1 00:00:09,000 --> 00:00:11,120 LADANG CLARKSON 2 00:00:11,200 --> 00:00:13,320 BAB 11 3 00:00:13,400 --> 00:00:18,280 MEMBODEK 4 00:00:27,360 --> 00:00:29,360 Saya tak sabar untuk Alan, si jurubina, 5 00:00:29,440 --> 00:00:32,760 mula mengubah bangsal bebiri menjadi restoran. 6 00:00:33,960 --> 00:00:38,880 Namun, sebelum mula, saya perlu dapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan. 7 00:00:41,520 --> 00:00:46,120 Saya ke sini untuk jumpa wanita 8 00:00:46,200 --> 00:00:51,120 yang menjadi ketua jabatan perancangan di Majlis Daerah Oxfordshire Barat. 9 00:00:51,200 --> 00:00:53,720 Saya akan... Jika dia enggan dirakam, 10 00:00:53,800 --> 00:00:56,800 kru penggambaran akan tunggu 11 00:00:56,880 --> 00:01:00,680 di sana kerana perjumpaan ini sangat penting. 12 00:01:00,760 --> 00:01:04,000 Jika saya silap dan dia menolak, 13 00:01:04,720 --> 00:01:08,560 rosaklah rancangan saya untuk tahun ini. 14 00:01:10,120 --> 00:01:11,200 Itu pun dia. 15 00:01:12,160 --> 00:01:13,080 Selamat bertemu. 16 00:01:13,560 --> 00:01:14,920 Terima kasih kerana datang. 17 00:01:16,720 --> 00:01:20,880 Perjumpaan itu, yang juga melibatkan orang penting dari jabatan lain, 18 00:01:20,920 --> 00:01:23,440 berlangsung lebih daripada sejam. 19 00:01:23,560 --> 00:01:29,440 Setelah selesai, saya dan Charlie perlu fikirkan situasi kami. 20 00:01:32,360 --> 00:01:35,960 Ketua pembangunan ekonomi majlis, bahagian perniagaan tadi, 21 00:01:36,040 --> 00:01:38,640 sangat menyokong usaha kita. 22 00:01:38,720 --> 00:01:41,280 Ia akan menarik ramai orang ke kawasan ini, 23 00:01:41,360 --> 00:01:44,320 tapi Joan dari Perancangan... 24 00:01:44,400 --> 00:01:47,720 Pendapatnya jelas, dia tahu tempat ini sensitif. 25 00:01:47,840 --> 00:01:52,040 Dia risau kerana tempat ini kawasan semula jadi indah yang ulung. 26 00:01:52,120 --> 00:01:56,760 Dia tak suka banyak kereta dan serabut. Saya faham. Memang teruk. 27 00:01:56,840 --> 00:01:58,680 Dia tak suka tandas itu. 28 00:01:58,760 --> 00:02:00,280 -Saya faham semua itu. -Ya. 29 00:02:00,360 --> 00:02:05,200 Yang saya faham, masalah utamanya ialah orang tempatan. 30 00:02:05,600 --> 00:02:08,320 Kita perlu libatkan orang tempatan. 31 00:02:08,720 --> 00:02:13,800 Awak perlu berinteraksi dengan mereka secara positif, Jeremy. 32 00:02:20,080 --> 00:02:23,720 Ini kampungnya, lebih kurang sebatu dari bangsal bebiri, 33 00:02:23,800 --> 00:02:26,080 tempat saya akan perjuangkan rancangan saya. 34 00:02:26,600 --> 00:02:27,840 Chadlington. 35 00:02:34,840 --> 00:02:38,400 Selepas musim pertama disiarkan, penduduk tempatan di sinilah 36 00:02:39,560 --> 00:02:43,320 yang paling tak suka dengan kepopularan kedai kami. 37 00:02:50,720 --> 00:02:52,200 Demi menceriakan mereka, 38 00:02:52,280 --> 00:02:55,600 saya melancarkan Operasi Hati dan Minda, 39 00:02:55,680 --> 00:03:00,720 yang akan bermula di padang bunga liar ini. 40 00:03:02,400 --> 00:03:03,560 Selamat pagi. 41 00:03:04,080 --> 00:03:05,560 Ini apa? 42 00:03:05,840 --> 00:03:07,040 Selama dua tahun ini, 43 00:03:07,120 --> 00:03:09,920 saya dermakan separuh benih bunga liar saya 44 00:03:10,000 --> 00:03:12,440 kepada persatuan hortikultur. 45 00:03:12,840 --> 00:03:18,080 Kini, saya nak simpan sikit untuk beri kepada orang kampung. 46 00:03:18,160 --> 00:03:21,720 Padang rumput ini bahagian ladang kegemaran saya. 47 00:03:21,800 --> 00:03:24,960 Kalau jual benih itu, berapa harganya? 48 00:03:25,400 --> 00:03:28,840 -Dalam £90, £100 sekilo. -£100 sekilo. 49 00:03:28,920 --> 00:03:31,560 Jadi, ia tanaman paling berharga di ladang ini. 50 00:03:31,640 --> 00:03:32,480 Mungkinlah. 51 00:03:33,040 --> 00:03:35,080 Boleh kita tanam di Chadlington? 52 00:03:35,160 --> 00:03:37,080 Ya. Ada kawasan kecil untuknya. 53 00:03:37,760 --> 00:03:40,560 -Maaf, ada... -Ya, kapal terbang. 54 00:03:40,640 --> 00:03:44,640 Ini tempat peluru berpandu darat ke udara. 55 00:03:44,720 --> 00:03:47,800 Jarang nampak, tapi mereka tahu ada penggambaran. 56 00:03:47,880 --> 00:03:49,640 Taklah, mereka selalu ada. 57 00:03:49,720 --> 00:03:52,720 Jika saya tembak sebuah, mereka fikir ia tak sengaja. 58 00:03:52,800 --> 00:03:54,440 Namun, jika dua atau tiga, 59 00:03:54,520 --> 00:03:56,920 komuniti pemilik kapal terbang akan tahu. 60 00:03:57,000 --> 00:03:57,840 Ya. 61 00:03:57,920 --> 00:04:00,120 Terpaksalah menghadap bini. 62 00:04:00,200 --> 00:04:01,160 Ya, betul. 63 00:04:04,880 --> 00:04:09,280 Lambai kepada jiran. Ingat, Operasi Hati dan Minda. 64 00:04:11,840 --> 00:04:13,320 Dah sampai. 65 00:04:13,400 --> 00:04:16,240 DEWAN MEMORIAL KELAB SUKAN DAN SOSIAL 66 00:04:18,000 --> 00:04:20,200 Ini dia. Ini benih saya. 67 00:04:20,240 --> 00:04:23,240 Ia bernilai £250. 68 00:04:32,000 --> 00:04:35,720 -Helo. Sue ada? -Sue yang mana? 69 00:04:35,800 --> 00:04:36,880 Apa khabar? 70 00:04:37,040 --> 00:04:39,880 -Cox. -Dia tiada. 71 00:04:40,360 --> 00:04:42,200 Saya nak beri benih ini kepadanya. 72 00:04:42,320 --> 00:04:45,040 -Dia tiada di sini. -Okey. 73 00:04:48,640 --> 00:04:52,360 Akhirnya, ada orang yang nak ambil benih saya. 74 00:04:53,000 --> 00:04:54,240 Hai. 75 00:04:54,640 --> 00:04:56,240 Awak tukang kebun di sini? 76 00:04:56,320 --> 00:04:59,640 Tak, saya pengerusi pemegang amanah. 77 00:05:01,680 --> 00:05:03,160 Baiklah. Ini dia. 78 00:05:03,240 --> 00:05:05,600 -Orkid urat hijau. -Bagus. 79 00:05:05,680 --> 00:05:07,520 Orkid hitam. 80 00:05:07,600 --> 00:05:11,160 -Terima kasih banyak-banyak, Jeremy. -Okey. Terima kasih. 81 00:05:12,240 --> 00:05:16,040 Sebenarnya, pemberian benih bunga liar hanya permulaan. 82 00:05:16,920 --> 00:05:21,920 Jika saya nak sokongan seluruh kampung, saya perlu buat sesuatu yang lebih besar. 83 00:05:22,040 --> 00:05:23,440 Jadi, saya ada rancangan. 84 00:05:24,920 --> 00:05:26,640 Satu, dua, tiga. 85 00:05:26,920 --> 00:05:27,880 Bagus. 86 00:05:31,080 --> 00:05:34,640 Diddly Squat menaja Kelab Bola Sepak Chadlington. 87 00:05:42,360 --> 00:05:43,720 Baju ini selesa. 88 00:05:44,120 --> 00:05:45,680 -Sangat selesa. -Ya. 89 00:05:48,040 --> 00:05:49,680 Wisel tendangan pertama berbunyi 90 00:05:52,040 --> 00:05:56,880 dan perlawanan sulung saya sebagai penaja kelab pun bermula. 91 00:05:56,960 --> 00:06:01,240 Chadlington FC lawan Chadlington Reserves. 92 00:06:01,680 --> 00:06:03,560 -Ayuh, Chadlington. -Ayuh, Chad. 93 00:06:06,280 --> 00:06:09,240 Rasa pelik, saya pernah main dengan mereka di sekolah. 94 00:06:09,320 --> 00:06:11,160 Mereka pasukan atas kami. 95 00:06:11,240 --> 00:06:14,960 -Ada gambar awak bermain? -Ada. Rambut saya panjang masa itu. 96 00:06:15,040 --> 00:06:16,960 -Gaya rambut lain? -Ya. 97 00:06:17,040 --> 00:06:18,280 Awak agak tembam. 98 00:06:18,400 --> 00:06:20,120 -Apa maksud awak? -Debab. 99 00:06:22,800 --> 00:06:24,040 Ayuh, Chadlington. 100 00:06:25,320 --> 00:06:28,240 Ramai juga yang datang untuk tengok baju baru pasukan. 101 00:06:29,040 --> 00:06:30,040 Ayuh, Chad. 102 00:06:30,120 --> 00:06:33,000 Termasuk Gerald dan adiknya. 103 00:06:45,040 --> 00:06:46,360 Itu bola kami! 104 00:06:46,760 --> 00:06:49,920 Awak tahu nama semua pemain pasukan Chelsea, bukan? 105 00:06:50,000 --> 00:06:53,160 Awak tahu semua nama pemain pasukan yang awak taja ini? 106 00:06:53,240 --> 00:06:54,920 -Mestilah. -Awak tak tahu. 107 00:06:55,000 --> 00:06:57,440 Betul. Mudah saja, okey. 108 00:06:57,520 --> 00:07:00,600 Penyokongnya. Cooper, Cooper dan Cooper. 109 00:07:01,800 --> 00:07:04,720 -Berikan nama seorang pemain. -Cooper, Cooper, Cooper. 110 00:07:04,800 --> 00:07:07,600 Cooper... 111 00:07:07,680 --> 00:07:09,000 -Ya. -Yang itu, Cooper. 112 00:07:09,080 --> 00:07:12,200 -Hidup di kampung ini mudah. -Cooper bermaharajalela. 113 00:07:16,160 --> 00:07:17,520 Tangkapan hebat. 114 00:07:18,000 --> 00:07:21,040 Sebaliknya, komen Kaleb sangat kasar. 115 00:07:22,680 --> 00:07:23,840 Mengarut. 116 00:07:25,520 --> 00:07:27,840 Biar betul? 117 00:07:30,200 --> 00:07:31,760 Bangunlah! 118 00:07:31,840 --> 00:07:33,640 Bangun, Josh! 119 00:07:35,280 --> 00:07:37,440 Kalau awak uruskan Stadium Emirates, 120 00:07:37,520 --> 00:07:42,240 sikap awak begini apabila menonton Arsenal? 121 00:07:42,320 --> 00:07:46,080 Saya penaja pasukan ini dan saya tahu perasaannya. 122 00:07:46,160 --> 00:07:48,360 -Itu lain. -Sama sajalah. 123 00:07:48,440 --> 00:07:49,640 Itu lainlah. 124 00:07:50,800 --> 00:07:54,840 Pada separuh masa, pemain mula minum minuman tenaga 125 00:07:56,280 --> 00:07:59,160 dan Gerald tunjukkan kami rumah kelab. 126 00:08:03,840 --> 00:08:07,240 Kami dapat tahu yang dia agak terkenal. 127 00:08:08,480 --> 00:08:10,720 Ini bukan awak kerana gambarnya berwarna. 128 00:08:12,200 --> 00:08:15,840 -Tengok ini, ada K. Cooper di sini. -Dah tentulah. 129 00:08:16,240 --> 00:08:18,160 Kalau saya, tentu pada 1980-an. 130 00:08:18,840 --> 00:08:20,200 Gerald Cooper. 131 00:08:20,560 --> 00:08:21,720 Di mana awak? 132 00:08:23,000 --> 00:08:25,600 -Gaya misai awak sama? -Ya. 133 00:08:34,360 --> 00:08:35,520 Wah! Ini awak. 134 00:08:36,880 --> 00:08:40,000 Awak macam baru menyanyi Tiger Feet dalam Top of the Pops, 135 00:08:40,080 --> 00:08:41,720 kemudian terus main bola sepak. 136 00:08:47,120 --> 00:08:49,280 Tak, rupa awak macam ahli kumpulan Slade. 137 00:08:52,240 --> 00:08:56,280 Pada separuh kedua, aksi permainan makin pantas. 138 00:09:02,120 --> 00:09:03,000 Aduhai. 139 00:09:04,040 --> 00:09:05,320 -Ya! -Ya. 140 00:09:06,600 --> 00:09:07,720 Hebat. 141 00:09:09,120 --> 00:09:12,280 Tak lama kemudian, saya dapati selaku penaja pasukan, 142 00:09:12,360 --> 00:09:15,960 saya perlu beli papan mata. 143 00:09:16,280 --> 00:09:18,240 -Awak rasa dah berapa? -3-1. 144 00:09:18,320 --> 00:09:21,640 -3-1, tapi awak pula kata 4-1? -Saya rasa dah 3-1. 145 00:09:22,720 --> 00:09:23,840 -Dua sama? -Tak. 146 00:09:24,120 --> 00:09:25,280 Ia 5-1. 147 00:09:25,760 --> 00:09:28,760 Wisel akhir berbunyi, maka tamatlah permainan yang bagus 148 00:09:28,840 --> 00:09:30,840 untuk Chadlington FC. 149 00:09:31,200 --> 00:09:34,480 -6-1. -Chadlington main lawan pasukan sendiri. 150 00:09:35,080 --> 00:09:39,360 Saya harap pelaburan saya ini akan bawa untung. 151 00:09:39,960 --> 00:09:43,040 Awak rasa ini akan memikat hati dan minda orang kampung? 152 00:09:43,120 --> 00:09:44,040 Ya. 153 00:09:46,400 --> 00:09:48,160 TANGGALKAN BUT SELEPAS PERMAINAN 154 00:09:52,000 --> 00:09:54,880 Sementara saya membodek orang tempatan, 155 00:09:54,960 --> 00:09:59,400 Charlie berada di pejabatnya yang penuh dengan seni halus, 156 00:10:01,200 --> 00:10:04,480 bekerja keras untuk permohonan perancangan restoran. 157 00:10:05,480 --> 00:10:10,960 Jeremy perlu pujuk majlis kariah kerana pengaruh mereka besar 158 00:10:11,040 --> 00:10:13,880 dalam menyokong permohonan ini. 159 00:10:15,200 --> 00:10:19,640 Namun, Majlis Daerah Oxfordshire Barat 160 00:10:19,720 --> 00:10:23,360 yang akan buat keputusan tentang restoran itu. 161 00:10:23,440 --> 00:10:26,840 Kami perlu pujuk ramai orang semasa fasa perancangan ini. 162 00:10:27,120 --> 00:10:30,720 Polis dan pihak pengurusan lebuh raya. 163 00:10:31,160 --> 00:10:34,640 Pengurusan lebuh raya selalu menegur kedai ladang. 164 00:10:34,760 --> 00:10:37,720 Polis terpaksa kawal trafik beberapa kali dalam seminggu. 165 00:10:37,760 --> 00:10:40,840 Kami perlu sediakan jalan masuk dan keluar yang sesuai. 166 00:10:41,000 --> 00:10:42,960 Ada tinjauan arkeologi 167 00:10:43,040 --> 00:10:46,040 dan ekologi. Kami kena buat betul-betul. 168 00:10:46,120 --> 00:10:47,520 Majlis Wilayah Oxfordshire 169 00:10:47,640 --> 00:10:50,760 tentu nak tahu yang ia akan jana keuntungan ekonomi. 170 00:10:51,000 --> 00:10:55,480 Kami perlu yakinkan semua di kawasan semula jadi indah ulung ini 171 00:10:55,560 --> 00:10:58,320 yang ia takkan menjejaskan tempat ini. 172 00:10:58,840 --> 00:11:03,400 Kami perlu maklumkan setiap tempat yang kami nak tanam pokok pagar, 173 00:11:03,480 --> 00:11:06,440 supaya pencemaran cahaya tak berlaku di lembah itu. 174 00:11:06,520 --> 00:11:10,840 Banyak kerja dan pita merah. Kami kena buat betul-betul. 175 00:11:10,920 --> 00:11:16,200 Ia bukan sesuatu yang boleh dibuat sewenang-wenangnya di tengah ladang. 176 00:11:24,280 --> 00:11:28,200 Sementara itu di ladang, Dilwyn, si doktor haiwan, datang melawat. 177 00:11:28,280 --> 00:11:33,160 Buat pertama kalinya, dia tak datang untuk menyeluk punggung haiwan. 178 00:11:33,720 --> 00:11:37,240 Jangan bergaduh. Ayuh. Anjing baik. 179 00:11:38,480 --> 00:11:42,000 -Mana boleh ada ladang tanpa anjing. -Tengok itu. 180 00:11:42,240 --> 00:11:44,320 -Comel betul. -Comel, bukan? 181 00:11:44,400 --> 00:11:45,920 -Ya. -Adik-beradik. 182 00:11:46,000 --> 00:11:48,880 -Okey. -Anjing Labrador berwarna musang. 183 00:11:48,960 --> 00:11:50,480 -Jarang ditemui. -Betul. 184 00:11:50,680 --> 00:11:51,960 Ya. 185 00:11:52,040 --> 00:11:53,200 Hei, anak anjing. 186 00:11:53,280 --> 00:11:56,000 -Ia perlu makan ubat cacing. -Ya. 187 00:11:56,080 --> 00:11:57,760 -Pemasangan mikrocip. -Ya. 188 00:11:57,840 --> 00:11:59,040 -Serta... -Vaksin. 189 00:11:59,120 --> 00:12:00,480 -Vaksin. -Ya. 190 00:12:00,560 --> 00:12:03,040 Ia sangat comel. 191 00:12:03,120 --> 00:12:05,680 Saya nak golekkan awak dan geletek perut. 192 00:12:06,320 --> 00:12:08,680 Saya dah tak peduli, 193 00:12:08,760 --> 00:12:10,280 lantaklah ladang. 194 00:12:11,760 --> 00:12:13,600 Anjing baik. 195 00:12:14,720 --> 00:12:19,680 Walaupun saya nak bermain dengan anjing saya sepanjang hari, 196 00:12:20,240 --> 00:12:22,800 saya masih ada ladang untuk diuruskan. 197 00:12:24,400 --> 00:12:25,880 Musim luruh semakin dekat, 198 00:12:25,960 --> 00:12:29,480 maknanya tanaman tahun depan perlu ditanam. 199 00:12:32,440 --> 00:12:35,440 Selepas musim pertama Ladang Clarkson disiarkan, 200 00:12:35,520 --> 00:12:37,920 ramai peladang yang mengejek saja. 201 00:12:38,000 --> 00:12:43,640 Mereka kata penggembur tiga meter saya ini terlalu kecil untuk traktor saya. 202 00:12:44,480 --> 00:12:48,360 Mereka takkan ejek saya lagi kerana saya dah beli yang baru. 203 00:12:50,840 --> 00:12:51,880 Ini dia. 204 00:12:52,560 --> 00:12:56,840 Jentera besar dan rumit selebar enam meter 205 00:12:56,920 --> 00:13:00,000 yang dibina berasaskan sains dan kejuruteraan berat. 206 00:13:00,600 --> 00:13:03,080 Nasib baik saya ada traktor besar. 207 00:13:03,800 --> 00:13:04,880 Baiklah. 208 00:13:05,920 --> 00:13:09,880 Tugas pertama. Angkat, jadi kita angkat. 209 00:13:12,840 --> 00:13:14,400 Alamak! 210 00:13:16,440 --> 00:13:17,840 Turun. 211 00:13:19,480 --> 00:13:22,760 Jika saya tak angkat tinggi sangat... Itu caranya. Ya. 212 00:13:22,840 --> 00:13:24,720 Okey. Kita cuba lagi. Angkat. 213 00:13:30,240 --> 00:13:31,920 Ya Tuhan! 214 00:13:34,320 --> 00:13:35,480 Apa hal? 215 00:13:36,400 --> 00:13:38,520 Tak bolehlah begini. Apa hal? 216 00:13:39,680 --> 00:13:40,600 Aduhai. 217 00:13:40,960 --> 00:13:45,440 Seperti yang dijangkakan, Yoda desa muncul pada saat itu. 218 00:13:46,440 --> 00:13:47,720 Ia tak nak bergerak. 219 00:13:48,320 --> 00:13:50,880 Mesin di belakang itu seberat empat tan. 220 00:13:53,240 --> 00:13:55,080 Orang lain buat macam mana? 221 00:13:55,760 --> 00:13:57,920 Perlu pemberat di depan, bodoh. 222 00:14:03,040 --> 00:14:05,600 Setelah Kaleb pasangkan pemberat... 223 00:14:05,840 --> 00:14:08,280 Okey. Ini akan selesaikan masalah? 224 00:14:08,360 --> 00:14:09,600 Sepatutnya okey. 225 00:14:12,240 --> 00:14:13,800 ...saya pun bertolak ke ladang. 226 00:14:16,280 --> 00:14:18,320 Ada satu setengah tan di depan, 227 00:14:18,400 --> 00:14:21,200 empat tan di belakang dan sembilan tan di tengah. 228 00:14:21,280 --> 00:14:23,240 Jentera ini berat pagi ini. 229 00:14:26,200 --> 00:14:29,040 Kita dah sampai di ladang. 230 00:14:32,360 --> 00:14:35,320 Mesin ini tak sama seperti penggembur sebelum ini. 231 00:14:35,400 --> 00:14:39,160 Ia bukan pembajak. Itu tak elok untuk alam sekitar. 232 00:14:39,240 --> 00:14:44,960 Sambil bergerak, ia akan menggalakkan benda begini, 233 00:14:45,040 --> 00:14:48,000 yang tak dituai tahun lepas, 234 00:14:48,080 --> 00:14:50,680 untuk bercampur dengan tanah dan tumbuh semula. 235 00:14:50,880 --> 00:14:54,360 Apabila ia mula tumbuh, kita datang dan bunuh semuanya 236 00:14:54,440 --> 00:14:57,640 supaya ladang ini benar-benar kosong untuk kita tanam 237 00:14:58,280 --> 00:14:59,720 tanaman tahun depan. 238 00:15:01,320 --> 00:15:04,400 Saya tak faham sangat, tapi saya tahu caranya. 239 00:15:07,160 --> 00:15:08,440 Turun. 240 00:15:09,440 --> 00:15:10,520 Mari mula. 241 00:15:16,280 --> 00:15:17,400 Saya bertani. 242 00:15:22,600 --> 00:15:26,960 Saya baru perasan yang saya mulakan kerjaya pertanian saya di ladang ini. 243 00:15:27,560 --> 00:15:31,680 Kini, ia ladang pertama yang saya gemburkan untuk 2022. 244 00:15:34,800 --> 00:15:36,360 Semuanya berjalan lancar. 245 00:15:38,120 --> 00:15:43,240 Namun, selepas beberapa pusingan, traktor mula meragam balik. 246 00:15:47,880 --> 00:15:49,080 Saya tak sempat... 247 00:15:49,320 --> 00:15:52,680 Macam mana nak pusing jika tayarnya tak cecah tanah? 248 00:15:55,080 --> 00:15:56,440 Apa hal? 249 00:15:57,000 --> 00:16:00,600 Masalahnya, apabila traktor Lambo saya ini makan minyak, 250 00:16:00,680 --> 00:16:03,320 tangki minyak jadi semakin ringan. 251 00:16:03,400 --> 00:16:08,760 Maknanya, bahagian depan tak cukup berat untuk kekalkan tayar di atas tanah. 252 00:16:09,400 --> 00:16:10,760 Tak guna. 253 00:16:13,160 --> 00:16:15,320 Saya putuskan untuk balik 254 00:16:15,400 --> 00:16:18,760 dan isi minyak sebelum keadaan jadi lebih teruk. 255 00:16:22,360 --> 00:16:23,280 Ayuh. 256 00:16:27,320 --> 00:16:28,880 Banyak sangat putaran. 257 00:16:30,360 --> 00:16:33,680 Kita cuba pacuan empat roda. Mungkin boleh membantu. 258 00:16:33,760 --> 00:16:34,760 Kita cuba ini. 259 00:16:36,600 --> 00:16:38,760 Tidak. Alamak! 260 00:16:39,600 --> 00:16:40,880 Tak membantu langsung. 261 00:16:41,360 --> 00:16:44,600 Macam mana saya nak keluar dari sini? 262 00:16:47,040 --> 00:16:48,560 Alamak! 263 00:16:50,960 --> 00:16:53,640 Ayuh. 264 00:16:54,040 --> 00:16:55,640 Ya Tuhan! 265 00:16:56,760 --> 00:17:00,000 Jelas, saya perlu cari pemberat tambahan, 266 00:17:00,080 --> 00:17:02,280 dan, nasib baik, ada pemberat muncul. 267 00:17:03,280 --> 00:17:04,600 Belum. 268 00:17:07,760 --> 00:17:09,080 Okey. Dah sedia? 269 00:17:15,160 --> 00:17:17,280 Brek tangan. Guna brek tangan. 270 00:17:20,280 --> 00:17:21,480 Berjaya. 271 00:17:25,800 --> 00:17:27,040 Aduhai. 272 00:17:33,640 --> 00:17:38,080 Esoknya, saya patut menggembur tanah lagi, 273 00:17:38,200 --> 00:17:40,560 tapi ada masalah yang lebih berat. 274 00:17:40,960 --> 00:17:43,480 Walaupun saya dah cuba pikat hati orang tempatan, 275 00:17:43,560 --> 00:17:47,320 saya masih banyak terima aduan. 276 00:17:50,760 --> 00:17:51,880 Awak nampak tertekan. 277 00:17:53,440 --> 00:17:56,800 "Dengan kiraan rasmi yang menganggarkan lebih 400 pelawat 278 00:17:56,880 --> 00:17:59,720 "dan barisan tiga jam ke kedai ladang Diddly Squat, 279 00:17:59,800 --> 00:18:01,640 "kedai yang asalnya berskala kecil 280 00:18:01,720 --> 00:18:05,040 "kini telah menjadi operasi yang tak mampu dibendung lagi. 281 00:18:05,080 --> 00:18:07,200 "Ini mencipta pergerakan tak terkawal 282 00:18:07,280 --> 00:18:10,520 "dan masalah alam sekitar yang beri kesan terhadap kualiti..." 283 00:18:11,080 --> 00:18:13,560 Kalau saya yang tulis, tentu ambil masa seharian. 284 00:18:13,800 --> 00:18:19,080 Mereka hantar gambar bas. Mereka tak suka bas ini datang. 285 00:18:20,040 --> 00:18:21,800 Katanya ada terlalu banyak kereta. 286 00:18:21,880 --> 00:18:24,680 Ramai orang datang ke kedai ladang menaiki bas. 287 00:18:24,760 --> 00:18:26,680 -Mereka bising tentang itu juga. -Ya. 288 00:18:27,200 --> 00:18:29,160 Saya teringin jumpa orang-orang 289 00:18:29,240 --> 00:18:32,800 yang tiada kerja lain selain menulis surat aduan. 290 00:18:32,920 --> 00:18:34,800 Kita berdua sangat sibuk. 291 00:18:34,920 --> 00:18:38,520 Saya tiada masa untuk hadap komputer dan tulis surat berjela. 292 00:18:38,800 --> 00:18:39,640 Tengok. 293 00:18:40,240 --> 00:18:42,800 "Saya bosan dengan semua berkaitan Jeremy Clarkson." 294 00:18:43,640 --> 00:18:45,400 Awak tengoklah sendiri. 295 00:18:45,480 --> 00:18:51,160 Ada penduduk kampung yang mulakan pendanaan awam "Hentikan Diddly Squat." 296 00:18:51,480 --> 00:18:53,040 Mereka dah... 297 00:18:57,800 --> 00:19:00,560 Oleh sebab semua dah tahu yang saya akan mohon 298 00:19:00,680 --> 00:19:02,720 kebenaran untuk buka restoran, 299 00:19:02,800 --> 00:19:07,240 saya rasa saya perlu bertindak cepat dan adakan mesyuarat kampung. 300 00:19:09,560 --> 00:19:10,760 Di sini. 301 00:19:12,240 --> 00:19:14,800 Saya tulis pada poster ini, 302 00:19:14,880 --> 00:19:18,520 "Oleh sebab ada aduan tentang Diddly Squat di kampung ini, 303 00:19:18,560 --> 00:19:21,080 "Jeremy Clarkson akan berada di Dewan Memorial 304 00:19:21,200 --> 00:19:23,520 "untuk jelaskan pelannya dan jawab soalan. 305 00:19:23,560 --> 00:19:25,920 "Semua penduduk kampung dijemput hadir. 306 00:19:26,000 --> 00:19:27,920 "Keju dan wain akan dihidangkan." 307 00:19:29,440 --> 00:19:32,560 Baru-baru ini ada aduan di laman web rasmi majlis 308 00:19:32,680 --> 00:19:35,880 yang berbunyi, "Lelaki yang ingat dia petani di Diddly Squat..." 309 00:19:37,200 --> 00:19:38,200 Betul juga. 310 00:19:38,520 --> 00:19:41,680 "...tak hasilkan apa-apa pun sebenarnya di ladangnya." 311 00:19:41,760 --> 00:19:42,720 Adalah. 312 00:19:42,800 --> 00:19:47,240 Ada pula kata, "Bangsal bebiri itu tak pernah digunakan untuk bebiri beranak." 313 00:19:47,320 --> 00:19:50,960 Padahal ada bukti dokumen. 314 00:19:51,040 --> 00:19:53,800 Teruk betul aduan mereka. 315 00:19:54,080 --> 00:19:57,720 Sebab itulah saya nak adakan sesi soal jawab. Mereka boleh tanya, 316 00:19:58,440 --> 00:20:01,000 "Apa yang awak buat? Apa rancangan awak?" 317 00:20:01,640 --> 00:20:03,880 Awak ada rasa risau tak? 318 00:20:04,480 --> 00:20:05,720 Ya, ada. 319 00:20:05,800 --> 00:20:08,240 Sebab wanita daripada majlis kariah itu 320 00:20:08,320 --> 00:20:11,800 kata mereka yang marah, sangat marah. 321 00:20:12,720 --> 00:20:14,480 Sangat marah. 322 00:20:15,160 --> 00:20:20,000 Ya, ia menakutkan kerana saya pernah tengok Straw Dogs. 323 00:20:20,080 --> 00:20:21,320 Saya tengok Local Hero. 324 00:20:21,440 --> 00:20:25,080 Faham-faham sajalah sikap orang kampung apabila terlalu teruja. 325 00:20:25,160 --> 00:20:29,080 Mereka datang bawa serampang peladang, tapi saya akan cuba tenangkan. 326 00:20:38,160 --> 00:20:43,480 Esoknya, berita tentang mesyuarat dah tersebar, tapi secara negatif. 327 00:20:46,560 --> 00:20:52,560 Okey. Papan notis komuniti Chadlington kata saya iblis. 328 00:20:53,280 --> 00:20:56,800 Rancangan pertanian ini kerja iblis. 329 00:20:57,480 --> 00:20:59,440 Ladang ini rumah iblis. 330 00:21:01,400 --> 00:21:03,880 Kita tengoklah macam mana nanti dan... 331 00:21:11,000 --> 00:21:13,240 CHADLINGTON SILA PANDU PERLAHAN 332 00:21:31,440 --> 00:21:35,160 Nak buat gaya majlis kahwin 1970-an yang saya suka. 333 00:21:51,640 --> 00:21:56,120 Apabila penduduk kampung tiba, kru penggambaran terpaksa keluar 334 00:21:56,200 --> 00:21:59,960 kerana mereka bertegas mesyuarat tak boleh dirakam. 335 00:22:01,360 --> 00:22:05,360 Sambil Charlie dan Kaleb curi dengar di tingkap 336 00:22:05,440 --> 00:22:09,080 dan mikrofon saya masih terpasang, 337 00:22:09,160 --> 00:22:13,520 saya tunggu semua orang duduk lalu memulakan mesyuarat. 338 00:22:14,840 --> 00:22:19,520 Kami tak jangka dengan apa jadi setelah rancangan ini disiarkan. 339 00:22:19,600 --> 00:22:22,480 Keadaan huru-hara, trafik, lumpur dan pemanduan laju. 340 00:22:22,920 --> 00:22:25,280 Bagaikan mimpi ngeri. Saya setuju. 341 00:22:25,360 --> 00:22:28,400 Apa yang kami boleh buat untuk ubah keadaan ini? 342 00:22:28,480 --> 00:22:30,960 Tarik orang ke sini agar mereka berbelanja, 343 00:22:31,040 --> 00:22:33,680 tanpa menjejaskan hidup sesiapa di kampung ini? 344 00:22:34,280 --> 00:22:38,400 Saya harap pembuka kata saya dapat menenangkan keadaan, 345 00:22:38,480 --> 00:22:39,560 tapi tidak. 346 00:22:39,680 --> 00:22:43,880 Awak tiada rasa simpati atau empati terhadap penduduk kampung ini. 347 00:22:43,960 --> 00:22:45,560 Awak panggil kami orang bodoh. 348 00:22:45,640 --> 00:22:48,480 "Awak kata setiap kampung ada seorang. Kami ada enam." 349 00:22:49,960 --> 00:22:51,680 Saya tak nak digelar orang bodoh. 350 00:22:51,760 --> 00:22:53,920 Tak patut kata itu. Awak patut mohon maaf. 351 00:22:54,000 --> 00:22:56,120 -Saya minta maaf. -Okey. 352 00:22:56,200 --> 00:22:59,280 Kata-kata awak tak bodoh langsung dan betul kata awak. 353 00:22:59,360 --> 00:23:04,280 Namun, ada beberapa perkara di laman web Majlis Daerah yang bodoh. 354 00:23:04,360 --> 00:23:08,280 "Bangsal bebiri tak pernah digunakan. Ladang tak hasilkan apa-apa." 355 00:23:08,360 --> 00:23:12,280 Semua perkara itu tak masuk akal kerana ladang kami ada hasil. 356 00:23:12,360 --> 00:23:13,480 Betul katanya. 357 00:23:13,560 --> 00:23:15,960 Hakikatnya, awak bukan petani. 358 00:23:16,040 --> 00:23:19,560 Awak personaliti media, tapi kami bukan Love Island. 359 00:23:20,800 --> 00:23:21,920 Apa? 360 00:23:22,040 --> 00:23:24,440 Ya. Saya hos Who Wants to Be a Millionaire? 361 00:23:24,520 --> 00:23:25,640 dan The Grand Tour. 362 00:23:25,720 --> 00:23:27,840 Tapi ladang itu minat saya. 363 00:23:27,920 --> 00:23:29,880 Awak tak perlukan pendapatan kedai. 364 00:23:29,960 --> 00:23:31,320 Ladang perlukan pendapatan. 365 00:23:31,520 --> 00:23:33,720 Secara peribadinya, awak tak perlu. 366 00:23:34,640 --> 00:23:36,800 Tentu dia tak sangka akan jadi begini. 367 00:23:36,880 --> 00:23:39,360 Tiada guna berkata, "Tutup kedai." Mana boleh. 368 00:23:39,440 --> 00:23:41,840 Kami perlukan aliran pendapatan untuk ladang. 369 00:23:41,920 --> 00:23:43,840 -Tapi dia tetap jawab. -Ya. 370 00:23:44,800 --> 00:23:50,000 Selepas mereka dah luah perasaan, timbul persoalan penting. 371 00:23:50,360 --> 00:23:52,840 Jadi, awak nak jadikan bangsal bebiri 372 00:23:52,920 --> 00:23:55,800 sebuah kafe, restoran atau apa-apalah. 373 00:23:55,960 --> 00:24:00,520 Ya. Kami ada lembu, termasuk lembu betina muda. Ia akan hasilkan daging. 374 00:24:00,600 --> 00:24:02,760 Kami ada ayam dan telur. 375 00:24:02,840 --> 00:24:07,560 Kami dah mula ada semua barang yang diperlukan untuk restoran. 376 00:24:07,680 --> 00:24:11,920 Yang kami nak tahu, apa tindakan awak dalam masa terdekat 377 00:24:12,000 --> 00:24:14,960 untuk kemaskan operasi, kawal trafik dan sebagainya. 378 00:24:15,040 --> 00:24:17,640 Kami akan hubungi pihak lebuh raya tentang kon. 379 00:24:17,720 --> 00:24:19,440 Itu perkara pertama pagi esok. 380 00:24:19,520 --> 00:24:21,480 Sekarang, ia menyakitkan mata saja. 381 00:24:21,560 --> 00:24:25,000 Kami perlu sediakan cucian kereta untuk orang cuci tayar 382 00:24:25,080 --> 00:24:28,040 sebelum mereka balik agar jalan raya tak berlumpur. 383 00:24:28,120 --> 00:24:31,280 Papan tanda, "Jangan letak kereta di bahu jalan." 384 00:24:31,360 --> 00:24:35,440 Kami boleh jadikannya satu kemudahan yang berguna dan bagus 385 00:24:35,520 --> 00:24:37,720 sampai orang yang lalu berkata, "Cantiknya." 386 00:24:37,800 --> 00:24:40,440 Saya nak buka agar ia jadi kedai ladang yang bagus 387 00:24:40,520 --> 00:24:42,560 dengan restoran yang bagus. 388 00:24:42,640 --> 00:24:45,280 Boleh berikan kami pas VIP? 389 00:24:45,360 --> 00:24:49,880 Boleh, ada diskaun dengan pas VIP. 390 00:24:49,960 --> 00:24:51,960 -Macam mana? -Hebat. 391 00:24:53,520 --> 00:24:56,640 Oleh itu, saya minta diri. 392 00:24:59,840 --> 00:25:00,760 Okey, pergi dulu. 393 00:25:01,200 --> 00:25:02,120 Jaga diri. 394 00:25:08,080 --> 00:25:12,920 Ia berjalan lebih baik daripada sangkaan saya. 395 00:25:13,520 --> 00:25:15,920 Mula-mula, kami dikritik. 396 00:25:16,040 --> 00:25:19,200 Ada orang yang datang dengan agenda. 397 00:25:21,160 --> 00:25:24,600 Biasalah, bukan? Nak cakap apa lagi? 398 00:25:24,680 --> 00:25:27,960 Tapi semua orang berhak ada pendapat masing-masing. 399 00:25:28,160 --> 00:25:33,360 Dengar pendapat orang, ikhlas, tunjuk awak kisah. Saya rasa dia kisah. 400 00:25:33,640 --> 00:25:35,400 Ia permulaan yang baik. 401 00:25:35,720 --> 00:25:38,480 Kami seronok berpeluang bercakap dengannya. 402 00:25:38,560 --> 00:25:40,720 Itu yang paling penting. 403 00:25:40,800 --> 00:25:42,920 Berbincang, bukan bersemuka. 404 00:25:50,200 --> 00:25:52,680 Esok paginya, seperti yang saya janjikan, 405 00:25:52,760 --> 00:25:56,280 saya mula kemaskan operasi di kawasan sekitar kedai ladang. 406 00:25:56,360 --> 00:25:57,320 SILA PANDU PERLAHAN 407 00:25:58,280 --> 00:26:00,480 Maknanya, perlu berbincang dengan Lisa. 408 00:26:03,600 --> 00:26:05,200 Kita perlu mulakan sekarang. 409 00:26:06,000 --> 00:26:08,000 Simpan semua kon ini. 410 00:26:08,560 --> 00:26:10,280 Pagar besi itu. 411 00:26:10,360 --> 00:26:12,960 Semua plastik dan kayu palet itu juga. 412 00:26:13,040 --> 00:26:15,200 Tong sampah perlu disorokkan. 413 00:26:15,280 --> 00:26:19,440 Sampah sarap yang merata itu perlu dibuang. 414 00:26:19,520 --> 00:26:22,240 Tengok bandela jerami kotor itu. Teruk betul. 415 00:26:22,320 --> 00:26:25,280 Awak tahu harga jerami? Saya tak nak beli yang baru. 416 00:26:25,360 --> 00:26:26,480 Tengok kon ini. 417 00:26:26,760 --> 00:26:29,080 -Datang ke... -Polis yang berikan. 418 00:26:29,160 --> 00:26:31,760 Polis letak di luar sana. Kita yang bawa masuk. 419 00:26:31,840 --> 00:26:34,240 Bukan saya. Seseorang telah bawa masuk 420 00:26:34,320 --> 00:26:36,640 dan guna kerana ia memudahkan. 421 00:26:36,720 --> 00:26:38,040 Tak boleh begitu. 422 00:26:38,120 --> 00:26:41,480 Tengok. Papan tanda biru itu idea siapa? 423 00:26:41,560 --> 00:26:43,640 Sementara, untuk sehari dua. 424 00:26:43,720 --> 00:26:45,680 Dah tiga bulan ia di situ. 425 00:26:45,760 --> 00:26:48,880 Kita dah ada papan tanda baru untuk bahu jalan berumput. 426 00:26:49,120 --> 00:26:50,880 Ya, saya tahu. 427 00:26:51,680 --> 00:26:55,480 Saya boleh uruskan semua ini, tapi nanti tiada barang di kedai. 428 00:26:55,560 --> 00:26:57,560 Memang bagus 429 00:26:57,680 --> 00:27:00,800 mereka bentuk label cantik untuk produk di kedai, 430 00:27:00,880 --> 00:27:03,400 tapi jika rupa kedainya begini... 431 00:27:03,480 --> 00:27:06,080 -Teruklah. -Ya. Apa awak nak buat? 432 00:27:06,160 --> 00:27:07,920 Saya tiada masa. 433 00:27:08,000 --> 00:27:10,520 Awak tak tahu... Saya perlu ke... 434 00:27:10,600 --> 00:27:12,760 Hari ini, saya perlu periksa 435 00:27:12,840 --> 00:27:15,480 jika salah seekor lembu kasi 436 00:27:15,560 --> 00:27:17,560 masih ada testikel. 437 00:27:17,720 --> 00:27:21,840 Charlie pun nak datang dan bincang tentang peraturan kerajaan baru. 438 00:27:21,920 --> 00:27:23,320 Saya sangat sibuk. 439 00:27:23,400 --> 00:27:26,720 Jika saya buat semua ini seharian, kedai kita tiada baranglah. 440 00:27:26,800 --> 00:27:29,240 Maaf, saya dah kata, "Awak jaga kedai ladang. 441 00:27:29,320 --> 00:27:30,440 "Saya jaga ladang." 442 00:27:30,560 --> 00:27:32,800 -Inilah kedai ladang. -Saya sediakan sarapan, 443 00:27:32,880 --> 00:27:34,200 makan tengah hari, malam. 444 00:27:34,280 --> 00:27:37,080 Bila? Sarapan? Makan tengah hari? Makan malam? 445 00:27:37,160 --> 00:27:39,680 Saya masak sendiri. Sosej dan kentang lecek. 446 00:27:39,800 --> 00:27:41,560 -Mana ada. -Betullah. 447 00:27:41,640 --> 00:27:44,000 Terhangus kerana anjing berak di atas karpet 448 00:27:44,080 --> 00:27:46,440 dan saya terpaksa bersihkan semasa memasak. 449 00:27:46,520 --> 00:27:48,400 Anjing awak, tahi awak. 450 00:27:48,480 --> 00:27:50,040 -Anjing saya? -Anjing kita. 451 00:27:50,120 --> 00:27:52,040 Awak nak anjing, awaklah bersihkan. 452 00:27:52,120 --> 00:27:54,760 -Ya... -"Saya alah terhadap tahi anjing." 453 00:27:55,400 --> 00:27:56,640 Saya pun. 454 00:27:56,720 --> 00:27:57,960 Tolonglah. 455 00:28:00,040 --> 00:28:01,200 Bodoh betul. 456 00:28:02,240 --> 00:28:04,200 Memang menjijikkan. 457 00:28:05,120 --> 00:28:07,040 Elok saja semasa musim panas. 458 00:28:07,720 --> 00:28:10,840 Kemudian hujan pun turun, habis kotor semuanya. 459 00:28:17,600 --> 00:28:20,640 HORMATI JIRAN KAMI. SILA PULANG DENGAN SENYAP - TERIMA KASIH 460 00:28:21,960 --> 00:28:25,000 Sementara Lisa sibuk dengan operasi mengemas, 461 00:28:29,720 --> 00:28:34,880 saya berusaha buat semua kerja ladang yang tak berkesudahan. 462 00:28:35,560 --> 00:28:36,560 Kejap. 463 00:28:36,720 --> 00:28:39,080 -Jika awak di dalam... -Boleh panjat keluar. 464 00:28:39,160 --> 00:28:40,600 Saya ada pengalaman. 465 00:28:40,680 --> 00:28:43,240 -Kenapa tak angkat dari luar? -Ini lebih senang. 466 00:28:43,320 --> 00:28:44,760 Lembunya tak besar. 467 00:28:53,280 --> 00:28:58,160 Ini skrotumnya saja. 468 00:28:59,560 --> 00:29:00,520 Alamak! 469 00:29:05,680 --> 00:29:07,480 Dah bebas. Nasib baik. 470 00:29:14,760 --> 00:29:17,160 -Nak saya buat? -Tak. 471 00:29:17,520 --> 00:29:18,640 Tengok ini. 472 00:29:24,160 --> 00:29:25,440 Aduhai. 473 00:29:28,000 --> 00:29:29,720 Apabila saya ada masa lapang... 474 00:29:29,800 --> 00:29:31,480 ...tempoh yang sangat tinggi... 475 00:29:31,560 --> 00:29:34,880 ...Charlie pasti muncul dan isikan dengan sesuatu. 476 00:29:35,520 --> 00:29:39,320 Ada rajah penting. Yang khusus. Semuanya berbalik pada hasil. 477 00:29:39,400 --> 00:29:41,480 Ini margin bersih ladang. 478 00:29:41,560 --> 00:29:45,680 -Apa maksud awak margin? -Pulangan awak 0.75 daripada satu peratus. 479 00:29:45,760 --> 00:29:49,240 Sebab kos awak tak banyak berubah. 480 00:29:49,680 --> 00:29:52,760 Senang cerita, garisan biru gelap ini 2021. 481 00:29:52,840 --> 00:29:54,480 -Ini menunjukkan... -Ya. 482 00:29:54,560 --> 00:29:57,080 Ini tuaiannya, garisan gelap. 483 00:29:57,160 --> 00:30:01,560 Tanaman giliran utama ialah gandum dan biji sesawi. 484 00:30:02,680 --> 00:30:04,120 Kosnya lebih kurang sama, 485 00:30:04,200 --> 00:30:06,800 tapi hasil tambahan dah masuk ke hasil akhir. 486 00:30:06,880 --> 00:30:08,640 Perlu tengok secara terperinci. 487 00:30:08,720 --> 00:30:10,600 -Teruk... -Saya akan tunjukkan. 488 00:30:10,680 --> 00:30:11,880 Aduhai. Tolonglah. 489 00:30:11,960 --> 00:30:13,760 -Saya selalu begini. -Taklah. 490 00:30:13,840 --> 00:30:15,120 Saya cuma letih. 491 00:30:15,200 --> 00:30:17,040 Pertanian buat saya penat. 492 00:30:20,480 --> 00:30:22,160 Selain daripada tekanan kerja, 493 00:30:22,240 --> 00:30:26,560 dunia kecil Diddly Squat kami kini terdedah kepada kritikan umum. 494 00:30:27,200 --> 00:30:30,960 Aktiviti saya menjadi topik debat negara. 495 00:30:31,600 --> 00:30:34,040 Kata Carla, dari Cotswolds Utara, tak jauh, 496 00:30:34,120 --> 00:30:35,800 ini bukan kali pertama 497 00:30:35,880 --> 00:30:39,440 Clarkson perlu tenangkan orang tempatan, selepas rumahnya meletup. 498 00:30:39,520 --> 00:30:42,120 Orang menghalang lalu lintas kampung 499 00:30:42,200 --> 00:30:46,840 yang dulunya tenang. Orang beratur berjam-jam untuk masuk. 500 00:30:46,920 --> 00:30:48,520 Mereka tak hormati tempat itu. 501 00:30:48,600 --> 00:30:50,000 Ini pihak yang menentang. 502 00:30:50,080 --> 00:30:52,880 Kita dengar pendapat Julie Gibb, dari Scarborough. 503 00:30:52,960 --> 00:30:54,200 Selamat petang, Jeremy. 504 00:30:54,280 --> 00:30:56,720 Kami pergi bercuti di Cotswolds. 505 00:30:56,800 --> 00:30:59,000 Kami lalu dan nampak semua lembu... 506 00:31:11,240 --> 00:31:12,640 Dengan semua yang berlaku, 507 00:31:12,880 --> 00:31:16,560 saya rasa nak menyorok di ladang. 508 00:31:18,320 --> 00:31:19,360 Itu yang saya buat. 509 00:31:22,440 --> 00:31:25,760 Saya suka masa ini, keluar ke ladang menaiki traktor. 510 00:31:26,920 --> 00:31:28,560 Sangat tenang. 511 00:31:32,440 --> 00:31:37,240 Pada hujung Forrest Gump, Forrest naik mesin potong rumputnya 512 00:31:37,320 --> 00:31:40,280 lalu memotong rumput padang di Greenbow, Alabama. 513 00:31:40,920 --> 00:31:42,320 Saya rasa begitu di sini. 514 00:31:43,800 --> 00:31:46,240 Semua pengembaraan hidup yang saya lalui, 515 00:31:46,320 --> 00:31:47,520 namun akhirnya, 516 00:31:48,200 --> 00:31:49,720 saya buat kerja ini. 517 00:31:52,280 --> 00:31:54,360 Saya suka. Saya benar-benar suka. 518 00:31:58,320 --> 00:32:02,080 Kaleb perlu sembur ladang ini dengan racun rumpai. 519 00:32:02,160 --> 00:32:03,840 Betul. 520 00:32:03,920 --> 00:32:06,720 Barli musim bunga akan ditanam di sini tahun ini, 521 00:32:06,800 --> 00:32:08,120 ia penting. 522 00:32:08,480 --> 00:32:10,560 Sebab kami akan guna itu untuk buat... 523 00:32:10,640 --> 00:32:12,120 Alamak! 524 00:32:15,040 --> 00:32:16,720 Saya terlanggar tiang telefon. 525 00:32:16,800 --> 00:32:18,160 Aduh! 526 00:32:20,440 --> 00:32:22,080 Okey. 527 00:32:24,760 --> 00:32:26,040 Aduhai. 528 00:32:32,480 --> 00:32:33,920 Dah rosak. 529 00:32:35,240 --> 00:32:37,760 Semua ini dah terbengkok. 530 00:32:37,840 --> 00:32:40,800 Awak boleh lihat yang itu menghala... Sepatutnya ia... 531 00:32:40,880 --> 00:32:42,360 Yang itu pun rosak juga. 532 00:32:43,480 --> 00:32:44,600 Aduhai. 533 00:32:47,080 --> 00:32:49,560 Kenapa mereka pasang tiang telefon di sini? 534 00:32:50,560 --> 00:32:54,480 Hanya satu cara situasi ini akan jadi lebih teruk. 535 00:33:04,880 --> 00:33:06,040 Alamak! 536 00:33:07,920 --> 00:33:09,920 -Awak rosakkan mesin? -Tak. 537 00:33:13,280 --> 00:33:15,120 Awak buat silap besar. 538 00:33:16,600 --> 00:33:18,880 -Aduhai. -Saya rosakkan yang itu juga. 539 00:33:23,720 --> 00:33:24,800 Awak bodoh betul. 540 00:33:25,680 --> 00:33:26,840 Selalu begini. 541 00:33:27,080 --> 00:33:28,240 Saya tahu. 542 00:33:29,360 --> 00:33:32,640 Jika kita luruskan, ia akan patah, bukan? 543 00:33:32,720 --> 00:33:35,240 Ya. Kita perlu luruskan semuanya. 544 00:33:35,320 --> 00:33:37,360 Potong dan kimpal balik. 545 00:33:37,440 --> 00:33:39,240 Awak pandai mengimpal? 546 00:33:39,320 --> 00:33:40,480 Awaklah uruskan. 547 00:33:40,560 --> 00:33:42,800 -Apa? Saya tak reti mengimpal. -Awak buat. 548 00:33:42,880 --> 00:33:44,240 Awaklah uruskan. 549 00:33:44,320 --> 00:33:45,200 Ya Tuhan. 550 00:33:45,320 --> 00:33:47,080 Saya buat semua ini pagi ini. 551 00:33:47,160 --> 00:33:49,000 Saya dah buat separuh ladang ini. 552 00:33:49,080 --> 00:33:50,600 -Mana ada. -Betul. 553 00:33:50,680 --> 00:33:52,720 Awak belum buat ladang ini. 554 00:33:52,800 --> 00:33:54,920 Dah. Saya dah buat separuh. 555 00:33:55,160 --> 00:33:57,480 -Kenapa tak cakap? -Jelas dah. 556 00:33:57,560 --> 00:33:59,560 Separuh ladang ini dah siap. 557 00:33:59,640 --> 00:34:01,600 Saya tak nampak pun. 558 00:34:01,680 --> 00:34:03,920 -Awak tak dapat bezakan? -Tak. 559 00:34:06,040 --> 00:34:09,960 Lalu kami pun berbincang tentang tiang lembaga elektrik yang rosak. 560 00:34:10,080 --> 00:34:12,320 Lebih baik awak beritahu mereka. 561 00:34:12,440 --> 00:34:15,200 -Mereka baru saja pasang semua ini. -Saya tahu. 562 00:34:15,680 --> 00:34:17,400 Apa kata kita abaikan saja? 563 00:34:18,160 --> 00:34:19,880 Lebih banyak kerosakan... 564 00:34:19,960 --> 00:34:23,160 Mungkin saya akan tuntut bahagian jentera baru. 565 00:34:23,280 --> 00:34:25,640 Awak letak tiang telefon di ladang saya 566 00:34:25,680 --> 00:34:27,600 dan saya tak reti mengelaknya. 567 00:34:27,640 --> 00:34:30,560 Kabus tebal tadi. Saya tak nampak. 568 00:34:31,280 --> 00:34:32,160 Aduhai. 569 00:34:32,800 --> 00:34:35,960 Pada saat itu, saya rasa saya dah rasa cukup malu, 570 00:34:36,200 --> 00:34:38,120 tapi rupa-rupanya belum lagi. 571 00:34:38,840 --> 00:34:41,520 Hai. Apa masalahnya? 572 00:34:41,600 --> 00:34:43,480 Beritahu dia masalahnya, Jeremy. 573 00:34:44,400 --> 00:34:45,880 Saya kemalangan tadi. 574 00:34:46,640 --> 00:34:47,640 Teruknya! 575 00:34:48,440 --> 00:34:50,160 Ia dah tercabut. 576 00:34:50,640 --> 00:34:51,560 Ya. 577 00:34:51,640 --> 00:34:53,200 Awak rosakkan mesin ini. 578 00:34:53,920 --> 00:34:57,120 Masalahnya, ini bukan mesin kita. 579 00:34:58,480 --> 00:35:00,160 Ini cuma... 580 00:35:00,960 --> 00:35:02,320 Ini cuma mesin contoh. 581 00:35:03,880 --> 00:35:04,800 Jadi... 582 00:35:05,440 --> 00:35:06,280 Okey. 583 00:35:06,640 --> 00:35:09,120 -Berapa harga mesin ini? -£20,000. 584 00:35:09,160 --> 00:35:10,400 Aduhai. 585 00:35:27,320 --> 00:35:31,080 Setelah mesin penggembur lama dikeluarkan daripada simpanan, 586 00:35:31,160 --> 00:35:33,160 akhirnya kami dapat siapkan kerja. 587 00:35:40,040 --> 00:35:41,920 Kemudian, kami hidupkan gerudi. 588 00:35:42,440 --> 00:35:43,640 Okey. Kita mulakan. 589 00:35:44,080 --> 00:35:47,200 Lalu mula menanam benih ke dalam tanah. 590 00:35:57,920 --> 00:36:02,160 Diiringi perbualan melalui radio seperti biasa. 591 00:36:02,640 --> 00:36:05,160 Dah berubah. Traktor saja. 592 00:36:05,200 --> 00:36:08,360 Ada isyarat sifar kilometer sejam yang berkelip. 593 00:36:08,520 --> 00:36:10,800 Tentu kipas awak dah rosak, betul tak? 594 00:36:10,880 --> 00:36:13,800 Macam mana pula? Saya tak sentuh mana-mana butang pun. 595 00:36:13,880 --> 00:36:15,280 Di mana butang kipas? 596 00:36:24,080 --> 00:36:27,080 Cuaca elok berterusan, dan beberapa hari kemudian, 597 00:36:28,280 --> 00:36:30,560 semua tanaman selesai ditanam. 598 00:36:34,160 --> 00:36:35,080 Syabas. 599 00:36:35,160 --> 00:36:38,520 Hanya satu tiang telefon yang rosak sikit. 600 00:36:38,600 --> 00:36:41,040 -Saya tak buat. -Ya, saya tahu. Saya yang buat. 601 00:36:44,800 --> 00:36:48,280 Tiba masa untuk bermesyuarat dengan Charlie pada tengah hari Ahad, 602 00:36:48,360 --> 00:36:51,400 yang akhirnya telah siapkan permohonan restoran. 603 00:36:54,840 --> 00:36:55,960 Fikirkan ini. 604 00:36:56,920 --> 00:36:59,840 Semua di atas pinggan itu ialah hasil Diddly Squat. 605 00:37:00,680 --> 00:37:03,200 Daging kambing, lobak merah, ubi kentang, 606 00:37:03,600 --> 00:37:08,840 ubi bit, tepung untuk kuah dan air mata air ini. 607 00:37:08,920 --> 00:37:11,080 Itulah tujuan restoran itu. 608 00:37:11,640 --> 00:37:15,560 Itu yang membuatnya sangat menarik kerana ia memang boleh berjaya. 609 00:37:15,640 --> 00:37:18,280 -Ini rancangan perniagaannya? -Ya. 610 00:37:18,360 --> 00:37:21,400 Dicetak di kedua-dua belah kertas, mesra alam. 611 00:37:21,480 --> 00:37:23,640 -Kertas kitar semula. -Tentulah. 612 00:37:24,120 --> 00:37:26,960 Tentu mereka terima banyak daripada petani. 613 00:37:27,040 --> 00:37:30,480 Ada banyak permintaan untuk kepelbagaian sekarang, 614 00:37:30,640 --> 00:37:32,040 tapi itulah yang diperlukan. 615 00:37:32,120 --> 00:37:35,960 Awak akan kehilangan subsidi bernilai £82,000. 616 00:37:36,040 --> 00:37:37,920 Kita perlu cuba isi tempat kosong. 617 00:37:38,160 --> 00:37:40,080 Sebab itu kita buat ini. 618 00:37:40,160 --> 00:37:42,120 -Ini akan dihantar hari ini? -Ya. 619 00:37:42,160 --> 00:37:45,920 Tak. Jika kita tak dapat kebenaran perancangan, 620 00:37:46,000 --> 00:37:51,160 habislah saya. Masalah besar. 621 00:37:51,280 --> 00:37:53,880 -Saya tahu. -Nanti saya akan ada banyak barang 622 00:37:53,960 --> 00:37:58,280 yang saya tak boleh untung pun kalau jual. 623 00:37:58,440 --> 00:38:00,560 -Betul. -Semuanya dah sedia. 624 00:38:00,640 --> 00:38:05,680 Saya cuma perlu Majlis Daerah Oxfordshire Barat kata, "Idea yang bagus." 625 00:38:09,480 --> 00:38:12,840 Sementara takdir ladang sedang dibincangkan di sini, 626 00:38:12,920 --> 00:38:15,160 di kilang pita merah tempatan... 627 00:38:15,280 --> 00:38:17,560 MAJLIS DAERAH OXFORDSHIRE BARAT 628 00:38:17,640 --> 00:38:18,480 Ayuh. 629 00:38:18,560 --> 00:38:21,040 ...saya perlu berikan perhatian kepada lembu, 630 00:38:21,120 --> 00:38:25,120 yang berdepan ancaman maut setiap malam. 631 00:38:41,080 --> 00:38:42,280 SETERUSNYA 632 00:38:43,040 --> 00:38:44,880 Dahsyatnya! 633 00:38:46,160 --> 00:38:47,560 -Tak boleh tembak? -Tak. 634 00:38:47,640 --> 00:38:48,640 -Gas beracun? -Tak. 635 00:38:48,760 --> 00:38:50,640 -Kambus sarangnya? -Tak boleh. 636 00:38:50,840 --> 00:38:54,600 Jika kena TB, ladang awak perlu ditutup. 637 00:38:56,640 --> 00:38:57,760 Alamak! 638 00:38:57,920 --> 00:38:59,200 KEPUTUSAN POSITIF 639 00:39:27,440 --> 00:39:29,440 Terjemahan sari kata oleh H. Segara 640 00:39:29,520 --> 00:39:31,520 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin