1 00:00:41,083 --> 00:00:44,253 NAMA, ORGANISASI DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI BUKAN YANG SEBENAR 2 00:00:44,336 --> 00:00:45,713 SEMUA KISAH SEKADAR REKAAN 3 00:00:46,630 --> 00:00:51,051 TAHUN 2011 4 00:01:00,644 --> 00:01:02,897 - Ayah, saya dah terlewat. Pergi dulu. - Baik. 5 00:01:03,606 --> 00:01:06,942 Hei, nak! Jangan lari, nanti jatuh! 6 00:01:08,861 --> 00:01:10,362 Belajar baik-baik dalam kelas. 7 00:01:10,446 --> 00:01:12,698 - Terima kasih, ayah! Selamat tinggal! - Baik! 8 00:01:15,701 --> 00:01:18,537 Ayah hantar dia ke sekolah. Dia budak sekolah rendah? 9 00:01:20,456 --> 00:01:23,876 - Hei, nak makan tteokbokki? - Tteokbokki boleh juga. 10 00:01:24,460 --> 00:01:26,921 - Awak tahu mesti bubuh telur, bukan? - Tentulah. 11 00:01:27,004 --> 00:01:28,005 - Separuh? - Masak. 12 00:01:28,088 --> 00:01:30,090 Hei! Kumpulan telur masak! 13 00:01:30,174 --> 00:01:32,259 - Apa? - Ia sepatutnya separuh masak. 14 00:01:32,343 --> 00:01:34,720 - Bukan! - Minta separuh yang masak nanti. 15 00:01:39,266 --> 00:01:40,851 Hei, Yeo-reum! 16 00:01:40,935 --> 00:01:42,937 - Hei, makanlah satu lagi! - Tak mahu. 17 00:01:43,020 --> 00:01:45,606 - Hei, satu lagi, nganga! - Saya sudah kenyang! 18 00:01:45,689 --> 00:01:46,690 - Satu. - Kenyanglah. 19 00:01:46,774 --> 00:01:47,900 Nganga! 20 00:01:49,568 --> 00:01:50,903 - Saya pergi dulu. - Baik. 21 00:01:50,986 --> 00:01:52,863 Belajar baik-baik ya! 22 00:01:53,697 --> 00:01:54,949 Selamat jalan, ayah! 23 00:02:07,044 --> 00:02:09,421 BUKU RUJUKAN PEPERIKSAAN MEDIA 24 00:02:14,844 --> 00:02:16,011 Ya, ibu? 25 00:02:16,720 --> 00:02:19,223 Saya sedang mengulang kaji, sekarang waktu berehat. 26 00:02:20,766 --> 00:02:21,767 Makan malam? 27 00:02:25,062 --> 00:02:26,856 Saya tiada selera makan. 28 00:02:28,816 --> 00:02:32,319 Oh ya, ibu. Sebenarnya, bulgogi! Saya teringin nak makan bulgogi. 29 00:02:35,406 --> 00:02:37,283 Baik. Okey. 30 00:02:37,783 --> 00:02:40,244 1Saya akan telefon apabila dalam perjalanan pulang. 31 00:02:40,327 --> 00:02:41,370 Baik. 32 00:02:46,125 --> 00:02:47,918 Bulgogi! 33 00:03:13,068 --> 00:03:14,069 Kang Chae-ri? 34 00:03:16,822 --> 00:03:18,115 Awak Kang Chae-ri, bukan? 35 00:03:19,033 --> 00:03:21,243 Kita sama jurusan. 36 00:03:24,163 --> 00:03:26,749 Saya dengar awak juga akan duduki peperiksaan media. 37 00:03:26,832 --> 00:03:29,793 Kalau awak tak kisah, apa kata sertai kumpulan belajar kami? 38 00:03:33,923 --> 00:03:34,965 Tak payahlah. 39 00:04:02,493 --> 00:04:03,619 Helo? 40 00:04:03,702 --> 00:04:06,747 Helo, Kang Chae-ri. Ini panggilan daripada bahagian HR DNA. 41 00:04:06,830 --> 00:04:09,208 Awak diterima sebagai penerbit rancangan hiburan. 42 00:04:09,291 --> 00:04:10,292 Tahniah! 43 00:04:20,719 --> 00:04:21,720 Saya berjaya. 44 00:04:30,437 --> 00:04:31,438 Kang Chae-ri! 45 00:04:33,941 --> 00:04:35,359 Hei! Tahniah! 46 00:04:35,442 --> 00:04:37,277 Dengar kata, awak diterima juga! 47 00:04:38,320 --> 00:04:40,072 Awak kenal Jang Min-gyu, bukan? 48 00:04:40,155 --> 00:04:43,617 Senior kita yang bekerja di bahagian hiburan DNA. 49 00:04:43,701 --> 00:04:45,244 Dia telefon tadi. Katanya, 50 00:04:45,327 --> 00:04:48,455 ini kali pertama dua pemohon yang sama universiti dan jurusan 51 00:04:48,539 --> 00:04:49,999 diterima pada masa yang sama. 52 00:04:51,250 --> 00:04:52,543 Mari kita jadi kawan baik! 53 00:04:54,336 --> 00:04:55,337 Okey? 54 00:05:07,850 --> 00:05:13,147 EPISOD 15 SELEPAS TAMAT RANCANGAN REALITI 55 00:05:17,026 --> 00:05:19,611 KINGDOM OF LOVE S2 STAF DAN PESERTA BERHUBUNGAN SULIT 56 00:05:19,695 --> 00:05:21,196 MEREKA MENIPU PARA PENONTON? 57 00:05:24,575 --> 00:05:26,535 Rancangan tak masuk akal, staf pun sama. 58 00:05:26,618 --> 00:05:30,456 Kalau staf dan peserta berhubungan sulit di set, apa mereka buat sebenarnya? 59 00:05:30,539 --> 00:05:33,083 Penerbit bersama peserta lelaki. Hebatnya mereka. 60 00:05:33,167 --> 00:05:35,044 Dengar kata seseorang ayun pisau juga. 61 00:05:35,127 --> 00:05:37,171 Menipu para penonton. Patut mohon maaf. 62 00:05:37,254 --> 00:05:39,339 Semua rekaan. Penerbit patut dipenjarakan! 63 00:05:39,423 --> 00:05:41,925 Penerbit itu pilih seseorang dan bermain dengannya. 64 00:05:42,009 --> 00:05:46,013 Semua, ini hal serius. Mereka siarkan iklan melalui rancangan murahan ini. 65 00:05:46,096 --> 00:05:47,848 Berdating sesuka hati. Sudah gila? 66 00:05:47,931 --> 00:05:50,059 Penerbit rancangan ini seorang psikopat. 67 00:05:50,142 --> 00:05:53,103 Sekarang baru awak tahu dia psikopat? Tak mengejutkan pun. 68 00:05:53,187 --> 00:05:56,607 Lagi bagus kalau penerbit itu mati dalam serangan tersebut. 69 00:06:38,440 --> 00:06:39,441 Yeo-reum. 70 00:06:49,535 --> 00:06:51,453 - Sudah habis kerja? - Ya. 71 00:07:18,730 --> 00:07:20,691 - Yeo-reum. - Ya? 72 00:07:20,774 --> 00:07:22,484 Nak berdating hujung minggu depan? 73 00:07:24,278 --> 00:07:28,240 Nak tonton filem apa? Atau kita pergi makan sesuatu yang sedap? 74 00:07:34,288 --> 00:07:35,998 - Jae-hoon. - Ya? 75 00:07:39,251 --> 00:07:42,462 - Saya nak tunjuk sesuatu. - Apa dia? 76 00:07:56,226 --> 00:07:58,812 KINGDOM OF LOVE S2 STAF DAN PESERTA BERHUBUNGAN SULIT 77 00:08:04,359 --> 00:08:07,321 Salah seorang peserta tanpa dedahkan namanya 78 00:08:08,155 --> 00:08:12,659 mengatakan Kingdom of Love berasaskan skrip, bukannya rancangan realiti. 79 00:08:14,036 --> 00:08:15,662 Dia mengatakan semuanya rekaan 80 00:08:17,206 --> 00:08:21,960 dan terjalinnya hubungan sulit antara staf dan peserta di set. 81 00:08:22,544 --> 00:08:23,545 Yeo-reum. 82 00:08:23,795 --> 00:08:30,052 Masih ingat babak ciuman kita? Rasanya itu punca masalah. 83 00:08:35,224 --> 00:08:37,851 Kami tak patut siarkan itu. 84 00:08:41,188 --> 00:08:42,189 Awak 85 00:08:43,815 --> 00:08:45,359 rasa serba salah, bukan? 86 00:08:49,029 --> 00:08:51,740 Bukan saja saya, awak juga terjejas. 87 00:08:52,699 --> 00:08:59,414 Saya tak apa-apa, namun orang ramai nampak muka awak, jadi awak akan dipersalahkan. 88 00:09:00,916 --> 00:09:03,168 Orang ramai akan tulis komen buruk. 89 00:09:05,170 --> 00:09:06,171 Maaf, Jae-hoon. 90 00:09:06,797 --> 00:09:09,508 Saya akan tanggung dan buat apa saja untuk betulkannya. 91 00:09:09,591 --> 00:09:11,051 Kenapa awak perlu tanggung? 92 00:09:12,094 --> 00:09:14,346 Juga, kenapa awak yang betulkannya? 93 00:09:18,016 --> 00:09:19,059 Saya akan uruskannya. 94 00:09:19,893 --> 00:09:21,228 - Jae-hoon… - Kalau 95 00:09:21,770 --> 00:09:24,940 saya perlu tampil untuk jelaskannya, saya akan buat begitu. 96 00:09:25,023 --> 00:09:26,942 Saya akan minta maaf jika perlu. 97 00:09:27,025 --> 00:09:28,860 Saya juga sanggup terima kritikan. 98 00:09:32,364 --> 00:09:33,824 Saya akan berdepan dengannya. 99 00:09:35,450 --> 00:09:38,287 Saya yang minta awak sertai Kingdom of Love. 100 00:09:39,121 --> 00:09:42,874 Pasukan produksi bertanggungjawab untuk lindungi peserta. 101 00:09:42,958 --> 00:09:45,294 Saya juga bertanggungjawab untuk lindungi awak. 102 00:09:45,544 --> 00:09:46,962 Saya yang buat keputusan. 103 00:09:49,172 --> 00:09:50,716 Awak tak perlu lindungi saya. 104 00:09:56,138 --> 00:09:57,139 Disebabkan saya, 105 00:09:58,890 --> 00:10:00,934 kehidupan awak menjadi sukar. 106 00:10:04,229 --> 00:10:06,440 Saya tak tahu kenapa saya selalu begini. 107 00:10:07,441 --> 00:10:10,319 Semuanya 108 00:10:11,945 --> 00:10:13,697 salah saya. 109 00:10:16,575 --> 00:10:17,576 Gu Yeo-reum. 110 00:10:20,662 --> 00:10:24,541 Saya sertai Kingdom of Love sebab saya menyukai awak. 111 00:10:25,584 --> 00:10:30,088 Saya tahu saya perlu berdating dalam rancangan, namun saya abaikannya. 112 00:10:31,006 --> 00:10:32,632 Saya yang mahu ikuti awak 113 00:10:33,759 --> 00:10:35,552 sebab saya hanya fikirkan awak. 114 00:10:40,557 --> 00:10:44,227 Komen buruk bukanlah apa-apa. Saya mampu hadapinya. 115 00:10:48,732 --> 00:10:49,733 Tak apa. 116 00:10:50,859 --> 00:10:51,860 Okey? 117 00:10:52,986 --> 00:10:53,987 Mari sini. 118 00:10:55,614 --> 00:10:56,615 Tak apa. 119 00:10:57,199 --> 00:10:58,575 Maaf, Jae-hoon. 120 00:10:58,658 --> 00:10:59,826 Maafkan saya. 121 00:11:01,036 --> 00:11:02,120 Buat apa minta maaf? 122 00:11:03,163 --> 00:11:04,164 Tak apa. 123 00:11:43,703 --> 00:11:45,956 - Saya datang! - Yeo-reum! 124 00:11:46,331 --> 00:11:48,083 Yeo-reum, awak datang! 125 00:11:48,166 --> 00:11:50,669 Sudah bersarapan? Nak makan apa-apa? 126 00:11:50,752 --> 00:11:51,920 Tak apa. 127 00:11:52,295 --> 00:11:54,798 Saya singgah untuk bagi ini sebelum pergi bekerja. 128 00:11:55,006 --> 00:11:57,342 - Ini apa? - Pensteril udara. 129 00:11:57,426 --> 00:11:59,386 Ia produk tajaan rancangan kami. 130 00:11:59,469 --> 00:12:00,887 Ia diagihkan kepada staf, 131 00:12:00,971 --> 00:12:02,889 bagus juga letak satu di sini. 132 00:12:02,973 --> 00:12:04,599 Ia sangat berguna di set. 133 00:12:05,100 --> 00:12:06,601 - Mahal tak? - Tak juga. 134 00:12:07,018 --> 00:12:08,270 Buat apa, Dae-sik? 135 00:12:08,937 --> 00:12:10,188 - Buka? - Baik. 136 00:12:14,484 --> 00:12:16,069 Begini cara letaknya? 137 00:12:23,869 --> 00:12:24,911 Begini? 138 00:12:25,412 --> 00:12:27,831 Wah, ia memang bagus. 139 00:12:28,832 --> 00:12:31,543 Banyak asap waktu awak memasak, jadi letaklah di sini. 140 00:12:31,626 --> 00:12:34,588 Demi sistem respirasi sihat Hye-jin dan Dae-sik! 141 00:12:35,422 --> 00:12:37,632 Terima kasih! Kami akan gunanya baik-baik! 142 00:12:37,716 --> 00:12:39,176 Kami akan guna baik-baik. 143 00:12:39,384 --> 00:12:41,428 - Saya pergi dulu. - Nak pergi bekerja? 144 00:12:41,511 --> 00:12:42,512 Yeo-reum. 145 00:12:43,263 --> 00:12:44,389 Awak tak apa-apa? 146 00:12:45,015 --> 00:12:47,809 Terlalu awal awak kembali bekerja. 147 00:12:47,893 --> 00:12:49,311 Ya, saya okey. 148 00:12:49,728 --> 00:12:51,229 Awak pasti? 149 00:12:51,313 --> 00:12:54,524 Jika kemalangan jalan raya yang biasa pun, mula-mula nampak okey, 150 00:12:54,608 --> 00:12:58,695 namun kita mungkin sakit leher kemudian. 151 00:12:59,321 --> 00:13:00,822 Jangan paksa diri. 152 00:13:00,906 --> 00:13:03,992 Betul cakap dia. Relakslah sikit. Buat apa nak susahkan diri? 153 00:13:04,784 --> 00:13:06,828 Tak apa, saya tak paksa diri. 154 00:13:06,912 --> 00:13:08,747 Apa-apa pun, rakaman sudah tamat 155 00:13:08,830 --> 00:13:11,666 dan kerja lepas produksi dikendalikan oleh penerbit lain. 156 00:13:15,212 --> 00:13:16,755 Saya betul-betul tak apa-apa! 157 00:13:17,547 --> 00:13:19,257 - Saya pergi dulu. - Baik. 158 00:13:19,341 --> 00:13:22,010 Jumpa lagi! Jaga diri! 159 00:13:25,514 --> 00:13:26,848 Saya risaukan dia. 160 00:13:28,308 --> 00:13:31,603 Yeo-reum nampak tertekan apabila hadapi kesukaran, bukan? 161 00:13:31,686 --> 00:13:34,314 Ya. Memang begitu. 162 00:13:45,033 --> 00:13:47,118 Ada dengar daripada sesiapa? 163 00:13:47,661 --> 00:13:50,789 Dengar kata para penulis skrip pergi jumpa peserta. 164 00:13:51,248 --> 00:13:53,124 Ada apa-apa berita? 165 00:13:53,208 --> 00:13:56,002 Rasanya semua nafikannya, cakap bukan mereka yang buat. 166 00:14:00,340 --> 00:14:04,719 Kita perlu temui siapa yang buat temu ramah, baru kita dapat betulkannya. 167 00:14:15,313 --> 00:14:19,359 Apa-apa pun, saya terima panggilan daripada wartawan sejak semalam. 168 00:14:21,278 --> 00:14:22,320 Apa saya patut buat? 169 00:14:25,490 --> 00:14:27,325 Jangan jawab panggilan buat masa ini. 170 00:14:29,911 --> 00:14:31,830 Saya tak dapat mengelak selamanya. 171 00:14:31,913 --> 00:14:35,292 Kalau saya terus abaikannya, kita mungkin dapat kritikan lebih teruk. 172 00:14:36,418 --> 00:14:39,462 Identiti orang yang ditemu ramah telah dirahsiakan. 173 00:14:40,463 --> 00:14:43,925 Kenapa kita perlu beri respons terhadap temu ramah daripada pengecut? 174 00:14:45,719 --> 00:14:47,262 Biarkan saja, buat masa ini. 175 00:14:52,434 --> 00:14:54,019 Macam mana dengan rancangan khas 176 00:14:54,102 --> 00:14:56,396 di YouTube selepas siaran episod terakhir esok? 177 00:14:56,938 --> 00:14:58,064 Bolehkah ia diteruskan? 178 00:14:58,648 --> 00:15:02,319 Biarpun ia bukan siaran biasa, mungkinkah kita kumpulkan peserta 179 00:15:02,402 --> 00:15:05,488 untuk ceritakan kisah di sebalik tabir dalam suasana begini? 180 00:15:07,449 --> 00:15:09,284 Saya rasa tak sedap hati. 181 00:15:14,289 --> 00:15:19,836 Kita boleh batalkannya bila-bila saja, jadi tengoklah macam mana hari ini. 182 00:15:30,764 --> 00:15:31,765 Apa ini? 183 00:15:32,140 --> 00:15:33,558 Kenapa? Apa lagi? 184 00:15:33,642 --> 00:15:34,643 Penerbit Gu! 185 00:15:35,185 --> 00:15:36,770 Bukankah ini awak? Cuba lihat. 186 00:15:47,405 --> 00:15:48,406 Kenapa… 187 00:15:56,331 --> 00:15:58,208 PENGARAH MA JIN-GOOK 188 00:16:02,379 --> 00:16:04,422 PARK JAE-HOON TINGGAL BERSAMA PENERBIT? 189 00:16:04,506 --> 00:16:05,507 Gu Yeo-reum. 190 00:16:08,760 --> 00:16:09,803 Apa ini? 191 00:16:10,720 --> 00:16:11,721 Tinggal bersama? 192 00:16:12,472 --> 00:16:15,350 Macam mana saya nak uruskannya? 193 00:16:17,018 --> 00:16:19,688 Dia seorang kawan yang tinggal di tingkat atas. 194 00:16:20,605 --> 00:16:21,731 Kawan? 195 00:16:21,815 --> 00:16:26,528 Seperti awak tahu, Park Jae-hoon dibawa ke sini sebagai pengganti. 196 00:16:27,028 --> 00:16:32,283 Dia rakan sekolah tinggi saya dan tinggal di tingkat atas rumah saya. 197 00:16:33,410 --> 00:16:34,411 Betul? 198 00:16:35,161 --> 00:16:37,956 Namun artikel ditulis begini? 199 00:16:39,666 --> 00:16:40,709 Ya. 200 00:16:43,503 --> 00:16:45,714 Jadi, kamu cuma kawan? 201 00:16:47,674 --> 00:16:48,675 Betul? 202 00:16:57,726 --> 00:16:59,519 - Pengarah. - Ya, Penerbit Kang. 203 00:17:01,813 --> 00:17:03,356 Seperti yang awak dengar, 204 00:17:03,732 --> 00:17:05,775 Park Jae-hoon dan Gu Yeo-reum cuma kawan, 205 00:17:05,859 --> 00:17:08,027 saya yang suruh dia jemput Park Jae-hoon. 206 00:17:11,072 --> 00:17:12,866 Awak suruh dia jemput Park Jae-hoon? 207 00:17:13,616 --> 00:17:16,619 Ya, kami pernah berjumpa beberapa kali. 208 00:17:16,703 --> 00:17:18,621 Jadi saya pilih dia sebagai pengganti. 209 00:17:18,705 --> 00:17:23,084 Juga, saya rasa seseorang ekori dan ambil gambar 210 00:17:23,168 --> 00:17:25,712 orang biasa untuk tulis artikel tentang mereka. 211 00:17:25,920 --> 00:17:28,923 Sebagai pasukan produksi, kami akan menitikberatkan hal ini. 212 00:17:38,016 --> 00:17:39,017 Baiklah. 213 00:17:40,143 --> 00:17:41,394 Cuba bincang sesama kamu. 214 00:17:42,645 --> 00:17:45,690 Oh ya, jangan biar mereka temui kesalahan kamu. 215 00:17:46,483 --> 00:17:47,484 Faham? 216 00:17:48,276 --> 00:17:49,277 Baik. 217 00:18:08,838 --> 00:18:09,839 Kang Chae-ri. 218 00:18:11,674 --> 00:18:12,675 Kenapa dengan awak? 219 00:18:13,343 --> 00:18:14,344 Apa? 220 00:18:15,678 --> 00:18:16,971 Bukankah awak dah tahu? 221 00:18:17,722 --> 00:18:19,808 - Tentang apa? - Tentang saya dan Jae-hoon. 222 00:18:21,267 --> 00:18:22,685 Saya dah fikir tentangnya, 223 00:18:23,603 --> 00:18:27,273 namun saya rasa lebih baik hadapinya saja daripada mengelak. 224 00:18:28,066 --> 00:18:31,945 Minta maaf dan terima kritikan jika perlu. 225 00:18:33,488 --> 00:18:34,906 Saya rasa lebih baik begitu. 226 00:18:36,282 --> 00:18:38,243 - Gu Yeo-reum. - Ya. 227 00:18:39,244 --> 00:18:41,496 Jangan buat perkara dungu dan duduk diam saja. 228 00:18:42,163 --> 00:18:43,414 Saya akan selesaikannya. 229 00:18:45,333 --> 00:18:47,043 Bagaimana awak nak selesaikannya? 230 00:18:49,879 --> 00:18:54,592 Kim Jun-ho yang terima temu ramah dan katakan rancangan berasaskan skrip. 231 00:18:54,968 --> 00:18:55,844 Kim Jun-ho? 232 00:18:55,927 --> 00:18:58,680 Penerbit wanita dan peserta lelaki yang dimaksudkan 233 00:18:58,763 --> 00:19:00,265 ialah saya dan Hwang Jang-gun. 234 00:19:00,348 --> 00:19:01,474 Apa? 235 00:19:05,937 --> 00:19:06,938 Awak orangnya? 236 00:19:08,147 --> 00:19:09,148 Awak? 237 00:19:09,691 --> 00:19:11,818 Ya. Saya tidur dengan Hwang Jang-gun. 238 00:19:15,405 --> 00:19:17,323 Nanti. Kenapa? 239 00:19:17,407 --> 00:19:19,951 Nanti. Bagaimana ia boleh terjadi? 240 00:19:21,661 --> 00:19:22,662 Ia telah berlaku. 241 00:19:23,413 --> 00:19:24,747 Ia berlaku begitu saja. 242 00:19:31,379 --> 00:19:33,840 Saya terima panggilan daripada Kim Jun-ho semalam. 243 00:19:34,048 --> 00:19:35,967 PESERTA KINGDOM OF LOVE KIM JUN-HO 244 00:19:43,892 --> 00:19:46,102 - Helo? - Penerbit Kang Chae-ri. 245 00:19:47,145 --> 00:19:48,479 Saya Kim Jun-ho. 246 00:19:50,356 --> 00:19:53,234 Dia kata dia ada gambar saya masuk bilik Hwang Jang-gun. 247 00:19:55,361 --> 00:19:59,198 Dia mahu berurusan dengan saya atau dia akan hantar gambar kepada wartawan. 248 00:20:01,159 --> 00:20:03,995 Hei! Kenapa sekarang baru awak cakap? 249 00:20:05,288 --> 00:20:07,457 Saya masih fikirkan penyelesaian waktu itu. 250 00:20:10,126 --> 00:20:14,297 Apa Kim Jun-ho cakap dengan awak? Tidak, apa dia mahu awak buat? 251 00:20:14,505 --> 00:20:20,178 Pertama, dia tak mahu kita dedahkan serangan itu berpunca daripada dia. 252 00:20:20,261 --> 00:20:24,265 Kedua, dia mahu dibayar lapan kali ganda daripada amaun yang dijanjikan. 253 00:20:25,516 --> 00:20:28,728 Jadi, apa awak cakap? 254 00:20:29,604 --> 00:20:32,607 Saya suruh dia hantar gambar kepada wartawan. 255 00:20:33,524 --> 00:20:36,486 Saya tak rasa terugut. 256 00:20:36,569 --> 00:20:37,570 Hei. 257 00:20:39,280 --> 00:20:42,533 Hwang Jang-gun macam lalang, jadi dia sepatutnya tak kisah. 258 00:20:43,201 --> 00:20:44,702 Jadi awak jangan masuk campur. 259 00:20:44,786 --> 00:20:47,497 Saya akan uruskan gambar awak yang didedahkan hari ini. 260 00:20:49,791 --> 00:20:50,792 Hei! 261 00:20:52,085 --> 00:20:54,295 - Tidak. - Apa? 262 00:20:54,545 --> 00:20:58,132 Kita tak boleh biar Kim Jun-ho sebarkan gambar itu. 263 00:20:58,716 --> 00:21:01,094 Kita setuju saja dengan syarat dia. 264 00:21:01,761 --> 00:21:03,680 Awak mungkin teruk terjejas nanti. 265 00:21:03,763 --> 00:21:06,933 Kita juga tak boleh buat begitu demi Hwang Jang-gun. 266 00:21:10,103 --> 00:21:14,607 Siapa yang kata lebih baik hadapinya terang-terangan? 267 00:21:14,691 --> 00:21:18,653 Saya maksudkan sesuatu yang telah pun berlaku. 268 00:21:18,736 --> 00:21:20,780 Namun kita perlu elakkan apa yang boleh. 269 00:21:23,241 --> 00:21:25,326 Saya akan berjumpa dengan Kim Jun-ho. 270 00:21:25,702 --> 00:21:28,246 Awak dan Park Jae-hoon akan dipersalahkan nanti. 271 00:21:29,330 --> 00:21:31,082 "Kami kawan." 272 00:21:31,249 --> 00:21:33,793 "Dia rakan sekolah tinggi saya yang jadi pengganti." 273 00:21:33,876 --> 00:21:34,961 Biarpun jelaskannya, 274 00:21:35,044 --> 00:21:38,631 orang ramai tetap ingin ambil tahu hubungan kamu berdua. 275 00:21:40,758 --> 00:21:44,095 Awak akan selamat selepas gambar saya dan Hwang Jang-gun didedahkan. 276 00:21:45,346 --> 00:21:47,348 Awak tak nak gunanya sebagai pelindung? 277 00:21:47,724 --> 00:21:50,768 Betulkah awak begitu mulia? 278 00:21:59,777 --> 00:22:01,946 Jangan berlagak baik tak bertempat. 279 00:22:02,947 --> 00:22:05,408 Duduk diam dan tengok saja. 280 00:22:20,715 --> 00:22:24,093 PARK JAE-HOON TINGGAL BERSAMA PENERBIT? 281 00:22:32,643 --> 00:22:33,644 DAE-SIK 282 00:22:40,610 --> 00:22:41,611 Helo, Dae-sik. 283 00:22:42,195 --> 00:22:44,489 Helo, Park Jae-hoon. Awak okey? 284 00:22:45,323 --> 00:22:46,908 Ya, tentu saya okey. 285 00:22:48,451 --> 00:22:52,080 Hei, tentu awak dah jadi popular. 286 00:22:52,163 --> 00:22:54,415 Ingatkan hanya artis ada skandal cinta. 287 00:22:54,499 --> 00:22:55,958 Apa hal sebenarnya? 288 00:22:56,042 --> 00:22:59,337 - Awak pasti sangat popular! - Sayang, jangan merepek. 289 00:22:59,545 --> 00:23:02,340 Hei, awak telefon sebab ambil berat tentang saya? 290 00:23:02,632 --> 00:23:05,051 - Atau nak menyindir saya? - Tentulah menyindir. 291 00:23:05,134 --> 00:23:06,135 Awak bergurau? 292 00:23:07,720 --> 00:23:09,347 Sayang, diam sajalah. 293 00:23:10,556 --> 00:23:13,518 - Jae-hoon, saya Hye-jin. - Ya, Hye-jin. 294 00:23:13,601 --> 00:23:16,646 Datang ke restoran kami malam ini. 295 00:23:16,729 --> 00:23:19,482 - Kita cakap apabila berjumpa. - Baik, jumpa nanti. 296 00:23:19,857 --> 00:23:20,858 Okey. 297 00:23:25,530 --> 00:23:26,989 - Sayang. - Ya? 298 00:23:27,281 --> 00:23:29,659 Awak tak risaukan Yeo-reum dan Jae-hoon? 299 00:23:30,910 --> 00:23:33,079 Kenapa? Mungkin ia lebih baik begitu. 300 00:23:33,162 --> 00:23:35,164 Apa yang baiknya? 301 00:23:36,165 --> 00:23:38,334 Rasanya mereka hadapi masalah. 302 00:23:39,127 --> 00:23:41,337 Fikirlah betul-betul. 303 00:23:41,420 --> 00:23:45,174 Kita juga hadapi situasi hampir sama waktu kita nak berkahwin. 304 00:23:46,676 --> 00:23:50,638 Ayah awak nampak kita bercium, jadi saya diheret masuk ke rumah awak 305 00:23:50,721 --> 00:23:52,348 dan minum banyak. 306 00:23:52,890 --> 00:23:55,852 Hei, kenapa awak ungkit hal itu? Memalukan betul. 307 00:23:55,935 --> 00:23:58,896 Saya minum sampai mabuk dan hanya hilang mabuk 308 00:23:58,980 --> 00:24:02,525 selepas minum sup ikan masakan ibu awak keesokan pagi, betul tak? 309 00:24:04,694 --> 00:24:05,695 Betul cakap awak. 310 00:24:06,946 --> 00:24:09,115 Itulah apa yang berlaku waktu itu. 311 00:24:09,574 --> 00:24:13,327 Maksud saya, selepas orang ramai tahu tentang hubungan mereka, 312 00:24:13,411 --> 00:24:15,705 maka tak dapat berpatah balik lagi. 313 00:24:15,788 --> 00:24:18,583 Jae-hoon dan Yeo-reum juga tak boleh berpatah balik lagi. 314 00:24:20,084 --> 00:24:21,335 Mungkin betul cakap awak. 315 00:24:23,212 --> 00:24:25,840 Baiklah. Cuba berfikiran positif. 316 00:24:27,466 --> 00:24:28,718 - Betul tak? - Ya. 317 00:24:30,386 --> 00:24:31,888 Kita sudah sampai. 318 00:24:32,555 --> 00:24:35,016 - Kita sudah sampai. - Sayang. 319 00:24:35,099 --> 00:24:37,476 Duduk saja. Saya akan buka pintu untuk awak. 320 00:24:38,644 --> 00:24:39,645 Awak memang… 321 00:24:48,446 --> 00:24:49,906 Sila keluar dari kereta. 322 00:24:59,081 --> 00:25:01,167 HOSPITAL SAKIT PUAN MOKDONG 323 00:25:03,336 --> 00:25:04,337 Hye-jin. 324 00:25:06,130 --> 00:25:07,131 Terima kasih. 325 00:25:08,216 --> 00:25:10,968 - Untuk apa? - IVF pasti sukar bagi awak. 326 00:25:12,178 --> 00:25:14,639 Namun awak tidak putus asa dan terus mencuba. 327 00:25:16,057 --> 00:25:18,267 Saya betul-betul kagum dengan awak. 328 00:25:21,103 --> 00:25:24,398 Saya tak dapat lakukannya tanpa sokongan awak. 329 00:25:25,524 --> 00:25:27,568 Saya juga nak berterima kasih kepada awak. 330 00:25:33,074 --> 00:25:34,075 Baiklah. 331 00:25:37,620 --> 00:25:40,164 YEO-REUM 332 00:25:48,589 --> 00:25:49,507 YEO-REUM 333 00:25:49,590 --> 00:25:55,429 APA AWAK SEDANG BUAT? 334 00:26:08,317 --> 00:26:11,362 BOLEH SAYA TELEFON AWAK SEKEJAP? 335 00:26:18,202 --> 00:26:19,203 Sudahlah. 336 00:26:32,258 --> 00:26:33,384 PROFESOR CHOI YONG-SU 337 00:26:37,138 --> 00:26:38,806 Helo, profesor. Saya Jae-hoon. 338 00:26:41,726 --> 00:26:43,060 Baik, saya tahu. 339 00:26:44,228 --> 00:26:46,355 Saya akan pergi jumpa awak sekarang. 340 00:26:48,232 --> 00:26:49,233 Baik. 341 00:26:58,909 --> 00:27:01,620 Doktor Park, awak dah jadi popular. 342 00:27:03,372 --> 00:27:05,791 Saya sibuk, jadi saya tak tonton rancangan itu. 343 00:27:05,875 --> 00:27:09,420 Semua doktor dan jururawat sibuk cakap tentangnya. 344 00:27:09,879 --> 00:27:11,464 Mereka kata awak sangat bergaya. 345 00:27:11,589 --> 00:27:13,591 Awak nak debut sebagai selebriti? 346 00:27:13,841 --> 00:27:18,971 Taklah. Saya cuma sertai rancangan atas sebab tertentu. 347 00:27:19,055 --> 00:27:22,016 HOSPITAL UNIVERSITI HANKOOK 348 00:27:22,099 --> 00:27:26,312 Doktor Park, saya akan mencapai usia bersara beberapa tahun kemudian. 349 00:27:27,438 --> 00:27:29,398 Saya perlu mula bersedia untuk bersara. 350 00:27:29,482 --> 00:27:32,693 Apa maksud profesor? 351 00:27:33,611 --> 00:27:34,987 Lama lagi awak nak bersara. 352 00:27:35,780 --> 00:27:37,907 Mungkin tak boleh cakap nak cari pengganti, 353 00:27:37,990 --> 00:27:41,535 namun bahagian bedah saraf perlukan orang baru juga. 354 00:27:42,578 --> 00:27:44,872 Sebab itu saya telefon awak. 355 00:27:53,172 --> 00:27:57,385 Jae-hoon, saya rasa susah hati selepas awak tinggalkan hospital. 356 00:27:58,427 --> 00:28:01,514 Apabila melihat murid kesayangan begitu menderita, 357 00:28:02,515 --> 00:28:06,352 sebagai guru dan orang tua, saya susah hati kerana tak dapat bantu awak. 358 00:28:09,146 --> 00:28:10,773 Apa-apa pun, semuanya salah saya. 359 00:28:11,607 --> 00:28:15,027 Awak sudah cukup baik terhadap saya. 360 00:28:16,028 --> 00:28:21,367 Dalam hidup ini, semua akan alami penderitaan. 361 00:28:22,493 --> 00:28:27,164 Kita perlu mengatasinya untuk terus hidup dan ia akan menjadi takdir kita. 362 00:28:31,377 --> 00:28:32,420 Belum terlambat lagi. 363 00:28:33,254 --> 00:28:34,672 Kembalilah ke tempat asal. 364 00:28:37,299 --> 00:28:40,094 Pelajar sekolah menengah yang awak selamatkan 365 00:28:40,678 --> 00:28:43,222 telah diterima oleh pihak universiti perubatan kita. 366 00:28:45,975 --> 00:28:46,976 Ya. 367 00:28:47,059 --> 00:28:51,856 Orang yang awak selamatkan dapat inspirasi untuk jadi seorang doktor. 368 00:28:54,483 --> 00:28:55,734 Cuba fikir 369 00:28:56,986 --> 00:29:00,906 di mana tempat asal awak dan apa awak perlu buat di masa depan. 370 00:29:01,907 --> 00:29:05,870 Cuba fikirkan kehidupan yang awak mahu di masa depan. 371 00:29:23,345 --> 00:29:26,932 AMBULANS 372 00:29:46,035 --> 00:29:48,454 TUTUP 373 00:29:49,705 --> 00:29:50,706 Sini. 374 00:30:01,967 --> 00:30:03,844 Helo, saya Park Hyeon-so. 375 00:30:04,637 --> 00:30:06,263 Helo, saya Kim Sang-woo. 376 00:30:10,100 --> 00:30:12,603 Saya pesan kopi Americano ais untuk awak. 377 00:30:13,062 --> 00:30:15,689 Awak memang prihatin. Terima kasih. 378 00:30:23,906 --> 00:30:26,784 Akhirnya kita berjumpa selepas hanya bermesej sebelum ini. 379 00:30:26,951 --> 00:30:30,037 Betul. Maaf kerana asyik tangguhkan perjumpaan. 380 00:30:30,746 --> 00:30:35,459 Tak apa. Luka awak sudah sembuh? 381 00:30:36,168 --> 00:30:38,462 Saya amat terkejut apabila dengar awak ditikam. 382 00:30:39,088 --> 00:30:41,632 Ya, ia hampir sembuh sepenuhnya. Saya tak apa-apa. 383 00:30:42,883 --> 00:30:44,301 Awak pasti takut waktu itu. 384 00:30:45,803 --> 00:30:47,429 Syukurlah bahu saya saja ditikam. 385 00:30:47,638 --> 00:30:49,181 Situasi boleh jadi lebih teruk. 386 00:30:51,100 --> 00:30:52,351 Saya rasa awak hebat, 387 00:30:52,518 --> 00:30:55,145 masih boleh tenang selepas kejadian seperti itu. 388 00:30:56,897 --> 00:31:00,693 Biasanya saya tak mudah takut atau naik angin. 389 00:31:01,318 --> 00:31:02,695 Ini cuma personaliti saya. 390 00:31:03,612 --> 00:31:07,032 Awak bersikap seperti lelaki sejati. 391 00:31:11,245 --> 00:31:14,748 Walaupun rupa saya begini, saya bersikap seperti lelaki sejati. 392 00:31:17,710 --> 00:31:18,961 Saya ada otot perut juga. 393 00:31:21,839 --> 00:31:23,799 Otot perut? Betul? 394 00:31:24,174 --> 00:31:25,926 Ya, saya suka bersenam. 395 00:31:26,010 --> 00:31:27,011 Senaman apa? 396 00:31:27,094 --> 00:31:30,472 Saya pergi ke gim. Oh ya, saya suka bermain boling juga. 397 00:31:30,806 --> 00:31:34,184 Boling? Saya pandai bermain boling juga. 398 00:31:34,393 --> 00:31:35,644 - Betul? - Ya. 399 00:31:35,728 --> 00:31:37,980 Saya sertai kelab boling waktu sekolah tinggi. 400 00:31:38,480 --> 00:31:40,941 Kalau begitu, apa kata kita pergi main boling? 401 00:31:41,025 --> 00:31:42,026 Setuju! 402 00:31:44,111 --> 00:31:47,156 - Saya pergi ke salun kerana awak. - Awak pergi ke salun? 403 00:31:56,081 --> 00:31:57,082 Profesor! 404 00:31:57,541 --> 00:31:58,751 Helo. 405 00:31:59,209 --> 00:32:00,419 Sudah baca artikel itu? 406 00:32:01,795 --> 00:32:03,005 Artikel apa? 407 00:32:03,088 --> 00:32:06,175 Tentang Penawar Jae-hoon yang awak sukai dalam Kingdom of Love. 408 00:32:07,009 --> 00:32:08,385 Maksud saya, Park Jae-hoon. 409 00:32:08,761 --> 00:32:11,555 Ada khabar angin mengatakan dia tinggal bersama penerbit. 410 00:32:11,639 --> 00:32:13,432 Dia pilihan akhir awak? 411 00:32:13,515 --> 00:32:15,434 Adakah awak telah dikhianati? 412 00:32:15,893 --> 00:32:18,187 Saya teringin nak tahu keputusan pilihan akhir. 413 00:32:18,270 --> 00:32:20,606 Jadi, apa berlaku antara kamu berdua? 414 00:32:31,659 --> 00:32:34,161 Bukankah dia Penerima Ji-yeon dari Kingdom of Love? 415 00:32:34,995 --> 00:32:37,831 - Ya! - Itu dia, bukan? 416 00:32:38,248 --> 00:32:40,793 Penerima Ji-yeon dan Penawar Jae-hoon. 417 00:32:40,876 --> 00:32:41,919 Dia memang cantik. 418 00:32:49,343 --> 00:32:53,430 BELUT PANGGANG ARANG 419 00:32:58,769 --> 00:32:59,770 Selamat datang. 420 00:33:16,578 --> 00:33:21,375 Sila bagi saya dua hidangan belut dan sebotol soju. 421 00:33:21,458 --> 00:33:22,459 Baik! 422 00:33:31,927 --> 00:33:35,597 PARK JAE-HOON TINGGAL BERSAMA PENERBIT? 423 00:34:29,443 --> 00:34:32,029 NEUROSURGERI PARK JAE-HOON 424 00:34:40,788 --> 00:34:41,830 Ya, Yeo-reum. 425 00:34:42,206 --> 00:34:44,625 Jae-hoon, awak di mana sekarang? 426 00:34:44,708 --> 00:34:48,045 Saya keluar tadi, namun saya di rumah sekarang. 427 00:34:51,048 --> 00:34:52,174 Sudah baca artikel itu? 428 00:34:52,716 --> 00:34:53,717 Ya. 429 00:34:54,218 --> 00:34:55,219 Awak okey? 430 00:34:55,594 --> 00:34:58,222 Tentulah, saya okey. Awak pula? 431 00:34:58,889 --> 00:34:59,890 Saya juga. 432 00:35:00,682 --> 00:35:01,683 Saya okey. 433 00:35:09,358 --> 00:35:10,400 Jae-hoon. 434 00:35:10,484 --> 00:35:14,279 - Saya nak bincang sesuatu dengan awak. - Apa dia? 435 00:35:15,280 --> 00:35:16,782 Saya balik rumah sekarang. 436 00:35:18,325 --> 00:35:21,036 Saya perlu bincang dengan awak sebelum buat keputusan. 437 00:35:21,161 --> 00:35:22,579 Baik. Baliklah rumah. 438 00:35:23,455 --> 00:35:25,123 - Saya tunggu awak. - Baik. 439 00:35:26,124 --> 00:35:27,125 Okey. 440 00:35:51,900 --> 00:35:53,694 PESERTA KINGDOM OF LOVE PARK JI-WAN 441 00:35:54,528 --> 00:35:55,654 Ya, Ji-wan. 442 00:35:57,573 --> 00:35:58,574 Helo. 443 00:36:01,493 --> 00:36:02,494 Apa? 444 00:36:04,204 --> 00:36:05,247 Sekarang? 445 00:36:05,747 --> 00:36:08,000 - Ji-wan. - Penerbit Gu! 446 00:36:10,002 --> 00:36:12,963 Apa yang awak perlu bagi saya segera? 447 00:36:14,715 --> 00:36:15,716 Ini dia. 448 00:36:19,428 --> 00:36:22,890 - Ini apa? - Gambar yang ada pada Jun-ho. 449 00:36:23,515 --> 00:36:24,516 Apa? 450 00:36:24,600 --> 00:36:28,020 Gambar Penerbit Kang Chae-ri masuk bilik Hwang Jang-gun. 451 00:36:28,562 --> 00:36:29,855 Ada video juga. 452 00:36:32,399 --> 00:36:34,818 Bagaimana awak… 453 00:36:47,497 --> 00:36:48,498 Ji-wan, awak datang. 454 00:36:49,333 --> 00:36:50,334 Ya. 455 00:36:50,667 --> 00:36:52,669 Apa awak nak beritahu saya? 456 00:36:56,089 --> 00:36:57,466 Awaklah orangnya, betul? 457 00:36:58,216 --> 00:37:01,553 Orang ditemu ramah yang mengatakan Kingdom of Love berasaskan skrip. 458 00:37:03,555 --> 00:37:09,811 Awak yang dedahkan peserta lelaki dan staf wanita ada hubungan sulit. 459 00:37:14,066 --> 00:37:16,443 Bukan saya. 460 00:37:16,902 --> 00:37:19,363 - Saya tahu awaklah orangnya. - Memang bukan saya. 461 00:37:19,696 --> 00:37:21,573 Apa yang ada dalam gambar itu? 462 00:37:22,324 --> 00:37:23,784 Betulkah awak ada gambar itu? 463 00:37:32,459 --> 00:37:33,460 Andaikan… 464 00:37:34,336 --> 00:37:35,420 Macam mana 465 00:37:36,880 --> 00:37:43,512 jika saya yang ditemu ramah dan miliki gambar itu? 466 00:37:44,513 --> 00:37:49,768 Padamkan salinan asal dan bagi saya semua salinan yang ada. 467 00:37:50,227 --> 00:37:51,728 Kenapa saya perlu buat begitu? 468 00:37:54,690 --> 00:37:57,484 Saya juga akan buat temu ramah. 469 00:37:58,318 --> 00:38:03,073 Saya takkan jadi pengecut, saya akan tunjuk nama dan muka. 470 00:38:06,493 --> 00:38:08,120 Awak nak buat temu ramah apa? 471 00:38:08,286 --> 00:38:10,163 Saya akan dedahkan bahawa awak sengaja 472 00:38:10,247 --> 00:38:13,291 sebut tentang trauma gangguan seksual saya di depan kamera 473 00:38:13,375 --> 00:38:17,546 dan peralat saya untuk menarik perhatian ramai. 474 00:38:18,422 --> 00:38:20,215 Apa awak cakap? 475 00:38:20,298 --> 00:38:23,760 Walaupun hanya sekali, cubalah bersikap jujur. 476 00:38:24,469 --> 00:38:27,806 Awak peralat saya sebab saya nampak paling mudah diperalat. 477 00:38:27,931 --> 00:38:31,476 Sebab jika awak bersama seseorang yang tak pernah bercinta seperti saya, 478 00:38:31,560 --> 00:38:32,978 awak mungkin nampak menarik. 479 00:38:34,896 --> 00:38:39,609 Ji-wan, nampaknya awak dah salah faham. Bukan begitu. 480 00:38:43,864 --> 00:38:47,325 Saya menyukai awak, Ji-wan. Saya ikhlas. 481 00:38:47,659 --> 00:38:49,411 Saya masih menyukai awak sekarang. 482 00:38:53,206 --> 00:38:57,210 Orang di sekitar saya cadangkan saya buat penstriman langsung. 483 00:38:58,128 --> 00:38:59,546 Rasanya ia menarik. 484 00:39:00,213 --> 00:39:05,802 Menarik juga kalau sebut tentang serangan di set. 485 00:39:07,387 --> 00:39:08,430 Apa pendapat awak? 486 00:39:08,930 --> 00:39:14,394 Awak tak kisah jika saya dedahkan semua itu? 487 00:39:15,228 --> 00:39:18,982 Atau, patutkah saya hasilkan komik web berdasarkan kisah kita? 488 00:39:20,108 --> 00:39:21,485 Watak utama 489 00:39:24,071 --> 00:39:25,363 akan dinamakan Kim Jun-ho. 490 00:39:37,626 --> 00:39:38,794 PINDAH KE RECYCLE BIN 491 00:39:40,295 --> 00:39:41,421 Bagi saya salinan juga. 492 00:39:43,632 --> 00:39:44,716 Cepat. 493 00:39:45,634 --> 00:39:48,595 Saya tahu awak pasti serba salah. 494 00:39:50,347 --> 00:39:54,101 Jadi saya ugut Jun-ho. 495 00:40:00,565 --> 00:40:03,360 Ji-wan, kenapa awak… 496 00:40:04,486 --> 00:40:11,159 Saya ingat Jun-ho mungkin miliki 497 00:40:11,910 --> 00:40:15,122 gambar awak bersama dengan Park Jae-hoon. 498 00:40:15,747 --> 00:40:19,876 Rupa-rupanya ia gambar Penerbit Kang Chae-ri dan Hwang Jang-gun. 499 00:40:21,128 --> 00:40:25,590 - Ji-wan… - Buatlah apa awak mahu dengan fail ini. 500 00:40:27,175 --> 00:40:31,138 Lebih baik awak yang menyimpannya. 501 00:40:31,680 --> 00:40:33,390 Sebab itu saya serah kepada awak. 502 00:40:37,519 --> 00:40:38,895 Terima kasih banyak-banyak. 503 00:40:40,564 --> 00:40:42,065 Namun kenapa 504 00:40:44,192 --> 00:40:47,737 awak begitu berusaha demi membantu saya? 505 00:40:52,826 --> 00:40:54,369 Sebab saya rasa terhutang budi. 506 00:40:55,370 --> 00:40:58,039 Saya dapat tahu daripada Penerbit Kim Sang-woo 507 00:40:58,915 --> 00:41:03,962 bahawa awak berusaha keras untuk halang 508 00:41:04,588 --> 00:41:06,798 kisah trauma gangguan seksual saya disiarkan. 509 00:41:07,841 --> 00:41:10,343 Sang-woo beritahu awak itu? 510 00:41:11,887 --> 00:41:17,559 Juga, awak yang pilih saya untuk tampil dalam rancangan. 511 00:41:20,604 --> 00:41:21,605 Terima kasih. 512 00:41:22,230 --> 00:41:26,026 Saya miliki banyak kenangan indah disebabkan awak. 513 00:41:30,155 --> 00:41:32,616 Disebabkan awak, 514 00:41:34,117 --> 00:41:37,412 saya dapat menyukai seseorang secara ikhlas 515 00:41:41,875 --> 00:41:45,754 dan saya juga dapat rasai kepedihan hati. 516 00:41:50,383 --> 00:41:51,384 Terima kasih. 517 00:41:52,552 --> 00:41:54,262 Saya yang patut ucap terima kasih. 518 00:41:56,681 --> 00:42:02,270 Saya akan fikir cara terbaik untuk menggunakannya. 519 00:42:03,772 --> 00:42:07,651 Itu saja saya boleh buat. Saya minta diri dulu. 520 00:42:08,693 --> 00:42:10,737 Kita jumpa dalam rancangan khas esok. 521 00:42:11,446 --> 00:42:12,447 Baik. 522 00:42:15,825 --> 00:42:16,826 Ji-wan. 523 00:42:17,410 --> 00:42:18,411 Ya? 524 00:42:18,870 --> 00:42:20,997 Boleh saya tanya satu soalan? 525 00:42:21,581 --> 00:42:22,666 Ya. 526 00:42:23,416 --> 00:42:28,129 Awak kata awak dapat menyukai seseorang dan rasai kepedihan hati. 527 00:42:29,130 --> 00:42:30,215 Orang itu 528 00:42:32,259 --> 00:42:33,301 ialah Jun-ho? 529 00:43:25,854 --> 00:43:26,896 Saya dah pulang. 530 00:43:27,647 --> 00:43:28,648 Selamat pulang. 531 00:43:36,656 --> 00:43:39,534 Park Ji-wan memang menakjubkan. Tak sangka pula. 532 00:43:40,535 --> 00:43:41,536 Ya. 533 00:43:42,829 --> 00:43:44,456 Saya juga amat terkejut. 534 00:43:45,582 --> 00:43:47,876 Dia lakukannya sebab dia mengenang budi awak, 535 00:43:48,293 --> 00:43:49,586 lagi saya berterima kasih. 536 00:43:50,962 --> 00:43:51,963 Ya. 537 00:43:54,341 --> 00:43:56,676 Apa awak mahu buat? 538 00:44:00,138 --> 00:44:01,097 Dengan ini. 539 00:44:04,142 --> 00:44:05,518 Apa awak mahu buat? 540 00:44:12,567 --> 00:44:15,195 Saya boleh lindungi awak dengan ini. 541 00:44:16,529 --> 00:44:18,239 Apabila semua gambar ini terdedah, 542 00:44:18,782 --> 00:44:25,747 kita boleh hidup aman sehingga orang ramai hilang minat. 543 00:44:27,165 --> 00:44:29,626 Itu cara terbaik 544 00:44:33,713 --> 00:44:35,215 bagi kita berdua. 545 00:44:36,174 --> 00:44:37,759 Betulkah awak nak buat begitu? 546 00:44:49,104 --> 00:44:50,105 Saya tak pasti. 547 00:44:56,152 --> 00:44:57,362 Kalau awak tak kisah, 548 00:44:59,406 --> 00:45:00,949 abaikan saja semua gambar itu. 549 00:45:02,242 --> 00:45:05,161 Atau awak boleh serahkannya kepada Penerbit Kang Chae-ri. 550 00:45:07,247 --> 00:45:08,248 Betul? 551 00:45:08,581 --> 00:45:09,582 Ya. 552 00:45:09,999 --> 00:45:12,877 Memang benar saya menyukai awak sepanjang penggambaran. 553 00:45:14,629 --> 00:45:16,965 Saya tak nak rahsiakannya daripada sesiapa lagi. 554 00:45:25,140 --> 00:45:27,976 Kenapa semua pun awak tak kisah? 555 00:45:29,185 --> 00:45:30,937 Awak tak kisah tentang komen buruk, 556 00:45:31,396 --> 00:45:33,022 pandangan orang lain juga. 557 00:45:33,857 --> 00:45:35,567 Malah sanggup jadi kambing korban. 558 00:45:39,279 --> 00:45:40,822 Kenapa awak tak kisah semuanya? 559 00:45:51,958 --> 00:45:53,168 - Yeo-reum. - Ya? 560 00:45:56,129 --> 00:45:57,714 Saya akan kembali ke hospital. 561 00:45:59,174 --> 00:46:02,343 - Apa? - Saya akan kembali ke unit neurosurgeri. 562 00:46:04,554 --> 00:46:06,222 Jae-hoon! 563 00:46:06,306 --> 00:46:09,058 Saya sertai Kingdom of Love sebab awak. 564 00:46:09,976 --> 00:46:15,064 Disebabkan itu, orang ramai tahu tentang kematian ayah saya. 565 00:46:15,565 --> 00:46:18,860 Saya juga bertemu semula dengan Myeong-hun. 566 00:46:20,904 --> 00:46:25,617 Saya ingat saya takkan dapat atasinya, namun selepas ia didedahkan, 567 00:46:26,034 --> 00:46:29,287 saya rasa lebih lega. 568 00:46:30,872 --> 00:46:33,791 Jae-hoon, baguslah awak buat keputusan ini. 569 00:46:34,334 --> 00:46:36,252 Ia memang keputusan yang baik. 570 00:46:36,628 --> 00:46:39,797 Jadi saya tak nak rahsiakan hal ini juga. 571 00:46:40,882 --> 00:46:41,883 Mungkin tak perlu 572 00:46:41,966 --> 00:46:44,677 beritahu semua. 573 00:46:45,678 --> 00:46:46,679 Namun, 574 00:46:48,640 --> 00:46:50,266 kita tak perlu rahsiakannya juga. 575 00:46:51,601 --> 00:46:52,685 Memandangkan begitu, 576 00:46:53,353 --> 00:46:55,313 cuba ikut gerak hati kita, 577 00:46:58,566 --> 00:46:59,567 biarkan saja. 578 00:47:03,905 --> 00:47:04,906 Baik. 579 00:47:47,282 --> 00:47:49,200 Tauke, saya nak bayar. 580 00:48:20,523 --> 00:48:23,192 - Awak nak pergi ke Yeonhui-dong, betul? - Ya. 581 00:48:23,610 --> 00:48:24,986 Kita akan bertolak sekarang. 582 00:49:07,278 --> 00:49:09,530 Kenapa cik menangis? 583 00:49:10,823 --> 00:49:12,867 Ada perkara sedih berlaku hari ini? 584 00:49:20,249 --> 00:49:24,962 Saya rasa hati manusia tidak adil. 585 00:49:28,633 --> 00:49:33,471 Bagi sesetengah orang, hati seseorang 586 00:49:34,097 --> 00:49:36,557 dapat diperoleh dengan mudah. 587 00:49:40,103 --> 00:49:43,690 Namun bagi saya, saya tak dapat perolehnya tak kira betapa kuat berusaha. 588 00:49:44,899 --> 00:49:47,235 Mustahil boleh dapat hati seseorang itu. 589 00:49:49,529 --> 00:49:50,822 Menyedihkan betul. 590 00:49:52,365 --> 00:49:54,033 Tentu awak susah hati. 591 00:49:57,495 --> 00:49:59,122 Air mata saya asyik mengalir. 592 00:50:07,130 --> 00:50:10,842 Biarpun saya tak boleh menyukai dia, 593 00:50:13,177 --> 00:50:16,681 saya boleh menangis sebab dia, bukan? 594 00:50:54,552 --> 00:50:56,512 Kenapa awak minum soju tanpa snek? 595 00:51:01,434 --> 00:51:03,227 Ini dia. Snek. 596 00:51:09,317 --> 00:51:12,445 Puan, boleh bagi dua gelas? 597 00:51:12,862 --> 00:51:15,448 Kaki ayam juga. 598 00:51:15,656 --> 00:51:17,158 Sila bagi sup oden sekali. 599 00:51:17,700 --> 00:51:18,701 Baik. 600 00:51:19,327 --> 00:51:20,870 Kenapa awak minta dua gelas? 601 00:51:22,622 --> 00:51:23,623 Terima kasih. 602 00:51:45,353 --> 00:51:48,564 Park Ji-wan ajak saya berjumpa tengah hari tadi. 603 00:51:49,524 --> 00:51:52,193 - Kenapa? - Dia serahkan pemacu kilat USB 604 00:51:52,944 --> 00:51:56,364 yang mengandungi gambar awak dan Hwang Jang-gun. 605 00:52:00,076 --> 00:52:01,077 Apa? 606 00:52:03,079 --> 00:52:04,080 Jadi, 607 00:52:08,459 --> 00:52:11,796 saya akan hapuskan benda ini. 608 00:52:26,561 --> 00:52:28,813 - Sudah makan? - Belum. 609 00:52:29,522 --> 00:52:31,732 Kenapa awak belum makan lagi? 610 00:52:32,400 --> 00:52:34,151 Duduk! Saya akan hidangkan makanan. 611 00:52:34,902 --> 00:52:36,696 Sayang, Jae-hoon datang! 612 00:52:37,280 --> 00:52:38,698 Dia kata dia belum makan. 613 00:52:39,073 --> 00:52:41,576 Awak belum makan? Tunggu sekejap! 614 00:52:42,827 --> 00:52:43,828 Okey. 615 00:52:44,495 --> 00:52:45,705 Saya akan duduk sini. 616 00:52:53,963 --> 00:52:55,298 Apa awak buat? 617 00:52:55,381 --> 00:52:59,468 Kita boleh jelaskan yang saya dan Jae-hoon cuma jiran. 618 00:53:00,469 --> 00:53:02,221 Kemudian padamkan semua gambar ini. 619 00:53:02,680 --> 00:53:07,351 Juga, biarlah para peserta cakap apa mereka mahu dalam rancangan khas esok. 620 00:53:09,562 --> 00:53:10,855 Kenapa awak begitu yakin? 621 00:53:12,064 --> 00:53:14,275 Saya yakin pada hati manusia. 622 00:53:16,819 --> 00:53:21,073 Kenapa segalanya begitu bagus bagi awak? 623 00:53:23,200 --> 00:53:25,202 Kenapa dunia ini begitu indah bagi awak? 624 00:53:25,286 --> 00:53:27,330 Bukan sebab dunia ini indah, 625 00:53:28,247 --> 00:53:29,498 saya yang rasa ia indah. 626 00:53:30,291 --> 00:53:31,500 Saya percayainya. 627 00:53:32,627 --> 00:53:36,631 Park Ji-wan yang bawa ini kepada saya, 628 00:53:37,423 --> 00:53:42,011 Hwang Jang-gun yang tidur bersama awak, biarpun saya tak tahu hal sebenar. 629 00:53:43,095 --> 00:53:44,096 Juga, 630 00:53:45,264 --> 00:53:49,018 saya cuma percaya ia tak mengapa 631 00:53:50,144 --> 00:53:53,522 untuk biar peserta buat apa yang mereka mahu. 632 00:53:54,941 --> 00:53:57,777 Kingdom of Love rancangan realiti, bukan? 633 00:53:58,486 --> 00:54:02,406 Biarlah ia berjalan secara semula jadi, okey? 634 00:54:02,657 --> 00:54:06,577 Juga, kita buat saja apa yang patut. 635 00:54:07,995 --> 00:54:08,996 Okey? 636 00:54:14,460 --> 00:54:15,461 Baiklah. 637 00:54:16,879 --> 00:54:17,964 Kita buat begitu saja. 638 00:54:19,090 --> 00:54:21,384 Realiti sepatutnya kejam. 639 00:54:34,772 --> 00:54:38,192 Kenapa dunia ini begitu kejam bagi awak? 640 00:54:39,902 --> 00:54:42,780 Alang-alang kita sebut tentangnya, saya nak tanya sesuatu. 641 00:54:43,155 --> 00:54:45,574 Sejak kita sertai syarikat itu, 642 00:54:46,283 --> 00:54:48,327 kenapa awak bersikap dingin terhadap saya? 643 00:54:49,537 --> 00:54:51,205 Adakah saya buat salah pada awak? 644 00:55:00,756 --> 00:55:04,802 - Hei, jangan pesan belut, terlalu mahal. - Telur gulung! 645 00:55:04,885 --> 00:55:06,387 Pesan telur gulung saja. 646 00:55:10,683 --> 00:55:12,184 Hei, Kang Chae-ri ada di situ. 647 00:55:12,768 --> 00:55:15,104 Menyampah betul. Mari pergi ke tempat lain. 648 00:55:15,187 --> 00:55:18,149 Dia perempuan gila. Saya tak nak minum di sini. 649 00:55:21,360 --> 00:55:23,654 Kenapa kamu cakap dia begitu di depan dia? 650 00:55:25,197 --> 00:55:26,198 Apa kami buat? 651 00:55:26,574 --> 00:55:29,910 Kamu cakap dia menyampah. 652 00:55:30,202 --> 00:55:32,204 Kami cuma bercakap sesama sendiri. 653 00:55:32,288 --> 00:55:33,372 Jangan menyibuk. 654 00:55:34,290 --> 00:55:35,916 - Minta maaf. - Apa dia cakap? 655 00:55:36,000 --> 00:55:37,835 - Mari pergi. - Saya kata, minta maaf! 656 00:55:38,210 --> 00:55:40,129 Hei! Gu Yeo-reum! 657 00:55:41,756 --> 00:55:43,424 - Biarkan saja. - Hei! 658 00:55:43,841 --> 00:55:46,469 - Awak tak rasa tersinggung? - Tak langsung. 659 00:55:46,802 --> 00:55:48,220 Dia kata dia tak kisah. 660 00:55:48,512 --> 00:55:50,514 Tak sangka perempuan gila itu ada kawan. 661 00:55:54,143 --> 00:55:55,144 Perempuan gila? 662 00:55:56,062 --> 00:55:57,396 Awak yang cakap tadi? 663 00:55:57,480 --> 00:56:01,150 Kalau awak kawan dia, awak sepatutnya lebih jelas 664 00:56:01,358 --> 00:56:04,028 yang Kang Chae-ri itu tak siuman. Bukan? 665 00:56:04,528 --> 00:56:06,906 Juga, apa salahnya panggil perempuan gila begitu? 666 00:56:06,989 --> 00:56:09,283 - Patut panggil dia budak gila? - Mungkin juga. 667 00:56:09,366 --> 00:56:11,368 - Mari pergi. - Berhenti! 668 00:56:12,036 --> 00:56:13,037 Kenapa dengan dia? 669 00:56:25,716 --> 00:56:27,134 - Buat apa? - Kenapa? 670 00:56:27,468 --> 00:56:28,886 - Buat apa? - Kenapa? 671 00:56:31,222 --> 00:56:32,389 Nanti, buat apa… 672 00:56:35,726 --> 00:56:36,727 Saya tak suka. 673 00:56:40,689 --> 00:56:41,816 - Tulang… - Tulang… 674 00:57:07,383 --> 00:57:11,053 Dia kawan saya yang gila. Kawan saya. 675 00:57:13,806 --> 00:57:15,349 Nak minta maaf atau tak? 676 00:57:15,432 --> 00:57:20,771 Maaf, Penerbit Kang Chae-ri. Kami tak patut cakap begitu. 677 00:57:21,230 --> 00:57:23,149 - Maafkan kami. - Sila makan baik-baik. 678 00:57:23,232 --> 00:57:24,441 - Jom. - Dia pun sama. 679 00:57:36,537 --> 00:57:38,747 Awak akan sakit perut nanti. 680 00:57:40,207 --> 00:57:41,208 Tak apa. 681 00:57:43,586 --> 00:57:44,712 Saya boleh makan pedas. 682 00:57:46,046 --> 00:57:48,716 Saya nak dengar jawapan awak. 683 00:57:50,426 --> 00:57:52,928 Kenapa awak bersikap dingin terhadap saya? Kenapa? 684 00:57:58,058 --> 00:57:59,059 Ini dia. 685 00:58:00,686 --> 00:58:03,606 Sekejap, kenapa begitu banyak lauk hari ini? 686 00:58:05,608 --> 00:58:06,859 Makanlah banyak-banyak. 687 00:58:08,360 --> 00:58:09,987 Saya akan nikmatinya. 688 00:58:14,158 --> 00:58:15,159 Sedapnya. 689 00:58:25,294 --> 00:58:26,795 Saya sukar nak hadam makanan. 690 00:58:27,254 --> 00:58:29,673 Kenapa kamu pandang saya begini? 691 00:58:31,467 --> 00:58:33,052 Cuba bercakap jujur dengan kami. 692 00:58:33,135 --> 00:58:34,094 Tentang apa? 693 00:58:34,803 --> 00:58:38,974 Nampaknya ada sesuatu terjadi antara awak dan Yeo-reum waktu itu. 694 00:58:40,476 --> 00:58:42,937 Naluri Hye-jin sangat tepat. 695 00:58:43,020 --> 00:58:45,648 Firasat perempuan selalunya tepat. 696 00:58:48,984 --> 00:58:50,861 Ada sesuatu antara kamu berdua, betul? 697 00:58:56,200 --> 00:58:57,201 Ya. 698 00:59:05,960 --> 00:59:07,211 Rasanya saya dan Yeo-reum 699 00:59:09,213 --> 00:59:10,422 terpaksa berpisah. 700 00:59:11,966 --> 00:59:12,967 Apa? 701 00:59:14,051 --> 00:59:16,262 - Apa? - Berpisah? 702 00:59:17,513 --> 00:59:20,057 Apa semua ini? Kamu telah berdating? 703 01:00:05,102 --> 01:00:07,187 PEJABAT PROFESOR CHOI YONG-SU 704 01:00:16,613 --> 01:00:19,825 Doktor Park, kenapa tiba-tiba datang? 705 01:00:20,868 --> 01:00:21,869 Profesor Choi. 706 01:00:22,745 --> 01:00:24,872 Saya mahu jadi pakar bedah saraf semula. 707 01:00:42,473 --> 01:00:43,474 Masuk. 708 01:00:48,187 --> 01:00:50,522 Penerbit Gu rupanya. Apa hal? 709 01:00:56,236 --> 01:00:58,489 SURAT PELETAKAN JAWATAN 710 01:00:59,531 --> 01:01:00,532 Pengarah. 711 01:01:01,075 --> 01:01:03,702 Saya ingin letak jawatan. 712 01:01:54,753 --> 01:01:57,840 Awak boleh pergi bila-bila saja. Cuba pertimbangkannya lagi. 713 01:01:57,923 --> 01:01:59,007 Semua peserta sampai? 714 01:01:59,091 --> 01:02:01,552 Tak apakah jika awak jumpa Kim Jun-ho? 715 01:02:01,635 --> 01:02:02,803 Apa masalahnya? 716 01:02:02,886 --> 01:02:05,431 Nampaknya semua hadir. Entah apa akan terjadi nanti. 717 01:02:05,514 --> 01:02:07,933 - Ji-yeon, awak tak rasa terhina? - Untuk apa? 718 01:02:08,016 --> 01:02:10,018 Menurut artikel, mereka tinggal bersama. 719 01:02:10,227 --> 01:02:13,772 Jadi awak boleh kerjakan mereka jika mahu. 720 01:02:13,856 --> 01:02:15,774 Mereka dilaporkan tinggal bersama. 721 01:02:15,858 --> 01:02:18,902 Saya rasa kita patut bincang tentang itu terlebih dahulu. 722 01:02:18,986 --> 01:02:21,989 Terjemahan sari kata oleh: Eunice Eue