1 00:00:09,000 --> 00:00:11,440 Inilah planet kita. 2 00:00:11,520 --> 00:00:12,840 Planet bumi. 3 00:00:12,920 --> 00:00:15,880 Saya betul-betul berada di planet ini sekarang. 4 00:00:15,960 --> 00:00:18,240 Melainkan anda menonton ini dalam penerbangan jarak jauh 5 00:00:18,320 --> 00:00:20,240 atau ketika jatuh dari bangunan, 6 00:00:20,320 --> 00:00:22,200 ada peluang untuk anda berada di sini. 7 00:00:22,280 --> 00:00:26,680 Ini kisah menarik tentang manusia mengubah dunia kita 8 00:00:26,760 --> 00:00:29,680 daripada lambakan alam semula jadi yang tak berguna seperti ini 9 00:00:29,760 --> 00:00:32,400 untuk perkara moden sepenuhnya seperti ini, 10 00:00:32,480 --> 00:00:36,000 dan cara ia berfungsi menggunakan tangan sahaja 11 00:00:36,960 --> 00:00:38,440 serta imaginasi 12 00:00:38,520 --> 00:00:41,720 termasuk alatan, elektrik dan Internet. 13 00:00:42,680 --> 00:00:45,680 Ia satu pengembaraan yang akan membawa saya ke seluruh pelosok dunia, 14 00:00:45,760 --> 00:00:48,560 biarpun dengan wang dan sekatan perjalanan pandemik, 15 00:00:49,240 --> 00:00:52,960 mendekati beberapa kejayaan paling menarik oleh spesies kita. 16 00:00:53,040 --> 00:00:54,040 TEATER LYCEUM 17 00:00:54,120 --> 00:00:55,960 Saya akan bertanya soalan… 18 00:00:56,520 --> 00:00:57,600 Siapa awak? 19 00:00:57,680 --> 00:01:00,440 …kepada ahli akademik, cendekiawan dan pakar 20 00:01:00,520 --> 00:01:04,080 yang akan bantu saya merungkai misteri peradaban manusia. 21 00:01:04,160 --> 00:01:07,640 Kenapa mereka kata cara binaan piramid itu misteri 22 00:01:07,720 --> 00:01:11,240 sedangkan ia jelasnya cuma batu bata besar dalam bentuk tiga segi? 23 00:01:12,760 --> 00:01:15,280 Bukan ini saja kisah planet tempat kita diami. 24 00:01:15,360 --> 00:01:19,000 Ini kisah dunia tempat kita duduki. Atau kedua-duanya. 25 00:01:19,080 --> 00:01:21,080 Jadi sertai saya, Philomena Cunk 26 00:01:21,160 --> 00:01:24,400 untuk tanda tempat di dunia yang kita bina bersama. 27 00:01:24,480 --> 00:01:27,600 Inilah Cunk on Earth! 28 00:01:42,320 --> 00:01:44,400 EPISOD SATU: PERMULAAN 29 00:01:44,480 --> 00:01:47,760 Selama berbilion tahun, peradaban di bumi tidak wujud. 30 00:01:47,840 --> 00:01:51,640 Cuma ada haiwan, tumbuhan dan gas yang bercampur. 31 00:01:51,720 --> 00:01:54,560 Ia semestinya indah, namun juga membosankan. 32 00:01:55,400 --> 00:01:58,400 Sehinggalah makhluk tiba yang akan mengubah semua itu. 33 00:01:58,480 --> 00:01:59,920 Manusia. 34 00:02:00,600 --> 00:02:02,560 Adakah manusia zaman prasejarah sama dengan kita? 35 00:02:02,640 --> 00:02:05,840 Adakah manusia dicipta daripada daging yang sama dengan kita? 36 00:02:05,920 --> 00:02:07,400 Adakah ia… 37 00:02:07,480 --> 00:02:10,080 Adakah ia mempunyai nama seperti daging lembu atau khinzir? 38 00:02:10,160 --> 00:02:12,360 Setahu kita, mereka dicipta sama seperti kita. 39 00:02:12,440 --> 00:02:13,600 AHLI ARKEOLOGI 40 00:02:13,680 --> 00:02:17,080 Kita semua ada tulang dan tulang mereka sama dengan kita. 41 00:02:17,160 --> 00:02:20,400 Kita cuma boleh jangka yang tulang diselaputi daging 42 00:02:20,480 --> 00:02:23,640 macam kita juga, tapi saya tak pasti jika ada gelaran 43 00:02:23,720 --> 00:02:24,640 untuk mereka. 44 00:02:24,720 --> 00:02:26,280 Jadi ia cuma daging sahaja? 45 00:02:26,360 --> 00:02:28,080 Ya, daging sahaja. 46 00:02:28,160 --> 00:02:30,520 Pasti sukar untuk fikirkan gelaran 47 00:02:30,600 --> 00:02:32,160 untuk daging manusia, bukan? 48 00:02:34,240 --> 00:02:35,120 "HuF"? 49 00:02:37,200 --> 00:02:39,160 Kita sering menganggap manusia prasejarah itu dungu 50 00:02:39,240 --> 00:02:41,640 kerana kening mereka tebal dan sebut "Ug," 51 00:02:41,720 --> 00:02:44,600 namun hakikatnya, mereka pencipta pelopor 52 00:02:45,840 --> 00:02:47,800 Mereka manusia pertama yang menggunakan alatan, 53 00:02:47,880 --> 00:02:51,320 iaitu sesuatu yang kebanyakan manusia hari ini lupa cara untuk melakukannya. 54 00:02:51,400 --> 00:02:54,360 Sebab itulah mereka perlu panggil seseorang, manusia sebenar. 55 00:02:56,600 --> 00:03:00,920 Bagaimana manusia prasejarah buat alatan ketika berjalan dengan empat kaki? 56 00:03:01,000 --> 00:03:04,720 Kami tak rasa mereka berjalan dengan empat kaki terlalu lama. 57 00:03:04,800 --> 00:03:06,840 Kami pasti yang mereka berjalan dengan tegak 58 00:03:06,920 --> 00:03:08,960 selama sekurang-kurangnya dua juta tahun yang lepas. 59 00:03:09,040 --> 00:03:12,160 Jadi mereka buat alatan dengan kaki depan 60 00:03:12,240 --> 00:03:13,800 atau kaki belakang? 61 00:03:13,880 --> 00:03:15,800 Saya rasa manusia tak mahir 62 00:03:15,880 --> 00:03:17,160 buat kerja dengan kaki, 63 00:03:17,240 --> 00:03:20,400 jadi mereka sepatutnya menggunakan kaki depan untuk buat alatan. 64 00:03:20,480 --> 00:03:23,400 Ya. Jadi dalam terma kaki, ia mungkin kaki atas? 65 00:03:23,480 --> 00:03:26,760 Ya. Saya rasa mereka pasti menggunakan kaki atas untuk buat alatan, 66 00:03:26,840 --> 00:03:29,920 atau lengan dan tangan yang kita gelar hari ini. 67 00:03:31,000 --> 00:03:33,680 Satu benda yang mereka cipta ialah api, 68 00:03:33,760 --> 00:03:36,400 yang membolehkan mereka melihat pada waktu malam dan menghangatkan badan, 69 00:03:36,480 --> 00:03:40,120 dan memanjangkan hayat mereka yang membosankan. 70 00:03:40,200 --> 00:03:43,720 Namun mereka perlu cipta sesuatu ketika malam yang panjang dan membosankan 71 00:03:43,800 --> 00:03:45,840 dan sesuatu itu adalah seni. 72 00:03:48,880 --> 00:03:53,480 Saya memasuki gua bukan dengan sengaja atau kerana saya serigala, 73 00:03:54,320 --> 00:03:58,640 tetapi kerana saya diminta oleh penerbit untuk datang ke sini 74 00:03:58,720 --> 00:04:00,360 untuk melihat seni gua. 75 00:04:01,640 --> 00:04:03,960 Lukisan gua seperti ini 76 00:04:04,040 --> 00:04:07,920 merupakan salah satu contoh peradaban di bumi. 77 00:04:10,000 --> 00:04:11,560 Jangan risau. Ia akan jadi semakin cantik. 78 00:04:12,680 --> 00:04:17,280 Artis gua prasejarah mula melukis benda yang hampir dengan tangan, 79 00:04:17,360 --> 00:04:18,720 seperti tangan mereka. 80 00:04:18,800 --> 00:04:21,079 Kemudian, mereka huraikannya menjadi cerita. 81 00:04:21,160 --> 00:04:24,880 Pada mulanya, cuma cerita membosankan tentang lembu yang tak bergerak. 82 00:04:25,440 --> 00:04:29,200 Kemudian, mereka mula cipta kejadian bergaduh yang mengujakan begini. 83 00:04:29,280 --> 00:04:32,200 Manusia lawan lembu 2D. 84 00:04:32,280 --> 00:04:34,560 Bagi orang zaman batu, rasa teruja itu sama 85 00:04:34,640 --> 00:04:36,640 dengan Fast and Furious ke-7. 86 00:04:38,000 --> 00:04:41,080 Ada tak apa-apa lukisan gua itu diadaptasi menjadi filem? 87 00:04:41,160 --> 00:04:44,360 Mungkin mereka tak dapat memahaminya dengan tepat, bukan? 88 00:04:44,440 --> 00:04:47,160 Perfileman muncul lebih lewat 89 00:04:47,240 --> 00:04:48,880 daripada penamat lukisan gua. 90 00:04:48,960 --> 00:04:51,080 Jadi tiada dinding gua yang ada 91 00:04:51,160 --> 00:04:53,360 kisah yang menarik. 92 00:04:53,440 --> 00:04:56,520 Perlu Steven Spielberg untuk membikinnya. 93 00:04:56,600 --> 00:04:59,440 Susah untuk cipta kisah selama sejam setengah 94 00:04:59,520 --> 00:05:01,880 berdasarkan satu panel di gua. 95 00:05:01,960 --> 00:05:05,400 Ada yang percaya imej ganas ini dilukis sebagai tanda keagamaan 96 00:05:05,480 --> 00:05:08,600 untuk membawa nasib baik dalam pertempuran akan datang. 97 00:05:08,680 --> 00:05:11,280 Kita tak tahu punca manusia berperang dengan lembu, 98 00:05:11,360 --> 00:05:13,360 dan secara tragiknya, kita takkan buat begitu. 99 00:05:13,440 --> 00:05:17,600 Sebenarnya, kita mungkin takkan tahu nama artis atau lembu-lembu ini 100 00:05:17,680 --> 00:05:21,000 sebab sesiapa yang lukis ini pasti sudah meninggal. 101 00:05:22,320 --> 00:05:25,520 Memburu haiwan setiap hari semestinya menyusahkan 102 00:05:25,600 --> 00:05:29,360 sehinggalah seseorang fikirkan idea untuk makan tumbuhan 103 00:05:29,440 --> 00:05:32,920 yang lebih mudah untuk didapati sebab ia takkan lari. 104 00:05:34,360 --> 00:05:39,280 Perbuatan malas ini membawa kepada ciptaan perladangan, 105 00:05:39,360 --> 00:05:42,640 satu langkah besar yang sekarang lebih berbahaya 106 00:05:42,720 --> 00:05:45,360 kerana anda mungkin melangkah ke mesin perladangan 107 00:05:45,440 --> 00:05:46,880 yang tiba-tiba berada di situ. 108 00:05:47,880 --> 00:05:51,120 Petani prasejarah menanam gandum dan belajar untuk buat roti. 109 00:05:51,760 --> 00:05:54,800 Mereka juga tanam barli, kacang pea dan lentil 110 00:05:54,880 --> 00:05:56,840 supaya mereka boleh buat burger vegan yang agak baik 111 00:05:56,920 --> 00:05:58,560 untuk diletakkan dalam roti 112 00:05:58,640 --> 00:06:00,920 tapi mujurlah, tak perlu. 113 00:06:01,960 --> 00:06:04,760 Kerana mereka juga cipta pagar ini, 114 00:06:04,840 --> 00:06:07,640 mesin kayu berteknologi tinggi untuk mengurung haiwan. 115 00:06:08,800 --> 00:06:12,360 Manusia mengurung bebiri, ayam, kambing 116 00:06:12,440 --> 00:06:15,360 dan musuh utama mereka, lembu. 117 00:06:15,440 --> 00:06:17,520 Ladang jadi tak ubah seperti zoo, 118 00:06:17,600 --> 00:06:21,160 tapi di zoo, kita tak boleh pilih haiwan yang kita suka, 119 00:06:21,240 --> 00:06:22,480 bunuh dan memakannya. 120 00:06:22,560 --> 00:06:25,640 Melainkan zoo itu sendiri ada masalah kewangan 121 00:06:25,720 --> 00:06:27,480 dan pemiliknya hilang punca. 122 00:06:28,120 --> 00:06:32,080 Haiwan yang tak boleh dimakan atau ditunggang dijadikan haiwan bela 123 00:06:32,160 --> 00:06:33,480 jika ia cukup cantik. 124 00:06:33,560 --> 00:06:36,800 Manusia prasejarah membela anjing sebagai peneman 125 00:06:38,040 --> 00:06:40,520 dan kucing untuk apa-apa saja alasan kita. 126 00:06:41,240 --> 00:06:46,000 Ini kali pertama dalam sejarah yang kehidupan digambarkan sebagai selesa. 127 00:06:46,080 --> 00:06:48,040 Manusia tinggal di rumah yang elok, 128 00:06:48,120 --> 00:06:51,080 yang kemudian berkembang menjadi bandar. 129 00:06:51,160 --> 00:06:53,200 Sukar untuk percaya saya berjalan di runtuhan 130 00:06:53,280 --> 00:06:55,960 bandar pertama ini, sebab sebenarnya bukan. 131 00:06:56,040 --> 00:06:59,920 Lokasinya di Iraq, berbatu-batu jauhnya dan sangat berbahaya. 132 00:07:00,000 --> 00:07:02,520 Namun rupa tinggalannya tak ubah seperti ini, 133 00:07:02,600 --> 00:07:04,320 jadi anda takkan tahu saya sebenarnya tak berada di sana 134 00:07:04,400 --> 00:07:06,520 kalau saya tak terberitahu anda. 135 00:07:07,960 --> 00:07:10,960 Hari ini, cuma ada batu bata dan habuk yang suram, 136 00:07:11,040 --> 00:07:14,920 tapi jika anda guna komputer moden untuk meniru cara terdahulu, 137 00:07:15,000 --> 00:07:18,600 hasilnya sangat menakjubkan. 138 00:07:18,680 --> 00:07:21,200 Peradaban telah bermula. 139 00:07:22,040 --> 00:07:24,040 Siapa yang mencipta peradaban? 140 00:07:24,640 --> 00:07:26,200 Peradaban bukanlah sesuatu… 141 00:07:26,280 --> 00:07:28,200 PROFESOR PENYERTAAN AWAM DALAM SAINS 142 00:07:28,280 --> 00:07:31,560 …yang dicipta atau sesuatu yang bermula secara mendadak. 143 00:07:31,640 --> 00:07:36,160 Kita berbincang tentang peradaban apabila manusia memulakan pertanian, 144 00:07:36,240 --> 00:07:40,320 apabila mereka mula bina bandar 145 00:07:40,400 --> 00:07:42,480 dan hasilkan undang-undang. 146 00:07:42,560 --> 00:07:45,080 Itu sesuatu yang berlaku secara perlahan-lahan 147 00:07:45,160 --> 00:07:47,880 di bahagian berbeza di dunia daripada dicipta secara tiba-tiba. 148 00:07:47,960 --> 00:07:53,360 Ya. Jadi, ia bukan seseorang yang tak mahu dikenali? 149 00:07:53,440 --> 00:07:54,480 Tidak. 150 00:07:55,160 --> 00:07:58,120 Sebab kalau betul, kita takkan ikut. 151 00:07:58,200 --> 00:07:59,640 Maksudnya, kita takkan ikut… 152 00:07:59,720 --> 00:08:03,720 Jika seseorang yang tak mahu dikenali, 153 00:08:03,800 --> 00:08:06,120 pasti ada sesuatu yang mencurigakan tentang itu, bukan? 154 00:08:06,720 --> 00:08:09,720 Jadi peradaban dicipta di Mesopotamia 155 00:08:09,800 --> 00:08:12,280 oleh orang atau orang yang tak dikenali. 156 00:08:12,360 --> 00:08:15,440 Tapi sesiapa pun mereka, mereka memang maju. 157 00:08:15,520 --> 00:08:18,760 Adakah orang Mesopotamia mempunyai ciri yang sama macam zaman sekarang? 158 00:08:18,840 --> 00:08:20,880 PEMBANTU PENYIMPAN SKRIP MESOPOTAMIA PURBA 159 00:08:20,960 --> 00:08:22,280 - Ya. - Seperti apa? 160 00:08:23,080 --> 00:08:27,440 Senjata, barang kemas, kuil, haiwan. 161 00:08:27,520 --> 00:08:31,680 Tak, maksud saya macam kaki dan kening. 162 00:08:31,760 --> 00:08:33,600 - Ya. - Betulkah? 163 00:08:34,160 --> 00:08:38,960 Mereka ada set organ yang lengkap, lubang, 164 00:08:39,039 --> 00:08:40,320 bahagian yang berfungsi bersama, 165 00:08:40,400 --> 00:08:42,960 bahagian di luar dan di dalam. 166 00:08:43,039 --> 00:08:45,559 Jadi mereka ada lubang yang sama? 167 00:08:45,640 --> 00:08:48,919 Ya, dari segi sains untuk meyakinkan awak. 168 00:08:50,120 --> 00:08:53,120 Salah satu alatan membunuh yang paling penting 169 00:08:53,200 --> 00:08:56,120 adalah sesuatu yang kita masih gunakan sekarang. 170 00:08:56,200 --> 00:08:57,200 Bulatan. 171 00:08:58,000 --> 00:09:01,000 Roda mungkin nampak rumit bagi anda, 172 00:09:01,080 --> 00:09:04,160 tapi sebenarnya, fungsinya mudah. 173 00:09:05,680 --> 00:09:11,440 Bulatan di sini menonjol di bahagian tengah, 174 00:09:11,520 --> 00:09:17,000 kemudian ketika permukaan roda ini ditolak di tanah, 175 00:09:17,080 --> 00:09:22,840 tekanan itu akan berguling dari atau ke arah anda, 176 00:09:22,920 --> 00:09:26,320 dan memberikan tanggapan bahawa anda bergerak ke hadapan, 177 00:09:26,400 --> 00:09:29,280 dan sebenarnya, itu memang betul. 178 00:09:31,160 --> 00:09:33,360 Roda membolehkan manusia mengembara untuk berdagang, 179 00:09:33,440 --> 00:09:36,880 tapi mereka perlu mengira dahulu barang yang mereka miliki, 180 00:09:36,960 --> 00:09:40,600 dan itu membawa kepada ciptaan Matematik yang hebat. 181 00:09:40,680 --> 00:09:42,320 Mari bercakap tentang matematik dan angka. 182 00:09:42,400 --> 00:09:45,680 Adakah angka itu kurang bernilai pada zaman purba 183 00:09:45,760 --> 00:09:48,360 atau nilainya sama seperti sekarang, cuma lebih besar? 184 00:09:49,240 --> 00:09:53,440 Angka pada zaman purba mempunyai nilai yang sama seperti sekarang. 185 00:09:53,520 --> 00:09:55,720 Manusia masih diperlukan untuk mengira. 186 00:09:55,800 --> 00:09:58,680 Mereka mempunyai angka yang sama macam kita, 187 00:09:58,760 --> 00:10:01,360 seperti daripada satu hingga 700, 188 00:10:01,440 --> 00:10:04,080 dan 700 itu angka terbesar? 189 00:10:04,160 --> 00:10:05,800 Tujuh ratus itu bukan angka terbesar. 190 00:10:05,880 --> 00:10:08,120 Kita boleh kira sebanyak mana yang kita mahu. 191 00:10:08,200 --> 00:10:10,600 Tak. Saya nampak video di YouTube 192 00:10:10,680 --> 00:10:13,440 bahawa selepas 700, angka itu berulang. 193 00:10:13,520 --> 00:10:16,480 Mereka cuma beri nama yang berbeza supaya kita fikir angkanya meningkat. 194 00:10:17,200 --> 00:10:18,720 Nak saya hantarkan kepada awak? 195 00:10:19,360 --> 00:10:23,000 Dengan angka yang meningkat tapi tidak lebih daripada 700, 196 00:10:23,080 --> 00:10:25,440 manusia perlukan sesuatu untuk bantu mereka mengira. 197 00:10:26,320 --> 00:10:27,960 Ketika itulah ini dicipta. 198 00:10:28,040 --> 00:10:30,280 Ia dipanggil sempoa. 199 00:10:31,160 --> 00:10:35,480 Dengan sempoa, moyang kita boleh mengira barang yang mereka miliki. 200 00:10:36,040 --> 00:10:39,320 Ia satu langkah kecil daripada ini sehingga ciptaan wang 201 00:10:40,000 --> 00:10:41,840 dengan bentuk tunai. 202 00:10:41,920 --> 00:10:45,320 Orang purba cipta mata wang untuk jadikan hidup di bumi lebih mudah 203 00:10:45,400 --> 00:10:48,440 tapi ketika berbuat begitu, mereka tidak sengaja mencipta kapitalisme, 204 00:10:48,520 --> 00:10:50,160 yang menyusahkan semua orang. 205 00:10:50,240 --> 00:10:53,440 Maaf, itu bukan soalan. Cuma maklumat yang saya baca di Twitter. 206 00:10:54,200 --> 00:10:55,960 Dengan menguasai angka, 207 00:10:56,040 --> 00:10:59,480 manusia beralih kepada sesuatu yang lebih membosankan 208 00:10:59,560 --> 00:11:01,800 dengan mencipta tulisan. 209 00:11:02,840 --> 00:11:06,440 Adakah ciptaan tulisan adalah satu perkembangan signifikan 210 00:11:06,520 --> 00:11:09,720 atau lebih kepada kejayaan kilat seperti metal rap? 211 00:11:10,440 --> 00:11:12,360 Saya rasa apabila adanya idea tulisan, 212 00:11:12,440 --> 00:11:15,760 apabila ia muncul di dunia, ia tidak boleh dihentikan. 213 00:11:15,840 --> 00:11:18,360 Jadi ia lebih besar daripada metal rap ketika itu? 214 00:11:18,440 --> 00:11:19,680 - Ya, lebih besar. - Ya. 215 00:11:19,760 --> 00:11:21,240 Macam mana dengan acid jazz? 216 00:11:23,240 --> 00:11:25,360 Saya mungkin akan menulis lagi tentangnya. 217 00:11:25,440 --> 00:11:27,280 Saya cuma nak tahu pendapat awak tentang acid jazz. 218 00:11:27,360 --> 00:11:28,560 Apa ini? 219 00:11:28,640 --> 00:11:30,360 Ia sejenis replika. Bukan yang sebenar. 220 00:11:30,440 --> 00:11:34,920 Ia bertujuan untuk menggantikan tablet tanah liat Mesopotamia 221 00:11:35,000 --> 00:11:36,480 ditulis dalam tulisan paku. 222 00:11:36,560 --> 00:11:39,920 Tulisan jenis pertama yang muncul di dunia, tulisan pada tablet tanah liat. 223 00:11:40,000 --> 00:11:43,520 Kalau ini buku, kulitnya agak membosankan, bukan? 224 00:11:43,600 --> 00:11:45,680 Tak nampak macam ia terbuka elok. 225 00:11:45,760 --> 00:11:48,560 Awak jenis orang yang menilai orang dari luaran? 226 00:11:48,640 --> 00:11:50,120 Ya, betul. 227 00:11:50,200 --> 00:11:52,640 Itu pendapat yang menyedihkan dan terpesong. 228 00:11:52,720 --> 00:11:57,160 Jika seseorang baca ini, adakah ini buku audio yang pertama? 229 00:12:02,360 --> 00:12:03,320 Tidak. 230 00:12:05,320 --> 00:12:06,960 Tulisan mengubah dunia. 231 00:12:07,040 --> 00:12:09,040 Tiba-tiba idea tak perlu hilang 232 00:12:09,120 --> 00:12:11,800 hanya kerana manusia yang fikirkannya telah mati. 233 00:12:13,000 --> 00:12:16,440 Sebaliknya, anda boleh tukarkan idea kepada tulisan 234 00:12:16,520 --> 00:12:18,640 dan orang lain akan ikut sekali 235 00:12:18,720 --> 00:12:21,400 dan muat naik idea itu ke dalam otak mereka sendiri 236 00:12:21,480 --> 00:12:24,560 dengan mengimportnya melalui mata. 237 00:12:25,720 --> 00:12:29,800 Walaupun dicipta berjuta tahun yang lalu, 238 00:12:29,880 --> 00:12:31,800 tulisan masih wujud hingga ke hari ini 239 00:12:31,880 --> 00:12:35,520 di bawah klip video yang kita tonton dalam talian. 240 00:12:35,600 --> 00:12:38,400 Di sini juga anda akan dapati bahasa buatan tangan yang lain 241 00:12:38,480 --> 00:12:41,040 yang masih bertahan, iaitu emoji. 242 00:12:41,120 --> 00:12:43,800 Atau orang Mesir purba yang menciptanya menggelar ia 243 00:12:43,880 --> 00:12:46,120 hiroglif. 244 00:12:46,200 --> 00:12:49,960 Mereka menceritakan kisah dalam kod hiroglif. 245 00:12:50,040 --> 00:12:52,360 Ia seperti komik Marvel yang koheren. 246 00:12:52,440 --> 00:12:56,440 Daripada ditunjukkan kepada orang awam untuk menikmatinya, 247 00:12:56,520 --> 00:13:00,520 komik orang Mesir ini dilukis pada dinding makam 248 00:13:00,600 --> 00:13:02,760 untuk menghiburkan si mati, 249 00:13:02,840 --> 00:13:06,480 dan makam itu ditanam di bangunan paling terkenal 250 00:13:06,560 --> 00:13:10,120 dan paling runcing dalam sejarah. 251 00:13:10,200 --> 00:13:11,640 Maksud saya, Piramid. 252 00:13:12,280 --> 00:13:14,720 Apabila melihat Piramid hari ini, mustahil untuk tak rasa kagum 253 00:13:14,800 --> 00:13:17,800 dengan memikirkan ia sebenarnya tiga segi besar 254 00:13:17,880 --> 00:13:19,680 dengan tapak empat segi. 255 00:13:19,760 --> 00:13:20,960 Mungkin ada perkataan untuk bentuk itu, 256 00:13:21,040 --> 00:13:23,400 tapi secara harfiahnya, tiada orang tahu namanya. 257 00:13:23,480 --> 00:13:26,640 Ia salah satu misteri Piramid yang tak lapuk dek zaman. 258 00:13:26,720 --> 00:13:28,880 Kenapa Piramid berbentuk begitu? 259 00:13:28,960 --> 00:13:31,880 Adakah untuk menghalang gelandangan tidur di situ? 260 00:13:31,960 --> 00:13:34,880 Saya rasa tak ramai gelandangan pada zaman Mesir purba. 261 00:13:34,960 --> 00:13:36,400 - Tiada? - Tidak. 262 00:13:36,480 --> 00:13:39,680 Saya rasa mereka saling menjaga dan membantu. 263 00:13:39,760 --> 00:13:43,600 Ya. Saya rasa bagus ketika hujan kerana ia akan mengalir. 264 00:13:43,680 --> 00:13:46,400 Macam mana orang Mesir membina Piramid? 265 00:13:46,480 --> 00:13:48,760 Adakah ia bermula di atas, kemudian di bawah 266 00:13:48,840 --> 00:13:50,720 atau sebaliknya? 267 00:13:50,800 --> 00:13:52,560 Mereka bermula dari bawah sehingga ke atas 268 00:13:52,640 --> 00:13:55,560 sebab pasti mustahil untuk mula dari atas ke bawah. 269 00:14:00,040 --> 00:14:02,280 Orang Mesir percaya perkara paling penting 270 00:14:02,360 --> 00:14:04,360 yang kita boleh buat dalam hidup ialah mati, 271 00:14:04,440 --> 00:14:08,320 dan semakin penting diri anda, semakin rumitlah kematian anda. 272 00:14:08,400 --> 00:14:11,480 Raja Mesir dikenali sebagai Firaun, 273 00:14:11,560 --> 00:14:12,520 dan apabila mereka mati, 274 00:14:12,600 --> 00:14:15,360 mereka dijadikan mumia yang terkenal. 275 00:14:16,280 --> 00:14:20,880 Orang Mesir purba taasub dengan orang mati, bukan? 276 00:14:20,960 --> 00:14:24,880 Namun, mereka sendiri sudah mati, jadi awak rasa mereka masih rasa begitu? 277 00:14:24,960 --> 00:14:28,280 Orang Mesir purba tidak taasub dengan orang mati, 278 00:14:28,360 --> 00:14:30,600 tapi mereka sebenarnya taasub dengan kehidupan. 279 00:14:30,680 --> 00:14:32,840 Mereka mahu hidup dan mereka mahu pastikan 280 00:14:32,920 --> 00:14:34,960 apabila mereka mati nanti, mereka akan hidup semula 281 00:14:35,040 --> 00:14:36,840 dan sebab itulah mereka melakukan mumifikasi. 282 00:14:36,920 --> 00:14:39,640 Jadi, macam mana mereka mumifikasi manusia? 283 00:14:39,720 --> 00:14:41,600 Ceritakan prosesnya. 284 00:14:41,680 --> 00:14:46,120 Letakkan mayat di atas meja, 285 00:14:46,200 --> 00:14:49,680 kemudian bersihkannya dan mula dengan keluarkan otaknya. 286 00:14:49,760 --> 00:14:53,920 Kemudian, mereka akan potong dari tengah badan, 287 00:14:54,000 --> 00:14:56,120 dan mereka akan keluarkan apa-apa yang mereka rasa akan mereput 288 00:14:56,200 --> 00:14:59,160 dan mereka akan menyalutnya dengan garam dan keringkan, 289 00:14:59,240 --> 00:15:02,920 balut dengan kain pembalut dan mumia pun siap. 290 00:15:03,000 --> 00:15:04,680 Jadi, itu seperti rawatan spa 291 00:15:04,760 --> 00:15:06,920 yang Gwyneth Paltrow buat setiap minggu. 292 00:15:07,800 --> 00:15:10,840 Pernah tak mumia tunggang basikal? 293 00:15:10,920 --> 00:15:12,440 Setahu saya, tiada. 294 00:15:12,520 --> 00:15:14,800 Orang Mesir purba tak ada basikal. 295 00:15:14,880 --> 00:15:16,840 - Ya. - Jalan pun tak ada. 296 00:15:16,920 --> 00:15:20,080 Jadi mereka tak ada basikal sebab tak boleh tunggang basikal. 297 00:15:20,160 --> 00:15:21,520 Saya tak tahu sebab saya tanya begitu. 298 00:15:22,160 --> 00:15:24,200 Saya cuma tak boleh fikirkan sesuatu untuk dikatakan. 299 00:15:26,920 --> 00:15:31,000 Ketika Firaun Mesir meninggalkan legasi kuil dan makam, 300 00:15:31,080 --> 00:15:35,480 di seberang laut, munculnya empayar yang lebih mengagumkan. 301 00:15:35,560 --> 00:15:38,320 Greece, sebuah negara, bukannya muzikal 302 00:15:38,400 --> 00:15:41,000 merupakan tempat lahirnya peradaban. 303 00:15:41,640 --> 00:15:44,800 Yunani purba cipta banyak benda yang masih ada hari ini 304 00:15:44,880 --> 00:15:46,640 seperti ubatan dan zaitun, 305 00:15:46,720 --> 00:15:51,120 dan banyak benda yang telah pupus seperti demokrasi dan rukun. 306 00:15:52,000 --> 00:15:54,240 Sama dengan runtuhan yang mengagumkan ini, 307 00:15:54,320 --> 00:15:58,840 Yunani purba juga mengembangkan budaya dengan yogurt, 308 00:15:58,920 --> 00:16:01,920 dan teater dengan bentuk yang membosankan. 309 00:16:02,000 --> 00:16:04,160 Orang Greek minat dengan tragedi. 310 00:16:04,240 --> 00:16:06,680 Dalam sebuah tragedi, perkara menyedihkan berlaku 311 00:16:06,760 --> 00:16:09,240 seperti orang mati atau bunuh diri 312 00:16:09,320 --> 00:16:12,960 tapi tragedi orang Yunani purba berlaku bertahun-tahun yang lalu. 313 00:16:13,040 --> 00:16:16,040 Adakah perkara yang berlaku pada mereka masih menyedihkan? 314 00:16:16,120 --> 00:16:17,360 Ia masih menyedihkan, 315 00:16:17,440 --> 00:16:21,880 sebab tragedi itu menceritakan kisah tentang manusia 316 00:16:21,960 --> 00:16:24,280 yang kita boleh kaitkan dalam beberapa kes. 317 00:16:24,360 --> 00:16:25,840 Tapi ia berlaku lama dahulu. 318 00:16:25,920 --> 00:16:27,720 Kenapa saya perlu kisah? 319 00:16:27,800 --> 00:16:32,600 Tragedi itu selalunya tentang keadaan manusia. 320 00:16:32,680 --> 00:16:35,400 Hari ini pun, jika awak tahu sendiri, 321 00:16:35,480 --> 00:16:37,320 awak akan bunuh ayah awak dan kahwini ibu awak, 322 00:16:37,400 --> 00:16:41,080 dan awak akan rasa kecewa seperti Oedipus. 323 00:16:41,160 --> 00:16:45,600 Mungkin saya tiada perasaan, tapi saya tak peduli tentang orang Yunani purba. 324 00:16:46,280 --> 00:16:47,720 Sayangnya. 325 00:16:47,800 --> 00:16:50,160 - Awak? - Saya ambil peduli. 326 00:16:50,240 --> 00:16:51,520 Ya, itu tugas saya. 327 00:16:52,200 --> 00:16:55,920 Kawan saya, Paul, tulis cerita tentang lelaki yang dapat kentang baru 328 00:16:56,000 --> 00:16:59,080 yang leka dalam permainan seks yang tidak bijak. 329 00:16:59,160 --> 00:17:01,240 Kemudian dia tulis itu dalam bentuk limerik. 330 00:17:01,320 --> 00:17:04,400 Tiada orang mati, tapi bunyinya dahsyat. 331 00:17:04,480 --> 00:17:06,320 Adakah itu satu tragedi 332 00:17:06,400 --> 00:17:10,440 atau adakah kentang itu mula bercambah dan bunuh dia untuk layak? 333 00:17:11,400 --> 00:17:13,880 Bunyinya macam insiden yang malang. 334 00:17:13,960 --> 00:17:17,119 Saya ta pasti kalau relevannya kekal 335 00:17:17,200 --> 00:17:18,960 yang mungkin menjadi tragedi. 336 00:17:19,040 --> 00:17:21,200 Paul kata ia betul-betul berlaku. 337 00:17:21,280 --> 00:17:23,440 Sejujurnya kebelakangan ini, itu yang dia alami. 338 00:17:23,520 --> 00:17:24,960 Dia sangat perlukan cuti. 339 00:17:26,960 --> 00:17:30,800 Orang Greek juga mencipta teater untuk orang dungu 340 00:17:30,880 --> 00:17:32,599 yang dikenali sebagai sukan. 341 00:17:32,680 --> 00:17:35,760 Mereka mulakan Sukan Olimpik tanpa menjemput negara lain 342 00:17:35,840 --> 00:17:37,560 untuk memastikan Greece akan menang. 343 00:17:38,600 --> 00:17:42,600 Petanding pada awal Olimpik mengambil bahagian dengan tak berbaju. 344 00:17:42,680 --> 00:17:45,880 sebahagiannya kerana susuk badan tegap dianggap sebagai mulia, 345 00:17:45,960 --> 00:17:48,600 tapi kebanyakannya kerana kain likra belum wujud. 346 00:17:48,680 --> 00:17:53,400 Saya dengar pada awal Olimpik, atlet perlu bertanding secara berbogel. 347 00:17:53,480 --> 00:17:56,280 Jadi mereka bertanding dengan berbogel. 348 00:17:56,360 --> 00:18:02,320 Ada juga tulisan tentang ini tentang pemandangan erotik. 349 00:18:02,400 --> 00:18:05,160 Dengan bergusti secara terdedah, 350 00:18:05,240 --> 00:18:07,800 mestilah mereka nampak pinggul dan sebagainya. 351 00:18:07,880 --> 00:18:10,880 Tak bolehkah mereka menutupnya untuk orang yang menonton di auditorium 352 00:18:10,960 --> 00:18:12,320 dengan cawat atau apa-apa? 353 00:18:13,120 --> 00:18:16,240 Atau minta penonton tutup mata setiap kali ada orang tunduk? 354 00:18:18,800 --> 00:18:20,560 Saya rasa itu mungkin tak berhasil. 355 00:18:20,640 --> 00:18:22,800 Tapi kita boleh nampak punggung seseorang. 356 00:18:23,640 --> 00:18:25,560 Dalam sesetengah kes, memang ada. 357 00:18:25,640 --> 00:18:28,600 Zeus pun setuju? 358 00:18:30,760 --> 00:18:34,480 Mungkin bentuk gusti yang orang Greek cipta 359 00:18:34,560 --> 00:18:36,120 ialah perlawanan gusti mental. 360 00:18:36,200 --> 00:18:40,040 Secara asasnya, falsafah ialah pemikiran, 361 00:18:40,120 --> 00:18:42,560 yang bunyinya macam membuang masa saja. 362 00:18:43,120 --> 00:18:45,880 Walaupun ahli falsafah mungkin pertikaikan bahawa mereka tak pernah 363 00:18:45,960 --> 00:18:47,960 membuang masa, 364 00:18:48,040 --> 00:18:50,000 sehingga pada satu tahap, anda berhenti bercakap dengan mereka 365 00:18:50,080 --> 00:18:51,680 dan buka sepaket biskut. 366 00:18:53,880 --> 00:18:57,280 Ini ahli falsafah Greek, tapi bukan yang sebenar. 367 00:18:57,360 --> 00:18:59,440 Mesti banyak habuk dan tinggal tulang. 368 00:18:59,520 --> 00:19:01,200 Kalau bertuah, mungkin jumpa gigi. 369 00:19:01,280 --> 00:19:04,200 Ini cuma arca yang dibuat daripada batu. 370 00:19:05,120 --> 00:19:09,400 Ahli falsafah Greek fikirkan teori baru yang berani tentang kehidupan di bumi. 371 00:19:09,480 --> 00:19:11,920 Sebab itulah kita masih tahu nama mereka hari ini 372 00:19:12,000 --> 00:19:15,200 walaupun sudah lama mereka tak keluarkan bahan baru. 373 00:19:15,280 --> 00:19:16,840 Socrates. 374 00:19:16,920 --> 00:19:18,440 Pythagoras. 375 00:19:18,520 --> 00:19:19,800 Yang ini. 376 00:19:19,880 --> 00:19:20,760 Dia. 377 00:19:21,920 --> 00:19:23,560 Ini pula Plato. 378 00:19:23,640 --> 00:19:26,640 Seperti anda lihat, walau dah berabad kematiannya, 379 00:19:26,720 --> 00:19:28,480 dia masih berfikir, 380 00:19:28,560 --> 00:19:30,880 mereka teori bijak di kepalanya. 381 00:19:30,960 --> 00:19:33,480 Kalaulah kita boleh letak mikrofon di sebelah otaknya 382 00:19:33,560 --> 00:19:36,240 dan dengar sendiri. Namun tidak boleh. 383 00:19:36,320 --> 00:19:37,760 Kalau boleh pun, ia dalam bahasa Greek, 384 00:19:37,840 --> 00:19:39,880 dan ia tak difahami oleh pasukan penerbitan kami. 385 00:19:41,240 --> 00:19:43,880 Plato menyerahkan kewibawaannya kepada seorang pelajar 386 00:19:43,960 --> 00:19:47,280 yang akan menjadi salah seorang pemikir berpengaruh sepanjang zaman, 387 00:19:47,880 --> 00:19:49,040 Aristotle. 388 00:19:49,120 --> 00:19:52,160 Aristotle kata banyak perkara yang bijak, bukan? 389 00:19:52,240 --> 00:19:55,840 Kegemaran saya ialah, "Menarilah seolah-olah tiada orang pandang." 390 00:19:55,920 --> 00:19:59,400 Ia sangat benar dan kita boleh gunakan dalam apa-apa saja. 391 00:20:00,560 --> 00:20:04,520 Sebab kadangkala, keyakinan saya agak rapuh 392 00:20:04,600 --> 00:20:07,400 dan saya tahu saya agak yakin, 393 00:20:07,480 --> 00:20:09,720 tapi apabila saya bercakap dengan pakar, 394 00:20:10,600 --> 00:20:15,000 saya risau yang saya akan dianggap sebagai dungu. 395 00:20:15,520 --> 00:20:19,000 Apabila saya fikir tentang "Menarilah seolah-olah tiada orang pandang", 396 00:20:19,080 --> 00:20:20,640 itu sangat membantu saya. 397 00:20:20,720 --> 00:20:21,920 Ia seperti hadiah. 398 00:20:22,640 --> 00:20:25,000 Apa yang buat Aristotle fikir begitu? 399 00:20:26,640 --> 00:20:30,120 Saya tak pasti yang Aristotle cakap sesuatu 400 00:20:30,200 --> 00:20:33,000 tentang menari ketika tiada orang pandang. 401 00:20:33,080 --> 00:20:35,280 Saya rasa dia tak cakap begitu. 402 00:20:35,360 --> 00:20:36,720 Dia yang cakap, bukan? 403 00:20:36,800 --> 00:20:39,840 Kalau betul, saya pun tak tahu dan tak tahu sebabnya, 404 00:20:39,920 --> 00:20:41,520 tapi saya rasa dia tak kata begitu. 405 00:20:42,680 --> 00:20:45,480 Ada sesuatu yang sama yang dia mungkin kata, 406 00:20:47,120 --> 00:20:49,960 sesuatu tentang keyakinan seseorang? 407 00:20:52,320 --> 00:20:53,800 Saya tak rasa begitu. 408 00:20:53,880 --> 00:20:54,720 Baiklah. 409 00:20:57,240 --> 00:20:58,160 Okey. 410 00:21:00,320 --> 00:21:03,520 Pakar mungkin tidak bersetuju tentang kata-kata mereka, 411 00:21:03,600 --> 00:21:07,080 tapi semestinya perintis Greek ini ubah cara pemikiran kita. 412 00:21:07,920 --> 00:21:10,880 Pernah tak ahli falsafah fikirkan idea yang penting 413 00:21:10,960 --> 00:21:12,200 sampai kepala mereka terbuka? 414 00:21:12,280 --> 00:21:13,320 PROFESOR FALSAFAH AGAMA 415 00:21:13,400 --> 00:21:14,240 Saya rasa tiada. 416 00:21:14,320 --> 00:21:16,680 Awak tahu tak otak manusia penuh dengan paip? 417 00:21:16,760 --> 00:21:18,680 - Ahli falsafah… - Tak. 418 00:21:19,320 --> 00:21:20,920 - Awak tak tahu tentang itu? - Saya tak tahu tentang itu. 419 00:21:21,000 --> 00:21:22,640 Otak penuh dengan paip. 420 00:21:22,720 --> 00:21:26,680 Awak tahu tak cara ahli falsafah berfikir 421 00:21:26,760 --> 00:21:31,560 dan mereka cuba untuk tolak pemikiran ini melalui paip itu? 422 00:21:31,640 --> 00:21:34,720 Apabila kita ada idea penting, adakah lebih baik untuk pecahkannya 423 00:21:34,800 --> 00:21:37,720 kepada pemikiran kecil tentang saiz kacang pea 424 00:21:37,800 --> 00:21:40,720 dan masukkan satu demi satu, 425 00:21:40,800 --> 00:21:43,800 atau buat keputusan sukar dan memaksanya keluar dari minda paip 426 00:21:43,880 --> 00:21:45,280 dalam satu gumpalan besar? 427 00:21:45,360 --> 00:21:48,040 Seperti mengetap gigi dan fikirkan tentang nyawa kita. 428 00:21:48,720 --> 00:21:51,960 Itu satu cara yang menarik 429 00:21:52,040 --> 00:21:56,200 untuk menggambarkan dua kecenderungan am dalam falsafah. 430 00:21:56,280 --> 00:21:59,600 Satu, gaya yang lebih analitis 431 00:21:59,680 --> 00:22:04,800 yang bermaksud kecilkan masalah menjadi bahagian kecil. 432 00:22:04,880 --> 00:22:09,200 - Kacang pea. - Satu lagi, pendekatan lebih sintetik, 433 00:22:09,280 --> 00:22:12,720 yang memerlukan perspektif lebih besar. 434 00:22:12,800 --> 00:22:16,880 Jadi, perwatakan itu sebenarnya 435 00:22:16,960 --> 00:22:19,880 gambaran yang agak menarik 436 00:22:19,960 --> 00:22:23,400 tentang dua elemen dalam falsafah terkini. 437 00:22:24,000 --> 00:22:24,920 Itu bagus? 438 00:22:25,000 --> 00:22:26,400 - Cemerlang. - Bagus. 439 00:22:28,280 --> 00:22:31,720 Sementara itu, Yunani purba disebarkan serata dunia 440 00:22:31,800 --> 00:22:34,600 oleh lelaki ini, Alexander the Great. 441 00:22:35,120 --> 00:22:38,560 Alexander the Great menjadi raja pada usia 20 tahun, 442 00:22:38,640 --> 00:22:41,840 menguruskan kempen tentera di serata Timur Tengah, 443 00:22:41,920 --> 00:22:46,240 dan mempunyai empayar yang luas dari Greece ke India 444 00:22:46,320 --> 00:22:48,160 ketika dia berusia 30 tahun. 445 00:22:48,240 --> 00:22:49,920 Bagaimana rupa rambutnya? 446 00:22:50,960 --> 00:22:51,840 Saya tak tahu. 447 00:22:54,360 --> 00:22:58,000 Alexander bukan satu-satunya bintang besar dengan empayarnya sendiri. 448 00:22:58,080 --> 00:23:02,360 Tembok Besar China telah disatukan oleh Qin Shi Huang, 449 00:23:02,440 --> 00:23:05,360 watak kartun pertama yang menjumpai empayarnya sendiri 450 00:23:05,440 --> 00:23:07,200 yang membina Tembok Besar China. 451 00:23:07,920 --> 00:23:12,400 Mereka kata Tembok Besar China merupakan satu-satunya tanda tempat 452 00:23:12,480 --> 00:23:14,280 yang boleh didengari dari angkasa. 453 00:23:14,360 --> 00:23:15,400 AHLI SEJARAH 454 00:23:15,480 --> 00:23:17,720 Awak tak boleh dengar. 455 00:23:17,800 --> 00:23:20,720 Mereka kata, kita boleh lihat dari angkasa, 456 00:23:20,800 --> 00:23:22,440 tapi itu tak benar. 457 00:23:23,080 --> 00:23:24,800 - Mereka dah cuba. Orang China… - Jadi tak nampak dari angkasa? 458 00:23:24,880 --> 00:23:28,880 Angkasawan China cuba melihat Tembok Besar itu tapi tak boleh. 459 00:23:28,960 --> 00:23:30,760 - Mereka tak nampak. Jadi, ia halimunan. - Ya, mereka tak nampak. 460 00:23:30,840 --> 00:23:33,280 Ia tembok halimunan, macam kuasa medan. 461 00:23:33,360 --> 00:23:35,880 Ia cuma tak boleh dilihat dari angkasa. 462 00:23:35,960 --> 00:23:38,000 Di bumi, kita memang boleh nampak. 463 00:23:38,080 --> 00:23:39,640 Pelik, bukan? 464 00:23:39,720 --> 00:23:41,840 Adakah itu salah satu misteri terbesar? 465 00:23:41,920 --> 00:23:44,160 Awak tahu tak China ada bumbung? 466 00:23:45,240 --> 00:23:46,960 Ada tak Bumbung Besar China? 467 00:23:47,040 --> 00:23:48,800 Tiada bumbung besar. 468 00:23:49,960 --> 00:23:53,480 Empayar China merupakan penjana kreativiti yang kuat 469 00:23:53,560 --> 00:23:55,560 dan pemikiran falsafah, 470 00:23:55,640 --> 00:23:58,680 direkodkan dalam dokumen sejarah yang dihasilkan selama berabad 471 00:23:58,760 --> 00:24:02,040 sebelum pelancaran lagu kebangsaan tekno Belgium yang tiada kaitan. 472 00:24:02,120 --> 00:24:03,720 "Pump Up the Jam." 473 00:24:39,440 --> 00:24:42,680 Orang Greek mempunyai empayar dan orang China juga begitu, 474 00:24:42,760 --> 00:24:44,720 tapi apabila kebanyakan kita fikirkan perkataan "empayar", 475 00:24:44,800 --> 00:24:47,880 kita fikirkan Star Wars. 476 00:24:47,960 --> 00:24:48,920 Atau Rom. 477 00:24:49,000 --> 00:24:51,280 Jadi inilah sejarah, begitu juga dengan Rom. 478 00:24:51,360 --> 00:24:55,720 Empayarnya berkembang megah dengan pimpinan Julius Ceaser, 479 00:24:55,800 --> 00:24:58,440 orang Rom yang paling terkenal sebelum Polanski. 480 00:24:59,240 --> 00:25:03,160 Salah satu sebab kita kasih tahu tentang orang Rom hari ini 481 00:25:03,240 --> 00:25:04,640 ialah Wikipedia. 482 00:25:05,200 --> 00:25:08,160 Wikipedia tahu banyak tentang orang Rom 483 00:25:08,240 --> 00:25:10,160 kerana perkara yang berlaku di Pompeii. 484 00:25:12,440 --> 00:25:15,640 Pompeii sangat maju dan ia ada gunung berapi, 485 00:25:15,720 --> 00:25:17,800 bermaksud "Bukit Marah" dalam bahasa Latin. 486 00:25:18,640 --> 00:25:21,880 Selama bertahun-tahun manusia dan gunung berapi hidup harmoni, 487 00:25:21,960 --> 00:25:26,200 sehinggalah pada suatu hari, mereka bergaduh dan gunung meletus, 488 00:25:26,280 --> 00:25:28,760 menyebabkan Pompeii tenggelam dalam lapisan abu yang tebal. 489 00:25:29,800 --> 00:25:32,720 Semua hidupan kaku di tempatnya 490 00:25:32,800 --> 00:25:36,280 seolah-olah seseorang menghentikan masa dengan ajaibnya 491 00:25:36,360 --> 00:25:38,480 dan mengeluarkan abu di mana-mana. 492 00:25:38,560 --> 00:25:41,080 Ia sangat dahsyat ketika itu, tapi pada sisi positif, 493 00:25:41,160 --> 00:25:43,760 ia beri maklumat yang berharga kepada ahli arkeologi 494 00:25:43,840 --> 00:25:45,600 tentang cara hidup orang Rom. 495 00:25:45,680 --> 00:25:49,800 Disebabkan gunung berapi itu, kita tahu orang Rom berkulit kelabu, 496 00:25:49,880 --> 00:25:53,000 botak sepenuhnya dan luangkan masa berbaring 497 00:25:53,080 --> 00:25:55,440 di dalam rumah mereka yang berdebu. 498 00:25:55,960 --> 00:26:00,520 Namun, ia juga menunjukkan bayangan tentang kehidupan sofistikated orang Rom 499 00:26:00,600 --> 00:26:04,680 dengan kemudahan seperti paip dalam rumah dan kunilingus. 500 00:26:04,760 --> 00:26:08,000 Empayar Rom memang maju. 501 00:26:08,080 --> 00:26:10,360 Orang fikir orang Rom cipta banyak benda, 502 00:26:10,440 --> 00:26:14,960 tapi mereka cuma menyempurnakan benda yang orang dah buat. 503 00:26:15,040 --> 00:26:18,600 Saya akan cakap sesuatu dan cakap jika orang Rom yang cipta 504 00:26:18,680 --> 00:26:20,320 atau cuma menyempurnakannya. 505 00:26:20,400 --> 00:26:22,520 Betul tak? Cipta atau lengkapkan. 506 00:26:22,600 --> 00:26:23,600 Tanyalah. 507 00:26:23,680 --> 00:26:26,280 - Sistem pemanasan bawah lantai. - Cipta. 508 00:26:26,840 --> 00:26:27,840 Betul! 509 00:26:27,920 --> 00:26:30,400 - Kalendar. - Lengkapkan. 510 00:26:31,720 --> 00:26:32,600 Awak teragak-agak, 511 00:26:33,600 --> 00:26:35,680 pasti tak boleh jawab yang seterusnya. 512 00:26:35,760 --> 00:26:36,760 Jalan. 513 00:26:36,840 --> 00:26:39,320 Tak, jalan dicipta orang Parsi. 514 00:26:39,400 --> 00:26:42,000 Ramai orang tahu tentang jalan. 515 00:26:42,080 --> 00:26:44,000 Awak tetap teragak-agak jadi tak boleh jawab soalan seterusnya. 516 00:26:44,080 --> 00:26:46,000 - Baiklah. - Konkrit. 517 00:26:46,080 --> 00:26:47,960 - Cipta. Ya. - Betul! 518 00:26:48,040 --> 00:26:48,960 Huruf. 519 00:26:49,640 --> 00:26:51,680 Tak cipta, 520 00:26:51,760 --> 00:26:53,640 dan mungkin juga tak lengkapkan. 521 00:26:53,720 --> 00:26:55,560 - Maksud saya, ia macam… - Pilih satu. 522 00:26:55,640 --> 00:26:56,880 - Perlukah? - Ya. 523 00:26:59,000 --> 00:27:01,680 - Salah kalau lengkapkan… - Betul! 524 00:27:01,760 --> 00:27:04,320 - Meluntur punggung. - Apa? 525 00:27:04,400 --> 00:27:05,680 Meluntur punggung. 526 00:27:06,480 --> 00:27:07,600 Meluntur punggung… 527 00:27:10,280 --> 00:27:13,440 - Saya tak tahu perbuatan mereka. - Cuba jawab. 528 00:27:13,520 --> 00:27:15,760 - Saya tak tahu maksudnya. - Maksudnya, melunturkan punggung. 529 00:27:15,840 --> 00:27:17,960 - Yakah? - Ya, dan cerahkannya. 530 00:27:18,800 --> 00:27:20,080 Dalam bidang saya, tiada. 531 00:27:20,160 --> 00:27:22,840 Apa pun, saya tak tahu perbuatan mereka dengan hal itu. Seterusnya. 532 00:27:22,920 --> 00:27:24,960 Cipta atau lengkapkan. Tak boleh langkau. 533 00:27:28,240 --> 00:27:29,520 - Luntur? - Ya. 534 00:27:30,480 --> 00:27:31,920 Lunturkan punggung. 535 00:27:35,600 --> 00:27:37,640 Saya akan kata, mereka cipta. Tapi… 536 00:27:39,640 --> 00:27:42,160 Kira-kira 100,000 tahun yang lalu. 537 00:27:42,240 --> 00:27:45,080 manusia tinggal di dalam gua seperti haiwan. 538 00:27:45,160 --> 00:27:49,480 Sekarang, berikutan kejayaan budaya dan teknologi, 539 00:27:49,560 --> 00:27:52,000 kita tinggal di bandar seperti orang lain. 540 00:27:52,080 --> 00:27:53,880 Ketika zaman Rom purba, 541 00:27:53,960 --> 00:27:57,240 moyang kita mesti diampunkan kerana rasa bangga 542 00:27:57,320 --> 00:27:58,720 seperti James Corden. 543 00:27:59,360 --> 00:28:01,120 Namun, Empayar Rom tidak tahu 544 00:28:01,200 --> 00:28:04,680 tibanya cabaran terbesar mereka, iaitu pembawa keamanan. 545 00:28:04,760 --> 00:28:06,520 Jesus Christ. 546 00:28:06,600 --> 00:28:08,320 Nama panggilan, "Anak Tuhan." 547 00:28:09,120 --> 00:28:12,640 Seterusnya, kita akan bincang tentang agama dan cara ia tersebar, 548 00:28:12,720 --> 00:28:16,440 seperti meme, tapi dengan gaya hidup dan cara berpakaian. 549 00:28:16,520 --> 00:28:19,360 Kita akan lihat dua kitab paling penting dalam sejarah, 550 00:28:19,440 --> 00:28:21,440 Bible dan Quran, 551 00:28:21,520 --> 00:28:24,640 dan akhirnya menjawab soalan, mana satu yang terbaik? 552 00:28:47,280 --> 00:28:49,960 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida