleweng 281 00:14:04,960 --> 00:14:07,680 dan mendapati dia bersalah dalam perbicaraan yang korup. 282 00:14:08,200 --> 00:14:12,280 Galileo dihukum kurung di rumah sepanjang hayatnya 283 00:14:12,360 --> 00:14:14,520 di planet yang dikelilingi matahari. 284 00:14:14,600 --> 00:14:16,960 Gereja berpendapat matahari mengelilingi bumi, 285 00:14:17,040 --> 00:14:20,040 namun Galileo berpendapat sebaliknya. 286 00:14:20,120 --> 00:14:22,240 Awak menyebelahi siapa? 287 00:14:22,320 --> 00:14:24,280 Pastinya pihak Galileo 288 00:14:25,280 --> 00:14:27,400 seperti pendapat gereja zaman sekarang. 289 00:14:27,480 --> 00:14:29,160 Mungkinkah kedua-duanya betul 290 00:14:29,240 --> 00:14:31,200 yang matahari dan bumi saling mengelilingi? 291 00:14:31,280 --> 00:14:32,720 Mesti semua orang puas hati. 292 00:14:32,800 --> 00:14:34,280 Boleh tak kita setuju saja? 293 00:14:34,880 --> 00:14:38,160 Kalaulah dia mencipta mesin keabadian, 294 00:14:38,240 --> 00:14:40,280 bukannya teleskop tak berguna, 295 00:14:40,360 --> 00:14:43,680 mesti Galileo masih hidup untuk lihat ideanya diterima. 296 00:14:43,760 --> 00:14:46,480 Sayangnya, dia tak sebijak itu. 297 00:14:47,760 --> 00:14:51,600 Seperti sains, dunia falsafah juga berkembang 298 00:14:51,680 --> 00:14:53,960 disebabkan pemikir hebat seperti lelaki ini. 299 00:14:54,520 --> 00:14:57,240 Siapakah Jim Des Cart? 300 00:14:57,320 --> 00:15:00,920 Saya tak tahu Jim Des Cart…. 301 00:15:01,000 --> 00:15:02,840 PROFESOR FALSAFAH AGAMA 302 00:15:02,920 --> 00:15:06,560 ….tapi saya kenal René Descartes yang sering dikenali 303 00:15:06,640 --> 00:15:08,880 sebagai pengasas falsafah moden. 304 00:15:08,960 --> 00:15:12,640 Apa maksudnya dengan "Aku fikir, dan aku wujud"? 305 00:15:14,000 --> 00:15:19,720 Maksud Descartes ialah kesedaran diri, 306 00:15:19,800 --> 00:15:22,240 jiwa nurani 307 00:15:22,320 --> 00:15:26,240 merupkan ciri-ciri definisi identiti manusia. 308 00:15:26,320 --> 00:15:29,800 Sebenar. Kalau saya fikir yang saya wujud, 309 00:15:29,880 --> 00:15:31,520 macam mana dengan orang lain? 310 00:15:31,600 --> 00:15:33,520 Adakah mereka fikir mereka wujud? 311 00:15:33,600 --> 00:15:37,120 Macam mana nak tahu fikiran mereka yang mereka wujud? 312 00:15:37,200 --> 00:15:41,160 Atau saya cuma fikir mereka fikir yang mereka wujud, 313 00:15:41,240 --> 00:15:44,640 namun sebenarnya, mereka tak nyata dan saya saja fikir mereka nyata? 314 00:15:44,720 --> 00:15:47,280 Adakah awak fikir awak wujud sekarang? 315 00:15:48,280 --> 00:15:51,400 Saya tak kata kewujudan saya 316 00:15:51,480 --> 00:15:54,720 bergantung pada pemikiran saya, 317 00:15:55,280 --> 00:15:59,320 tapi bukan itu kenyataan yang Descartes nak buat. 318 00:15:59,400 --> 00:16:02,040 Bolehkah kita anggap kita orang lain? 319 00:16:02,120 --> 00:16:05,720 Contoh, kalau saya fikir betul-betul 320 00:16:05,800 --> 00:16:07,320 yang saya Eddie Murphy, 321 00:16:08,120 --> 00:16:10,480 bolehkah saya jadi dia? 322 00:16:10,560 --> 00:16:14,280 Kalau saya jadi dia, adakah dia akan jadi saya 323 00:16:14,360 --> 00:16:16,560 atau dia akan menghilang? 324 00:16:16,640 --> 00:16:19,240 Ada tak Des Carts bincang tentang hal ini? 325 00:16:20,800 --> 00:16:26,240 Setahu saya, bukan itu topik yang Descartes bincangkan. 326 00:16:26,320 --> 00:16:27,240 Kenapa tidak? 327 00:16:28,360 --> 00:16:32,640 Descartes beri ilham kepada gerakan intelektual iaitu Zaman Pencerahan 328 00:16:32,720 --> 00:16:35,480 ketika karangan elitis metroseksual yang disiarkan 329 00:16:35,560 --> 00:16:39,640 yang mengembangkan horizon manusia dalam cara yang cemerlang 330 00:16:39,720 --> 00:16:44,360 sehinggalah lagu tekno Belgium 1989 "Pump Up The Jam" dikeluarkan. 331 00:17:01,000 --> 00:17:04,000 VIDEO INI BERDASARKAN RAWATAN 72 HALAMAN OLEH WILLIAM GOLDMAN, 332 00:17:04,080 --> 00:17:06,600 PENULIS PEMENANG OSCAR UNTUK ALL THE PRESIDENT'S MEN 333 00:17:07,880 --> 00:17:11,280 TECHNOTRONIC MENDAPAT NAMA DENGAN MENGGABUNGKAN PERKATAAN "TEKNO", 334 00:17:11,359 --> 00:17:14,160 BERMAKSUD MUZIK TARIAN DAN "TRONIC" BERMAKSUD "TRONIK" 335 00:17:15,160 --> 00:17:21,079 KELUARAN ASLI "PUMP UP THE JAM" DATANG DENGAN KUDA PERCUMA 336 00:17:22,560 --> 00:17:25,720 PADA 7:16 PETANG, 28 DISEMBER 1879, JAMBATAN DUNDEE'S TAY RUNTUH 337 00:17:25,800 --> 00:17:28,720 KETIKA KERETA API LALU. 60 PENUMPANG MAUT 338 00:17:30,079 --> 00:17:31,960 Lelaki yang terperangkap dalam lukisan ini 339 00:17:32,040 --> 00:17:35,440 ialah ahli falsafah Zaman Pencerahan, Jean-Jacques Rousseau, 340 00:17:35,520 --> 00:17:39,120 nama orang Perancis sampai boleh dipanggil Pierre Baguette 341 00:17:39,200 --> 00:17:40,280 tetapi tidak, 342 00:17:40,360 --> 00:17:42,280 dan sebab itulah saya tak panggil begitu. 343 00:17:43,080 --> 00:17:47,600 Rousseau menulis, "Manusia itu bebas, tetapi terkurung di mana-mana." 344 00:17:48,120 --> 00:17:49,760 Dia impikan masyarakat baru 345 00:17:49,840 --> 00:17:52,120 iaitu manusia menentukan takdir mereka sendiri. 346 00:17:52,200 --> 00:17:54,920 Ia impian sama yang menarik penjajah 347 00:17:55,000 --> 00:17:58,160 ke Dunia baru dengan bot. 348 00:17:59,320 --> 00:18:03,480 Selepas tiba di Amerika untuk bina hidup berdasarkan kerja keras, 349 00:18:03,560 --> 00:18:06,920 ramai penjajah mendapati yang mereka malas, 350 00:18:07,000 --> 00:18:10,120 jadi mereka bawa orang dari Afrika dan suruh orang Afrika yang buat. 351 00:18:10,720 --> 00:18:12,880 Anda mungkin rasa inilah orang 352 00:18:12,960 --> 00:18:14,400 yang dimaksudkan Rousseau 353 00:18:14,480 --> 00:18:17,360 apabila dia kata manusia perlu buang rantainya. 354 00:18:17,440 --> 00:18:18,840 Malangnya, tidak. 355 00:18:18,920 --> 00:18:21,800 Seperti manusia lain, dia jumpa jalan keluar yang bijak. 356 00:18:21,880 --> 00:18:25,880 Dengan tidak menganggap hamba itu manusia, dia bebas untuk tak ambil peduli. 357 00:18:25,960 --> 00:18:28,000 Rupa-rupanya, sekitar waktu itu, 358 00:18:28,080 --> 00:18:30,840 penjajah mula berminat dengan kebebasan. 