1 00:00:20,800 --> 00:00:26,760 MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:29,720 --> 00:00:35,680 LADANG CLARKSON DUA 3 00:00:38,320 --> 00:00:40,960 Selamat kembali ke Ladang Clarkson. 4 00:00:43,240 --> 00:00:46,640 Dah hampir setahun sejak kru filem ke sini, 5 00:00:47,720 --> 00:00:52,800 walaupun kamera tak merakam lagi, hidup di Diddly Squat tetap diteruskan. 6 00:00:56,640 --> 00:01:02,160 Antara mereka yang datang dan pergi, ada beberapa perubahan. 7 00:01:05,160 --> 00:01:08,280 Bebiri yang merugikan kini dijaga 8 00:01:08,400 --> 00:01:11,920 oleh gembala bebiri sebenar tak jauh dari sini. 9 00:01:12,480 --> 00:01:16,120 Saya sediakan peralatan dan bebiri, dia buat semua kerja, 10 00:01:16,200 --> 00:01:18,040 dan kami kongsi kerugiannya. 11 00:01:19,920 --> 00:01:24,600 Kami tanam tanaman baharu, gandum durum, yang digunakan untuk buat pasta. 12 00:01:27,040 --> 00:01:29,720 Bilangan lebah kami pun dah bertambah banyak. 13 00:01:31,520 --> 00:01:33,840 Alang-alang dah buka topik pendebungaan, 14 00:01:33,920 --> 00:01:36,680 ada ahli baharu dalam keluarga Diddly Squat. 15 00:01:44,640 --> 00:01:46,400 JULAI 2021 16 00:01:46,480 --> 00:01:48,200 Kemudian, kedai ladang, 17 00:01:48,280 --> 00:01:52,840 yang kami tak sangka agak popular. 18 00:02:00,480 --> 00:02:03,400 Harganya £6.72. Terima kasih banyak-banyak. 19 00:02:03,480 --> 00:02:04,760 Hai, apa khabar? 20 00:02:10,920 --> 00:02:13,720 Tengok. Dah penuh. 21 00:02:15,720 --> 00:02:17,600 Ada tiga ruang kosong lagi. 22 00:02:17,680 --> 00:02:19,000 -Itu saja. -Itu saja. 23 00:02:19,520 --> 00:02:22,440 Minggu lepas, jalan utama sesak. 24 00:02:22,520 --> 00:02:25,120 -Saya pun terperangkap. Ya. -Selama tiga jam. 25 00:02:25,160 --> 00:02:28,360 Orang tak dapat pergi ke pusat kesihatan untuk vaksinasi. 26 00:02:28,440 --> 00:02:31,160 Pegawai bomba pun tak dapat ke balai bomba. 27 00:02:31,880 --> 00:02:33,680 -Tak baguslah begitu. -Ya. 28 00:02:33,760 --> 00:02:36,160 -Jika ini sampai jalan utama... -Habislah kita. 29 00:02:36,240 --> 00:02:37,240 LADANG DIDDLY SQUAT DI SINI 30 00:02:38,000 --> 00:02:42,080 Jadi, kami terpaksa potong dua ekar gandum untuk buat tempat letak kereta. 31 00:02:42,160 --> 00:02:44,120 Itu pun tak cukup. 32 00:02:44,920 --> 00:02:47,720 Ini akan... Saya akan menangis sambil memotong. 33 00:02:47,800 --> 00:02:49,720 -Awak tahu, bukan? -Ya. Saya pun. 34 00:02:49,800 --> 00:02:51,000 Kita jangan buatlah, ya? 35 00:02:52,960 --> 00:02:54,040 Awak bos. 36 00:02:54,720 --> 00:02:57,760 Awak kata awak bos di ITV tempoh hari. 37 00:02:57,840 --> 00:03:00,960 Saya bos dalam hal pertanian, tapi awak yang uruskan ini. 38 00:03:01,040 --> 00:03:04,840 -Apa kata awak potong sikit di sini? -Awak perlu suruh semua ke tepi. 39 00:03:13,920 --> 00:03:15,480 Saya tak fikir masak-masak. 40 00:03:15,560 --> 00:03:18,080 Saya tak sangka orang seramai ini akan datang. 41 00:03:29,800 --> 00:03:33,720 Sebenarnya, masalah kedai ladang perlu ditangani oleh Lisa 42 00:03:34,200 --> 00:03:37,520 kerana saya sibuk dengan bom jangka 43 00:03:37,600 --> 00:03:41,440 yang sedang berdetik di setiap ladang negara ini. 44 00:03:46,720 --> 00:03:49,280 LADANG CLARKSON 45 00:03:49,360 --> 00:03:51,520 BAB 9 46 00:03:51,600 --> 00:03:56,480 BERTAHAN 47 00:04:00,920 --> 00:04:03,440 Namun sebelum itu, masa untuk menuai. 48 00:04:20,440 --> 00:04:21,360 Ini dia. 49 00:04:22,720 --> 00:04:24,120 Tuaian kedua saya. 50 00:04:25,920 --> 00:04:30,360 Pada tahun lepas, ladang barli, gandum dan biji sesawi seluas 520 ekar 51 00:04:30,800 --> 00:04:35,880 telah pulang modal sebanyak £144. 52 00:04:38,240 --> 00:04:41,040 Kali ini, mestilah saya harapkan lebih 53 00:04:41,120 --> 00:04:46,040 apabila kami buat ujian lembapan yang penting ke atas ladang barli. 54 00:04:47,440 --> 00:04:49,640 Harapnya semua barli dituai hari ini. 55 00:04:49,720 --> 00:04:50,800 Eloknya begitu. 56 00:04:50,880 --> 00:04:54,720 Ketika awak tak sibuk rasmi pasar raya dan masuk Celebrity Love Island? 57 00:04:56,920 --> 00:04:59,320 Love Island tak boleh. Isteri saya tak suka. 58 00:04:59,360 --> 00:05:01,200 -Jadi, rancangan mana? -I'm a Celeb. 59 00:05:01,680 --> 00:05:03,560 Saya nak tengok awak di Australia. 60 00:05:03,640 --> 00:05:05,040 Itu yang paling teruk. 61 00:05:05,120 --> 00:05:08,480 Saya paling takut kalau kena pergi. 62 00:05:08,560 --> 00:05:10,520 -Tak nak pergi ke Australia? -Tak nak. 63 00:05:10,600 --> 00:05:11,800 Jika mereka ke sini... 64 00:05:13,200 --> 00:05:14,800 -Saya setuju. -Saya selebriti, 65 00:05:14,920 --> 00:05:17,200 saya di Chipping Norton, tempat tinggal saya. 66 00:05:21,120 --> 00:05:22,200 Sedia? 67 00:05:23,600 --> 00:05:25,360 15.9. 68 00:05:26,480 --> 00:05:30,800 Memandangkan keputusannya hampir dengan standard 15.5, 69 00:05:30,880 --> 00:05:32,760 kami pun menghubungi Simon. 70 00:05:34,240 --> 00:05:37,520 Apabila dia tiba dengan mesin penuai kombin baharu, 71 00:05:37,600 --> 00:05:39,520 saya uji sekali lagi. 72 00:05:41,120 --> 00:05:42,640 15.3. 73 00:05:42,720 --> 00:05:45,560 -Bagus, bukan? -Ya. Bagus, boleh tuai. 74 00:05:55,520 --> 00:05:58,480 Baiklah. Kaca mata hitam. Dah sedia. 75 00:06:00,040 --> 00:06:03,920 Ini lagu kegemaran datuk saya, yang meninggal secara mengejut. 76 00:06:04,560 --> 00:06:06,320 Kumpulan The Who. Dia ajar saya. 77 00:06:45,040 --> 00:06:47,320 Dah setahun saya tak buat kerja ini. 78 00:06:48,880 --> 00:06:50,840 Harapnya saya ingat caranya. 79 00:07:00,280 --> 00:07:01,360 Begitulah. 80 00:07:06,440 --> 00:07:07,360 Ke tepi! 81 00:07:10,080 --> 00:07:12,040 Dia halang laluan awak, Simon? 82 00:07:12,640 --> 00:07:15,200 Ya. Kawasan ini sesaklah. 83 00:07:20,200 --> 00:07:24,600 Matlamatnya adalah untuk selesaikan sebahagian besar penuaian, tapi kami cuma 84 00:07:24,680 --> 00:07:28,160 sempat buat dua muatan sebelum Kaleb berbunyi di radio. 85 00:07:29,080 --> 00:07:31,680 Keputusan ujian lembapan 15.8. 86 00:07:32,160 --> 00:07:35,880 Parasnya perlu 15.5. Tak boleh tuai jika lebih. 87 00:07:37,960 --> 00:07:40,800 Oleh sebab perbezaannya kecil bagi saya, 88 00:07:40,880 --> 00:07:44,200 saya pun minta nasihat ejen tanah paling ceria di Britain. 89 00:07:44,920 --> 00:07:47,240 -Helo. -Hai, Charlie. Ini saya. 90 00:07:47,320 --> 00:07:50,160 Parasnya 15.8 ketika kami tuai tadi. 91 00:07:50,960 --> 00:07:52,200 Ya. 92 00:07:53,000 --> 00:07:54,080 Itu agak tinggi. 93 00:07:54,720 --> 00:07:56,200 Jadi, kami kena berhenti? 94 00:07:56,280 --> 00:08:00,680 Ya. Okey. Dah tentu ia mengecewakan. 95 00:08:00,760 --> 00:08:03,280 Baiklah. Terima kasih, Charlie. Sambung nanti. 96 00:08:04,000 --> 00:08:05,720 -Jumpa lagi. -Okey. Jumpa lagi. 97 00:08:07,120 --> 00:08:09,080 Tak guna. 98 00:08:11,000 --> 00:08:12,800 Menyusahkan betul. 99 00:08:13,480 --> 00:08:17,840 Dapat berapa banyak? Tiga muatan treler saja, 36 tan. 100 00:08:19,320 --> 00:08:22,040 Saya tak cukup sabar untuk jadi petani. 101 00:08:22,120 --> 00:08:23,680 Saya terfikir ketika baring, 102 00:08:23,760 --> 00:08:28,000 "Barli dah terlebih ranum dan saya tak boleh naikkan." 103 00:08:29,080 --> 00:08:33,120 Bukan saya yang tak boleh naik. Maksud saya, barli tak boleh dituai. 104 00:08:35,640 --> 00:08:38,840 Saya dan Kaleb bawa muatan terakhir ke tempat simpanan, 105 00:08:38,880 --> 00:08:43,960 yang telah didatangi pelaku musnah lagi. 106 00:08:45,640 --> 00:08:50,640 Ban itu yang mereka bakar tahun lepas. Tahun ini, mereka nak bakar yang ini. 107 00:08:50,760 --> 00:08:53,200 Saya dah berbincang dengan polis 108 00:08:53,280 --> 00:08:57,960 dan polis jenayah kampung, tapi mereka dah tak guna Mitsubishi L200. 109 00:08:58,040 --> 00:09:02,200 Lori itu boleh kejar penjahat. Kini, mereka guna kereta Vauxhall Corsa. 110 00:09:02,280 --> 00:09:05,760 United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, 111 00:09:05,840 --> 00:09:07,840 negara keenam terkaya di dunia. 112 00:09:07,880 --> 00:09:11,120 Macam mana nak tangkap penjahat dengan kereta Corsa? 113 00:09:12,480 --> 00:09:16,720 Lebih menjengkelkan lagi, oleh sebab negara kekurangan pemandu lori, 114 00:09:16,760 --> 00:09:20,400 kami cuma dapat tempah sebuah lori untuk ambil hasil barli ini. 115 00:09:21,600 --> 00:09:24,440 Maknanya, sebahagian barli akan terbiar di luar. 116 00:09:25,880 --> 00:09:29,120 Ramalan cuaca pula kata esok hujan. 117 00:09:31,000 --> 00:09:34,240 Saya marah. Ada berapa di sini? Lima tan? 118 00:09:34,760 --> 00:09:36,440 Ya, dalam empat atau lima tan. 119 00:09:36,960 --> 00:09:38,880 Ia akan terbiar dan membusuk. 120 00:09:39,880 --> 00:09:43,120 Barli bernilai hampir £750 121 00:09:43,200 --> 00:09:45,440 -akan rosak kerana terbiar di sini. -Ya. 122 00:09:45,960 --> 00:09:49,320 Mungkin ramalan cuaca salah dan cuaca cerah pada waktu pagi. 123 00:09:49,720 --> 00:09:51,000 Manalah tahu. 124 00:09:54,000 --> 00:09:56,760 Esoknya, kami tahu. 125 00:10:02,520 --> 00:10:03,760 Tak guna. 126 00:10:07,080 --> 00:10:09,880 Saya baru terima mesej daripada pedagang bijian. 127 00:10:10,000 --> 00:10:12,760 -Sebab inilah kita berhenti semalam. -Ya. 128 00:10:12,880 --> 00:10:16,320 Lembapan muatan pagi tadi, 16.5%. 129 00:10:16,760 --> 00:10:20,040 Ada caj pengeringan sebanyak £9.75. 130 00:10:20,760 --> 00:10:22,080 -Satu tan? -Satu tan. 131 00:10:22,160 --> 00:10:24,880 Serta kehilangan berat sebanyak 4.5%. 132 00:10:25,320 --> 00:10:27,880 Jadi, mereka takkan bayar untuk satu tan setengah. 133 00:10:28,000 --> 00:10:31,880 Mereka caj awak untuk air, sebab itu kita berhenti malam tadi. 134 00:10:32,000 --> 00:10:34,080 Berapa kita rugi? 135 00:10:34,160 --> 00:10:36,960 Itu berharga £450. 136 00:10:37,040 --> 00:10:41,840 -Dalam bentuk cukai pedagang. -Yang £750 itu? 137 00:10:41,880 --> 00:10:45,280 -Menunggu... Ya. -Menunggu dan makin basah. Aduhai. 138 00:10:46,120 --> 00:10:51,320 Walaupun masalah penuaian mengecewakan, 139 00:10:52,240 --> 00:10:55,400 ia kecil berbanding masalah yang saya dihadapi 140 00:10:55,480 --> 00:10:58,280 dan dihadapi semua petani di UK. 141 00:10:59,240 --> 00:11:04,960 Suatu masalah yang berkembang sejak kejadian huru-hara Jun 2016. 142 00:11:11,320 --> 00:11:14,880 Rakyat Britain telah bersuara, jawapannya, "Kami keluar." 143 00:11:16,720 --> 00:11:21,440 Para petani tahu bahawa Brexit bermakna tiada lagi dana dan subsidi EU. 144 00:11:21,520 --> 00:11:24,800 Namun, kerajaan Britain yakinkan kami supaya bertenang. 145 00:11:25,520 --> 00:11:31,000 Kami akan jamin sokongan untuk pertanian UK pada tahap kini, 100%. 146 00:11:31,080 --> 00:11:34,760 Kerajaan ini telah memberikan tahap kepastian yang lebih 147 00:11:34,840 --> 00:11:38,520 daripada kerajaan lain di EU berkenaan sokongan pertanian masa depan, 148 00:11:38,600 --> 00:11:40,400 apatah lagi di dunia. 149 00:11:41,160 --> 00:11:45,040 Akan tetapi, janji-janji ini masih belum dikotakan. 150 00:11:46,160 --> 00:11:48,880 Kerajaan mungkin bercita-cita tinggi, tapi petani kata 151 00:11:48,960 --> 00:11:52,200 duit dan maklumat amat kurang sekarang. 152 00:11:52,560 --> 00:11:55,000 Pengumuman yang dibuat sangat kabur. 153 00:11:55,080 --> 00:11:58,000 Kami tak tahu benda yang akan dibiaya dan jumlahnya. 154 00:11:58,080 --> 00:11:59,520 Sistem apa yang akan dipakai 155 00:11:59,600 --> 00:12:01,920 dalam satu, dua atau lima tahun? 156 00:12:02,000 --> 00:12:04,080 Banyak perkara yang perlu dijelaskan. 157 00:12:04,440 --> 00:12:05,880 -Selepas Brexit. -Ya. 158 00:12:05,960 --> 00:12:07,880 Petani. Lebih senang atau susah? 159 00:12:07,960 --> 00:12:08,840 Lebih susah. 160 00:12:11,280 --> 00:12:17,040 Isu besar ini memerlukan tindakan muktamad daripada saya dan Charlie. 161 00:12:17,560 --> 00:12:22,600 Kita tahu awak akan hilang £82,000 subsidi setahun. 162 00:12:22,680 --> 00:12:27,080 Dalam beberapa tahun ini, awak akan dapat £0 setiap hektar. 163 00:12:27,960 --> 00:12:30,280 Semua subsidi langsung akan dihentikan. 164 00:12:30,360 --> 00:12:33,160 Jadi, mungkin ada dana dan subsidi, 165 00:12:33,240 --> 00:12:35,680 cuma kita belum tahu lagi. 166 00:12:35,760 --> 00:12:39,920 Ya. Kita cuma tahu mereka kata, "Duit awam untuk barang awam." 167 00:12:40,560 --> 00:12:43,560 Mereka akan bayar petani untuk sediakan barang awam. 168 00:12:43,640 --> 00:12:46,280 Tiada maknanya. Itu cuma slogan. 169 00:12:46,360 --> 00:12:50,440 Buat masa ini, tiada maklumat sahih tentang kenyataan itu. 170 00:12:50,520 --> 00:12:54,880 Semua petani yang saya jumpa kata, "Apa patut kami buat? 171 00:12:54,960 --> 00:12:57,520 "Kerajaan nak kami tanam apa? Jangan tanam apa? 172 00:12:57,600 --> 00:13:00,440 "Adakah glisofat akan diharamkan? Kami tak tahu." 173 00:13:00,520 --> 00:13:02,800 -Kita tak tahu apa mereka nak buat. -Ya. 174 00:13:02,880 --> 00:13:04,560 -Ya. -Saya terkejut. 175 00:13:04,640 --> 00:13:08,320 Ia bagaikan FIFA berkata, "Ada peraturan bola sepak baru," 176 00:13:08,400 --> 00:13:12,080 dan semua pasukan jawab, "Apa? Tiada penjaga gol? 177 00:13:12,160 --> 00:13:14,960 "Guna dua bola? Pasukan campur, lelaki dan wanita? 178 00:13:15,040 --> 00:13:17,160 -"Apa dia?" -Ada peraturan baru. 179 00:13:17,240 --> 00:13:19,800 "Kami tak tahu, tapi ada peraturan baru. 180 00:13:19,880 --> 00:13:23,240 "Kami belum tahu lagi," dan "Musim bermula minggu depan." 181 00:13:23,320 --> 00:13:25,560 Betul, memang menggeramkan. 182 00:13:26,360 --> 00:13:27,560 Apa-apa pun, begini. 183 00:13:27,640 --> 00:13:30,840 Biarlah kerajaan fikirkan, bermesyuarat 184 00:13:30,920 --> 00:13:34,040 dan pilih jawatankuasa dan sebagainya. 185 00:13:34,120 --> 00:13:36,000 Lantaklah mereka semua. 186 00:13:36,920 --> 00:13:38,600 Ini rancangan saya. 187 00:13:39,200 --> 00:13:40,040 Ya? 188 00:13:40,520 --> 00:13:41,400 Lembu. 189 00:13:42,560 --> 00:13:43,520 Lembu? 190 00:13:44,120 --> 00:13:46,080 Saya tahu ternak bebiri gagal. 191 00:13:46,160 --> 00:13:48,000 -Ya. -Tapi lembu... 192 00:13:48,600 --> 00:13:49,440 Ya. 193 00:13:49,920 --> 00:13:54,400 -Sebab lembu buang air besar. -Betul. 194 00:13:54,480 --> 00:13:56,320 Ia bagus untuk tanah. 195 00:13:56,400 --> 00:14:00,000 -Bagus untuk tanah? -Esoknya, letak ayam betina 196 00:14:00,080 --> 00:14:02,520 di tempat lembu berak dan ayam makan cacing 197 00:14:02,600 --> 00:14:04,280 -dari najis lembu... -Ya. 198 00:14:04,360 --> 00:14:08,280 ...serta memijak-mijak najis sendiri dan najis lembu ke dalam tanah 199 00:14:08,360 --> 00:14:10,840 -lalu membuatnya bagus dan lain-lain. -Ya. 200 00:14:10,920 --> 00:14:15,200 Lambat-laun, seluruh ladang dah disuburkan semula. 201 00:14:15,280 --> 00:14:17,440 Usaha ternakan ragut, tapi akhirnya... 202 00:14:17,520 --> 00:14:19,680 -Ia demi tanah. -Ia demi tanah. 203 00:14:19,760 --> 00:14:22,840 Kita berpatah balik ke pertanian cara lama. 204 00:14:22,920 --> 00:14:25,080 -Itu rancangan saya. -Lembu? 205 00:14:25,160 --> 00:14:26,600 Ya, lembu. 206 00:14:26,680 --> 00:14:29,120 -Berapa ekor lembu? -Saya tak tahu. 207 00:14:29,760 --> 00:14:33,080 Lembu boleh hidap tuberkulosis kerana badger. 208 00:14:33,160 --> 00:14:36,200 -Kita di kawasan berisiko tinggi. -Bunuh semua badger. 209 00:14:37,080 --> 00:14:38,640 Tak boleh bunuh badger. 210 00:14:38,720 --> 00:14:41,200 -Kenapa tak boleh bunuh? -Tak dibenarkan. 211 00:14:41,280 --> 00:14:43,320 Jika badger membunuh lembu? 212 00:14:43,400 --> 00:14:45,120 Kita tetap tak boleh bunuh badger. 213 00:14:45,600 --> 00:14:47,120 Kita fikir jika perlu nanti. 214 00:14:48,360 --> 00:14:51,520 Ini rancangan seterusnya. Bersedia? 215 00:14:52,920 --> 00:14:57,560 Tukar bangsal beranak bebiri, yang dah tak perlu, jadi sebuah restoran 216 00:14:58,320 --> 00:15:00,000 dan jual daging lembu di situ. 217 00:15:00,760 --> 00:15:03,000 Daging lembu sendiri, disembelih berdekatan, 218 00:15:03,080 --> 00:15:07,800 dimasak dan dihidangkan di restoran yang kita boleh duduk makan... 219 00:15:07,880 --> 00:15:09,800 Ada daging kambing. Masih ada bebiri. 220 00:15:09,880 --> 00:15:11,760 -Ya. -Ada daging lembu atau kambing. 221 00:15:11,840 --> 00:15:13,840 -Kita ada ubi kentang sendiri. -Ya. 222 00:15:13,920 --> 00:15:17,040 Ada tepung untuk kuah. Ada pudina untuk sos pudina. 223 00:15:17,120 --> 00:15:18,760 -Kita ada. -Ada lobak kuda. 224 00:15:18,840 --> 00:15:19,960 Kita ada gandum durum, 225 00:15:20,040 --> 00:15:22,120 -jadi boleh buat pasta sendiri. -Pasta. 226 00:15:22,200 --> 00:15:27,240 Sebuah restoran dengan semua makanannya 227 00:15:27,320 --> 00:15:29,400 dihasilkan di Diddly Squat. 228 00:15:31,800 --> 00:15:35,160 Bijak. Cuma butiran untuk capai itu... 229 00:15:35,240 --> 00:15:36,480 Ya, tengok ini. 230 00:15:36,560 --> 00:15:37,920 -Tak. -Gambar ini, tengok. 231 00:15:38,000 --> 00:15:39,560 Kita nak ini, lembu Friesian. 232 00:15:40,240 --> 00:15:44,400 -Lembu tenusu. Awak kata "makan"... -Macam mana awak tahu... Apa? 233 00:15:44,480 --> 00:15:47,240 Awak kata nak makan lembu... Itu lembu tenusu. 234 00:15:47,320 --> 00:15:49,760 Kos tinggi untuk buka restoran. 235 00:15:49,840 --> 00:15:51,280 Saya tak tahu langsung. 236 00:15:51,360 --> 00:15:53,480 -Buka dan tutup. -Buka dan tutup. 237 00:15:53,560 --> 00:15:56,520 Saya tahu ada 80% kadar gagal, tapi saya ada rancangan. 238 00:15:56,600 --> 00:15:58,080 Jadi yang dalam 20%. 239 00:15:59,680 --> 00:16:03,600 Saya tahu, semuanya ada di sini. Tentu awak rasa teruja sikit. 240 00:16:03,680 --> 00:16:04,560 Saya cuma... 241 00:16:04,640 --> 00:16:06,480 Itulah rancangan saya. 242 00:16:06,560 --> 00:16:08,880 -Awak nak saya cari lembu? -Ya. 243 00:16:11,480 --> 00:16:16,760 Sementara Charlie pergi cari lembu, saya sambung menuai, tapi tak. 244 00:16:18,240 --> 00:16:20,080 Selama empat hari berikutnya, 245 00:16:20,160 --> 00:16:25,080 hujan turun cukup banyak untuk membuatkan tanaman lembap saja. 246 00:16:32,440 --> 00:16:35,640 Jadi, saya andaikan hari ini juga tak boleh, 247 00:16:36,200 --> 00:16:40,320 Aduhai. Besar betul kelaran ini. 248 00:16:40,840 --> 00:16:44,200 Jadi, saya putuskan untuk tukar semua tayar traktor saya. 249 00:16:45,720 --> 00:16:49,360 Yang menariknya, udara ini mungkin 14 tahun dan dari Jerman. 250 00:16:49,440 --> 00:16:50,280 Ya. 251 00:16:52,560 --> 00:16:54,200 Awak perlu bantuan? 252 00:16:54,280 --> 00:16:56,120 Katanya sambil berharap dia menolak. 253 00:17:05,080 --> 00:17:06,480 Apa pendapat awak? 254 00:17:07,560 --> 00:17:09,080 Apa yang awak buat? 255 00:17:10,000 --> 00:17:11,960 -Jagung dah sedia. -Apa? 256 00:17:12,040 --> 00:17:14,560 Semua jagung boleh dituai. Kena pergi sekarang. 257 00:17:14,640 --> 00:17:18,240 Apa awak buat? Patut buat begini untuk musim sejuk. 258 00:17:18,560 --> 00:17:22,200 -Ini kerja musim sejuk. -Tayar tak botak waktu itu. 259 00:17:23,160 --> 00:17:25,080 Bagus. Jumpa dalam masa sejam. 260 00:17:25,200 --> 00:17:26,520 Apa kata awak mula dulu? 261 00:17:26,560 --> 00:17:30,520 Saya akan mula dan bertanggungjawab sementara awak main-main di sini. 262 00:17:30,560 --> 00:17:32,880 Memandangkan saya dimarah teruk, 263 00:17:32,960 --> 00:17:36,480 tukang pasang tayar cepat-cepat pasang yang baru. 264 00:17:40,760 --> 00:17:43,440 Kemudian, saya pun nak pasangkan treler 265 00:17:43,920 --> 00:17:48,680 sambil berharap semuanya berjalan lancar kali ini. 266 00:17:49,240 --> 00:17:50,160 Baiklah. 267 00:17:57,160 --> 00:17:58,080 Tidak. 268 00:18:01,080 --> 00:18:02,000 Alamak. 269 00:18:03,240 --> 00:18:04,200 Pete? 270 00:18:05,560 --> 00:18:06,480 Ya? 271 00:18:07,680 --> 00:18:08,560 Apa cerita? 272 00:18:09,080 --> 00:18:12,200 Cangkuk kuning itu ada keluar di belakang? 273 00:18:14,080 --> 00:18:15,800 -Tak ada. -Sekarang macam mana? 274 00:18:16,440 --> 00:18:18,240 -Tak ada. -Sekarang? 275 00:18:19,080 --> 00:18:20,760 -Tak ada. -Sekarang? 276 00:18:21,520 --> 00:18:22,320 Tak ada. 277 00:18:23,240 --> 00:18:27,560 Ya Tuhan. Janganlah dia datang balik dan nampak ini berlaku lagi. 278 00:18:41,880 --> 00:18:43,240 Masukkan ini ke dalam. 279 00:18:43,320 --> 00:18:45,000 -Ya, -Tak apa, selamat. 280 00:18:46,040 --> 00:18:48,920 Selama ini, awak asyik kata ia berbahaya. 281 00:18:49,000 --> 00:18:52,080 Belakang traktor memang, tapi kita guna tuil. 282 00:18:52,160 --> 00:18:53,080 Okey. 283 00:18:53,800 --> 00:18:56,800 Pegang di situ. Saya akan cuba... 284 00:19:00,160 --> 00:19:02,400 -Ada keluar? Cangkuk itu? -Tak ada. 285 00:19:03,080 --> 00:19:04,720 -Tak ada? -Tak ada. 286 00:19:05,240 --> 00:19:06,760 -Tak ada? -Tak ada. 287 00:19:10,960 --> 00:19:12,520 Awak belum pasang lagi? 288 00:19:12,560 --> 00:19:13,640 Sebut langkahnya. 289 00:19:13,720 --> 00:19:15,520 -Baiklah. -Tengok apa silap saya. 290 00:19:15,560 --> 00:19:17,520 -Ya. -Tapi jangan tengking. 291 00:19:17,560 --> 00:19:19,680 -Saya dah cuba sedaya upaya. -Okey. 292 00:19:20,200 --> 00:19:21,240 Okey. Sedia? 293 00:19:21,320 --> 00:19:23,080 -Ya. -Tekan butang berhenti. 294 00:19:23,200 --> 00:19:25,520 -Ya. -Sekarang, tekan ke atas. 295 00:19:27,520 --> 00:19:28,320 Ke bawah pula. 296 00:19:31,560 --> 00:19:33,800 -Benda itu dah keluar? -Ya. 297 00:19:33,920 --> 00:19:37,240 Kenapa... Saya geram betul sebab tadi... 298 00:19:40,080 --> 00:19:41,680 Setelah pasang treler, 299 00:19:41,760 --> 00:19:45,080 akhirnya kami dapat sambung menuai. 300 00:19:52,080 --> 00:19:55,400 Tolonglah, matahari. Teruskan mengering. 301 00:20:12,160 --> 00:20:16,320 Pertama sekali, kami menuai seorang budak kecil. 302 00:20:18,040 --> 00:20:20,920 Pasti akan masuk berita, betul tak? 303 00:20:21,000 --> 00:20:23,960 Jeremy Clarkson telah mencencang seorang budak. 304 00:20:25,040 --> 00:20:27,960 Burberry. Budak kelas pekerja. 305 00:20:30,880 --> 00:20:35,080 Tengok, ini masalahnya. Barli ini dah lama berada di sini 306 00:20:35,680 --> 00:20:39,000 dan ia dah mula bercambah dan tumbuh. 307 00:20:40,040 --> 00:20:41,640 Tengok itu. 308 00:20:44,080 --> 00:20:48,280 Yang ini basah lencun. 309 00:20:49,280 --> 00:20:53,480 Kaleb kata saya perlu meratakan semuanya di atas lantai konkrit 310 00:20:54,040 --> 00:20:55,760 menggunakan trak angkat. 311 00:20:56,400 --> 00:21:00,280 Kemudian, letakkan tuaian baru di atasnya 312 00:21:00,320 --> 00:21:03,240 dan ia akan bercampur di dalam lori. 313 00:21:04,280 --> 00:21:06,640 Bacaan purata akan jadi okey. 314 00:21:15,040 --> 00:21:16,080 Saya rasa nak mati! 315 00:21:17,040 --> 00:21:19,960 Saya dah jumpa sesuatu yang saya mahir dalam pertanian. 316 00:21:25,000 --> 00:21:27,680 Dia akan kata, "Bukan awak yang buat ini." 317 00:21:29,880 --> 00:21:32,160 Bukankah perlu buang yang hijau dulu? 318 00:21:32,240 --> 00:21:33,080 Apa? 319 00:21:33,160 --> 00:21:36,000 Bukankah awak perlu buang yang hijau dulu? 320 00:21:36,800 --> 00:21:37,920 Siapa kata? 321 00:21:38,000 --> 00:21:40,320 -Kaleb. -Mana ada. Ada dia kata? 322 00:21:40,800 --> 00:21:41,640 Ya. 323 00:21:46,560 --> 00:21:48,080 Awak dah buat dengan baik. 324 00:21:50,160 --> 00:21:52,360 -Cukup bagus? -Boleh tahan. 325 00:21:52,440 --> 00:21:55,360 Saya dah buat. Saya buang semua tunas dulu. 326 00:21:56,040 --> 00:21:56,880 Syabas. 327 00:22:04,840 --> 00:22:05,960 Kami teruskan 328 00:22:06,880 --> 00:22:11,400 dan berjaya menuai baki barli dan biji sesawi dalam beberapa hari, 329 00:22:12,800 --> 00:22:18,040 sebelum hujan turun dan hentikan kerja semula. 330 00:22:19,400 --> 00:22:22,160 Namun, saya dapat memanfaatkan masa itu 331 00:22:22,240 --> 00:22:25,680 kerana Charlie dah jumpa lembu untuk saya tengok. 332 00:22:26,440 --> 00:22:29,960 Jadi, ini... Kita nak beli lembu betina atau jantan? 333 00:22:30,040 --> 00:22:32,840 -Lembu pembiakan semestinya betina. -Ya. 334 00:22:32,920 --> 00:22:36,680 Namun, ada juga haiwan yang kita boleh gemukkan untuk sembelih. 335 00:22:36,760 --> 00:22:39,920 -Itu boleh jadi lembu jantan muda, tapi... -Betul. 336 00:22:40,000 --> 00:22:42,240 Lembu jantan muda sebelum jadi dewasa. 337 00:22:42,320 --> 00:22:44,400 -Ia digelar lembu kasi? -Ya, lembu kasi. 338 00:22:44,480 --> 00:22:46,880 -Betulkah? -Sebab ia tiada testikel. 339 00:22:46,960 --> 00:22:50,760 -Kenapa tiada testikel? -Ia dikasi. Lebih selamat. 340 00:22:50,840 --> 00:22:52,120 -Jika awak... -Apa? 341 00:22:52,200 --> 00:22:57,520 Lebih selamat kendalikan lembu jantan jika ia tiada testikel. 342 00:22:58,200 --> 00:23:01,800 Tak masuk akal. Saya takkan begitu jika telur saya dikasi. 343 00:23:01,880 --> 00:23:05,400 Awak tak menghasilkan jumlah testosteron sebanyak lembu jantan. 344 00:23:06,520 --> 00:23:09,920 Lisa tanya jika kita boleh beli yang berbulu mata panjang. 345 00:23:10,000 --> 00:23:13,200 Saya tak pasti dia sesuai untuk hidup bertani. 346 00:23:13,280 --> 00:23:15,240 -"Bulu mata panjang"? -Katanya, "Nak 347 00:23:15,320 --> 00:23:18,800 -"yang berbulu mata cantik dan panjang." -Boleh. 348 00:23:20,440 --> 00:23:23,680 Akhirnya, kami tiba di ladang penternak lembu Tim 349 00:23:23,760 --> 00:23:25,160 di Northamptonshire. 350 00:23:28,360 --> 00:23:31,120 -Bunyi bising itu dari litar Silverstone? -Ya. 351 00:23:31,200 --> 00:23:33,160 Saya sangka awak akan abaikan. 352 00:23:33,240 --> 00:23:35,000 Memang selalu kuat begini? 353 00:23:35,080 --> 00:23:36,520 -Ya. -Selalunyalah. 354 00:23:36,600 --> 00:23:38,760 Kacau saja bunyi kereta bising. 355 00:23:39,680 --> 00:23:41,280 Tengok awak! 356 00:23:42,240 --> 00:23:44,480 -Itu lembu kasi. -Semua ini lembu kasi. 357 00:23:45,880 --> 00:23:47,200 Lembu kasi itu apa? 358 00:23:48,200 --> 00:23:49,920 Lembu jantan tanpa testikel. 359 00:23:50,000 --> 00:23:51,720 -Okey, ini... -Tiada telur. 360 00:23:52,560 --> 00:23:55,640 -Jadi, yang ini untuk makan. -Ini untuk makan. 361 00:23:56,120 --> 00:23:59,720 -Okey. Ini untuk membiak. -Ya, ini untuk membiak. 362 00:23:59,800 --> 00:24:01,320 Ini bukan untuk dimakan. 363 00:24:01,400 --> 00:24:04,360 -Kita boleh beri nama dan sebagainya. -Ya. 364 00:24:06,440 --> 00:24:10,000 Saya tak pernah... Ini macam di tandas awam. 365 00:24:10,800 --> 00:24:12,360 Ia pernah berhenti membuang? 366 00:24:12,440 --> 00:24:14,720 -Ya. -Tengok itu. Dua-dua membuang. 367 00:24:14,800 --> 00:24:16,520 Ia sangat... Tengoklah. 368 00:24:16,600 --> 00:24:18,960 -Akan dapat banyak muk. -Ya. 369 00:24:19,040 --> 00:24:20,640 -Itu yang kami nak. -Bagus. 370 00:24:20,720 --> 00:24:22,000 -Muk bagus. -Ya. 371 00:24:22,080 --> 00:24:26,360 Saya mahu muk di ladang. Jimat dan tak perlu guna banyak nitrogen. 372 00:24:26,440 --> 00:24:28,920 Begitulah saya dapat idea. Saya terfikir 373 00:24:29,000 --> 00:24:32,000 -Boris buat perjanjian dengan Australia. -Ya. 374 00:24:32,080 --> 00:24:34,600 Pada pendapat saya, ia takkan berjaya. 375 00:24:34,680 --> 00:24:38,240 -Ya, betul. -Daging lembu murah dan tak elok masuk. 376 00:24:38,320 --> 00:24:40,680 Jika ada daging lembu rumput, buka restoran, 377 00:24:40,760 --> 00:24:43,760 saya tak perlu risau bersaing dengan daging Australia. 378 00:24:43,840 --> 00:24:48,240 Baka tanduk pendek ini boleh jadi salah satu daging paling sedap dimakan. 379 00:24:48,320 --> 00:24:49,160 -Benarkah? -Ya. 380 00:24:51,360 --> 00:24:52,280 Awak hebat. 381 00:24:53,080 --> 00:24:54,440 Muka awak bagus. 382 00:24:54,520 --> 00:24:58,120 Jeremy, jangan puji lebih-lebih. Ingat, kita belum runding harga. 383 00:24:58,200 --> 00:25:01,280 -Ya. Saya cuma suka muka yang itu. -Teruskan bercakap. 384 00:25:01,360 --> 00:25:04,920 Sapaan mesra dah selesai. Tiba masa untuk memilih, 385 00:25:05,000 --> 00:25:07,960 yang saya anggap suatu proses yang agak mudah. 386 00:25:08,520 --> 00:25:11,760 Ada empat lembu dan anak lembu di sini, sama di sana. 387 00:25:11,840 --> 00:25:15,680 Jadi, kita dapat lembu berpengalaman dengan anak lembunya sendiri. 388 00:25:15,760 --> 00:25:18,040 Lembu ini sedia menjelang Krismas. 389 00:25:18,120 --> 00:25:19,320 Setahun lagi. 390 00:25:19,800 --> 00:25:21,080 -Ya. -Ini setahun lagi. 391 00:25:21,160 --> 00:25:23,160 Sebab itu kita perlu yang lain... 392 00:25:23,240 --> 00:25:24,880 -Ini lagi setahun? -Ya. 393 00:25:24,960 --> 00:25:26,160 -Masa ini... -Ya. 394 00:25:26,760 --> 00:25:30,760 -Sebab itu kita perlu beli yang lain... -Ya. Aduhai, rumit juga. 395 00:25:30,840 --> 00:25:33,680 Jadi, kami nak beli beberapa yang akan... 396 00:25:33,760 --> 00:25:37,960 Kami perlu lembu yang boleh hamil menjelang musim bunga depan. 397 00:25:38,040 --> 00:25:39,680 Ini beranak musim bunga depan. 398 00:25:40,160 --> 00:25:42,760 Tak, baru hamil musim... Tak. Beranak... 399 00:25:42,840 --> 00:25:44,320 Beranak musim bunga depan. 400 00:25:44,440 --> 00:25:46,840 -Kami nak 12 ekor lembu. -Dua belas ekor. 401 00:25:46,920 --> 00:25:50,880 Tak. Ada lapan ekor di sini. Ada berapa di sini? Lapan ekor? 402 00:25:52,080 --> 00:25:53,920 Lapan ekor lembu dengan anak lembu. 403 00:25:54,000 --> 00:25:56,280 Mungkin kita beli juga lembu betina muda. 404 00:25:56,840 --> 00:26:02,520 Jadi, lembu betina muda sedia disembelih sebelum anak lembu? 405 00:26:03,000 --> 00:26:04,960 Tak. Ia akan jadi stok pembiakbakaan. 406 00:26:05,040 --> 00:26:07,520 Ia akan hamil, maka cukuplah 12 ekor. 407 00:26:07,600 --> 00:26:09,240 -Aduhai. -Beli lembu jantan muda 408 00:26:09,320 --> 00:26:11,000 untuk ternak, untuk penggemukan. 409 00:26:13,120 --> 00:26:15,040 Jangan risau. Saya tahu nak beli apa. 410 00:26:17,880 --> 00:26:22,520 Tiba masa untuk bincang harga bagi apa yang saya nak beli. 411 00:26:23,520 --> 00:26:24,800 Berapa harga seekor? 412 00:26:25,280 --> 00:26:29,480 Harga lembu betina dan anak begini sekitar £2,200. 413 00:26:29,960 --> 00:26:35,080 Maknanya, harganya lebih kurang sama dengan... Boleh dapat Alfa 159. 414 00:26:35,800 --> 00:26:38,240 -Saya tak tahu itu apa. -Alfa Romeo 159. 415 00:26:38,320 --> 00:26:40,800 Awak tinggal di Silverstone, tapi tak tahu... 416 00:26:41,280 --> 00:26:44,560 Ada banyak risiko. Beli dan beri makan. 417 00:26:45,040 --> 00:26:46,720 Anak lembu boleh mati. 418 00:26:46,800 --> 00:26:49,440 -Macam Alfa Romeo. -Alfa Romeo pun boleh terbabas. 419 00:26:49,520 --> 00:26:50,360 -Ya. -Betul. 420 00:26:50,480 --> 00:26:53,520 Tak, ia mati sendiri. Berapa harga lembu betina muda? 421 00:26:53,600 --> 00:26:54,680 Yang itu? 422 00:26:55,160 --> 00:26:56,640 Dalam £1,800. 423 00:26:57,360 --> 00:26:58,360 £1,800? 424 00:26:58,920 --> 00:27:00,040 -Tentulah. -Sekejap. 425 00:27:00,120 --> 00:27:02,360 Sekejap, saya nak guna kalkulator. 426 00:27:02,440 --> 00:27:06,000 -Jadi, semuanya 20 ekor. -Betul. 427 00:27:06,080 --> 00:27:09,040 Baiklah. Harganya £25,000. 428 00:27:09,120 --> 00:27:10,960 Ya. Kita boleh dapat lebih murah. 429 00:27:12,240 --> 00:27:15,200 -Lembu, anak lembu, £2,000. -£2,100? 430 00:27:16,000 --> 00:27:16,920 £2,000. 431 00:27:17,560 --> 00:27:19,240 -Okey, £2,000. -Lembu betina muda, 432 00:27:19,320 --> 00:27:22,360 -kita belum bincangkan lagi. -Ia agak mahal. 433 00:27:22,440 --> 00:27:24,600 Saya tak boleh jual kurang daripada £1,500. 434 00:27:24,680 --> 00:27:26,920 -£1,250. -Mesti £1,500. 435 00:27:27,400 --> 00:27:28,680 Termasuk penghantaran? 436 00:27:29,160 --> 00:27:31,360 -Ya. -Itu sangat berguna. 437 00:27:32,200 --> 00:27:33,400 £1,450, siap hantar. 438 00:27:33,960 --> 00:27:37,160 -Setuju. -Setuju. Setuju apa? £1,450? 439 00:27:37,240 --> 00:27:39,200 -Kita dah setuju. -Kita dah setuju. 440 00:27:39,280 --> 00:27:40,560 Kita salam. 441 00:27:41,040 --> 00:27:43,520 Saya tak tahu apa saya beli. 442 00:27:48,520 --> 00:27:52,360 Pagi esoknya, gandum masih terlalu lembap untuk dituai. 443 00:27:52,440 --> 00:27:55,960 Saya panggil Alan, si jurubina, untuk berbincang idea saya 444 00:27:56,040 --> 00:27:58,120 tentang restoran kedai ladang. 445 00:27:59,200 --> 00:28:00,880 -Hujan setiap hari. -Tidak. 446 00:28:00,960 --> 00:28:03,280 Tak banyak, tapi cukup membasahi tanaman. 447 00:28:03,880 --> 00:28:06,800 Sekarang, ada bangku dan meja di bangsal, 448 00:28:06,880 --> 00:28:11,280 jadi pelawat ke kedai boleh makan sandwic dan nikmati pemandangan. 449 00:28:11,800 --> 00:28:15,560 Namun, saya nak buat lebih lagi dengan restoran. 450 00:28:15,640 --> 00:28:18,800 Ini rancangan saya. Semestinya lantai perlu konkrit. 451 00:28:18,880 --> 00:28:21,480 -Ya. -Tandas di sudut itu. 452 00:28:21,960 --> 00:28:24,480 -Ya. -Dapur di sini. 453 00:28:25,200 --> 00:28:27,000 -Bahagian ini berdinding. -Ya. 454 00:28:27,080 --> 00:28:28,200 -Ya? -Bagus. 455 00:28:28,280 --> 00:28:29,200 -Ya. -Ya. 456 00:28:29,280 --> 00:28:32,600 Semua sepanjang ini kaca. 457 00:28:32,680 --> 00:28:34,480 Jadi, dari sini... 458 00:28:35,920 --> 00:28:37,360 Pemandangan yang hebat. 459 00:28:37,440 --> 00:28:39,200 -Hutan Wychwood. -Ya. 460 00:28:39,840 --> 00:28:43,040 Jelas, dinding sedia ada boleh dimasuki hujan. 461 00:28:43,120 --> 00:28:44,800 Kita perlu tutup. 462 00:28:45,840 --> 00:28:50,400 Ini kiu Alan untuk jadi lebih mengelirukan daripada penjual lembu. 463 00:28:51,200 --> 00:28:52,960 Di atap satu lagi, atap logam itu. 464 00:28:53,040 --> 00:28:54,600 Ia penebatan sandwic. 465 00:28:54,680 --> 00:28:58,920 Semuanya boleh dibuka, dipasang semula, dipasang jeriau dan diturunkan. 466 00:28:59,000 --> 00:29:02,360 Biarkan, pasang penebat, kemudian tutup dengan papan di bawah. 467 00:29:03,200 --> 00:29:07,000 Boleh ditiup, jika dengan sawar wap, letak di belakang dan diturunkan. 468 00:29:07,080 --> 00:29:08,600 Mereka guna papan kastil. 469 00:29:08,680 --> 00:29:11,480 Yang ini lebih lebar daripada yang depan. 470 00:29:11,560 --> 00:29:13,400 Rupanya macam menara kecil kastil. 471 00:29:13,480 --> 00:29:18,200 Jika ini tembus melalui sini, dari atap logam, maka terkeluarlah ia. 472 00:29:18,280 --> 00:29:20,720 Masalahnya, ia dah dirawat. 473 00:29:20,800 --> 00:29:23,680 Ia perlu dirawat, jika tak, tak tahan dua tahun. 474 00:29:23,760 --> 00:29:26,080 -Awak perlu letak Klargester di sini. -Apa? 475 00:29:26,160 --> 00:29:29,720 Tangki septik Klargester di sini. Jenis BioDisc. 476 00:29:30,520 --> 00:29:34,720 Selepas maklumat bertubi-tubi itu, diberinya sebut harga tak masuk akal. 477 00:29:35,480 --> 00:29:38,760 -Boleh berikan anggaran? -Ya. 478 00:29:39,280 --> 00:29:40,920 Berapa yang awak terfikir? 479 00:29:42,800 --> 00:29:44,720 -£250,000. -Takkanlah. 480 00:29:44,800 --> 00:29:46,000 Ya, betullah. 481 00:29:46,560 --> 00:29:50,080 Kena guna dwikaca dan memenuhi peraturan keselamatan bangunan, 482 00:29:50,160 --> 00:29:52,640 kesihatan dan keselamatan orang yang ke sini. 483 00:29:53,280 --> 00:29:56,120 Saya tahu awak bercakap kerana mulut bergerak, 484 00:29:56,200 --> 00:30:00,320 tapi saya cuma rasa perut saya mengecut 485 00:30:00,400 --> 00:30:04,400 -kerana cara awak sebut £250,000. -Okey. 486 00:30:04,480 --> 00:30:08,680 Saya terjemahkan sebagai suku juta paun. 487 00:30:08,760 --> 00:30:09,600 Ya. 488 00:30:09,680 --> 00:30:12,880 Untuk ubah suai bangsal sedia ada. 489 00:30:15,800 --> 00:30:16,720 Alan, 490 00:30:18,160 --> 00:30:21,160 awak datang ke sini naik kereta kelas S awak. 491 00:30:21,800 --> 00:30:24,200 Rumah mewah tukang tembikar. 492 00:30:24,280 --> 00:30:26,280 -Kalau nak pemandu pun boleh. -Ya. 493 00:30:26,880 --> 00:30:28,240 Tak, ini bukan masalah. 494 00:30:28,320 --> 00:30:31,720 -Masalah. Perlu banyak duit. -Ya. Perlulah. 495 00:30:31,800 --> 00:30:35,360 Bolehlah mula fikirkan pelannya, yang dalam bajet awak. 496 00:30:35,440 --> 00:30:38,200 Saya perlu sambung kerja. Buat ujian kelembapan. 497 00:30:38,280 --> 00:30:40,400 Mungkin dapat menuai hari ini. 498 00:30:40,480 --> 00:30:42,160 Ya, kalau tak hujan. 499 00:30:44,920 --> 00:30:47,760 Kebetulan pula memang tak hujan. 500 00:30:47,840 --> 00:30:50,000 -Lima belas perpuluhan empat. -Bolehlah. 501 00:30:50,480 --> 00:30:51,560 Ayuh menuai! 502 00:31:06,120 --> 00:31:11,080 Kita patut tulis pada roti kita, "Mungkin mengandungi unsur surih lelawi." 503 00:31:21,000 --> 00:31:24,960 Keadaan di sini bagus, tapi saya harap akan lebih baik 504 00:31:25,040 --> 00:31:28,320 di tengah ladang. Nampak lebih padat dan tinggi pokoknya. 505 00:31:28,760 --> 00:31:31,240 Simon pemandu penuai kombin teranggun di dunia. 506 00:31:31,720 --> 00:31:35,520 Dia pernah masuk ke McDonald's dan minta kutleri. 507 00:31:35,600 --> 00:31:37,480 -Apa? -Dia pergi ke McDonald's 508 00:31:37,560 --> 00:31:40,040 dan minta pisau dan garpu. 509 00:31:47,960 --> 00:31:50,120 Dari mana datang... Itu debu lelawi? 510 00:31:51,240 --> 00:31:54,880 Bayangkan kalau jadi lelawi. Tiba-tiba, "Ya Tuhan!" 511 00:31:54,960 --> 00:31:57,440 Tak. Ia lalu benda merah itu, corong tuang, 512 00:31:57,520 --> 00:32:02,360 "Ya Tuhan. Takutnya." Kemudian kipas tiup kita berterbangan. 513 00:32:02,440 --> 00:32:05,480 Jika saiz cuma seinci dan terbang 20 kaki, 514 00:32:05,560 --> 00:32:07,800 tentu rasa macam kita melancar ke angkasa. 515 00:32:07,880 --> 00:32:11,040 Kemudian ditiup keluar, "Saya benar-benar terbang." 516 00:32:11,120 --> 00:32:12,840 Tiba-tiba kita di dalam treler 517 00:32:13,600 --> 00:32:18,400 dan dibawa ke kilang tepung lalu dikisar halus. 518 00:32:18,480 --> 00:32:20,640 Pengakhiran yang ngeri. 519 00:32:20,720 --> 00:32:23,440 Orang minta gandum berprotein. Kita berikanlah. 520 00:32:23,520 --> 00:32:28,240 Kita dah beri protein. Roti kita macam keema naan. 521 00:32:29,280 --> 00:32:30,680 Keema naan itu apa? 522 00:32:31,360 --> 00:32:32,440 Restoran India. 523 00:32:34,240 --> 00:32:36,600 Awak tak pernah ke restoran India? 524 00:32:36,680 --> 00:32:37,680 Tak pernah. 525 00:32:37,760 --> 00:32:40,360 Ia restoran untuk makan kari. 526 00:32:40,440 --> 00:32:41,280 Ya. 527 00:32:42,960 --> 00:32:46,360 Hari itu, dia gambarkan anaknya macam orang asing. 528 00:32:46,680 --> 00:32:48,000 Dia lahir di Oxford! 529 00:32:49,760 --> 00:32:52,760 Semua ahli keluarga saya lahir di Chipping Norton. 530 00:32:52,840 --> 00:32:56,320 Anak saya lahir di Oxford. Dia orang asing. 531 00:32:56,920 --> 00:32:57,880 Dia warga asing. 532 00:33:02,400 --> 00:33:03,880 Cuaca kekal kering. 533 00:33:06,600 --> 00:33:11,520 Selepas dua hari kemudian, hanya tinggal ladang gandum terakhir. 534 00:33:13,440 --> 00:33:15,880 Mengikut tradisi kawasan ini, 535 00:33:15,960 --> 00:33:19,360 ketua sekuriti pun muncul untuk syifnya. 536 00:33:27,040 --> 00:33:28,400 Ya. Kami agak... 537 00:33:29,960 --> 00:33:30,800 Ya. 538 00:33:35,080 --> 00:33:38,000 Apa? Ini tuaiannya ke-52 di sini? 539 00:33:38,080 --> 00:33:41,120 Rasanya 52... Bukan, 51. Tak, saya rasa ini kali ke-54. 540 00:33:42,120 --> 00:33:44,640 Saya akan tanya dia, tapi tak ada gunanya, bukan? 541 00:33:47,760 --> 00:33:50,040 Pekerja dunia, ayuh mula. 542 00:33:51,840 --> 00:33:53,840 Tengoklah. Kini, kumpulan A. 543 00:33:54,320 --> 00:33:58,760 Gerald guna penuai kombin. Kaleb dan Jeremy guna traktor. 544 00:33:59,360 --> 00:34:01,200 Namun, sebelum kami dapat menuai, 545 00:34:01,280 --> 00:34:06,600 penuai kombin canggih baru Simon mula mengeluarkan bunyi. 546 00:34:22,800 --> 00:34:25,080 Hai, Gerald, ini Simon. Apa masalahnya? 547 00:34:41,160 --> 00:34:42,040 Macam mana... 548 00:34:43,880 --> 00:34:44,840 Itu cuma... 549 00:34:53,760 --> 00:34:56,600 Ada pangkah. Tekan pada pangkah itu. 550 00:35:08,160 --> 00:35:09,920 Tekan butang keluar. 551 00:35:10,960 --> 00:35:12,880 Tekan butang keluar, Gerald. 552 00:35:22,200 --> 00:35:23,760 Ladang Diddly Squat. 553 00:35:26,280 --> 00:35:31,760 Akhirnya pekerja paling muda ladang yang bijak IT pergi membantu. 554 00:35:36,280 --> 00:35:39,120 Perlu tekan kuat. Sekali saja keluar. 555 00:35:43,120 --> 00:35:48,640 Menjelang petang, kami selesai menuai gandum terakhir. 556 00:35:51,760 --> 00:35:55,280 Okey, siap. Tuaian 2021 dah selesai. 557 00:35:55,840 --> 00:35:58,640 Sekarang, lembu! 558 00:36:08,600 --> 00:36:09,600 Baiklah. 559 00:36:10,440 --> 00:36:11,320 Di sini. 560 00:36:14,920 --> 00:36:17,960 -Awak buat apa? -Saya pakai sarung tangan untuk kerja ini. 561 00:36:18,040 --> 00:36:21,360 Saya tak suka kreosot selepas ia masuk ke dalam mata saya. 562 00:36:21,440 --> 00:36:24,520 -Sensitif betul, mengada-ngada. -Sensitif. 563 00:36:24,600 --> 00:36:26,120 -Awak sensitif. -Mana ada. 564 00:36:26,160 --> 00:36:27,760 Tengok, saya sentuh kreosot... 565 00:36:27,840 --> 00:36:31,880 Saya boleh saja teruskan berhujah tentang jurang generasi ini, 566 00:36:31,960 --> 00:36:35,960 tapi saya dan Kaleb perlu bina pagar untuk ladang lembu baru. 567 00:36:37,040 --> 00:36:41,680 Saya tak sanggup pasang 280 tiang 568 00:36:41,800 --> 00:36:44,520 menggunakan kaedah kunonya yang teruk. 569 00:36:46,880 --> 00:36:47,680 Lebih tinggi. 570 00:36:51,840 --> 00:36:55,160 Jadi, saya sewa enjin pembakaran dalam. 571 00:37:02,680 --> 00:37:05,640 Ini penamat perniagaan awak. 572 00:37:06,880 --> 00:37:09,120 Sebab kenapa perlu upah 573 00:37:10,440 --> 00:37:14,560 kontraktor pemagaran jika ada SoloTrak? 574 00:37:14,640 --> 00:37:16,640 Okey. Hujah yang bagus. 575 00:37:17,200 --> 00:37:19,400 SoloTrak. Jadi, awak buatlah sendiri. 576 00:37:19,480 --> 00:37:22,360 -Selepas awak terangkan cara guna. -Saya boleh balik? 577 00:37:22,880 --> 00:37:24,800 Terangkanlah cara gunanya. 578 00:37:24,880 --> 00:37:28,640 Pusingkan dan letak di sana. Kita akan buat secara mengundur. 579 00:37:31,400 --> 00:37:32,200 Berhenti. 580 00:37:32,320 --> 00:37:37,520 Selepas meletakkan mesin ke posisi dan memakai PPE orang sensitif, 581 00:37:37,600 --> 00:37:38,680 kami mula. 582 00:37:39,560 --> 00:37:41,760 Baik. Ketuk tiang ini masuk. 583 00:37:45,000 --> 00:37:47,360 Hebat betul mesin ini, ya? 584 00:37:48,400 --> 00:37:49,200 Cantik. 585 00:37:50,600 --> 00:37:54,960 Mesin berbilang fungsi ini ada lagi fungsi lain yang tak diketahui. 586 00:37:57,000 --> 00:37:59,200 Terus lagi. 587 00:38:00,760 --> 00:38:03,640 -Tegang tak? -Semua tegang di sana. 588 00:38:04,480 --> 00:38:05,320 Teruskan. 589 00:38:07,160 --> 00:38:08,160 Dah pegang kuat? 590 00:38:09,160 --> 00:38:11,840 -Apa jadi jika terputus? -Sakitlah. 591 00:38:19,160 --> 00:38:20,360 Nak saya korekkan? 592 00:38:21,560 --> 00:38:23,600 Mujur awak pakai helmet keselamatan! 593 00:38:24,080 --> 00:38:27,640 Mujur awak sensitif. Atau awak Gen X? Awak apa? 594 00:38:27,680 --> 00:38:30,800 -Apa maksud awak? -Awak lahir pada abad ke-20? 595 00:38:30,880 --> 00:38:34,040 -Betul, bukan? -Tak. 1998. 596 00:38:34,600 --> 00:38:35,480 Itu... 597 00:38:37,360 --> 00:38:40,160 Abad ke-20 ialah tahun 20... Tak, 2000 ke atas, bukan? 598 00:38:40,200 --> 00:38:42,960 Tak. Begini, sekarang kita dalam abad ke-21. 599 00:38:44,000 --> 00:38:44,840 Ya? 600 00:38:51,760 --> 00:38:54,560 Esoknya, pemagaran siap, 601 00:38:54,640 --> 00:38:59,360 sempat untuk ketibaan penghuni baru Diddly Squat. 602 00:39:01,960 --> 00:39:03,000 Lori menawan. 603 00:39:03,520 --> 00:39:05,040 -Memang menarik. -Ya. 604 00:39:08,120 --> 00:39:09,000 Dengarlah! 605 00:39:12,040 --> 00:39:15,920 Sayangnya, Kaleb tiada di sini. Dia terpaksa mematikan anjingnya. 606 00:39:17,000 --> 00:39:18,000 Kasihan betul. 607 00:39:19,040 --> 00:39:19,880 Okey. 608 00:39:19,960 --> 00:39:20,960 Selamat datang. 609 00:39:22,040 --> 00:39:23,960 Tengok, rumah baru kamu. 610 00:39:24,480 --> 00:39:26,080 -Yang ini anak lembu. -Ya. 611 00:39:27,920 --> 00:39:29,600 -Ini ibunya? -Ya. 612 00:39:31,160 --> 00:39:33,480 Tengoklah. Ini betul-betul hebat. 613 00:39:36,080 --> 00:39:37,680 Awak lembu betina. 614 00:39:38,920 --> 00:39:41,520 Awak lembu jantan. Lembu betina. 615 00:39:43,320 --> 00:39:44,560 Lembu betina. 616 00:39:45,600 --> 00:39:48,160 Sebenarnya, saya takut sikit dengan lembu, 617 00:39:48,280 --> 00:39:51,760 tapi rupa awak tak menakutkan. Tengoklah bulu awak. 618 00:39:53,080 --> 00:39:54,800 Saya dah selidik. Sebenarnya, 619 00:39:55,360 --> 00:39:59,600 ramai orang dibunuh oleh lembu dalam setahun. Ramai. 620 00:40:00,080 --> 00:40:03,680 Kebanyakannya orang yang merewang di ladang, tak apalah. 621 00:40:06,480 --> 00:40:09,800 Ini sangat memuaskan. Saya tahu bebiri dulu pun begitu 622 00:40:09,880 --> 00:40:13,040 ketika mula sampai, tapi sekejap saja dah menjengkelkan. 623 00:40:13,120 --> 00:40:16,360 Saya tak nampak lembu boleh jadi menyusahkan. 624 00:40:18,200 --> 00:40:19,640 SETERUSNYA 625 00:40:19,680 --> 00:40:20,760 Lembu terlepas! 626 00:40:20,840 --> 00:40:22,000 Alamak! 627 00:40:22,480 --> 00:40:24,200 Aduhai, di mana awak? Fern! 628 00:40:25,040 --> 00:40:26,400 Aduhai! 629 00:40:57,560 --> 00:40:59,560 Terjemahan sari kata oleh H. Segara 630 00:40:59,640 --> 00:41:01,640 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin