1 00:00:06,132 --> 00:00:07,800 SEBELUM INI DALAM CARNIVAL ROW 2 00:00:11,595 --> 00:00:13,723 Awak tak arif tentang polis macam saya. 3 00:00:13,723 --> 00:00:17,351 Jika awak serang seorang, seluruh Row akan dimusnahkan. 4 00:00:17,351 --> 00:00:21,105 Maaf, tuan, tapi saya perlu beri amaran tentang Cik Longerbane. 5 00:00:21,105 --> 00:00:22,857 Dia memiliki kilang-kilang itu. 6 00:00:23,274 --> 00:00:25,568 Dia membelinya tanpa pengetahuan kita. 7 00:00:25,568 --> 00:00:29,113 Fergus, Pasti awak tahu ke mana adik saya dan En. Astrayon pergi. 8 00:00:29,822 --> 00:00:33,951 Kali terakhir saya dengar, En. Astrayon dan Cik Imogen dalam Sang Angsa 9 00:00:33,951 --> 00:00:36,328 semasa ia dirampas di perairan Ragusa. 10 00:00:39,373 --> 00:00:41,834 Pencinta makhluk lain! 11 00:00:41,834 --> 00:00:44,712 Di sini awak bebas, Imogen. Awak dan Agreus. 12 00:00:44,712 --> 00:00:47,047 Di sini sahaja dalam dunia ini. 13 00:00:47,590 --> 00:00:50,134 Kita patut pertimbangkan jemputan Leonora. 14 00:00:50,134 --> 00:00:51,302 Jemputan? 15 00:00:51,635 --> 00:00:53,262 Jemputan boleh ditolak. 16 00:00:54,513 --> 00:00:57,850 Perikatan membeli senapang Burgue untuk menentang kami. 17 00:00:57,850 --> 00:00:59,852 Kenapa saya perlu percaya? 18 00:00:59,852 --> 00:01:02,605 Saya merisikokan nyawa untuk menyampaikan berita ini. 19 00:01:04,565 --> 00:01:06,650 Ezra Spurnrose sedia berkhidmat. 20 00:01:07,151 --> 00:01:11,113 Saya rasa awak akan kembali minta bantuan, jadi saya tandakan halamannya. 21 00:01:11,113 --> 00:01:12,156 Halaman itu untuk apa? 22 00:01:12,156 --> 00:01:15,534 Bagi menyeru cahaya dan mengusir kegelapan dalam diri awak. 23 00:01:18,037 --> 00:01:21,040 - Tak guna. - Sabar, Dombey. 24 00:01:21,040 --> 00:01:23,292 Kami datang nak selamatkan awak. 25 00:01:23,292 --> 00:01:24,794 - Daripada apa? - Raven Hitam. 26 00:01:24,794 --> 00:01:26,587 Mereka nak menuntut bela. 27 00:01:26,587 --> 00:01:27,630 Ayuh! 28 00:01:34,470 --> 00:01:36,847 - Senapang ini, bukan? - Tolonglah. 29 00:01:37,181 --> 00:01:38,516 Bukan? 30 00:01:40,976 --> 00:01:42,353 Awak dah jadi begini? 31 00:01:43,103 --> 00:01:45,648 Manusia yang buat saya jadi begini. 32 00:01:45,648 --> 00:01:48,359 - Mana geng Raven? - Jangan ganggu dia. 33 00:01:48,859 --> 00:01:52,029 Dombey! Apa semua ini? 34 00:01:57,576 --> 00:01:58,702 Hentikan tembakan! 35 00:02:28,899 --> 00:02:30,568 Polis tak guna. 36 00:02:32,027 --> 00:02:33,237 Tolong saya. 37 00:02:33,237 --> 00:02:35,573 Encik, tolonglah saya. 38 00:02:37,533 --> 00:02:38,576 Budak tak guna. 39 00:04:16,966 --> 00:04:18,926 Cepatlah. Bunuh saya. 40 00:04:20,803 --> 00:04:22,054 Saya patut bunuh awak. 41 00:04:24,431 --> 00:04:27,142 Tapi siapa nak bantu saya selamatkan Vignette? 42 00:05:08,892 --> 00:05:11,103 Cukup! 43 00:05:11,687 --> 00:05:14,481 Pix yang hadir di mahkamah ini, 44 00:05:14,481 --> 00:05:16,567 Vignette Stonemoss, 45 00:05:17,401 --> 00:05:21,947 awak pasti dialah wanita Pix yang cuba membunuh awak? 46 00:05:21,947 --> 00:05:24,700 - Dialah orangnya, Yang Arif. - Baiklah. 47 00:05:24,700 --> 00:05:30,289 Sarjan Dombey, boleh jelaskan perbalahan itu dalam ayat awak sendiri? 48 00:05:38,672 --> 00:05:41,800 Dia menyerang saya di rumah saya. 49 00:05:43,093 --> 00:05:44,970 Bersama rakan-rakan makhluk lain. 50 00:05:46,764 --> 00:05:48,057 Di depan isteri saya. 51 00:05:49,141 --> 00:05:50,559 Di depan anak saya. 52 00:05:52,936 --> 00:05:55,522 Salah seorang cuba menikam saya dengan belati. 53 00:05:57,357 --> 00:05:59,068 Saya melawan. 54 00:05:59,068 --> 00:06:03,697 Namun mereka sangat ramai dan mengerumuni tempat itu macam binatang perosak. 55 00:06:05,074 --> 00:06:07,076 Saya cuma mampu melarikan diri. 56 00:06:07,868 --> 00:06:10,704 Saya berlari ke tempat pasukan konstabel. 57 00:06:10,704 --> 00:06:12,247 Saya boleh mati jika... 58 00:06:13,791 --> 00:06:15,459 Jika apa, sarjan? 59 00:06:19,338 --> 00:06:22,007 Saya cuba fikir dengan teliti. 60 00:06:25,427 --> 00:06:26,929 Saya bertuah, 61 00:06:28,055 --> 00:06:31,934 sebab pegawai saya tiba tepat pada masanya. 62 00:06:32,226 --> 00:06:33,685 Macam biasa, bukan? 63 00:06:36,772 --> 00:06:39,358 Diam! Cukup! 64 00:06:41,610 --> 00:06:43,195 Vignette Stonemoss, 65 00:06:43,987 --> 00:06:47,407 awak nak buat kenyataan untuk membela diri? 66 00:08:22,961 --> 00:08:24,546 Awak sukar difahami. 67 00:08:24,546 --> 00:08:26,548 Semalam awak selamatkan polis. 68 00:08:26,548 --> 00:08:30,344 Hari ini awak cuba selamatkan Raven yang cuba membunuh awak. 69 00:08:33,138 --> 00:08:35,224 Vignette takkan dapat perbicaraan adil. 70 00:08:35,224 --> 00:08:38,560 Mereka akan selesaikannya dan tetap jatuhkan hukuman mati. 71 00:08:39,102 --> 00:08:42,314 Awak nak buat apa? Meluru masuk dan selamatkan dia? 72 00:08:43,315 --> 00:08:44,900 Dengan sayap apa? 73 00:08:46,401 --> 00:08:48,570 Awak tahu dia benci awak. 74 00:08:49,196 --> 00:08:52,616 Tak kisahlah. Saya lebih rela dia hidup untuk membencinya? 75 00:08:53,992 --> 00:08:57,704 - Lagipun, jika saya tak... - Tak hancurkan rancangan kami. 76 00:09:03,085 --> 00:09:06,755 Kita boleh bertelagah sepanjang hari jika awak mahu, 77 00:09:06,755 --> 00:09:09,508 atau kita boleh bekerjasama untuk cari Vignette. 78 00:09:10,259 --> 00:09:11,510 Terpulang kepada awak. 79 00:09:11,843 --> 00:09:14,554 Atau awak boleh mati dan saya boleh perhatikan. 80 00:09:15,973 --> 00:09:16,974 Tak guna. 81 00:09:17,766 --> 00:09:19,726 Saya berjaya mencederakan awak, bukan? 82 00:10:13,447 --> 00:10:15,949 Macam mana awak tahu saya datang nak bunuh awak? 83 00:10:17,993 --> 00:10:19,036 Sebab saya polis? 84 00:10:20,120 --> 00:10:21,371 Saya bekas polis. 85 00:10:27,085 --> 00:10:28,170 Sebenarnya... 86 00:10:30,255 --> 00:10:32,632 saya dapat rasakan awak mengekori saya. 87 00:10:34,926 --> 00:10:36,678 Namun ia tak masuk akal. 88 00:10:43,060 --> 00:10:46,188 Awak ada lebih banyak sikap Pix daripada yang awak tunjukkan. 89 00:10:48,273 --> 00:10:49,941 Benarkah awak mencintai Vignette? 90 00:10:52,277 --> 00:10:53,570 Dia tak boleh mati. 91 00:10:59,409 --> 00:11:00,786 Maaf mengganggu, Canselor. 92 00:11:02,079 --> 00:11:03,538 Ada apa, Nigel? 93 00:11:18,678 --> 00:11:21,765 Agak sukar untuk saya menyampaikan khabar ini, 94 00:11:21,765 --> 00:11:24,434 tapi tuan sendiri yang minta bahan bukti. 95 00:11:33,235 --> 00:11:34,152 Tuan boleh lihat, 96 00:11:34,152 --> 00:11:36,780 kini Cik Longerbane memiliki kepentingan mengawal 97 00:11:36,780 --> 00:11:39,366 dalam kilang senjata yang paling menguntungkan. 98 00:11:44,204 --> 00:11:46,081 Dia bukan sekadar pelabur. 99 00:11:49,334 --> 00:11:51,420 Dia sudah merancangnya dari awal. 100 00:11:54,464 --> 00:11:57,217 Saya pula begitu dungu. 101 00:11:58,760 --> 00:12:00,387 Malangnya begitulah, tuan. 102 00:12:00,387 --> 00:12:03,723 Dia menggunakan kedudukan politiknya untuk memanipulasi tuan... 103 00:12:04,516 --> 00:12:07,727 dan kerajaan tuan untuk menjual senjata kepada Perikatan. 104 00:12:07,727 --> 00:12:10,856 Senjata yang jualannya mampu memaksimumkan keuntungannya. 105 00:12:10,856 --> 00:12:13,692 Kekayaan yang akan dikaut melampaui mana-mana... 106 00:12:13,692 --> 00:12:15,235 Ya, saya faham. 107 00:12:15,235 --> 00:12:16,695 Terima kasih, Winetrout. 108 00:12:22,409 --> 00:12:23,326 Tidak, tuan. 109 00:12:24,035 --> 00:12:25,871 Maaf, tapi tuan tak faham. 110 00:12:27,581 --> 00:12:28,957 Ada khabar angin menyatakan 111 00:12:29,833 --> 00:12:33,086 Cik Longerbane berjanji untuk membiayai pencabar 112 00:12:33,086 --> 00:12:36,131 bagi kerusi parti kita di presint luar. 113 00:12:36,131 --> 00:12:39,259 Dia mahu menggunakan modalnya yang baru diperoleh 114 00:12:39,259 --> 00:12:42,637 untuk membeli parlimen secara besar-besaran dan... 115 00:12:44,222 --> 00:12:46,266 Menjadikan dirinya canselor. 116 00:12:46,266 --> 00:12:47,392 Tepat sekali. 117 00:12:47,392 --> 00:12:50,979 Perjanjian antara partinya dengan kita cuma penipuan semata-mata. 118 00:12:51,813 --> 00:12:54,900 Sophie Longerbane memang berniat untuk mengkhianati tuan. 119 00:12:59,905 --> 00:13:01,156 Terima kasih, Winetrout. 120 00:13:02,616 --> 00:13:03,658 Syabas. 121 00:13:10,123 --> 00:13:12,209 Ada seperkara lagi, tuan. 122 00:13:14,336 --> 00:13:15,253 Ada lagi? 123 00:13:16,129 --> 00:13:17,547 Dia tak bekerja sendirian. 124 00:13:39,569 --> 00:13:40,779 Jalan. 125 00:13:41,947 --> 00:13:43,782 Jangan berlengah di sana. 126 00:13:44,449 --> 00:13:45,367 Seterusnya. 127 00:13:46,660 --> 00:13:47,619 Ada apa? 128 00:13:51,373 --> 00:13:52,999 Dia di sana. Cuba lihat. 129 00:13:53,917 --> 00:13:55,710 Lelaki tinggi memakai kot panjang. 130 00:13:56,294 --> 00:13:57,712 Dia dah besar. 131 00:13:58,630 --> 00:14:00,674 Ya, adik awak. 132 00:14:00,674 --> 00:14:02,592 Sudah lama saya tak nampak dia. 133 00:14:03,343 --> 00:14:04,511 Awak berjaya, Sophie. 134 00:14:05,387 --> 00:14:06,805 Kehendak awak tercapai. 135 00:14:06,805 --> 00:14:08,265 Tidak, kita yang berjaya. 136 00:14:09,349 --> 00:14:12,394 Kita rancang semuanya bersama. 137 00:14:13,270 --> 00:14:15,272 Ini cuma permulaan. 138 00:14:18,149 --> 00:14:21,653 Mereka semua dibayar gaji mingguan lebih awal juga. 139 00:14:21,653 --> 00:14:23,280 Sebagai tanda niat baik kita. 140 00:14:23,947 --> 00:14:26,199 Adik awak akan ada wang untuk dibelanjakan. 141 00:14:27,867 --> 00:14:29,452 Begitu juga dengan saya. 142 00:14:29,452 --> 00:14:33,707 Menteri kewangan Perbendaharaan Burgue sudah hantar wang tebusan raja 143 00:14:33,707 --> 00:14:37,127 kepada kilang yang terlibat dengan perjanjian senjata Perikatan. 144 00:14:37,127 --> 00:14:38,628 Tengoklah awak. 145 00:14:39,462 --> 00:14:41,715 Orang paling kaya di Burgue. 146 00:14:43,008 --> 00:14:44,134 Bagaimana rasanya? 147 00:14:44,759 --> 00:14:46,386 Rasa bebas. 148 00:14:46,970 --> 00:14:50,181 Seperti kita tak perlu takut lagi. 149 00:14:51,641 --> 00:14:53,310 Mereka patut takut akan kita. 150 00:14:54,477 --> 00:14:59,024 Wajah mereka apabila melihat awak buat perkara yang gagal dibuat oleh ayah awak. 151 00:15:01,484 --> 00:15:03,445 Canselor Longerbane. 152 00:15:05,488 --> 00:15:06,531 Tak lama saja lagi. 153 00:15:08,033 --> 00:15:09,909 Gelaran itu agak sesuai dengan saya. 154 00:15:36,227 --> 00:15:37,354 Tuan Duta. 155 00:15:38,188 --> 00:15:40,190 Menanti kelulusan tuan. 156 00:15:42,400 --> 00:15:43,943 Senjata yang hebat, Vir. 157 00:15:45,153 --> 00:15:48,281 Perikatan terhutang budi dengan awak, En. Millworthy. 158 00:15:53,495 --> 00:15:54,663 Semuanya milik awak. 159 00:15:59,167 --> 00:16:03,672 Jangan terasa, En. Millworthy, tapi saya terkejut awak berjaya menghantarnya. 160 00:16:04,881 --> 00:16:09,052 Penghantaran segera senapang dari gedung senjata Burgue sendiri. 161 00:16:09,678 --> 00:16:13,181 Urusan ini? Apabila senjata ini dihantar kepada tentera awak, 162 00:16:13,181 --> 00:16:15,975 seluruh bekalan senjata Burgue sudah disiapkan. 163 00:16:15,975 --> 00:16:20,271 Namun saya tertanya-tanya kenapa awak sanggup ambil risiko ini. 164 00:16:20,271 --> 00:16:25,110 Jadi, saya siasat rekod awak. 165 00:16:25,110 --> 00:16:26,403 Menarik, bukan? 166 00:16:27,654 --> 00:16:30,573 Saya penghibur teater dalam kehidupan sebelum ini. 167 00:16:30,573 --> 00:16:33,451 Pasti sekarang awak sudah tahu, mejar. 168 00:16:33,451 --> 00:16:35,912 Politik bagaikan lakonan. 169 00:16:35,912 --> 00:16:37,664 - Ya. - Ilusi yang mengaburi. 170 00:16:37,664 --> 00:16:39,874 - Silap mata. - Silap mata... 171 00:16:41,126 --> 00:16:44,212 bagi memastikan bangsa Fae boleh keluar dari Row, 172 00:16:44,212 --> 00:16:48,383 mendapat gaji dan kebebasan. 173 00:16:49,592 --> 00:16:51,302 Apa maksud awak? 174 00:16:56,182 --> 00:16:59,561 Saya tak pernah menduga awak pengkhianat bangsa sendiri, 175 00:17:00,812 --> 00:17:03,398 mahupun musuh kerajaan awak dan kerajaan saya. 176 00:17:03,398 --> 00:17:06,359 Awak tak licik seperti haiwan. 177 00:17:06,359 --> 00:17:07,861 Jika awak mencubanya, 178 00:17:08,903 --> 00:17:10,572 awak akan dihancurkan. 179 00:17:14,367 --> 00:17:16,578 Kita saling memahami, bukan? 180 00:17:17,996 --> 00:17:19,122 Ya, memang betul. 181 00:17:21,708 --> 00:17:24,586 Motif saya urusan saya, En. Vir. 182 00:17:24,586 --> 00:17:29,090 Jika awak menghargai bantuan saya, demi matlamat awak, 183 00:17:30,508 --> 00:17:32,260 tak perlu berdrama. 184 00:17:33,887 --> 00:17:35,764 Tinggalkannya di pentas. 185 00:17:53,907 --> 00:17:54,824 Benarkah? 186 00:17:56,034 --> 00:17:56,910 Okey? 187 00:18:08,838 --> 00:18:11,341 Kita tak lagi bimbang tentang sihir jahat? 188 00:18:12,008 --> 00:18:15,428 - Vignette di Bleakness. - Teruknya, saya bersimpati. 189 00:18:15,428 --> 00:18:17,514 Membahayakan jiwa awak dapat bantu dia? 190 00:18:17,514 --> 00:18:18,723 Saya tak tahu. 191 00:18:18,723 --> 00:18:22,060 Ini namanya sihir jahat. Petunjuknya ada pada namanya. 192 00:18:22,060 --> 00:18:25,480 - Saya perlu tahu dia selamat. - Apa kebaikannya? 193 00:18:25,480 --> 00:18:27,982 Mungkin awak takkan faham. 194 00:18:27,982 --> 00:18:30,693 Tolonglah. Dengar dulu. 195 00:18:31,694 --> 00:18:34,781 Berhenti dan fikirkan semula. Boleh? 196 00:18:39,536 --> 00:18:40,912 Vignette kawan awak. 197 00:18:42,705 --> 00:18:45,583 Adakah dia mahu awak mencederakan diri? 198 00:18:46,376 --> 00:18:49,838 Atau dia mahu awak buat posyen Mima 199 00:18:50,046 --> 00:18:51,673 dan selamatkan diri awak? 200 00:18:55,677 --> 00:18:56,845 Jika awak jadi dia, 201 00:18:58,137 --> 00:18:59,681 apa yang awak mahu? 202 00:19:02,058 --> 00:19:03,643 Awak tak perlu lihat. 203 00:19:36,634 --> 00:19:37,677 Tourmaline. 204 00:19:40,805 --> 00:19:41,806 Jangan. 205 00:20:31,940 --> 00:20:33,066 Tourmaline! 206 00:20:35,860 --> 00:20:37,528 Hei, awak tak apa-apa. 207 00:20:38,905 --> 00:20:39,948 Awak baik-baik saja. 208 00:21:17,610 --> 00:21:20,613 Hei, eja nama saya betul-betul. 209 00:21:24,242 --> 00:21:25,326 Bertenang. 210 00:21:25,910 --> 00:21:26,995 Ayuh. 211 00:21:27,870 --> 00:21:29,372 Penggal kepalanya. 212 00:21:29,372 --> 00:21:30,873 Makhluk lain tak guna. 213 00:21:31,833 --> 00:21:33,167 Penggal kepalanya. 214 00:22:05,616 --> 00:22:09,328 "ESOK. BERSEDIALAH" 215 00:22:24,260 --> 00:22:25,762 Ada orang ceria hari ini. 216 00:22:25,762 --> 00:22:29,098 Kilang sudah dibuka semula dan menghantar senjata yang cukup 217 00:22:29,098 --> 00:22:32,560 agar Perikatan dan Sinar Baharu bergaduh berbulan-bulan. 218 00:22:32,560 --> 00:22:35,188 Rancangan awak terbukti amat bijak. 219 00:22:35,188 --> 00:22:36,397 Rancangan kita. 220 00:22:38,232 --> 00:22:39,150 Betul. 221 00:22:40,735 --> 00:22:41,694 Tentang itu... 222 00:22:57,835 --> 00:23:00,755 Saya nak bincangkan sesuatu dengan awak. 223 00:23:02,757 --> 00:23:04,801 Tentang urusan import. 224 00:23:17,563 --> 00:23:18,856 Saya setuju. 225 00:23:21,692 --> 00:23:23,027 Saya tak faham. 226 00:23:37,583 --> 00:23:40,086 - Saya terima lamaran awak. - Jonah... 227 00:23:41,546 --> 00:23:44,549 Saya bawa kertas ini bersama setiap hari, 228 00:23:46,759 --> 00:23:50,179 menunggu detik yang dirasakan tepat. 229 00:23:51,722 --> 00:23:54,517 Saya tahu saya telah menemui pasangan sejati. 230 00:23:57,937 --> 00:24:01,482 Segalanya yang saya capai disebabkan awak. 231 00:24:02,900 --> 00:24:05,987 Selama ini saya terlalu bangga untuk menuturkannya, tapi... 232 00:24:07,155 --> 00:24:08,573 Saya perlukan awak, Sophie. 233 00:24:09,949 --> 00:24:11,159 Lebih daripada dulu. 234 00:24:13,661 --> 00:24:18,040 Memang saya yang mencadangkannya, tapi masa yang awak pilih... 235 00:24:18,040 --> 00:24:19,667 Lupakan tentang masa. 236 00:24:20,960 --> 00:24:23,004 Biar dunia lihat kita bersatu. 237 00:24:23,629 --> 00:24:28,176 Kita berdua, bersama-sama. Lebih kuat daripada parti kita. 238 00:24:29,135 --> 00:24:30,678 Lebih kuat daripada ayah kita. 239 00:24:32,555 --> 00:24:37,810 Awak tahu kita akan jadi sangat berkuasa apabila bersama, sebagai pasangan setaraf. 240 00:24:40,813 --> 00:24:43,274 Dulu saya tak pasti, tapi kini saya dah nampak. 241 00:24:45,318 --> 00:24:47,236 Hanya awak yang saya percaya. 242 00:25:06,756 --> 00:25:07,673 Namun... 243 00:25:09,217 --> 00:25:12,053 kita perlu pertimbangkan strategi kita. 244 00:25:15,973 --> 00:25:17,391 Begitulah Sophie saya. 245 00:25:18,935 --> 00:25:21,979 Baiklah, apa strateginya? 246 00:25:22,647 --> 00:25:26,275 Mengumumkan perkahwinan kita secara tiba-tiba... 247 00:25:27,151 --> 00:25:29,737 Kita tak boleh buat begitu. Itu satu skandal. 248 00:25:31,030 --> 00:25:34,533 Namun jika ditangani dengan baik, 249 00:25:36,118 --> 00:25:37,787 kita boleh buat orang awam 250 00:25:37,787 --> 00:25:41,666 jatuh hati dengan idea bahawa kita saling mencintai. 251 00:25:44,877 --> 00:25:48,256 Kita perlu lakukannya selepas pilihan raya. 252 00:25:52,343 --> 00:25:53,344 Sudah tentu. 253 00:25:54,887 --> 00:25:56,097 Selepas pilihan raya. 254 00:25:58,516 --> 00:25:59,642 Mari kita makan? 255 00:26:01,352 --> 00:26:03,437 Jonah, awak patut beritahu lebih awal. 256 00:26:03,646 --> 00:26:06,315 Saya perlu makan tengah hari dengan kabinet bayangan. 257 00:26:07,191 --> 00:26:08,859 Boleh makan bersama lain kali? 258 00:26:09,819 --> 00:26:10,987 Sudah tentu. 259 00:26:11,904 --> 00:26:13,823 Kita ada banyak masa. 260 00:26:58,367 --> 00:27:01,620 Winetrout takkan melepaskan kerusinya tanpa dipaksa. 261 00:27:01,620 --> 00:27:04,332 - Dia memang dungu. - Si dungu yang berkuasa. 262 00:27:04,332 --> 00:27:07,710 - Serta kaya. - Saya lebih kaya. 263 00:27:07,710 --> 00:27:09,295 Saya akan uruskan kewangan. 264 00:27:09,295 --> 00:27:12,340 Awak perlu carikan calon untuk menentang Winetrout. 265 00:27:12,340 --> 00:27:15,009 Mana-mana makhluk bernyawa. Sesiapa sahaja. 266 00:27:15,009 --> 00:27:17,386 Cik Longerbane, maaf mengganggu. 267 00:27:17,887 --> 00:27:19,555 Apa erti semua ini? 268 00:27:19,555 --> 00:27:21,849 Malangnya kami diberitahu 269 00:27:21,849 --> 00:27:25,186 Bás Dubh sudah merebak daripada Pix kepada Puck. 270 00:27:28,356 --> 00:27:30,107 Berita yang amat menyedihkan. 271 00:27:30,107 --> 00:27:33,736 Kami mengesan penularan bermula daripada seorang bayi Pix. 272 00:27:34,528 --> 00:27:38,407 Semasa awak melawat klinik itu, awak menyentuh budak yang sama. 273 00:27:40,076 --> 00:27:43,245 Demi keselamatan awak dan orang awam, 274 00:27:44,246 --> 00:27:46,499 awak mesti ikut kami ke hospital. 275 00:27:48,209 --> 00:27:49,126 Sudah tentu. 276 00:27:49,835 --> 00:27:52,004 Saya rasa sihat. 277 00:27:52,004 --> 00:27:55,007 Namun saya faham awak perlu ambil langkah berjaga-jaga. 278 00:27:56,509 --> 00:27:57,593 Saya minta diri. 279 00:27:59,095 --> 00:28:00,304 Biar betul. 280 00:28:01,305 --> 00:28:02,681 Agak menarik. 281 00:28:21,492 --> 00:28:24,370 Tak perlu besarkan cerita ini. Saya rasa sihat. 282 00:28:35,548 --> 00:28:37,675 Ini bukan jalan ke hospital. 283 00:28:37,675 --> 00:28:39,218 Awak nak bawa saya ke mana? 284 00:28:44,056 --> 00:28:45,808 Awak bukan doktor, betul? 285 00:28:51,147 --> 00:28:53,482 Awak ditahan, Cik Longerbane. 286 00:28:54,650 --> 00:28:56,527 Atas arahan Canselor. 287 00:29:03,993 --> 00:29:05,870 Kurungan Bleakness kubu yang kuat. 288 00:29:06,495 --> 00:29:10,708 Sukar mengeluarkan Vignette dari situ. Kita gila jika mahu mencubanya. 289 00:29:10,708 --> 00:29:12,001 Apa kita nak buat? 290 00:29:12,960 --> 00:29:16,255 Mereka akan bawa dia ke mahkamah esok dengan kereta kuda. 291 00:29:16,255 --> 00:29:18,591 Kita lepaskan dia dalam perjalanan. 292 00:29:18,591 --> 00:29:21,302 Serang mereka di persimpangan ini. 293 00:29:21,302 --> 00:29:23,345 Tumpaskan pengawal... 294 00:29:23,345 --> 00:29:24,889 tanpa membunuh mereka. 295 00:29:26,056 --> 00:29:28,142 Awak tak menyeronokkan. 296 00:29:29,268 --> 00:29:30,686 Mereka semua berkeluarga. 297 00:29:31,353 --> 00:29:33,481 - Mereka cuma jalankan tugas. - Ya. 298 00:29:34,023 --> 00:29:36,817 Mengganggu bangsa Fae dan mengurung orang tak bersalah. 299 00:29:40,946 --> 00:29:42,823 Baiklah, tak perlu bunuh. 300 00:29:43,908 --> 00:29:46,619 Namun damak perlu dicelup dalam liksir, 301 00:29:46,619 --> 00:29:49,079 jika badan awak mampu menanganinya. 302 00:29:59,256 --> 00:30:01,592 - Saya rasa Vignette akan mati. - Apa? 303 00:30:01,592 --> 00:30:04,178 Saya nampak dia. Mereka akan penggal kepalanya. 304 00:30:04,178 --> 00:30:06,597 - Awak dapat bayangan? - Kenapa dia di sini? 305 00:30:06,597 --> 00:30:10,309 - Phaedra nak berbual dengan awak. - Dia boleh datang jumpa saya. 306 00:30:10,309 --> 00:30:13,729 - Ambil tali cawak dan saya akan bawa. - Kita tiada masa! 307 00:30:13,729 --> 00:30:16,565 Kita akan bebaskan Vignette. Kaine akan bantu. 308 00:30:16,565 --> 00:30:18,400 Ceritakan tentang bayangan awak. 309 00:30:18,400 --> 00:30:19,902 Tak macam bayangan lain. 310 00:30:19,902 --> 00:30:23,155 Saya menyerunya sendiri dan nampak melalui mata dia. 311 00:30:23,155 --> 00:30:25,699 - Mata Vignette. - Awak nampak apa yang dia lihat? 312 00:30:25,699 --> 00:30:28,911 Mereka bawa dia ke gilotin untuk dipenggal. 313 00:30:28,911 --> 00:30:31,622 - Macam mana awak tahu? - Sebab Haruspex. Teruskan. 314 00:30:31,622 --> 00:30:35,084 Kami nampak dia masih hidup. Perbicaraannya ada sehari lagi. 315 00:30:35,084 --> 00:30:37,461 - Kami nak lepaskan dia esok. - Tidak. 316 00:30:37,461 --> 00:30:40,464 Kejadian yang saya nampak berlaku dalam gelap. 317 00:30:40,798 --> 00:30:42,258 Mungkin malam ini. 318 00:31:15,124 --> 00:31:16,667 Apa yang awak buat? 319 00:31:23,007 --> 00:31:25,843 Dia setia kepada Vignette. Saya boleh mempercayainya. 320 00:31:26,927 --> 00:31:29,972 Percaya dia? Dia cuba bunuh kita semalam. 321 00:31:31,098 --> 00:31:33,934 Saya tak boleh masuk ke Kurungan Bleakness tanpa bantuan. 322 00:31:34,852 --> 00:31:37,479 Ya, saya yang patut pergi. 323 00:31:37,479 --> 00:31:41,108 Masalahnya, perkara yang mereka buat pada saya di situ... 324 00:31:41,609 --> 00:31:43,027 Awak tak boleh ke sana. 325 00:31:44,653 --> 00:31:47,656 Awak akan jadi marok dan tak berguna untuk sesiapa pun. 326 00:31:48,782 --> 00:31:50,034 Maaf, kawan. 327 00:31:51,327 --> 00:31:53,621 Walaupun saya tak mempercayai dia, 328 00:31:53,621 --> 00:31:54,830 saya perlukan dia. 329 00:32:03,547 --> 00:32:05,841 - Kita akan buat malam ini. - Buat apa? 330 00:32:05,841 --> 00:32:07,551 Lepaskan dia daripada Bleakness. 331 00:32:07,551 --> 00:32:10,387 Perkara yang awak kata gila untuk mencubanya? 332 00:32:10,387 --> 00:32:11,555 Tepat sekali. 333 00:32:13,098 --> 00:32:14,183 Baiklah. 334 00:32:15,476 --> 00:32:16,477 Malam ini. 335 00:32:17,811 --> 00:32:20,898 Baiklah, ayuh pergi dapatkan dia. 336 00:32:22,149 --> 00:32:25,069 Jika awak ikut saya, awak mungkin tak dapat keluar. 337 00:32:25,069 --> 00:32:27,237 Dia yang mahu mati. 338 00:32:50,844 --> 00:32:54,473 {\an8}KURUNGAN BLEAKNESS 339 00:33:07,945 --> 00:33:08,862 Ikut sini. 340 00:34:04,376 --> 00:34:06,503 Nampaknya masih ada keadilan di dunia. 341 00:34:10,048 --> 00:34:11,008 Keadilan. 342 00:34:13,302 --> 00:34:15,012 Awak masih mempercayainya? 343 00:34:15,012 --> 00:34:17,890 Awak kurung kami di Row macam binatang. 344 00:34:17,890 --> 00:34:20,476 Kemudian awak dikurung di sini. 345 00:34:21,518 --> 00:34:23,103 Bagi saya, ini keadilan. 346 00:34:25,731 --> 00:34:26,565 Ya. 347 00:34:28,567 --> 00:34:30,027 Ya, mungkin juga. 348 00:34:34,490 --> 00:34:38,076 Macam mana dengan doktor yang awak janjikan untuk Row? 349 00:34:38,911 --> 00:34:41,622 Mereka hilang sebaik sahaja akhbar pergi. 350 00:34:42,664 --> 00:34:44,416 Awak cuma pura-pura ambil berat. 351 00:34:44,416 --> 00:34:46,043 Saya tak berpura-pura. 352 00:34:48,253 --> 00:34:52,257 Mungkin awak tak percaya, tapi saya cuba buat perubahan demi kebaikan. 353 00:34:52,257 --> 00:34:55,552 Bukan awak sahaja menghabiskan hidup terkurung dalam sangkar. 354 00:34:55,552 --> 00:34:56,845 Kasihan awak. 355 00:34:57,554 --> 00:35:00,140 Saya dikurung, tapi awak terkurung. 356 00:35:00,140 --> 00:35:03,393 Semuanya ada palang besi agar kita patuh. 357 00:35:03,936 --> 00:35:06,688 Bangsa Fae, orang miskin dan wanita. 358 00:35:07,898 --> 00:35:11,443 Lelaki takut jika kita sedar kewujudan palang itu. 359 00:35:11,443 --> 00:35:14,363 Takut kita akan mematahkannya. 360 00:35:14,363 --> 00:35:17,658 Seumur hidup kita disuruh senyum, tunduk, 361 00:35:17,658 --> 00:35:19,451 dan jangan terlalu meminta. 362 00:35:19,451 --> 00:35:21,787 Sebab jika tak patuh kepada arahan... 363 00:35:23,997 --> 00:35:25,666 kita akan terima akibatnya. 364 00:35:27,751 --> 00:35:28,877 Akibat yang kekal. 365 00:35:42,558 --> 00:35:43,433 Sebenarnya... 366 00:35:44,268 --> 00:35:47,229 saya pun tak begitu bijak mematuhi arahan. 367 00:35:48,730 --> 00:35:49,690 Jelas sekali. 368 00:35:53,944 --> 00:35:55,070 Saya juga. 369 00:35:59,825 --> 00:36:02,494 Saya patut bakar sahaja semuanya. 370 00:36:07,165 --> 00:36:09,126 Apa kebaikannya jika awak buat begitu? 371 00:36:11,336 --> 00:36:13,380 Saya akan buat mereka takut akan saya. 372 00:36:14,756 --> 00:36:17,885 Mereka mengurung awak di sini membuktikan mereka takut. 373 00:36:18,176 --> 00:36:19,052 Ya, 374 00:36:20,220 --> 00:36:23,140 tapi mereka takut akan akal saya, bukan kekuatan saya. 375 00:36:23,932 --> 00:36:25,142 Itulah kesilapan saya. 376 00:36:27,811 --> 00:36:30,439 Lelaki amat ringkas, mudah diduga 377 00:36:31,648 --> 00:36:33,066 dan didorong oleh ketakutan. 378 00:36:35,360 --> 00:36:39,114 Akhirnya, mereka cuma menghormati keganasan. 379 00:36:58,842 --> 00:37:00,260 Tuan mahu jumpa saya? 380 00:37:05,724 --> 00:37:07,643 Saya sudah tahan Sophie Longerbane. 381 00:37:08,894 --> 00:37:10,270 Apa tuduhannya? 382 00:37:12,773 --> 00:37:13,732 Pengkhianatan. 383 00:37:16,151 --> 00:37:16,985 Aduhai. 384 00:37:18,195 --> 00:37:19,154 Begitu... 385 00:37:21,406 --> 00:37:23,492 - Begitu menakutkan. - Memang betul. 386 00:37:25,035 --> 00:37:26,244 Tepat sekali. 387 00:37:28,163 --> 00:37:29,998 Saya ada soalan, Millworthy. 388 00:37:31,458 --> 00:37:37,381 Adakah benar Canselor berkuasa mengeluarkan ringkasan penghakiman 389 00:37:37,381 --> 00:37:39,591 dalam hal keselamatan negara? 390 00:37:39,591 --> 00:37:40,968 Betul, tuan. 391 00:37:41,843 --> 00:37:46,598 Terlibat dalam konspirasi untuk menjual senjata kepada Perikatan 392 00:37:46,598 --> 00:37:51,103 bagi mendapatkan dana yang diperlukan untuk mengawal keadaan di Burgue 393 00:37:51,103 --> 00:37:53,897 ialah masalah keselamatan negara, bukan? 394 00:37:53,897 --> 00:37:55,899 Tuan pasti tentang ini? 395 00:37:55,899 --> 00:37:57,234 Jawab soalan saya. 396 00:37:57,234 --> 00:37:59,444 Ya, sudah tentu. 397 00:38:00,779 --> 00:38:04,157 Dalam masa krisis negara, 398 00:38:04,157 --> 00:38:09,538 adakah Canselor memiliki kuasa untuk mengarahkan penderhaka dihukum? 399 00:38:10,789 --> 00:38:14,126 Secara teorinya, memang dia berkuasa, tuan. 400 00:38:17,713 --> 00:38:18,630 Baiklah. 401 00:38:19,715 --> 00:38:22,968 Jika pembantu kanan Canselor 402 00:38:24,052 --> 00:38:25,929 berpakat dengan Perikatan 403 00:38:26,972 --> 00:38:29,099 untuk merundingkan penjualan senjata, 404 00:38:31,268 --> 00:38:33,979 adakah Canselor berkuasa 405 00:38:33,979 --> 00:38:37,607 menghukum pembantunya juga? 406 00:38:41,319 --> 00:38:42,571 Canselor... 407 00:38:44,072 --> 00:38:47,451 memiliki kuasa itu. 408 00:38:51,371 --> 00:38:52,956 Saya mempercayai awak. 409 00:38:59,838 --> 00:39:01,214 Saya percaya pada awak! 410 00:39:09,139 --> 00:39:09,973 Tuan. 411 00:39:17,606 --> 00:39:19,524 Saya sentiasa cuba melindungi tuan. 412 00:39:20,859 --> 00:39:22,611 Daripada diri tuan sendiri. 413 00:39:37,667 --> 00:39:40,212 - Apa? - Dompet saya dicopet! 414 00:39:40,212 --> 00:39:41,505 Dia pergi ke arah mana? 415 00:39:51,098 --> 00:39:52,724 Dua rakan polis awak. 416 00:39:52,724 --> 00:39:56,103 - Setidaknya mereka tak mati. - Saya ingatkan awak akan kecut perut. 417 00:39:56,103 --> 00:39:58,897 Diam dan bantu saya tanggalkan ini. Lekas! 418 00:40:06,363 --> 00:40:09,366 Saya akan beritahu pengawal saya membawa pengganas Pix. 419 00:40:09,366 --> 00:40:11,076 Pengganas yang amat berbahaya. 420 00:40:11,076 --> 00:40:15,038 Sebaik saja kita melepasi pintu, awak akan lepaskan diri dan terbang. 421 00:40:15,038 --> 00:40:19,209 Mereka akan mula menembak. Pastikan awak terbang rendah dan laju. 422 00:40:19,209 --> 00:40:20,544 Vignette pula? 423 00:40:20,544 --> 00:40:23,088 Saya akan buat kekecohan untuk cari Vignette. 424 00:40:23,088 --> 00:40:25,257 Saya tahu tempat dia dikurung. 425 00:41:01,334 --> 00:41:03,211 Cara yang sangat bijak, Jonah. 426 00:41:04,671 --> 00:41:07,174 Nampaknya awak sama sahaja macam ayah awak. 427 00:41:11,428 --> 00:41:12,679 Pengakuan. 428 00:41:13,305 --> 00:41:14,431 Pengakuan awak. 429 00:41:15,974 --> 00:41:18,810 Semua pengkhianatan awak secara bertulis. 430 00:41:22,147 --> 00:41:23,106 Tandatangan. 431 00:41:26,693 --> 00:41:27,569 Kenapa? 432 00:41:30,405 --> 00:41:31,573 Agar awak terus hidup. 433 00:41:36,077 --> 00:41:39,206 Agar awak boleh rampas kekayaan saya, 434 00:41:39,206 --> 00:41:41,666 harta tanah saya dan kerusi saya di parlimen? 435 00:41:43,001 --> 00:41:44,502 Agar nyawa awak selamat. 436 00:42:18,787 --> 00:42:19,955 Pergi jahanam. 437 00:42:26,336 --> 00:42:28,213 Awak memang binatang. 438 00:42:34,594 --> 00:42:35,845 Bawa makhluk itu juga. 439 00:42:36,513 --> 00:42:37,597 Baik, tuan. 440 00:42:43,061 --> 00:42:45,438 Sekiranya cara ini berhasil, 441 00:42:45,438 --> 00:42:47,482 saya dan Vignette akan terbang. 442 00:42:47,482 --> 00:42:48,900 Apa awak akan buat? 443 00:42:49,484 --> 00:42:53,863 Saya akan berjalan keluar. Jika mereka belum sedar angkara saya. 444 00:42:53,863 --> 00:42:57,158 Mereka akan tangkap awak dan paku kepala awak di tembok juga. 445 00:42:58,868 --> 00:43:02,330 Ya, awak mahu saya mati, bukan? 446 00:43:59,471 --> 00:44:00,347 Selamat malam. 447 00:44:00,347 --> 00:44:01,890 Menghantar banduan Pix. 448 00:44:01,890 --> 00:44:04,559 Tiada sesiapa boleh masuk atau keluar. 449 00:44:04,559 --> 00:44:07,187 Canselor ada di sini untuk buat hukuman bunuh. 450 00:44:07,187 --> 00:44:11,775 Ini satu lagi Raven Hitam yang Canselor mahu hukum. 451 00:44:35,465 --> 00:44:36,883 Tiada apa-apa dalam log. 452 00:44:38,343 --> 00:44:42,138 Tak kisahlah. Saya gembira memberitahu Canselor siapa halang saya. 453 00:44:44,265 --> 00:44:46,476 Tunggu di sini sehingga kami uruskannya. 454 00:45:42,115 --> 00:45:44,868 Jangan berani pandang tempat lain. 455 00:46:45,803 --> 00:46:46,804 Mari! 456 00:47:28,721 --> 00:47:30,223 Suluh dengan api! 457 00:47:30,223 --> 00:47:32,308 - Apakah itu? - Di sana! Tengok! 458 00:47:32,308 --> 00:47:34,394 - Dari mana ia datang? - Tembak! 459 00:47:38,356 --> 00:47:40,066 - Tuan! - Bunuh ia lekas. 460 00:47:40,567 --> 00:47:41,734 Jaga-jaga! 461 00:47:47,699 --> 00:47:48,992 Siapa yang menembak? 462 00:47:48,992 --> 00:47:50,076 Pergi periksa. 463 00:47:51,703 --> 00:47:53,162 Saya kata awak... 464 00:47:54,080 --> 00:47:55,164 kena tunggu. 465 00:50:04,919 --> 00:50:06,337 Mereka melarikan diri! 466 00:50:06,337 --> 00:50:08,172 Ada banduan terlepas! 467 00:50:11,259 --> 00:50:12,218 Jangan... 468 00:50:12,218 --> 00:50:13,386 Teruskan. 469 00:50:22,687 --> 00:50:23,813 Halang dia! 470 00:50:31,821 --> 00:50:33,740 - Pergi sekarang. Lekas. - Lari. 471 00:50:37,744 --> 00:50:38,703 Tidak! 472 00:50:41,038 --> 00:50:42,123 Apa dah jadi? 473 00:50:43,207 --> 00:50:44,417 Millworthy! 474 00:50:48,296 --> 00:50:49,547 Millworthy. 475 00:50:51,174 --> 00:50:52,216 Mana Vignette? 476 00:50:53,968 --> 00:50:55,386 Millworthy. 477 00:50:55,386 --> 00:50:56,387 Sudah pergi. 478 00:50:56,387 --> 00:50:57,764 Mana dia? 479 00:50:57,764 --> 00:50:59,140 Dia terbang pergi. 480 00:51:18,868 --> 00:51:19,994 Di sana! 481 00:51:19,994 --> 00:51:20,995 Tembak! 482 00:51:41,933 --> 00:51:43,476 Jangan bergerak! 483 00:51:43,476 --> 00:51:44,644 Angkat tangan! 484 00:53:44,347 --> 00:53:46,349 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 485 00:53:46,349 --> 00:53:48,434 Penyelia Kreatif