359 00:18:32,360 --> 00:18:33,800 Malangnya, 360 00:18:33,880 --> 00:18:37,240 mereka cuma berminat dengan kebebasan diri bukannya kebebasan hamba. 361 00:18:37,760 --> 00:18:42,400 Tanah jajahan British diperintah oleh raja dan lukisan garis, George III. 362 00:18:43,200 --> 00:18:48,360 Namun hubungan antara Inggeris Kuno dan Dunia Baru menjadi dingin. 363 00:18:48,440 --> 00:18:53,600 Apa yang memulakan ketegangan antara orang British dan Amerika? 364 00:18:53,680 --> 00:18:56,440 Adakah kerana kamu sebut "cookies" dan kami kata "biscuits" 365 00:18:56,520 --> 00:18:59,320 dan kamu kata "sidewalk" dan kami kata "pavement"? 366 00:18:59,400 --> 00:19:00,600 Sebab saya rasa dalam hubungan, 367 00:19:00,680 --> 00:19:03,680 benda kecil begitulah yang lama-kelamaannya menjengkelkan. 368 00:19:03,760 --> 00:19:05,200 Ia lebih teruk daripada itu. 369 00:19:05,280 --> 00:19:08,160 Britain memutuskan mahu kenakan cukai kepada tanah jajahan 370 00:19:08,240 --> 00:19:09,920 dan ini tak pernah berlaku. 371 00:19:10,000 --> 00:19:12,960 Jadi ia cuma percanggahan tentang wang? 372 00:19:13,040 --> 00:19:16,760 Keadaan itu sama macam saya dan bekas kekasih saya, Sean. 373 00:19:17,560 --> 00:19:20,920 Apabila kami bungkus makanan atau "tapau", macam yang kamu kata, 374 00:19:21,960 --> 00:19:26,120 kadangkala, dia selalu berkeras yang kami bayar separuh-separuh 375 00:19:26,200 --> 00:19:29,400 tetapi dia mahu beli benda macam cucur bawang, 376 00:19:29,480 --> 00:19:31,160 yang mana dia tahu saya tak suka. 377 00:19:31,240 --> 00:19:33,160 Ia buat nafasnya berbau. 378 00:19:34,320 --> 00:19:38,640 Jadi saya terpaksa bayar separuh. Bagi saya, itu tak adil. 379 00:19:39,280 --> 00:19:40,200 Bagi awak macam mana? 380 00:19:41,120 --> 00:19:42,360 Kalau ikutkan, tidak. 381 00:19:42,440 --> 00:19:44,960 Tak. Itu pendapat profesor, Sean. 382 00:19:47,080 --> 00:19:49,680 Akhirnya, di Boston pada tahun 1773, 383 00:19:49,760 --> 00:19:52,600 sekumpulan penjajah rasa yang mereka dah muak. 384 00:19:52,680 --> 00:19:57,240 Jadi apabila orang Boston marah dengan orang British, 385 00:19:57,320 --> 00:20:01,200 mereka cuma adakan parti teh mewah 386 00:20:01,280 --> 00:20:04,600 bukannya adakan pergaduhan macam orang British biasa? 387 00:20:04,680 --> 00:20:07,880 Kenapa mesti ada watak si pengecut 388 00:20:07,960 --> 00:20:10,320 di Amerika sehinggalah hari ini? 389 00:20:10,400 --> 00:20:13,960 Saya rasa watak pengecut dalam hal itu 390 00:20:14,040 --> 00:20:17,360 ialah mereka berpakaian sebagai orang Asli Amerika 391 00:20:17,440 --> 00:20:19,240 dan tiada orang perkenalkan nama mereka. 392 00:20:19,320 --> 00:20:21,360 Namun adakah awak sendiri mahu 393 00:20:21,440 --> 00:20:24,560 masuk penjara sedangkan tak perlu pun? 394 00:20:26,560 --> 00:20:28,840 Saya rasa bergantung pada kemudahannya. 395 00:20:29,880 --> 00:20:32,800 Biadab tentang teh itu satu perkara, 396 00:20:32,880 --> 00:20:36,120 tetapi perkara lebih teruk akan tiba. 397 00:20:36,200 --> 00:20:39,800 Pada 1776, ketua 13 tanah jajahan 398 00:20:39,880 --> 00:20:42,800 memutuskan mereka tak mahu lagi digelar orang "British", 399 00:20:42,880 --> 00:20:44,160 tetapi orang Amerika. 400 00:20:44,720 --> 00:20:48,640 Kumpulan besar orang putih ini dikenali sebagai Bapa Pengasas, 401 00:20:48,720 --> 00:20:51,680 mendraf teks penamat yang paling terkenal dalam sejarah, 402 00:20:51,760 --> 00:20:54,200 Pengisytiharan Kemerdekaan. 403 00:20:54,280 --> 00:20:57,760 Semua orang di sini menjadi idola, sekiranya anda orang Amerika. 404 00:20:57,840 --> 00:20:59,520 Kalau tidak, mereka bukan begitu. 405 00:21:00,200 --> 00:21:03,680 Ia mencetuskan perang antara orang Amerika dan British. 406 00:21:04,200 --> 00:21:06,840 Oleh sebab belum ada orang yang mencipta penyamaran, 407 00:21:06,920 --> 00:21:10,000 tentera British ketika itu memakai kot merah terang 408 00:21:10,080 --> 00:21:14,040 yang ribuan ditembak secara berterusan ketika nampak hebat. 409 00:21:14,760 --> 00:21:18,480 Lukisan ini menggambarkan salah satu kejadian utama perang, 410 00:21:18,560 --> 00:21:21,560 George Washington menyeberangi Sungai Delaware. 411 00:21:21,640 --> 00:21:24,800 Seperti yang anda lihat, dia perlu berdiri sepanjang perjalanan 412 00:21:24,880 --> 00:21:26,720 sebab dia tak tempah tempat duduk. 413 00:21:26,800 --> 00:21:29,800 Dia tak terjatuh, tetapi juga tak membantu untuk mendayung 414 00:21:29,880 --> 00:21:31,520 dan itu semestinya menjengkelkan. 415 00:21:32,040 --> 00:21:34,040 Akhirnya, Washington menang, 416 00:21:34,120 --> 00:21:36,400 menjadi presiden Amerika pertama, 417 00:21:36,480 --> 00:21:41,040 satu-satunya peranan terhormat di dunia sehingga 2016. 418 00:21:41,120 --> 00:21:45,240 Washington dan bapa pengasas yang lain menulis Perlembagaan, 419 00:21:45,320 --> 00:21:47,680 satu buku pengajaran manual untuk negara baru mereka 420 00:21:47,760 --> 00:21:51,440 yang mengandungi konsep politikal yang paling berpengaruh. 421 00:21:51,520 --> 00:21:55,800 Saya ada baca yang Amerika bukan sekadar negara, tetapi sebuah idea. 422 00:21:56,520 --> 00:21:59,160 Ia cuma sebuah negara, bukan? 423 00:21:59,240 --> 00:22:01,080 Ia diasaskan atas sebuah idea, 424 00:22:01,160 --> 00:22:03,640 jadi ia telah diaturkan…. 425 00:22:03,720 --> 00:22:08,000 sentiasa diatur dengan idea ia tanah kebebasan untuk semua orang. 426 00:22:08,080 --> 00:22:10,800 Ya, tetapi makan sandwic juga satu idea. 427 00:22:10,880 --> 00:22:13,040 Cat basikal warna biru, itu pun satu idea. 428 00:22:13,120 --> 00:22:14,720 Buat begini…. 429 00:22:14,800 --> 00:22:15,920 Itu juga satu idea. 430 00:22:16,000 --> 00:22:17,880 Amerika cuma satu tempat. 431 00:22:18,920 --> 00:22:22,200 Revolusi Amerika mengejutkan satu dunia, 432 00:22:22,280 --> 00:22:23,560 apatah lagi planet ini. 433 00:22:23,640 --> 00:22:26,200 Ia sangat mengejutkan Perancis, 434 00:22:26,280 --> 00:22:29,840 tempat orang biasa terpaksa mengemis dalam kekotoran 435 00:22:30,520 --> 00:22:34,160 sementara orang kaya hidup mewah dan mencipta ropol. 