1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:17,280 --> 00:00:19,680 Jika awak cari nama saya di Wikipedia… 3 00:00:19,800 --> 00:00:24,600 …saya dikenali sebagai ahli arkeologi semu atau ahli sains semu. 4 00:00:24,680 --> 00:00:26,120 TEORI SAINS SEMU 5 00:00:26,200 --> 00:00:28,000 Saya dapati ia mengarut. 6 00:00:28,880 --> 00:00:32,680 Jika saya ahli sains semu, maka ikan lumba-lumba ikan semu. 7 00:00:35,280 --> 00:00:37,119 Saya wartawan penyiasatan. 8 00:00:37,680 --> 00:00:41,320 Tugas saya adalah menyiasat perkara rasmi. 9 00:00:42,680 --> 00:00:43,960 Apakah perkara lalu 10 00:00:44,040 --> 00:00:47,360 yang tak dijelaskan oleh model prasejarah sedia ada? 11 00:00:49,440 --> 00:00:51,840 Anomali dan paradoks amat menarik. 12 00:00:53,720 --> 00:00:57,160 Itulah yang membawa saya ke Bahamas. 13 00:01:07,760 --> 00:01:13,200 BAYANGAN DUNIA YANG TENGGELAM 14 00:01:14,600 --> 00:01:18,600 Saya tertarik dengan kawasan yang masih belum diterokai sepenuhnya. 15 00:01:18,680 --> 00:01:21,320 Saya habiskan bertahun menyelam di pentas benua 16 00:01:21,400 --> 00:01:23,560 kerana ada tanah seluas 10 juta batu persegi 17 00:01:23,640 --> 00:01:26,800 yang dahulunya daratan pada Zaman Ais tapi kini tenggelam. 18 00:01:28,160 --> 00:01:31,000 Termasuklah di sini, di Bahamas. 19 00:01:32,280 --> 00:01:34,600 Ini Kepulauan Bimini. 20 00:01:37,040 --> 00:01:37,880 TELUK MEXICO LAUT ATLANTIK 21 00:01:37,960 --> 00:01:40,080 Kurang dari 60 batu dari pantai Miami, 22 00:01:41,120 --> 00:01:43,560 Bimini dipisahkan dari tanah besar Amerika 23 00:01:43,640 --> 00:01:47,080 oleh terusan air dalam dikenali sebagai Selat Florida. 24 00:01:47,160 --> 00:01:48,360 FLORIDA - SELAT FLORIDA - BIMINI 25 00:01:50,280 --> 00:01:53,560 Anda mungkin fikir di sini bukan kawasan 26 00:01:53,640 --> 00:01:56,200 untuk mencari petunjuk tamadun yang hilang, 27 00:01:56,280 --> 00:01:59,960 tapi sesuatu yang menakjubkan berjaya ditemui di bawah ini. 28 00:02:03,680 --> 00:02:08,000 Setengah batu dari pinggir laut, tak jauh alir Arus Teluk, 29 00:02:08,080 --> 00:02:11,840 terdapat sebuah struktur agam batu-batu gergasi yang diatur… 30 00:02:14,919 --> 00:02:18,520 yang kelihatan seperti jalan megalit atau teres berturap… 31 00:02:18,600 --> 00:02:21,680 JALAN BIMINI 32 00:02:21,760 --> 00:02:25,520 …dan dari situlah ia digelar sebagai "Jalan Bimini." 33 00:02:28,760 --> 00:02:29,800 ATLANTIS DI BAHAMAS? 34 00:02:29,880 --> 00:02:33,400 Ia ditemui buat pertama kali pada 1968 oleh sekumpulan penyelam 35 00:02:33,480 --> 00:02:37,080 yang mencari kota dongeng Atlantis yang hilang 36 00:02:37,160 --> 00:02:38,880 di dalam laut Bahamas. 37 00:02:38,960 --> 00:02:40,160 PERAIRAN BIMINI MENUNJUKKAN TANDA DUNIA YANG HILANG 38 00:02:41,640 --> 00:02:44,760 Dalam keterujaan mereka, mereka mengumumkan 39 00:02:44,840 --> 00:02:47,600 yang mereka berjaya menemui jalan ke Atlantis. 40 00:02:47,680 --> 00:02:48,680 ATLANTIS DITEMUI 41 00:02:48,760 --> 00:02:52,000 Kota Atlantis ini dikatakan wujud pada 8000 SM 42 00:02:52,080 --> 00:02:55,880 dan dipercayai menyerang Athens. Tamadun Greek masih belum wujud. 43 00:02:55,960 --> 00:02:57,760 Ini tak masuk akal. 44 00:02:57,840 --> 00:02:58,720 PENEMUAN KOTA KARAM OLEH AHLI SAINS 45 00:02:58,800 --> 00:03:01,440 Kisah ini tak mengandungi bukti sejarah. 46 00:03:01,520 --> 00:03:02,960 APAKAH IA JIKA BUKAN ATLANTIS? MENCARI BENUA HILANG 47 00:03:03,040 --> 00:03:08,480 Seperti yang dijangka, kisah Atlantis ini menyebabkan ahli arkeologi untuk menolak 48 00:03:08,560 --> 00:03:11,240 penemuan yang kelihatan seperti struktur megalit… 49 00:03:11,320 --> 00:03:12,520 KEBINGUNGAN GEOLOGI: ATLANTIS ATAU SAMPAH ALAM? 50 00:03:12,600 --> 00:03:14,400 …sebagai kisah digembar-gemburkan. 51 00:03:18,360 --> 00:03:20,960 Sehingga ke hari ini, ahli arkeologi percaya 52 00:03:21,040 --> 00:03:25,400 bahawa bentukan ini sekadar hamparan batu pantai 53 00:03:26,680 --> 00:03:30,400 yang terbentuk secara semula jadi sekitar 3,000 tahun lalu. 54 00:03:32,720 --> 00:03:35,160 Enggan mempertaruhkan reputasi mereka, 55 00:03:35,240 --> 00:03:38,320 tak ramai sarjana yang menyiasat dengan serius. 56 00:03:39,720 --> 00:03:41,880 Saya tiada sebarang kekangan. 57 00:03:43,160 --> 00:03:44,280 Sama ada struktur ini 58 00:03:44,360 --> 00:03:47,600 sebahagian daripada kota dalam air atau sebaliknya, 59 00:03:48,760 --> 00:03:51,360 tak wajar untuk mengabaikannya begitu sahaja. 60 00:03:56,800 --> 00:03:58,400 Sebab itulah saya ke sini 61 00:03:58,480 --> 00:04:01,120 bersama sepasukan pakar dan teknologi canggih 62 00:04:01,760 --> 00:04:03,920 untuk menyiasat semula kes ini. 63 00:04:06,080 --> 00:04:08,760 Teman selam saya ialah Dr. Michael Haley… 64 00:04:09,400 --> 00:04:11,000 Berikan saya topeng. 65 00:04:11,560 --> 00:04:14,840 …seorang ahli biologi laut yang meneroka laut Caribbean 66 00:04:14,920 --> 00:04:16,720 selama lebih 40 tahun. 67 00:04:33,480 --> 00:04:35,080 Graham, kita berenang di sini. 68 00:04:37,600 --> 00:04:41,320 Jalan Bimini cuma sepanjang 18 kaki, 69 00:04:41,400 --> 00:04:43,720 lima meter setengah, di bawah permukaan. 70 00:04:45,560 --> 00:04:46,760 Selaman yang mudah. 71 00:04:49,040 --> 00:04:51,760 Sementara kami menuju ke arah struktur misteri itu, 72 00:04:52,440 --> 00:04:55,920 di permukaan, seorang lagi ahli kami, Kyle Dufault, 73 00:04:56,720 --> 00:05:00,560 bersiap sedia untuk mengimbas kawasan menggunakan tatasusunan sonar. 74 00:05:02,880 --> 00:05:04,560 Kyle seorang penyiasat marin 75 00:05:04,640 --> 00:05:07,880 dengan pengalaman luas dalam mencari bangkai dan anomali 76 00:05:07,960 --> 00:05:09,640 di dasar laut. 77 00:05:09,720 --> 00:05:10,720 Sudah sedia. 78 00:05:12,160 --> 00:05:15,160 Alat sonar ini boleh mendedahkan jalan seperti X-ray 79 00:05:15,240 --> 00:05:17,040 dan memberi gambaran lebih jelas 80 00:05:17,120 --> 00:05:19,800 tentang hamparan asal batu-bata ini. 81 00:05:22,360 --> 00:05:25,680 Saya harap dapat tunjukkan sesuatu yang baharu. 82 00:05:25,760 --> 00:05:26,760 PENYIASAT MARIN 83 00:05:26,840 --> 00:05:31,440 Jika ia objek buatan manusia, saya jangkakan garisan tepat 84 00:05:31,520 --> 00:05:35,760 kerana biasanya, sudut 90 darjah tak berlaku secara semula jadi. 85 00:05:35,840 --> 00:05:37,080 Ia sangat jarang. 86 00:05:39,760 --> 00:05:42,560 Okey, saya akan mulakan dengan terus ke tengah. 87 00:05:53,080 --> 00:05:54,560 Graham, tengok ini. 88 00:05:57,280 --> 00:06:00,640 Mike dan saya menghampiri laluan batu-batu besar 89 00:06:00,720 --> 00:06:02,600 di dasar laut yang kosong. 90 00:06:04,680 --> 00:06:08,280 Keterlihatan terjejas kerana mendapan akibat ribut baru-baru ini. 91 00:06:09,040 --> 00:06:13,560 Tapi masih mudah untuk jumpa susunan rapi megalit ini. 92 00:06:24,440 --> 00:06:28,000 Ia tersusun dengan sekata. 93 00:06:28,560 --> 00:06:31,440 Saya boleh berenang di sepanjangnya 94 00:06:31,520 --> 00:06:35,200 dan saya boleh lihat ia rata dan jitu. 95 00:06:35,720 --> 00:06:37,440 Pemandangan yang mengagumkan. 96 00:06:40,720 --> 00:06:44,080 Bidur ini begitu lurus dan selari. 97 00:06:49,080 --> 00:06:52,000 Blok-blok besar ini sangat besar. 98 00:06:52,080 --> 00:06:56,000 Panjangnya sekitar 15 kaki 99 00:06:56,080 --> 00:06:59,200 dengan lebar sekitar 12 kaki. 100 00:07:02,920 --> 00:07:05,840 Ia bukan bahagian atas struktur lain yang tertanam. 101 00:07:07,200 --> 00:07:10,680 Kebanyakan blok ini dihamparkan betul-betul di dasar laut. 102 00:07:13,400 --> 00:07:15,120 Apa yang menghairankan 103 00:07:15,200 --> 00:07:17,720 adalah beberapa bahagian struktur yang tak diusik 104 00:07:17,800 --> 00:07:22,400 nampak rata walaupun saiznya yang begitu besar. 105 00:07:23,920 --> 00:07:28,480 Apabila Mike dan saya perhatikan dengan lebih dekat, kami tahu sebabnya. 106 00:07:31,040 --> 00:07:33,080 Ada sesuatu di bawahnya. 107 00:07:34,760 --> 00:07:36,200 Graham, mari sini. 108 00:07:36,280 --> 00:07:37,320 Tengok ini. 109 00:07:46,120 --> 00:07:50,400 Terdapat beberapa ketulan batu kecil tersepit di bawah bidur ini, 110 00:07:50,480 --> 00:07:53,240 memisahkannya dari dasar laut. 111 00:07:54,640 --> 00:07:57,280 Awak boleh lihat batu-batu tapak ini dengan jelas. 112 00:07:58,320 --> 00:08:01,920 Mustahil batu-batu ini boleh masuk ke bawah bidur 113 00:08:02,000 --> 00:08:04,560 yang ada di antaranya seberat sepuluh tan, 114 00:08:04,640 --> 00:08:07,920 melainkan ia diletakkan dengan sengaja. 115 00:08:11,680 --> 00:08:14,040 Tiada sebarang keraguan, saya yakin. 116 00:08:14,760 --> 00:08:19,440 Alam semula jadi tak boleh jelaskan kesekataan, keteraturan, 117 00:08:19,520 --> 00:08:22,160 perancangan dan ketepatan struktur ini. 118 00:08:33,120 --> 00:08:35,960 Jelas sekali ini struktur buatan manusia. 119 00:08:36,040 --> 00:08:37,679 Usaha diambil untuk membina 120 00:08:37,760 --> 00:08:42,240 platform megalit yang rata di kawasan landai. 121 00:08:42,320 --> 00:08:44,159 Dalam usaha untuk jadikan ia rata, 122 00:08:44,799 --> 00:08:49,080 mereka gunakan batu-batu tapak di bawah bidur tersebut. 123 00:08:53,280 --> 00:08:55,280 Dari dekat, sukar untuk kenal pasti 124 00:08:55,360 --> 00:08:58,880 bentuk keseluruhan hamparan batu-batu ini. 125 00:09:03,640 --> 00:09:07,120 Namun imbasan sonar Kyle boleh membantu kami. 126 00:09:12,800 --> 00:09:17,120 Kita boleh lihat blok-blok dari bahagian utama jalan. 127 00:09:17,200 --> 00:09:19,760 - Okey. - Kita boleh lihat rekahan-rekahan… 128 00:09:19,840 --> 00:09:20,680 Betul. 129 00:09:20,760 --> 00:09:23,040 …serta bentuk jalan yang sekata. 130 00:09:23,120 --> 00:09:24,800 Definisi imej ini menakjubkan. 131 00:09:26,000 --> 00:09:28,280 - Kebanyakan batu-batu ini sekata. - Ya. 132 00:09:28,360 --> 00:09:31,400 Kebanyakannya sekitar sepuluh hingga 12 kaki 133 00:09:31,480 --> 00:09:32,880 dan lebar sepuluh, 12 kaki. 134 00:09:32,960 --> 00:09:36,280 - Kepingan yang sangat besar. - Betul. 135 00:09:36,360 --> 00:09:37,880 Lihat tepinya yang lurus. 136 00:09:37,960 --> 00:09:39,080 Betul. 137 00:09:39,160 --> 00:09:41,640 Ya, kita boleh lihat garisan antara blok 138 00:09:41,720 --> 00:09:43,600 - seolah-olah ia dicipta… - Ya. 139 00:09:43,680 --> 00:09:46,960 - …dan diletak membentuk jalan. Ia… - Segi empat sama. 140 00:09:47,040 --> 00:09:47,920 Betul. 141 00:09:48,000 --> 00:09:51,120 Seperti saya kata tadi, jelas sekali ini blok batu. 142 00:09:51,200 --> 00:09:52,040 Ya. 143 00:09:52,120 --> 00:09:54,680 Saya dah imbas kawasan di kiri dan kanan jalan 144 00:09:54,760 --> 00:09:57,600 dan tak jumpa apa-apa di sekitarnya. 145 00:09:59,840 --> 00:10:04,440 Jika bentukan ini terbentuk akibat daya arus semula jadi, 146 00:10:04,520 --> 00:10:07,840 seperti yang ditegaskan ahli geologi ketika ia ditemui, 147 00:10:07,920 --> 00:10:13,040 kenapa bahagian jalan lebih pendek terletak menyerong dari yang utama? 148 00:10:13,120 --> 00:10:14,680 Bukankah ia sepatutnya selari? 149 00:10:15,840 --> 00:10:19,080 Kenapa tiada bentukan lain berdekatan? 150 00:10:20,720 --> 00:10:24,480 Bukan sahaja luluhawa atau keseragamannya, 151 00:10:25,040 --> 00:10:28,120 - tapi di sekitarnya tiada bentukan… - Ya. 152 00:10:28,960 --> 00:10:31,880 - Ia diletak di situ. - Ya. 153 00:10:31,960 --> 00:10:35,920 Pada pendapat saya, ini buatan manusia. 154 00:10:44,520 --> 00:10:46,200 Mike, apa pendapat awak? 155 00:10:46,280 --> 00:10:48,000 Apa semua ini? 156 00:10:48,080 --> 00:10:50,560 Saya dah menyelam di serata dunia 157 00:10:50,640 --> 00:10:53,160 dan saya tak pernah lihat struktur begini. 158 00:10:53,240 --> 00:10:54,800 Bagaimanapun, ia sangat unik. 159 00:10:56,440 --> 00:10:59,760 Ketika mendengar hujah mereka yang fikir ia struktur semula jadi, 160 00:10:59,840 --> 00:11:01,240 mereka kata ini batu pantai. 161 00:11:02,600 --> 00:11:06,440 Pentas batu pantai biasanya akan merekah 162 00:11:06,520 --> 00:11:09,160 dengan mengekalkan bentuk asalnya. 163 00:11:09,240 --> 00:11:13,120 Namun, blok-blok di Bimini jelas berbeza dari satu sama lain 164 00:11:13,200 --> 00:11:15,400 dan berbentuk bantal yang seragam. 165 00:11:17,080 --> 00:11:19,920 Sukar untuk saya percaya ini hasil alam semula jadi. 166 00:11:20,000 --> 00:11:22,280 Saya tak pernah lihat batu merekah begini. 167 00:11:22,360 --> 00:11:23,560 - Awak pernah? - Tak. 168 00:11:23,640 --> 00:11:26,640 Saya amat percaya ini hasil kerja manusia. 169 00:11:26,720 --> 00:11:29,520 Mungkin ia struktur buatan manusia. 170 00:11:31,800 --> 00:11:34,160 Kalau betul, ia tentu dibina 171 00:11:34,240 --> 00:11:37,440 ketika kawasan ini di atas permukaan air. 172 00:11:39,160 --> 00:11:41,880 Berdasarkan semua data yang diperolehi, 173 00:11:41,960 --> 00:11:46,320 kita boleh bayangkan kemungkinan bentuk asalnya 174 00:11:46,400 --> 00:11:48,720 apabila berada di atas daratan. 175 00:11:54,720 --> 00:11:58,720 Bentukan menyerupai cangkuk dibina dari timur laut ke barat daya, 176 00:11:58,800 --> 00:12:01,360 sepanjang lebih kurang 1,600 kaki. 177 00:12:01,440 --> 00:12:03,960 Bersamaan hampir empat setengah padang bola. 178 00:12:06,000 --> 00:12:09,520 Blok terbesar berukuran sepanjang antara sepuluh hingga 13 kaki 179 00:12:09,600 --> 00:12:11,480 dan lebar tujuh hingga sepuluh kaki. 180 00:12:12,400 --> 00:12:16,760 Terdapat jarak yang disengajakan pada kedua-dua teres. 181 00:12:18,440 --> 00:12:22,600 Namun, mustahil untuk ketahui jika di atasnya wujud superstruktur kayu. 182 00:12:23,520 --> 00:12:25,680 Hanya blok-blok ini lah yang tinggal. 183 00:12:28,520 --> 00:12:33,160 Namun, kewujudan struktur buatan manusia yang amat besar di sini 184 00:12:33,240 --> 00:12:35,160 membawa implikasi yang luar biasa. 185 00:12:36,760 --> 00:12:41,560 Ini kerana kawasan di Bahamas ini telah tenggelam selama beribu tahun. 186 00:12:45,400 --> 00:12:49,840 Malah, kebanyakan pulau yang kini digelar Great Bahama Bank 187 00:12:49,920 --> 00:12:52,040 dahulunya bercantum ketika Zaman Ais 188 00:12:52,800 --> 00:12:55,840 di kawasan dengan ketinggian 100 meter atas paras laut. 189 00:12:57,240 --> 00:13:00,440 Sebahagian dari Pulau Bahama yang luas, 190 00:13:00,520 --> 00:13:03,080 tak jauh dari kawasan yang kini bergelar Florida… 191 00:13:04,240 --> 00:13:09,280 sebuah pulau yang wujud di sini lebih dari 100,000 tahun. 192 00:13:09,360 --> 00:13:11,760 PULAU BAHAMA 193 00:13:11,840 --> 00:13:15,960 Pada penghujung Zaman Ais, paras laut meningkat sebanyak 400 kaki 194 00:13:16,040 --> 00:13:17,600 dan proses ini 195 00:13:17,680 --> 00:13:21,560 menenggelamkan berjuta batu persegi daratan-daratan penting di bumi. 196 00:13:21,640 --> 00:13:25,480 Jika kita ingin menceritakan sejarah manusia tanpa mengambil kira 197 00:13:25,560 --> 00:13:28,720 pentas benua yang tenggelam serta sejarahnya, 198 00:13:28,800 --> 00:13:32,080 kita mungkin tertinggal maklumat yang amat penting. 199 00:13:34,280 --> 00:13:36,720 Data baharu Jalan Bimini yang kami kumpul 200 00:13:37,880 --> 00:13:42,320 menunjukkan tempoh kuno struktur yang kini telah tenggelam. 201 00:13:43,880 --> 00:13:47,440 Namun, ahli arkeologi masih berlengah untuk bertindak 202 00:13:47,520 --> 00:13:52,000 dan mencari bukti tamadun lama di Bahamas ini. 203 00:13:53,360 --> 00:13:55,560 Mereka menolak kemungkinan. 204 00:13:57,240 --> 00:14:00,560 Jika terdapat tamadun maju yang hidup 30,000 tahun lalu… 205 00:14:00,640 --> 00:14:01,640 MAJALAH SKEPTIC 206 00:14:01,720 --> 00:14:03,480 seperti yang dikatakan Graham, 207 00:14:03,560 --> 00:14:05,960 mana sampah mereka? Di mana rumah mereka? 208 00:14:06,040 --> 00:14:09,960 Di mana peralatan batu atau logam mereka? 209 00:14:10,040 --> 00:14:11,360 Di mana tulisan mereka? 210 00:14:13,200 --> 00:14:17,080 Mungkin bukti tamadun maju Zaman Ais ini 211 00:14:17,160 --> 00:14:22,960 menunggu untuk ditemui di bawah ombak di daratan yang telah tenggelam. 212 00:14:23,040 --> 00:14:26,640 Namun ia takkan ditemui jika kita tak mencari. 213 00:14:26,720 --> 00:14:28,760 Ini bukan tamadun di Bimini. 214 00:14:28,840 --> 00:14:32,000 Tapi tamadun di seluruh tebing yang amat luas. 215 00:14:32,080 --> 00:14:34,080 - Kajian tak pernah dibuat. - Ya. 216 00:14:34,160 --> 00:14:37,760 Kerana mereka rasa kajian itu sia-sia sahaja. 217 00:14:37,840 --> 00:14:39,960 Kerana bidang arkeologi merasakan 218 00:14:40,040 --> 00:14:42,440 garis masa tamadun manusia dah pun nyata. 219 00:14:42,520 --> 00:14:45,480 Jadi tiada sebab untuk mengkajinya. 220 00:14:49,400 --> 00:14:52,640 Jalan Bimini menghadap terusan air dalam yang pernah 221 00:14:52,720 --> 00:14:56,160 mengalir antara Pulau Bahama dan Amerika Utara Zaman Ais. 222 00:14:56,240 --> 00:14:57,160 JALAN BIMINI PULAU BIMINI 223 00:14:57,240 --> 00:15:00,320 Terusan yang membawa Arus Teluk, 224 00:15:00,400 --> 00:15:05,000 menjadikannya mercu tanda yang penting bagi kapal-kapal yang menuju ke utara 225 00:15:05,080 --> 00:15:07,600 keluar dari Teluk Mexico ke arah Atlantik. 226 00:15:09,280 --> 00:15:13,240 Bak bahtera legenda tanpa dayung Quetzalcoatl. 227 00:15:14,360 --> 00:15:18,640 Batu-batu ini mungkin sebahagian dari monumen atau penanda lebih besar. 228 00:15:19,480 --> 00:15:21,400 Sebuah legasi budaya pelayaran 229 00:15:21,480 --> 00:15:25,000 yang menyaksikan peningkatan air di hujung Zaman Ais terakhir. 230 00:15:26,640 --> 00:15:31,000 Sebuah budaya yang mungkin telah memetakan tapak penting ini. 231 00:15:38,240 --> 00:15:40,640 Saya minta Mike ke darat bersama saya 232 00:15:40,720 --> 00:15:44,600 untuk melihat replika peta-peta dunia tertua yang masih terpelihara. 233 00:15:48,280 --> 00:15:50,720 Dia mungkin ahli pelayaran berpengalaman, 234 00:15:50,800 --> 00:15:54,040 tapi saya yakin dia tak pernah guna peta sebegini. 235 00:15:57,360 --> 00:16:00,000 Kisah peta-peta ini agak rumit. 236 00:16:00,080 --> 00:16:01,640 Peta-peta ini dilukis 237 00:16:01,720 --> 00:16:05,320 pada abad ke-14, 15 dan 16 era kita. 238 00:16:05,400 --> 00:16:09,840 Tapi pembuat peta mengaku mereka tiru dari sumber peta lama 239 00:16:09,920 --> 00:16:13,560 dan menyusunnya bersama dengan maklumat baru dari Zaman Penemuan. 240 00:16:15,280 --> 00:16:19,400 Mari mulakan dengan ini. Ia peta yang amat terkenal. 241 00:16:20,280 --> 00:16:23,200 Ini peta Piri Reis yang dilukis oleh laksamana Turki… 242 00:16:23,280 --> 00:16:25,320 - Okey. - …pada tahun 1513. 243 00:16:25,400 --> 00:16:29,400 Dia turut tulis pada peta ini bahawa 244 00:16:30,000 --> 00:16:34,840 ia dilukis berdasarkan 20 peta-peta lama. 245 00:16:39,720 --> 00:16:41,960 Disamping sumber-sumber purba, 246 00:16:43,160 --> 00:16:47,000 Piri Reis turut merujuk kepada carta-carta pelayaran terkini ke Amerika 247 00:16:47,080 --> 00:16:49,000 oleh Christopher Columbus dan lain-lain. 248 00:16:51,440 --> 00:16:53,520 Ia menghasilkan sebuah peta dunia, 249 00:16:53,600 --> 00:16:57,000 tapi kini, cuma sepertiga dari kawasan barat yang terselamat. 250 00:17:01,200 --> 00:17:04,120 Ini sangat menarik, Graham, kerana pinggir laut ini 251 00:17:04,200 --> 00:17:07,320 menunjukkan sungai di Amerika Selatan dengan agak tepat. 252 00:17:07,400 --> 00:17:08,240 Ya. 253 00:17:08,320 --> 00:17:11,520 Ia menggambarkan pantai Amerika Selatan dengan baik. 254 00:17:12,240 --> 00:17:15,800 Tapi perkara yang menjadi kebingungan besar buat saya 255 00:17:15,880 --> 00:17:17,800 ialah pulau yang amat besar 256 00:17:17,880 --> 00:17:20,680 di pantai tenggara Amerika Utara. 257 00:17:22,680 --> 00:17:25,280 Terletak di luar pantai Florida 258 00:17:25,359 --> 00:17:29,240 adalah sebuah pulau segi empat tepat yang besar dan menegak. 259 00:17:29,920 --> 00:17:34,960 Ia tak kelihatan seperti sesuatu yang ditemui atau dilukis oleh Columbus. 260 00:17:36,040 --> 00:17:40,000 Ada yang mengatakan pelukis tersalah lukis peta Cuba. 261 00:17:41,160 --> 00:17:44,640 Tapi itu tak masuk akal sebab tak mungkin boleh salah. 262 00:17:44,720 --> 00:17:47,120 Ia panjang, nipis dan di arah berbeza. 263 00:17:47,200 --> 00:17:51,160 Ia terletak di timur-barat. Tapi ini pula utara-selatan. 264 00:17:51,240 --> 00:17:55,360 Pulau ini tak wujud dan tak muncul pada tahun 1513. 265 00:17:55,440 --> 00:17:58,880 Tapi pulau dengan saiz dan bentuk yang serupa 266 00:17:58,960 --> 00:18:01,720 wujud pada Zaman Ais terakhir. 267 00:18:01,800 --> 00:18:05,240 Sebahagian besar daratan Grand Bahama Bank. 268 00:18:08,000 --> 00:18:12,760 Jika anda lihat dengan teliti lukisan Piri Reis di sepanjang tulang pulau ini, 269 00:18:13,720 --> 00:18:17,280 ia merupakan blok-blok yang yang teratur sebaris. 270 00:18:19,160 --> 00:18:20,600 Seperti pernah lihat? 271 00:18:27,320 --> 00:18:30,240 Pada saya, baris ini 272 00:18:30,320 --> 00:18:34,960 amat menyerupai barisan megalit di Jalan Bimini. 273 00:18:40,000 --> 00:18:42,320 Tak pelik bagi peta pada zaman ini 274 00:18:42,400 --> 00:18:46,600 kerana mereka lukis ciri-ciri unik sesebuah kawasan. 275 00:18:46,680 --> 00:18:49,400 Contohnya gajah di Afrika Barat, 276 00:18:50,640 --> 00:18:54,200 haiwan misteri di Amerika Selatan. 277 00:18:55,560 --> 00:18:57,960 Simbol ini tak menunjukkan gunung. 278 00:18:58,040 --> 00:19:01,000 Piri Reis tak menunjukkan gunung, tapi sesuatu. 279 00:19:02,360 --> 00:19:04,080 Saya rasa ini Jalan Bimini. 280 00:19:07,160 --> 00:19:10,240 Saya tak peduli Jalan Bimini semula jadi atau buatan. 281 00:19:10,320 --> 00:19:11,920 Saya berpendapat bahawa 282 00:19:12,000 --> 00:19:14,920 kewujudannya dalam peta daratan teramatlah aneh. 283 00:19:15,000 --> 00:19:15,840 Ya. 284 00:19:15,920 --> 00:19:19,040 Peta yang dilukis pada 1513 berdasarkan peta-peta lama. 285 00:19:21,320 --> 00:19:24,320 Kemunculan aneh sebuah pulau Zaman Ais ini 286 00:19:24,400 --> 00:19:28,760 bukan satu-satunya ciri menghairankan dalam peta Piri Reis yang luar biasa. 287 00:19:31,320 --> 00:19:34,560 Jika kita lihat di selatan, terdapat jisim bumi yang luas. 288 00:19:34,640 --> 00:19:35,480 Ya. 289 00:19:35,560 --> 00:19:38,320 Ia kelihatan sangat aneh. 290 00:19:38,880 --> 00:19:41,720 Ini merupakan salah satu aspek paling kontroversi 291 00:19:41,800 --> 00:19:43,080 tentang peta Piri Reis. 292 00:19:45,480 --> 00:19:48,920 Pinggir laut yang memanjang dari Amerika Selatan 293 00:19:49,000 --> 00:19:51,560 di sepanjang pinggir selatan Atlantik. 294 00:19:53,200 --> 00:19:56,440 Tiada siapa yang tahu tentangnya pada tahun 1513. 295 00:19:59,120 --> 00:20:01,360 Cuba lihat peta dunia ini pula. 296 00:20:01,480 --> 00:20:04,560 Peta Pinkerton, diterbitkan pada 1812. 297 00:20:05,200 --> 00:20:08,680 Ia teramat tepat kecuali satu perkara. 298 00:20:10,200 --> 00:20:11,560 Tiada Antartika. 299 00:20:12,880 --> 00:20:17,400 Kerana kita tak temui Antartika sehinggalah tahun 1820. 300 00:20:17,480 --> 00:20:18,640 KUTUB SELATAN 301 00:20:19,360 --> 00:20:23,200 Sebab inilah sejarawan enggan mengakui kemungkinan 302 00:20:23,280 --> 00:20:27,160 yang ia mungkin muncul dalam peta yang dilukis pada 1513. 303 00:20:30,160 --> 00:20:34,280 Kawasan dalam peta yang dikatakan sebagai Antartika 304 00:20:34,360 --> 00:20:35,960 bukan Antartika. 305 00:20:36,040 --> 00:20:36,880 UNIVERSITI MANCHESTER 306 00:20:36,960 --> 00:20:38,800 Ia Amerika Selatan. 307 00:20:38,880 --> 00:20:39,720 AMERIKA UTARA AMERIKA SELATAN 308 00:20:39,800 --> 00:20:42,880 Apa yang berlaku adalah Piri Reis melukis pinggir laut, 309 00:20:42,960 --> 00:20:46,000 tapi kehabisan kertas, jadi dia ubah arahnya. 310 00:20:46,080 --> 00:20:48,320 Ini hasil contengan dia. 311 00:20:48,400 --> 00:20:51,000 Saya rasa kita terpengaruh dengan contengan ini 312 00:20:51,080 --> 00:20:52,560 hingga sangka ada sesuatu. 313 00:20:55,720 --> 00:20:59,760 Mungkin munasabah jika ia cuma dilukis dalam peta Piri Reis. 314 00:21:00,920 --> 00:21:04,400 Namun, Antartika muncul dalam peta-peta abad ke-16 yang lain. 315 00:21:06,920 --> 00:21:10,040 Di sini ia jelas terperinci dan turut dilabel 316 00:21:10,120 --> 00:21:13,520 dalam peta Orontius Finnaeus yang dilukis pada 1531. 317 00:21:14,640 --> 00:21:17,360 Sekali lagi, berasaskan sumber purba, 318 00:21:17,440 --> 00:21:20,960 lama sebelum ia ditemui mana-mana penjelajah moden. 319 00:21:26,960 --> 00:21:30,160 Tapi jika benar Antartika dilukis dalam peta Piri Reis, 320 00:21:30,240 --> 00:21:34,400 kenapa kedudukannya pelik dan bercantum dengan Amerika Selatan? 321 00:21:37,040 --> 00:21:39,920 Lihat pinggir laut Antartika, bukan bentuk terkini… 322 00:21:40,000 --> 00:21:41,360 LAUT PASIFIK - AMERIKA SELATAN LAUT ATLANTIK - AFRIKA - LAUT INDIA 323 00:21:42,160 --> 00:21:46,000 tapi seperti sangkaan ahli geologi ketika paras laut lebih rendah… 324 00:21:46,680 --> 00:21:50,600 dan litupan ais selatan memanjang ke utara ketika Zaman Ais. 325 00:21:52,160 --> 00:21:55,320 Jika kita teliti pinggir laut Antartika Zaman Ais, 326 00:21:55,400 --> 00:21:58,440 ia amat menyerupai bentuk dalam peta Piri Reis. 327 00:22:02,040 --> 00:22:05,360 Antartika atau lebih tepat lagi bentuknya 328 00:22:05,440 --> 00:22:08,680 dan di sebalik rupanya ketika Zaman Ais dalam peta purba, 329 00:22:08,760 --> 00:22:11,440 merupakan paradoks dan masalah yang perlu dijelaskan. 330 00:22:11,520 --> 00:22:15,120 Bagi saya, jawapan kepada masalah ini bukan kebetulan, 331 00:22:15,200 --> 00:22:18,840 ia bukan fantasi pelukis peta. 332 00:22:18,920 --> 00:22:21,560 Tapi peta-peta yang jadi sumber mereka. 333 00:22:21,640 --> 00:22:23,840 Saya percaya peta-peta itu menunjukkan 334 00:22:23,920 --> 00:22:26,040 satu episod besar sejarah yang dilupai. 335 00:22:28,720 --> 00:22:33,400 Di Indonesia, Mexico dan Malta, 336 00:22:34,560 --> 00:22:39,400 kita dah lihat struktur megalit maju yang dikaitkan dengan wira bertamadun 337 00:22:40,040 --> 00:22:46,120 yang datang berperahu, mengajar penduduk cucuk tanam, undang-undang, kejuruteraan. 338 00:22:48,240 --> 00:22:52,720 Menurut peta-peta ini, lama sebelum ekspedisi Magellan yang diketahui ramai, 339 00:22:53,360 --> 00:22:57,240 sebuah budaya maju telah belayar mengelilingi dunia Zaman Ais. 340 00:22:59,240 --> 00:23:02,520 Semua ini bukti bahawa kita tak patut tolak kemungkinan 341 00:23:02,600 --> 00:23:05,200 yang nenek moyang kita telah capai teknologi 342 00:23:05,280 --> 00:23:07,480 untuk menjelajah dan memetakan lautan. 343 00:23:07,560 --> 00:23:08,560 Ia tak dinafikan. 344 00:23:08,640 --> 00:23:10,960 Ada apa-apa yang menarik di kawasan terdekat 345 00:23:11,040 --> 00:23:13,720 yang menunjukkan wujudnya struktur buatan manusia? 346 00:23:16,200 --> 00:23:19,640 Ada satu lagi hasil buatan manusia yang ajaib di sini. 347 00:23:20,840 --> 00:23:24,160 Tersembunyi jauh dalam hutan bakau Bimini, 348 00:23:25,240 --> 00:23:27,680 kawasan yang cuma boleh diakses dengan bot. 349 00:23:29,560 --> 00:23:33,480 Dengan ketinggian sepuluh kaki, ia merupakan timbunan 350 00:23:33,560 --> 00:23:39,080 dengan hamparan pasir kosong, mencipta bentuk aneh sepanjang 500 kaki. 351 00:23:41,440 --> 00:23:44,160 Seperti Garisan Nazca yang terkenal di Peru, 352 00:23:44,240 --> 00:23:47,000 fenomena ini perlu dinikmati dari udara. 353 00:23:49,840 --> 00:23:54,600 Bentuk salah satu penghuni purba Bimini yang paling terkenal. 354 00:23:55,760 --> 00:24:01,120 Bentuk ikan jerung yang dibentuk dalam paya bakau ini 355 00:24:01,200 --> 00:24:03,720 telah wujud sejak sekian lama. 356 00:24:04,280 --> 00:24:07,760 Namun, ia tak pernah dikaji dengan serius oleh ahli arkeologi 357 00:24:07,840 --> 00:24:09,880 kerana asal-usulnya tak diketahui. 358 00:24:11,400 --> 00:24:15,720 Tapi ia merupakan haiwan pemangsa yang ditakuti dan dikagumi 359 00:24:15,800 --> 00:24:19,080 oleh mana-mana budaya pelayaran purba 360 00:24:19,160 --> 00:24:21,640 termasuklah tamadun hilang yang dicari. 361 00:24:33,480 --> 00:24:36,080 Jadi, siapakah pelayar purba ini? 362 00:24:39,440 --> 00:24:44,240 Dengan risiko mencetuskan kemarahan ahli akademik arus perdana sekali lagi… 363 00:24:44,960 --> 00:24:47,080 Mari bincang tentang Atlantis. 364 00:24:49,560 --> 00:24:52,400 Saya tak percaya Bimini tapak Atlantis, 365 00:24:53,160 --> 00:24:56,280 atau Atlantis terletak berdekatan Bahamas. 366 00:24:56,360 --> 00:24:59,880 Tapi legenda kota karam menarik minat saya 367 00:25:00,480 --> 00:25:04,200 kerana ia menawarkan penjelasan paling terperinci tentang perkara 368 00:25:04,280 --> 00:25:05,720 yang saya percaya wujud. 369 00:25:07,280 --> 00:25:10,560 Tamadun maju Zaman Ais. 370 00:25:11,880 --> 00:25:13,440 Plato, ahli falsafah Yunani, 371 00:25:13,520 --> 00:25:18,200 merupakan sumber tertua bagi kisah Atlantis. 372 00:25:19,160 --> 00:25:21,320 Dia ceritakan dengan cukup jelas. 373 00:25:24,720 --> 00:25:27,440 Tamadun Atlantis berkembang pesat. 374 00:25:29,040 --> 00:25:32,520 Dengan seni bina yang cantik, teknologi maju 375 00:25:32,600 --> 00:25:35,240 serta perancangan bandar yang luar biasa. 376 00:25:37,000 --> 00:25:40,840 Ia turut memiliki armada yang mampu mengelilingi dunia, 377 00:25:41,880 --> 00:25:45,200 meluaskan kuasanya ke serata tempat di seberang lautan. 378 00:25:47,080 --> 00:25:51,480 Sehinggalah ia dilanda gempa bumi dan banjir besar, 379 00:25:52,400 --> 00:25:54,320 bencana yang membinasakan 380 00:25:55,800 --> 00:25:57,640 dan tenggelam ke dasar laut. 381 00:25:59,480 --> 00:26:04,880 Menurut Plato, kisah Atlantis disampaikan oleh moyang dia, Solon. 382 00:26:04,960 --> 00:26:07,160 Solon melawat Egypt. 383 00:26:07,240 --> 00:26:10,280 Kita tahu tarikh lawatan itu. Pada 600 SM. 384 00:26:11,320 --> 00:26:14,240 Ketika lawatan itu, dia melawat sebuah kuil 385 00:26:14,320 --> 00:26:18,200 dan paderi di sana bercerita tentang tamadun yang hilang 386 00:26:18,280 --> 00:26:19,800 yang dipanggil Atlantis 387 00:26:19,880 --> 00:26:22,480 yang musnah akibat banjir 388 00:26:22,560 --> 00:26:25,920 9,000 tahun sebelum lawatan Solon. 389 00:26:34,040 --> 00:26:39,800 Jadi kita tahu tarikh Atlantis musnah, 9600 SM. 390 00:26:39,880 --> 00:26:44,640 Ia sama dengan kejadian sebuah bencana global 391 00:26:44,720 --> 00:26:47,240 dan peningkatan paras laut 392 00:26:47,320 --> 00:26:49,480 yang berlaku di penghujung Zaman Ais. 393 00:26:49,560 --> 00:26:51,880 Kebetulan? Mungkin. 394 00:26:51,960 --> 00:26:55,480 Tapi kisah Atlantis yang bertepatan dengan 395 00:26:55,560 --> 00:26:58,720 bukti saintifik terkini tentang pengakhiran Zaman Ais 396 00:26:58,800 --> 00:27:02,320 patut membuatkan para pewaham berfikir seketika. 397 00:27:03,160 --> 00:27:06,320 Apakah kemungkinan ia sekadar alegori? 398 00:27:06,640 --> 00:27:10,360 Saya setuju kalau bukan kerana kisah Plato 399 00:27:10,440 --> 00:27:15,400 dicanangkan di serata dunia oleh mereka yang tak pernah jumpa Plato. 400 00:27:15,480 --> 00:27:18,880 Saya syak semua ini berdasarkan sumber yang sama, 401 00:27:18,960 --> 00:27:21,480 memori peristiwa sebenar. 402 00:27:24,880 --> 00:27:30,000 Apabila Plato bercerita tentang Atlantis, dia turut ceritakan sebab ia tenggelam. 403 00:27:30,080 --> 00:27:32,280 Ia bukan kerana bencana semata-mata. 404 00:27:32,360 --> 00:27:35,840 Ia kerana ketakburan, megah diri, keangkuhan 405 00:27:35,920 --> 00:27:37,880 yang membuak dalam Atlantis. 406 00:27:39,160 --> 00:27:41,360 Itulah sebabnya ia musnah. 407 00:27:41,440 --> 00:27:44,160 Ia mengganggu keharmonian alam semesta. 408 00:27:47,720 --> 00:27:54,160 Saya percaya tamadun kita hari ini berada dalam situasi yang serupa. 409 00:27:54,880 --> 00:27:57,240 Kita mengganggu keharmonian alam semesta. 410 00:27:57,920 --> 00:28:00,120 Keangkuhan terhadap pencapaian, 411 00:28:00,200 --> 00:28:04,440 kesanggupan kita untuk memaksa kuasa kita di seluruh dunia 412 00:28:04,520 --> 00:28:06,120 terhadap golongan lemah. 413 00:28:06,200 --> 00:28:09,000 Semua tanda-tanda mitologi ini 414 00:28:09,080 --> 00:28:12,160 menunjukkan tamadun kita dalam bahaya besar. 415 00:28:19,120 --> 00:28:23,000 Ketika saya terbitkan Fingerprints of the Gods pada tahun 1995, 416 00:28:23,080 --> 00:28:26,440 saya sangka dah tiada apa-apa untuk saya katakan lagi 417 00:28:26,520 --> 00:28:28,720 tentang kemungkinan sebuah tamadun hilang. 418 00:28:32,000 --> 00:28:36,000 Saya dapat tahu tentang sebuah tapak megalit yang amat besar 419 00:28:36,080 --> 00:28:39,280 dan menakjubkan yang baru ditemui di Turki. 420 00:28:40,560 --> 00:28:43,160 Ia membuktikan nenek moyang Zaman Ais kita 421 00:28:43,240 --> 00:28:46,840 jauh lebih berkebolehan daripada sangkaan para sejarawan. 422 00:28:47,720 --> 00:28:51,000 Bagi saya, ia bukti kukuh tentang tamadun hilang 423 00:28:51,080 --> 00:28:53,600 yang belum dikuasai arkeologi. 424 00:28:55,080 --> 00:28:57,800 Tapak ini dianggap sebagai 425 00:28:57,880 --> 00:28:59,920 struktur megalit tertua di dunia. 426 00:29:01,240 --> 00:29:05,000 Ia mungkin turut memahatkan kod amaran buat kita 427 00:29:05,800 --> 00:29:08,440 bahawa malapetaka Zaman Ais terakhir 428 00:29:08,520 --> 00:29:10,360 yang hampir membinasakan manusia… 429 00:29:12,760 --> 00:29:14,000 mungkin kembali. 430 00:29:16,040 --> 00:29:18,000 Seterusnya, saya akan ke Turki. 431 00:29:44,600 --> 00:29:49,600 Terjemahan sari kata oleh Leia Li