1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,040 --> 00:00:17,760 Saya cuma mencadangkan sesuatu yang kita akan iktiraf 3 00:00:17,840 --> 00:00:22,120 sebagai peradaban maju telah wujud di Zaman Ais. 4 00:00:22,960 --> 00:00:25,640 Saya tak kata mereka ke bulan. 5 00:00:29,840 --> 00:00:33,920 Tapi maksud saya, mereka jauh lebih maju 6 00:00:34,000 --> 00:00:35,800 dari segi ilmu sains. 7 00:00:38,080 --> 00:00:40,920 Ilmu tentang bumi, alam semesta, 8 00:00:41,000 --> 00:00:42,560 berbanding yang kita ketahui. 9 00:00:44,800 --> 00:00:48,040 Mereka juga memiliki pencapaian kejuruteraan yang hebat, 10 00:00:49,320 --> 00:00:52,720 contohnya tapak yang bakal saya lawati di Cappadocia, Turkiye. 11 00:00:54,400 --> 00:00:58,440 Terdapat sebuah kubu pertahanan kuno jauh di bawah tanah… 12 00:01:02,040 --> 00:01:06,440 dibina bukan untuk melindungi beberapa orang, tapi ribuan orang. 13 00:01:08,200 --> 00:01:11,840 Sejarawan aliran utama telah lama membahaskan tujuannya, 14 00:01:11,920 --> 00:01:14,480 tapi saya percaya ia mungkin menjelaskan 15 00:01:14,560 --> 00:01:19,800 bagaimana tamadun purba yang saya cari selama ini hilang. 16 00:01:21,120 --> 00:01:24,160 Ini adalah kisah Derinkuyu. 17 00:01:34,160 --> 00:01:39,360 MUSIM SEJUK YANG MEMBAWA MAUT 18 00:01:42,680 --> 00:01:46,960 Saya berada di sebuah wilayah di Turkiye yang dipanggil Cappadocia. 19 00:01:49,560 --> 00:01:55,880 Kira-kira 240 batu ke barat laut dari Göbekli Tepe bermisteri… 20 00:01:55,960 --> 00:01:57,240 GÖBEKLI TEPE TURKIYE 21 00:01:57,320 --> 00:01:59,480 …yang ditanam dengan sengaja, 22 00:02:01,040 --> 00:02:05,720 mengabadikan bencana maha hebat di penghujung Zaman Ais. 23 00:02:09,440 --> 00:02:13,600 Berjuta-juta tahun lalu, landskap kawasan ini mengalami perubahan 24 00:02:13,680 --> 00:02:20,320 akibat beberapa letupan gunung berapi yang meninggalkan lapisan-lapisan abu 25 00:02:20,400 --> 00:02:25,160 yang mampat selama beribu tahun menjadikannya batu lembut dipanggil tuf. 26 00:02:26,920 --> 00:02:29,720 Batu yang mudah dibentuk, 27 00:02:29,800 --> 00:02:32,760 penduduk tempatan menggelarnya "serombong pari-pari." 28 00:02:33,880 --> 00:02:37,200 Namun, batu ini turut memungkinkan pembinaan 29 00:02:37,280 --> 00:02:41,040 salah satu projek berskala besar paling menakjubkan 30 00:02:41,120 --> 00:02:46,160 yang pernah dilaksanakan oleh manusia jauh di bawah batu lembut ini. 31 00:02:47,240 --> 00:02:49,360 Beberapa batu dari tempat saya berdiri, 32 00:02:49,440 --> 00:02:54,440 kota misteri tersembunyi yang dibina ribuan tahun lalu telah didedahkan. 33 00:02:54,520 --> 00:02:57,840 Ia ciptaan tamadun yang masih belum dikenal pasti 34 00:02:57,920 --> 00:03:00,520 dan pembinaannya didorong oleh ketakutan. 35 00:03:00,600 --> 00:03:03,760 Persoalannya, apa yang menakutkan mereka? 36 00:03:14,520 --> 00:03:18,160 Pekan terdekat, Derinkuyu, kelihatan biasa. 37 00:03:20,800 --> 00:03:26,320 Tetapi pada tahun 1963, apabila lantai sebuah rumah dipecahkan oleh tukang, 38 00:03:27,920 --> 00:03:33,880 mereka temui sebuah terowong yang dalam, menuju ke sebuah dunia terbiar. 39 00:03:35,360 --> 00:03:39,360 Sambil berjalan di pekan kecil ini, sukar untuk kita percaya 40 00:03:39,840 --> 00:03:43,240 ada sebuah kompleks bawah tanah purba penuh misteri 41 00:03:43,840 --> 00:03:47,600 yang digali dari batuan dasar betul-betul di bawah kaki saya. 42 00:03:50,840 --> 00:03:54,200 Ini peringatan buat mereka yang klaustrofobia. 43 00:03:56,960 --> 00:03:58,720 Kita akan ke bawah tanah. 44 00:04:06,040 --> 00:04:09,080 Inilah bandar bawah tanah Derinkuyu. 45 00:04:12,720 --> 00:04:15,560 Terdiri daripada beberapa terowong dan bilik batu 46 00:04:15,640 --> 00:04:19,040 sedalam 85 meter di bawah permukaan… 47 00:04:21,279 --> 00:04:24,040 menghasilkan 18 tingkat berisi terowong dan bilik. 48 00:04:26,839 --> 00:04:31,320 Keseluruhan kompleks ini ditakik dengan kapak. 49 00:04:32,680 --> 00:04:34,840 Laluan-laluan sempit 50 00:04:34,920 --> 00:04:37,960 yang kemudiannya melebar ke ruang lebih luas. 51 00:04:39,080 --> 00:04:44,200 Dari dalam, hampir mustahil untuk mengetahui skala tempat ini. 52 00:04:45,680 --> 00:04:48,440 Namun, hampir kesemua kota ini telah dicartakan 53 00:04:50,000 --> 00:04:52,920 dan jika batu antara ruang-ruang ini dialihkan, 54 00:04:53,720 --> 00:04:55,840 kita boleh lihat keratan rentasnya 55 00:04:57,200 --> 00:04:59,000 dan ia benar-benar mengagumkan. 56 00:05:02,600 --> 00:05:09,120 Ia seperti sebuah sarang semut lengkap dengan gua dan terowong bawah tanah 57 00:05:09,200 --> 00:05:12,680 menganjur seluas empat kilometer persegi. 58 00:05:14,160 --> 00:05:20,000 Bagi memastikan pengudaraan yang baik, Derinkuyu dilengkapi 15,000 saluran udara 59 00:05:20,080 --> 00:05:22,360 menyambung tingkat atas dengan permukaan… 60 00:05:25,200 --> 00:05:27,760 dan lebih 50 syaf menegak, 61 00:05:27,840 --> 00:05:32,720 ada antaranya mencecah aras air bumi 85 meter di bawah permukaan. 62 00:05:36,280 --> 00:05:38,320 Dari sinilah ia mendapat namanya. 63 00:05:38,400 --> 00:05:41,120 Derinkuyu bermaksud "telaga dalam." 64 00:05:45,040 --> 00:05:48,480 Kepintaran dan kerumitan seni bina ini amat menakjubkan. 65 00:05:48,560 --> 00:05:53,640 Derinkuyu dipercayai boleh menempatkan sehingga 20,000 orang. 66 00:05:54,320 --> 00:05:55,560 Tapi soalannya, 67 00:05:56,240 --> 00:05:59,520 siapa, bila dan kenapa? 68 00:06:02,600 --> 00:06:04,360 Sukar untuk dapatkan jawapan 69 00:06:05,080 --> 00:06:09,840 kerana Derinkuyu seperti lokasi jenayah yang telah dicemar untuk masa yang lama. 70 00:06:13,280 --> 00:06:15,640 Kawasan ini pernah menempatkan banyak budaya. 71 00:06:17,000 --> 00:06:21,240 Selama berabad-abad, Cappadocia merupakan sebuah kawasan strategik… 72 00:06:22,400 --> 00:06:26,920 …di sepanjang Jalan Sutera legenda yang menghubungkan Asia ke Eropah 73 00:06:27,560 --> 00:06:29,880 sejak zaman Iskandar Agung. 74 00:06:29,960 --> 00:06:30,800 JALAN SUTERA 75 00:06:32,280 --> 00:06:34,480 Sarjana Turkiye, Sevim Tunçdemir, 76 00:06:34,560 --> 00:06:38,440 merupakan pakar terowong Derinkuyu ini dan pelbagai penghuninya. 77 00:06:38,960 --> 00:06:39,880 PENGARAH MUZIUM 78 00:06:39,960 --> 00:06:41,640 Kawasan ini menempatkan banyak peradaban. 79 00:06:41,720 --> 00:06:45,080 Jika kita kira dari awal, 80 00:06:46,160 --> 00:06:47,440 ada Hittite, 81 00:06:47,520 --> 00:06:50,080 kemudian Phrygia, diikuti dengan Parsi, 82 00:06:50,920 --> 00:06:52,600 kerajaan Cappadocia, 83 00:06:52,680 --> 00:06:54,080 Empayar Rom. 84 00:06:54,160 --> 00:06:56,960 Mereka semua pernah tinggal di sini. 85 00:06:57,520 --> 00:07:02,120 Malah ia masih digunakan sehingga zaman Uthmaniyah. 86 00:07:04,800 --> 00:07:06,760 Ketika terowong ini ditemui, 87 00:07:06,840 --> 00:07:10,440 ahli-ahli arkeologi menjumpai artifak dari pengikut Kristian awal 88 00:07:12,000 --> 00:07:15,200 dan di tingkat paling bawah, bilik-bilik mesyuarat sulit 89 00:07:15,280 --> 00:07:18,200 diukir dengan siling berkubah seperti gereja. 90 00:07:19,800 --> 00:07:21,360 Maka, teori asalnya, 91 00:07:21,440 --> 00:07:24,080 yang masih dipegang oleh ramai sejarawan, 92 00:07:24,680 --> 00:07:26,680 adalah terowong-terowong ini 93 00:07:26,760 --> 00:07:30,200 digali oleh penganut Kristian pada abad ketujuh Masihi… 94 00:07:32,200 --> 00:07:34,920 untuk bersembunyi dari puak Arab yang menyerang. 95 00:07:36,440 --> 00:07:38,920 Kisah yang menarik bagi pelancong Barat. 96 00:07:39,880 --> 00:07:42,200 Ia juga salah. 97 00:07:45,160 --> 00:07:49,280 Ekskavasi kemudian menjumpai bukti bahawa kota bawah tanah ini 98 00:07:49,360 --> 00:07:52,000 digunakan seawal abad kelapan sebelum Masihi, 99 00:07:52,520 --> 00:07:55,720 beratus tahun sebelum ketibaan Kristian. 100 00:07:57,840 --> 00:08:01,760 Perkara begini kerap berlaku di mana-mana tapak arkeologi. 101 00:08:01,840 --> 00:08:06,240 Terapat pemahaman berdasarkan teori-teori arkeologi yang diterima pakai 102 00:08:06,320 --> 00:08:09,000 dan berulang kali juga ia didapati salah. 103 00:08:09,760 --> 00:08:11,040 Salah fakta. 104 00:08:11,120 --> 00:08:14,640 Hasil ekskavasi membuktikan kesalahan, tapi masih tak berubah. 105 00:08:15,200 --> 00:08:18,600 Jangan percaya begitu sahaja. Selidik sendiri. 106 00:08:18,680 --> 00:08:21,200 Jangan berharap pada pakar-pakar sahaja. 107 00:08:25,080 --> 00:08:28,400 Banyak peradaban yang menggunakan terowong ini, 108 00:08:29,480 --> 00:08:33,280 tapi saya ingin tahu siapa yang memulakan projek hebat ini? 109 00:08:34,440 --> 00:08:36,360 Bilakah ia dimulakan? 110 00:08:38,400 --> 00:08:43,679 Sejarawan Hüsam Süleymangil telah mengkaji perkara ini selama berpuluh tahun 111 00:08:43,760 --> 00:08:46,400 untuk cuba merungkai asal-usul misterinya. 112 00:08:47,720 --> 00:08:53,720 Apabila melihat Derinkuyu dan kerumitannya, saya hairan. 113 00:08:53,800 --> 00:08:57,680 Pada pendapat awak, bilakah projek ini dimulakan? 114 00:08:57,760 --> 00:08:59,680 Terdapat beberapa teori berbeza… 115 00:08:59,760 --> 00:09:00,600 SEJARAWAN 116 00:09:00,680 --> 00:09:02,760 tapi tiada yang dibuktikan dengan sains. 117 00:09:02,840 --> 00:09:03,680 Okey. 118 00:09:03,760 --> 00:09:05,800 Tiada sebarang maklumat bertulis ditemui. 119 00:09:05,880 --> 00:09:09,920 Tiada bahan organik yang boleh digunakan untuk tentukan pentarikhan. 120 00:09:10,000 --> 00:09:11,480 Ada anggaran? 121 00:09:11,560 --> 00:09:13,760 Setahu saya, tiada. 122 00:09:13,840 --> 00:09:14,680 Itu luar biasa. 123 00:09:14,760 --> 00:09:17,240 Usianya masih lagi misteri besar. 124 00:09:21,400 --> 00:09:23,400 Saya ada teori saya sendiri, 125 00:09:23,480 --> 00:09:25,160 tapi Hüsam mencadangkan tarikh 126 00:09:25,240 --> 00:09:29,000 berdasarkan peradaban terawal yang menggunakan gua ini. 127 00:09:29,800 --> 00:09:32,040 Pada fikiran saya, teori paling munasabah 128 00:09:32,120 --> 00:09:35,360 adalah sekitar abad kelapan sebelum Masihi. 129 00:09:37,200 --> 00:09:39,160 Pada masa itu, kawasan ini 130 00:09:39,240 --> 00:09:42,280 didiami oleh orang Phrygia 131 00:09:43,400 --> 00:09:47,040 yang berada dalam ancaman empayar Assyria. 132 00:09:49,000 --> 00:09:52,960 Kita tahu tentang pergerakan bala tentera Assyria dari tenggara. 133 00:09:55,240 --> 00:09:59,120 Tentera penceroboh ini pastinya menggerunkan mereka. 134 00:10:02,160 --> 00:10:05,240 Tentera Assyria terkenal dengan perbuatan 135 00:10:05,800 --> 00:10:09,640 menyelinap dan menyula banduan dan membakar kanak-kanak hidup. 136 00:10:12,800 --> 00:10:14,320 Berdasarkan rekod kemudian, 137 00:10:14,400 --> 00:10:18,000 ketika penceroboh Assyria menyerang penduduk di lembah ini, 138 00:10:18,640 --> 00:10:22,280 mereka terkejut dengan taktik inovatif lawan mereka. 139 00:10:27,920 --> 00:10:31,240 Mereka menentang tentera Assyria 140 00:10:31,320 --> 00:10:32,840 dengan kaedah perang gerila, 141 00:10:32,920 --> 00:10:35,440 menyerang musuh dari tempat yang tak diduga. 142 00:10:35,520 --> 00:10:37,000 Apabila tentera mula mengejar, 143 00:10:37,080 --> 00:10:39,680 mereka gunakan tempat ini untuk bersembunyi. 144 00:10:42,600 --> 00:10:45,400 Ini strategi tradisional perang gerila. 145 00:10:47,840 --> 00:10:51,320 Terowong yang serupa digali oleh Viet Cong di Vietnam Selatan. 146 00:10:52,680 --> 00:10:54,880 Begitu juga dengan pemberontak Afghanistan 147 00:10:55,400 --> 00:10:59,200 dalam usaha untuk bersembunyi daripada tentera Soviet dan Amerika. 148 00:11:01,920 --> 00:11:03,480 Teori yang mengatakan 149 00:11:03,560 --> 00:11:07,400 terowong-terowong ini digali sebagai pangkalan tentera sulit 150 00:11:08,080 --> 00:11:11,920 disokong oleh salah satu ciri pintar dalam kompleks ini. 151 00:11:14,080 --> 00:11:17,520 Cakera batu gergasi yang boleh diguling 152 00:11:17,600 --> 00:11:19,120 bagi menutup laluan. 153 00:11:22,160 --> 00:11:25,960 Pintu ini dibina dengan diameter sehingga lima kaki 154 00:11:26,640 --> 00:11:28,200 dan berat sehingga setengah tan. 155 00:11:32,480 --> 00:11:35,560 Di permukaan dalamnya terdapat lubang. 156 00:11:36,520 --> 00:11:41,400 Batu pengunci kecil dimasukkan sebagai pemegang untuk menutup pintu 157 00:11:42,360 --> 00:11:46,040 dan ini menghasilkan penghalang yang mencabar bagi musuh. 158 00:11:54,560 --> 00:11:58,360 Namun adakah pintu-pintu ini dibuat oleh orang Phrygia 159 00:11:59,640 --> 00:12:01,560 atau ia telah sedia ada di sana? 160 00:12:03,520 --> 00:12:05,880 Ia dibuat daripada abu mampat yang sama 161 00:12:05,960 --> 00:12:07,640 seperti serombong pari-pari. 162 00:12:11,600 --> 00:12:16,720 Batu lembut yang sama yang membolehkan seseorang untuk menggali tempat ini. 163 00:12:18,880 --> 00:12:22,720 Pintu-pintu ini boleh dikunci bagi memisahkan setiap tingkat, 164 00:12:22,800 --> 00:12:26,360 dan memerlukan kemahiran kejuruteraan sofistikated. 165 00:12:26,440 --> 00:12:28,080 Tapi batu ini lembut 166 00:12:28,160 --> 00:12:31,160 dan penyerang boleh menggunakan tukul besi dan pahat 167 00:12:31,240 --> 00:12:33,120 untuk memecahkannya dengan mudah 168 00:12:33,200 --> 00:12:37,400 dan mensia-siakan usaha pembinaan megalit ini. 169 00:12:37,480 --> 00:12:41,480 Saya tertanya-tanya jika benar ia dicipta untuk menghalang musuh manusia. 170 00:12:44,240 --> 00:12:48,080 Bagi saya, ia tak nampak seperti benteng pertahanan, 171 00:12:48,160 --> 00:12:51,600 tapi lebih kepada kaedah bijak untuk membenarkan privasi 172 00:12:53,200 --> 00:12:55,200 atau menghalang penyebaran api. 173 00:12:57,560 --> 00:13:02,080 Sekalipun tempat ini pada asalnya dibina sebagai pangkalan tentera, 174 00:13:02,160 --> 00:13:04,000 kenapa di sini? 175 00:13:06,000 --> 00:13:07,840 Tiada apa untuk dipertahankan di sini. 176 00:13:09,640 --> 00:13:11,560 Penempatan atas tanah tak wujud 177 00:13:12,240 --> 00:13:16,680 di Derinkuyu sehingga tahun 1830. 178 00:13:21,520 --> 00:13:26,080 Idea tempat ini digunakan untuk bersembunyi dari serangan tentera 179 00:13:26,160 --> 00:13:27,840 langsung tak masuk akal. 180 00:13:27,920 --> 00:13:30,560 Apabila tentera menyerang sesuatu tempat, 181 00:13:30,640 --> 00:13:33,400 mereka merampas dan menguasai tempat tersebut. 182 00:13:33,480 --> 00:13:37,280 Mereka cuma perlu halang pintu dan biar mangsa mati kelaparan. 183 00:13:38,160 --> 00:13:41,160 Jadi, idea ini tak munasabah langsung. 184 00:13:42,280 --> 00:13:45,520 Pada pendapat saya, tak masuk akal apabila sarjana 185 00:13:45,600 --> 00:13:47,560 mendakwa ia dari abad kelapan SM 186 00:13:47,640 --> 00:13:50,800 kerana ia tarikh terawal kita dapati ia digunakan. 187 00:13:50,880 --> 00:13:51,840 Betul. 188 00:13:51,920 --> 00:13:54,800 Tapi kita tak tahu jika mereka pembina tempat ini. 189 00:13:54,880 --> 00:13:56,800 Mungkin ia dah sedia ada. 190 00:13:56,880 --> 00:13:58,680 Mungkin juga, ia masih misteri. 191 00:13:58,760 --> 00:14:00,760 - Ia teori paling munasabah… - Ya. 192 00:14:00,840 --> 00:14:02,680 …tapi tak semestinya betul. 193 00:14:07,600 --> 00:14:09,520 Pentarikhan karbon 194 00:14:09,600 --> 00:14:13,480 masih samar-samar tentang usia kota bawah tanah ini. 195 00:14:15,320 --> 00:14:19,480 Semua cadangan dibuat berdasarkan struktur pada tempoh berbeza. 196 00:14:19,560 --> 00:14:21,720 Rumah yang saya diami tak bermaksud 197 00:14:21,800 --> 00:14:24,120 ia dibina sejurus sebelum saya pindah ke sana. 198 00:14:32,320 --> 00:14:36,520 Tanggapan ini membuatkan saya mempersoalkan pentarikhan terowong ini. 199 00:14:37,680 --> 00:14:39,120 Mungkinkah ia lebih tua, 200 00:14:39,920 --> 00:14:43,320 jauh lebih tua, berbanding teori yang diterima? 201 00:14:45,320 --> 00:14:50,400 Adakah sebab ia dibina bukan untuk bersembunyi daripada serangan tentera 202 00:14:51,920 --> 00:14:53,920 tapi dari sesuatu yang lain? 203 00:14:56,280 --> 00:15:00,320 Di tingkat paling lama, paling dekat dengan permukaan, 204 00:15:00,400 --> 00:15:03,240 ruangnya tak seperti untuk tujuan pertahanan 205 00:15:03,320 --> 00:15:04,600 tapi kehidupan harian. 206 00:15:08,240 --> 00:15:14,320 Kota-kota bawah tanah dibina untuk kehidupan manusia. 207 00:15:14,400 --> 00:15:17,800 Dalam kata lain, kehidupan harian. 208 00:15:19,040 --> 00:15:21,640 Sebab itulah semua sumber tersedia. 209 00:15:23,160 --> 00:15:28,040 Dengan dapur, bilik makanan, ruang keluarga. 210 00:15:30,640 --> 00:15:34,000 Ada bahagian yang digunakan untuk memasak 211 00:15:34,080 --> 00:15:36,720 dan kita tahu mereka cipta serombong kecil. 212 00:15:37,760 --> 00:15:41,200 Di tingkat masuk, terdapat bilik-bilik yang dipanggil kandang. 213 00:15:41,840 --> 00:15:45,520 Haiwan merupakan harta paling berharga buat mereka. 214 00:15:48,600 --> 00:15:51,640 Satu kawasan dikenal pasti sebagai tempat membuat wain, 215 00:15:52,320 --> 00:15:53,760 tempat anggur dilumatkan. 216 00:15:55,840 --> 00:15:58,680 Wain boleh disimpan dengan baik di sini. 217 00:15:59,600 --> 00:16:01,480 Suhunya kekal sederhana, 218 00:16:01,560 --> 00:16:04,840 tak terpengaruh dengan suhu panas atau sejuk di permukaan. 219 00:16:06,160 --> 00:16:08,560 Makanan boleh kekal segar lebih lama di sini. 220 00:16:10,920 --> 00:16:16,680 Jelas sekali Derinkuyu dibina untuk saiz populasi yang besar. 221 00:16:17,600 --> 00:16:18,800 Kubu bawah tanah. 222 00:16:21,600 --> 00:16:22,720 KOMPLEKS GUNUNG CHEYENNE AMERIKA SYARIKAT 223 00:16:22,800 --> 00:16:24,520 Bayangkan semua contoh moden 224 00:16:24,600 --> 00:16:28,440 ruang-ruang bawah tanah luas yang dicipta manusia. 225 00:16:29,240 --> 00:16:31,600 Kompleks Gunung Cheyenne di Colorado. 226 00:16:34,040 --> 00:16:38,240 Rangkaian terowong Dixia Cheng yang digali di bawah Beijing. 227 00:16:38,800 --> 00:16:40,120 PUSAT OPERASI DARURAT PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT 228 00:16:40,200 --> 00:16:43,520 Pusat Operasi Darurat Presiden di bawah Rumah Putih. 229 00:16:45,080 --> 00:16:48,600 Tiada satu pun dibina untuk tujuan pertahanan. 230 00:16:49,920 --> 00:16:52,120 Ia dibina sebagai tempat berlindung, 231 00:16:52,200 --> 00:16:55,800 untuk keselamatan seandainya berlaku ancaman dari atas. 232 00:16:58,000 --> 00:17:00,800 Saya percaya itulah yang berlaku… 233 00:17:04,040 --> 00:17:05,280 di Derinkuyu. 234 00:17:07,760 --> 00:17:11,319 Tapi saya turut percaya tempat ini dibina lebih lama 235 00:17:11,400 --> 00:17:13,920 dari jangkaan ahli-ahli arkeologi. 236 00:17:15,599 --> 00:17:17,400 Terdapat bukti yang menunjukkan 237 00:17:17,480 --> 00:17:20,760 Derinkuyu mungkin telah wujud sejak Zaman Ais akhir. 238 00:17:25,319 --> 00:17:29,359 Ini berdasarkan kesan-kesan takikan kapak 239 00:17:29,440 --> 00:17:31,040 pada dinding Derinkuyu. 240 00:17:32,760 --> 00:17:35,120 Satu batu dari Derinkuyu, 241 00:17:35,200 --> 00:17:38,680 ahli arkeologi Turkiye yang menggali dasar sungai purba 242 00:17:38,760 --> 00:17:41,560 menemui beberapa kapak dan peralatan batu 243 00:17:42,160 --> 00:17:46,600 berusia lebih kurang 9500 sebelum Masihi, 244 00:17:47,800 --> 00:17:49,400 penghujung Zaman Ais akhir. 245 00:17:50,200 --> 00:17:51,520 Peralatan yang sama 246 00:17:51,600 --> 00:17:55,560 yang membentuk ruang tertua dan paling cetek Derinkuyu. 247 00:17:59,200 --> 00:18:02,920 Fikirkan tentang ruang separa bawah tanah di Karahan Tepe, 248 00:18:03,000 --> 00:18:05,320 kurang dari 300 batu dari sini 249 00:18:06,040 --> 00:18:08,080 dengan tiangnya yang hampir serupa 250 00:18:08,160 --> 00:18:11,320 dengan bentuk serombong pari-pari Cappadocia. 251 00:18:14,160 --> 00:18:15,440 Memandangkan tiada pihak 252 00:18:15,520 --> 00:18:18,800 yang menolak ruang ini digali pada penghujung Zaman Ais akhir, 253 00:18:20,760 --> 00:18:22,400 tiada sebab kenapa Derinkuyu 254 00:18:22,480 --> 00:18:24,920 tak boleh dibina dalam tempoh yang sama. 255 00:18:29,960 --> 00:18:33,080 Dengan kedalaman dan kerumitan yang dipamerkan Derinkuyu, 256 00:18:33,160 --> 00:18:37,400 sukar untuk kita abaikan bahawa ia sebuah projek yang besar 257 00:18:38,560 --> 00:18:43,040 dan memerlukan usaha luar biasa untuk menggali tempat ini. 258 00:18:45,600 --> 00:18:48,800 Perkara yang menjadikan pencapaian ini lebih menakjubkan 259 00:18:49,520 --> 00:18:53,080 adalah ia bukan satu-satunya kota bawah tanah Cappadocia. 260 00:18:58,200 --> 00:19:01,040 Pada tahun 2013, pekerja pembinaan terjumpa 261 00:19:01,120 --> 00:19:03,400 satu lagi deretan terowong di Nevşehir, 262 00:19:05,360 --> 00:19:07,000 tujuh belas batu dari Derinkuyu. 263 00:19:08,040 --> 00:19:11,880 Kota bawah tanah yang ditemui jauh lebih besar dari Derinkuyu. 264 00:19:14,800 --> 00:19:17,840 Sejak itu, lebih banyak lagi kota bawah tanah ditemui. 265 00:19:21,040 --> 00:19:23,720 Perkara yang menakjubkan di Cappadocia… 266 00:19:24,240 --> 00:19:28,880 ahli arkeologi telah mengenal pasti 36 kota bawah tanah. 267 00:19:32,560 --> 00:19:35,080 Jika diambil kira kompleks dua tingkat, 268 00:19:35,600 --> 00:19:37,760 jumlah itu menjadi 200. 269 00:19:43,200 --> 00:19:47,160 Salah satu kota ini yang terletak lima batu dari Derinkuyu 270 00:19:47,240 --> 00:19:49,400 menyimpan rahsia luar biasa. 271 00:19:51,240 --> 00:19:54,000 Terowong di Kaymakli dibina sedalam lapan tingkat 272 00:19:54,080 --> 00:19:56,840 di kawasan lebih luas daripada Derinkuyu. 273 00:19:58,920 --> 00:20:02,640 Berdasarkan jumlah ruang simpanan yang ditakik di dinding, 274 00:20:02,720 --> 00:20:08,200 ahli arkeologi berpendapat ia boleh memuatkan sehingga 3,500 orang. 275 00:20:12,600 --> 00:20:18,320 Namun, perkara paling menakjubkan boleh ditemui di sini, di tingkat tiga. 276 00:20:22,920 --> 00:20:26,320 Sebuah terowong yang amat panjang. 277 00:20:32,200 --> 00:20:33,840 Ia telah disekat, 278 00:20:33,920 --> 00:20:39,000 tapi ada yang mendakwa terowong ini menghubungkan Kaymakli dengan Derinkuyu. 279 00:20:41,280 --> 00:20:43,840 Jarak garis lurus kira-kira lima batu. 280 00:20:48,800 --> 00:20:51,280 Malah, ahli arkeologi telah mengesahkan 281 00:20:51,360 --> 00:20:55,400 sekurang-kurangnya enam lagi kompleks bawah tanah Cappadocia 282 00:20:55,480 --> 00:20:59,040 bersambung dengan satu sama lain menggunakan laluan yang sama. 283 00:21:00,760 --> 00:21:03,920 Pada pandangan saya, ini mengubah segalanya. 284 00:21:05,200 --> 00:21:09,560 Terowong-terowong berselirat ini bukan sekadar kubu terasing. 285 00:21:09,640 --> 00:21:12,720 Tapi sebahagian daripada projek yang besar dan luas 286 00:21:12,800 --> 00:21:16,560 melibatkan berpuluh-puluh tapak lain di serata kawasan ini. 287 00:21:17,640 --> 00:21:21,400 Tugas ini hanya boleh dilaksanakan oleh peradaban bermotivasi tinggi. 288 00:21:23,760 --> 00:21:27,040 Apakah ancaman yang begitu dahsyat 289 00:21:27,120 --> 00:21:30,240 untuk memaksa seluruh populasi, 290 00:21:30,320 --> 00:21:35,200 mungkin beratus ribu orang, untuk menggali penempatan bawah tanah? 291 00:21:36,200 --> 00:21:39,240 Pastinya ada penjelasan lain mengapa ia dibina, 292 00:21:39,320 --> 00:21:43,120 penjelasan lebih munasabah berbanding bersembunyi daripada tentera musuh. 293 00:21:46,160 --> 00:21:50,160 Jawapannya mungkin terletak pada salah satu mitos tertua rantau ini, 294 00:21:51,320 --> 00:21:55,640 mitos Majusi sejak ribuan tahun lalu. 295 00:21:59,000 --> 00:22:02,600 Ini adalah beberapa darwis terkenal Cappadocia. 296 00:22:07,280 --> 00:22:10,360 Penganut agama yang dipanggil Sufisme. 297 00:22:14,720 --> 00:22:18,320 Salah satu peninggalan budaya kuno Majusi. 298 00:22:20,800 --> 00:22:25,200 Nabi Parsi purba, Zarathustra, mengasaskan agama yang didakwa oleh 299 00:22:25,280 --> 00:22:28,600 beberapa pihak sebagai agama tertua yang masih diamalkan. 300 00:22:32,080 --> 00:22:37,000 Kitabnya merujuk kepada kota bawah tanah seperti Derinkuyu, 301 00:22:37,080 --> 00:22:41,280 memberitahu kita sebab ia dibina dan tentang pembinanya. 302 00:22:41,800 --> 00:22:46,640 Zarathustra menyebut tentang raja dan pengasas tamadun pertama, 303 00:22:46,720 --> 00:22:48,080 lelaki bernama Yima. 304 00:22:54,000 --> 00:22:57,000 Satu hari, sedang Yima berdiri di tebing sungai, 305 00:22:57,080 --> 00:23:01,720 dewa agung Ahura Mazda muncul membawa amaran dan petanda. 306 00:23:02,800 --> 00:23:06,080 Bukan banjir, tapi musim sejuk yang membawa maut. 307 00:23:07,320 --> 00:23:12,160 Ia mengarahkan Yima untuk membina vara, sebuah tempat perlindungan bawah tanah. 308 00:23:14,040 --> 00:23:17,920 Dia perlu membawa lelaki dan wanita serta haiwan terbaik, 309 00:23:18,000 --> 00:23:19,280 dan perlulah sepasang. 310 00:23:20,320 --> 00:23:23,600 Yima juga disuruh menyimpan benih setiap pokok dan buah, 311 00:23:23,680 --> 00:23:27,840 serta bekalan secukupnya sehinggalah musim sejuk itu berakhir. 312 00:23:28,720 --> 00:23:31,680 Oh, ya. Ia turut memberitahu kita 313 00:23:31,760 --> 00:23:37,080 bahawa petanda permulaan musim sejuk itu akan dibawa oleh seekor ular di langit. 314 00:23:40,560 --> 00:23:42,720 Vara seperti dalam mitos ini 315 00:23:42,800 --> 00:23:46,760 amat menyerupai kota-kota bawah tanah yang ditemui di Cappadocia. 316 00:23:47,800 --> 00:23:50,800 Tapi sejarawan enggan melihat bagaimana ia berkait. 317 00:23:51,920 --> 00:23:54,440 Mitos Yima ini antara mitos-mitos 318 00:23:54,520 --> 00:23:56,880 yang ahli arkeologi anggap tak bermakna, 319 00:23:56,960 --> 00:24:00,560 tapi ia menyebut tentang musim sejuk yang dahsyat. 320 00:24:03,320 --> 00:24:05,480 Sepertimana ahli geologi mengesahkan 321 00:24:05,560 --> 00:24:09,520 kejadian banjir besar yang berlaku ketika Younger Dryas, 322 00:24:09,600 --> 00:24:12,080 sama seperti kisah mitos tadi, 323 00:24:13,160 --> 00:24:17,240 mereka turut menyatakan bahawa suhu dunia jatuh mendadak selepas itu. 324 00:24:18,520 --> 00:24:20,240 Benarlah, musim sejuk maut. 325 00:24:21,800 --> 00:24:26,000 Begitu juga butiran yang menghubungkan permulaan musim sejuk itu 326 00:24:26,080 --> 00:24:29,000 dengan ketibaan seekor ular gergasi di langit, 327 00:24:30,480 --> 00:24:34,520 sama seperti ular-ular yang ditemui dalam mitos-mitos Aztek purba 328 00:24:36,000 --> 00:24:37,560 atau Iroquois. 329 00:24:37,640 --> 00:24:40,600 Ular sentiasa dikaitkan dengan bencana. 330 00:24:46,120 --> 00:24:48,920 Ia turut mengingatkan saya pada tiang Göbekli Tepe 331 00:24:49,000 --> 00:24:54,240 yang penuh dengan ukiran ular yang seolah-olah turun dari langit. 332 00:24:55,160 --> 00:24:58,960 Atau ular yang terukir di kuil besar Malta, Ġgantija. 333 00:24:59,920 --> 00:25:01,960 Atau Busut Ular di Amerika Utara. 334 00:25:02,880 --> 00:25:07,400 Tentu sekali ahli arkeologi tak mengaitkan simbol-simbol dan tradisi kuno 335 00:25:07,480 --> 00:25:10,320 dari lokasi-lokasi di seluruh planet, 336 00:25:10,800 --> 00:25:12,920 inikan pula satu peristiwa. 337 00:25:13,800 --> 00:25:18,000 Tapi kita dah lihat bagaimana struktur yang berbeza 338 00:25:18,080 --> 00:25:19,480 dari seluruh dunia 339 00:25:19,560 --> 00:25:23,680 menerima manfaat daripada legasi ilmu purba. 340 00:25:24,040 --> 00:25:26,560 Legasi yang tak diketahui asal-usul. 341 00:25:27,760 --> 00:25:30,920 Implikasi yang menakjubkan ialah semasa Zaman Ais, 342 00:25:31,000 --> 00:25:35,040 sebuah tamadun maju, dengan pengaruhnya menjangkau dunia, 343 00:25:35,120 --> 00:25:39,560 wujud bersama pemburu-pengumpul yang turut hidup pada waktu itu. 344 00:25:40,360 --> 00:25:42,520 Peradaban yang musnah 345 00:25:42,600 --> 00:25:45,520 dalam bencana misteri Younger Dryas. 346 00:25:47,480 --> 00:25:52,000 Adakah semua rujukan kepada ular sebahagian daripada legasi itu juga? 347 00:25:52,920 --> 00:25:56,320 Amaran yang ditinggalkan oleh mereka yang terselamat. 348 00:26:04,160 --> 00:26:11,040 Apa yang saya boleh katakan, manusia spesis yang menghidap amnesia. 349 00:26:12,680 --> 00:26:15,480 Kepala kita dihentam teruk oleh bencana 350 00:26:15,560 --> 00:26:17,520 di penghujung Zaman Ais akhir 351 00:26:17,600 --> 00:26:21,680 sehingga kita lupa babak penting dalam kisah sendiri. 352 00:26:23,000 --> 00:26:28,200 Ini boleh menjadi masalah besar kerana sama seperti mitos-mitos lain, 353 00:26:28,280 --> 00:26:32,760 kisah Yima berakhir dengan amaran jelas dari dewa 354 00:26:32,840 --> 00:26:36,760 bahawa pada suatu hari, malapetaka yang sama akan kembali. 355 00:26:39,120 --> 00:26:40,080 Mungkinkah? 356 00:26:41,800 --> 00:26:46,720 Buat masa yang lama, tiada siapa tahu pencetus banjir, 357 00:26:46,800 --> 00:26:50,160 kebakaran dan suhu yang jatuh mendadak ketika Younger Dryas, 358 00:26:51,080 --> 00:26:55,120 tapi bukti geologi baru mencadangkan kemungkinan yang dahsyat. 359 00:26:56,440 --> 00:26:58,760 Bukti masih boleh dilihat 360 00:26:58,840 --> 00:27:01,840 di landskap tercalar prasejarah Amerika. 361 00:27:01,920 --> 00:27:03,440 Destinasi saya seterusnya. 362 00:27:04,440 --> 00:27:08,320 Saya cukup yakin asal-usul simbol ular 363 00:27:08,400 --> 00:27:11,160 ada kaitan rapat dengan ular-ular di langit 364 00:27:11,240 --> 00:27:12,840 yang kita gelar komet. 365 00:27:41,600 --> 00:27:46,600 Terjemahan sari kata oleh Leia Li