436 00:22:34,760 --> 00:22:38,640 Kemudian, Jacques sudah bosan dengan pemerintah mereka, Raja Lois XVI, 437 00:22:38,720 --> 00:22:41,280 dan isterinya, Mary "and Toinette", 438 00:22:41,360 --> 00:22:43,160 yang menikmati gaya hidup mewah 439 00:22:43,240 --> 00:22:45,760 sementara orang miskin dipaksa bertahan dengan kek. 440 00:22:47,000 --> 00:22:51,920 Akhirnya pada tahun 1789, ia berubah menjadi revolusi bebas. 441 00:22:52,920 --> 00:22:55,840 Orang miskin menumbangkan raja dan cipta mesin 442 00:22:55,920 --> 00:22:58,200 yang boleh menyingkirkan kerabat diraja selamanya. 443 00:23:00,040 --> 00:23:02,160 Gilotin direka khas 444 00:23:02,240 --> 00:23:05,640 sebagai cara paling berperikemanusiaan untuk memancung seseorang 445 00:23:05,720 --> 00:23:07,800 di depan kerumunan penonton yang mengejek. 446 00:23:07,880 --> 00:23:12,760 Letak saja kepala kerabat diraja di ruang memotong di sini, 447 00:23:12,840 --> 00:23:16,720 kemudian bilah tajam di atas sana akan jatuh dan penggal kepala mereka 448 00:23:16,800 --> 00:23:19,880 dan memisahkannya daripada leher dan badan. 449 00:23:19,960 --> 00:23:22,680 Ketika itu, mereka mungkin fikir mereka dah terlepas, 450 00:23:22,760 --> 00:23:25,160 tetapi rasa kemenangan itu singkat, 451 00:23:25,240 --> 00:23:28,400 kerana selepas itu, mereka akan terlungkup dahulu 452 00:23:28,480 --> 00:23:31,040 ke dalam bakul rotan yang kasar ini. 453 00:23:32,760 --> 00:23:35,640 Jika anda lihat, tiada pelapik di sini. 454 00:23:35,720 --> 00:23:38,320 Jadi, ia akan menyebabkan lebam teruk 455 00:23:38,400 --> 00:23:40,200 atau mungkin konkusi. 456 00:23:40,280 --> 00:23:41,640 Saya rasa lebih teruk. 457 00:23:41,720 --> 00:23:43,560 Ia bole buat kepala anda terkeluar dari pedati 458 00:23:43,640 --> 00:23:45,480 dan dibawa dekat dengan bangunan. 459 00:23:46,200 --> 00:23:50,320 Walaupun begitu, gilotin mesti ada impak besar pada sesiapa 460 00:23:50,400 --> 00:23:52,200 terutamanya Raja Louis. 461 00:23:52,280 --> 00:23:55,960 Dengan kepalanya dipenggal, dia tak dapat membiak atau pakai mahkota 462 00:23:56,040 --> 00:23:59,720 dan semestinya menganggur dalam apa-apa bidang kerja. 463 00:23:59,800 --> 00:24:03,080 Mungkin sebab itu dia pilih untuk berundur daripada kehidupan awam 464 00:24:03,160 --> 00:24:04,800 sejurus selepas ia berlaku. 465 00:24:04,880 --> 00:24:07,240 Revolusi Perancis bukanlah pertama kali 466 00:24:07,320 --> 00:24:11,200 ketika orang awam bangkit menentang elit dan mungkin bukan yang terakhir. 467 00:24:11,280 --> 00:24:15,240 Banyak revolusi tentang orang miskin menumbangkan orang kaya. 468 00:24:15,320 --> 00:24:17,560 Awak rasa jutawan seperti Elon Musk 469 00:24:17,640 --> 00:24:20,000 patut risau kalau kena pancung? 470 00:24:20,080 --> 00:24:22,080 FOCH PROFESOR KESUSASTERAAN PERANCIS 471 00:24:22,160 --> 00:24:25,120 Saya rasa Revolusi Perancis pasti dah buat ramai orang 472 00:24:25,200 --> 00:24:29,320 yang sangat berkuasa rasa risau tentang kewujudan mereka. 473 00:24:29,400 --> 00:24:31,920 Saya rasa Elon Musk patut cipta mesin elektronik 474 00:24:32,000 --> 00:24:35,360 yang memenggal kepalanya sendiri sebelum berlakunya mogok. 475 00:24:35,440 --> 00:24:37,360 Awak lebih tahu tentang hal ini berbanding saya. 476 00:24:37,440 --> 00:24:39,080 Saya teka saja. Ya. 477 00:24:40,160 --> 00:24:43,800 Kemudian, Perancis kata lelaki kuat diperlukan untuk uruskan hal itu, 478 00:24:43,880 --> 00:24:46,840 dan mereka jumpa seorang dalam bentuk Maharaja Napoleon. 479 00:24:46,920 --> 00:24:50,320 Tiada kaitan dengan Penguin Maharaja seperti yang kita dah pastikan kali ini. 480 00:24:51,120 --> 00:24:54,040 Napoleon banyak sertai perang di darat dan laut, 481 00:24:54,120 --> 00:24:56,720 yang menyebabkan kos yang mahal untuk cipta semula 482 00:24:56,800 --> 00:24:59,040 dokumentari sejarah untuk hari ini. 483 00:25:01,960 --> 00:25:05,360 Dengan kesan bunyi untuk lukisan perang macam ini, 484 00:25:05,440 --> 00:25:07,680 ia menggambarkan keadaannya, 485 00:25:07,760 --> 00:25:10,360 namun masih ada bahan utama yang hilang. 486 00:25:10,440 --> 00:25:13,640 Runut bunyi muzik klasik adalah satu-satunya 487 00:25:13,720 --> 00:25:16,240 yang boleh buat perang Napoleon terasa nyata. 488 00:25:23,800 --> 00:25:25,920 Lihat? Lebih baik. 489 00:25:26,800 --> 00:25:30,360 Mujurlah, muzik klasik disempurnakan di semua tempat di Eropah 490 00:25:30,440 --> 00:25:33,320 oleh komposer bernama Beethoven. 491 00:25:34,880 --> 00:25:39,360 Betulkah ada kuda hidup dewasa sebenar yang berada dalam wajah Beethoven? 492 00:25:40,800 --> 00:25:42,600 Maaf, salah susun ayat. 493 00:25:42,680 --> 00:25:45,720 Maksud saya, betulkah Beethoven bagus dalam muzik? 494 00:25:47,040 --> 00:25:49,520 Ya! Dia dianggap komposer terbaik…. 495 00:25:49,600 --> 00:25:50,920 KOMPOSER, PROFESOR MUZIK 496 00:25:51,000 --> 00:25:52,480 ….muzik klasik Barat. 497 00:25:52,560 --> 00:25:54,560 Beethoven tulis lagu yang berbunyi 498 00:25:59,080 --> 00:26:00,800 Apa maksud lirik itu? 499 00:26:01,760 --> 00:26:04,800 Ia motif orkestra yang sangat kuat. 500 00:26:04,880 --> 00:26:06,880 Ia cuma ulangan perkataan "dum". 501 00:26:06,960 --> 00:26:11,040 Adakah itu kritikan untuk penontonnya atau itu bahasa Jerman? 502 00:26:11,120 --> 00:26:16,280 Dengan simfoni muzik Beethoven, semuanya cuma instrumen. 503 00:26:16,360 --> 00:26:21,080 Jadi langsung tiada perkataan dalam karya ini. 504 00:26:21,160 --> 00:26:23,640 Tiada lirik? Macam mana kita nak tahu kandungannya 505 00:26:23,720 --> 00:26:24,920 kalau tak ada lirik? 506 00:26:25,000 --> 00:26:26,480 Ia langsung tak ada makna. 507 00:26:27,400 --> 00:26:30,880 Walaupun menikmati kejayaan hebat dengan karyanya yang tiada guna, 508 00:26:30,960 --> 00:26:34,680 Beethoven berdepan dengan cabaran peribadi terbesar dalam kariernya. 509 00:26:34,760 --> 00:26:37,680 Adakah benar pada tahun terakhir kerjayanya, 510 00:26:37,760 --> 00:26:39,120 Beethoven mati? 511 00:26:40,400 --> 00:26:42,600 Dia pekak selama hampir sepanjang hayat. 512 00:26:42,680 --> 00:26:44,280 - Setidaknya, separuh hayat. - Tak, mati. 513 00:26:44,360 --> 00:26:45,600 - Mati? - Ya. 514 00:26:47,000 --> 00:26:48,200 Tidak. 515 00:26:48,280 --> 00:26:50,640 Penerbit ada tulis dalam nota. 516 00:26:50,720 --> 00:26:52,440 Memang ada di sini. 517 00:26:53,240 --> 00:26:54,240 - Biar saya lihat. - Dia…. 518 00:26:55,920 --> 00:27:00,280 "Pada akhir hayatnya, Beethoven meninggal." 519 00:27:00,360 --> 00:27:02,120 Pekak. 520 00:27:02,200 --> 00:27:04,160 P-E-K-A-K. 521 00:27:04,240 --> 00:27:06,200 Memanglah dia pekak lepas dia mati, 522 00:27:06,280 --> 00:27:10,480 tapi adakah dia pekak semasa masih hidup? 523 00:27:10,560 --> 00:27:12,440 Ya, memang pekak. 524 00:27:12,520 --> 00:27:14,680 - Ya, memang pekak. - Tapi tak mati? 525 00:27:14,760 --> 00:27:15,920 - Dia tak mati…. - Dia tak mati. 526 00:27:16,000 --> 00:27:18,720 - ketika dia masih hidup. - Taklah. 527 00:27:18,800 --> 00:27:21,000 Macam mana dia tulis muzik sedangkan dia pekak? 528 00:27:22,480 --> 00:27:25,640 Pada 26 Mac 1827, 529 00:27:25,720 --> 00:27:27,760 Beethoven meninggal 530 00:27:27,840 --> 00:27:30,760 dan kebijaksanaannya dianggap hilang selamanya. 531 00:27:30,840 --> 00:27:32,200 Sehingga sekarang. 532 00:27:32,760 --> 00:27:35,240 Pengkaji Silicon Valley telah cipta semula fikirannya 533 00:27:35,320 --> 00:27:38,160 dan memasangnya ke dalam pembesar suara pintar, 534 00:27:38,240 --> 00:27:40,080 B8-Hoven Smart Home Plus. 535 00:27:40,160 --> 00:27:41,440 Mari lihat fungsinya. 536 00:27:42,200 --> 00:27:45,280 B8-Hoven, cipta simfoni baru. 537 00:27:45,360 --> 00:27:46,400 Was war das? 538 00:27:47,040 --> 00:27:49,120 Cipta simfoni baru! 539 00:27:49,200 --> 00:27:50,560 Di mana saya? 540 00:27:50,640 --> 00:27:52,880 Apa? Buat saja kerja awak. 541 00:27:52,960 --> 00:27:55,880 Mein Gott, gelapnya! Kenapa saya berbahasa Inggeris? 542 00:27:55,960 --> 00:27:57,240 - Saya tak nampak kaki. - Begini…. 543 00:27:58,200 --> 00:28:00,000 mainkan saja senarai siar malam Jumaat saya. 544 00:28:00,080 --> 00:28:01,520 Memainkan senarai siar malam Jumaat. 545 00:28:03,120 --> 00:28:05,080 Kenapa saya buat ini? 546 00:28:05,160 --> 00:28:07,480 Mein Gott im Himmel, bunuhlah saya. 547 00:28:12,240 --> 00:28:15,720 Seperti yang kita dah lihat, dalam masa beratus tahun sahaja, 548 00:28:15,800 --> 00:28:16,920 manusia telah menjalani 549 00:28:17,000 --> 00:28:20,760 banyak siri budaya yang besar dan revolusi politik. 550 00:28:20,840 --> 00:28:23,720 Seterusnya, saya akan tunjukkan revolusi yang lebih besar. 551 00:28:23,800 --> 00:28:28,680 Revolusi Perindustrian dalam titisan peluh dan keringat, 552 00:28:28,760 --> 00:28:32,200 pesawat, kereta api, kereta dan pesawat lagi. 553 00:28:32,280 --> 00:28:34,880 Selama beberapa tahun, manusia cuba cipta kapal terbang. 554 00:28:35,520 --> 00:28:38,440 Kenapa kita berminat sangat nak menguasai langit? 555 00:28:38,520 --> 00:28:39,760 Tiada apa-apa di atas sana. 556 00:28:39,840 --> 00:28:41,600 Bukan ada tempat duduk pun. 557 00:29:02,920 --> 00:29:06,040 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida