1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,480 --> 00:00:18,000 Di tapak di seluruh dunia, kita lihat apa yang saya percaya 3 00:00:18,080 --> 00:00:21,160 sebagai ciri khas tamadun yang hilang 4 00:00:22,360 --> 00:00:24,400 bermula sejak Zaman Ais yang lalu. 5 00:00:25,280 --> 00:00:26,760 Misteri hebat akhir ialah 6 00:00:26,840 --> 00:00:29,440 apa yang berlaku kepada tamadun maju ini? 7 00:00:30,880 --> 00:00:34,760 Mungkin ada petunjuk dalam mitos asal usul budaya purba, 8 00:00:35,360 --> 00:00:38,520 kerana kebanyakkannya mempunyai cerita yang sama. 9 00:00:40,680 --> 00:00:42,520 Menurut legenda ini, 10 00:00:42,600 --> 00:00:44,040 pada suatu masa dahulu, 11 00:00:44,120 --> 00:00:47,680 manusia berkongsi Bumi dengan masyarakat yang lebih maju, 12 00:00:49,480 --> 00:00:54,160 sama ada warga Atlantis, gergasi atau dewa-dewi di Bumi. 13 00:00:55,600 --> 00:00:58,840 Sehingga bencana global yang mengerikan berlaku, 14 00:00:59,520 --> 00:01:00,920 banjir besar, 15 00:01:02,440 --> 00:01:06,160 cuma yang terpilih terselamat untuk mempopulasikan semula Bumi. 16 00:01:06,880 --> 00:01:10,040 Kemudian mereka dilawati oleh mangsa terselamat lain, 17 00:01:10,760 --> 00:01:15,120 guru hebat misteri, yang biasanya tiba melalui laut, 18 00:01:15,200 --> 00:01:18,680 untuk bantu membina asas bagi kelahiran semula manusia 19 00:01:19,400 --> 00:01:21,800 dan tamadun seperti diketahui hari ini. 20 00:01:24,880 --> 00:01:26,400 Kini sains mengesahkan 21 00:01:26,480 --> 00:01:29,680 bahawa siri peristiwa apokaliptik sedemikian 22 00:01:29,760 --> 00:01:34,760 pernah muncul pada hujung Zaman Ais terakhir, lebih kurang 12,800 tahun lalu… 23 00:01:36,960 --> 00:01:41,040 zaman yang digelar oleh pakar geologi sebagai Younger Dryas. 24 00:01:48,280 --> 00:01:49,920 Hanya selepasnya, 25 00:01:50,000 --> 00:01:54,480 nenek moyang kita tiba-tiba mula bercucuk tanam dan menternak, 26 00:01:55,040 --> 00:01:56,280 mencipta masyarakat 27 00:01:56,360 --> 00:01:59,040 dan membina struktur megalitik besar-besaran, 28 00:01:59,760 --> 00:02:01,640 dijajarkan ke arah bintang. 29 00:02:04,640 --> 00:02:05,800 Kenapa ketika itu? 30 00:02:07,160 --> 00:02:11,760 Ia misteri yang ahli arkeologi arus perdana tak boleh jelaskan, 31 00:02:11,840 --> 00:02:13,880 selain "itu saja yang berlaku." 32 00:02:15,280 --> 00:02:17,680 Saya ada cadangan yang sangat berbeza. 33 00:02:18,360 --> 00:02:20,960 Tanyalah, adakah itu permulaan sejarah? 34 00:02:23,120 --> 00:02:24,760 Atau ia lama sebelum itu? 35 00:02:37,360 --> 00:02:42,680 BENCANA DAN KELAHIRAN SEMULA 36 00:02:45,080 --> 00:02:46,320 Berkemungkinan yang 37 00:02:46,400 --> 00:02:50,440 semua jejak tamadun maju hilang yang saya cari 38 00:02:51,080 --> 00:02:55,000 dimusnahkan dalam bencana Younger Dryas. 39 00:02:55,760 --> 00:02:59,520 Tapi pastinya bukti geologi bagi detik bencana itu 40 00:02:59,600 --> 00:03:00,760 masih wujud. 41 00:03:02,000 --> 00:03:03,120 Saya percayakannya. 42 00:03:05,160 --> 00:03:08,280 Di sini, di sudut barat laut Amerika, 43 00:03:08,840 --> 00:03:13,360 di bahagian timur negeri Washington dikenali sebagai Terusan Tanah Keruping. 44 00:03:13,440 --> 00:03:17,600 TERUSAN TANAH KERUPING 45 00:03:19,080 --> 00:03:22,360 Ia suatu landskap bencana yang unik, 46 00:03:22,440 --> 00:03:26,560 kawasan menakjubkan yang meliputi 2,000 batu persegi. 47 00:03:29,080 --> 00:03:33,960 Landskap ini menjadi bukti 48 00:03:34,040 --> 00:03:37,000 bencana yang dahsyat. 49 00:03:42,640 --> 00:03:45,720 Kawasan itu sudah lama mempesonakan ahli geologi, 50 00:03:46,880 --> 00:03:49,080 dengan parut gergasi di dalam batu, 51 00:03:49,680 --> 00:03:54,880 jalan berlubang besar dan air terjun yang agung. 52 00:03:58,240 --> 00:04:02,160 Semua itu berkomplot untuk kelihatan tidak semula jadi. 53 00:04:02,240 --> 00:04:03,720 Luar biasa. 54 00:04:05,440 --> 00:04:07,440 Air terjun difosilkan sebesar ini, 55 00:04:08,680 --> 00:04:10,920 sesuai dinamakan Air Terjun Kering, 56 00:04:11,000 --> 00:04:14,720 terkenal sebagai antara keajaiban alam di Terusan Tanah Keruping, 57 00:04:15,800 --> 00:04:17,160 dan di dunia ini. 58 00:04:19,080 --> 00:04:22,880 Ia sangat besar sehingga hampir mustahil untuk memahami skalanya. 59 00:04:25,920 --> 00:04:30,040 Air Terjun Kering hanyalah sebahagian daripada gaung besar 60 00:04:30,120 --> 00:04:33,200 yang tersembul keluar dari Bumi, sedalam ratusan kaki, 61 00:04:33,280 --> 00:04:36,560 sepanjang 50 batu dan hampir selebar tiga batu, 62 00:04:37,560 --> 00:04:38,600 iaitu Grand Coulee. 63 00:04:40,600 --> 00:04:43,880 Ahli geologi percaya bahawa semua formasi dramatik ini 64 00:04:43,960 --> 00:04:45,400 dicipta oleh banjir 65 00:04:45,960 --> 00:04:49,640 yang berlaku ketika Zaman Ais terakhir. 66 00:04:50,840 --> 00:04:55,040 Secara tepatnya bila dan bagaimana banjir besar ini berlaku masih misteri 67 00:04:55,120 --> 00:04:58,960 yang mencetuskan kontroversi antara ahli geologi sejak sekian lama. 68 00:04:59,040 --> 00:05:01,360 Apa yang sebenarnya berlaku di sini? 69 00:05:02,840 --> 00:05:07,600 Mungkinkah ia berkaitan dengan apa yang menimpa tamadun maju yang hilang 70 00:05:07,680 --> 00:05:08,960 ketika Zaman Ais itu? 71 00:05:12,480 --> 00:05:14,720 Untuk membantu saya memahami semuanya, 72 00:05:14,800 --> 00:05:17,720 ahli geologi amatur dan pengarang, Randall Carlson, 73 00:05:17,800 --> 00:05:21,320 yang telah meneroka Tanah Keruping sejak berdekad, 74 00:05:21,400 --> 00:05:26,040 menyertai saya di kawasan Grand Coulee yang dikenali sebagai Tasik Lenore. 75 00:05:27,240 --> 00:05:30,320 Walau apapun puncanya, tiada sesiapa sangsi… 76 00:05:30,400 --> 00:05:31,240 RANDALL CARLSON PENYELIDIK GEOLOGI BENCANA 77 00:05:31,320 --> 00:05:33,400 …bahawa ini kesan bencana banjir 78 00:05:33,480 --> 00:05:35,680 pada skala yang tak boleh dibayangkan. 79 00:05:35,760 --> 00:05:38,200 Tanggapan pertama walaupun cuma melihat peta, 80 00:05:38,280 --> 00:05:42,080 ialah bahawa ini kawasan yang tercarik, koyak dan berparut. 81 00:05:42,160 --> 00:05:44,200 Apa cerita landskap luar biasa ini? 82 00:05:44,280 --> 00:05:46,560 Kebanyakan model konvensional menyatakan 83 00:05:46,640 --> 00:05:48,600 - sumber air ini di sini… - Ya. 84 00:05:48,680 --> 00:05:51,720 …yang mencipta Tanah Keruping, ialah Tasik Missoula. 85 00:05:51,800 --> 00:05:52,960 TERUSAN TANAH KERUPING - IDAHO TASIK GLASIER MISSOULA 86 00:05:53,040 --> 00:05:54,800 AMERIKA UTARA - LEMBARAN AIS CORDILLERAN LEMBAR AIS LAURENTIDE - LAUTAN PASIFIK 87 00:05:54,880 --> 00:05:56,680 Ketika Zaman Ais terakhir, 88 00:05:56,760 --> 00:06:00,440 lembaran ais yang besar meliputi separuh utara Amerika Utara, 89 00:06:00,520 --> 00:06:01,760 dari pantai ke pantai. 90 00:06:03,920 --> 00:06:09,160 Jutaan batu persegi ais mengunci air yang cukup untuk memenuhi satu laut. 91 00:06:10,640 --> 00:06:12,400 LAUTAN PASIFIK - LEMBARAN AIS CORDILLERAN WASHINGTON - IDAHO - MONTANA - OREGON 92 00:06:12,480 --> 00:06:14,400 Di pinggir selatan lembaran ais, 93 00:06:14,480 --> 00:06:16,640 tasik air tawar yang besar terbentuk. 94 00:06:17,320 --> 00:06:18,400 TASIK MISSOULA 95 00:06:18,480 --> 00:06:20,920 Satu tasik glasier, Missoula, 96 00:06:21,000 --> 00:06:25,640 mengandungi air sebanyak gabungan tasik-tasik moden Erie dan Ontario. 97 00:06:26,520 --> 00:06:29,880 Meliputi banyak yang masa kini adalah barat laut Montana. 98 00:06:33,080 --> 00:06:36,400 Teori terkini ialah Tasik Missoula telah disekat 99 00:06:36,480 --> 00:06:39,800 oleh sesuatu seperti empangan ais semula jadi yang pecah. 100 00:06:45,840 --> 00:06:46,920 Alihkan empangan ais, 101 00:06:47,000 --> 00:06:50,360 semua air akan mengalir keluar ke barat seperti ini. 102 00:06:53,520 --> 00:06:56,440 Untuk mengaitkan semua kerosakan terhadap landskap, 103 00:06:57,040 --> 00:07:03,720 ahli geologi berteori bahawa empangan ais terbentuk semula dan pecah berulang kali, 104 00:07:03,800 --> 00:07:08,760 menyebabkan banyak banjir dalam tempoh beberapa ribu tahun, 105 00:07:08,840 --> 00:07:12,960 beransur-ansur membentuk Tanah Keruping menjadi seperti masa kini. 106 00:07:14,440 --> 00:07:16,280 Semua keluar dari Tasik Missoula, 107 00:07:16,360 --> 00:07:19,200 kerana satu pengosongan Tasik Missoula tak cukup, 108 00:07:19,280 --> 00:07:21,600 mereka andaikan 80 atau 90 pengosongan. 109 00:07:21,680 --> 00:07:22,760 Itu pasti membantu. 110 00:07:25,120 --> 00:07:30,440 Penjelasan yang dibuat dengan rasa ingin tahu untuk landskap liar sebegitu. 111 00:07:33,080 --> 00:07:37,560 Ada "trend keseragaman" yang kuat dalam geologi. 112 00:07:37,640 --> 00:07:40,880 Ahli geologi moden kurang menyukai bencana. 113 00:07:40,960 --> 00:07:45,120 Mereka suka penjelasan panjang, perlahan dan beransur tentang sesuatu, 114 00:07:45,200 --> 00:07:47,960 mereka suka cara itu pada hari ini, 115 00:07:48,040 --> 00:07:49,640 seperti sebelum ini, 116 00:07:49,720 --> 00:07:52,640 walaupun bagi saya pandangan itu tak munasabah. 117 00:07:54,040 --> 00:07:56,720 Randall percaya bukti geologi di sini 118 00:07:56,800 --> 00:08:00,080 tak menunjukkan banjir beransur-ansur yang lama, 119 00:08:00,160 --> 00:08:06,560 tapi satu banjir besar yang ganas yang melanda beberapa minggu saja. 120 00:08:06,640 --> 00:08:08,960 - Ia bukan sahaja air, kan? - Bukan. 121 00:08:09,040 --> 00:08:11,080 - Ya. - Sejauh mata kita memandang, 122 00:08:11,800 --> 00:08:15,640 ia menjadi pemandangan bergelora, mendidih dan tak terkawal. 123 00:08:17,400 --> 00:08:20,040 Air yang mengalir disekat ribuan bongkah ais. 124 00:08:21,160 --> 00:08:24,000 Semua objek di antara tebing ini telah tercabut. 125 00:08:24,080 --> 00:08:25,240 Ya. 126 00:08:26,520 --> 00:08:30,320 Peristiwa ganas yang kita tak boleh bayangkan. 127 00:08:32,840 --> 00:08:34,280 Untuk buat awak faham, 128 00:08:34,360 --> 00:08:38,200 jika awak ambil setiap sungai dari setiap benua di Bumi, 129 00:08:38,280 --> 00:08:40,039 gabungkan semuanya, 130 00:08:40,600 --> 00:08:43,080 masih perlu gandakan sekurangnya sepuluh kali 131 00:08:43,159 --> 00:08:45,919 untuk mendapatkan isipadu air mengalir di sini. 132 00:08:46,000 --> 00:08:48,799 Wah! Itu memberikan perspektif jelas. 133 00:08:54,600 --> 00:08:57,680 Ia sebuah landskap terlarang yang begitu mengagumkan 134 00:08:57,760 --> 00:09:00,480 yang mengisahkan kiamat purba kepada saya. 135 00:09:01,880 --> 00:09:05,800 Kiamat pada skala yang hampir mustahil dibayangkan hari ini. 136 00:09:09,760 --> 00:09:15,000 Ketika Zaman Ais, ini adalah kawasan padang rumput yang terhampar lembut, 137 00:09:15,080 --> 00:09:18,760 dihuni dengan kumpulan antelop dan mastodon yang berkeliaran, 138 00:09:19,920 --> 00:09:22,600 sehinggalah keganasan itu tiba. 139 00:09:29,520 --> 00:09:33,360 Air banjir tersembur keluar dari air terjun yang sangat besar 140 00:09:33,440 --> 00:09:36,360 yang saiznya sepuluh kali ganda Air Terjun Niagara, 141 00:09:36,440 --> 00:09:39,920 dua kali setengah lebih tinggi, tujuh kali lebih lebar 142 00:09:40,520 --> 00:09:43,400 dan 3,000 kali lebih berkuasa. 143 00:09:47,640 --> 00:09:49,200 Berapa cepat ia terbentuk? 144 00:09:49,280 --> 00:09:51,480 Ia terbentuk dengan sangat cepat. 145 00:09:51,560 --> 00:09:54,160 - Mungkinkah dalam beberapa minggu? - Ya. 146 00:09:58,640 --> 00:10:03,320 Bukti paling jelas ada di sini, di tempat bernama Jurang Wallula, 147 00:10:04,680 --> 00:10:10,000 tempat air banjir mengukir ngarai besar sedalam 1,200 kaki, 148 00:10:11,680 --> 00:10:15,320 meninggalkan banyak singkapan basalt yang besar… 149 00:10:17,720 --> 00:10:19,480 iaitu Gunung Twin Sisters. 150 00:10:21,000 --> 00:10:23,120 Bukti kelajuan dan keganasan 151 00:10:24,160 --> 00:10:27,920 bagi banjir kilat paling besar dalam sejarah manusia. 152 00:10:32,840 --> 00:10:35,240 Kajian Randall menunjukkan pembentukan itu 153 00:10:35,320 --> 00:10:42,080 tak mungkin terhasil daripada hakisan berperingkat seperti dakwaan ahli geologi. 154 00:10:44,560 --> 00:10:46,960 Apabila banjir besar ini tamat, 155 00:10:47,560 --> 00:10:48,600 air yang surut 156 00:10:48,680 --> 00:10:52,800 bukan sahaja meninggalkan menara batu keras yang terbengkalai. 157 00:10:54,280 --> 00:10:58,080 Berhampirannya, di tempat yang dikenali sebagai Prairie Camas, 158 00:10:58,160 --> 00:11:01,080 terdapat riak air gergasi pada landskap itu. 159 00:11:02,800 --> 00:11:05,520 Ia sangat seragam dan terbentuk sempurna, 160 00:11:05,600 --> 00:11:09,120 sesiapa yang pergi ke pantai dan nampak air pasang surut 161 00:11:09,200 --> 00:11:13,680 akan nampak air pasang surut itu meninggalkan jejak riak pada pasir, 162 00:11:13,760 --> 00:11:16,680 dan riak itu mungkin bersaiz setengah inci panjang, 163 00:11:16,760 --> 00:11:18,200 sepanjang beberapa kaki. 164 00:11:18,280 --> 00:11:21,400 Riak ombak pada Prairie Camas pula 165 00:11:21,480 --> 00:11:26,480 bersaiz setinggi 30 hingga 50 kaki dan sepanjang 300 kaki. 166 00:11:28,240 --> 00:11:31,680 Ia fenomena sama akibat daripada rosotan air. 167 00:11:31,760 --> 00:11:35,080 Namun riak landskap ini menunjukkan peristiwa lebih besar, 168 00:11:35,160 --> 00:11:39,440 sejumlah besar air yang melalui landskap dan kemudian ia surut. 169 00:11:40,880 --> 00:11:42,440 Malapetaka yang dahsyat. 170 00:11:42,520 --> 00:11:43,800 Malapetaka, ya. 171 00:11:43,880 --> 00:11:47,960 Jika ada orang terselamat kerana tuah, 172 00:11:48,040 --> 00:11:49,720 mereka menghadapi kesannya 173 00:11:49,800 --> 00:11:52,400 memikirkan yang dunia ini telah musnah. 174 00:11:57,360 --> 00:12:02,880 Terusan Tanah Keruping menunjukkan kesemua tanda-tanda banjir besar yang dahsyat 175 00:12:02,960 --> 00:12:04,960 dalam tempoh yang sangat pendek, 176 00:12:06,680 --> 00:12:09,880 sama seperti gambaran banjir dalam mitos serata dunia. 177 00:12:15,440 --> 00:12:21,360 Mustahil air itu melimpah dari Tasik Missoula, bak kata ahli geologi. 178 00:12:21,960 --> 00:12:23,360 Alihkan empangan ais ini, 179 00:12:23,920 --> 00:12:27,000 kesemua air akan mengalir ke arah barat seperti ini, 180 00:12:27,080 --> 00:12:27,960 NAMUN, DI TEMBOK SELATAN, TEPAT DI SINI, KAMI MENEMUI 181 00:12:31,160 --> 00:12:33,400 mendapan batu kerikil. 182 00:12:34,080 --> 00:12:35,680 Air mengalir arah selatan. 183 00:12:35,760 --> 00:12:38,160 Ia menyimpang dari aliran utama di situ. 184 00:12:38,240 --> 00:12:41,880 Awak nampak bongkah ais itu punca banjir, bukan tasik ini. 185 00:12:41,960 --> 00:12:42,960 Betul. 186 00:12:43,040 --> 00:12:45,160 Kini, telah diperakui dan diiktiraf 187 00:12:45,240 --> 00:12:47,920 kemungkinan terdapat tasik lain di sana. 188 00:12:48,000 --> 00:12:51,800 Kita perlu pandang ke utara. 189 00:12:51,880 --> 00:12:53,600 - Pada bongkah ais itu. - Ya. 190 00:12:53,680 --> 00:12:55,760 Kembali kepada teori arus perdana, 191 00:12:55,840 --> 00:12:58,880 banjir itu diletakkan dalam rangka masa khusus, 192 00:12:58,960 --> 00:13:02,240 pada jendela masa 18,000 hingga 15,500 tahun. 193 00:13:02,320 --> 00:13:06,000 Ya. Kita perlu perhatikan dengan teliti tarikh tersebut. 194 00:13:06,080 --> 00:13:08,000 Saya tak tahu apa pada tempoh itu 195 00:13:08,080 --> 00:13:09,960 akan menghasilkan tenaga besar 196 00:13:10,040 --> 00:13:11,640 untuk melepaskan air ini. 197 00:13:13,040 --> 00:13:17,040 Kini kita perlu cantumkan teka-teki ini… 198 00:13:17,120 --> 00:13:19,160 - Ya. - …untuk lebih memahami, 199 00:13:19,240 --> 00:13:20,680 gambaran yang jelas. 200 00:13:24,080 --> 00:13:28,440 Gambaran besar yang Randall sedang cari mungkin akan muncul. 201 00:13:30,160 --> 00:13:32,920 Daripada Tanah Keruping terus dianggap sebagai 202 00:13:33,000 --> 00:13:35,480 fenomena kawasan terpencil yang membingungkan 203 00:13:35,560 --> 00:13:38,400 tanpa sebarang sebab luaran yang jelas, 204 00:13:38,480 --> 00:13:41,520 hujah Randall meletakkan landskap yang musnah ini 205 00:13:41,600 --> 00:13:45,440 dalam konteks yang lebih luas dan global, kemusnahan yang berlaku 206 00:13:45,520 --> 00:13:47,880 pada hampir penghujung Zaman Ais. 207 00:13:49,400 --> 00:13:50,240 16,000 SM 208 00:13:50,320 --> 00:13:54,920 Bukan 18,000 atau 15,500 tahun yang lalu… 209 00:13:55,000 --> 00:13:56,440 13,500 SM 210 00:13:56,520 --> 00:13:59,280 …tapi kira-kira 12,800 tahun lalu… 211 00:13:59,880 --> 00:14:00,880 10,800 SM 212 00:14:00,960 --> 00:14:02,960 …pada permulaan zaman Younger Dryas. 213 00:14:05,720 --> 00:14:09,200 Adakah kemusnahan sangat jelas di Terusan Tanah Keruping 214 00:14:09,280 --> 00:14:12,360 merupakan sebahagian besar kiamat purba 215 00:14:12,440 --> 00:14:16,760 yang saya syak telah memadam keseluruhan tamadun maju terdahulu? 216 00:14:21,640 --> 00:14:24,040 Satu lagi landskap berparut di Amerika purba 217 00:14:24,120 --> 00:14:26,160 mungkin memiliki petunjuk terakhir. 218 00:14:29,400 --> 00:14:30,920 1.2 ribu batu di selatan, 219 00:14:31,560 --> 00:14:35,120 di gurun diselaputi semak sepanjang sempadan Amerika-Mexico, 220 00:14:36,680 --> 00:14:39,320 di sebuah tapak bernama Mata Air Murray. 221 00:14:39,400 --> 00:14:43,560 MATA AIR MURRAY 222 00:14:44,840 --> 00:14:48,960 Allen West ialah ahli kumpulan kajian antara pelbagai disiplin 223 00:14:49,040 --> 00:14:52,560 yang telah mengejutkan komuniti sains pada 2007, 224 00:14:52,640 --> 00:14:57,160 dengan menerbitkan rencana tentang penemuan luar biasa di sini, 225 00:14:58,080 --> 00:15:03,760 di bentuk muka Bumi terdedah yang mengandungi "hamparan hitam." 226 00:15:04,480 --> 00:15:06,520 Lapisan hamparan hitam di sini… 227 00:15:06,600 --> 00:15:07,440 PENGKAJI, PERUNDING GEOSAINS 228 00:15:07,520 --> 00:15:09,560 - Ya. - …mewakili lapisan kepupusan. 229 00:15:09,640 --> 00:15:15,440 Di bawahnya terdapat tulang mamot, tulang kuda Amerika, 230 00:15:15,520 --> 00:15:20,200 unta Amerika, serigala purba, dan harimau bertaring lengkung. 231 00:15:20,280 --> 00:15:25,760 Setakat ini, tiada satu pun telah ditemui di bahagian atas lapisan itu. 232 00:15:26,560 --> 00:15:29,000 Tambahan kepada kepupusan mega-fauna, 233 00:15:29,080 --> 00:15:31,240 terdapat juga kepupusan manusia. 234 00:15:31,320 --> 00:15:35,320 Kami fikir kemungkinan 50 hingga 60 peratus manusia 235 00:15:35,400 --> 00:15:38,480 di serata hemisfera utara mati pada ketika itu. 236 00:15:38,560 --> 00:15:41,760 Betul. Nombor itu sangat dramatik. 237 00:15:41,840 --> 00:15:44,320 Kita tahu ia berlaku, tapi bukan puncanya. 238 00:15:44,400 --> 00:15:46,440 Kesimpulannya, ini ialah misteri… 239 00:15:46,520 --> 00:15:48,840 - Ya. - …yang awak mahu terokai. 240 00:15:50,760 --> 00:15:54,920 Semasa hamparan hitam ditemukan dan dianalisis pada tahun 1960-an, 241 00:15:55,960 --> 00:16:00,440 para saintis buat pentarikhan karbon ia sekitar 12,800 tahun dahulu, 242 00:16:00,520 --> 00:16:03,800 tepat pada waktu bermulanya Younger Dryas. 243 00:16:06,080 --> 00:16:07,760 Itulah tujuan saya ke sini. 244 00:16:09,280 --> 00:16:12,080 Hamparan Hitam mungkin boleh selesaikan 245 00:16:12,160 --> 00:16:16,680 bukan sekadar misteri yang mencetuskan bencana bersejarah, 246 00:16:18,400 --> 00:16:23,400 malah mungkin secara khususnya apa telah mengakibatkan banjir besar… 247 00:16:27,280 --> 00:16:29,480 yang telah membentuk Tanah Keruping. 248 00:16:30,960 --> 00:16:32,520 Sebahagian kajian mereka, 249 00:16:32,600 --> 00:16:36,760 kumpulan Allen menjalankan analisa kimia teliti atas hamparan hitam itu. 250 00:16:38,680 --> 00:16:42,200 Jadi awak ke sini dan menyiasat hamparan itu. 251 00:16:42,840 --> 00:16:46,120 Kami menemui bebola-bebola kaca cair. 252 00:16:46,720 --> 00:16:51,080 Ini petunjuk pertama yang satu kejadian bersuhu tinggi terjadi. 253 00:16:52,440 --> 00:16:54,120 Tapi kami tak tahu ia apa. 254 00:16:55,480 --> 00:16:58,880 Jadi maksud awak, ia suhu yang cukup panas 255 00:16:58,960 --> 00:17:00,160 untuk cairkan tanah? 256 00:17:00,240 --> 00:17:02,040 Cukup untuk mencairkan kereta 257 00:17:02,120 --> 00:17:04,680 menjadi lopak logam di lot parkir kereta. 258 00:17:04,760 --> 00:17:05,600 Wah. Baiklah. 259 00:17:05,680 --> 00:17:07,080 Apa lagi awak temui? 260 00:17:07,160 --> 00:17:10,319 Ada penemuan platinum dan iridium yang tinggi. 261 00:17:10,400 --> 00:17:13,000 Awak menjangka untuk menemui dua unsur itu? 262 00:17:13,079 --> 00:17:14,760 Tak, kami tak menjangkanya. 263 00:17:15,599 --> 00:17:18,400 Ia tak ditemui selalu di planet ini. 264 00:17:19,359 --> 00:17:22,520 Kami tahu hanya satu benda di Bumi boleh lakukannya, 265 00:17:22,599 --> 00:17:25,040 iaitu sebuah impak kosmik. 266 00:17:25,680 --> 00:17:28,319 Sesuatu, sebuah asteroid atau pecahan komet 267 00:17:28,400 --> 00:17:31,200 yang melepasi atmosfera dan meletus di udara 268 00:17:31,280 --> 00:17:32,920 atau menghentam tanah terus? 269 00:17:33,000 --> 00:17:33,840 Tepat sekali. 270 00:17:35,920 --> 00:17:38,800 Komet, sejenis pembunuh spesis. 271 00:17:40,600 --> 00:17:43,440 Adakah itu penjelasan bencana dahsyat 272 00:17:43,520 --> 00:17:46,080 di penghujung Dryas Awal? 273 00:17:46,880 --> 00:17:50,320 Ia pernah terjadi pada dinosaur. 274 00:17:54,560 --> 00:17:57,760 Semua bersetuju yang impak kosmik, asteroid atau komet 275 00:17:57,840 --> 00:18:01,480 yang menyebabkan kepupusan dinosaur 66 juta tahun dahulu. 276 00:18:03,200 --> 00:18:05,720 Kejadian itu meninggalkan lapisan jelas 277 00:18:05,800 --> 00:18:08,160 yang masih kelihatan di beberapa tempat, 278 00:18:08,240 --> 00:18:11,560 seperti lapisan sama di Mata Air Murray. 279 00:18:14,880 --> 00:18:16,360 Setelah kumpulan Allen 280 00:18:16,440 --> 00:18:20,280 menyedari implikasi hamparan hitam di Mata Air Murray, 281 00:18:21,080 --> 00:18:24,840 mereka melancarkan penyiasatan tempoh panjang yang memenatkan 282 00:18:25,720 --> 00:18:28,000 bagi melihat jika ia ada di tempat lain. 283 00:18:29,800 --> 00:18:32,920 Ia juga ada di seluruh dunia. 284 00:18:36,040 --> 00:18:38,120 SEHINGGA KINI, HAMPARAN HITAM DITEMUI SEPANJANG AMERIKA UTARA, 285 00:18:38,200 --> 00:18:41,360 Sehingga kini, hamparan hitam ditemui sepanjang Amerika Utara, 286 00:18:41,440 --> 00:18:44,720 dari California ke Michigan ke New Jersey, 287 00:18:44,800 --> 00:18:49,040 dan dari Belgium di utara Eropah ke Syria di Timur Tengah. 288 00:18:50,520 --> 00:18:53,440 Banyak kawasan impak berpotensi 289 00:18:53,520 --> 00:18:58,440 bertarikh sekitar masa yang sama, 12,800 tahun dahulu. 290 00:19:01,280 --> 00:19:04,640 Kami mula menyedari kejadian ini pasti besar. 291 00:19:04,720 --> 00:19:09,040 Kami mula mendapat gambaran yang satu bencana telah terjadi. 292 00:19:11,440 --> 00:19:16,320 Tapi jika berlaku serangan komet, di manakah kawah impaknya? 293 00:19:18,000 --> 00:19:20,160 Saya rasa jawapan itu boleh dilihat… 294 00:19:22,880 --> 00:19:24,560 di Terusan Tanah Keruping. 295 00:19:26,840 --> 00:19:29,920 Jika impak utama semasa permulaan Dryas Awal 296 00:19:30,000 --> 00:19:31,760 adalah pada bongkah ais, 297 00:19:31,840 --> 00:19:35,320 selepas ais mencair, tiada kawah yang kelihatan. 298 00:19:37,040 --> 00:19:39,040 Ia menyokong teori Randall 299 00:19:39,120 --> 00:19:43,760 yang bencana dahsyat tiba-tiba yang dipersalahkan atas Tanah Keruping 300 00:19:43,840 --> 00:19:48,200 tidak berpunca dari tasik, tapi bongkah ais itu sendiri. 301 00:19:50,240 --> 00:19:54,520 Ia perlu ditulis semula dalam sejarah. 302 00:19:54,600 --> 00:19:55,440 Ya. 303 00:19:57,400 --> 00:20:00,680 Namun, satu impak sahaja takkan menghasilkan 304 00:20:00,760 --> 00:20:04,520 semua hamparan hitam yang dipetakan kumpulan kajian Allen. 305 00:20:06,400 --> 00:20:08,960 Penemuan mereka menimbulkan idea menakutkan. 306 00:20:09,040 --> 00:20:13,480 Mungkin bukan satu impak kosmik yang meninggalkan jejak di seluruh dunia, 307 00:20:13,560 --> 00:20:14,800 tapi beberapa impak. 308 00:20:14,880 --> 00:20:18,600 Beberapa perlanggaran Bumi dengan serpihan kosmik yang kuat. 309 00:20:18,680 --> 00:20:21,800 Mereka namakannya hipotesis impak Younger Dryas. 310 00:20:24,120 --> 00:20:26,880 Bumi tak dilanggar oleh sebuah komet, 311 00:20:26,960 --> 00:20:29,920 tapi oleh beberapa ketulan pecahan komet itu. 312 00:20:30,000 --> 00:20:32,920 Saya rasa ia 12,800 tahun dahulu, 313 00:20:33,000 --> 00:20:37,040 Bumi melintasi laluan serpihan komet gergasi. 314 00:20:43,560 --> 00:20:46,920 Ia seperti ribuan bom atom meletus. 315 00:20:48,200 --> 00:20:53,320 Dalam beberapa jam, semasa kejadian yang menggegarkan Bumi itu, 316 00:20:55,240 --> 00:21:00,160 ia melepaskan wap air dan debu-debu yang menyelimuti langit-langit, 317 00:21:00,920 --> 00:21:03,360 menyebabkan suhu menjunam. 318 00:21:04,800 --> 00:21:07,920 Bayangkan awak bersantai di pantai Miami, 319 00:21:08,960 --> 00:21:12,080 tiba-tiba suhu berubah seperti di Anchorage, Alaska. 320 00:21:13,280 --> 00:21:16,960 - Dalam satu malam. Ya. - Ya, dalam beberapa bulan. 321 00:21:21,000 --> 00:21:21,920 KEDATANGAN KOMET MENYEBABKAN KEPUPUSAN 322 00:21:22,000 --> 00:21:23,600 Apabila Allen dan pasukannya 323 00:21:23,680 --> 00:21:26,400 daripada Kumpulan Kajian Komet sekarang, 324 00:21:26,480 --> 00:21:27,840 menerbitkan penemuan itu, 325 00:21:27,920 --> 00:21:31,400 mereka jangka akan dipandang remeh dan disindir. 326 00:21:31,480 --> 00:21:32,440 DEBAT ZAMAN AIS MINI MENGGEGARKAN DUNIA GEOLOGI 327 00:21:33,240 --> 00:21:36,680 Malangnya, ahli saintis diajar untuk berfikiran sinis. 328 00:21:36,760 --> 00:21:39,280 Skeptik itu baik, tapi bukan sinis. 329 00:21:41,000 --> 00:21:43,560 Lebih menakutkan tentang penemuan itu 330 00:21:43,640 --> 00:21:46,960 adalah kemungkinan asal serpihan komet itu. 331 00:21:48,120 --> 00:21:49,960 Arus meteor Taurid, 332 00:21:51,920 --> 00:21:55,720 satu gugusan langit yang dilintasi Bumi dua kali setahun 333 00:21:55,800 --> 00:21:58,120 pada akhir Jun dan Oktober. 334 00:21:59,080 --> 00:22:02,200 Dianggarkan ada lebih dua ratus objek berukur lilit 335 00:22:02,280 --> 00:22:04,120 lebih satu kilometer, 336 00:22:04,200 --> 00:22:06,560 berputar di sekitar arus meteor Taurid. 337 00:22:11,920 --> 00:22:13,120 Bukti yang diajukan 338 00:22:13,200 --> 00:22:15,360 oleh saintis Kumpulan Kajian Komet 339 00:22:15,440 --> 00:22:22,200 menunjukkan benda dahsyat melebihi bencana global lebih 12,800 tahun dahulu, 340 00:22:22,280 --> 00:22:25,720 bencana besar yang boleh hapuskan semua jejak 341 00:22:25,800 --> 00:22:28,400 ketamadunan canggih pada Zaman Ais, 342 00:22:28,480 --> 00:22:30,520 dan penjelasan pendek kepada 343 00:22:30,600 --> 00:22:33,800 semua misteri yang saya siasat selama 30 tahun. 344 00:22:36,240 --> 00:22:40,240 Mungkin ini sebabnya tamadun purba yang muncul selepas itu 345 00:22:40,320 --> 00:22:44,360 tertumpu secara saintifik pada langit-langit. 346 00:22:45,360 --> 00:22:48,080 Ini kawasan yang kita perlu beri perhatian 347 00:22:48,160 --> 00:22:50,440 kerana ada benda bahaya di atas sana 348 00:22:50,520 --> 00:22:52,320 yang boleh hapuskan ketamadunan. 349 00:22:55,800 --> 00:22:58,800 Di Göbekli Tepe di Turki, kita telah melihat 350 00:22:58,880 --> 00:23:03,840 bagaimana tamadun purba mengabadikan bencana ini pada batu. 351 00:23:03,920 --> 00:23:08,520 Dengan merakam buruj bintang di langit pada masa itu pada Tiang 43. 352 00:23:09,720 --> 00:23:12,680 Tapi tiang itu mungkin mengandungi mesej berkod lain 353 00:23:13,400 --> 00:23:16,080 yang Dr. Martin Sweatman nak tunjuk pada saya, 354 00:23:16,160 --> 00:23:19,000 apa yang dia percayai adalah rakaman 355 00:23:19,080 --> 00:23:23,520 bila dan dari mana hujan meteor itu datang secara tepatnya. 356 00:23:25,840 --> 00:23:28,240 Di sini, ada gambaran ular… 357 00:23:28,320 --> 00:23:29,440 DR. MARTIN SWEATMAN UNIVERSITI EDINBURGH 358 00:23:29,520 --> 00:23:32,480 …keluar daripada badan dan kaki musang itu. 359 00:23:33,440 --> 00:23:35,880 Jika kita ke bahagian tiang ini, 360 00:23:35,960 --> 00:23:39,720 kita akan menemui ular-ular keluar daripada badan burung-burung. 361 00:23:40,440 --> 00:23:45,440 Budaya purba melihat komet sebagai ular di langit. 362 00:23:45,520 --> 00:23:48,080 Ramai bersetuju tentang itu. 363 00:23:48,160 --> 00:23:52,160 Kita boleh tafsirkan ini sebagai meteor terpancar dari buruj tertentu… 364 00:23:52,240 --> 00:23:53,080 Betul. 365 00:23:53,160 --> 00:23:55,840 …burung tinggi membongkok melambangkan Pisces. 366 00:23:55,920 --> 00:23:56,760 Betul. 367 00:23:56,840 --> 00:23:59,600 Kita juga ada buruj Aquarius yang mungkin 368 00:23:59,680 --> 00:24:01,840 dilambangkan oleh musang itu. 369 00:24:01,920 --> 00:24:04,280 Pada masa Göbekli Tepe dibina, 370 00:24:04,360 --> 00:24:09,480 ini adalah buruj-buruj yang terpancar daripada hujan meteor Taurid. 371 00:24:10,280 --> 00:24:11,400 Mereka mengatakan 372 00:24:11,480 --> 00:24:15,120 seperti hujan meteor Taurid terpancar daripada Aquarius 373 00:24:15,200 --> 00:24:17,440 dan kemudian Pisces, 374 00:24:17,520 --> 00:24:20,400 dan ia berubah dalam masa beberapa minggu. 375 00:24:21,320 --> 00:24:25,360 Satu rakaman ribut serpihan komet selama berminggu-minggu. 376 00:24:27,600 --> 00:24:31,240 Itu rangka masa sepadan dengan bukti bencana global 377 00:24:31,320 --> 00:24:33,840 melanda Bumi 12,800 tahun lalu, 378 00:24:34,480 --> 00:24:39,000 termasuklah banjir besar yang memusnahkan Tanah Keruping Washington. 379 00:24:40,880 --> 00:24:43,880 Pasti ada lebih makna di sebalik tata-rajah khusus 380 00:24:43,960 --> 00:24:47,640 matahari dan buruj-buruj yang berada di Tiang 43. 381 00:24:48,960 --> 00:24:51,240 Ia berlaku pada satu solstis, 382 00:24:51,320 --> 00:24:55,960 dua kali satu kitaran dalam tempoh 26,000 tahun, 383 00:24:56,040 --> 00:24:58,600 setiap kitaran hampir seabad. 384 00:25:00,480 --> 00:25:01,680 Ia agak menakutkan… 385 00:25:01,760 --> 00:25:02,920 GÖBEKLI TEPE - KUIL MENYAMPAIKAN GEOGRAFI KOSMIK KUNO 386 00:25:03,000 --> 00:25:05,240 sebagai ahli arkeo-astronomi, Paul Burley 387 00:25:05,320 --> 00:25:08,000 sedar bahawa tatarajah yang sama dilihat 388 00:25:08,080 --> 00:25:10,640 pada solstis musim panas 12,800 tahun dahulu… 389 00:25:10,720 --> 00:25:11,680 pembina Göbekli Tepe membina kuil 390 00:25:11,760 --> 00:25:13,000 yang jelas menonjolkan masa 11,600 tahun ke hadapan mereka. 391 00:25:13,080 --> 00:25:13,920 yang berlaku hari ini! 392 00:25:14,000 --> 00:25:17,960 …telah kembali ke langit kita hari ini, pada solstis musim sejuk. 393 00:25:20,480 --> 00:25:23,440 Adakah imejan pada Tiang 43 menjadi pesanan 394 00:25:23,520 --> 00:25:27,760 direka oleh pakar astronomi tamadun yang hilang? 395 00:25:29,760 --> 00:25:33,680 Amaran untuk masa depan, kepada kita, 396 00:25:34,440 --> 00:25:36,920 bahawa apa kita lakukan akan menimpa kita? 397 00:25:38,680 --> 00:25:43,600 Bahawa apabila Matahari dan bintang ambil alih tatarajah ini ketika solstis, 398 00:25:43,680 --> 00:25:47,240 malapetaka ular langit boleh berulang? 399 00:25:51,440 --> 00:25:52,760 Jadi, ambil iktibar. 400 00:25:54,480 --> 00:25:57,400 Tanggapan itu harus membuat kita berfikir. 401 00:25:58,680 --> 00:26:01,240 Saya tak mahu meramalkan, tapi adakah kita 402 00:26:01,320 --> 00:26:04,200 diancam oleh hujan meteor Taurid hari ini? 403 00:26:04,280 --> 00:26:06,240 Ia membahayakan nenek moyang kita. 404 00:26:06,320 --> 00:26:09,000 Ia punca malapetaka di Bumi 12,800 tahun dahulu. 405 00:26:09,080 --> 00:26:10,200 Bolehkah ia berulang? 406 00:26:10,280 --> 00:26:11,880 Kita memang dalam bahaya. 407 00:26:13,080 --> 00:26:16,320 Malah, pengiraan oleh ahli astronomi 408 00:26:16,400 --> 00:26:19,000 ialah kita di ambang bahaya sekarang 409 00:26:19,080 --> 00:26:23,760 kerana bahagian Taurid yang lebih tebal boleh menjejaskan Bumi. 410 00:26:26,400 --> 00:26:30,840 Semakin ramai saintis kini menerima hipotesis impak Dryas Awal… 411 00:26:35,280 --> 00:26:40,120 dan minat yang semakin pesat ini tidak lagi terhad kepada saintis. 412 00:26:44,080 --> 00:26:44,920 PENGAUDIO SIAR 413 00:26:45,000 --> 00:26:48,080 Jika sesuatu menghentam Bumi sekitar 12,000 tahun lalu, 414 00:26:48,160 --> 00:26:51,040 dan merombak tamadun, ia adalah teori yang menarik. 415 00:26:51,120 --> 00:26:53,960 Tapi teori itu patut dibincangkan. 416 00:26:54,760 --> 00:27:00,040 Saya rasa ada begitu banyak emosi berkait dengan teori awak 417 00:27:00,120 --> 00:27:02,800 dan dalam menentangnya juga. 418 00:27:02,880 --> 00:27:06,520 Bagaimana arkeologi arus perdana menolak hal ini? 419 00:27:06,600 --> 00:27:08,720 Apakah hujah yang biasa? 420 00:27:09,360 --> 00:27:12,560 Hujahnya, "Kami ahli arkeologi, kami tahu yang terbaik." 421 00:27:12,640 --> 00:27:15,400 Untuk menunjuk kuasa, "Terima pentarikhan kami." 422 00:27:15,480 --> 00:27:18,200 "Kami dah buat kajian, inilah keputusannya." 423 00:27:18,280 --> 00:27:24,040 Ia amat pelik, orang akan cuma terima dan bercakap tentang satu naratif sahaja. 424 00:27:24,120 --> 00:27:27,280 Naratif yang mereka mulakan lama dahulu… 425 00:27:27,360 --> 00:27:28,200 Ya. 426 00:27:28,280 --> 00:27:29,760 …dan tak mahu ia didebatkan. 427 00:27:30,560 --> 00:27:33,200 Mungkin kerana ia mengancam tanggapan 428 00:27:33,280 --> 00:27:36,880 bahawa kita puncak dan kemuncak keseluruhan sejarah manusia. 429 00:27:36,960 --> 00:27:40,160 Mungkin tanggapan tentang tamadun yang telah hilang 430 00:27:40,240 --> 00:27:42,080 menimbulkan soalan menggusarkan 431 00:27:42,160 --> 00:27:44,400 bahawa kita tamadun hilang masa depan. 432 00:27:48,880 --> 00:27:53,400 Jika kita perlu menghadapi bencana global yang besar 433 00:27:53,480 --> 00:27:55,200 seperti yang berlaku dulu, 434 00:27:55,280 --> 00:27:58,040 yang diketahui berlaku pada hujung Zaman Ais, 435 00:27:58,120 --> 00:28:02,120 saya rasa tamadun kita tak mungkin dapat bertahan. 436 00:28:05,880 --> 00:28:11,040 Jadi, tak sukar untuk membayangkan bahawa tamadun maju yang lebih awal 437 00:28:11,120 --> 00:28:12,520 mungkin telah dihapuskan, 438 00:28:13,040 --> 00:28:14,960 dipadam daripada ingatan 439 00:28:15,040 --> 00:28:18,560 ketika kiamat purba ini 12,800 tahun dahulu. 440 00:28:22,120 --> 00:28:25,560 Selepas kesan kosmik itu pada bongkah ais, 441 00:28:25,640 --> 00:28:30,160 paras laut naik, menelan semua tanah pantai yang rendah 442 00:28:30,240 --> 00:28:33,200 itu mungkin diselesaikan oleh budaya maju. 443 00:28:35,440 --> 00:28:37,320 Tempat seperti Sundaland… 444 00:28:39,640 --> 00:28:42,120 …semenanjung Malta, atau Tebing Besar Bahama. 445 00:28:42,200 --> 00:28:43,600 JALAN BIMINI PULAU BAHAMA 446 00:28:44,960 --> 00:28:45,880 Di Indonesia… 447 00:28:46,880 --> 00:28:49,640 …mangsa yang terselamat berundur ke bukit, 448 00:28:49,720 --> 00:28:53,760 meninggalkan petunjuk yang menggoda kepada seni bina canggih mereka. 449 00:28:55,040 --> 00:28:57,200 Beberapa mangsa terselamat di Turki… 450 00:28:57,280 --> 00:28:58,120 DERINKUYU TURKI 451 00:28:58,200 --> 00:29:00,760 …mengorek tempat perlindungan bawah tanah 452 00:29:00,840 --> 00:29:02,680 jika lebih banyak meteor melanda. 453 00:29:03,840 --> 00:29:05,600 Di Mediterranean, di Malta… 454 00:29:06,600 --> 00:29:08,240 …mangsa terselamat bina kuil 455 00:29:08,320 --> 00:29:11,520 sejajar dengan bintang paling terang di langit mereka… 456 00:29:12,520 --> 00:29:15,560 …merisaukan serangan komet yang seterusnya. 457 00:29:16,880 --> 00:29:18,080 Mereka meredah lautan… 458 00:29:19,080 --> 00:29:21,760 …menurunkan ilmu geografi kepada orang lain. 459 00:29:23,440 --> 00:29:26,480 Penampilan mereka tercatat dalam tradisi purba, 460 00:29:26,560 --> 00:29:28,920 malah diukir pada batu. 461 00:29:29,920 --> 00:29:30,800 BUSUT ULAR AS 462 00:29:30,880 --> 00:29:35,160 Mereka mengarahkan budaya kurang maju untuk mengingati hal yang berlaku 463 00:29:35,240 --> 00:29:36,520 dengan monumen besar 464 00:29:36,600 --> 00:29:39,920 yang menggabungkan penjajaran khusus serta boleh tarikh, 465 00:29:41,840 --> 00:29:45,440 dan peringatan merakam tarikh dan ditanam seperti kapsul masa. 466 00:29:45,520 --> 00:29:46,440 GÖBEKLI TEPE TURKI 467 00:29:52,280 --> 00:29:58,000 Manusia purba membantu hidupkan semula kemanusiaan dalam landskap tak sempurna. 468 00:30:01,880 --> 00:30:04,600 Dalam pengembaraan saya selama beberapa dekad, 469 00:30:04,680 --> 00:30:09,120 saya belajar menghormati kebijaksanaan iaitu sains orang kuno, 470 00:30:09,200 --> 00:30:10,400 KEBUK - TEMBOK BUATAN LAPISAN 2 - LAPISAN 3 - LAPISAN 4 471 00:30:10,480 --> 00:30:12,600 Mereka memahami ancaman dari langit, 472 00:30:12,680 --> 00:30:16,360 dan terus menumpukan perhatian pada kosmos, 473 00:30:16,440 --> 00:30:20,000 dan interaksi yang ada kalanya membawa maut dengan Bumi. 474 00:30:21,720 --> 00:30:24,280 Mitos dan struktur peringatan mereka, 475 00:30:24,360 --> 00:30:27,640 betul-betul sejajar dengan bintang dan Matahari 476 00:30:27,720 --> 00:30:29,480 menjadi saksi obsesi ini 477 00:30:30,680 --> 00:30:33,840 dan ingatan peristiwa dahsyat di penghujung Zaman Ais 478 00:30:33,920 --> 00:30:38,800 yang mengubah kisah manusia selamanya dan melahirkan dunia moden. 479 00:30:42,040 --> 00:30:47,920 Mungkin tamadun maju kita sendiri patut mempedulikan amaran mereka, 480 00:30:48,800 --> 00:30:52,480 supaya kisah kita sendiri tak berakhir dengan cara yang sama. 481 00:31:21,600 --> 00:31:26,600 Terjemahan sari kata oleh Nurul Balqis binti Abu Bakar