1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:14,880 --> 00:00:17,640 Adakah kita spesies yang menghidap amnesia? 3 00:00:18,960 --> 00:00:22,480 Mungkinkah kita telah terlupa sebahagian penting sejarah kita? 4 00:00:24,520 --> 00:00:25,600 Saya Graham Hancock 5 00:00:25,680 --> 00:00:29,360 dan ramai ahli arkeologi membenci saya kerana cuba mengkajinya. 6 00:00:31,280 --> 00:00:34,640 Tanggapan bahawa hilangnya tamadun Zaman Ais yang maju 7 00:00:34,720 --> 00:00:38,640 sangat mengancam arkeologi arus perdana 8 00:00:38,720 --> 00:00:42,840 kerana ia melemahkan seluruh disiplin ini. 9 00:00:43,520 --> 00:00:45,560 Ia melenyapkan asasnya. 10 00:00:45,640 --> 00:00:47,120 Saya tak peduli tentangnya. 11 00:00:49,000 --> 00:00:52,400 Ada orang yang datang dan pengaruh mereka… 12 00:00:52,480 --> 00:00:53,320 PEMBICARA AUDIO SIAR 13 00:00:53,400 --> 00:00:55,760 …mengubah tanggapan orang lain. 14 00:00:55,840 --> 00:00:58,560 Graham Hancock ialah seorang lelaki 15 00:00:58,640 --> 00:01:01,480 yang banyak dicemuh… 16 00:01:01,560 --> 00:01:02,440 TEORI KARUT 17 00:01:02,520 --> 00:01:04,560 …dan kerjanya direndah-rendahkan… 18 00:01:04,640 --> 00:01:05,880 SAMPAH 19 00:01:05,960 --> 00:01:07,640 …tapi tetap tak berputus asa. 20 00:01:08,600 --> 00:01:11,280 Saya hanya mahu mempelajari masa silam 21 00:01:11,960 --> 00:01:16,280 demi melenyapkan kekaburan yang melitupi prasejarah. 22 00:01:16,360 --> 00:01:18,600 Semuanya kabur kerana tiada dokumen. 23 00:01:18,680 --> 00:01:22,320 Kita perlu bina gambaran masa lalu daripada serpihan bukti. 24 00:01:26,760 --> 00:01:30,800 Cerita rakyat, legenda dan mitos. 25 00:01:32,240 --> 00:01:35,080 Semua ini ialah bahan bukti yang penting. 26 00:01:36,960 --> 00:01:41,440 Antara mitologi yang paling bermisteri dan ketara dalam prasejarah 27 00:01:41,520 --> 00:01:45,320 disampaikan kepada kita menerusi budaya purba Mexico. 28 00:01:56,840 --> 00:02:02,040 TERSELAMAT KETIKA KEKACAUAN 29 00:02:06,280 --> 00:02:08,480 Sepanjang mencari tamadun yang hilang, 30 00:02:09,640 --> 00:02:14,360 saya merentasi lembah yang tandus dan gunung berapi yang mereneh. 31 00:02:15,960 --> 00:02:17,480 LAUTAN PASIFIK - MEXICO - TELUK MEXICO 32 00:02:17,560 --> 00:02:20,520 Ini wilayah Puebla, timur Kota Mexico. 33 00:02:20,600 --> 00:02:21,440 KOTA MEXICO 34 00:02:21,520 --> 00:02:26,320 Di sinilah terletaknya bandar yang paling lama dihuni, Cholula. 35 00:02:30,600 --> 00:02:34,560 Hari ini, sebuah metropolis moden dengan lebih 100,000 penduduk, 36 00:02:35,840 --> 00:02:38,880 ia menyimpan suatu rahsia purba. 37 00:02:42,920 --> 00:02:45,280 Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. 38 00:02:46,320 --> 00:02:48,640 Itu sememangnya benar di Mexico. 39 00:02:49,680 --> 00:02:53,840 Apabila penakluk Sepanyol tiba di Cholula pada tahun 1519, 40 00:02:53,920 --> 00:02:56,240 mereka membunuh penduduknya, 41 00:02:58,040 --> 00:03:00,560 bukan setakat menghapuskan budayanya, 42 00:03:00,640 --> 00:03:02,720 malah hampir semua kesan 43 00:03:02,800 --> 00:03:05,880 budaya purba leluhur telah dilenyapkan. 44 00:03:07,760 --> 00:03:09,720 Namun, pasti ada yang tertinggal. 45 00:03:11,160 --> 00:03:15,520 Pada awalnya, penakluk itu menyangka bahawa bukit ini hanya sekadar bukit, 46 00:03:15,600 --> 00:03:17,640 jadi mereka membina gereja di puncaknya. 47 00:03:18,560 --> 00:03:22,800 Namun, bukit ini bukan seperti yang dianggap. 48 00:03:23,600 --> 00:03:29,160 Ia sebenarnya monumen terbesar yang pernah dibina di dunia ini. 49 00:03:31,400 --> 00:03:34,040 Akan tetapi, pasti anda tak pernah dengar. 50 00:03:35,600 --> 00:03:37,880 Inilah Piramid Agung Cholula. 51 00:03:37,960 --> 00:03:40,720 PIRAMID AGUNG CHOLULA 52 00:03:41,520 --> 00:03:44,080 Selepas berabad-abad diabaikan dan dijarah, 53 00:03:44,160 --> 00:03:45,760 memang mustahil untuk faham 54 00:03:45,840 --> 00:03:49,080 kehebatannya yang pernah wujud di sini. 55 00:03:49,800 --> 00:03:53,360 Namun, kami ada gambaran rupanya pada zaman kegemilangan. 56 00:03:57,640 --> 00:04:00,640 Dianggarkan bahawa Piramid Agung Cholula 57 00:04:00,720 --> 00:04:05,600 setinggi 213 kaki, 65 meter. 58 00:04:06,720 --> 00:04:09,440 Bukti menunjukkan bahawa ia dibina 59 00:04:09,520 --> 00:04:12,960 untuk dewa purba Mexico yang menguasai hujan dan banjir, 60 00:04:13,040 --> 00:04:15,560 dikenali oleh orang Aztek sebagai Tlaloc. 61 00:04:17,240 --> 00:04:20,240 Dibina dengan lumpur dan bata jemur, 62 00:04:20,320 --> 00:04:23,560 piramid ini taklah setinggi Piramid Agung Giza di Mesir, 63 00:04:23,640 --> 00:04:27,640 tapi tiga kali ganda lebih besar, 64 00:04:27,720 --> 00:04:31,080 dengan ukuran tapak 400 kali 400 meter, 65 00:04:31,800 --> 00:04:34,080 seperti 30 padang bola sepak, 66 00:04:35,280 --> 00:04:37,320 menjadikannya monumen terbesar 67 00:04:37,400 --> 00:04:41,880 yang pernah dibina oleh mana-mana tamadun. 68 00:04:48,040 --> 00:04:50,480 Ahli arkeologi dapat tahu 69 00:04:50,560 --> 00:04:54,680 bahawa piramid itu siap dibina kira-kira lapan abad yang lalu, 70 00:04:54,760 --> 00:04:56,680 sekitar 1200 Masihi. 71 00:04:58,000 --> 00:05:01,840 Namun, apabila mereka membina terowong di dalam struktur binaan itu, 72 00:05:01,920 --> 00:05:05,400 mereka terkejut dengan perkara yang ditemukan di dalamnya. 73 00:05:10,520 --> 00:05:12,400 Terasa bagaikan tak nyata, 74 00:05:12,480 --> 00:05:14,880 memasuki piramid terbesar di muka bumi. 75 00:05:16,680 --> 00:05:18,880 Terdapat mural yang cantik 76 00:05:19,720 --> 00:05:23,440 dengan gambaran keadaan dan makhluk mitos… 77 00:05:25,680 --> 00:05:29,280 serta banyak lapisan binaan yang sungguh menawan. 78 00:05:32,480 --> 00:05:35,960 Apakah ada petunjuk tentang misteri terbesar tapak ini? 79 00:05:39,720 --> 00:05:42,000 Mungkinkah ini sebahagian legasi global 80 00:05:42,080 --> 00:05:46,320 peninggalan tamadun purba prasejarah yang maju? 81 00:05:51,680 --> 00:05:55,720 Saya bersama pakar ternama dunia tentang Piramid Agung Cholula, 82 00:05:56,640 --> 00:06:01,000 ahli antropologi dan arkeologi Universiti Calgary, Geoff McCafferty. 83 00:06:03,000 --> 00:06:06,560 Kita berada di dalam monumen terbesar 84 00:06:06,640 --> 00:06:08,400 yang pernah dibina pada zaman purba. 85 00:06:08,480 --> 00:06:09,600 UNIVERSITI CALGARY 86 00:06:09,680 --> 00:06:12,760 Perasaannya sama seperti memasuki gereja. 87 00:06:12,840 --> 00:06:17,280 Kita dapat rasakan aura kuasa itu. 88 00:06:19,000 --> 00:06:22,480 Terowong ini digali oleh ahli arkeologi Mexico. 89 00:06:23,120 --> 00:06:25,080 Panjang terowong ini lapan kilometer. 90 00:06:25,160 --> 00:06:27,720 - Dahsyat betul. Lapan kilometer? - Ya. 91 00:06:31,280 --> 00:06:32,800 Dengan terowong ini, 92 00:06:32,880 --> 00:06:35,560 ahli arkeologi menemukan sesuatu yang mempesonakan. 93 00:06:39,480 --> 00:06:42,120 Piramid Cholula ialah piramid terbaharu 94 00:06:42,200 --> 00:06:46,760 antara banyak lagi piramid purba lain yang tersembunyi di bawah. 95 00:06:51,920 --> 00:06:54,720 Di dalamnya, ada piramid yang lebih lama, 96 00:06:54,800 --> 00:06:57,320 dibina sekitar 800 Masihi 97 00:06:59,800 --> 00:07:02,720 dan di bawahnya, ada satu lagi 98 00:07:03,600 --> 00:07:07,040 yang dibina 200 hingga 500 tahun sebelumnya. 99 00:07:09,760 --> 00:07:13,160 Seperti sekumpulan patung kayu yang saiznya semakin kecil, 100 00:07:13,240 --> 00:07:17,200 kami tiba ke piramid yang pertama dan paling tua di sini, 101 00:07:18,120 --> 00:07:24,840 tetap besar dengan luas 120 meter persegi dan setinggi 17 meter. 102 00:07:31,320 --> 00:07:34,120 Bila pembinaan bermula di sini? 103 00:07:34,760 --> 00:07:38,480 Bukti pembinaan paling awal di kawasan ini 104 00:07:38,560 --> 00:07:40,440 adalah pada 500 tahun Sebelum Masihi. 105 00:07:43,400 --> 00:07:45,040 Piramidnya agak besar juga. 106 00:07:45,560 --> 00:07:49,040 Lama-kelamaan, ia berkembang 107 00:07:49,120 --> 00:07:51,400 dengan binaan lebih besar di atasnya. 108 00:07:53,080 --> 00:07:58,520 Projek membina piramid ini pasti dilakukan oleh banyak generasi 109 00:07:58,600 --> 00:08:03,480 selama 1,700 tahun, atau mungkin lebih lama, 110 00:08:05,120 --> 00:08:07,640 fakta yang kini diketahui ahli arkeologi. 111 00:08:10,200 --> 00:08:11,480 Namun, cendekiawan moden 112 00:08:11,560 --> 00:08:15,640 tak tahu apa-apa tentang arkitek asal 113 00:08:16,320 --> 00:08:18,760 atau sebab mereka membina piramid di sini. 114 00:08:21,440 --> 00:08:23,840 Itulah misteri yang menarik minat saya. 115 00:08:25,240 --> 00:08:27,480 Awak rasa ada sesuatu yang hilang 116 00:08:27,560 --> 00:08:31,920 daripada sejarah arkeologi Mexico purba? 117 00:08:32,000 --> 00:08:34,280 Saya bukannya nak terlebih dramatik, 118 00:08:34,360 --> 00:08:36,480 tapi pemahaman Cholula yang mendalam 119 00:08:36,560 --> 00:08:40,240 pasti akan mengubah tanggapan terhadap sejarah Mesoamerika. 