1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,200 --> 00:00:16,640 Bila manusia mula sampai ke benua Amerika? 3 00:00:18,240 --> 00:00:22,880 Jika anda bersekolah antara 1960 dan 2010, 4 00:00:22,960 --> 00:00:25,320 anda mungkin telah diajar cerita ini. 5 00:00:26,480 --> 00:00:29,640 Bahawa ketika Zaman Ais yang lalu, kumpulan pemburu-pengumpul 6 00:00:29,720 --> 00:00:33,440 melintasi jambatan darat yang menghubungkan Asia ke Amerika Utara, 7 00:00:34,120 --> 00:00:36,200 lokasi Selat Bering sekarang. 8 00:00:36,880 --> 00:00:41,040 Sekitar 13,000 tahun yang lalu ketika ais mencair, 9 00:00:41,120 --> 00:00:44,080 mereka berhijrah ke selatan ke Heartland Amerika. 10 00:00:45,240 --> 00:00:47,360 Arkeologi yakin bahawa benua Amerika 11 00:00:47,440 --> 00:00:50,800 tak didiami oleh manusia sehingga kira-kira 13,000 tahun dulu. 12 00:00:50,880 --> 00:00:54,120 Ini paradigma yang dominan dalam kajian Amerika kuno. 13 00:00:56,440 --> 00:00:57,720 Tapi ia salah. 14 00:00:59,200 --> 00:01:01,800 Tanggapan lama telah disangkal sepenuhnya 15 00:01:01,880 --> 00:01:04,560 dengan penemuan tinggalan arkeologi yang lebih tua. 16 00:01:06,040 --> 00:01:09,720 Fosil tapak kaki manusia yang ditemui di padang pasir New Mexico 17 00:01:09,800 --> 00:01:14,760 bertarikh 22,000 tahun dahulu, kegemilangan Zaman Ais terakhir. 18 00:01:16,120 --> 00:01:18,040 Walaupun masih mempertikaikan 19 00:01:18,120 --> 00:01:20,480 bukti kehadiran manusia yang malah lebih awal 20 00:01:20,560 --> 00:01:26,320 seawal 130,000 tahun yang baru-baru ini mula muncul. 21 00:01:28,560 --> 00:01:32,120 Inilah masa untuk pertimbangkan keseluruhan garis masa 22 00:01:32,200 --> 00:01:34,760 bagi kisah manusia di Amerika. 23 00:01:48,560 --> 00:01:53,840 TAMADUN AMERIKA YANG LENYAP 24 00:01:55,120 --> 00:01:58,520 Amat sedikit yang tinggal daripada monumen Amerika Utara purba. 25 00:01:58,600 --> 00:02:04,320 Lebih daripada 90% daripada struktur yang didokumentasikan pada abad ke-19 26 00:02:04,400 --> 00:02:06,400 kini telah hilang sepenuhnya, 27 00:02:06,480 --> 00:02:09,600 dan daripada kurang 10% yang tinggal, 28 00:02:09,680 --> 00:02:11,680 majoriti telah dirosakkan dan dimusnahkan. 29 00:02:16,600 --> 00:02:20,840 Sakit hati membayangkan betapa berharganya rahsia manusia purba 30 00:02:20,920 --> 00:02:23,280 yang hilang dalam rampasan tanah penjajah, 31 00:02:23,360 --> 00:02:27,960 dan dalam penghancuran sistematik bagi kepercayaan 32 00:02:28,040 --> 00:02:30,600 tradisi dan monumen orang asli. 33 00:02:33,560 --> 00:02:34,880 Beberapa tapak terselamat 34 00:02:34,960 --> 00:02:39,320 mungkin kritikal dalam menubuhkan kemungkinan tamadun yang hilang. 35 00:02:41,240 --> 00:02:45,120 Tapak seperti ini, dikenali sebagai Poverty Point. 36 00:02:50,160 --> 00:02:52,480 Ia mendapat nama yang agak luar biasa 37 00:02:52,560 --> 00:02:54,680 dari ladang yang pernah berada di tempat ini… 38 00:02:56,600 --> 00:02:57,920 …cuma 15 batu ke barat 39 00:02:58,000 --> 00:03:01,040 dari Sungai Mississippi di timur laut Louisiana. 40 00:03:03,840 --> 00:03:07,480 Sejak sekian lama, ini hanya dianggap sebuah bukit yang indah 41 00:03:07,560 --> 00:03:09,520 yang muncul dari tanah ladang. 42 00:03:11,560 --> 00:03:14,360 Tapi ini bukan sekadar bukit. 43 00:03:15,880 --> 00:03:17,920 Ahli arkeologi tak lagi mempertikaikan 44 00:03:18,000 --> 00:03:21,200 yang ia struktur tanah buatan manusia yang sangat besar, 45 00:03:21,760 --> 00:03:24,520 hari ini dikenali sebagai Busut A. 46 00:03:29,560 --> 00:03:31,120 Apabila kawasan sekitarnya 47 00:03:31,200 --> 00:03:34,640 didapati berselerak dengan artifak tanah liat dan figura manusia… 48 00:03:38,480 --> 00:03:44,600 ahli arkeologi sedar Busut A sebahagian kompleks purba yang lebih besar. 49 00:03:47,280 --> 00:03:50,040 Mendaki Busut A sangat berbaloi. 50 00:03:50,120 --> 00:03:53,320 Perspektif di atas sini tak didapati di aras bumi di bawah. 51 00:03:55,840 --> 00:03:59,920 Saya serta-merta sedar betapa ratanya tanah ini. 52 00:04:00,720 --> 00:04:03,600 Jika alihkan pokok, saya percaya orang purba buat begitu, 53 00:04:03,680 --> 00:04:08,360 ada ufuk rata yang sempurna dalam 360 darjah di sekeliling awak. 54 00:04:11,480 --> 00:04:15,280 Tapi ini bukan sejenis struktur pertahanan. Jadi apakah ia? 55 00:04:17,920 --> 00:04:21,120 Walaupun dari atas, susah untuk dapat gambaran penuh. 56 00:04:22,880 --> 00:04:26,440 Tapi kami ada idea yang baik tentang susun atur asal tapak. 57 00:04:27,640 --> 00:04:30,480 Ia bukan seperti dari dunia purba. 58 00:04:34,680 --> 00:04:38,200 Pada asalnya Busut A berkemungkinan setinggi 100 kaki, 59 00:04:39,520 --> 00:04:41,800 meliputi 43 ekar plaza. 60 00:04:42,960 --> 00:04:45,200 Dengan enam rabung sepusat, 61 00:04:45,280 --> 00:04:49,480 setiap satu mungkin setinggi enam kaki dan permukaan atasnya rata 62 00:04:49,560 --> 00:04:53,760 mencipta separuh bulatan dengan diameter tiga suku batu, 63 00:04:55,080 --> 00:04:57,240 dipecahkan oleh serangkaian lorong, 64 00:04:57,320 --> 00:04:59,280 seperti sejenis amfiteater. 65 00:05:00,840 --> 00:05:05,440 ia bertaburan berdekatan tak kurang enam busut buatan manusia yang besar 66 00:05:05,520 --> 00:05:09,080 yang dilabel oleh ahli arkeologi, sebagai "A" hingga "F". 67 00:05:14,760 --> 00:05:16,640 Poverty Point antara tapak purba 68 00:05:16,720 --> 00:05:19,160 terbesar dan kompleks di Amerika Utara. 69 00:05:21,080 --> 00:05:25,320 Seksyen tertuanya bertarikh 3,700 tahun lepas… 70 00:05:25,400 --> 00:05:26,720 1,700 SM 71 00:05:26,800 --> 00:05:30,120 …lama sebelum pembinanya usahakan tanah atau pelihara ternakan. 72 00:05:32,840 --> 00:05:35,240 Orang Amerika purba Poverty Point 73 00:05:35,320 --> 00:05:37,840 kemudian habiskan 600 tahun berikutnya 74 00:05:37,920 --> 00:05:41,080 dengan mengembangkan dan menambah baik tapak. 75 00:05:43,840 --> 00:05:44,680 Kenapa? 76 00:05:48,360 --> 00:05:50,360 Tiada dokumen atau tradisi yang terselamat 77 00:05:50,440 --> 00:05:53,240 untuk beritahu kita tujuan Poverty Point. 78 00:05:53,320 --> 00:05:55,400 Ahli arkeologi dibiarkan meneka. 79 00:05:57,480 --> 00:06:00,240 Pengurus tapak dan ahli sejarah, Mark Brink Jr. 80 00:06:00,320 --> 00:06:03,280 orang pertama yang mengaku arkeologi arus perdana itu 81 00:06:03,360 --> 00:06:06,920 belum dapat mengesahkan banyak tentang tapak misteri ini. 82 00:06:08,120 --> 00:06:10,400 Beritahu semua yang awak tahu tentang tapak ini. 83 00:06:10,480 --> 00:06:11,320 MARK BRINK JR. PENGURUS TAPAK 84 00:06:11,400 --> 00:06:12,720 Jadi, Busut A adalah besar, 85 00:06:12,800 --> 00:06:17,440 busut terbesar yang dibina di Hemisfera Barat pada masa itu, 86 00:06:17,520 --> 00:06:20,920 bermakna Poverty Point adalah pusat bagi sesuatu yang sangat besar. 87 00:06:21,000 --> 00:06:24,000 Ia mencadangkan motif kuat disebaliknya. 88 00:06:24,080 --> 00:06:26,920 Awak ada terfikir apakah motifnya? 89 00:06:27,000 --> 00:06:28,160 Kami tak tahu. 90 00:06:28,240 --> 00:06:32,120 Ia pusat upacara atas sebab tertentu, tapi kita belum tahu lagi. 91 00:06:32,200 --> 00:06:34,680 - Boleh kita tambah "lagi"? - Ya. 92 00:06:35,280 --> 00:06:36,560 Kami ada idea 93 00:06:36,640 --> 00:06:40,080 tentang sebab ia dibina di sini dan bukan di tempat lain, 94 00:06:41,080 --> 00:06:45,920 ia ada kaitan dengan tapak yang lebih lama kira-kira dua batu ke selatan. 95 00:06:46,000 --> 00:06:47,520 Ke selatan dari Poverty Point… 96 00:06:47,600 --> 00:06:48,440 BATH, UK 6 APRIL 2019 97 00:06:48,520 --> 00:06:50,520 …kami sampai Busut Jackson Bawah. 98 00:06:50,600 --> 00:06:53,400 Tiga busut utama bagi Poverty Point 99 00:06:53,480 --> 00:06:56,440 sebaris dari utara ke selatan dengan Busut Jackson Bawah. 100 00:06:56,520 --> 00:06:57,560 TAMBAK - BUSUT B - BUSUT A - BUSUT E BUSUT MOTLEY - LOUISIANA 101 00:06:57,640 --> 00:06:58,520 JEJAK BUSUT PURBA BUSUT JACKSON BAWAH 102 00:06:58,600 --> 00:07:01,400 Busut Jackson Bawah jauh lebih tua daripada Poverty Point. 103 00:07:01,480 --> 00:07:06,640 Usianya 3500 SM, 5,500 tahun. 104 00:07:06,720 --> 00:07:11,000 Tapi, pembuat Poverty Point bukan hanya sedar tentang itu, 105 00:07:11,080 --> 00:07:14,000 mereka gunakannya sebagai sauh bagi seluruh tapak. 106 00:07:17,320 --> 00:07:19,840 Pembina kuno jelas memahami geografi 107 00:07:19,920 --> 00:07:22,280 dan mengorientasi struktur ke utara sebenar. 108 00:07:23,520 --> 00:07:26,040 Ada hal lain berlaku di Poverty Point ini 109 00:07:26,120 --> 00:07:28,840 yang ahli arkeologi tak suka mengakui 110 00:07:29,560 --> 00:07:32,040 dikodkan dalam geometri uniknya. 111 00:07:33,120 --> 00:07:37,480 Ufuk mendatar di sekeliling membolehkan anda memantau 112 00:07:37,560 --> 00:07:41,600 terbit dan terbenamnya matahari serta bulan dan bintang. 113 00:07:44,240 --> 00:07:46,680 Ini tempat untuk ahli astronomi. 114 00:07:51,960 --> 00:07:54,200 Ramai tak sedar hari ini. Kenapa perlu sedar? 115 00:07:54,280 --> 00:07:55,640 Ini bandar tercemar cahaya. 116 00:07:57,080 --> 00:07:59,000 Kita langsung tak nampak langit, 117 00:07:59,760 --> 00:08:02,600 tapi jika awak orang zaman kuno dan mengkaji bintang, 118 00:08:03,920 --> 00:08:06,000 awak akan sedar fenomena ini. 119 00:08:07,480 --> 00:08:10,000 Matahari ada titik berhentinya di ufuk. 120 00:08:10,080 --> 00:08:11,640 Kita menggelarnya solstis. 121 00:08:11,720 --> 00:08:13,880 Matahari pegun pada solstis musim panas, 122 00:08:13,960 --> 00:08:16,200 berada di tempat sama dua hingga tiga hari, 123 00:08:16,280 --> 00:08:20,400 kemudian mula bergerak ke belakang seperti ayunan bandul di sepanjang ufuk. 124 00:08:20,480 --> 00:08:22,000 Solstis musim sejuk pun sama. 125 00:08:25,560 --> 00:08:30,000 Ahli arkeoastronomi, Willliam Romain, mendapati tarikh penting ini, 126 00:08:30,080 --> 00:08:34,800 solstis, masing-masing hari terpanjang dan terpendek dalam setahun, 127 00:08:34,880 --> 00:08:36,880 sebenarnya dah ditanda di Poverty Point 128 00:08:36,960 --> 00:08:39,720 oleh sistem penjajaran yang direka dengan mahir. 129 00:08:43,720 --> 00:08:46,640 Jika awak berdiri di pinggir timur ruang bujur 130 00:08:46,720 --> 00:08:48,440 di tengah-tengah plaza, 131 00:08:48,520 --> 00:08:52,800 matahari terbenam solstis musim panas jatuh tepat sejajar dengan Busut B, 132 00:08:52,880 --> 00:08:54,080 busut tertua. 133 00:08:54,160 --> 00:08:55,360 B 134 00:08:55,440 --> 00:08:57,160 Dari sudut pandang yang sama, 135 00:08:57,240 --> 00:09:01,480 matahari terbenam solstis musim sejuk jatuh tepat di belakang Busut E. 136 00:09:02,760 --> 00:09:05,640 Bergerak ke pinggir barat di bujur dalaman yang sama, 137 00:09:05,720 --> 00:09:10,480 anda akan dapati matahari solstis musim panas terbit tepat di atas Busut C… 138 00:09:11,480 --> 00:09:15,400 …sementara matahari solstis musim sejuk terbit tepat di atas Busut D. 139 00:09:17,560 --> 00:09:21,400 Jika anda melihat terus ke barat melalui pusat plaza 140 00:09:21,480 --> 00:09:23,600 pada equinoks musim bunga atau luruh, 141 00:09:24,760 --> 00:09:28,000 matahari seolah-olah terbenam di pinggir utara Busut A 142 00:09:28,080 --> 00:09:30,160 sebelum terbenam di ufuk. 143 00:09:36,560 --> 00:09:38,960 Poverty Point mungkin ada struktur lebih menarik 144 00:09:39,040 --> 00:09:41,400 direka untuk kesan perubahan di langit. 145 00:09:42,640 --> 00:09:43,960 Di satu penjuru tapak itu, 146 00:09:44,040 --> 00:09:47,200 ahli arkeologi menemui lingkaran bulatan yang besar 147 00:09:49,320 --> 00:09:51,760 yang ditanda dengan pos putih yang dipulihkan. 148 00:09:53,120 --> 00:09:56,960 Kita tak tahu berapa tinggi tiang asal di dalam lubang itu, 149 00:09:57,800 --> 00:10:00,320 tapi dalam konsepsi dan rekaan keseluruhannya, 150 00:10:00,400 --> 00:10:05,720 teringat Woodhenge prasejarah yang digali berhampiran Stonehenge di England. 151 00:10:07,200 --> 00:10:12,400 Keunikan Poverty Point ialah banyaknya woodhenges yang dibanggakannya. 152 00:10:13,840 --> 00:10:16,160 Berapa banyak bulatan ada di sini? 153 00:10:16,760 --> 00:10:19,600 Sekurang-kurangnya 40. 154 00:10:20,560 --> 00:10:22,160 Skala? Merentas… 155 00:10:22,240 --> 00:10:25,560 Sebahagian daripada mereka agak kecil, mungkin diameter 60 kaki, 156 00:10:25,640 --> 00:10:28,640 ada yang lebih besar, diameter 200 kaki atau lebih, 157 00:10:29,280 --> 00:10:32,000 tapi tarikhnya jauh berbeza. 158 00:10:33,880 --> 00:10:36,280 Mereka dicipta selama ratusan tahun, 159 00:10:37,240 --> 00:10:40,080 merangkumi generasi Amerika purba, 160 00:10:40,160 --> 00:10:43,240 yang sentiasa mengubah kedudukan dan saiznya. 161 00:10:44,920 --> 00:10:47,520 Saya teringat Malta, di sana pembina megalit 162 00:10:47,600 --> 00:10:49,840 sentiasa mengubah orientasi kuil mereka… 163 00:10:50,080 --> 00:10:54,400 …untuk menghadap bintang Sirius, memuncak dengan Ġgantija. 164 00:10:55,560 --> 00:10:57,760 Serta Göbekli Tepe di Turkiye 165 00:10:57,840 --> 00:10:59,880 di mana orang dahulu membina beberapa kuil 166 00:10:59,960 --> 00:11:02,320 dalam tempoh kira-kira seribu tahun… 167 00:11:02,640 --> 00:11:06,080 …untuk menjejaki pergerakan bintang. 168 00:11:07,720 --> 00:11:10,200 Ini semua projek besar-besaran, 169 00:11:10,280 --> 00:11:12,760 menampilkan struktur yang dibina semula… 170 00:11:12,960 --> 00:11:16,440 …dan dialih orientasi sejak turun-temurun. 171 00:11:17,560 --> 00:11:20,600 Mungkinkah lingkaran tiang Poverty Point 172 00:11:20,680 --> 00:11:23,640 turut direka untuk menjejaki sesuatu di syurga? 173 00:11:25,920 --> 00:11:28,880 Ilmu yang canggih, sains sebenar 174 00:11:28,960 --> 00:11:32,040 dibuktikan dengan geometri dan astronomi tapak. 175 00:11:33,680 --> 00:11:36,360 Namun ahli arkeologi arus perdana enggan 176 00:11:36,440 --> 00:11:40,120 mengiktiraf astronomi dalam apa jua bentuk dalam lingkaran kayu Poverty Point. 177 00:11:42,600 --> 00:11:45,000 Saya rasa ia tak munasabah. 178 00:11:45,080 --> 00:11:47,920 Kenapa orang yang tinggal di sini dan mencipta tempat ini 179 00:11:48,000 --> 00:11:50,200 tak berminat dengan langit? 180 00:11:50,280 --> 00:11:51,800 - Bukan tak minat. - Tidak. 181 00:11:51,880 --> 00:11:53,120 Mereka pasti minat. 182 00:11:53,200 --> 00:11:55,360 Okey. Apa fungsi lingkaran itu? 183 00:11:56,200 --> 00:11:57,840 Tak tahu. Belum tahu lagi 184 00:11:57,920 --> 00:11:59,920 jika ia digunakan untuk astronomi atau tak. 185 00:12:00,000 --> 00:12:00,960 Ya. 186 00:12:02,640 --> 00:12:05,640 Budaya kuno sangat obses dengan langit. 187 00:12:07,040 --> 00:12:09,400 Tanggapan itu sendiri tak dipertikaikan, 188 00:12:09,480 --> 00:12:11,640 tapi arkeologi anggap ia tak relevan. 189 00:12:12,600 --> 00:12:14,560 Antara daripada sebabnya 190 00:12:14,640 --> 00:12:18,160 ialah kebanyakan ahli arkeologi langsung tak faham astronomi. 191 00:12:18,240 --> 00:12:20,040 Mereka tak mempelajarinya 192 00:12:20,120 --> 00:12:22,560 dan kedua, mereka anggap ia pencerobohan 193 00:12:22,640 --> 00:12:26,000 oleh orang luar ke dalam domain mereka. 194 00:12:30,080 --> 00:12:33,200 Saya tak mendakwa Poverty Point dicipta 195 00:12:33,280 --> 00:12:36,160 oleh tamadun maju yang hilang yang saya sedang cari. 196 00:12:38,080 --> 00:12:40,280 Tapi saya berminat dengan asal usul 197 00:12:40,360 --> 00:12:42,800 bagi astronomi dan geometri canggih 198 00:12:42,880 --> 00:12:44,200 yang ada di sini. 199 00:12:45,800 --> 00:12:48,480 Terdapat bukti bahawa seni bina termaju, 200 00:12:48,560 --> 00:12:53,640 pengukuran bumi dan pengetahuan astronomi diwarisi sejak dahulu lagi, 201 00:12:53,720 --> 00:12:57,280 tetapi dari siapa ia diwarisi dan berapa lama lebih awal? 202 00:12:59,880 --> 00:13:02,160 Bukan Amerika kuno yang tinggal di sini 203 00:13:02,240 --> 00:13:04,920 tak mampu menemui dan menggabungkan 204 00:13:05,000 --> 00:13:08,960 pemerhatian astronomi ini ke tempat mereka sendiri. 205 00:13:09,680 --> 00:13:10,520 Sebaliknya, 206 00:13:11,160 --> 00:13:12,440 kita telah 207 00:13:12,520 --> 00:13:15,400 mengambil kira budaya Orang Asli Amerika 208 00:13:15,480 --> 00:13:17,160 sebagai hanya pemburu-pengumpul. 209 00:13:17,240 --> 00:13:21,000 Mereka jauh lebih rumit dan lebih canggih. 210 00:13:23,200 --> 00:13:26,160 Visi mereka tentang kedudukan Bumi di kosmos 211 00:13:26,240 --> 00:13:28,600 diluahkan melalui penjajaran di Poverty Point 212 00:13:28,680 --> 00:13:30,920 pada asasnya adalah visi yang sama 213 00:13:31,000 --> 00:13:33,520 yang kita lihat di tapak kuno lain di seluruh dunia… 214 00:13:33,600 --> 00:13:34,440 PIRAMID AGUNG CHOLULA MEXICO 215 00:13:34,840 --> 00:13:36,440 …kongsi fokus 216 00:13:36,520 --> 00:13:39,000 tentang hubungan antara bumi dan langit. 217 00:13:40,240 --> 00:13:43,480 KARNAK MESIR 218 00:13:45,760 --> 00:13:49,120 Poverty Point hanya satu daripada 800 tapak Pembina Busut 219 00:13:49,800 --> 00:13:52,280 yang bertahan di seluruh negeri Louisiana. 220 00:13:52,360 --> 00:13:53,200 TAPAK CAHOKIA ILLINOIS 221 00:13:53,280 --> 00:13:55,280 Di Amerika Utara secara keseluruhan, 222 00:13:55,360 --> 00:13:58,360 daripada jumlah anggaran asal satu juta busut… 223 00:13:58,440 --> 00:13:59,320 BUSUT INDIA ETOWAH GEORGIA 224 00:13:59,400 --> 00:14:01,960 …kira-kira 100,000 masih kekal. 225 00:14:02,040 --> 00:14:04,040 BUSUT PATUNGAN IOWA 226 00:14:04,120 --> 00:14:08,600 Antaranya, contoh busut yang paling menakjubkan 227 00:14:08,680 --> 00:14:11,400 mengungkapkan hubungan suci antara langit dan bumi, 228 00:14:12,320 --> 00:14:17,920 terletak kira-kira 600 batu ke timur laut Poverty Point di Ohio, 229 00:14:18,960 --> 00:14:22,520 tapak yang menyimpan kunci untuk memahami hal yang menimpa 230 00:14:22,600 --> 00:14:25,240 tamadun hilang yang saya cari. 231 00:14:28,280 --> 00:14:30,560 Tertenggek di atas rabung berhutan tebal 232 00:14:31,640 --> 00:14:34,520 terletak busut patungan yang menakjubkan. 233 00:14:36,800 --> 00:14:40,520 Kerja tanah gergasi berbentuk makhluk hidup. 234 00:14:42,400 --> 00:14:45,560 Dalam kes ini, ular sepanjang 400 meter. 235 00:14:48,080 --> 00:14:50,200 Ia digelar Busut Ular. 236 00:14:50,280 --> 00:14:52,680 BUSUT ULAR 237 00:14:52,760 --> 00:14:54,400 Bermula daripada ekor berlingkar, 238 00:14:54,480 --> 00:14:57,320 tujuh lekuk di badannya menuju ke kepalanya, 239 00:14:58,600 --> 00:15:03,320 di situ ada rahang ternganga untuk menelan kerja tanah bujur yang lain. 240 00:15:06,040 --> 00:15:09,600 Melalui udara pun sukar untuk menjelaskan semua butiran. 241 00:15:10,480 --> 00:15:14,920 Tapi, mengambil kira penemuan baharu tentang pembinaan asalnya 242 00:15:15,000 --> 00:15:16,480 dan mengalihkan pokok, 243 00:15:17,120 --> 00:15:20,480 boleh dedahkan rupa patungan ketika zaman kemuncaknya. 244 00:15:25,440 --> 00:15:28,360 Busut Ular memanjang lebih daripada 400 meter 245 00:15:28,440 --> 00:15:30,200 dari rahangnya di barat laut 246 00:15:30,280 --> 00:15:33,280 ke ekornya di sudut barat daya puncak bukit. 247 00:15:36,480 --> 00:15:40,200 Pada asalnya terdapat bulatan batu berdiri di kepala, 248 00:15:40,280 --> 00:15:41,600 fungsinya tak diketahui. 249 00:15:43,080 --> 00:15:46,880 Betul-betul di belakang kepala, ada dua sambungan hiasan, 250 00:15:46,960 --> 00:15:48,840 fungsinya juga tak diketahui. 251 00:15:55,880 --> 00:15:59,320 Busut Ular adalah struktur yang luar biasa dan anggun. 252 00:15:59,400 --> 00:16:02,440 ia menyuntik rasa hairan kepada pengunjung. 253 00:16:03,800 --> 00:16:06,720 Ia jelas tempat kuno dan misteri. 254 00:16:06,800 --> 00:16:09,320 Siapa yang bina patungan besar dan kenapa? 255 00:16:12,360 --> 00:16:14,000 OHIO - PENANDA SEJARAH BUSUT ULAR 256 00:16:14,080 --> 00:16:17,240 Tanda tapak menunjukkan ia dibina sekitar 1000 M 257 00:16:17,320 --> 00:16:21,120 oleh orang asli yang dikenali sebagai Budaya Purba Kubu. 258 00:16:22,680 --> 00:16:27,360 Tapi tandanya salah, sama seperti banyak penanda sejarah ini. 259 00:16:28,880 --> 00:16:33,080 Hakikatnya tiada sesiapa tahu usia sebenar Busut Ular. 260 00:16:35,200 --> 00:16:37,200 Tarikh 1000 M 261 00:16:37,280 --> 00:16:40,280 adalah berdasarkan dua sampel organik sahaja 262 00:16:40,360 --> 00:16:43,760 daripada bahagian busut yang mungkin dibina semula, 263 00:16:45,280 --> 00:16:49,280 kerana kajian arkeologi lain menemui sampel dari tapak ular 264 00:16:49,360 --> 00:16:52,840 yang bertarikh seawal 321 SM. 265 00:16:54,480 --> 00:16:56,680 Bukti bahawa Busut Ular 266 00:16:56,760 --> 00:16:59,640 menjadi subjek pemuliharaan adalah sangat jelas. 267 00:16:59,720 --> 00:17:03,280 Saya rasa pemuliharaan ini mengimbau jauh ke masa lalu. 268 00:17:05,040 --> 00:17:08,200 Hanya ada satu masalah untuk menyiasat teori saya. 269 00:17:09,079 --> 00:17:13,319 Pentadbir Busut Ular menyekat saya. 270 00:17:15,800 --> 00:17:20,000 Berkali-kali kami usaha untuk dapatkan kebenaran penggambaran di sini, 271 00:17:20,079 --> 00:17:22,079 tapi mereka tak izinkan. 272 00:17:22,160 --> 00:17:24,119 BUSUT ULAR 273 00:17:24,200 --> 00:17:29,200 Tentang apa yang saya anggap ideologi dan sememangnya alasan peribadi, 274 00:17:29,280 --> 00:17:31,160 biar saya baca daripada e-mel mereka. 275 00:17:33,079 --> 00:17:34,600 "Kami perlu memastikan 276 00:17:34,680 --> 00:17:37,240 integriti dan pemuliharaan Busut Ular, 277 00:17:37,320 --> 00:17:38,360 secara fizikal 278 00:17:38,440 --> 00:17:41,520 dan dalam interpretasi sejarahnya dikekalkan." 279 00:17:42,480 --> 00:17:47,200 "Sebab penyampai siri ini, Graham Hancock, 280 00:17:47,280 --> 00:17:51,040 mencadangkan teori dan cerita yang tak sejajar 281 00:17:51,120 --> 00:17:54,880 dengan maklumat yang kami tahu benar tentang Busut Ular, 282 00:17:54,960 --> 00:17:57,480 permintaan anda ditolak." 283 00:18:00,280 --> 00:18:05,440 Perkataan yang betul untuk misi melindungi interpretasi tapak 284 00:18:05,520 --> 00:18:07,920 ialah penapisan. 285 00:18:08,000 --> 00:18:10,440 Apa lagi cara yang lebih efektif 286 00:18:10,520 --> 00:18:16,360 untuk ahli arkeologi menapis, mengekang dan mematikan pendapat yang berbeza 287 00:18:16,440 --> 00:18:20,080 selain daripada menafikan akses ke tapak arkeologi? 288 00:18:20,160 --> 00:18:21,760 ADAKAH GRAHAM HANCOCK GILA? 289 00:18:21,840 --> 00:18:24,520 Ini bukan kali pertama ia berlaku. 290 00:18:24,600 --> 00:18:29,040 Malangnya ini adalah tingkah laku yang sistematik dan konsisten 291 00:18:29,120 --> 00:18:30,200 antara ahli arkeologi. 292 00:18:30,280 --> 00:18:32,120 Mereka mengamalkan penapisan. 293 00:18:32,200 --> 00:18:37,560 Mereka amalkan penapisan dengan mengejek dan menghina idea alternatif. 294 00:18:39,760 --> 00:18:43,040 Apa sebenarnya dalam teori saya ini 295 00:18:43,120 --> 00:18:45,360 yang tak menyenangkan? 296 00:18:46,840 --> 00:18:49,800 Mudah, kerana saya berani mencadangkan 297 00:18:49,880 --> 00:18:53,240 bahawa idea di sebalik reka bentuk Busut Ular 298 00:18:53,320 --> 00:18:57,480 adalah lebih awal daripada 300 SM, 299 00:18:58,640 --> 00:19:03,200 lebih 1000 tahun lebih awal hingga akhir Zaman Ais yang terakhir. 300 00:19:05,200 --> 00:19:10,960 Buktinya terletak pada satu daripada cirinya yang paling hebat, 301 00:19:11,040 --> 00:19:14,360 yang ahli arkeologi aliran perdana enggan akui. 302 00:19:15,000 --> 00:19:17,880 Kerana, sekali lagi ia melibatkan langit. 303 00:19:19,960 --> 00:19:24,960 Jika awak melintasi Busut Ular pada solstis musim panas sekitar 21 Jun, 304 00:19:25,040 --> 00:19:27,800 anda akan segera menyedari bahawa rahang ular 305 00:19:27,880 --> 00:19:32,120 terlaras hampir secara langsung ke titik tempat matahari terbenam. 306 00:19:34,880 --> 00:19:37,960 Ini terjadi ketika matahari terbenam pada solstis musim panas. 307 00:19:38,040 --> 00:19:38,880 BATH, UK 6 APRIL 2019 308 00:19:38,960 --> 00:19:42,680 Nampaknya kepala ular itu sedang mencari Matahari. 309 00:19:42,760 --> 00:19:45,760 Apabila Matahari mula terbenam, nampak lebih jelas 310 00:19:45,840 --> 00:19:49,520 penjajaran yang indah antara bumi dan langit ini, 311 00:19:49,600 --> 00:19:52,360 keagungan tapak yang mengagumkan. 312 00:19:54,320 --> 00:19:57,440 Kini semua orang faham 313 00:19:57,520 --> 00:20:01,000 bahawa itulah yang kepala ular besar itu tunjuk. 314 00:20:01,600 --> 00:20:06,400 Tapi idea itu tak diendahkan dan ditolak oleh arkeologi untuk masa yang lama. 315 00:20:07,280 --> 00:20:09,960 Organisasi yang mengendalikan tapak, 316 00:20:10,040 --> 00:20:13,800 membiarkan banyak pokok tumbuh di sekeliling kepala ular itu. 317 00:20:13,880 --> 00:20:17,000 Mereka percaya ia memberikan teduhan kepada pelancong. 318 00:20:17,080 --> 00:20:20,440 Tapi ia mengehadkan impak jelas 319 00:20:20,520 --> 00:20:23,800 melihat kepala ular menunjuk ke arah matahari terbenam. 320 00:20:28,080 --> 00:20:32,040 Jeff Wilson, pemilik harta bersebelahan dengan patungan purba, 321 00:20:32,120 --> 00:20:36,080 ialah presiden kumpulan bebas yang dipanggil Sahabat Busut Ular 322 00:20:37,160 --> 00:20:41,800 yang memelihara dan mempromosi tapak ini dan tapak Amerika Asli yang lain. 323 00:20:43,000 --> 00:20:46,160 Jelas Busut Ular sangat penting bagi awak. 324 00:20:46,240 --> 00:20:48,440 Ya, ia sangat peribadi bagi saya. 325 00:20:48,520 --> 00:20:51,480 Antara tempat paling rohani yang saya pernah lawat. 326 00:20:51,560 --> 00:20:52,400 AHLI SEJARAH BUSUT ULAR 327 00:20:52,480 --> 00:20:53,800 Ia tempat suci. 328 00:20:53,880 --> 00:20:55,200 Apabila awak menemuinya, 329 00:20:55,280 --> 00:20:59,440 awak balik dengan perasaan yang berbeza dengan pengalaman di sini. 330 00:21:02,960 --> 00:21:06,160 Ia tapak arkeoastronomi paling menakjubkan di Amerika Utara. 331 00:21:06,240 --> 00:21:07,080 - Tiada. - Ya. 332 00:21:09,160 --> 00:21:12,960 Baru-baru ini pengesahan bahawa Busut Ular 333 00:21:13,040 --> 00:21:16,920 jelas menggabungkan seluruh siri bagi jajaran tanah langit 334 00:21:17,000 --> 00:21:18,640 ke dalam reka bentuknya. 335 00:21:22,600 --> 00:21:25,040 Pusat bengkok kedua di belakang kepala 336 00:21:25,120 --> 00:21:28,880 menunjuk ke timur tempat matahari terbit ketika solstis musim panas, 337 00:21:31,000 --> 00:21:32,960 dan pusat bengkok berikut 338 00:21:33,040 --> 00:21:36,440 menunjuk matahari terbit pada ekuinoks musim bunga dan luruh 339 00:21:36,520 --> 00:21:39,080 apabila malam dan siang sama panjang. 340 00:21:41,440 --> 00:21:43,480 Manakala bahagian tengah bengkok akhir 341 00:21:43,560 --> 00:21:46,800 menunjuk ke tempat matahari terbit pada solstis musim sejuk, 342 00:21:46,880 --> 00:21:48,760 hari terpendek dalam setahun. 343 00:21:50,320 --> 00:21:52,880 Ekor bergulung yang rumit itu pula, 344 00:21:53,600 --> 00:21:56,840 jika awak lukis garis lurus dari pusatnya yang tepat 345 00:21:56,920 --> 00:21:59,040 melalui engsel rahang ular, 346 00:21:59,120 --> 00:22:03,400 awak akan dapati ia berorientasikan tepat ke utara astronomi sebenar. 347 00:22:07,280 --> 00:22:10,240 Membina dan mentafsir 348 00:22:10,320 --> 00:22:14,280 semua penjajaran astronomi yang dimasukkan ke dalam reka bentuknya 349 00:22:14,360 --> 00:22:17,840 - adalah hasil kerja genius… - Ya. 350 00:22:17,920 --> 00:22:19,520 …oleh Orang Asli Amerika. 351 00:22:19,600 --> 00:22:23,160 Ya. Genius itu mudah terlepas pandang. 352 00:22:23,240 --> 00:22:26,560 Adakah arkeologi memandang serius astronomi tapak ini? 353 00:22:26,640 --> 00:22:29,000 Cukupkah ahli arkeologi yang memandang serius? 354 00:22:29,080 --> 00:22:31,080 Saya tak fikir begitu. 355 00:22:32,440 --> 00:22:37,280 Ada beberapa orang yang memberi perhatian atau mempertimbangkannya. 356 00:22:41,800 --> 00:22:45,000 Ahli Arkeologi arus perdana nak kita percaya 357 00:22:45,080 --> 00:22:48,760 semua penjajaran astronomi ini berlaku secara tidak sengaja. 358 00:22:50,200 --> 00:22:55,200 Bolehlah dikatakan bahawa Orang Asli Amerika purba 359 00:22:55,280 --> 00:22:59,760 memiliki kemahiran ukur, geometri dan astronomi, 360 00:22:59,840 --> 00:23:03,200 mereka menggunakannya dalam penciptaan monumen besar, 361 00:23:03,280 --> 00:23:06,640 yang kebanyakannya telah dihanyutkan. 362 00:23:08,560 --> 00:23:13,760 Penjajaran suria yang tepat ini dizahirkan pada skala besar. 363 00:23:13,840 --> 00:23:16,760 Mewakili pencapaian luar biasa pemburu-pengumpul 364 00:23:16,840 --> 00:23:18,880 yang hidup pada abad ke-3 SM. 365 00:23:20,440 --> 00:23:24,080 Ada bukti menunjukkan rabung tempat Busut Ular dibina 366 00:23:24,160 --> 00:23:27,920 dianggap suci selama ribuan tahun sebelum itu. 367 00:23:29,600 --> 00:23:33,360 Setiap satu budaya yang pernah wujud di sini 368 00:23:33,440 --> 00:23:37,880 sejak Zaman Ais yang lalu meninggalkan sisa budaya di Busut Ular. 369 00:23:37,960 --> 00:23:41,080 Ia bermakna kehadiran manusia yang berterusan di sini, 370 00:23:41,760 --> 00:23:45,600 ia mencadangkan bahawa tapak itu suci sejak sekian lama. 371 00:23:45,680 --> 00:23:46,520 Betul. 372 00:23:46,600 --> 00:23:48,760 Bagi saya itu patut diambil kira 373 00:23:48,840 --> 00:23:50,520 dalam naratif arkeologi. 374 00:23:50,600 --> 00:23:52,640 Ia patut jadi antara cerita Busut Ular. 375 00:23:52,720 --> 00:23:53,560 Ya. 376 00:23:56,520 --> 00:24:00,360 Ahli arkeologi pernah silap sebelum ini dan mereka mungkin silap lagi. 377 00:24:00,960 --> 00:24:05,720 Jelas bahawa asal-usul Busut Ular itu rumit. 378 00:24:07,080 --> 00:24:12,080 Bagaimana jika Busut Ular tak dibina pada 321 SM 379 00:24:12,760 --> 00:24:15,320 tapi ia antara pembinaan semulanya? 380 00:24:17,600 --> 00:24:20,560 Jangan lupa yang ia melibatkan ular. 381 00:24:20,640 --> 00:24:24,880 Ular terkenal dengan kebolehan untuk menyalin kulit. 382 00:24:26,800 --> 00:24:31,200 Kemungkinan sebenarnya dicadangkan oleh penjajaran Busut Ular yang unik. 383 00:24:32,080 --> 00:24:34,800 Ia tak sempurna. 384 00:24:36,920 --> 00:24:40,480 Seperti dilihat dari Busut Ular, matahari solstis musim panas 385 00:24:40,560 --> 00:24:44,680 terbenam kira-kira dua darjah di luar pusat rahang. 386 00:24:45,840 --> 00:24:47,880 Cukup dekat melalui pandangan biasa. 387 00:24:49,840 --> 00:24:54,080 Tapi, sukar untuk percaya bahawa orang yang menggambarkan dan mencipta 388 00:24:54,160 --> 00:24:58,240 busut patungan yang canggih ini, menjejaki semua detik kalendar itu, 389 00:24:58,880 --> 00:25:02,840 dan menempuh segala kesusahan ini telah tersilap. 390 00:25:04,560 --> 00:25:06,440 Saya rasa mereka betul. 391 00:25:08,280 --> 00:25:12,240 Semua berkaitan dengan cara Bumi beralih pada paksinya sejak ribuan tahun. 392 00:25:13,800 --> 00:25:16,240 Dalam fenomena yang diketahui sejak dulu 393 00:25:16,840 --> 00:25:20,120 yang merujuknya sebagai kecondongan ekliptik. 394 00:25:21,080 --> 00:25:22,440 Ringkasnya, 395 00:25:22,520 --> 00:25:24,720 bumi condong pada paksinya, 396 00:25:24,800 --> 00:25:27,120 tapi condong itu tak tetap dan malar. 397 00:25:27,200 --> 00:25:30,680 Ia berubah sepanjang kitaran 41,000 tahun. 398 00:25:30,760 --> 00:25:33,520 Secara kasarnya dua darjah setengah sepanjang kitaran. 399 00:25:33,600 --> 00:25:35,120 Angguk ke belakang dan depan. 400 00:25:35,800 --> 00:25:40,040 Itu menjejaskan kedudukan matahari yang meningkat pada solstis musim panas. 401 00:25:42,640 --> 00:25:44,720 Daripada bertanya sebab rahang ular itu 402 00:25:44,800 --> 00:25:48,080 tak sejajar dengan matahari terbenam solstis musim panas, 403 00:25:49,800 --> 00:25:52,080 bagaimana jika kita tanya soalan lain? 404 00:25:53,360 --> 00:25:57,720 Jika seseorang mengambil kira miring ekliptik ini, 405 00:25:57,800 --> 00:26:01,680 adakah rahang ternganga dan matahari terbenam sejajar? 406 00:26:05,800 --> 00:26:07,960 Nampaknya bukan ribuan tahun dulu… 407 00:26:08,200 --> 00:26:10,680 …atau 2,300 tahun dahulu 408 00:26:10,760 --> 00:26:14,240 apabila ahli arkeologi berkeras Busut Ular mula dibina. 409 00:26:15,200 --> 00:26:18,800 Mulut ular betul-betul berpusat pada matahari 410 00:26:18,880 --> 00:26:21,920 sekitar 12,800 tahun dahulu… 411 00:26:22,000 --> 00:26:22,960 10,800 SM 412 00:26:23,040 --> 00:26:24,800 …pada hujung Zaman Ais… 413 00:26:27,280 --> 00:26:29,080 apabila rabung tempat ular dibina 414 00:26:29,160 --> 00:26:33,440 itu sendiri menduduki tempat yang luar biasa penting. 415 00:26:37,840 --> 00:26:42,400 Pada kemuncak Zaman Ais, sekitar 20,000 tahun dahulu… 416 00:26:42,760 --> 00:26:48,000 …kebanyakan Amerika Utara diliputi oleh topi ais yang dalamnya lebih satu batu. 417 00:26:51,040 --> 00:26:55,600 Hari ini, Lembah Busut Ular Ohio adalah belantara yang diliputi hutan, 418 00:26:56,200 --> 00:26:58,320 tapi jangan melihatnya seperti sekarang. 419 00:26:59,200 --> 00:27:02,720 Mari lihat keadaannya ketika Zaman Ais dahulu. 420 00:27:04,120 --> 00:27:08,080 Lembah ini, tempat ular besar itu dibina, 421 00:27:08,160 --> 00:27:12,560 menandakan selatan paling jauh yang dicapai lembar ais Amerika Utara. 422 00:27:13,760 --> 00:27:17,240 Tebing ais gergasi yang naik betul-betul di rabung ini 423 00:27:17,320 --> 00:27:20,240 akan nampak macam sesuatu daripada novel fantasi. 424 00:27:21,400 --> 00:27:23,720 Manusia yang hidup dalam tempoh itu, 425 00:27:23,800 --> 00:27:27,360 pasti melihatnya sebagai kuasa magis. 426 00:27:29,240 --> 00:27:32,800 Tapi perayaan di penghujung zaman ais takkan bertahan lama, 427 00:27:34,160 --> 00:27:37,280 kerana kira-kira 12,800 tahun yang lalu, 428 00:27:37,960 --> 00:27:41,720 ketika ular itu sejajar dengan solstis musim panas, 429 00:27:41,800 --> 00:27:45,080 sesuatu yang besar sedang berlaku di seluruh planet ini. 430 00:27:46,560 --> 00:27:48,760 Sesuatu yang apokaliptik 431 00:27:50,560 --> 00:27:52,240 yang digelar Younger Dryas. 432 00:27:53,600 --> 00:27:57,680 Tempoh perubahan iklim radikal dan peningkatan paras air laut. 433 00:27:59,800 --> 00:28:02,480 Kemanusiaan terselamat, tapi nyaris musnah. 434 00:28:09,400 --> 00:28:14,320 Penjajarannya dengan matahari terbenam solstis musim panas, 435 00:28:15,080 --> 00:28:19,800 Busut Ular menjadi tiang tanda, setem tarikh, 436 00:28:19,880 --> 00:28:24,440 menarik perhatian kita kepada langit 12,800 ribu tahun lalu, 437 00:28:24,520 --> 00:28:27,960 masa yang kita tahu berlaku malapetaka global 438 00:28:28,040 --> 00:28:31,000 yang cukup besar hingga memusnahkan tamadun yang maju. 439 00:28:34,600 --> 00:28:37,000 Sekali lagi, saya teringat Göbekli Tepe, 440 00:28:37,080 --> 00:28:40,760 tempat patung makhluk diukir menjadi antara tiang paling menakjubkan 441 00:28:41,400 --> 00:28:45,160 seolah menggambarkan kedudukan bintang pada solstis musim panas 442 00:28:45,240 --> 00:28:47,240 ketika zaman Younger Dryas. 443 00:28:48,920 --> 00:28:53,200 Saya berpendapat, bukanlah kebetulan bahawa penjajaran solstitial ular 444 00:28:53,280 --> 00:28:56,400 turut menjelaskan zaman bencana yang sama. 445 00:28:57,840 --> 00:28:59,320 Tapi, kenapa ular? 446 00:29:04,360 --> 00:29:06,120 Mungkin kaitan paling besar, 447 00:29:06,200 --> 00:29:08,720 banyak mitos dan tradisi Orang Asli Amerika 448 00:29:08,800 --> 00:29:13,960 dengan ular gergasi dikaitkan terus dengan perubahan bumi yang dahsyat. 449 00:29:16,760 --> 00:29:19,120 Terdapat legenda purba Iroquois 450 00:29:19,200 --> 00:29:23,520 yang domainnya di puncak kuasa mereka berlanjutan jauh hingga ke Ohio. 451 00:29:23,600 --> 00:29:27,440 Penjahat legenda ialah ular bertanduk gergasi. 452 00:29:30,880 --> 00:29:34,520 Pada zaman dahulu, sebuah kampung diganggu seekor ular besar 453 00:29:34,600 --> 00:29:36,240 yang mendiami tasik berhampiran. 454 00:29:37,080 --> 00:29:41,520 Kuasa besar di langit menghantar wira untuk mengalahkannya. 455 00:29:43,240 --> 00:29:47,080 Dalam pertempuran yang sengit, petir menyambar ular itu, 456 00:29:48,440 --> 00:29:52,000 bunyinya menggegarkan bumi dan cahayanya sangat terang 457 00:29:52,080 --> 00:29:56,760 hingga orang ramai tutup mata dan telinga serta bersembunyi dalam ketakutan. 458 00:29:58,520 --> 00:30:02,320 Buruj gugur dari langit malam 459 00:30:02,400 --> 00:30:07,240 dan terhempas ke bumi dengan letupan ganas dan panas terik. 460 00:30:07,320 --> 00:30:10,720 Satu bintang jatuh ke dalam tasik, mencederakan ular bertanduk. 461 00:30:13,040 --> 00:30:15,920 Ketika ular besar itu melibas ekornya dalam kesakitan, 462 00:30:16,000 --> 00:30:17,600 ia menghantar ombak 100 kaki 463 00:30:17,680 --> 00:30:20,840 yang membadai lembah dalam siri banjir besar. 464 00:30:22,600 --> 00:30:26,800 Sebahagian besar suku itu mati, tetapi ular itu pergi. 465 00:30:28,880 --> 00:30:30,760 KARAHAN TEPE TURKIYE 466 00:30:30,840 --> 00:30:35,600 Kami pernah lihat imejan ular begitu di dalam monumen purba di seluruh dunia. 467 00:30:36,800 --> 00:30:38,280 Di kuil di Mexico, 468 00:30:38,360 --> 00:30:41,760 khusus untuk Quetzalcoatl, ular berbulu… 469 00:30:42,360 --> 00:30:45,480 …diukir di kuil Ġgantija di Malta, 470 00:30:46,200 --> 00:30:49,800 dan hujan turun dari langit pada tiang Göbekli Tepe. 471 00:30:49,880 --> 00:30:51,080 GÖBEKLI TEPE TURKIYE 472 00:30:51,160 --> 00:30:52,880 Ia simbol penting 473 00:30:52,960 --> 00:30:56,240 ditemui di tapak yang mengajak kita melihat ke langit. 474 00:30:56,320 --> 00:30:57,600 PIRAMID HEBAT CHOLULA MEXICO 475 00:30:57,680 --> 00:30:58,520 Kenapa? 476 00:31:00,760 --> 00:31:04,960 Saya rasa legenda Iroquois ini ada lebih kebenaran tentangnya. 477 00:31:05,040 --> 00:31:06,440 Mungkin bintang, 478 00:31:06,520 --> 00:31:10,160 atau sesuatu yang menyerupai bintang, memang jatuh ke Bumi. 479 00:31:10,240 --> 00:31:12,480 Mungkin ada banjir besar selepas itu, 480 00:31:12,560 --> 00:31:16,440 antara malapetaka yang menggegarkan Younger Dryas. 481 00:31:18,560 --> 00:31:20,640 Jika versi asal Busut Ular 482 00:31:20,720 --> 00:31:25,240 direka pada penghujung Zaman Ais terakhir, seperti yang saya percaya, 483 00:31:25,320 --> 00:31:29,600 maka mungkin ia bertujuan untuk membawa mesej kepada masa depan, 484 00:31:29,680 --> 00:31:34,280 malah amaran, tentang hal yang menyebabkan siri peristiwa apokaliptik itu 485 00:31:34,360 --> 00:31:36,600 sekitar 12,800 tahun dahulu, 486 00:31:37,240 --> 00:31:42,000 peringatan untuk memandang ke syurga melihat bintang jatuh dari langit. 487 00:31:46,080 --> 00:31:48,040 Suku jalan mengelilingi bumi, 488 00:31:48,120 --> 00:31:51,640 ada bukti bahawa orang purba lain juga hidup dalam ketakutan 489 00:31:51,720 --> 00:31:53,560 dengan ancaman dari atas begitu 490 00:31:54,520 --> 00:31:56,720 dan bertindak melindungi diri mereka 491 00:31:56,800 --> 00:32:00,360 jauh di tengah-tengah Cappadocia, Turkiye, 492 00:32:01,120 --> 00:32:03,080 itulah destinasi saya seterusnya. 493 00:32:27,600 --> 00:32:32,600 Terjemahan sari kata oleh Seri