1 00:00:41,083 --> 00:00:44,253 NAMA, ORGANISASI DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI BUKAN YANG SEBENAR 2 00:00:44,336 --> 00:00:45,713 SEMUA KISAH SEKADAR REKAAN 3 00:01:11,071 --> 00:01:14,658 Yeo-reum, cepat bangun dan turun bersarapan! 4 00:01:25,085 --> 00:01:27,213 Nak, cepat bangun dan makan. 5 00:01:27,296 --> 00:01:29,965 Cepat, ibu awak sediakan stu doenjang yang sedap. 6 00:01:30,841 --> 00:01:31,967 Baik, ayah. 7 00:01:43,312 --> 00:01:45,272 Saya akan nikmatinya. 8 00:01:45,356 --> 00:01:46,857 Rasalah stu doenjang. 9 00:01:46,941 --> 00:01:50,152 Ibu tak pasti jika ia sedap, mungkin agak masin. 10 00:01:54,573 --> 00:01:55,866 Ibu, ia sedap. 11 00:01:55,950 --> 00:01:57,576 - Makanlah banyak-banyak. - Sedap? 12 00:01:57,660 --> 00:01:59,036 Cuba telur puyuh juga. 13 00:02:00,913 --> 00:02:04,166 Sayang, keluarkan bawang putih jeruk kegemaran Yeo-reum. 14 00:02:04,250 --> 00:02:05,626 Saya hampir terlupa! 15 00:02:05,709 --> 00:02:06,669 Tak apa, ibu! 16 00:02:06,752 --> 00:02:09,380 Sudah cukup banyak lauk, saya akan makan apa yang ada. 17 00:02:09,463 --> 00:02:11,465 Cuma perlu keluarkannya dari peti sejuk. 18 00:02:11,549 --> 00:02:16,178 Tak apa, dah cukup banyak lauk. Saya akan makan waktu makan malam nanti. 19 00:02:23,811 --> 00:02:25,563 Betulkah awak dah tak apa-apa? 20 00:02:27,189 --> 00:02:28,524 Saya dah pulih. 21 00:02:28,607 --> 00:02:31,652 Saya dibenarkan keluar hospital sebab saya dah tak apa-apa. 22 00:02:31,735 --> 00:02:34,989 Mana mungkin tak apa-apa selepas jatuh dari tempat setinggi itu? 23 00:02:35,072 --> 00:02:38,868 Mungkin awak nampak okey, namun badan awak pasti alami kejutan besar. 24 00:02:39,952 --> 00:02:43,330 Sayang, biarlah dia makan dulu. 25 00:02:48,460 --> 00:02:49,461 Saya tak apa-apa. 26 00:03:04,977 --> 00:03:06,520 Bagusnya. 27 00:03:13,986 --> 00:03:15,613 Ibu! 28 00:03:27,708 --> 00:03:29,335 - Ibu. - Ya? 29 00:03:30,044 --> 00:03:33,589 Bagaimana kehidupan di luar bandar bersama ayah? 30 00:03:33,672 --> 00:03:34,798 Bagus. 31 00:03:35,716 --> 00:03:37,009 Apa yang bagus tentangnya? 32 00:03:38,093 --> 00:03:39,178 Sangat relaks di sini. 33 00:03:40,179 --> 00:03:43,015 Kami membesar di sini. 34 00:03:43,098 --> 00:03:45,100 Kawan-kawan kami tinggal di sini juga. 35 00:03:45,267 --> 00:03:47,603 Kubur atuk dan nenek awak juga berdekatan sini. 36 00:03:49,063 --> 00:03:51,065 Ibu dan ayah awak telah berjanji. 37 00:03:51,482 --> 00:03:54,234 "Selepas Yeo-reum tamat pengajian dan dapat kerja, 38 00:03:54,318 --> 00:03:57,863 mari bersara dan pindah balik ke kampung halaman." 39 00:04:00,240 --> 00:04:01,617 Kami suka tempat ini. 40 00:04:02,534 --> 00:04:03,786 Kami hidup baik di sini. 41 00:04:04,578 --> 00:04:06,080 Tak perlu risau tentang kami. 42 00:04:11,251 --> 00:04:12,378 Maaf, ibu. 43 00:04:12,836 --> 00:04:13,837 Untuk apa? 44 00:04:13,921 --> 00:04:16,465 Tentu ibu sangat risaukan saya. 45 00:04:17,716 --> 00:04:19,385 Saya sudah berusia 37 tahun. 46 00:04:19,468 --> 00:04:23,847 Namun saya selalu timbulkan masalah, buat ibu dan ayah risau. 47 00:04:24,807 --> 00:04:28,978 Kawan-kawan ibu sudah kahwinkan anak mereka. 48 00:04:29,061 --> 00:04:34,316 Mereka menimang cucu, jalani hidup biasa dan gembira. 49 00:04:35,317 --> 00:04:37,987 Namun sebagai anak perempuan tunggal, 50 00:04:38,821 --> 00:04:41,031 saya hanya buat ibu dan ayah sedih dan risau. 51 00:04:41,115 --> 00:04:42,616 Maafkan saya. 52 00:04:48,747 --> 00:04:49,832 Yeo-reum. 53 00:04:50,416 --> 00:04:51,542 Ya? 54 00:04:51,834 --> 00:04:53,961 Apa kata awak berehat seketika? 55 00:04:55,921 --> 00:04:58,173 Ibu sangat bangga dengan awak. 56 00:04:58,674 --> 00:05:00,342 Awak sangat istimewa bagi ibu. 57 00:05:00,759 --> 00:05:04,179 Awak dah cukup menakjubkan. Ibu tak kisah kata-kata orang lain. 58 00:05:05,305 --> 00:05:08,976 Ibu dan ayah awak tak kisah tentang apa terjadi dengan perkahwinan awak. 59 00:05:10,936 --> 00:05:13,605 Namun awak ditimpa kemalangan di set. 60 00:05:14,314 --> 00:05:16,108 Itu buat ibu sangat risau dan resah. 61 00:05:16,859 --> 00:05:18,569 Ibu rasa sangat sukar. 62 00:05:19,695 --> 00:05:21,321 Cuba cakap dengan pihak syarikat. 63 00:05:21,405 --> 00:05:24,033 Ibu mahu awak berehat buat satu tempoh. 64 00:05:25,868 --> 00:05:27,745 Baik, saya akan fikir tentangnya. 65 00:05:29,371 --> 00:05:31,874 Jangan menangis, okey? 66 00:05:34,043 --> 00:05:35,711 Sayang! Yeo-reum! 67 00:05:36,295 --> 00:05:37,629 Masa untuk minum kopi! 68 00:05:37,838 --> 00:05:39,465 - Okey? - Okey! 69 00:05:39,923 --> 00:05:42,217 Saya barista yang hebat, 70 00:05:42,551 --> 00:05:44,386 Encik Gu! 71 00:05:44,470 --> 00:05:46,138 Ayah buat kopi? 72 00:05:46,221 --> 00:05:47,431 Ya. 73 00:05:47,514 --> 00:05:49,516 Baiklah, minum! 74 00:05:51,727 --> 00:05:53,687 Bagaimana? Sedap, bukan? 75 00:05:55,022 --> 00:05:56,648 Terima kasih! 76 00:06:01,361 --> 00:06:08,368 EPISOD TERAKHIR TIADA PENGAKHIRAN 77 00:06:09,661 --> 00:06:11,538 PEJABAT PROFESOR CHOI YONG-SU 78 00:06:15,626 --> 00:06:16,627 Masuk. 79 00:06:20,756 --> 00:06:22,091 HOSPITAL UNIVERSITI HANKOOK 80 00:06:22,174 --> 00:06:23,258 Doktor Park? 81 00:06:24,760 --> 00:06:26,220 Kenapa tiba-tiba datang? 82 00:06:26,303 --> 00:06:27,763 - Profesor. - Ya? 83 00:06:27,846 --> 00:06:30,140 Saya mahu kembali ke bahagian neurosurgeri. 84 00:06:46,657 --> 00:06:47,741 Baguslah kalau begitu. 85 00:06:48,700 --> 00:06:49,785 Pilihan yang tepat. 86 00:06:52,121 --> 00:06:53,122 Jae-hoon. 87 00:06:53,747 --> 00:06:56,750 Terima kasih kerana tabahkan diri untuk kembali. 88 00:06:57,960 --> 00:06:58,961 Profesor Choi. 89 00:06:59,586 --> 00:07:03,006 Awak tidak putus asa terhadap saya selama ini. 90 00:07:04,258 --> 00:07:05,592 Terima kasih banyak-banyak. 91 00:07:35,289 --> 00:07:36,373 Masuk. 92 00:07:39,751 --> 00:07:41,336 Penerbit Gu! 93 00:07:43,630 --> 00:07:44,756 Apa hal? 94 00:07:49,178 --> 00:07:50,387 SURAT PELETAKAN JAWATAN 95 00:07:52,264 --> 00:07:53,265 Pengarah. 96 00:07:54,725 --> 00:07:57,769 Saya ingin letak jawatan. 97 00:08:05,027 --> 00:08:06,111 Ambil balik. 98 00:08:07,237 --> 00:08:09,615 - Pengarah. - Saya tahu awak dah fikir baik-baik. 99 00:08:09,698 --> 00:08:11,158 Banyak yang awak telah lalui. 100 00:08:11,283 --> 00:08:13,118 Namun, cuba pertimbangkannya lagi. 101 00:08:18,207 --> 00:08:19,333 Saya 102 00:08:21,001 --> 00:08:22,085 tak dapat teruskannya. 103 00:08:22,753 --> 00:08:24,755 Saya tak dapat terus berpura-pura 104 00:08:26,006 --> 00:08:27,090 yang saya okey lagi. 105 00:08:37,392 --> 00:08:38,518 Yeo-reum. 106 00:08:38,602 --> 00:08:40,729 Awak boleh pergi bila-bila saja. 107 00:08:43,482 --> 00:08:47,861 Saya akan bagi awak masa. Cuba pertimbangkannya lagi, okey? 108 00:09:06,046 --> 00:09:08,298 Angkat kaki awak dan turun perlahan-lahan. 109 00:09:08,757 --> 00:09:10,008 Awak boleh. 110 00:09:41,957 --> 00:09:43,709 LEE HUN-HEE KEUM SOO-MI 111 00:09:43,792 --> 00:09:45,752 JANG TAE-MI, JOHN JANG, HAN JI-YEON 112 00:09:48,338 --> 00:09:50,424 Letaknya di tengah-tengah. 113 00:09:51,174 --> 00:09:53,051 Peserta yang dah bersedia boleh masuk! 114 00:09:53,135 --> 00:09:55,262 - Helo. - Helo! Lama tak jumpa. 115 00:09:55,345 --> 00:09:57,055 - Helo! - Helo! 116 00:09:59,057 --> 00:10:00,892 - Mana tempat duduk saya? - Di situ. 117 00:10:01,059 --> 00:10:02,477 Di situ rupanya. 118 00:10:03,603 --> 00:10:05,230 - Apa khabar? - Baik. 119 00:10:05,856 --> 00:10:07,357 - Helo! - Helo! 120 00:10:07,441 --> 00:10:08,442 Elegannya awak. 121 00:10:08,525 --> 00:10:11,903 - Taklah. Cantiknya di sini! - Ya. 122 00:10:12,612 --> 00:10:14,740 Awak nampak sangat elegan hari ini! 123 00:10:15,532 --> 00:10:16,533 Helo! 124 00:10:16,616 --> 00:10:18,076 - Helo. - Helo. 125 00:10:18,160 --> 00:10:19,703 Adik saya, John Jang! 126 00:10:21,371 --> 00:10:22,456 Helo. 127 00:10:22,914 --> 00:10:24,041 Helo. 128 00:10:40,640 --> 00:10:42,684 - Lama tak jumpa. - Ya, lama tak jumpa. 129 00:10:43,393 --> 00:10:46,063 Susun kerusi dengan kemas di dalam bilik perjumpaan. 130 00:10:47,481 --> 00:10:49,149 Letakkan bunga baik-baik juga ya. 131 00:10:51,568 --> 00:10:53,487 - Sudah periksa semua, bukan? - Ya. 132 00:10:55,447 --> 00:10:57,824 - Buat ia nampak cantik! - Baik. 133 00:11:04,539 --> 00:11:05,624 Penerbit Gu. 134 00:11:08,335 --> 00:11:10,295 So-yeon, awak datang. 135 00:11:10,670 --> 00:11:12,214 Tak sangka awak jemput saya. 136 00:11:13,340 --> 00:11:16,093 Tentulah kami akan hubungi awak. Janji awak tak kisah. 137 00:11:16,843 --> 00:11:17,844 Terima kasih. 138 00:11:18,970 --> 00:11:22,057 Bagi pemilihan akhir, awak dianggap tak dapat hadir. 139 00:11:22,140 --> 00:11:25,685 Kami letak notis dan kata awak tak dapat hadir kerana ada hal kecemasan. 140 00:11:26,603 --> 00:11:27,687 Terima kasih. 141 00:11:30,565 --> 00:11:32,526 Mari masuk. Semua sedang menunggu. 142 00:11:34,194 --> 00:11:35,612 Penerbit Gu Yeo-reum. 143 00:11:35,737 --> 00:11:36,822 Ya? 144 00:11:37,989 --> 00:11:40,909 Maaf atas kejadian yang berlaku sebab saya tempoh hari. 145 00:11:42,577 --> 00:11:46,206 Saya ingin minta maaf kepada awak. 146 00:11:47,541 --> 00:11:50,627 Saya datang untuk minta maaf kepada awak. 147 00:11:53,380 --> 00:11:55,882 Saya datang biarpun terpaksa tanggung malu. 148 00:12:01,096 --> 00:12:02,222 So-yeon. 149 00:12:05,517 --> 00:12:07,519 Saya nak minta maaf juga. 150 00:12:09,020 --> 00:12:12,149 Sebagai staf, saya ingin minta maaf kepada awak. 151 00:12:13,442 --> 00:12:15,819 Saya sepatutnya lebih ambil berat 152 00:12:15,902 --> 00:12:18,071 tentang awak di set. 153 00:12:19,030 --> 00:12:20,449 Maafkan saya. 154 00:12:24,411 --> 00:12:25,579 Saya akan masuk dulu. 155 00:12:33,295 --> 00:12:35,839 Kami akan turun dulu dan bersedia untuk rakaman. 156 00:12:44,473 --> 00:12:46,433 Semua peserta sudah sampai? 157 00:12:46,516 --> 00:12:47,851 Belum. 158 00:12:48,435 --> 00:12:50,228 Kenapa? Sudah lepas masa dijanjikan. 159 00:12:50,353 --> 00:12:52,731 Park Jae-hoon dan Han Ji-yeon dah nak sampai. 160 00:12:52,814 --> 00:12:55,692 Kim Jun-ho kata dia akan lewat sikit sebab jalan sesak. 161 00:12:59,029 --> 00:13:00,322 Ahn So-yeon datang juga. 162 00:13:02,157 --> 00:13:05,535 Nampaknya semua akan hadir. Entah apa akan terjadi nanti. 163 00:13:08,288 --> 00:13:09,372 Awak okey? 164 00:13:09,664 --> 00:13:11,583 - Tentang apa? - Kim Jun-ho. 165 00:13:12,292 --> 00:13:14,211 Tak apakah jika awak jumpa dia? 166 00:13:14,920 --> 00:13:16,254 Apa masalahnya? 167 00:13:23,136 --> 00:13:24,387 Awak memang 168 00:13:27,474 --> 00:13:28,558 berjiwa kental. 169 00:13:29,226 --> 00:13:30,227 Saya mengiktirafnya. 170 00:13:30,310 --> 00:13:33,188 Kalau dia cuba buat apa-apa, saya akan kerjakan dia. 171 00:13:34,314 --> 00:13:38,276 Awak juga patut henti berlagak baik dan ubah mentaliti awak. 172 00:13:38,360 --> 00:13:41,196 Fikir yang awak akan kerjakan seseorang jika dia buat hal. 173 00:13:43,490 --> 00:13:45,825 Sejujurnya, saya mula kagum dengan awak. 174 00:13:47,285 --> 00:13:50,705 Kerja penerbit sesuai untuk orang macam awak. 175 00:13:51,873 --> 00:13:55,961 Kerja bidang ini bukan untuk orang yang berfikiran wajar. 176 00:13:56,253 --> 00:13:58,296 Baguslah awak mula menyedarinya. 177 00:14:05,345 --> 00:14:07,764 Sekarang saya nak dengar jawapan awak. 178 00:14:08,765 --> 00:14:11,726 Kenapa awak selalu bersikap dingin terhadap saya? 179 00:14:26,408 --> 00:14:27,409 Awak… 180 00:14:29,119 --> 00:14:31,121 Saya dengki sebab awak miliki segalanya. 181 00:14:31,621 --> 00:14:32,622 Apa? 182 00:14:33,665 --> 00:14:35,667 Saya dengki sebab awak miliki segalanya! 183 00:14:35,750 --> 00:14:39,838 Jadi, saya harap semua rancangan yang awak bikin akan gagal! 184 00:14:41,047 --> 00:14:42,257 Macam itu barulah adil. 185 00:14:46,553 --> 00:14:47,637 Puan! 186 00:14:48,430 --> 00:14:49,472 Sebotol soju lagi. 187 00:15:04,904 --> 00:15:06,323 Jae-hoon! 188 00:15:13,663 --> 00:15:14,748 Ji-yeon, baru sampai? 189 00:15:21,880 --> 00:15:22,964 Mari masuk. 190 00:15:24,174 --> 00:15:25,258 Baik. 191 00:16:22,565 --> 00:16:24,776 Sayang! Episod terakhir dah mula! 192 00:16:24,859 --> 00:16:27,654 Betul? Baik, mari tonton. 193 00:16:32,867 --> 00:16:37,706 Saya risau waktu Jae-hoon sertai rancangan. 194 00:16:37,789 --> 00:16:40,041 Namun akhirnya, ia keputusan baik, betul tak? 195 00:16:40,125 --> 00:16:41,209 Ya. 196 00:16:42,168 --> 00:16:44,254 - Beritahu kami hal sebenar. - Tentang apa? 197 00:16:44,421 --> 00:16:48,675 Nampaknya ada sesuatu terjadi antara awak dan Yeo-reum waktu itu. 198 00:16:49,092 --> 00:16:52,470 Naluri Hye-jin sangat tepat. Itu firasat dia. 199 00:16:52,554 --> 00:16:55,557 - Itu naluri wanita. - Betul. Ada sesuatu antara kamu, bukan? 200 00:17:00,895 --> 00:17:01,980 Ya. 201 00:17:04,190 --> 00:17:05,275 Saya dan Yeo-reum… 202 00:17:08,361 --> 00:17:09,904 Rasanya kami terpaksa berpisah. 203 00:17:10,864 --> 00:17:11,865 Apa? 204 00:17:12,949 --> 00:17:15,243 Apa? Kamu akan berpisah? 205 00:17:15,827 --> 00:17:17,871 Kamu telah berdating? 206 00:17:22,333 --> 00:17:25,420 Saya akan kembali semula ke hospital. 207 00:17:25,503 --> 00:17:26,963 Kembali ke unit neurosurgeri. 208 00:17:27,589 --> 00:17:28,673 Betul? 209 00:17:30,800 --> 00:17:31,926 Awak serius? 210 00:17:35,054 --> 00:17:37,724 Hei, baguslah kalau begitu! 211 00:17:37,807 --> 00:17:40,894 Baguslah awak buat keputusan untuk kerja di sana semula! 212 00:17:40,977 --> 00:17:43,813 Pilihan awak tepat, budak tak guna. 213 00:17:44,105 --> 00:17:47,358 Apabila kerja semula di sana nanti, saya akan tinggal di hospital. 214 00:17:47,442 --> 00:17:48,902 Sudah pasti. 215 00:17:49,819 --> 00:17:50,987 Sekejap. 216 00:17:51,488 --> 00:17:53,615 Awak main-main dengan kami tadi? 217 00:17:53,698 --> 00:17:54,699 Sekejap. 218 00:17:54,783 --> 00:17:58,495 Maksud awak, kamu berpisah sebab awak terpaksa tinggal di hospital? 219 00:17:58,578 --> 00:18:00,747 - Ya. - Terkejut kami dibuat awak. 220 00:18:02,081 --> 00:18:04,626 Kita telah diperdungukan. Kita dipermainkan. 221 00:18:04,793 --> 00:18:06,503 Geram betul. 222 00:18:06,586 --> 00:18:09,422 Kemahiran perlu diasah semula sebab dah lama tak membedah. 223 00:18:09,506 --> 00:18:12,509 Buat masa ini, saya akan berusaha keras bersama rakan sekerja 224 00:18:12,592 --> 00:18:14,385 sehingga betul-betul mahir semula. 225 00:18:14,469 --> 00:18:15,762 Baguslah kalau begitu. 226 00:18:19,557 --> 00:18:22,852 Saya tak sabar-sabar nak tahu keputusan pilihan akhir. 227 00:18:22,936 --> 00:18:25,146 Tak kira Yeo-reum atau budak tak guna itu, 228 00:18:25,230 --> 00:18:27,190 kenapa mereka enggan beritahu kita? 229 00:18:28,858 --> 00:18:30,318 Kita akan tahu sebentar lagi. 230 00:18:31,277 --> 00:18:32,529 Tunggu dan lihat saja. 231 00:18:33,446 --> 00:18:36,533 APAKAH KEPUTUSAN WANITA INI? 232 00:18:36,825 --> 00:18:38,159 Baik. 233 00:18:45,959 --> 00:18:48,920 Baik, saya akan mencuba. 234 00:18:58,721 --> 00:19:00,390 Ia nampak elok, bukan? 235 00:19:04,102 --> 00:19:06,271 KEUM SOO-MI, HWANG JANG-GUN JANG TAE-MI 236 00:19:07,397 --> 00:19:09,732 Saya akan terima kek ini. 237 00:19:13,027 --> 00:19:16,573 Masa kita bersama berakhir sekarang! 238 00:19:16,656 --> 00:19:18,032 JAWAPAN JI-YEON TAK DIJANGKA 239 00:19:18,199 --> 00:19:19,951 PILIHAN YANG MENGEJUTKAN 240 00:19:35,425 --> 00:19:37,176 - Tahniah! - Tahniah! 241 00:19:37,260 --> 00:19:39,137 - Terima kasih. - Kamu nampak secocok. 242 00:19:39,637 --> 00:19:43,308 - Syabas, semua! - Kamu sudah bersusah payah! 243 00:19:46,019 --> 00:19:49,939 - Syabas, semua! - Terima kasih, syabas! 244 00:19:50,023 --> 00:19:51,941 - Kamu sudah bersusah payah! - Syabas! 245 00:19:52,025 --> 00:19:55,486 Kita akan rehat lima minit, kemudian sesi perbualan di sebalik tabir. 246 00:19:56,112 --> 00:19:57,405 - Sang-woo. - Ya? 247 00:19:57,488 --> 00:19:59,908 Agihkan senarai soalan kepada para peserta. 248 00:19:59,991 --> 00:20:01,326 Baik. 249 00:20:01,868 --> 00:20:04,454 Kami akan tanya soalan yang sama ikut turutan. 250 00:20:04,537 --> 00:20:08,416 Bagi sesi perbualan, sila bercakap secara bersahaja dan selesa. 251 00:20:08,499 --> 00:20:11,294 Kamu boleh saling bertanya soalan-soalan ini. 252 00:20:13,046 --> 00:20:15,757 - Kami bebas bercakap sesama kami? - Ya, silakan. 253 00:20:15,840 --> 00:20:18,259 - Terima kasih. - Sama-sama. Ini dia. 254 00:20:20,094 --> 00:20:22,347 - Yeo-reum. - Ya? 255 00:20:23,306 --> 00:20:24,933 Awak okey? Awak nampak letih. 256 00:20:25,808 --> 00:20:28,770 Saya cuma gementar sebab ini penstriman langsung. 257 00:20:31,773 --> 00:20:33,107 Sudah baca soalan? 258 00:20:35,068 --> 00:20:36,069 Ya. 259 00:20:37,111 --> 00:20:39,197 Tentang khabar angin kita tinggal bersama… 260 00:20:39,322 --> 00:20:42,408 Daripada jelaskan melalui wartawan, lebih baik sebut tentangnya 261 00:20:42,492 --> 00:20:43,952 melalui penstriman langsung. 262 00:20:44,243 --> 00:20:48,206 Cakap saja yang kita kawan dan awak tinggal di tingkat atas rumah saya. 263 00:20:48,289 --> 00:20:49,290 Baik. 264 00:20:52,961 --> 00:20:54,253 Maaf. 265 00:20:55,046 --> 00:20:57,173 Saya tak sangka saya minta awak buat begini. 266 00:20:58,257 --> 00:20:59,258 Tak apa. 267 00:21:00,343 --> 00:21:02,178 Saya ingin selesaikannya begini juga. 268 00:21:18,736 --> 00:21:19,737 Ji-yeon. 269 00:21:21,155 --> 00:21:22,532 Tidakkah awak rasa terhina? 270 00:21:22,657 --> 00:21:23,741 Untuk apa? 271 00:21:24,242 --> 00:21:26,577 Menurut artikel, mereka tinggal bersama. 272 00:21:26,661 --> 00:21:28,871 Bukankah itu hinaan bagi awak? 273 00:21:30,748 --> 00:21:32,458 Mereka memang kawan sejak dulu. 274 00:21:32,542 --> 00:21:35,420 Apa? Mana mungkin lelaki dan perempuan sekadar kawan? 275 00:21:39,882 --> 00:21:43,344 Dalam penstriman langsung nanti, biar mereka tahu rasa geram awak. 276 00:21:45,972 --> 00:21:49,851 Ini peluang baik untuk musnahkan Park Jae-hoon. 277 00:21:50,601 --> 00:21:52,603 Mula-mula, khabar angin tinggal bersama, 278 00:21:53,312 --> 00:21:55,189 kemudian, awak juga tak pilih dia. 279 00:21:56,399 --> 00:22:00,403 Kalau awak mahu, awak boleh jadikan dia seperti Andromeda. 280 00:22:06,325 --> 00:22:10,329 BILIK AIR 281 00:22:15,084 --> 00:22:16,294 Cef John. 282 00:22:18,671 --> 00:22:20,048 Apa khabar, Ji-wan? 283 00:22:21,257 --> 00:22:22,383 Baik. 284 00:22:23,468 --> 00:22:26,554 Kita telah tinggal bersama buat satu tempoh, 285 00:22:27,263 --> 00:22:30,683 jadi saya rasa tak biasa setelah kembali ke kehidupan asal. 286 00:22:32,185 --> 00:22:35,271 Saya rasa susah hati dan juga 287 00:22:37,857 --> 00:22:39,108 saya rindui semua. 288 00:22:40,359 --> 00:22:42,028 Saya juga. 289 00:22:47,325 --> 00:22:49,535 Hubungan awak dan Kim Jun-ho berjalan lancar? 290 00:22:50,244 --> 00:22:53,581 Bagaimana dating dengan dia di luar sana? Kamu bergaul dengan baik? 291 00:22:53,831 --> 00:22:54,916 Awak pula? 292 00:22:56,042 --> 00:22:58,753 Hubungan awak dan Tae-mi berjalan lancar? 293 00:23:00,588 --> 00:23:04,467 Kamu berdua pasangan kacak dan cantik. 294 00:23:04,759 --> 00:23:07,595 Kamu berdua juga mempunyai aura yang lebih kurang sama. 295 00:23:08,930 --> 00:23:10,890 Kamu nampak secocok. 296 00:23:14,936 --> 00:23:15,937 John! 297 00:23:17,271 --> 00:23:20,108 - Ya? - Rakaman akan mula. Mari masuk. 298 00:23:40,169 --> 00:23:42,213 Rakaman bermula sekarang! 299 00:23:49,387 --> 00:23:53,850 Sebagai permulaan, kami akan tanya pasangan pilihan akhir Kingdom of Love S2 300 00:23:53,933 --> 00:23:55,518 satu soalan lazim. 301 00:23:55,601 --> 00:23:59,730 Selepas rancangan tamat, adakah kamu masih berdating? 302 00:24:06,237 --> 00:24:09,240 Kami masih berdating sekarang. 303 00:24:09,657 --> 00:24:11,576 Ya, kami masih berdating. 304 00:24:20,710 --> 00:24:21,794 Soo-mi. 305 00:24:22,128 --> 00:24:23,212 Ya? 306 00:24:23,838 --> 00:24:24,839 Saya ingin 307 00:24:26,299 --> 00:24:27,550 beritahu awak sesuatu. 308 00:24:28,342 --> 00:24:29,802 Apa dia? 309 00:24:29,886 --> 00:24:31,053 Saya 310 00:24:32,346 --> 00:24:34,390 tidur dengan seseorang di set. 311 00:24:34,932 --> 00:24:36,017 Apa? 312 00:24:42,648 --> 00:24:44,108 Dengan siapa? 313 00:24:44,650 --> 00:24:45,902 Awak tidur dengan siapa? 314 00:24:47,528 --> 00:24:51,157 Saya tak dapat beritahu siapa orangnya. 315 00:24:54,202 --> 00:24:56,746 Namun, saya bukan kaki perempuan. 316 00:24:56,996 --> 00:24:59,916 Kalau kita mula berdating, saya akan setia kepada awak! 317 00:24:59,999 --> 00:25:02,960 Bersikap seperti lelaki sejati dan berpegang kepada prinsip. 318 00:25:03,127 --> 00:25:04,253 Namun, 319 00:25:04,837 --> 00:25:07,465 mengenai kejadian ini… 320 00:25:09,050 --> 00:25:11,219 Saya juga tak jangka ia akan berlaku. 321 00:25:17,934 --> 00:25:21,187 Saya tidak mahu berbohong pada awak dan buat awak macam si dungu 322 00:25:22,855 --> 00:25:25,399 sambil minum sup tulang khinzir di depan rumah awak. 323 00:25:25,983 --> 00:25:28,069 Sebab itu saya berterus terang dengan awak. 324 00:25:38,246 --> 00:25:40,373 Saya suka sikap berterus terang awak. 325 00:25:41,040 --> 00:25:42,083 Apa? 326 00:25:42,750 --> 00:25:44,502 Apa-apa pun, ia sudah berlalu. 327 00:25:45,127 --> 00:25:48,547 Rupa-rupanya bukan saya saja yang nampak daya tarikan Hwang Jang-gun. 328 00:25:51,259 --> 00:25:54,220 Betulkah awak akan berpegang pada prinsip awak? 329 00:25:55,137 --> 00:25:58,391 Sudah pasti! Saya bercakap benar! 330 00:26:00,393 --> 00:26:01,477 Jadi, mari kita pergi. 331 00:26:02,353 --> 00:26:05,606 Mari kita berbual secara mendalam sambil minum sup tulang khinzir. 332 00:26:11,445 --> 00:26:14,490 Disebabkan jarak, kami hanya berdating beberapa kali. 333 00:26:14,573 --> 00:26:18,244 Ya, pasangan hubungan jarak jauh. Saya di Cheonan, Soo-mi di Seoul. 334 00:26:19,245 --> 00:26:21,789 Biarpun begitu, hubungan kami tetap berjalan lancar. 335 00:26:21,872 --> 00:26:23,124 Yang pasti, 336 00:26:23,207 --> 00:26:25,835 saya amat menyukai dia. 337 00:26:27,461 --> 00:26:29,088 Apa? 338 00:26:29,171 --> 00:26:30,256 Betul? 339 00:26:31,841 --> 00:26:32,925 Bergaya sungguh! 340 00:26:34,302 --> 00:26:36,595 Hubungan kami berjalan lancar juga. 341 00:26:37,263 --> 00:26:39,307 Kamu juga dah bersama? 342 00:26:40,391 --> 00:26:43,769 Kami belum mula bercinta. 343 00:26:44,103 --> 00:26:45,104 Bukankah kita 344 00:26:46,355 --> 00:26:48,107 sudah bersama? 345 00:26:51,444 --> 00:26:54,739 Kami masih cuba mengenali satu sama lain dengan fikiran terbuka. 346 00:26:54,822 --> 00:26:57,325 Saya ingat kita sudah bersama. 347 00:26:59,243 --> 00:27:02,246 Kenapa dengan awak? Kita masih cuba mengenali satu sama lain. 348 00:27:03,789 --> 00:27:08,044 Rasanya kami belum betul-betul bercinta. Tiada pihak yang luahkannya dulu. 349 00:27:13,549 --> 00:27:14,884 Ada sesuatu di rambut awak. 350 00:27:18,220 --> 00:27:19,847 Bagaimana dengan kamu berdua? 351 00:27:21,140 --> 00:27:23,768 Kami? Sebenarnya… 352 00:27:25,019 --> 00:27:27,521 Kami berjanji untuk berdating selama sebulan saja. 353 00:27:28,481 --> 00:27:29,607 Sebulan? 354 00:27:29,690 --> 00:27:33,527 Apa salahnya terus berdating? Kenapa sebulan saja? 355 00:27:55,424 --> 00:27:56,801 Bagi saya salinan juga. 356 00:27:57,885 --> 00:27:59,053 Cepatlah. 357 00:28:00,763 --> 00:28:02,515 Sebelum saya bagi awak semuanya, 358 00:28:03,849 --> 00:28:05,434 saya ada syarat juga. 359 00:28:06,477 --> 00:28:07,561 Apa dia? 360 00:28:07,645 --> 00:28:09,146 Kita berdating selama sebulan. 361 00:28:09,730 --> 00:28:10,731 Apa? 362 00:28:11,065 --> 00:28:13,234 Saya akan berterus terang saja dengan awak. 363 00:28:14,360 --> 00:28:16,404 Aplikasi dating yang saya bakal lancarkan 364 00:28:17,071 --> 00:28:18,280 mesti berjaya. 365 00:28:19,281 --> 00:28:21,575 Saya harap awak boleh bantu saya. 366 00:28:22,243 --> 00:28:26,580 - Siapa pula awak cuba tipu kali ini? - Itu yang saya cuba nak elak. 367 00:28:27,581 --> 00:28:29,708 Ia bukan demi diri saya saja, 368 00:28:30,251 --> 00:28:35,172 saya juga ingin kaut untung untuk mereka yang melabur ke atas saya. 369 00:28:38,968 --> 00:28:42,054 Saya tak pernah berdating sebelum ini. 370 00:28:42,304 --> 00:28:44,348 Jika tiba-tiba saja jadi pasangan kekasih, 371 00:28:45,141 --> 00:28:46,851 saya akan rasa takut dan gementar. 372 00:28:47,768 --> 00:28:51,480 Jun-ho amat prihatin terhadap saya. 373 00:28:52,690 --> 00:28:55,693 Kami akan berdating untuk sebulan dulu. 374 00:28:57,069 --> 00:28:59,488 Begitu rupanya. Dia seorang budiman! 375 00:28:59,572 --> 00:29:01,157 Taklah. 376 00:29:07,163 --> 00:29:08,831 Soalan seterusnya. 377 00:29:09,039 --> 00:29:11,417 Dalam Kingdom of Love S2, 378 00:29:11,917 --> 00:29:14,336 pasangan paling hangat dan popular 379 00:29:14,503 --> 00:29:16,297 ialah Park Jae-hoon dan Han Ji-yeon. 380 00:29:17,006 --> 00:29:21,177 Ji-yeon tidak pilih Jae-hoon dalam pemilihan akhir. 381 00:29:21,260 --> 00:29:24,180 Ramai penonton sangat terkejut. 382 00:29:24,638 --> 00:29:27,516 Banyak komen yang dipaparkan sehingga sekarang. 383 00:29:27,808 --> 00:29:29,894 Mari kita dengar daripada pihak kamu pula. 384 00:29:30,311 --> 00:29:33,564 Ada artikel tentang Jae-hoon tinggal bersama seseorang. 385 00:29:35,441 --> 00:29:38,652 Saya rasa kita patut bincang tentang itu terlebih dahulu. 386 00:29:38,736 --> 00:29:40,112 Betul tak? 387 00:29:44,533 --> 00:29:47,077 - Ya, tentang itu… - Jae-hoon dan penerbit itu 388 00:29:47,995 --> 00:29:51,165 memang kawan sejak dulu, dia tinggal di tingkat atas rumahnya. 389 00:29:51,248 --> 00:29:52,416 Betul? 390 00:29:56,462 --> 00:29:58,130 Pada hari pertama rakaman, 391 00:29:58,506 --> 00:30:01,175 salah seorang peserta tak dapat hadir. 392 00:30:01,258 --> 00:30:05,054 Penerbit itu terpaksa carikan pengganti, jadi dia minta Jae-hoon sertai kita. 393 00:30:05,888 --> 00:30:08,516 Begitu rupanya! Saya tak tahu pun! 394 00:30:08,599 --> 00:30:09,850 Jadi Jae-hoon, 395 00:30:10,684 --> 00:30:14,188 awak dan penerbit itu memang kawan yang tinggal bawah sebumbung. 396 00:30:14,271 --> 00:30:16,732 Awak sertai Kingdom of Love sebagai pengganti? 397 00:30:16,815 --> 00:30:18,609 Ya, itulah hal sebenar. 398 00:30:20,819 --> 00:30:23,531 Ia pasti sukar bagi awak apabila artikel itu disiarkan. 399 00:30:23,614 --> 00:30:28,327 Sekurang-kurangnya awak boleh jelaskan salah faham kepada orang ramai di sini. 400 00:30:29,161 --> 00:30:30,788 Ya, syukurlah. 401 00:30:36,043 --> 00:30:37,670 Saya ada satu soalan. 402 00:30:38,170 --> 00:30:41,215 Siapa yang awak cium dalam episod pertama? 403 00:30:42,091 --> 00:30:46,720 Ia tak pernah didedahkan. Saya dan ibu saya teringin nak tahu. 404 00:30:46,804 --> 00:30:48,264 - Ibu awak juga? - Ya. 405 00:30:48,347 --> 00:30:50,641 Siapa di sini yang awak cium? 406 00:30:50,933 --> 00:30:52,017 Awak? 407 00:30:59,858 --> 00:31:01,318 Itu saya. 408 00:31:04,780 --> 00:31:06,031 Itu awak, Ji-yeon? 409 00:31:09,618 --> 00:31:10,619 Ya. 410 00:31:10,703 --> 00:31:12,580 Kamu telah keliru sebab suntingan. 411 00:31:13,747 --> 00:31:17,376 Saya yang cium Jae-hoon waktu itu. 412 00:31:18,252 --> 00:31:19,837 Selepas ciuman itu, 413 00:31:20,087 --> 00:31:24,300 timbulnya sedikit salah faham, jadi saya keluar dulu. 414 00:31:25,259 --> 00:31:27,344 Namun, staf menyuntingnya jadi begitu. 415 00:31:28,470 --> 00:31:30,514 Kamu juga tahu tentangnya. 416 00:31:30,598 --> 00:31:33,809 Suntingan Kingdom of Love yang tiada belas kasihan. 417 00:31:37,563 --> 00:31:39,481 Saya ada soalan juga. 418 00:31:39,773 --> 00:31:41,525 Kenapa awak tidak pilih dia? 419 00:31:44,820 --> 00:31:46,905 Sebab saya rasa saya lebih menyukai dia. 420 00:31:48,115 --> 00:31:50,159 Saya dah buat yang terbaik tanpa sesalan. 421 00:31:50,242 --> 00:31:52,244 Biarpun Jae-hoon hulurkan tangan, 422 00:31:53,704 --> 00:31:56,874 itu bukan apa yang saya mahu daripada dia. 423 00:31:59,001 --> 00:32:02,171 Saya berusaha keras, kemudian ia menjadi sukar. 424 00:32:03,130 --> 00:32:05,507 Jadi, saya tidak buat pilihan akhir. 425 00:32:21,565 --> 00:32:23,901 Ji-yeon! 426 00:32:27,237 --> 00:32:28,238 Terima kasih. 427 00:32:28,322 --> 00:32:31,241 Mujur saya tolong awak melepasi soalan sukar. 428 00:32:32,242 --> 00:32:33,327 Ya. 429 00:32:34,828 --> 00:32:35,954 Baguslah awak tahu. 430 00:32:36,372 --> 00:32:39,541 Boleh saya tanya sebabnya awak buat begitu untuk saya? 431 00:32:44,797 --> 00:32:46,507 Sebab saya menyukai awak. 432 00:32:48,342 --> 00:32:50,719 Saya betul-betul menyukai awak, Jae-hoon. 433 00:32:52,221 --> 00:32:55,224 Sama ada di depan kamera atau orang ramai, 434 00:32:56,684 --> 00:32:58,727 saya tak ingin melihat awak serba salah. 435 00:33:05,317 --> 00:33:06,735 Terima kasih. 436 00:33:07,820 --> 00:33:09,655 Juga, saya minta maaf. 437 00:33:11,031 --> 00:33:14,493 Tak apa jika awak berterima kasih, namun awak tak perlu minta maaf. 438 00:33:16,203 --> 00:33:18,038 Itu kenangan indah bagi saya. 439 00:33:19,707 --> 00:33:22,418 Saya tidak mahu orang lain kutuk awak. 440 00:33:23,585 --> 00:33:24,586 Saya juga 441 00:33:25,796 --> 00:33:27,881 amat berterima kasih kepada awak, Jae-hoon. 442 00:33:29,216 --> 00:33:31,593 Ia cinta tepuk sebelah tangan tanpa sesalan. 443 00:34:15,846 --> 00:34:17,765 - Awak sedang tunggu bas? - Ya. 444 00:34:17,848 --> 00:34:19,558 Masuklah. Saya hantar awak pulang. 445 00:34:19,933 --> 00:34:21,894 - Tak apalah. - Masuk saja. 446 00:34:24,938 --> 00:34:26,023 Baiklah. 447 00:34:42,164 --> 00:34:44,917 - Kenapa dengan Kim Jun-ho? - Apa? 448 00:34:45,000 --> 00:34:48,212 Ingatkan kamu sudah berdating selama sebulan. 449 00:34:49,129 --> 00:34:50,964 Kenapa dia tak hantar awak pulang? 450 00:35:29,044 --> 00:35:33,549 Saya masuk dulu. 451 00:35:34,258 --> 00:35:37,010 Terima kasih kerana hantar saya pulang. 452 00:35:42,140 --> 00:35:43,141 Ji-wan! 453 00:35:44,893 --> 00:35:46,103 Ya? 454 00:35:48,689 --> 00:35:51,191 Selepas berdating dengan Kim Jun-ho selama sebulan, 455 00:35:51,483 --> 00:35:53,235 sudikah awak berdating dengan saya? 456 00:35:54,945 --> 00:35:55,946 Apa? 457 00:35:56,572 --> 00:35:57,739 Saya menyukai awak. 458 00:35:58,073 --> 00:35:59,700 - Saya? - Ya. 459 00:36:01,285 --> 00:36:03,328 Kenapa awak menyukai saya? 460 00:36:03,412 --> 00:36:06,290 Maaf kerana tidak beritahu awak lebih awal. 461 00:36:08,166 --> 00:36:09,209 Saya menyukai awak. 462 00:36:12,045 --> 00:36:13,922 Saya amat menyukai awak, Park Ji-wan. 463 00:36:57,049 --> 00:36:58,133 Terima kasih. 464 00:37:04,431 --> 00:37:06,058 - Jae-hoon. - Ya? 465 00:37:06,892 --> 00:37:08,352 Awak dah bersusah payah tadi. 466 00:37:08,435 --> 00:37:10,604 Saya tak buat apa-apa pun. 467 00:37:10,687 --> 00:37:14,066 Saya amat berterima kasih kepada Ji-yeon hari ini. 468 00:37:14,149 --> 00:37:16,860 Ji-yeon memang seorang yang mulia. 469 00:37:16,944 --> 00:37:18,111 Dia memang hebat. 470 00:37:19,154 --> 00:37:20,656 Malah sangat mengagumkan. 471 00:37:20,739 --> 00:37:25,577 Saya rasa diri saya tidak setanding dia selepas dengar kata-kata dia tadi. 472 00:37:26,161 --> 00:37:28,914 Seseorang yang begitu hebat menyukai awak. 473 00:37:30,332 --> 00:37:33,710 Kini awak dah sedar awak bersaing dengan siapa? 474 00:37:34,461 --> 00:37:36,505 - Sedar tak? - Ya. 475 00:37:37,297 --> 00:37:38,507 Saya dah jelas sekarang. 476 00:37:49,184 --> 00:37:51,019 - Jae-hoon. - Ya? 477 00:37:51,103 --> 00:37:54,856 Saya telah serahkan surat peletakan jawatan siang tadi. 478 00:37:56,525 --> 00:37:57,526 Apa? 479 00:37:58,485 --> 00:38:01,488 Pengarah mahu saya pertimbangkannya semula. 480 00:38:01,571 --> 00:38:04,116 Dia kata bincang lagi lain kali. 481 00:38:05,117 --> 00:38:06,201 Namun, 482 00:38:08,036 --> 00:38:10,956 saya tak pasti apa nak buat. 483 00:38:11,581 --> 00:38:14,209 Sebab kemalangan berlaku di set? 484 00:38:15,168 --> 00:38:18,505 Itu juga salah satu sebabnya. 485 00:38:19,756 --> 00:38:22,300 Saya dah tak yakin dapat bikin rancangan lagi. 486 00:38:23,051 --> 00:38:25,220 Rasanya saya tak dapat teruskannya. 487 00:38:58,003 --> 00:38:59,755 - Penerbit Kang. - Ya? 488 00:39:01,882 --> 00:39:03,175 Apa awak buat di sini? 489 00:39:04,176 --> 00:39:05,427 Tiada apa-apa. 490 00:39:06,053 --> 00:39:08,305 Kenapa? Ia sudah tamat. 491 00:39:08,388 --> 00:39:09,556 Belum selesai lagi. 492 00:39:09,890 --> 00:39:12,976 Sebelum belum nampak rating penonton pagi esok, ia belum tamat. 493 00:39:18,774 --> 00:39:20,067 Awak boleh balik dulu. 494 00:39:21,443 --> 00:39:25,072 Awak boleh balik dan berehat. 495 00:39:39,377 --> 00:39:45,050 Saya ingat saya mampu beri kegembiraan kepada penonton. 496 00:39:46,009 --> 00:39:51,264 Saya ingat saya mampu bikin rancangan yang mesra dan terhibur. 497 00:39:51,973 --> 00:39:53,683 Namun sekarang, 498 00:39:56,103 --> 00:39:59,856 saya rasa saya tak sesuai buat kerja ini. 499 00:40:02,192 --> 00:40:06,571 Selepas batalkan majlis perkahwinan, pembikinan Kingdom of Love 500 00:40:07,447 --> 00:40:09,449 buat hati saya lebih lemah. 501 00:40:09,658 --> 00:40:13,370 Peralat perasaan orang lain demi capai kejayaan buat saya susah hati juga. 502 00:40:14,496 --> 00:40:19,000 Kini ia sudah tamat, saya hilang keyakinan untuk bikin rancangan lagi. 503 00:40:23,547 --> 00:40:24,631 Yeo-reum. 504 00:40:26,591 --> 00:40:30,262 Bukan sebagai kawan, tetapi sebagai peserta Kingdom of Love, 505 00:40:30,345 --> 00:40:32,597 saya pernah tersinggung dengan perbuatan awak. 506 00:40:33,265 --> 00:40:37,144 Namun, lama-kelamaan, selepas melihat kesudahan berlainan, 507 00:40:38,520 --> 00:40:41,106 saya dapati saya patut berterima kasih kepada awak. 508 00:40:42,607 --> 00:40:46,111 Saya faham sebabnya awak terpaksa buat pilihan begitu sebagai penerbit. 509 00:40:47,571 --> 00:40:52,492 Saya juga sedar betapa prihatinnya awak terhadap para peserta. 510 00:40:54,661 --> 00:40:58,498 Saya amat gembira kerana awak penerbit saya. 511 00:41:00,625 --> 00:41:01,626 Saya juga bersyukur. 512 00:41:07,674 --> 00:41:11,678 Apa gunanya? Penonton tak mahukan saya. 513 00:41:13,638 --> 00:41:17,976 Kejayaan Kingdom of Love usaha Kang Chae-ri. 514 00:41:20,020 --> 00:41:22,522 Saya tak dapat jadi macam dia. 515 00:41:32,657 --> 00:41:33,825 Gu Yeo-reum. 516 00:41:34,784 --> 00:41:36,536 Apabila awak rasa tak berdaya, 517 00:41:36,995 --> 00:41:39,372 awak boleh berehat seketika dan kembali kemudian. 518 00:41:39,873 --> 00:41:44,336 Janji awak tak putuskan jalan pulang awak. 519 00:41:45,462 --> 00:41:48,798 Ini nasihat daripada seseorang yang pernah alami situasi sama. 520 00:41:51,843 --> 00:41:55,305 Berehatlah seketika. Usah terburu-buru membuat keputusan. 521 00:41:56,097 --> 00:41:58,099 Cubalah bersendirian seketika, Yeo-reum. 522 00:42:16,201 --> 00:42:17,202 Baik. 523 00:42:32,008 --> 00:42:34,928 ENAM BULAN KEMUDIAN 524 00:42:51,486 --> 00:42:55,031 Pesakit lelaki, 54 tahun. Hari ketiga selepas pembedahan Meningioma Pax. 525 00:42:55,115 --> 00:42:57,575 Tanda vital stabil, deria motor tak terjejas. 526 00:42:57,659 --> 00:43:00,495 Propriosepsi kurangan lebih baik daripada sebelum dibedah. 527 00:43:00,578 --> 00:43:02,539 Imbasan MRI dan CT selepas dibedah? 528 00:43:02,622 --> 00:43:05,041 Tumor telah dibuang tanpa hematoma. 529 00:43:05,125 --> 00:43:08,253 Rawatan pemulihan dijadualkan bermula hari ini. 530 00:43:11,506 --> 00:43:14,926 Pesakit wanita, 47 tahun. Fronto-temporoparietal kanan, 531 00:43:15,010 --> 00:43:18,013 hematoma kraniotomi SDH parah, boleh gerak pada hari kelima. 532 00:43:18,096 --> 00:43:20,724 Tanda vital stabil. Pernafasan lancar lepas ekstubasi. 533 00:43:20,807 --> 00:43:23,685 Pupil kanan yang bergerak perlahan sebelum ini kini normal. 534 00:43:41,786 --> 00:43:43,997 YEO-REUM 535 00:43:47,500 --> 00:43:48,501 Helo, Yeo-reum. 536 00:43:49,586 --> 00:43:51,838 Saya baru selesai rondaan sesi tengah hari. 537 00:43:53,340 --> 00:43:55,759 Baru bangun tidur? Pukul berapa di sana sekarang? 538 00:43:56,885 --> 00:43:58,720 Awak bangun awal. Sudah bersarapan? 539 00:44:00,347 --> 00:44:03,683 Awak makan kroisan sambil minum kopi di teres sebuah kafe? 540 00:44:04,017 --> 00:44:06,394 Awak tak patut beritahu saya. 541 00:44:09,564 --> 00:44:12,734 Saya bergurau saja. Makanlah baik-baik. Saya amat rindukan awak. 542 00:44:13,818 --> 00:44:15,070 Baik. 543 00:44:18,740 --> 00:44:21,826 - Awak lapar? - Ya, agak lapar. 544 00:44:23,953 --> 00:44:24,954 Jom. 545 00:44:28,500 --> 00:44:31,336 - Selamat datang! - Helo! 546 00:44:33,963 --> 00:44:35,924 Wah, ia menakjubkan. 547 00:44:36,758 --> 00:44:38,885 Robot sedang goreng ayam. 548 00:44:39,803 --> 00:44:41,805 Kita patut belajar dengan robot. 549 00:44:42,347 --> 00:44:44,682 Seperti robot, kita perlu selalu tepat 550 00:44:44,766 --> 00:44:47,060 dan terus menyunting. 551 00:44:47,352 --> 00:44:49,854 - Cepat makan dan sambung kerja. - Baik. 552 00:44:49,938 --> 00:44:52,357 - Hidangan ayam sudah sampai. - Wah! 553 00:44:55,819 --> 00:44:58,279 - Terima kasih. - Sila menjamu selera. 554 00:44:58,696 --> 00:45:02,242 - Makanlah paha ayam. - Tidak, awak patut makannya. 555 00:45:02,325 --> 00:45:03,368 Tak apa. 556 00:45:03,743 --> 00:45:06,538 Bahagian kita ada satu tradisi. 557 00:45:06,621 --> 00:45:10,458 Dua paha ayam akan diberi kepada junior yang paling dikasihi. 558 00:45:11,292 --> 00:45:14,254 Kalau begitu, saya akan makan dengan rasa terima kasih. 559 00:45:22,512 --> 00:45:23,763 Kerja amat sukar, bukan? 560 00:45:23,847 --> 00:45:26,057 Awak diterima bekerja sebagai penerbit. 561 00:45:26,474 --> 00:45:29,352 Namun awak buat kerja buruh dan sentiasa dikritik senior. 562 00:45:29,436 --> 00:45:30,603 Ia memenatkan, bukan? 563 00:45:31,855 --> 00:45:34,566 Ya, ia agak memenatkan. 564 00:45:36,025 --> 00:45:37,068 Cuba bertahan. 565 00:45:37,152 --> 00:45:39,904 Jika cukup cekal, awak akan dapat rasa perasaan itu. 566 00:45:39,988 --> 00:45:41,489 Perasaan apa? 567 00:45:42,615 --> 00:45:44,868 "Tiada kerja lain yang sesuai untuk saya." 568 00:45:44,951 --> 00:45:47,328 "Saya mahu bikin rancangan sehingga mati." 569 00:45:47,954 --> 00:45:49,038 Perasaan sebegitu. 570 00:45:49,622 --> 00:45:52,250 Sejak bila awak dapat perasaan begitu? 571 00:45:53,042 --> 00:45:54,252 Pada suatu hari. 572 00:46:02,469 --> 00:46:04,554 Pesanlah lagi kalau tak cukup. 573 00:46:04,637 --> 00:46:06,306 Ini dah cukup. 574 00:46:12,061 --> 00:46:13,771 - Helo, Penerbit Kang. - Helo. 575 00:46:15,356 --> 00:46:16,441 Hei, Kim Sang-woo. 576 00:46:17,650 --> 00:46:18,651 Ya? 577 00:46:22,489 --> 00:46:25,533 Nak sertai rancangan baru saya? 578 00:46:26,451 --> 00:46:27,785 Saya… 579 00:46:28,369 --> 00:46:30,455 - Kenapa? Awak tak sudi? - Bukan begitu. 580 00:46:30,538 --> 00:46:32,373 Saya cuma… 581 00:46:35,210 --> 00:46:36,586 Awak menantikan Gu Yeo-reum? 582 00:46:38,004 --> 00:46:40,298 Dia sepatutnya akan kembali tak lama lagi. 583 00:46:42,550 --> 00:46:43,968 - Hei. - Ya? 584 00:46:44,052 --> 00:46:45,261 Fikirlah baik-baik. 585 00:46:45,386 --> 00:46:48,139 Awak ingat Gu Yeo-reum akan berubah dan jadi lebih bagus 586 00:46:48,223 --> 00:46:49,849 selepas berehat enam bulan? 587 00:46:50,308 --> 00:46:53,478 Sudah jelas segalanya yang dia rancang akan gagal. 588 00:46:53,561 --> 00:46:54,729 Saya pula, 589 00:46:55,522 --> 00:46:57,357 akan bikin satu lagi rancangan hebat. 590 00:46:59,067 --> 00:47:02,654 Saya akan menunggu seketika lagi. 591 00:47:04,364 --> 00:47:05,782 Awak memang dungu. 592 00:47:05,865 --> 00:47:08,284 Awak akan gagal seperti dia jika terus begini. 593 00:47:08,368 --> 00:47:10,411 Gagal… 594 00:47:10,495 --> 00:47:11,955 Gagal! 595 00:47:12,038 --> 00:47:13,248 Terkejut saya. 596 00:47:14,415 --> 00:47:16,000 Rempah dalam nasi. Aduhai! 597 00:47:17,460 --> 00:47:18,962 Awak anggap saya bibimbap? 598 00:47:24,133 --> 00:47:25,385 HYEON-SO 599 00:47:26,886 --> 00:47:27,887 Helo. 600 00:47:29,347 --> 00:47:31,349 Awak berseronok bersama kawan? 601 00:47:33,476 --> 00:47:34,978 Saya rindukan awak juga. 602 00:47:35,895 --> 00:47:39,148 Nak jumpa di mana nanti? Mana-mana pun boleh. 603 00:47:39,649 --> 00:47:42,110 RANCANGAN REALITI KELUARGA KELUARGA BERMASALAH 604 00:47:42,819 --> 00:47:43,903 Hei. 605 00:47:44,445 --> 00:47:46,406 - Awak nak bikin rancangan ini? - Ya. 606 00:47:48,366 --> 00:47:51,160 - Tajuknya Keluarga Bermasalah? - Ya. 607 00:47:56,291 --> 00:47:59,919 "Situasi setiap keluarga akan diperhatikan secara terperinci untuk melihat 608 00:48:00,003 --> 00:48:02,880 penderitaan dan proses mengatasinya 609 00:48:04,215 --> 00:48:09,846 untuk tunjukkan kehidupan keluarga dan makna keluarga masa kini…" 610 00:48:11,306 --> 00:48:14,309 Kini awak nak buat begini kepada beberapa keluarga juga? 611 00:48:15,977 --> 00:48:17,353 Saya ingin cuba membikinnya. 612 00:48:17,437 --> 00:48:18,354 Realiti keluarga. 613 00:48:18,438 --> 00:48:20,690 Kenapa sasarkan keluarga? 614 00:48:20,898 --> 00:48:22,150 Mungkin saya boleh 615 00:48:22,984 --> 00:48:25,528 temui jawapan yang tepat. 616 00:48:27,363 --> 00:48:28,364 Makna keluarga 617 00:48:29,365 --> 00:48:32,660 dan cara atasi trauma daripada keluarga. 618 00:48:53,806 --> 00:48:56,434 KELUARGA BERMASALAH 619 00:49:39,310 --> 00:49:43,147 Nampaknya awak suka lukisan ini. 620 00:49:45,525 --> 00:49:48,403 Ya, saya asyik ingin melihatnya. 621 00:49:51,030 --> 00:49:56,369 Kualiti minyak daripada lukisan minyak sangat jelas dan nyata. 622 00:49:57,286 --> 00:50:00,248 Tiada pembetulan dibuat selepas minyak dilukis pada kertas. 623 00:50:02,667 --> 00:50:06,212 Namun, warna seni Timur akan mengembang dan meresap. 624 00:50:08,131 --> 00:50:10,258 Jurusan utama saya ialah Seni Barat. 625 00:50:10,883 --> 00:50:15,346 Ada kalanya saya dapat rasai calitan dan resapan pada kertas lukisan seperti ini. 626 00:50:15,847 --> 00:50:19,308 Seni Timur menyerlahkan personaliti pelukis melalui karya mereka. 627 00:50:22,061 --> 00:50:26,774 Ia kedengaran dan nampak lebih sesuai dengan saya. 628 00:50:29,902 --> 00:50:30,987 Wah! 629 00:50:32,029 --> 00:50:33,948 Penerangan yang menakjubkan. 630 00:50:38,911 --> 00:50:42,623 Maaf, saya cakap terlalu banyak sedangkan kita tak kenal satu sama lain. 631 00:50:42,707 --> 00:50:44,250 Sila nikmati masa awak di sini. 632 00:50:45,710 --> 00:50:46,753 Han Ji-yeon. 633 00:50:52,383 --> 00:50:55,553 Awak Han Ji-yeon dari Kingdom of Love, betul? 634 00:50:58,431 --> 00:51:00,892 Saya seronok menonton rancangan itu. 635 00:51:03,019 --> 00:51:04,228 Terima kasih. 636 00:51:04,312 --> 00:51:07,064 Namun apabila menonton rancangan itu, 637 00:51:08,024 --> 00:51:10,109 saya rasa lelaki bernama Park Jae-hoon itu 638 00:51:11,903 --> 00:51:12,987 sangat menyedihkan. 639 00:51:13,821 --> 00:51:14,822 Apa? 640 00:51:14,906 --> 00:51:17,366 Dia tak sedar betapa bagusnya Han Ji-yeon. 641 00:51:17,450 --> 00:51:19,160 Dia juga asyik buat awak menangis. 642 00:51:19,744 --> 00:51:22,079 Kalau saya jadi dia, saya takkan buat begitu. 643 00:51:27,502 --> 00:51:32,590 Kalau awak tak kisah, saya ingin belanja awak makan. 644 00:51:34,759 --> 00:51:37,303 BAEK JUN-YEOL PEMBANTU JURUTERBANG 645 00:51:50,483 --> 00:51:54,111 - Minum! - Malam yang indah! 646 00:51:59,742 --> 00:52:03,412 - Saya akan nikmatinya! - Ia nampak sedap! 647 00:52:04,539 --> 00:52:06,707 Wah, sedapnya jokbal! 648 00:52:11,045 --> 00:52:13,256 Ji-wan, masakan ibu awak sedap. 649 00:52:13,339 --> 00:52:15,007 Saya setuju. Memang sedap. 650 00:52:15,091 --> 00:52:17,343 Kami tak tahu ibu awak miliki restoran jokbal. 651 00:52:17,426 --> 00:52:20,388 Kalau tak, kami pasti jadi pelanggan tetap di sini, betul? 652 00:52:20,471 --> 00:52:21,639 Betul. 653 00:52:21,722 --> 00:52:24,433 Datanglah selalu. Saya akan beri makanan percuma. 654 00:52:29,397 --> 00:52:32,316 Semua, saya nak beritahu sesuatu. 655 00:52:32,775 --> 00:52:33,776 Apa dia? 656 00:52:33,860 --> 00:52:36,195 - Nampak serius. - Itulah. 657 00:52:39,490 --> 00:52:40,825 Saya dan Ji-wan 658 00:52:41,367 --> 00:52:42,618 putuskan untuk berkahwin. 659 00:52:44,912 --> 00:52:46,581 - Wah! Bagusnya! - Betul? 660 00:52:46,664 --> 00:52:48,249 Wah, berkahwin? 661 00:52:49,250 --> 00:52:50,209 Bagusnya! 662 00:52:50,543 --> 00:52:52,128 - Wah! - Tengoklah cincin mereka! 663 00:52:54,171 --> 00:52:56,007 Wah! Hebat! 664 00:52:56,507 --> 00:52:59,093 Ini berita gempar! 665 00:52:59,385 --> 00:53:02,388 Kami dah tempah dewan untuk majlis kahwin tahun depan. 666 00:53:02,471 --> 00:53:04,891 - Tahniah! - Saya tumpang gembira. 667 00:53:06,309 --> 00:53:08,603 Kamu nampak secocok. Tahniah! 668 00:53:10,605 --> 00:53:11,689 Saya iri hati! 669 00:53:12,440 --> 00:53:14,775 - Bila kita nak kahwin? - Ya, kita patut kahwin. 670 00:53:15,109 --> 00:53:16,652 Saya akan buat persiapan. 671 00:53:16,736 --> 00:53:17,945 - Cepat. - Baik. 672 00:53:18,029 --> 00:53:19,155 Nanti! 673 00:53:19,822 --> 00:53:24,285 Mari kita minum dengan adik saya, John Jang dan Ji-wan! 674 00:53:24,368 --> 00:53:26,913 - Minum! - Minum! 675 00:53:27,663 --> 00:53:29,624 - Kenapa? - Biar saya yang ucap selamat. 676 00:53:29,957 --> 00:53:33,127 Saya ingin cakap sesuatu dengan Ji-wan. 677 00:53:36,672 --> 00:53:39,258 - Ji-wan. - Apa dia nak buat? 678 00:53:39,342 --> 00:53:40,885 Awak buat saya 679 00:53:41,135 --> 00:53:42,219 hilang akal. 680 00:53:45,806 --> 00:53:48,392 - Betul-betul dah hilang akal! - John! 681 00:53:49,310 --> 00:53:51,103 Tamatkannya dengan sulang kekasih! 682 00:53:51,187 --> 00:53:54,649 - Sulang kekasih! - Sulang kekasih! 683 00:53:56,859 --> 00:53:58,569 Tahniah! 684 00:53:58,653 --> 00:54:00,988 - Tahniah! - Tahniah! 685 00:54:01,072 --> 00:54:02,698 Kamu tak berubah langsung. 686 00:54:03,366 --> 00:54:05,576 Apa khabar Penerbit Gu Yeo-reum? 687 00:54:05,660 --> 00:54:07,703 Yeo-reum di Paris sekarang. 688 00:54:07,787 --> 00:54:10,539 - Paris? - Sudah enam bulan dia di sana. 689 00:54:10,623 --> 00:54:14,752 - Dia minta cuti panjang. - Begitu rupanya. 690 00:54:14,835 --> 00:54:16,837 Awak pasti amat rindukan dia. 691 00:54:48,244 --> 00:54:49,537 Yeo-reum! 692 00:54:54,709 --> 00:54:55,710 Jae-hoon! 693 00:54:56,293 --> 00:54:57,378 Saya sudah kembali. 694 00:54:58,629 --> 00:55:02,174 Kenapa? Awak tak telefon saya pun. 695 00:55:02,633 --> 00:55:04,301 Saya nak bagi awak kejutan. 696 00:55:12,685 --> 00:55:14,103 Apa khabar? 697 00:55:22,445 --> 00:55:23,446 Saya rindukan awak. 698 00:55:24,113 --> 00:55:25,197 Saya juga. 699 00:55:25,781 --> 00:55:27,116 Saya amat rindukan awak. 700 00:55:27,575 --> 00:55:29,243 Saya lebih rindukan awak! 701 00:55:57,688 --> 00:55:59,648 Penjagaan kulit itu bagus. 702 00:56:23,214 --> 00:56:25,674 - Boleh bertolak sekarang? - Ya, mari pergi. 703 00:56:25,758 --> 00:56:27,968 - Awak nampak cantik hari ini. - Betul? 704 00:56:31,472 --> 00:56:32,807 Apa maksud awak? 705 00:56:34,767 --> 00:56:35,976 Ia dah memadai. 706 00:56:41,190 --> 00:56:42,983 Apa itu kesudahan gembira? 707 00:56:46,445 --> 00:56:48,864 - Di Paris, depan Menara Eiffel. - Paris? 708 00:56:48,948 --> 00:56:51,951 Ramai pasangan kekasih di depannya. 709 00:56:52,034 --> 00:56:56,163 - Ia cantik? - Alangkah bagusnya jika awak di sana. 710 00:56:56,997 --> 00:56:58,624 Kehidupan yang tidak mudah. 711 00:56:59,291 --> 00:57:04,672 Kehidupan penuh dengan kejutan dan kejadian malang. 712 00:57:05,422 --> 00:57:07,299 "Apa itu kesudahan gembira?" 713 00:57:07,633 --> 00:57:09,760 Saya sering bertanya kepada diri sendiri. 714 00:57:11,470 --> 00:57:16,767 Mungkin ada banyak kesudahan dalam hidup. Kesudahan yang tak pernah berakhir. 715 00:57:18,519 --> 00:57:22,648 Tiada kesudahan yang betul-betul muktamad sehingga kita temui ajal. 716 00:57:24,483 --> 00:57:26,360 Sayang, kenapa dengan awak? 717 00:57:26,777 --> 00:57:30,072 Kesudahan yang kita alami setiap hari. Penamatan hari biasa. 718 00:57:37,288 --> 00:57:39,039 Rasanya kita akan dapat anak. 719 00:57:40,708 --> 00:57:46,005 Selagi kita hidup, adanya detik-detik gembira yang tidak dapat dilupakan. 720 00:57:48,007 --> 00:57:51,010 Kesudahan gembira yang mengejutkan. 721 00:57:57,725 --> 00:57:59,727 Mungkin ia cuma sehari lagi dalam hidup. 722 00:57:59,977 --> 00:58:05,649 Kehidupan harian yang sama dan kesudahan yang membosankan. 723 00:58:14,158 --> 00:58:16,452 Makanlah bahagian yang lebih besar. 724 00:58:17,870 --> 00:58:20,664 - Sayang, kupasnya macam ini. - Macam ini? 725 00:58:21,415 --> 00:58:24,585 Kesudahan yang biasa, boleh diramalkan tetapi berharga. 726 00:58:24,668 --> 00:58:26,253 Sedapnya! 727 00:58:38,599 --> 00:58:40,768 MENDIANG SHIN JUNG-HAE 728 00:58:42,269 --> 00:58:48,400 Kesudahan yang sedih. Ada kalanya ia buat dunia kita runtuh. 729 00:58:58,535 --> 00:59:00,246 TAHNIAH! ANDA TELAH DITERIMA. 730 00:59:00,788 --> 00:59:02,414 Lebih-lebih lagi, 731 00:59:02,498 --> 00:59:04,083 pada waktu paling tak dijangka. 732 00:59:04,166 --> 00:59:08,045 Memberi keberanian dan kekuatan untuk terus hidup. 733 00:59:08,671 --> 00:59:09,838 Kesudahan yang gembira. 734 00:59:14,176 --> 00:59:18,847 Kehidupan mungkin penuh dengan banyak kesudahan. 735 00:59:18,931 --> 00:59:22,893 Andaikan begitu, saya akan menantikannya. 736 00:59:22,977 --> 00:59:27,356 Saya harap kesudahan gembira akan datang pada saya selalu. 737 00:59:28,565 --> 00:59:30,192 Kalau bukan begitu pun 738 00:59:30,985 --> 00:59:34,321 dan kesudahan sedih terjadi satu hari nanti, 739 00:59:34,405 --> 00:59:35,739 ia tak mengapa. 740 00:59:37,074 --> 00:59:39,743 Saya berjanji akan berusaha 741 00:59:39,827 --> 00:59:41,495 dan teruskan hidup baik-baik. 742 00:59:43,747 --> 00:59:47,584 Biarpun cinta kita mungkin tamat… 743 00:59:50,045 --> 00:59:52,589 Kisah kita takkan berakhir. 744 00:59:53,549 --> 00:59:57,511 Tak apa jika jalani kehidupan biasa. 745 00:59:59,513 --> 01:00:02,224 Cinta saya kepada awak takkan berakhir. 746 01:00:04,018 --> 01:00:06,312 Saya tak kisah jika kehidupan membosankan. 747 01:00:07,396 --> 01:00:10,065 Awaklah kesudahan saya. 748 01:00:14,028 --> 01:00:18,240 - Saya berjanji sambil pegang tangan awak. - Saya berjanji sambil pegang tangan awak. 749 01:01:49,706 --> 01:01:52,709 Terjemahan sari kata oleh: Eunice Eue