1 00:00:16,850 --> 00:00:17,976 Maaf. 2 00:00:22,773 --> 00:00:27,361 Tyler. Hei, dengar ini. Ada rentak kereta api hebat di akhirnya. 3 00:00:32,323 --> 00:00:35,285 Hebat. Tapi awak memang perlu guna lokar saya? 4 00:00:38,747 --> 00:00:41,583 Seth. Berapa kali saya dah cakap? 5 00:00:41,667 --> 00:00:44,545 Dilarang main dram di koridor. Sebab itu kita ada bilik muzik. 6 00:00:44,628 --> 00:00:47,256 Ya, tapi ia di hujung sekolah, jadi… 7 00:00:50,634 --> 00:00:52,761 Awak boleh ambil semula selepas sekolah. 8 00:00:55,430 --> 00:00:57,766 Jangan risau. Ada satu set lagi dalam beg saya. 9 00:01:04,772 --> 00:01:06,275 Kamu dah sedia untuk ujian matematik? 10 00:01:06,358 --> 00:01:08,402 Apa? Ada ujian? 11 00:01:08,485 --> 00:01:11,697 Bagaimana awak boleh lupa? Cik Balfour beritahu dalam kelas sebelum ini. 12 00:01:11,780 --> 00:01:13,282 Saya bergurau saja. 13 00:01:14,074 --> 00:01:15,200 Abaikan. 14 00:01:15,284 --> 00:01:18,662 Bukan nak burukkan keadaan, tapi rasanya saya boleh dapat C kali ini. 15 00:01:18,745 --> 00:01:19,746 Saya pun sama. 16 00:01:19,830 --> 00:01:22,708 Semalam saya jaga budak dan anjingnya makan kerja sekolah saya. 17 00:01:22,791 --> 00:01:24,668 Serius. Saya tak bergurau. 18 00:01:26,753 --> 00:01:27,921 Selamat pagi. 19 00:01:29,590 --> 00:01:33,510 Nampaknya kita ada masalah dan ia teruk. 20 00:01:33,594 --> 00:01:35,095 Semalam, selepas sekolah, 21 00:01:35,179 --> 00:01:40,350 seseorang menceroboh komputer Cik Balfour dan curi jawapan untuk ujian hari ini. 22 00:01:40,434 --> 00:01:42,728 Jelas sekali sesiapa yang lakukannya tahu ia memang salah. 23 00:01:43,270 --> 00:01:46,690 Jadi, saya beri masa hingga akhir sesi persekolahan untuk datang jumpa saya. 24 00:01:46,773 --> 00:01:49,651 Jika tidak, Cik Balfour perlu buat semula semua soalan 25 00:01:49,735 --> 00:01:52,446 jadi kamu perlu belajar untuk ujian sekali lagi. 26 00:01:54,281 --> 00:01:55,949 Jika tiada sesiapa mengaku, 27 00:01:56,491 --> 00:02:00,954 saya akan jumpa kamu seorang demi seorang sehingga kita jumpa pelakunya. 28 00:02:29,358 --> 00:02:30,943 PENGETUA TERBAIK DUNIA 29 00:02:31,026 --> 00:02:32,736 "Malah, 74 peratus pelajar 30 00:02:32,819 --> 00:02:36,365 melaporkan peningkatan kecekapan dalam mata pelajaran teras mereka selepas…" 31 00:02:37,741 --> 00:02:40,118 Jangan baca ucapan. Saya gunakan isi bertanda. 32 00:02:40,202 --> 00:02:42,204 Buat saya rasa lebih tenang. 33 00:02:42,287 --> 00:02:43,747 Bagaimana saya boleh bantu, Seth? 34 00:02:44,748 --> 00:02:47,543 Awak cakap orang yang bersalah ada hingga sesi persekolahan tamat, jadi… 35 00:02:47,626 --> 00:02:49,211 Awak yang curi jawapan itu. 36 00:02:50,671 --> 00:02:51,964 Saya tak terkejut. 37 00:02:52,631 --> 00:02:54,258 - Aduh! - Duduklah. 38 00:03:00,681 --> 00:03:02,516 Baiklah, mari lihat. 39 00:03:05,227 --> 00:03:06,436 Awak telefon siapa? 40 00:03:06,520 --> 00:03:07,729 Ibu bapa awak. 41 00:03:07,813 --> 00:03:10,148 Jangan, saya rasa tak perlu. 42 00:03:10,232 --> 00:03:11,358 Mereka sangat sibuk. 43 00:03:11,441 --> 00:03:13,569 Ya, hai, ini Pengetua Young. 44 00:03:13,652 --> 00:03:17,072 Tolong hubungi saya secepat mungkin dan ia tentang Seth. 45 00:03:17,155 --> 00:03:20,617 Ada masalah berlaku dan saya nak berbincang dengan awak. Terima kasih. 46 00:03:21,451 --> 00:03:23,370 Pasti saya akan dihukum. 47 00:03:24,204 --> 00:03:27,791 Jika ia ubah keadaan, saya sangat menyesal dengan perbuatan saya. 48 00:03:28,375 --> 00:03:30,460 Bagus. Tapi ia tak ubah keadaan. 49 00:03:31,044 --> 00:03:34,131 Selepas bercakap dengan ibu bapa awak, kami akan putuskan cara untuk uruskannya. 50 00:03:39,303 --> 00:03:41,013 Saya gembira awak mengaku. 51 00:03:41,096 --> 00:03:42,598 Itu tindakan yang betul. 52 00:03:46,685 --> 00:03:49,521 Seperti yang kamu semua tahu, Newton adalah pusat teknologi, 53 00:03:49,605 --> 00:03:53,525 dan sekolah kita dah hasilkan salah seorang ketuanya. 54 00:03:54,818 --> 00:03:57,863 Saya sangat teruja Dr. Anna Myers telah kembali 55 00:03:57,946 --> 00:04:00,949 untuk tunjukkan kepada kita ciptaan terbarunya. 56 00:04:01,033 --> 00:04:02,367 Dahulu 57 00:04:02,451 --> 00:04:05,746 dia duduk di tempat duduk kamu sekarang. 58 00:04:05,829 --> 00:04:10,167 Ia buktikan, dengan kerja keras, tiada yang mustahil. 59 00:04:12,127 --> 00:04:16,048 Ia belum dilancarkan secara rasmi, jadi, kamu yang pertama lihat ia beroperasi. 60 00:04:16,130 --> 00:04:20,886 Dalam istilah paling ringkas, ia membolehkan pemikiran asas ditukar 61 00:04:20,969 --> 00:04:23,096 atau diubah dalam masa sesaat. 62 00:04:23,180 --> 00:04:24,223 Seperti telepati? 63 00:04:24,306 --> 00:04:25,307 Lebih kurang. 64 00:04:25,849 --> 00:04:27,309 Saya perlukan dua sukarelawan. 65 00:04:27,893 --> 00:04:29,061 Kami akan buat. 66 00:04:29,144 --> 00:04:31,355 Sekejap. Ia dah berfungsi. 67 00:04:32,898 --> 00:04:35,067 Tyler, berani awak cakap begitu. 68 00:04:35,150 --> 00:04:36,944 Hei, awak yang mulakan. 69 00:04:38,237 --> 00:04:41,073 Okey, cukup. Duduklah, Tyler. 70 00:04:41,949 --> 00:04:42,991 Saya akan buat. 71 00:04:43,575 --> 00:04:45,244 Awak ingat semasa sebaya mereka. 72 00:04:46,578 --> 00:04:48,330 - Seth. - Ya. 73 00:04:48,413 --> 00:04:53,126 Elektrod ini akan membolehkan pemikiran untuk dikongsi serta-merta. 74 00:05:01,343 --> 00:05:03,303 Tutup mata kamu. 75 00:05:03,387 --> 00:05:07,891 Kamu mungkin dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu dengan kamu, 76 00:05:07,975 --> 00:05:08,976 walaupun ia samar-samar. 77 00:05:09,059 --> 00:05:11,270 Hampir seolah-olah seseorang bimbang tentang kamu. 78 00:05:11,353 --> 00:05:13,689 Saya selalu rasa Pengetua Young bimbang tentang saya. 79 00:05:16,275 --> 00:05:18,944 Okey, maksudnya sambungan dah dibuat. 80 00:05:19,820 --> 00:05:23,365 Individu seorang lagi tak boleh nampak apa yang kamu fikir. 81 00:05:23,448 --> 00:05:24,950 Mereka tak boleh baca fikiran kamu. 82 00:05:25,033 --> 00:05:26,994 Tapi mereka boleh terima pemikiran yang kamu hasilkan. 83 00:05:27,077 --> 00:05:31,164 Mereka boleh akses jika kamu fikirkan tentang mereka atau nama mereka. 84 00:05:31,248 --> 00:05:34,126 - Hebat. - Saya setuju, Seth. Sangat hebat. 85 00:05:35,002 --> 00:05:36,044 Okey. 86 00:05:54,271 --> 00:05:55,939 Pemindahan selesai. 87 00:05:59,401 --> 00:06:03,071 Apa yang awak buat? Saya berada dalam tubuh budak 12 tahun. 88 00:06:10,370 --> 00:06:14,708 Dalam ujian sebelum ini, hanya pemikiran ringkas dan ayat dasar boleh ditukar. 89 00:06:14,791 --> 00:06:17,503 Tapi, kamu bertukar semua sekali. 90 00:06:18,086 --> 00:06:20,339 Awak boleh perbetulkannya, bukan? 91 00:06:20,422 --> 00:06:23,759 Saya tak boleh uruskan sekolah dalam badan dia. 92 00:06:24,343 --> 00:06:26,220 Penglihatan awak sangat teruk! 93 00:06:26,929 --> 00:06:29,097 Jangan risau. Saya pasti boleh ubah kesannya 94 00:06:29,181 --> 00:06:31,683 dengan menentukur semula antara muka saraf otak ke pemproses. 95 00:06:31,767 --> 00:06:33,018 Berapa lama masa yang diambil? 96 00:06:33,894 --> 00:06:36,271 Mungkin 24 jam atau lebih kurang. 97 00:06:36,855 --> 00:06:37,856 Dua puluh empat jam? 98 00:06:39,483 --> 00:06:40,859 Kita perlu rahsiakannya. 99 00:06:40,943 --> 00:06:42,778 Ia tak nampak bagus apabila kami benarkan saintis 100 00:06:42,861 --> 00:06:44,655 lakukan eksperimen berbahaya kepada pelajar 101 00:06:44,738 --> 00:06:46,365 hanya sebab dia pernah bersekolah di sini. 102 00:06:46,448 --> 00:06:49,201 Awak rasa ia akan nampak bagus untuk saya? Saya mungkin kehilangan dana. 103 00:06:50,160 --> 00:06:53,038 Jadi, kita setuju? Kita akan rahsiakannya. 104 00:06:54,540 --> 00:06:55,874 Biar betul? 105 00:06:55,958 --> 00:06:57,000 Seth? 106 00:06:57,084 --> 00:06:59,419 Saya dapat jadi pengetua dan uruskan sekolah? 107 00:07:00,003 --> 00:07:03,298 - Jangan risau. Saya takkan dedahkan. - Sekejap, awak takkan uruskan apa-apa. 108 00:07:04,049 --> 00:07:07,553 Saya boleh jadi awak dengan sangat meyakinkan. Malah, saya pandai meniru. 109 00:07:08,470 --> 00:07:09,972 Ia sangat menarik. 110 00:07:10,055 --> 00:07:11,640 Lebih baik saya mulakan kerja. 111 00:07:12,432 --> 00:07:15,519 Bertahan saja selama 24 jam. 112 00:07:19,189 --> 00:07:22,359 Jika kita nak jayakannya, kita perlu buat peraturan. 113 00:07:22,442 --> 00:07:25,070 Jika ada sesuatu yang penting, cari saya. 114 00:07:25,153 --> 00:07:28,240 Apa yang akan berlaku? Saya pengetua. 115 00:07:28,740 --> 00:07:30,784 Saya cuma akan selongkar peti sejuk di bilik rehat guru-guru 116 00:07:30,868 --> 00:07:32,202 dan meridap di kerusi panjang. 117 00:07:32,870 --> 00:07:36,164 Nanti saya ada ujian kecergasan, semoga berjaya. 118 00:07:36,248 --> 00:07:39,001 Satu lagi, saya ada kelas bermain dram selepas sekolah. 119 00:07:39,084 --> 00:07:42,129 Awak juga perlu baca banyak buku sejarah untuk kelas esok. 120 00:07:42,212 --> 00:07:45,883 En. Berg beri banyak tugasan. Betul. 121 00:07:47,134 --> 00:07:49,052 Jangan sentuh apa-apa dalam pejabat saya. 122 00:07:56,310 --> 00:07:57,728 Maaf, Pengetua Young. 123 00:07:57,811 --> 00:07:59,646 Ya. Saya orangnya. 124 00:07:59,730 --> 00:08:02,733 Ibu bapa Seth di talian. Awak cakap ia penting. 125 00:08:02,816 --> 00:08:06,486 Ya. Betul. Terima kasih. 126 00:08:09,948 --> 00:08:10,949 Mak? 127 00:08:11,658 --> 00:08:12,910 Ibu Seth? 128 00:08:14,077 --> 00:08:15,913 Terima kasih kerana hubungi saya semula. 129 00:08:27,508 --> 00:08:29,718 Hei. Saya suka pangsapuri awak. 130 00:08:29,801 --> 00:08:31,512 Awak ada berus gigi lebih? 131 00:08:31,595 --> 00:08:36,058 Sebab saya jijik nak guna berus gigi awak walaupun secara teknikalnya saya awak. 132 00:08:36,140 --> 00:08:37,601 Jangan sentuh berus gigi saya. 133 00:08:38,268 --> 00:08:40,729 Ada berus gigi lebih di singki. Buang apabila dah gunakannya. 134 00:08:40,812 --> 00:08:42,063 Okey, faham. 135 00:08:44,691 --> 00:08:46,860 - Apa yang berlaku? - Saya boleh guna tangan. 136 00:08:46,944 --> 00:08:48,195 Ibu bapa awak masak stik. 137 00:08:48,862 --> 00:08:50,614 - Awak bertuah. - Saya vegan. 138 00:08:50,697 --> 00:08:53,575 Seth, dilarang guna telefon bimbit di meja. Kamu tahu peraturannya. 139 00:08:54,368 --> 00:08:55,369 Saya letak telefon dahulu. 140 00:08:56,036 --> 00:08:58,580 Maaf, ayah. 141 00:09:00,249 --> 00:09:02,125 Kami terima panggilan daripada pengetua kamu. 142 00:09:02,835 --> 00:09:05,963 Dia cakap prestasi kamu bagus dan kami patut bangga. 143 00:09:06,505 --> 00:09:10,133 Dia juga cadangkan kami belikan set dram baru, dan ia mencurigakan. 144 00:09:10,217 --> 00:09:13,554 Mak pasti dia tak bercakap tentang Seth yang lain? 145 00:09:13,637 --> 00:09:16,974 Mungkin patut telefon semula pukul 2:00 esok. 146 00:09:17,057 --> 00:09:20,394 Ayah tak tahu kenapa kamu cakap pengetua sangat kejam. Ayah rasa dia baik. 147 00:09:20,477 --> 00:09:21,520 Kejam? 148 00:09:24,273 --> 00:09:26,358 Makanlah. 149 00:09:42,207 --> 00:09:43,375 Pemalas. 150 00:09:45,377 --> 00:09:46,503 MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH RENDAH 151 00:09:51,091 --> 00:09:52,718 Kayu pemukul dram Seth. 152 00:10:29,671 --> 00:10:30,881 Sayang. 153 00:10:31,715 --> 00:10:33,759 Maaf sebab buat kamu terkejut. 154 00:10:33,842 --> 00:10:35,969 Mak fikir kamu perlu banyak baca untuk sejarah. 155 00:10:36,053 --> 00:10:37,054 Betul. 156 00:10:37,763 --> 00:10:40,724 Cuma nak berehat sekejap. 157 00:10:41,600 --> 00:10:45,479 Mak lupa nak tanya ujian matematik. Mak tahu kamu belajar dengan gigih. 158 00:10:45,562 --> 00:10:47,523 Kad imbas yang kamu buat sangat membantu. 159 00:10:48,023 --> 00:10:50,692 Mak tahu kamu sangat gementar, tapi kamu tahu kepakaran kamu, 160 00:10:50,776 --> 00:10:52,569 dan mak yakin kamu buat dengan baik. 161 00:10:54,154 --> 00:10:55,197 Tutup lampu dalam satu jam. 162 00:11:01,203 --> 00:11:02,663 Seth belajar? 163 00:11:05,916 --> 00:11:07,251 Markah penuh? 164 00:11:21,849 --> 00:11:22,891 Maaf. 165 00:11:29,815 --> 00:11:30,899 Hei, Kev! 166 00:11:31,650 --> 00:11:32,943 Selamat pagi, Lisa. 167 00:11:33,026 --> 00:11:34,069 Cik Balfour. 168 00:11:34,987 --> 00:11:37,197 Saya saja rasa ia aneh? 169 00:11:37,281 --> 00:11:38,490 Sangat aneh. 170 00:11:39,199 --> 00:11:42,244 Hei, Ty. Pakaian awak hebat. 171 00:11:44,580 --> 00:11:45,873 Serius. 172 00:11:53,964 --> 00:11:55,257 Sangat aneh. 173 00:11:58,802 --> 00:12:02,139 Hei. Pembantu awak hantar pastri setiap pagi? 174 00:12:02,222 --> 00:12:03,599 Beri kepada saya. 175 00:12:04,600 --> 00:12:07,144 Kenapa dengan muka awak? Maksud saya muka saya? 176 00:12:07,686 --> 00:12:09,271 Tak pernah bercukur. 177 00:12:09,354 --> 00:12:12,274 Satu lagi, sewaktu bangun pagi tadi, belakang badan saya sakit. 178 00:12:12,357 --> 00:12:14,776 Rasanya ia kesan sampingan eksperimen itu. 179 00:12:14,860 --> 00:12:16,236 Itu sebab semakin tua. 180 00:12:16,320 --> 00:12:20,032 Mari berbincang tentang jawapan yang dicuri. Awak bersedia untuk ujian itu. 181 00:12:21,617 --> 00:12:22,910 Apa yang berlaku? 182 00:12:24,620 --> 00:12:27,664 Itu idea ibu. Saya jarang gunakannya. 183 00:12:28,332 --> 00:12:29,333 Tolonglah, Seth. 184 00:12:30,292 --> 00:12:31,543 Awak belajar. 185 00:12:31,627 --> 00:12:33,003 Siapa yang buat? 186 00:12:33,629 --> 00:12:34,713 Tyler? 187 00:12:35,297 --> 00:12:36,715 Dia hampir tak lulus matematik, 188 00:12:37,591 --> 00:12:40,844 bahasa Inggeris dan sejarah. 189 00:12:40,928 --> 00:12:43,931 Saya yang curi. Kenapa saya nak tipu tentang perkara begitu? 190 00:12:44,932 --> 00:12:46,058 Saya tak pasti. 191 00:12:46,725 --> 00:12:48,185 Tapi awak melindungi seseorang. 192 00:12:49,937 --> 00:12:51,438 Lebih baik awak pergi kelas. 193 00:13:02,616 --> 00:13:03,909 Hei, Tyler. 194 00:13:06,411 --> 00:13:08,163 Saya nak beritahu sesuatu. 195 00:13:08,247 --> 00:13:12,125 Saya beritahu pengetua saya curi ujian itu semalam. 196 00:13:12,209 --> 00:13:14,002 Awak curi jawapan ujian itu? 197 00:13:14,086 --> 00:13:15,254 Jangan kuat sangat. 198 00:13:16,213 --> 00:13:21,885 Saya tak curi. Saya cuma mengaku saja. Kita tahu orang yang mencurinya. 199 00:13:21,969 --> 00:13:23,554 Kita tahu? Siapa? 200 00:13:23,637 --> 00:13:25,889 Awak, Tyler. Awak yang curi jawapan itu. 201 00:13:25,973 --> 00:13:28,225 Saya tak curi. Kenapa awak fikir saya yang curi? 202 00:13:28,308 --> 00:13:30,185 Sebab gred awak teruk? 203 00:13:30,269 --> 00:13:31,895 Gred saya memang sentiasa teruk. 204 00:13:34,064 --> 00:13:36,149 Dalam cara yang aneh, ia sebenarnya masuk akal. 205 00:13:39,486 --> 00:13:40,779 Saya bergurau saja. 206 00:13:41,154 --> 00:13:42,531 Saya tahu bukan awak yang curi. 207 00:13:42,614 --> 00:13:44,241 Saya tak faham lawak awak. 208 00:13:45,325 --> 00:13:47,953 Kamu tahu ada aiskrim di ruang rehat guru? 209 00:13:48,036 --> 00:13:49,538 Hebat, bukan? 210 00:13:52,541 --> 00:13:54,626 Jadi, kenapa? 211 00:13:55,335 --> 00:13:58,005 - Biasanya, awak akan mulakan mesyuarat. - Sudah tentu. 212 00:13:58,881 --> 00:14:01,091 Tapi untuk hari ini, mari bertukar. 213 00:14:01,175 --> 00:14:05,762 Okey. Kita perlukan idea kutipan dana untuk pakaian seragam baharu pasukan. 214 00:14:05,846 --> 00:14:07,389 Kita boleh jual bar coklat. 215 00:14:07,472 --> 00:14:09,766 Dah pernah buat sebelum ini. 216 00:14:11,393 --> 00:14:13,812 Saya tahu. Parti blok. 217 00:14:14,396 --> 00:14:15,564 Apa? 218 00:14:15,647 --> 00:14:18,859 Panggil DJ, hias gim dengan seni grafiti, 219 00:14:18,942 --> 00:14:20,235 panggil trak makanan. 220 00:14:20,319 --> 00:14:22,237 Semua kutipan untuk pakaian seragam. 221 00:14:22,321 --> 00:14:24,698 Ia idea yang bagus. 222 00:14:24,781 --> 00:14:26,325 Sudah tentu. 223 00:14:26,408 --> 00:14:27,910 Saya pengetua. 224 00:14:27,993 --> 00:14:30,370 - Isu seterusnya? - Ubah menu makan tengah hari sekolah. 225 00:14:31,205 --> 00:14:32,539 Buang stu pedas. 226 00:14:32,623 --> 00:14:35,167 Ia menjijikkan, dan semua orang tak selesa sepanjang hari. 227 00:14:35,918 --> 00:14:38,212 Gantikan dengan piza. 228 00:14:38,795 --> 00:14:40,172 Tapi Hari Piza pada Selasa. 229 00:14:41,006 --> 00:14:42,758 Sekarang Hari Piza pada Selasa dan Khamis. 230 00:14:43,842 --> 00:14:45,802 Ini menyeronokkan. Apa lagi? 231 00:14:45,886 --> 00:14:48,555 Saya perlukan bantuan. Saya masih hadapi masalah dengan Jeremy. 232 00:14:48,639 --> 00:14:50,390 Dia mengganggu kelas. 233 00:14:50,474 --> 00:14:53,519 - Jeremy paling teruk. - Pengetua Young. 234 00:14:54,520 --> 00:14:57,189 Tolonglah, kita semua fikirkannya. 235 00:15:00,192 --> 00:15:02,569 Baiklah, jika semuanya dah selesai, 236 00:15:02,653 --> 00:15:05,280 rasanya saya nampak Hot Pockets di ruang rehat guru. 237 00:15:06,281 --> 00:15:08,659 Semoga berjaya untuk mesyuarat penting ahli lembaga pengarah hari ini. 238 00:15:08,742 --> 00:15:09,952 Terima kasih. 239 00:15:11,662 --> 00:15:13,747 Mesyuarat ahli lembaga pengarah mana yang awak maksudkan? 240 00:15:13,830 --> 00:15:14,915 Saya ada banyak… 241 00:15:15,916 --> 00:15:19,002 - Potong peruntukan muzik. - Potong peruntukan muzik? 242 00:15:22,798 --> 00:15:24,216 Tunggu. 243 00:15:26,176 --> 00:15:27,594 Mengagumkan. 244 00:15:27,678 --> 00:15:29,763 Seth, awak tak balas mesej saya. 245 00:15:29,847 --> 00:15:31,765 Saya agak sibuk. 246 00:15:33,100 --> 00:15:35,811 - Apa pendapat awak tentang rekaan saya? - Untuk apa? 247 00:15:35,894 --> 00:15:38,480 Perniagaan cetakan kemeja-T saya. 248 00:15:39,064 --> 00:15:41,149 Terus terang, awak sanggup bayar 35 dolar untuk ini? 249 00:15:41,233 --> 00:15:43,819 Tiga puluh lima dolar? Untuk kemeja-T? 250 00:15:44,695 --> 00:15:45,696 Jangan harap. 251 00:15:48,407 --> 00:15:51,118 Tapi saya mungkin bukan pelanggan sasaran awak. 252 00:15:53,120 --> 00:15:56,623 Seth, saya perlu bercakap dengan awak. Sekarang. 253 00:16:00,752 --> 00:16:02,421 Awak nak potong peruntukan muzik? 254 00:16:02,504 --> 00:16:04,923 Sampai hati awak? Itu saja subjek yang saya suka. 255 00:16:05,007 --> 00:16:06,675 Bukan saya yang nak potong peruntukan. 256 00:16:06,758 --> 00:16:09,178 Ahli lembaga pengarah yang nak potong. Saya cuba selamatkannya. 257 00:16:10,596 --> 00:16:12,890 - Betulkah? - Ya. 258 00:16:13,390 --> 00:16:16,894 Percaya atau tidak, saya ambil berat tentang muzik, cuma bukan di koridor. 259 00:16:17,769 --> 00:16:21,106 - Saya tak nak kurangkan seni. - Maaf, saya fikir… 260 00:16:21,190 --> 00:16:23,066 Saya ada mesyuarat penting ahli lembaga pengarah. 261 00:16:23,150 --> 00:16:26,153 Semuanya akan okey. Kita cuma perlu doktor kembalikan semuanya jadi normal. 262 00:16:26,236 --> 00:16:27,613 Ayuh. 263 00:16:30,073 --> 00:16:32,910 Biar saya periksa sambungan sekali lagi. 264 00:16:34,161 --> 00:16:36,538 Sebelum kita bertukar badan semula saya cuma nak cakap… 265 00:16:38,665 --> 00:16:41,752 saya tertumpahkan sos di ambal. Tab air panas juga pecah, walaupun 266 00:16:41,835 --> 00:16:45,130 - saya rasa ia memang dah rosak. - Baru 24 jam saja. 267 00:16:45,714 --> 00:16:49,092 - Okey. Semua dah okey. Sedia? - Ya. 268 00:16:49,676 --> 00:16:53,847 Baiklah, tutup mata. Fokus. 269 00:17:04,650 --> 00:17:07,861 Tiada apa berlaku. Saya masih dia. 270 00:17:08,904 --> 00:17:09,905 Okey, jangan panik. 271 00:17:11,073 --> 00:17:14,326 Otak adalah neuron yang rumit, 272 00:17:14,409 --> 00:17:16,954 dan ini teknologi baru. Ia cuma ambil masa. 273 00:17:17,037 --> 00:17:19,957 Saya ada pembentangan dalam 45 minit. Apa kita nak buat? 274 00:17:20,540 --> 00:17:21,541 Saya ada idea. 275 00:17:22,041 --> 00:17:26,046 Memang agak aneh, tapi bagaimana jika saya beri ucapan sebagai awak? 276 00:17:29,132 --> 00:17:30,759 Rasanya kita tiada pilihan. 277 00:17:32,386 --> 00:17:33,887 Saya akan buat yang terbaik. 278 00:17:33,971 --> 00:17:35,764 Kita perlu selamatkan peruntukan muzik. 279 00:17:37,391 --> 00:17:40,894 Apa pun, saya nak awak tuliskan nota supaya saya boleh keluar kelas awal. 280 00:17:41,478 --> 00:17:42,312 Okey. 281 00:17:47,651 --> 00:17:49,611 Hei, awak ada masa? 282 00:17:49,695 --> 00:17:52,656 - Saya nak bercakap dengan awak. Penting. - Kenapa? 283 00:17:52,739 --> 00:17:55,659 Tyler beritahu saya awak mengaku curi jawapan ujian. 284 00:17:56,410 --> 00:17:57,411 Dia cakap begitu? 285 00:17:57,494 --> 00:18:00,831 Dia juga cakap awak tuduh dia yang mencurinya. 286 00:18:01,665 --> 00:18:03,792 Kenapa awak buat begitu? Awak tahu saya yang curi. 287 00:18:05,586 --> 00:18:08,046 Saya sengaja bergurau dengan Tyler. 288 00:18:09,464 --> 00:18:10,966 Terima kasih sebab lindungi saya. 289 00:18:11,508 --> 00:18:13,343 Sangat sukar cari masa untuk belajar 290 00:18:13,427 --> 00:18:14,595 sejak ayah saya hilang kerja. 291 00:18:14,678 --> 00:18:17,639 Saya membantu di rumah sementara dia keluar cari kerja, 292 00:18:17,723 --> 00:18:21,059 cuba cari duit dengan jaga budak, perniagaan kemeja-T. 293 00:18:21,643 --> 00:18:24,479 Awak tak mahu bawa pulang gred yang teruk 294 00:18:24,563 --> 00:18:25,731 selepas semua yang berlaku. 295 00:18:25,814 --> 00:18:27,983 Ia bukan alasan. Saya rasa teruk. 296 00:18:28,901 --> 00:18:31,695 Ia salah dan saya takkan biarkan awak dipersalahkan. 297 00:18:32,279 --> 00:18:34,573 Saya cuma harap pengetua tak hukum saya dengan teruk. 298 00:18:34,656 --> 00:18:37,868 Dia orang yang baik. Awak mungkin akan terkejut. 299 00:18:37,951 --> 00:18:41,496 Saya tak percaya awak buat begini. Awak memang kawan yang baik. 300 00:18:53,050 --> 00:18:54,760 - Helo, John. - Hai. 301 00:18:57,387 --> 00:18:58,388 Ya. 302 00:19:04,144 --> 00:19:05,229 Siapa dia? 303 00:19:06,396 --> 00:19:09,566 Ini Seth. Dia salah seorang pelajar muzik, 304 00:19:09,650 --> 00:19:13,695 dia pemain dram yang sangat berbakat, sangat bagus. 305 00:19:13,779 --> 00:19:15,864 Kamu patut minta autografnya sekarang sebab dia akan jadi terkenal. 306 00:19:17,199 --> 00:19:19,159 Apa pun, saya fikir dia patut sertai kita hari ini 307 00:19:19,243 --> 00:19:22,079 supaya boleh tahu kesan isu ini kepada pelajar. 308 00:19:23,539 --> 00:19:25,707 - Hei. - Selamat datang, Seth. 309 00:19:27,292 --> 00:19:28,961 Kami sedia mendengar, John. 310 00:19:35,384 --> 00:19:39,680 - "Newton ialah pusat teknologi…" - Maaf mengganggu, 311 00:19:40,264 --> 00:19:43,100 - tapi rasanya awak ada slaid, pengetua. - Betulkah? 312 00:19:44,309 --> 00:19:45,644 Ya, ada. 313 00:19:46,228 --> 00:19:48,522 Sudah tentu, bagaimana jika awak kendalikan untuk saya. 314 00:19:48,605 --> 00:19:50,732 Saya berbesar hati, pengetua. 315 00:19:53,026 --> 00:19:56,363 "Newton terkenal sebagai pusat teknologi, 316 00:19:56,446 --> 00:20:00,117 tapi kita tak boleh terlepas pandang kepentingan menjadi serba lengkap. 317 00:20:00,200 --> 00:20:04,079 Seni, pendidikan jasmani dan muzik adalah bahagian penting 318 00:20:04,162 --> 00:20:05,956 perkembangan para pelajar kita. 319 00:20:06,039 --> 00:20:08,041 Seperti yang kamu nampak di Carta A, 320 00:20:08,542 --> 00:20:12,546 muzik dikaitkan dengan perkembangan otak yang sihat, 321 00:20:12,629 --> 00:20:16,300 prestasi akademik, dan keseluruhan minda yang positif… " 322 00:20:16,383 --> 00:20:17,634 Maaf kerana ganggu sekali lagi. 323 00:20:18,594 --> 00:20:20,762 Boleh kita bercakap sekejap, pengetua? 324 00:20:21,388 --> 00:20:23,098 Ya. Sekejap saja. 325 00:20:28,937 --> 00:20:31,315 Saya dah cuba, tapi ia sangat membosankan. 326 00:20:31,398 --> 00:20:35,360 - Saya mengantuk hanya dengan membacanya. - Lupakan ucapan. Ada idea lebih hebat. 327 00:20:35,944 --> 00:20:40,073 Jadi diri sendiri. Buat apa yang awak pandai buat. 328 00:20:42,242 --> 00:20:44,870 - Maksud awak? - Jadi badut kelas. 329 00:20:45,621 --> 00:20:48,165 Dengar, awak memang sangat berminat dengan muzik. 330 00:20:49,208 --> 00:20:50,501 Buat mereka nampak. 331 00:21:01,094 --> 00:21:02,221 Lupakan ucapan itu. 332 00:21:02,304 --> 00:21:05,599 Ia cuma fakta dan angka dan ia buat kita mengantuk. 333 00:21:05,682 --> 00:21:08,477 Muzik bukan tentang angka. Ia tentang emosi. 334 00:21:11,188 --> 00:21:14,149 - Awak suka dengar muzik apa? - Saya dengar muzik jaz. 335 00:21:14,233 --> 00:21:16,193 Hebat. Muzik Miles Davis. 336 00:21:16,276 --> 00:21:18,028 Sedikit muzik Coltrane? 337 00:21:18,111 --> 00:21:19,780 - Pasti ia beri kesan kepada awak, bukan? - Ya. 338 00:21:19,863 --> 00:21:20,906 Bagaimana dengan awak? 339 00:21:20,989 --> 00:21:22,199 Saya suka rap. 340 00:21:22,908 --> 00:21:25,244 Tak sangka, tapi ia hebat. 341 00:21:25,327 --> 00:21:26,828 Saya suka rock perlahan 80-an. 342 00:21:26,912 --> 00:21:29,581 Sudah tentu. Saya takkan menilai awak. 343 00:21:29,665 --> 00:21:34,044 Paling penting, muzik ialah runut bunyi kehidupan kita. 344 00:21:34,127 --> 00:21:36,922 Itu yang kita dengar apabila menulis esei, 345 00:21:37,005 --> 00:21:39,925 masak makan malam atau kemas bilik kita 346 00:21:40,008 --> 00:21:42,970 selepas ibu bapa kita suruh selepas 15 kali. 347 00:21:43,512 --> 00:21:47,516 Ia buat kita gembira apabila kita sedih. Ia buat kita tak rasa sunyi. 348 00:21:47,599 --> 00:21:50,602 Kita tak boleh hentikannya dari sekolah sebab jika kita buat begitu, 349 00:21:50,686 --> 00:21:53,564 kita akan singkirkan sebahagian besar diri kita. 350 00:22:11,748 --> 00:22:13,000 Okey. 351 00:22:20,465 --> 00:22:22,467 Saya tak tahu awak pandai main dram. 352 00:22:22,551 --> 00:22:25,179 Saya belajar muzik di kelas. Ia rentak blues. 353 00:22:25,262 --> 00:22:26,680 Mainkannya, Seth. 354 00:22:28,223 --> 00:22:31,143 Ayuh. Tepuk bersama-sama. 355 00:22:31,935 --> 00:22:35,731 Ayuh, biar muzik buat kamu menari. 356 00:22:35,814 --> 00:22:38,358 Begitulah. Bagaimana dengan gitar imaginasi? 357 00:22:39,526 --> 00:22:42,446 Jangan cakap kamu tak main gitar imaginasi di depan cermin. 358 00:22:42,529 --> 00:22:44,114 Saya tahu kamu lakukannya. 359 00:22:46,742 --> 00:22:47,868 Itu dia. 360 00:22:49,703 --> 00:22:50,704 Ya. 361 00:22:52,706 --> 00:22:55,042 Apa yang sedang berlaku di sekolah ini? 362 00:22:55,125 --> 00:22:58,420 Pelik. Sangat pelik. 363 00:23:04,593 --> 00:23:05,719 Awak berjaya, Seth. 364 00:23:05,802 --> 00:23:08,514 Mereka bukan hanya tak potong peruntukan muzik, mereka nak tingkatkannya. 365 00:23:08,597 --> 00:23:10,766 Saya ada idea tentang set dram yang kita patut beli. 366 00:23:11,308 --> 00:23:13,894 Okey, mari cuba sekali lagi. Tutup mata kamu. 367 00:23:24,112 --> 00:23:25,906 Pemindahan selesai. 368 00:23:29,993 --> 00:23:32,204 Belakang badan saya sakit. Saya dalam badan saya. 369 00:23:33,872 --> 00:23:36,542 - Saya nampak semula. - Syukurlah. 370 00:23:37,709 --> 00:23:40,003 Ia tak pernah berlaku. 371 00:23:45,676 --> 00:23:47,427 Saya akan rindu jadi awak, Seth. 372 00:23:47,970 --> 00:23:50,889 Gembira jadi kanak-kanak semula, kecuali buat kerja sekolah. 373 00:23:51,515 --> 00:23:55,185 Walaupun aneh, saya rasa ia akan jadikan saya pengetua lebih bagus. 374 00:23:55,269 --> 00:23:56,937 Awak memang pengetua yang bagus. 375 00:23:57,896 --> 00:24:01,650 Saya fikir awak cuma duduk dan buat kehidupan pelajar jadi teruk. 376 00:24:01,733 --> 00:24:04,653 Awak memang buat begitu, tapi ada sebabnya. 377 00:24:04,736 --> 00:24:07,030 Tugas awak sukar dan awak lakukannya dengan bagus. 378 00:24:07,114 --> 00:24:08,448 Lebih bagus daripada saya. 379 00:24:10,617 --> 00:24:12,619 Logan beritahu saya apa awak buat. 380 00:24:13,537 --> 00:24:15,163 Ya, saya risau tentangnya. 381 00:24:16,540 --> 00:24:19,543 Jangan hukum dia dengan teruk, okey? Dia dah ada banyak masalah. 382 00:24:20,419 --> 00:24:22,963 Pasti ada hukuman, tapi jangan risau, ia hukuman yang adil. 383 00:24:23,630 --> 00:24:28,844 Melindungi dia adalah tindakan dungu tapi pada masa sama sangat berani. 384 00:24:29,761 --> 00:24:33,515 Dia bertuah awak jadi kawan dia dan saya bangga awak jadi pelajar saya. 385 00:24:40,689 --> 00:24:42,316 Jumpa lagi di koridor. 386 00:24:45,194 --> 00:24:46,195 Satu lagi. 387 00:24:46,278 --> 00:24:49,448 Ada sedikit koyakkan pada kerusi panjang awak, tapi rasanya ia memang dah ada. 388 00:25:50,884 --> 00:25:52,886 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid