1 00:00:09,301 --> 00:00:12,095 SEMUA WATAK DAN PERISTIWA YANG DIGAMBARKAN DALAM SIRI INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. 2 00:00:12,179 --> 00:00:14,723 PERSAMAAN DENGAN KEJADIAN SEBENAR, ATAU WATAK, SAMA ADA HIDUP ATAU MATI, 3 00:00:14,806 --> 00:00:15,933 ADALAH KEBETULAN SEMATA-MATA. 4 00:00:23,607 --> 00:00:27,444 PENERBANGAN 159 AMMAN - NEW DELHI 5 00:00:50,050 --> 00:00:51,301 Biar saya lihat. 6 00:00:53,846 --> 00:00:55,097 Awak okey? 7 00:00:57,391 --> 00:00:59,017 Semuanya akan okey. Jangan takut. 8 00:01:08,360 --> 00:01:10,195 Saya akan balas nanti, kedekut. 9 00:01:10,821 --> 00:01:12,364 Sudahlah, nikmati pengalamannya. 10 00:01:12,447 --> 00:01:14,408 Pengalaman apa? Dibunuh? 11 00:01:15,409 --> 00:01:16,285 Helo? 12 00:01:16,368 --> 00:01:18,579 Awak tahu apa mereka buat kepada golongan homoseksual di negara mereka? 13 00:01:18,662 --> 00:01:20,163 Yoni, tenang, tiada sesiapa akan ganggu awak. 14 00:01:21,039 --> 00:01:22,875 Saya perlu berswafoto dengan wanita berpakaian hitam itu. 15 00:01:22,958 --> 00:01:24,668 - Apa nama jellabiya itu? - Burqa. 16 00:01:24,751 --> 00:01:25,878 Jangan timbulkan masalah, Shira. 17 00:01:25,961 --> 00:01:27,212 Awak rasa lebih sopan jika minta kebenaran? 18 00:01:32,217 --> 00:01:33,427 Maaf. 19 00:01:33,510 --> 00:01:34,595 Terima kasih. 20 00:01:40,893 --> 00:01:41,768 Hei! 21 00:01:41,852 --> 00:01:42,895 Hati-hati, kawan. 22 00:01:42,978 --> 00:01:45,063 - Oh Tuhan, maaf. - Ia terkena muka saya. 23 00:01:45,147 --> 00:01:46,899 - Maafkan saya, encik. - Perlahan-lahan. 24 00:01:46,982 --> 00:01:49,484 - Ya, okey, maaf. - Okey. 25 00:01:49,568 --> 00:01:50,819 Biar saya tolong. 26 00:01:50,903 --> 00:01:51,862 Apa? 27 00:01:51,945 --> 00:01:52,905 Saya akan tolong awak. 28 00:01:52,988 --> 00:01:55,574 - Okey. Terima kasih. - Sama-sama. 29 00:01:55,657 --> 00:01:56,700 Maaf. 30 00:02:02,539 --> 00:02:04,166 Awak nampak dia sangat marah? 31 00:02:04,249 --> 00:02:05,167 Memang dia patut marah. 32 00:02:05,792 --> 00:02:06,877 Aduhai! 33 00:02:07,669 --> 00:02:09,295 Kita sudah ada tiket untuk El Al. 34 00:02:09,378 --> 00:02:10,464 Harganya seribu dolar. 35 00:02:10,547 --> 00:02:12,799 Harga tiket ini separuh daripada itu, boleh tinggal dua bulan lagi di India. 36 00:02:12,883 --> 00:02:15,719 Memang betul cakap dia. Beg awak terkena muka dia. 37 00:02:15,802 --> 00:02:17,721 Baiklah. Saya tak mahu bergaduh dengan awak lagi, okey? 38 00:02:18,138 --> 00:02:19,306 - Baiklah. - Baiklah. 39 00:02:20,140 --> 00:02:21,308 Awak tak teruja? 40 00:02:21,391 --> 00:02:23,101 - Tentang apa? - Terujalah, kita akan ke India. 41 00:02:23,185 --> 00:02:24,478 Saya akan teruja apabila kita sampai di India. 42 00:02:24,561 --> 00:02:26,063 Baiklah, mari berswafoto. 43 00:03:13,443 --> 00:03:16,488 - Kenapa lampu tiba-tiba terpadam? - Tak, mungkin sebab gelora udara. 44 00:03:17,072 --> 00:03:18,240 Apa maksud awak gelora udara? 45 00:03:18,323 --> 00:03:20,993 Sila kembali ke tempat duduk anda 46 00:03:21,076 --> 00:03:22,327 dan pakai tali pinggang keselamatan anda. 47 00:03:22,411 --> 00:03:25,414 Sila pakai tali pinggang keselamatan. Terima kasih. 48 00:03:25,497 --> 00:03:27,749 - Sudah pakai tali pinggang? - Itu saya punya. 49 00:03:28,750 --> 00:03:30,169 Awak perlu pakai tali pinggang keselamatan. 50 00:03:31,420 --> 00:03:32,629 Hei, tak mengapa. 51 00:03:35,632 --> 00:03:36,633 Okey. 52 00:03:36,717 --> 00:03:39,970 Para penumpang, kapten anda bercakap. 53 00:03:40,053 --> 00:03:44,349 Salah satu enjin kami mengalami masalah teknikal. 54 00:03:44,433 --> 00:03:47,978 Sebagai langkah keselamatan, kita akan mendarat dalam 30 minit 55 00:03:48,061 --> 00:03:50,564 di lapangan terbang yang terdekat, Tehran, 56 00:03:50,647 --> 00:03:54,735 tempat anda dan bagasi anda akan dipindahkan ke pesawat lain 57 00:03:54,818 --> 00:03:57,029 untuk meneruskan penerbangan ke India. 58 00:03:57,112 --> 00:04:00,657 Semua anak kapal kami sedia membantu jika ada apa-apa soalan atau masalah. 59 00:04:00,741 --> 00:04:02,618 - "Tehran"? - Terima kasih. 60 00:04:05,913 --> 00:04:06,997 Tak mungkin. 61 00:04:10,375 --> 00:04:11,335 Maaf. 62 00:04:13,253 --> 00:04:15,464 - Encik... - Encik, tolong duduk. 63 00:04:15,547 --> 00:04:18,966 Tolong, encik. Kami rakyat Israel. 64 00:04:19,051 --> 00:04:20,385 Kami tak boleh mendarat di Tehran. 65 00:04:20,469 --> 00:04:22,387 Kami tiada pilihan. Tolong kembali ke tempat duduk sekarang. 66 00:04:22,471 --> 00:04:26,600 Tak, beritahu kapten awak, ada dua rakyat Israel dalam pesawat, 67 00:04:26,683 --> 00:04:28,852 dan kami tak boleh mendarat di Tehran, tolonglah. 68 00:04:31,230 --> 00:04:34,107 Saya boleh beri jaminan bagi pihak kapten dan diri saya sendiri, 69 00:04:34,191 --> 00:04:36,151 semua penumpang akan dipindahkan bersama-sama 70 00:04:36,235 --> 00:04:37,861 ke pesawat gantian. 71 00:04:37,945 --> 00:04:39,154 Mereka akan tangkap kami. 72 00:04:39,238 --> 00:04:41,698 Mereka akan tangkap kita. Awak tak faham, Shira? 73 00:04:41,782 --> 00:04:43,784 Rakyat Israel takkan dapat keluar dari Iran. 74 00:04:43,867 --> 00:04:45,702 Encik. Saya akan bercakap dengan kapten. 75 00:04:45,786 --> 00:04:47,079 Tolong kembali ke tempat duduk sekarang. 76 00:04:47,496 --> 00:04:49,498 Sudahlah, bertenang, mari duduk. 77 00:05:08,559 --> 00:05:09,852 Pakai tali pinggang keselamatan. 78 00:05:30,455 --> 00:05:31,915 Awak rasa ini Tehran? 79 00:05:35,252 --> 00:05:36,295 Saya tak tahu. 80 00:05:41,216 --> 00:05:42,509 Saya tak boleh bernafas, Shira. 81 00:06:52,704 --> 00:06:54,039 Kamu perlu keluar dari pesawat. 82 00:06:55,958 --> 00:06:57,292 Tak, kami tak mahu keluar. 83 00:06:57,376 --> 00:06:58,460 Kamu perlu keluar. 84 00:06:59,253 --> 00:07:02,256 Jika tidak, saya terpaksa buat laporan dan kamu akan dipaksa keluar. 85 00:07:03,090 --> 00:07:04,842 Kamu pasti tak mahu ia berlaku. 86 00:07:24,820 --> 00:07:26,572 SELAMAT DATANG KE IRAN 87 00:07:38,834 --> 00:07:40,127 Sila tunjukkan pasport. 88 00:07:41,295 --> 00:07:42,379 Apa? 89 00:07:42,462 --> 00:07:43,672 Pasport. 90 00:07:55,434 --> 00:07:56,351 Ikut saya. 91 00:08:15,245 --> 00:08:16,538 Okey. Semoga berjaya. 92 00:08:16,997 --> 00:08:18,457 Dengan izin Tuhan, saya akan bertemu awak lagi. 93 00:08:18,999 --> 00:08:20,042 Dengan izin Tuhan. 94 00:09:19,935 --> 00:09:21,895 Shira... 95 00:09:21,979 --> 00:09:23,689 Yoni, saya rasa tak sihat. 96 00:10:07,107 --> 00:10:08,650 Beritahu suami saya yang saya minta maaf. 97 00:10:09,943 --> 00:10:11,486 Saya tiada pilihan. 98 00:10:30,088 --> 00:10:30,923 Maaf... 99 00:10:34,927 --> 00:10:36,428 Saya kenal awak! 100 00:10:36,762 --> 00:10:38,764 Kita berkhidmat di pangkalan sama, di Glilot. 101 00:10:40,224 --> 00:10:41,600 Apa ini? Apa awak buat di sini? 102 00:10:41,683 --> 00:10:43,519 Maaf. Saya tak faham apa awak cakap. 103 00:10:43,602 --> 00:10:45,896 Tak, awak faham. Tolong saya. Apa yang berlaku? 104 00:10:45,979 --> 00:10:47,231 Apa kita buat di Iran? 105 00:10:48,565 --> 00:10:49,816 Apa yang berlaku di sini? 106 00:10:50,734 --> 00:10:52,528 Encik, wanita ini mengganggu saya. 107 00:10:52,611 --> 00:10:54,404 Saya tak faham apa yang dia mahu daripada saya. 108 00:10:55,155 --> 00:10:57,491 Maafkan saya, puan. 109 00:10:59,618 --> 00:11:00,577 Ikut saya. 110 00:11:00,661 --> 00:11:02,079 Tak, tunggu. Saya tak... 111 00:11:02,162 --> 00:11:03,956 Okey, ayuh. 112 00:11:44,580 --> 00:11:46,039 Awak okey, Zhila? 113 00:11:47,332 --> 00:11:48,458 Okey. 114 00:11:50,002 --> 00:11:51,378 Semuanya berjalan lancar? 115 00:11:55,632 --> 00:11:56,592 Bagus. 116 00:12:00,596 --> 00:12:02,014 Saya perlukan kod itu sekarang. 117 00:12:03,724 --> 00:12:05,058 Tak ada pada saya. 118 00:12:08,270 --> 00:12:09,188 Apa maksud awak? 119 00:12:09,855 --> 00:12:12,316 Kod bertukar setiap malam pukul 18:00. 120 00:12:12,399 --> 00:12:14,109 Saya cuma akan tahu pada pukul 18:00. 121 00:12:14,193 --> 00:12:16,320 Bukan itu yang saya tahu. 122 00:12:16,695 --> 00:12:18,113 Awak tahu apa saya beritahu Masoud? 123 00:12:18,864 --> 00:12:21,158 Awak akan dapat kod itu selepas kita mendarat di New Delhi. 124 00:12:24,328 --> 00:12:25,412 Jangan tipu saya! 125 00:12:25,495 --> 00:12:26,747 Saya tak tipu. 126 00:12:27,956 --> 00:12:29,958 Kenapa menipu semasa disoal siasat? 127 00:12:30,792 --> 00:12:33,253 Saya mahu pastikan saya keluar dari Iran. 128 00:12:34,505 --> 00:12:36,548 Saya lebih rela mati daripada berada di sini. 129 00:12:38,967 --> 00:12:40,969 Lepaskan tangan saya atau saya akan menjerit. 130 00:13:04,993 --> 00:13:07,829 IBU PEJABAT MOSSAD - ISRAEL 131 00:13:17,673 --> 00:13:21,635 Kita masih kawal sistem pesawat Jordan? 132 00:13:22,636 --> 00:13:24,763 Bagus. Sentiasa berikan maklumat terbaru. 133 00:13:26,557 --> 00:13:28,058 Sekejap. 134 00:13:28,141 --> 00:13:30,018 Panggilan daripada Lapangan Terbang Tehran. 135 00:13:37,067 --> 00:13:38,068 Selamat pagi. 136 00:13:38,610 --> 00:13:39,695 Apa khabar hari ini? 137 00:13:39,778 --> 00:13:41,405 Sihat. 138 00:13:41,488 --> 00:13:43,323 Cuaca baik pagi ini. 139 00:13:44,032 --> 00:13:45,325 Baguslah. 140 00:13:45,409 --> 00:13:47,119 Ya, kami sedang mendengar. 141 00:13:53,667 --> 00:13:54,751 Terima. 142 00:13:55,294 --> 00:13:56,503 Kami akan uruskan. 143 00:13:58,964 --> 00:13:59,965 Penumpang menipu, 144 00:14:00,048 --> 00:14:01,967 kita cuma akan dapat kod selepas mereka mendarat di Delhi. 145 00:14:02,050 --> 00:14:03,760 Maksudnya kita lewat empat jam. 146 00:14:03,844 --> 00:14:06,305 Kita dah tak ada masa. Juruterbang telah diberi taklimat. 147 00:14:06,388 --> 00:14:08,515 Ada cara lain untuk dapatkan kod itu. 148 00:14:08,599 --> 00:14:10,392 Saya percaya Tamar boleh uruskan. 149 00:14:11,226 --> 00:14:13,103 Sebab itu kita hantar penggodam. 150 00:14:13,187 --> 00:14:14,563 Bagaimana dengan dua rakyat Israel itu? 151 00:14:14,646 --> 00:14:16,064 Mereka ditahan untuk disoal siasat. 152 00:14:16,148 --> 00:14:18,567 Mereka beli tiket pada saat akhir dan naik pesawat itu. 153 00:14:19,193 --> 00:14:21,195 Kita cuma tahu tentangnya 15 minit sebelum berlepas. 154 00:14:21,612 --> 00:14:22,571 Mike, 155 00:14:22,654 --> 00:14:24,573 Saya mahu profil lengkap mereka berdua. 156 00:14:29,161 --> 00:14:30,537 Sila duduk. 157 00:14:36,835 --> 00:14:39,338 Pakai ini. Tutup rambut awak. 158 00:14:41,673 --> 00:14:43,342 Zip jaket awak. 159 00:14:45,302 --> 00:14:46,637 Tunggu di sini, okey? 160 00:14:46,720 --> 00:14:47,554 Ayuh. 161 00:15:01,318 --> 00:15:03,111 Saya jumpa pegawai dari pangkalan saya di tandas. 162 00:15:04,863 --> 00:15:06,823 Awak benar-benar sudah gila? 163 00:15:07,282 --> 00:15:09,368 Betul, Yoni, saya kenal dia. 164 00:15:09,451 --> 00:15:12,788 Semasa Hari Kemerdekaan, dia dianugerahkan Pegawai Terbaik daripada ketua MID. 165 00:15:12,871 --> 00:15:14,289 Dia cantik, saya selalu perhatikan dia. 166 00:15:14,373 --> 00:15:16,542 - Berkali-kali... - Sudahlah, saya tak nak dengar. 167 00:15:16,625 --> 00:15:18,418 - Yoni, dengar... - Sudahlah! 168 00:15:27,010 --> 00:15:28,679 Awak rasa apa akan berlaku kepada kita? 169 00:15:28,762 --> 00:15:29,763 Saya tak tahu. 170 00:15:31,098 --> 00:15:32,140 Apa? 171 00:15:32,224 --> 00:15:33,725 Saya tak tahu, Yoni. Sudahlah. 172 00:15:37,271 --> 00:15:38,272 Saya sudah agak. 173 00:15:39,565 --> 00:15:41,942 Saya dah agak kita tak patut naik pesawat itu. 174 00:16:47,049 --> 00:16:49,426 DUA RAKYAT ISRAEL DITAHAN DI LAPANGAN TERBANG 175 00:16:49,510 --> 00:16:51,803 GADIS ITU BERTEMBUNG DENGAN SAYA SELEPAS PERTUKARAN DIBUAT 176 00:16:51,887 --> 00:16:53,347 TAPI SAYA RASA TAK ADA APA-APA MASALAH 177 00:17:06,777 --> 00:17:08,069 Sekejap. 178 00:17:09,445 --> 00:17:11,865 Sangat cantik. 179 00:17:17,454 --> 00:17:18,288 Apa? 180 00:17:19,957 --> 00:17:20,958 Apa maksud awak? 181 00:17:22,000 --> 00:17:24,627 Boleh awak jangan terlalu bimbang untuk sekejap saja? 182 00:17:25,045 --> 00:17:27,798 Tak mengapa, sayang. Semuanya akan berjalan lancar. 183 00:17:27,881 --> 00:17:29,007 Saya? 184 00:17:29,550 --> 00:17:31,009 Saya bukannya bimbang tentang awak... 185 00:17:31,718 --> 00:17:35,138 saya bimbang tentang harga rantai yang awak sedang lihat. 186 00:17:37,057 --> 00:17:38,141 Awak mahukannya? 187 00:17:38,225 --> 00:17:39,476 Tak mahu lagi sekarang. 188 00:17:40,185 --> 00:17:41,353 Cepatlah, cuba. 189 00:17:41,436 --> 00:17:42,396 Tak mengapa... 190 00:17:42,479 --> 00:17:43,605 Cepatlah... 191 00:17:49,069 --> 00:17:50,487 Maaf. Saya perlu jawab panggilan ini. 192 00:17:51,488 --> 00:17:53,031 Cubalah. 193 00:17:53,115 --> 00:17:54,491 Saya ada di sini. Sekejap saja. 194 00:17:55,367 --> 00:17:56,368 Ya, Ali. 195 00:17:56,451 --> 00:17:58,495 Helo, tuan. Apa khabar? 196 00:17:58,579 --> 00:18:01,790 Maaf mengganggu. Saya tahu awak di lapangan terbang. 197 00:18:01,874 --> 00:18:03,458 Kenapa? Terus terang saja. 198 00:18:03,542 --> 00:18:07,629 Penerbangan dari Jordan buat pendaratan kecemasan di sini. 199 00:18:07,713 --> 00:18:11,175 Ada dua rakyat Israel dalam pesawat, mereka ditahan di bilik khas. 200 00:18:11,258 --> 00:18:12,885 Kami akan ke sana. 201 00:18:12,968 --> 00:18:14,178 Jangan, tak perlu ke sana. 202 00:18:14,636 --> 00:18:15,637 Ia bukan tugas awak. 203 00:18:16,263 --> 00:18:17,139 Baik, tuan. 204 00:18:17,222 --> 00:18:19,099 Saya akan uruskan. Okey. 205 00:18:20,601 --> 00:18:22,769 Ada apa-apa lagi saya boleh bantu? 206 00:18:24,396 --> 00:18:25,397 Jadi? 207 00:18:26,273 --> 00:18:27,274 Sangat cantik! 208 00:18:27,858 --> 00:18:29,526 Kenapa? Siapa yang telefon? 209 00:18:29,943 --> 00:18:32,946 Tiada apa-apa, Ali yang telefon. Saya perlu... 210 00:18:33,030 --> 00:18:35,407 Ada sesuatu saya perlu uruskan di lapangan terbang. 211 00:18:35,490 --> 00:18:38,118 Sekejap saja. Saya takkan lambat. Okey? 212 00:18:38,994 --> 00:18:40,370 Jika saya cakap tak boleh? 213 00:18:42,873 --> 00:18:44,791 Okey. Saya akan tunggu awak di balai berlepas. 214 00:18:44,875 --> 00:18:47,044 Okey. Saya takkan lama. 215 00:18:47,127 --> 00:18:48,879 Okey, pergilah. Okey. 216 00:18:56,428 --> 00:18:59,014 Apa pendapat awak tentang perjanjian nuklear? 217 00:18:59,932 --> 00:19:04,645 Siapa perlukan bom atom apabila duit menyusut suku nilai dalam sehari? 218 00:19:06,230 --> 00:19:07,272 Betul. 219 00:19:08,065 --> 00:19:11,777 Pendapatan saya bertambah setiap bulan, tapi cuma ada separuh dari bulan sebelum. 220 00:19:11,860 --> 00:19:14,530 Tapi orang atasan tak peduli sama ada kita hidup atau mati. 221 00:19:20,244 --> 00:19:22,079 Awak berasal dari mana? Awak membesar di mana? 222 00:19:23,121 --> 00:19:24,623 Saya membesar di Tehran. 223 00:19:25,916 --> 00:19:27,042 Di mana? 224 00:19:28,502 --> 00:19:29,545 Di Garden. 225 00:19:30,212 --> 00:19:31,880 Oh, kejiranan yang hebat... 226 00:19:31,964 --> 00:19:34,091 Saya ada keluarga di sana, Keluarga Azizi. 227 00:19:35,175 --> 00:19:36,927 Jiran kami bernama Azizi. 228 00:19:37,010 --> 00:19:40,472 Betulkah? Ia keluarga besar... 229 00:19:40,556 --> 00:19:42,140 Keluarga Khodadad. 230 00:19:42,516 --> 00:19:45,143 Anak mereka main bola sepak untuk pasukan kebangsaan. 231 00:19:45,227 --> 00:19:48,021 Tak, bukan mereka. Keluarga Azizi yang lain. 232 00:19:48,856 --> 00:19:50,649 Tapi awak seperti ada loghat, harap awak tak tersinggung. 233 00:19:52,651 --> 00:19:55,445 Ayah saya berdagang, kami menjelajah seluruh dunia. 234 00:19:55,946 --> 00:19:57,573 Akhirnya kami tinggal di Qatar. 235 00:19:58,031 --> 00:20:00,284 Bagus untuk awak! 236 00:20:11,753 --> 00:20:12,838 Apa yang berlaku? 237 00:20:13,505 --> 00:20:15,090 Mereka gantung seseorang. 238 00:20:30,647 --> 00:20:31,982 Apa kesalahan dia? 239 00:20:32,941 --> 00:20:34,568 Dia pernah jadi pengurus bank. 240 00:20:34,651 --> 00:20:38,280 Dia didapati bersalah menggelapkan dana minyak. 241 00:20:57,007 --> 00:20:57,883 Minumlah. 242 00:21:09,770 --> 00:21:10,604 Terima kasih. 243 00:21:11,021 --> 00:21:12,231 Simpanlah, tak mengapa. 244 00:21:14,858 --> 00:21:18,987 Saya tak percaya mereka datang untuk menonton kekejaman ini. 245 00:23:15,479 --> 00:23:16,647 Selamat datang. 246 00:23:18,357 --> 00:23:19,399 Terima kasih. 247 00:23:20,025 --> 00:23:21,276 Bagaimana dengan Zhila? 248 00:23:22,277 --> 00:23:23,320 Dia okey. 249 00:23:24,071 --> 00:23:25,822 Bagaimana dengan semuanya? 250 00:23:25,906 --> 00:23:27,449 Tak ada apa-apa masalah? 251 00:23:27,533 --> 00:23:28,992 Semuanya berjalan lancar. 252 00:23:29,493 --> 00:23:30,744 Tiada masalah. 253 00:23:33,080 --> 00:23:34,873 Boleh tunjukkan bilik saya? 254 00:23:36,124 --> 00:23:37,251 Sudah tentu. 255 00:23:39,586 --> 00:23:40,671 Ikut saya. 256 00:23:50,514 --> 00:23:52,558 Ada pakaian yang Zhila pakai ke tempat kerja. 257 00:23:52,641 --> 00:23:53,892 Bagus. Terima kasih. 258 00:23:55,811 --> 00:23:58,564 Awak boleh makan bersama. Saya sediakan makan malam untuk kita. 259 00:23:59,147 --> 00:24:00,941 Terima kasih, saya tak lapar. 260 00:24:01,024 --> 00:24:02,109 Kenapa? Ia enak. 261 00:24:02,192 --> 00:24:05,362 Terima kasih. Saya perlu bersiap sekarang. 262 00:24:08,657 --> 00:24:09,616 Baiklah. 263 00:24:34,057 --> 00:24:35,309 Itu dia? 264 00:24:35,392 --> 00:24:36,435 Gunakan pembesar suara. 265 00:24:37,769 --> 00:24:38,645 Helo. 266 00:24:38,729 --> 00:24:40,355 Selamat petang. 267 00:24:40,439 --> 00:24:41,732 Helo. 268 00:24:42,482 --> 00:24:43,692 Bagaimana dengan cuaca? 269 00:24:44,651 --> 00:24:45,819 Baik. 270 00:24:45,903 --> 00:24:47,654 Bagus. 271 00:24:47,738 --> 00:24:49,156 Awak berjaya sampai ke rumah itu? 272 00:24:52,242 --> 00:24:53,243 Ya. 273 00:24:54,286 --> 00:24:55,704 Ada lelaki di situ? 274 00:24:56,872 --> 00:24:58,123 Ya, dia agak cemas. 275 00:24:58,207 --> 00:25:01,168 Awak rasa orang Israel di lapangan terbang perasan kamu bertukar? 276 00:25:02,377 --> 00:25:03,754 Rasanya tidak, dia... 277 00:25:03,837 --> 00:25:06,173 Sebenarnya dia agak cemas, mereka soal siasat dia. 278 00:25:07,508 --> 00:25:08,717 Kita akan teruskan? 279 00:25:09,134 --> 00:25:10,385 Zhila tak beri kod itu. 280 00:25:11,595 --> 00:25:13,472 Awak ada cara untuk memintasnya? 281 00:25:17,851 --> 00:25:19,353 Saya perlu periksa... 282 00:25:19,436 --> 00:25:21,104 Mungkin. Ya, mungkin. 283 00:25:21,688 --> 00:25:22,606 Bagaimana? 284 00:25:23,148 --> 00:25:25,234 Saya kenal seorang penggodam Iran. 285 00:25:25,692 --> 00:25:26,693 Siapa dia? 286 00:25:27,069 --> 00:25:29,321 Salah seorang kenalan saya, dia takkan tanya soalan, cuma... 287 00:25:29,404 --> 00:25:30,489 dia pasti mahukan duit. 288 00:25:30,948 --> 00:25:33,575 Okey, bagus. Maklumkan kami. 289 00:25:42,793 --> 00:25:43,836 Apa yang berlaku? 290 00:25:43,919 --> 00:25:45,921 Awak sedia untuk dia menggodamnya? 291 00:25:46,004 --> 00:25:46,880 Ya, tuan. 292 00:25:46,964 --> 00:25:49,174 Selepas dia mula berkomunikasi dengan sistem anti-pesawat Iran, 293 00:25:49,258 --> 00:25:51,176 dia cuma perlu aktifkan hubungan yang dia reka. 294 00:25:51,260 --> 00:25:53,637 Jadi, saya boleh kawal radar Iran di sekeliling reaktor. 295 00:25:53,720 --> 00:25:55,514 Ia akan tunjukkan perkara yang saya mahu lihat. 296 00:25:55,597 --> 00:25:57,516 Berapa rangka masa yang juruterbang ada? 297 00:25:58,350 --> 00:26:01,144 Lima minit untuk mengebom jika tidak dibedil senjata anti-pesawat. 298 00:26:11,029 --> 00:26:13,073 - Asingkan mereka. - Baik, tuan. 299 00:26:13,156 --> 00:26:14,157 Ambil ini. 300 00:26:16,493 --> 00:26:17,703 Ayuh. 301 00:26:51,361 --> 00:26:55,324 Saya difahamkan awak tak sengaja datang ke sini. 302 00:26:55,991 --> 00:26:56,825 Ya. 303 00:26:56,909 --> 00:26:58,160 Tak mengapa. 304 00:26:58,702 --> 00:26:59,870 Perkara begini memang berlaku. 305 00:26:59,953 --> 00:27:03,332 Kami tak berniat untuk tahan awak di sini lebih lama. 306 00:27:04,249 --> 00:27:09,213 Tapi sebab awak rakyat negara musuh... 307 00:27:12,090 --> 00:27:15,677 saya terpaksa bercakap dengan kamu berdua. 308 00:27:16,261 --> 00:27:18,972 Tapi, pesawat Jordan akan tunggu kami? 309 00:27:19,056 --> 00:27:21,308 Tak mengapa. Mereka akan tunggu. 310 00:27:23,519 --> 00:27:26,104 Apa tugas awak dalam tentera Israel? 311 00:27:28,190 --> 00:27:31,193 Dalam bahasa Hebrew ia mashakit tash. 312 00:27:31,944 --> 00:27:34,571 Saya bantu tentera yang ada masalah di rumah, 313 00:27:34,655 --> 00:27:36,782 contohnya jika mereka tiada duit atau... 314 00:27:36,865 --> 00:27:38,617 salah seorang ibu bapa mereka mati. 315 00:27:39,660 --> 00:27:41,119 Awak ditugaskan di mana? 316 00:27:41,703 --> 00:27:43,455 Berhampiran rumah saya, Tel Aviv. 317 00:27:43,539 --> 00:27:46,458 Awak berurusan dengan maklumat sulit? 318 00:27:46,542 --> 00:27:47,835 Tidak. 319 00:27:47,918 --> 00:27:51,380 Tidak, kecuali orang yang ibu bapanya bercerai. 320 00:27:54,049 --> 00:27:57,719 Awak terbang melalui Jordan? 321 00:27:59,012 --> 00:28:01,265 Sebab ia lebih murah, setengah harga. 322 00:28:05,978 --> 00:28:06,895 Helo. 323 00:28:06,979 --> 00:28:09,439 Pintu akan ditutup dalam 20 minit. Awak akan datang? 324 00:28:09,523 --> 00:28:10,774 Saya akan sampai dalam dua minit. 325 00:28:12,067 --> 00:28:16,905 Tangguhkan mereka, beritahu siapa saya dan ada isu keselamatan. 326 00:28:17,531 --> 00:28:18,782 Saya akan ke sana. 327 00:28:18,866 --> 00:28:22,911 Mereka tak peduli identiti awak. Ada 300 orang mahu keluar dari sini! 328 00:28:24,538 --> 00:28:25,831 Saya akan sampai dalam dua minit. 329 00:28:31,837 --> 00:28:32,838 Terima kasih. 330 00:28:33,797 --> 00:28:36,175 Ini terjemahan perbualan mereka, tuan. 331 00:28:38,093 --> 00:28:40,137 SHIRA: SAYA JUMPA PEGAWAI DARI PANGKALAN SAYA DI TANDAS. 332 00:28:40,220 --> 00:28:41,305 YONI: AWAK SUDAH GILA? 333 00:28:44,808 --> 00:28:46,018 Okey. Terima kasih. 334 00:29:06,538 --> 00:29:07,581 Shira... 335 00:29:08,874 --> 00:29:09,958 Ya? 336 00:29:10,042 --> 00:29:12,544 Apa yang berlaku di tandas dengan pramugari itu? 337 00:29:14,755 --> 00:29:15,756 Apa? 338 00:29:16,548 --> 00:29:19,384 Saya difahamkan ada sedikit insiden awal tadi, 339 00:29:19,468 --> 00:29:21,637 di tandas, dengan pramugari. 340 00:29:22,846 --> 00:29:26,517 Pengawal keselamatan nampak awak berdua berbual. 341 00:29:27,684 --> 00:29:29,353 Apa yang awak bualkan? 342 00:29:31,897 --> 00:29:34,233 Saya tertanya-tanya tentang pakaian seragam dia. 343 00:29:37,027 --> 00:29:41,573 Jadi, awak ditahan di negara musuh... 344 00:29:42,074 --> 00:29:45,953 dan sebentar tadi awak rasa sangat takut, 345 00:29:46,036 --> 00:29:49,581 tiba-tiba awak nak tahu tentang pakaian seragam? 346 00:29:51,291 --> 00:29:55,337 Ya, tuan, saya berminat, dan dia juga nampak tertekan. 347 00:29:56,797 --> 00:30:00,008 Kenapa dia nampak tertekan? 348 00:30:00,092 --> 00:30:01,260 Saya tak tahu, tanya dia. 349 00:30:05,973 --> 00:30:07,766 Awak bukan bercakap tentang pakaian seragam. 350 00:30:08,267 --> 00:30:09,768 Apa yang kamu berdua bualkan? 351 00:30:09,852 --> 00:30:11,353 Apa yang kawan awak tak mahu tahu? 352 00:30:12,354 --> 00:30:15,107 - Apa? - Kenapa dengan pramugari itu? 353 00:30:15,691 --> 00:30:17,734 Apa awak beritahu kawan awak 354 00:30:17,818 --> 00:30:19,027 yang dia tak mahu dengar? 355 00:30:19,862 --> 00:30:22,990 Saya bukan ejen Mossad, saya cuma mahu ke India. 356 00:30:24,157 --> 00:30:25,534 Jika awak terus menipu... 357 00:30:27,327 --> 00:30:29,413 awak takkan balik dengan selamat. 358 00:30:35,544 --> 00:30:37,129 Saya ingat saya kenal dia. 359 00:30:38,630 --> 00:30:39,715 Bagaimana? 360 00:30:51,643 --> 00:30:54,104 Bagaimana awak kenal dia? Siapa nama dia? 361 00:30:57,774 --> 00:30:59,693 Saya tak ingat nama... 362 00:31:00,527 --> 00:31:01,778 Saya kenal dia dari pangkalan. 363 00:31:01,862 --> 00:31:03,655 Awak berkhidmat di pangkalan mana? 364 00:31:03,739 --> 00:31:04,907 Unit tentera? 365 00:31:05,574 --> 00:31:08,243 Ia 8200. 366 00:31:08,327 --> 00:31:09,578 Unit risikan. 367 00:31:09,661 --> 00:31:12,080 Saya tahu maksud 8200. 368 00:31:12,164 --> 00:31:14,249 Apa tugas dia di 8200? 369 00:31:14,333 --> 00:31:16,960 Kenapa dia terima anugerah daripada ketua unit risikan tentera? 370 00:31:17,044 --> 00:31:19,129 Saya tak tahu tentangnya, sebab... 371 00:31:19,213 --> 00:31:21,465 saya cuma uruskan hal kebajikan tentera. 372 00:31:21,548 --> 00:31:25,010 Kenapa pegawai dengan 8200 373 00:31:25,093 --> 00:31:27,596 ada di tandas lapangan terbang Tehran? 374 00:31:27,679 --> 00:31:28,931 Saya tak tahu! 375 00:31:29,014 --> 00:31:30,599 Awak beri jawapannya... 376 00:31:31,642 --> 00:31:32,643 saya akan lepaskan awak. 377 00:31:32,726 --> 00:31:35,896 Saya tak pasti jika itu dia sebab dia jawab dalam bahasa Inggeris, 378 00:31:35,979 --> 00:31:38,398 dan dia tak kenal orang yang saya maksudkan. 379 00:31:39,233 --> 00:31:42,069 Mungkin saya cuma bayangkan saja. Saya keliru. 380 00:31:55,457 --> 00:31:57,084 D-CHAT SELAMAT DATANG KE LAMAN SICK-BOY 381 00:31:57,167 --> 00:31:59,837 JIKA AWAK MAHU SAYA SELESAIKAN TEKA-TEKI MATEMATIK INI 382 00:32:01,004 --> 00:32:02,047 Dia sangat menjengkelkan. 383 00:32:08,428 --> 00:32:10,347 SHAKIRA AKTIF 384 00:32:10,430 --> 00:32:12,891 SICK-BOY: SHAKIRA! LAMA... 385 00:32:13,934 --> 00:32:16,061 SHAKIRA: TEKA SIAPA DAH KEMBALI... 386 00:32:16,144 --> 00:32:18,063 SICK-BOY: BAGAIMANA DENGAN JANJI TEMU YANG AWAK JANJIKAN? 387 00:32:18,939 --> 00:32:21,233 SHAKIRA: JANJI TEMU DENGAN SHAKIRA ADALAH HADIAH. AWAK BELUM MENANGINYA 388 00:32:23,235 --> 00:32:26,029 SICK-BOY: APA SAYA PERLU BUAT UNTUK BERJANJI TEMU DENGAN SHAKIRA? 389 00:32:27,281 --> 00:32:31,118 SHAKIRA: ANGGAP SAYA MAHU CARI MASALAH DENGAN SYARIKAT ELEKTRIK. 390 00:32:32,202 --> 00:32:34,788 TAPI SAYA TIADA KOD UNTUK PELAYAN MEREKA... 391 00:32:34,872 --> 00:32:37,416 SICK-BOY: KOD SEBAGAI PERTUKARAN UNTUK JANJI TEMU? 392 00:32:40,502 --> 00:32:41,753 SHAKIRA: SETUJU. 393 00:32:47,301 --> 00:32:53,056 Masalah komputer pesawat telah selesai. 394 00:32:53,140 --> 00:32:57,895 Semua penumpang boleh menaiki pesawat, sila menuju ke pintu berlepas. 395 00:33:06,862 --> 00:33:08,071 Ya, Faraz. 396 00:33:08,155 --> 00:33:09,406 Tuan. 397 00:33:09,489 --> 00:33:12,326 Saya di lapangan terbang, berkaitan dua rakyat Israel 398 00:33:12,409 --> 00:33:14,745 yang menaiki pesawat Jordan. 399 00:33:14,828 --> 00:33:16,246 Ya. Saya tahu perinciannya. 400 00:33:16,997 --> 00:33:22,836 Wanita itu ingat dia jumpa pegawai perisik Israel 401 00:33:22,920 --> 00:33:26,423 dengan berpakaian seragam untuk syarikat penerbangan Iran. 402 00:33:26,507 --> 00:33:28,217 Awak rasa ia tak mustahil? 403 00:33:28,300 --> 00:33:29,676 Saya tak tahu. 404 00:33:29,760 --> 00:33:33,222 Rakyat Israel itu nampak boleh dipercayai? 405 00:33:36,391 --> 00:33:39,186 Kenapa dia mahu reka cerita? 406 00:33:39,269 --> 00:33:43,148 Jika ia benar, awak rasa dia bersubahat? 407 00:33:43,649 --> 00:33:45,943 Dia tak sepatutnya berada di sini. 408 00:33:46,026 --> 00:33:50,864 Tapi jika saya perlu buat keputusan, saya akan tahan dia semalaman. 409 00:33:50,948 --> 00:33:52,741 Dia mungkin akan ingat perkara lain. 410 00:33:54,117 --> 00:33:55,077 Baiklah. 411 00:33:56,745 --> 00:34:00,207 Saya rasa dia akan lebih burukkan keadaan berbanding sebaliknya. 412 00:34:00,290 --> 00:34:03,335 Kita tak mahu berlaku insiden risikan antarabangsa sekarang. 413 00:34:03,418 --> 00:34:06,421 Lepaskan mereka. Biar mereka naik penerbangan sambung. 414 00:34:08,507 --> 00:34:11,885 Awak di lapangan terbang bersama isteri untuk ke Paris, bukan? 415 00:34:11,969 --> 00:34:13,428 Ya. 416 00:34:13,512 --> 00:34:17,099 Pergi jumpa isteri awak semula dan biar Ali uruskannya. 417 00:34:17,181 --> 00:34:18,809 Semoga berjaya. 418 00:34:18,891 --> 00:34:19,851 Saya berdoa untuknya. 419 00:34:20,853 --> 00:34:22,271 Terima kasih. 420 00:34:34,699 --> 00:34:35,701 Saeed. 421 00:34:36,659 --> 00:34:42,165 Saya perlukan futej dari tandas wanita 422 00:34:42,248 --> 00:34:45,085 dari waktu pesawat Jordan mula mendarat. 423 00:34:45,168 --> 00:34:46,837 - Baik, tuan. - Ia di mana? 424 00:35:34,885 --> 00:35:36,762 Awak tahu awak seiras dia? 425 00:35:39,181 --> 00:35:40,474 Itu pujian. 426 00:35:41,600 --> 00:35:43,685 Isteri awak sangat cantik. 427 00:35:45,771 --> 00:35:47,147 Semua ini idea dia. 428 00:35:48,357 --> 00:35:51,944 Pada mulanya saya tak setuju tapi dia berkeras. 429 00:35:54,321 --> 00:35:56,114 Saya bukan lakukannya untuk duit. 430 00:35:57,699 --> 00:35:59,493 Saya lakukannya sebab saya cintakan dia. 431 00:36:02,120 --> 00:36:04,790 Jika Tuhan izinkan, awak akan jumpa dia semula esok. 432 00:36:04,873 --> 00:36:07,084 Tak, saya takkan jumpa dia. 433 00:36:09,336 --> 00:36:11,046 Zhila takkan kembali. 434 00:36:13,632 --> 00:36:14,758 Kenapa awak cakap begitu? 435 00:36:15,843 --> 00:36:18,929 Sebab saya tahu... 436 00:36:22,641 --> 00:36:24,434 dia takkan balik ke sini. 437 00:36:31,149 --> 00:36:32,359 Semoga Tuhan membantu awak. 438 00:36:34,528 --> 00:36:35,571 Terima kasih. 439 00:37:18,113 --> 00:37:19,615 Tunggu. Berhenti. 440 00:37:20,115 --> 00:37:21,575 Ulang semula. 441 00:37:24,077 --> 00:37:24,953 Sekejap. 442 00:37:30,292 --> 00:37:31,376 Mainkan ini. 443 00:37:39,009 --> 00:37:43,764 Lihat. Dia guna tangan kiri dan kanan. 444 00:37:44,223 --> 00:37:45,432 Betul. 445 00:37:47,434 --> 00:37:49,770 Lihat, ini sewaktu dia masuk. 446 00:37:49,853 --> 00:37:52,773 Ini 6:30 minit kemudian, dia keluar. 447 00:37:55,943 --> 00:37:58,153 Saya rasa dua orang yang berbeza. 448 00:37:58,237 --> 00:37:59,780 Saya rasa dia orang yang sama. 449 00:38:00,864 --> 00:38:02,115 Zum masuk. 450 00:38:11,834 --> 00:38:15,254 Dua orang yang berbeza. Mereka bertukar. 451 00:38:15,337 --> 00:38:18,465 Halang penerbangan sambung Jordan ke New Delhi sekarang! 452 00:38:18,549 --> 00:38:20,592 Buat apa-apa saja! Jangan benarkan pesawat itu berlepas! 453 00:38:20,676 --> 00:38:21,885 Baik, tuan. 454 00:38:25,556 --> 00:38:27,307 Bila kita akan berlepas? 455 00:38:27,391 --> 00:38:28,433 Saya rasa sangat cemas. 456 00:38:29,518 --> 00:38:31,103 Kita akan terbang dalam beberapa minit lagi. 457 00:38:32,187 --> 00:38:33,522 Tenang saja, okey? 458 00:39:12,728 --> 00:39:14,104 Mana beg awak? 459 00:39:14,188 --> 00:39:15,689 Nahid... 460 00:39:15,772 --> 00:39:17,774 Awak sudah selesai? 461 00:39:17,858 --> 00:39:18,984 Belum. 462 00:39:19,484 --> 00:39:22,654 Ada kejadian serius di sini. 463 00:39:23,447 --> 00:39:24,823 Saya tak boleh pergi. 464 00:39:29,536 --> 00:39:31,371 Puan... 465 00:39:31,455 --> 00:39:34,041 kami perlu tutup pintu, pesawat sedang menunggu. 466 00:39:34,124 --> 00:39:35,584 Baiklah. Sekejap. 467 00:39:36,543 --> 00:39:38,212 Saya tak boleh pergi. 468 00:39:39,087 --> 00:39:40,589 Maafkan saya. 469 00:39:41,340 --> 00:39:43,425 Saya akan naik penerbangan pagi esok. 470 00:39:46,595 --> 00:39:48,180 Saya sudah aturkan semuanya. 471 00:39:48,597 --> 00:39:51,016 Saya akan sentiasa berhubung dengan awak. 472 00:39:52,976 --> 00:39:56,480 Awak akan dilayan seperti permaisuri, saya janji. 473 00:39:57,814 --> 00:39:59,274 Saya akan sertai awak esok atau lusa. 474 00:40:01,276 --> 00:40:03,820 Saya bosan dengan semua janji palsu awak. 475 00:40:09,409 --> 00:40:10,911 Ia cantik! 476 00:40:12,371 --> 00:40:13,705 Sesuai dengan awak. 477 00:40:16,708 --> 00:40:18,585 Tuhan menjaga kita. 478 00:40:19,628 --> 00:40:21,255 Awak akan dapat harunginya, sayang. 479 00:40:22,548 --> 00:40:23,715 Jika Tuhan izinkan. 480 00:40:30,138 --> 00:40:31,765 Tolong cepat. 481 00:40:31,849 --> 00:40:33,559 - Maaf. - Terima kasih. 482 00:40:37,855 --> 00:40:39,439 - Semoga penerbangan selamat. - Terima kasih. 483 00:40:48,115 --> 00:40:49,157 Jadi? 484 00:40:49,241 --> 00:40:52,703 Maaf, tuan, arahan dikeluarkan untuk benarkan ia berlepas. 485 00:40:52,786 --> 00:40:53,871 Ia sudah berlepas. 486 00:41:05,090 --> 00:41:07,301 Kami baru terima pengesahan pesawat telah berlepas. 487 00:41:07,384 --> 00:41:10,721 Dua rakyat Israel dalam pesawat itu, dengan Ashraf dan penumpang wanita baru. 488 00:41:27,404 --> 00:41:28,739 Sudah lewat. 489 00:41:29,239 --> 00:41:30,657 Mahu saya hantar ke sana? 490 00:41:31,533 --> 00:41:33,285 Tak mengapa, terima kasih. Saya takkan apa-apa. 491 00:41:34,912 --> 00:41:36,997 - Semoga Tuhan membantu. - Awak juga. 492 00:41:51,845 --> 00:41:52,763 Zhila? 493 00:41:52,846 --> 00:41:55,849 Akhirnya awak buat pembedahan. 494 00:41:56,266 --> 00:41:59,728 Tahniah! Awak guna doktor yang saya cadangkan? 495 00:42:00,354 --> 00:42:01,355 Ya. 496 00:42:01,730 --> 00:42:04,024 Bagus, saya pasti dia buat dengan bagus. 497 00:42:04,816 --> 00:42:06,902 Awak mahu pergi kerja sekarang? Lewat begini? 498 00:42:07,819 --> 00:42:10,155 - Semoga malam awak baik. - Selamat malam. 499 00:43:03,417 --> 00:43:06,086 SYARIKAT ELEKTRIK KEBANGSAAN IRAN 500 00:43:25,355 --> 00:43:26,523 Zhila... 501 00:43:27,482 --> 00:43:29,818 Hebat! Akhirnya awak buat pembedahan? 502 00:43:30,819 --> 00:43:33,447 Bila awak mahu tanggalkan pembalut supaya kami boleh melihatnya? 503 00:43:34,239 --> 00:43:35,616 Dalam beberapa hari lagi. 504 00:43:40,913 --> 00:43:42,080 Awak marah dengan saya? 505 00:43:56,929 --> 00:43:58,931 Dia dera awak, Zhila. 506 00:43:59,556 --> 00:44:02,309 Awak bukan wanita pertama yang dia buat begitu. 507 00:44:03,018 --> 00:44:05,812 Seseorang perlu hukum lelaki tak guna itu. 508 00:44:05,896 --> 00:44:08,440 Jika awak tak mahu buat, saya akan lakukannya. 509 00:44:16,532 --> 00:44:17,658 Dia ada di sini. 510 00:44:17,741 --> 00:44:19,993 Dia dipanggil sebab ada masalah. 511 00:44:20,077 --> 00:44:22,621 Dia sangat marah, hati-hati. 512 00:44:31,046 --> 00:44:35,050 Ejen kita sudah masuk. Waktu mengakses dijangka 40 minit. 513 00:44:37,177 --> 00:44:38,512 Cantor. 514 00:44:38,595 --> 00:44:40,264 Suruh juruterbang bersedia. 515 00:44:40,347 --> 00:44:41,515 Bertukar kepada mod pendorongan. 516 00:44:49,690 --> 00:44:52,609 Hoshen satu kepada empat, dibenarkan sejajar pada satu-lapan. 517 00:44:52,693 --> 00:44:55,779 Hoshen satu kepada empat, sejajar dan bersedia pada satu-lapan. 518 00:45:52,461 --> 00:45:55,881 SHAKIRA: SAYA PERLUKAN KATA LALUAN SEKARANG 519 00:46:14,233 --> 00:46:15,943 SICK-BOY: MENUNGGU JANJI TEMU KITA 520 00:46:20,364 --> 00:46:21,198 AKSES DITOLAK 521 00:46:26,995 --> 00:46:28,497 AKSES DIBENARKAN 522 00:46:31,500 --> 00:46:33,168 Terima lokasi dari Tehran. 523 00:46:37,923 --> 00:46:39,842 Okey, dia berjaya guna pintu belakang 524 00:46:39,925 --> 00:46:42,636 dalam sistem sandaran syarikat elektrik untuk memasuki sistem anti-pesawat. 525 00:47:14,710 --> 00:47:16,295 Dia mulakan godaman secara fizikal. 526 00:47:29,016 --> 00:47:30,767 Mereka beritahu saya awak ada di sini. 527 00:47:33,353 --> 00:47:35,606 Hei! Saya bercakap dengan awak! 528 00:47:36,356 --> 00:47:37,274 SAMBUNGAN TERPUTUS 529 00:47:37,357 --> 00:47:38,775 Tunggu, apa ini? 530 00:47:39,401 --> 00:47:41,862 Saya tak faham, dia tak beri respons. Periksa apa masalahnya. 531 00:47:44,031 --> 00:47:45,240 Mari sini. 532 00:47:45,699 --> 00:47:48,202 Zhila, tunggu! 533 00:47:48,619 --> 00:47:49,786 Zhila! 534 00:47:52,331 --> 00:47:53,373 Sayang! 535 00:47:56,126 --> 00:47:57,544 Tiada respons. 536 00:48:06,970 --> 00:48:08,597 - Kenapa, pelacur? - Hei! 537 00:48:08,680 --> 00:48:10,807 Suami awak dapat tahu, jadi awak cemas? 538 00:48:11,517 --> 00:48:12,809 Jangan melawan. 539 00:48:15,896 --> 00:48:17,397 Mari sini, sayang. 540 00:48:17,481 --> 00:48:19,983 Mari sini dan puaskan saya. 541 00:48:27,157 --> 00:48:28,325 Apa ini? Siapa awak? 542 00:49:41,315 --> 00:49:43,317 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid