1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:16,560 --> 00:00:19,120 Elektrik amat bermanfaat buat kita. 3 00:00:21,200 --> 00:00:24,040 Manusia telah jadi spesis yang aktif sepanjang masa. 4 00:00:28,560 --> 00:00:31,000 Namun langit cahaya ini meragut salah satu 5 00:00:31,080 --> 00:00:34,960 aspek kehidupan paling mengagumkan di planet ini… 6 00:00:37,560 --> 00:00:38,760 Langit malam. 7 00:00:42,600 --> 00:00:43,960 Bagi orang dahulu kala, 8 00:00:44,040 --> 00:00:47,360 memerhati bintang merupakan persembahan terhebat di bumi, 9 00:00:48,480 --> 00:00:52,080 perkara menghiburkan pada malam yang gelap dan panjang. 10 00:00:53,160 --> 00:00:56,080 Mereka pasti kenal selok-belok Bima Sakti, 11 00:00:56,160 --> 00:01:01,120 setiap gugusan bintang cerah, setiap komet yang meluncur di langit. 12 00:01:02,640 --> 00:01:07,000 Mungkin inilah penjelasannya. Jika kita lihat di serata dunia purba, 13 00:01:07,080 --> 00:01:11,000 kita dapati struktur-struktur besar mengarahkan perhatian kita ke langit. 14 00:01:13,520 --> 00:01:15,680 Tapi bagaimana jika ia lebih dari itu? 15 00:01:16,680 --> 00:01:20,400 Piramid dan kuil purba di serata dunia menghubungkan langit 16 00:01:20,480 --> 00:01:25,560 dengan bumi dengan penjajaran yang tepat kepada matahari, bulan dan bintang. 17 00:01:26,280 --> 00:01:30,360 Kenapa mereka begitu teliti dan membina sesuatu yang begitu besar? 18 00:01:30,960 --> 00:01:33,160 Adakah mereka cuba beritahu kita sesuatu? 19 00:01:33,720 --> 00:01:39,160 Mungkin memberi amaran supaya kita memberi perhatian terhadap alam semesta. 20 00:01:50,120 --> 00:01:55,480 PENINGGALAN PARA PENDETA 21 00:01:58,240 --> 00:02:01,280 Saya di Turkiye, menuju ke puncak bukit terpencil 22 00:02:01,360 --> 00:02:04,200 lebih kurang 26 batu dari sempadan dengan Syria. 23 00:02:06,760 --> 00:02:09,600 Walaupun kini kawasan ini mengalami masalah, 24 00:02:11,000 --> 00:02:14,840 tapi ia memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. 25 00:02:16,080 --> 00:02:17,360 LAUT HITAM, TURKI, LAUT MEDITERRANENA, SYRIA, IRAQ 26 00:02:17,440 --> 00:02:21,440 Di tenggara Turkiye, berdekatan Sanliurfa zaman moden, 27 00:02:22,320 --> 00:02:25,520 kejadian menakjubkan berlaku di penghujung Zaman Ais akhir. 28 00:02:27,040 --> 00:02:29,840 Nenek moyang pemburu-pengumpul Zaman Batu 29 00:02:29,920 --> 00:02:33,800 menemui kaedah bercucuk tanam dan mula membina penempatan. 30 00:02:33,880 --> 00:02:34,760 IRAN, MESOPOTAMIA, TELUK PARSI 31 00:02:34,840 --> 00:02:38,520 Ia berlaku di serata kawasan yang kemudiannya digelar Hilal Subur, 32 00:02:38,600 --> 00:02:40,760 menganjur ke selatan ke Teluk Parsi. 33 00:02:41,440 --> 00:02:42,560 4,000 SM 34 00:02:42,640 --> 00:02:46,840 Sekitar 6,000 tahun lalu, kawasan yang dikenali sebagai Mesopotamia 35 00:02:46,920 --> 00:02:49,240 melahirkan sebuah tamadun 36 00:02:49,320 --> 00:02:53,360 yang telah lama diandaikan sebagai tamadun pertama dunia, Sumeria. 37 00:02:56,920 --> 00:03:00,400 Namun kini, andaian ini meraung meminta ditulis semula. 38 00:03:01,560 --> 00:03:05,680 Pada tahun 1994, ketika menyelidik sebuah ladang, 39 00:03:05,760 --> 00:03:10,480 ahli-ahli arkeologi menemui batu-batu ukiran yang aneh menjulur dari tanah. 40 00:03:17,520 --> 00:03:19,760 Antaranya bersaiz amat besar. 41 00:03:25,480 --> 00:03:29,720 Ekskavasi seterusnya membuahkan beberapa penemuan yang menakjubkan. 42 00:03:32,600 --> 00:03:35,520 Tapak arkeologi yang digali baru-baru ini 43 00:03:35,600 --> 00:03:41,400 menuntut kita untuk membuang prasangka tentang nenek moyang Zaman Batu kita. 44 00:03:42,320 --> 00:03:44,640 Mereka bukan sahaja celik teknologi, 45 00:03:44,720 --> 00:03:47,040 malah pencapaian mereka di sini membuktikan 46 00:03:47,640 --> 00:03:50,360 bahawa mereka memiliki kemampuan yang tak disangka, 47 00:03:50,440 --> 00:03:52,360 setanding dengan tamadun 48 00:03:52,440 --> 00:03:55,560 yang lebih maju dan terkemudian. 49 00:03:56,920 --> 00:04:00,720 Di bawah kanopi moden yang dibina untuk melindungi tapak ini 50 00:04:01,880 --> 00:04:03,600 ialah Göbekli Tepe. 51 00:04:07,960 --> 00:04:11,560 Berdasarkan segala yang kita pelajari tentang prasejarah, 52 00:04:11,640 --> 00:04:13,200 ia tak sepatutnya wujud. 53 00:04:17,280 --> 00:04:22,320 Ahli-ahli arkeologi mengakui ia wujud sejak 11,600 tahun lalu… 54 00:04:24,440 --> 00:04:25,440 9,600 SM 55 00:04:25,519 --> 00:04:29,280 …menjadikannya struktur bersejarah tertua yang diiktiraf di bumi. 56 00:04:32,440 --> 00:04:36,280 Ia sebuah tapak megalit yang amat canggih dan sofistikated 57 00:04:36,360 --> 00:04:39,920 dan 7,000 tahun lebih tua dari Stonehenge… 58 00:04:40,000 --> 00:04:42,840 …dan 7,000 tahun lebih tua dari Piramid Giza. 59 00:04:42,920 --> 00:04:45,880 Tanggapan bahawa tiada peradaban dalam dunia 60 00:04:45,960 --> 00:04:48,520 dengan kemahiran sebegitu 12,000 tahun lalu 61 00:04:48,600 --> 00:04:50,080 tak lagi masuk akal. 62 00:04:54,320 --> 00:04:57,320 Ia lebih tua berbanding ciptaan roda 63 00:04:57,400 --> 00:04:59,200 atau pembelajinakan kuda. 64 00:05:01,080 --> 00:05:04,800 Ia dibina ketika bumi baru sembuh dari Zaman Ais akhir, 65 00:05:06,800 --> 00:05:08,760 ketika manusia sepatutnya masih lagi 66 00:05:08,840 --> 00:05:12,640 pemburu-pengumpul jahil yang tinggal di dalam pondok lumpur. 67 00:05:14,320 --> 00:05:16,240 Namun, jika mereka tak begitu maju 68 00:05:16,320 --> 00:05:19,040 untuk mereka dan membina bangunan yang hebat ini, 69 00:05:20,120 --> 00:05:22,600 siapakah yang membinanya dan kenapa? 70 00:05:23,920 --> 00:05:25,800 Apakah tempat ini? 71 00:05:28,240 --> 00:05:32,280 Sekali pandang, ia mungkin menghairankan. 72 00:05:32,360 --> 00:05:36,240 Tapi jika kita amati dan cantumkan semua petunjuk, 73 00:05:36,320 --> 00:05:38,360 kita boleh faham dan lihat 74 00:05:38,440 --> 00:05:42,480 betapa hebat dan gahnya ia di era kemuncaknya. 75 00:05:46,480 --> 00:05:47,960 Terletak di tepi bukit 76 00:05:48,040 --> 00:05:50,960 dengan sejumlah kecil bekas penempatan berdekatan 77 00:05:51,800 --> 00:05:56,480 adalah empat arena bulat dengan reka bentuk yang serupa. 78 00:05:58,320 --> 00:05:59,440 Di tengah-tengahnya 79 00:05:59,520 --> 00:06:02,160 terdapat sepasang megalit gergasi berbentuk T 80 00:06:03,120 --> 00:06:04,880 seberat sepuluh tan 81 00:06:05,840 --> 00:06:08,120 tercacak di lantai batu yang digilap. 82 00:06:08,800 --> 00:06:10,440 Figura gergasi kembar, 83 00:06:10,520 --> 00:06:13,280 ada antaranya dengan ukiran lengan dan tangan 84 00:06:13,360 --> 00:06:14,440 dan kepala condong. 85 00:06:15,880 --> 00:06:18,520 Ia di kelilingi tiang-tiang berbentuk T kecil, 86 00:06:19,200 --> 00:06:21,440 yang kebanyakannya diukir dan dihias 87 00:06:22,880 --> 00:06:27,000 serta disambung dengan dinding batu dan lorong-lorong bulat. 88 00:06:29,160 --> 00:06:32,480 Bagaimana blok-blok besar ini diangkat dan diatur… 89 00:06:34,600 --> 00:06:35,760 Tiada siapa tahu. 90 00:06:51,240 --> 00:06:54,400 Perkara yang amat menghairankan pelawat tapak ini, 91 00:06:54,480 --> 00:06:57,440 termasuklah ahli arkeologi yang menggalinya 92 00:06:57,520 --> 00:06:59,560 adalah ukirannya yang menakjubkan. 93 00:07:02,760 --> 00:07:06,640 Simbol-simbol haiwan ditemui di serata Göbekli Tepe. 94 00:07:08,680 --> 00:07:10,600 Ia seperti Bahtera Noh dalam batu. 95 00:07:13,800 --> 00:07:18,760 Makhluk-makhluk di Göbekli Tepe disusun dengan unik 96 00:07:20,520 --> 00:07:23,320 seolah-olah tujuannya lebih simbolik daripada realistik. 97 00:07:28,280 --> 00:07:32,360 Ada juga sesuatu yang menghairankan tentang struktur megalit ini. 98 00:07:34,600 --> 00:07:36,600 Setelah usianya berjaya dikenal pasti, 99 00:07:36,680 --> 00:07:40,880 jelaslah bahawa keempat-empat arena ini dibina pada waktu berbeza. 100 00:07:41,960 --> 00:07:45,840 Arena D dibina sekitar 11,600 tahun lalu… 101 00:07:45,920 --> 00:07:46,760 D - 9,600 SM 102 00:07:46,840 --> 00:07:51,960 …tapi Arena A yang terkini dibina sekitar 10,500 tahun lalu. 103 00:07:52,040 --> 00:07:53,440 A - 8,500 SM 104 00:07:53,520 --> 00:07:56,560 Penduduk di sini tak mengubah suai bangunan sedia ada, 105 00:07:57,360 --> 00:08:00,480 sebaliknya mereka terus membina bangunan baharu 106 00:08:00,560 --> 00:08:03,440 sepanjang tempoh 1,100 tahun, 107 00:08:04,880 --> 00:08:07,640 dengan menukar penjajaran setiap bangunan. 108 00:08:12,480 --> 00:08:14,000 Apa yang lebih menarik, 109 00:08:14,080 --> 00:08:17,880 arena paling tua, Arena D, 110 00:08:17,960 --> 00:08:20,200 turut merupakan tapak terbesar 111 00:08:21,200 --> 00:08:23,880 dengan hiasan paling rumit. 112 00:08:26,280 --> 00:08:28,680 Ia bukan sesuatu yang munasabah 113 00:08:28,760 --> 00:08:31,240 bagi pemburu-pengumpul untuk mendapat idea 114 00:08:31,320 --> 00:08:34,400 untuk membina tapak megalit terbesar dunia begitu sahaja. 115 00:08:37,679 --> 00:08:41,360 Kebiasaannya, kekerapan berlatih menentukan kemahiran kita. 116 00:08:43,000 --> 00:08:45,200 Sama seperti pekerja kuari moden 117 00:08:45,280 --> 00:08:48,880 yang memotong batu di tapak bukit sekitar Göbekli Tepe, 118 00:08:50,320 --> 00:08:53,040 kita andaikan perkara yang sama dengan peradaban purba, 119 00:08:54,080 --> 00:08:55,960 mengasah kemahiran ikut peredaran masa 120 00:08:57,360 --> 00:09:01,120 Namun, Göbekli Tepe, terutamanya Arena D, 121 00:09:01,200 --> 00:09:04,080 mencabar andaian tersebut. 122 00:09:06,080 --> 00:09:09,120 Bagaimanakah komuniti pemburu-pengumpul Zaman Batu 123 00:09:09,200 --> 00:09:10,760 berjaya dengan cemerlang 124 00:09:10,840 --> 00:09:14,640 dalam pembinaan megalit dengan sekali cuba sahaja? 125 00:09:18,960 --> 00:09:23,800 Bukankah ini masanya untuk mempertimbangkan bahawa kompleks ini 126 00:09:23,880 --> 00:09:27,600 bukanlah ciptaan ajaib yang dibina dalam sekelip mata 127 00:09:27,680 --> 00:09:29,440 tapi legasi 128 00:09:29,520 --> 00:09:33,120 sebuah tamadun prasejarah maju yang hilang? 129 00:09:37,680 --> 00:09:38,960 Inilah tanggapan 130 00:09:39,040 --> 00:09:43,320 yang ditolak oleh ahli-ahli arkeologi aliran utama. 131 00:09:44,040 --> 00:09:47,360 Para sarjana terbelenggu dalam rangka tertentu, 132 00:09:47,440 --> 00:09:49,040 iaitu ketika Zaman Ais, 133 00:09:49,120 --> 00:09:53,240 seluruh populasi manusia di bumi masih di peringkat pemburu-pengumpul. 134 00:09:55,400 --> 00:09:58,960 Namun, terbukti jurubina Göbekli Tepe 135 00:09:59,040 --> 00:10:02,320 bercita-cita lebih tinggi daripada pemburu-pengumpul biasa. 136 00:10:04,200 --> 00:10:10,440 Pada tahun 2003, sebuah tinjauan geografi menggunakan radar tembus bumi 137 00:10:10,520 --> 00:10:14,800 mengesan lebih kurang 20 lagi arena batu di dalam bukit 138 00:10:14,880 --> 00:10:17,000 dan lebih 200 batang tiang. 139 00:10:18,680 --> 00:10:20,600 Kebanyakannya tak digali. 140 00:10:22,280 --> 00:10:27,400 Sebuah kompleks megalit gergasi merangkumi kawasan seluas sembilan hektar, 141 00:10:27,480 --> 00:10:29,040 lebih dari 12 padang bola sepak. 142 00:10:32,440 --> 00:10:34,680 Tapak yang amat besar. 143 00:10:34,760 --> 00:10:37,360 Mustahil orang yang tiada kemahiran, 144 00:10:37,440 --> 00:10:40,640 ilmu pengetahuan dan pengalaman membina dengan batu 145 00:10:40,720 --> 00:10:42,680 boleh mencipta Göbekli Tepe. 146 00:10:42,760 --> 00:10:47,880 Pasti terdapat sejarah yang panjang tapi sejarah ini tak dapat dikesan. 147 00:10:47,960 --> 00:10:52,080 Bagi saya, jelas sekali ini tamadun yang hilang. 148 00:10:52,160 --> 00:10:53,800 Pemindahan teknologi, 149 00:10:53,880 --> 00:10:56,000 kemahiran dan ilmu kepada pemburu-pengumpul. 150 00:11:05,520 --> 00:11:09,800 Göbekli Tepe bukan satu-satunya kompleks yang baru ditemui 151 00:11:09,880 --> 00:11:11,840 yang wujud sejak Zaman Ais akhir. 152 00:11:13,680 --> 00:11:19,160 Pada tahun 2019, ahli arkeologi Turkiye memulakan ekskavasi di satu lagi tapak, 153 00:11:20,120 --> 00:11:24,600 Karahan Tepe, kira-kira sejam ke timur… 154 00:11:26,360 --> 00:11:28,360 …dan temui sesuatu di luar jangkaan. 155 00:11:30,600 --> 00:11:34,480 Pihak berkuasa Turkiye belum pernah membenarkan sebarang penggambaran 156 00:11:35,680 --> 00:11:36,880 sehinggalah hari ini. 157 00:11:41,400 --> 00:11:43,960 Ketua arkeologi, Profesor Necmi Karul, 158 00:11:44,040 --> 00:11:47,760 percaya usia tapak ini sama seperti Göbekli Tepe 159 00:11:49,240 --> 00:11:50,560 dan mungkin lebih tua. 160 00:11:52,000 --> 00:11:53,560 Tapi ia agak berbeza. 161 00:11:55,760 --> 00:11:59,360 Terdapat megalit dan tiang berbentuk T di ruang utama, 162 00:12:00,320 --> 00:12:02,880 tapi satu sudut tepi diukir dari batuan dasar 163 00:12:03,560 --> 00:12:05,800 dan boleh memuatkan berpuluh orang. 164 00:12:07,680 --> 00:12:09,440 Apa agaknya yang berlaku di sini? 165 00:12:09,520 --> 00:12:11,040 Apa pendapat awak? 166 00:12:11,120 --> 00:12:11,960 UNIVERSITI ISTANBUL 167 00:12:12,040 --> 00:12:14,760 Ia boleh dianggap sebagai podium dengan ruang duduk… 168 00:12:14,840 --> 00:12:16,640 - Ya. - …dan tempat orang berkumpul 169 00:12:16,720 --> 00:12:18,480 - kerana bangunan ini besar. - Betul. 170 00:12:19,880 --> 00:12:23,800 Karahan Tepe kelihatan seperti ruang perhimpunan ritual. 171 00:12:26,160 --> 00:12:27,600 Ukiran-ukiran di tembok 172 00:12:27,680 --> 00:12:30,480 tak sehalus ukiran di Göbekli Tepe. 173 00:12:31,400 --> 00:12:33,920 Tapi kita boleh lihat ada watak berhud. 174 00:12:36,480 --> 00:12:39,280 Adakah ia melambangkan jurubina sebenar tapak ini? 175 00:12:42,080 --> 00:12:43,960 - Silakan, Profesor. - Ya, okey. 176 00:12:44,600 --> 00:12:48,080 Profesor Karul membawa saya memasuki ruang tepi yang unik, 177 00:12:48,160 --> 00:12:51,800 dengan ukuran lapan kali enam meter dan sedalam dua meter. 178 00:12:53,720 --> 00:12:56,200 Sepuluh tiang menyerupai falus 179 00:12:56,280 --> 00:13:01,400 diukir dengan penuh mahir daripada batuan dasar. 180 00:13:03,960 --> 00:13:07,280 Dengan tiang yang kesebelas di tempat paling utama. 181 00:13:11,120 --> 00:13:14,800 Sebuah terusan berliku-liku turut diukir dari batu 182 00:13:14,880 --> 00:13:18,560 bagi membolehkan sejenis cecair untuk mengalir ke ruang ini, 183 00:13:18,640 --> 00:13:21,600 air atau mungkin darah. 184 00:13:25,920 --> 00:13:30,400 Ruang ini diawasi sebuah ukiran kepala yang misteri dan menggerunkan. 185 00:13:33,320 --> 00:13:37,160 Lehernya seakan-akan menyerupai ular, 186 00:13:37,240 --> 00:13:41,760 kerana ia menonjol keluar dari batu sambil melihat tiang-tiang 187 00:13:41,840 --> 00:13:43,760 di dalam arena ini. 188 00:13:44,360 --> 00:13:50,080 Ia seperti ular dan ada sesuatu yang agak menggerunkan tentangnya. 189 00:13:52,920 --> 00:13:55,080 Wajah ini amat berkuasa. 190 00:13:55,160 --> 00:13:56,360 Kepala manusia 191 00:13:56,440 --> 00:13:58,840 - diukir dari batu… - Diukir dari batu. 192 00:13:59,400 --> 00:14:01,520 …dan ia memandang ke arah pintu masuk. 193 00:14:02,280 --> 00:14:05,280 Betul, matanya memandang ke arah sana. 194 00:14:05,360 --> 00:14:06,200 Menggerunkan. 195 00:14:06,280 --> 00:14:08,880 - Ia seperti kepala ular. - Ya. 196 00:14:08,960 --> 00:14:11,600 - Perilakunya juga seperti ular. - Ya. 197 00:14:11,680 --> 00:14:13,640 Ular berkepala manusia. 198 00:14:13,720 --> 00:14:14,600 Ya, mungkin. 199 00:14:15,360 --> 00:14:17,200 Ini penemuan yang unik. 200 00:14:17,280 --> 00:14:19,240 - Ya, menakjubkan. - Ya. 201 00:14:22,600 --> 00:14:26,640 Tempat itu membuatkan kita berasa takut atau gerun. 202 00:14:26,720 --> 00:14:28,400 Saya tahu ia bukan sains. 203 00:14:28,480 --> 00:14:32,080 Ia cuma tindak balas emosi saya terhadap tempat itu. 204 00:14:32,160 --> 00:14:35,240 Tapi saya tertanya-tanya jika rasa takut dan gerun 205 00:14:35,320 --> 00:14:37,320 turut hadir ketika ia dicipta. 206 00:14:37,400 --> 00:14:42,280 Jika ia menggambarkan sesuatu yang kita perlu tahu tentang masa silam kita. 207 00:14:42,360 --> 00:14:45,040 Bahawa ada sebab ia menggerunkan. 208 00:14:49,040 --> 00:14:52,200 Profesor Karul mengesahkan sama seperti Göbekli Tepe, 209 00:14:52,280 --> 00:14:54,480 bukti aktiviti bercucuk tanam tak ditemui. 210 00:14:56,200 --> 00:15:00,440 Mereka yang membina kompleks ini masih memburu dan mengumpul. 211 00:15:03,160 --> 00:15:06,880 Dahulu kita menyangka aktiviti pertanian muncul lebih awal 212 00:15:06,960 --> 00:15:10,760 dan dari situlah bermulanya penempatan dan pembinaan tempat begini. 213 00:15:10,840 --> 00:15:14,600 Tapi mengikut kefahaman saya, awak kata penempatan muncul dahulu. 214 00:15:14,680 --> 00:15:15,800 Memang betul. 215 00:15:15,880 --> 00:15:18,120 - Mereka pemburu-pengumpul. - Ya. 216 00:15:18,200 --> 00:15:21,560 Kemudian mereka memulakan gaya hidup lain. 217 00:15:21,640 --> 00:15:23,320 Mereka ubah bangunan, 218 00:15:23,400 --> 00:15:25,520 - teknologi dan sebagainya. - Ya. 219 00:15:25,600 --> 00:15:28,560 Revolusi idea. 220 00:15:28,640 --> 00:15:31,160 Ia boleh dipanggil revolusi. 221 00:15:31,240 --> 00:15:36,880 Ini memberi gambaran baharu tentang sejarah manusia. 222 00:15:39,440 --> 00:15:43,680 Setakat ini, cuma dua ruang telah digali di Karahan Tepe. 223 00:15:44,840 --> 00:15:49,440 Namun radar tembus bumi mendedahkan sekurang-kurangnya 20 ruang 224 00:15:49,520 --> 00:15:51,280 yang masih belum diterokai. 225 00:15:52,920 --> 00:15:54,800 Sama seperti Göbekli Tepe, 226 00:15:55,680 --> 00:15:58,520 kedua-dua tapak dibina di hujung Zaman Ais akhir, 227 00:15:58,600 --> 00:16:02,120 sebelum manusia di sini mula bercucuk tanam dan menternak lembu. 228 00:16:04,800 --> 00:16:08,640 Tiada bukti aktiviti pertanian ketika Göbekli Tepe dibina, 229 00:16:08,720 --> 00:16:14,320 tapi anehnya, pada masa ia dibina 11,600 tahun lalu, 230 00:16:14,400 --> 00:16:16,440 kegiatan pertanian wujud di sekitarnya. 231 00:16:19,680 --> 00:16:23,840 Bagi saya, bukti ini menunjukkan sesuatu yang jelas. 232 00:16:23,920 --> 00:16:25,880 Pemindahan teknologi. 233 00:16:25,960 --> 00:16:29,680 Mereka yang tahu kaedah untuk membina megalit 234 00:16:29,760 --> 00:16:33,400 dan membina tapak megalit besar datang ke Göbekli Tepe. 235 00:16:34,000 --> 00:16:36,400 Mereka dah pun tahu cara bercucuk tanam 236 00:16:36,480 --> 00:16:40,840 dan mereka gunakan tapak itu untuk menggalakkan komuniti tempatan, 237 00:16:40,920 --> 00:16:44,560 untuk mengatur dan memperkenalkan aktiviti pertanian. 238 00:16:49,120 --> 00:16:51,720 Menurut tradisi purba Mesopotamia, 239 00:16:51,800 --> 00:16:53,920 itulah yang berlaku. 240 00:16:55,320 --> 00:16:59,080 Dalam kebanyakan mitos banjir dan bencana zaman dahulu, 241 00:16:59,160 --> 00:17:03,120 tradisi banjir besar Mesopotamia amat menarik. 242 00:17:05,640 --> 00:17:08,400 Ia mengisarkan sekumpulan kecil pendeta bijaksana, 243 00:17:08,960 --> 00:17:12,960 Apkallu, yang mengajar penduduk di sini kemahiran peradaban. 244 00:17:15,560 --> 00:17:18,359 Pada awalnya, sebelum tercatatnya sejarah, 245 00:17:19,160 --> 00:17:24,000 manusia dicipta oleh dewa-dewi sebagai penjaga tanah dan haiwan. 246 00:17:25,000 --> 00:17:29,359 Namun, golongan manusia pertama terlalu malas dan tak terkawal 247 00:17:30,400 --> 00:17:32,280 dan jumlah mereka berkembang pesat. 248 00:17:33,680 --> 00:17:35,800 Maka, dewa-dewi menghantar banjir besar 249 00:17:36,600 --> 00:17:40,240 untuk membinasakan segalanya dan memulakan kemanusiaan semula. 250 00:17:41,760 --> 00:17:45,280 Mereka turut menghantar tujuh pendeta, Apkallu, 251 00:17:45,360 --> 00:17:49,080 yang biasanya digambarkan sebagai tokoh berjambang dan berjubah, 252 00:17:49,160 --> 00:17:50,800 untuk memimpin mereka. 253 00:17:51,720 --> 00:17:55,720 Ketua mereka, Oannes, dikatakan berasal dari laut, 254 00:17:55,800 --> 00:17:58,800 digambarkan sebagai separuh manusia, separuh ikan. 255 00:18:00,080 --> 00:18:01,800 Dia bertemu orang ramai 256 00:18:01,880 --> 00:18:08,240 dan mengajar mereka ilmu pertanian, seni bina dan falak. 257 00:18:13,960 --> 00:18:16,000 Perkara ini membuatkan saya terfikir 258 00:18:16,080 --> 00:18:22,000 tentang kemajuan yang dipercayai dihasilkan di Göbekli Tepe. 259 00:18:23,040 --> 00:18:26,760 Oannes merupakan satu lagi contoh pahlawan budaya. 260 00:18:27,560 --> 00:18:31,400 Guru yang muncul tanpa diduga, biasanya dari laut, 261 00:18:31,480 --> 00:18:33,600 selepas berlaku bencana besar, 262 00:18:34,480 --> 00:18:36,760 seperti Quetzalcoatl di Mexico, 263 00:18:37,360 --> 00:18:41,280 atau Osiris, yang dalam legenda mengembara dengan bot 264 00:18:41,360 --> 00:18:43,880 untuk mengajar manusia tentang peradaban. 265 00:18:45,360 --> 00:18:49,040 Persamaan merentasi budaya ini tak terhad pada cerita sahaja. 266 00:18:49,120 --> 00:18:49,960 ASSYRIA 267 00:18:50,040 --> 00:18:53,760 Gambarannya dalam karya seni juga amat serupa… 268 00:18:53,840 --> 00:18:54,680 TOLTEC 269 00:18:54,760 --> 00:18:56,560 …lengkap dengan jubah dan beg. 270 00:18:56,640 --> 00:18:57,480 MAYA 271 00:18:57,560 --> 00:18:59,680 OLMEK 272 00:18:59,760 --> 00:19:02,320 Saya rasa ini adalah catatan peristiwa sebenar. 273 00:19:02,400 --> 00:19:04,440 Ada antaranya yang mungkin disadur 274 00:19:04,520 --> 00:19:07,360 dengan simbol dan cerita untuk melekakan kita, 275 00:19:07,440 --> 00:19:10,760 tapi pada asasnya, saya rasa kita perlu percayakan mitos. 276 00:19:14,320 --> 00:19:18,840 Dinding batu bulat Göbekli Tepe yang tak berbumbung 277 00:19:18,920 --> 00:19:23,240 turut mengingatkan saya pada Ġgantija dan kuil-kuil di Malta. 278 00:19:25,000 --> 00:19:27,560 Mungkinkah mereka berkongsi inspirasi yang sama? 279 00:19:31,000 --> 00:19:33,360 Lenie Reedijk menunjukkan kepada saya 280 00:19:33,440 --> 00:19:36,800 bagaimana perubahan jajaran kuil megalit Malta 281 00:19:36,880 --> 00:19:42,080 menjejaki perubahan titik terbit satu bintang,Sirius, 282 00:19:43,560 --> 00:19:45,280 merentasi ribuan tahun. 283 00:19:50,040 --> 00:19:54,800 Tak disangka, kami turut temui fenomena yang sama di Göbekli Tepe. 284 00:19:57,640 --> 00:20:01,040 Tiang tengah di ketiga-tiga arena tertua ini 285 00:20:01,120 --> 00:20:03,440 nampaknya turut mensasarkan Sirius. 286 00:20:05,000 --> 00:20:08,760 Di penghujung Zaman Ais, arah yang berbeza-beza 287 00:20:08,840 --> 00:20:11,920 menjejaki titik terbit yang berbeza merentasi masa. 288 00:20:15,680 --> 00:20:18,600 Persamaan tumpuan yang diberi pada Sirius 289 00:20:19,280 --> 00:20:23,840 menunjukkan satu lagi petunjuk bahawa jurubina di Malta dan Turkiye 290 00:20:23,920 --> 00:20:26,920 berkongsi ilmu pengetahuan 291 00:20:27,680 --> 00:20:30,800 berkaitan astronomi dan pembinaan megalit. 292 00:20:32,200 --> 00:20:36,120 Adakah bangunan-bangunan hebat dikedua-dua tempat ini 293 00:20:36,880 --> 00:20:40,200 diarahkan oleh yang terselamat dari peradaban lebih maju 294 00:20:41,600 --> 00:20:44,400 yang mengembara di penghujung Zaman Ais akhir, 295 00:20:45,280 --> 00:20:49,280 mungkin diwakili oleh gergasi tiang batu tersebut 296 00:20:49,360 --> 00:20:51,560 atau watak berhud Karahan Tepe? 297 00:20:52,720 --> 00:20:54,080 Mereka yang tiba di sini 298 00:20:54,160 --> 00:20:56,560 di Hilal Subur selepas banjir besar. 299 00:20:58,920 --> 00:21:01,720 Jika benar, apa yang mereka cuba sampaikan? 300 00:21:05,280 --> 00:21:09,440 Mungkinkah semua ukiran haiwan ini cuba menyampaikan pesanan? 301 00:21:13,560 --> 00:21:15,920 Hasil penyelidikan terkini, 302 00:21:16,000 --> 00:21:18,880 saya pelajari maklumat baharu tentang Göbekli Tepe 303 00:21:18,960 --> 00:21:22,800 yang menjadikannya bertambah menarik. 304 00:21:26,560 --> 00:21:30,760 Saya bertemu Dr. Martin Sweatman di Muzium Sanliurfa, 305 00:21:31,640 --> 00:21:35,960 yang menempatkan replika arena terbesar Göbekli Tepe yang menakjubkan. 306 00:21:37,640 --> 00:21:41,160 Seorang ahli sains dengan minat dalam arkeoastronomi, 307 00:21:41,240 --> 00:21:44,040 kebanyakan kajian beliau difokuskan pada Tiang 43, 308 00:21:45,360 --> 00:21:47,680 turut dikenali sebagai Batu Hering. 309 00:21:50,760 --> 00:21:53,560 Apakah kepentingan artifak ini buat awak, Martin? 310 00:21:54,680 --> 00:21:58,760 Ini mungkin salah satu artifak terpenting dalam dunia ini. 311 00:21:58,840 --> 00:21:59,960 Ia amat menakjubkan. 312 00:22:00,800 --> 00:22:03,400 Tiang ini umpama Batu Rosetta. 313 00:22:03,480 --> 00:22:04,680 Betul. 314 00:22:04,760 --> 00:22:08,040 Dr. Sweatman percaya simbol-simbol pada batu ini 315 00:22:08,120 --> 00:22:10,280 mungkin melambangkan asterisme, 316 00:22:11,480 --> 00:22:15,000 corak bagi menggambarkan gugusan bintang terang di waktu malam. 317 00:22:15,800 --> 00:22:18,160 Kita boleh lihat itu bentuk jengking. 318 00:22:18,240 --> 00:22:20,360 Jadi mungkin ia adalah Scorpius. 319 00:22:20,440 --> 00:22:22,800 Saya teringin untuk anggap ia Scorpius. 320 00:22:22,880 --> 00:22:24,160 Betul. 321 00:22:24,640 --> 00:22:27,880 Setiap budaya memberi nama dan bentuk yang berbeza 322 00:22:27,960 --> 00:22:30,120 kepada buruj zodiak. 323 00:22:30,200 --> 00:22:35,080 Jadi ia bonus untuk melihat satu bentuk yang kita kenal pada Tiang 43. 324 00:22:35,160 --> 00:22:38,360 Di atasnya, kita menjangkakan Sagitarius 325 00:22:38,440 --> 00:22:42,160 dan Sagitarius ialah pemanah dengan busur dan anak panah. 326 00:22:43,040 --> 00:22:47,640 Di sini kita lihat burung hering dan sayapnya melebar pada sudut tepat, 327 00:22:47,720 --> 00:22:49,320 lambang busur dan anak panah. 328 00:22:49,400 --> 00:22:51,720 Kita boleh juga lihat simbol haiwan lain 329 00:22:51,800 --> 00:22:54,000 yang sepadan dengan buruj lain, 330 00:22:54,080 --> 00:22:57,760 hampir kelihatan seperti peta di langit malam. 331 00:23:01,400 --> 00:23:03,800 Inilah peta bintang-bintang paling cerah 332 00:23:03,880 --> 00:23:07,280 di sekitar kawasan yang dikenali hari ini sebagai Scorpius. 333 00:23:08,960 --> 00:23:13,120 Apabila Scorpius diaturkan dengan simbol jengking pada Tiang 43, 334 00:23:14,360 --> 00:23:17,000 asterisme berdekatannya nampak sepadan 335 00:23:17,080 --> 00:23:19,480 dengan bentuk-bentuk lain pada tiang. 336 00:23:23,760 --> 00:23:26,400 - Semuanya sepadan. - Betul. 337 00:23:27,760 --> 00:23:32,160 Namun, kejayaan sebenar Dr. Sweatman tiba apabila dia mempertimbangkan cadangan 338 00:23:32,240 --> 00:23:35,560 bahawa bulatan di tengah mungkin melambangkan matahari. 339 00:23:37,520 --> 00:23:41,760 Apakah yang cuba disampaikan dengan imej matahari 340 00:23:41,840 --> 00:23:45,160 yang kedudukannya diletak bersama dengan buruj-buruj? 341 00:23:45,800 --> 00:23:48,800 Ia mungkin cuba menunjukkan tarikh. 342 00:23:51,760 --> 00:23:55,920 Petunjuk ini berdasarkan kewujudan tiga lagi simbol haiwan 343 00:23:56,000 --> 00:23:57,080 di atas tiang 344 00:23:57,160 --> 00:24:00,800 yang mengukuhkan lagi idea bahawa ia adalah tarikh, 345 00:24:00,880 --> 00:24:02,400 lebih tepat, cop tarikh. 346 00:24:04,200 --> 00:24:05,480 Dr. Sweatman percaya 347 00:24:05,560 --> 00:24:08,880 tiga haiwan kecil yang diukir di atas Tiang 43 348 00:24:08,960 --> 00:24:13,520 muncul bersebelahan tiga simbol yang melambangkan matahari terbenam. 349 00:24:15,440 --> 00:24:18,200 Ditambah dengan simbol matahari di tengah-tengah, 350 00:24:18,280 --> 00:24:21,960 ia mungkin menggambarkan empat waktu utama dalam tahun suria, 351 00:24:22,040 --> 00:24:27,480 solstis musim panas, solstis musim sejuk serta ekuinoks musim bunga dan luruh. 352 00:24:30,120 --> 00:24:33,960 Ukiran ini mewakili asterisme yang muncul di langit malam 353 00:24:34,040 --> 00:24:36,480 di belakang atau sekitar matahari terbenam 354 00:24:36,560 --> 00:24:39,000 pada setiap tarikh-tarikh tersebut. 355 00:24:41,200 --> 00:24:45,880 Tanpa diduga, kita memiliki kunci keempat-empat waktu penting ini 356 00:24:45,960 --> 00:24:48,800 dengan waktu yang menjadi fokus utama 357 00:24:48,880 --> 00:24:51,040 - mendominasi tiang ini. - Betul. 358 00:24:53,560 --> 00:24:55,960 Idea ini amat bernas dan menarik. 359 00:24:57,520 --> 00:25:02,080 Tarikh yang tertulis pada batu dalam bahasa semesta astronomi. 360 00:25:04,240 --> 00:25:06,760 Jadi apakah tarikh yang dimaksudkan? 361 00:25:08,960 --> 00:25:10,800 Menggunakan perisian komputer 362 00:25:10,880 --> 00:25:14,520 untuk menjejak perubahan langit malam selama beribu tahun, 363 00:25:15,360 --> 00:25:21,040 kita boleh temui jarak waktu 100 tahun yang menepati teori Martin. 364 00:25:22,000 --> 00:25:25,000 Saya dapati kita boleh jangkakan 365 00:25:25,080 --> 00:25:29,360 tempohnya sekitar 10,900 hingga 10,800 SM. 366 00:25:34,000 --> 00:25:38,760 Namun ia melebihi seribu tahun sebelum pembinaan Göbekli Tepe. 367 00:25:40,760 --> 00:25:42,520 Kenapa tarikh itu penting? 368 00:25:42,600 --> 00:25:47,440 Kita tahu peristiwa yang berlaku dalam sejarah pada waktu itu. 369 00:25:47,520 --> 00:25:52,800 Betul-betul hampir dalam tempoh masa itu, jangka pendek sekitar 100 tahun, 370 00:25:52,880 --> 00:25:58,560 berlaku satu peristiwa iklim dramatik yang dikenali sebagai Dyras Muda. 371 00:25:58,640 --> 00:26:00,680 Peristiwa ini mengubah dunia. 372 00:26:07,440 --> 00:26:10,360 Kita menggelarnya sebagai Malapetaka Purba, 373 00:26:10,440 --> 00:26:13,200 tapi ahli sains menggelarnya Dryas Muda. 374 00:26:14,360 --> 00:26:19,320 Ia bermula 12,800 tahun lalu dengan sebuah bencana 375 00:26:19,400 --> 00:26:23,120 dan berakhir 11,500 tahun yang lalu, 376 00:26:23,200 --> 00:26:25,520 tepat dengan tarikh pembinaan Göbekli Tepe. 377 00:26:28,400 --> 00:26:33,440 Dunia menderita akibat pergolakan geologi yang amat dahsyat 378 00:26:34,000 --> 00:26:35,880 dengan banjir besar, 379 00:26:36,920 --> 00:26:40,720 diikuti dengan suhu takat beku melebihi 1,000 tahun. 380 00:26:41,840 --> 00:26:44,800 Kehidupan di bumi berubah. 381 00:26:46,080 --> 00:26:49,240 Harimau bertaring panjang dan mamot menjadi pupus. 382 00:26:51,720 --> 00:26:53,480 Namun manusia terselamat. 383 00:26:56,160 --> 00:26:59,200 Kemudian sekitar 11,600 tahun lalu, 384 00:26:59,280 --> 00:27:02,880 suhu takat beku berakhir dengan banjir besar terakhir 385 00:27:02,960 --> 00:27:05,040 yang meningkatkan paras laut dunia. 386 00:27:08,280 --> 00:27:11,920 Ketika itulah, setelah bumi kembali tenang, 387 00:27:12,000 --> 00:27:14,520 kerja-kerja di Göbekli Tepe bermula. 388 00:27:16,240 --> 00:27:19,000 Saya percaya ia bukan satu kebetulan. 389 00:27:21,160 --> 00:27:23,640 Itulah tanggapan saya tentang Göbekli Tepe, 390 00:27:24,280 --> 00:27:27,120 iaitu permulaan semula peradaban 391 00:27:27,200 --> 00:27:29,560 dari tamadun terdahulu yang musnah 392 00:27:29,640 --> 00:27:31,720 akibat bencana besar. 393 00:27:38,040 --> 00:27:40,280 Kita boleh lihat Tiang 43 dari sini 394 00:27:40,360 --> 00:27:43,720 dan ia terpelihara dengan amat baik 395 00:27:44,280 --> 00:27:47,200 memandangkan ia berusia 11,600 tahun. 396 00:27:47,920 --> 00:27:49,160 Menakjubkan. 397 00:27:52,280 --> 00:27:56,880 Bagaimana jika kompleks misteri ini bukan sekadar tempat ritual, 398 00:27:56,960 --> 00:28:01,200 tapi bangunan peringatan bagi memperingati peristiwa besar? 399 00:28:03,840 --> 00:28:05,280 Ia munasabah. 400 00:28:05,880 --> 00:28:08,920 Begitu juga dengan beberapa bangunan terhebat kini. 401 00:28:10,360 --> 00:28:12,920 Tugu Peringatan Lincoln di Washington DC 402 00:28:14,400 --> 00:28:16,400 atau Taj Mahal di India. 403 00:28:17,480 --> 00:28:20,520 Tapi adakah Göbekli Tepe lebih dari itu? 404 00:28:22,560 --> 00:28:24,960 Bagaimana jika tujuan ia dicipta adalah 405 00:28:25,040 --> 00:28:27,840 untuk meninggalkan mesej yang amat penting, 406 00:28:27,920 --> 00:28:31,000 mesej yang perlu dinyahkod oleh generasi kemudian? 407 00:28:32,080 --> 00:28:34,160 Ini kerana, apabila ahli arkeologi 408 00:28:34,240 --> 00:28:37,480 menentukan usia runtuhan yang menutupi tapak itu, 409 00:28:37,560 --> 00:28:39,360 sekali lagi mereka terkejut. 410 00:28:41,920 --> 00:28:44,480 Sekitar 10,000 tahun lalu, 411 00:28:45,720 --> 00:28:47,680 seluruh struktur ini ditimbus 412 00:28:48,360 --> 00:28:53,480 dengan cepat dan disengajakan pada masa yang sama. 413 00:28:56,040 --> 00:29:00,320 Usaha yang amat besar dibuat untuk menimbus Göbekli Tepe. 414 00:29:00,400 --> 00:29:02,360 Bukan setakat menimbus, 415 00:29:02,440 --> 00:29:06,560 tapi dengan membina bukit buatan manusia di atasnya. 416 00:29:06,640 --> 00:29:10,000 Bayangkan beratus-ratus tenaga kerja 417 00:29:10,080 --> 00:29:14,200 membawa berbakul-bakul batu untuk dicampakkan ke tapak itu. 418 00:29:18,240 --> 00:29:21,520 Tapi persoalannya, kenapa mereka buat begitu? 419 00:29:24,240 --> 00:29:28,080 Ia tak terbiar. Ia tak dimusnah atau dirompak. 420 00:29:28,160 --> 00:29:32,360 Ia ditanam dengan elok, tersorok dan terpelihara. 421 00:29:33,800 --> 00:29:37,720 Ia kekal terpelihara selama beribu tahun 422 00:29:38,400 --> 00:29:40,280 sehinggalah ditemui baru-baru ini. 423 00:29:42,080 --> 00:29:46,840 Saya berpendapat, munasabahlah untuk kita anggap ia sebagai kapsul masa. 424 00:29:46,920 --> 00:29:49,160 Sama seperti kapsul masa lain, 425 00:29:49,240 --> 00:29:52,600 tujuannya adalah untuk menghantar mesej ke masa depan. 426 00:29:56,120 --> 00:30:01,240 Ular mempengaruhi corak di Göbekli Tepe dan Karahan Tepe. 427 00:30:02,040 --> 00:30:03,360 Ada sesuatu tentang 428 00:30:03,440 --> 00:30:06,400 cara bentuk berliku-liku dan menurun digambarkan, 429 00:30:06,480 --> 00:30:09,240 seolah-olah jurubina tempat ini taksub dengannya, 430 00:30:10,160 --> 00:30:12,280 seakan-akan ular-ular inilah pesanan 431 00:30:12,360 --> 00:30:15,400 yang ingin mereka sampaikan dari kedua-dua tapak. 432 00:30:17,240 --> 00:30:22,040 Tapi adakah ia ular atau mungkin ia mewakili sesuatu yang lain? 433 00:30:26,360 --> 00:30:31,680 Di setiap tempat yang menyimpan jejak episod yang dilupakan dalam sejarah, 434 00:30:31,760 --> 00:30:33,280 kita turut temui ular. 435 00:30:34,320 --> 00:30:37,880 Di Mexico, Quetzalcoatl merupakan seekor ular. 436 00:30:38,800 --> 00:30:42,440 Untuk memasuki kuil suci Ġgantija di Malta, 437 00:30:42,520 --> 00:30:44,360 kita perlu melangkah ular. 438 00:30:47,520 --> 00:30:52,880 Saya rasa saya tahu maksud ular-ular itu dan contoh terbaiknya bukan di Turkiye. 439 00:30:54,320 --> 00:30:59,320 Ia terletak di seberang dunia, di tengah Amerika, di Ohio, 440 00:31:00,160 --> 00:31:06,120 tempat pendeta-pendeta lama membina ular gergasi dari tanah 441 00:31:06,880 --> 00:31:10,840 sebagai peringatan dan mungkin juga sebagai amaran. 442 00:31:37,600 --> 00:31:42,600 Terjemahan sari kata oleh Leia Li