1 00:00:06,089 --> 00:00:08,508 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:13,638 --> 00:00:16,099 Jelas sekali, saya menyesal. 3 00:00:17,058 --> 00:00:20,270 Saya tak tahu apa yang saya fikirkan. 4 00:00:20,353 --> 00:00:23,565 Saya rasa sesuatu cuma kuasai saya. 5 00:00:27,944 --> 00:00:28,778 Wah. 6 00:00:30,530 --> 00:00:32,198 Cerita yang mengejutkan. 7 00:00:32,282 --> 00:00:33,199 Saya tahu. 8 00:00:33,283 --> 00:00:35,410 Saya benar-benar harap ia tak benar. 9 00:00:36,870 --> 00:00:38,288 BIRO PENYIASATAN PERSEKUTUAN 10 00:00:41,499 --> 00:00:43,585 Maaf sebab saya tak beritahu awak. 11 00:00:43,668 --> 00:00:46,463 Cuma Judy tak tahu. 12 00:00:47,047 --> 00:00:51,760 Dia sayangi Steve dan dia pasti sedih 13 00:00:51,843 --> 00:00:54,345 jika dia tahu yang saya 14 00:00:55,430 --> 00:00:56,931 meniduri dia. 15 00:01:02,979 --> 00:01:03,980 Aduhai! 16 00:01:25,085 --> 00:01:26,211 Saya perlu tanya. 17 00:01:27,754 --> 00:01:29,089 Itu anak Steve? 18 00:01:30,381 --> 00:01:31,716 Ya. 19 00:01:31,800 --> 00:01:34,385 - Okey. - Ada anak Wood di dalam. 20 00:01:35,512 --> 00:01:39,474 Saya minta maaf. Awak pasti fikir saya teruk. 21 00:01:39,557 --> 00:01:42,185 Tak. Mengadakan hubungan sulit bukan jenayah. 22 00:01:42,811 --> 00:01:44,854 Jika tak, bekas isteri saya akan dipenjarakan. 23 00:01:52,153 --> 00:01:53,363 Awak… 24 00:02:07,836 --> 00:02:10,004 Saya okey. Saya tak apa-apa. 25 00:02:10,588 --> 00:02:11,589 Okey. 26 00:02:14,467 --> 00:02:16,261 Saya sangka saya akan mati. 27 00:02:17,595 --> 00:02:18,763 Betul. 28 00:02:21,099 --> 00:02:22,725 Apa-apa pun, 29 00:02:23,560 --> 00:02:28,606 saya hargai kejujuran awak. Saya tahu pasti sukar untuk awak ke sini. 30 00:02:28,690 --> 00:02:32,402 Ya, saya cuba buat perkara yang betul. 31 00:02:32,485 --> 00:02:33,695 Sudah tentu. 32 00:02:34,529 --> 00:02:37,657 Andainya kami akhirnya 33 00:02:37,740 --> 00:02:40,326 temukan DNA awak pada badan Steve, 34 00:02:41,411 --> 00:02:44,706 kami akan ada satu penjelasan munasabah. 35 00:02:46,291 --> 00:02:48,459 Ya. Betul. 36 00:03:39,802 --> 00:03:41,095 - Hai! - Hei! 37 00:03:41,179 --> 00:03:45,183 Boleh saya pesan aiskrim cip pudina kecil 38 00:03:45,266 --> 00:03:47,268 dengan taburan coklat dalam cawan? 39 00:03:47,977 --> 00:03:51,189 Beginilah. Boleh saya pesan saiz besar dalam kon wafel? 40 00:03:51,689 --> 00:03:53,608 Nampaknya awak gembira hari ini. 41 00:03:54,192 --> 00:03:55,193 Saya masih hidup. 42 00:03:56,444 --> 00:03:57,570 Apa? 43 00:03:58,154 --> 00:03:59,197 Saya akan mati. 44 00:04:10,041 --> 00:04:10,875 Apa? 45 00:04:11,459 --> 00:04:12,919 - Saya akan mati. - Usah cakap begitu. 46 00:04:13,002 --> 00:04:15,171 - Awak baru tanya saya. - Okey, itu… 47 00:04:15,255 --> 00:04:17,006 Beritahu saya kata-kata doktor. 48 00:04:18,216 --> 00:04:19,759 Dia kata dia minta maaf 49 00:04:19,842 --> 00:04:22,345 dan bahawa kemoterapi tak mengecilkan tumor saya. 50 00:04:22,428 --> 00:04:23,930 Tak langsung? 51 00:04:24,013 --> 00:04:28,226 Tak. Ia pasti ada kesan, okey? Mereka perlu buat kemoterapi lagi. 52 00:04:28,309 --> 00:04:31,437 Dia kata kalau ia tak berhasil kali ini, ia takkan berhasil lain kali. 53 00:04:31,521 --> 00:04:33,731 Siapa dia? Pakar barah? 54 00:04:33,815 --> 00:04:35,191 - Dia pakar. - Tidak. 55 00:04:35,275 --> 00:04:37,026 Pilihan sentiasa ada. 56 00:04:37,110 --> 00:04:38,861 Jen, jangan. Berhenti. 57 00:04:39,737 --> 00:04:42,323 Kebarangkalian kemoterapi berhasil sentiasa rendah. 58 00:04:44,117 --> 00:04:46,035 Tak apa. Betul. 59 00:04:47,453 --> 00:04:48,496 Saya dah terima. 60 00:04:49,706 --> 00:04:50,957 Terima apa? 61 00:04:52,083 --> 00:04:53,501 Semua orang mati, bukan? 62 00:04:53,584 --> 00:04:54,502 Diam, Judy! 63 00:04:54,585 --> 00:04:56,629 - Suruh wanita nazak diam? - Awak tak nazak. 64 00:04:56,713 --> 00:04:57,880 - Jen. - Tidak. 65 00:04:57,964 --> 00:05:02,427 Ingat ujian klinikal itu… Di Saint Bridget, bukan? 66 00:05:02,510 --> 00:05:03,845 Tiada jaminan ia akan berjaya 67 00:05:03,928 --> 00:05:05,930 dan ia lebih teruk daripada apa saya lalui. 68 00:05:06,014 --> 00:05:08,266 Ya, tapi awak berjaya laluinya. 69 00:05:08,349 --> 00:05:10,727 Okey? Saya tak kata ia tak sukar. 70 00:05:11,728 --> 00:05:12,979 Saya pula kata, 71 00:05:14,022 --> 00:05:16,441 jika ini sahaja masa yang saya ada, 72 00:05:17,483 --> 00:05:21,863 saya nak luangkannya dengan berenang di lautan dan peluk orang tersayang. 73 00:05:21,946 --> 00:05:24,365 - Awak akan buatnya. Muktamad. - Awak bukan mak saya. 74 00:05:24,449 --> 00:05:27,452 Tak! Saya bukan. Saya kawan baik yang ambil berat. 75 00:05:27,535 --> 00:05:31,205 Bukan seperti mak awak yang tiada di sini sebab dia di penjara. 76 00:05:31,289 --> 00:05:34,167 - Dia dah bebas. - Bagus. Lebih banyak ruang untuk saya. 77 00:05:34,250 --> 00:05:36,419 - Awak takkan dipenjara. - Yakah? 78 00:05:37,378 --> 00:05:40,131 Jadi, kenapa ejen bodoh itu ambil DNA saya? 79 00:05:40,214 --> 00:05:41,883 - Apa? - Ya. 80 00:05:43,009 --> 00:05:46,304 Karen nampak dia geledah tong sampah. Dia masukkan sesuatu ke dalam beg. 81 00:05:46,387 --> 00:05:47,722 Apa yang dia masukkan? 82 00:05:47,805 --> 00:05:51,267 - Botol air saya. Tak penting. - Kalau tak penting, dia takkan ambil. 83 00:05:51,351 --> 00:05:54,354 Jangan risau, okey? Tekanan tak bagus untuk barah. 84 00:05:54,437 --> 00:05:57,273 - Tekanan juga tak bagus untuk bayi. - Bayi apa? 85 00:05:57,357 --> 00:05:58,316 Ada bayi? 86 00:06:01,110 --> 00:06:02,195 Tak guna. 87 00:06:02,278 --> 00:06:04,155 Tak mungkin. 88 00:06:04,739 --> 00:06:05,907 Anak siapa? 89 00:06:07,825 --> 00:06:09,202 - Anak siapa? - Apa? 90 00:06:09,285 --> 00:06:12,372 Ben Wood mengaku bersalah. Mereka pindahkan dia ke penjara daerah. 91 00:06:12,455 --> 00:06:14,874 Syabas, Prager. Awak dapat orangnya. 92 00:06:14,957 --> 00:06:16,125 Awak patut gembira. 93 00:06:16,834 --> 00:06:20,838 Ya, saya tak rasa gembira langsung untuk penjarakan kawan. 94 00:06:20,922 --> 00:06:24,926 - Sekarang dia kawan awak? - Maksud saya… Kami rapat. 95 00:06:25,009 --> 00:06:27,929 Okey, dia lelaki yang baik. Dia buat silap, saya… 96 00:06:28,012 --> 00:06:29,597 Tindakan awak betul. 97 00:06:29,680 --> 00:06:32,517 Adakala tindakan yang betul tak rasa betul, tapi ia tak salah. 98 00:06:33,976 --> 00:06:34,894 Ya, betul juga. 99 00:06:37,146 --> 00:06:41,359 Awak tahu, satu-satunya perkara yang saya masih tak faham 100 00:06:41,442 --> 00:06:44,278 ialah sebab Jen Harding tak mahu buat tuduhan. 101 00:06:44,779 --> 00:06:46,864 Dia sangat marah semasa suaminya dilanggar. 102 00:06:46,948 --> 00:06:48,866 Hingga dia berkawan baik dengan pemandunya. 103 00:06:48,950 --> 00:06:50,910 Dia kepala angin. Entah apa dia akan buat. 104 00:06:50,993 --> 00:06:53,788 Ya, tapi… Kembar itu langgar suami dia. 105 00:06:53,871 --> 00:06:57,041 Kembar satu lagi pula langgar dia. Dia pasti akan benci keluarga itu. 106 00:06:57,125 --> 00:06:58,960 - Balas dendam. - Biarlah. 107 00:06:59,043 --> 00:07:01,087 - Tiada balas dendam. - Bagaimana awak tahu? 108 00:07:01,170 --> 00:07:03,548 Saya tahu sebab Jen mengandungkan anak Ben. 109 00:07:04,298 --> 00:07:05,425 - Apa? - Tak, saya… 110 00:07:05,508 --> 00:07:06,843 Ben tak cakap apa-apa. 111 00:07:06,926 --> 00:07:09,637 Ben tak tahu. Dia belum sempat beritahu Ben. 112 00:07:09,720 --> 00:07:11,055 Dia sempat beritahu awak. 113 00:07:11,139 --> 00:07:13,724 Tak. Dia sedang lalui macam-macam. 114 00:07:13,808 --> 00:07:15,226 Kebetulan saya di sana… 115 00:07:15,309 --> 00:07:16,978 - Oh, Tuhan. - Apa? 116 00:07:17,061 --> 00:07:18,521 - Awak kawan dia. - Tak. 117 00:07:18,604 --> 00:07:21,232 Sebab itulah setiap kali saya jadikan dia suspek, 118 00:07:21,315 --> 00:07:22,442 awak pertahankan dia. 119 00:07:22,525 --> 00:07:23,818 - Tak. - Awak sedang buatnya! 120 00:07:23,901 --> 00:07:25,695 - Tak. Saya tak buat! - Bertenang! 121 00:07:25,778 --> 00:07:27,113 - Boleh duduk? - Saya duduk! 122 00:07:27,196 --> 00:07:29,991 - Berhenti cakap. Awak tak duduk. - Saya mahu duduk sekarang. 123 00:07:30,074 --> 00:07:30,992 Baiklah… 124 00:07:31,534 --> 00:07:32,410 Beginilah. 125 00:07:33,327 --> 00:07:35,663 Tak salah jika awak mengaku awak sukakan seseorang. 126 00:07:35,746 --> 00:07:38,082 Saya tak suka. Percayalah, okey? Kami bukan kawan. 127 00:07:38,166 --> 00:07:40,960 - Awak simpan rahsia dia. - Saya tak simpan apa-apa rahsia. 128 00:07:41,043 --> 00:07:43,045 - Awak beritahu Ejen Moranis? - Beritahu apa? 129 00:07:43,129 --> 00:07:45,923 - Dia mengandungkan anak Ben. - Apa kaitannya? 130 00:07:46,007 --> 00:07:48,134 Siapa tahu? Mungkin tiada kaitan, mungkin ada! 131 00:07:48,217 --> 00:07:50,261 - Jika semuanya berkaitan? - Jika berkaitan? 132 00:07:50,344 --> 00:07:53,347 Salah kalau tak beritahu Moranis semua yang awak tahu. 133 00:07:58,269 --> 00:07:59,479 Ya, saya masih di sini. 134 00:07:59,562 --> 00:08:00,563 Awak kedengaran marah. 135 00:08:00,646 --> 00:08:03,483 Saya kedengaran marah sebab saya memang marah. 136 00:08:03,566 --> 00:08:05,026 Perlukah awak guna bahasa kasar? 137 00:08:05,109 --> 00:08:08,779 Ya, saya perlu guna bahasa kasar sebab saya rasa awak teruk 138 00:08:08,863 --> 00:08:11,407 sebab tak benarkan kawan saya sertai ujian klinikal awak. 139 00:08:11,491 --> 00:08:13,034 - Saya dah kata, ia ditutup. - Ya. 140 00:08:13,117 --> 00:08:16,078 Ya, saya faham ia ditutup, okey? 141 00:08:16,162 --> 00:08:20,917 Tapi awak tak faham yang dia akan mati jika dia tak sertainya, tak guna. 142 00:08:22,376 --> 00:08:24,837 Beginilah. Awak memang tak guna. 143 00:08:25,421 --> 00:08:28,174 Apa… Beraninya awak matikan telefon. 144 00:08:28,257 --> 00:08:29,509 Tak guna. 145 00:08:32,386 --> 00:08:33,221 Helo. 146 00:08:33,304 --> 00:08:37,099 Anda mendapat panggilan daripada banduan di Pusat Pemulihan Orange County Selatan. 147 00:08:37,600 --> 00:08:40,144 Jika anda mahu menerima caj ini, tekan satu. 148 00:08:42,188 --> 00:08:44,106 Panggilan anda sedang disambung. 149 00:08:46,776 --> 00:08:47,610 Helo? 150 00:08:48,361 --> 00:08:49,195 Ben? 151 00:08:50,154 --> 00:08:52,240 Jen. Hei. 152 00:08:54,367 --> 00:08:55,243 Hei. 153 00:08:55,326 --> 00:08:56,953 Gembira dengar suara awak. 154 00:08:57,453 --> 00:08:59,705 Saya tak pasti jika awak akan terima caj itu. 155 00:08:59,789 --> 00:09:03,751 - Saya tak pasti itu awak. - Dapat banyak panggilan dari penjara? 156 00:09:04,418 --> 00:09:05,920 Awak tak tahu hidup saya. 157 00:09:06,754 --> 00:09:07,630 Apa khabar? 158 00:09:07,713 --> 00:09:08,756 Awak okey? 159 00:09:11,217 --> 00:09:13,010 Ya. Saya sedang bertahan. 160 00:09:13,594 --> 00:09:16,430 Tak lama pun. Malah lebih pendek jika kelakuan saya baik. 161 00:09:16,514 --> 00:09:18,516 Jadi, awak dipenjara seumur hidup? 162 00:09:19,934 --> 00:09:23,604 Saya tak mahu dipenjara selama itu. Tempat ini agak menakutkan. 163 00:09:24,105 --> 00:09:27,483 Tapi saya rasa lega juga kerana dapat bertanggungjawab. 164 00:09:28,359 --> 00:09:29,902 Untuk sesuatu, setidaknya. 165 00:09:31,279 --> 00:09:32,196 Tidak. 166 00:09:32,280 --> 00:09:33,447 Tunggu. 167 00:09:34,824 --> 00:09:37,535 Maaf. Saya tak nak buat awak menangis. 168 00:09:37,618 --> 00:09:40,705 Tak. Bukan sebab awak, Ben. 169 00:09:42,039 --> 00:09:43,499 Judy. 170 00:09:43,583 --> 00:09:44,750 Dia okey? 171 00:09:45,501 --> 00:09:49,589 - Dia sudah dapat keputusannya? - Ya, sudah. Dia tak okey. 172 00:09:50,089 --> 00:09:52,592 Saya cuba masukkan dia ke satu ujian klinikal. 173 00:09:52,675 --> 00:09:54,468 Oh, Tuhan. Okey, baguslah. 174 00:09:54,552 --> 00:09:58,514 Saya mungkin akan gagal sebab saya kata doktor itu tak guna. 175 00:10:00,099 --> 00:10:02,018 Ya, sukar untuk undur semula. 176 00:10:02,101 --> 00:10:04,020 Anda ada satu minit lagi. 177 00:10:04,103 --> 00:10:05,021 Aduhai. Yakah? 178 00:10:05,104 --> 00:10:07,064 Sekejap, bukan? Macamlah saya di penjara. 179 00:10:08,691 --> 00:10:10,776 Kasihan Judy, itu tak adil. 180 00:10:10,860 --> 00:10:13,362 Dia seperti malaikat sebenar, bukan? 181 00:10:13,946 --> 00:10:14,947 Ya, saya tahu. 182 00:10:15,781 --> 00:10:16,616 Dengar sini. 183 00:10:18,534 --> 00:10:20,077 Saya tahu kita kesuntukan masa. 184 00:10:20,745 --> 00:10:23,289 Tapi saya tak boleh tunggu untuk beritahu perasaan saya. 185 00:10:24,749 --> 00:10:25,583 Okey. 186 00:10:26,292 --> 00:10:28,085 Saya tahu bahawa… 187 00:10:29,629 --> 00:10:32,131 kita ada macam-macam untuk dihadapi. 188 00:10:33,424 --> 00:10:34,592 Ya, memang… 189 00:10:35,468 --> 00:10:37,011 Ya, memang betul. 190 00:10:37,094 --> 00:10:38,346 Betul dan… 191 00:10:39,013 --> 00:10:42,433 ada macam-macam yang saya perlu balas. 192 00:10:42,516 --> 00:10:44,935 - Tak, awak… - Tapi saya perlu jujur. 193 00:10:46,771 --> 00:10:48,314 Kerana saya cintakan awak… 194 00:10:49,857 --> 00:10:53,235 sangat-sangat dan awak… Saya tak harapkan apa-apa. 195 00:10:53,319 --> 00:10:56,030 - Awak tak perlu cakap apa-apa. - Tak, Ben. 196 00:10:56,113 --> 00:10:58,157 - Saya… - Panggilan anda telah ditamatkan. 197 00:10:59,825 --> 00:11:01,202 Tunggu, Jen… 198 00:11:03,746 --> 00:11:04,997 Saya cintakan awak juga. 199 00:11:05,081 --> 00:11:07,166 AMARAN PERBUALAN ANDA SEDANG DIKAWAL 200 00:11:07,249 --> 00:11:08,709 Saya juga hamil. 201 00:11:11,337 --> 00:11:12,838 Saya juga bunuh kembar awak. 202 00:11:13,714 --> 00:11:15,841 Bukankah itu Fresno? 203 00:11:15,925 --> 00:11:17,968 Tidak. 204 00:11:18,052 --> 00:11:20,554 Fresno lain. Ia Bakersfield. 205 00:11:20,638 --> 00:11:23,891 Mak ingat lagi sebab kamu sangat gementar untuk tunaikan cek itu 206 00:11:23,974 --> 00:11:25,309 hingga kamu muntah McNuggets. 207 00:11:25,393 --> 00:11:29,480 Saya pasti juruwang tahu saya bukan mak. Saya 12 tahun. 208 00:11:29,563 --> 00:11:31,774 Kita pasukan yang hebat. 209 00:11:32,942 --> 00:11:33,776 Ya. 210 00:11:35,778 --> 00:11:38,656 Semuanya lebih mudah sebelum mereka tahu tentang DNA itu, bukan? 211 00:11:38,739 --> 00:11:40,658 Ya. Sains tak guna. 212 00:11:40,741 --> 00:11:43,202 Ya. Jika mereka ada DNA mak sekarang, ia… 213 00:11:43,828 --> 00:11:46,539 Tiada apa yang mak boleh buat, bukan? 214 00:11:46,622 --> 00:11:47,915 Tidak. 215 00:11:49,125 --> 00:11:50,251 Kenapa kamu tanya? 216 00:11:52,002 --> 00:11:54,004 - Kamu buat sesuatu, Judy Ann? - Apa? 217 00:11:54,088 --> 00:11:57,383 Tak, saya cuma berbual. 218 00:11:57,466 --> 00:11:58,551 Ya, 219 00:11:58,634 --> 00:12:00,761 mak ada hobi lain sekarang. 220 00:12:01,345 --> 00:12:03,639 Mak belajar cara rias kuku di penjara. 221 00:12:03,723 --> 00:12:06,100 Cantiknya! Tengok… Apakah itu? 222 00:12:06,183 --> 00:12:08,811 Bintang. Tak, tunggu. Hati. 223 00:12:08,894 --> 00:12:09,854 Kucing. 224 00:12:09,937 --> 00:12:11,772 Sudah tentu. Saya boleh nampak. 225 00:12:12,356 --> 00:12:13,441 Nampak bagus. 226 00:12:15,025 --> 00:12:18,195 Nampaknya mak sudah sesuaikan diri dengan hidup baru. 227 00:12:18,696 --> 00:12:19,613 RUMAH PEMULIHAN 228 00:12:19,697 --> 00:12:23,325 - Tempat ini cantik. - Ya, walaupun tempat ini mewah, 229 00:12:23,409 --> 00:12:29,039 mak harap mak boleh hidup dengan kamu. Kumpulkan pasukan lama semula. 230 00:12:32,126 --> 00:12:33,544 Mak boleh rias kuku kamu. 231 00:12:35,337 --> 00:12:36,922 Bunyinya seronok, mak. 232 00:12:38,048 --> 00:12:39,133 Tapi, sebenarnya 233 00:12:39,800 --> 00:12:41,552 saya takkan tinggal lama di sini. 234 00:12:44,847 --> 00:12:46,098 Kamu nak ke mana-mana? 235 00:12:46,974 --> 00:12:49,185 Ya, saya nak ke suatu tempat. 236 00:12:52,062 --> 00:12:55,065 Baiklah. Kamu perlu jalani hidup kamu. 237 00:12:58,277 --> 00:12:59,320 Saya ada… 238 00:13:00,029 --> 00:13:02,448 sesuatu yang saya nak beri sebelum pergi. 239 00:13:04,366 --> 00:13:05,201 Terima kasih. 240 00:13:08,287 --> 00:13:09,121 Baiklah. 241 00:13:10,080 --> 00:13:12,625 Saya pergi dulu. 242 00:13:14,627 --> 00:13:15,503 Selamat tinggal, mak. 243 00:13:16,462 --> 00:13:17,296 Selamat jalan. 244 00:13:23,552 --> 00:13:24,512 Saya sayang mak. 245 00:13:30,226 --> 00:13:31,894 Judy Ann? Tunggu. 246 00:13:33,813 --> 00:13:35,815 Kamu nak ke mana? Kamu tak cakap. 247 00:13:39,318 --> 00:13:40,361 Saya… 248 00:13:41,654 --> 00:13:42,780 akan ke Sonoma. 249 00:13:44,448 --> 00:13:46,116 Untuk bantu kawan mulakan restoran. 250 00:13:48,118 --> 00:13:50,162 Bagus. Semoga berjaya. 251 00:14:16,105 --> 00:14:17,439 Awak bergurau? 252 00:14:17,523 --> 00:14:20,776 Tolonglah, tak guna! Hijau bermaksud pergi! 253 00:14:21,986 --> 00:14:22,987 Pergi! 254 00:14:23,821 --> 00:14:25,072 Aduhai… 255 00:14:25,155 --> 00:14:26,991 - Mak? - Ya. 256 00:14:27,575 --> 00:14:30,369 Mak marah sebab Charlie kata mak tak bertanggungjawab. 257 00:14:30,452 --> 00:14:31,829 Ya, betul. 258 00:14:31,912 --> 00:14:34,915 Tapi saya sangat teruja tentang bayi itu. 259 00:14:35,499 --> 00:14:36,333 Yakah? 260 00:14:37,001 --> 00:14:39,628 Ya, akhirnya saya dapat jadi abang. 261 00:14:40,963 --> 00:14:42,590 Kamu semakin besar, bukan? 262 00:14:43,132 --> 00:14:44,425 Cepat sungguh. 263 00:14:46,886 --> 00:14:49,346 Saya rasa ayah juga pasti terimanya. 264 00:14:49,972 --> 00:14:51,473 Dia akan terimanya? 265 00:14:52,099 --> 00:14:53,475 Kenapa kamu cakap begitu? 266 00:14:55,185 --> 00:14:57,730 Apabila dia mati, kita bertiga saja tinggal 267 00:14:58,480 --> 00:15:00,482 dan sekarang ada empat orang lagi. 268 00:15:01,066 --> 00:15:02,401 Lima dengan Judy. 269 00:15:03,193 --> 00:15:04,069 Ya. 270 00:15:04,778 --> 00:15:05,863 Enam dengan Ben. 271 00:15:08,741 --> 00:15:09,575 Betul. 272 00:15:56,705 --> 00:15:58,040 Okey, tunggu sekejap. 273 00:16:10,928 --> 00:16:12,554 Apa awak buat di sini? 274 00:16:12,638 --> 00:16:15,391 Maaf, saya cuma ambil beberapa benda. 275 00:16:16,016 --> 00:16:19,812 - Saya akan pergi. - Aduhai. Keluarga ini tak tahu batas? 276 00:16:19,895 --> 00:16:21,730 Kamu anggap saya keluarga? 277 00:16:21,814 --> 00:16:23,774 Ya, kenapa tidak? Awak tiduri ayah saya, 278 00:16:23,857 --> 00:16:25,818 cium si pemabuk yang tiduri mak saya itu. 279 00:16:25,901 --> 00:16:29,989 - Kita keluarga bahagia sekarang. - Okey, saya tak nak kacau kamu lagi 280 00:16:30,072 --> 00:16:33,075 dan biar kamu fikirkan semuanya perlahan-lahan. 281 00:16:35,077 --> 00:16:37,955 Saya perlukan sedikit masa. 282 00:16:38,622 --> 00:16:40,833 Adakah awak… 283 00:16:42,418 --> 00:16:44,420 Awak nak air atau… 284 00:16:45,462 --> 00:16:46,588 Saya ada ini. 285 00:16:48,757 --> 00:16:50,175 Glacier Cherry? 286 00:16:50,259 --> 00:16:52,344 - Ya. - Air kegemaran saya. 287 00:16:53,303 --> 00:16:54,138 Saya juga. 288 00:16:57,641 --> 00:16:59,810 Saya tahu kamu marah tentang hal Ben itu. 289 00:17:02,271 --> 00:17:03,564 Saya cuma tak faham. 290 00:17:04,189 --> 00:17:07,067 Dia benci ayah saya, tapi dia suka lelaki itu? 291 00:17:07,151 --> 00:17:09,987 - Dia tak benci ayah kamu. - Cara dia tunjukkannya pelik. 292 00:17:10,070 --> 00:17:12,156 Dia cuma tengkingnya setiap masa. 293 00:17:12,239 --> 00:17:14,450 Okey, mak kamu agak panas baran. 294 00:17:14,533 --> 00:17:15,993 - Tapi dia… - Jahat. 295 00:17:16,785 --> 00:17:18,162 Saya nak kata kuat. 296 00:17:19,246 --> 00:17:21,874 Tapi itulah mak yang bagus pada penghujung hari. 297 00:17:23,208 --> 00:17:26,587 Mak kamu kuat dan tabah dan… 298 00:17:27,921 --> 00:17:29,631 dia sentiasa ada untuk kamu. 299 00:17:29,715 --> 00:17:31,925 Walaupun awak hampir bunuhnya dalam langgar lari? 300 00:17:35,054 --> 00:17:37,097 Ya, betul. 301 00:17:38,599 --> 00:17:39,767 Mak kamu… 302 00:17:40,517 --> 00:17:43,437 sangat pandai memaafkan orang apabila mereka buat silap 303 00:17:43,520 --> 00:17:46,648 dan itu perkara yang sangat sukar dilakukan. 304 00:17:46,732 --> 00:17:49,735 - Sebab dia buat silap. - Siapa tak pernah buat silap? 305 00:17:55,657 --> 00:17:57,117 Berapa lama air ini di situ? 306 00:17:57,701 --> 00:17:58,619 Agak lama. 307 00:18:00,079 --> 00:18:01,538 Saya tak rasa ia basi. 308 00:18:02,206 --> 00:18:03,332 Ya, okey. 309 00:18:04,166 --> 00:18:05,167 Ambillah. 310 00:18:05,709 --> 00:18:07,711 - Okey. - Baiklah, saya akan pergi. 311 00:18:08,212 --> 00:18:09,088 Tunggu. 312 00:18:10,464 --> 00:18:12,216 - Terima kasih. - Okey. 313 00:18:14,176 --> 00:18:15,135 Mari sini. 314 00:18:15,844 --> 00:18:16,720 Baiklah. 315 00:18:19,348 --> 00:18:20,390 Saya sayang kamu. 316 00:18:22,351 --> 00:18:23,268 Sayang awak juga. 317 00:18:45,499 --> 00:18:46,792 - Selamat jalan, mak! - Selamat tinggal! 318 00:18:48,043 --> 00:18:50,295 Hei, Jana. Ini dia. 319 00:18:50,379 --> 00:18:53,966 - Ini burung kertas Cranes For Christ? - Ya, semuanya. 320 00:18:54,550 --> 00:18:58,095 Terima kasih. Saya akui saya terkejut. 321 00:18:58,178 --> 00:19:00,097 Tak sangka awak akan lakukannya. 322 00:19:00,180 --> 00:19:02,975 Sebab awak nampak sangat marah semasa saya tanya awak. 323 00:19:03,058 --> 00:19:05,477 Ya, bukan saya yang buat. 324 00:19:06,395 --> 00:19:09,189 Kawan saya, Judy buat semasa kemoterapi. 325 00:19:09,273 --> 00:19:12,818 Jadi, awak boleh berterima kasih kepada dia sebab dia baik. 326 00:19:12,901 --> 00:19:15,070 Saya pula… Saya betina tak guna! 327 00:19:16,446 --> 00:19:17,281 Ya. 328 00:19:17,364 --> 00:19:19,741 Ya, saya takkan guna perkataan itu. 329 00:19:20,284 --> 00:19:22,536 - Bukan di sini. - Dia tahu. 330 00:19:23,120 --> 00:19:24,454 Semua orang tahu. 331 00:19:24,538 --> 00:19:27,833 Boleh saya tanya barah apa yang kawan awak ada? 332 00:19:29,751 --> 00:19:30,627 Servikal. 333 00:19:31,461 --> 00:19:32,921 Bagaimana dengan rawatan dia? 334 00:19:38,802 --> 00:19:39,845 Tak bagus. 335 00:19:41,013 --> 00:19:42,264 Tak bagus langsung. 336 00:19:42,890 --> 00:19:44,641 Saya bersimpati tentang itu. 337 00:19:44,725 --> 00:19:47,477 Adakah ia sel skuamus, adenokarsinoma atau sel kecil? 338 00:19:48,437 --> 00:19:51,857 Sel kecil. Tunggu, bagaimana awak tahu? 339 00:19:51,940 --> 00:19:52,941 Saya doktor. 340 00:19:54,443 --> 00:19:57,362 Yakah? Untuk orang? 341 00:19:57,946 --> 00:20:00,949 Ya. Saya OBGYN. Saya pernah beritahu awak itu. 342 00:20:01,533 --> 00:20:02,951 Tak, awak tak pernah. 343 00:20:03,035 --> 00:20:05,954 Ya, pernah. Ingat tak… Selepas Easter Lamb Jam? 344 00:20:06,038 --> 00:20:07,831 Kita berdiri di sana. 345 00:20:07,915 --> 00:20:10,834 Oh, Tuhan. Yakah? Saya pasti sudah lupa. 346 00:20:10,918 --> 00:20:13,545 Ya. Saya rasa awak tak dengar pun. 347 00:20:13,629 --> 00:20:16,006 Ya. Itu kemungkinan besar. 348 00:20:17,424 --> 00:20:21,094 Hei, awak kenal sesiapa di Pusat Barah Saint Bridget? 349 00:20:21,178 --> 00:20:23,472 Kenapa? Kawan awak sertai ujian klinikal di sana? 350 00:20:24,306 --> 00:20:25,933 Tak. Cuma… 351 00:20:26,767 --> 00:20:28,185 Kami terlepas tarikh akhir. 352 00:20:28,268 --> 00:20:30,687 - Sayang sekali. - Ya. 353 00:20:31,730 --> 00:20:33,315 Saya boleh telefon jika awak mahu. 354 00:20:34,566 --> 00:20:35,859 Awak serius? 355 00:20:35,943 --> 00:20:38,195 - Ya. - Oh, Tuhan. Terima kasih banyak. 356 00:20:38,278 --> 00:20:39,112 Sama-sama. 357 00:20:39,196 --> 00:20:43,200 Ya, saya pernah bercinta dengan ketua onkologi di sana. 358 00:20:43,283 --> 00:20:44,993 Jadi, dia hutang saya. 359 00:20:45,077 --> 00:20:47,788 Ya. Saya biar dia buat benda pelik. 360 00:20:59,841 --> 00:21:02,678 Hei, Jude, ini saya. Saya ada berita. Hubungi saya semula. 361 00:21:13,814 --> 00:21:15,732 - Jude. Apa awak buat? - Halaman cantik. 362 00:21:17,234 --> 00:21:19,069 Maaf. Saya kenal awak? 363 00:21:19,653 --> 00:21:21,697 Saya Eleanor Hale. Ibu Judy. 364 00:21:21,780 --> 00:21:22,906 Dia ada di sini? 365 00:21:24,700 --> 00:21:27,786 Tak. Dia ambil anak saya daripada latihan koir. 366 00:21:28,412 --> 00:21:32,249 - Saya tak tahu jika itu gurauan atau tak. - Saya juga. Baiklah. 367 00:21:32,332 --> 00:21:34,751 Tak mengapa. Saya akan tunggu dia. 368 00:21:35,252 --> 00:21:37,671 Apa kata awak masuk dulu? 369 00:21:49,308 --> 00:21:54,521 Jadi, ini rumah Real Housewives of Laguna, ya? 370 00:21:55,355 --> 00:21:56,189 Terima kasih. 371 00:21:57,190 --> 00:21:59,943 Saya tak sedar yang awak… 372 00:22:00,527 --> 00:22:01,570 sudah bebas. 373 00:22:02,362 --> 00:22:03,905 Judy beritahu awak tentang saya? 374 00:22:03,989 --> 00:22:05,657 Mungkin dia sebut beberapa perkara. 375 00:22:05,741 --> 00:22:09,036 Ya, saya takkan percaya kata-kata dia. Dia penipu semula jadi. 376 00:22:09,119 --> 00:22:11,121 Maaf, kenapa awak di sini? 377 00:22:11,204 --> 00:22:13,623 Jangan nampak cemas, sayang. 378 00:22:13,707 --> 00:22:15,417 Dia datang jumpa saya dulu. 379 00:22:15,500 --> 00:22:16,460 Yakah? 380 00:22:17,711 --> 00:22:18,712 Dia tak beritahu saya. 381 00:22:18,795 --> 00:22:22,215 Ya, saya pasti ada banyak benda yang dia tak beritahu awak. 382 00:22:22,841 --> 00:22:25,719 Walau apa pun muslihatnya kali ini, 383 00:22:25,802 --> 00:22:27,262 ia pasti agak hebat. 384 00:22:27,346 --> 00:22:31,475 Dia tiada muslihat. Siapa yang bermuslihat? 385 00:22:31,558 --> 00:22:34,895 Tolonglah. Dia tak dapat duit ini dengan cara jujur. 386 00:22:35,687 --> 00:22:37,647 Tunggu. Dia beri itu kepada awak? 387 00:22:37,731 --> 00:22:39,816 Ya. Kenapa? 388 00:22:40,692 --> 00:22:42,652 - Dia curi daripada awak? - Tak. 389 00:22:42,736 --> 00:22:45,238 Saya pasti ia hasil lukisan yang dia jual. 390 00:22:46,073 --> 00:22:47,824 Dia masih melukis? 391 00:22:47,908 --> 00:22:49,868 Dia sebenarnya artis yang hebat. 392 00:22:49,951 --> 00:22:51,244 Baguslah. 393 00:22:51,328 --> 00:22:55,290 Mungkin sebab itu dia tak nak hidup dengan saya. Mungkin rosakkan imejnya. 394 00:22:55,374 --> 00:22:57,084 Atau dia tak mahu awak di sini. 395 00:22:57,167 --> 00:22:59,544 Orang jenis apa yang tendang ibunya ke tepi jalan, 396 00:22:59,628 --> 00:23:01,755 beritahunya yang dia akan ke Sonoma? 397 00:23:01,838 --> 00:23:03,882 - Dia fikir saya bodoh? - Apa? 398 00:23:03,965 --> 00:23:06,426 Saya lahirkan dia. Sekarang dia tak boleh tolong saya? 399 00:23:06,510 --> 00:23:10,013 Kenapa? Sebab dia sibuk dengan kawan perempuan kaya dia? 400 00:23:10,097 --> 00:23:12,140 - Dia ada barah. - Jika dia beri saya dua minggu. 401 00:23:12,224 --> 00:23:14,351 - Dua minggu untuk cakap dengan saya… - Dengar? 402 00:23:14,434 --> 00:23:16,269 - Apa? - Dia ada barah! 403 00:23:17,187 --> 00:23:18,980 Anak awak ada barah! 404 00:23:23,026 --> 00:23:23,860 Awak pasti? 405 00:23:23,944 --> 00:23:26,321 - Ya, saya pasti. - Okey. Baiklah. 406 00:23:27,948 --> 00:23:29,032 Awak tak tahu jika Judy jujur. 407 00:23:29,116 --> 00:23:32,035 Mungkin awak akan tahu jika awak ada di sini. 408 00:23:43,839 --> 00:23:45,006 Dia akan selamat? 409 00:23:48,218 --> 00:23:49,553 - Hai. - Hei. 410 00:23:49,636 --> 00:23:51,179 Hei, sayang! 411 00:23:52,097 --> 00:23:53,932 Macam mana dengan latihan kamu? 412 00:23:54,015 --> 00:23:55,392 - Bagus. - Ya? 413 00:23:55,475 --> 00:23:56,977 - Hei. - Hei, sayang. 414 00:23:57,060 --> 00:23:59,354 - Kamu kacak. - Ya. 415 00:23:59,438 --> 00:24:02,691 - Henry, ini mak Judy. - Saya tak tahu Judy ada mak. 416 00:24:02,774 --> 00:24:03,608 Itu… 417 00:24:04,192 --> 00:24:07,028 Ya, dia singgah untuk bertanya khabar. 418 00:24:07,112 --> 00:24:10,407 - Awak mungkin dah terlambat. - Apa? Kenapa? Di mana dia? 419 00:24:10,490 --> 00:24:13,285 - Entah, tapi dia bawa beg pakaian. - Apa? 420 00:24:14,953 --> 00:24:15,954 Aduhai… 421 00:24:24,129 --> 00:24:26,673 PANGGILAN MASUK 422 00:24:49,196 --> 00:24:51,615 Judy. Apa yang awak buat? 423 00:24:58,663 --> 00:25:00,332 Jelas sekali, saya menyesal. 424 00:25:00,415 --> 00:25:03,960 Jika saya boleh kembali dan ubah apa yang berlaku, saya akan, 425 00:25:04,044 --> 00:25:07,631 tapi sesuatu cuma kuasai saya. 426 00:25:09,049 --> 00:25:10,467 Cerita yang mengejutkan. 427 00:25:11,176 --> 00:25:12,677 Jen tak tahu. 428 00:25:13,261 --> 00:25:16,223 Dia pasti terkejut jika dia tahu saya lakukannya. 429 00:25:18,099 --> 00:25:19,684 Yang saya bunuh Steve. 430 00:25:20,435 --> 00:25:22,646 Jadi, dia tak tahu tentang semua ini? 431 00:25:22,729 --> 00:25:23,730 Tidak. 432 00:25:23,813 --> 00:25:26,608 Kawan baik awak tak tahu awak simpan mayatnya dalam peti sejuk bekunya. 433 00:25:27,526 --> 00:25:30,695 Kemudian, awak guna kereta dia untuk hantarnya ke Hutan Negara Angeles. 434 00:25:31,530 --> 00:25:32,906 Semasa hujung minggu gadis? 435 00:25:33,907 --> 00:25:35,325 Saya penipu yang bagus. 436 00:25:36,743 --> 00:25:39,454 Okey. Bagaimana saya nak tahu awak tak tipu sekarang? 437 00:26:05,564 --> 00:26:06,481 Saya tak faham. 438 00:26:07,440 --> 00:26:08,567 Kenapa jumpa saya? 439 00:26:09,234 --> 00:26:11,653 Kenapa tak jumpa FBI dan buat rayuan? 440 00:26:12,737 --> 00:26:15,156 Saya fikir lebih mudah untuk beritahu kawan. 441 00:26:21,413 --> 00:26:24,791 Saya boleh buat panggilan telefon, bukan? Itu masih wujud? 442 00:26:26,793 --> 00:26:29,796 Ya, awak boleh buat panggilan telefon. 443 00:26:29,879 --> 00:26:31,172 BILIK REMAN 444 00:26:33,508 --> 00:26:34,342 Di mana dia? 445 00:26:35,844 --> 00:26:37,137 Di mana dia? 446 00:26:39,180 --> 00:26:40,348 Awak ada lima minit. 447 00:26:40,432 --> 00:26:42,058 - Okey. Terima kasih. - Hei. 448 00:26:42,726 --> 00:26:45,687 Apa ini? Judy? Apa ini? 449 00:26:45,770 --> 00:26:47,022 - Saya tahu awak marah. - Marah? 450 00:26:47,105 --> 00:26:51,067 Apa… Saya tak tahu apa yang… Awak tak boleh buat begini! 451 00:26:51,151 --> 00:26:52,277 Saya buat untuk awak. 452 00:26:52,360 --> 00:26:53,361 Apa? Tak guna! 453 00:26:53,445 --> 00:26:54,863 - Tak guna? - Tak guna! 454 00:26:54,946 --> 00:26:56,740 - Awak dapat sertai ujian itu. - Jen. 455 00:26:56,823 --> 00:26:59,242 Awak perlu pergi. Itu rancangan kita. 456 00:26:59,326 --> 00:27:02,120 - Tak, itu rancangan awak. - Tak. 457 00:27:02,203 --> 00:27:05,206 Awak perlu tarik kenyataan. Beritahu mereka awak tak buat. 458 00:27:05,290 --> 00:27:07,334 Tak boleh. Dah terlambat. 459 00:27:07,417 --> 00:27:10,462 Tak, belum terlambat. Sentiasa ada jalan keluar. 460 00:27:10,545 --> 00:27:13,965 Entah. Saya akan beritahu mereka awak keliru akibat kemoterapi. 461 00:27:14,049 --> 00:27:16,509 Itu betul. Orang jadi gila, jadi mereka… 462 00:27:16,593 --> 00:27:19,179 - Jen. Tak. - Jangan… Aduhai! 463 00:27:20,347 --> 00:27:22,057 Awak tak peduli apa yang berlaku kepada awak? 464 00:27:23,016 --> 00:27:25,810 Awak lemas dan saya saja yang mendayung di sini. 465 00:27:25,894 --> 00:27:26,728 Berhenti! 466 00:27:27,520 --> 00:27:30,482 Berhenti mendayung dan dengar cakap saya! 467 00:27:31,316 --> 00:27:34,903 Ini hidup saya dan saya boleh buat apa yang saya mahu. 468 00:27:34,986 --> 00:27:36,446 - Tak. Judy, tak! - Ya! 469 00:27:36,529 --> 00:27:38,239 Ya! Berhenti! 470 00:27:39,616 --> 00:27:40,742 Jen. 471 00:27:42,077 --> 00:27:43,286 Saya akan mati. 472 00:27:43,870 --> 00:27:46,206 Okey, saya tahu awak tak nak dengar, 473 00:27:46,706 --> 00:27:49,334 tapi itulah yang sedang berlaku. 474 00:27:51,294 --> 00:27:53,838 Ini jalan keluar untuk kita berdua. 475 00:27:55,173 --> 00:27:56,758 Saya tak boleh kehilangan awak. 476 00:27:57,509 --> 00:27:58,677 Okey? 477 00:27:58,760 --> 00:28:02,722 Saya tak boleh kehilangan orang lain lagi. Anak-anak saya tak boleh. 478 00:28:03,640 --> 00:28:06,017 Saya perlukan awak dalam hidup bayi ini. 479 00:28:08,728 --> 00:28:09,896 Saya perlukan awak. 480 00:28:13,733 --> 00:28:15,068 Saya ada untuk awak. 481 00:28:16,236 --> 00:28:18,238 Tak kira di mana saya berada. 482 00:28:20,073 --> 00:28:23,243 saya sentiasa ada untuk awak, okey? 483 00:28:27,789 --> 00:28:28,707 Okey? 484 00:28:29,416 --> 00:28:31,334 Tiga minggu. Itu saja yang saya perlukan. 485 00:28:31,418 --> 00:28:33,503 - Supaya dia boleh buat ujian klinikal. - Awak gila? 486 00:28:33,586 --> 00:28:36,423 Saya tak boleh lepaskan dia. Dia baru mengaku atas pembunuhan. 487 00:28:36,506 --> 00:28:38,007 Saya tak minta awak lepaskan dia. 488 00:28:38,091 --> 00:28:41,553 Saya minta awak tunggu beberapa minggu sebelum awak serah dia kepada FBI. 489 00:28:41,636 --> 00:28:42,846 Kenapa pula? 490 00:28:42,929 --> 00:28:45,515 Sebab dia dah dapat hukuman mati. 491 00:28:47,183 --> 00:28:50,186 Rawatan ini satu-satunya peluang yang dia ada. 492 00:28:50,270 --> 00:28:51,563 Saya minta maaf. 493 00:28:51,646 --> 00:28:54,941 Saya minta maaf, tapi undang-undang tetap undang-undang. 494 00:28:56,025 --> 00:28:56,985 Awak kenal Judy. 495 00:28:57,485 --> 00:29:00,238 Saya rasa awak tahu perangai Steve. 496 00:29:01,614 --> 00:29:04,367 Dia tak layak mati sebegini. 497 00:29:05,452 --> 00:29:07,787 Awak boleh letak alat pengesan padanya. 498 00:29:07,871 --> 00:29:08,955 - Jen. - Tak, Nick! 499 00:29:10,123 --> 00:29:11,624 Dia kawan baik saya. 500 00:29:12,250 --> 00:29:14,502 Saya cuma minta sedikit masa lagi. 501 00:29:26,556 --> 00:29:28,475 Saya dah kata saya tak nak buat ujian itu. 502 00:29:30,852 --> 00:29:31,770 Saya tahu. 503 00:29:39,861 --> 00:29:41,488 - Adakah ia gatal? - Ya! 504 00:29:43,782 --> 00:29:46,534 - Awak perlukan salva? - Saya tak tahu. 505 00:29:46,618 --> 00:29:49,454 Aduhai, awak rasa saya akan dapat ruam? 506 00:29:49,537 --> 00:29:51,623 Tak perlu risau pasal itu. 507 00:30:08,097 --> 00:30:08,973 Mak? 508 00:30:10,225 --> 00:30:11,392 Hai, Judy Ann. 509 00:30:12,477 --> 00:30:13,937 Apa mak buat di sini? 510 00:30:15,021 --> 00:30:15,939 Mak… 511 00:30:17,982 --> 00:30:20,276 Mak nak ucapkan selamat jalan. 512 00:30:21,569 --> 00:30:23,655 Sebelum kami hantar kamu ke Sonoma. 513 00:30:45,802 --> 00:30:49,180 Awak boleh laporkan saya, buat saya dipecat atau apa saja. 514 00:30:49,264 --> 00:30:51,933 Saya tak boleh biar Judy mati dalam penjara. 515 00:30:53,560 --> 00:30:55,603 Cuma tiga minggu. Saya tak tahu. 516 00:30:55,687 --> 00:30:58,314 Jika itu bermakna saya polis jahat, biarlah. 517 00:31:00,108 --> 00:31:02,068 Jika jadi manusia bermakna awak polis jahat, 518 00:31:02,151 --> 00:31:03,903 mungkin mereka patut fikir semula. 519 00:31:08,074 --> 00:31:10,493 Kerjaya saya tamat jika Moranis tahu. 520 00:31:12,662 --> 00:31:13,872 Dia takkan tahu. 521 00:31:16,457 --> 00:31:18,751 MOTEL WINDBREAKER 522 00:31:22,672 --> 00:31:26,092 - Aduhai. - Ya. 523 00:31:26,843 --> 00:31:30,179 Saya nak beritahu dia apa saya tahu dan beginilah cara saya temui dia. 524 00:31:31,139 --> 00:31:33,016 Bilik digeledah sepenuhnya. 525 00:31:38,646 --> 00:31:40,398 Awak tahu siapa yang buat? 526 00:32:18,227 --> 00:32:20,438 Awak benar-benar fikir kita akan terlepas? 527 00:32:20,521 --> 00:32:24,359 Kita sedang lepaskan diri. 528 00:32:26,486 --> 00:32:27,737 Topi rumah saya! 529 00:32:35,745 --> 00:32:37,705 BIRO PENYIASATAN PERSEKUTUAN 530 00:32:37,789 --> 00:32:39,165 BAHAN BAKAR 531 00:32:51,552 --> 00:32:54,639 Awak dah lama mahu pergi bercuti, bukan? 532 00:32:54,722 --> 00:32:55,682 Betul. 533 00:32:55,765 --> 00:32:57,934 Lihat? Saya dengar. 534 00:33:13,700 --> 00:33:15,284 SEMPADAN ANTARABANGSA 535 00:34:52,799 --> 00:34:54,926 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi