1 00:00:06,040 --> 00:00:08,920 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:12,120 --> 00:00:13,080 - Dengar? - Ya. 3 00:00:13,160 --> 00:00:15,240 - Baik, sedia. - Rakaman pertama. 4 00:00:15,320 --> 00:00:17,200 Bagaimana awak huraikan diri? 5 00:00:18,960 --> 00:00:20,640 Bagaimana saya gambarkan diri? 6 00:00:20,720 --> 00:00:23,640 Awak pernah digambarkan sebagai ahli pseudo-arkeologi. 7 00:00:23,720 --> 00:00:25,960 - Betul. - Awak memilih data tertentu. 8 00:00:26,040 --> 00:00:29,240 Buku dibaca ribuan orang, tapi tak diiktiraf ahli akademik. 9 00:00:29,320 --> 00:00:30,400 ADAKAH GRAHAM HANCOCK GILA? 10 00:00:30,480 --> 00:00:33,320 Awak sedar yang awak berbalah dengan ahli akademik? 11 00:00:33,400 --> 00:00:35,880 Ramai orang yang tak mahu mendengarnya. 12 00:00:35,960 --> 00:00:39,760 Awak menjadi tajuk utama berpuluh tahun lamanya… 13 00:00:39,840 --> 00:00:40,920 UFUK YANG HILANG 14 00:00:41,000 --> 00:00:43,880 …awak dedahkan banyak idea kontroversi… 15 00:00:43,960 --> 00:00:45,040 LEBIH LAMA DARIPADA DILIHAT 16 00:00:45,120 --> 00:00:46,880 …yang kini ada asasnya. 17 00:00:48,280 --> 00:00:50,040 Saya Graham Hancock. 18 00:00:51,520 --> 00:00:54,920 Saya bukanlah ahli arkeologi atau saintis. 19 00:00:55,000 --> 00:00:56,720 Saya seorang wartawan 20 00:00:56,800 --> 00:01:00,960 dan subjek kajian saya ialah prasejarah manusia. 21 00:01:15,040 --> 00:01:20,080 Saya mengesyaki manusia ialah spesies yang mengalami amnesia. 22 00:01:20,880 --> 00:01:25,720 Kita lupa perkara masa lalu yang amat penting dalam sejarah kita. 23 00:01:26,400 --> 00:01:30,400 Saya merasakan perkara penting yang dilupakan itu 24 00:01:30,480 --> 00:01:34,480 ialah peradaban maju yang hilang ketika Zaman Ais. 25 00:01:36,680 --> 00:01:40,840 Berdekad lamanya saya mencari bukti peradaban yang hilang ini 26 00:01:40,920 --> 00:01:42,600 di seluruh dunia. 27 00:01:44,520 --> 00:01:48,440 Matlamat saya kini adalah menyatukan semua petunjuk… 28 00:01:48,520 --> 00:01:51,800 Nampak sangat pelik. 29 00:01:52,800 --> 00:01:56,560 …untuk menunjukkan bukti yang mencabar tanggapan umum tentang sejarah. 30 00:01:57,560 --> 00:02:00,440 Zamannya berlaku lebih awal. Sungguh awal. 31 00:02:01,000 --> 00:02:05,480 Binaan purba dengan kerumitan mengejutkan… 32 00:02:06,000 --> 00:02:09,480 Inilah tapak archeoastronomy di Amerika Utara yang menakjubkan. 33 00:02:10,160 --> 00:02:14,800 …mendedahkan corak peradaban maju prasejarah. 34 00:02:14,880 --> 00:02:16,800 Tiang ini umpama Batu Rosetta. 35 00:02:17,920 --> 00:02:21,440 Kemungkinan ketamadunan bermula jauh lebih awal 36 00:02:21,520 --> 00:02:22,360 semakin jelas. 37 00:02:23,560 --> 00:02:27,320 Hal ini pasti akan mengubah sejarah yang kita tahu selama ini. 38 00:02:27,400 --> 00:02:28,240 Ya. 39 00:02:30,920 --> 00:02:35,120 Sudah pasti idea ini tak disenangi oleh golongan pakar 40 00:02:35,200 --> 00:02:39,440 yang mengatakan satu-satunya manusia wujud ketika Zaman Ais 41 00:02:39,520 --> 00:02:41,080 hanya pemburu-pengumpul. 42 00:02:42,280 --> 00:02:47,080 Tanpa diragui, saya musuh nombor satu ahli arkeologi. 43 00:02:47,160 --> 00:02:49,840 Kenapa tak kata, "Tak tahu. Misteri ini sukar," 44 00:02:49,920 --> 00:02:50,840 dan biarkan saja? 45 00:02:50,920 --> 00:02:53,920 Tugas saya adalah memberi sudut pandang alternatif. 46 00:02:54,000 --> 00:02:57,400 Mungkin terdapat detik yang dilupakan dalam sejarah manusia. 47 00:02:57,480 --> 00:02:59,440 Mungkin juga dek rasa tersinggung, 48 00:02:59,520 --> 00:03:02,280 angkuh dan memandang rendah oleh ahli akademik 49 00:03:02,360 --> 00:03:04,600 menghalang kita ambil kira kemungkinan itu? 50 00:03:05,800 --> 00:03:09,000 Saya cuba mengubah paradigma sejarah. 51 00:03:23,120 --> 00:03:28,560 DAHULU PERNAH BERLAKUNYA BANJIR 52 00:03:31,520 --> 00:03:34,880 Selama 30 tahun, saya mencari sesuatu 53 00:03:34,960 --> 00:03:37,560 yang dikatakan mustahil untuk wujud. 54 00:03:39,400 --> 00:03:45,200 Tamadun maju, lebih lama daripada kita lenyap ditelan sejarah. 55 00:03:47,080 --> 00:03:51,200 Versi sejarah utama mengatakan selepas berakhir Zaman Ais… 56 00:03:51,680 --> 00:03:52,960 9,600 SM 57 00:03:53,040 --> 00:03:56,200 …manusia dulu, pemburu-pengumpul mengambil inisiatif 58 00:03:56,280 --> 00:04:00,080 secara tiba-tiba untuk bertani dan memelihara haiwan ternakan, 59 00:04:00,160 --> 00:04:03,360 membentuk penempatan yang berkembang menjadi bandar, 60 00:04:04,000 --> 00:04:07,720 sehingga tamadun pertama muncul sekitar 6,000 tahun lalu. 61 00:04:07,800 --> 00:04:08,720 4,000 SM 62 00:04:10,080 --> 00:04:14,040 Namun, penemuan baharu mencatatkan waktu yang lebih awal. 63 00:04:15,360 --> 00:04:19,160 Salah satu penemuan tersebut didapati di Indonesia. 64 00:04:20,160 --> 00:04:22,160 LAUTAN HINDI - LAUT JAWA MALAYSIA - SINGAPURA - MALAYSIA TIMUR 65 00:04:22,240 --> 00:04:24,560 Di pulau yang padat penduduk, Jawa… 66 00:04:24,640 --> 00:04:25,480 PULAU JAWA 67 00:04:26,480 --> 00:04:30,000 …empat jam di selatan Jakarta, dekat Kampung Karyamukti. 68 00:04:37,000 --> 00:04:40,440 Saya datang untuk menyiasat salah satu 69 00:04:40,520 --> 00:04:43,800 penemuan arkeologi paling kontroversi zaman ini. 70 00:04:45,040 --> 00:04:45,880 Bukti awal 71 00:04:45,960 --> 00:04:49,040 telah mengelirukan ahli arkeologi arus perdana 72 00:04:49,120 --> 00:04:52,520 kerana ia mempersoalkan segala yang kita ketahui 73 00:04:52,600 --> 00:04:54,280 tentang prasejarah manusia. 74 00:04:56,280 --> 00:04:58,840 Tapak ini menimbulkan soalan yang mengganggu. 75 00:04:59,840 --> 00:05:01,920 Bagaimana jika tamadun maju 76 00:05:02,000 --> 00:05:04,640 berkembang di Indonesia ketika Zaman Ais? 77 00:05:05,760 --> 00:05:07,880 Tamadun yang ditelan sejarah 78 00:05:07,960 --> 00:05:08,960 sehingga kini. 79 00:05:12,440 --> 00:05:14,360 Inilah Gunung Padang. 80 00:05:19,040 --> 00:05:23,040 Namanya membawa maksud gunung cahaya atau pencerahan 81 00:05:23,120 --> 00:05:24,840 dalam dialek bahasa Sunda. 82 00:05:27,440 --> 00:05:31,000 Warga tempatan mengagumi persekitarannya yang misteri… 83 00:05:34,440 --> 00:05:38,400 dan pengunjung datang dari jauh untuk menghormati semangat gunung. 84 00:05:40,160 --> 00:05:43,320 Mereka menyucikan diri di mata air purba di kaki gunung… 85 00:05:45,920 --> 00:05:47,400 sebelum mendaki… 86 00:05:49,440 --> 00:05:51,120 sejauh 110 meter. 87 00:05:52,560 --> 00:05:55,400 Sukar untuk mendaki cerun tinggi gunung itu. 88 00:05:57,400 --> 00:05:59,920 Namun, berbaloi apabila mencapai puncak. 89 00:06:05,200 --> 00:06:09,160 Gunung Padang tak seperti tempat lain di Bumi. 90 00:06:17,280 --> 00:06:21,600 Selama ini, ahli arkeologi menyangka ia hanyalah bukit di dalam hutan. 91 00:06:23,240 --> 00:06:25,320 Ada masalah dengan pendapat itu. 92 00:06:26,720 --> 00:06:30,000 Di puncak, terdapat blok batu bertaburan di seluruh landskap. 93 00:06:37,920 --> 00:06:41,880 Kepingan batu heksagon yang ganjil berselerak di merata tempat. 94 00:06:46,480 --> 00:06:47,720 Beribu-ribu. 95 00:06:48,680 --> 00:06:49,840 Sungguh mengagumkan. 96 00:06:51,600 --> 00:06:55,280 Cuma bukan asing lagi di landskap gunung berapi Indonesia 97 00:06:55,360 --> 00:06:58,120 dengan blok begini biasa terbentuk secara semula jadi. 98 00:07:00,120 --> 00:07:02,160 Ia dipanggil sendian turus 99 00:07:02,240 --> 00:07:05,880 dan terhasil apabila batu gunung berapi iaitu basalt, 100 00:07:05,960 --> 00:07:08,320 menyejuk dan merekah kepada bentuk jelas. 101 00:07:11,160 --> 00:07:14,040 Sekali pandang, teres terbuka ini boleh disangka 102 00:07:14,120 --> 00:07:16,680 pembentukan semula jadi batu gunung berapi, 103 00:07:16,760 --> 00:07:20,040 itulah sebabnya ahli arkeologi lewat untuk menyiasatnya. 104 00:07:21,000 --> 00:07:24,440 Apabila dilihat lebih dekat, semakin jelas 105 00:07:24,520 --> 00:07:28,600 batu-batu ini telah dipotong, digunakan semula sebagai bahan binaan 106 00:07:28,680 --> 00:07:30,440 dan disusun oleh manusia. 107 00:07:33,400 --> 00:07:35,920 Antara batu-batu yang jatuh itu, 108 00:07:36,000 --> 00:07:39,520 kesan struktur diperhatikan jelas kelihatan di seluruh bukit. 109 00:07:40,320 --> 00:07:47,120 Busut, bilik segi empat tepat dan tembok panjang 110 00:07:48,200 --> 00:07:50,440 di teres yang disusun dengan teliti, 111 00:07:52,520 --> 00:07:54,280 jelas sekali buatan manusia. 112 00:07:58,360 --> 00:08:02,920 Apabila ahli arkeologi, Ali Akbar dan pasukannya mengkaji pada 2012, 113 00:08:03,960 --> 00:08:06,200 mereka mengandaikan binaan di bukit ini 114 00:08:06,280 --> 00:08:09,520 pasti terbukti berusia kurang daripada 2,500 tahun. 115 00:08:10,800 --> 00:08:12,800 Kami tak tahu pentarikhan mutlak di tapak ini. 116 00:08:12,880 --> 00:08:13,880 UNIVERSITI INDONESIA 117 00:08:13,960 --> 00:08:18,600 Tapak ini telah ditinggalkan sekian lama dan mungkin dilupakan. 118 00:08:19,840 --> 00:08:24,120 Pasukan itu juga menganggap jurubina purba Gunung Padang 119 00:08:24,200 --> 00:08:27,640 telah menemui blok turus wujud secara semula jadi di tapak. 120 00:08:28,800 --> 00:08:31,240 Namun, mereka mendapati sesuatu yang aneh. 121 00:08:33,480 --> 00:08:37,960 Sendi turus diimport dari wilayah lain, 122 00:08:38,039 --> 00:08:39,360 dari lokasi lain. 123 00:08:40,320 --> 00:08:45,919 Maka setiap satu daripada blok ini, sehingga 50,000 daripadanya, 124 00:08:46,000 --> 00:08:50,000 setiap satu seberat suku tan, telah dibawa ke atas bukit ini. 125 00:08:52,720 --> 00:08:55,200 Apabila pasukan Dr. Akbar meninjau tapak, 126 00:08:55,840 --> 00:08:59,040 mereka segera menjumpai bukti kehadiran manusia 127 00:08:59,600 --> 00:09:03,640 pada lapisan budaya, tapi bukan di tempat yang dijangka. 128 00:09:05,200 --> 00:09:09,680 Kami amat terkejut tapak ini mengandungi dua lapisan budaya. 129 00:09:11,480 --> 00:09:15,600 Lapisan pertama pada permukaan dari tahun 500 SM. 130 00:09:16,120 --> 00:09:17,320 500 SEBELUM MASIHI 131 00:09:17,400 --> 00:09:19,080 Namun pada kedalaman empat meter, 132 00:09:19,160 --> 00:09:21,480 kami jumpa satu lagi lapisan budaya. 133 00:09:22,320 --> 00:09:25,360 Dari tahun 5,200 SM. 134 00:09:25,440 --> 00:09:28,680 5,200 SEBELUM MASIHI 135 00:09:29,280 --> 00:09:31,800 Amat mengejutkan. Kami tak sangka. 136 00:09:32,920 --> 00:09:34,000 Usianya amat tua. 137 00:09:37,840 --> 00:09:39,720 Pada 7,000 tahun lalu, 138 00:09:39,800 --> 00:09:42,520 jauh daripada pembinaan skala besar-besaran, 139 00:09:43,200 --> 00:09:45,840 tiada bukti penduduk rantau ini 140 00:09:45,920 --> 00:09:48,640 lebih daripada sekadar pemburu-pengumpul. 141 00:09:51,080 --> 00:09:54,400 Apakah yang mendorong mereka mencurahkan usaha besar 142 00:09:54,480 --> 00:09:56,200 dan membawa batu blok ke sini? 143 00:10:00,680 --> 00:10:03,800 Saya tak begitu pasti tentang fungsi tapak ini. 144 00:10:03,880 --> 00:10:09,640 Namun, kami masih tak menemukan rangka atau tulang manusia, 145 00:10:09,720 --> 00:10:11,760 maka ini bukan tempat pengebumian. 146 00:10:12,680 --> 00:10:15,840 Mungkin untuk keraian atau upacara. 147 00:10:18,840 --> 00:10:22,560 Kami berdepan dengan misteri. Misteri yang harus dirungkai. 148 00:10:26,760 --> 00:10:31,280 Satu lagi kajian yang menggali lebih dalam di tapak ini 149 00:10:31,360 --> 00:10:36,240 mendedahkan ada kemungkinan baharu yang perlu difahami para penyelidik. 150 00:10:38,000 --> 00:10:40,040 Mungkin mereka berdepan 151 00:10:40,120 --> 00:10:43,360 dengan hasil ketamadunan yang lenyap ditelan sejarah. 152 00:10:46,960 --> 00:10:50,920 Dr. Danny Hilman Natawidjaja menuntut di Caltech, 153 00:10:51,000 --> 00:10:54,640 tapi kini bekerja untuk Pusat Kajian Geoteknologi Indonesia. 154 00:10:56,920 --> 00:11:00,960 Sebagai ahli geologi, Dr. Hilman tahu ada sesuatu yang aneh 155 00:11:01,040 --> 00:11:02,240 tentang Gunung Padang. 156 00:11:05,680 --> 00:11:09,440 Apabila meneroka tapak, dia mendapati blok turus basalt 157 00:11:09,520 --> 00:11:11,760 bukan sekadar melitupi bukit itu. 158 00:11:13,640 --> 00:11:16,080 Malah mengelilingi cerun berteres 159 00:11:17,800 --> 00:11:20,880 meliputi sekurang-kurangnya 37 ekar. 160 00:11:24,040 --> 00:11:27,080 Bahagian terbuka di antara dua teres ini 161 00:11:27,160 --> 00:11:29,520 kelihatan seperti tembok penahan. 162 00:11:30,400 --> 00:11:34,240 Ada ahli arkeologi berpendapat pembentukan ini semula jadi. 163 00:11:34,320 --> 00:11:35,720 Batu ini semula jadi, 164 00:11:35,800 --> 00:11:38,800 tapi menurut mereka, seluruh binaan ini semula jadi juga. 165 00:11:38,880 --> 00:11:41,880 Memang betul, tapi kedudukannya bukan semula jadi. 166 00:11:41,960 --> 00:11:43,280 PAKAR GEOLOGI 167 00:11:43,360 --> 00:11:45,640 - Malah biasanya tegak. - Ya, tegak. 168 00:11:45,720 --> 00:11:47,520 - Betul. - Batu ini pula melintang. 169 00:11:47,600 --> 00:11:49,720 - Tak terpotong begini. - Ya. 170 00:11:49,800 --> 00:11:51,920 Semua batu di sini dipotong satu atau 1.5 meter. 171 00:11:52,000 --> 00:11:52,840 Betul. 172 00:11:54,400 --> 00:11:57,560 Dr. Hilman juga mendapati ada sesuatu yang luar biasa 173 00:11:58,880 --> 00:12:00,360 di celah-celah batu. 174 00:12:01,280 --> 00:12:04,720 Pada kedudukan biasa, tiada jisim tanah di antaranya. 175 00:12:05,280 --> 00:12:06,680 Kedudukannya amat rapat. 176 00:12:08,640 --> 00:12:12,160 Namun, di celah batu turus ini, terdapat mortar 177 00:12:12,240 --> 00:12:15,960 - yang memegangnya seperti simen. - Ya. 178 00:12:16,040 --> 00:12:19,240 Ketebalan sekitar 5 cm dan amat konsisten. 179 00:12:19,320 --> 00:12:22,320 Ya, mereka meratakan blok binaan 180 00:12:22,400 --> 00:12:26,120 dengan meletakkan mortar di celah-celah. Sudah pasti dibuat manusia 181 00:12:26,200 --> 00:12:28,120 - dalam proses pembinaan. - Ya. 182 00:12:31,960 --> 00:12:33,480 Danny mula menyiasat 183 00:12:33,560 --> 00:12:35,960 dan kejutan mula muncul. 184 00:12:37,880 --> 00:12:42,360 Dr. Hilman mula menyedarinya semasa data disatukan 185 00:12:43,000 --> 00:12:46,200 iaitu Gunung Padang lebih daripada sekadar bukit. 186 00:12:50,760 --> 00:12:53,880 Ini ialah tapak purba Gunung Padang. 187 00:12:55,280 --> 00:12:57,880 Terdapat tangga di bahagian utara 188 00:12:57,960 --> 00:12:59,720 yang setinggi lebih 90 meter 189 00:12:59,800 --> 00:13:02,320 yang mencapai teres pertama daripada lima. 190 00:13:03,800 --> 00:13:09,280 Di kawasan sekitar 150 meter panjang dan 40 meter lebar, 191 00:13:10,920 --> 00:13:15,840 seluruh bukit ini dikelilingi oleh tembok penahan turus basalt. 192 00:13:17,280 --> 00:13:20,120 Menggunakan kira-kira 50,000 blok, 193 00:13:20,200 --> 00:13:22,840 projek transformasi tanah yang besar ini 194 00:13:22,920 --> 00:13:24,880 menggambarkan bukit gunung berapi 195 00:13:24,960 --> 00:13:28,600 boleh dilihat sebagai piramid bertangga. 196 00:13:34,280 --> 00:13:36,560 Semua ini teres buatan manusia. 197 00:13:36,640 --> 00:13:37,480 Ya. 198 00:13:38,000 --> 00:13:40,920 Bukan bentuk piramid yang sama 199 00:13:41,000 --> 00:13:43,760 seperti piramid Mayan atau Giza. 200 00:13:43,840 --> 00:13:48,560 Tak, tapi gambaran sama dengan bentuk piramid berteres. 201 00:13:48,640 --> 00:13:50,680 - Ya, dengan ciri bulatan. - Betul. 202 00:13:52,160 --> 00:13:55,040 Ada persoalan tentang definisi. Apakah piramid? 203 00:13:55,120 --> 00:13:59,280 Kita anggap ia struktur meninggi dalam teres-teres menuju puncak 204 00:13:59,360 --> 00:14:01,880 dan itulah yang dapat dilihat pada Gunung Padang. 205 00:14:03,760 --> 00:14:07,960 Hakikat bahawa piramid purba wujud di sini 206 00:14:08,040 --> 00:14:12,280 boleh mengubah pengetahuan kita tentang kemampuan nenek moyang kita. 207 00:14:14,080 --> 00:14:18,440 Pakar arkeologi percaya bahawa piramid tertua di dunia 208 00:14:18,520 --> 00:14:21,520 berusia sekitar 4,700 tahun lalu. 209 00:14:22,680 --> 00:14:25,160 Lokasinya bukan di Mesir, tapi Peru. 210 00:14:25,240 --> 00:14:26,800 KOTA SUCI CARAL-SUPE PERU 211 00:14:26,880 --> 00:14:30,800 Namun, Dr. Hilman menemukan bukti Gunung Padang mungkin lebih tua. 212 00:14:33,200 --> 00:14:34,960 Berapa usia piramid ini sebenarnya? 213 00:14:35,920 --> 00:14:38,920 Siapa yang bina? Mengapa? 214 00:14:44,240 --> 00:14:46,080 Dr. Hilman dan pasukannya 215 00:14:46,160 --> 00:14:49,840 menggunakan teknologi yang biasa dalam tinjauan geologi 216 00:14:49,920 --> 00:14:52,840 untuk mencari jawapan di dalam struktur piramid. 217 00:14:53,960 --> 00:14:56,400 Kami ada tiga kaedah. 218 00:14:56,480 --> 00:14:59,800 - GPR. - Ya, radar penembus tanah. 219 00:14:59,880 --> 00:15:02,160 - Radar penembus tanah. - Ya. 220 00:15:02,240 --> 00:15:05,000 - Tomografi kerintangan. - Ya. 221 00:15:05,080 --> 00:15:07,160 Juga tomografi seismik. 222 00:15:09,480 --> 00:15:13,840 Sebelum ini, ahli arkeologi telah menggali di tapak sedalam beberapa meter 223 00:15:13,920 --> 00:15:16,440 dan di beberapa parit terasing. 224 00:15:17,880 --> 00:15:20,760 Teknologi baharu ini dapat meliputi kawasan lebih luas… 225 00:15:21,280 --> 00:15:22,840 - 30 meter, ya. - 30 meter. 226 00:15:23,400 --> 00:15:24,800 …dan jauh lebih dalam. 227 00:15:25,640 --> 00:15:29,000 Kami akan guna radar penembus tanah, 228 00:15:29,080 --> 00:15:30,400 tinjauan GPR. 229 00:15:31,360 --> 00:15:33,200 Radar penembus tanah 230 00:15:33,280 --> 00:15:36,000 mengeluarkan gelombang radio ke dalam tanah. 231 00:15:36,680 --> 00:15:41,880 Apabila terkena sesuatu, gelombang dipantul semula, data direkod dan dikaji. 232 00:15:43,440 --> 00:15:49,160 Kami pilih frekuensi 40 megahertz untuk penembusan 30 meter. 233 00:15:51,840 --> 00:15:54,120 Okey, mari mulakan. 234 00:16:06,440 --> 00:16:10,600 Semakin banyak yang Dr. Hilman dan pasukannya pelajari daripada imbasan, 235 00:16:10,680 --> 00:16:12,680 misteri semakin gempar. 236 00:16:14,280 --> 00:16:17,280 Sifat struktur di bawah tanah menjadi semakin rumit. 237 00:16:17,360 --> 00:16:19,480 Tiang turus basalt sentiasa ada 238 00:16:19,560 --> 00:16:21,200 dijadikan bahan binaan. 239 00:16:22,880 --> 00:16:27,880 Tomografi seismik telah mendedahkan satu tempat yang menarik 240 00:16:27,960 --> 00:16:29,400 jauh di dalam bukit. 241 00:16:30,840 --> 00:16:34,640 Pecutan seismik di sini sekitar 200 meter sesaat. 242 00:16:34,720 --> 00:16:37,680 Baiklah. Apakah maksudnya? 243 00:16:38,680 --> 00:16:39,720 Ada ruang kosong. 244 00:16:39,800 --> 00:16:41,400 TEROWONG/RUANG 245 00:16:41,480 --> 00:16:43,720 - Ruang yang kosong. - Kosong. 246 00:16:43,800 --> 00:16:46,200 Awak boleh tahu bentuk ruang kosong itu? 247 00:16:46,280 --> 00:16:48,440 Ya, seperti yang dilihat, bentuknya segi empat tepat. 248 00:16:48,520 --> 00:16:50,000 - Segi empat tepat. - Ya. 249 00:16:50,080 --> 00:16:51,920 - Kedudukan ini betul-betul… - Ya. 250 00:16:52,000 --> 00:16:54,160 - …di tengah tapak ini… - Ya. 251 00:16:55,320 --> 00:16:57,960 …di bawah Teres Satu juga ada satu ruang… 252 00:16:58,040 --> 00:17:00,120 RUANG DINDING PALSU 253 00:17:00,200 --> 00:17:02,280 - Ya. - …bersambung ke ruang ini 254 00:17:02,360 --> 00:17:04,160 di bawah teres kedua. 255 00:17:07,360 --> 00:17:09,920 Dr. Hilman dan pasukannya menemukan 256 00:17:10,720 --> 00:17:14,040 sekurang-kurangnya tiga ruang segi empat tepat yang besar. 257 00:17:14,720 --> 00:17:17,200 Satu daripada kedalaman sepuluh meter, 258 00:17:17,280 --> 00:17:19,720 mungkin laluan masuk 259 00:17:19,800 --> 00:17:23,680 yang memiliki terowong masuk menuju ruang utama yang lebih besar. 260 00:17:24,960 --> 00:17:28,440 Satu lagi laluan menghubungkan ruang yang ketiga, 261 00:17:28,520 --> 00:17:30,520 sekitar 20 hingga 30 meter dalam. 262 00:17:31,319 --> 00:17:35,040 Ketiga-tiganya terletak di sepanjang paksi pusat tapak tersebut. 263 00:17:37,400 --> 00:17:40,440 Saya amat tertarik dengan ruang-ruang ini. 264 00:17:40,520 --> 00:17:43,200 Saya sangat berharap ahli arkeologi 265 00:17:43,280 --> 00:17:44,840 dapat ekskavasi tapak ini. 266 00:17:44,920 --> 00:17:47,640 Apabila melihat ruang ini… 267 00:17:47,720 --> 00:17:48,880 - Ya. - …ketiga-tiganya, 268 00:17:49,600 --> 00:17:51,600 kami berasa kagum. 269 00:17:55,000 --> 00:17:57,480 Awak sudah temukan sesuatu yang penting. 270 00:17:57,560 --> 00:17:59,640 - Ya. - Tiada keraguan lagi. 271 00:17:59,720 --> 00:18:00,600 Ya. 272 00:18:04,840 --> 00:18:09,240 Namun, bagi sejarawan dan ahli arkeologi yang mula-mula ekskavasi tapak ini, 273 00:18:09,320 --> 00:18:12,560 penemuan Dr. Hilman tak masuk akal. 274 00:18:15,760 --> 00:18:18,560 Garis masa sejarah manusia yang diterima pakai 275 00:18:18,640 --> 00:18:20,760 mengatakan bahawa puak pemburu-pengumpul 276 00:18:20,840 --> 00:18:23,600 tinggal di puncak bukit sekitar 7,000 tahun lalu… 277 00:18:23,680 --> 00:18:25,160 5,200 SEBELUM MASIHI 278 00:18:25,240 --> 00:18:28,080 …seharusnya tak mampu membuat binaan 279 00:18:28,160 --> 00:18:30,440 dengan saiz sebesar dan serumit ini. 280 00:18:31,680 --> 00:18:33,600 Akan tetapi, ia wujud. 281 00:18:36,400 --> 00:18:38,800 Misteri yang meminta untuk dibongkar. 282 00:18:42,840 --> 00:18:46,000 Untuk menentukan tarikh pada "bukit" ini, 283 00:18:46,680 --> 00:18:50,080 Dr. Hilman dan pasukannya menggunakan satu lagi alatan, 284 00:18:51,480 --> 00:18:52,400 penggerudian teras. 285 00:18:56,400 --> 00:19:01,640 Seperti dijangka, sampel dua lapisan yang teratas bertarikh 3,000 tahun lalu… 286 00:19:01,720 --> 00:19:03,880 1,000 SEBELUM MASIHI 287 00:19:03,960 --> 00:19:06,120 …sekitar 8,000 tahun lalu. 288 00:19:06,200 --> 00:19:07,240 6,000 SEBELUM MASIHI 289 00:19:07,760 --> 00:19:12,040 Namun, apabila menggali sedalam 15 meter iaitu sekitar 50 kaki, 290 00:19:12,120 --> 00:19:14,520 mereka menjumpai sesuatu yang tak dijangka. 291 00:19:15,480 --> 00:19:17,000 6,000 SEBELUM MASIHI 292 00:19:17,080 --> 00:19:22,080 Bahagian yang dibentuk sekitar 11,600 tahun lalu… 293 00:19:22,160 --> 00:19:24,040 9,600 SEBELUM MASIHI 294 00:19:24,120 --> 00:19:28,320 …menunjukkan usia tapak ini pada penghujung Zaman Ais. 295 00:19:31,680 --> 00:19:34,880 Penemuan Dr. Hilman tak terhenti di situ. 296 00:19:35,720 --> 00:19:41,560 Semakin dalam sekitar 30 meter, dia mendapati lapisan terawal pembinaan. 297 00:19:41,640 --> 00:19:44,000 Mari cuba tarikhkan bila struktur ini dibentuk. 298 00:19:44,080 --> 00:19:47,040 Okey. Lapisan empat mungkin sebelum 20,000 SM. 299 00:19:47,120 --> 00:19:49,120 - Mungkin lebih awal. - Sangat tua. 300 00:19:49,720 --> 00:19:52,800 Teras gerudi mengorek bahan boleh ditarikh 301 00:19:52,880 --> 00:19:56,000 sejauh 24,000 tahun yang lalu. 302 00:19:56,080 --> 00:19:59,360 22,000 SM 303 00:19:59,440 --> 00:20:03,840 Bahan organik jelas dikaitkan dengan unsur struktur binaan yang tertanam. 304 00:20:05,480 --> 00:20:08,520 Saya dan Danny berasa yakin, 305 00:20:08,600 --> 00:20:11,960 Gunung Padang memiliki asal usul purba yang lama terbentuk. 306 00:20:16,200 --> 00:20:20,000 Penemuan Danny amat luar biasa dan mengejutkan. 307 00:20:21,200 --> 00:20:24,880 Ahli arkeologi sudah sekian lama mengatakan 308 00:20:24,960 --> 00:20:28,720 tiada binaan skala besar dibina di mana-mana Asia Tenggara 309 00:20:28,800 --> 00:20:30,840 sehinggalah 4,000 tahun lalu. 310 00:20:36,160 --> 00:20:39,320 Pentarikhan struktur ini meletakkan ia pada Zaman Ais. 311 00:20:39,400 --> 00:20:42,080 Saya rasa sangat teruja. 312 00:20:42,160 --> 00:20:43,600 - Ya. - Saya tertanya-tanya 313 00:20:43,680 --> 00:20:47,040 sekiranya ruang tersebut mengandungi bukti atau maklumat 314 00:20:47,120 --> 00:20:49,000 yang mungkin memberi petunjuk… 315 00:20:49,080 --> 00:20:51,480 - Ya. - …dalam pencarian tamadun hilang saya. 316 00:20:51,560 --> 00:20:55,440 - Kita tahu serba sedikit tentang sejarah. - Ya. 317 00:20:55,520 --> 00:20:57,720 Saya rasa kita terlepas sesuatu yang besar di sini. 318 00:21:00,840 --> 00:21:04,360 Idea ini sukar diterima oleh arkeologi arus perdana. 319 00:21:04,920 --> 00:21:07,760 Tanggapan mengatakan ia struktur buatan manusia 320 00:21:07,840 --> 00:21:10,240 tak pernah dicabar oleh sesiapa. 321 00:21:10,840 --> 00:21:14,360 Namun, mereka sukar untuk menerima 322 00:21:14,440 --> 00:21:18,120 bahawa asal binaan ini mungkin sejak 24,000 tahun yang lalu. 323 00:21:20,360 --> 00:21:22,120 Semasa Zaman Ais terakhir. 324 00:21:32,920 --> 00:21:35,840 Golongan sarjana sukar untuk menerimanya 325 00:21:35,920 --> 00:21:38,760 kerana Zaman Ais ialah waktu yang istimewa 326 00:21:40,000 --> 00:21:42,320 dan dunia juga sungguh berbeza. 327 00:21:45,760 --> 00:21:50,760 Ketika 20,000 tahun lalu, Bumi tak kelihatan seperti kini. 328 00:21:50,840 --> 00:21:53,480 Pulau Jawa masih belum terbentuk. 329 00:21:54,880 --> 00:21:59,600 Kedudukannya ialah paling selatan di benua Asia Tenggara. 330 00:21:59,680 --> 00:22:02,800 Benua yang digelar Sundaland oleh ahli geologi. 331 00:22:05,840 --> 00:22:07,800 Ketika Zaman Ais terakhir, 332 00:22:07,880 --> 00:22:13,480 paras air laut sekitar 120 meter, lebih rendah daripada sekarang. 333 00:22:14,840 --> 00:22:15,680 JAWA 334 00:22:15,760 --> 00:22:19,640 Laut Jawa waktu ini sebenarnya kawasan tanah yang luas 335 00:22:19,720 --> 00:22:22,080 menjangkau keluar dari tanah besar Asia. 336 00:22:22,920 --> 00:22:27,160 Sundaland terdiri daripada kawasan seluar 180,000 km persegi 337 00:22:28,160 --> 00:22:29,000 22,000 SM 338 00:22:29,080 --> 00:22:32,280 …sekitar seluas saiz barat AS. 339 00:22:32,360 --> 00:22:34,800 Seluruh kawasan sub-benua. 340 00:22:34,880 --> 00:22:36,240 LAUTAN HINDI - TELUK BENGAL 341 00:22:38,560 --> 00:22:43,600 Puak pemburu-pengumpul hidup dengan baik kerana hidupan liar Sundaland 342 00:22:43,680 --> 00:22:48,760 selama 45,000 lalu, malah mungkin lebih daripada itu. 343 00:22:50,600 --> 00:22:54,360 Kenapa budaya yang lebih berteknologi 344 00:22:54,440 --> 00:22:56,040 tak boleh wujud di sini juga? 345 00:22:57,880 --> 00:23:02,440 Di dunia yang dingin dan mencabar, tanah luas Asia Tenggara 346 00:23:02,520 --> 00:23:05,640 mungkin antara tempat yang hangat yang sesuai 347 00:23:05,720 --> 00:23:08,320 untuk manusia peradaban awal dapat cuba 348 00:23:08,400 --> 00:23:11,280 membangunkan tamadun yang maju dan canggih. 349 00:23:13,160 --> 00:23:15,640 Saya rasa pembina di Gunung Padang 350 00:23:15,720 --> 00:23:17,880 berkongsi dengan pemburu-pengumpul 351 00:23:17,960 --> 00:23:20,520 yang sememangnya wujud secara meluas ketika itu. 352 00:23:25,600 --> 00:23:27,560 Idea itu bukanlah tak munasabah. 353 00:23:28,800 --> 00:23:32,360 Malah hari ini, negara paling maju teknologi 354 00:23:32,440 --> 00:23:36,360 wujud seiring dengan pemburu-pengumpul seperti Puak San di Namibia 355 00:23:37,080 --> 00:23:38,840 atau Puak Lacandon di Mexico 356 00:23:40,120 --> 00:23:42,480 atau Kazakh di Mongolia. 357 00:23:43,880 --> 00:23:47,040 Budaya dan tahap pembangunan yang berbeza 358 00:23:47,600 --> 00:23:49,720 sentiasa wujud seiring satu sama lain. 359 00:23:51,000 --> 00:23:52,680 Gunung Padang menunjukkan 360 00:23:52,760 --> 00:23:57,560 beberapa budaya sekitar Pentas Sunda 361 00:23:57,640 --> 00:24:01,760 mampu membina struktur megalitik gergasi. 362 00:24:05,320 --> 00:24:09,080 Struktur yang dibina khusus menggunakan blok turus basalt. 363 00:24:11,240 --> 00:24:14,800 Saya pernah melihat gaya binaan ini di bahagian lain dunia 364 00:24:16,480 --> 00:24:21,800 di sebuah Kepulauan Pasifik Pohnpei, di tapak bernama Nan Madol. 365 00:24:23,600 --> 00:24:27,160 Ia turut dibina menggunakan blok basalt gunung berapi 366 00:24:27,240 --> 00:24:30,640 yang disusun bertindih sama seperti Gunung Padang. 367 00:24:32,400 --> 00:24:34,880 Ahli arkeologi percaya kebanyakan binaan 368 00:24:34,960 --> 00:24:39,240 yang dilihat di Nan Madol hari ini bertarikh sekitar 900 tahun lalu 369 00:24:39,320 --> 00:24:42,040 semasa batu blok diambil di pulau bersebelahan. 370 00:24:44,080 --> 00:24:46,880 Namun ketika eksplorasi sebelum ini, 371 00:24:46,960 --> 00:24:52,320 saya mendapati tiang besarnya menjangkau lebih garis air 372 00:24:53,920 --> 00:24:56,800 menunjukkan versi lebih awal mungkin telah dibina 373 00:24:56,880 --> 00:25:00,400 semasa paras air lebih rendah ketika Zaman Ais terakhir. 374 00:25:03,920 --> 00:25:05,560 Mungkinkah jurubina Gunung Padang 375 00:25:05,640 --> 00:25:08,880 berjaya merentas Pasifik Selatan ke Micronesia? 376 00:25:10,840 --> 00:25:13,240 Jika benar, apa terjadi kepada mereka? 377 00:25:17,360 --> 00:25:20,360 Saya percaya perkara ini ada kaitan dengan peristiwa 378 00:25:20,920 --> 00:25:23,080 sekitar 12,800 tahun lalu 379 00:25:23,640 --> 00:25:28,440 semasa Zaman Ais tiba-tiba berubah secara mengejut. 380 00:25:30,400 --> 00:25:34,480 Suhu semakin meningkat untuk jangka masa yang panjang. 381 00:25:35,440 --> 00:25:38,160 Tiba-tiba, dua perkara berlaku pada masa yang sama. 382 00:25:38,240 --> 00:25:40,640 Pertama, suhu global menjunam 383 00:25:40,720 --> 00:25:43,440 ke paras kemuncak Zaman Ais 384 00:25:43,520 --> 00:25:46,320 dan terjadi dalam semalaman. 385 00:25:47,320 --> 00:25:51,560 Kedua, ada kenaikan paras laut yang tak dapat dijelaskan. 386 00:25:52,960 --> 00:25:58,560 Biasanya semasa Zaman Ais, ketika tiba waktu beku, 387 00:25:58,640 --> 00:26:02,080 anda tak menjangka sejumlah besar air masuk ke dalam laut 388 00:26:02,160 --> 00:26:04,320 kerana air tersebut telah menjadi ais. 389 00:26:06,240 --> 00:26:09,240 Peristiwa banjir besar terjadi. 390 00:26:09,960 --> 00:26:16,720 Antara 12,800 dan 11,600 tahun lalu, paras laut dunia meningkat mengejut… 391 00:26:16,800 --> 00:26:17,640 9,600 SM 392 00:26:17,720 --> 00:26:21,560 …dalam banjir besar berturutan satu demi satu. 393 00:26:21,640 --> 00:26:24,760 Lama-kelamaan, benua besar Sundaland 394 00:26:24,840 --> 00:26:27,920 ditelan laut, menjadi dunia yang lenyap. 395 00:26:30,400 --> 00:26:32,240 Hal ini mendorong soalan jelas. 396 00:26:32,840 --> 00:26:37,440 Mungkin ada lagi kuil dan binaan di Laut Jawa 397 00:26:37,520 --> 00:26:39,080 menunggu untuk ditemukan? 398 00:26:42,120 --> 00:26:45,720 Tiada sesiapa tahu apa yang lenyap akibat kenaikan paras air laut. 399 00:26:58,240 --> 00:27:02,640 Zaman banjir besar ini pasti menimbulkan trauma kepada manusia. 400 00:27:04,600 --> 00:27:06,760 Malah, ada testimoni mengatakannya. 401 00:27:09,120 --> 00:27:12,600 Hampir setiap budaya kuno menyebut tentang banjir besar 402 00:27:12,680 --> 00:27:14,120 yang menelan Bumi. 403 00:27:14,840 --> 00:27:16,080 Di Indonesia, 404 00:27:16,160 --> 00:27:19,760 Puak Batak ada versi tersendiri mitos banjir global ini. 405 00:27:21,680 --> 00:27:23,280 TUHAN PENCIPTA 406 00:27:24,920 --> 00:27:28,680 Suatu ketika dahulu, Bumi menjadi tua dan kotor. 407 00:27:29,640 --> 00:27:32,920 Maka Dewa Pencipta Debata, menghantar banjir besar 408 00:27:33,000 --> 00:27:35,240 untuk membersihkan Bumi daripada hidupan. 409 00:27:36,800 --> 00:27:40,160 Pasangan manusia terakhir berlindung di gunung tertinggi. 410 00:27:40,920 --> 00:27:43,560 Semasa air hampir menenggelamkan mereka, 411 00:27:43,640 --> 00:27:46,000 Dewa bertaubat daripada memusnahkan manusia. 412 00:27:47,240 --> 00:27:49,200 Dia mencipta segumpal tanah, 413 00:27:49,800 --> 00:27:53,120 meletakkannya di atas banjir lalu membentuk pulau Indonesia 414 00:27:54,000 --> 00:27:55,760 dan pasangan itu terselamat. 415 00:27:57,240 --> 00:28:01,240 Pasangan itu beranak-pinak dan membentuk populasi Bumi semula 416 00:28:01,320 --> 00:28:03,760 lalu menjadi nenek moyang Puak Batak. 417 00:28:06,640 --> 00:28:11,080 Inilah kisah kiamat purba yang didengari berulang kali 418 00:28:11,160 --> 00:28:16,360 dalam tradisi dari seluruh dunia, diturunkan selama beribu-ribu tahun. 419 00:28:17,000 --> 00:28:19,640 Dalam Bible, menyebut tentang Noah. 420 00:28:20,440 --> 00:28:24,160 Kisah rakyat India juga menceritakan seorang nelayan, Manu, 421 00:28:24,240 --> 00:28:27,560 terselamat daripada bah besar setelah diberi amaran dewa. 422 00:28:28,360 --> 00:28:34,760 Dari Sumeria hingga Babylon, orang Yunani purba dan China, 423 00:28:35,440 --> 00:28:38,080 semua mempunyai versi yang serupa. 424 00:28:38,680 --> 00:28:41,160 Tanggapan kononnya semua kisah ini kebetulan 425 00:28:41,240 --> 00:28:44,880 dan dicipta bebas oleh budaya tertentu adalah tak munasabah. 426 00:28:47,600 --> 00:28:51,320 Semua cerita ini mungkin mengisahkan 427 00:28:51,400 --> 00:28:53,720 cerita yang diperturunkan setiap generasi 428 00:28:53,800 --> 00:28:55,360 yang terselamat. 429 00:28:55,440 --> 00:28:57,280 Ya. Peristiwa bencana besar dunia 430 00:28:57,360 --> 00:28:59,920 - melibatkan paras air naik pantas… - Ya. 431 00:29:00,000 --> 00:29:03,960 …memang berlaku dan tiba-tiba banjir besar seluruh dunia 432 00:29:04,040 --> 00:29:07,040 bukan lagi sekadar mitos, tapi menjadi satu memori. 433 00:29:07,120 --> 00:29:08,640 - Ya. - Kisah peristiwa sebenar. 434 00:29:11,640 --> 00:29:14,640 Saya kagum dengan sejarah purba Indonesia 435 00:29:15,560 --> 00:29:18,960 dan sejarah mula terpampang untuk kita di Gunung Padang. 436 00:29:19,880 --> 00:29:21,880 Namun, menurut cara arkeologi, 437 00:29:21,960 --> 00:29:25,600 pasti terdapat tentangan terhadap bukti baharu 438 00:29:25,680 --> 00:29:27,080 dan perkara itu bermasalah 439 00:29:27,160 --> 00:29:29,360 kerana sains patut terbuka untuk bukti baharu 440 00:29:29,440 --> 00:29:31,480 dan sedia mengubah tanggapan 441 00:29:31,560 --> 00:29:34,600 apabila bukti baharu mencadangkan ia harus diubah. 442 00:29:35,560 --> 00:29:38,720 Apakah reaksi yang awak terima daripada rakan arkeologi? 443 00:29:38,800 --> 00:29:41,440 - Mereka masih tak terima. - Ya. 444 00:29:41,520 --> 00:29:43,760 Saya kesal kerana ahli arkeologi 445 00:29:43,840 --> 00:29:47,040 atau penyelidik berhenti mengkaji. 446 00:29:47,600 --> 00:29:51,240 Menyedihkan kerana paling tidak, ada misteri menarik di sini 447 00:29:51,320 --> 00:29:53,600 dan ahli arkeologi patut beri perhatian. 448 00:29:53,680 --> 00:29:56,800 Kalau kami dapat buktikan dengan jelas, 449 00:29:56,880 --> 00:30:01,880 terima adanya tamadun maju manusia sebelum 11,000 SM, 450 00:30:01,960 --> 00:30:03,200 penemuan itu satu langkah besar. 451 00:30:06,240 --> 00:30:07,360 Saya telah berhujah 452 00:30:07,440 --> 00:30:11,200 bahawa bencana besar global terjadi pada 12,500 tahun lalu 453 00:30:12,800 --> 00:30:14,720 yang memusnahkan hampir semua hidupan. 454 00:30:15,680 --> 00:30:19,160 Kita hanya teringat memori kelam… 455 00:30:23,200 --> 00:30:25,680 yang diabaikan, "Tak, itu bukan memori. 456 00:30:26,440 --> 00:30:29,080 Hanya kisah rakyat. Mitos dan tradisi semata-mata." 457 00:30:29,960 --> 00:30:31,200 Saya rasa ia memori. 458 00:30:31,280 --> 00:30:33,720 Memori sebenarnya tentang peristiwa dahsyat 459 00:30:33,800 --> 00:30:36,600 menimpa nenek moyang kita pada akhir Zaman Ais. 460 00:30:37,200 --> 00:30:41,520 Terpelihara dalam legenda, seni dan batu. 461 00:30:42,360 --> 00:30:44,600 Bukan sekadar bah besar yang diceritakan. 462 00:30:45,480 --> 00:30:48,800 Ada juga kisah orang terselamat daripada bencana itu, 463 00:30:48,880 --> 00:30:53,000 pengembara bijaksana yang membentuk kelahiran semula manusia. 464 00:30:54,680 --> 00:30:57,040 Tradisi ini amat kuat 465 00:30:57,120 --> 00:30:58,680 dalam budaya purba sama 466 00:30:59,440 --> 00:31:02,880 yang mencipta piramid terbesar buatan manusia di Bumi. 467 00:31:04,200 --> 00:31:05,600 Di situlah destinasi saya 468 00:31:06,960 --> 00:31:08,560 dan tempatnya bukan di Mesir. 469 00:31:33,600 --> 00:31:38,600 Terjemahan sari kata oleh NH Azizan