120 00:08:41,880 --> 00:08:43,080 Bagaikan lohong hitam. 121 00:08:43,159 --> 00:08:45,200 Lohong hitam dalam sejarah Mexico. 122 00:08:47,640 --> 00:08:51,600 Awak rasa ada binaan lain di sini sebelum piramid pertama itu? 123 00:08:51,680 --> 00:08:54,600 Piramid itu dibina di atas mata air penting. 124 00:08:54,680 --> 00:08:55,520 Ya. 125 00:08:55,600 --> 00:08:58,640 Mata air itu melambangkan laluan ke alam ghaib, 126 00:08:58,720 --> 00:09:01,880 jadi jelas sekali itu ruang keramat 127 00:09:01,960 --> 00:09:04,160 yang juga merupakan tumpuan istiadat. 128 00:09:05,160 --> 00:09:06,920 Hakikat bahawa piramid itu struktur 129 00:09:07,000 --> 00:09:09,800 yang dipilih untuk dibina di situ bukan kebetulan. 130 00:09:11,240 --> 00:09:14,120 Sebaliknya, saya percaya ia satu petunjuk penting 131 00:09:14,200 --> 00:09:18,240 untuk memahami motivasi pembina asalnya, 132 00:09:18,320 --> 00:09:21,200 sebab seni bina begitu ada di seluruh dunia. 133 00:09:22,760 --> 00:09:24,360 Kami telah menemukan bukti 134 00:09:24,440 --> 00:09:28,960 piramid berteres yang serupa di Gunung Padang, Indonesia, 135 00:09:29,040 --> 00:09:31,480 yang mempunyai mata air keramat di tengahnya. 136 00:09:33,680 --> 00:09:38,280 Corak ini bukan saja ditemukan di Mexico atau Indonesia. 137 00:09:39,080 --> 00:09:41,600 Begitulah keadaannya dengan kamar bawah tanah 138 00:09:41,680 --> 00:09:43,240 di bawah Piramid Agung Giza. 139 00:09:43,320 --> 00:09:44,160 PIRAMID AGUNG GIZA MESIR 140 00:09:44,240 --> 00:09:48,400 Pada saya, itulah tempat keramat pertama di penara Giza 141 00:09:48,480 --> 00:09:51,520 dan piramid dibina di atas untuk memperingatinya. 142 00:09:52,360 --> 00:09:56,080 Piramid Matahari di Teotihuacán dibina di atas gua semula jadi. 143 00:09:56,160 --> 00:09:58,400 Mereka mengubah suai 144 00:09:58,480 --> 00:10:00,680 dan bina piramid di atasnya. 145 00:10:00,760 --> 00:10:03,000 Namun, tempat keramat itu wujud dulu, 146 00:10:03,080 --> 00:10:05,600 kemudian piramid menandakannya. 147 00:10:07,120 --> 00:10:08,960 Bermula dengan suatu tempat 148 00:10:09,040 --> 00:10:12,400 yang dianggap keramat, 149 00:10:12,480 --> 00:10:15,440 mempunyai tarikan istimewa yang dapat dirasai 150 00:10:15,520 --> 00:10:18,280 dan itulah yang menjadikannya penting. 151 00:10:24,360 --> 00:10:27,840 Piramid Agung Cholula mempunyai satu lagi ciri utama 152 00:10:27,920 --> 00:10:30,000 seperti piramid purba lain di dunia. 153 00:10:32,760 --> 00:10:34,560 Petunjuk tentang kamar rahsia. 154 00:10:38,320 --> 00:10:41,080 Tak lama selepas Sepanyol menakluk Mexico, 155 00:10:41,160 --> 00:10:45,320 seorang saksi yang boleh dipercayai, Paderi Bernardino de Sahagún, 156 00:10:45,400 --> 00:10:51,120 melaporkan yang Piramid Agung Cholula dipenuhi lombong dan gua di dalamnya. 157 00:10:54,080 --> 00:10:58,280 Hari ini, pengkaji moden telah mengesahkannya. 158 00:10:59,560 --> 00:11:03,560 Seorang bekas ahli arkeologi menemukan di dalam piramid itu 159 00:11:04,520 --> 00:11:05,600 satu ruang terbuka. 160 00:11:06,200 --> 00:11:08,000 Ada terowong yang membawa kepadanya. 161 00:11:08,080 --> 00:11:09,200 Ia tak diterbitkan. 162 00:11:09,280 --> 00:11:11,880 Saya tak tahu keadaannya sekarang. 163 00:11:11,960 --> 00:11:15,000 - Petunjuk yang menarik. - Benarkah? 164 00:11:15,080 --> 00:11:19,080 Ruang itu pernah digali? Pernahkah ia dimasuki semula? 165 00:11:19,880 --> 00:11:20,880 Rasanya tak. 166 00:11:23,160 --> 00:11:25,920 Kenapa kamar dalaman ini tak dimasuki semula? 167 00:11:27,520 --> 00:11:28,840 Apakah rahsianya 168 00:11:28,920 --> 00:11:31,880 berkenaan niat pembina asal? 169 00:11:33,720 --> 00:11:37,160 Bagaimanapun, hakikat bahawa Piramid Agung Cholula 170 00:11:37,240 --> 00:11:40,120 mempunyai kamar dalaman, 171 00:11:40,200 --> 00:11:42,960 seperti di Gunung Padang dan Giza… 172 00:11:43,040 --> 00:11:44,800 PIRAMID AGUNG GIZA MESIR 173 00:11:44,880 --> 00:11:48,160 …merupakan satu lagi ciri menarik yang ada pada binaan ini. 174 00:11:49,720 --> 00:11:50,840 Ada lagi. 175 00:11:52,200 --> 00:11:54,600 Memang telah diketahui bahawa struktur ini 176 00:11:54,680 --> 00:11:57,000 berorientasikan matahari terbenam 177 00:11:57,080 --> 00:11:59,760 - di solstis musim panas. - Betul. 178 00:12:00,360 --> 00:12:05,160 Matahari terbenam di sebelah barat di antara dua gunung berapi, 179 00:12:05,760 --> 00:12:08,800 jadi orientasinya memang berkaitan dengan solstis. 180 00:12:10,640 --> 00:12:17,360 Kita tahu orang asli Mesoamerika bergantung pada kitaran astronomi. 181 00:12:18,480 --> 00:12:23,080 Seperti kaum Mesir purba yang membina Piramid Agung Giza 182 00:12:23,160 --> 00:12:26,680 bagi menjajarkan utara astronomi dengan tepat. 183 00:12:29,080 --> 00:12:31,000 Hakikat bahawa piramid purba 184 00:12:31,080 --> 00:12:34,000 yang pembinanya tak pernah berhubung, 185 00:12:34,080 --> 00:12:37,440 tapi ada banyak persamaan merupakan satu misteri. 186 00:12:39,960 --> 00:12:41,960 Adakah ini hanya kebetulan? 187 00:12:43,000 --> 00:12:44,520 Saya tak rasa begitu. 188 00:12:45,120 --> 00:12:47,120 Pandangan umum yang arkeologi kemukakan 189 00:12:47,760 --> 00:12:50,440 ialah piramid dibina dengan bentuk begitu 190 00:12:50,520 --> 00:12:52,760 sebab itu cara termudah bina bangunan tinggi. 191 00:12:52,840 --> 00:12:53,680 ZIGURAT UR 192 00:12:54,640 --> 00:12:58,120 Masalahnya, struktur ini berkait di seluruh dunia 193 00:12:58,200 --> 00:13:00,640 dengan idea kerohanian yang khusus. 194 00:13:02,000 --> 00:13:04,200 Apa akan berlaku kepada kita selepas mati? 195 00:13:04,280 --> 00:13:07,080 Ini sentiasa berhubung dengan struktur piramid 196 00:13:07,160 --> 00:13:09,600 dan begitulah keadaannya sama ada di Mexico, 197 00:13:09,680 --> 00:13:11,400 di Mesir purba, 198 00:13:11,480 --> 00:13:14,840 Kemboja atau India sekalipun. 199 00:13:16,920 --> 00:13:20,640 Sesuatu yang berlawanan dengan pandangan arus perdana 200 00:13:21,280 --> 00:13:23,520 bahawa pelbagai tamadun manusia di dunia… 201 00:13:23,600 --> 00:13:24,680 PIRAMID MEROE 202 00:13:24,760 --> 00:13:27,000 …mencipta piramid sendiri. 203 00:13:28,600 --> 00:13:30,640 Pada pendapat saya, 204 00:13:30,720 --> 00:13:33,720 ada perkara lain yang berlaku di sebalik tabir. 205 00:13:36,440 --> 00:13:40,320 Mungkinkah kita menyaksikan pendedahan suatu rancangan luar biasa? 206 00:13:42,400 --> 00:13:45,600 Legasi bersama daripada tamadun dunia hilang 207 00:13:45,680 --> 00:13:48,720 yang memberikan benih dan sinar inspirasi 208 00:13:48,800 --> 00:13:50,960 sehingga berkembangnya tamadun lain. 209 00:13:55,800 --> 00:13:58,520 Saya tertanya-tanya akan kemungkinan 210 00:13:58,600 --> 00:14:01,320 bahawa projek pembinaan piramid di Cholula 211 00:14:01,920 --> 00:14:06,600 bermula lebih awal daripada yang ahli arkeologi percaya. 212 00:14:08,880 --> 00:14:10,640 Bagaimana dengan usia struktur? 213 00:14:10,720 --> 00:14:12,800 Ada pentarikhan karbon fasa awal? 214 00:14:12,880 --> 00:14:18,840 Tiada. Ada tembikar yang sama dengan tembikar lembangan Mexico 215 00:14:18,920 --> 00:14:21,280 sekitar 1,000 SM. 216 00:14:21,360 --> 00:14:23,960 Itu dapat meyakinkan kita tentang seluruh cerita? 217 00:14:24,040 --> 00:14:26,360 Saya rasa tak. 218 00:14:27,080 --> 00:14:29,520 Ada banyak kajian yang perlu dibuat 219 00:14:29,600 --> 00:14:31,640 - tentang prasejarah Mexico. - Ya. 220 00:14:35,520 --> 00:14:37,960 Saya tak menyangkal bukti arkeologi 221 00:14:38,040 --> 00:14:40,000 bahawa pembinaan monumen pertama 222 00:14:40,080 --> 00:14:42,480 di tapak Piramid Agung Cholula 223 00:14:42,560 --> 00:14:46,880 sekitar 2,300 tahun lalu, tapi ada piramid lebih lama di Mexico. 224 00:14:46,960 --> 00:14:49,240 PIRAMID LA VENTA 225 00:14:49,320 --> 00:14:50,360 PIRAMID CUICUILCO 226 00:14:50,440 --> 00:14:54,320 Perkara yang menarik saya ialah idea yang menguatkan semuanya. 227 00:14:56,320 --> 00:15:00,640 Pada 1519, sewaktu penakluk Sepanyol tiba, 228 00:15:00,720 --> 00:15:04,120 Piramid Agung Cholula menjadi kopak-kapik. 229 00:15:05,920 --> 00:15:09,320 Namun, apabila mereka sedar bahawa itu bukan sekadar bukit 230 00:15:09,400 --> 00:15:11,520 dan bertanya siapa yang membinanya, 231 00:15:11,600 --> 00:15:14,920 penduduk tempatan menceritakan sebuah legenda luar biasa. 232 00:15:16,320 --> 00:15:17,760 Menurut mitos, 233 00:15:17,840 --> 00:15:20,960 Piramid Agung Cholula dibina oleh bangsa gergasi. 234 00:15:24,720 --> 00:15:28,320 Pada suatu masa dahulu, terdapat gergasi di Mexico purba, 235 00:15:29,160 --> 00:15:35,520 sampailah dewa hujan, Tlaloc, murka dan hapuskan mereka dengan banjir besar. 236 00:15:36,640 --> 00:15:39,000 Hanya tujuh gergasi terselamat. 237 00:15:40,440 --> 00:15:46,320 Disebabkan takut banjir kedua menyusul, Xelhua, si gergasi arkitek, 238 00:15:46,400 --> 00:15:47,600 pergi ke Cholula. 239 00:15:47,680 --> 00:15:49,440 Dengan bantuan penduduknya, 240 00:15:49,520 --> 00:15:52,520 mereka membina gunung buatan besar daripada batu-bata, 241 00:15:54,080 --> 00:15:55,040 sebuah piramid, 242 00:15:55,960 --> 00:15:59,280 dan menjadikannya lambang pujaan terhadap Tlaloc, dewa hujan. 243 00:16:02,560 --> 00:16:05,480 Ahli arkeologi menganggapnya satu kisah dongeng, 244 00:16:06,400 --> 00:16:09,280 tapi pada saya, jika kita tak mengendahkannya, 245 00:16:09,360 --> 00:16:11,680 kita mungkin kehilangan petunjuk penting 246 00:16:11,760 --> 00:16:14,040 kepada asal usul tempat hebat ini. 247 00:16:16,400 --> 00:16:18,160 Mungkin arkitek 248 00:16:18,240 --> 00:16:20,760 yang muncul di Cholula selepas banjir besar itu 249 00:16:20,840 --> 00:16:22,560 bukannya gergasi sasa, 250 00:16:23,720 --> 00:16:25,760 tapi gergasi bijak 251 00:16:25,840 --> 00:16:29,480 daripada tamadun maju yang hilang dalam sejarah. 252 00:16:34,120 --> 00:16:36,680 Buktinya tentu sukar dicari 253 00:16:37,920 --> 00:16:42,440 kerana seperti di Cholula, monumen purba biasanya terletak 254 00:16:42,520 --> 00:16:45,840 di atas binaan lama juga 255 00:16:45,920 --> 00:16:47,600 yang mengaburkan asal usulnya. 256 00:16:50,440 --> 00:16:52,520 Sekitar dua jam perjalanan ke barat laut, 257 00:16:54,360 --> 00:16:57,400 satu lagi tapak luar biasa memberikan saya petunjuk. 258 00:17:04,560 --> 00:17:07,560 Di atas bukit yang berbentuk unik ini, 259 00:17:07,640 --> 00:17:11,160 terdapat sebuah kompleks Aztek purba yang bernama Texcotzingo. 260 00:17:19,920 --> 00:17:23,079 Di Texcotzingo, kami temukan sebuah piramid lagi, 261 00:17:23,680 --> 00:17:26,560 tapi piramid semula jadi. 262 00:17:27,960 --> 00:17:29,880 Mudah untuk faham sebab tempat ini 263 00:17:29,960 --> 00:17:33,160 mempunyai magnetisme kuat terhadap binaan purba itu. 264 00:17:35,160 --> 00:17:38,000 Piramid penting di Mexico purba. 265 00:17:39,360 --> 00:17:41,520 Di sini, pada abad ke-15, 266 00:17:41,600 --> 00:17:46,080 orang Aztek membina rangkaian teres taman dan kolam yang luar biasa 267 00:17:47,440 --> 00:17:50,160 dan mempunyai akueduk 268 00:17:50,240 --> 00:17:54,480 yang menyalurkan air dari empangan di puncak gunung. 269 00:17:56,200 --> 00:18:00,640 Seperti Taman Tergantung Babylon, gaya Mesoamerika. 270 00:18:02,920 --> 00:18:05,960 Namun yang menariknya, daripada kajian saya, 271 00:18:06,040 --> 00:18:09,560 semuanya dibina untuk dewa purba sama 272 00:18:09,640 --> 00:18:12,720 yang berkaitan dengan piramid awal di Cholula… 273 00:18:14,480 --> 00:18:21,080 Tlaloc, dewa hujan dan banjir, yang kultusnya menguasai Aztek. 274 00:18:23,960 --> 00:18:25,920 Ahli arkeologi percaya bahawa Aztek 275 00:18:26,000 --> 00:18:28,880 merupakan yang pertama menemukan Texcotzingo, 276 00:18:29,760 --> 00:18:32,440 tapi mungkinkah tapak hebat ini lebih tua? 277 00:18:36,760 --> 00:18:39,120 Penakluk Sepanyol tak mengendahkan 278 00:18:39,200 --> 00:18:42,520 bahawa Texcotzingo merupakan hasil binaan Aztek 279 00:18:44,240 --> 00:18:47,560 dan itulah pandangan kebanyakan ahli arkeologi. 280 00:18:48,920 --> 00:18:53,480 Namun, bagaimana jika orang Aztek hanya mengubah suai dan menambah baik 281 00:18:53,560 --> 00:18:56,760 sesuatu yang dicipta oleh suatu tamadun lebih awal? 282 00:18:59,800 --> 00:19:05,360 Penulis, Marco Vigato, percaya itulah yang berlaku menurut bukti. 283 00:19:06,760 --> 00:19:07,600 MARCO VIGATO PENULIS, "EMPAYAR ATLANTIS" 284 00:19:07,680 --> 00:19:10,280 Tapak ini diubah suai dalam tempoh masa yang lama. 285 00:19:10,360 --> 00:19:13,320 Batu itu ialah batu porfir yang sangat keras. 286 00:19:13,400 --> 00:19:15,440 Jika kita lihat di sekitar ini, 287 00:19:15,520 --> 00:19:18,920 permukaan batu itu berlekuk-lekuk. 288 00:19:19,560 --> 00:19:22,640 Sebahagian tapak itu jelas menunjukkan kesan hakisan 289 00:19:22,720 --> 00:19:24,640 selama ribuan tahun, 290 00:19:24,720 --> 00:19:28,120 padahal ini jenis batu yang sangat keras. 291 00:19:30,360 --> 00:19:33,880 Pada pendapat awak, orang Aztek yang datang lebih lambat, 292 00:19:34,520 --> 00:19:39,360 tapi mereka menemukan tapak ini telah mula dibina, 293 00:19:39,440 --> 00:19:40,960 lalu mengambil alih 294 00:19:41,040 --> 00:19:42,800 - dan meneruskannya. - Betul. 295 00:19:43,680 --> 00:19:45,400 Itu pendapat yang radikal. 296 00:19:46,960 --> 00:19:49,680 Mungkinkah suatu budaya lebih tua telah menyingkirkan 297 00:19:49,760 --> 00:19:53,240 ciri-ciri yang lebih luar biasa di sisi bukit ini? 298 00:19:55,560 --> 00:19:58,640 Seperti batu-batu besar berlekuk yang melekat di tanah ini. 299 00:20:01,840 --> 00:20:04,880 Kamar ini pula dipotong daripada batuan dasar. 300 00:20:07,600 --> 00:20:10,440 Kemungkinan besar tapak ini wujud sebelum Aztek. 301 00:20:10,520 --> 00:20:12,800 Ia dihuni dan digunakan semula. 302 00:20:14,680 --> 00:20:17,840 Itu satu kesimpulan yang ahli arkeologi akan sangkal, 303 00:20:17,920 --> 00:20:20,240 tapi ada bukti relevan boleh dipertimbangkan. 304 00:20:22,320 --> 00:20:26,400 Tak berapa jauh dari situ, di dasar sungai kering di kaki gunung, 305 00:20:26,480 --> 00:20:29,920 sebuah patung Tlaloc si dewa hujan yang besar ditemukan. 306 00:20:31,720 --> 00:20:35,880 Arca batu terbesar di seluruh Amerika. 307 00:20:40,200 --> 00:20:44,040 Ahli arkeologi mengatakan bahawa ia dibina sekitar 700 Masihi, 308 00:20:45,480 --> 00:20:48,560 lama sebelum Aztek menguasai tanah ini. 309 00:20:51,080 --> 00:20:53,920 Itulah bukti bahawa Tlaloc, dewa hujan, 310 00:20:54,000 --> 00:20:57,640 telah lama disembah oleh kaum dahulu di kawasan ini, 311 00:20:57,720 --> 00:21:00,560 mungkin dengan beberapa nama berbeza, 312 00:21:00,640 --> 00:21:04,120 selama hampir 1,000 tahun atau lebih lama. 313 00:21:08,920 --> 00:21:12,320 Sebenarnya, Tlaloc, suatu watak mitos, 314 00:21:12,400 --> 00:21:13,760 telah wujud 315 00:21:13,840 --> 00:21:16,760 pada tamadun-tamadun awal di Mexico prasejarah. 316 00:21:20,200 --> 00:21:21,480 Bukan satu sahaja. 317 00:21:21,560 --> 00:21:23,200 SAYA AKAN MENCARI JALAN 318 00:21:23,280 --> 00:21:26,840 Banjir sedunia yang dihantar oleh dewa hujan membawa kepada 319 00:21:26,920 --> 00:21:31,000 kemunculan watak paling menarik dalam mitologi Mexico… 320 00:21:32,960 --> 00:21:34,360 Quetzalcoatl. 321 00:21:38,120 --> 00:21:39,840 Selepas Banjir Besar, 322 00:21:39,920 --> 00:21:43,400 kelibat misteri dari timur berlabuh di pantai Mexico 323 00:21:44,120 --> 00:21:49,120 dengan sampan tanpa pendayung dan dikatakan dibawa oleh ular. 324 00:21:50,760 --> 00:21:53,080 Namanya Quetzalcoatl 325 00:21:53,640 --> 00:21:55,560 yang bermaksud "ular berbulu". 326 00:21:56,360 --> 00:22:00,960 Dia dan pengikutnya mengajar orang kampung cara bercucuk tanam dan menternak haiwan. 327 00:22:02,920 --> 00:22:04,360 Dia perkenalkan undang-undang 328 00:22:04,440 --> 00:22:08,080 dan mengajar mereka seni bina, astronomi dan seni. 329 00:22:08,720 --> 00:22:10,480 Mereka memujanya sebagai dewa. 330 00:22:13,040 --> 00:22:17,160 Namun, selepas diusir secara zalim oleh pengikut dewa perang Mexico, 331 00:22:17,800 --> 00:22:23,400 Quetzalcoatl belayar ke arah timur dan berjanji bahawa dia akan kembali. 332 00:22:29,880 --> 00:22:35,160 Legenda Quetzalcoatl diceritakan generasi demi generasi hingga kini. 333 00:22:38,040 --> 00:22:41,400 Kami dapat gambaran seseorang yang berjambang tebal. 334 00:22:41,960 --> 00:22:46,000 Suaranya seperti orang asing dari seberang lautan 335 00:22:46,080 --> 00:22:49,320 dan membawa anugerah ketamadunan. 336 00:22:53,360 --> 00:22:57,600 Saya sangat takjub kerana sering mendengar cerita ini 337 00:22:58,440 --> 00:23:02,480 daripada bangsa yang tiada kaitan dengan Mexico purba. 338 00:23:08,120 --> 00:23:10,840 Jalan ceritanya semua sama. Ada bencana besar. 339 00:23:12,360 --> 00:23:17,600 Dunia menjadi gelap, banjir dan huru-hara di semua tempat. 340 00:23:17,680 --> 00:23:19,120 Masyarakat terhapus. 341 00:23:23,240 --> 00:23:27,680 Kemudian, munculnya seseorang dari kegelapan yang tahu 342 00:23:27,760 --> 00:23:31,000 akan perkara yang diperlukan untuk membina tamadun. 343 00:23:31,880 --> 00:23:35,600 Dia mengajar semua yang terselamat daripada bencana itu 344 00:23:35,680 --> 00:23:37,560 cara membina semula tamadun. 345 00:23:39,920 --> 00:23:43,840 Dalam mitologi purba Yunani, Titan Prometheus 346 00:23:44,400 --> 00:23:48,720 yang berkongsi dengan manusia rahsia api selepas banjir besar. 347 00:23:51,240 --> 00:23:53,080 Di Andes Amerika Selatan, 348 00:23:53,160 --> 00:23:58,120 tamadun sebelum Inca menggambarkan sosok berjubah dan berjanggut bernama Viracocha, 349 00:23:59,120 --> 00:24:01,120 yang muncul dari tasik besar 350 00:24:01,200 --> 00:24:05,360 dan mengajar penduduk tempatan cara membina hasil seni batu 351 00:24:05,440 --> 00:24:07,120 yang masih wujud hingga kini. 352 00:24:08,520 --> 00:24:12,920 Di Pasifik juga, cerita legenda Polinesia tentang Maui, 353 00:24:13,000 --> 00:24:16,720 yang mencipta pulau dengan menariknya dari dasar laut 354 00:24:17,720 --> 00:24:21,200 dan mengajar orang pulau itu menggunakan alat tukang batu 355 00:24:21,760 --> 00:24:23,280 dan memasak makanan. 356 00:24:26,960 --> 00:24:29,680 Ahli arkeologi kata wira ketamadunan ini 357 00:24:29,760 --> 00:24:33,880 hanyalah rekaan purba semata-mata, 358 00:24:34,600 --> 00:24:37,440 tapi persamaannya sukar diabaikan. 359 00:24:38,120 --> 00:24:42,640 Bagaimana jika kenyataan ini tentang orang terselamat pada tamadun maju 360 00:24:42,720 --> 00:24:45,520 yang hilang akibat bencana banjir dan api 361 00:24:45,600 --> 00:24:48,000 yang telah berlaku pada hujung Zaman Ais? 362 00:24:55,600 --> 00:24:57,280 Mitos Mexico 363 00:24:57,360 --> 00:24:59,920 dan cerita Quetzalcoatl khususnya 364 00:25:00,480 --> 00:25:03,680 terikat kepada suatu detik huru-hara. 365 00:25:05,320 --> 00:25:08,200 Marco percaya ada catatan tentangnya. 366 00:25:08,280 --> 00:25:10,800 Hanya beberapa jam ke selatan Kota Mexico, 367 00:25:12,600 --> 00:25:14,880 di kawasan kuil purba Xochicalco. 368 00:25:18,760 --> 00:25:22,720 Seperti Cholula, kota ini dibina oleh bangsa asli 369 00:25:22,800 --> 00:25:26,440 yang tak berapa dikenali pada abad ketujuh selepas Masihi. 370 00:25:28,160 --> 00:25:30,880 Di sini, ada serpihan dua piramid besar. 371 00:25:32,240 --> 00:25:34,440 Satu untuk dewa hujan 372 00:25:35,120 --> 00:25:41,320 dan satu lagi untuk wira tamadun Mexico, Quetzalcoatl. 373 00:25:44,400 --> 00:25:49,000 Saya datang untuk mengkaji lebih lanjut tentang watak-watak mitos tersebut. 374 00:25:51,000 --> 00:25:55,200 Bagi para ahli arkeologi, mitos selalunya rekaan dan tak lengkap. 375 00:25:56,000 --> 00:25:59,480 Mereka mengabaikannya dalam mengkaji sejarah. 376 00:26:00,840 --> 00:26:03,920 Namun, di Xochicalco, sesetengah pengkaji cuba 377 00:26:04,000 --> 00:26:05,640 untuk menghasilkan catatan kekal 378 00:26:05,720 --> 00:26:08,680 tentang mitos paling penting di Mexico purba. 379 00:26:09,640 --> 00:26:13,800 Catatan yang akan memelihara perkara yang dilupakan pada zaman prasejarah. 380 00:26:16,840 --> 00:26:20,040 Pada empat tiang yang mengelilingi kuil Quetzalcoatl 381 00:26:20,120 --> 00:26:22,440 ialah ukiran rumit dewa ini 382 00:26:22,520 --> 00:26:25,280 dengan rupanya dalam bentuk ular berbulu. 383 00:26:28,080 --> 00:26:32,360 Jelas sekali, dia merupakan entiti penting pada zaman 700 Masihi. 384 00:26:34,720 --> 00:26:39,000 Namun, Marco percaya bahawa ukiran glif pada batu itu 385 00:26:39,080 --> 00:26:42,480 mungkin mendedahkan butiran yang hilang daripada cerita asal. 386 00:26:44,080 --> 00:26:45,400 Apa hebatnya kuil ini? 387 00:26:45,480 --> 00:26:48,840 Jadi, di bahagian bawah piramid ini, 388 00:26:48,920 --> 00:26:52,880 ada gambaran ketibaan Quetzalcoatl 389 00:26:52,960 --> 00:26:55,400 yang dipaparkan pada tiga sisi… 390 00:26:55,480 --> 00:26:57,040 - Ya. - …piramid ini 391 00:26:57,120 --> 00:27:01,360 sampailah kepada glif pertama yang penting di sini. 392 00:27:01,440 --> 00:27:04,680 Itu pula ialah kuil terbakar. 393 00:27:04,760 --> 00:27:07,080 Terdapat kepulan asap serta api. 394 00:27:07,160 --> 00:27:09,600 - Nampak sedang terbakar. - Betul. 395 00:27:09,680 --> 00:27:12,040 Bagaimana dengan ular di sekelilingnya? 396 00:27:12,120 --> 00:27:14,320 Apa maknanya dalam konteks ini? 397 00:27:14,400 --> 00:27:16,640 Ini ekor ular. 398 00:27:16,720 --> 00:27:19,560 - Ya. - Ular itu melilit kuil terbakar ini. 399 00:27:19,640 --> 00:27:22,160 Nampak macam ombak melanggar… 400 00:27:22,240 --> 00:27:24,560 - Okey. - …kuil ini dari tepi. 401 00:27:24,640 --> 00:27:28,520 Kita dapat melihatnya seperti sebuah pulau. 402 00:27:29,160 --> 00:27:31,800 Jadi, ada kuil yang berapi 403 00:27:31,880 --> 00:27:34,000 dan ombak melanggarnya? 404 00:27:34,080 --> 00:27:35,400 - Betul. - Ya. 405 00:27:38,200 --> 00:27:40,640 Tafsirkan gambaran ini pula, Marco. 406 00:27:40,720 --> 00:27:43,680 Ini sesuatu yang berkuasa sedang duduk, 407 00:27:43,760 --> 00:27:46,480 rupanya macam sekawan ular 408 00:27:46,560 --> 00:27:51,080 sedang menuju ke arah kuil berapi itu. 409 00:27:51,800 --> 00:27:54,920 Ini pula gambaran bencana 410 00:27:55,000 --> 00:28:00,360 yang berlaku di suatu tempat. Di situlah Quetzalcoatl terselamat. 411 00:28:00,440 --> 00:28:05,440 Terdapat idea bahawa dewa itu datang dari tanah yang telah musnah. 412 00:28:05,520 --> 00:28:09,720 Ini pula ketibaan Dewa Quetzalcoatl di Mexico 413 00:28:09,800 --> 00:28:12,320 sebagai pengasas tamadun Mesoamerika. 414 00:28:13,320 --> 00:28:16,400 Ini satu babad berkenaan sejarah yang tak diketahui. 415 00:28:22,360 --> 00:28:27,640 Tafsiran Marco bahawa glif kuil itu ialah gambaran huru-hara zaman purba 416 00:28:27,720 --> 00:28:30,240 menyangkal semua pandangan arkeologi. 417 00:28:31,520 --> 00:28:34,600 Namun, itu tak bermakna dia silap. 418 00:28:36,480 --> 00:28:40,200 Kuil Ular Berbulu berusia kira-kira 1,300 tahun 419 00:28:40,280 --> 00:28:42,600 dan betullah kata para ahli arkeologi 420 00:28:42,680 --> 00:28:45,680 bahawa tiada bencana sedunia pada zaman itu 421 00:28:45,760 --> 00:28:48,360 yang dapat menginspirasikan mitos Quetzalcoatl. 422 00:28:48,920 --> 00:28:50,720 Ada perkara terlepas pandang. 423 00:28:50,800 --> 00:28:53,960 Tradisi ini lebih lama daripada kuil itu. 424 00:28:54,040 --> 00:28:56,000 Selama mana? Tiada sesiapa tahu. 425 00:28:56,080 --> 00:29:00,200 Namun, ada satu zaman prasejarah yang padan dengannya. 426 00:29:02,120 --> 00:29:06,640 Ahli geologi mengesahkan bahawa ada suatu bencana purba. 427 00:29:07,480 --> 00:29:10,080 Zaman bencana dan banjir besar 428 00:29:10,160 --> 00:29:14,640 yang kesannya sama besar di sini seperti di seluruh dunia 429 00:29:16,840 --> 00:29:22,760 pada penghujung Zaman Ais, kira-kira 12,800 tahun yang lalu. 430 00:29:23,600 --> 00:29:28,480 Mungkinkah kisah ketibaan Quetzalcoatl adalah pada waktu itu? 431 00:29:34,560 --> 00:29:38,440 Saya tak persoalkan usia struktur itu. 432 00:29:38,520 --> 00:29:42,920 Semua ini ialah cerita yang jauh lebih lama ke belakang. 433 00:29:43,720 --> 00:29:46,040 Sayangnya, apa yang kurang dalam arkeologi 434 00:29:46,120 --> 00:29:47,560 ialah arkeologi idea. 435 00:29:47,640 --> 00:29:51,280 Mereka terlalu fokus kepada usia sesuatu binaan 436 00:29:51,360 --> 00:29:53,360 tanpa mempedulikan idea yang tersirat. 437 00:29:53,440 --> 00:29:54,280 Betul. 438 00:29:56,720 --> 00:29:58,160 Jika kita melihat kembali 439 00:29:58,240 --> 00:30:01,640 melangkaui batasan arkeologi, 440 00:30:01,720 --> 00:30:04,480 barulah mitos itu akan masuk akal, 441 00:30:04,560 --> 00:30:07,240 bukan kenyataan rekaan dan bayangan semata-mata, 442 00:30:07,320 --> 00:30:10,240 tapi keterangan sebenar tentang sejarah yang dilupakan. 443 00:30:14,400 --> 00:30:17,880 Ahli arkeologi menolak pendapat sebegitu, 444 00:30:19,720 --> 00:30:21,880 tetapi saya tak boleh mengabaikan 445 00:30:21,960 --> 00:30:25,840 betapa luas kisah wira-wira tamadun ini telah tersebar. 446 00:30:27,400 --> 00:30:29,800 Kadangkala dewa, ataupun manusia 447 00:30:31,000 --> 00:30:33,840 yang muncul ketika huru-hara selepas bencana besar. 448 00:30:35,560 --> 00:30:37,240 Mengajar kemahiran pertanian, 449 00:30:37,320 --> 00:30:40,800 seni bina, kejuruteraan dan astronomi kepada mangsa terselamat. 450 00:30:42,560 --> 00:30:43,480 Dalam tradisi ini, 451 00:30:43,560 --> 00:30:47,360 saya percaya kesan tamadun yang hilang boleh ditemukan kembali. 452 00:30:49,000 --> 00:30:54,440 Jadi, di mana tamadun hilang ini bertapak sebelum bencana yang memusnahkannya? 453 00:30:55,480 --> 00:30:59,360 Terdapat banyak kemungkinan yang tak pernah dipertimbangkan. 454 00:30:59,440 --> 00:31:02,760 Sebab seperti yang kita lihat, pada kemuncak Zaman Ais… 455 00:31:02,840 --> 00:31:03,680 JAWA 456 00:31:03,760 --> 00:31:05,520 …rupa planet ini amat berbeza. 457 00:31:05,600 --> 00:31:06,440 SUNDALAND - TELUK BENGAL - LAUTAN HINDI 458 00:31:07,080 --> 00:31:10,600 Namun, banyak lagi petunjuk sedang menanti di seluruh dunia. 459 00:31:11,640 --> 00:31:13,960 Di sana, seperti di Cholula, 460 00:31:14,040 --> 00:31:17,120 banyak kuil besar dipercayai dibina 461 00:31:17,200 --> 00:31:18,960 oleh bangsa gergasi purba 462 00:31:20,200 --> 00:31:26,120 di pulau yang dahulunya bukan pulau, di tengah-tengah Laut Mediterranean. 463 00:31:26,200 --> 00:31:28,880 Itulah hala tuju saya yang seterusnya, 464 00:31:28,960 --> 00:31:31,440 persoalan besar pada batu itu. 465 00:31:32,280 --> 00:31:35,240 Batu Malta yang bermisteri. 466 00:32:01,600 --> 00:32:06,600 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi