1 00:00:42,084 --> 00:00:45,171 NAMA, ORGANISASI DAN INSIDEN DALAM DRAMA INI BUKAN YANG SEBENAR 2 00:00:45,254 --> 00:00:46,714 SEMUA KISAH SEKADAR REKAAN 3 00:00:47,089 --> 00:00:51,969 TAHUN 2019 4 00:00:52,052 --> 00:00:55,347 PEMBEDAHAN SARAF PEJABAT PENYELIA KANAN 5 00:00:58,684 --> 00:00:59,685 Masuk. 6 00:01:01,562 --> 00:01:03,773 Doktor Park, ada apa? 7 00:01:03,981 --> 00:01:08,277 Tuan, ini usul saya untuk persidangan musim bunga tahun depan, 8 00:01:08,360 --> 00:01:09,779 sila menelitinya. 9 00:01:09,862 --> 00:01:11,155 Yang itu? 10 00:01:11,739 --> 00:01:14,283 Saya akan baca dan menelitinya hujung minggu ini. 11 00:01:14,450 --> 00:01:15,451 Terima kasih. 12 00:01:20,456 --> 00:01:23,250 Dengar kata, awak tak pernah bercuti sejak menjadi ketua. 13 00:01:23,751 --> 00:01:26,212 Bukan saya tak nak, saya tak dapat bercuti 14 00:01:26,378 --> 00:01:27,588 sebab kes-kes kecemasan. 15 00:01:27,963 --> 00:01:29,673 Inilah nasib pakar bedah saraf. 16 00:01:31,717 --> 00:01:33,427 Awak macam sudah kurus. 17 00:01:33,803 --> 00:01:36,180 Biarpun cuma satu hidangan, makanlah dengan baik. 18 00:01:36,347 --> 00:01:37,348 Baik, tuan. 19 00:01:37,765 --> 00:01:40,184 Jae-hoon, apabila awak ada masa, 20 00:01:40,267 --> 00:01:42,269 mari pergi minum bersama. 21 00:01:43,646 --> 00:01:44,647 Baik, ayah. 22 00:01:53,989 --> 00:01:54,990 Ayah ada janji temu? 23 00:01:55,574 --> 00:01:57,159 Perjumpaan rakan sekolah tinggi. 24 00:01:57,243 --> 00:01:59,119 - Begitu. - Bertugas baik-baik. 25 00:01:59,203 --> 00:02:00,371 Bergembiralah! 26 00:02:57,887 --> 00:03:02,600 EPISOD 9 KESUDAHAN MENYEDIHKAN 27 00:03:07,605 --> 00:03:10,107 - Terima kasih. - Yang ini... 28 00:03:11,358 --> 00:03:13,652 Hai, selamat pagi! 29 00:03:14,570 --> 00:03:16,113 - Helo. - Helo. 30 00:03:32,796 --> 00:03:33,797 Saya dapat dulu. 31 00:03:34,965 --> 00:03:36,050 Saya tak rasa begitu. 32 00:03:54,526 --> 00:03:56,278 〝Dua lelaki, tanda koma, 33 00:03:56,654 --> 00:03:59,490 berebut jem strawberi, tanda koma.〝 34 00:04:02,159 --> 00:04:03,369 Guna warna merah jambu. 35 00:04:04,745 --> 00:04:06,413 Mungkin merah jambu lebih gelap... 36 00:04:07,581 --> 00:04:09,625 Warna merah jambu dengan suasana tegang. 37 00:04:12,169 --> 00:04:13,170 Nampak bagus. 38 00:04:18,676 --> 00:04:20,511 Buang tanda koma di hujung, 39 00:04:21,470 --> 00:04:23,347 kemudian gantinya dengan tanda hati. 40 00:04:37,403 --> 00:04:39,238 Awak patut cuba rasanya dengan susu. 41 00:04:41,240 --> 00:04:43,117 Baik. 42 00:04:45,911 --> 00:04:46,912 Terima kasih. 43 00:04:49,623 --> 00:04:52,334 〝Adakah hubungan mereka  mesra juga hari ini, 44 00:04:52,626 --> 00:04:53,627 tanda soal.〝 45 00:04:58,882 --> 00:05:01,635 Ia akan menjadi isu jika ia disiarkan. 46 00:05:02,261 --> 00:05:04,763 Staf akan menyunting bahagian itu? 47 00:05:04,847 --> 00:05:07,307 Ia tak boleh disiarkan! 48 00:05:07,558 --> 00:05:09,643 Pihak stesen TV pasti mahu siarkannya. 49 00:05:09,727 --> 00:05:11,311 Ia tak sepatutnya disiarkan. 50 00:05:12,730 --> 00:05:15,149 Ji-wan, andaikan... 51 00:05:15,607 --> 00:05:18,777 Andaikan bahagian itu tak disunting, 52 00:05:19,153 --> 00:05:20,195 jangan terlalu risau. 53 00:05:21,905 --> 00:05:22,990 Saya ada di sisi awak. 54 00:05:33,876 --> 00:05:37,421 Boleh saya tanya satu soalan? 55 00:05:37,629 --> 00:05:38,881 Tentu boleh. 56 00:05:40,466 --> 00:05:42,301 Dalam pilihan tanggapan pertama, 57 00:05:42,885 --> 00:05:46,722 saya ingin tahu sebabnya awak pilih saya. 58 00:05:49,266 --> 00:05:50,267 Saya 59 00:05:52,644 --> 00:05:54,396 jatuh cinta pada pandangan pertama. 60 00:05:55,522 --> 00:05:56,690 Pandangan pertama? 61 00:05:57,149 --> 00:05:58,150 Ya. 62 00:05:59,109 --> 00:06:00,694 Awak gadis saya suka. 63 00:06:05,699 --> 00:06:07,326 Gadis dia suka? 64 00:06:17,211 --> 00:06:18,087 PADAM 65 00:06:23,467 --> 00:06:24,468 Masuk. 66 00:06:27,221 --> 00:06:30,057 Penerbit Gu, ini kopi Americano dengan tiga espreso pekat. 67 00:06:32,309 --> 00:06:35,896 Saya memang teringin nak minum kopi. Terima kasih. 68 00:06:39,983 --> 00:06:41,235 Saya bersemangat semula. 69 00:06:44,238 --> 00:06:45,489 Penerbit Gu, 70 00:06:46,031 --> 00:06:49,493 pagi tadi, waktu melihat respons media sosial, 71 00:06:49,701 --> 00:06:50,911 saya temui paparan aneh. 72 00:06:52,412 --> 00:06:55,833 - Tentang apa? - Ia tentang Park Jae-hoon. 73 00:06:55,916 --> 00:06:56,917 Tunggu sekejap. 74 00:06:59,419 --> 00:07:00,420 Cuba lihat. 75 00:07:04,716 --> 00:07:05,551 Ini apa? 76 00:07:05,634 --> 00:07:07,594 TAHU TAK? PARK JAE-HOON IALAH PEMBUNUH! 77 00:07:08,137 --> 00:07:09,930 Siapa muat naik paparan begini? 78 00:07:10,013 --> 00:07:12,975 Gosip cepat tersebar di situ sebab bilangan pengguna banyak. 79 00:07:13,100 --> 00:07:15,144 Wartawan juga dapat sumber daripadanya. 80 00:07:15,227 --> 00:07:17,187 Melebihi 500 komen? 81 00:07:18,105 --> 00:07:21,316 Apa kita patut buat? Ia akan jadi tak terkawal. 82 00:07:26,029 --> 00:07:28,532 Hei! Cuba lihat ini. 83 00:07:28,615 --> 00:07:29,616 Apa? 84 00:07:29,700 --> 00:07:31,076 Ia tentang Park Jae-hoon. 85 00:07:31,160 --> 00:07:33,579 Dia dipecat atas kes kecuaian perubatan. 86 00:07:33,662 --> 00:07:34,663 Apa? 87 00:07:38,709 --> 00:07:40,711 Apa semua ini? 88 00:07:53,390 --> 00:07:54,433 Awak tahu tentangnya? 89 00:07:54,641 --> 00:07:56,435 - Ia cuma khabar angin. - Awak pasti? 90 00:07:57,728 --> 00:07:58,729 Ya. 91 00:07:59,313 --> 00:08:00,564 Bukan kecuaian perubatan. 92 00:08:00,856 --> 00:08:03,483 Mungkin bukan kecuaian perubatan, secara sahnya, tapi, 93 00:08:04,359 --> 00:08:06,778 masalahnya sekarang, ia tentang soal etika. 94 00:08:08,155 --> 00:08:11,783 Ia juga tak masuk akal sebab dia lari waktu jalankan pembedahan. 95 00:08:13,660 --> 00:08:16,163 Jae-hoon ada sebab peribadi pada masa itu. 96 00:08:16,246 --> 00:08:18,707 Yang pasti, paparan ini khabar angin semata-mata. 97 00:08:23,128 --> 00:08:24,421 Ada orang mati atau tak? 98 00:08:27,382 --> 00:08:31,178 Saya tanya kalau-kalau ada kebarangkalian kecil untuk dikritik. 99 00:08:35,682 --> 00:08:39,061 Seseorang mati dalam pembedahan atau tak? 100 00:08:54,993 --> 00:08:55,994 Park Jae-hoon. 101 00:08:57,162 --> 00:08:58,163 Helo. 102 00:08:58,830 --> 00:09:02,042 Kita jarang berjumpa sebab saya selalu di bilik pengawasan. 103 00:09:02,459 --> 00:09:03,460 Ya. 104 00:09:03,835 --> 00:09:04,962 Bagaimana penggambaran? 105 00:09:06,630 --> 00:09:12,636 Mula-mula, saya memang tak biasa sebab kamera di merata tempat. 106 00:09:12,886 --> 00:09:14,846 Namun, rasanya saya dah biasa sekarang. 107 00:09:15,222 --> 00:09:18,350 Semua orang begitu. Ia cuma kekok pada mulanya. 108 00:09:18,433 --> 00:09:21,436 Namun, mereka akan biasakan diri dan tunjuk perangai sebenar. 109 00:09:21,520 --> 00:09:23,522 Awak nampak perangai sebenar saya juga? 110 00:09:27,234 --> 00:09:29,736 Apabila awak dan Han Ji-yeon muncul di skrin, 111 00:09:29,820 --> 00:09:31,738 rating masa sebenar meningkat. 112 00:09:31,822 --> 00:09:35,742 Jadi saya lebih fokus pada benda yang ditunjuk daripada perangai sebenar awak. 113 00:09:35,909 --> 00:09:36,910 Sebagai penerbit. 114 00:09:39,496 --> 00:09:42,124 Saya pernah berfikir yang Kang Chae-ri... 115 00:09:42,332 --> 00:09:46,712 Bukan, Penerbit Kang Chae-ri, awak betul-betul lucu. 116 00:09:47,921 --> 00:09:49,548 Saya bukan jenis yang lucu. 117 00:09:49,631 --> 00:09:51,591 Hidung patah, muntah di tepi jalan, 118 00:09:51,883 --> 00:09:53,760 dedahkan perangai sebenar orang lain. 119 00:09:54,386 --> 00:09:55,721 Saya rasa awak sangat lucu. 120 00:09:55,804 --> 00:09:57,848 Kalau awak rasa itu lucu, 121 00:09:58,890 --> 00:10:01,143 patutkah saya dedahkan perangai sebenar awak? 122 00:10:02,352 --> 00:10:03,353 Silakan. 123 00:10:04,521 --> 00:10:06,273 - Awak tak takut? - Takut apa? 124 00:10:06,356 --> 00:10:08,817 Awak dipuja sebagai 〝Kekasih Kebangsaan〞 sekarang. 125 00:10:08,900 --> 00:10:10,777 Namun populariti boleh turun mendadak. 126 00:10:11,653 --> 00:10:14,448 Saya sangat ketinggalan zaman. 127 00:10:14,531 --> 00:10:17,534 Saya jarang guna telefon bimbit dan tiada akaun media sosial. 128 00:10:17,743 --> 00:10:22,289 Saya tak rasa 〝Kekasih Kebangsaan〞 gelaran sesuai untuk saya. 129 00:10:23,373 --> 00:10:26,918 Jadi kenapa awak sertai rancangan? Bukankah awak mahu dicintai? 130 00:10:34,634 --> 00:10:35,635 Dicintai... 131 00:10:36,595 --> 00:10:37,596 Itu yang saya mahu. 132 00:10:40,057 --> 00:10:41,850 Jadi sedarlah sikit. 133 00:10:42,267 --> 00:10:45,312 Cinta, populariti, perasaan benci, perasaan cemburu, sindiran, 134 00:10:45,395 --> 00:10:48,190 mahupun permainkan seseorang, segalanya... 135 00:10:48,607 --> 00:10:50,067 Ia garisan sehalus daun. 136 00:10:50,734 --> 00:10:52,778 Jadi, gunalah 〝penyepit〞 awak baik-baik. 137 00:10:54,780 --> 00:10:55,781 〝Penyepit〞 138 00:10:59,701 --> 00:11:01,453 sepatutnya diguna oleh penerbit. 139 00:11:02,871 --> 00:11:03,997 Saya cuma 〝daun bijan〞. 140 00:11:05,665 --> 00:11:08,543 Kenapa awak bawa saya ke sini sebagai daun bijan? 141 00:11:11,129 --> 00:11:13,632 Dengar kata, awak minta Yeo-reum bawa saya ke sini. 142 00:11:34,694 --> 00:11:37,781 Sudah cukup untuk syot jauh. Para VJ, dapatkan syot dekat. 143 00:11:47,582 --> 00:11:48,625 Lajunya awak berlari. 144 00:11:51,378 --> 00:11:52,379 Kenapa pula? 145 00:12:09,813 --> 00:12:11,231 Tak sangka pula, Ji-yeon. 146 00:12:11,940 --> 00:12:12,983 Apa? 147 00:12:13,066 --> 00:12:15,777 Saya sangat terkejut sebab awak berlari pantas. 148 00:12:16,736 --> 00:12:19,030 Saya suka berlari. 149 00:12:19,865 --> 00:12:24,077 Awak tak macam gadis yang suka berpakaian trek. 150 00:12:24,578 --> 00:12:27,372 Dulu saya berpakaian cantik untuk menarik perhatian awak. 151 00:12:27,456 --> 00:12:28,999 Apa maksud awak? Jadi sekarang... 152 00:12:32,544 --> 00:12:36,673 Saya tak rasa awak akan tertarik, jadi saya cuba jadi bersahaja. 153 00:12:39,759 --> 00:12:40,760 Kenapa pula? 154 00:12:41,720 --> 00:12:43,930 Terlalu terus terang juga? 155 00:12:45,932 --> 00:12:47,517 Bukan begitu. 156 00:12:49,811 --> 00:12:52,647 Saya bertindak melulu apabila cuba menarik perhatian awak. 157 00:12:53,023 --> 00:12:55,400 Akhirnya saya jadi macam si dungu tanpa disedari. 158 00:12:55,734 --> 00:12:57,819 Saya takkan jadi begitu lagi dari sekarang. 159 00:12:59,237 --> 00:13:03,658 Dalam semua komen, saya digelar Gadis Bertepuk Sebelah Tangan. 160 00:13:08,497 --> 00:13:11,041 Bunyinya menyedihkan. 161 00:13:13,126 --> 00:13:14,169 Saya tak kisah. 162 00:13:14,753 --> 00:13:17,714 Hal dah jadi begini, saya takkan pentingkan imej saya lagi. 163 00:13:18,298 --> 00:13:20,175 Saya akan lakukannya ikut cara saya. 164 00:13:21,885 --> 00:13:24,596 Sebab itu saya berlari selaju mana yang boleh hari ini. 165 00:13:26,890 --> 00:13:30,101 Muka tanpa mekap, berpeluh, tercungap-cungap. 166 00:13:31,102 --> 00:13:33,647 Mungkin ia tak cantik tapi inilah saya yang sebenar. 167 00:13:39,402 --> 00:13:42,447 Ji-yeon, inilah apa saya fikir. 168 00:13:45,659 --> 00:13:48,912 〝Layakkah saya terima apa  yang orang ini memberi?〞 169 00:13:51,373 --> 00:13:56,002 Saya rasa saya terima luahan cinta yang terlalu bagus bagi saya. 170 00:13:57,254 --> 00:13:59,881 Awak nak kekalkan jarak dengan saya lagi? 171 00:14:04,344 --> 00:14:06,972 Demi hormati sesuatu yang saya tak sepatutnya terima, 172 00:14:07,931 --> 00:14:11,810 saya rasa saya patut cuba mengenali awak seadanya. 173 00:14:16,940 --> 00:14:18,149 Apabila dalam rancangan, 174 00:14:19,609 --> 00:14:26,575 saya tak terfikir apa maksud dan akibatnya. 175 00:14:30,537 --> 00:14:31,913 Saya terlalu santai. 176 00:14:34,124 --> 00:14:35,250 Jae-hoon... 177 00:14:36,418 --> 00:14:39,879 Kata awak, kita tak dapat rahsiakan pandangan mata kita. 178 00:14:42,048 --> 00:14:44,676 Kata-kata itu betul-betul menyentuh hati saya. 179 00:14:46,344 --> 00:14:49,764 Jadi saya beritahu diri sendiri yang saya tak mahu menipu sesiapa. 180 00:14:52,934 --> 00:14:57,230 Saya tak dapat janjikan apa-apa tentang hal selepas ini, 181 00:14:59,983 --> 00:15:02,694 namun saya akan cuba layan awak secara ikhlas. 182 00:15:06,948 --> 00:15:10,035 Sebenarnya saya juga ingin tahu awak orang macam mana, Ji-yeon. 183 00:15:23,757 --> 00:15:25,884 - Terima kasih atas hari ini. - Sama-sama. 184 00:15:27,427 --> 00:15:28,511 Awak buat dengan baik. 185 00:15:29,179 --> 00:15:30,472 Kamu sudah bersusah payah. 186 00:15:31,473 --> 00:15:33,975 Kita takkan merakam dalam perjalanan pulang ke set. 187 00:15:34,476 --> 00:15:36,478 Jadi berehatlah dalam perjalanan pulang. 188 00:15:38,647 --> 00:15:40,482 Jae-hoon, boleh kita cakap sekejap? 189 00:15:45,153 --> 00:15:47,822 Sila tunggu dalam kereta. 190 00:15:55,914 --> 00:15:56,915 Apa? 191 00:15:57,957 --> 00:15:58,958 Itu... 192 00:16:01,252 --> 00:16:05,757 Ada khabar angin aneh di Internet tentang sebab awak tinggalkan hospital. 193 00:16:06,257 --> 00:16:10,345 - Khabar angin? - Ada sebuah paparan di media sosial. 194 00:16:10,762 --> 00:16:15,350 Sebelum ia tersebar luas, saya ingin berbincang macam mana nak menjawab. 195 00:16:22,774 --> 00:16:24,859 Awak nak gunakan itu untuk rancangan juga? 196 00:16:28,238 --> 00:16:30,615 Tidak, Jae-hoon. Bukan begitu... 197 00:16:30,699 --> 00:16:32,659 Kenapa semuanya begitu mudah bagi awak? 198 00:16:33,326 --> 00:16:35,912 Awak boleh buat apa saja kepada saya? 199 00:16:41,126 --> 00:16:42,419 Jangan sebut kejadian itu. 200 00:16:57,600 --> 00:17:01,521 Kita sudah bersarapan, kenapa awak buat ini pula? 201 00:17:01,604 --> 00:17:03,732 Ia untuk penghadaman. Ya, untuk penghadaman. 202 00:17:04,107 --> 00:17:06,192 Orang ramai akan kenal kita mulai sekarang. 203 00:17:06,985 --> 00:17:07,986 Jadi awak kisah? 204 00:17:08,069 --> 00:17:09,863 - Mereka kenal? - Ya, mulai sekarang. 205 00:17:10,071 --> 00:17:11,072 Mereka kenal awak? 206 00:17:12,031 --> 00:17:13,116 〝Penyepit〞 207 00:17:17,328 --> 00:17:19,080 sepatutnya diguna oleh penerbit. 208 00:17:20,498 --> 00:17:21,624 Saya cuma 〝daun bijan〞. 209 00:17:22,876 --> 00:17:25,879 Kenapa awak bawa saya ke sini sebagai daun bijan? 210 00:17:27,589 --> 00:17:30,091 Dengar kata, awak minta Yeo-reum bawa saya ke sini. 211 00:17:33,970 --> 00:17:37,265 Dulu, daun bijan tumbuh di negara Asia 212 00:17:37,348 --> 00:17:39,350 seperti Korea, India dan China. 213 00:17:39,434 --> 00:17:42,270 Namun sebenarnya ia hanya dijadikan makanan di Korea, 214 00:17:42,896 --> 00:17:43,897 awak tahu? 215 00:17:44,230 --> 00:17:45,273 Saya tak tahu. 216 00:17:46,483 --> 00:17:48,568 Dalam rancangan dating seperti ini, 217 00:17:48,651 --> 00:17:52,739 perlu ada peserta bekerja sebagai doktor atau peguam. 218 00:17:52,822 --> 00:17:55,158 Kualitinya perlu bagus seperti kimchi restoran. 219 00:17:55,241 --> 00:17:58,828 Ia tak boleh diganti dengan 〝kimchi〞 segar atau lama. 220 00:17:59,245 --> 00:18:02,665 Kali ini, saya nak buat 〝kimchi daun bijan〞. 221 00:18:03,041 --> 00:18:06,085 Jadi saya minta dia carikan awak. Sebab ia sesuatu yang baru. 222 00:18:11,132 --> 00:18:12,717 Saya tak dapat lawan cakap awak. 223 00:18:17,680 --> 00:18:19,390 Saya suka. 224 00:18:22,685 --> 00:18:25,021 Saya pernah beritahu waktu sesi pengenalan diri. 225 00:18:30,652 --> 00:18:33,446 - Ya, Yeo-reum. - Tengah buat apa, Hye-jin? 226 00:18:33,530 --> 00:18:35,073 Saya sedang berkemas. 227 00:18:36,658 --> 00:18:37,909 Kenapa dengan suara awak? 228 00:18:38,576 --> 00:18:41,746 Saya cuma agak murung. 229 00:18:42,622 --> 00:18:43,623 Mana awak? 230 00:18:44,499 --> 00:18:45,500 Hangang. 231 00:18:45,583 --> 00:18:47,043 Tunggu, saya datang sekarang. 232 00:18:47,418 --> 00:18:49,671 - Awak boleh keluar? - Tentu boleh. 233 00:18:50,129 --> 00:18:51,130 Tunggu di situ. 234 00:18:51,756 --> 00:18:52,757 Baik. 235 00:18:54,050 --> 00:18:55,552 - Saya keluar sekejap. - Baik. 236 00:18:57,220 --> 00:18:58,346 Hye-jin. 237 00:18:59,222 --> 00:19:01,099 Awak tahu awak tak boleh minum, bukan? 238 00:19:02,141 --> 00:19:03,309 Jangan risau. 239 00:19:04,686 --> 00:19:05,937 Balik rumah dan tidur. 240 00:19:21,619 --> 00:19:22,620 Itu saja. 241 00:19:29,419 --> 00:19:32,213 - Hei, Dae-sik. - Hei, Yeo-reum. Saya di sini. 242 00:19:34,924 --> 00:19:38,344 Lama saya berfikir sama ada saya patut telefon awak atau tak. 243 00:19:39,304 --> 00:19:41,139 Saya rasa lebih baik 244 00:19:42,599 --> 00:19:44,684 beritahu awak. 245 00:19:44,767 --> 00:19:46,519 Baik. Tentang apa? 246 00:19:48,605 --> 00:19:49,606 Itu... 247 00:19:52,358 --> 00:19:55,737 Saya dan Hye-jin sedang mencuba persenyawaan in vitro. 248 00:19:57,906 --> 00:19:59,032 Persenyawaan in vitro? 249 00:19:59,157 --> 00:20:00,199 Sudah satu tempoh. 250 00:20:03,286 --> 00:20:05,496 Kami sudah mencuba beberapa kali tapi gagal. 251 00:20:05,580 --> 00:20:06,581 Ia bukannya mudah. 252 00:20:08,374 --> 00:20:10,084 Hye-jin juga menangis banyak kali. 253 00:20:10,752 --> 00:20:13,338 Kami akan cuba lagi bulan depan. 254 00:20:13,838 --> 00:20:18,259 Sebenarnya, dia tak patut minum arak sebab ia tak baik untuk badan dia. 255 00:20:20,094 --> 00:20:21,387 Maafkan saya, Dae-sik. 256 00:20:22,305 --> 00:20:23,932 Saya memang tak tahu apa-apa. 257 00:20:24,015 --> 00:20:27,352 Hei! Kenapa awak minta maaf? Saya yang rasa bersalah. 258 00:20:27,435 --> 00:20:29,729 Nampaknya awak hadapi masalah. 259 00:20:30,271 --> 00:20:31,731 Awak faham perangai Hye-jin. 260 00:20:32,607 --> 00:20:34,984 Dia tak pandai luahkan masalah sendiri. 261 00:20:35,693 --> 00:20:38,404 Mungkin saya melebih-lebih. 262 00:20:38,488 --> 00:20:41,491 Namun saya cuma risau. 263 00:20:41,574 --> 00:20:42,575 Maafkan saya. 264 00:20:42,867 --> 00:20:45,328 Jadi, macam mana dengan sider? 265 00:20:46,287 --> 00:20:49,415 Boleh awak menyenangkan hati dia dengan sider? 266 00:20:50,541 --> 00:20:52,669 Baiklah. 267 00:20:55,004 --> 00:20:56,005 Jangan risau. 268 00:20:56,464 --> 00:20:58,675 Maaf, Yeo-reum. 269 00:20:58,758 --> 00:21:01,260 Jangan minta maaf. Saya yang sepatutnya minta maaf. 270 00:21:03,429 --> 00:21:04,430 Apa-apa pun, 271 00:21:05,598 --> 00:21:07,141 saya iri hati terhadap Hye-jin. 272 00:21:08,226 --> 00:21:10,395 Dapat suami yang boleh diharap seperti awak, 273 00:21:11,187 --> 00:21:12,647 saya jadi makin cemburu. 274 00:21:14,357 --> 00:21:16,526 Kenapa awak cakap begini? 275 00:21:19,028 --> 00:21:20,196 Awak juga tahu Hye-jin 276 00:21:22,407 --> 00:21:24,993 hidup susah sejak bertemu dengan saya. 277 00:21:26,536 --> 00:21:27,537 Jadi, 278 00:21:29,664 --> 00:21:31,708 anggaplah awak tak tahu apa-apa. 279 00:21:31,916 --> 00:21:33,584 - Faham? - Ya. 280 00:21:34,377 --> 00:21:36,004 Saya akan buat-buat tak tahu. 281 00:21:36,546 --> 00:21:38,214 Baiklah. Jaga diri. 282 00:21:38,589 --> 00:21:40,299 Baik. Maafkan saya. 283 00:21:41,384 --> 00:21:42,385 Baik! 284 00:21:51,394 --> 00:21:54,147 Maaf, boleh saya simpan balik tiga dan ambil satu saja? 285 00:21:54,230 --> 00:21:55,690 - Baik. - Sekejap. 286 00:21:55,773 --> 00:21:56,774 Baik. 287 00:22:08,786 --> 00:22:10,455 Hye-jin, saya di sini. 288 00:22:10,955 --> 00:22:12,498 Saya minta maaf. 289 00:22:13,249 --> 00:22:15,209 Saya tiba-tiba dipanggil untuk merakam. 290 00:22:16,419 --> 00:22:17,420 Ya. 291 00:22:18,129 --> 00:22:19,797 Kita terpaksa berjumpa lain kali. 292 00:22:21,007 --> 00:22:22,008 Maaf. 293 00:22:23,760 --> 00:22:25,636 Baik, jumpa lagi lain kali. 294 00:22:26,387 --> 00:22:28,473 Lain kali, kita pergi minum sepuas-puasnya. 295 00:22:28,973 --> 00:22:29,974 Baik. 296 00:23:14,936 --> 00:23:16,104 Apa awak buat di sini? 297 00:23:18,981 --> 00:23:20,191 Bukankah awak dah balik? 298 00:23:21,109 --> 00:23:23,861 Saya dalam perjalanan balik tapi berpatah balik ke sini. 299 00:23:23,986 --> 00:23:25,363 Saya dah agak awak di sini. 300 00:23:30,701 --> 00:23:32,537 Ini tak cukup bagi awak. 301 00:23:33,371 --> 00:23:35,164 Awak perlukan empat tin. 302 00:23:37,333 --> 00:23:40,086 - Kenapa awak cuba cari gaduh? - Kenapa awak susah hati? 303 00:23:41,295 --> 00:23:43,047 Apa awak buat di sini seorang diri? 304 00:23:55,560 --> 00:23:56,561 Bagi saya, 305 00:23:57,770 --> 00:23:58,980 ia tidak mudah juga. 306 00:23:59,230 --> 00:24:00,231 Kenapa tidak? 307 00:24:01,357 --> 00:24:02,358 Apa yang tak mudah? 308 00:24:03,359 --> 00:24:05,444 Saya rasa saya dah berusaha sebaik mungkin. 309 00:24:05,987 --> 00:24:07,697 Namun, ada saja masalah timbul. 310 00:24:09,115 --> 00:24:10,700 Tiada apa-apa berjalan lancar. 311 00:24:15,079 --> 00:24:17,248 Saya mahu menjadi penerbit berjaya. 312 00:24:18,875 --> 00:24:22,211 Namun dalam realiti hidup, saya cuma penerbit biasa. 313 00:24:25,047 --> 00:24:27,049 Saya mahu jadi kawan baik. 314 00:24:29,177 --> 00:24:33,347 Saya tak pernah fikirkan perasaan kawan dan asyik merungut. 315 00:24:34,807 --> 00:24:35,850 Cinta juga. 316 00:24:38,144 --> 00:24:42,315 Saya hancurkan hati setiap orang yang rapat dengan saya. 317 00:24:44,650 --> 00:24:45,776 Macam mana dengan saya? 318 00:24:49,197 --> 00:24:50,656 Boleh saya tanya sekali lagi? 319 00:24:53,701 --> 00:24:55,578 Bagaimana perasaan awak terhadap saya? 320 00:25:06,214 --> 00:25:07,798 Itu yang paling sukar bagi saya. 321 00:25:09,342 --> 00:25:10,801 Yang paling sukar. 322 00:25:59,517 --> 00:26:01,727 Terima kasih atas hal tadi. 323 00:26:03,145 --> 00:26:04,897 Tentang kata-kata awak tadi. 324 00:26:05,606 --> 00:26:10,194 Mungkin tak elok saya tanya, tapi saya betul-betul nak tahu. 325 00:26:12,071 --> 00:26:13,114 Tentang apa? 326 00:26:14,240 --> 00:26:17,743 Sebab saya mungkin rasa malu selepas episod pertama disiarkan, 327 00:26:18,369 --> 00:26:21,163 saya ingin tahu sama ada awak luahkannya atas budi bahasa 328 00:26:21,247 --> 00:26:24,500 atau awak betul-betul ikhlas. 329 00:26:31,924 --> 00:26:32,967 Saya ikhlas. 330 00:26:33,509 --> 00:26:37,263 Saya rasa awak mungkin susah hati selepas ia disiarkan. 331 00:26:38,306 --> 00:26:39,390 Ia merunsingkan saya. 332 00:26:40,349 --> 00:26:46,897 Jadi saya rasa saya patut luahkannya di depan semua orang. 333 00:26:48,858 --> 00:26:51,527 Ia bukan tanda budi bahasa. Saya ikhlas. 334 00:28:12,858 --> 00:28:13,943 Sedap baunya! 335 00:28:16,779 --> 00:28:17,863 Dia sedang memasak. 336 00:28:18,864 --> 00:28:19,865 Itu apa? 337 00:28:21,700 --> 00:28:25,371 Wah, memang sedap baunya. 338 00:28:25,871 --> 00:28:27,706 Cef! 339 00:28:28,249 --> 00:28:29,834 Awak menonjolkan kebolehan awak. 340 00:28:30,501 --> 00:28:32,336 Boleh tolong saya? 341 00:28:33,045 --> 00:28:34,046 Apa? 342 00:28:34,630 --> 00:28:37,007 Boleh minta Jang Tae-mi pergi ke laman belakang? 343 00:28:38,676 --> 00:28:40,010 Saya takkan dapat apa-apa? 344 00:28:40,386 --> 00:28:41,554 Bagilah sedikit. 345 00:28:41,637 --> 00:28:44,682 Hei, kita tak boleh sentuh ini. 346 00:28:45,474 --> 00:28:47,601 Saya akan memasak untuk kamu nanti. 347 00:28:47,685 --> 00:28:49,895 Saya bergurau saja. Saya akan beritahu dia. 348 00:28:50,521 --> 00:28:51,897 Seseorang itu pasti gembira. 349 00:28:52,022 --> 00:28:54,400 Betul, dia pasti gembira. 350 00:29:13,002 --> 00:29:14,003 Sila ikut sini. 351 00:29:24,430 --> 00:29:26,557 - Ini apa? - Kejutan! 352 00:29:27,808 --> 00:29:30,394 Boleh dikatakan tempat ini seindah di Madrid. 353 00:29:31,103 --> 00:29:32,146 Sila duduk. 354 00:29:40,863 --> 00:29:42,740 Terima kasih. Ia nampak sedap. 355 00:29:54,627 --> 00:29:56,587 - Sedapnya! - Betul? 356 00:29:58,672 --> 00:30:02,134 Sudah pasti ia sedap, ini masakan cef terbaik Korea. 357 00:30:02,551 --> 00:30:06,096 Namun ia betul-betul mengharukan sebab awak sediakannya khas untuk saya. 358 00:30:07,431 --> 00:30:10,768 Disebabkan ia disediakan dengan ubi kentang tepi laut, 359 00:30:10,851 --> 00:30:12,311 dohnya pasti istimewa. 360 00:30:13,354 --> 00:30:14,438 Betul? 361 00:30:15,105 --> 00:30:16,106 Khas untuk awak. 362 00:30:18,984 --> 00:30:22,363 Bila awak sambung belajar ke luar negara? 363 00:30:25,115 --> 00:30:26,700 Waktu saya berusia 21 tahun. 364 00:30:28,244 --> 00:30:30,412 - Awak muda masa itu. - Ya. 365 00:30:31,163 --> 00:30:33,249 Awak pasti berasal daripada keluarga kaya, 366 00:30:33,332 --> 00:30:35,751 barulah awak dapat ke luar negara pada usia muda. 367 00:30:36,126 --> 00:30:38,212 Bukan begitu. Namun, lebih kurang begitu. 368 00:30:39,380 --> 00:30:41,674 Saya perlu ke bilik air sekejap. 369 00:30:42,216 --> 00:30:44,009 Saya perlu betulkan mekap. 370 00:30:44,093 --> 00:30:45,094 Baik, silakan. 371 00:31:12,162 --> 00:31:13,289 Kenapa dia lama sangat? 372 00:31:25,426 --> 00:31:27,011 Jang Tae-mi muntahkannya lagi? 373 00:31:27,720 --> 00:31:32,182 Mikrofon masih terpasang. Memang sakit telinga mendengarnya. 374 00:31:33,058 --> 00:31:36,061 Dia dah kurus kering, kenapa dia muntahkannya? 375 00:31:36,145 --> 00:31:37,813 Sebab itu dia kurus kering. 376 00:31:38,063 --> 00:31:40,399 Semalam dia makan daging ayam lalu muntahkannya. 377 00:31:40,482 --> 00:31:42,610 Beberapa hari lalu, dia muntahkan kek juga. 378 00:31:42,693 --> 00:31:45,654 Dia tak patut masukkannya ke dalam mulut, kenapa dia begitu? 379 00:31:46,196 --> 00:31:48,282 Dia patut makan salad saja. 380 00:31:49,491 --> 00:31:51,452 Dia jaga imej dia. 381 00:31:53,078 --> 00:31:54,455 Bila dia akan keluar? 382 00:32:22,524 --> 00:32:23,567 Masuk. 383 00:32:27,154 --> 00:32:29,657 Saya tahu awak sedang bekerja, jadi saya bawa kopi. 384 00:32:30,074 --> 00:32:31,075 Terima kasih. 385 00:32:31,992 --> 00:32:34,328 - Nak duduk sekejap? - Baik. 386 00:32:40,250 --> 00:32:41,585 Awak bekerja di sini? 387 00:32:42,127 --> 00:32:44,088 Sesuatu berlaku. 388 00:32:44,296 --> 00:32:48,342 Senior saya ambil alih kes penting yang diumumkan keputusan mahkamah hari ini. 389 00:32:48,425 --> 00:32:49,968 Klien itu ditahan di mahkamah. 390 00:32:50,552 --> 00:32:51,887 Apa maksudnya? 391 00:32:51,970 --> 00:32:53,931 Secara ringkasnya, 392 00:32:54,014 --> 00:32:57,059 seseorang itu terus dimasukkan ke dalam penjara dari mahkamah. 393 00:32:57,434 --> 00:32:58,560 Itu masalah besar. 394 00:32:59,269 --> 00:33:02,398 Ya. Sebab itu saya tiba-tiba perlu uruskan banyak perkara. 395 00:33:03,482 --> 00:33:05,317 Semuanya salah pendakwa. 396 00:33:05,401 --> 00:33:08,362 Kenapa dia memberikan keputusan begitu dan menyusahkan awak? 397 00:33:09,279 --> 00:33:13,492 Hakim memberikan keputusan, pendakwa membuat dakwaan... 398 00:33:15,285 --> 00:33:18,038 Tak apa. Itu tak penting. 399 00:33:18,247 --> 00:33:22,376 Kenapa dia buat kecoh dan penjarakan clementine awak? 400 00:33:22,751 --> 00:33:24,002 Nak saya kerjakan mereka? 401 00:33:24,712 --> 00:33:26,505 Kenapa buat lawak? 402 00:33:26,588 --> 00:33:27,589 Saya serius. 403 00:33:28,924 --> 00:33:30,426 Saya boleh kerjakan mereka. 404 00:33:30,509 --> 00:33:33,846 Bukan itu. Bukankah clementine satu jenaka? 405 00:33:35,264 --> 00:33:38,392 Clementine, klien... 406 00:33:41,478 --> 00:33:42,479 Ia bukan jenaka. 407 00:33:43,480 --> 00:33:45,607 Clementine, customer... 408 00:33:46,066 --> 00:33:48,819 Customer ialah pelanggan. 409 00:33:49,319 --> 00:33:50,696 Jadi, apa maksud clementine? 410 00:34:18,849 --> 00:34:20,184 - Terima kasih. - Sama-sama. 411 00:34:21,477 --> 00:34:22,478 Jae-hoon. 412 00:34:27,483 --> 00:34:30,819 Rasanya awak salah faham atas kata-kata saya semalam. 413 00:34:31,570 --> 00:34:32,571 Salah faham apa? 414 00:34:33,489 --> 00:34:37,367 Disebabkan ada khabar angin tentang awak dipecat atas kes kecuaian perubatan, 415 00:34:37,868 --> 00:34:40,329 kumpulan kru adakan mesyuarat untuk bincangkannya. 416 00:34:40,496 --> 00:34:41,955 Apa awak cakap dengan mereka? 417 00:34:42,748 --> 00:34:45,209 Saya cuma beritahu mereka kenyataan. 418 00:34:45,501 --> 00:34:47,127 Kenyataan? Apa? 419 00:34:48,545 --> 00:34:49,922 Saya jelaskan apa berlaku. 420 00:34:53,759 --> 00:34:57,846 Peserta bagai buah catur bagi penerbit, bukan? 421 00:35:00,015 --> 00:35:02,059 - Park Jae-hoon. - Awak akan nafikannya, 422 00:35:02,434 --> 00:35:05,395 namun saya sendiri yang sanggup diperalat awak. 423 00:35:06,563 --> 00:35:08,273 Kumpulan kru akan siarkan itu. 424 00:35:08,774 --> 00:35:11,109 Itulah rancangan, itu juga kerja awak. 425 00:35:11,193 --> 00:35:13,695 Kehidupan saya juga akan menjadi buah mulut orang. 426 00:35:14,780 --> 00:35:18,200 Awak dah salah faham. Awak rasa saya peralat awak? 427 00:35:18,659 --> 00:35:21,036 Saya tak berdaya buat apa-apa tentang kisah awak... 428 00:35:21,119 --> 00:35:22,120 Yeo-reum. 429 00:35:22,913 --> 00:35:24,373 Kuasa di tangan awak. 430 00:35:26,250 --> 00:35:28,961 Saya peserta, awak penerbit. 431 00:35:30,546 --> 00:35:31,588 Saya 432 00:35:34,550 --> 00:35:35,634 sukakan awak. 433 00:35:39,263 --> 00:35:40,973 Awak pula anggap saya kawan saja. 434 00:35:43,600 --> 00:35:45,185 Jadi awak tak perlu cari alasan. 435 00:36:12,379 --> 00:36:14,923 Maaf. Lama awak tunggu? 436 00:36:15,382 --> 00:36:16,383 Tidak. 437 00:36:19,219 --> 00:36:21,013 Rasanya saya tak sedap perut. 438 00:36:21,096 --> 00:36:23,724 Betul? Apa kita patut buat? 439 00:36:24,266 --> 00:36:28,562 Mungkin sampai sini saja untuk hari ini, saya akan ajak awak lagi lain kali. 440 00:36:29,354 --> 00:36:30,355 Baik. 441 00:36:30,647 --> 00:36:32,024 Saya betul-betul minta maaf. 442 00:36:33,066 --> 00:36:35,569 Saya akan masuk bilik untuk berehat sekejap. 443 00:36:36,111 --> 00:36:37,446 Baik, sila pergi berehat. 444 00:36:37,738 --> 00:36:38,739 Masuk dulu. 445 00:37:06,934 --> 00:37:08,518 - Apa awak buat? - Ya? 446 00:37:09,102 --> 00:37:11,104 Ia nampak elok. Kenapa awak nak buang? 447 00:37:11,730 --> 00:37:12,856 Ia cuma lebihan lauk. 448 00:37:12,940 --> 00:37:14,775 Lebihan lauk? Ia macam belum dimakan. 449 00:37:14,858 --> 00:37:16,193 Ini sisa. Saya perlu buang. 450 00:37:17,027 --> 00:37:18,028 Biar saya makan. 451 00:37:19,363 --> 00:37:21,448 Kenapa awak nak makannya? Ini sisa makanan. 452 00:37:23,033 --> 00:37:25,202 Awak akan dihukum jika bazirkan makanan. 453 00:37:28,205 --> 00:37:29,206 Ia nampak sedap. 454 00:37:41,051 --> 00:37:43,762 Tak sangka makanan sebegini memang wujud di dunia ini! 455 00:37:49,935 --> 00:37:53,105 - Sedap? - Memang sedap. 456 00:37:53,897 --> 00:37:56,858 Rasa enak ini buat saya gembira dan bahagia. 457 00:37:58,819 --> 00:38:00,821 Ia dah sejuk, jadi rasanya kurang sedap. 458 00:38:01,113 --> 00:38:04,491 Ini bukan ubi kentang biasa. Ini ubi kentang keemasan. 459 00:38:14,042 --> 00:38:17,087 Ia disediakan dengan ubi kentang terdedah kepada angin laut. 460 00:38:17,629 --> 00:38:18,964 Jadi ia sepatutnya sedap. 461 00:38:19,297 --> 00:38:21,383 Disebabkan ia terdedah kepada angin laut, 462 00:38:21,591 --> 00:38:25,595 ia lembut, malah berperisa. Sedapnya. 463 00:38:26,179 --> 00:38:28,056 Ia memang ubi kentang istimewa, bukan? 464 00:38:28,557 --> 00:38:30,809 Ya, ia memang ubi kentang istimewa. 465 00:38:32,769 --> 00:38:37,482 Awak pandai gambarkannya, mungkin sebab awak pengkarya komik web. 466 00:38:37,941 --> 00:38:40,819 Cef John Jang, saya rasa awak orang baik. 467 00:38:41,319 --> 00:38:45,741 - Saya? - Hidangan lambang keikhlasan cef. 468 00:38:46,783 --> 00:38:49,953 Ia dah sejuk tapi masih sedap. 469 00:38:50,620 --> 00:38:52,789 Jadi saya rasa ia kerana awak baik hati. 470 00:38:56,001 --> 00:38:58,879 Kenapa awak tiba-tiba cakap sesuatu yang jiwang? 471 00:38:59,671 --> 00:39:00,672 Betul cakap awak. 472 00:39:01,089 --> 00:39:05,469 Mungkin sebab saya selalu lukis komik dan tulis dialog jiwang. 473 00:39:08,096 --> 00:39:11,725 Awak patut buat lagi untuk Tae-mi. 474 00:39:13,060 --> 00:39:16,396 Dia pasti sedih dan kesal kerana tak dapat makan. 475 00:39:21,860 --> 00:39:25,405 Tolong ulang sekali lagi, saya akan catatkannya. 476 00:39:27,699 --> 00:39:30,494 Itu tugas bulanan awak yang diberi Penerbit Kang Chae-ri. 477 00:39:34,289 --> 00:39:37,042 Buatkan fail Excel untuk jumlah unjuran bajet bulan ini. 478 00:39:37,125 --> 00:39:38,418 Senarai lokasi rakaman. 479 00:39:38,502 --> 00:39:41,463 Siapkan meja cantik di 100 tempat popular untuk berdating. 480 00:39:41,546 --> 00:39:43,215 Hubungi semua dan buat ringkasan. 481 00:39:43,298 --> 00:39:47,344 Susun dan senaraikan barang pejabat dan produk dalam fail Excel. 482 00:39:47,427 --> 00:39:49,679 Penanda, pen, stapler, nota tampal, kertas A4. 483 00:39:49,763 --> 00:39:52,474 Jangan tercicir satu pun, hitung semuanya dan catatkan. 484 00:39:56,436 --> 00:39:57,646 Reti guna Excel, bukan? 485 00:39:58,647 --> 00:40:00,816 Ya. 486 00:40:00,899 --> 00:40:03,819 Baiklah. Berusaha baik-baik. 487 00:40:04,027 --> 00:40:05,070 Sang-woo, awak boleh! 488 00:40:11,535 --> 00:40:12,536 Aduhai... 489 00:40:20,836 --> 00:40:24,714 Helo, saya Kim Sang-woo, penerbit Kingdom of Love, DNA. 490 00:40:25,966 --> 00:40:28,635 Ya? Awak wartawan berita hiburan? 491 00:40:29,427 --> 00:40:30,846 Sila tunggu sekejap. 492 00:40:33,515 --> 00:40:36,017 Saya Kim Sang-woo, penerbit Kingdom of Love, DNA. 493 00:40:37,519 --> 00:40:38,520 Wartawan? 494 00:40:39,688 --> 00:40:43,608 Penerbit Gu, macam mana dengan dating pengalaman seram? 495 00:40:43,692 --> 00:40:45,026 Mungkin di sekolah terbiar? 496 00:40:45,318 --> 00:40:46,319 Pengalaman seram? 497 00:40:46,695 --> 00:40:49,906 Kita akan aturkan hantu, para peserta juga boleh bersentuhan. 498 00:40:50,157 --> 00:40:52,159 Macam menarik. Mereka boleh bersentuhan. 499 00:40:52,242 --> 00:40:53,535 Sekarang musim panas juga. 500 00:40:56,163 --> 00:40:58,039 Macam mana? Artikel telah disiarkan. 501 00:40:58,290 --> 00:40:59,291 Artikel? 502 00:40:59,791 --> 00:41:01,126 Tentang Park Jae-hoon! 503 00:41:08,592 --> 00:41:12,596 KONTROVERSI TENTANG PESERTA KINGDOM OF LOVE S2, ITU OKEY? 504 00:41:15,807 --> 00:41:16,808 Penerbit Gu. 505 00:41:18,059 --> 00:41:19,060 Apa kita patut buat? 506 00:41:36,661 --> 00:41:37,662 Jae-hoon. 507 00:41:39,122 --> 00:41:40,248 Boleh saya masuk? 508 00:41:51,718 --> 00:41:52,719 Apa kita patut buat? 509 00:41:54,221 --> 00:41:57,224 Awak nak buat penjelasan sendiri atau kami patut jelaskannya? 510 00:41:59,392 --> 00:42:00,936 Tiada apa-apa perlu dijelaskan. 511 00:42:06,191 --> 00:42:08,443 Saya faham maksud awak. Kami akan jelaskannya. 512 00:42:09,736 --> 00:42:11,112 Saya pernah bunuh seseorang. 513 00:42:17,452 --> 00:42:18,745 Orang itu mati sebab saya. 514 00:42:25,502 --> 00:42:26,503 Jae-hoon... 515 00:42:54,322 --> 00:42:56,533 PEMBEDAHAN PLASTIK JJANG 516 00:43:01,538 --> 00:43:04,791 Helo, Doktor Park Jae-hoon ada? 517 00:43:06,543 --> 00:43:07,794 Dia tak bekerja hari ini? 518 00:43:08,586 --> 00:43:09,587 Baik. 519 00:43:27,897 --> 00:43:29,649 Kamu sudah baca artikel itu, bukan? 520 00:43:30,859 --> 00:43:33,194 - Ya. - Bukankah ia sangat mengejutkan? 521 00:43:33,361 --> 00:43:34,404 Betul. 522 00:43:34,696 --> 00:43:38,533 Saya juga fikir begitu. Saya memang rasa dia pelik. 523 00:43:46,541 --> 00:43:47,709 Saya saja rupanya. 524 00:43:49,419 --> 00:43:50,920 Saya rasa dia tak seteruk itu. 525 00:43:51,004 --> 00:43:55,133 Dia mungkin keji, tapi dia takkan buat begitu. 526 00:43:55,842 --> 00:43:56,843 Ji-yeon. 527 00:43:58,094 --> 00:43:59,095 Awak okey? 528 00:43:59,596 --> 00:44:01,723 Betul. Ji-yeon pasti susah hati juga. 529 00:44:02,015 --> 00:44:04,017 Saya percayakan Jae-hoon. 530 00:44:05,727 --> 00:44:09,105 Tentu ada penjelasan untuk hal ini. 531 00:44:38,385 --> 00:44:39,386 Ya, Hyeon-so. 532 00:44:43,056 --> 00:44:44,057 Abang okey. 533 00:44:44,557 --> 00:44:45,558 Jangan risau. 534 00:44:48,061 --> 00:44:49,687 Abang akan jaga diri. 535 00:44:51,481 --> 00:44:52,482 Maafkan abang. 536 00:44:56,319 --> 00:45:00,824 Tolong jaga ibu baik-baik. 537 00:45:03,284 --> 00:45:04,285 Baik. 538 00:45:19,759 --> 00:45:21,886 DAE-SIK 539 00:45:32,522 --> 00:45:34,649 Sayang, awak sudah bercakap dengan Jae-hoon? 540 00:45:37,694 --> 00:45:39,487 Dia telah matikan telefon bimbitnya. 541 00:45:39,904 --> 00:45:40,905 Awak pula, sayang? 542 00:45:41,489 --> 00:45:43,199 Awak dah bercakap dengan Yeo-reum? 543 00:45:43,283 --> 00:45:46,870 Dia juga tak dapat hubungi Jae-hoon, jadi dia ke rumah Jae-hoon sekarang. 544 00:45:50,123 --> 00:45:51,916 Bagaimana hal begini boleh berlaku? 545 00:45:52,167 --> 00:45:55,503 Teruk betul mereka. Mereka bukannya tahu apa-apa. 546 00:45:56,963 --> 00:45:58,798 Kebenaran akan mengatasi yang lain. 547 00:45:59,507 --> 00:46:02,343 Segalanya akan menjadi baik. Kita tunggu saja. 548 00:46:17,525 --> 00:46:19,944 RAJAH BAJET PRODUKSI SEPTEMBER 549 00:46:28,286 --> 00:46:31,498 Saya Kim-Sang-woo, penerbit Kingdom of Love, DNA. 550 00:46:33,500 --> 00:46:35,502 Apa? Awak di lobi sekarang? 551 00:46:51,518 --> 00:46:52,435 Helo, Penerbit Gu. 552 00:46:54,521 --> 00:46:57,232 Dia datang nak beritahu kita tentang hal Park Jae-hoon. 553 00:46:59,984 --> 00:47:00,985 Helo. 554 00:47:01,986 --> 00:47:02,987 Helo. 555 00:47:04,113 --> 00:47:05,114 Sila duduk. 556 00:47:17,210 --> 00:47:18,711 Apa awak nak beritahu kami? 557 00:47:22,298 --> 00:47:24,551 Park Jae-hoon tinggalkan hospital sebab saya. 558 00:47:29,722 --> 00:47:30,890 Dia tak buat salah! 559 00:47:31,933 --> 00:47:34,894 Semua artikel itu bohong! Mereka mengada-adakan cerita. 560 00:47:48,575 --> 00:47:52,787 Selepas sembuh, saya ingin jumpa dia untuk ucapkan terima kasih. 561 00:47:55,748 --> 00:47:57,709 Namun, dia telah tinggalkan hospital. 562 00:47:59,043 --> 00:48:01,254 Apa yang dilaporkan wartawan semuanya bohong. 563 00:48:01,337 --> 00:48:04,048 Tiada kecuaian perubatan berlaku, semuanya kerana saya... 564 00:48:49,594 --> 00:48:50,595 Ya, Yeo-reum? 565 00:48:52,430 --> 00:48:55,642 Jadi Kim In-woo tinggalkan awak di kawasan rehat lebuh raya? 566 00:48:56,726 --> 00:48:58,311 Baik, saya datang. Tunggu situ. 567 00:48:58,394 --> 00:49:00,146 Arah datang atau pergi dari Seoul? 568 00:49:00,480 --> 00:49:01,606 Kes kecemasan! Cepat! 569 00:49:06,194 --> 00:49:07,111 AMBULANS 570 00:49:07,403 --> 00:49:09,030 PUSAT PERUBATAN KECEMASAN 571 00:49:11,824 --> 00:49:13,076 Sila beri laluan! 572 00:49:13,993 --> 00:49:16,496 Aduhai, cepat! 573 00:49:17,205 --> 00:49:18,414 - Sila ke tepi! - Aduhai! 574 00:49:20,041 --> 00:49:22,043 Encik, dengar tak? 575 00:49:23,086 --> 00:49:24,671 Awak dengar? 576 00:49:26,464 --> 00:49:28,091 Sama juga di situ, okey? 577 00:49:30,051 --> 00:49:32,637 Bangunan meletup di persimpangan berdekatan hospital. 578 00:49:32,720 --> 00:49:33,721 Keadaan pesakit? 579 00:49:33,930 --> 00:49:36,474 Dua tak sedarkan diri, jadi kami buat imbasan CT. 580 00:49:36,683 --> 00:49:39,852 Lelaki pertengahan usia cedera parah akibat letupan. 581 00:49:39,936 --> 00:49:42,188 Semikoma, pupil 3mm dan 5mm, lembap, 582 00:49:42,271 --> 00:49:44,857 SDH sebelah kiri setebal 20mm berdasarkan laporan CT. 583 00:49:45,274 --> 00:49:46,901 Geseran garis tengah, 15mm. 584 00:49:46,984 --> 00:49:49,529 Seorang lagi pelajar, penjaganya sedang dihubungi. 585 00:49:49,612 --> 00:49:51,531 Tak sedarkan diri, pupilnya berbeza, 586 00:49:51,614 --> 00:49:54,409 SDH sebelah kanannya setebal 20mm berdasarkan laporan CT. 587 00:49:54,492 --> 00:49:57,161 Namun, ia bukan amaun kecil, keadaan kurang baik. 588 00:49:57,537 --> 00:50:00,456 Hanya satu bilik pembedahan tersedia. Apa kita patut buat? 589 00:50:00,623 --> 00:50:02,083 Siapa jalani pembedahan dulu? 590 00:50:08,297 --> 00:50:09,298 Budak itu dulu. 591 00:50:09,382 --> 00:50:11,300 Jadi pesakit lelaki itu... 592 00:50:11,384 --> 00:50:13,261 Kita takkan dapat selamatkan dia. 593 00:50:13,344 --> 00:50:16,180 Budak itu masih berharapan. Jangan terlepas masa keemasan. 594 00:50:16,264 --> 00:50:17,223 Baik, saya faham. 595 00:50:42,165 --> 00:50:43,875 YEO-REUM 596 00:50:45,460 --> 00:50:48,379 DAE-SIK 597 00:50:52,508 --> 00:50:53,509 Dae-sik, ini saya. 598 00:50:55,344 --> 00:50:56,929 Telefon bimbit kehabisan bateri. 599 00:50:59,223 --> 00:51:00,224 Teruknya. 600 00:51:03,644 --> 00:51:05,980 Park Jae-hoon datang tak? 601 00:51:09,942 --> 00:51:11,277 - Hei! - Masuk kereta! 602 00:51:14,489 --> 00:51:15,948 Kenapa kamu di sini? 603 00:51:16,115 --> 00:51:18,868 Jika hal buruk berlaku, awak perlukan arak kacang pinus. 604 00:51:18,951 --> 00:51:21,078 Itu yang terkenal di sini, jadi kami datang. 605 00:51:21,162 --> 00:51:22,121 Cepatlah masuk. 606 00:51:33,341 --> 00:51:34,300 Nah. 607 00:51:34,383 --> 00:51:35,593 ARAK BERAS KACANG PINUS 608 00:51:36,135 --> 00:51:36,969 Minumlah. 609 00:51:39,430 --> 00:51:42,517 Saya akan duduk di depan, jadi awak menangislah sepuas-puasnya. 610 00:51:51,526 --> 00:51:53,903 Tak apa, Gu Yeo-reum. Menangis saja. 611 00:52:34,235 --> 00:52:35,820 Kita akan mula pembedahan. 612 00:52:36,070 --> 00:52:37,196 Skalpel. 613 00:52:49,250 --> 00:52:51,961 WAKTU SEMASA MASA PEMBEDAHAN, MASA ANESTETIK 614 00:53:00,261 --> 00:53:01,345 Gunting Metzenbaum. 615 00:53:05,516 --> 00:53:06,517 Sedutan. 616 00:53:10,438 --> 00:53:11,606 Pengkauterian bipolar. 617 00:53:26,162 --> 00:53:27,163 Mari selesaikannya. 618 00:53:32,627 --> 00:53:34,462 Doktor Park, awak dah bersusah payah. 619 00:53:35,463 --> 00:53:36,547 Awak juga. 620 00:53:36,631 --> 00:53:38,299 Ini pembedahan yang sukar. 621 00:53:39,383 --> 00:53:41,844 Awak telah selamatkan dia. Awak mengagumkan. 622 00:53:43,429 --> 00:53:45,514 - Sudah takdir dia boleh hidup. - Apa? 623 00:53:46,724 --> 00:53:48,142 Bukan sebab kemahiran saya. 624 00:53:48,434 --> 00:53:49,435 Budak itu 625 00:53:50,436 --> 00:53:51,979 ditakdirkan boleh terus hidup. 626 00:53:55,107 --> 00:53:58,152 Saya cuma jalankan kewajipan sebagai doktor. 627 00:54:11,707 --> 00:54:13,751 Profesor, kenapa awak datang? 628 00:54:16,212 --> 00:54:17,213 Jae-hoon. 629 00:54:17,755 --> 00:54:19,006 Cuba bertenang. 630 00:54:20,049 --> 00:54:21,050 Profesor Park... 631 00:54:21,926 --> 00:54:22,927 Ayah awak 632 00:54:23,636 --> 00:54:24,762 telah meninggal. 633 00:54:26,555 --> 00:54:27,556 Apa? 634 00:54:27,807 --> 00:54:29,016 Apa awak cakap... 635 00:54:29,976 --> 00:54:31,644 Ibu awak terima tamparan hebat. 636 00:54:32,895 --> 00:54:35,898 Dia larang kami hantar Profesor Park ke rumah mayat. 637 00:54:36,816 --> 00:54:38,317 Namun sebab ibu awak melarang, 638 00:54:38,567 --> 00:54:41,862 dia masih di bilik kecemasan. 639 00:54:41,988 --> 00:54:44,073 Profesor, apa awak cakap? Kenapa ayah saya... 640 00:54:44,156 --> 00:54:46,909 Ayah kata nak hadiri perjumpaan rakan sekolah tinggi. 641 00:54:46,993 --> 00:54:49,578 Letupan gas berlaku di tempat berhampiran hospital. 642 00:54:49,870 --> 00:54:50,955 Apabila dia lalu sana, 643 00:54:51,330 --> 00:54:53,374 rasanya dia masuk untuk selamatkan mangsa. 644 00:54:54,375 --> 00:54:56,460 Dia tak dapat elak letupan kali kedua. 645 00:54:59,213 --> 00:55:01,298 Disebabkan muka dan badan dia cedera parah, 646 00:55:02,133 --> 00:55:04,677 ia ambil sedikit masa untuk kenal pasti identitinya. 647 00:55:05,386 --> 00:55:06,971 Saya terpaksa biar dia pergi. 648 00:55:08,931 --> 00:55:11,934 Saya sahkan kematian dia. 649 00:55:24,613 --> 00:55:26,824 Bagaimana ia boleh terjadi? 650 00:55:42,131 --> 00:55:43,132 Ibu. 651 00:55:45,217 --> 00:55:46,218 Jae-hoon. 652 00:55:47,595 --> 00:55:48,596 Bagaimana... 653 00:55:49,388 --> 00:55:50,473 Kasihan ayah awak! 654 00:55:51,640 --> 00:55:55,311 Bagaimana hal boleh jadi begini? Kenapa? 655 00:55:56,520 --> 00:55:59,690 Bagaimana ia boleh terjadi, Jae-hoon? 656 00:56:01,192 --> 00:56:02,193 Sayang! 657 00:56:03,110 --> 00:56:04,195 Sayang! 658 00:56:10,576 --> 00:56:12,828 Bagaimana ia boleh terjadi? 659 00:56:40,106 --> 00:56:41,649 Tidak! Ayah! 660 00:56:50,324 --> 00:56:51,325 Ayah! 661 00:56:51,826 --> 00:56:53,702 Ayah! Tidak! 662 00:57:28,487 --> 00:57:30,281 Ayah! Tidak! 663 00:57:39,373 --> 00:57:42,459 Bagaimana ia boleh terjadi? Sayang! 664 00:58:34,511 --> 00:58:36,388 Park Jae-hoon! Boleh terima temu ramah? 665 00:58:36,805 --> 00:58:38,891 Tiada kecuaian perubatan! Sayalah puncanya! 666 00:58:38,974 --> 00:58:42,061 Mereka berdua cuba selamatkan saya, kemudian jadi begitu. Jadi... 667 00:58:42,144 --> 00:58:43,854 Kita akan buat cerita. 668 00:58:43,938 --> 00:58:45,105 Demi Park Jae-hoon? 669 00:58:45,189 --> 00:58:47,191 Kita juga akan saman penyebar pertama. 670 00:58:47,274 --> 00:58:49,777 - Awak pasti? - Kita tak boleh serbu dengan kamera. 671 00:58:49,860 --> 00:58:51,111 Biar kami bercakap dulu. 672 00:58:51,195 --> 00:58:54,281 Peserta tak dapat buat penilaian baik-baik. 673 00:58:54,365 --> 00:58:57,701 Kalau awak nak bantu dia, mainkan peranan awak sebagai penerbit. 674 00:58:57,910 --> 00:59:01,288 Boleh saya buat permintaan yang sukar? 675 00:59:03,165 --> 00:59:06,168 Terjemahan sari kata oleh: Eunice Eue